Monday, 13 January 2014

Are You Afraid Of Love? : Episode 5


[5]
I'll became a father?


Syah memandang wajah sepupunya lama. Kelu lidahnya tiba-tiba. Hilang terus idea percakapannya. Lelaki itu mengenali Mia? Tahu hubungan mereka? Tapi bagaimana? Arisyah sendiri tidak tahu hubungan mereka.

“Kenapa? Terkejut? Syah ingat Syah boleh bodohkan Aril? Syah ingat Aril macam keluarga Arik ke? Ingat sikit Aril nie istimewa daripada mereka. Syah macam tak kenal je perangai Aril” Aril ketawa. Ketawanya menyakitkan telinga Mia. Mia menarik tangannya dengan kuat sehingga mengganggu tumpuan Aril terhadap Syah. Aril merenung tajam wajah Mia yang masih kekal selamba.

“Jangan degillah!”Aril mengemggam kasar lengan Mia. Mia masih lagi membisu tanpa suara namun ekspreasi wajahnya jelas menunjukkan betapa marahnya dirinya.

“Macam mana Aril boleh tahu? Jangan-jangan semua…”

“Aril upah orang. Aril terdengar khabar angin yang mengatakan Syah berzina dengan seorang perempuan….”Aril tidak jadi menyambungkan kata-katanya. Matanya beralih kepada Mia yang merenung ke arahnya. Bisu ke minah nie? Sepatah pun tak kata apa-apa. Aril menyentuh dagu Mia lalu mengangkat wajah wanita itu.
“Tapi tak sangka pulak dengan perempuan macam nie.  Betul ke yang nie Syah?” Mia menempis tangan Aril yang memegang sewenang-wenangnya dagunya. Lelaki itu hanya tergelak perlahan. Lucu dengan respon yang ditunjukkan oleh Mia.
Aiman yang sedari tadi pemerhati, bertindak mendekati mereka walaupun tidak menangkap prbualan mereka, panas hatinya apabila dagu Mia dipegang sewenang-wenangnya. Kolar baju Aril digemggam kasar. Aril pantas menarik kolar bajunya lalu menolak badan Aiman. Jelas dia tidak senang.
“Kau nie sapa? Tiba-tiba je muncul” Aril ketawa kecil apabila melihat orang yang cukup asing menganggu urusannya. Apasal ramai sangat pengacau. Abang minah nie ke?
“Kau jangan pandai-pandai nak pegang dialah. Kau tu sapa yang tiba-tiba muncul?” Aiman berdiri tegak di sisi Syah. Syah melepaskan keluhan berat apabila Aiman tiba-tiba muncul diantara mereka.
“Siapa nie Syah?”Aril menyoal kepada Syah apabila pertanyaannya tidak dihiraukan oleh Aiman. Syah memandang Aiman lama. Wajah Aiman agak merah. Kenapa lelaki itu begitu marah? Apa hubungannya dengan Mia?
“Dia jiran Mia. Aiman”
Aril tergelak mendengar jawapan daripada Syah. Jiran? Syah sebagai suami sahaja tidak bertindak sebegitu. Dia tahu Syah dipaksa berkahwin dengan Mia. Namun dia tidak mampu menerima semua itu. Perkara tersebut pasti akan menghancurkan hati adiknya. Sudah cukup lama adiknya menunggu Syah. Kini lelaki itu bergelar suami kepada perempuan selekeh nie?

“Jiran? Aku ingatkan abang ke…kekasih ke..Nie jiran? Kalau jiran buatlah cara jiran…”Aril melepaskan gemggaman tangan Mia lalu menerkam ke arah Aiman. Kolar baju Aiman dicengkam kasar. Aiman masih merenung wajah Aril tajam. Mia agak pucat apabila melihat jirannya diterkam begitu. Apatah lagi Aiman merupkan jiran yang banyak berbuat baik kepadanya.

“Kau tau tak apa yang aku paling pantang sekali dalam dunia nie?”Aril menyoal kasar sambil memegang kolar baju Aiman. Aiman mengangkat keningnya sambil memaparkan wajah selamba. Sengaja ingin menambahkan lagi api kemarahan Aril.

“Eishh, Aril lepaskan dialah. Dia tak ada kena mengena dengan hal kita” Syah cuba memujuk Aril. Namun Aril terlebih laju menolak badan Syah sehingga Syah tertolak ke tepi antara mereka. Memang Syah mengaku, dia memang agak lemah dalam berlawan. Selalunya dia mengalah sahaja ataupun menggunakan akal fikiran untuk mencari jalan penyelesaian.

“Dia ada kena mengena dengan aku kalau dia masuk senarai orang yang menjengkelkan sekali dalam hidup aku”

“Pertama…aku paling benci tengok perempuan yang selekeh macam Mia nie. Aku tak heren sikit pun dengan dialah” Aril mengangkat jarinya menunjukkan angka satu. Aiman dapat merasakan telinganya berdesing mendengar kata-kata tersebut.

“Apa kau cakap?” Aiman bertanya agak tidak percaya. Dia mahu Aril mengulangi kata-kata itu sekali lagi dengan berani di hadapannya. Dia cakap Mia apa? Selekeh? Kurang ajar betullah!

“Dua..aku paling benci kalau baju aku nie dipegang oleh orang macam kau. Rimas” Aril menyambung kata-katanya. Belum sempat Aril menghabiskan senarainya, Aiman terlebih dahulu menolak badan Aril kasar sehingga melepaskan genggaman tangan Aril. Mia mula ketakutan. Dia risau pergaduhan tersebut akan dilihat oleh jiran yang lain.

“Berani kau tolak aku?” Aril menjegilkan matanya melihat tindakan yang tidak disangka-sangka daripada Aiman. Jarang sekali ada yang berani berbuat begitu kepadanya. Kebanyakan kenalan yang dikenali pasti tunduk dan patuh dengan kehendaknya.

“Aku nak kau tarik balik syarat-syarat kau tu. Apasal? Kau rasa hebat sangatlah?” Aiman tersenyum untuk menaikkan lagi kemarahan Aril. Aril dapat merasakan api kemarahannya semakin membara. Lupa terus tujuan asalnya untuk ‘menculik’ Mia.

“Oii..korang berdua berhentilah. Jangan jadi macam budak-budaklah”Syah berdiri di antara mereka sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya untuk menghalang pertengkaran tersebut. Namun senang sahaja tubuhnya ditolak oleh Aiman. Sekali lagi dia tertolak ke tepi. Mia yang melihat situasi untuk mencebik. Harap body je tinggi dan tough, tolak sikit terus tersemban!

“Kau cabar aku ye?” Aril bergerak mendekati Aiman yang berwajah selmaba.

“Apasal? Kau nak lari mangadu ke mak bapak kau yang baju kau tu kotor kena pegang dengan orang macam aku? Ke kau nak buat report polis sebab takut nak handle semua nie sorang-sorang?” Aiman bertanya lurus. Wajah Aril semakin berubah. Hilang terus wajah tampan lelaki itu.

“Kurang ajar…” Aril sudah bersedia dengan penumbuknya. Hampir beberapa inci penumbuknya mengena wajah Aiman..

“Korang boleh berhenti tak? Apa korang buat nie?” Ketiga-tiga lelaki itu menoleh kepada suara yang menjerit. Wajah Mia yang ditenung oleh ketiga-tiga mereka tanpa berkelip. Tidak sangka wanita pediam seperti Mia mampu mengeluarkan suara selantang itu.

“Mia..Ingatkan bisu tadi. Takut boyfriend kena tumbuk ke?” Aril menjatuhkan penumbuknya. Baru tersedar dengan tujuan asalanya. Dia juga malas untuk mengotorkan bajunya bergaduh demi gadis seperti Mia. Membuang masa. Aril membetullkan jaket hitamnya lalu bergerak mendekati Mia.

Boyfriend? Aiman menelan air liurnya. Pahit. Pandangannya beralih kepada Mia yang berwajah selmaba. Apa respon wanita itu? Terima atau menidakkannya?

“Dia tak ada kena mengena. Bincang sahajalah hal kita. Kalau ada yang tidak berpuas hati, cakap.Jangan bersikap macam budak-budaklah. Benda kecil pun cari gaduh” Mia tidak menjawab pertanyaan Aril sebaliknya terus bertanya tujuan asalnya.

Aril tersenyum melihat reaksi Mia. Sangkaannya gadis itu akan terus membisu.

“ Aril, siapa lagi yang tahu pasal hubungan kami? Kenapa Aril bertindak macam nie?” Syah melemparkan soalan kepada Aril. Aril tersenyum lalu memegang bahu Syah. Sungguh, dia sedikit pun tidak salahkan Syah atas perkahwinan tersebut. Dia tahu Syah hilang ingatan. Dia tahu perkahwinan tersebut hanyalah paksaan. Malah, Syah juga tidak tahu isi hati adiknya.

“Sorrylah Syah. Aril tak ada apa-apa nak cakap dengan Syah. Aril cuma nak cakap dengan perempuan nie je”Aril berkata lembut sambil mengalihkan pandangan kepada Mia. Aiman mengerut dahinya. Terasa kerdil dengan situasi tersebut. Cari Mia? Kenapa?

“Tapi Aril… dia tak tahu apa-apa. Dia…” Syah tidak jadi menyambung kata-katanya apabila dipotong laju oleh Aril.

“Syah ke dia tak tak tahu apa-apa?”

Syah terdiam. Memang dia agak terasa dengan pertanyaan Aril itu. Lelaki itu tahu dia menghidap amnesia, pasti diketahui daripada Arisyah.

“Aril cuma nak cakap dengan dia je. Tolong hormat dengan keputusan Aril. Mulut Aril nie bukanlah bagus sangat. Takut terkeluar perkara yang tidak diingini” Syah terdiam. Aiman pula menambahkan lagi kerutan pada dahinya. Aril memandang lama wajah Syah meminta kebenaran. Lama lelaki itu berfikir sehingga…

“Bincanglah. Apa nak bincang? Orang lain boleh balik. Nie urusan Mia dengan dia” Mia bersuara apabila kempat-empat mereka hanya membisu. Syah dilihat agak risau untuk memberi kebenaran. Maklumlah, Aril adalah orang asing dalam hidup Mia. Tiba-tiba sahaja muncul. Mia juga bukanlah jenis yang pandai bergaul.

“I like her. She make things more easier. Both of you should learn from her” Aril tersenyum puas mendengar jawapan daripda Mia. Laju tangannya mengheret tangan Mia dan bergerak ke motosikalnya.

“Mia….”panggil Aiman dan Syah serentak dengan nada yang cukup sedih. Mereka berdua terkejut dengan keputusan Mia. Senangnya gadis itu menerima ajakan lelaki tersebut. Namun bagi Mia, rahsia hubungannya dengan Syah tidak boleh dihidu oleh sesiapa pun. Hubungan mereka bukanlah berkekalan lama. Dia tidak mahu orang memandangnya dengan status janda nanti.

“Baliklah” Mia bersuara malas sambil menoleh kepada kedua-duanya. Jelas kebimbingan terlukis pada wajah mereka. Hishh…aku bukannya nak perang di medan perang pun. Mia melihat tangan Aril yang masih mengheretnya, kemudian beralih kepada motosikal berkuasa tinggi Aril. Alamak! Takkan aku nak membonceng dengan dia kot? Mia memberatkan tubuhnya lalu menghentikan langkahnya apabila mereka hampir tiba di pintu pagar flatnya. Beberapa langkah sahaja lagi daripada motosikal lelaki itu.

“Apasal pulak nie?” Aril bertanya selamba apabila langkah mereka terhenti. Naik rimas rasanya apabila agendanya asyik terhenti separuh jalan begitu. Tadi disekat oleh Syah, kemudian jirannya yang ala-ala superman. Sekarang minah nie pulak? Menyusahkan betul!

“Cakap je la disini. Perlu ke pergi jauh-jauh?” Mia membuat keputusan lalu menarik tangannya daripada genggaman lelaki itu. Dia cuba berlagak tenang sambil berpeluk tubuh. Tidak putus dia membaca doa. Sungguh, sejak Syah hadir dalam hidupnya, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi. Dia bukan lagi penghuni setia biliknya. Banyak wajah baru yang tidak dikenali menerjah masuk dalam hidupnya.

“Kita nak bincang hal besar. Takkanlah nak cakap………”

“Hal besar? Rasanya semua benda perlu cakap dan terima . Selesai. Orang berperang pun kalau buat rundingan terus berdamai. Ada diorang keliling dunia cari tempat nak berbincang?” Aril terkedu mendengar jawapan gadis itu. Sangkaannya gadis itu akan terus menerima ajakannya. Namun pandai pulak gadis itu menjawab. Berbeza sekali dengan personoliti yang dipamerkan itu.

“Okey.Maybe Mia tak kenal siapa saya. Tapi saya…” Aril tidak jadi menyambungkan kata-katanya apabila sekali lagi dipintas oleh Mia. Gadis itu benar-benar mengejutkannya.

“Siapa awak?”

“Saya Aril. Abang kepada Arisyah” Aril memperkenalkan dirinya. Lama dia merenung wajah Mia namun itu hanya menambahkan kerutan pada dahinya. Mata Mia dilihat tidak memandang ke arahnya walaupun mereka berbual bersama-sama. Aril mengerling ke arah Aiman dan Syah yang masih setia berdiri menunggu Mia. Apasallah dengan mamat dua orang tu? Lawak je aku tengok wajah blur diorang.

“Jadi awak abang kepada budak yang tergila-gila pada Syah tu?” Mia berkata selamba. Jelas dia dapat melihat wajah Aril agak berubah degan ayat yang kurang sopan daripadanya. Dia tidak peduli, katalah dia jahat pun dia tidak kisah. Orang berusaha baik pun dianggap jahat. Kenapa dia mesti bersusah payah tampil baik pada lelaki itu?

“Mia tahu Ary suka Syah? Tapi Mia masih ambil keputusan untuk kahwin dengan Syah?Mia ada perasaan tak?” Aril agak terkejut apabila perasaan adiknya turut diketahui oleh Mia, isteri Syah. Dia tahu hampir separuh mati adik aku suka Syah? Dia boleh kahwin dengan lelaki itu? Apa agendanya?

“Syah boleh memberi kebaikan kepada Mia. Kenapa mesti Mia lepas semua tu untuk jaga hati seorang budak yang baru Mia kenal? Mia bukanlah sebaik tu”Mia menjawab selamba. Dia tahu penerangannya hanya membuatkan Aril bertambah salah faham terhadapnya. Namun dia juga mahu lelaki itu tahu yang dia benar-benar seruis. Dia bukanlah perempuan yang menurut perintah orang. Daripada percakapan lelaki itu, sudah cukup mengambarkan betapa sayangnya seorang abang kepada adik sehingga sanggup mencarinya. Mustahil lelaki itu akan membongkarkan perkahwinan mereka.

“Apa? Jadi betullah Mia kahwin dengan Syah untuk kebaikan diri Mia? Kerana wang?” Aril agak terkejut. Wanita dihadapannya dilihat terlalu berterus terang. Kalau orang jahat sanggup berpura-pura baik untuk meraih simpat. Tapi gadis itu terus staright to point. Aku kahwin nak duit dia! Noktah!
Mia tergelak perlahan. Makin membara kemarahan Aril. Rasanya maruahnya dipijak-piak oleh seorang wanita. Itulah kali pertama ada seseorang yang mengambil mudah pertanyaannya. Perempuan pulak tu.

“Entah. Rasanya Syah juga kahwin dengan Mia untuk kebaikan diri Syah. Adil rasanya kan?” Mia menghabiskkan kata-katanya lalu mengatur langkah untuk meninggalkan Aril. Namun laju sahaja lengannya disambar.

“Putuskan perkahwinan korang. Aril tak nak Ary terluka. Ary tunggu Syah selama 17 tahun. Hari-hari dia hantar e-mail kepada Syah. Dia tukar imejnya untuk menjadi gadis idaman Syah. Dia menangi teresak-esak bila tahu Syah akan ke Jepun semula. Setiap hari dia layari internet mencari resepi kesukaan Syah. Belajar masakan jepun….”Aril tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Mia lebih laju memotong. Suaranya sudah berubah agak merayu agar diterima oleh Mia. Dia benar-benar sayang kepada adiknya.26 tahun hidup adiknya hanyalah untuk Syah. Dia tidak sanggup melihat hati selembut adiknya terluka.

“Ada Syah perasaan? Tak ada kan? Putuskan hubungan kami tak akan membawa perkambangan kepada hubungan adik Aril” Mia menjawab pantas. Aril mengetap bibirnya geram dengan sikap degil Mia. Sedikit sebanyak kata-kata Mia ada betulnya. Namun tak kan dia terima macam tu sahaja?

“Kau nie ada perasaan tak?”Gaya percakapan Aril mula berubah. Usahanya bagaikan sia-sia. Perempuan di hadapannya bagaikan ahli sihir yang mementingkan diri sendiri!

“Ada. Tapi Mia bijak kawal perasaan Mia. Akal Mia datang dulu sebelum perasaan. Sebab tu Mia dapat Syah bukan Ary. Kalau nak beritahu sangat Ary, beritahulah. Nak tengok jugak apa yang terjadi kan?” Mia tersenyum sinis. Sungguh, dia langsung tidak berdemdam apa-apa dengan Arisyah. Namun dia mahu Aril supaya berhenti menganggunya. Biar lelaki itu tahu dia bukanlah perempuan yang termakan dengan pujukan atau ugutan. Dia bukan perempuan yang lemah!

Mia menyambung langkahnya. Rasanya perbincanagannya telah selesai apabila Aril hanya menundukkan wajahnya tanpa memberi respon. Kemenangan terasa berpihak kepadanya. Namun tidak sampai selangkah dia bergerak menjauhi lelaki itu, lengannya di tarik kasar dan badannya ditolak pada dinding pagar flatnya. Aril menghentak tangannya pada dinding tersebut dan menghalang pergerakan Mia. Aril mendekatkan wajahnya pada wajah Mia.

“Mia memang nak berlagak cool ke? Mia tak kenal lagi siapa Aril” Aril tersenyum nakal. Dia sengaja menakutkan wanita itu. Bagi dirinya, wanita senang sahaja diurus. Sekali digertak pasti melutut meminta ampun kepadanya. Kalau Mia masih ingin mencabar kemarahannya, dia akan menunjukkan betapa kuatnya perbezaan antara lelaki dengan perempuan.

 “Apa kau buat tu?” Aiman sudah menjerit apabila melihat Aril seperti ingin mencium Mia. Kedudukan mereka begitu rapat sehingga derau nafas Aril dapat didengar oleh Mia. Minyak wang yang dipakai Aril menusuk ke hidungnya.

“Aril! Lepaskan dia lah!”Syah yang sedari tadi hanya berpeluk tubuh dan bertindak sebagai permerhati menjungkilkan matanya melihat kedudukan kedua-dua manusia itu. Dia sendiri tidak pernah serapat itu dengan Mia. Malah bukan dia tidak kenal Aril, semua permpuan ingan dicubanya.

Mia memandang wajah Aril tenang. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Mia mengerling ke arah Aiman dan Syah yang berlari mendapatkannya. Mia melepaskan keluhan berat. Malas rasanya nak melayan kerenah Aril.

“Apa yang Aril buat nie?”Mia tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila jari telunjuk Aril di letak pada bibirnya.

“Mari kita tengok macam mana akal Mia boleh berfikir lagi cepat daripada perasaan Mia bila Aril buat macam nie. Aril akan buat Mia rasa macam mana rasanya perasaan kita akan bertindak lebih cepat daripada akal fikiran kita”Aril tersenyum nakal sambil merenung tajam kepada Mia. Jari telunjuknya dijatuhkan. Dia akan memberi pengajaran kepada wanita itu. Dia akan membuatkan wanita itu menarik kembali kata-katanya. Aril mendekatkan wajahnya kepada wajah Mia. Mia mengundurkan kepalanya sedikit namun pergerakannya terekat. Badan lelaki itu mengahalng pergerakannya.

“Aril akan buat mata kita bertemu. Mia akan rasa jantung Mia berdebar-debar……”Aril melunakkan suaranya menjadi lebih romintis untuk mengoda Mia. Tidak pernah ada wanita yang berani menolaknya. Namun kata-katanya terhenti apabila bahunya digenggam tiba-tiba oleh Mia setelah hampir beberapa inci sahaja bibir mereka hampir bertemu. Mia menolah bahu Aril kasar apabila melihat reaksi lelaki itu agak berubah dengan tingkah lakunya. Bahu kanan lelaki itu ditarik manakala bahu kiri ditolak menyebabkan tubuh lelaki itu hilang keseimbangan. Mia laju menolak badan lelaki itu ke dinding dan menyebabakan posisi mereka berubah.

“Apa…apa…apa yang kau buat nie?” Aril bertanya tersekat-sekat dengan tindakan drastik daripada Mia. Sungguh, dia tidak sangka perempuan itu mampu bertindak begitu. Wajah Mia dilihat tersenyum sinis kepadanya. Fikirannya menjadi tidak keruan.. Imej playboynya tercalar. Apa perempuan nie buat? Semuanya bagaikan berlaku sekelip mata.

Mia menghentak tangan kanannya ke dinding untuk menghalang pergerakannya. Aril menelan air liur.Pahit. Bulat mata Aril memandang wajah selmaba Mia. Siapa yang sepatutnya jadi lelaki nie?

“Berdebar-bebar?” Mia menyoal selamba sambil tersengih. Wajah Aril jelas dilihat ketakutan . Peluh memercik di dahinya.

“Tepilah! Apa kau buat nie…” Aril tidak jadi menyambung kata-katanya apabila tangan Mia laju memegang dadanya yang bidang. Mati kata-katanya. Dia dapat merasakan dia berada di dunia yang cukup berbeza. Masa bagaikan terhenti apabila tangan Mia diletakkan tepat pada posisi di mana jantungnya berada.Sumpah dia tidak dapat mendengar apa-apa kecuali bunyi degupan jantungnya. Bunyi amaran daripada Aiman dan Syah hilang entah ke mana. Wajah Mia menghiasi pandangannya. Apa…apa dah jadi dengan aku nie?

Mia menjatuhkan tangannya apabila melihat Aril tidak berkelip memandangnya. Tanpa sebarang tindakan atau suara. Sedikit pun tidak menepis tangannya yang memegang dada lelaki itu. Lelaki itu boleh sahaja menepis tangannya dengan tenaga yang ada padanya sebagai seorang lelaki. Namun lelaki itu hanya kaku.

“Itulah…..”Mia berkata perlahan.

“A..aa…apa?”Aril bertanya tergagap-gagap.Degupan jantungnya semakin kuat. Wajahnya menjadi semakin merah. Wajahnya memang dah sebijik macam chipsmunk. Kenapa dengan aku nie?

“Itulah.. Bila akal fikiran lebih cepat daripada perasaan. Betul tak?” Mia tersenyum sinis. Dia mengatur langkah ke arah Aiman dan Syah yang tidak berkelip melihatnya. Mulut Syah dilihat sedikit ternganga. Aiman membuntungkan biji matanya melihat tindakan gadis kesukaannya. Cool giler. Aril masih tidak berganjak daripada kedudukannya walaupun Mia sudah beberapa langkah meninggalkannya.

Aril menyentuh dadanya perlahan. Entah kenapa apabila tangan Mia menyentuh dadanya, terasa perit sekali. Degupan jantungnya bagaikan tidak berhenti.Akal fikirannya mati. Kenapa dengan kau nie jantung? Apasal dengan aku nie? Aril sedarlah! Aril menepuk-nepuk kasar dadanya dengan harapan bunyi degupan tersebut berhenti. Namun sia-sia. Takkan sebab perempuan selekeh macam dia kau jadi macam nie Aril? Mana maruah kau?

“Hoi! Aril, kau okey tak?”

Lamunan Aril terhenti apabila bahunya digoncong agak kasar. Aril mengangkat wajahnya. Wajahnya bagaikan bayi yang baru dilahirkan. Polos melihat dunia luar.

“Apasal kau nie? Pucat sangat aku tengok muka kau nie” Syah menyoal agak bimbang. Dia mengerling ke arah Mia yang tenang berdiri di sisi Aiman. Mereka dilihat ralit memerhatikan tingkah lakunya dengan Aril. Syah kembali mengalihkan pandangannya kepada Aril semula. Pipi lelaki itu bagi kedua-dua belah ditampar perlahan. Sejuknya.

“Syah…Syah apa yang telah berlaku?” Aril menyoal polos. Matanya tidak berkelip melihat Syah. Perempuan tu? Macam mana Syah boleh jumpa perempuan macam tu? Perempuan yang menyebabkan jantungnya berdebar kuat!

“Apa kau mengarut nie Aril. Kau bincang apa dengan dia? Salah kau jugak. Siapa suruh kau layan dia macam tu?”Syah menyoal agak garang. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia tumbuk lelaki itu melihat tingkah laku lelaki itu kepada isterinya. Namun apabila melihat wajah lelaki itu pucat, hilang keinginannya.

“Apa perempuan tu buat pada aku?”Aril menjerit agak kuat. Dia semakin takut. Perasaannya bagaikan semakin menguasi dirinya. Kenapa dia jadi tidak keruan. Mana kehebatannya sebagai playboy? Mana?

“Kau tu buat apa pada dia. Jangan nak pandai-pandai layan dia macam tu. Dia bukanlah jenis perempuan yang kau selalu keluar. Kau agak melampau tau tak Aril!” Syah meluahkan rasa ketidakpuas hatinya. Nafasnya turun naik. Isterinya diperlakukan sebagai mangsa, alih-alih lelaki itu berlakon sebagai mangsa keadaan.

“Biar jelah lelaki macam dia tu Syah. Tak sangka sekali kena gertak dengan perempuan terus terdiam”Aiman ketawa sinis untuk menyindir lelaki itu. Jelas keegoan lelaki itu trcalar. Lelaki itu dilihat sangat berbeza dengan lelaki yang menarik tangan Mia sebentar tadi. Wajah lelaki itu agak pucat. Aiman mengerling pada Mia yang masih selmaba. Wow…hebatnya awek aku.

Aril terdiam. Dia tidak membalas kata-kata Aiman ataupun menjawab pertanyaan Syah. Matanya berhenti kepada Mia yang berdiri di samping Aiman sambil berpeluk tubuh. Wajah wanita itu masih selamba. Apa perempuan nie dah buat pada aku? Takkanlah….takkalan aku..Semudah tu?!

Mia bergerak memusingkan badannya untuk beredar.Melihat reaksi lelaki itu sudah cukup menyakinkannya bahawa rahsia mereka selamat. Baru sahaja beberapa langkah mengorak langkah, lengannya disaambar. Mia berpaling,wajah Syah tersenyum menghiasi pandangannya.

“Makcik nak ke mana? Dah lupa janji kita?” Syah tersengih manja sambil megenggam lengan isterinya. Wajah isterinya dilihat agak kurang senang.

“Janji? Janji apa?”Aiman menyoal ingin tahu. Pandangannya kepada Aril beralih kepada Mia dan Syah. Janji apa? Mia hanya menundukkan wajahnya.

“Kitaorang janji nak makan sama-sama! Kan?”Syah memaut lengan Mia lalu kepalanya dilentokkan pada bahu Mia. Rimas Mia dibuatnya. Macam kucing!

“Makan? Di mana?”Aiman menyoal agak berminat. Tidak prcaya Mia akan menerima ajakan lelaki. Tak pelah diorangkan sepupu. Sepupu? Mana boleh! Bukan mahram!

“Kat rumah Syah. Jom Mia”Syah mengheret lengan Mia. Wajah gadis itu dilihat agak tertekan. Pasti tidak diduga akan diserang begitu. Kesian pula rasanya. Namun isterinya itu benar-benar cool. Playboy seperti Aril dapat ditundukkan dengan mudah. Kau siapa sebenarnya Mia?

“Dua nie je? Mana boleh! Syah kan sepupu Mia. Mana boleh duduk berdua-duan dalam rumah lelaki” Aiman tidak senang. Syah tetap lelaki. Makan dalam rumah sama-sama?

“Kenapa pula? Kami………”Belum sempat Syah menghabiskan ayatnya, dia terasa kakinya dipijak kuat. Laju dia mengetap bibir menahan kesakitan. Dia mengerling melihat Mia yang menjugilkan matanya. Syah mengangkat keningnya tidak faham. Wajah Mia semakin merah.

“Sepupu pun bukan mahram!”Aiman menyambung agak laju. Dia mengerling ke arah Mia yang tidak memberi apa-apa reaksi. Dia tahu gadis itu tidak senang. Dia sangat mengerti perasaan gadis pujaannya itu.

“Aiman datanglah sekali”Syah dan Aiman melihat wajah Mia serentak. Tidak percaya dengan ajakan daripada Mia. Mia memandang kedua-dua manusia hadapannya pelik. Salah ke apa yang aku kata?

“Mia…Aiman boleh pergi? Betul ke?”Aiman agak tidak percaya. Gadis itu menjemputnya untuk makan bersama setelah hampir 3 tahun di bawah bumbung yang sama. Betul ke?

Mia hanya mengangguk. Dia sebenarnya malas mahu makan berdua-duaan dengan Syah. Harapannya dengan mengajak Aiman, Syah akan berbual dengan lelaki itu. Bolehlah dia bersendirian seperti menonton televisyen atau baca majalah.

“Okeylah, jomlah kita pergi makan ramai-ramai”Aiman memeluk pula lengan Syah mesra. Syah hanya tersengih lalu mengheret Mia sekali. Pandangan Aril terganggu apabila melihat Mia sudah bergerak ke sisi lain. Terhenti lamunannya. Laluan ketiga-tiga manusia itu disekat.

“Aril ikut juga” Aril berkata tegas sambil melirik ke arah Mia. Gadis itu sedikit pun tidak melihat ke arahnya. Kenapa aku asyik nak tengok dia je nie?

“Buat apa Aril ikut? Mia tak selesa lah dengan Aril” Syah menolak tegas lalu mengerling ke arah Mia. Gadis itu hanya menunduk. Hishh..minah nie, backuplah aku!

“Entah apa yang kau buat pada dia nanti” Aiman menyokong Syah sambil mencebik melihat Aril. Buat hilang moodnya sahaja untuk makan bersama-sama Mia.

“Aril nak pergi sebab Ary nak datang rumah Syah nanti. Nanti kekok pula Ary. Tak ada maksud lain!” Aril memberi alasan apabila teringat akan kehadiran adiknya itu. Tak ada maksud lain diberi penekanan kuat. Entah kenapa hatinya tertarik untuk mengenali Mia. Personoliti gadis itu agak berbeza.

“Ary nak datang? Kenapa?” Syah mengerut dahinya. Acap benar gadis itu berkunjung ke rumahnya. Adakah itu rutin gadis itu selama dia  di Malaysia?

“Entah, tapi jangan risaulah. Aril tak akan kacau Mia. Dia bukan taste Aril pun” Aril menyindir sinis lalu mengorak langkah meninggalkan ketiga-tiga mereka. Aiman menggengam tangannya kuat. Mahu sahaja dihadiahkan penumbuk kepada lelaki yang celupar tu. Syah mengeluh mendengar jawapan Aril. Tersepit antara dua rasanya. Dia tahu Mia tidak senang dengan sepupunya itu. Tapi kesian pula Ary nanti.

“Jom Makcik” Syah menarik lengan Mia. Langkahnya terhenti apabila Mia membatukan dirinya.

“Kenapa?”

“Tak nak” Mia meluahkan ketidaksenangnya. Bukan sahaja Aril yang akan ada, Ary juga ! Macam mana dia nak tengok wajah gadis itu? Dia kini isteri kepada Syah. Malu dengan diri sendiri!

“Janganlah macam nie. Syah pandai masak tau” Syah memujuk lembut. Badannya dipusing menghadap Mia yang menunduk wajahnya. Kacau semuanya!

“Jomlah Mia. Aiman akan tengok-tengokkan Aril tu. Janganlah takut”Aiman menyakinkan gadis idamannya. Bukan senang untuk makan dengan wanita itu. Inilah peluang keemasannya.

Mia menundukkan wajahnya. Rayuan daripada kedua-dua lelaki itu bermain di telinganya. Menyesal pula mengajak Aiman sebentar tadi. Takkan dia nak biar Aiman seorang diri di sana? Lambat-lambat dia menyambung langkah mengekori Aril daripada belakang. Aiman dan Syah tersenyum.







“Makcik duduklah dulu. Aiman pun” Syah membuka pintu rumahnya lalu memersilakn tetamunya untuk duduk. Dia bergerak ke dapurnya untuk menyiapkan makanan. Apron disisi meja dicapai lalu dipakai. Aiman agak kaku melihat keadaaan rumah tersebut. Kayanya lelaki nie. Mia ada sepupu sekaya nie? Ralit Aiman memerhatikan keadaan rumah tersebut. Selama ini dia hanya melihat daripada jauh, tak sangka rumah tersebut sangat besar. Mia mengambil tempat di sofa sambil mengerling ke arah Syah yang sibuk memotong sayur-sayuran. Lelaki nie pandai masak?

Aiman melihat Mia yang duduk bersendirian di atas sofa. Dia mengosak rambutnya yang tidak gatal lalu mengatur langkah ke arah gadis itu. Perlahan-lahan, dia mengambil tempat di hadapan gadis itu. Yess! Dia mendapat tempat yang stategik untuk berhadapan dengan gadis itu.

“Mia sihat? Kenapa semalam tak balik rumah?”

Mia mengangkat wajahnya apabila ada suara yang menegurnya. Bagaimana lelaki itu tahu dia tidak pulang ke rumah semalam? Sedangkan selama ini dia hanya mengurungkan diri dalam bilik?

“Macam mana Aiman tahu?”

Lidah Aiman kelu tiba-tiba. Alamak! Nampak sangat ke aku intip dia selama nie?

“Aaaa…surat khabar! Surat khabar Mia masih ada di depan rumah” Aiman menjawab tersekat-sekat. Dia memusingkan wajahnya ke arah lain. Strategik sangatlah tempat yang kau ambil. Buat hancur muka aku je dia tengok aku kalut.

“Kalau..kalau Mia nak surat khabar Mia, Aiman ada simpan. Takut rosak,sebab tu Aiman ambil”Aiman menyambung kata-katanya apabila Mia hanya membisu. Itulah kali pertama dia dapat berbual-bual dengan wanita itu selama itu. Adakah sikapnya terlihat melampau? Bagaimana keadaan muka dia sekarang? Argghhh..kalau Zaid ada, pasti dirinya diketawakan.

“Terima kasih”

Aiman mengangkat wajahnya mendengar jawapan daripda Mia. Entah kenap dia berasa bahagia mendengar jawapan itu. Bagaikan sumbangannya diterima baik oleh wanita itu.

“Terima kasih sebab tolong jaga. Aiman banyak bantu Mia” Mia tersenyum tawar. Dia ikhlas menuturkan kata-kata itu. Aiman sahajalah jiran yang berani menegurnya. Yang lain? Dari jauh melihat bayangnya, pasti melarikan diri.

“Ha? A’ahh..”Aiman menunduk wajahnya apabila Mia merenung wajahnya sambil tersenyum  ke arahnya. Debaran dalam dada semakin dirasa. Apa aku nak buat nie? Aku rasa kekok laa….

“Hooi! Korang berbual apa?”

Aril mengambil tempat di sebelah Mia. Bulat mata Mia melihat tindakan lelaki itu. Dia menukar posisi duduknya agar lebih jauh. Tidak selesa. Aril melihat kelakuan gadis itu. Entah kenapa respon gadis itu menyenangkan hatinya. Itu bermaksud wanita itu tidak selesa dengan lelaki. Ciri yang bagus untuk dijadikan isteri. Isteri? Hoi!! Apa yang aku mengarut nie?

Aiman melihat posisi Aril dan Mia agak rapat. Betul ke aku dah pilih tempat yang stategik? Aiman melihat posisi duduknya kemudian membandingkan pula dengan Aril. Cis!

“Tak ada bual apa-apalah”Aiman menjawab malas. Geram rasanya apabila perbincangannya terganggu.

“Tak ada apa-apa? Apasal muka kau merah sangat?”Aril membalas laju dengan niat untuk menyindir lelaki itu. Dari jauh dia dapat melihat tingkah-laku Aiman apabila bertemu dengan Mia. Hilang sikap panas baran lelaki itu. Malu-malu kucing konon! Sungguh dia tidak senang.

“Muka aku merah sebab nampak ada buaya dalam rumah nie. Panas sangat” Aiman menjawab laju. Diharap jawapannya dapat membawa manfaat dua dalam satu. Pertama, menutup malunya. Kedua, menyindir lelaki itu.

“Em…biasalah tu. Suhu di Kuala Lumpur semakin meingkat” Aril membalas selamba seakan-akan tidak mendengar sindiran Aiman itu. Dia mengerling wanita di sisinya. Kebisuan gadis itu sedikit menarik minatnya.

Aiman mengetap bibirnya geram. Apasal lelaki ini mengikut mereka? Menyemak sahaja!

“Syah. Ary ada bawa…………”

Mia,Syah, Aril dan Aiman berpaling ke arah empunya suara itu. Wajah gadis itu dilihat agak terkejut. Cantik dan polos dengan mengenakan make-up yang simple sahaja. Gadis itu mengenakan gaun dengan kain cotton hingga paras bawah lutut dan mengenggam beg kecil di tangan kirinya.

“Ary dah datang!” Syah menyambut Arisyah mesra sambil bergerak ke arah gadis itu. Pasti terkejut melihat tetamu yang ada.

“Ada apa-apa ke Syah? Ary ganggu ke?”Arisyah bertanya serba-salah sambil mengerling ke wajah-wajah yang asing. Wajah abangnya pun ada sekali! Tidak sangka begitu ramai manusia dalam rumah lelaki itu.

“Tak lah! Kitaorang nak makan nasi goreng special dari Syah. Apa kata Ary join sekali? Lama Ary tak makan nasi goreng Syah kan?” Syah mengajak mesra untuk menghilangkan ketidakselesaan gadis itu. Gadis itu hanya mengangguk perlahan. Mata Syah beralih kepada beg kecil yang dipegang Ary. Dahinya  sedikit berkerut.

“Apa  tu?”Syah menyoal sambil menunjuk ke arah beg kecil itu. Arisyah melihat beg kecil yang dipegangnya sambil tersenyum. Laju tangannya menghulur kepada Syah.

“Tamago…tamago nigiri” Arisyah berkata lembut sambil menghulurkan beg kecil tersebut kepada Syah. Lama dia merenung wajah lelaki itu untuk melihat reaksinya. Mudah-mudahan usahanya berbolai. Hampir beberapa jam dia mengoogle mengenai makanan kesukaan lelaki itu. Kemudian mengoogle cara memasaknya. Nak mahir? Lagilah lama.

“Wow! Ary pandai masak masakan Jepun ke? Hebatnya” Syah menyambut huluran tersebut sambil tersenyum. Cepat-cepat dia membuka beg plastic tersebut. Terseyum melihat isi dalamnya. Arisyah memerhati reaksi lelaki tersebut. Satu senyuman terukir di wajahnya. Lupa sebentar gelagatnya diperhati oleh tiga manusia di hadapannya.

“Ary..kat kolej dulu Ary ada belajar dengan kawan. Takut Syah rindu masakan Jepun” Arisyah menjelas lambat-lambat. Takut nampak sangat dia spy lelaki itu selama ini.

“Eishh…Ary memang dah macam perempuanlah sekarang. Ingat dulu masak pasir je kat Syah. Dah besar rupanya budak kolot dulu” Syah mengusap-gusap lembut kepala Arisyah seperti adik perempuannya. Kagum dengan kebolehan sepupunya itu. Arisyah hanya menunduk apabila diusap begitu. Sungguh dia berasa nyaman dengan usapan lelaki itu.

“Sweetnya mereka….”

Usapan pada kepala Arisyah terhenti apabila mendengar ada suara yang mendengurnya. Cepat-cepat Syah menjatuhkan tangannya sambil menoleh ke arah suara tersebut. Dia dapat melihat wajah Aril yang tersenyum nakal.

“Aril nie suka sangat menyakat. Malu Ary nanti” Syah membalas selamba sambil tersenyum. Matanya  melirik ke arah Arisyah yang sedang membaca surat khabar. Gadis itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Entah kenapa dia tidak senang dengan reaksi yang dipaparkan itu.

“Ary ke Syah yang malu?” Aril masih terus menyakat. Bukan dia tidak tahu, adiknya pasti suka jika diperjodohkan dengan Syah. Wajah Arisyah semakin merah.

“Ary….macam-macamlah perangai abang Ary. Ary pun cepat-cepatlah cari teman lelaki dan tolong masak untuk dia. Pasti untung pada sesiapa yang dapat Ary” Syah mengusik Arisyah selamba sambil menyiku lengan gadis itu. Keningnya diangat nakal untuk melihat respon wanita itu.

“Betul ke?”

Syah mengangkat keningnya apabila Arisyah melemparkan soalan kepadanya. Mindanya bagaikan tidak dapat menangkap kata –kata tersebut.

“Betul ke apa?”

“Betul ke untung pada sesiapa yang dapat Ary?”Arisyah menyoal kembali sambil merenung wajah Syah penuh minat. Tidak sabar mendengar jawapan lelaki itu.

“Betullah..Ary kan cantik,pandai masak, lembut,suka budak-budak..emm…prefect laa” Syah menjawab sambil melihat atas dan bawah. Syah menunjukkan ibu jarinya tanda bagus sambil tersenyum. Jawapan daripada Syah itu menambahkan lagi harapan kepada Arisyah.

Aril tidak jadi menyambung usikannya apabila melihat wajah Arisyah semakin merah. Pasti adiknya mengambil serius jawapan Syah sebentar tadi. Sementara Syah hanya memuji dengan niat bersahaja. Kasihan melihat adiknya. Kalaulah adiknya tahu Syah sudah…. Aiman mengerling ke arah Mia yang masih membaca surat khabar. Personoliti gadis itu sangat menarik perhatiannya.

Mia menutup surat khabar  yang dibacanya. Pandangannya dialih kepada Arisyah dan Syah yang sibuk mempersiapkan sarapan mereka. Matanya beralih kepada Arisyah yang dilihat sangat gembira itu. Sorry.. Ary, tapi sebentar sahaja. Bagi Mia pinjam sebentar sahaja Syah.

Aiman memandang wajah Mia yang ralit memerhatikan sesuatu. Dahinya berkerut apabila melihat gadis itu bagaikan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Apa yang dia tengok? Aiman mengalihkan pandangan ke sudut yang dilihat oleh Mia. Imej Syah yang sedang bergurau senda dengan Arisyah terpamer pada pandangannya. Dia mengalihkan kembali kepada Arisyah. Masih ralit memerhati. Apa yang kau tengok Mia? Aku sentiasa tengok kau, tapi siapa yang menarik perhatian kau?






“Makanlah” Syah meletakkan piring yang berisi nasi goreng itu di hadapan Mia, Arisyah dan Aiman. Manakala Aril lebih laju mengambil nasinya sendiri sambil mengambil tempat disisi Arisyah. Bukan dia tidak perasaan, lelaki itu suka mendekati Mia. Biasalah, Arilkan playboy. Pantang melihat wanita baru dalam kenalanya. Rasanya hubungan mereka tak akan pergi jauh pun. Mia bukan suka sangat lelaki macam tu!

Mia  hanya tersenyum pahit sambil menyambut huluran Syah. Terasa kekok dirinya berada dalam situasi yang dipenuhi manusia itu. Di tepi Aril, di hadapan Aiman. Manakala Syah mengambil tempat disisi Aiman dan Arisyah berada di sisi abangnya sekaligus dihadapan Syah. Hanya dia sahaja yang membisu seribu bahasa. Masing-masing ada perkara yang dibualkan. Dia hanya mendengar kosong. Otaknya ligat menyusun ayat untuk mengatur langkah meninggalkan mereka sesuadah menghabiskan sarapanya.

“Nie nasi goreng special dari Syah. Makcik tahu tak, dulu Syah lagi pandai masak dari Ary. Ary dulu asyik masak pasir je. Eiiii………………” Syah ketawa riang apabila Ary menepuk tangan lelaki itu dengan sudu garpunya. Dia mengerling melihat wajah Mia. Masih kekok dan masam. Akhirnya dia mengambil langkah mendiamkan diri apabila wanita itu masih tidak memberi apa-apa reaksi. Malunya aku buat lawak suka sorang-sorang.

Mia mengambil sudu yang disediakan lalu memulakan suapan. Lagi cepat dia makan, lagi cepat dia boleh balik. Rimas rasanya berada dalam keadaan tersbeut. Dia mahu kembali ke rumahnya. Rumahnya yang sempit, bertaburan dengan stick note…dengan bau Maggi. Indahnya keadaan itu.

Mia menghentikan supannya apabila terasa makanan dalam rongga mulutnya hampir terkeluar. Itulah akibatnya makan sesuatu tanpa menguyah. Terus telan sahaja. Matanya sedikit berair apabila terpaksa menahan batuknya. Dia tidak mahu batuknya menganggu selera manusia di meja makan tersebut. Dua buah gelas yang berisi air kosong terpamer pada pandangannya apabila dia mengangkat kepalanya. Terkedu seketika. Satu daripada Aiman, manakala satu lagi daripada Aril. Keliru untuk mengambil yang mana satu.

Syah menjatuhkan tanganya apabila melihat Aiman dan Aril menghulurkan gelas kepada Mia serentak. Tidak jadi dia ingin menghulurkan gelas untuk gadis itu. Sikap Aiman dan Aril dilihat agak melampau menjaga isterinya.

Mia mengeleng lembut lalu mengambil gelas kosong disisnya. Lambat-lambat, Aril dan Aiman meletakkan kembali huluran mereka. Malu rasanya apabila huluran mereka tidak disambut oleh wanita itu.

“Apa korang buat nie? Mia ada air dia sendirilah. Abang pun satu. Dekat Mia pun nak tunjuk perangai playboy?”Arisyah ketawa geli hati melihat telatah Aiman dan Aril. Masing-masing menundukkan kepala mereka tanda malu. Arisyah mengerling pada abangnya apabila abangnya tidak memberi apa-apa reaksi. Matanya membulat melihat reaksi abangnya. Kenapa…kenapa..wajah abangnya begitu? Mana imej playboy abangnya? Senyuman nakal?
“Hei..abang..abang Ril”Arisyah menyiku lengan abanganya. Aril bagaikan baru tersedar daripada mimpi yang panjang. Bulat matanya melihat Arisyah dengan tanda tanya. Tidak sedar gelagatnya diperhatikan adiknya.

“Ha? Apa? Aril tak ada fikir apa-apa pun!” Aril menjawab laju dengan keadaan tergagap-gagap. Tak! Tak! Aku tak ada fikir pasal dia pun. Aku tak ada fikir pasal dia pun!


“Apa yang abang mengarut nie? Luculah tengok muka abang. Kan Syah? Aiman?” Arisyah mengerling kea rah Syah yang tersenyum pahit. Kemudian beralih pula kepada Aiman yang menundukkan wajahnya. Apasal muram sahaja ni? Kekok rasanya.

“Hoi..korang? Kenapa nie?”Arisyah bertanya perlahan. Dapat dirasa keadaan semakin kekok. Dia salah cakap apa-apa ke?

Mia merenung wajah di meja makan satu persatu. Pandangannya jatuh kepada Syah yang merenungnya. Apabila pandangan mereka bertemu, lelaki itu laju menghadiahkan senyuman kepadanya.

“Makcik dah kenyang? Makcik nak tambah lagi?” Syah menyoal lembut sambil mengangkat keningnya. Saja berbasi-basi dengan wanita itu. Dia tidak mahu wanita itu menjadi kekok ditambahkan lagi dengan keadaan rumah yang tiba-tiba menjadi suram itu.

“Tak apalah. Mia dah kenyang”

Syah hanya mengangguk melihat wajah Mia yang menunduk. Anggukannya terhenti apabila melihat sebutir nasi di bibir wanita itu. Lucu melihat wanita itu masih tidak menyedari kehadiran sebutir nasi itu. Masih menyambungkan suapan dengan wajah yang tenang. Itulah makan gopah sangat.

“Makcik..sini”Syah meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya.

“Apa?”Mia menyoal tidak faham. Laju tangannya merapa-rapa wajahnya. Gagal mengesan apa-apa. Mamat nie nak mempermainkan aku ke?


“Situ..situ..kiri sikit” Syah mengulang apabila melihat wajah Mia yang semakin hairan. Ketawanya semakin menjadi-jadi apabila melihat wajah isterinya semakin merah. Aril dan Aiman hairan melihat ketawa Syah. Lambat-lambat mereka menoleh ke wajah Mia. Tidak sampai seminit, ketawa daripada mereka pula meletus. Arisyah hanya menutup mulutnya menahan ketawanya. Reaksi daripda Mia sahaja sudah melucukan mereka. Bagaikan berasap di atas kepalanya. Mia naik bengang.

“Apa yang kelakar sangat nie? Syah!”Mia merenung wajah Syah geram. Tidak pasal-pasal dirinya menjadi perhatian. Tangannya laju mencapai wajahnya. Tiada apa-apa pun? Semakin galak ketawa mereka apabila melihat Mia masih tidak dapat mengesanya. Suasana kekok mula jadi ceria semula.

“Ada sesuatu yang tak sabar masuk mulut Makcik. Adoi..sikit lagi..sikit lagi…”Syah membuat wajah geram sehingga menimbulkan gelak tawa semua orang. Wajah Mia semakin merah. Lelaki itu sengaja memalukannya.

“Jangan nak main mainlah!!”

Aiman mengeleng wajahnya melihat telatah gadis kesayangannya. Wajah gadis itu yang selalunya tenang tiba-tiba menjadi merah apabila diusik. Comelnya wajah minah nie. Aril juga ralit melihat wajah Mia, wajah yang putih bersih menjadi merah sangat menarik perhatiannya. Wanita itu masih laju meraba-raba wajahnya namun masih tidak tersentuh nasi yang berada di bibirnya. Mahu sahaja rasanya dia mencium bibir wanita itu untuk menghilangkan sebutir nasi yang berada di bibir mungilnya.

Syah melepaskan keluhan perlahan. Laju dia bangun lalu bergerak ke arah Mia yang masih terkebil-kebil mencari sebutir nasi tersebut. Badannya dibengkokkan apabila berhadapan dengan Mia. Jari runcingnya tanpa disuruh-suruh menyentuh lembut bibir Mia sebelum mengutip sebutir nasi yang dimaksudkan itu. Tindakan spotan itu menyebabkan Mia kaku tiba-tiba. Pandangannya beralih kepada Syah yang membongkok dan wajah lelaki itu mengampiri wajahnya. Tidak semena-mena pandangan mereka bersatu.

Ketawa Aril, Aiman dan Arisyah mati melihat tindak tanduk kedua-duanya. Lama sungguh mereka bertatapan dengan kedudukan yang agak rapat.

“Opss…Mia…Mi…” Mia tersedar daripada lamunannya lalu bergerak laju melarikan diri daripada meja makan. Tidak semena-mena dia tertolak gelas berisi air kosong di sisinya. Berderai bunyi kaca bertaburan atas lantai.

Mia menutup mulutnya melihat kaca yang berderai atas lantai. Denyupan jantungnya semakin kuat apabila melihat wajah Syah yang tiba-tiba membisu itu. Apa aku buat nie?

“Sorry..Mia..Nanti Mia kemas”Mia laju menunduk sambil mengutip sisa-sisa kaca tersebut yang bertaburan atas lantai. Dia dapat rasakan jantungnya semakin laju dipam. Kenapa nie? Aku tak ada buat aktiviti cergas pun. Tangannya masih laju mengutip kaca-kaca tersebut tanpa mempeduli mata yang memerhati.

“Makcik, makcik tak payah kutiplah. Nanti cedara pulak” Syah cuba menghalang namun Aril yang duduk di sisi wanita itu lebih laju menolong wanita itu mengutip serpihan kaca.

“Tak payahlah, Mia boleh buat sendiri” Mia menolak tangan Aril yang sibuk mengutip serpihan kaca dengannya. Risau jari lelaki itu akan cedera kerana menolongnya.

Aril hanya membisu. Entah kenapa dia berasa sangat marah dengan Mia. Marah dengan cara gadis itu melihat Syah. Dia memekakkan telinganya sambil laju mengutip serpihan kaca. Amaran daripada Mia dibiarkan sepi. Perasaannya tidak mampu dikawal. Dia takut suaranya juga tidak mampu dikawal.

“Aril, Mia boleh buatlah” Mia melepaskan keluhan berat apabila melihat Aril hanya membisu seribu bahasa. Syah meraup wajahnya agak kasar. Kenapa dengan aku? Kenapa aku tengok dia macam tu?

“Aduh!”

Aril menghentikan tindakannya apabila terasa jarinya pedih tiba-tiba. Darah mula keluar daripada ibu jarinya. Pedih! Namun tidaklah sepedih hatinya.

“Apa yang Aril buat nie?”Mia menggamgam tangan Aril yang tercedara itu. Itu semua salahnya. Kerana dia tidak mampu mengawal perasaannya keadaan itu berlaku.Mana dirinya yang dikatakan tenang itu? Mana? Mia meniup tangan Aril yang terluka itu. Terkedu Aril melihat tindak tanduk gadis itu. Matanya tidak berkelip melihat wajah Mia yang tekun meniup lukanya. Tiupan daripada mulut Mia bagaikan meredakan luka pada jarinya. Apa yang terjadi pada aku nie?

Arisyah dan Aiman hanya menjadi penonton setia. Kebisuan melanda mereka apabila melihat tingkah laku Syah dan Mia. Kini abangnya pula tercedara. Itulah sarapan pagi yang paling teruk dalam hidup mereka. Dia tidak akan lagi makan sarapan pagi begitu. Tak akan!




“Hulurkan jari” Mia menadah tangannya mengharapkan Aril akan menghulurkan tanganya. Namun Aril hanya membisu sambil memegang ibu jarinya yang terluka. Mia melepaskan keluhan berat. Laju tangannya mengheret tangan Aril lalu diletakkan dalam genggamannya. Terkedu Aril melihat tindakan spotan daripada Mia.

Mia meletakkan band-aids pada ibu jari Aril yang terluka. Aril hanya membiarkan Mia melakukan kerjanya. Sentuhan daripada Mia bagaikan mengalirkan arus elektrik dalam badannya.

“Kenapa?”

“Ha?”Aril tersedar daripada lamunannya apabila ditegur oleh Mia. Adakah gadis itu mengesan perubahan wajahnya?

“Kenapa kalut sangat nampak nie? Takut darah ke?”

Aril mencebik mendengar kata-kata Mai. Tidak masuk akal langsung baginya. Laju kepalanya digeleng.

“Taklah, kalau jari terluka macam nie macam mana nak pegang tangan awek? Mesti awek Aril terluka nanti melihat jari Aril yang halus nie terluka” Aril melihat ibu jarinya yang dibalut dengan band-aids tersebut sambil mencebik. Sengaja dia berkata begitu untuk menutup malunya.

“Kena balut pula dengan perempuan selekeh macam Mia. Ingatkan lepas terluka bolehlah pergi jumpa doctor yang cun meletup. Alih-alih Mia mula yang rawat”

Mia mengetap bibirnya mendengar jawapan lelaki itu. Tidak habis-habis memanggilnya perempuan selekeh.

“Kalua tak suka buang” Mia cuba mencapai tangan Syah untuk mencabut band-aids tersebut namun lelaki itu lebih cepat melarikan tangannya.

“Tak payahlah. Alang-alang dah letak. Nanti lambat pulak nak sembuh” Aiman cuba berdalih. Entah kenapa rasanya band-aids itu telah menjadi azimatnya. Sayang untuk membuangnya.

Mia hanya melepaskan keluhan berat. Matanya tertacap pada pen hitam di atas meja tersebut. Akalnya bagaikan tertangkap sesuatu. Laju tangannya mencapai pen tersebut.

“Sini” Mia cuba mencapai tangan Aril sekali lagi namun seperti biasa Aril menjauhkan tangannya.

“Kan dah cakap tak payah buang” Aril memberi amaran apabila dirasa Mia masih tidak berputus asa membuangnya. Aku cakap sikit je, terus nak mengajuk!

“Bukan nak buanglah” Mia mencapai laju tangan Aril lalu melukis sesuatu pada band-aids tersebut. Berkerut dahi Aril melihat gelagat Mia. Apa minah nie nak buat?

“Dah siap. Kalau buat macam nie, confirm cepat sembuh” Mia berkata ceria sambil menunjukkan band-aids yang saip dilukis gambar smile. Terkedu Aril dibuatnya. Senyuman yang terukir di wajah Mia menyabbakan jantungnya berhneti. Jarum jam bagaikan berhenti bergerak. Ya..Itulah senyuman yang jarang sekali dapat dilihat. Ikhlas dari hati. Bukan tiada perempuan yang pernah hadiahkan senyuman begitu, ada malah banyak. Tapi tidak sedikit pun dihargai. Kenapa senyuman Mia begitu berkesan dalam hatinya?



Wajah Mia ditenung sepuas-puasnya. Lidahnya kelu tiba-tiba melihat sikap gadis itu yang prihatin. Berbeza dengan personoliti yang ditunjukkannya.Jiwa lelakinya bergelodak hebat. Sukar digambarkan perasaannya. Cuma satu perkara dia pasti apabila mengalami keadaan itu. Dia benar-benar pasti perasaan itu telah wujud dalam dirinya. Adakah itu C.I.N.T.A?

“Mia…”

Mia memandang wajah Aril sambil mengangkat keningnya. Apabila mata Mia memandangnya, lidah Aril menjadi kelu tiba-tiba.

“Saya…..”

Perbualan mereka terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Tergopoh-gopoh dia mengangkat panggilan tersebut. Mia hanya memandang selamba.

“Er..hello?” Aril menjawab panggilan tersebut sambil mengerling ke arah Mia yang sudah menyibukkan diri mengemas kotak kecemasan milik Syah itu. Tidak sedikit pun berminat untuk mengetahui empunya suara dalam panggilan lelaki itu.

“Ha…saya sibuk nie. Tak boleh ke cakap lain kali?” Aril sudah malas apabila mendengar suara manja di cuping telinganya. Pasti teman wanitanya. Yang mana satu? Entahlah..mungkin Mila atau Farisyah…Mungkin juga Charlie atau Maria. Dia sedikit pun tidak dapat mengecam suara tersebut.

“Apa nie…sayang cakap kita nak jumpa pagi nie. Berjam-jam baby tunggu”

Aril meraup wajahnya apabila mendengar suara teman wanitanya merengek. Punggungnya mula dijauhi daripada Mia, risau akan didengar oleh wanita itu. Mia hanya berwajah tenang. Bukan dia tidak dengar ada suara perempuan. Pasti itu teman wanitanya. Daripada tindakan lelaki itu terhadapnya tadi, dia memang sudah mengagak lelaki itu biasa dengan perempuan sehingga melayan dirinya begitu. Memang peliklah kalau lelaki itu masih tidak mempunyai teman wanita.

“Sorrylah…tiba-tiba ada urusan keluarga. Lain kali kita keluar ye? Lagipun sekarang I dengan family nie”Aril sedaya upaya memberi alasan dan cuba menjauhkan diri daripada menggunakan panggilan ala-ala orang bercouple. Dia takut berbualan tersebut akan didengari oleh Mia. Mia mencebik mendengar jawapan Aril. Kalau aku nie keluarga kau, dah lama agaknya kau larikan diri ada adik macam aku.

“Lain kali tu bila? Baby mesej sayang tak balas. Call tak angkat. Sayang tak sayang baby lagi ke? Sayang ada orang lain ke?” Suara manja gadis merengek semakin kuat kedengaran di cuping telefonnya. Suaranya semakin beremosi. Gatal kepala Aril dibuatnya. Nak pujuk teman wanitanya entah yang mana satu nie satu hal. Nak tutup dari Mia satu hal.

“Mana ada.. Sayan….”Aril menghentikan percakapannya apabila menangkap kata-katanya. Hampir sahaja dia terkeluar panggilan tersebut, laju kepalanya ditoleh kepada Mia. Tenang tanpa respon.

“Kenapa Aril tak pernah sayangkan baby? Apa nilai baby di mata sayang?”Suara esakan seorang perempuan kedengaran di cuping telinganya. Makin resah Aril dibuatnya. Cakap jelah Aril. Janji manis yang sering kau luahkan. Penting sangat ke Mia tahu kau nie playboy? Dia perampas Syah! Orang yang adik kau suka! Dia tu isteri orang!!

“Ehem..saya sayang awak”

Aril menarik nafas lega apabila berjaya menuturkan kata-kata tersebut tanpa didengar oleh Mia. Bolehlah dia letak panggilan itu dan beralih kepada Mia pula.

“Apa? Apa sayang cakap?” Aril menepuk kepalanya apabila luahan hatinya langsung tidak didengari. Sia-sia sahaja dia mengurut nafas lega. Rupanya saat kritikal masih belum melepasi garis penamat lagi.

“Saya….cin..takan awak” Suara Aril sudah tersekat-sekat. Setiap kali dia menghabiskan ayatnya, pasti wajah Mia ditenung untuk melihat reaksi wanita itu. Namun seperti biasa masih tenang. Macam dia sahaja yang bersusah payah sembunyikan kecurangannya kepada isterinya manakala isterinya bagaikan meberi kebebasan untuk beristeri lain. Kejap..Mia? Isteri?

“Kenapa dengan sayang nie? Cakaplah dengan baik-baik. Apa dah jadi dengan sayang nie?”

“Saya sayang awak”

“Apa? Sayang tengah berbisik dengan siapa tu? Ada perempuan lain ke?”

“Bukan…saya duduk sorang-sorang je”

“Habis kenapa susah sangat sayang nak cakap! Susah sangat ke nak sebut 3 perkataan tu? Dulu hari-hari sayang bisik dekat telinga baby”

“Sayang dengar tak?”

Sepi. Aril menutp matanya mencari kekuatan. Rimas!

“Sayang?”

Aril meletakkan telefon bimbitnya tepat pada mulutnya. Nafas diambil sedalam-dalamnya.

“Saya sayangkan baby jugak!!”

Panggilan telefon diletak.Aril menunduk kepalanya apabila mengesan suaranya agak kuat sehingga boleh didengar oleh Syah dan Arisyah yang berada di dapur. Malah dia juga dapat melihat wajah Aiman yang mengeleng laju ke arahnya. Hanya Mia yang berwajah tenang. Cis! Apa yang aku buat nie?!

“Amboi, abang. Sayang benar kekasih yang satu nie. Siapa yang telefon? Farisyah? Maria? Ke Geisya?”

Aril merenung tajam melihat Arisyah yang telah mengekek menahan tawa. Terbongkar sikap playboynya di mata Mia. Aku mati-mati pertahankan dia di hadapan Syah, dia jatuhkan maruah aku? Tak kenang budi betul.

Aiman mengeleng-geleng kepalanya melihat reaksi Aril. Seperti yang dia duga, memang sah-sah Aril adalah playboy. Lelaki itu dilihat senang untuk memperlakukan wanita sewenang-wenanngnya. Dengan anugerah yang dikurniakan Allah SWT pada wajahnya, namapaknya kurniaan itu diguna untuk jalan yang salah. Bahaya untuk Mia berhamipiran lelaki seperti itu.

“Mia, jom kita balik” Aiman mengajak Mia lembut. Dia tahu wanita itu sudah lama tertunggu-tunggu saat itu. Saat pulang. Tingkah laku gadis itu cukup mengambarkan betapa tidak senangnya dia dengan keadan rumah itu.

Mia hanya mengangguk lalu berdiri untuk mengekori langkah Aiman daripada belakang. Wajah Aril jelas berubah apabila mengetahui Mia akan pulang. Laju dia bangun daripada pembaringannya. Lupa terus malunya.

“Makcik nak balik ke? Alaa..tunggulah sampai makan tengah hari” Syah cuba menghalang pergerakan Mia. Dia mahu mengorek lebih banyak perkara daripada Mia. Wanita itu mengetahui apa yang berlaku. Sudah tentu dia perlu mengenali wanita itu dengan lebih mendalam untuk mengorek rahsia tersebut.

“Mia ada kerja” Mia cuba bergerak ke posisi lain namun Syah mengikut langkahnya. Apabila dia bergerak ke kiri, Syah turut bergerak ke kiri dan begitulah sebaliknya sehingga membazirkan masa Mia.

“Kerja apa? Tak boleh buat lain kali ke?”

“Lusa deadline. Kalau kerja tu tak siap, kepercayaan orang terhadap kita akan berkurang” Mia menjawab tenang. Setenang yang boleh dia cuba berlakon. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja badan bidang lelaki itu dirempuh. Aiman mengerut dahinya mendengar jawapan Mia.

“Tak siap lagi ke? Aiman ingatkan siap dah semalam. Sebab mata Mia nampak lebih lebam daripada biasa” Aiman mengehntikan kata-katanya apabila riak wajah Mia agak berubah. Eh bukan ke?

“ Lebih lebam daripada biasa?” Aril menjungilkan biji matanya mendengar penjelasan Aiman. Memang benar Mia mempunyai lengkungan hitam di bawah matanya, namun lengkungan tersebut lebih gelap daripada biasa? Apa yang Mia buat? Mata Aril berhenti kepada Syah yang mengaru-garu kepalanya. Mereka kahwin semalam. Maka semalam adalah first night mereka. Jadi....

“Korang?”Aril menyoal agak tidak percaya. Personoliti mereka bagaikan menidakkan dugaannya. Mia dilihat dengan dunianya. Manakala Syah pula terlalu obsess dengan permainan videonya sehingga tidak pernah mempunyai masa untuk berdating. Takkanlah!

“Apa yang kau fikir nie Aril? Jangan nak mengarutlah!!” Syah bagaikan memahami maksud pertanyaan Aril. Laju sahaja dia menjawab. Kerutan dahi mula kelihatan pada dahi Aiman dan Arisyah. Masih tidak dapat menangkap maksud maksud kedua-dua mereka.

“Habis macam mana Syah jelaskan…”Aril meletakkan jari telunjuknya di bawah matanya kemudian beralih pula kepada Mia yang menunduk wajahnya.

“Bukanlah….”Syah mengibas-gibas tanganya menyangkal tuduhan Aril. Risau juga kalau Aril masih terus bertanya, hubungan mereka akan terbongkar. Sudahlah Mia langsung tidak memberi kerjasama.

“Takkanlah sampai lebam macam tu tak ada apa-apa?” Aril tidak percaya. Emosinya sudah tidak dikawal memkirkan kemungkiann yang ada. Ya..mereka kahwin secara paksa. Namun mereka masih mampu mempunyai hunbungan yang ada antara lelaki dan perempuan. Syah mula rimas. Soalan Aril semakin melebih-lebih. Wajah Arisyah dan Aiman silih berganti memandangnya. Apa yang patut dia jawab? Dia mengerling ke arah Mia. Masih selamba! Semua nie sebab mata panda kaulah makcik!

“Hoii..Syah, aku tanya nie.. Korang”

“Bukanlah…”

“Habis dia perempuan , kau lelaki….”

“Tak payah tanyalah”

“Mana boleh, dia……..”

“Suka hati Syahlah nak buat apa pun kat dia.  Syah ada hak atas dia!!”

Aril terdiam mendengar jawapan Syah. Jawapan daripada Syah bagaikan mengiakan lagi dugaannya. Hancur hatinya mendengar jawapan daripada Syah. Mia nyata terkejut mendengar jawapan daripada Syah. Bisu melanda antara mereka. Macam mana kalau hubungan mereka dapat dihidu? Mia sudah mati akal. Dia tidak dapat memikirkan kemungkinan yang akan terjadi. Laju kakinya meninggalkan rumah Syah sekaligus meninggalkan Aiman. Panggilan daripada Aiman dan Syah terbiar sepi. Sumpah dia malu. Lelaki itu tiada jawapan yang lebih baik ke?!






Mia menutup pintu biliknya. Aroma maggi yang dimasak dua hari yang lalu menusuk ke lubang hidungnya. Semuanya gara-gara sikapnya yang tidak suka membuka tingkap biliknya. Mia mengetap bibirnya mengingati peristiwa tadi. Malunya aku! First night yang memalukan kemudian bertemu pula dengan Aril. Bersarapan pula?

Mia mengeleng kepalanya cuba untuk menyedarkan dirinya ke alam nyata. Semuanya salah dirinya. Salah dirnya kerana membuat keputusan untuk ke pantai hari itu. Jika tidak, hidupnya tidak akan terjerat sebegitu sekali. Tidak sebanyak itu manusia yang dikenali. Tidak sebanyak itu perkataan dituturkan! Dan bukan status sebagai seorang isteri yang dipegang!!

Mia mengunci pintu biliknya. Mangga dicapai lalu dikunci. Tidak cukup dengan itu, dia mengambil pula kain buruk di dapurnya lalu menutupi bahagian bawah pintunya. Itulah kali terakhir dia akan membuka pintu biliknya. Serik! Dia tidak akan lagi membuka pintu biliknya. Jika perlu dia akan memhentikan penghantaran surat khabar ke rumah. Mia menutupi langsir rumahnya. Dia berjanji tidak akan sesekali lagi membuka langsir itu, melihat ke apartment sebelah. Pedulilah amnesia lelaki itu. Dia mahu hidup kembali ke dunianya. Laju dia merebahkan badannya di atas katilnya. Mata ditutup serapat-rapatnya. Mimpi…dia akan bangun daripada mimpi itu. Rasanya dia telah bermimpi agak jauh. Terlalu jauh sehingga hampir memasuki alam nyata. Dia perlu cepat-cepat bangun. Aril, Syah, Arisyah, Datin Hayati, Alia dan Farish hanyalah sebuah karakter dalam mimpi. Dia pasti akan bangun dalam mimpi itu. Pasti!!

Mia memeluk bantal tidurlanya yang busuk. Satu senyuman terukir pada bibirnya. Selamat tinggal semua dan hello kepada duniaku!


“Rindunya…bau rumah nie” Mia memperkemaskan pelukannya. Itulah dunianya. Itulah tempat yang sepatutnya dia berdiri. Dia akan terus berdiri di tempat yang sama. Dia benar-benar minta maaf. Maaf kerana memungkiri janji yang dibuat pada ruamh itu. Janji tak akan berpisah walaupun sehari. Dia telah memungkiri janji itu. Dan akibatnya amat teruk.

“Suka hati Syahlah nak buat apa pun kat dia.  Syah ada hak atas dia!!”

Mia membuka matanya apabila ucapan Syah bermain kembali dalam ingatannya. Suka hatilah nak buat apa pada aku? Mia dapat merasakan bulu romanya tegak berdiri setiap kali mengingati kata-kata itu. Suara tegas Syah bagaikan maksudkan semua itu. Memang dia ada membuat perjanjian dengan Syah, namun mampukan sekeping kertas membina tembok antara mereka? Bagaimana kalau Syah melakukan sesuatu kepadanya? Bagimana? Bagaimana kalau dia mengandung?

“Hai Makcik”

Mia menoleh ke belakang apabila ada suara yang menegurnya. Terpempang wajah Syah yang tersenyum nakal kepadanya sambil berpeluk tubuh. Mata lelaki itu ralit memerhati tubuh Mia dari atas hingga bawah. Meremang bulu roma Mia dibuatnya. Bagaikan pandangan seorang perogol. Hilang wajah keanak-anakan lelaki itu.

“Apa yang Syah tengok?” Mia cuba memberanikan diri untuk bertanya. Walaupun suaranya cuba ditegaskan, namun masih tersekat-sekat dihujungnya.


“Tengok isteri Syahlah. Takkan nak tengok pun tak boleh?” Syah menjawab nakal. Syah mula mendekati Mia yang duduk bersila di atas sofa rumahnya itu. Cepat-cepat Mia mencapai bantal di sofa lalu menutupi tubuhnya. Pandangan lelaki itu sangat menakutkan. Syah mengambil tempat disisi Mia. Wajah Mia ditenung sepuas-puasnya.

“Kalau tengok betul-betul, Mia nie macam perempuan jugak kan?” Syah menyentuh lembut rambut Mia sambil mengusap-gusap rambut wanita itu. Laju Mia menepis dan menjarakkan dirinya.


“Habis Syah kahwin dengan seorang lelaki selama nie?”Mia sengaja melarikan pandangannya daripada melihat wajah Syah yang tiba-tiba berubah itu. Pelbagai doa dibaca agar lelaki itu mampu mengawal nafsunya. Gelakan Syah membingitkan telinga Mia. Mahu sahaja dia melarikan diri, namun kedudukannya dengan Syah yang agak rapat menyukarkan pergerakannya. Bantal dipeluk sekuat yang boleh.

Mia tiba-tiba dapat merasakan dagunya dipegang oleh Syah. Syah mengalihkan wajah Mia supaya menghadapnya. Bulat mata Mia melihat tindakan spotan daripada Syah itu.

“Apa yang Syah buat nie?” Mia menyoal agak marah. Tangan Syah ditepis laju.

“Syah tengok Mia sebagai seorang wanita sekarang. Tak boleh ke Mia buat macam tu? Lupakan perjanjian kita dan marilah membina hidup bersama-sama” Gemersik sekali suara Syah memujuk. Hilang panggilan makcik yang sering digunakan oleh lelaki itu.Renungan Syah menyebabkan Mia berasa tidak sedap hati.

“Apa..apa yang Syah mengarut nie?”

“Pandanglah Syah sebagai seorang lelaki Mia” Syah mula membuka butan bajunya perlahan-lahan sambil mengetap bibirnya memandang Mia. Membuntang biji mata Mia melihat Syah yang membuka bajunya perlahan-lahan. Syah mula bergerak mendekati Mia yang kaku.

“Tidak!!!!! Taknak. Mia taknak ada anak muka macam Syah!”

Mia membuka matanya. Peluh memercik pada dahinya. Mia menolah keadaan sekeliling. Laju tangannya memerhatikan bajunya. Kemudian dia menyelek rambutnya untuk melihat lehernya. Selamat! Selepas itu barulah dia tersedar dia berada di rumahnya sendiri. Pasti dia telah bermimpi. Mimpi yang amat dashyat. Mia mengurut dadanya perlahan dan melepaskan rasa syukur kepada Allah SWT.

“Suka hati Syahlah nak buat apa pun kat dia.  Syah ada hak atas dia!!”

Mia duduk melengkup di atas katil bujangnya. Hilang keinginannya untuk tidur. Dia benar-benar takut kalau Syah maksudkan kata-katanya. Dia seorang wanita dan Syah tetap seorang lelaki. Macam-macam boleh berlaku. Bagaimana kalau lelaki itu tidak dapat mengawal nafsunya? Selalunya ada yang kata luahan pada waktu marah selalunya jujur dan datang ikhlas daripda hati. Bagaimana kalau lelaki itu bertindak bukan-bukan?

Mia menarik nafas sedalam-dalamnya. Selimut diambil lalu digulung pada badanya. Selepas lama berfikir, Mia mengangguk kepanya perlahan-lahan.

Selagi mamat tu masih mempunyai keinginan untuk melakukan perkara macam tu, lebih baik kitorang jangan berjumpa. Biarlah dia menjinakkan nafsunya dulu. Penyakit amnesianya boleh diubat dengan masa. Nafsu dia yang paling penting sekarang. Baik aku dengan dia jangan berjumpa.






Syah memicit remote televisyen apabila drama bersiri yang disiaran langsung tidak menarik perhatian. Saluran 611 dicari lalu ditekan. Selepas itu barulah senyuman terukir pada wajahnya. Ralit dia melihat kartun Detektif Canon itu sambil mengangguk-gangguk. Kagum dengan animasi yang telah dihasilkan. Dia memang suka membuat kajian kepada setiap animasi yang ditontonya. Minatnya dalam bidang animasi sangat mendalam.


Syah mencapai tomogo nigiri buatan Arisyah yang terhidang lengkap di atas piring. Memang masakan sepupunya itu tidak menghampakanya. Rasanya memang sebijik dengan tomogo nigiri yang dimakan semasa di Jepun dulu. Namun bagaimana sepupunya itu tahu tentang makanan kegemarannya? Main hentam kot. Kebetulan mengena.

Bunyi telefon bimbitnya menganggu kajiannya pada animasi Detektif Conan itu. Dia merengus geram apabila fikirannya diganggu. Namun tidak sampai seminit ekspreasi pada wajahnya terus berubah. Omelan pada mulutnya terus berhenti. Nama yang terpapar pada skrin telefonya benar-benar menyababkan degupan jantungnya hampir sahaja berhenti. Lama dia menelan air liur. Lambat-lambat dia menerima panggilan tersebut dengan hati yang berdebar. Bergetar tanganya untuk meletakkan telefonnya di cuping teliga.

“Moshi-moshi, Riu-sama?…Hanazakari Riu?”





Mia mengeliat sepuas-puanya apabila mendengar bunyi jam locengnya. Dengan mata yang masih tertutup, dia menekan butan pada jam locengnya. Barulah jam loecengnya berhenti berbunyi. Bukan main lama dia tidur, maklumlah dia sedang ‘bercuti’. Kurang tanggungjawab. Mia bergerak ke meja komputernya. Stick note yang diletak di atas mejanya dicapai. Mia mengosok-gosok matanya apabila merasakan pandangan agak kabur untuk menulis. Dia cuba menguatkan matanya. Pipinya ditepuk perlahan-lahan. Pen dicapai lalu stick note tersebut dicoret. Lama Mia melihat ayat yang ditulis. Seperti ada yang tidak kena. Terasa terlalu panjang ayatnya untuk menyatakan satu perkara sahaja. Mia mengumpal stick notenya lalu dilempar ke bawah mejanya. Dia cuba menulis ayat lain pula. Satu perkataan sahaja. Maaf. Sekali lagi Mia mengerut dahinya. Masih tidak kena. Maaf? Pasal apa?

Setelah agak lama mengambil masa untuk berfikir, Mia akhirnya tersenyum apabila mendapat satu idea. Dia kembali menulis pada stick notenya itu. Apabila puas dengan hasil kerjanya, dia melukis gambar muka ala-ala sedih di bawah ucapan maaf tersebut. Memang kerjayanya sebagai assister writer banyak membantunya. Mia menyelak langsir biliknya perlahan-lahan. Langsir bilik Syah masih belum dibuka. Dia menarik nafs lega. Laju tangannya membuka slading doornya lalu menampal stick notenya pada beranda Aiman yang hanya sejangkal dipisahkan darinya. Dia menekan stick notenya agak kuat untuk mengelak daripda diterbang angin. Setelah yakin, dia mengorak langkah untuk meninggalkan berandanya lalu menutup slading doornya. Kuatir akan bertemu dengan Syah.

Mia berdiri di tengah-tengah rumahnya. Dia melihat sekeliling rumahnya dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Berpisah dengan rumahnya selama 1 hari, bagaikan berpisah selama setahun lamanya. Mia menutup matanya rapat-rapat. Cuba mendalami perasaan berada dalam rumahnya. Sungguh tenang. Karakter yang hidup dalam dunianya beberapa hari yang lalu perlu dihapuskan. Sunyi dan damai Dia sudah kembali! Saya dah pulang!!

Ketukan pada pintu bilik Mia mematikan senyuman yang terukir pada bibirnya. Penghantar surat khabar ke? Kenapa tak letak sahaja di hadapan rumahnya seperti biasa? Perlu ke ketuk bagai nak roboh rumahnya itu? Ketukan semakin kuat kedengaran. Mia menutup telinganya apabila ketukan itu semakin kuat. Penghantar surat khabar baru ke?

Mia mula bergerak untuk membuka pintunya. Kain tuala yang tersadai di atas lantai rumahnya diambil lalu digunakan untuk menutupi lenganya yang terdedah kerana dia hanya mengenakan t-shirts lelaki berlengan pendek. Hampir seinci tangannya ingin mencapai tombol pintu, suara seorang lelaki kedengaran.

“Makcik? Bukak pintu nie!”

Mia menjatuhkan tanganya. Matanya dibulatkan apabila telinganya bagaikan dapat mengecam suara tersebut. Laju dia melihat pada……………pintu biliknya. Terpempang wajah Syah yang berpeluk tubuh. Laju Mia melarikan pandangannya. Air liur ditelan. Pahit.

“Makcik? Bukak pintu nie! Syah tahulah makcik suka tidur tapi tak payahlah over sangat. Dah pukul 10 pagi dah pun” Syah kembali mengetuk pintu bilik Mia. Dia yakin itu bilik Mia setelah berulang kali melihat nombor yang tentera pada pintu bilik itu. Masih sepi tanpa jawapan.

“Makcik….”Syah menendang pula pintu bilik Mia berulang kali dengan mengayunkan kaki kirinya. Syah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Minah nie ada ke tak? Takkan dia keluar kot? Dia bukanlah jenis yang suka keluar. Mia memegang dahinya. Cuba untuk memerah mana-mana idea. Masih gagal. Dia tahu lelaki itu tidak akan mudah berputus asa. Pengenalan mereka sudah cukup membuktikan segala-galanya. Tapi kalau dia buka pintu, bagaimana kalau lelaki itu mengheret dirinya kedalam rumahnya? Macam mana kalau nafsu lelaki itu tidak terkawal?

“Makcik? Makcik nak tidur sampai bila? Rumah makcik tak ada alarm clock ke?”

Mia mengetap bibirnya mendengar sindiran Syah. Aku adalah!

“Kalau ada kenapa susah sangat nak bangun?”

Mia terdiam. Bukan itu kali pertama Syah mampu membaca fikirannya, kali pertama mereka bertemu lelaki itu juga mampu membaca fikirannya. Kenapalah bukan kelebihan yang itu yang hilang semasa lelaki itu lemas?

Syah meletakkan telinganya pada pintu bilik Mia. Telinganya bagaikan dapat menangkap bunyi seseorang bersandar pada pintu bilik. Adakah gadis itu berada di rumah?

“Mentang-mentang tengah mengalami kitar haid, makcik ingat boleh tidur sampai tengah harilah?”

Mia tersedak perlahan. Laju tanganya menutup mulutnya untuk mengelak daripda didengar oleh Syah. Apa? Kitar haid? Kau tak ada ayat lagi tersirat ke? ABC ke? Bercuti ke? Bendera merah ke? Kitar haid? Terus straight to point?

“Makcik…bukalah makcik,Syah nak bincang sesuatu tengah makcik” Syah mula merayu. Walaupun telah menggunakan nada yang perlahan, kakinya masih tidak berhnti menendang pintu bilik Mia. Mudah dan tidak meletihkan.


Bincang? Itu cara lama nak tarik permpuanlah. Kata nak bincang, entah-entah larikan anak dara orang sampai Thailand. Macam-macamlah budak zaman sekarang. Kemudian bila kena tangkap khalwat, baru….Bebelan Mia terhenti. Terasa sebenarnya.

“Makcik…Syah perlukan makcik untuk selesaikan masalah Syah nie. Hanya makcik sahajalah harapan Syah. Syah mahu kembali ingatan Syah sebelum terlambat” Syah meluahkan keinginanya yang terpendam apabila pintu bilik masih belum terbuka. Dia tetap ingin meyampaikan keinginannya.

Mia terdiam. Penyakit amnesia lelaki itu kembali menghantuinya. Ya, dia telah berjanji untuk memulihkan lelaki itu sejurus selepas mereka berkahwin. Namun masih belum tertunai hingga sekarang. Walaupun telah genap dua hari usia perkahwin mereka, lelaki itu tidak pernah membangkitkan isu tersebut. Kenapa tiba-tiba sahaja?

“Makcik…Syah perlukan ingatan 3 tahun itu secepat mungkin. 3 tahun itu akan meyelamatkan impian saya. Syah tak boleh lepas semua yang Syah capai. Syah tak boleh lepaskan semua itu kerana ingatan 3 tahun yang hilang tu. Makcik kena pulihkan Syah!” Syah melepaskan keluhan berat apabila pintu bilik tersebut masih belum terbuka. Hilang akal dia dibuatnya.

Mia memeluk tubuhnya perlahan. Kata-kata Syah didengar begitu ikhlas sehingga mampu menyentuh perasaanya. Dia yang berjanji untuk menolong lelaki itu, tapi sekarang dia pula yang melambat-lambatkan proses perkahwinan mereka. Tak..biasalah lelaki. Kalau nak sesuatu mesti ada dialog yang disediakan. Jangan percaya. Pertahankan maruah kau Mia!

“Makcik tahu tak dengan siapa makcik layan macam nie? Dengan seorang pesakit! Tak berhati perut betullah makcik nie. Dahlah sombong, kejam pulak tu” Gaya percakapan Syah sudah berubah. Teknik sad mood tidak berjaya memancing gadis itu. Dia membuka cara kasar pula.

“Apasal tiba-tiba sahaja makcik jadi macam nie? Apa yang Syah buat salah?”

Apa yang kau buat? Lepas kau keluarkan kata-kata macam nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada aku, kau kata apa yang kau buat salah? Sengal!

Zaid membuka tombol pintunya perlahan-lahan apabila mengesan suara yang agak kuat di hadapan biliknya. Takut ada orang gila yang menyerangnya, lebih-lebih lagi semasa ketiadaan Aiman. Kalua Aiman ada, pasti dia tidak setakut itu. Namun apabila wajah Syah terpempang di hadapannya, terus sahaja pintu biliknya dibuka seluas-luasnya. Matanya dibulatkan untuk memastikan dia dapat mengecam lelaki yang masih tekun mengetuk pintu bilik Mia itu.

“Syah kan? Lelaki yang dicabul oleh gadis 124 tu kan?” Zaid menyoal agak tidak percaya. Sudah 2 minggu lebih dia tidak melihat wajah lelaki itu. Sangkaannya hubungan mereka sudah putus,alih-alih lelaki itu masih melakukan aktiviti yang sama. Mengetuk pintu.

Syah memusingkan badannya ke arah pemilik suara itu. Wajah lelaki itu cukup asing pada pandangannya. Rasanya dia tidak pernah melihat wajah begitu dalam hidupnya. Itu kali pertama. Adakah lelaki itu kenalannya dalam ingatan 3 tahun yang hilang itu?

“Awak….awak kenal saya?” Syah meletakkan jari telunjuk pada wajahnya meminta kepastian. Zaid ketawa geli hati melihat wajah blur Syah. Mustahil dia dapat melupakan lelaki itu. Lelaki itu telah membuat perkara yang cukup luar biasa kepada gadis flat 124.

“Mestilah saya kenal. Awak lelaki simpanan Mia kan?” Terjugil biji mata Syah mendengar jawapan selamba daripada lelaki itu. Apa? Aku lelaki simpanan Mia?

“Jadi awak tahu pasal hubungan saya dengan Mia?” Syah menyoal agak tidak percaya. Seingatnya, wanita itu bermati-matian menyatakan mereka tiada hubungan istimewa. Namun lain pula yang didengar. Ya Allah, adakah tempoh 3 tahun telah menjadikan aku hamba yang lalai kepada-Mu?

“Apa yang Syah mengarut nie? Semua orang tahu hubungan Syah dengan Mia lepas tengok kemesraan korang tempoh hari” Zaid menjawab nakal sambil mengenyitkan matanya. Setelah kedatangan Syah tempoh hari, hubungan Syah dan Mia menjadi perbualan hangat jiran-jiran tetangga sehingga Mia mengambil tindakan mengurungkan diri dalam biliknya dalam tempoh masa yang agak lama.

“Kemesraan?” Syah bagaikan tertarik mendengar cerita Zaid. Sungguh dia tidak mengingati apa-apa pun. Jadi betullah aku dengan Mia mempunyai hubungan yang mesra?

“Sejauh mana kemesraan kami?”

Zaid mengerut dahinya mendengar soalan daripada Syah. Takkalah itu pun dia nak jawab?

“Cukup mesra sehingga………..”Zaid melentokkan kepalanya pada tangannya ala-ala posisis orang yang sedang tidur. Membuntung biji mata Syah melihatnya. Laju sahaja tangan Zaid dicapai lalu menolak tubuh lelaki itu ke dalam bilik lelaki itu. Dia mahu mendengar dengan lebih mendalam. Kalau Mia masih tidak mahu cerita, dia sudah mempunyai saksi untuk menerangkan segala-galanya. Terkedu Zaid dibuatnya apabila Syah tiba-tiba menerjah masuh ke dalam biliknya dengan menarik sekali dirnya. Memang confirm ke mamat nie tak gila kan?

Mia meletakkan telinganya pada dinding pintu biliknya dengan dahi yang berkerut. Tiada lagi bunyi ketukan yang didengari. Adakah lelaki itu telah berputus asa? Mia menarik nafas lega. Tidak sia-sia dia menahan mulutnya daripada menjawab sindiran Syah. Pasti lelaki itu sangka dia tidak berada dalam rumah. Mia bergerak ke ruang dapurnya untuk memulakan aktiviti hariannya seperti biasa. Periuk kecilnya diisi dengan air lalu dipanaskan dengan dapur gasnya. Laju tangannya mengambil makanan hariannya. Maggi!

“Siapa nama awak?”

 Zaid memandang pelik wajah Syah yang tidak berhenti-henti merenungnya. Tidak sedap hati dibuatnya. Dahlah dia hanya pernah berjumpa dengan lelaki itu sebanyak dua kali. Alih-alih lelaki itu menerjah masuk ke dalam rumahnya seperti seorang perompak. Zaid memerhatikan Syah atas bawah. Clean and clear. Tiada senapang ataupun pisau.

“Zaid”

Syah menarik nafas sedalam-dalamnya. Diharap penjelasan daripada Zaid dapat membantu memulihkan ingatannya.

“Boleh Zaid ceritakan serba sedikit pasal hubungan kami?”

Zaid mengerut dahinya mendengar permintaan daripda Syah. Dia bukanlah tahu sangat hubungan mereka, tapi dia diminta memberi penjelasan?

“Zaid tak tahu sangatlah sebab Syah cuma datang sini sekali sahaja”

“Syah pernah datang sini? Rumah makcik tu? Seorang diri?” Syah bertanya tidak percaya. Kalau difikirkan wanita itu juga mengetahui rumahnya, malah dia sendiri juga pernah masuk rumah wanita itu? Betul ke mereka tiada apa-apa?

Zaid semakin pelik. Tingkah laku Syah bagaikan budak yang baru sahaja dilahirkan dalam dunia tersebut. Tidak mengetahui apa-apa. Namun mulutnya berat untuk bertanya. Zaid hanya mengangguk selamba.

“Syah datang ketuk rumah dia macam pasangan kekasih yang sedang bergaduh. Syah juga pernah menghantar makanan untuk dia” Zaid memberi penjelasan berdasarkan pengalaman yang dilihatnya hari itu. Semakin terjugil biji mata Syah dibuatnya. Aku? Hantar makanan kat dia?

“Apa yang buat Zaid fikir kami nie pasangan kekasih?”

“Er….sebab…hari tu..Syah” Suara Zaid mula tersekat-sekat. Mengingati penampilan lelaki itu pada hari tersebut menyebabkan dia serba salah untuk meneruskan kata-katanya. Riasu akan memalukan lelaki itu.

“Syah buat apa?” Syah mula tidak sabar.. Eksperasi wajah Zaid agak berubah apabila ditanya soalan begitu. Dia tidak boleh menerima penjelasan Zaid yang hanya berdasarkan dugaan sahaja. Dia juga tidak percaya kerana sanggup memilih gadis itu sebagai teman wanitanya. Aku nie lelaki simpanan dia? Lownya level aku!

“Pada hari itu, Syah datang dengan keadaan yang separuh bogel” jawab Zaid lambat-lambat. Terngaga Syah dibuatnya. Aku salah dengar ke? Separuh bogel?

“Syah juga asyik mendakwa Syah ada melakukan sesuatu pada malam sebelum kejadian. Syah juga mendakwa dia mencabul Syah selapas korang tuttt……………………….”Zaid menyentuh jari telunjuknya pada jari telunjuk satu lagi. Syah sudah hilang sabar mendengar penjelasan daripada Ziad. Otaknya sudah ligat memikirkan kemungkinan yang berlaku. Suaranya sudah tidak dapat dikawal lagi.

“Dia apa? Cabul?”

Zaid berundur ke belakang apabila Syah tiba-tiba bangun daripada pembaringannya.Kecut perut dia dibuatnya. Zaid mengangguk laju untuk mengelak daripada Syah naik angin. Mana Aiman nie? Saat-saat macam nielah dia tak ada pulak. Syah merengus kasar.

“Patutlah taknak cerita apa-apa. Cabul aku rupanya” Syah dapat merasakan darah semakin menyirap.  Lengan baju t-shirtsnya disingsing sehingga ke paras siku. Entah bahagian badan yang mana dicabulnya, wanita itu memang nak kena. Miskin sangat ke dirinya sehingga sanggup jadi lelaki simpanan wanita itu? Nafasnya turun naik. Rancangan untuk mengheret gadis itu keluar dari biliiknya semakin membara.






Mia tersenyum sendirian apabila melihat maggi yang dididihnya hampir masak. Telur dicapai lalu dimasukkan ke dalam maggi. Bukannya setiap hari dia makan maggi, namun itu boleh dikatakan juadah tetapnya. Senang diurus dan tidak memakan masa yang lama. Dia sendiri tidak mempeduli kesihatannya. Maklumlah, tiada yang melarangnya. Mia mengambil senduk yang diletak kemas dalam mug panjangnya berhampiran dapur gas. Sedikit kuahnya dicapai dengan senduk tersebut. Asap mula memenuhi senduknya apabila senduk itu terangkat. Bagaikan mahu meleleh air liur Mia apabila haruman maggi itu menusuk ke lubang hidungnya. Perlahan-lahan senduk yang panas itu didekatkan ke mulutnya. Hampir seinci sahaja masakannya ingin memasuki rongga mulutnya ,  satu suara kedengaran…

“Makcik!!!”

Akibat terlalu terkejut, senduk yang panas itu terlanggar hidungnya. Laju tangan Mia melepaskan senduk yang panas itu lalu mengosok-gosok hidungnya yang terkena senduk panas itu. Pedih sekali. Mia bergerak ke sinki lalu membasuh hidungnya dengan air paip tersebut. Namun tindakannya hanyalah sia-sia. Mia merenung tajam pintu biliknya yang kedengaran kuat suara tersebut. Mia mengetap bibirnya geram. Bukan dia tidak kenal pemilik suara tersebut.

“Makcik masih taknak buka? Makcik ingat Syah tak tahu apa yang makcik buat pada Syah?” Tangan Syah masih tidak henti-henti mengetuk pintu bilik Mia. Ketukan pintu bilik itu terhenti seketika, apabila hidungnya menangkap bunyi aroma maggi daripada bilik Mia. Memang sah-sah gadis itu masih berada dalam rumah.

Mia bergerak ke pintu biliknya.Marah pun ada. Takut pun ada. Marah kerana Syah hampir menyebabkan hidungnya melecur. Takut, dirinya akan diapa-apakan oleh Syah. Mia memegang tombol pintunya. Hatinya sudah berkira-kira untuk membuka pintu tersebut. Kemudian dia mengeleng laju. Cuba mengingati dirinya. Mia kembali berundur selangkah sambil mengigit jarinya. Kalau aku senyap, mesti dia ingat aku tak ada di rumah. Betul tu! Dia cuma perlu menzip mulutnya.

“Pagi-pagi lagi makan Maggie?”

Mia mengangkat wajahnya lalu merenung tajam ke arah pintu. Terkedu dirinya. Rancangannya semakin kabur dalam pandangan matanya. Ligat otaknya mencari punca bagaiman aktivitinya dapat diketahui oleh Syah. Pandangan Mia beralih kepada periuknya yang masih hangat dididihkan. Ya Allah! Apasal aku bodoh sangat?

Laju kaki Mia digerak lalu menutupi periuk yang masih dididihkan itu. Kalut tanganya mencari-cari penutup periuk tersebut. Tidak sedar tindakannya menghasilkan bunyi bising apabila alatan dapurnya berlanggaran antara satu sama lain. Syah tersenyum mendengar bunyi bising itu.

“ Kenapa? Cari penutup ke?”

Mia berhenti mencari penutup periuknya apabila mendengar sindiran Syah. Lambat-lambat dia mengetuk kepalanya mengakui kebodohannya. Pandangan Mia beralih pula pada kipas lantai yang diletak di ruang tamunya. Laju butan kipas itu dipasang untuk menghilangkan aroma maggi yang memenuhi ruang rumahnya yang kecil itu.

Syah tersenyum menejek. Bukan telinganya tidak mendengar bunyi kipas daripda bilik Mia. Itulah padahnya membeli kipas yang buruk. Pasang sedikit, terus buat bunyi.

“Tak payah nak pasang kipaslah. Bau maggi tu dah keluar sampai kat luar nie”

Mia menutup mukanya mendengar sindiran Syah. Mujur lelaki itu tidak melihat keadaannya pada ketika itu. Pastinya dia akan dilihat sebagai orang bodoh di hadapan Syah. Mia melepaskan keluhan berat. Segala usahanya bagaikan mendedehkan lagi dirnya ke dalam bahaya. Kehadirannya telah terbongkar. Perlu ke dia teruskan lagi?

“Hoi..Makcik!!”

“Apa yang Syah nak?” Syah tersenyum riang apabila Mia sudah menjawab soalanya. Mengaku kalah juga akhirnya.

“Syah nak tanya, macam mana dengan perngenalan kita berdua?”

Mia mengerut dahinya mendengar kata-kata Syah. Itulah soalan yang dibangkit oleh lelaki itu pada malam pertama mereka. Kini lelaki itu menyoal perkara yang sama.

“Biasa..biasa je”

Syah mengetap bibirnya geram. Insiden macam tu biasa-biasa je? Berapa ramai orang yang kau cabul sebelum aku?

“Cabul lelaki perkara biasa-biasa je bagi makcik?” Mia menjugilkan matanya mendegar sindiran Syah. Langkahnya semakin dirapatkan ke arah pintu biliknya. Ternganga dirinya seketika. Apa..cabul?

“Cabul? Mia tak cabul Syahlah! Boleh tak jangan perasaan?” Suara Mia agak turun naik. Itu bukan kali pertama lelaki itu menunduhnya sebagai pencabul. Pada awal perkenalan mereka, lelaki itu juga menuduh begitu.

“Jangan nak perasaan? Kenapa? Sebab kita lakukan semua tu atas kerelaan masing-masing?” Syah memeluk tubuhnya. Walaupun gadis itu mula bersuara, namun pintu biliknya masih belum dibuka. Hendak atau tidak, dia terpaksa berbual-bual dengan wanita itu yang hanya dipisahkan dengan pintu bilik Mia.

“Atas kerelaan masing-masing? Boleh tak jangan memutar belitkan perkara. Tiada apa-apa yang berlaku antara kita!” Mia menjerit agak kuat. Suaranya sudah tidak dapat dikawal lagi. Dia tahu lelaki itu telah mengalami amnesia, tetapi menuduhnya sebagai pencabul telah melampui batas. Dia telah menyelamatkan nyawa lelaki itu, itu balasannya?

“Habis kenapa Syah datang rumah makcik dengan keadaan separuh bogel? Itu makcik kata tiada apa-apa?” Syah masih tidak berpuas hati dengan jwapan Mia. Gadis itu hanya menidakkan sindirannya tetapi tidak memberi penjelasan yang kukuh. Bagaimana dia nak percaya?

“Mana Mia tahu? Syah dah hilang akal agaknya hari tu” Mia membalas selaamba. Dia sendiri tidak mampu menjawab soalan itu. Memang Syah yang dikenali, gila-gila sedikit perangainya. Syah meraup wajahnya. Jawapan daripda Mia tidak dapat menenagkan hatinya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

“Buka pintu nie”

Mia mengurut dahinya mendengar arahan Syah yang agak tegas itu.”Kenapa?”

“Kita pergi buat pemeriksaan. Jangan-jangan ada baby dalam perut makcik tu” Syah memberi cadangan selamba. Baginya itulah satu-satunya jalan untuk mengesahkan hubungan mereka. Mana tidaknya, mereka ditangkap khalwat. Ada pula jumpaan condom di kawasan bot tersebut. Bagaimana kalau mereka benar-benar terlanjur.

Mia menjugilkan matanya. Laju tangannya menyentuh perutnya. Bunyi tangisan seorang bayi bagaikan kedengaran di cuping telinganya. Apa?

“Jangan nak mengarutlah! Kita tak pernah buat apa-apa pun!”

“Makcik nak Syah percaya macam mana? Apa perkara pertama Syah nampak bila Syah bukak mata? Lepas tu telinga Syah dengar gosip antara kita? Makcik nak Syah fikir apa lagi?” Otak Syah bagaikan semakin buntut. Sungguh! Tidak dapat membayangkan mereka mempunyai hubungan sejauh itu. Ya Allha, jauhnya aku lari daripada jalan-Mu. Apa yang aku dah buat Ya Allah?

“Syah….” Mia tidak jadi mnghabiskan kata-katanya apabila suara Syah semakin perlahan kedengaran. Bagaikan suara orang yang telah berputus asa.

“Makcik jangan risau. Syah akan jaga baby tu. Kita tak akan gugurkannya. Syah akan jaga” Syah cuba memujuk Mia sekaligus cuba memujuk hatinya. Dia perlu menangguh tanggungjawab yang dibuat kerana kealpaannya. Dia tidak boleh meninggalakan Mia begitu sahaja. Sikap keras kepala Mia untuk membuat pemeriksaan, jelas membuktikan ada kandungan dalam perut wanita itu.

“Apa yang Syah mengarut nie? Mia memang tak mengandunglah!”

“Macam mana Syah nak percaya kalau…………” kata-kata Syah berhenti apabila pintu bilik Mia terbuka tiba-tiba. Terpacul wajah Mia yang merenung tajam ke arahnya dengan mata yang sengaja dibulatkan. Memang menyeramkan. Mia bergerak laju ke arah Syah sehingga menyebbakan Syah berundur beberapa langkah untuk mengelakkan daripada badan mereka bertembung.

“Tengok nie….”Mia meletakkan jari telunjuknya pada perutnya. Perutnya itu dipukul berkali-kali dengan agak kuat untuk membuktikan tiada kandungan dalam perutnya. Bulat mata Syah melihatnya.

“Apa Makcik buat nie? Baby itu anugerah Allah. Makcik sedar tak?”Syah memegang lengan Mia untuk menghalang gadis itu daripada terus memukul perutnya. Takut akan mencederakan bayi tersebut.

“Baby? Sebab tak ada babylah Mia berani pukul macam nie. Baby tu tak pernah wujud! Dan tak akan wujud!!”jerit Mia geram apabila Syah masih tidak memahami tindakannya. Tangannya cuba ditarik daripada gemgaman Syah, namun genggaman Syah semakin kuat dirasakan.

“Sedarlah sikit! Syah sendiri dapat menerima kehadiran dia. Apasal makcik masih menidakkan kehadirannya? Ingat Allah makcik! Ingat!!”Syah memegang kedua-dua belah pipi Mia dengan harapan dapat menyedarkan wanita itu. Meronta-ronta Mia meminta untuk dilepaskan. Tindakan lelaki itu menyukarkan Mia untuk bersuara apabila mulutnya dihimpit oleh tapak tangan Syah yang besar itu. Syah mengoncangkan kepala Mia. Rimas Mia dibuatnya.

“Le..lepaslah”

“Syah akan jaga dia. Tolong jangan buat dia macam tu sebab dosa kita berdua. Dia tak bersalah” Syah merasakan air matanya bagaikan ingin keluar mengenangkan nasib mereka. Membayangkan dosa yang mereka berkemungkinan telah lakukan. Mujurlah mereka berdua telah sah bergelar suami isteri.

“Mia memang tak ada baby dengan Syahlah!!” Mia cuba bersuara namun suara sedikit tergelam. Mahu sahaja dia menampar lelaki itu supaya lelaki itu kembali ke alam nyata. Hilang ingatan pun agak-agaklah Hoii.. Kau ingat aku nie perempuan macam mana?!

“Mengucap Makcik, mengucap. Terimalah dia sepertimana Syah menerimanya”Syah menutup matanya. Patutlah Mia tidak mahu menceritakan tentang hubungan mereka. Pengenalan mereka. Rupanya bukan sesuatu yang bagus. Tergia-gia jawapan wanita itu semasa malam pertama mereka.

“Baik tak payah cerita”

“Peristiwa tu bukanlah sesuatu yang bagus diingat. Nanti makin hilang pulak ingatan Syah” 

Ya! Memang bukan sesuatu yang bagus didengar. Namun dia bukanlah lelaki yang pengecut! Sah-sah jawapan gadis itu dapat mengambarkan hubungan mereka.Air mata mula bergenang dipipinya. Terasa kerdil sekali dia untuk menghadap Allah SWT. Betapa jahilnya dirinya. Maafkan aku Ya Allah..Maafkan aku.

“Bodohnya kau nie makcik. Kenapa tangguh semua nie seorang diri? Kenapa rahsiakan semua nie daripada Syah? Kenapa? Sebab Syah menghidap amnesia makcik ingat Syah akan lari daripada tanggungjawab Syah? Kenapa makcik…jawalah! Kenapa?” Suara Syah mula beremosi. Air mata tidak berhenti mengalir di pipinya waalupun wajah Mia sudah merah menahan marah. Emo tak tahu apa yang nak! Aku nak cakap macam mana kalau kau asyik pegang pipi aku nie?

“Syah! Korang buat apa nie?”

Aiman memandang terkejut melihat posisi kedua-duanya. Sarapan pagi yang dibelinya terlepas daripada genggamannya melihat pipi gadis idamannya dipegang oleh Syah. Mia dan Syah memusingkan kepala mereka serentak dengan tangan Syah yang masih memegang pipi Mia. Wajahnya jelas dibasahi dengan air mata seperti seorang bayi. Manakala wajah Mia bagaikan seorang ibu yang menahan marah kepada anaknya. Keadaan wajah mereka sangat bertentangan! Berkerut dahi Aiman melihatnya.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...