Sunday, 9 November 2014

Are You Afraid Of Love:Episode 7

[7]
Noisy Knight Beside Me

Mia menutup komputernya apabila jam sudah menginjak pukul 10 pagi. Pagi itu terasa sunyi sekali memandangkan cuti telah pun tamat. Jiran sebelah rumahnya iaitu Zaid dan Aiman telah lama berangkat ke kerja. Malah kebanyakan jiran-jirannya juga telah keluar bekerja. Hanya diirnya yang melakukan kerja di rumah. Selepas selesai menghantar tugasnya, tugas baru menantinya. Maklumlah, dia hanya kuli. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepadanya.


Mia mengeliat perlahan dan tanpa sedar pandangannya terhenti pada langsir tingkap yang belum dibuka. Lama dia memandang langsir tersebut sebelum bergerak untuk membukanya. Apabila langsir tersebut dibuka, terserlah bilik Syah yang hanya bertentangan dengannya. Lelaki itu dilihat seronok melayan komik di atas sofa rumahnya. Tanpa sedar satu senyuman terukir di wajahnya melihat tingkah laku lelaki itu. Sekejap lelaki itu mengeliat, sekejap menukar saluran televisyennya. Persisi seperti budak kecil yang kebosanan di rumah.


Syah yang pada awalnya sibuk memilih komik di atas meja hadapannya terhenti apabila melihat bayangan Mia yang sedang merenungnya. Laju sahaja dia berlari ke arah berandanya dan melambai mesra kepada Mia. Terserlah lesung pipitnya. Bulat mata Mia apabila melihat Syah melambai ke arahnya. Mari terus senyuman yang terukir di wajahnya. Laju sahaja langsir tersebut ditutup dan memusingkan tubuhnya. Tersedar dengan tingkah lakunya sendiri. Apa aku buat nie?



Mia meraup wajahnya perlahan-lahan lalu menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba menyedarkan diri kea lam nyata. Secara tidak sedar, dia telah meruntuhkan tembok antara mereka dan perlahan-lahan membenarkan Syah memasuki hidupnya. Apa yang aku buat nie? Sedarlah sikit, kau dengan dia Cuma akan bertahan selama 3 bulan je!


Mie memejam matanya perlahan dengan harapan dapat berfikiran wajar semula. Sungguh, kini dia sendiri mula seronok dengan dunia Syah dan perlahan-lahan meninggalkan hidupnya yang dulu. Benarkah begitu? Begitu mudah lelaki itu masuk dalam hidupnya? Mia menyelak langsir tingkap sekali lagi. Baru sahaja separuh jalan,terserlah wajah Syah yang ceria melambai ke arahnya. Laju langsir tersebut ditutp semula. Nafasnya semakin sesak. Aku nak gila aagknya?


Mia berlari lalu menghempaskan badannya dia atas katil bujangnya. Fon kepala dicapai lalu volumenya dikuatkan setinggi yang boleh. Dia perlu mengawal dirinya selama 3 bulan itu. Jangan kata suami, dia tidak boleh menerima lelaki itu sebagai kawan pun. Dia tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan lelaki itu. Lelaki itu hanya singgah sebentar dalam hidupnya, tidak perlulah dia terlalu memikirkannya kan?



Syah meletakkan komik Ranma 1/2 yang dibacanya apabila mendengar ketukan pada pintu rumahnya. Laju matanya mengerling pada jam pada dindingnya. Rasanya Arisyah masih bekerja di kedai bunganya pada ketika itu. Siapa pula yang datang ke rumahnya pada waktu begitu? Lambat-lambat, Syah bergerak ke pintu rumahnya. Dia cuba memeriksa pada…………………….namun tidak jelas kerana hanya mampu melihat tubuh badannya daripada belakang. Terkedu Syah apabila empunya badan memusingkan badannya. Tidak berkelip dia melihat wajah di hadapannya.


“Mia…Mia buat apa kat sini?” Syah cuba mengawal suaranya daripada dapat dikesan oleh Mia bahawa dia agak ketakutan. Namun jelas ada nada ketakutan pada suaranya.


“Em? Mia tertinggal sesuatu semalam”Tanpa dipelawa, Mia bergerak ke arah ruang tamu meninggalkan Syah yang terkebil-kebil di tepinya. Lama Syah melihat personoliti diri Mia yang masih tiada bezanya dari atas hingga bawah. Gadis itu dilihat sibuk mencari sesuatu di sofa merahnya.



“Dah mandi ke belum nie?” Selamba sahaja pertayaan daripada Syah, namun cukup menyakitkan telinga Mia. Bukan Syah orang pertama yang mendengur begitu. Dia sering mendapat denguran begitu apabila keluar membeli barang daripada kanak-kanak.


“Dah”Mia masih tidak memandang Syah yang sibuk merenungnya daripada tadi. Matanya masih melilau mencari pendrivenya yang hilang. Dia yakin sekali tercicir pendrive tersebut di rumah Syah. Maklumlah dia mengantung pendrive tersebut bersama-sama kunci rumahnya.


“Betul ke?” Mia menhentikan pencariannya apabila Syah mula meraguinya. Bukannya mahu menolongnya atau bertanya tentang barang yang dicarinya, alih-alih Tanya dirinya telah mandi atau belum. “ Syah nak tolong mandikan Mia ke?”Merah padam wajah Syah apabila ditanya begitu. Sungguh,macam mana gadis itu boleh menuturkannya dengan tenang sekali. Dahlah dia seorang lelaki.


“Siapa ajar Mia cakap macam nie? Syah lelaki tau tak”Tergagap-gagap Syah cuba membetulkan sikap Mia itu. Mana boleh seorang wanita bertanya soalan begitu kepada lelaki.


Mia memandang Syah dari atas hingga bawah lama. Akhirnya matanya berhenti pada wajah Syah yang jelas dilihat mengelabah apabila direnung begitu. “Em..sorrylah, baru Mia perasaan” Mia menyambung pencariannya apabila Syah membisu seribu kata. Syah mengetap bibirnya mendengar penyataan selamba daripada Mia. Apa? Baru Mia perasaan?


“Apasal Syah mengelabah sangat?”Pertanyaan tersebut menyebabkan Syah menelan air liurnya. Jelas penyataan itu menerangkan keadaan dirinya sekarang. “Bila masa pulak Syah mengelabah?”


“Syah malu dengan Mia ke?”Sekali lagi Syah menelan air liurnya. Walaupun gadis itu masih meneruskan pencariannya tanpa menoleh ke arahnya, dia dapat merasakan otaknya bagaikan mahu meletup mencari jawapan. Perlahan-lahan Mia berpaling kea rah Syah apabila merasakan pencariannya di kawasan tersebut telah selesai. Jelas pendrivenya tiada di situ. Berkerut dahi Mia melihat reaksi Syah yang tiba-tiba berubah itu.


“Kenapa Syah tercegat dekat sini? Syah betul-betul malu dengan Mia ke?” Mia ketawa kecil sambil bergerak kea rah Syah yang masih tercegat. Tanpa bersuara, lelaki itu pantas mengeleng menyangkal dakwaan Mia.

“Bukan sebab Syah malu, tapi rasa pelik bila ada perempuan masuk rumah Syah” Mia hanya mengangguk perlahan seperti cuba menerima jawapan yang diberi oleh Syah. Sejujurnya dia hanya bergurau kosong dengan Syah, tidak sangka lelaki itu akan member reaksi begitu. Adakah lelaki itu benar-benar tidak selesa dengan perempuan?


“Sebab tulah Mia nak cari pendrive Mia”Syah mengangkat keningnya mendengar penjelasan Mia. Apa kaitan dengan pendrive pulak nie?


“Nak buat apa dengan pendrive pulak?”


“Mia ada buat kontrak antara kita tapi belum siap lagi. Ingat ke nak siapkan hari nie” Mia menjawab tenang sebelum bergerak ke bilik yang menempatkan mesin basuh Syah. Tempat yang pernah dicari semalam. “Oooo…macam tu ke?” Syah mengangguk menerima jawapan Mia. Memang mereka ada membuat persetujuan untuk membuat kontrak perkahwinan untuk mengelak terjadi apa-apa. Malah Mia sendiri menawarkan diri untuk membuat kontrak tersebut.


Syah kembali ke sofa merahnya dan membiarkan Mia sendiri mencari pendrivenya. Malas rasanya mahu bersusah payah mencari benda alah begitu. Komik di ats meja tersebut dicapai lalu menyambung pembacaannya. Tidak sampai seminit, komik tersebut diletak kasar di atas mejanya lalu berlari mendapatkan Mia. Akalnya bagaikan teringat sesuatu.


“Letak balik benda tu!”Mia memusingkan wajahnya perlahan sambil memegang seluar pendek Syah pada tangannya. Selamba sahaja dia duduk bersila sambil memegang seluar pendek Syah. Habis satu baldi digeledahnya untuk mencari pendrivenya. Mia melihat wajah Syah yang tiba-tiba panic mencarinya. Pasti lelaki itu berlari untuk mencarinya. “Kenapa?”


“Mia pegang apa tu?” Wajah Syah sudah merah apabila melihat Mia dengan tenangnya memegang seluar pendeknya. Dugaannya benar, namun tidak sangka wanitaa itu masih boleh bersikap tenang selepas memegang seluar pendeknya.


“Seluar pendek?”Mia mengangkat seluar pendek Syah tepat sambil mengangkat keningnya mendengar penjelasan selangjutnya daripada Syah. Mia masih tidak dapat menagkap maksud Syah. Apa yang malu sangat? Aku bukannya pegang seluar dalam dia pun.


“Baik Mia letak balik ‘adik’ Syah tu. Malu dia Mia asyik pegang dia” Sungguh, itulah kali pertama ada perempuan memegang pakaina dalamnya. Dengan wajah tanpa bersalah atau malu pulak tu. Selama nie, dia sendiri urus pakaian dalamnya. Tidak pernah ada orang yang mengurusnya. Balik-balik, Mia boleh sahaja mengeledah seluruh baldi tersebut. Entah apa lagi yang dijumpanya.


“Kenapa pulak? Mia cuma pegang ‘adik’ suami Mia punya. Janganlah gelabah sangat. Mia pegang je…Bukannya nak buat bomoh ke apa”Mia tidak mempedulikan amaran yang dibuat oleh Syah. Poket seluar pendek Syah digeledah untuk mencari pendrivenya. Bulat mata Syah apabila Mia sudah memegang seluar pendeknya. Makim mengelabah apabila setiap inci selua pendeknya dipegang oleh Mia. Seluar pendeknya bagaikan merayu-rayu minta dilepaskan.


Laju Syah menghayunkan kakinya melangkah ke dalam bilik tersebut yang hanya menempatkan mesin basuh,sinki ,tuala dan pencuci, Seluar pendeknya ditarik daripada genggaman Mia namun Mia masih tidak melepaskan genggamannya. Mia kembali menarik seluar tersebut, Syah  turut sama menariknya.


“Lepaslah, Mia tak malu ke pegang seluar pendek lelaki punya? Perempuan gatal” Syah bersuara tidak puas hati apabial Mia masih tidak mahu melepaskan genggamannya. “Mia tak rasa apa-apa pun. Syah janganlah over acting sangat” Mia cuba menarik selaur pendek tersebut daripada genggaman tangan Syah namun sekuat mana kuasa yang digunakan, tidak dapat melawan kuasa seorang lelaki.


“Arrgghh..lepaslah perempaun gatal!”jerit Syah sambil menolak wajah Mia yang masih tekun menarik seluar pendeknya. Kalau kau tak ada perasaaan, sekurang-kurangnya aku masih ada perasaan malu! “Mia cuma nak cari pendrive Mia je”Mia masih tidak berputus asa. Seluar pendek itu masih belum digeledah dengan sempurna.


“Mana ada pendrive dalam seluar pendek nie” Syah cuba memujuk Mia sekaligus cuba member alasan selogik yang boleh. Dia tidak mahu Mia memegang seluar pendeknya. Malu sungguh!


“Bagilah Mia tengok dulu”Mia masih tidak mahu ngalah. Rasanay dia tidak rugi apa-apa memeriksa seluar pendek lelaki. Lagipun Cuma tinggal satu poket sahaja yang belum diperiksa. Sudahlah, sudah hampir separuh kontrak tersebut dibuat. Sia-sia sahaja usahanya jika belum membuat kembali.


“Okeylah,biar Syah yang periksa”Mia melepaskan genggamannya apabila mendengar cadangan daripada Syah itu. Tekun matanya melihat poket seluar pendek yang telah diseluk oleh Syah itu. Tidak cukup dengan itu, Syah mencari satu-persatu seluarnya yang masih belum digeledah oleh Mia itu. Tekun Mia melihat satu-persatu seluar yang diperiksa oleh Syah. Sesekali dia menyuruh Syah melakukan pemeriksaan kali kedua apabila melihat Syah mengambil remeh sahaja tindakannya.


“Carilah betul-betul”Mia memberi arahan apabila melihat Syah memegang seluar terakhir daripada baldi tersebut. Malang sekali pendrivenya masih belum dijumpai. “Memang tak adalah”Syah masih mengeledah seluarnya untuk kali kedua apabila mendengar arahan daripada Mia.


Mia menunduk kepalanya sambil melihat dicelah mesin basuh. Mesin basuh dan wajah Syah dilihat silih berganti,akhirnya pandangannya jatuh pada wajah Syah. Syah yang menyedari pandangan Mia hanya mampu mengangkat keningnya.


“Kenapa?”


“Tolong cari celah mesin basuh nie”Mia memberi arahan sambil meletakkan jari telunjuknya pada celah mesin basuh itu. Syah ketawa geli hati mendengar arahan tennag dan selamba dari Mia. Tidak percaya gadis itu akan memberi arahan kepadanya.


“Apasal Syah kena buat pula? Mia ingat Syah apa?”Syah mengecilkan matanya sambil merenung tajam pada Mia. Cuba menakutkan Mia. Seluar dalam genggamannya dihembas kasar ke dalam baldi semula sambil merenung tajam pada wajah Mia. Tidak sampai seminit, Syah kalah dengan renungan daripada Mia yang langsung tidak berkelip melihatnya. Terasa janggal seketika apabila Mia mampu mengalahkannya dengan pandangan mata yang tenang itu.


“Minah nie memang betul-betul perempuan ke?”rungut Syah perlahan sambil mengerling Mia yang hanya mendiam diri  melihatnya. Lambat-lambat dia menundukkan wajahnya untuk mencari pendrive tersebut. Bukan main menungeng punggungnya mencari pendrive tersebut.


“Mia boleh Nampak warna seluar dalam Syahlah”tenang dan bersahaja Mia menuturkan kata-kata tersebut namun cukup untuk menyebabkan muka Syah merah padam. Laju sahaja dia bangun dari pembaringannya dan melihat Mia dengan wajah tidak percaya. Terganggu pencariannya.


“Janganlah tengok”Syah membidas ayat Mia sambil cuba bermuka tebal seakan-akan tidak mendengar komen gadis itu. Mia hanya mengangkat bahunya mendengar amaran Syah. “Tapi ada depan mata Mia……”



“Berpura-pura jelah tak nampak. Perlu ke Mia sebut macam tu?”Belum habis Mia menuturkan kata-katanya, Syah terlebih dahulu memotong. Mana tidaknya, selalunya perempuan kalau ternampak kejadian begitu pasti melarikan pandangan mereka. Gadis itu lain pula. Bukan sahaja terus melihatnya, siap bagi komen lagi!


“Daripada Syah marah Mia apa kata Syah betulkan dulu seluar Syah? Mia MASIH boleh nam….”Baru sahaja separuh jalan Syah menundukkan wajahnya kembali untuk menyambung pencariannya, Mia sudah bersuara kembali memberi komennya. Syah tersenyum bagaikan tidak percaya dengan komen yang diberiakn oleh Mia. Lambat-lambat dia mengaru dahinya sambil tersenyum. Siapa tak malu apabila seluar dalamnya mendapat komen hangat begitu. Mia hanya memandang Syah yang duduk bersila di hadapannya tanpa membuat apa-apa. Tidak memahami keadaan sebenar.


“Keluar”perlahan sahaja bunyinya dapat dapat ditangkap dengan jelas oleh Mia walaupun Syah hanya menundukkan kepala sambil mengaru kepalanya. “Apa?”soal Mia tidak memahami soalan itu. Kenapa pula dia perlu keluar? Niatnya hanya mahu membantu lelaki itu. Takkanlah dia nak terus tengok lelaki itu menyerlahkan seluar dalam dihadapannya?


“Keluarlah perempuan gatal. Jangan-jangan pada hari pertama kita bertemu hari tu pun memang Mia berniat nak intip Syah kan?”Mia membuntungkan matanya apabila hal tersebut dibicarakan lagi. Tidak berkelip dia melihat Syah apabila ceritanya kini dipersoalkan.


“Mia sengaja intip Syah?”soal Mia tidak percaya mendengar tuduhan tidak berasas itu. Sudahlah tidak mengingati apa-apa, pandai-pandai pula menuduhnya. “Habis kenapa Mia asyik tenung seluar dalam Syah je dari tadi? Jangan-jangan Mia jugak yang ikut Syah ke pantai hari itu”tuduh Syah laju yang mula mencuriga cerita yang disampaikan oleh Mia.


“Mia nampaknya begitu berminat dengan seluar dalam Syah. Memang Mia berniat nak tengok Syah tanggalkan seluar tempoh hari kan?” Peduli apa dia ayat yang digunakan itu privasi atau tidak. Sudah cukup Mia memberi komen terprivasi tadi. Alang-alang dah terlepas, rasanya dia juga boleh menggunakannya kan?


“Syah sekarang curiga dengan Mia lah? Hanya Mia seorang sahaja yang boleh tolong Syah sekarang tau tak? Syah nak kata Mia cuba nak intip Syah?” Syah mengangguk laju menyebabkan Mia memusingkan wajahnya dengan ketawa kecil. Kemudian gadis itu menjugilkan matanya melihat Syah atas bawah.


“Mungkin juga itu yang terjadi. Takkan Syah nak terima bulat-bulat apa yang Mia cakap”Mia mengetap bibirnya geram dengan sikap Syah. “Fine! Mari kita berdua buat perjanjian tu sekarang! Tak inginlah Mia nak tengok Syah” Sunyi seketika antara mereka apabila Mia menghabiskan kata-kata tersebut. Masing-masing membalas renungan sambil duduk bersila di atas lantai itu. Hanya bunyi mesin basuh menjadi latar antara mereka. Pencarian tadi akhirnya terbengkala begitu.



“Nah” Laju tangan Mia menyambut computer riba jenama Apple yang ditolak laju ke arahnya oelh Syah yang duduk bertentangan dengannya. Mujur sahaja tolakan Syah itu menjurus terus ke arahnya. Bayangkan kalau terbabas ke tepi sedikit, pasti berderai computer riba itu menghempas ke bawah lantai.


“Password?”soal Mia perlahan apabila membuka computer riba itu sambil memandang Syah yang ralit membaca komik di hadapannya. Langsung tidak mengambil serius dengan kontrak yang akan dibuat oleh Mia itu. Selepas puas bertengkar tadi, akhirnya masing-masing setuju untuk membuat kontrak baru.


“Bukak jelah ‘Guest’ ”Mia mencebik apabila Syah member arahan tanpa melihat ke arahnya. Masih ralit dengan pembacaannya. Tekun sekali. Tidak ubah seperti menonton televisyen. Walauupun tidak setuju dengan cadangan Syah, akhrinya dia ikut sahaja cadangan itu. Lagipun itu computer riba lelaki. Pasti ada yang disembunyikan oleh lelaki itu.


“Pertama….kita berdua tidak boleh menganggu privasi masing-masing”Mia bersuara agar dapat didengar oleh Syah mengenai apa yang ditaipnya agar turut sama mendapat persetujuan lelaki itu.


“Tu…Mia dah langgar tadi”Jari Mia berhenti menaip apabila mendengar komen daripada Syah. Mahu terjugil sahaja matanya melihat Syah yng masih rileks membaca komik. Dia pulak yang bersusah payah tadi.


“Kita juga tidak akan tidur sekatil”Mia membaca syarat yang kedua sambil menaipnya. Apabila tiada jawapan daripada Syah,dia terus bergerak ke point seterusnya.


“Kecuali jika keadaan mendesak”Mia pada awalnya ingin menyambung ke pint seterusnya sedikit terjejas mendengar ayat yang disambung oleh Syah itu.


“Maksudnya?”Syah mengangkat wajahnya apabila disoal begitu oleh Mia. “Maksudnya, takut-takut family Syah datang ke…ataupun Mia yang heret Syah. Sebenarnya, Syah agak lemah sedikit kalau perempuan yang heret”gurau Syah nakal sambil mengenyitkan matanya melihat Mia yang sengaja memandang bosan dengan gurauannya. Dia tahu gadis itu marah.


“Apa yang Syah mengarut nie? Dengan lelaki pun Syah boleh kalah. Kalau setakat badan kecil macam Syah nie, dengan kuicng pun boleh kalah”Mia membalas tenang lalu menyambung kerjanya. Syah membuat muka mengejek apabila guraunnya mendengar sindiran selamba daripada Mia. Mana ada badan aku kecik!


“Kita juga akan berlakon jika family Syah ada di sini”Mia mengeluarkan cadangan pula sambil menunggu respon daripada Syah. Lelaki itu hanya mengangguk sambil membelek helaian komik yang seterusnya. Suka hati dialah, sekurang-kurangnya aku dah bagitau.


“Kita juga tidak boleh mempersoalkan tanggungjawab masing-masing. Duit Mia hak Mia, duit Syah hak Syah” Mia meneruskan cadangan dan membaca isi kontrak yang ditulisnya dengan jelas sekali. Apabila tiada respon, dia terus ke syarat yang terakhir.


“Kita berdua juga jangan jatuh cinta antara satu sama lain dan berjanji akan berpisah apabila Syah pulang ke Jepun”Mia menghabiskan taipannya ssambil merenung Syah yang hanya mengangguk bersetuju dengan jawapan Mia itu. Masih ralit membaca komiknya.


“Tambah sedikit….Mia juga akan keluar apabila dipanggil” Mia membetulkan sedikit kedudukan computer riba itu untuk melihat wajah Syah yang agak terlindung. Tidak faham dengan cadangan yang diberikan oleh Syah. “Apa maksud Syah?”


“Yelah..jangan-jangan Mia kurungkan diri macam hari itu. Apa sebenarnya Mia fikir?”Mia laju sahaja melarikan pandangannya apabila Syah mempersoalnya begitu. Takkanlah dia nak sebut hal itu? Yang dia syok sendiri? Malunya!


“Ada lagi ke?”Mia cuba melarikan diri daripada soalan Syah dengan memberi ruang kepada Syah memberi cadangan lain. Syah mengaru dagunya sambil melihat siling rumahnya. Cuba mencari cadangan lain.


“Mia juga berjanji akan membantu Syah cari ingatan Syah walau apa keadaan sekalipun”Mia hanya mengangguk lalu menaip cadangan yang diberikan oleh Syah. Tidak sedar dengan akibat daripada cadangan itu. Tekun dia membuat kerjanya tanpa mensyaki apa-apa.


“Lagi?” Sepi tanpa jawapan daripada Syah.. Akhirnya Mia menaip cadangannnya sendiri


“Em….nampaknya kita berdua dah mencapai kata sepakat kan?”Mia sudah laju menekan punat ‘save’ apabila kerjanya telah selesai. Sekarang hanya perlu diprint dan tandatangan daripada kedua-dua pihak. Komputer riba itu akhirnya ditutup dan dia kini dapat melihat dengan jelas wajah Syah yang tersenyum ke arahnya.


“Marilah kita berdua sama-sama bersabar dalam tempoh tiga bulan nie”ujar Syah perlahan sambil meletakkan komik yang dibacanya di atas meja makan itu. Syah tersenyum sambil memberi isyarat tanda bagus dengan usaha yang akan mereka berdua lakukan itu. Mia hanya tenang melihat perwatakan Syah itu. Membayangkan hari-hari nya dalam masa 3 bulan akan datang. Bagaimanakah hidup yang akan ditempuhi bersama lelaki karakter begitu dalam hidupnya?



Tombol pintu yang telah separuh dibuka terhenti di pertengahan jalan apabila melihat wajah yang cukup dikenali di hadapannya. Langkahnya terus sahaja terhenti apabila senyuman itu menyapanya dengan salam. Lambat-lambat salam itu dijawab dengan tergagap-gagap. Gadis itu sedang erat memegang pasu bunga bersaiz kecil dengan pokok bunga yang belum berbunga.



“Mia datang jumpa Syah ke?” tegur Arisyah dengan senyuman yang tidak lekangdi bibirnya. Gadis itu sungguh lembut dan peramah orangnya. Tidak pernah sekalipun dia bertnidak kasar ataupun berperwatakan gedik seperti gadis-gadis Bandar yang lain meskipun dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Ton warna make-up yang dikenakan berton lembut dan ringkas sahaja. Sesuai dengan kulitnya yang cerah ala-ala gadis cina.


“A’ah…Mia cari barang Mia”Mia menerangkan tujuan asalnya dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan salah faham dengan tujuan keberadaannya. Pandangan jatuh pada pasu bunga yang dipegang oleh Mia itu. Sukar untuknya menyatakan jenis bunga apa yang ditanam dalam pasu tersebut.


“Nie bunga matahari cuma belum berbunga lagi. Ary ambil dari kedai Ary”jelas Arisyah seperti mengetahui apa yang bermain dalam fikiran Mia itu. Mia yang menyedari penjelasan Arisyah hanya mengangguk perlahan. Sungguh, dia mahu cepat-ccepat beredar daripada situ. Pasti Arisyah datang untuk berjumpa dengan buah hati. Hairan juga diirnya, kenapa Syah tidak jatuh cinta dengan gadis sebaik dan selembut Arisyah. Gadis itu cukup sempurna pada pandangannya.


“Mia nak balik ke? Marilah teman Arisyah sekali. Ary ingat nak ajak Syah makan tengah hari. Apa kata Mia datang sekali?”cadang Arisyah lembut sambil menghadiahkan senyuman yang cukup manis. Makin serba-salah Mia dibuatnya. Dia hanya mengeleng sambil mmeberi senyuman tawar. Sesiapa..tolonglah selamatkannya.


“Kenapa? Jangan risaulah. Ary lain kali akan ajar sikit Syah tu. Dia memang tak boleh nak bezakan sangat antara perempuan dengan lelaki. Semua dia anggap macam kawan je. Mungkin sebab tu la dia layan Mia begitu. Ary minta maaf bagi pihak dia. Lambat-lambat Mia akan biasa laa….”kata-kata Arisyah terhenti di situ. Satu senyuman hampar terukir pada wajah lembutnya. Walaupun tidak betapa ketara, Mia perasaan riak wajah itu berubah. Perlahn-lahan wajah itu menunduk.


“Macam Ary…yang dah terbiasa dengannya”lemah sahaja ayat itu dituturkan oleh Arisyah. Mia hanya terdiam mendengarnya. Keningnya sedikit terangkat mendengar kata-kata itu. Masih tidak dapat menangkap maksud sebenarnya. Tidak dapat nak bezakan lelaki dan perempuan? Kawan?


“Ary! Ary dah balik kerja ke?”perbincangan kedua-dua wanita itu sedikit terganggu apabila Syah tiba-tiba muncul dengan wajah cerianya seperti selalu. Syah melihat wjah Mia dan Ariayah silih berganti dengan senyuman yang cukup manis. Serta-merta wajah Arisyah berubah. Bagaikan wajah yang sengaja diceriakan kerana berhadapan dengan kekasih hatinya.


“Apa yang Ary bawa nie?”soal Syah sambil meletakkan jari telunjuknya pada pokok bunga yang digenggam erat oleh Arisyah. Wajah tanda Tanya Syah melihat pokok bunga itu sedikit mencuit hati Arisyah. Satu senyuman kecil terukir di wajahnya.


“Bunga matahari. Ary rasa bunga nie memang sesuai sangat dengan Syah”Arisyah menghulurkan bunga dalam genggamannya kepada Syah. Mujurlah pasu bunga itu hanya bersaiz kecil, jika tidak tidak tahu bagaimana dia ingin membawanya. Syah menyambut huluran itu dengan gembiranya. Pasu bunga itu dibelek sepuas-puasnya.


“Ary harap pokok nie akan berbunga sebelum Syah ke Jepun” ujar Arisyah ceria namun kedengaran sedikit lemah. Bagaikan keberatan untuk meArisyah menuturkannya. Lama wajah Arisyah dilihat oleh Mia. Walaupun gadis itu tersenyum, dia tahu berat gadis itu untuk menutrukan kata-kata tersebut. Kesedihan yang sengaja disembunyikan disebalik senyuman dan wajah lembutnya.


“Jangan risaulah. Syah akan siram pokok nie baik-baik. Kalau berbunga, Syah akan hantar gambar pada Ary ye?”janji Syah sambil mengusap lembut rambut Arisyah.  Arisyah hanya mebiarkan usapan itu. Usapan seorang abang kepada adiknya. Dia sudah pasrah. Pasrah dengan pemergian lelaki itu.


Mungkin itu bukan masanya lagi untuk mencuri hati lelaki itu. Kejadian di pantai hari itu sudah cukup menyedarkannya. Betapa jahatnya dia sehingga sanggup merancang rancangan sekeji itu. Dia tidak mahu lagi mendapatkan hati lelaki itu dengan cara begitu. Biralah dia gembira begitu. Dia tidak mahu lelaki itu membencinya nanti. Bila difikirkan, dia berterima kasih dengan gadis yang tiba-tiba mentegurnya hari itu. Jika tidak, pasti lelaki itu membenci dirinya kini. Mungkin bukan usapan yang dirasakan pada ketika.


“Syah janji akan jaga bunga nie okey?”Arisyah bersuara sambil tersenyum. Cuba menyembunyikan kesedihan yang terperangkap dalam hatinya. Dia benar-benar mahu pokok bunga itu berbunga sebelum pemergian lelaki itu. Kalau betullah perkara itu akan berlaku, dia juga berjanji akan meluahkan perasaannya sebelum pemergian lelaki itu. Jadi…tolonglah, jaga pokok bunga itu sebaik-baiknya.


“Kenapa pula? Ary tak percaya pada Syah ke?”soal Syah dengan nada untuk berjenaka. Mia hanya mencebik melihat tingkah laku Syah. Lelaki itu tidak mungkin akan menyedari perasaan Arisyah yang suci itu. Terlalu kebudakan dan tidak pernah mengambil serius. Bagaimanalah Arisyah boleh jatuh cinta dengan Syah? Bagaimanakah jatuh cinta dengan lelaki berumur 4 tahun. Walaupun menuturkan kata-kata cinta, hanya jenaka membalasnya. Sedihnya…


“Bila pokok nie berbunga, Ary juga berjanji akan tunjukkan sesuatu pada Syah nanti. Mesti Syah akan terperangjat”Syah mengangkat keningnya mendengar ayat serius daripada Arisyah itu. “Serius je bunyinya..Tak sabar Syah nak tunggu pokok nie berbunga. Bubu….awak berbunga cepat-cepat ye?”Syah menolak batang pokok itu dengan jari telunjuknya sambil ketawa kecil. Arisyah hanya ketawa kecil melihat jenaka yang dibuat oleh Syah. Mia hanya memandag wajah Syah dan Arisyah dihadapannya silih berganti. Bodohnya lelaki nie. Walaupun selepas diberitahu begitu, lelaki itu masih belum faham?





******************************************************************************************************************************


Aiman membetulkan beg kerjanya yang disandar pada bahunya. Kata-kata Zaid di bilik guru tengah hari tadi bermain di kepalanya.Langkahnya menjadi semakin lemah apabila nasihat Zaid terus bermain dalam fikirnanya.


“Kalau kau betul-betul sukakan dia, kau sepatutnya mengambil langkah sekarang. Hubungan kau orang macam tak ada kemajuan. Sekurang-kurangnya cubalah bertegur sapa dengan dia. Jadi kawan ke? Nie tak, walaupun kau ada kelebihan berbanding budak Syah tu, kau banyak langkah lebih tertinggal dari dia. Kau betul-betul nak macam nie je ke?”



Langkah Aiman terhenti. Dahlah dia bukan main tertekan dengan kerenah pelar-pelajar perempuan kelasnya yang tidak habis-habis meminta nombor telefonya. Itu tidak kira lagi dengan perangai pelajar-pelajar lelaki dengan masalah displinnya. Ini masalah cinta bertepuk sebelah tangan pula. Terbayang betapa romintiknya agenda di mata Syah mengambil sisa nasi di tepi mulut Mia. Bilakah agenda begitu akan terjadi dalam hidupnya pula.


“Aku tertinggal banyak langkah?”


“Syah boleh dekati Mia tu dalam beberapa hari je..Kau nak tunggu berapa tahun?”sindir Zaid. Rasa meluat pun ada dengan peragai Aiman yang mudah sangat mengalah sebelum berjuang. Sangkaannya apabila dibiarkan lelaki itu membuat langkah sendiri akan menjadi lebih cepatsebaliknya semakin mundur dari tahun ke tahun. Siapa sangka peribadi lelaki gagah perkasa rupanya hanyalah luaran yang ditonjalkan. Bukannya mahu minta lelaki it uterus meluahkan isi hatinya, tapi sekurang-kurangnya takkan lah sebarang perbualan atau kenangan manis antara mereka tiada dalam ingatan lelaki itu?


Aiman hanya senyap. Kemudian tersengih lalu menepuk bahu Zaid perlahan-lahan lalu kettawa kecil. Terpingga-pingga Zaid dibuatnya. “Zaid…Mia tu gadis yang lain daripada yang lain. Tengak merekala…Macam adik beradik je aku tengak. Hati aku tak terusik la setakat lelaki macam Syah tu”


Zaid mengenap bibirnya agak marah. Marah dengan sikap Aiman yang dilihat mengambil mudah dengan kehadiran Syah. Dilihat Aiman bergerak meninggalkannya menuju ke ruang dapur. Jelas badan Aiman membelangkanginya.


“Habis apa hubungan kau nga Mia? Kawan pun belum tentu” 


Langkah Aiman terhenti mendengar sindiran Zaid. Tidak berganjak sedikit pun dari tempatnya ataupun berpaling melihat melihat Zaid. Tidak lama selepas itu terdengar pintu dihempas kuat menandakan Zaid telah keluar dari bilik mereka. Satu keluahn dilepaskan.


“Mestilah aku nak bersama dia Zaid, tapi dia tak pernah lihat aku”perlahan sahaja bunyinya dan akhirnya hanya tenggelam dengan bunyi cerek air yang dipanaskan Zaid. Bunyi cerek air itu dibiarkan lama berbunyi tanpa sedikit pun berganjak untuk menutuppnya. Aiman menyandar pada kerusi tempat duduknya lama. Peristiwa pagi tadi bermain dalam mindanya.”Tak boleh ke kau toleh di sekitar kau Mia?”




********************************************************************************************************8
Mia menaip beberapa perkataan kemudian menoleh melihat skrin komputernya. Tangannya laju menaip perkataan lain pula. Dari satu perkataan terhasil satu ayat. Dari satu ayat terhasil satu peranggan. Dari satu perenggan terhasil satu halaman. Begitulah kehidupan Mia saban hari. Matanya makin hari makin lebam menghadap skrin computer sedikit pun tidak dipedulikan. Jari jemarinya masih laju menaip pada keyboardnya.



Telefon bimbit jenama nokianya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Jari jemari Mia yang ligt menaip terhenti seketika. Laju telefon bimbitnya dicapai. Apabila nama abangnya tentera pada skrin telefon, laju sahaja punat merah ditekan lalu telefon diletak pada tempat asalnya. Wajahnya kembali difokus pada skrin komputernya. Telefon bimbinya berbunyi lagi. Kali ini bateri telefon itu pula dibuang. Sunyi. Walaupun sunyi taipan pada tangan Mia tidak lagi ligat seperti biasa. Hanya membatu di tempat dudukya. Bagaikan nama tersebut memberi tamparan kuat kepadanya.


Mia memandang kosong skrin komputernya. Lama sekali skrin tersebut dipandang bagaikan menonton rancangantelevisyen gamaknya. Mia beredar dari tempat duduknya lalu beredar ke dapur. Segelas air kosong dicapai lalu ditelan dengan rakus.


“Mia!!!”


Hampir sahaja mug yang dipegang erat oleh Mia itu terlucut daripada pegangangnya apabila mendengar namanya dipanggil kuat. Mia menarik nafas sedalam-dalamnya sambil memegang erat dadanya akibat terkejut. Laju kepalanya ditoleh kea rah pintu rumahnya. Terpacul wajah Syah yang tersengih mesra menampakkan baris giginya yang tersusun rapi. Persis kanak-kanak. Apabila wajah Mia mencuka memandangnya, dia menoleh ke sekitar bilik Mia. Itulah kali pertama dia melihat keadaan bilik Mia..tapi….


“Ini tempat pembuangan sampah ke?”


Langkah Mia laju menuju ke arah Syah yang mula melangkah untuk memasuki bilik Mia. Matanya melilau tanpa berkelip melihat keadaan rumah Mia yang bersepah itu. Itulah kali pertama dia melihat tempat pembuangan sampah yang diletakkan khas dalam sebuah flat dan dihuni pula oleh orang yang telah bergelar isterinya.


“Syah nak apa ni?”Mia meletakkan tangannya pada bahu Syah untuk menghalang lelaki itu dari memasuki biliknya. Apabila merasa tangan Mia berada pada bahunya, bagaikan satu kejutan elektrik yang mengalir dalam badannya. Laju sahaja tangan Mia ditepis.Bulat matanya memandang wajah Mia yang berkerut melihatnya.


“Jaga sikit batas Mia.Jangan sembarangan sentuh Syah”Bergetar suara Syah menyebut arahan tersebut yang sepatutnya disebut dalam keadaan tegas. Jelas ada getaran dalam percakapannya. Mia mengerut keningnyaseketika memandang wajah Syah yang jelas melarikan pandangan daripadanya.


“Kenapa Syah nie? Kenapa tiba-tiba datang?”Malas mempeduli perbuhan diri Syah, Mia terus pergi ke main point terus. Titik!


“Em..jumpa Syah kat cafe tempat hari tu sekarang”


Syah mula bergerak untuk meninggalkan Mia yang terpinggal-pinggal sendiriannya. Langkahnya terganggu apabila Mia menanyakan soalan kepadanya.


“Nak buat apa?”


“Nak bincang pasal perjanjian dan ingatan Syah”


“Kita bincang kat rumah Syah boleh tak?”Syah menelan air liur mendengar permintaan Mia. Sungguh, sejak akhir-akhir ini dia menjadi tidak keruan apabila berhadapan dengan Mia sejak peristiwa gadis itu menyandar dibelakangnya. Dia rasa berpeluh jadinya.Inikan pula mahu berduan dengan gadis itu di tempat di mana bunyi degupan itu kuat didengari?


“Kita bincang kat café”


Mia mengenap bibirnya geram apabila Syah tidak mengendah percakapannya. Bukannya dia yang mengatal mahu ebrdua-duaan dengan Syah, tapi kini dia lebih berani berada dengan Syah daripadamenghadapi dunia luar sana. Sekurang-kurangnya Syah adalah seseorang yang boleh dia percayai.





****************************************************************************************************


Mia membetulkan skirt labuhnya mencecah buku kakinya apabila dipandang oleh penghuni café itu sebaik sahaja dia melangkah masuk ke café tersebut. Bagaikan pandangan seekor puntianak yang ingin menerkamnya apabila setiap langkahnya diekori pada setiap penjuru. Sumpah dia takut. Itulah perkara kebiasaan yang dia dapat jika pergi ke café tersebut. Mia berpura-pura menyisir rambutnya bagaikan rambutnya menghalang pandangannya. Sudahlah Syah pernah membuat pengakuan yang melampau di café tersebut. Mana nak letak mukanya.


“Budak mana nie?”soal seorang remaja sekolah yang memakai baju sekolah. Jelas mereka sekumpulan pelajar yang ponteng sekolah di café tersebut.



“Lucu lah pakaian dia. Kat Malaysia nie ada musim sejuk ke sekarang?” Satu letusean ketawa yang membingitkan hinggap ke telinga Mia. Mia mula membetulkan scarf yang dililit pada lehernya untuk melindungi wajahnya. Matanya semakin melilau mencari kelibat Syah. Sumpah dia takut. Setiap mata di café itu ralit melihatnya. Janggal melihatnya di café elit itu. Langkah semakin laju apabila pandangannya menangkap kelibat Syah di satu sudut. Semakin laju langkahnya, semakin kuat pula bunyi ketawa remaja perempuan itu. Lucu melihat wajah Mia seperti kalut melarikan diri.


“Syah,kita bincang kat bilik awak boleh tak?”Kerana terlalu kalut, Mia melabuhkan tangannya tepat pada tangan Syah yang diletak di atas meja itu. Syah dapat rasakan kejutan elektrik mengalir, laju tangannya dialih. Bulat matanya melihat wajah Mia yang seakan merayu itu. Terkejut dengan tindakan drastic gadis itu.


“Syah pergi toilet kejap” Laju Syah berlari ke tandas untuk menyembunyikan wajahnya yang pucat itu. Mia agak terkejut apabila Syah cuba melarikan diri daripadanya. Sungguh rasa terdedah apabila Syah hilang dari sisinya. Dia benar-benar takut. Pandangannya ditoleh kea rah sekumpulan gadis yang sinis melihatnya. Kemudian beralih pula kea rah oaring di café itu yang kusyuk melihatnya. Dia menelan air liur. Kesat.


Tanpa menunggu panjang,Mia bergerak ke tandas lelaki yang hanya bertentangan dengan tempat dia berdiri. Dia menebalkan wajahnya untuk mengetuk pintu tandas lelaki itu walaupun jelas dapat dilihat oleh orang sekitar café itu. Sumpah dia takut. Dia perlukan Syah. Kenapa lelaki itu lari saat dia betul-betul perlukan lelaki itu?


“Syah! Syah, jangan tinggalkan Mia sorang-sorang kat sini”Suara Mia mula mengetar walaupun dia cuba bersikap tenang. Ketukan demi ketukan dilakukan.


Syah meraut rambutnya ke belakang. Dia kusut. Dia benar-benar takut untuk berhadapan dengan Mia sekarang.  Hatinya tidak tenang. Dahinya berpeluh.


“Mia tempah air dulu. Syah lambat lagi keluar” Mia mengenap bibir apabila Syah masih enggan keluar. Ketukan pada pintu diteruskan semakin kuat tanpa terus berhenti apabila dia mendengar rungutan daripada orang sekeliling disebabkan rungutannya. Dia dapat melihat wajah orang sekeliling yang marah melihatnya. Bagaikan dia menganggu suasana tenang mereka.


“Apahal budak tu tak reti bahasa ke?”


“Orang tengah buang air pun nak ikut”


“Lucu gila pakaian dia”


“Dia tak pernah datang ke café ke sebelum ni?”


“Hahaha…apasal wajah dia pucat semacam?”


“Agaknya,mamat tu sendiri takut tengok dia”


Mia memandang sekeliling. Peluh memercik pada dahinya. Perlahan-lahan dia bergerak ke kaunter untuk menempah minuman tepat pada tempat sekumpulan gadis remaja itu berkumpulan. Seperti yang dijangka, dia menjadi perhatian gadis-gadis remaja tersebut sehinggalah dia berhenti ke akunter untuk menempah minuman. Dia tidak boleh kelihatan lemah. Da mesti kuat untuk menghadapi sendiri!!


“coffea satu”


Perlahan sahaja bunyinya namun diterima baik oleh pelayan tersebut. Satu ketawa kedengaran apabila dia membuat tempahan minuman itu dari sekumpulan remaja perempuan tersebut. Pasti dapat menangkap getaran pada suaranya.


“Hei…makcik,fesyen apa ni?” sindir salah seorang gadis diikuti dengan ketawadari teman-temannya. Mia hanya memberanikan untuk berdiri di situ tanpa sepatahkata pun. Dia takut untuk membalas balik kata-kata gadis itu.Baik dia berdiam diri sahaja.


“Dia bisu lah kawan-kawan’satu lagi sorotan meletus sehingga membingitkan telinga Mia. Ya Allah,lambat lagi ke air nie nak siap? Entah apa yang lucu sangat dengan jenaka itu. Apabila air coffeanya tiba, pantas sahaja tangan Mia menyahutnya untukmengambilnya, tanpa sedar sikunya tertolak air tea remaja permpuan itu sehingga terkena baju sekolahnya. Habis baju sekolah berwarna putih itu luncer dengan warna air tea. Bulat mata Mia memandangnya.


“Arggggghhhhh”gadis yang rancak menyindir itu bangun dari tempat duduknya lalumelap baju sekolahnya menggunakan tisu yang diambil atas meja kaunter. Tidak kira beberapa kali baju sekolahnya dilap, warna tersebut masih ada pada baju sekolahnya. Apa lagi, api semakin membara dalam hatinya. Bahu Mia pantas ditolak sehingga coffea yang dipegang Mia pada kedua-dua belah tumpah terkena baju Mia. 


Pucat wajah Mia dibuatnya. Semakin pucat, apabila bunyi-bunyi orang sekitar yang sibuk memperlagakan mereka. Ada juga bunyi yang menyalahkannya kerana menimbulkan keriuhan. Dia menolah pula kepada pekerja kaunter tersebut yang tidak senang dengan kehadirannya. Sumpah tiada langsung wajah yang berniat ingin menolongnya. Mana Syah nie? Kaki Mia sudah bergerak kea rah tandas tempat Syahberada. Tidak sampai selangkah,bahunya dipegang lagi oleh gadis tersebut.


“Kau nak ke mana?Nak larikan diri? Berani kau cari pasal dengan aku ha?!”gadis itu menolah bahu Mia semakin kasar. Mia benar-benar tertekan. Bunyi bunyi bising terus didengar dari setiap penjuru. Perkara yang ditakuti telah berlaku. Dia benar-benar hilang kawalan. Telinganya bagaikan mahu berdarah mendengar bunyi bising itu.Tampahan pula gadis it uterus-terusan memaki hamunnya sambil menolah-nolak bahunya. Lantas sahaja telinganya ditutup untuk mengahlang bunyi bising itu. Dia paling benci bunyi bising. Sesiapa pun,tolong selamatkan dia sekarang!


Gadis itu semakin membara apabila Mia menutup telinganya. Bagaikan segala maki hamunnya diambil remeh oleh gadis itu. Api semakin membara. Laju tangannya merampas air coffea yang masih bersisa pada gelas Mia lalu dituang ke arah muka Mia.


“SURRRRRRRRRRRRRRRRPPPPPPPP”


Mia membuka matanya apabila merasakan tiada setitik pun air yang panas mencurah pada wajahnya. Dia dapat merasakan ada tubuh bidang yang menghalang pandangannya. Melindunginya daripada air panas tersebut yang berdiri tegak di hadapannya. Aril?


“Aril?”Mia membulatkan matanya. Tangan yang asyik menutup telinganya kini jatuh perlahan-lahan. Wajah Aril dilihat serius memandangnya tanpa berkelip. “Mia buat apa ni?”soal Aril dengan nada tegas. Mia hanya mendiamkan diri. Masih tidak percaya Aril telah menyelamatkan nyawanya.  Tangan Mia yang belum jatuh sepenuhnya diturunkan terus disambar oleh Aril. Pergelangan tangannya kat dipegang oleh Aril bagaikan tidak mahu dilepaskan.  Aril dengan tegasnya memusingkan tubuhnya lalu bertentangan dengan gadis-gadis remaja di hadapannya. Pucat sekumpulan remaja itu melihat wajah bengis Aril.


“Korang buat apa pada dia?”perlahan sahaja bunyi suara Aril tapi cukup tegas didengari. Mulalah remaja-remaja perempuan itu menyiku teman sekitar mereka memohon pertolongan. Mia memandang wajah Aril disisinya dan tangan yang erat dipegang oleh Aril silih berganti. Masih tidak percaya.


“Aku Tanya korang buat pada dia!!!”kali ini suara Aril mula memenuhi ruang café itu sehinggakan perkerja tersebut juga terkejut lalu menyambung tugas mereka. Syah yang terdengar tempikan itu juga terus sahaja keluar dari tandas. Terkejut melihat kelompok manusia yang seakan-akan bergaduh. Semakin terkejut apabila mendapat tahu wajah yang terlibat itu milik Mia dan Aril. Laju sahaja langkah diatur kea rah mereka. Wajah remaja-remaja perempuan itu semakin pucat. Tunduk menghadap lantai apabila disergah begitu. Aril sudah tidak tahan melihat wajah gadis perempuan dihadapannya. Harap muka sahaja cantik tapi hati busuk. Laju sahaja dia bergerak lalu mengheret sekali Mia keluar dari café itu sehingga menempuh bahu gadis perempuan yang mencurah air kepada Mia. Jelas dilihat ada air jernih mengalir pada pipi gadis tersebut.


“Hei,kenapa ni?”soal Syah lembut pada remaja perempuan yang sedang teresak-esak menangis itu lalu menghulurkan sapu tangan.Remaja itu masih teresak menangis sehinggakan tidak mampu menutur kata dengan baik. Syah mengeluh perlahan melihat remaja perempuan itu lalu menoleh kearah Aril. Dasar buaya darat!


“Mia buat apa nie?”Aril melepaskan tangan Mia kasar apabila mereka sudah beredar daripada café tersebut. Mia memandang Aril yang masih bengis melihatnya. Mengapa lelaki itu begitu marah melihat dia diperlakukan begitu? Bukankah lelaki itu juga membencinya?


“Apa yang Mia buat? Mia Cuma tahu tutup telinga je ke? Tak reti nak berlawaan ke?” Aril meraut wajahnya lalu memusing tubuhnya dari berhadapan dengan Mia. Sumapah dia tertekan melihat keadaan Mia tadi. Bagaikan kucing kelaparan yang dihalau dari meminta nasi di restoran mahal. Dahlah baju gadis itu basah kuyup. Aril mencekak pinggangnya lalu melepaskan keluhan berat. Aduii..Mia,apasal lah kau nie bodoh sangat?


Mia memandang tubuh Aril yang bertentangan dengannya. Satu senyuman terukir diwajahnya. Jelas lelaki itu bimbang akan dirinya. Sungguh dia rasa bersyukur. 


“Aril…”


“Aril, apa yang kau buat sampai budak tu menangis? Kau nie memang dasarbuaya darat. Tak cukup dengan sorang perempuan” Syah sudah keluar dengan mulut yang tidak henti-henti membebel pada Aril yang dilihat kusut itu.


“Habis kau tu dengan sorang perempuan macam nie pun tak reti nak jaga?”sindir Aril lalu jari telunjuknya dihalakan pada Mia yang hanya tenang memandang kedua-dua jejaka tersebut. Syah memandang Mia dari atas ke bawah. Rambut Mia kusut seperti ada orang yang menarik rambutnya.Skaft yang dililit pada lehernya hamper terjurai mencecah lantai. Baju yang dipakainya kelihatan tidak terurus dan mempunyai warna air kopi pada bahagian perut dan dadanya.


“Kenapa ni Mia?”Laju sahaja wajah gadis remaja yang menangis itu hilang dari ingatannya lalu bergerak kea rah Mia. Wajah Mia dan Aril dilihat silih berganti. Mia hanya menunduk manakala wajah Aril dilihat bengang melihat.


“Kau pergi mana? Apasal kau tinggal Mia sorang-sorang!”




Secawan air milo diletakkan di atas meja tempat Aril menyandar keletihan. Pasti lelaki itu agak letih melayan situasi pagi tadi. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa dia tercabar apabila melihat Mia dilayan sebegitu rupa sedangkan dia telah berazam untuk membenci gadis itu. Balik-balik,niatnya terpesong lagi. Adoi Aril, apa  nak jadi dengan kau ni?


“Kau okey tak Aril?”soal Syah apabila Aril tak berhenti-henti memicit dahinya sejak tadi. Mia hanya memandang kosong dari jauh selepas keluar dari bilik air untuk membetulkan penampilannya walaupun tidak jauh bazanya. Selepas kejadian itu, Syah akhirnya mempelawa mereka ke apartmentnya untuk menceritakan hal sebenarnya. Selepas mengetahui hal sebenar barulah Syah berhenti membebel. Wajahnya dipenuhi dengan rasa bersalah.


“Kau tinggal Mia sorang-sorang tu kenapa?”Syah menelan air liur apabila disergah begitu. Semuanya gara-gara ingin menyembunyikan imejnya yang gugup daripada Mia. Siapa sangka sikapnya membawa padah. Patutlah gadis itu beria-ria mahu berbincang di rumahnya. Gadis itu juga kelihatan agak pucat apabila tiba di café tersebut walaupun cuba disembunyikan. Kalaulah dia lawan sahaja perasaan gugup dia..pasti perkara seperti ini tak akan berlaku.


“Kau tahu budak tu jenis bisu yang kau tinggalkan dia kenapa?”soal Aril lagi tegas. Secawan air milo yang digunakan oleh Syah untuk memujuk Aril sedikit pun tidak berhasil. Jelas lelaki  itu masih marah dengan sikap lalainya.


“Aku pergi toilet sebentar…..”belum sempat Syah memberi alas an,laju sahajadipotong oleh Aril, “Kan Mia minta tolong kau keluar sampai ketuk pintu, ada kau keluar tolong dia?”potong Aril membara apabila Syah masih memberi alas an. Terkejut beruk Syah dibuatnya. Sudah berapa lama Aril memerhati kejadian tersebut?


“Aku….”Syah mula kehilangan kata-kata untuk memberi alas an. Jelas segala kata yang di keluarkan hanyalah kedengaran alasan di telinga Aril memandangkan lelaki itu mengetahui keseleruhan cerita. Apa lagi yang mampu dibuat?terpaksa lah menadah telinga mendengar bebelan Aril.


“Kau tahu Mia tu jenis yang bisu.Tak boleh berlawan. Yang kau susah sangat nak keluar kenapa? Kau suami dia kan? Budak macam tu pun kau tak boleh nak jaga? Kalau kau tak ikutkan hati kau tu,benda macam ni takkan terjadi”bebel Aril tak sudah-sudah dengan bersemangatnya. Syah hanya menunduk sambil mengaru kepalanya apabila dibebel oleh Aril. Persis seperti seorang emak sedang membebel kepada anaknya. Mia hanya mampu tersenyum dalam hati melihat peristiwa tersebut. Lambat-lambat dia mengatur langkah lalu duduk bersila di penjuru meja bersama Syah.


“Yang ni sorang apasal bisu sangat? Orang tolak bahu Mia,tolaklah balik bahu dia. Dah baik-baik beli air kopi tu kenapa tak sembur terus kepada dia? Memang Mia ingat dengan membisu dia akan lari?”tidak sudah dengan bebelan kepada Syah, kini disambung pula pada Mia sejurus gadis itu melabuhkan punggung dia hadapannya. Jari tulunjuknya dihalakan pada Mia sambil mulut rancak membebel.


“Mia tak ada otak ke ha? Benda macam nie pun tak boleh nak urus? Tak payah nak berlakon lemah sangat la! Dengan aku boleh pula kau lawan. Apasal yang lemah sangat dengan orang ramai? Kau nie….”mulut Aril masih laju membebel tanpa berhenti. Sungguh dia sebal dengan tindakan dua manusia di hhadapannya. Tiada tindakan. Balik-balik,dia pula kena bertindak.


“Aril risaukan Mia ke?”potong Mia selamba sambil matanya menatap kedalam mata Aril. Laju sahaja bebelan yang rancak itu berhenti dengan wajah yang agak tidak keruan memandang Mia. Barulah dia perasaan dengan perubahan dirinya yang tidak terkawal membebel kedua-duanya. Jelas sikap ambil beratnya terserlah tanpa diselindung. Ya Allah,apa aku buat nie?Malunya!


“Apa Mia mengarut nie? Jangan nak perasaan boleh tak? Tak ada masa Aril nak risaukan Mia”Aril memeluk lutut kirinya sambil matanya melihat ke arah lain. Itu dia,degupan jantungnya kembali berdegup kencang. Dahinya mula berpeluh. Gadis itu suka menyerangnya dengan soalan yang akan memerangkap dirinya. Cis,melampau sangat ke aku membebel? Nampak sangat ke?


Syah yang sedari menunduk,melihat wajah Mia yang ralit melihat Aril yang telah melarikan wajahnya. Perubahan wajah Aril dilihat agak berubah. Tidak pernah dia melihat ekspresi begitu apabila bersama dengan teman-teman wanitanya. Tetapi bersama Mia?


“Aril memang ekori Mia dari awalkan? Sebab tu Aril boleh tahu keseluruhan cerita?” tersentap Aril dengan penyataan jujur daripada Mia. Hoi, agak-agaklah, Syah masih dekat sini. Kau nak jatuhkan air muka aku ke? Desis hati Aril.


Mia tersenyum apabila Aril tidak menjawap soalannya. Hilang terus imej harimau kelaparan diwajahnya digantikan dengan kucing yang manja. Mia mengambil tempat di atas sofa disisi Aril perlahan-lahan. Pucat Aril dibuatnya seperti baru melihat hantu. Laju dia menjarakkan dirinya dari Mia. Matanya masih dihalakan kearah bertentangan. Berpura-pura tidak mengambil peduli dengan kehadiran Mia di sisinya.


“Aril cuma kebetulan berada di situ. Boleh tak Mia bergerak jauhsikit? Rimaslah duduk dengan Mia”ayat yang pedas tapi dituturkan dalam keadaan bergetar. Mia tersenyum.


“Terima kasih sebab tolong Mia”


“Jangan nak perasaan boleh tak……”Aril cuba memberanikan dirinya menatap wajah Mia kali ini, bagaikan ada kejutan elektrik apabila matanya menatap wajah Mia disisinya. Air liurnya ditelan apabila menatap ada sesuatu yang menarik di wajah Mia ketika itu. Sesuatu yang jarang sekali dilihat. Gadis itu tersenyum?Dengan cahya mentari dari balkoni Syah memenuhi ruang belakang Mia. Gadis itu kelihatan cantik sekali. Jantungnya semakin berdegup kencang. Tidak puas dia melihat wajah tersebut begitu juga dengan Syah. Apa..apa perempuan ni buat pada aku?



“ Kalau Aril tak ada tadi,mesti Mia dah kena air panas.Aril sanggup biarkan air panas terkena badan Aril…Mia rasa bersyukur sangat”Mia tersenyum mesra pada Aril yang tidak berkelip melihatnya.


“Terima kasih sebab menjadi hero Mia”


Aril bagaikan terjaga daripada mimpi yang panjang sesudah Mia menuturkan ayat tersebut. Bergegas sahaja dia berlalu tanpa sedikit pun meminum air milo itu. Badanya yang terasa panas disebabkan air kopi yang dicurahkan remaja perempuan itu,laju sahaja dibekukan dengan sepotong ayat ringkas daripada Mia “Terima kasih sebab menjadi hero Mia”


“Gilalah minah nie”cukup dengan sepotong ayat itu diluahkan kepada Mia,Aril terus berlalu keluar daripada rumah Syah. Pintu rumah Syah dihempas kuat kerana terlalu kalut. Tidak sedekit pun dia berpaling ke belakang melihat dua manusia sebentar tadi. Laju punat lif ditekan tanpa melihat suasan sekeliling. Matanya akhirnya jatuh kepada selipar yang dipakainya. Ya Allah,aku pakai selipar terbalik?


Aril melepaskan keluhan berat mengingati dirinya. Apa yang dia fikirkan? Kenapa dengan dia? Kenapa dia mudah sangat tergugat selepas beberapa kali azam dibuat untuk bertegas dengan Mia? Tidak akan mudah lagi goyah?


“Aku yang gila sebenarnya”
  

Syah memandang Mia yang masih ralit melihat pintu rumahnya yang tertutup rapat. Pandai pula minah nie senyum. Cantik jugak.


Lamunan Syah terhenti apabila Mia memandang kosong ke arahnya. Tidak menunjukkan apa-apa reaksi samada marah ataupun sedih. Syah melarikan pandangan lalu menghulurkan Mia secawan milo yang belum disentuh oleh Aril sebentar tadi.


“Air milo?”


Mia hanya mengeleng lembut lalu mengalihkan pandangan ke balkoni Syah. Terserlah beranda biliknya yang hanya bertentangan dengan bilik Syah. Cukup dengan bilik itu. Kini dia telah banyak bermain dengan dunia luar apabila Syah memasuki hidupnya. Taka tau tidak dia perlu menjalani hidup itu sementara waktu jika ingin kembali ke hidupnya yang dulu.


“Syah minta maaf sebab tinggalkan Mia”


Sunyi.


“Syah sepatutnya dengar cakap Mia”


Sunyi.


“Habis Mia pun sepatutnya cakap yang Mia takut dengan keadaan sekeliling Mia. Ni senyap je”


Tetap sunyi.


“Mia memang taknak cakap apa-apa ke?”


Tetap sunyi.


“Mia marahkan Syah ke sebab tinggal Mia?”


Syah mengaru kepalanya apabila Mia masih enggan bersuara. Dia mengaku gadis itu dilayan begitu berpunca daripada dia yang terlalu mengikut perasaa. Sumpah dia rasa bersalah.Pandangan jatuh kepada baju Mia yang masih bersisa air kopi.


“Mia….”suara Syah merengek perlahan lalu mencuit lengan Mia yang berlapik dengan jari telunjuknya.Mia mula bergerak agak jauh dari tempah Syah melabuhkan punggungnya. Rasa rimas apabila Syah masih cuba mendekati dirinya. Tadi bukan main mahu melarikan diri.


“Mia..Syah minta maaf”Syah mencuit bahu Mia sekali lagi. Dia menempuh pula bahu Mia dengan bahunya berterusan sehingga membuat Mia rimas. Akhirnya dia memalingkan wajahnya kepada Syah secara drastiksehingga lelaki itu sendiri terkejut lalu menjarakkan kepalanya dari kepala Mia.


“Syah minta-maaf. Syah janji lepas ni Syah takkan tinggalkan Mia lagi” Syah membuat janji sambil menunduk kepalanya malu. Malu apabila Mia memandangnya tidak berhenti.


“Syah, kenapa Syah nampak gugup sejak akhir-akhir ni?”kali ini Mia melemparkan soalan tanpa mempedulikan janji yang dibuat oleh Syah. Syah hanya membuat muka selamba sambil mengangkat keningnya tanda tanya. Cool..mesti cool..


“Syah suka kat Mia ke?” Okey kali memang tak boleh nak cool. Memang soalan direct yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.


“Ha? Apa yang Mia mengarut nie?” Syah mula mengelabah apabila diserang soalan begitu. Dia sendiri tidak pernah terfikir jawapan itu untuk peluh yang dialami selama ini. Gugup yang dialami.


“Jangan terfikir pun nak buat macam tu”


Tenang tetapi agak tegas bunyinya. Syah tidak melayan amaran Mia memandangkan dia sendiri sibuk untuk menyembunyikan perasaan sekaligus menidakkan penyataan Mia itu sebagai salah satu jawapan kegugupannya. Suka kat minah nie? Memang taklah..hahaha


“Memang takkan terfikir la! Hahaha….”Syah ketawa geli hati dengan penyataan Mia. Lupa terus rasa bersalahnya sebentar tadi. Mia hanya memandang kosng melihat Syah yang ketawa. Apa yang lucu sangat? Aku bagi amaran,dia boleh ketawa pulak?


Mia kembali termenung apabila Syah terus-terusan menyambung ketawanya. Mia memandang bajunya yang masih bersisa air kopi. Lambat-lambat dia bangun dari pembaringannya dan bergerak perlahan-lahan ke arah pintu. Syah yang pada awalnya sibuk ketawa akhirnya terdiam melihat Mia yang tiba-tiba berlalu pergi.


“Mia nak balik tukar baju sekejap”ujar Mia ringkas sambil memulas tombol pintu bilik Syah tanpa berbaling kea rah Syah.


“Mia boleh guna baju Syah dulu. Lagipun kita masih belum berbincang pasal nak kembalikan ingatan Syah nie”cadang Syah selamba sambil bergerak mengekori Mia yang sedang memulas tombol pintunya. Mia yang mendengar cadangan itu endah tak endahsahaja. Dia lagi sanggup berjalan balik ke flatnya kemudian datang kembali ke apartment Syah daripada meminjam baju lelaki itu.


“Mia nak balik nanti Mia datang balik”


“Sure nie, tanpa sedikit pun rasa menyesal? Mia boleh guna bilik air Syah nak tukar pakaian”


Mia mengetap bibirnya. Tombol pintu yang sepruh dipulas terhenti apabila Syah masih menduga keinginannya. Lelaki ini memang suka bercakap. Memang tak pernah penat.


“Em….”


“Bilik air Syah ada pemanas air. Kalau Mia nak mandi Syah boleh sediakan air panas sekarang….”


“Em…..”


“Selepas Mia siap mandi,Syah buat air. Mia nak air sejuk ke panas? Mesti air sejuk kan memandangkan Mia baru berendam dalam air panas….”


“Mia nak balik bilik Mia!”kali ini Mia memberi penerangan lebih terperinci apabila Syah masih berterus-terusan meneruskan hajatnya. Mia memandang wajah Syah yang agak terkejut. Jelas lelaki itu agak malu kerana tersalah sangka. Dahlah sibuk memberi cadangan walaupun dah sah-sah dia ditolak mentah. Mia mula mempamerkan wajah bosan lalu memulas tombol pintu yang telah lama dipegang itu. Syah yang pada awalnya agak malu, akhirnya tersenyum riang melambai kea rah Mia yang telah keluar itu. Mia hanya memandang kosong tanpa menyahut lambaian Syah lalu pintu bilik Syah ditutup rapat. Mia terus berjalan laju menuju ke lif tanpa beralih sedikit pun kea rah belakang.


Punat lif ditekan oleh Mia sambil tersenyum.


“Akhirnya sunyi….”


“Apa yang sunyi?”belum sempat pintu lif ditutup,Syah telah menyekat lalu memasuki lif bersama-sama dengan Mia sambil tersenyum riang. Terkejut beruk Mia dibuatnya apabila mendapati Syah ada di situ.


“Apa Syah buat kat sini ni?”soal Mia agak geram apabila alih-alih wajah itu juga terpacul di dalam lif. Hampir gila dia dibuatnya apabila wajah Syah terus mengekori bayangnya. Tertekan pun ada. Lelaki itu masih taksedar ke yang aku rimas dengan dia ni?


“Syah nak teman Mia. Takut-takut ada orang jahat yang terkam Mia nanti”jawab Syah sambil tersenyum riang lalu menyandar pada dinding lif berhampiran dengan Mia. Makin rimas Mia dibuatnya.


“Mia boleh jalan sendiri”


“Alah Mia bolehlah. Lagipun tadi Syah tinggalkan Mia. Kan Syah dah janji tak akan tinggalkan Mia”Manja sekali  suara Syah lalu melentok pada bahu Mia persis seperti anak kecil. Laju sahaja kepala itu ditolakoleh Mia dengan menggunakan jari telunjuknya. Dah lah berat,boleh mula dia lentok-lentok.


“Mia akan ikut jalan sunyi.Tak adalah ramai orang sangat nanti….”belum habis Mia menyudahkan kata-katanya untuk memberi alas an, Syah terlebih dahulu memotongnya.


“Jalan sunyi. Itu lebih bahaya! Takpa, Syah ada. Syah akan teman Mia selamanya. Tak ada apa yang boleh kacau Mia. Jangan risau”Mia mula membuat muka menyampah. Mamat nie memang bodoh ataupun pura-pura bodoh. Perkataan selamanya sudah cukup membuatnya naik bulu roma. Tidak!


“Mia dah terbiasa………..”


“Jangan risau. Kita kan kawan baik. Syah tak rasa tertekan pun buat semua ni. Mia jangan risaukan Syah sangat”potong Syah sambil tersenyum ke arah Mia. Mia mula mengalihkan wajahnya. Sudah berserah untuk memberi alasan. Dia tahu ayatnya akan dipotong oleh Syah lagi. Pintu lif mula terbuka,Syah cepat-cepat menyandar pada pintu lif untuk mengelaknya daripada tertutup lalu memandang wajah Mia yang agak hairan melihat perilakunya.



“Cepat Mia keluar sebelum pintu nie tertutup. Jangan risau, Syah akan jaga Mia”ujar Syah yakin sehingga Mia dilihat mengetap bibirnya. Takperlukan kau buat macam tu. Bukan ramai pun orang dalam lif nie,kita dua orang je. Janganlah over sangat! Desis hati Mia. Ya Allah,malunya aku…Mia cepat-cepat keluar sebelum ada yang melihatnya. Dahlah ini apartment berkelas tinggi. Ini pula Syah buat perangai pulak. Aku tak kenal mamat nie…aku tak kenal..Mia terus terusan mengingatinya sambil berjalan laju meninggalkan Syah yang terpingga-pingga mengejarnya.


“Mamat nie memang over”Mia berjalan cepat tanpa menoleh belakang. Sebolehnya dia mahu mengelak dari berjalan beriringan dengan Syah. Namun,secepat manapun dia berjalan, Syah akhirnya Berjaya mengejarnya dari belakang dengan senyuman riang.


“Wow,makcik nak jadi atlet ke?”Syha membuat jenaka sambil memandang Mia yang hanya mendiam diri. Jelas menampakkan wajah tidak senang dengan kehadirannya. Namun dia tidak mengambil kisah,baginya janjinya sebentar tadi mesti ditunaikan.


“Biarlah..kaki Mia bukan kaki Syah”


“Wow….makcik pun ada mulut yang cantik”Syah masih berterus-terusan bercakap tanpa mempedulikan sindiran peda yang dilemparkan padanya. Mia makin naik rimas. Apasallah perjalannan dirasakan begitu lama apabila berada dengan mamat nie? Selalunya sekejap sahaja memandangkan bangunan mereka hanya bersebelahan.


“Eh…makcik hati-hati!”tempik Syah tiba-tiba sehingga menyebabkan langkah Mia terhenti. Mia mengurut dadanya perlahan-lahan akibat terkejut. Laju kepalanya ditoleh ke depan,kiri,kanan,dan belakang. Ada apa? Remaja-remaja perempuan tu ada lagi ke?


“Kenapa? Ada apa?”soal Mia agak kalut melihat keadaan sekitarnya. Syah hanyatersengih sambil menunjukkan ke arah bawah tempat Mia berdiri. Apalagi,ralit Mia dibuatnya melihat kea rah bawah. Manalahtahu ada paku kea pa.


“Semut. Takut ter’accident’pulak makcik terlanggar dengan semut nie”jawab Syah sambil tersengih ala kerang busuk. Mia memegang kepalanya. Rasanya bagaikan tertipu dengan helah yang dimainkan oleh Syah. Ya Allah lambat lagi ke nak sampai?!!


Mia mengeluarkan kunci rumahnya yang disimpan kemas dalam kocet seluarnya. Sya yang disisinya hanya memandang penuh minat apabila kunci bilik itu dikeluarkan oleh Mia. Keychain berbentuk panda digantung bersama-sama kunci bilik Mia. Belum sempat Mia ingin menggunakan kuncinya,pantas sahaja kunci tersebut dirampas oleh Syah. Bulat mata Mia memandang kea rah Syah yang ralit memerhati panda miliknya.


“Comelnya….”puji Syah sambil mengoncang keychain tersebut di hadapan Mia. Mia agak geram kerana merasa Syah sengaja mempermainkannya. Dahlah dalam perjalannan tadi bukan senang dia mahu menahan sabar dengan perangai Syah. Dahlah banyak mulut. Sabar jelah…


“Mia nak bukak pintu sekaranglah. Boleh tak jangan buat perangai macam budak-budak. Syah sendiri cakap nak bincang sesuatu. Syah boleh tak jangan lengah-lengahkan masa sekarang?”


“Syah nak tengok. Comellah. Lembut je bulu dia. Mia memang minat panda eh?”


“Bagi baliklah”Mia cuba merampas kunci tersebut dari tangan Syah namun Syah lebih dahulu melarikannya.


“Biar Syah bukak. Mesti tangan Mia sakit terkena air panas tadi kan?” Syah sudah berkira-kira mahu membuka pintu bilik Mia namun Mia sudah terlebih dahulu merampasnya walaupun hanya mampu memagang separuh daripada bahagian kunci itu. Manakala bahagian keychain itu,dipegang erat oleh Syah.


“Mia nak bukak sendiri. Syah duduk jauh-jauh boleh tak? Nie kunci bilik Mia!”



“Alaa..kan Syah dah janji nak jaga Mia. Biar Syahlah buat”




“Mia takperlukan janji tu”Keychain itu masih ditarik erat oleh kedua-dua pihak tanpa ada seorang pun ingin mengalah.



“Syah nak buat. Syah janji Syah tak akan masuk. Bagilah Syah buat”rengek Syah persis budak kecil sehingga merimaskan Mia. “Syah!!”sergah Mia apabila Syah masih berdegil ingin membukanya. Disebabkan terlalu lama menariknya,Syah melepaskan kunci tersebut, pada masa yang sama juga,tangan Mia yang agak berpeluh meyebabkan kunci itu terlepas dari gengagamnya memandangkan permukaan kunci itu juga licin. Akhirnya kunci itu jatuh pada penjuru kaki Syah.



Mia memandang geram wajah Syah sebelum dia tunduk untuk mengambilnya. Syah yang serba salah melihat Mia yang ingin mengutip kunci itu bergerak untuk mencarinya sekali walaupun masih tidak sedar keberadaan kunci itu yang hanya berhampiran dengan kakinya.


“Biar Syah tolong cari jugak….”Syah sudah bergerak mencarinya lalu menolak kunci yang ada di penjuru kakinya. Baru seinci tangan Mia ingin mengambilnya. “Syah jangan bergerak!”


Kunci itu akhirnya telah disepak oleh Syah sehingga memasuki di bawah pintu Mia terus ke dalam bilik Mia. Ternganga Mia dibuatnya. Kaku bagaikan ais. Akhirnya dia terduduk di atas lantai hadapan biliknya mengenagkan kunci biliknya yang telah tertolak masuk ke dalam rumahnya. Aku nak buat apa sekarang? Aku nak tidur kat mana? Aku nak buat apa sekarang?!!!!


“Kenapa Mia?”Syah mula duduk berhadapan dengan dengan Mia apabila gadis itu tiba-tiba membisu seribu bahasa. Dia melihat wajah Mia dan pintu itu silih berganti. “Kita taknak bukak pint utu ke?”soal Syah yang masih belum mengetahui keadaan sebenar pada Mia yang sudah mengeletar menahan marah.


“Syah memang suka menyusahkan Mia. Tak habis dengan satu,satu lagi datang. Apasallah Syah suka sangat menyusahkan Mia?”soal Mia geram sambil tangannya sudah menarik rambut Syah yang hanya duduk berhadapannya. Dia sudah tidak peduli,sabar-tak sabar,dia dah tahan dari pagi tadi. Syah memang mencabar kesabarannya. Pertama meninggalkannya seorang diri di café. Lepas over pulak mahu melindunginya. Kemudian menyebabkan dia tidak dapat memasuki rumah sendiri. Apasallah nasibnya malang setiap kali bersama lelaki itu? Kenapa?


“Argghh..Mia bawa bersabar,kenapa nie?”Syah mula tergagap-gagap apabila rambutnya ditarik ke kiri dan kanan oleh Mia. Sungguh dia tidak tahu apa-apa.


“Kenapa Syah hadir dalam hidup Mia!!”










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...