Sunday, 26 October 2014

Are You Afraid Of Love?:Episode 6

[6]

Three Man And One Girl
Kelakuan seorang lelaki yang menutup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan menjadi tumpuan pelanggan perempuan mahupun lelaki. Ada yang memandangnya pelik dan ada juga yang memandang dengan wajah kasihan dengan nasib menimpa lelaki itu. Kadangkala lelaki itu mengosok kepalanya yang tidak gatal. Ada ketika dia menukar posisi duduknya, kemudian kembali duduk ke posisi asal. Serba tidak kena dibuatnya. Persis seperti seorang ayah yang menunggu kelahiran anak pertama mereka.


Syah mengenggam kedua-dua belah tangannya erat lalu diletakkan dia atas meja makan tersebut. Wajahnya ditunduk kemudian diangkat kembali melihat ke satu sudut. Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandang. Jiwanya betul-betul tidak tenteram. Tidak lama lagi, hidupnya akan berubah. Wajarkah dia bertangguangjwab dengan perbuatan yang dia sendiri tidak ingat? Wajarkah?


“Air?”


“Taknak”


Pelayan perempuan itu hanya tersenyum apabila perlawaannya ditolak. Wajah lelaki yang kerisauan itu dilihat sangat comel pada pandangannya. Entah apa yang dibuat oleh lelaki itu sehingga resah begitu. Pasti remaja itu mempunyai masalah keluarga. Itu adalah perkara yang biasa dialami oleh setiap remaja dalam menempuh alam mereka. Fikiran yang tidak matang.


“Kalau nak tenangkan diri kena minum air. Kalau………….”


“Cik…agak-agaknya kan, berapa kos sebulan untuk menjaga baby?”Syah memusingkan wajahnya melihat pelayan wanita itu yang agak terkejut. Pasti tidak menyangka diri akan ditanya begitu.


“Kos jaga baby?”jawab pelayan tersebut tergagap-gagap. Wajahnya mula diselubungi ketakutan.


“A’ah…dekat-dekat sini ada nursery tak? Cik ada kenal siapa-siapa tak?”


Habis semua bahagian wajah digaru oleh pelayan wanita itu. Terkebil-kebil dia cuba mencari jawapan. Macam mana dia nak tahu semua itu jika usianya baru sahaja mencecah 18 tahun.


“Rasanya…tak ada kot dekat sini”jawab pelayan tersebut tergagap-gagap. Entah betul-entah salah jawapannya. Mahu sahaja dia beredar dari situ daripada terus ditanya soalan yang tidak masuk akal. Hilang keinginannya untuk mengambil pesanan lelaki itu.


“Macam tu ke…”Syah mengangguk perlahan. Jelas terpancar riak kekecewaan pada wajahnya.


“Baby boleh naik flight tak? Ke kena buat passport jugak? Berapa had umur nak buat passport?”


Soalan bertalu-talu daripada Syah membuatkan pelayan itu mengundur selangkah demi selangkah. Tindak tanduk lelaki itu dilihat agak mencurigakan. Jangan-jangan mamat nie nak jual baby kot?


“Sorry…saya tak tahu” Pelayan tersebut laju melarikan diri daripada Syah. Terkebil-kebil Syah dibuatnya. Syah kembali melihat pada kerusi kosong dihadapannya. Kemudian pandangannnya beralih kepada pintu yang masih tertutup kemas sedari dari. Satu keluhan dilepaskan. Berat dan tidak bermaya.


Ya Allah, aku tahu aku bukanlah daripada golongan orang yang dijanjikan surga oleh-Mu. Namun aku juga tidaklah sejahat itu sehingga sanggup mengandungkan seorang perempuan. Amalan fardhu masih aku kerjakan sepenuh hati dan amalan sunat walaupun sedikit aku masih lakukan. Adakah 3 tahun telah cukup mengubah aku menjadi hamba yang derhaka kepada-Mu? Adakah aku betul-betul melakukan perbuatan sekutuk itu? Ya Allah mana imanku pada ketika itu? Bertahun lamanya aku tidak pernah mengambil tahu mengenai teman wanita ataupun isterinya. Sedikit pun aku tidak mempunyai minat terhadap mereka. Tapi kenapa…kenapa 3 tahun itu mengubah aku sebegitu jauh?


Syah menutup wajahnya apabila merasai sesuatu hangat mengalir pada pipinya. Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang melihat. Sesiapa sahaja akan menangis berada di tempat. Kalau 100% dia yakin, dia telah mengandungkan seorang permpuan, dia pasti mengambil tanggungjwab. Ini? Dia sendiri tidak tahu! Tidak tahu!


Ataupun jangan-jangan pada hari kejadian tersebut dia telah mabuk sehingga ‘terbabas’ melakukan perkara terkutuk itu? Mabuk? Adakah dia mula minum arak? Minuman yang tidak pernah disentuhnya seumur hidup? Mayaallah…aku bukan sahaja penzina, malah kaki botol? Ya Allah, sejauh mana aku telah berubah dalam masa 3 tahun itu Ya Allah? Sejauh mana? Hinannya aku. Hinanya aku untuk menghirup udara di atas muka bumi ini. Terngia-ngia pesanan Tok gurunya.


“Kalau nak buat dosa atas muka bumi Allah, ada syaratnya”Lembut sekali ayat yang diucapkan oleh gurunya. Seorang budak lelaki yang berkulit cerah hanya memandang kebingunan.


“Ada syarat jugak ke buat dosa?”soal budak lelaki itu dengan naïf. Polos sekali bunyinya.


“Mestilah. Dengan kata lain, kita dibenarkan buat dosa jika dapat menuruti syarat-syarat ini” Tok gurunya menghabiskan ayatnya dengan satu senyuman. Jelas penyataan tersebut menimbulkan kerutan pada dahi Syah yang masih berumur 4 tahun pada ketika itu.


“Boleh buat dosa atuk? Betul ke?” soal Syah agak teruja. Percakapannya masih pelat malah ada sesetangah perkataan tersebut tidak dapat disebut dengan betul sehingga menimbulkan rasa geli hati Tok Gurunya. Setipa hari kecuali hari Sabtu, Tok gurunya mengajinya akan datang khas di rumahnya untuk mengajar dirinya mengaji secara private. Tok gurunya juga suka menceritak kisah-kisah nabi terdahulu kepadanya.


Tok gurunya tersenyum sambil mengusap kepala Syah. Tersengih Syah apabila diusap begitu menyerlahkan lesung pipit. Wajah comel Syah sering mendapat pujian daripada jiran tetangga. Ramai yang menyuruh ibunya menghantar gambarnya jika terdapat apa-apa acara yang diakan di pasar raya. Ramai yang mengatakan wajahnya sesuai menjadi idola kanak-kanak.


“Pertama…kalau nak buat dosa, jangan sesekali di atas muka bumi Allah. Kedua, kalau nak buat dosa, jangan sesekali guna nikmat yang dikurniakan Allah seperti udara,air, tanah…”


“Jadi Syah tak boleh bernafaslah? Lepas tu Syah kena terapung macam burung la?”Syah mula menyampuk walaupun tok gurunya masih belum menjelaskan syarat-syaratnya satu-persatu.


“Em…kalau Syah boleh”


“Matilah Syah macam tu…Habis Syah nak lari dekat mana? Pluto?”Syah menyoal tok gurunya beria-ria.


“Pluto pun Allah punya”


“Bulan?”


“Allah punya jugak”


“Habis Syah tak boleh buat dosalah!” Syah merengek apabila semua cadangannya ditolak mentah-mentah. Rasa seperti ditipu. Tiba-tiba kepalanya diusap perlahan-lahan oleh tok gurunya. Perlahan-lahan wajahnya diangat. Senyuman tok gurunya begitu indah dilihat pada wajahnya. Bagaikan bercahaya wajahnya.


“Syah jangn buat dosa ye? Kan senang camtu?”


Syah mengangguk perlahan dengan mata yang tidak berkelip memandang tok gurunya. Wajah tok gurunya sentiasa tennag. Tidak sedikit pun menggunakan bahasa yang kasar. Tok gurunya adalah heronya.


“Janji”


Syah menyeka air mata yang menitis pada pipinya. Keputusan akan keluar tidak lama lagi. Dia perlu berani menghadapi kenyataan. Dia bukan jenis lelaki begitu. Keputusan masih belum keluar. Setiap minit bagaikan setahun lamanya. Peluh memercik pada bajunya. Pintu yang sedari tadi tertutup rapat,terbuka perlahan-lahan. Figura badan seorang wanita keluar daripda bilik tersebut dengan yakinnya. Namun keyakinan tersebut masih belum cukup untuk menenagkan hatinya. Bukan itu yang ingin dilihat tetapi alat yang digemgam erat oleh wanita itu.


Alat tersebut dilempar kasar pada meja dihadapannya. Wanita itu mengambil tempat di hadapannya sambil merenung wajahnya sedalam-dalamnya. Gadis itu mengangkat keningnya selamba menantikan Syah untuk mengambil alat tersebut. Bergetar-getar tangan Syah mengambil alat tersebut sambil memandang wajah tenang di hadapannya silih berganti. Wajah itu masih tenang dan selamba.


Syah memegang alat berwarna putih yang dilempar oleh gadis itu. Bulat matanya melihat alat tersebut. Ada sesuatu yang pelik dipaparkan oleh alat tersebut. Mungkinkah?


“It’s negative”


Perlahan tapi jelas didengar oleh gendang telinga Syah. Negative? Negative macam mana? Adakah itu bermakna perkara buruk akan menimpa mereka? Adakah Mia benar-benar mengandung?


“Mia..maksudnya…?”Syah menyoal dengan suara yang tergagap-gagap. Fikirannya buntut untuk berfikir. Tolong..apa sahaja perkataan kecuali ya,yes dan seangkatan dengannya. Tolonglah jawab Mia!


Mia mengangkat wajahnya dengan tenang. Wajah Syah yang resah itu direnung sepuasnya. Ya..keputusannya telah keluar. Maka selesailah masalah mereka. Peristiwa hitam yang berlaku itu dapat diselesaikan.


“Seperti yang Syah fikir. Itulah keputusannya”jawab Mia tenang. Namun tidak memberi impak yang sama pada Syah. Matanya yang tidak berkelip memandang Mia tiba-tiba mengalirkan air matanya yang sedari tadi di tahan.


Seperti yang aku fikir? Ya Allah! Apa yang telah aku buat?


“Kenapa kita buat macam tu Mia? Kenapa Mia tak halang Syah masa tu?”Syah menghempaskan alat pregnancy-test itu di atas meja.  Bulat mata Mia melihatnya. Laju sahaja dia bangun daripada pembaringannya. Berkerut dahinya melihat wajah Syah yang tiba-tiba berubah itu. Air mata mula membasahi wajahnya. Apahal dengan mamat nie?


“Halang Syah? Apa Syah mengarut nie?”marah Mia apabila diirinya tiba-tiba ditempelek begitu. Tak semena-mena dirinya menjadi tumpuan.



“Kenapa? Benda macam nie Mia rasa mengarut ke?”


“Dari awal lagi Syah dah cakap benda yang mengarut. Sepatutnya Syah bersyukur dengan keputusan..”


“Bersyukur? Syah kena tanggung benda Syah sendiri tak ingat. Kenapa Mia sembunyikan hal ini dari Syah? Kenapa?” Syah terus sama bangun untuk memudahkannya memandang Mia. Mia ketawa kecil untuk menyindir lelaki itu. Sungguh, dia benar-benar tidak faham dengan pemikiran lelaki itu. Adakah lelaki itu benar-benar mahukan baby daripadanya?


“Mia tak minta Syah tanggung pun. Jangan cakap benda yang merepek lagi!!” Mia membalas kata-kata Syah dengan geram. Syah meraup wajahnya lalu langkah diatur perlahan-lahan meninggalkan Mia. Lemah segala anggotanya. Perasaannya semakin sukar dikawal. Sumpah, dia tidak sanggup lagi menatap wajah Mia. Sakit rasanya. Tidak sampai beberapa langkah, Syah sudah terkulai jatuh menyembah lantai. Bulat mata Mia melihatnya. Habis semua orang mendekatinya menghulurkan bantuan. Namun Syah lebih memilih untuk bangun berlahan-lahan. Syah duduk melengkup di atas lantai. Senyap tanpa suara. Fikiran lelaki itu jauh melayang.


“Syah, bangunlah! Malulah orang tengok nie”Mia cuba memujuk. Bahu lelaki itu disentuh perlahan namun Syah lebih laju menjauhkan bahunya. Selepas mengambil nafas sedalam-dalamnya, wajah Mia ditenung. Masih tenang. Bagaimana wanita itu boleh tenang dengan semua ini?



“Malu? Mia malu dengan manusia. Mia tak rasa malu dengan Allah ke?!!” Mia menjauhkan tangannya apabila disergah begitu oleh Syah. Tidak sangka lelaki itu beremosi sampai begitu sekali. Nada suara tinggi yang digunakan oleh Syah menyebabkan bisikan antara pelanggan di sana. Semua mana melihatnya bagaikan dia seorang wanita jahat. Mia mengenggam tangannya geram. Sangkaannya pregnancy-test yang dibeli oleh mereka dapat menyelesaikan masalah mereka. Semakin riuh jadinya.


“Pandailah Mia nak urus hal Mia. Syah tak ada hak nak masuk campur dengan urusan Mia. Mia akan uruskan” Jawapan tenang Mia menyebabkan bara api semakin menyala. Memang dia tidak ada pengetahun yang meluas dalam agama. Tapi kalau berkaitan dosa dan pahala dia tetap tahu. Mia dilihat mengambil ringan dengan hukuman Allah.


“Syah bertanggungjawab atas hidup Mia!”


“Kenapa? Kenapa Syah nak bersusah payah?”


“Dia anak Syah”satu jeritan yang cukup yakin dan membara telah diluahkan oleh Syah. Hampir seluruh pelanggang menutup mulut dan mempamerkan wajah tidak percaya. Bagaikan sudah menangkap punca pergaduhan mereka.


Tidak sampai sesaat Syah menghabiskan kata-katanya,satu ketukan singgah di atas kepalanya. Laju tangannya menyentuh kepalanya yang terasa sakit. Terkebil-kebil dia melihat Mia kemudian beralih kepada mata-mata yang melihatnya. Seperti orang dungun rasanya.



“Anak? Kan pregnancy-test tu negative!! Mana ada anak!”


Syah memandang wajah Mia yang telah merah itu. Tak ada baby?


“Bukan ke negative?”


“Negative tu maknanya tak ada baby” Mia menjawab laju agar tidak berlaku lagi salah faham. Sia-sia sahaja dia menahan malu kerana tangisan Syah. Sangkaanya lelaki itu dapat menangkap dengan mudah maksudnya namun sebaliknya berlaku. Lelaki itu tiba-tiba menangis.


“Habis…kena..kenapa ada line”


“Memang pada asalnya ada satu line sahaja. Kalau mengandung dia akan ada dua line. Syah baca tak kertas panduan yang Mia bagi tadi?”beritahu Mia sambil mengetap bibirnya. Geram dengan sikap over acting Syah yang main hentam sahaja menangis. Kini semua mata melihatnya. Kalau yang perempuan menangis mungkin masih logic. Ini terbalik pula. Malunya…


“Kertas panduan? Kertas panduan apa?”soal Syah persis orang dungun. Air matanya sudah berhenti mengalir namun masih belum diseka pada pipinya.


“Kertas warna kuning tu! Syah baca ke tak?”Mia sudah malas bertengkar. Suaranya direndahkan agar tidak dapat ditangkap oleh orang sekelilingnya. First time bertemu, dia sudah jadi tumpuan satu kedai Billion. Kini kedai café pulak?


“Kertas panduan ke tu?”


“Habis kertas apa lagi? Kertas mewarna?”Syah dilihat agak selamba menjawab pertanyaannya. Mahu sahaja ditumbuk wajah itu. Lap-laplah air mata kau tu!


“Mia tak cakap apa-apa pun pasal kertas tu. Mia terus campak atas meja Syah kemudian terus masuk tandas. Sebab risau sangat, Syah tergumpal kertas tu sambil-sambil tunggu Mia”


Jawapan selamba Syah itu menyebabkan Mia menepuk kepalanya. Serius selain amnesia,lelaki ini tiada masalah dalaman yang lain?Telapak tangannya diletak pada wajahnya untuk menutupi wajahnya. Dia dapat melihat ramai pelanggang yang berbisik-bisik ke arah mereka melalui celah jarinya. Perlahan-lahan badannya dipusing ke arah bertentangan seakan-akan ingin melihat permandangan luar melalui kaca dinding café tersebut. Macam manalah aku boleh terfikir nak bawak mamat nie dekat sini?



Mia dan Syah berjalan bergandingan menuju ke rumah masing-masing. Hanya kebisuan melanda mereka selepas membuat pembayaran di kaunter sebentar tadi. Pandangan orang ramai sudah cukup menyeksakan Mia. Bagaikan memberitahu dia seorang nenek sihir yang jahat terhadap seorang putera seperti Syah. Syah mengerling pada wajah yang berjalan di sisinya itu. Bisu tanpa bicara. Tiada maki hamun, tangisan atau apa-apa. Tetap tenang namun dia tahu wanita itu marah. Tapi kalau diikutkan logic, bukan salah dirinya juga. Wanita itu tidak memberi arahan secara terperinci. Bagaikan masih tergia-gia cerita pertemuan mereka yang diceritakan oleh Mia sebentar tadi di café untuk menjelaskan peristiwa tersebut.


“Habis kenapa ada jiran Mia cakap kita nie ada hubungan sulit? Mereka cakap Syah pernah pergi rumah Mia. Tak berbaju pulak tu!”


Mia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Nak atau tidak peristiwa tersebut terpaksa dibuka semula. Mia mengambil nafas sedalamnya.


“Kali pertama kita berjumpa, masa tu Mia duduk di beranda bilik Mia. Secara tidak sengaja…!”Mia menekan perkataan ‘secara tidak sengaja itu’ untuk mengelak berlaku salah faham. Syah mengangkat keningnya menunggu penjelasan seterusnya.


“Secara tidak sengaja Mia ternampak keadaan Syah separuh bogel dekat beranda tu”


“Mia nampak apa?”soal Syah agak terkejut. Segera tubuh badannya diraba lalu beralih pula kepada Mia. Dia nampak apa?


“Masa tu…Syah nak tanggalkan seluar”


“Apa?”


“Er…sebab,mungkin sebab Syah agak kelam-kabut nak cari Mia, Syah ter..terdatang dengan keadaan separuh bogel jugak. Kita bertengkar di luar bilik Mia, mungkin dalam keadaan begitu, ramai orang dah salah faham pada kita”jelas Mia. Itulah yang sebenarnya berlaku. Benar dan nyata cuma tidak lengkap sahaja. Sebolehnya dia ingin elak daripada menceritakan perkara di Billion itu. Cukuplah…dia mahu tanam peristiwa itu.


“Tapi..makanan yang Syah…”


“Itu hanya salah satu sifat perikemanusian yang ditunjukkan. Tak lebih!”potong Mia laju. Syah terdiam mendengar penjelasan Mia. Benar atau tidak dia tidak tahu. Tapi yang pasti dia lagi suka jawapan itu berbanding jawapan diberi oleh Zaid. Maka, dia anggap itu sebagai benar!


“Jauh sikit”


Lamunan Syah terhenti apabila suara Mia menyapa gendang telingannya.Syah mengangkat keningnya apabila Mia tiba-tiba memberi arahan. Otaknya tidak dapat menangkap maksud kata-kata Mia.


“Jangan jalan sekali. Memalukan”Mia menghentikan langkahnya untuk membiarkan Syah jalan dahulu. Sungguh, dia benar-benar malu. Malu dengan pandangan orang ramai, malu dengan kejadian tadi. Bagaikan terus bermain dalam mindanya. Tidak pernah dia menduga hidupnya akan menjadi tragedis sebegitu setelah berjumpa dengan Syah. Satu karakter yang tidak pernah diduga akan wujud atas muka bumi ini.


Syah menghentikan langkahnya apabila Mia berhenti sekali. Makin membara hati Mia rasanya. Namun dia cuba berlagak setenang yang boleh.


“Jalan…”


“Mia….Syah….”panggil Syah perlahan dengan wajah yang sengaja dibuat kasihan untuk meraih simpati gadis itu. Suara lirik Syah sedikit pun tidak dapat melembutkan hati Mia.


“Jalan!”


Syah meneruskan langkahnya perlahan-lahan. Apabila Syah memulakan beberapa langkah, barulah Mia mengekori daripada belakang. Dia tidak mahu ada sesiapa yang mengesan mereka apatah lagi setelah peristiwa tersebut. Sesekali Syah menoleh ke belakang untuk memastikan Mia masih mengekorinya.


“Jangan tengok!”Pantas sahaja Syah memusingkan kepalanya. Wajah Mia memang tidak berapa mengambarkan betapa marahnya gadis itu namun sudah cukup menakutkan Syah.


“Syah..Syah nak cakap sesuatu. Penting!” jawab Syah tergagap-gagap namun masih meneruskan perjalanannya tanpa menoleh ke arah Mia. Takut akan disergah gadis itu.


“Cakap jelah macam nie”Mia meneruskan langkahnya dengan selamba sambil melihat susuk tubuh badan Syah dari belakang yang masih berjalan di hadapannya.


“Tapi …rasa peliklah cakap macam nie”


“Habis kalau cakap di café tadi tak malulah? Cakap jelah!”


Syah melepaskan keluhan berat. Kaki masih diayun perlahan-lahan. Dia sendiri tidak tahu jika Mia masih berada di belakangnya atau tidak. Tapi dia sudah tidak mampu menahan keinginan hatinya.


“Syah perlukan ingatan tu. Ingatan 3 tahun itu”


Lirih sekali suara Syah menyapa gendang telinga Mia. Mia mula memasang telinga. Jarang sekali lelaki itu bersuara serius.


“Syah nak ingatan tu dalam masa 3 bulan nie.Syah nak Mia tolong Syah hari ini untuk mengembalikan ingatan tu. Sebab tu Syah nak ajak Mia berbincang dengan Syah di rumah Syah sekarang. Kita sama-sama cari jalan penyelesaian”


Mia melepaskan keluhan berat mendengar cadangan Syah. Sungguh, memang dia mahu bantu Syah memulihkan ingatan lelaki itu, namun secara individu. Dia tidak mahu berurusan dengan lelaki itu.


“Syah, buat apa tergesa-gesa? Kita masih ada banyak masa. Syah tak payahlah fikir sangat tentang ingatan tu. Syah cuma kehilangan ingatan selama 3 tahun bukan selama-lamanya. Janganlah over sangat. Orang yang kehilangan ingatan seumur hidup pun dapat terima hakikat” Berdesing telinga Syah mendengar ceramah daripada Mia. Mia sama sahaja dengan keluarganya. Tidak mahu menyokong cita-citanya. 3 tahun mungkin dilihat remeh, namun 3 tahun itulah jangka masa dia berjaya hingga sekarang. Dia tidak mahu melepaskan kejayaan itu hanya sebab ilmu 3 tahun itu. Tak akan! Cita-citanya seumur hidup tak boleh dimusnahkan dengan 3 tahun itu.


“Ingatan 3 tahun tu cita-cita Syah. Sesuatu yang Syah berjuang selama ini untuk dapat ingatan 3 tahun itu. Syah tak boleh balik ke Jepun dengan ………..”


“Apa yang susahnya? Syah masih kenal keluarga Syah,nama Syah, kawan Syah. Itu tak cukup ke……”


“Tak cukup!!”Mia menghentikan langkahnya apabila Syah tiba-tiba bersuara kasar. Terkedu dirinya. Itulah kali pertama lelaki itu menggunakan nada yang tinggi kepadanya. Langkah Syah turut berhenti. Angin pagi menyapa mereka. Kebisuan melanda mereka. Syah hanya pegun berdiri di hadapan tanpa sepatah kata. Mia menelan air liur. Dia tidak dapat meneka perasaan Syah memandang mereka bertentangan. Hanya 3 langkah memisahkan mereka.


“Syah……”panggil Mia perlahan. Sepi tanpa jawapan.


“Syah?”


Mia menarik nafas sedalam-dalamnya. Satu langkah mendekati Syah. Dua langkah…..dan tiga…


“Syah….?”


Syah memusingkan wajahnya ke arah lain apabila Mia mendekatkan kedudukan mereka. Dia tidak mahu Mia melihat keadaannya seperti itu. Sungguh! Dia sendiri benci dengan keadaan dirinya itu.


“Maaf”


Pendek dan ringkas. Barulah Mia sedar bahawa Syah benar-benar mahukan ingatan 3 tahun itu. Terasa bersalah pula kerana menolak cadangan Syah kerana kepentingan dirinya. Wajah Syah yang serius itu jelas menyatakan betapa bermaknanya ingatan 3 tahun itu. Lebih bermakna daripada ingatan untuk membebaskan mereka daripada tuduhan zina.


“Mia baliklah”


Mia memerhatikan wajah sisi Syah. Walaupun hanya separuh, dia tahu lelaki itu benar-benar tertekan.


“Marilah”jawab Mia lambat-lambat lalu memimpin tangan Syah ibarat budak kecil. Bulat mata Syah dibuatnya apabila tangan Mia menyentuh telapak tangannya. Terasa hangat sekali.


“Apa..Apa Mia…”


“Jomlah cari ingatan 3 tahun tu dalam bilik Syah”Suara itu kedengaran agak lemah. Namun kerana ayat itu jugalah berjaya mengembalikan senyuman Syah yang tiba-tiba hilang itu. Walaupun Mia tenang dan masih dingin, tidak sedikit pun Syah ambil kisah. Syah mengangguk laju lalu mengenggam kuat tangan Mia. Kedua-dua mereka berjalan beriringan menuju ke apartment lelaki itu. Udara sejuk pagi menyapa mereka mengeratkan lagi genggaman tangan mereka. Dedaun pohon meliuk-lentok ditiup angin. Entah kenapa, suasan pagi itu rasanya sangat aman pada hari itu. Walaupun tiada perkara yang berubah pada kawasan tersebut,ia tetap kelihatan cantik di pandangan mata mereka berdua.








************
“Tengok betul-betul”


“Em”


“Ingat betul-betul”


“Em”


Mia mengetap bibirnya apabila Syah memberi jawapan mudah seperti tidak mahu bekerjasama langsung. Angin yang menyapa wajahnya masih tidak mampu menenagkan dirinya. Wajah sisi Syah yang ralit merenung beranda biliknya daripada beranda Syah,tempat mereka berdiri. Lama Syah merenung beranda bilik Mia namun mindanya tetap kosong.


“Tak ingat apa-apa pun. Betul ke tu cara pertemuan kita?”Lambat-lambat Syah bersuara. Sudah lama dia ingin meluahkan ayat tersebut tetapi khuatir akan dimarah oleh Mia. Hampir 15 minit mereka merenung beranda bilik Mia untuk mengembalikan ingatan Syah.


“Tengoklah betul-betul. Takkan tak ingat apa-apa? Warna baju Mia pakai hari tu ke?”


“Kosong. Kalau setakat tengok tempat macam tu mana boleh ingat”Syah tidak berpuas hati dengan cadangan yang diberikan oleh Mia. Gadis itu mencadangkan untuk melihat setiap inci bilik bertentangannya. Katanya, mampu menolong mengembalikan ingatannya jika mampu mengingati beberapa perkara daripada awal.


“Tapi dalam tv mereka buat macam tu”Mia menjawab lambat-lambat sambil mengaru dagunya yang tidak gatal memikirkan cadangan lain.


“Tapi dalam tv dia buat lakonan semula untuk memulihkan ingatan si hero. Macam cerita Hana Yori Dango”Syah mula memberi cadangannya untuk mengukuhkan lagi cadangan yang diberi oleh Mia. Laju Mia mengerling ke sisi Syah apabila mendengar cadangan tersebut. Syah turut melakukan perkara yang sama untuk mempertimbangan cadangan tersebut.

“Perlu ke kita…………….”Tidak habis Mia menghabiskan kata-katanya, laju sahaja kedua-dua mereka mengeleng menolak cadangan tersebut. Mustahil! Mustahil mereka dapat melakukannya.


“Haha…memang taklah”


“Tidak..Tidak!!”


“Mengarutlah kita berdua nie”Syah tergelak perlahan untuk menghilangkan kekok antara mereka.Mia turut melakukan perkara yang sama. Tidak boleh membayangkan macam mana dia dan Syah akan melakukan kembali aksi itu. Aksi di mana Syah perlu menanggalkan seluarnya. Tak mungkin!


“Kita fikirkan jalan lain. Jalan lain..”tergagap-gagap Syah memberi idea sekaligus menutup cadangan yang tidak kesampaian itu. Mia hanya mengangguk laju lalu bergerak ke dalalm rumah Syah. Laju Mia mengambil tempat di atas sofa rumah Syah.



Ralit Syah melihat wajah Mia yang masih memikirkan sesuatu. Semua tanggungjawab diserahkan bulat-bulat di bahu Mia. Dia buntut.


“Syah…”panggil Mia perlahan sambil memegang dagunya. Laju sahaja Syah menyahut panggilan tersebut dengan mengangkat keningnya.


“Syah suka tulis diary tak?”


“Apa?”Riak wajah Syah agak terkejut mendengar soalan tersebut. Tidak sangka Mia akan bertanya begitu. Adakah gadis itu berminat dengan kisah hidupnya? Lambat-lambat dia dapat menangkap maksud Mia.


“Diary? Diary? Muka Syah nie macam perempuan ke?”soal Syah agak marah mendengar cadangan tersebut.


“Semuanya boleh berubah dalam masa 3 tahun”Mia tidak mahu mengalah kerana menganggap cadangannya sudah cukup bagus berbanding lelaki itu.


“Mia bergurau ke? Syah tak mungkin tulis semua tu. Mana ada orang lelaki buat macam tu!”


“Mana tahu Syah mengalami tekanan perasaan sebab tinggal di Jepun lalu meluahkannya di dalam diary. Bukan ke bagus macam tu? Syah boleh baca sejarah hidup Syah kembali”Syah ketawa kecil untuk menutup marahnya. Cadangan Mia bagaikan mahu menyindir dirinya. Dia bukannya anak yang manja.


“Apa?”Satu ketawa meletus daripada Syah sambil berjalan perlahan. Tidak percaya mendengar cadangan Mia yang masih tidak mahu mengalah. “Tekanan perasaan? Orang lelaki kalau ada tekanan pergi ke gym. Bukannya ambil tisu kesat hingus sambil tulis diary”


“Tapi Syah memang menangis pun. Tengoklah dekat café tadi”Mia cuba mengingatkan Syah. Syah mencekak pinggangnya sambil tersenyum untuk menutup malunya.


“Itu tak kiralah!”


“Syah sendiri tidak pasti perangai Syah macam mana. Macam mana kalau dalam masa 3 tahun tu Syah memang ada tulis diary. Mana tahu diary boleh pulihkan ingatan Syah?”


“Eishh…Jepun tu dah majulah. Takkan Syah ambil buku tulis sejarah hidup Syah? Logiklah sikit. Syah bekerja sebagai juru animasi terkenal di Jepun yang menggunakan software dan kemahiran computer bertaraf tinggi. Takkan ambil kertas tulis diary?”Mia mengangguk bagaikan menerima penjelasan panjang lebar daripada Syah. Melihat anggukan Mia menyebabkan Syah tersenyum lebar. Lega kerana Mia mempertimbangkan cadangannya.


“Kalau macam tu Syah ada beli recorder tak? Mungkin Syah rakam sejarah hidup Syah?”Membulat mata Syah apabila Mia tidak habis-habis dengan cadangannya.


“Tak adalah!”


“Baik kita berdua cari bersama-sama dalam rumah nie. Syah cari di bilik Syah, Mia cuba cari di ruang tamu nie” Mia sudah mula memberi arahan lalu bergerak daripada tempat duduknya. Setiap inci rumah dibelek sehingga wanita itu sanggup mengangkat sofa kecil di ruang tamu itu. Khuatir jika recorder tersebut tercicir mana-mana.


“Mia………….”Syah agak malas menjayakan misi itu. Baginya cadangan itu tidak logik. Bertahun-tahun tidak pernah terlintas di hatinya untuk merakam atau menulis sejarah hidupnya. Mustahil dia akan berbuat begitu. Rasanya cadangan itu hanya akan melengahkan usaha mereka.


“Ke Syah nak Mia cari dalam bilik Syah?”Mia menghentikan pencariannya lalu merenung tajam ke arah Syah yang masih pegun berdiri. Melihat renungan Mia, laju sahaja Syah bergerak. Tidak dapat membayangkan bagaimana akan berlaku jika Mia yang mengeledah biliknya. “On my way”


Setiap inci rumah itu digeladah. Masing-masing sibuk mencari barang yang dikehendaki tanpa menyedari masa telah cepat berlalu pergi. Apabila azan zohor berkumandang Mia mula meminta izin untuk mengundur diri untuk melaksanakan fardhu zohor. Mereka juga bersetuju untuk memulakan pencarian mereka selepas selesai melaksanakn fardhu asar.




Aiman memegang kertas kecil yang dijumpai pagi tadi di beranda rumahnya. Satu senyuman terukir pada wajahnya sambil mengamati tulisan yang tentera di atas kertas berwarna kuning ini. Angin menyapa wajahnya menyebabkan rambutnya jatuh pada dahinya. Laju tangannya meraup wajahnya. Senyuman tidak lekang di wajahnya dan sesekali dia berjalan berulang alik di beranda rumahnya. Zaid yang tenang menonton televisyen mengeleng perlahan melihat tingkah laku Aiman. Lelaki itu akan terus berubah setiap kali mendengar nama Mia disebut. Mabuk cinta betul.


“Bukannya dapat surat cinta pun”


“Ucapan maaf lebih indah daripada I love you. Sekarang ucapan I love you mana-mana pun kita boleh dengar. Tapi…ucapan maaf………”Aiman kembali meletakkan kertas kuning itu di dadanya. Bahagia rasanya mendapat nota itu daripada Mia. Walaupun gadis itu hanya menulis dalam ayat yang serba ringkas, senyuman Aiman tidak pernah berhenti. Gadis itu tidak pernah memberi apa-apa kepadanya seperti lauk atau kek buatan sendiri. Itulah kali pertama dia mendapat barang yang pernah disentuh oleh Mia.


“Jantung aku….jantung aku rasa macam nak meletup”


“Baguslah. Aku pun gembira di pihak kau”ujar Zaid sambil mempamerkan wajah jijik. Pada awalnya dia tidak pernah mengambil berat tentang hidup peribadi Aiman memandangkan lelaki itu seorang yang cukup tegas dan serius. Namun dia tidak rela wajah setampan Aiamn dipersia-siakan dengan gadis hantu seperti Mia. Bagaikan menyatukan orang mati dengan putera di atas pelamin. Entah apa yang dilakukan oleh Mia sehingga dapat meleburkan sikap Aiman yang sangat tegas.


“Aduh sesaknya jantung aku”Aiman menggemgam kemas kertas kuning yang diletakkan di dadanya. Serta merta degupan jantungnya semakin kuat bagaikan tangan Mia melekap di dadanya. Rasa seperti bernafas dalam air.


Aiman jalan mundar mandir di beranda rumahnya sambil memegang kertas kuning pada dadanya dengan senyuman yang tidak lekang pada bibirnya. Matanya ditutup bagaikan menghayati saat bermakna dalam hidupnya. Perlahan-lahan matanya dibuka apabila angin menyapa wajahnya. Tenang dan nyaman. Namun sebaik sahaja matanya dibuka, satu kelibat manusia tercengak di hadapannya. Laju sahaja kakinya diundur ke belakang bersama-sama satu jeritan yang agak kuat. Bulat matanya.”Urghhhhhh”


Mia memegang jantungnya akibat terlalu terkejut dengan jeritan yang dihasilkan oleh Aiman sebentar tadi. Takut Aiman akan menerkam ke arahnya kerana dia banyak mendengar berita lelaki itu agak tegas dan panas baran di sebalik wajahnya yang tampan. Tambahan pula lelaki itu juga juralatih bola sepak di sekolah dan seorang guru displin yang tegas.


“Mia?”Aiman agak terkejut dengan wajah yang dilihatnya. Cepat-cepat kertas kuning itu dimasukkan di dalam poket. Peluh mula memercik pada dahinya. Risau melihat reaksi yang dipamerkan oleh Mia. Seakan-akan takut dengan dirinya.


“Maaf Mia. Aiman terkejut je tadi. Bukan marah Mia”Aiman mula bergerak untuk menenagkan Mia namun langkahnya agak tergagap-gagap. Takut untuk berhadapan dengan gadis idamannya. Bagaimana kalau gadis itu melarikan diri daripadanya?


Mia hanya mengangguk lalu langkahnya dijauhkan perlahan-lahan. Takut dirinya akan diapa-apakan memandangakan lelaki itu mempunyai ilmu mendalam dalam boxing. Lihat sahaja tubuhnya yang sasa, pasti lelaki itu menghabiskan hujung minggunya di gym.


Aiman tersenyum kelat melihat Mia mula menjauhkan diri. Mia mengambil tempat agak jauh darinya sambil menikmati permandangan tengah hari itu. Lambat-lambat Aiman turut mengundurkan dirinya apabila kelibatnya turut tidak dilayan. Aiman menikmati permandangan tengah hari bersama- ssama Mia walaupun kedudukan mereka agak jauh dan hanya kebisuan melanda mereka. Sesekali dia cuba mencuri pandang melihat Mia walaupun gadis itu memusingkan wajahnya. Cantiknya dia.


Zaid hanya memerhati daripada jauh. Dia perasaan ada senyuman terukir pada bibir rakannya. Tidak seminit pun lepas melihat wajah Mia walaupun hanya mampu melihat badan belakangnnya sahaja. Satu gelengan dilepaskan. 3 tahun Aiman melakukan perkara yang sama. Bilakan lelaki itu akan mengorak langkah?


Aiman ketawa kecil apabila Mia tiba-tiba bersin. Wajah Mia dilihat sangat comel pada pandangannya. Lengkungan hitam di bawah matanya sangat menarik perhatiannya. Cuaca panas di sekitar mereka, tidak sedikit pun menyebabkan Aiman mengatur langkahnya untuk beredar.


Mia,awak tahu tak,Aiman harap sangat dapat melihat matahari terbenam dengan Mia di tepi pantai. Aiman nak sangat pegang tangan Mia pada saat itu dan kita sama-sama menulis nama masing-masing di pantai. Gelak tawa berkongsi antara kita dan senyuman Mia menghiasi permandangan Aiman. Aiman nak kita sama-sama melihat matahari terbenam itu. Kita sahaja.


Aiman menutup matanya sambil tersenyum melihat matahari yang telah ditututpi oleh awam. Walaupun bukan angin masin laut yang menyapa wajahnya tapi asap daripada kenderaan, itu cukup membahagiakannya. Seakan-akan mereka menghabiskan masa petang di pantai bersama-sama walaupun tiada komunikasi antara mereka. Dia mahu simpan kenangan itu dalam memorinya.



Mia membuka telekung yang tersarung kemas pada kepalanya. Jam pada dinding ditoleh perlahan. Tepat pada pukul 2 petang. Setelah selesai menghabiskan doa, Mia melipat kain sembahyang dengan kemas lalu bergerak perlahan-lahan pada tingkap rumahnya. Terasa lenguh seluruh tubuh badannya kerana menghabiskan seluruh paginya mencari recorder dalam rumah Syah. Namun pencarianya mereka bagaikan sia-sia dan menemui jalan buntut. Kalau cadangan itu juga menemui jalan buntut, bagaimana dia mahu memulihkan ingatan lelaki itu. Bagaimana mereka mampu memutuskan hubungan mereka dalam masa 3 bulan nie?


Satu kerutan terpamer pada dahinya apabila dia gagal mengesan kelibat Syah daripada tingkapnya. Mungkinkah lelaki itu sedang solat? Mia bergerak ke meja yang menempatkan komputernya. Huruf-huruf pada papan kekunci ditekan untuk menyiapkan tugasnya. Dia perlu menyiapkan tugasan itu memandang esok merupakan tarikh akhir. Masanya banyak dihabiskan bersama-sama Syah sehingga banyak tugas terbelangkala.


Teringat akan tugasannya, akhirnya Mia membuat keputusan untuk  kembali ke rumah Syah selepas masuknya waktu asar. Memang dia juga mahu memulihkan ingatan lelaki itu, namun tidak semestinya tugasnyanya perlu ditinggalkan begitu sahaja. Ralit Mia memandang skrin computer membetulkan setiap kesalahan yang dikesannya. Masa berlalu pergi,Mia masih tekun menyiapkan tugasannya. Seperti biasa,makan tengah harinya sekali lagi ditinggalkan. Jadual makannya selalunya tidak menentu. Kalau lapar, pandailah dia mencari makanan di dapur.


Mia mengetuk perlahan pintu di hadapannya perlahan-lahan.Lama dia menunggu sambil melihat keadaaan sekeliling yang hanya sunyi. Masih tiada jawapan. Mia kembali mengetuk pintu bilik tersebut. Tidak lama kemudian, dia dapat menangkap bunyi tapak kaki yang kuat. Seperti biasa, satu senyuman yang riang menyambut dirinya walaupun dia hanya berwajah tenang tanpa sepatah kata pun.


“Mia,awak datang!!”


Satu jeritan ceria menampar gendang telinganya. Syah membuka pintu seluas-luasnya lalu mempersilakan Mia masuk. Lambat-lambat Mia melangkah masuk lalu melihat keadaan sekeliling dengan wajah mencurigakan. Takut lelaki itu ingin mengapa-apakannya.


“Tak sangka Mia betul-betul datang nak tolog Syah. Ingatkan Mia…………..”


“Mia cuma nak kita cepat-cepat berpisah. Jangan salah faham” Laju Mia memotong untuk mengelakkan Syah salah faham dengan niat asalnya. Walaupun agak pedas,sekurang-kurangnya dia jujur dengan hatinya sendiri. Dia bukannya hiprokrit walaupun kadangkala sikap itu hadir untuk menjaga hati seseorang. Dia mahu Syah tahu dengan batas pergaulan mereka agar senang untuk mereka berpisah nanti.




“Aiii..memang kejam betullah bini Syah nie”Syah mendekati Mia lalu merangkul bahu gadis itu seakan-akan melayan rakan lelakinya. Laju Mia menolak lalu berundur setapak agak jauh daripada Syah. Terkejut dengan tindakan yang tidak diduga itu.


“Apa Syah buat nie?”


“Kita kan kawan? Anggaplah kita berdua ni rakan kongsi untuk menyelesaikan misi nie”Mia mencebik lalu meletakkan beg sandarnya di atas sofa lalu memulakan proses pencarian perlahan-lahan. Dia mula bergerak ke ruang yang menempatkan mesin basuh lelaki itu. Tempat yang disediakan khas untuk mencuci pakaian. Manalah tahu lelaki itu memasukkan recordernya bersama-sama bajunya untuk dimasuk.


Apabila tidak mendapat respon daripada Mia, Syah turut bergerak ke biliknya untuk melakukan prose pencarian untuk kali kedua. Tidak sanggup membiarkan Mia memasuki biliknya. Tidak sedar setiap minit mula berlalu sehingga hampir mencecah sejam lebih. Daripada pukul 5 petang, kini jam telah menunjukkan jam 6 petang. Pencarian mereka akhirnya hanyalah sia-sia apabila setiap inci rumah telah digeladah dengan sempurna. Tambahan pula kedudukan perobut dalam rumah itu cukup ringkas yang memudahkan pencarian mereka. Sudah terang lagi bersuluh, Syah tidak mengunakan sebarang recorder ataupun diary untuk merakam sejarah hidupnya.



Mia membasuh wajahnya perlahan-perlahan.Paip ditekan untuk menghentikan air terus mengalir daripada sinki tersebut. Peluh pada awalnya memenuhi wajahnya telah hilang dibilas air. Letih sungguh rasanya pada hari itu. Sudahlah dia tidur lewat semalam, esok paginya dia telah dikejutkan dengan suara Syah. Kemudian terpaksa membantu lelaki itu mencari diary. Tengah harinya, dia perlu menyiapkan tugasannya. Itupun belum siap lagi. Terpaksalah dia berjaga pula malam nie. Petangnya, dia menyambung pencarian mereka. Setelah hampir seharian mencari, dia terpaksa mengalah dengan cadangannya. Sah, lelaki itu tidak menulis apa-apa diary.


Tombol pintu dibuka perlahan-lahan. Agak lama rasanya dia berada dalam bilik air untuk menyegarkan diri. Sebaik sahaja keluar, dia dapat menangkap bunyi bising daripada ruang tamu. Sesekali dia dapat mendergar bunyi tembakan dan jeritan seoarang perempuan daripada kaca televisyen. Setapak demi setapak dilangkah sehinggalah matanya dapat menagkap sekujur tubuh yang tekun bersila dihadapan televisyen. Ruang tamu itu berselerak dengan komik,majalah dan permainan video. Tidak cukup dengan itu,volume permainanan video itu sengaja dikuatkan sehingga membingitkan telinga Mia.


Tekun Mia melihat Syah bermain permainan video yang disambung pada televisyen yang berskrin gergasi itu. Tidak sampai 5 minit,perkataan L.O.S.E.R  terpamer pada kaca televisyen. Syah kembali bermain semula, namun permainannya bagaikan menemui jalan buntut. Serba tidak kena. Asyik kalah sahaja. Tidak kira beberapa kali lelaki itu mencuba, dia tetap terperangkap di lokasi yang sama dan akhirnya mati di tempat yang sama. Tidak banyak gerakan yang dilakukan melainkan tembakan. Namun tembakannya sentiasa tersasar.


Syah tiba-tiba melempar alat kawalan jauhnya ke skrin televisyen dengan kuat. Mujur skrin televisyen itu tidak pecah. Terkedu Mia melihat Syah yang tiba-tiba menjadi garang. Sama seperti pagi tadi. Lelaki itu dilihat sangat beremosi pada hari itu. Setelah puas mencari, dia perasaan riak wajah Syah agak berubah selepas mengetahui tiada jalan yang dapat membantunya ketika itu. Lama Mia memandang  Syah daripada jauh. Masih tidak dapat menangkap riak wajah Syah. Entah bagaimana wajah lelaki itu dalam keadaaan marah ,memandanagkan pada pagi itu juga lelaki itu tetap menyembunyikan wajahnya. Tidak dapat membayangkan lelaki ceria seperti Syah dapat menjadi harimau yang kelaparan.


“Arrrggghhhhhhhhh!!!” Syah melepaskan satu jeritan yang kuat lalu mengosok kuat kepalanya seperti cuba mengingat sesuatu. Namun gagal. Syah menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya, cuba untuk menengkan dirinya.


“Syah…………”Mia bergerak mendekati Syah perlahan-lahan. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia lari daripada situasi itu. Siapa yang berani dekat apabila seorang lelaki mengamuk? Sekuat manapun perempuan, tidak mampu melawan seoranga lelaki yang sedang mengamuk. Tapi, dia tidak sanggup meninggalkan Syah dalam keadaan begitu. Sangkaannya, hanya dia yang menderita. Rupanya Syah lebih menderita daripadanya. Semuanya gara-gara ingatan 3 tahun yang telah hilang itu.


“Syah?”


“Baliklah!!”


Mia berundur selangkah apabila dia tiba-tiba disergah oleh Syah. Lelaki itu cuba menyembunyikan wajahnya dengan lutut kanannya pula. Tidak sedikit pun berpaling melihat Mia.


“Syah?”


“Baliklah! Syah taknak tengok Mia sekarang! Syah taknak tengok sapa-sapa!!!”


Mia terdiam sambil melihat wajah Syah yang bertentangan dengannya. Bunyi bising daripada permainan video menghiasi antara mereka. “Kenapa dengan Syah nie? Takkan baru sehari Syah dah mengalah? Kita akan cari…..”


“Kita akan cari jalan lain! Jalan lain!! Syah dah bosan dengan ayat tu! Mia asyik kata nak tolong Syah. Mia tak buat apa-apa pun!! Tak ada apa-apa yang berubah! Mia langsung tak membantu. Menyesal Syah setuju kita berkahwin! Menyesal sebab percayakan Mia”


“Syah..”Mia memanggil perlahan. Dia tahu lelaki itu tidak bermaksud untuk menuturkan begitu kepadanya. Lelaki itu dilihat sangat beremosi. Bagaikan ingatan 3 tahun itu nyawanya.


“Syah…”Komik yang berada disisi Syah dicapai lalu dilempar dengan kuat di atas lantai sehingga mengejutkan Mia. Laju Mia mengangkat kakinya untuk mengelak daripada terkena lemparan tersebut. Syah dilihat semakin beremosi.”Baliklah!! Syah taknak tengok Mia”


“Kalau Syah terus beremosi macam nie, kita tak akan jumpa jalan penyelesaian. Mia pun taknak kita terus terikat macam nie. Antara kita, tiada perasaan yang wujud.  Mia pun mahukan ingatan 3 tahun itu lebih daripada Syah bayangkan. Mia mahu bebaskan diri Mia daripada fitnah antara kita dan membuktikan Mia masih suci. Ingatan 3 tahun itu penting untuk Mia juga. Walaupun Syah marah Mia, usir Mia..Mia takkan pergi……” Sepi seketika antara mereka. Syah masih menyembunyikan wajahnya sambil menunggu ayat seterusnya daripada Mia. Tindakannya dilihat semakin tenang berbanding sebelumnya.


“Sebab Mia tak akan pergi selagi tidak dapat ingatan 3 tahun itu. Bukan untuk Syah, tapi untuk Mia”


Mia masih tekun berdiri di belakang Syah yang tiba-tiba menyepi. Tidak lagi marah seperti tadi. Syah perlahan-lahan meraup wajahnya,cuba untuk menyembunyikan wajahnya daripda dilihat oleh Mia.


“Maaf..maafkan Syah. Syah tak ada niat nak marah Mia”Mia mengangkat wajahnya apabila mendengar bicara Syah. Lirih sekali suara lelaki itu. “Syah betul-betul taknak Mia tengok Syah dengan wajah begini”


“Syah….”Mia mula bergerak perlahan-lahan mendekati Syah. Daripada suara lelaki itu, dia tahu lelaki itu sedang menangis. Entah kenapa hatinya terpanggil unutk menenagkan lelaki itu.


“Syah betul-betul benci dengan wajah Syah sekarang…Syah…..”ayat Syah tergantung apabila terasa ada tubuh yang menyandar belakangnnya perlahan-lahan. Air matanya yang dersa mengalir, berhenti tiba-tiba. Bagaikan ada aliran elektrik yang mengalir. Terasa hangat tiba-tiba. Laju sahaja dia berpaling walaupun telah mengetahui gerangan tersebut.”Janganlah pusing. Mia pun taknak tengok muka Syah yang hodoh tu”ujar Mia perlahan menghentikan tindakan Syah. Syah mula tergagap-gagap, apabila Mia menjadikan tubuh belakangnya untuk menyandar. Terlupa sebentar kesedihan yang dialami dengan tindakan luar kawalan daripada Mia itu.


“Apa yang Mia buat nie?”soal Syah tergagap-gagap. Entah kenapa, degupan jantungnya semakin kuat apabila tubuh mereka bersentuh.. Darah mula menyirap pada wajahnya. Mujur sahaja Mia tidaka dapat melihat riak wajahnya yang telah berubah itu.


“Mia pun tak suka tengok muka Syah sekarang. Tak boleh ke kita macam nie seketika?”Syah mula tidak keruan apabila Mia masih menyandarkan wajahnya. Entah bagaimana reaksi wajah Mia apabila badan mereka bersentuhan? Sukar rasanya untuk melihat memandangkan dia sendiri sudah membeku seperti ais apabila Mia menyandar tubuhnya. Degupan jantungnya semakin kuat. Daripada ayat yang dituturkan Mia, jelas wanita itu masih tenang.


“Mia…janganlah bergurau macam nie “tidak sempat Syah menghabiskan kata-katanya, Mia terlebih dahulu menyampuk. “ Mia tak tahu kenapa Syah nak sangat ingatan 3 tahun tu. Mia mahukan ingatan Syah sebab nak bebas daripada tuduhan zina. Tapi rasanya bukan tu yang Syah nak kan?”Mia sudah memulakan bicaranya. Syah hanya terdiam. Apa yang dikatakan Mia memang betul.


Mia melentokkan kepalanya dibelakang Syah. Serta-merta badan Syah berdiri tegak. Bulu romanya bagikan berdiri bagaikan ada arus elektrik mengalir.Ya Allah, kenapa dengan aku? “Maaf sebab marah Mia tadi. Sebenarnya Syah memerlukan ingatan 3 tahun itu untuk ke Jepun kerana ingatan itu adalah ilmu dan pengalaman Syah menjadi juru animasi di Jepun. Bagi Syah, tanpa ingatan tu, Syah tak boleh kembali menjadi juru animasi yang hebat lagi di Jepun nanti”Mia memasang telinga mendengar luahan hati Syah. Tenang hatinya apabila lelaki itu sudah mampu berbincang baik-baik.


“Mia pun….Mia pun perlukan ingtan tu untuk keperluan diri Mia. Mia memang tak boleh janjikan ingatan 3 tahun itu dalam masa ingatan 3 bulan nie….tapi………..” Syah memusingkan sedikit kepalanya untuk memudahkan dia menangkap setiap bicara Mia. Sukar untuknya melihat wajah Mia sama ada gadis itu bercakap benar atau tidak. Tetapi entah kenapa, dia benar-benar percaya setiap butir bicara Mia. Bagaikan meresap terus dalam hatinya.


“Mia janjikan usaha Mia sepanjang 3 bulan ini untuk pisahkan kita. Tak boleh ke Syah lakukan perkara sama? Mungkin penamatnya bukan macam Syah nak, tapi boleh tak Syah janji bersama-sama Mia kejar ingatan tu?”Tenang dan bersahaja Mia menuturkan bicaranya. Tiada langsung bunyi marah ataupun merayu. Entah kenapa suara tanpa emosi itu telah menyebabkan wajah Syah merah seperti cili. Syah membetulkan kedudukannya untuk menyembunyikan wajahnya. Dia bersyukur gadis itu tidak melihat wajahnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia menjadi tidak keruan begitu. Dia mula mendengar bunyi yang pelik-pelik. Adakah itu bunyi latar daripada permainan videonya?


“Jomlah kita jadi rakan kongsi selama 3 bulan nie”


Dup..dap…dup…dap….dup….dap…kenapa volumenya semakin kuat? Adakah itu normal? Adakah Mia juga merasakannya?  Dup…dap…..dup…dap…dup..dap…kenapa dia tidak sedar bunyi itu ada dalam permainnan videonya?Memang ada kan?...dup…dap….dup…dap…dup….dap,Hoissshh, kenapa sesak sangat nie? Bagaikan sukar bernafas.


“Syah?”Syah tersentak apabila Mia memanggil. Mia mengangkat kepalanya daripada menyandar di belakang Syah untuk menunggu jawapan Syah. Walaupun dia tidak dapat melihat wajah Mia, walaupun mata mereka tidak bertatapan, bunyi it terus menganggunya. Menganggu pendengarannya.


“Syah….Syah…Syah pun janji”ujar Syah perlahan-lahan lalu meletakkan tangannya pada dadanya tepat  dimana jantungnya berada. Kuatnya…adakah dia lupa makan ubat? Terlalu risau dengan ingatannya? Ataupun kesan kerana emosinya yang tidak terkawal tadi? Mungkin juga kerana dia mengamuk tadi? Betul jugak, mestilah jantungnya bergerak cepat. Mia kembali menjatuhkan kepalanya, degupan semakin kuat. Syah tidak melarikan diri ataupun menyuruh Mia pulang,sebaliknya hanya berdiri tegak. Sungguh,dia menjadi takut tiba-tiba. Takut untuk melihat wajah Mia.


Dup…dap…dup..dap…dup..dap


Tidak sedar bunyi degupan jantung menjadi latar antara mereka. Masing-masing tenggelam dengan perasaan sendiri. Syah cuba mencari bunyi bising yang tiba-tiba menjelma. Mia pula tenang kerana dapat memujuk Syah.






Mia berjalan perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekitar yang mula gelap itu. Mujurlah dia sedar jam sudah menganjak pukul 6.35 petang tadi. Kalau tidak, entah berapa lama dia akan menyandar di belakang Syah. Sudahlah lelaki itu tidak menuturkan sepatah kata pun. Terasa pelik pula apabila lelaki ceria seperti Syah boleh mengamuk begitu. Kemudian tiba-tiba boleh senyap seperti patung cendana.


Blok flatnya dilihat. Usang sekali. Flat itu tidak ubah seperti kawasan berhantu apabila waktu menginjak ke waktu maghrib. Kebanyakan penghuni telah berada di dalam rumah disebabakan takut dengan cerita hantu yang direka oleh jiran-jiran tetangga mereka. Hanya Mia yang masih berjalan di situ. Mia menggunakan jalan belakang iaitu dibelakang flat tersebut untuk mengelak daripada bertembung dengan orang ramai di dalam lif. Dia lebih memilih untuk menaiki tangga kecemasan yang terletak di blok bangunan tersebut.


Langkah Mia berhenti apabila melihat ada dua buah kotak yang telah disesuaikan untuk memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar berhampiran kawasan tersebut. Licin tanpa sedikit pun sisa makanan. Mia tidak jadi meneruskan langkahnya apabila mendapati sesuatu yang aneh di tepi kotak-kotak tresebut. Sepinggang susu yang masih belum habis diletakkan di tepi kotak tersebut. Mia mengambil keputusan untuk duduk sebentar untuk memeriksa pinggang tersebut. Berkerut dahinya melihat pinggang yang entah dari mana itu.


Hampir genap 2 minggu dia perasaan ada sepinggang susu diletakkan di tepi kotak yang berisi Wiskeis itu. Sebelum itu, tidak pernah pula dia melihatnya. Entah siapalah gerangan yang meletakkan pinggang tersebut. Siapalah yang baik hati menjaga kucing-kucing terbiar di kawasan itu. Krgghhh. Pandangan Mia beralih apabila mendengar bunyi pintu seakan-akan dibuka oleh seseorang. Apabila matanya melihat pada pintu kecemasan itu,sunyi sahaja tanpa sebarang bunyi. Adakah dia salah mendengar?


Serta merta pinggang plastik yang dipegang tadi diletakkan kembali di tempat asalnya. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Serta merta bulu romanya menegek. Dia yakin telinganya menagkap bunyi pintu seakan-akan dibuka sebentar tadi. Dia tidak berani untuk bersuara ataupun menoleh ke arah belakang. Maklumlah hari sudah malam. Takut terjumpa dengan ‘benda’ yang tidak sepatutnya. Laju sahaja dia melangkah meninggalkan tempat kejadian tanpa menoleh ke belakang pun. Dia tidak berhenti berdoa, agar itu semua hanya ilusinya.



Aril melihat jarinya yang dibalut dengan band-aid itu. Lama sekali dia merenung band-aids tersebut. Apabila matanya menagkap kartun smiley yang dilukis pada band-aids tersebut, satu senyuman terukir pada wajahnya tanpa sedar. Terasa bahagia sekali melihat band-aids tersebut. Tindakannya tidak ubah seperti orang gila.


“Adakah kita kehabisan band-aids di rumah?”


Senyuman yang terukir di wajah Aiman serta-merta mati mendengar teguran yang entah daripada mana itu. Tercengak wajah Arisyah di muka pintu sambil tersenyum nakal. Kelam-kabut Aril menyembunyikan tangannya yang sedari tadi diletakkan di atas meja untuk direnung. Tanpa dipelawa, Arisyah terus berlari lalu melompat di atas katil abangnya. Aril hanya mengeleng melihat perangai adiknya yang masih kebudak-budakan itu.


“Apa yang Ary merepek nie?”


Arisyah ketawa apabila melihat abangnya memusingkan wajahnya konon-kononnya mencari majalah untuk dibaca. Walaupun abangnya cuba berlagak cool, jelas pipi abangnya merah. Maklumlah keluarga mereka dihadiahkan dengan wajah yang putih bersih tanpa sedikit pun jerawat.


“Dari tadi Ary ketuk pintu abang tak jawab. Ary masuk,abang tengah tersengih tengok band-aids tersebut. Macam tengah tenung televisyen. Selalunya reaksi macam tu cuma boleh dilihat apabila abang menonton filem lucah”Ketawa Arisyah meletus apabila berjaya memerangkap abangnya. Bertambah lucu apabila abangnya melontor majalah yang baru sahaja dicapai ke arahnya.


“Abang tersengih bukan sebab tengok band-aids nielah. Abang tengah memikirkan perkara yang melucukan. Kebetulan pulak band-aids nie berada selari dengan mata abang”Aril mencebik apabila Arisyah masih meneruskan ketawanya. Bengang apabila dirinya menjadi bahan ketawa.


“Bukan ke tu band-aids yang Mia letak? Apasal abang tak tukar lagi?” Arisyah sudah bergerak ke arah abangnya. Laju tangannya mencapai jari abangnya yang telah dibalut dengan band-aids. Terkebil-kebil Aril apabila Arisyah mencapai tangannya tanpa diminta.  “Betullah, nie band-aids yang Mia letak”


Aril menarik tangannya daripda dipegang oleh Arisyah. Tidak senang apabila band-aidsnya ditenung begitu. “Memanglah, kenapa Ary tanya? Takkan abang nak tanggalkan pulak. Nanti tak sembuh pula luka abang”ujar Aril selamba sambil melarikan wajahnya daripada ditenung oleh Arisyah. Entah kenapa, dia takut riak wajahnya dapat dikesan.


“Apa yang abang merepak nie? Ary pun ada band-aids jugaklah. Buanglah yang nie, dah kotor sangat Ary tengok”nasihat Arisyah sambil meletakkan jari telunjuknya pada band-aids yang telah kotor itu. Itu dikatakan akan sembuh? Bagaimana kalau luka Aril dijangkiti kuman yang ada pada band-aids tersebut? Aril hanya terdiam mendengar nasihat Arisyah. Tidak sedikit pun dia bersuara mendengar nasihat tersebut. Tidak juga membantah. Arisyah sudah bergerak memasuki kamarnya yang hanya terletak di hadapan bilik abangnya. Tidak sampai beberapa minit, Arisyah muncal dengan kotak keselamatan bersaiz kecil di tangannya.


Aril hanya memandang kosong. Entah kenapa, dia berasa berat hati untuk menanggalkan band-aids tersebut. Arisyah mengambil tempat di hadapan abangnya lalu meletakkan kotak keselamatan di atas meja tersebut. Tangan abangnya dicapai untuk membuang band-aids tersebut. Tidak sampai separuh, Aril tiba-tiba menarik tangannya.


“Kenapa nie abang? Marilah Ary tolong buangkan”Arisyah sudah berkira-kira menarik tangan abangnya kembali, namun Aril sudah menyembunyikan tangannya di dalam poket.  Terkial-kial Arisyah dibuatnya untuk mencapai tangan abangnya.


“Janganlah, abang boleh buat sendirilah”jawab Aril malas apabila Arisyah masih berterusan mengambil tangannya. Arisyah ketawa kecil mendengar rungutan Aril yang tidak ubah seperti dengan orang tua.”Takkan dengan Ary pun abang malu? Ary adik abang lah……”


“Abang nak girlfriend abang yang rawatkan, bukannya Ary. Tak ada class kalau adik yang tolong rawatkan” Aril cuba berhelah. Sebolehnya dia cuba untuk tidak membuang band-aids tersebut.Dia juga tidak tahu kenapa hatinya menyuruh begitu. Yang dia tahu dia tak mahu, itu sahaja. Arisyah ketawa sekali lagi.


“Jadi Mia tu girlfriend abang la?” Wajah cool abangnya serta merta hilang apabila usikan itu dibuat. Bulat matanya memandang Arisyah yang hanya tersenyum nakal.”Apa yang adik mengarut nie?”


“Bukan ke Mia yang tolong letak band-aids tu? Mia boleh pulak letak?”Arisyah masih mahu bergurau dengan abangnya walaupun mengetahui Mia tidak sesekali menepati cita rasa abangnya. 100 peratus dia yakin, abangnya tidak pernah bermimpi untuk melihat gadis itu. Menyimpang jauh sangat!


“Dia tu yang tak tahu malu ambil tangan abang walaupun abang dah elak. Memang perempuan muka tebal betullah” Aril bersuara perlahan untuk mematikan usikan adiknya. Sungguh, dia benar-benar tidak tenang mendengar usikan tersebut. Arisyah hanya tersenyum. “Mujurlah” tutur Arisyah perlahan menyebabkan Aril mengangkat keningnya.


“Mujurlah?”


“Mujurlah, takkanlah abang suka perempuan macam Mia tu? Adik tahulah taste abang,sebab tu adik bergurau sahaja tadi. Abang adik nie tinggi cita rasanya..kan?”Bahu Aril ditepuk perlahan sebelum berlalu dengan satu senyuman yang manis. Terkedu sebentar Aril mendengar kata-kata Arisyah. Walaupun kata-katanya tidak berbunyi sinis tapi cukup menyedarkan Aril tentang keberadaannya. Satu keluhan dilepaskan mengingati sikapnya dua hari itu. Hanya tersengih melihat band-aids tersebut.


Aril membuka laci yang dikunci kemas. Sebuah fail berwarna merah dikeluarkan lalu dibelek perlahan-lahan. Terpempang maklumat peribadi Mia dan gambar-gambar yang diambil semasa Syah dan Mia berada di pejabat pendaftaran perkahwinan. Semua itu diambil oleh penyiasat yang diupahnya. Semuanya bermula apabila dia terdengar perbualan Mia dan Datin Hayati mengenai perkahwinan mereka sewaktu ingin melawat Syah tempoh hari. Sebal hatinya mendegar kata-kata sinis daripada Mia. Paling tidak disangka, Datin Hayati boleh bersetuju dengan cadangan itu. Setahunya, Datin Hayati sangat berminat unutk menjadikan Arisyah sebagai menantu.


“Apa yang aku fikir nie?”Aril mengaru kepalanya kasar. Terimbas kembali wajah Arisyah ,adik kesayaannya yang cukup lembut dan baik hati. Adiknya lebih secocock untuk dibandingkan dengan Mia. Kini, dia mula hilang rasa benci kepada Mia hanya kerana gadis itu menolong letak band-aids kepadanya? Aku dah gila agaknya!


Aril menghempas fail tersebut lalu menguncinya dengan selamat dalam laci tersebut. Band-aids yang tersarung kemas pada jarinya ditarik dengan kasar lalu dibuang ke dalam tong sampah. Akhirnya Aril menghempaskan badanya di atas katil empuk yang bersaiz queen itu. Matanya dipejam , namun bayangan Mia dan Arisyah silih berganti bermain dalam mindanya. Kusut rasanya. Dia tidak boleh mebiarkan Mia meracuni fikirannya. Kebahagian adiknya lebih penting!






Mia menguap perlahan sambil mengambil langkah perlahan-lahan menuruni tangga kecemasan. Untuk mengelak daripda terjatuh, Mia menganggan erat pada penghadang besi yang disediakan. Pandangannya masih kabur memandang jam masih menunjukkan jam 5 pagi. Dahlah dia tidur pada pukul 2.45 pagi semalam. Mengantuk rasanya. Mujurlah usahanya berbolai kerana berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Tangan kirinya kemas memagang Wiskies bersaiz agak besar yang baru sahaja dibeli kerana telah kehabisan stok.


Tompol pintu kecemasan dibuka perlahan-lahan menyebabkan udara sejuk daripda luar menghembas wajahnya. Terasa sehingga tulangnya. Mia memeluk tubuhnya erat yang disarungkan dengan sweater warna kuning cair. Rambutnya masih belum disikat dan seluar slack kirinya yang disingsing masih belum dijatuhkan. Kusut sekali penampilannya.


Dua buah kotak kosong ditarik perlahan-lahan mendekatinya. Perlahan-lahan Wiskies tersebut dituang pada dua buah kotak kosong yang telah diubahsuai itu. Sudah menjadi rutin hariannya memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar di belakang bangunan tersebut memandang mereka dilarang memelihara binatang di flatnya. Tidak sampai bebarapa minit, hampir tujuh ekor kucing berlari mendekatinya. Mai mengambil tempat di atas bangku berhampiran kotak-kotak tersebut. Seronok melihat kucing-kucing tersebut menikmati sarapannya.


Salah seekor kucing tersebut meminum susu yang diletakkkan di atas pinggang plastik berhampiran dua buah kotak tersebut. Mia tersenyum kecil melihat kucing tersebut. Masih bersaiz kecil ,mungkin dalam lingkuan usia 3 atau 4 bulan sahaja. Sesekali kucing tersebut ditolak oleh kucing-kucing bersaiz besar. Mia menabur sedikit Wiskies pada sudut lain lalu membawa kucing tersebut memakannya. Tubuh kucing itu digosok perlahan-lahan.


“Sedap tak?Kalau tak sedap, nanti Mia tukar jenama lain”Kepala kucing kecil yang berbelang oren itu digososk perlahan-lahan. Kucing tersebut tidak sedikit pun menghiraukan kehadiran Mia sebaliknya menikmati makanan dengan berselera sekali seakan-akan hampir setahun tidak makan. Badan kucing tersebut kurus sekali. Mia tersenyum riang melihat keadaan kucing tersebut. Hilang terus mengantuknya melihat kucing-kucing itu. Memang kucing tersebut tidaklah secantik kucing Parsi yang diidamkan oleh semua orang. Ramai orang yang sanggup berhabisan duit untuk mencantikkan kucing mereka tanpa menghiraukan ada kucing-kucing lain yang masih memerlukan makanan daripada rawatan kecantikan di spa yang dibuat khas untuk kucing.


Aiman melihat senyuman yang terukir di wajah Mia daripada jauh. Senyuman yang hanya boleh dilihat setiap jam 5.15 pagi .Tepat jam 5.15 pagi, senyuman itu berjaya memeriahkan harinya. Membantu dirinya menempuh kehidupan sebagai seorang guru sebentar nanti. Tidak pernah sekali pun Mia menunjukkan kebaikan hatinya kepada sesiapa pun sehingga ada yang menganggapnya sombong. Gadis itu sentiasa menjalankan tanggungjawabnya walaupun kucing-kucing tersebut tidak berterima kasih pun. Tanpa pujian daripada sesiapa pun. Aiman mengangkat botol susu yang dibawanya kemudian beralih kepada Mia yang masih setia menunggu kuicng-kucing tersebut. Setelah hampir 2 tahun melihat Mia menjalankan tanggungjawabnya, akhirnya terdetik hatinya untuk melakukan perkara yang sama. Seperti Mia, dia juga merahsiakan pertolongannya daripada pengetahuan orang ramai. Dia juga boleh mengambil peluang untuk melihat Mia walaupun dari jauh.


Aiman membetulkan kedudukannya apabila melihat Mia mengalihkan pandangannya. Laju sahaja tubuhnya diundur dan bersembunyi disebalik pintu kecemasan tersebut. Terimbas kembali bagaimana tindak tanduknya telah menakutkan gadis itu semalam. Nmaun wajah ketakutan Mia jelas mencuit hatinya. Tidak sangka dapat bertemu dengan gadis idamannya dalam perjalanan untuk membuang sampah.


Mia dilihat masih tekun melayan kucing-kucing tersebut. Punca sebenar dia mengetahui bagaimana Mia tidak pulang ke rumah hari tersebut disebabkan dua buah kotak tersebut. Kotak yang diubahsuai itu kosong tanpa makanan kucing sewaktu dia ingin memberi susu kepada kucing-kucing tersebut. Memang di luar kebiasaan. Selalunya, gadis itu tidak pernah lupa rutin hariannya walaupun tidur lewat selama mana pun. Memang betul, dia sentiasa intip gadis itu. Dan itulah kebenarannya.


“Mia, awak betul-betul dah curi hati saya”


Perlahan sahaja bunyinya,cukup didengari oleh dirinya seorang sahaja.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...