Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang pediam, Mia
Eliana. Dia mula takut untuk menghadapi dunia luar apabila kehilangan orang
yang disayangi. Dia berikrar kepada dirinya agar tidak akan mudah mempercayai
orang dengan mudah termasuklah timbul rasa cinta. Baginya, hidupnya akan
selamat jika dia tidak bergaul dengan sesiapa pun.
Syah seorang lelaki yang periang. Segala benda baru ingin
diceburi dan menganggap dunia adalahsatu bentuk penjelajahan. Dia suka
mengembara dan berkenalan dengan dunia. Happy Go Lucky!
Satu insiden buruk telah berlaku antara Mia dan Syah apabila
Mia memberi bantuan CPR kepada lelaki
itu. Lelaki itu pula mengalami anemia selepas kejadian tersebut. Ini
menyukarkan kedua-dua pihak untuk menerangkan perkara sebenar. Disebabkan
perkara tersebut, mereka akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin. Mereka
berkahwin secara kontrak dengan syarat akan berpisah apabila lelaki itu
mendapat ingatannya kembali. Hidup Mia yang dahulunya sunyi mula kucar-kacir
dengan kehadiran Syah yang periang. Personoliti mereka yang jauh
berbeza,menyebabkan hati mereka terikat tanpa sedar.
Daripada keinginan untuk mengetahui sejarah Mia, maka timbul
rasa untuk melindungi gadis itu.Akhirnya timbul rasa bimbang, lama-lama rasa
untuk berada di sisi gadis itu. Akhirnya tanpa sedar, Syah terikat dengan
perasaan C.I.N.TA. Sikap Syah yang periang dan tidak mudah putus asa
menceriakan dunia Mia yang selama ini gelap. Mia mula menyukai perubahan yang
dibawa oleh lelaki itu. Dia mula mengalami perasaan cemburu dengan kehadiran
seorang gadis yang lembut bernama Arisyah. Adakah cinta mereka akan berkekalan?
Dapatkah Mia menerima jantungnya yang telah berdegup kuat untuk seorang lelaki?
Ataupun dia menitdakkanya kerana ingin lari daripada kisah silam?
Are You Afraid Of Love? [Just My Imagination] :)
*You can click the title@the picture to read the story. Thank you spending your time!
- EPISODE 1-[ The Begin Of Our Story]
- EPISODE 2-[ It's Start With A Kiss]
EPISODE 7-[ Noisy Knight Beside Me]
EPISODE 8-[ Noisy Sound From Heart] NEW
EPISODE 9-[ A Ghost Beside You] NEW
EPISODE 10-[ Please Stop Beating, Heart!] NEW
EPISODE 10-[ My Love Is Growing] NEW
Watak-watak
letih search cari
artis dengan watak sesuai, tapi x jumpa. Maka satu lukisan komik telah
dihasilkan. Agak-agak, beginilah gambarannya. Klu ada kecacatan pada lukisan nie, abaikan je...Kita bukanlah budak aliran lukisan...
No comments:
Post a Comment