Sunday, 10 May 2015

Are You Afraid Of Love:Episode 10



[10]
 Please Stop Beating,Heart!
Mia memandang wajah Syah yang ralit menekan sesuatu pada kekunci laptopnya. Punat ‘enter’ ditekan agak kuat menandakan Syah telah menyiapkan tugasan menaipnya dan menunggu untuk disimpan. Setelah itu dia memusingkkan laptopnya untuk ditunjukkan kepada Mia yang bersila di hdapannya sambil mendongakkan dagunya.


“Dah siap tambah syarat, ubah personaliti Mia”ujar Syah bangga setelah diperhatikan oleh Mia. Tidak sampai 10 saat dokumen itu diperhatikan oleh Mia, Syah bertindak memusingkan hasil kerja mereka dahulu, iaitu kontrak perkahwinan mereka untuk disimpan ke dalam folder yang agak tersembunyi.


“Mia tak baca habis lagilah” Mia agak tidak berpuas hati apabila Syah tidak memberinya lihat dengan lebih teliti. Takut ada perkara yang tersembunyi dalam kontrak tersebut.


“Tak payah, lagipun Mia Cuma perlu percayakan. Percaya kalau perubahan ini juga akan membawa impak yang baik itu Mia”nasihat Syah bangga memandangkan dia telah dilantik sebagai mentor untuk mengajar Mia. Bagaikan pangkatnya telah naik setapak di mata Mia.


Mia hanya terdiam. Benaknya kini tiba-tiba gusar dengan apa yang dia lakukan. Dia kini cuba terjun ke dalam dunia Sya yang selama ini dia cuba hindari. Adakah dia melakukan perkara yang benar? Bagaimana kalau akhirnya semua itu sia-sia?


Syah tersenyum apabila melihat wajah Mia yang seperti memikirkan sesuatu. Perlahan-lahan tangannya diletakkan di atas kepala Mia lalu diusap perlahan-lahan seperti anak kecil. Mia memandang wajah Syah yang tersenyum ceria kepadanya. Bagaikan cuba memberi keyakinan kepada dirinya.


“Mia percaya je apa yang Syah suruh, tak rugilah. Mia lupa ke yang suami Mia nie juruanimasi yang terkenal”


Mia hanya terdiam. Walaupun berbau gurauan, kata-kata itu kedengaran janji untuk jaminan masa depannya oleh Syah. Syah memang tidak pandai dalam mempamerkan perasaannya, tetapi gurauan itu disambut dengan senyuman mesra oleh Mia. Syah adalah lelaki pertama yang dipercayainya dalam hidupnya selain keluarganya. Walaupun Syah jarang mengambil serius, dia benar-benar mempercayai lelaki itu.


Mia menutup laptop Syah tiba-tiba yang terbuka di hadapannya lalu mendekatkan wajahnya kepada wajah Syah. Dokumen yang belum sempat ditutup, mujurlah Syah telah mengambil tindakan untuk menyimpannya. Jika tidak habis semuanya akan hilang. Kontrak perkahwinan mereka. Wajah Syah yang ceria dengan senyuman, mati senyumannya tiba-tiba apabila Mia bersikap demikian. Mata milik Mia memandang lama ke dalam matanya. Syah menelan air liur, namun wajah Mia masih kelihatan tenang, Mia cuba mencari keikhlasan di sebalik wajah itu.



“Mia.....”Syah tergagap, sebolehnya dia mahu melarikan wajahnya dari wajah Mia. Namun badannya cukup kaku untuk melarikan wajahnya ataupun wajah Mia dari wajahnya.


“Syah, tau tak yang Mia percayakan Syah sekarang?”


Sepotong ayat ringkas daripada Mia membuat jantung Syah berdegup kencang. Terasa sesak tiba-tiba jantungnya. Syah cuba mengawal reaksi wajahnya dengan ketawa yang dibut-buat sambil mengalihkan wajahnya ke arah lain.


“Hahahaha..apa Mia mengarut nie...”belum sempat Syah mengangkat punggungnya untuk lari dari keadaan itu, Mia terlebih dahulu memegang bahunya menyebbakan wajah merka menghadap kembali. Wajah serius Mia terus memandangnya tetapi cukup tenang berbanding dirinya.


“Mia tak main-main nie Syah”ujar Mia serius. Syah tahu Mia serius dan mahukan dia juga memberi reaksi yang sama, namun dia tidak mampu memberi jawapan itu kepada Mia sekarang. Jantungnya bagaikan mahu terkeluar apabila wajahnya begitu hampir dengan wajah Mia. Dia tidak tahu apa maksud semua itu, perasaan yang lebih teruja berbandning bermain permainan games, menonton animasi, makan makanna ringan. Maksudnya?


“Woi Syah, apasal kau tak kunci pintu” Aril yang tiba-tiba muncul terkedu apabila melihat dua manusia yang begitu rapaat kedudukan mereka. Hilang terus bebelannya terhadap Syah. Semakin terkedu apabila menatapi pemilik wajah yang tenang memandnagnya adalah Mia. Kenapa mereka boleh berkeadaan begitu?


“Aril, kena....”belum sempat Mia bersuara dengan wajah tenangnya, Syah terlebih dahulu menolak kepala Mia dengan tangannya bagi menjauhkan wajahnya dengan wajah Mia sebelum mendapati Aril dengan keadaan tergesa-gesa.


“Nie cuma salah faham. Kitorang tak buat apa-apa” luah Syah tiba-tiba dengan bersungguhnya kepada Aril bagaikan mereka ditangkap membuat maksiat. Penjelasan Syah tidak dapat meredakan api cemburunya yang kuat mendadak melihat keadaan mereka pada ketika itu. Semakin menyakitkan hati apabila Mia hanya bersahaja bersila di hadapannya tanpa menerangkan situasi tersebut.


Mata Aril jatuh kepada kain telekung wanita yang tersidai di bahu sofa Syah. Semakin merintih hatinya membayangkan kemungkinan yang terjadi antara Mia dan Syah. Tangannya digenggam kemas, cuba mencari kesabaran. Wajah Syah yang kalut dihadapannya dipandang serius.


“Mia tidur kat sini ke?”soal Aril geram namun cuba dikawal sambil jari telunjuknya ditunjukkan tepat pada telekung milik Mia. Syah mengeleng laju dengan keadaan kalut. Cuba menidakkan apa yang difikirkan oleh Aril. Takut rahsia perkahwinan mereka dihidu oleh Aril walaupun Aril telah mengetahuinya tapi lelaki itu masih tiada bukti tentang itu.


“Bukan macam tu, Mia tak ti...”belum sempat Syah menerangkan keadaan sebenar Mia terlebih dahulu memintas. “Apa salahnya Mia tidur sini? Memang sah-sah Mia isteri Syah walaupun kami kahwin atas sebab zina, apa yang peliknya?”Mia mempersoalkan soalan Aril yang kedengaran tidak logik padanya. Baginya dia tidak perlu takut, memandangkan Aril juga tidak mungkin membongkarkan rahsianya kerana kebaikkan adiknya sendiri. Tidak perlulah Syah bersusah payah menyembunyikan daripada pengetahuan Aril.



“Eishh, apa Mia mengarut nie?” Syah agak terkejut dengan jawapan jujur milik Mia memandangkan mereka sama-sama berjanji untuk menyembunyikan rahsia perkahwinan mereka. Kenapa gadis itu begitu mudah memberitahu Aril. Apa jaminannya?


“Rasanya Aril pun tahu perkahwinan mereka berdasarkan tuduhan zina. Tapi perkahwinan tetap perkahwinan. Mia isteri Syah yang sah. Hubungan itu mengwajarkan Mia untuk tinggal bersama—sama dengan Syah. Kalau Aril nak beritahu keluarga Aril tentang hal nie, beritahulah. Mia tak takut”ujar Mia perlahan sambil mendekati Aril yang masih kaku berdiri mendengar penjelasannya. Mia harap dengan itu mampu menutup mulut Aril memikirkan betapa sakitnya hati adiknya mengetahui hakikat itu.


Aril terdiam. Orang pertama yang difikirkan pada ketika itu bukan lagi adiknya tetapi diirnya sendirinya. Betapa sakitnya hatinya menerima hakikat itu yang dikeluarkan secara tenang pula oleh wanita yang menyebabkan tidurnya tak lena. Susah untuk menerima Mia dan Syah sedang melalui hubungan suami isteri yang sama sama seperti agenda yang disaksikan semalam.


“Jadi Mia dan Syah sekarang betul-betul menjalani hubungan suami isteri?” Aril membaranikan dirinya untuk menanyakan soalan tersebut walaupun bagaikan mahu gugur jantungnya untuk menuturkan soalan keramat itu. Soalan yang menjerat dirinya ke lembah kesedihan. Syah masih berdegil menidakkannya, takut rahsia mereka terbongkar. Lengan Aril dipegang,merayu lelaki itu tidak mempercayai kata-kata Mia. Aril laju menepisnya tanpa memandang Syah. Matanya masih tidak beralih pada wajah Mia yang tenang di hadapannya.


“Aril tanya Mia nie, betul ke?”ada getaran pada suara Aril. Tidak sanggup mendengar penyataan seterusnya dari Mia. Mia dapat mengesan getaran itu, namun dia hanya menyangka itu semua terjadi kerana Aril memikirkan adiknya. Mia menunduk wajahnya seketika mencari kekuatan. Satu anggukan dilepaskan lalu memandnag wajah Aril. Jelas wajah Aril terkedu memandangnya begitu juga dengan Syah. Aku dengan dia? Hubungan suami isteri? Desisi hati Syah tidak percaya dengan pengakuan Mia.


“Ya” sepotong ayat ringkas daripada Mia cukup membuat dunia Aril gelap tiba-tiba. Wajah Mia yang tetap tenang menuturkan ayat tersebut semakin menyakitkan hatinya. Tidaklah wanita itu sepatutnya menenagkan hatinya? Dia tidak kisah jika gadis itu menipu sekalipun asalkan perkataan tidak keluar dari mulut gadis itu. Segala perasaannya yang dirasakan kepada Mia sebelum ini, segala debaran jantung yang dialami, senyuman gadis itu mati tiba-tiba. Terkedu dirinya tanpa sebarang soalan.


Syah tidak menunggu panjang. Pergelangan tangan Mia ditarik lalu mengheret gadis itu menuju ke biliknya meninggalkan Aril yang masih terkedu dalam dunianya. Mia agak terkejut apabila dirinya ditarik tiba-tiba ke dalam bilik Syah meninggalkan Aril sendiriannya. Syah melepaskan pergelangan tangan Mia lalu mengunci biliknya sebelum menatap wajah Mia yang masih tenang itu. Tidak takutkah wanita itu jika perkahwinan mereka terbongkar? Bukankah wanita itu juga bersungguh mahu merahsiakannya? Mengapa wanita itu berbuat demikian? Tersalah makan ubat ke?


“Apa Mia fikirkan? Macam mana kalau Aril bongkarkan pasal perkahwinan kita?”soal Syah tidak berpuas hatin dengan tindakan Mia yang bertentangan dengan perjanjian mereka sebelum tiu. Dahlah gadis itu membuat keputusan tanpa berbincang dengannya dahulu. Aril bukanlah seorang yang boleh dimain-mainkan. Sekali lelaki itu kata A, maka A lah jawabnya. Tidakkah Mia takut jika rahsia mereka terbongkar. Kelakuan Mia bagaikan mahu mencabar Aril.


“Mia tahu apa yang Mia lakukan. Syah cuma perlu ikut rentak Mia sahaja” Mai cuba menyakinkan Syah tetapi dia sedaya upaya dia mahu Syah mengetahui alasan di seblik tindakannya. Dia tiadk boleh memberitahu bahawa cinta Arisyah kepada Syah sebagai jaminannya. Nanti apa pula Syah fikir?


“ ikut je renak Mia? Mia tahu tak apa yang Mia buat nie boleh mencabar Aril. Kalau Mia tiada jaminan semua ini selamat, jangan buat ikut kemahuan Mia. Fikirlah sikit guna akal”luah Syah tidak berpuas hati. Baginya Mia mengambil mudah dengan Aril. Dia kenal sepupunya itu, siapa Mia yang baru mengenali sepupunya itu beberapa hari untuk memberi jaminan bahawa perkahwinan mereka selamat?


“Mia sanggup beri jaminan untuk Syah. Mia tak boleh beritahu sebabnya sekarang. Tapi percayalah yang Aril tidak akan membongkarkan rahsia kita” Mia masih cuba menyakinkan  Syah namun keyakinan yang diberikan hanya membuat Syah mengaru kepalanya. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Syah. Mia mengetap bibirnya apabila Syah mula berjalan mundar mandir memikirkan jaminannya. Dia tahu lelaki itu masih tidak percaya akannya.



Mia bergerak menahan pergerakan Syah yang mundar mandir di hadapannya, tangan Syah diambil lalu digengam erat menyebabkan segala tindak tanduk Syah terhenti. Pucat wajah Syah memandang wajah Mia di hadapannya.


“Percayalah apa yang Mia buat nie, seperti mana Mia percayakan Syah untuk ubah Mia,macam tu jugalah Syah kena percayakan tindakan Mia sekarang”luah Mia berhati-hati sambil merenung ke dasar mata Syah, cuba membuktikan bahawa dia serius. Syah mengeluh perlahan. Lambat-lambat dia menagngguk mempersetujui tindakan Mia memandangkan segala tindakan Mia sebentar tadi terhadap Aril juga telah terlambat untuk dibetulkan. Mahu tidak mahu, dia perlu mengikuti langkah Mia.



Aril melepaskan ketawa kecil bagaikan cuba mempersendakan dirinya. Betapa bodohnya dia selama dia jatuh ke dunia ciptaannya. Hanyut dengan perasaan sendiri memikirkan Mia tanpa menyedari satu perkara penting. Mia ialah isteri Syah, sepupunya!Aril bergerak ke telukung wanita milik Mia. Bagaikan mahu gugur jantungnyamemikirkan telekung itulah yang digunakan oleh Mia untuk menunaikan solat jemaah bersama-sama dengan Syah. Bagaimana gadis itu mencium tangan Syah penuh syahdu sesudah solat.


Aril bergerak pula ke bilik air untuk mencuci wajahnya. Cuba menyedarkannya ke alam nyata. Cuba menerima hakikat bahawa Mia merupakan isteri Syah yang sah. Untuk kali kedua, Aril dikejutkan pula dengan alatan mandian milik wanita yang tersusun rapi di dalam bilik air mengukuhkan lagi bahawa mereka memang tinggal bersama. Aril dapat merasakan seluruh tubuhnya longlai. Tidak dapat menerima hakikat di depan mata.


Aril kembali menuju ke sofa. Entah mengapa, kebenciannya kepada Syah tiba-tiba membuak-buak. Marah kepada dirinya sendiri kerana berperasaan begitu. Kenapa aku perlu fikirkan perasaan aku? Kenapa aku tidak fikirkan perasaan aku terlebih dahulu? Kenapa wajah Mia terus berada di ruang wajah aku? Desis hati Aril. Segala yang dialami bersama Mia, bagaimana jantungnya berdegu kencang, hatinya resah, tidurnya tidak lena, hatinya perit menerima kenyataan bahawa Mia isteri Syah telah cukup menjawab soalan ‘ Apa kena dengan aku?’ yang selama ini bermain dalam benaknya.


“Kenapa aku boleh jatuh cinta kat dia?!” Aril menghentak meja kaca di ruang tamu milik Syah. Fikirannya serabut,pernyataannya Mia sebentar tadi terus-terusan bermain dalam benaknya. Pandangan Syah terjatuh kepada laptop di hadapan meja Syah itu. Laptop yang menemani Syah dan Mia sebelum dia masuk tiba-tiba itu. Entah kenapa hatinya tertarik untuk membuka laptop tersebut.


Aril menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba mengawal dirinya. Laptop itu cuba dibuka perlahan-lahan. Tangannya laju mengerakkan mouse untuk mengklick icon user. Siapa sangka ianya boleh dibuka dengan mudah tanpa memerlukan kata laluan. Satu dokumen terpapar di hadapannya sesudah dia berjaya memasuki user milik Syah. Keningnya sedikit terangkat apabila membaca ada nama Mia dan Syah tentera di dalam dokumen itu. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Mousenya digerakkan untuk scroll dokumen itu ke atas. Terbeliak biji matanya membaca tajuk dokumen tersebut.


“Kontrak perkahwinan?”


Syah keluar dari bilik itu sambil meraup wajahnya. Mia masih berada dalam biliknya untuk menenagkan diri berhadapan dengan Mia. Mereka perlu berani berlakon tanpa sedikit pun ragu-ragu di hadapan Aril. Pandangannya jatuh kepada Aril yang kaku di atas sofa tersebut. Syah tidak mengesyaki apa-apa memandkan laptopnya juga telah tertutup rapi di hadapan itu. Syah bergerak mendekati Aril yang kaku tersebut, bahu Aril ditepuk perlahan menyebabkan lelaki itu terkejut besar.


“Dahlah Aril, Aril kena terima hubungan kami suami isteri adalah benar. Kami tak kisah...”belum sempat Syah ingin meneruskan nasihatnya, Aril terlebih dahulu berjalan lalu menepis bahunya. Syah agak terkejut dengan tindakan Aril,wajah Aril dilihat agak yakin berbanding tadi, yang kelu tiba-tiba. Aril ketawa kecil mendengar pernyataan Syah yang masih ingin membodohkan dirinya.


“Syah jangan nak buat lawak boleh tak?”sindir Aril geram lalu bangun dan bergerak beredar dari situ sehingga menempuh bahu Syah. Aril terasa menyampah melihat wajah Syah ketika itu. Semakin menyamppah memikirkan dirinya telah diperbodohkan sebentar tadi. Betapa bodohnya dia menahan kesakitan yang dialami. Tombol pintu rumah Syah dibuka oleh Aril, Syah agak terkejut melihat tindakan Aril terhadap dirinya. Syah berusaha mengejar Aril apabila melihat Aril sudah membuka tombol pintunya.


Hampir sesaat pintu rumahnya ditutup oleh Aril, Syah pula membukanya. Sejurus membukanya dapat dilihat tubuh Aril yang mula bergerak meninggalkan aparmentnya. Laju bahu Aril dipegang untuk menghalang pergerakan lelaki itu.


“Apa maksud Aril yang Syah main-main? Memang benar yang kami berkahwin atas sebab berzina, namun Mia isteri Syah. Syah juga seorang lelaki. Kami tetap menjalani kehidupan kami seperti biasa seperti orang lain. Syah tak mintak untuk Aril percaya tapi...”belum sempat Syah meneruskan hujah dan lakonannya, tiba-tiba baju di bahahgian lehernya ditarik kasar oleh Aril menyebabkan percakapan Syah terhenti.


Dengan perasaan yang masih berbaur marah, Aril menolak tubuh Syah sehingga menghentak dinding. Marah memikirkan Syah yang masih berlakon dengannya. Marah dengan hakikat yang dilihat dalam laptop Syah sebentar tadi. Marah kerana diperbodohkan.


“Syah tak payah nak berlakonlah depan Aril! Aril dah tau pasal kontrak perkahwinan Syah dan Mia! Hubungan suami isteri apa yang Syah ada?”ujar Aril geram menyebabkan Syah terkedu. Bagaimana lelaki itu tahu?


“Bagaimana Aril boleh tahu?”tergagap-gagap suara Syah memandnag wajah Aril yang bengis. Bajunya masih kemas dipegang oleh Aril. Aril tersenyum sinis apabila melihat Syah yang sudah terperangkap dengan dunia lakonannya sendiri.


“Macam mana Aril tahu tak penting, tapi macam mana Syah boleh memperbodohkan Aril? Syah ingat Aril nie apa? Tunggul kayu yang tak ada perasaan? Syah jangan sebut hubungan suami isteri lagi di hadapan Aril! Jangan pernah mengaku lagi yang Miia tu milik Syah. Dia belum tentu milik Syah”ugut Aril geram dengan mata seakan mahu menelan Syah di hadapannya. Kalau dikutkan hati mahu sahaja lelaki itu disergah, tetapi dia risau akan didengari oleh Mia.


Syah mengetap bibirnya apabila nama Mia meniti dibibir lelkai itu. Bagaikan Mialah penyebab lelaki itu bersikap begitu. Dia mula rasa tidak sedap hati. “Yang Aril sensitif sangat pasal Mia tu kenapa? Mia sendiri yang....”belum sempat Syah menerangkan situasi Mia pula, Aril lebih dahulu memotong dengan satu pernyataan yang cukup mengejutkan dirinya.



“Sebab Aril sayangkan Mia!”


Syah kaku seketika mendengar pernyataan itu. Terasa longlai tubuhnya mendengar luahan itu yang keluar dari sepupunya terhadap isterinya sendiri. Terasa dirinya bagaikan dipanah pitar yang dasyat. Aril melepaskan baju Syah apabila Syah tidak lagi mempersoalkan dirinya. Dia nekad, hati Mia kali ini adalah miliknya! Kalau dia terpaksa menunggu mereka bercerai seklipun dia tidak kisah! Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 bulan, setelah itu, Mia adalah miliknya! Desis hati Aril dengan penuh bersemnagat.


Aril berlalu meninggalkan Syah yang masih kaku, tidak menentang perasaannya tidak pula menyokongnya. Wajah Syah bagaikan hilang ke dunia lain sehingga wajah Aril dihadapannya tidak lagi dihiraukan. Luahan hati Aril bagaikanterus terngia-ngia dalam benaknya. Tidak tahu apakah reaksi yang perlu dia tonjalkan. Adakah aku perlu ucapkan tahniah? Ataupun menyuruh Aril berhenti mencintai isterinya? Tetapi apa pula sebab dia memberi amaran begitu?


Sesudah Aril melangkah meninggalkan Syah, Mia muncul membuka tombol pintu. Dari jauh Mia dapat melihat Aril telah memasuki lif meninggalkan dirinya dan Syah. Mata Mia tertacap pada tubuh Syah yang masih setia menyandar ke dinding. Wajah lelaki itu agak pucat dan berada dalam alam lain. Laju Mia bergerak mendapatkan Syah,lengan baju Syah ditarik menyebabkan lelaki itu sedikit terkejut.


“Apa yang berlaku Syah? Aril percaya tak?”soal Mia beria-ria namun wajah Syah dilihat tidak bersungguh langsung. Lelaki itu tiba-tiba bergerak memasuki rumah tanpa menjawab soalan Mia. Syah mengambil tempat di atas sofa. Kepalanya dipicit bagaikan dia menghadapi masalah yang cukup besar. “Aril sayangkan Mia”luahan itu datang lagi. Sungguh dia berasa sedap hati. Namun dia tidak dapat memikirkan jawapan ke atas perasaan yang dialaminya ini.


“Syah masih tak percayakan Mia ke? Syah takut yang Aril akan bongkarkan rahsia kita ke?” Mia mengambil tempat di sisi Syahyangmasih terlopang keseorangan. Wajah lelaki itu kerisauan memikirkan sesuatu. Agaknya lelaki itu masih takut jika rahsia mereka terbongkar. Syah hanya mendiamkan diri. Tidak pula dia memandang wajah Mia di sisinya.


“Syah jangan risau, walaupun Aril berperangai begitu, tetapi sebenarnya dia seorang yang baik hati. Dia tidak mungkin bongkarkan...” Mia cuba menerangkan keadaan sebenar namun penjelasannya sedikit membuat hati Syah tidak tenang.


“Jadi sekarang Mia dah pandai kenal hati budi Aril walaupun Aril pernah berbuat jahat pada Mia?”Syah agak membangkah pernyataan yang dibuat oleh Mia yang jelas memuji Aril. Adakah Mia juga mula tertarik dengan playboy kacak seperti Aril itu?


“Tapi dia pernah selamatkan Mia hari tu. Kalau bukan sebab dia....”Mia mula mengungkit peristiwa yang berlaku di cafe itu. Peristiwa yang menyebabkan Mia hampir dipukul, di mana Syah tidak menjalankan tugasnya untuk melindungi Mia ketika itu, sebaliknya Aril. Syah mula tidak berpuas hati, apabila Mia tidak habis-habis membela sepupunya itu. Tambahan pula pada insiden itu, dia gagal melindungi isterinya sendiri kerana ingin menutpi kepentingan dirinya sendiri.


“Kalau Mia nak puji sangat Aril tu, pergilah cakap depan muka dia. Syah rasa mengantuk”ujar Syah tiba-tiba berbau seperti kanak-kanak kecil yang sedang mengajuk. Terpinggal-pinggal Mia seketika apabila wajah Syah agak berubah sehinggalah lelaki itu memasuki biliknya dengan hembasan pintu yang kuat.


Mia hanya melepaskan keluhan melihat Syah yang masih bersikap kebudak-budakan. Mia memandang laptop Syah yang tertutup rapat di atas meja. Perlahan-lahan dia membuka laptop tersebut untuk menyambung kerjanya. Pendrive yang diberikan oleh Syah semalam dimasukkan ke port USB laptop untuk menyambung kembali tugasnya. Hanya sedikit lagi yang perlu dia siapkan sebelum dia perlu menghantarnya esok pagi. Hampir 30minit, dia menghadap skrin laptop, tiba-tiba dia dapat merasakan sesuatu yang tidak selesa pada perutnya.


Mia membetulkan kedudukannya untuk menahan sakit perutnya. Mata dipejam rapat-rapat, sambil tangannya tidak henti-henti memulas perutnya. Terasa bagaikan beribu-ribu jarum mencucuk-cucuk perutnya pada ketika itu. Kesakitan itu menyebabkan tugasannya sedikit tertunda, tangannya tidak henti-henti memicit-micit perutnya mengharapkan kesakitan itu akan berhenti. Namun, semkain menjadi-jadi gamaknya.


Mia bangun dari pembaringannya untuk menuju ke tandas, alangkah terkejutnya apabila melihat ada tompok darah pekat pada sofa Syah itu. Mia menelan air liurnya, adakah itu bermakna dia datang bulan? Mia menyentuh tompak berwarna merah itu, memang sah-sah itu adalah darahnya. Namun berfikir panjang, Mia mengetuk pintu bilik Syah untuk menyuruh lelaki itu membeli pad untuknya memandangkan keadaan perutnya tidak mengizinkan dia berbuat demikian.


Mia mengetuk pintu Syah berkali-kali dengan agak kuat sambil menyilang kakinya dengan tanganya yang tidak henti-henti menekan perutnya yang masih memulas. Bunyi yang tidak enak keluar dari perutnya memaksa dia mengetuk pintu Syah semakin kuat. Rasanya bagaikan sudah tidak tahan untuk melepaskan hajatnya. Tetapi dia perlu meminta lelaki itu membelinya sementara dia berada dalam tandas.


“Syah, tolonglah bukak pintu nie. Mia nak suruh Syah beli sesuatu sekejap”ujar Mia dengan suara sepruh merayu. Perutnya kembali berbunyi lagi. Tangannya semakin kuat menekan perutnya dengan kaki semakin kuat disilangkan. Takut hajatnya itu mungkin terlepas.


“Pergilah suruh Aril tolong belikan untuk Mia. Diakan penyelamat Mia”terdengar suara Syah yang separuh mengajuk dari dalam bilik itu. Mia mengetap bibirnya. Dahlah dia semakin terdesak, Syah pula membuat perangai begitu. Rasanya perutnya semakin nazak pada ketika itu. Kalau bukan kerana Syah satu-satunya manusia yang dia boleh memohon pertolongan, dia juga tidak mahu meminta pertolongan lelaki itu untuk membeli barang seeprti itu. Malu pun ada.



“Syah, tolonglah Mia kali nie. Mia betul-betul terdesak nie”ujar Mia. Suaranya mula berubah. Ada nada sedih dihujungnya bagaikan mahu menangis. Kesakitan pada perutnya telah mencapai tahap maksimum. Semakin sedih apabila Syah bagaikan tidak mahu membantunya pula. Dia benar-benar semakin sensitif.


“Kalau terdesak sangat telefonlah Aril. Siapalah Syah nak dibandingkan hero Mia tu kan?”kali ini suara Syah semakin berbaur mengajuk dan berundur diri. Syah masih setia di atas katil sambil berpeluk tubuh. Harapannya  agar Mia akan memujuk dirinya, barulah dia bersetuju akan membantu isterinya itu. Dia mahu rasakan bahawa kehadirannya juga sangat diperlukan oleh gadis itu.


“Mia betul-betul sakit sekarang! Kenapa susah sangat Syah nak tolong Mia? Syah cakap Syah akan jaga Mia. Kenapa sekarang Mia minta tolong sikit pun Syah....”belum sempat Mia menghabiskan ayatnya yang berbau sedih itu, perutnya kembali berbunyi lagi. Bagaikan hajatnya pada ketika itu sudah tiba di pangkal jalan sahaja. Hanya perlu menunggu pintu sahaja untuk dibuka. Tanpa menunggu lama, Mia terus membuka tombol pintu bilik air yang hanya berhadapan dengan bilik Syah ketika itu. Dia sudah tidak peduli tentang padnya, yang penting dia benar-benar sudah tidak tahan.


Syah memandnag pintu biliknya yang tiba-tiba terdiam. Suara Mia yang merayu kepadanya untuk kali terakhir seperti ada nada tangisan dihujungnya. Gadis itu beria-ria menyatakan dia sakit, kenapa tiba-tiba berhenti. Adakah gadis itu pengsang? Ya Allah, apa aku dah buat?


Syah laju membuka tombol pintunya. Masih tidak melihat kelibat Mia dihadapan pintu. Tiba-tiba kejadian di cafe itu menerjah kembali dalam ingatannya, dia takut jika kesalahan yang sama diulang kembali. Aku minta maaf Mia! Aku betul-betul minta maaf! Syah bergerak ke dapur melintasi ruang tamu. Tiada kelibat Mia di situ. Dia menuju pula ke tempat basuhan baju. Resah dirinya apabila Mia tiba-tiba hilang begitu sahaja.


“Mia betul-betul sakit sekarang! Kenapa susah sangat Syah nak tolong Mia? Syah cakap Syah akan jaga Mia. Kenapa sekarang Mia minta tolong sikit pun Syah....”


Ayat terakhir Mia tiba-tiba terbayanng-bayang di ruang benaknya. Betapa bodohnya dia melayan perasaannya tanpa memikirkan Mia. Mengapa dia masih mengulangi kesalahan yang sama walaupun muluutnya bukan main menuturkan janji yang manis. Gadis itu jelas menyatakan dia sakit. Seriuskah sakitnya? Sakit jantunng? Deman? Adakah gadis itu mempunyai sejarah perubatan yang membahaya? Syah bergerak ke balkoni rumahnya. Masih tiada kelibat Mia disitu. Dia memandang pula pada lorong bawah balkoninya, mana tahu gadis itu terjatuh. Tetap juga tiada.


Syah meraup wajahnya. Dia kelihatan seperti orang tidak siuman mencari Mia. Langkah Syah terhenti apabila matanya tertacap ada tompokan merah pada sofa, tempat kebiasaan Mia membuat kerja. Membulat matanya dengan kakinya tergetar-getar menuju ke sofa tersebut. Tompak merah itu disentuh untuk memastikan ianya bukanlah dari minuman tapi benar-benar darahh. Syah menelan air liurnya. Tompok darah itu menandakan ianya dari Mia. Betapa seriusnya kesakitan yang Mia alami memandangkan saiz tompak darah itu agak besar.


“Dia cedera ke? Jangan-jangan dia muntah darah?”pelbagai andaian bermain dalam benak fikiran Syah.  Tidak pernah sekalipun dia memerangi keadaan serius begini, benaknya benar-benar kosong memikirkan jalan keluar. Pada waktu itu jugalah Mia keluar dengan kakinya terinjut-injut dan tangannya masih lagi setia memegang perutnya. Wajah gadis itu pucat dengan rambut yang agak serabai memandnagkan ikatan gadis itu hampir terlucut. Tambahan pula dahinya agak berpeluh. Mia dilihat cuba berpaut pada dinding mencari kekuatan untuk berjalan persis seperti seorang pesakit.


Syah laju mendapatkan Mia lalu memapah gadis itu. Badan gadis itu agak kesejukan dan bergetar-getar seperti menahan sakit yang amat sangat. Mia hanya membiarkan Syah membantunya memandnagkan keadaannya juga cukup penat berada dalam tandas sebentar tadi dalam tempoh yang agak lama. Syah mula diburu rasa bersalah. Sambil memapah Mia, matanya sibuk melilau melihat anggota badan Mia dari atas hingga bawah mencari kesan luka.


“Kat mana Mia luka? Kat tangan ke? Kat kaki ke?”soal Syah tidak sabar sambil melihat bahagian tangan dan kaki Mia. Masih tiada apa-apa. Mia pada ketika itu agak keletihan untuk memikirkan sebab dari soalan Syah. Dia hanya memikirkan untk duduk sahaja sebentar untuk mencari kekuatan.


“Apa yang Syah mengarut nie?”lemah sekali suara Mia bersuara tapi jelas ditangkap oelh Syah. Syah masih cemas apabila tiada tanda-tanda kecederaann pada bahagian anggota hadapan Mia. Takkanlah gadis itu cedera dalaman. Muntah darah? “Mia muntah darah ke? Anggota dalaman Mia ada cedera ke?”soal Syah lagi persis seorang doktor, membuatkan Mia rimas seketika. Tadi, bukan main dia mengetuk pintu bilik lelaki itu, tidak pula mahu membukanya. Ini sibuk-sibuk pula ingin tahu.


Mia menjatuhkan tangannya dari bahu Syah apabila mereka tiba di sofa. Mia memusingkan tubuhnya untuk duduk di atas sofa dengan berhati-hati. Pada ketika itu jugalah Syah dapat mengesan tompak merah pada bahagian baju Syah yang berada di punggung. Tanpa berfikir panjang, Syah terus meluahkan soalannya kerana terlalu cemas dengan keadaan Mia.


“Mia cedera kat punggung ke?” sesudah sahaja Syah meluahkan soalannya, satu tumbukan hinggap tepat pada kepalanya. Syah mengadu kesakitan lalu melihat wajah Mia yang merah padam memandnagnya. Salahkah soalannya? Dia Cuma mahukan gadis itu selamat.


“Syah boleh tak jangan buat lawak sekarang. Mia betul-betul sakit sekarang. Mia tak ada masa nak layan lawak bodoh Syah sekarang. Kalau dah tahu, tak payahlah buat lawak bodoh macam tu!”marah Mia geram apabila Syah mendakwa dirinya mengalami kecederaan di punggung. Kurang asam betul mamat nie!


Syah mengosok kepalanya yang pedih itu. Kalau macam tu jangan kata Mia yang perlu ke klinik, dia juga perlu ke klinik untuk mengubati sakit kepalanya dipukul oleh Mia.


“Bila masa pulak Syah buat lawak bodoh? Mia sedar tak ada darah kat punggung Mia? Mia sedar tak Mia tercedera? Kalau Mia tak percaya, cuba Mia alihkan badan Mia kejap”Syah sudah bergerak mahu mencapai baju Mia bagi membuktikan darah pada baju T-Shirt putihnya itu, namun Mia bertindak menolak kasar tubuhnya.


“Apa nie Syah! Janganlah main-main. Bila masa pulak Syah dah pandai nak mengatal nie?”marah Mia geram apabila Syah hampir menarik baju T-Shirtnya di bahagian punggungnya. Tidak selesa jika Syah hampir memegnag di bahagian itu. Terpinggal-pinggal Syah dibuatnya apabila dituduh begitu. Mengatal? Aku risaukan keselamatan dia, dia boleh cakap mengatal?


“habis takkanlah boleh ada darah tiba-tiba kat bahagian punggung tu kalau tak ada apa-apa?”soal Syah dungun. Masih tidak dapat menangkap keadaan sebenar. Mia mengetap bibirnya geram. Terasa Syah bagaikan mahu mempermainkan lumrahnya sebagai seorang wanita.


“Mia datang haid! Tu pun Syah tak faham ke?”


Syah mengelip matanya beberapa kali bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengari sebentar tadi. Betullah, dia hampir terlupa yang Mia itu adalah perempuan. Dia lupa yang keberangkalian bahawa Mia akan mengalami haid, itu telah cukup menjelaskan tompak merah yang berada di bahagian punggung Mia. Wajah Syah mula merah padam apabila Mia memandang tajam kepadanya seperti singa kelaparan.


“Sorry, Syah lupa Mia nie perempuan”ujar Syah malu-malu sambil mengaru kepalanya yang senagaja ditundukkan dari melihat wajah Mia. Rasa seperti mahu sahaja dia pukul Syah untuk kali kedua apabila mendengar alasan itu meniti di bibir lelaki itu. Baru ingat aku nie perempuan?


“Baru ingat Mia nie perempuan?”Mia menyoal seperti tidak percaya dengan alasan yang diberikan oleh Syah. Mahu tidak mahu Syah mengukirkan senyuman paksa-paksa yang sengaja dibuat-buat mengakui kebodohannya sendiri. Dia benar-benar terlupa dengan perkara itu.


“Kenapa Mia panggil Syah walaupun cuma haid je? Panggil macam orang nak nazak pun ada”soal Syah pula kepada Mia. Kalau diikutkan itu semua salah Mia juga yang berlakon secara berlebihan tadi sehinggakan dia memikirkan perkara yang bukan-bukan. Mia membuntangkan biji matanya apabila Syah menganggap sakit perutnya sesuatu yang agak remeh.


“Jadi Syah ingat Mia yang lebih-lebih?”


“ Mia datang haid je pun. Bukannya nak beranak. Kalau diikutkan semuanya salah Mia juga sebab cakap lebih-lebih tadi”ujar Syah selamba membuat darah Mia semakin mendidih. Dia lelaki apa tahu pasal perempuan?


“Syah tau tak sakit perut kerana haid nie sakit gila. Bagaikan garfu sedang mencakar-cakar permukaan perut kita, tau tak”dengan emo sekali Mia memberi penjelasannya. Dia benar-benar sakit perut sebentar tadi, namun Syah bagaikan mengambil remeh dengan sakit yang dialaminya.


“Mia dengar kilat pun boleh menangis” bunyi perlahan sahaja rungutan Syah tetapi jelas menyebabkan Mia terasa hati. Entah kenapa dia benar-benar menjadi sensitif ketika itu.


“Tak nak tolong, sudah”Mia mula berkecil hati apabila insiden dirinya mengeletar ketika bunyi guruh dibangkitkan oleh lelaki itu. Mia sudah beredar ke balkoni meninggalkan Syah yang terpinggal-pinggal sendirian. Syah mengaru kepalanya, selalunya Mia akan melawan, ini lain pula jadinya. Apaha emo sangat minah nie?


Mia menghirup udara segar di balkoni,cuba menenagkan diri daripada sikap Syah. Syah mengambil tempat di sisi Mia yang masih ralit melihat permandangan luar. Syah bergerak setapak mendekati Mia, Mia pula bergerak setapak menjauhi Syah. Syah bergerak setapak lagi, Mia mengikuti langkah yang sama. Lambat-lambat Syah akhirnya bersuara untuk menengakan sikap Mia yang dilihat agak sensitif tiba-tiba.


“Yang emo sangat nie kenapa?”soal Syah lembut. Mia memandang wajah Syah di sisinya kemudian beralih kembali ke pemandangan luar. Sakit hati untuk melihat wajah Syah.


“Habis Syah cakap yang Mia nie lebih-lebih, macam sakit perut yang Mia alami tu buat-buat je. Siapa yang tak sakit hati?”luah Mia berbau merajuk. Syah memegang kepalanya, terasa pening tiba-tiba. Sebab tu je? Selama nie gadis itu boleh bersikap tenang dalam apa sahaja, dia merajuk sebab tu je?


“Yelah..yelah, Syah minta maaf. Syah kan anak bongsu lelaki. Kakak Syah tinggal di asrama. Sejak kecil juga, Syah banyak ikut datuk Syah ke Jepun, jadi Syah tak tahu sangat hal perempuan nie”Syah cuba meluahkan situasinya pula agar Mia memahami. Sungguh, dia tidak mengetahui banyak tentang wanita. Baginya semua sama sahaja rakannya tanpa mengira jantina. Mana dia tahu kesakitan yang macam mana dialami Mia. Setahunya sakit perut bukanlah serius sangat.


Mia hanya terdiam. Sedikit pun dia tidak melawan penjelasan yang diberikan oleh Syah. Sedikit sebanyak juga wajah masam di wajahnya mula hilang. Syah sudah mampu menarik nafas lega.


“Mia nak suruh Syah belikan apa?”soal Syah berhati-hati dengan penuh prihatin agar hati Mia terjaga. Apabila soalan itu ditanya, wajah Mia serta merta tersipu-sipu. Gadis itu melihat wajah Syah berulang kali sambil mengius-guis kakinya ke balkoni lantai.


“Tolong belikan ‘roti kering’ujar Mia perlahan sambil menguis-guis kakinya ke lantai dan menunduk wajahnya daripada melihat wajah Syah.


“Sejenis makanan ke?” Syag menyoal kembali seprti orang dungun. Terasa pelik juga, kenapa makanan yang dicari oleh Mia sedangkan dia datang haid, ataupun makanan itu boleh hentikan pendarahan?


“Jangan nak main-main”Mia mengangkat wajahnya secara drastik apabila soalan Syah bagaikan memerlinya. Malu juga untuk dia jelaskan. Syah mengeleng bersungguh-sungguh persis orang dungun menyangkal tuduhan Mia. Sumpah, dia tidak tahu istilah yang digunakan oleh Mia.


“Syah tak tahu” wajah Syah yang persis seperti orang dungun dengan suara yang direndahkan telah membuktikan kejujurannya kepada Mia. Mia menepuk dahinya apabila istilah itu masih belum ditangkap oleh Syah.


“Tuala wanita tahu?”Mia menyoal menggunakan istilah lain pula. Kali ini hilang terus malunya kerana terpaksa menjadi cikgu kepada Syah mengenai hal tersebut. Syah mengurut dahinya sekali lagi, tuala? Kalau tuala bukan ke ada dalam rumah nie?


“Bukan ke dalam rumah nie ada?”Jawapan daripada Syah yang selamba itu membuat Mia sedikit terkejut. Ada? Biar betul? Membuntang biji mata  Mia memandang Syah yang mengangguk selamba apabila disoal begitu. Mamat nie buat apa dengan benda alah tu? Takkanlah pakai kot?


“Syah buat apa dengan benda tu?”soal Mia tidak percaya. Kerutan pada dahi Syah semakin bertambah. Tuala buat apa? Buat kesat badanlah!


“Buat kesat badanlah”jawab Syah dengan penuh yakin dengan gaya sekali. Memang tiada bezanya dengan orang dungun. Mia laju menepuk bahu Syah itu, hampir tercabut otaknya memikirkan sebab Syah mempunyai benda alah itu, rupanya maksud lelaki itu tuala.


“Bukan tuala, tuala wanita!”marah Mia apabila Syah masih tidak dapat menagkap bezanya. Syah sekali lagi mengaru kepalanya yang tidak gatal apabila tekaannya jauh sekali berbeza dengan benda yang Mia mahukan. Apa bezanya? Cuma tambah perkataan wanita je pun.


Mia menekan kepalanya,cuba mencari istilah lain yang boleh mudah difahami oleh Syah dan tidak berkait dengan benda lain. Otaknya terus diperah untuk mencari perkataan. Syah hanya setia menunggu perkataan yang keluar dari mulut Mia.



“Pad! Syah kenal pad?”kali ini suara Mia agak riang kerana berjaya mencari istilah yang berbeza untuk dikaitkan dengan benda lain. Syah mula berfikir, istilah itu memang pernah didengari dahulu, tapi agak lama. Dia banyak menghabiskan masa di Jepun, tambahan lagi dia lelaki bongsu dan pada ketika itu kakaknya sudah belajar tinggal di asrama.


“Kita sekarang memang nak beli benda yang sama kan? Apasal banyak sangat istilah dia? Roti keringlah, tuala wanita lah, ini pad pulak”Syah agak merungut dengan istilah yang digunakan oleh Mia. Jelas jauh bezanya, memang mereka membincangkan hal yang sama kan?


“Jawablah! Kenal ke tidak?”Mia mula mendesak apabila perutnya agak berbunyi lagi. Kakinya laju disilangkan untuk mengawal nafsunya itu. Adoi, cepatlah Syah, Mia tak tahan dah nie!


“Pernah dengar nanti Syah cuba cari. Macam mana bentuk dia?”soal Syah lagi apabila ingatannya gagal digali untuk membayangkan bentuk benda alah yang dimasukkan oleh Mia. Mia memejam matanya apabila dirasakan perutnya telah mencapai tahap maksimum membulas. Laju tangannya menekan perutnya. Soalan Syah bagaikan keluar masuk sahaja dari telinganya.


“Ma..macam bentuk pamper baby”ujar Mia cepat-cepat. Dia mula melangkah untuk meninggalkan Syah sambil berpaut pada pintu balkoni untuk menuju ke tandas. Syah dilihat masih tidak jelas dengan gambarannya, terus menghalang pergerakan Mia dengan berdiri di hadapannya.


“Kejap Mia, kalau warna, warnanya macam mana?”Syah masih bertanya seperti orang dungun. Diharapkan Mia dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepadanya, dan dengan itu juga dia boleh cuba mengimbau pengalaman lampau bersama keluarganya. Namun masih gagal. Semuanya bagaikan gelap gelita.


“Macam-macam warna ada”Mia jawab dengan keadaan tergesa-gesa sambil menolak tubuh Syah dengan tangan kirinya, manakala tangan kanannya masih setia memegang perutnya yang sakit.


“Dia letak dalam plastik ke, besi ke...”Syah masih berusaha bertanya sambil mengikuti Mia dari belakang yang laju menuju ke tandas. Mia kelihatannya agak terdesak untuk ke tandas. “Syah tanya jelah tuan kedai tu”


Itulah jawapan yang diberikan oleh Mia sejurus gadis itu memasuki tandas. Syah hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal. Gadis itu dilihat agak kurang senang menjawab soalannya. Teruk sangat ke sakit perutnya?


Akhirnya Syah meninggalkan Mia di dalam tandas lalu membawa dompetnya yang disimpan di dalam bilik. Hatinya agak teragak-agak untuk membeli barang yang diminta oleh isterinya itu memandangkan dia masih tidak mendapat gambaran sepenuhnya mengenai perkara tersebut. Tak apalah, aku tanya tuan kedai jelah, desisi hati Syah.



Syah memasuki kedai runcit yang bersaiz sederhana itu sambil matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Kedai runcit itu begitu ppadat dengan barangan keperluan rumah. Matanya cuba mellilau mencari barang yang dicakap oleh Mia, namun masih belum jumpa. Setiap ciri-ciri yang dikatakan oleh Mia, cuba diingatkan balik secara lebih etrperinci. Macam pamper baby?


Syah bergerak ke lampin bayi. Sesekali tangannya menyentuh lampin bayi yang dipamerkan. Mula teragak-agak untuk membeli, tapi takkanlah benda alah nie? Bentuknya macam nie ke? Sebijik sangat ke? Perlbagai persoalan bermain dalam benaknya, namun tetap kosong. Apabila melihat ada pasangan suami isteri yang melihat aneh pada dirinya, akhirnya dia cepat-cepat berlalu dari situ.


Syah mengaru kepalanya apabila melihat barang-barang disekelilingnya. Begitu banyak untuk diperiksa satu persatu bagi memadankan bentuknya dengan ciri-ciri yang diminta oleh Mia. Melihat barang-barang tersebut membuatkan otaknya semakin pening. Segala gambaran yang diberitahu oleh Mia lesap entah kemana. Akhirnya Syah perlahan-lahan bergerak ke kaunter.


Kaunter itu dilingkungi oleh remaja-remaja perempuan yang masih berpakaian sekolah. Mungkin melepak bersama-sam dengan rakan selepas penat belajar menghadap papan hitam dan kapur. Apabila Syah tiba di kaunter, remaja-remaja permpuan itu mula berbisik sesama mereka sambil tersengih-sengih melihat Syah dari atas hingga bawah. Syah yang perasaan dengan renungan remaja-remaja permpuan itu akhirnya hanya tersenyum manis. Tidak mahu dianggap sombong. Apalagi, semakin tergedik-gedik remaja-remaja perempuan itu sambil menolak bahu rakan-rakan mereka masing masing kerana tersipu malu. Mulut mereka tidak henti-henti memuji wajah kacak milik Syah.


“Pad ada dijual kat sini tak?”soalan Syah kepada penjaga kaunter wanita itu menyebabkan segala gelak ketawa remaja-remaja perempuan itu terdiam seketika. Tidak percaya soalan itu akan muncul daripada lelaki kacak seperti Syah. Syah yang perasaan bunyi bising gadis-gadis iitu tiba-tiba hilang hanya tersenyum manis ke arah mereka. Kali ini senyuman manis Syah hanya disambut dengan senyuman kelat. Masing-masing kelihatan agak pucat berada di sisi Syah.



“Encik cari apa?”malah penjaga kaunter itu sendiri agak tidak percaya dengan soalan yang ditanya oleh Syah. Mustahil lelaki itu tidak tahu bagaimana rupa bentuk pad, ataupun lelaki itu sengaja mengatal. Lagipun dari wajah, lelaki itu masih kelihatan muda. Nak buat apa dengan pad.


“Pad! Yang bentuknya macam pamper baby tu”jawab Syah dengan selamba menyebbakan penjaga kauter perempaun itu agak terbatuk akibat terkejut dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Syah. Remaja-remaja permpuan itu mula memandang serong kepada Syah sambil berbisik sesama sendiri. Hanya Syah yang tidak mengetahui keadaan sebenar.


“Er...sila ikut sini”penjaga kaunter wanita itu agak tersipu-sipu malu membawa Syah ke bahagian yangdi mahukan. Selepas tiba di bahagian itu, dia terus meninggalkan Syah sendirian. Tidak berkelip mata Syah melihat pelbagai jenama yang ada di situ. Bingung pula jadinya untuk memilih jenama apa.


“Banyaknya, memang sebijik macam pamper” Syah mengambil salah satu jenama yang kebetulan berada di hadapannya. Pada ketika itu barulah dia tahu barang yang dikehendaki oelh Mia ada pelbagai jenis. Ada jenis overnight, ada slim, ada max, ada minuman, ada yang ada wings lagi. Syah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mendail nombor Mia bagi mendapat pengesahan lebih langjut.


Seperti biasa nombor yang dihubungi masih gagal. Sejak gadis itu hilang pada hari abangnya kemalangan, nombor telefonnya bagaikan tidak wujud. Tidak pernah sekali pun nombor Mia berjaya dihubungi.


“Mak cik nie buat apa lama sangat dalam tandas?”rungut Syah tidak berpuas hati apabila nombor Mia sudah didail sebanyak lima kali. Mahu beli iku suka hati, takut tidak sesuai untuk Mia pula. Syah cuba memikirkan kenalan yang boleh membantunya membuat pilihan ketika itu, Arisyah! Syah cuba mendail nama Arisyah, namun apabila difikirkan apa pula yang difikirkan oleh gadis itu. Dahlah dia juga agak malu untuk berdepan dengan gadis itu sejak peristiwa hari itu.


Syah menghentak perlahan telefon bimbitnya pada dahinya. Cuba mencari idea. Akhirnya satu senyuman terukir pada wajahnya. Nombor 2 didail lalu diletakkan di telinganya. Setia menunggu panggilan masuk.


“Mama pakai pad jenis overnight ke slim?”Datin Hayati yang sedang enak menghirup air kopi sedikit tersedak mendengar soalan Syah pertama itu sejurus dia mengangkat telefonnya. Tanpa salam ataupun bertanya khabar,terus direct jawapannya.


“Ke..kenapa Syah tiba-tiba tanya mama soalan macam tu? Berlapik la sikit. Syah tu anak teruna”nasihat Datin Hayati perlahan. Tidak begitu senang dengan soalan yang dilemparkan oleh Syah itu. Tambahan pula isu itu agak sensitif bagi akum wanita.


“Alaa..mama jawablah” suara Syah agak kedengaran merengek. Dia sudak tidak sabar untuk keluar dari kedai runcit itu. Tambahan pula, Mia pasti memerlurkan barang itu dengan kadar segera.


“Kalau overnight untuk malam. Slim untuk petang. Syah belilah dua-dua” nasihat Paun Hayati itu mebuatkan Syah tergangguk-angguk dengan penuh semangat. Puan Hayati di atas talian hanya mampu tersenyum membayangkan wajah anaknya yang kebingunan untuk membbelinya bagi kali pertama. Ternyata anaknya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan penuh dedikasi. Pasti hubungan mereka begitu akrab sehingga Syah mampu membeli barang alah begitu.


“Syah beli untuk Mia ke? Apa khabar Mia sekarang sihat? Hubung...”belum sempat Datin Hayati mengorek rahsia, Syah terus menyerang Datin Hayati dengan soalan kedua.


“Mama selalunya pakai yang ada wings ke tak?”soal Syah lagi membuat Datin Hayati meletusakan ketawa besar membayangkan betapa berhati-hatinya Syah memilih pad untuk Mia. “Janganlah ketawa mama, Syah serius nie”ujar Syah dengan nada serius menybabkan ketawa Datin Hayati semakin menjadi-jadi. Hilang terus keinginannya untuk bertanya lebih-lebih. Syah merungus perlahan seperti orang merajuk.


“Selalunya mama pakai yang ada wings. Selamat sikit” jelas Datin Hayati apabila ketawanya sudah lega. Akhirnya Syah boleh mengurut nafas lega, hanya tinggal satu sahaja lagi soalan.


“Mama pakai jenama apa?”soalan yang ditanya oleh Syah itu hanya menyebabkan Datin Hayati terdiam seketika memikirkan jawapan yang perlu dibuat. “Yang tu Syah kena tanya Mia sendiri. Setiap orang perempuan berbeza-beza. Ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing”


Nasihat Datin Hayati itu hanya menyebabkan Syah melepaskan keluhan berat bagaikan menjawab soalan quiz gamaknya. Memilih benda alah itu bagaikan memikul tanggungjawab yang cukup berat seberat mengangkat lori. Tambahanpula pernyataan ibunya seperti jenama itu memperngaruhi sesuatu yang penting.


“Manalah Syah tahu yang Mia pa...”soalan Syah tergendala apabila matanya tertacap pada satu jenama yang pernah dilihatnya sebelum ini. Otaknya ligat memutarkan kembali memori yang berlaku beberapa minggu lepas. Memori itu lenyap tiba-tiba dengan bayangan satu tumbukan padu di pipinya.


“Syah? Syah dengar tak nie?”


Kedengaran suara Datin Hayati agak panik apabila Syah senyap tiba-tiba. Syah menelan air liurnya yang dirasakan pahit tiba-tiba. Perlahan-lahan Syah mendekatkan telefon bimbit kepada telinganya semula.


“Rasanya Syah tahu jenama apa Mia pakai”





Mia mengambil tempat di meja makan lalu melabuhkan punggungnya perlahan-lahan. Terasa pedih sekali memandangkan begitu lama dia berada dalam tandas. Entah bagaimana bau tandas itu,dia sendiri tidak sanggup untuk menghidunya. Mia mengambil jag kosong yang berisi yang sejuk itu lalu dituangkan ke dalam gelasnya dengan harapan dapat memperoleh tenaga. Tenaganya mula berada pada tahap minuman memandangkan banyak isi perutnya telah dikeluarkan sebentar tadi.


Mia menekan perutnya lagi apabila kali ini perutnya berbunyi akibat kosong. Itulah yang dialami setiap bukan. Segugutnya agak kuat sehinggakan kadang kala dia tidur sahaja seharian kerana tidak mampu menahan sakit.


Mia mengambil gelasnya untuk diminum. Pada masa yang sama Syah tiba dengan beg plastik berwarna merah jampu di tangannya. Mia tidak jadi meminum airnya, tumpuannya difokuskan kepada beg plastik yang dibawa Syah. Sudah beberapa kali dia terpaksa ke tandas kerana takut bocor. Alangkah baiknya jika dia dapat memakai secepat mungkin.


Syah menghulurkan beg plastik itu kepada Mia dengan wajah agak mencuka tanpa mengambil tempat duduk di hadapan Mia. Mata Mia hanya difokuskan kepada beg plastik itu dengan senyuman melebar. Hampir sahaja tangannya mencecah beg plastik itu, Syah tiba-tiba melarikannya lalu duduk di hadapan Mia dengan wajah yang cukup serius.


“Syah, Mia nak pakai seka....”belum sempat Mia meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan sikap Syah, Syah tiba-tiba menghentak tangannya di meja makan menyebabkan Syah terdiam.


“Mia pernah tumbuk muka Syah nie depan orang ramai?”soal Syah sambil menunjuk ke arah mukanya tepat di kawasan yang pernah ditumbuk oleh Mia. Tumpuan Mia terhadap beg plastik itu hilang serta merta mendengar soalan Syah. Lelaki itu dah ingat?


“Syah dah ingat? Syah ingat sampai mana? Banyak tak?”soal Mia kembali dengan penuh gembira. Matanya tidak berkelip memandang Syah dengan senyuman tidak lekang di bibir. Siapa sangka ada hikamah juga lelaki itu tolong belikan barang untuknya.


“Mia tumbuk Syah kat pipi sampai berdarah, bertempat di Billion, tepat jam 9.30 malam berhampiran di kaunter..”Syah menjelaskan peristiwa itu dengan penuh terperinci menyatakan dia mengingati sepenuhnya peristiwa itu. Peristiwa Mia menamparnya di hadapan orang ramai sehinggakan dia malu besar untuk menjejak kaki di situ lagi. Patutlah penjaga kaunter itu tengok pelik kat aku tempoh hari.


“Syah betul-betul dah ingat. Syukurlah, ingatan Syah makin pulih”Mia agak gembira dengan pernjelasan yang diberi oleh Syah. Pendek kata memang full mark diberikan. Langsung dia tidak peduli wajah Syah yang merah padam memandagnya dengan geram kerana dia pernah menumbuk pipi lelaki itu.


“Apa yang syukurnya dengan ingat benda itu? Kenapa benda tu juga yang Syah boleh ingat” Syah meraut wajahnya dan menosok kepalanya yang tidak gatal dengan kasar. Malunya dia, kejadian di mana mereka berebut pad tersebut sehingga pad-pad tersebut bertaburan di atas lantai yang ditontai berpuluhan orang ramai. Tidak cukup itu, satu tumbukan pula hinggap pada pipiya. Malunya!



“Macam mana Syah boleh ingat?”soal Mia dengan bersungguh. Mana tahu dengan cara itu dia mampu mengutip lagi cebisan-cebisan ingatan yang hilang. Paling penting cebisan di pantai tersebut. Syah melepaskan keluhan apabila luahannya tidak dihiraukan oleh Mia. Nampaknya gadis itu hanya melihat bahawa ingatannya dah pulih, bukan peristiwa betapa malu dan sakitnya dia ditumbuk. Syah mengeluarkan pad yang abru dibeli tadi dengan tangannya sendiri sambil mempamerkan wajah selamba. Membuntung biji mata Mia dibuatnya.


“Ni, masa nak pilih jenama, tiba-tiba peristiwa kita berebut benda alah nie terlintas dari ingatan Syah. Sebab tu Syah boleh pilih jenama yang Mia pakai nie”Syah mengangkat barang alah itu sambil ditunjukkan kepada Mia, laju Mia merampasnya. Dia sebagai seorang gadis agak malu apabila barang tersebut disentuh oleh lelaki walaupun lelaki itu telah bergelar suaminya sekalipun.



“Syah boleh tak hormat sikit perempuan”nasihat Mia tidak senang dengan sikap selmaba Syah itu. “Habis Mia boleh tak hormat sikit perasaan lelaki?”Syah pula menjawab menyebabkan Mia mengangkat keningnya.


“Apa maksud Syah?”


“Mia dah tampar Syah di hadapan orang ramai, terjejaslah maruah Syah” Syah mula mengadu tidak puas hati. Bagaikan kejadian itu masih segar dalam ingatannya dan berlaku semalam. Mia tersenyum mendengar rengetan Syah.


“Itulah peristiwa kali pertama kita berjumpa. Sebab tu Mia malas nak cerita kat Syah. Peristiwa itu juga telah membuktikan yang kita tak mungkin mempunyai hubungan istimewa”jelas Mia perlahan dengan tennag. Syah mencebik mendengar penjelasan Mia itu, “Memang sah-sah tak ada”Syah juga mula yakin dengan hubungan mereka sebelum peristiwa zina itu. Yakin bahawa mereka bukan pasangan kekasih seperti yang diuar-uarkan oleh jiran-jiran Mia.



“Terima kasih sebab beli”Mia mula mengubah topik, mahu tidak mahu dia perlu berterima kasih kepada lelaki it. Bukan senang seorang lelaki mahu membeli benda alah begitu. Apabila ditegur begitu oleh Mia, Syah bagaikan teringat sesuatu perkara, pad jenis overnight pula dikeluarkan dari plastik tersebut. Semakin membuntang biji mata Mia melihat ada satu lagi pad di tangan Syah.


“Yang nie Mia pakai untuk malam. Syah siap telefon mama lagi tanya”ujar Syah penuh bangga sambil menunjukkan pad tersebut. Tanpa menunggu masa, Mia terus merampas pad yang kedua dari tangan Syah. Mamat nie tak malu ke nak ajar aku pulak benda-benda macam nie?


“Apasal Syah telefon mama? Malulah tanya mama Syah benda macam nie” Mia tidak berpuas hati apabila menegtahui Syah menelefon ibunya. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan wanita itu. Mana mahu letak mukanya? Terdedah terus bahawa dia yang menyuruh Syah untuk membelinya.


“Sebab Mia tak angkat telefon Syah”jawapan selamba Syah menyebabkan Mia terdiam. Terus teringat dengan telefon bimbitnya yang telah dicampak dalam air. Kerana itu jugalah dia dimarahi majikannya. Mahu membeli yang baru, dia masih berkira-kira. Wang yang dia ada sekarang bukannya banyak.


“Apasal Mia diam? Mia tahu tak Mia tak pernah angkat telefon. Susah Syah nak mengetahui keadaan Mia. Macam hari tu, Syah nak suruh Mia beli gula pun susah. Apasal Mia tak angkat telefon? Takkanlah silent setiap masa?”Syah meluahkan ketidakpuasan hatinya yang dialami sepanjang minggu itu disebabkan sikap Mia yang tidak pernah menjawab panggilannya. Sakit juga hatinya.


“Mia duduk dalam toilet. Tak dengar”Mia menjawa setenang yang boleh sambil memandang tepat ke wajah Syah. Melihat sikap Mia yang tenang itu, Syah juga tidak mengesyaki apa-apa. Akhirnya dia hanya mengeleng kepala sebelum berlalu ke dapur untuk mengambil sesuatu untuk diminum.


Apabila matanya memerhati meja dapurnya kosong, tangannya laju membuka peti sejuk berhampiran meja dapu tersebut. Setiap tingkat rak itu diperhatikan satu persatu untuk mencari air yang dikehendaki. Tin-tin minuman yang tersusun rapi diambil salah satu lalu ditutup  perlahan-lahan. Sejurus peti sejuk itu ditutup,terpancul wajah Mia yang menyandar pada petii sejuk dengan wajah yang agak mencuka. Melompat Syah dibuat akibat terlalu terkejut,lalu mengurut dadanya perlahan-lahan apabila memastikan wajah itu milik Mia.


“Janganlah duduk kat sini. Dahlah muka tu macam hantu”bebel Syah tidak berpuas hati. Mia hanya bersikap tenang walaupun dibebel oleh Syah. “Mia lapar, lepas solat makan maggi nak?”usul Mia tiba-tiba sambil mengangkat keningnya.


Syah hanya tersenyum lalu mencubit pipi Mia itu. Laju Mia memegang tangan Syah untuk menghalang lelaki itu mencubit pipinya, tetapi semakin kuat cubitan tersebut. Apabila cubitan pada pipi Mia dilepaskan, rambut gadis itu pula digosok seperti budak kecil. Mia merungut tidak senang diperlakukan begitu.


“Mia memang suka makan maggie ke? Hari pertama kita jumpa pun Mia banyak beli maggie”luah Syah sebelum berlalu ke dalam biliknya. Mia akhirnya terdiam. Memang benar  Syah hampir mengingati segalanya. Daripada cerita Syah, ingatannya boleh pulih jika dikaitkan dengan perkara yang pernah terjadi dalam hidupnya dulu. Apa yang perlu dia lakukan agar ingatan Syah semakin pulih. Sesuatu yang memberi impak besar dalam hidup Syah?



Syah merebahkan dirinya di atas katil sambil memejamkan matanya. Imej Mia yang sedang menangis teresak-esak di hospital tempoh hari bermain kembali dalam wajahnya. Dia yakin perasaan yang dia alami kini bukan perasaan takut seperti yang dinyatakan oleh Zaid, tetapi apa?


“Syah suka perempuan yang macam mana?”


Soalan Arisyah itu membuatkan Syah ketawa mengenkek. Tidak sangka sepupunya akan menanyakan soalan begitu kepada dirinya. Wajah Arisyah agak mencuka apabila soalan seriusnya hanya disambut dengan ketawa oleh Syah. Soalan itu ditanya dalam perjalanan mereka ke apartment Syah selepas mengambil Syah di lapangan terbang. Pada waktu itu mereka sedang menunggu teksi di hadapan pintu utama.


“Apasal Ary tanya soalan macam tu. Ary dah nak kahwin sangat ke? Dah besar rupanya budak ni”Syah sengaja memperlagakan bahunya dengan bahu Arisyah dengan niat untuk bergurau. Arisyah hanya tersenyum tersipu-sipu apabila dibuat begitu.


“Sebab Ary nak curi hati seseorang. Ary nak jadi yang terbaik untuk dia. Ary nak hanya Ary ada dalam mata dia”Arisyah menunduk wajahnya tanpa menoleh ke arah Syah. Diharapkan Syah dapat menangkkap maksud sebenar kata-katanya. Tangannya digenggam erat sambil dihayun-hayunkan.


“Ary jadilah diri sendiri”


Jawapan selamaba daripada Syah itu menyebabkan mulut Arisyah semakin memuncung. “Arisyah jadi diri sendiri tapi dia tak pernah layan Ary. Dia pernah cakap yang dia suka seseorang yang lembut, berbudi bahasa,cantik...tapi rasanya dia tak nampak juga benda tu dari diri Ary”luah Arisyah kesal. Itulah jawapan Syah apabila ditanya mengenai ciri-ciri idamannya melalui e-mel, namun segala usaha yang dia lakukan bagaikan tidak dipandang oleh lelaki itu.


“Aik? Arisyah nie lembut ke?”gurau Syah menyebabkan muncung Arisyah semakin panjang sedepa. Gelak ketawa Syah semakin kuat apabila Arisayh dilihat mula merajuk. Arisyah melepaskan keluaha, jelas lelaki itu tidak menagkap apa-apa di sebalik kata-katanya. Arisyah melihat Syah yang masih ketawa riang. Sungguh, dia paling suka melihat wajah lelaki itu ketika lelaki itu ketawa. Kacak sekali menyerlahkan lesung pipit lelaki itu.


“Syah rasa perempuan paling cantik masa bila?”


Ketawa Syah berhenti tiba-tiba lalu memandang wajah Arisyah yang setia memandangnya. Satu senyuman terukir menyerlahkan duit lesung pipitnya itu, gadis idaman yang sering diimpikan yang berlari-lari di padang yang luas seperti dalam drama jepun yang diminati.


“Perempuan paling cantik bila senyum”


Syah membuka matanya apabila imej Mia yang menangis keesakan masih tergambar dalam benaknya. Sungguh, gadis yang diimpikan adalah seorang gadis ceria dan murah dengan senyuman seperti dirinya. Gadis seperti itulah akan mewarnai hidupnya. Tetapi kenapa apabila Mia menangis, hatinya mengatakan itulah gambaran seorang wanita paling cantik yang pernah dilihatnya. Debaran jantungnya semakin berdegup kencang.


Luahan hati Aril terhadap Mia tergambar kembali dalam ingatannya. Dia sepatutnya gembira kerana itulah kali pertama lelaki itu melauhkan perasaan suka pada gadis. Luahan seorang kawan kepada kawan jelas mengambarkan ianya benar. Entah kenapa Syah merasakan luahan itu adalah ikhlas berbanding luahan Aril kepada teman-teman wanita di sekelilingnyaa. Memikirkan ikhlasnya, Syah berasa tidak senang duduk.


Syah mengosok kepalanya, terasa kusut tiba-tiba. Laju telefonnya dicapai lalu icon games ditekan. Ralit sebentar dirinya bermain permainan games yang dipaparkan,cuba melupakan kekusutan yang melanda. Tidak sampai satu pusingan, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk. Nama ibunya tentera di skrin telefon.


“Assalamualaikum, mama tengah buat apa?”sambut Syah ceria sambil tersengih-sengih sambil memeluk bantalnya yang berada di sisi katil. Jelas suaranya berubah ceria apabila ibunya menelefonnya.


“Macam mana dengan Mia sihat?”


“Mia sihat, sekarang Mia tengah masak”jawab Syah riang memandangkan bau maggie telah memenuhi ruang rumah itu menandakan gadis itu sedang memasak. Kedengaran suara Datin Hayati ketawa riang mendegar jawapan Syah.


“Nampaknya hubungan Syah dengan Mia semakin erat. Tak ubah macam suami isteri. Termakbul doa mak berdoa siang malam kepada Allah. Rupanya doa mama didengar oleh Allah. Syukurlah” luahan hati ibunya itu mmebuatkan Syah menelan air liurnya. Mana taknya, mereka akan berpisah apabila 3bulan selepas itu. Apa yang eratnya? Semakin serba salah Syah untuk meneragkan situasi sebenar.


“Erm..bukan macam tu mama. Hubungan Syah dengan Mia biasa-biasa sahaja”ujar Syah cepat-cepat untuk mengelak ibunya memberi harapan lebih. “Alaa, malu pulak anak mama nie. Esok bawalah Mia datang rumah. Lama mama tak jumpa menantu dan anak mama”


Jemputan ibunya itu membuatkan Syah semakin resah. Baru sahaja ingin menghilangkan resah tadi, resah ini pula datang. “Er...Mia tak sihat. Dia asyik mengadu sakit perut”Syah cuba memberi alasan ,namun alasannya membuatkan Datin Hayati ketawa.


“Memang orang perempuan akan sakit perut bila datang bulan. Bawalah Mia sekali. Ipad Syah dah dibaiki. Boleh Syah ambil sekali”


“Ipad?” Syah kurang menangkap maksud di sebalik kata-kata ibunya. Bila masa dia ada Ipad?


“Ipad itu ada bersama-sama Syah semasa Syah lemas hari tu. Mama hantar ke kedai untuk dibaiki. Lama juga, barulah siap. Syah datanglah ambil Ipad tu sekali. Mama tunggu tau, pukul 10 pagi”belum sempat Syah memberi alasan, talian telah dimatikan.Syah mengaru kepalanya,memikirkan cara untuk memberitahu  Mia. Pasti mengamuk isterinya itu.


“Syah, jom makan”wajah Mia yang muncul tiba-tiba di muka pintu membuatkan Syah sedikit melompat. Gadis itu suka mengejutkannya namun masih boleh berwajah tenang. Syah mengurut dadanya lalu mergerling ke arah Mia. “Mia janganlah tunjuk muka hantu Mia macam tu”


Teguran Syah membuat Mia mencebik. Lambat-lambat dia meninggalkan Syah tanpa memohon maaf menyebabkan mata Syah sengaja dibulatkan kerana tidak percaya dengan apa yang dilihat. “Makcik nie, memang...”Syah mula turun dari katil lalu mengikuti langkah Mia dari belakang.


Syah menagmbil tempat dihadapan Mia yang masih setia menunggu sambil tersenyum-senyum. Ada dua gelas air milo sejuk dan dua mangkuk yang berisi maggie yang masih berasap di atas meja makan itu. Apabila Syah duduk,laju mangkuk yang berisi manggie itu ditolak perlahan-lahan kepada Syah dihadapannya. Syah memandang pelik ke arah Mia yang dilihat agak gembira itu.


“Cuba Syah rasa, ramai yang cakap maggie Mia sedap”luah Mia tanpa segan silu engan penuh yakin sekali. Tidak sabar untuk Syah merasa maggie. Itulah satu-satunya perkara yang dia pandai buat dan Syah adalah orang pertama yang merasanya. Syah melepaskan ketawanya melihat kesungguhan Mia untuk mengalakkannya merasakn maggie yang dibuatnya. Mati senyuman Mia dibuatnya.


“Siapa yang ramai sangat rasa maggie Mia? Lipas?”Syah tidak dapat menawan ketawanya membayangkan rumah Mia yang tidak ubah seperti kawasan pembuangan sampah itu, di mana Mia sedang makan maggienya bersama-sama lipas-lipas. Boleh dijadikan idea untuk animenya.


“Kalau tak nak makan sudah, banyak komen pulak”Mia sudah menarik mangkuknya di hadapan Syah, Syah cepat-cepat menarik kembali dengan meletakkan tanganya bersama-sama dengan tangan Mia.


Serta-merta edisi tarik menarik terhenti apabila Syah meletakkan tangannya di atas tangan Mia. Tindakan Syah itu menyebabkan Mia berhenti menarik tangannya sebaliknya memandang ke arah Syah tanpa berkelip. Syah agak gelisah dengan pandangan mata Mia, melihat tangannya dengan tangan Mia bersentuhan, jantungnya semakin berdebar-debar.



Adakah sebab itu Mia berhenti menarik? Adakah Mia juga merasakan sesuatu yang sama dengan apa yang dialaminya? Adakah Mia juga tidak selesa apabila tangan mereka bersentuhan? Adakah...”


“Syah pegang tangan Mia buat tangan Mia semakin melekat kat mangkuk. Panas tau tak” Segala dugaan Syah dengan penuh emosi itu hilang tiba-tiba mendnegar penjelasan Mia. Sebab tu je dia tengok aku? Bukan sebab berdebar-debar?


Mia mengibas-ngibas tangannya yang dirasakan panas itu. Selepas berpuas hati, Mia terus mengambil suapan pertamanya walaupun masih berasap panas. Syah hanya mampu mengeleng kepalanya, maggie yang digulung dengan garfu itu ditiup perlahan-lahan sebelun dimasukkan ke dalam mulut.


Mia tidak jadi meneruskan suapan maggie apabila melihat Syah ralit mengunyah maggienya, laju dia mendongak kepalanya lalu memandan Syah sambil tersenyum. Syah mengangkat keningnya apabila perasaan mata Mia tidak habis-habis menatap matanya dengan senyuman yang agak melebar.


Syah berdehem perlahan apabila senyuman Mia masih tidak mati. Dapat dirasa dengupan jantungnya kembali kuat. Apahal makcik nie, syok kat aku ke? Desis hati Syah. Namun tidak dijangka juga hati kecil Syah agak gembira memikirkan kemungkinan itu. Syah akhirnya menunduk sambil tersengih-sengih. Malu menatap wajah Mia.


“Sedap tak? Mia letak resipi lain dari orang lain. Selalunya maggie tak akan ada rasa macam nie, tapi Mia telah berjumpa cara-cara untuk memberi rasa kelainan pada manggie berbanding rasa yang disediakan”bersungguh sekali Mia bercerita dengan gaya sekali. Syah yang terdengar cerita Mia meletak garfu yang dipegangnya tiba-tiba menyebabkan cerita Mia yang bersungguh itu terhenti dengan tindakan tidak disangka oleh Syah.


“Mia tenung Syah sebab nak tunggu Syah beri pendapat pasal maggie?”Syah agak tidak berpuas hati apabila mula menangkap maksud tenungan dan senyuman Mia sedari tadi lagi. Sangkaannya gadis itu sengaja menenung wajahnya, rupanya kerana mengharapkan komen daripadanya. Hialng terus impiannya sebentar tadi. Sengihan ala-ala malu kucing itu terus sahaja hilang sebaik sahaja mendengar cerita Mia.


Mia mengangguk gembira mengharapkan Syah memberi respon positif seperti yang diharapkan. Syah adalah orang pertama yang merasanya, dia benar-benar mengharapkan Syah menyukai masakannya memandangkan itu sahaja yang mampu dilakukannya. Syah bagaikan tidak percaya dengan jawapan Mia itu.


“Mia..nie maggie. Memang rasanya sebijik macam maggie Mia”Syah sedikit menekankan ayatnya kerana terlalu geram sambil mempamerkan wajah yang sengaja dipaksa untuk senyum. Mia  masih tidak berpuas hati dengan jawapan Syah.


“Syah tak ada rasa kelainan ke dalam maggie nie?”


Syah melap mulutnya dengan tisu yang disediakan atas meja lalu senyum kepada Mia yang sengaja dibuat-buat. “Ada”jawab Syah ringkas.


Mata Mia agak bersinar mendengar jawapan daripada Syah tersebut. Semakin tertarik apabila Syah mempamerkan senyuman manis kepadanya. “Apa yang Syah rasa?”


“Mia ada letak racun tak dalam nie? Tak pun lipas ke dalam rumah Mia” Mia membuntang biji matanya mendengar jawapan selamba dari Syah. Dia mengharapkan benda lain, yang lain pula keluar dari mulut lelaki itu. Tidak boleh ke lelaki itu berbuat baik kepadanya? Walaupun sekali?


“Syah nak cakap maggie Mia buat nie tak sedap?”


“Maggie je pun”Syah masih dengan pendapatnya. Dia tidak nampak apa yang membuatkan Mia tidak berpuas hati sangat dengan penjelasannya. Bukannya gadis itu masak masakan yang sukar dimasak, maggie sahaja. Ambil air panas, letak dan siap!


Mia mula memuncung mulutnya  tanda tidak berpuas hati. Tanpa berkata apa-apa dia tiba-tiba bangun dan menuju ek dapur. Syah agak trekejut melihat perubahan dirinya. Tidak lama dia keluar dengan mangkuk kosong bersaiz agak besar dari mangkuk bereka berdua. Syah yang sedang ralit memutar maggie dengan garfu untuk dimakan, terpinggal-pinggal seketika apabila mangkuk maggienya diambil oleh Mia. Tidak sempat Syah membantah tindakan Mia, Mia telah memasukkan isi mangkuk Syah ke dalam mangkuk yang bersaiz besar itu. Kemudian isi mangkuk Mia juga dilakukan perkara yang sama. Tanpa menunggu panjang,Mia terus duduk lalu menyambung aktivitinya yang tertunda tadi dengan memakan mangkuk besar berisi maggie Syah dan dirinya.


“Mia, apasal ambil maggie Syah?”Syah agak tidak berpuas hati apabila maggienya diambil tanpa diberitahu terlebih dahulu. Dahlah dia juga agak lapar, balik-balik makcik nie pula merajuk.


“Tak payahlah makan. Mia takut esok berbuih mulut Syah makan maggie nie”


Syah menelan air liur apabila nada suara Mia agak berbubah. Kedengaran seperti orang berjauh hati. Sejak gadis itu sakit perut tengah hari tadi, dia perasaan gadis itu terlalu mudah terasa hati. Memang begini ke perangai orang perempuan? Mia  tidak langsung memandnaag wajah Syah, mulutnya laju menghabiskan maggie Mia itu.


“Biarlah Syah makan, bukannya Mia boleh habis. Sakit perut pulak nanti” Syah cuba mengambil mangkuk bersaiz gergasi itu, namun Mia memeluk mangkuk itu dengan erat sekali. “Biarlah, perut Mia”


“Ala, Mia cuba terangkan lebih jelas. Takkan lah sebab benda macam nie pun Mia tak puas hati. Selalunya Mia bersikap tenang saja. Lagipun, Mia Cuma masak maggie je”


Mia hanya senyap mendengar pujukan Syah. Sedikit pun wajah Syah tidak dipandangnya. “Mia, Syah bukannya boleh baca fikiran Mia. Cuba Mia luahkan apa yang Mia tak berbuat hati tentang Syah. Sebab Syah cakap maggie tu ada racun? Ke sebab Syah tak beri komen?”Syah masih mencuba nasibnya namun Mia masih tidak memberi respon sebaliknya terus makan maggie bersaiz gergasi itu.


“Mia, Mia kena luahkan perasaan Mia. Mia kan cakap yang Miannak berubah. Tapi benda macam tu pun Mia tak boleh luahkan”


Masih juga senyap tanpa jawapan.


“Mia kena luahkan apa yang Mia rasa. Kalau Mia rasa marah, Mia marah. Kalau sedih Mia menangsia. Mia jangan pendam begini. Luahkan apa yang Mia rasa. Walaupun kadang kala benda kecil, kita membesarkan, dan kita takut dengan pandnagan orang terhadap kita, yang penting kita luahkan. Kalau kita hidup kerana takutkan pandangan orang lain, apa gunanya ki....”Bukan main lebar Syah memberi ceramah agar Mia memberanikan diri meluahkan apa yang dia rasa, namun ceramahnya terhetni apabila mendengar sepotong ayat yang tiba-tiba dikeluarkan oleh Mia.


“Syah jahat”


Syah memandang Mia tidak percaya dengan mulutnya tergagap-gagap untuk mengatakan sesuatu tetapi tidak terkelur memandang wajah Mia yang mencuka melihatnya. Syah mengelip matanya tidak percaya. Aku bagi kata-kata semangat kat dia, dia boleh cakap yang aku jahat?


“A..apa?”soal Syah lagi tergagap-gagap. Mia meletak garfunya geram lalu memandang tajam ke arah Syah.


“Syah sombong, mulut jahat, perasaan bagus, tak matang”Mia merungus perlahan sambil menatap wajah Syah yang masih tidak percaya itu. Nak sangat aku luahkan perasaan kan? Nah ambik!


“Mia tahu tak yang Mia tidak berpuas hati hanya sebab Syah nie tak memberi komen tentang maggie Miaa. Mia tak rasa ke yang nie agak melam....”Tadi dia juga yang beri kata-kata semangat agar luahkan perasaan walaupun hal kecil, nie balik-balik dia pula menentang. Tidak berpuas hati dengan sikap Mia menghakiminya kerana maggie.


“Tapi Syah orang pertama yang makan masakan Mia”Luahan laju daripada Mia itu menyebabkan Syah terdiam tiba-tiba. Aku? Aku orang pertama yang makan? Entah kenapa hatinya sedikit berbunga memikirkan dialah orang pertama yang dapat merasa masakan gadis itu walaupun hanya maggie.


“A..apa?”Syah menyoal agak tidak percaya. Mia melepaskan keluhan berat. “Syah orang pertama. Syah tahu tak apa yang Mia rasa bila Syah langsung taknak habiskan apa yang Mia masak? Mia tahulah itu Cuma maggie. Tapi Mia betul-betul berusaha keras untuk siapkan. Tapi Syah tak cakap apa-apa pun”luah Mia penuh emosi dengan wajah mencuka. Syah akhirnya tersengih secara sembunyi. Berbunga hatinya apabila merasakan dirinya cukup penting di mata Mia.


“Aduh...laparnya perut Syah. Mari sini, maggie tu sikit”Syah memanjangkan tubuhnya untuk mengambil maggie itu sehingga separuh badannya berada di atas meja. Bersungguh Syah memakan maggie yang panas itu tanpa sedikit pun meniupnya terlebih dahulu. Berbeza dengan sikapnya yang bukan main berhati-hati.  Mia memandang Syah yang bersungguh memakan maggie dari mangkuk bersaiz gergasi tersebut. Lambat-lambat senyuman terukir di wajahnya melihat kesungguhan Syah yang cuba menghabiskan maggienya. Dia turut menyambung makanan malamnya ketika itu tanpa menghiraukan mereka berkongsi mangkuk bersama-sama.


Syah makan maggie itu dengan bersungguh-sungguh dengan hati yang agak berbunga. “Dah tinggal sup je”suara Mia rasanya kedengaran begitu dekat di cuping telinganya sehinggakan nafas gadis itu juga didengarinya. Takkan lah kot. Aku bermimpi ke?


Syah mengangkat kepalanya. Alangkah terkejutnyanya dia apabila mendapat Mia sedang merenungnya dengan kedudukan mereka begitu rapat sehingga rambut gadis itu menyentuh dahinya. Terasa bagaikan haba panas naik pada bahagian mukanya dari dagu hinggalah kepala. Rasanya mahu berasap telinganya menahan haba panas itu.




“Muka Syah merah lah. Panas sangat maggie nie. Lain kali janganlah makan tanpa tiup dulu”nasihat Mia tiba-tiba lalu membawa Syah ke alam nyata. Mengelabah Syah dibuatnya. “A..aa..Syah lapar sangat. Nie tak cukup rasanya. Kita kena makan sekali kuah nie”ujar Syah tergagap-gagap sambil memandang sekitarnya. Matanya tertacap pada straw yang diletakkan dalam gelas berisi air oren itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengambil straw itu lalu menggunakannya itu menghirup kuah maggie itu.


“Apa Syah buat nie”membuntang biji mata Mia apabila melihat Syah menghirup kuah maggie itu dengan straw pula. Tidak pernha dibuat orang gamaknya. Tambahan pula maggie mempunyai penambah perasa yang agak kuat. Selalunya orang ramai akan membuang sahaja kuahnya untuk kesihatan.


“Inilah style orang Jepun. Lagipun sayanglah kalau nak buang kuah nie. Bayangkan, satu sudu nie, satu ringgit. Kalau Mia minum kuah nie rasanya lebih sedap tau tak”Syah masih menghirup kuah itu tanpa menoleh ke arah Mia. Hanya mulutnya sahaja membebel tidak henti henti. Dia takut gadis itu dapat menagkap perubahan dirinya.


Mia ketawa kecil apabila kegelabahan Syah menghabiskan kuah itu dengan straw dan penjelasan Syah yang jelas kedengaran tidak logik. Walaupun lelaki itu tidak menyatakan apa-apa tentang masakannya, jelas Syah bersungguh menghabiskannya. Itu telah cukup mmebuatnya gembira. Mia merampas straw dari tangan Syah lalu membuatkan hal yang sama. Terpinggal-pinggal Syah seketika.


“Memang sedap, pandai orang Jepun reka benda-benda macam nie”Mia tersenyum kepada Syah apabila menghirup kuah tu seperti teknik yang diajar oleh Syah. Walaupun kedengaran lucu, dia mahu lelaki itu tahu dia juga sangat menghargai tindakan lelaki itu mengenai masakannya.


Syah ralit melihat bibir Mia yang menyentuh straw yang digunakannya. Straw yang mmepunyai kesan bibirnya kini digunakan oleh Mia pada kawasan yang sama. Kejap, bukankah inilah yang dinamakan ciuman secara tidak langsung oleh orang Jepun? Adakah ini bermakna dia dan Mia sekarang sedang bercium. Syah menelan air liurnya. Degupan jantungnya berdegup kencang memikirkan kemungkinan itu. Mia masih ralit menghirup straw yang digunakannya.


“Syah nak lagi?”Mia menghulurkan straw Syah kembali sambil tersenyum melihat Syah yang terpinggal-pinggal. Lambat-lambat Syah menyambut huluran itu sambil melihat ke arah straw tersebut. Straw inilah! Straw yang mempunyai kesan bibir Mia. Bibir Mia melekat pada straw ini, dan aku akan menghirupnya pula. Syah tersenyum kegembiraan. Straw itu diletakkan di dalam mangkuk maggie. Hampir dua inci lagi dia ingin mencecah straw itu,satu inci lagi mendekati kesan bibir Mia, separuh inci lagi dan....


“Lambat lah Syah nie”Mia mengambil mangkuk maggie bersaiz gergasi itu lalu menuangnnya sehingga habis ke dalam mulutnya. Mia mengelap mulutnya dengan hujung baju lalu meletakkan mangkuk maggie yang jelas kosong itu dihadapan Syah yang jelas terkejut. “Sedapnya!”jerit Mia kegembiraan.


“Apa yang Mia buat nie!! Apasal Mia makan bahagian Syah!”Syah menghentak straw di tangannya tidak berpuas hati bagaikan sesuatu berharga telah dirampas dari gengamannya. Hilang terus bayangan indah bermain dalam mindanya sebentar tadi. Mia terpinggal-pinggal apabila disergah oleh Syah begitu sehingga senyuman di bibirnya mati tiba-tiba.


“Mia ingatkan Syah tak nak. Sebab tu....” jelas Mia agak serba salah apabila Syah agak tidak berpuas hati dengan tindakannya.


“Siapa yang tak nak? Mia tu yang makan tanpa sedar yang tu bahagian Syah. Kan Mia dah makan tadi, kenapa bahagian Syah pun Mia nak ambik jugak?”Syah meluahkan rasa tidak berpuas hatinya sambil menghayunkan garfu di tangannya ke kiri dan ke kanan meluahkan kemarahannya. Mia mula serba salah apabila Syah menegkinnya begitu disebabkan sisa baki kuah dalam maggie.


“Mia tak tahu”itu sahaja jawapan yang mampu difikirkan oleh Mia untuk menjawab bebelan Syah yang penjang lebar itu. Syah merungus perlahan lalu bangun dari kerusi dengan keadaan marah. “Makcik tamak”





Dengan perasaan marah Syah meluahkan perasaannya lalu meninggalkan Mia yang terpinggal-pinggal dengan perasaan serba salah. Syah dilihat telah memasuki biliknya dengan hembasan pintu yang kuat seperti orang merajuk. Mia mula dihantui rasa bersalah dengan sikap Syah itu. “Lapar sangat ke mamat tu?”




Syah memandang pintu biliknya yang diketuk tiba-tiba itu. Terpacul wajah Mia yang agak serba salah itu. Syah sengaja memandang ke arah lain sambil memeluk bantalnya yang berbentuk doremon itu. Sengaja dia berbuat demikian agar Mia tahu yang dia benar-benar serius marah. Mia hanya menelan air liurnya sebelum melangkah memasuki bilik  Syah dengan air milo yang belum disentuh oleh Syah.


“Syah belum lagi minum air milo nie”ujar Mia perlahan sambil meletakkan air milo itu di atas meja lampu berhampiran dengan katil Syah. Syah hanya mencebik mendengar kata-kata Mia. Dia sengaja mengerakkan badannya agar tidak menghadap wajah Mia. Mia bergerak ke arah lain agak menghadap wajah Syah, Syah pusing badannya ke arah pertentangan pula. Mia melakukan gerakan yang sama, begitu juga dengan Syah.


“Syah lapar sangat ke? Lain kali Mia masak yang lain”pujuk Mia tenang lalu mengambil tempat di hujung katil Syah. Mia menatap wajah Syah yang memeluk bantal doremonnya, namun tidak sedikit pun lelaki itu menoleh ke arahnya.


“Ini bukan soal kenyang ke lapar. Ini soal adil. Memang dah sah-sah tu bahagian Syah tapi Mia tetap makan jugak tanpa beritahu ataupun minta izin Syah. Walaupun Mia yang masak, secara teknikalnya Mia masak untuk Syah. Memang sah-sah tu bahagian Syah tapi Mia ambil jugak. Mia kena adil tau tak”bebel Syah tidak henti-henti tanpa memandnag wajah Mia. “Benda dah lepas biarlah lepas. Takkan Mia nak keluarkan isi perut tu balik. Syah pun berfikirlah secara logik dan lupakan hal remeh macam tu”


Syah terasa tercabar apabila Mia menyebut ‘benda remeh begitu’. Bagaikan dia sahaja yang membesarkan hal itu. Laju kepalanya dipaling menghadap Mia melalui suara Mia. Membuntang biji matanya melihat Mia yang duduk tenang di katilnya.


“Siapa suruh Mia duduk atas katil Syah?”Suara Syah agak tergagap-gagap dan perlahan sehinggakan tidak dapat ditangkap dengan jelas oleh pendengaran telinga Mia. Mia mengurut kkeningnya apabila perasaan ada pergerakan pada mulut Syah menandakan lelaki itu membicarakan sesuatu namun tidak jelas. Mia mula bergerak memanjat katil mendekati Syah. “Apa Syah cakap?”


Syah dapat rasakan degupan jantungnya semakin membara apabila melihat Mia semakin merapati, dahinya mula berpeluh. Laju selimutnya ditarik lalu menutupi seluruh badan dan mukanya kecuali pada bahagian mata. Persis seperti budak kecil melihat hantu. “Jangan dekat”tersekat-sekat suara Syah memberi larangan kepada Mia.


“Syah deman ke apa? Muka merah je nie”Mia masih menyambung tindakannya menyebabkan muka Syah semakin merah padam memikirkan hanya mereka berdua sahaja dalam rumah itu, bilik yang sama dan berada atas katil yang sama.


“Perempuan miang!”Syah melempar bantal doremon yang dipeluk kemas ke muka Mia kerana terlalu gelisah. Serta merta tindakan Mia terhenti apabila bantalitu tepat mengena wajahnya. Mia meniup ke arah atas untuk meniup rambutnya yang menutupi wajahnya akibat lontaran bantal yang dibuat oleh Syah.


Mia duduk bersila selamba memandang Syah geram sambil membetulkan ikatan rambutnyaa persis seperti samseng melihat kepada mangsanya. Manakala Syah pula masih memeluk tubuhnya bersama selimut persis seperti orang yang hampir dirogol. “Perempuan miang?” Mia ketawa kecil sambil menyebut perkataan itu.


“Cuba Syah tengoklah sikit diri Syah dari atas hingga bawah. Dari hari pertama kita berjumpa, Syah asyik tuduh Mia perogol, pencabul tak tentu pasal. Syah ingat Mia heran sangat dengan tubuh sekeping macam Syah. Mia tengok pun tak ada perasaan tau tak”Mia meluahkan ketidakpuasan hatinya dari hari pertama mereka bertemu hinggalah sekarang. Malas mahu simpan lama-lama, elok lelaki itu dah tahu pasal kejadian di Billion, baik lelaki itu tahu segalanya.


“Apa maksud Mia?”


“Sebab apa orang ramai salah faham kita berdua nie kekasih, kali kedua pertemuan kita, Mia ternampak Syah di aparment Syah pakai seluar pendek sahaja. Dahlah nak tanggalkan seluar pendek tu tanpa tutup dulu tingkap, sekarang Syah nak berlagak suci sedangkan aurat Syah yang tu pun tak reti nak jaga” Syah bagaikan tidak percaya dengan cerita yang disampaikan oleh Mia. Drastik sekali pertemuan mereka dari awal hingga akhir. “Takkanlah....”


“Apa yang taknya? Lepas tu Syah nampak Mia tengok dan datang ke depan pintu Mia dengan baju tak pakai. Pakai sweater je. Dahhlah over acting depan pintu Mia. Syah memang terdesak nak jadi pelakon sangat ke yang terbawa-bawa ke alam nyata. Syah, nie dunia sebenar. Bukannya dunia animasi macam Syah reka tu”


“Tak mungkin Syah buat macam tu. Syah kenal siapa diri Syah”Syah masih membangkah kebenaran yang disampaikan oleh Mia sambil mengeleng kepala tidak berpuas hati. “Lepas ingatan Syah kembali, Syah akan rasakan muka Syah merah sambil berkata ‘Kenapalah aku bodoh sangat buat macam tu’”sambung Mia lagi sambil meletakkan kedua-dua belah telapak tangannya pada muka untuk menjayakan reaksi yang akan dilakukan oleh Syah sebaik mengetahui perkara itu.


“Syah tak akan buat macam tu”marah Syah apabila Mia mengajuknya persis seperti seorang perempuan. “Syah akan buat macam tu”ujar Mia tenang, Syah pula dilihat agak melebih-lebih.


“Syah tak akan buat macam tu!”Syah tidak berpuas hati apabila Mia meragui dirinya lalu menolak selimut yang menutupi wajahnya agak kasar seperti budak kecil. Mia memandang perlakuan Syah lalu mencebik. “Tengoklah sekarang, perangai Syah pun macam perempuan dah”


Syah dapat merasakan darah mengalir laju di bawah kulitnya menyebabkan wajahnya yang putih bersih kemerahan. “Mana ada peranggai Syah macam perempuan” Syah menutupi wajahnya dengan lengannya lalu mengalih ke arah lain. Mia hanya dapat mengeleng setiap kali melihat tindakan Syah itu.


“Syah tahu tak perangai Syah sebijik macam watak heroin perempuan anime? Sebab tulah Mia tidak perlu risau berkahwin dengan Syah dengan kontrak macam tu. Walaupun beberapa kali Mia tengok Syah, Syah memang sebijik dengan adik perempuan Mia” Komen Mia secara jujur membuatkan Syah mencebik. Hilang terus dengupan jantung yang dialami diganti dengan perasaan marah kepada Mia.


“Habis Mia tu macam tak ada perasaan. Entah macam manalah Mia akan berjumpa dengan mak Syah esok”Pernyataan Syah secara tidak sengaja itu membuntungkan biji mata Mia.  Dia tersalah dengar ke?


“Jumpa mak Syah esok? Apa yang Syah fikirkan? Memang sah-sah kita nie cuma berpura-pura tak payahlah bagi harapan lebih kat dia”


“Syah rasa mengantuklah, tidur dulu” Syah mula menangkap kesilapan dirinya berbicara lalu berpura-pura mengantuk. Syah merebahkan dirinya lalu menarik selimutnya untuk melarikan diri dari dibebel oleh Mia.


“Mia cakap dengan Syah nie”Mia menarik selimut Syah, namun Syah terlebih dahulu memegangnya kemas menghalang tindakan Mia mencuri selimutnya. Matanya dipejam rapat utnuk berpura-pura tidur. “Syah! Bangunlah” Syah semakin menutup matanya tanpa bersuara.


“Syah!”


Mia mengetap bibirnya apabila Syah sengaja tidak memberi respon. Akhirnya dia meninggalkan Syah keseorangan dengan teknik lakonannya. Dia tahu, lelaki itu pasti tetap berdegil walau sebanyak mana pun dia membebel. Syah membuka matanya apabila merasakan kelibat Mia telah tiada. Satu senyuman terukir di wajahnya menandakan dia telah menang.






Mia membasuh wajahnya pada sinki selepas selesai mandi dan mengenakan baju T-Shirt lengan panjang berwarna putih milik Syah. Rambutnya yang agak terurai kerana ikatan yang tidak kemas hanya dibiarkan sepi. Setelah selesai semuanya, dia bergerak pula ke bilik Syah yang hanya bertentangan. Kelihatan sekujur badan yang masih berbalut dengan selimut menandakan lelaki itu masih tidur. Tanpa menunggu panjang, Mia terus meredah masuk dan bergerak ke katil Syah.


Mia memandang wajah tenang Syah yang masih lena dibuai tidur dengan memeluk bantal doremon kesayangannya itu. “Syah, bangunlah! Tolong hantar Mia” Mia berkata tenang sambil berdiri tegak tanpa sedikit pun mengoncong badan Syah. Seperti yang disangka, tiada balasan daripada Syah.


“Syah bangunlah!”Mia mengoncong pula bahu Syah, namun tiada juga reaksi. Mia mengetap bibirnya agak geram. Mia bergerak pula mencubit pipi Syah di sebelah kanan agak kuat “Syah bangunlah, teman Mia kejap”adu Mia masih tidak berpuas hati. Dahi Syah agak berkerut apabila dirasakan pipinya dicubit, namun tidak pula lelaki itu membuka matanya. Sebaliknya dia mengerakkan badannya ke posisi bertentanagn dengan Mia menyebabkan cubitan pada pipinya terlepas.


Mia memandang geram tubuh Syah yang sengaja memebelangkanginya. Akhirnya tubuh yang dibaluti dengan ditarik oleh Mia kasar  sehingga menpakkan betis dan paha Syah yang putih melepak itu kerana hanya mengenakan seluar pendek. Mia tidak perlu menjerit sebaliknya hanya memandang tenang ke arah paah Syah yang terdedah itu dengan tenang. Syah dapat merasakan udara sejuk dari pendingin hawa memenuhi setiap bahagian tubuhnya terasa sejuk tiba-tiba. Syah perlahan-lahan membuka matanya, dapat dilihat selimut pada badannya hilang entah ke mana.Jatuh kat bawah ke?


Syah bangun dari pembaringan lalu termenung panjang seketika kerana masih belum sedar sepenuhnya. Mia yang tenang disisinya masih belum ditoleh. Syah mengaru kepalanya yang tidak gatal, untuk mendapat kecergasan semula. Sambil mengaru kepalanya dia cuba memerhatikan sekeliling. Dari kanan ke kiri. Dia dapat melihat Mia di sebelah kirinya. Dari kiri dan ke kanan. Kejap, Mia? Dalam biliknya? Dengan paha dan betisnya agak terdedah? Syah menoleh ke arah kiri semula agak tidak percaya. Mia dilihat tenang merenung ke arah betisnya dengan berwajah selamba. “Arggghhh, perempuan miang”


Syah sudah merampas selimut pada tangan Mia lalu membaluti tubuhnya sekaligus menutupi paha dan betisnya yang agak terdedah itu. Daripada paha Syah itu, Mia beralih kembali kepada wajah Syah  yang kemerahan dengan selamba. “Ooo..Syah dah bangun”ujar Mia selamba.


“Apa Mia buat dalam bilik Syah? Nie bilik  lelaki tau tak!tolong jaga privasi di antara kita seperti yang termakbut dalam perjanjian. Syah boleh bawa hal ini ke mahkamah sebab Mia melanggar perjanjian dan juga gangguan seksual atas lelaki” Seperti biasa sikap over acting Syah tidak pernah hilang dalam dirinya. Syah mula bersikap seperti gadis yang baru lepas dirogol sahaja gamaknya.


“Ooo..jadi yang nielah Syah maksudkan sebagai privasi? Sorry”selmaba sahaja suara Mia menyatakan maaf membuatkan Syah semakin mendidih jadinya. Rasanya seperti Mia sengaja mempermainkannya. Siapa lelaki sebenarnya? Akuu ke minah nie?


Syah bangun dari pembaringannya sambil melilit selimut pada badannya persis seperti anak dara baru lepas mandi. Untuk menjauhkan diri dari Miia yang dilihat agak membahaya itut, dia turun dari katil. “Apa Mia nak?”


“Mia nak Syah hantar Mia untuk hantar sisa baki dokumen yang belum siap nie. Lepas tu kita pergilah ke rumah Syah”


“Ok la. Keluar dulu, Syah nak mandi” Syah masih lagi memegang rapatselimut yang melilit badanna. Mia hanya mampu mencebik, memang itulah sikap Syah. Sejak dahulu sikap itu masih tidak boleh diubah lagi. Akhirnya Mia meninggalkan Syah sendirian di dalam bilik itu. Apabila Mia keluar barulah Syah bergerak mendapatkan kain tualanya dan dililit pada pinggangnya.




Mia menghentikan langkahnya apabila merasakan ada derap langkah yang mengikutinya dari belakang. Geram rasanya dirinya apabila diri diikuti. Mia memegang kemas dokumen di pelukannya lalu secara drastik sengaja menoleh belakang.


“Syah buat apa nie? Kan Mia dah cakap tak payah ikut. Mia boleh uruskan sendiri” ujar Mia perlahan kepada Syah yang menyorak berhampiran dengan peti besi berwarna merah bersaiz kecil. Jelas tubuh badan Syah terdedah walaupun lelaki  itu telah membongkak.


“Tapi Syah  takut Mia kena marah lagi. Kalau dia marah lagi kat Mia Syah akan ajar dia cukup-cukup”Syah telah menunjukkan penumbuknya dengan bangga sekali untuk menarik perhatian Mia dengan penawarannya namun Mia seperti biasa tiada reaksi. “Dengan badan sekeping tu?”


“Mana ada badan Syah sekeping!”Mia hanya mampu tersenyum dalam hati dengan keikhlasan yang ditawarkan oleh Syah. Tetapi kali ini dia benar-benar mahu lakukan sendiri. “Mia tetap nak buat sendiri. Lagipun Syah sendiri ajar Mia untuk lebih berani berdapan orang ramai, perasaan Mia dan masa depan. Kalau Syah tolong Mia, benda itu semua tiada maknanya. Mia betul-betul nak buat sendiri. Syah perlu percayakan Mia”


Luahan hati Mia itu membuat hati Syah berbunga dan bangga. Terasa segala usahanya mengajar Mia selama ini berjaya. Berjaya untuk melihat perubahan gadis itu sebelum mereka berpisah. “Mia...”Syah menggengam tangannya tanda bangga dengan matanya sudah mula berair mengenangkan kebanggaannya.


“Boleh tak jangan over sangat” Mia hanya mampu mengaru kepala sebelum menyambung langkah tanpa memikirkan cara untuk meredakan perasaan Syah itu. Suka hati mamat tulah,lepas tu okeylah perasaan dia.


“Mia! Fighting! Fighting!”


Terdengar jelas sorakan Syah di kaki lima itu menyebabkan keadaannya agak bergema. Mia menutup bahagian tangannya dengan wajahnya kkerana agak malu jika dilihat sesiapa. Aku bukannya berada di pedang perang.



“Mia fighting! Kalau dia marah Mia lagi, Mia tarik je rambut tebuan dia” Kata-kata semangat dari Syah akhirnya membuat Mia tersenyum. Sengaja Mia sembunyikan senyuman itu dari Syah sebelum beredar ke pejjabat majikannya. Syah memeluk tubuhnya berpuas hati dengan perubahan Mia itu persis seperti seorang ayah melihat anaknya naik pentas untuk mengambil hadiah. ‘Anak perempuan aku dah besar’desis hati Syah.


Mia megenggam erat pergelangan tangannya sambil menelan air liur. Dapat dirasakan dengan jelas tangannya telah basah dek kerana peluh. Mia mengangkat wajahnya setelah mendapat kekuatan sedangkan sedari tadi dia hanya menunduk. Dapat dilihat majikannya yang serius memandang hasil kerjanya sambil menyilang kaki dan tangannya yang mengusap-usap dagunya. Cukup elegan sekali posisi majikannya sedangkan dia hanya berdiri tegak persis majikan walaupun ruangan itu ada disediakan kerusi.


“Baru sekarang siap semua ke?”


Soalan majikannya kedengaran begitu sinis pada gendang telinganya. Soalan itu adalah permulaan untuk semua maki hamun yang akan ditadah nanti. Nasihat Syah bergema kembali. Dia perlu yakin. Dia perlu berani untuk bersuara. Dia perlu berubah!


“Walaupun baru sekarang saya boleh hantar, tetapi saya telah berusaha sedaya upaya saya, dan rasanya saya tak layak dima....”belum sempat Mia mengatur bicaranya dengan yakin sekali setelah mengutip beberapa cebis keberanian, terus sahaja terhenti apabila melihat majikannya tersenyum mesra kepadanya buat pertama kali. Dia senyum?


“Bagus kerja awak Mia. Semuanya cukup terperinci dan memuaskan. Awaklah perkerja terbaik saya!”luah majikannya gembira sambil menunjukkan hasil kerja Mia itu. Pekerja-pekerja lain sudah mula memerhatikan mereka dengan perubahan drastik majikannya terhadapnya.


Mia menutup mulutnya perlahan-lahan seakan tidak percaya. Dia puji aku? “Ha?”


“Maaflah Mia sebab bagi awak kerja last minutes sebab pekerja lain tiba-tiba ada emergency. Awak sahajalah yang boleh saya harapkan. Lain kali saya akan beritahu awak lebih awal pasal kerja nie. Saya juga akan cuba hadkan kerja awak kepada yang sepatutnya” Mia menelan air liurnya mendengar pernyataan yang tidak lekang dengan senyuman itu. Tadi dia takut dengan maki hamun majikannya, kini senyuman majikan itu lagi menakutkan rasanya.


“Er...ok”janggal sekali suara Mia mempersetujui cadangan majikannya. Majikannya tersenyum simpul apabila wajah Mia kelihatan semakin lembut pada pandangannya. Segala usahannya tidak sia-sia.


“Erm..adik awak tak datang kke hari nie?”soal majikan Mia sambil melihat sekeliling Mia. Mia sedikit tidak jelas dengan soalan yang dinyatakan oleh majikannya. Adik?



“Maksudnya.....” Mia memandang majikannya agak curiga. Tadi dia senyum, lepas tu puji dan tiba-tiba tanya adik aku? Memang sewel ke apa? “Lelaki yang datang dengan awak tempoh hari”



Serta-merta kepala Mia membayangkan wajah Syah. Adakah kerana lelaki itu majikannya berubah hati? Majikannya terssenyum manis kepada Mia. Jelas senyuman itu dibuat-buat untuk meminta ssesuatu perkara. “Kenapa Mia tak cakap yang Syah tu adik Mia?”


Mia akhirnya melepaskan keluahan. Memang jelas, Syah yang menyebabkan majikannya berubah baik mendadak daripada harimau kelaparan kepada seekor kucing yang manja. “Perlu ke Mia cakap yang Mia ada adik macam Syah?”soal Mia berani.


Wajah majikan Mia agak berubah apabila melihat Mia semkain berani menyoalnya begitu seakan-akan mencabar. Namun lambat-lambat dia ketawa, cuba berpura-pura mengambil sindiran Mia itu sebagai satu jenaka. “Selalunya kalau sesiapa mempunyai adik berbakat macam Syah, mestilah bangga. Tapi Mia tak pernah pula cerita pasal tu”ada senyuman terukir pada setiap butir bicaranya. Senyuman yang jelas tidaak ikhlas.



“Oooo...macam tu ke”suara Mia memang tenang tapi kedengaran agak sinis menyebabkan senyuman majikannya mati tiba-tiba. Melihat wajah Mia tanpa reaksi itu, majikan Mia masih menebalkan diri mengukir senyuman.


“Emm...boleh tak Mia minta tandatangan dia dengan nombor telefon sekali. Mungkin lepas ni lebih mudah jika syarikat kita mempunyai seseorang berpengaruh macam dia”majikan Mia bergerak menghampiri Mia sambil membawa beberapa kotak dvd anime kepada Mia dengan senyuman mesra. Mia menyambut huluran itu tanpa menyoal banyak sambil memerhati satu persatu hasil kerja lelaki itu. Rupa-rupanya lelaki itu sangat berpengaruh sehingga mampu menerbitkan anime sebanyak itu.


“Macam nie lah manusia kan”penyataan daripada Mia itu memang perlahan dan tenang tetapi jelas mematikan senyuman majikannya. Majikannya tidak berkelip melihat Mia yang tenang itu. Sangkaannya gadis itu jenis give and take je. Tidak banyak menyoal ataupun memberi komen. Adakah dia sindir aku tadi?


“Jangan risau, saya akan bagi kat Syah. Kalau ada apa-apa, tolong hubungi saya dengan nombor nie,sebab telefon saya sekarang ada masalah sikit”Mia menulis sesuatu di stick note yang sering dibawanya lalu diberikan kepada majikannya. Majikannya hanya menerima sambil mengangguk dengan senyuman. Setelah itu,Mia meminta diri untuk pulang. Lucu pun ada, kerana nombor yang diberikan itu nombor Syah tapi majikannya masih beria meminta nombor Syah kerana tidak mengetahui hal tersebut


“Ok, terima kasih”majikan Mia menambut huluran itu lalu disimpan ke dalam poket. Sedikit pun dia tidak berminat untuk melihatnombor yang tentera di kertas yang diberi oleh Mia. Hatinya sudah berbunga mengingati tandatangan dan nombor telefon yang akan sampai tidak lama lagi.


“Mia ok tak?”


Mia agak terkejut apabila ada suara yang menyapanya sebaik sahaja dia membuka pintu untuk keluar, terpancul wajah Syah yang beria untuk mendengar cerita daripada Mia. Mia mengusap kepala Syah persis seperti anak kecil sehingga menyebabkan gaya rambut Syah sedikit kucar kacir.


“Adik kakak memang terkenal sangat ke?”Mia masih mengusap kasar rambut Syah sehingga lelaki itu bertindak menepisnya. “Hati-hatilah. Habis rambut Syah nie”rungut Syah tidak berpuas hati.


“Memang dari awal lagi, cerita Mia berubah disebabkan Syah. Macam mana Mia tak perasaan masa kita jumpa mula-mula, sehingga sekarang Syah masih melekat dalam cerita Mia”pernyataan tenang daripada Mia menyebabkan dahi Syah sedikit berkerut utuk merungkap makna di sebalik kata-kata Mia. Gadis itu memang jujur dengan perasaannya tapi mesti tersirat.


“Em?”Syah mengangkat keningnya seperti tidak menagkap maksud kata-kata Mia. “Walaupun sekuat mana kita bergaduh dulu, siapa sangka jalan cerita kita akan menjadi macam ni”sekali lagi Mia masih tidak memberi kata-kata yang jelas sebaliknya terus berlalu meninggalkan Syah yang amsih terpinggal-pinggal.

Syah mengeluh sebelum mengejar Mia di hadapannya dengan laju. Apabila mengampiri Mia, dia laju melintasi hadapan gadis sekaligus menghalang pergerakan gadis itu. “Apa maksud Mia? Majikan Mia marahkan Mia lagi ke? Dia buat macam mana?”soal Syah bersungguh namun Mia hanya memandang Syah tanpa memebri jawapan. Melihat reaksi Mia begitu menyebabkan Syah menegeluh tidak berpuas hati.


“Makcik tu memang tak faham bahasa agaknya, padahal Syah dah nasihat....”pernyataan Syah itu sedikit menarik perhatian Mia. “Syah marah dia ke?”soal Mia tidak percaya. Lelaki itu berbuat demikian demi dia?


Syah terdiam apabila tindakannya ditangkap oleh Mia kerana kelancaran mulutnya bercerita. Serta-merta wajahnya ditunduk sambil mengaru-garu kepalanya,cuba mencari alasan. “Kenapa Syah buat macam tu?” tanpa dipinta, Mia mengaku hatinya sedikit cair jika diperlakukan begitu. Lelakiitu kelihatan kebudakan tetapi mampu bersikap seperti itu deminya?


Syah mengangkat wajahnya, terasa wajahnya panas apabila matanya menatap mata Mia yang tidak berkelip memandnagnya. “Mulut makcik tu celupar sangat. Dahlah dah tua, tapi mulut masih dah boleh jaga. Sebagai manusia, kita mestilah saling naasi...”belum sempat Syah memberi alasannya, terdengar gelak ketawa Mia menyebabkan Syah terdiam. Minah nie ketawa.


Mia dilihat ketawa sambil menutup mulutnya, itulah kali pertama dia melihat gadis itu benar-benar ketawa. Selama ini, paling maksimum pun gadis itu Cuma senyum je. Dup Dap. Syah tersentak apabila dia merasakan ada sesuatu yang aneh bebrlaku pada jantungnya. Dup Dap. Syah menelan air liurnya,terasa bagaikan ada sesuatu yang terlepas di mana dia sendiri tidak mampu mengawalnya. Apahal aku nie? Adakah aku rasa takut sebab takut dimarahi oleh Mia kerana melakukan perkara yang dilarangnya? Sampai macam nie sekali?


“Terima kasih Syah”


Dup Dap. Syah dapat rasakan jantungnya begitu perit sekali, perlahan-lahan telapak tangannya diletakkan pada jantungnya. Kuatnya, kenapa aku berasa takut sedangkan Mia baru sahaja berterima kasih kepadanya. Kenapa aku masih takut?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...