Tuesday, 11 March 2014

Personaliti Member Running Man, Awesome!

Kehebatan Running Man
Running Man adalah rancangan variety show yang terkenal daripada Korea. Rancangan ini berjaya mengumpul pelbagai peminat daripada pelbagai negara daripada seasons pertama lagi yang hanya memaparkan 23 episode. Walaupun bersiaran pada pukul 11malam  atau 1 pagi,ramai yang sanggup menunggu di depan televisyen untuk menonton rancangan ini. Malah ada juga yang sanggup men’downlod’ cerita ini walaupun telah mencecah hampir 200 episode. Siapa sangka,pihak producer mampu menerbitkan variety show sebegini? Running Man boleh dikatakan sebagai satu fenomena jangka panjang.


Kehebatan Running Man.

  • Sikap setiap member:

  1.  Jae Suk [Grasshopper]
Ramai yang meminati dirinya kerana dia seorang yang baik hati dan peramah. Selain itu juga, dia tidak malu untuk membuat penonton ketawa dengan riak wajah yang hodoh dan kelakar. 
Dia boleh dikatakan ayah atau abang dalam family Running Man. Tidak mengambil kira dengan penampilannya dan dikenali sebagai grasshopper kerana personaliti dirinya. Dia juga dikenali sebagai dance machine kerana 'kebolehannya mencipta tarian di luar jangkaan'.







2.Lee Kwang Soo [Giraffe]
Ramai yang menyukai sikapnya kerana riak wajahnya yang senang dikesan setiap kali marah,sedih,blur,malu dan lain-lain lagi.
 [Malu]



 [Terkejut]




 [Over confident]



 [Kekok]





 Riak wajahnya yang ketara sering dipersendakan oleh membernya. Walaupun begitu, dia juga dikenali sebagai ahli yang paling kuat membelot dan keinginan untuk menjadi 'main star'dalam rancangan tersebut. Dia sering membuat riak wajah serius semasa menari untuk mendalami lagi wataknya.
                                                       
[Terlalu obses dengan watak dimainkan]




3.Kim Jong Kook [Tiger]
Merupakan member yang mudah naik angin dan menjadi target yang paling dikehendaki kerana memiliki fizikal tubuh badan yang sasa dan paling kuat. Dia juga satu-satunya member yang mempunyai wajah yang kacak dan sering dikaitkan dengan tetamu perempuan yang hadir.
Dia sangat ditakuti oleh membernya dan seorang yang panas baran. Kebanyakan membernya pasti akan tunduk dengan kemahuannya. 



Namun dia agak lemah apabila berhadapan dengan tetamu wanita dan tidak berani untuk bertentang mata. Pipinya akan serta-merta merah apabila mendengar nama yoon eun hye disebut atau dikaitkan dengan tetamu perempuan. Daripada singa yang kelaparan, dia menjadi seekor kucing yang manja.






4.Suk Jin [Impala]
Merupakan target yang paling senang dan ahli yang paling lemah. Dia sering dibuli oleh membernya kerana popularitinya. Namun wajahnya yang mempamerkan wajah kasihan setiap kali dikeluarkan menyebabkan gelakan antara membernya.







 Disebabkan agak lemah, dia sering berpakat dengan member lain untuk membantunya, kemudian akan mengkhianati membernya sendiri di akhir permainannya. Dia juga sanggup untuk menyingkirkan teamnya sendiri kerana terlalu obses menjadi main star.
                                     

                                      
                                                                 [Obses Main Star]




5.Haha [Penguin]
Salah satu daripada pengkhianat dalam kumpulan mereka. Dia juga sering mengusik tetamu wanita sehingga digelar playboy. Dia juga sangat menyukai kartun 'Pororo' yang disiarkan di kaca TV Korean. 


Dia seorang yang penakut dan sering menaikan darah Kim Jong Kook. Dia juga sering membuat riak wajah yang lucu dan 
 [Takut]



[Over Acting]



Dia sering berpakat dengan Lee Kwang Soo dan Suk Jin untuk menjayakan misi khianatnya. Gabungan mereka bertiga dikenali sebagai Betrayal Club, walaupun akhirnya mereka pasti akan mengkianati antara satu sama lain untuk memenangi gold yang ditawarkan. Selalunya gabungan mereka bertiga menemui jalan buntut apabila kepercayaan antara mereka mula pudar tidak sampai seminit.






6.Kang Gary [Monkey]
Seorang lelaki yang ketagihan cinta dengan membernya iaitu Song Ji Hyo. Dia sering mendekati Song Ji Hyo dan memberi ayat-ayat cinta seperti seorang yang terdesak mahukan kasih sayang.
 Dia juga sentiasa confident dengan apa sahaja yang dipakainya seperti topeng monkey, rambut palsu, pakaian perempuan tanpa rasa malu. Walaupun digelak, dia pasti melangkah dengan confidentnya. Dia juga seorang boxer walaupun dilihat biasa-biasa sahaja. Pasti dia akan mengkaitkan romance dalam setiap bicaranya semasa bersama Song Ji Hyo.
[I'm confident!]


[Hot Dance]





7. Song Ji Hyo [Cat]
Meraih ramai populariti kerana kedudukannya sebagai satu-satunya member wanita. Meskipun begitu, dia seorang lawan yang kuat dan agak agresif. 

Dia juga dikatakan bercinta dengan Gary. Walaupun seorang pelakon yang cantik, dia sentiasa dalam keadaan blur atau blank apabila ditanya soalan yang berkaitan dengan minda. Riak wajahnya sering mencuit hati penonton.
 [Blur]




[cute]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...