Monday, 30 December 2013

Are You Afraid Of Love:Episode 3

[3]
We Got Married


“Apa maksud doctor? Dia menghidap amnesia?”Mia membulatkan matanya. Sukar untuk dirinya menerima hakikat tersebut. Amnesia? Maksudnya lelaki tersebut tidak dapat memberi keterangan tentang apa yang telah berlaku antara mereka? Adakah itu menunjukkan dirinya bersalah?

“Tapi dia boleh mengingati nombor telefon ibunya. Dia mampu mengingati namanya.Dia masih mempunyai ingatan!” Mia sudah mula hilang sabar. Dia merasakan dirinya dipermainkan. Mustahil lelaki itu hilang ingatan. Baru sebentar tadi lelaki itu menelefon ibunya untuk mengambil mereka daripada pejabat pegawai pencegah maksiat itu.

Doktor tersebut melepaskan keluhan berat. Jelas sekali Mia tidak memahami penerangannya. Ini bukanlah hilang ingatan seperti yang sering dipaparkan dalam drama-drama Indonesia. Tidak semua penghidap amnesia mengalami perkara yang sama.

“Betul apa yang gadis ini kata. Dia mampu menelefon saya. Dia ingat siapa keluarganya”ujar Datin Hayati pula. Dia bersetuju dengan pendapat gadis tersebut. Matanya mengerling ke arah wanita tersebut yang masih belum menukarkan pakaiannya. Setelah mendapat panggilan telefon daripada pegawai pencegah maksiat, terkejut besar dia dibuatnya. Paling sukar diterima, Syah tidak memberi apa-apa penerangan untuk membela dirinya atau gadis tersebut. Mahu luruh tangkai jantungnya apabila diberitahu anaknya melakukan zina. Selepas tiba di sana, gadis yang memperkenalkan diri sebagai Mia menerangkan segala-galanya. Apabila meminta penerangan anaknya, lelaki itu hanya mengeleng. Malah lelaki tersebut sering memegang kepalanya. Barulah ketika itu dia sedar ada darah yang mengalir pada dahi anaknya.

Laju sahaja mereka membawa Syah ke hospital berdekatan. Mia tidak habis-habis menerangkan keadaan sebenar namun, tiada saksi yang mampu mengesahkan kebenaran kata-kata Mia. Hanya Mia sahaja yang mengetahuinya. Sedikit sebanyak nasib tidak menyebelahinya.
“Sabar Cik, puan pun sila bawa bersabar.  Daripada situ memang dia kelihatan mengingati segala-galanya. Tapi dia sendiri tidak tahu masa telah berlalu dengan pantas”Penerangan doktor tersebut hanya mampu mengerutkan dahi Mia dan Puan Hayati. Syah hanya duduk termenggu melihat kedua-dua manusia di hadapannya. Sesekali dia memegang kepalanya yang telah siap dibalut oleh doktor yang memperkenalkan diri sebagai Fahmi tersebut. Dia hanya membenarkan kedua-dua wanita tersebut mengeluarkan hujah. Aku amnesia? Lepas tu kena tangkap khawat?

“Apa maksud doctor? Boleh tak cakap terus-terang?”soal Puan Hayati lurus. Mia hanya mengangguk mengiakan soalan Puan Hayati tersebut. Harapannya agar analisis doctor tersebut mempunyai kesalahan.

“Syah, berapa umur awak sekarang?”Tiba-tiba sahaja soalan tersebut ditujukan kepada Syah. Syah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, terkejut apabila disoal begitu. Kedua-dua wanita dihadapannya memandang dirinya tajam. Rasa rimas bila beberapa orang pegawai perubatan mula memenuhi kamarnya. Aku nampak macam orang sakit sangat ke? Aku okey jelah!

“Apasal tiba-tiba tanya Syah soalan macam tu? Apa kaitan dengan semua nie?”Kini Syah mula mengerutkan dahinya. Sukar untuk dia menangkap maksud tersirat daripada soalan doctor tersebut. Apa kaitan dengan semua nie?

“Jawab soalan saya Syah”Doktor tersebut mula bertegas. Syah menelan air liurnya.

“25 tahun. Kenapa?”jawab Syah dengan yakin. Mata ibunya semakin membulat mendengar jawapan daripada Syah.

Mia hanya mengangguk mendengar jawapan tersebut. Em…logik juga umur mamat nie 25 tahun. Aku ingatkan umur dia 23 tahun. Memang awet mudalah.

“Apa Syah mengarut nie? Umur Syah sekarang dah 28 tahunlah!” Teguran daripada Datin Hayati itu memerangjatkan Mia dan Syah. Benak Mia sudah mula bercelaru. 28 tahun? Mamat nie lagi tua dari aku? Kenapa masih nampak keanak-anakan?

“Mak…mak janganlah bergurau. Baru semalam Syah sambut hari jadi Syah dengan Hanazakari Riu.Kitorang siap buat barbeque lagi. Kalau mak tak percaya, mak boleh telefon dia”Syah sudah membuat cadangannya. Mustahil dia sudah berusia 28 tahun. Mustahil. Dia masih mengingati perkara tersebut dengan baik.

“Syah, macam mana awak boleh sampai di Malaysia?”Doktor tersebut mula mengajukan soalan kembali kepada Syah. Syah mula berkerut mendengar soalan tersebut. Setelah difikir-fikirkan, dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh tiba di Malaysia. Puas Syah mengerah ingatannya. Namun apa yang dia ingat hanyalah suasana sejuk di Tokyo.

“Saya…saya tak tahu”

“Lihat..dia tidak mampu mengingatinya. Semua itu adalah tanda-tanda seorang penghidap amnesia”terang doctor tersebut secara berhemah. Semoga itu dapat memudahkan mereka menerima konsep sebenar amnesia.

“Apa doctor mengarut nie? Saya dapat mengingati semuanya dengan jelas. Saya berkerja sebagai seorang juru animasi. Saya ingat semua tu. Saya kenal semua ahli keluarga saya. Jangan anggap saya sebagai pesakit. Saya tak sakit!!”Suara Syah memecahkan suasana sunyi kamar bilik tersebut. Nafasnya turun naik menahan marah. Dia merasakan doctor tersebut sengaja memperbodohkan dirinya. Mencipta masa depannya 3 tahun ke depan.

“Dia…dia betul-betul tak ingat ke?” Kini Mia pula mula bersuara. Mata wanita itu mula berkaca untuk menerima takdir yang ditentukan untuknya. Menerima takdir tersebut bagaikan membenarkan tuduhan ke atas dirinya. Jika lelaki itu telah hilang ingatan, bagaimana tuduhan ke atas dirinya?  Siapa yang akan membelanya? Tiada saksi, tiada bukti. Malah dia dikejutkan lagi dengan jumpaan condom oleh pegawai pencegah maksiat di dalam bot tersebut. Maka segala penerangan kedengaran sebagai alasan. Bukti tersebut telah ditunjukkan kepada Puan Hayati juga. Dia tahu, mak Syah sendiri tidak mempercayainya. Siapa dia? Dia hanya orang asing yang tiba-tiba muncul. Bagaimana wanita tersebut ingin mempercayainya?

“Ye..encik, daripada apa yang saya lihat, saya rasa Syah mengalami masalah retrograde amnesia iaitu sejenis gangguan memori akibat kecederaan pada otak. Dalam keadaan ini pesakit tidak mampu mengingati beberapa maklumat penting atau kejadian yang sebelumnya dalam sesuatu tempoh. Seperti yang dihadapi oleh Encik Syah, dia hilang memori 3 tahun kebelakang”jelas doctor tersebut panjang lebar. Ketawa daripada Mia memerangjatkan semua orang dalam kamar tersebut.

“Pendek kata dia hilang ingatan lah kan? Dia tidak boleh ingat apa-apa pasal kejadian tu. Kejadian tu…..”Mia menghentikan kata-katanya. Dia menahan air matanya. Sukar rasanya dia menerima takdir tersebut. Kini di mata semua orang, dia adalah penzina. Jumpaan condom mengesahkan lagi perkara tersebut. Walaupun dia tidak tahu siapa pemilik condom tersebut, dia yakin itu bukanlah milik mereka. Apakah milik gadis yang melarikan diri itu?

“Betul tu. Encik Syah apa perkara yang terakhir awak ingat?”soal doctor tersebut. Syah menarik nafas sedalam-dalamnya. Otaknya mula memerah untuk mencari jawapan.

“Apakah peristiwa yang terakhir awak ingat?”

“Saya sedang makan barbeque bersama-sama kawan saya berhampiran sebuah kolam. Entah mana silapnya, saya tergelincir dan kepala saya terasa terhantuk dengan sesuatu. Bila saya buka mata, saya mendapati sekeliling saya hanyalah biru…kemudian saya tak ingat apa-apa lagi”Panjang lebar Syah menceritakan peristiwanya. Mia hanya mencebik mendengar cerita tersebut. Bagi Mia, berilah apa-apa jawapan sekalipun. Lelaki tersebut tidak dapat disembuhkan dengan cerita sebegitu. Dirinya tetap dianggap sebagai penzina!

Datin Hayati memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa berdenyut. Ya, dia ingat dengan jelas peristiwa tersebut. Pada waktu tersebut, rakan Jepun Syah telah menelefonnya untuk bergegas ke Jepun. Dengan pantas dia menempah tiket daripada setiausahanya. Hampir seluruh keluarga mereka menjenguk Syah ke Jepun. Mujurlah lelaki tersebut selamat. Sejak itulah, Syah mula takut dengan air.

“Betul tu Syah.. memang itu ada berlaku” Syah mula tersenyum apabila jawapannya mendapat sokongan daripada ibunya. Itu jelas membuktikan dirinya masih mengingati segala-galanya.

“Tapi… berlaku 3 tahun yang lalu. Masa Syah masih di Jepun”sambung Datin Hayati. Syah terkesima. Penjelasan daripada ibunya membuatkan lidahnya kelu tiba-tiba. Dia menoleh pada wajah yang ada di situ sebelum menutup wajahnya sambil menyandar pada sofa yang disediakan. Okey, aku lemas? Pompuan tu beri CPR, kemudian kitorang kena tangkap basah? Aku hilang ingatan? Macam mana itu boleh berlaku? Benarkah itu yang berlaku? Syah memejamkan matanya. Fikirannya semakin kusut. Dia sudah malas memikirkannya lagi. Rasanya dirinya seperti orang bodoh yang tidak mengetahui apa-apa.

“Syah mengalami gangguan memori yang berlaku sebelum pesakit mengalami trauma kerana berhadapan dengan pengalaman yang amat dahsyat. Mungkin hentakan semasa Syah di Jepun itu menambahkan gegaran di dalam otak Syah. Saya membuat kesimpulan bahawa Syah menghadapi perkara yang sama semasa diselamatkan oleh Mia. Ini menambahkan lagi gegaran dalam otaknya, oleh itu Syah sukar mengingati beberapa peristiwa yang pernah berlaku selepas kejadian tersebut”

“Jadi…sekarang nie, Mia memang berzinalah ye?”

Soalan daripada Mia memerangjatkan semua orang. Tiada siapa pun yang mampu menjawab soalan tersebut. Datin Hayati hanya mampu memegang kepalanya. Dia tidak tahu hendak membuat macam mana. Anaknya tidak dapat mengiayakan penjelasan daripda Mia. Penerangan daripada Mia masih belum cukup menyakinkannya memandangkan itulah kali pertama dia bertemu dengan gadis tersebut. Selama ini, anaknya tinggal bersama datuknya di Jepun. Dia tahu anaknya sentiasa solat. Namun boleh jadi juga anaknya terikut-ikut dengan budaya luar sehingga sanggup berzina dengan gadis itukan?

Syah memandang wajah gadis itu yang lama termenggu. Wajah gadis itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tidak marah, tidak sedih. Air mata yang membasahi pipi gadis itu semasa kejadian tersebut telah kering sepenuhnya. Gadis itu seperti patung. Tiada perasaan. Gelagat gadis tersebut sedikit menarik perhatiannya. Bagaimana dia boleh berjumpa dengannya? Gadis yang berpakaian selekeh dan mempunyai lengkungan hitam di bawah matanya. Takkanlah dia berzina dengan gadis seperti itu?

“Mana Mia? Kau dekat mana Mia?!!”

Jeritan seorang lelaki mengejutkan semua orang dalam kamar tersebut. Semua mata melihat kelibat seorang lelaki yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik tersebut. Pelbagai ekspresi wajah yang terpamer di muka penghuni kamar tersebut melihat seorang lelaki asing yang tiba-tiba marah. Hanya wajah Mia yang masih tenang melihat wajah lelaki yang merah padam itu. Lelaki tersebut tiba-tiba bergerak lalu memgang lengan Mia dengan kasar. Dengan kasar dia mengheret Mia untuk keluar daripada bilik tersebut.

“Kau nie memang suka memalukan aku kan? Kan aku dah cakap duduk di tempat kau! Jangan biarkan sedikit pun bayang kau mendekati hidup aku!” lelaki itu melepaskan kemarahannya kepada Mia. Laju sahaja Mia menempis tangannya. Wajahnya diangkat merenung lelaki tersebut. Jelas wajah lelaki itu merah padam menahan marah.

Syah mengerut dahinya. Walaupun dia tidak mengenali gadis yang bernama Mia itu, namun perbuatan lelaki tersebut sedikit kasar di penglihatannya.

“Mia memang duduk di tempat Mia. Am tak payah nak tunjuk muka kat sinilah” Mia menjawab tenang. Jawapan tenang daripada Mia tersebut mendidihkan lagi api kemarahan Adam.

“Apa kau cakap? Sejak bila kau pandai nak kurang ajar dengan aku nie? Ke kau nak berlagak dengan aku yang kau dengan dia telah berzina?”soalan daripada Adam itu memerangjatkan Datin Hayati dan Syah. Laju sahaja Syah bangun daripada pembaringannya. Dia berdiri diantara Mia dan lelaki tersebut sambil merenung tajam lelaki tersebut.

“Walaupun saya tak ingat apa-apa. Tapi saya yakin bahawa saya nie bukanlah jenis lelaki yang suka-suka sahaja tidur dengan mana-mana perempuan” Syah melepaskan kemarahannya. Dia dapat merasakan maruahnya tercalar.

Mia menepukkan kepalanya mendengar jawapan Syah. Kau tu tak ingat apa-apa. Tak payah nak back-up akulah. Tak membantu langsung!

“Tak ingat apa-apa? Ooo…korang berdua buat sampai tak ingat apa-apa?Yakin bukan jenis lelaki begitu? Yakin?” Adam melepaskan ketawanya terbahak-bahak. Terasa lucu mendengar penjelasan daripada Syah. Itulah kali pertama dia mendengar orang yang ditangkap khawat memberi jawapan sebegitu.

“Am ingat semua orang macam Am ke? Mia takkan sesekali jadi macam Am. Jangan nak ketawakan orang lain . Cermin dahulu diri Am” Adam sedikit terkesima mendengar jawapan daripada gadis itu. Itulah kali pertama gadis tersebut berani bersuara menentangnya walaupun mereka telah bertahun-tahun tidak berjumpa.

“Cermin diri Am dulu? Tahu tak betapa malunya Am bila Am diberitahu oleh rakan sekerja Am yang Mia ditangkap khalwat? Malah, hal ini tersebar pada seluruh keluarga Am. Mana Am nak letak muka Am dengan mak mentua Am nanti?”Adam merenung tajam wajah Mia yang masih tenang. Darahnya semakin mendidih apabila melihat gadis itu tidak memberi apa-apa reaksi.

“Buatlah macam Am buat pada Mia dulu. Macam tak biasa pula”

Mia menghabiskan kata-katanya lalu bergerak melarikan diri. Adam jelas bengang dengan jawapan salamba daripada Mia. Tangannya laju merentap tangan Mia daripada melarikan diri. Bulat mata Mia melihat tindakan lelaki itu.

“Sejak bila kau jadi macam nie? Kau…kau dah jadi orang lain sekarang. Apa yang dah jadi dengan kau yang dulu?”soal Adam sedikit tidak percaya dengan cara percakapan Mia. Gadis itu dilihat sungguh berani melawan kata-katanya. Setahunya gadis itu hanya membisu.

“Sejak bila? Mia tak kenal siapa diri Mia yang dulu. Dia dah mati agaknya. Bukan ke tu yang Am nak?” Mia menjawab dengan tenang walupun hatinya sudah berdebar kencang setelah hampir 3 tahun tidak melihat wajah lelaki tersebut. Tak..aku kena kuat. Aku tak boleh nampak lemah di depannya!!

“Saya rasa awak patut lepaskan dia dulu” Syah memegang lengan Adam yang memegang erat tangan Mia. Dia dapat melihat dengan jelas lengan wanita itu semakin merah walaupun wanita itu tidak memberi apa-apa reaksi.

“Kau jangan nak masuk campur. Ini urusan aku dengan dia! Kau tu sapa?”soal Adam agak geram apabila perbincangannnya diganggu oleh orang lain.

“Em ..aku? Aku nie orang yang ditangkap khalwat bersama dia. Mungkin juga aku nie kekasih dia. Kau tu siapa?”Syah mengajukan soalan dengan berani kepada lelaki itu. Walaupun tiada secebis pun memori dengan wanita itu, dia trus menghentam sahaja. Dia tidak boleh melihat gadis itu kesakitan.

Mia membulat mendengar jawapan Syah. Aku taulah kau tak ingat apa-apa. Agak-agaklah.

“Ooo..jadi kau mengakulah kau berzina dengan dia. Tak sangka pulak rendah sangat taste kau”Mia merenung tajam wajah Adam. Dia merasakan maruahnya dipijak-pijak. Lelaki itu tidak pernah berubah. Lelaki yang takut untuk melindungi dirinya kerana takut kepentingan diri sendiri terjejas. Dia tetap lelaki yang sama!

“Suka hati akulah nie taste aku. Jadi, jangan kau nak memadai pegang perempuan yang bukan taste kau”Syah menarik tangan Adam yang memegang erat lengan Mia. Serta-merta genggaman tangan mereka berjaya dileraikan. Mia mengosok-gosok lengannya yang sedikit merah.

“Aku berhak pegang dia. Kau tu yang tiada hak nak pegang . Bukan kau nak ambil tangggungjawab ke atas dia pun”

“Kalau aku ambil macam mana?” Jawapan daripada Syah memerangjatkan semua pihak dalam kamar tersebut. Datin Hayati yang sedari tadi yang mendiamkan diri ternganga mendengar penjelasan anaknya yang tidak pernah serius dalam percintaan. Betul ke?

“Betul ke apa yang Syah kata nie?”soal Datin Hayati ingin tahu. Dia sedikit pun tidak membuka cadangan tersebut. Alih-alih anaknya terus bersetuju.

“Syah! Apa yang awak mengarut nie? Kita tak buat apa……”belum sempat Mia menghabiskan kata-katanya, Syah terus memegang bahu Mia lalu mengheret gadis tersebut ke dalam pelukannya. Terkedu Mia seketika.

“Perkara dah berlaku. Dalam keadaan macam nie memang ada satu sahaja jalan pernyelesaian”Kata-kata Syah sangat memerangjatkan Mia. Meronta gadis tersebut meminta untuk dilepaskan.

“Saya akan mengahwininya”

Jawapan selamba daripada Syah mendapat pelbagai reaksi semua pihak. Sudahlah lelaki itu tidak dapat mengingati apa-apa, boleh sahaja dia bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Apa? Kau tahu tak siapa Mia nie?”Adam tidak berpuas hati dengan jawapan Syah. Tangannya ditunjukkan kepada Mia yang berada dalam pelukan lelaki tersebut. Itulah kali pertama dia berjumpa lelaki segila itu. Semudah itu. Pasti lelaki tersebut daripada keluarga yang berada kerana sanggup menanggung hidup Mia.

“Syah! Kita memang tak buat apa-apalah!”jelas Mia. Hatinya mahu sahaja menjerit mendengar kata-kata lelaki tersebut. Namun pada masa yang sama, dia sendiri tidak mmepunyai  jalan penyelesaian lain. Segala bukti yang dijumpai meletakkan Mia dan Syah sebagai pesalah. Dia buntut.

“”Tak apa. Lama-lama kita akan tahu jawapannya”jawab Syah selamba.

“Kau nie mamang gila kan?”Adam sengaja mengejek lelaki itu. Dia mahu lelaki itu menyesal dengan keputusannya. Mia bukanlah seorang gadis yang layak mendapat semua itu. Tidak layak!!

“Memang aku gila pun. Jadi,sekarang jangan sesekalipun kau sentuh bakal isteri aku. Kau bukanlah sesiapa bagi dia. Kan Mia? Awak kenal ke dia?”


Soalan daripada Syah tersebut menyebabkan Adam merenung tajam ke arah Mia. Lelaki itu seperti mengharapkan simpati daripadanya. Mia sudah tidak mempedulikan cadangan daripada Syah. Otaknya hanya berfikir untuk membalas dendam kepada Adam. Dia mahu lelaki itu makan kembali kata-kata yang pernah dilemparkan kepada dirinya.

“Em…Mia tak kenal pun siapa dia”












********************************************************************************************* 
“Berkahwin?”Mia ketawa sekuat-kuatnya. Semakin kuat semakin bagus rasanya. Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang melihatnya. Sejak bertemu lelaki itu, dia sentiasa menjadi tumpuan. Peduli apa lagi?

“Hoi! Mia gila ke? Malulah orang tengok”Syah menepuk perlahan tangan Mia yang diletakkan di atas meja makan. Laju gadis itu melarikan tangannya lalu mengosok-gosok tangannya.

“No wonderlah Syah boleh mengeluarkan idea sebijak tu. Syah daripada Jepun rupanya”Perliannya daripada Mia menyebabkan Syah menunduk kepalanya. Malu rasanya teringat akan dirinya yang terbawa-bawa dengan perasaan sebentar tadi.

“Sorrylah, Syah hilang sebentar tadi”

“Hilang? Oh…”Mia memerli jawapan Syah yang kelihatan mudah di pendengaran telinganya. Mudah sahaja lelaki itu menuturkannya. Sedarkah lelaki itu kesan kepadanya?  Perkahwinan bukanlah perkara yang main-main. Keadaan diburukkan lagi dengan tuduhan zina ke atas mereka.

“Habis yang Mia setuju tadi tu kenapa?”Syah mula meletakkan kesalahan ke atsa Mia pila. Rasanya dia tidak patut disalahkan kerana niatnya baik. Lagipun gadis itu juga mengiayakan kata-katanya.

“Mia…Mia…cuma nak Am makan dengan kata-katanya. Mia rasa tercabar”Mia menjawab soalan itu tergagap-ggap. Sedar akan kelemahan dirinya.
“Jadi apa bezanya dengan Syah yang ‘hilang’ sebentar tadi?” Sunyi tanpa jawapan. Masing-masing tidak bersuara. Hanya kesunyian menemani mereka. Perkataan kahwin tergia-gian di telinga masing-masing.

“Mia…er….awak….er….”

“Apa Syah mengarut nie? Cakaplah terus-terang!”bentak Mia agak kasar apabila lelaki tersebut tergagap-gagap meneruskan percakapannya. Dah hilang ingatan pun, perangai masih tak berubah!

“Em…sayang?”Syah memanggil Mia perlahan dengan panggilan tersebut. Keningnnya diangkat dengan riak tanda tanya sambil melihat reaksi wanita itu.

“Syah mengarut apa nie?!!”

Mia sudah membuntungkan matanya apabila mendengar panggilan daripada Syah. Merah padam wajahnya.

“Oooo…kita berdua memang tak ada hubungan macam tulah”Syah mengangguk kepalanya apabila melihat reaksi Mia. Dia mengurut dadanya tanda lega. Huhh…mesti aku dah gila ada hubungan dengan perempuan macam tu.

“Memang tak adalah!!”Mia menjawab laju apabila dia sudah dapat menangkap maksud panggilan sebentar tadi.

“Jadi….jadi….”

Mia mengetap bibirnya geram apabila percakapan lelaki itu terbantut sekali lagi. Sudahlah fikirannya kusut apabila cadangan Syah sebentar tadi mendapat sambutan hangat daripada Datin Hayati. Datin Hayati mencium tangannya penuh syadu apabila mendengar keputusan Syah. Tidak cukup dengan itu, Datin Hayati memeluk erat anak lelaki bongsunya. Ucapan terima kasih tidak lekang bermain di bibir wanita tersebut sehingga wanita tersebut menitiskan air matanya. Terkedu Syah dan Mia dibuatnya. Tiada satu perkataan pun keluar daripada mulut mereka. Semuanya keran sikap Syah yang ‘hilang’ sebentar tadi.

“Jadi apa?!!”marah Mia sambil menumbuk meja makan mereka. Terkejut Syah dibuatnya. Garangnya perempuan nie.

“Jadi Mia ke yang rogol Syah?”soal Syah selamba.

“What? Syah tengok Mia nie apa? Perogol bersiri?”Darah Mia sudah naik turun. Sudahlah dituduh melakukan zina , kini perogol pulak. Memang melampau.

“Sorrylah, Syah ingatkan kalau tahu serba sedikit…ingatan nie akan okey”Syah berkata perlahan sambil menguis-guis kepalanya. Dia yakin dirinya tidak akan melakukan perkara tersebut dengan mana-mana perempuan. Sengaja dia menundukkan kepalanya apabila melihat mata wanita tersebut seperti ingin terkeluar biji mata melihatnya. Ditambahkan mata wanita tersebut lebam. Memang sah-sah namapak macam hantu je.

“Ooo…jadi Syah nak tuduh Mia pulak. Syah ingat Syah seorang ke mangsa? Mia pun mangsa jugak. Mia selamatkan nyawa Syah tapi Mia dituduh sebagai penzina. Syah faham tak perasaan Mia?”

Syah menundukkan wajahnya apabila suara wanita di hadapannya mula berubah. Dia terasa asing untuk berbual-bual dengan wanita itu. Walaupun dia mesra dengan semua orang namun dalam situasi begini dia kalah. Mana ada orang boleh bergurau pada masa begitu?

“Sorrylah”. Sepi.

“Dahlah tu…orang tengok nie”

“Hei…”

“Janganlah menangis. Benda dah jadi”

Mia mendengus kasar.“Mia tak menangislah!!” Mia mengangkat wajahnya. Syah merenung tajam wanita di hadapannya.

“Memang kita tak ada buat apa-apa ke?” Mia membuntungkan biji matanya. Berapa kali dia perlu memberitahu lelaki tersebut? Seratus? Dua ratus? Atau perlu dia membuat rakaman dan menyuruh lelaki tersebut mendengar setiap pagi?

“Tak ada. Mia cuma bagi bantuan CPR je. Lepas tu pegawai pencegah maksiat terus datang”

“Berapa lama?”soalan Syah menyebabakan dahi Mia berkerut.

“Berapa lama apa?”

“Berapa lama Mia bagi bantuan CPR tu?”

“Apa?”Mia masih tidak dapat menangkap maksud Syah. Syah mengaru kepalanya yang tidak gatal. Takkanlah aku kena terang satu persatu?

“Berapa lama kita langgar?”Mulut Mia ternganga mendengar soalan Syah. Rasanya semakin menyimpang jauh.

“Langgar?” Tanya Mia selamba. Matanya merenung tajam wajah Syah mencari jawapan. Kosong.Telinga lelaki itu dilihat semakin merah.

“Hisshhh…budak nie! Berapa lama kita kiss?!!”Tanya Syah agak kuat tanpa sedar suaranya didengari oleh pelanggang lain di kedai makan itu. Syah menutup mulutnya laju. Merah wajahnya.

“Perlu ke tanya soalan macam tu? Takkanlah Mia nak ukur setiap saat pulak waktu bagi bantuan CPR? Orang tengah selamatkan nyawa………..” Omelan Mia terhenti apabila matanya jatuh kepada bibir Syah yang berwarna merah jambu itu. Terasa wajahnya semakin panas. Peristiwa tersebut bermain kembali dalam benaknya.

“Saja je tanya. Syah tak pernah buat benda macam tu”jawab Syah perlahan.

“Habis, Syah ingat Mia pernah buat?”

“Mana Syah tahu. Syah tak tahu apa-apa pasal Mia. Mia nak Syah buat apa? Fikiran Syah sekarang kosong! Syah rasa macam orang bodoh je”luah Syah lalu menekupkan wajahnya. Dia jelas tertekan. Otaknya sengaja diperah untuk mengingati sesuatu. Satu pun jadilah. Namun gagal.

Mia meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya untuk menutupi wajahnya. Berbincang dengan Syah pada ketika itu terasa tiada gunannya. Lelaki itu telah hilang ingatan. Kini mereka berdua benar-benar tersekat.

“Kita nak buat apa nie?”

“Nantilah Mia fikir”Mia memberi keputusan apabila menangkap suara Syah yang kedengaran seperti budak-budak mengajuk. Terima sahajalah dia Mia. Perbezaan umur kau dengan dia sesuai. Dia bukannya lebih muda daripada kau pun. Cuma wajahnya sedikit keanak-anakan. Lagipun kau nak buat apa? Lari ke luar negara? Kau ada duit ke? Melutut dan minta ampun dengan mak dia? Lepas tu sambung hidup kau macam biasa? Gila!!

Atau perlu ke aku jumpa bomoh? Hishh..syirik! Nak dia terangkan kepada ibunya? Dia sendiri tak tahu siapa aku? Bunuh diri? Hishh..takkan lah aku nak heret dia terjun bangunan dengan aku?Habis aku nak buat apa? Aku nak buat apa?

“Mia….”

Panggilan daripada Syah itu dibiarkan sepi. Mia masih ligat mencari jalan penyelesaian. Dia malas mendengar ulasan lelaki itu. Bukannya lelaki itu tahu apa-apa pun.

“Mia….”

“Mia……”

“Mia, jom kahwin”

Cadangan Syah menyebabkan Mia berhenti berfikir. Dia kembali teringat akan lawak lelaki tersebut yang mengajaknya kahwin. Namun kali ini dia tahu lelaki itu serius. Kan?

“Apa?”Mia membuntungkan matanya. Dia benar-benar berharap telinganya salah mendengar. Idea tersebut pernah diutarakan oleh lelaki tersebut sewaktu lelaki tersebut ‘hilang’. Namun, kini lelaki tersebut melakukan dengan rela hati.

“Kita kahwin”ulang Syah sambil menunggu reaksi daripada Mia. Bukan senang dia ingin mengeluarkan pandangan tersebut. Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Pandai-pandailah. Dengan situasi sekarang, memang itulah jalan penyelesaian yang terbaik. Malah , mereka juga tidak mempunyai sebarang bukti untuk membantu mereka. Mereka ada pilihan lain ke?

Mia membuntungkan biji matanya. Lama dia memandang tajam wajah Mia meminta kepastian. Lelaki itu selalu bergurau, adakah lelaki itu masih bergurau?







********************************************************************************************

“Nie ke rumah Syah?”Soalan daripada Syah mematikan lamunan Mia. Mia sedikit terkejut apabila ditegur sebegitu. Dia memandang wajah Syah yang meminta kepastian. Anggukan daripada Mia menyebabkan Syah tersenyum lebar.

“Bagus jugak taste Syah rupanya”

Mia mencebik apabila lelaki tersebut memuji diri sendiri. Syah cuba membuka tombol pintunya, namun tersekat. Syah mengeluarkan kad akses yang diberi oleh penjaga apartment tersebut. Mujur apabila diminta,penjaga apartment itu memberitahu masih mempunyai kad akses tambahan. Dia sendiri lupa kad aksesnya sebelum itu.Kad yang sama diguna pada lif yang membawanya ke tingakt mereka tanpa berhenti di mana-mana tingkat. Dia cuba menggunakan kad yang sama untuk membuka pintu tersebut. Alih-laih, kod sekuriti pula diperlukan. Lama dia mengaru kepalanya. Semua kata kekunci disentuh untuk membuka pintu tersebut. Namun perkataan yang muncul pada skrin tersebut hanyalah “acces denied” .

“Kenapa tak boleh bukak nie? Apa password dia?”Syah sudah mula mengaru kepalanya. Alih-alih dia mengetahui tempat tinggalnya, dia lupa pula password biliknya.

“Mana Mia tahu?”jawab Mia selmaba. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Ikutkan niat hatinya, mahu sahaja dia beredar daripada situ. Namun, lelaki itu seorang penghidap amnesia. Takkanlah dia nak biarkan macam tu je?

“Manalah tahu…bilik Syah Mia tahu, takkan password Mia tak tahu?”duga Syah. Dia sebenarnya cuba mencungkil hubungannya dengan wanita itu. Terkejut dia apabila wanita itu tahu rumahnya.

“Bila birthday Mia?”

“Kenapa pulak?”soal Mia agak terkejut. Apa kena dengan birthday aku pula nie?

“Manalah tahu Syah syok gila kat Mia sampai letak birthday Mia sebagai password” Syah menjawab selamba. Dia merenung gadis itu menanti jawapan.

“Memang taklah. Takkan lepas kita bertemu kali pertama, Syah terus jadikan birthday Mia sebagai password. Syah memang tak tahu apa-apa pasal Mia. Cubalah birthday Syah” Mia memberi cadangan sambil melihat skrin yang disentuh oleh lelaki tersebut untuk sistem sekuriti rumah lelaki tersebut. Canggihnya.

“Dah cuba, tapi tak boleh”

“Cubalah benda lain.Takkan tak ingat kot?”

Soalan daripada Mia menghentikan jari jemari Syah daripada menyentuh kod yang ada. Dia merenung tajam wanita tersebut.

“Takkan seorang penghidap amnesia boleh ingat kan?”soal Syah sedikit geram dengan cadangan Mia. Seperti mahu mengejek dirinya.

“Opss…sorry, lupa. Kalau macam tu cuba tanya Arylah”

Cadangan daripada Mia tersebut menyebabkan dahi Syah berkerut.

“Mia kenal Arisyah?”

“Mia jumpa dia sekali je… dalam rumah nie”jawapan daripada Mia menybabkan riak wajah lelaki tersebut berubah.

“Betul ke kita tak ada apa-apa hubungan? Mia banyak tahu pasal Syah nie? Rumah Syah pun Mia kenal” Syah sudah menimbulkan kegusarannya apabila dilihat gadis itu banyak mengetahui tentang dirinya. Takkanlah aku heret minah nie masuk rumah aku kot?

“Syah yang heret Mia”Jawapan selamba daripada Mia agak memerangjatkan Syah. Hilang terus keinginannya untuk membuka pintu biliknya. Sebanyak mana dia berubah sepanjang 3 tahun tersebut? Adakah dia lelaki seperti itu?

“Biar betul? Mia pun masuk macam tu je? Kita tak ada buat apa-apa kan?” Soalan spotan daripada Syah menyebabkan Mia menjeling tajam.

“Mia cuma datang sekali je, itupun Ary ada masa tu. Mia datang nak jelaskan hutang je. Kita cuma berjumpa 3 kali je” Syah mengangguk perlahan mendengar penjelasan daripada Mia. Mujurlah. Dirinya masih waras untuk memilih gadis tersebut sebagai teman wanitanya. Habis kenapa kau pilih dia jadi isteri kau pulak? Soalan tersebut menyebabkan Syah terdiam sebentar.

“Syah! Syah okey tak? Ary dengar Syah lemas”

Satu suara mengejutkan Syah dan Mia. Mereka dapat melihat Arisyah yang tercungap-cungap mendapatkan Syah. Wajah wanita tersebut sedikit kepenatan. Peluh memercik pada dahinya.

“Ary…Ary ke nie?”soal Syah spotan apabila melihat wajah wanita yang cukup dikenali. Dia juga lupa jika mereka pernah berjumpa atau tidak selama dia berada di Malaysia.

“Walaupun Syah hilang ingatan, Syah masih ingat Ary. Ary gembira sangat Syah sembuh. Terkejut Ary dapat panggilan daripada mama Syah kata Syah di hospital”Syah tersenyum mendengar penjelasan daripada Arisyah.

“Arisyah ingat password tak?”

Arisyah bergerak ke pintu bilik Syah. Lama dia menyentuh skrin tersebut sehingga bunyi klick kedengaran menandakan pintu tersebut terbuka.

“Password dia…G.H.O.S.T, Ary pun tak tahu kenapa Syah letak password macam tu” Arisyah sudah membuka kedua-dua pintu tersebut dan membenarkan Mia dan Syah masuk.

G.H.O.S.T? Sejak bila aku minat hantu pulak? Syah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil melangkahkan kaki ke rumah yang cukup asing baginya.

“Wow..luaskan rumah Syah. Memang nie ke rumah Syah?”soal Syah ceria sambil berlari-lari di dalam rumahnya. Setiap penjuru rumahnya dilihat dengan teliti. Memang menepati stylenya.

“Er…Mia balik dulu ye?”Mia sudah berkira-kira untuk melangkahkan kakinya. Syah laju menghalang langkahnya.

“Habis perbincangan kita macam mana?”Syah mahukan jawapan daripada Mia. Mia melepaskan keluhan berat.

“Kita bincang lain kali. Sembunyikan hal nie daripada Ary. Lagipun rumah Mia hanya flat sebelah. Esok Mia datang”Mia sudah mengambil langkah untuk beredar. Hari tersebut sudah cukup memenatkan baginya. Memang pecah rekod rasanya. Itulah kali pertama dia berada di dunia luar dalam jangka masa yang cukup lama.


Mia menghentikan langkahnya apabila terasa lengannya dipegang oleh Syah. Syah merenung tajam wanita di hadapannya.

“Mia memang janji akan datang?”Syah sudah mula membuat wajah kesiannya. Mia memandang wajah tersebut lama. Rasanya seperti memandang wajah lelaki yang membuatk hidupnya tidak keruan 2 minggu yang lalu. Lelaki tu masih tidak berubah. Sikap keanak-anakannya masih menyerlah.

“Mia janji”Mia melepaskan genggaman tangan Syah. Kakinya sudah diangat untuk meninggalkan lelaki tersebut. Rasa rindunya kepada rumahnya semakin mendalam. Siapa sangka lawatannya ke pantai tersebut berubah menjadi tragedi buruk. Tarikh sama dia menyelamatkan Syah merupakan tarikh yang sama dia melepaskan pergi orang yang disayangi. Adakah semua itu kebetulan?

“Syah, marilah duduk sini”Mia mula mengajak lelaki tersebut apabila lelaki tersebut masih tidak beranjak daripada kedudukannya. Entah kenapa, dia merasakan Mia semakin banyak hadir dari hidup lelaki tersebut. Hatinya agak tidak sedap hati.

“Ary.. Syah nak tanya benda nie”Syah memulakan perbualan sambil mengambil tempat di hadapan Arisyah. Arisyah sudah menelan air liurnya. Adakah lelaki tersebut sudah mengingati segala-galanya?

“Kita pergi pantai hari nie kan? Kenapa Ary tak ada bila Syah sedar?”Soalan daripada Syah menyebabkan wajah Mia semakin pucat. Adakah lelaki tersebut sudah mengingatinya. Semua perbuatan jahat tersebut?

“Macam mana….”

“Mama yang cakap. Betul ke kita pergi pantai sama-sama? Mesti Ary tahu apa yang berlaku kan?”Mia mengurut dadanya apabila mengesan lelaki tersebut masih tidak dapat mengingati apa-apa.

“Oooo…memang kita rancang nak pergi sama-sama, tapi pagi tadi Ary tak berapa sihat. Jadi Syah pergi sorang-sorang. Tak tahu pulak Syah boleh lemas lepas tu hilang ingatan. Kalau Ary tahu, mesti Ary dah pergi”Arisyah mula mereka cerita. Hatinya berasa lega apabila lelaki tersebut masih tidak dapat mengingati apa-apa. Pada asalnya, dia ingin memerangkap lelaki tersebut untuk mengahwininya. Perkara tersebut diambil apabila mengetahui lelaki tersebut akan kembali ke Jepun. Sungguh, dia tidak dapat menerima hakikat tersebut. Dia sayang lelaki tersebut. Adakah 17 tahun masih tidak dapat membuktikan segala-galanya?

Namun rancangannya gagal, apabila seorang wanita mendengurnya. Tanpa menyiasat keadaan wanita tersebut, dia terus memecut melarikan diri. Itu semua bercampur dengan perasaan takutnya kerana telah membuat panggilan palsu. Untuk menjayakan rancangannya, dia telah meletakkan condom di dalam bot tersebut. Dia terus melarikan diri tanpa menghiraukan lelaki tersebut. Alih-alih dia mendapat berita lelaki tersebut lemas dan mengalami amnesia. Dia dapat menarik nafas lega apabila dikhabarkan lelaki tersebut hilang ingatan. Entah, macam mana pegawai maksiat tersebut mencari-cari perbuatan zina tersebut.

“Jadi Ary memang tak tahu apa-apa? Memang Syah pergi sorang-sorang je? Bukan dengan Mia?” Soalan daripada Syah menyebabkan dahi Arisyah berkerut.

“Syah ada jumpa dia ke dekat pantai tu?”

Syah menundukkan wajahnya mendengar soalan daripada Arisyah. Amaran daripada Mia mula terpapar daripada benaknya. Entah kenapa dia agak mempercayai wanita tersebut. Mungkin kerana wanita tersebut orang pertama yang dilihatnya setelah terjaga daripada mimpi ngerinya.
“Ha? Taklah. Ada nelayan di sana yang selamatkan Syah. Syah jumpa dia berhampiran apartment kita. Dia cakap dia tahu bilik Syah di mana. Sebab tu Syah bawa dia”Arisyah hanya mengangguk mendengar penjelasan daripada Syah. Perasaan cemburunya sedikit lenyap. Dia sudah cukup bersyukur lelaki tersebut tidak mengingati kejadian tersebut. Itu bermakna dia dapat mendampingi lelaki tersebut tanpa perasaan risau.

“Mama ada cakap apa-apa pada Ary?”

“Mama cuma cakap Syah lemas dan hilang ingatan. Tu je Ary dengar. Ada berlaku apa-apa ke?” Arisyah agak hairan dengan pertanyaan lelaki tersebut. Adakah dia tertinggal apa-apa?

“Tak adalah. Sebab, Syah sekarang dah hilang ingatan. Mana tahu Ary boleh cerita serba-sedikit pada Syah” Syah mengalihkan pandangannya apabila Arisyah masih tidak berhenti memandangnya. Dia terpaksa berbohong kepada Arisyah untuk mengotakan janjinya dengan Mia.

“Okeylah, Ary balik dululah Syah. Syah berehatlah, jangan fikirkan sangat. Syah masih mempunyai ingatan 25 tahun daripada tak ingat apa-apa”Arisyah cuba menenagkan lelaki tersebut apabila melihat lelaki tersebut tidak berhenti memegang kepalanya. Dia sudah berdiri untuk beredar. Hatinya sudah lega.

“Ary tahu mana rumah Mia?”

Soalan daripada Syah tersebut menyebabkan langkah Arisyah berhenti. Dia tidak senang dengan soalan tersebut. Penting sangat ke perempuan tu?

“Dia tinggal flat sebelah. Bilik Syah dengan dia hanya bertentangan” Jawab Arisyah agak malas. Bukannya terasa ingin bertanya akan dirinya memandang lelaki tersebut telah hilang ingatan. Namun nama Mia juga yang meniti di bibir lelaki tersebut.

“Er…Ary”

Panggilan daripada Syah menghentikan langkah Arisyah sekali lagi. Apa lagi yang lelaki itu mahu tahu pasal Mia? Dia menoleh ke belakang dengan keadaan malas. Hilang moodnya untuk melawat lelaki tersebut.

“Apa?”

“Ary nampak lainlah sekarang…Ary nampak…”

“Macam perempuan”potong Arisyah laju. Itulah yang sering diucapakan oleh lelaki tersebut sejak pulang daripda Jepun. Naik bengang dirinya. Pelbagai produk muka yang dicuba untuk tampil cantik dihadapan lelaki tersebut. Namun 17 tahun tidak berjumpa, hanya itu yang keluar daripada mulut lelaki kesayangannya.

Syah tergelak perlahan mendengar jawapan Arisyah. Dia mengeleng kepalanya laju.

“Taklah.. Syah cuma nak kata Ary comel sangat sekarang. Lama tak nampak Ary.. Rindu rasanya”

Jawapan selamba daripada Syah menyebabkan Arisyah ternganga, benarkah apa yang didengar? Lelaki itu memujinya? Adakah hentakan semasa lelaki tersebut lemas berjaya memulihkan penglihatan lelaki tersebut?

“Kenapa Ary terkejut? Takkanlah first time dengar kot?”

First time daripada orang yang Ary suka. Arisyah menjawab dalam hati. Hatinya telah berbunga. Rasanya lelaki tersebut semakin memenuhi taman hatinya. Untuk menutup malunya, dia menyambung langkahnya meninggalkan lelaki tersebut. Apabila menutup pintu lelaki tersebut, dia bersandar pada pintu lelaki tersebut. Hatinya berdegup kencang. Inikah hikmah apabila lelaki tersebut hilang ingatan? Sekurangnnya usahanya berjaya walaupun rancangan tersebut gagal.













 *******************************************************************************************
Mia menghembaskan badannya di atas katil bujanganya. Satu keluhan berat dilepaskan. Terlalu banyak yang dilaluinya hari tersebut. Setiap wajah yang dijumpai silih berganti bermain di mindanya. Wajah mengejek 4 orang pegawai pencegah maksiat tersebut. Wajah Datin Hayati yang menangis kegembiraan mendengar persetujuan daripada Syah. Wajah Ary yang tersenyum kecil memandang wajah Syah. Kemudian benaknya dikuasai wajah Syah yang sering tersenyum riang tersebut.

“Jom kita kahwin”

Mia bangun daripada pembaringannya. Suara tersebut kedengaran begitu dekat di pendengarannya. Kahwin? Dia menepuk kedua-dua pipinya. Kemudian dia tergelak kecil.

“Aku dah gila agaknya”

“Berapa lama kita langgar” Mia cuba mengajuk cara percakapan Syah. Dia tergelak seketika.

“Lelaki itu gila ke? Orang selamatkan nyawa dia, cuma itu yang terfikir dalam benakanya? Kotorlah”

Mia mendengus kasar. Tanpa sedar figura kejadian tersebut bermain dalam benaknya. Bagaimana dia memberanikan wajahnya mendekati wajah lelaki tersebut. Bibir lelaki tersebut yang berwarna merah jambu. Memang menjadi kegilaan ramai gadis.


“Apa yang aku mengarut nie? Kotornya cara aku berfikir”Mia menutup mulutnya laju. Akal fikirannya telah buntut. Mia menarik selimut yang menutupi wajahnya. Laju matanya ditutup rapat. Masih sukar untuk melelapkan matanya. Tidak percaya. Dia bergerak ke bilik airnya. Dia memicit ubta giignya sekuat yang boleh lalu mengosok giginya laju. Dia berharap dengan cara itu, kesan CPR tersebut akan hilang.

“Berapa lama kita kiss?”

Soalan Syah bermain kembali dalam benaknya. Arrghh…ciuman pertamanya telah dicuri oleh lelaki itu. Dahlah…dia yang cium dulu. Mia melemparkan berus giginya ke dalam sinki. Dia mengaru kepalanya kasar. Aku dah gila agaknya?







**********************************************************************************************

Syah membasuh wajahnya dengan air untuk menghilangkan pencuci muka yang dipakainya. Perlahan-lahan, dia membuka balutan pada kepalanya. Rasa sakit mula menyerang kepalanya apabila dia membuka balutan yang terakhir. Dia menyentuh kepalanya seketika.

“Ingatan 3 tahun?”

Dia ketawa kecil. Ketawa dengan dirinya sendiri. Bagaimana dia boleh tiba dia Malaysia? Mengapa dia mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia selepas 17 tahun di Jepun?  Apabila dia membuka matanya, dia telah dituduh berzina dengan seorang perempuan yang selekah. Dia tahu imannya tidaklah sekuat alim-alim ulama yang lain. Namun tidaklah sampai selemah untuk tidur bersama seorang perempuan. Jumpaan condom tersebut macam mana? Hishh…dia bukan taste aku pun!

Dia merenung wajahnya. Sesekali dia menyisir rambutnya dengan tangan kirinya.

“3 tahun dah berlalu. Tak sangka muka aku tetap tak berubah. Handsome jugak aku rupanya 3 tahun akan datang” Syah menyentuh wajahnya perlahan-lahan. Memang bangga rasanya melihat wajahnya yang masih kacak walaupun mencecah usia 28 tahun. Wajahnya agak keanak-anakan kerana dia sikapnya yang sangat menjaga wajahnya. Di Jepun, kebanyakan lelaki menjaga kulitnya dengan baik. Sedar tidak sedar, dia juga mengikut tindak tanduk mereka. Memang kulitnya cerah tanpa noda-noda jerawat. Tangannya menyentuh matanya. Dia memiliki mata yang redup dengan bulu mata yang agak panjang di bahagian atas. Malah hidungnya mancung dan kecil sesuai dengan wajahnya yang kecil. Namun, tangannya berhenti lama pada bibirnya. Dia mengerut seketika melihat imej bibirnya yang terbentuk dalam cermin. Apasal namapk pecah je sikit?

“Minah nie buat CPR dengan mulut ke dengan batu?” Syah mula mengomel apabila didapati bibirnya sedikit pecah. Figura wanita asing itu terpamer dalam ingatannya. Tidak boleh dibayangkan bagaimana wanita itu akan menjadi isterinya nanti. Syah membuka tombol pintu bilik airnya. Fikirannya sedikit terganggu memandang mereka akan berkahwin. Dia memerhati biliknya lama. Memang bilik tersebut memenuhi cita rasanya yang berkonsepkan kontemporari. Hiasan dalamnya cukup sempurna memenuhi cita rasanya. Malah rak-rak yang memenuhi komiknya berbentuk melengkung berwarna putih. Di ruang tamunya, menempatkan set sofa berwarna putih dengan meja kaca yang kecil di tengahnya. Matanya tertuju pada sebuah televisyen LCD 42 inci yang digayakan bersama satu set stero berjenama.

Matanya mengerling kepada bilik air yang dimasuki sebentar tadi. Memang cukup lengkap segalanya. Mempunyai pemanas air, tab mandi dan setiap sudut bilik air tersebut hanya dipisahkan dengan dinding kaca. Paipnya mengunakakan system deria yang mengeluarkan air dengan meletakkan tangan dibawahnya. Memeng mengikut cita rasanya. Memang sah-sah rumah itu miliknya. Namun bagaimana kerjanya di Jepun? Dia dah berhenti ke?

Bunyi telefon yang berdering mematikan lamunannya. Dia menoleh ke arah telefon rumah tanpa wayar yang diletakkan atas meja dapurnya. Laju kakinya diayun untuk mengangkat panggilan tersebut.

“Ya? Siapa nie?”

“Syah. Mama nie. Mama nak beritahu yang kereta Syah mama dah suruh Pak cik Hamid ambil. Ipad Syah mama dah hantar ke kedai. Tapi mengambil masa sedikit laa. Masuk air banyak sangat” Suara ibunya kedengaran pada cuping telinganya apabila telefon tersebut diletakkan pada telinganya. Syah mula bergerak ke beranda rumahnya. Sebuah flat yang agak usang terpamer pada pandangannya. Biasanya, pemandangan bintang atau bulan yang memenuhi pandangan pengunjung apabila berada di apartment semewah itu pada waktu malam. Namun, lain pula yang dilihtanya.

“Syah..Syah betul-betul akan kahwin kan?”

Soalan daripada ibunya itu menyebabkan otak Syah terfikir sejenak. Memang salahnya kerana terkeluar idea tersebut. Kenapa dia bertindak begitu?

“Itu, Syah kena bincang dengan Mia dulu lah mak. Syah tak berani ambil keputusan. Lagipun, Syah memang tak kenal dia. Entah macam mana Syah boleh berkenalan dengan dia” Syah melepaskan keluhan berat. Matanya tertacap kepada bilik dihadapannya yang masih menyala. Berbeza dengan bilik-bilk lain yang telah gelap. Itu ke bilik Mia?

“Tak apalah. Bila Syah dah kahwin dengan dia, mana tahu ingatan Syah akan recall balik. Lagipun sekarang, cuma Syah dan Mia je saksi. Lepas kahwin, Syah minta tolong dialah memulihkan ingatan Syah. Mama rasa mesti Syah couple dengan dia. Takkanlah dia boleh tahu nama Syah kan?”Cadangan daripada ibunya sedikit sebanyak meracuni fikirannya. Betul jugak, kalau dia ingat segala-galanya, pasti tuduhan ke atas dirinya dapat dihapuskan. Tidak perlulah dia meneruskan perkahwinan dengan wanita itu.

“Mungkin juga mama. Esok Syah akan telefon dia. Syah letak dulu ye mak?”Syah sudah menekan punat telefon tersebut. Fikirannya mula serabut. Cadangan ibunya semakin memaksa dirinya untuk menerima wanita itu.

Lamunan Syah terhenti apabila matanya tertacap pada tubuh seorang wanita yang tiba-tiba sahaja muncul di beranda bertentangan dengan apartmentnya.

“Mia?” Nama tersebut meniti pada bibirnya. Tidak sangka dia akan berjumpa dengan wanita tersebut. Memang betullah wanita tersebut tinggal di flat bersebelahan apartmentnya.

Mia menghentikan langkahnya apabila dia menangkap sekujur tubuh yang berdiri agak jauh dengannya. Degupan jantungnya mula dirasai. Kini, dia benar-benar takut untuk menatap wajah lelaki tersebut. Sangkaannya, fikirannya akan tenang apabila memandang bintang-bintang yang bertaburan di langit. Namun semakin kusut rasanya.

“Dah fikir ke?”Jeritan Syah dapat didengari di gendang teliganya. Mia mengerut dahinya apabila gagal menangkap kata-kata lelaki tersebut. Dia memberi isyarat dengan tangannya tanda tidak memahami kata-kata lelaki tersebut.

Syah tergelak apabila melihat isyarat yang dibuat wanita tersebut. Lembaplah minah nie. Syah meletakkan jari telunjuknya pada dadanya kemudian ditujukan pula kepada Mia. Kemudian dia membuat bentuk love dengan tangannya.

Mata Mia membulat. Dia akhirnya dapat menangkap maksud lelaki tersebut. Kahwin?

“Nanti fikir” Jawapan ringkas daripada Mia menyebabkan Syah sedikit tersenyum. Wanita tersebut dilihat agak pediam kerana banyak menundukkan wajahnya. Baik berjalan ataupun ketika bercakap dengan seseorang. Berbeza dengan personalitinya yang selalu ceria dan pandai bergaul dengan semua orang.

“Kenapa fikir lama-lama? Dah ada boyfriend ke?”Syah mengajukan soalan kembali kepada Mia. Figura lelaki yang bergaduh dengannya di hospital muncul kembali dalam ingatannya. Lelaki tersebut agak kacak namun rasanya dirinya jauh lagi kacak daripada lelaki tersebut. Lelaki yang panas baran begitu menjadi pujaan wanita itu?

Mia menyilang kedua-dua belah tangannya membentuk tanda X lalu mengeleng kepalanya laju. Syah tergelak melihat respon gadis itu. Bisu ke minah nie?

“Habis kenapa susah sangat nak terima?”

“Syah setuju ke dengan pernikahan macam tu?” Mia sudah mengajukan soalan. Rasanya sukar untuk dia mentanslate kata-kata begitu mengunakan isyarat tangan.

“Syah tak suka dekat Mia pun. Rasanya kenalan Syah di Jepun jauh lagi cantik” Mia mencebik mendengar jawapan lelaki itu. Aku pun tak suka dekat kaulah! Kalau aku jalan dengan kau, mesti orang ingat kau tu adik aku!

“Tapi…rasanya Syah sudah ada cara untuk menyelesaikan masalah kita. Sama-sama dapat untung. Macam mana?” Cadangan lelaki itu sedikit menarik perhatiannya. Dia mengangkat keningnya laju untuk mendapat cadangan selangjutnya daripada lelaki itu.

“Esok, jumpa di café sebelah apartment Syah. Boleh?”

Mia hanya mengangguk. Dia kembali melayan lamunannya apabila melihat wajah Syah yang tenang melihat bintang yang berkelipan di langit. Masing-masing sibuk melayan perasaan tanpa mempedulikan kewujudan masing-masing. Harapannya agak cadangan lelaki tersebut dapat diterima dek akalnya. Lelaki tersebut berada di Jepun, pasti dapat member idea yang bernas kan?






*************************************************************************************************
“Kahwin kontark?” Biji mata Mia bagaikan mahu terkeluar memandang wajah Syah yang selamba menghirup coco cola di dalam gelasnya menggunakan straw. Fikiran Mia semakin kusut. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang main-main. Perkahwinan sesuatu yang dituntut oleh Allah SWT untuk menambahkan lagi bilangan umat islam. Mereka pula boleh berfikir untuk kahwin kontrak? Gila!

“Syah tahu tak kahwin tu bukan benda main-main?” Mia meluahkan pendapatnya. Dia kurang senang dengan cadangan lelaki itu. Tinggal di Jepun telah menyebabkan iman lelaki tersebut semakin pudar ke?

“Syah tahu… tapi kita tak ada jalan lain. Syah sedar-sedar nampak Mia agak tidak terurus di depan Syah. Apa lagi yang bermain dalam fikiran Syah? Bagaimana kalau kita betul-betul…”

“Kita tak buat apa-apalah!! Mia tak buat apa-apa!”potong Mia laju. Syah melepaskan keluhan. Gelas yang berisi coco cola itu diletakkan kembali di atas meja makannya.

“Habis itu, tolonglah Syah pulihkan kembali ingatan Syah. Kita kahwin!” Mia mengeleng mendengar cadangan lelaki itu. Memang agak logik dan merupakan jalan penyelesaian yang baik, namun bagaimana lelaki tersebut memungkiri janjinya pada saat akhir?

“Kita kahwin atas alasan kita dituduh berzina. Dalam waktu itu, Mia tolong pulihkan ingatan Syah. Mia sahaja saksi yang ada sekarang. Mia sahaja yang tahu apa yang berlaku pada waktu itu. Bila ingatan Syah dah pulih, Syah akan terangkan segala-galanya. Kita putuslah selepas itu. Syah akan pergi ke Jepun kembali” Syah menerangkan tujuan asal perkahwinan mereka. Setelah difikir sedalam-dalamnya, dia yakin dia telah mengambil keputusan yang bijak. Takkanlah dia nak pergi ke Jepun tanpa ingatan 3 tahun itu. Bagaimana dengan kerjanya? Takkan juga dia nak membiarkan wanita itu seorang diri menghadapi tuduhan itu?

“Senanglah Syah cakap! Kita cuma berjumpa 3 kali”

“Oppss..sorry. Kita dah majulah sikit. Dah 4 kali. Plus dengan perjumpaan kita semlam, 5 kali”potong Syah sambil mengetuk meja di hadapannya untuk mengingati perjumpaan mereka ketika itu.

“5 kali? Terus kahwin? Mia tak kenal apa-apa pasal Syah” Mia melepaskan luahannya. Jelas dia tidak senang dengan lelaki itu. Begitu senang lelaki itu mampu masuk dalam hidupnya.


“Syah lagilah tak kenal apa-apa pasal Mia. Bagi Syah ini pertemuan kita yang pertama. Mia ingat senang ke Syah nak ambil keputusan untuk kahwin dengan orang asing macam Mia? Syah tak ada ingatan 3 tahun lepas. Syah nak minta tolong Mia pulihkan. Kita sama-sama dapat untung. Syah dapat ingatan Syah. Maruah Mia terjamin”

Mia melepaskan keluhan. Dia kembali menegakkan kepala dan merenung ruang café tersebut. Memang agak moden. Malah konsepnya agak sama dengan café yang dilihat dalam drama korea iaitu Coffea Prince. Matanya berhenti pada meja sekumpulan remaja perempuan yang tidak berhenti-henti melihat Syah. Lelaki tersebut masih berlagak selamba. Matanya melihat pula pada penjaga kuater yang terletak berhampiran dengan mereka. Penjaga wanita itu tidak berhenti-henti melihat Syah.

“Jadi patut ke kita perkenalkan diri masing masing?” Mia mengalihkan pandangannya pada Syah yang tersenyum. Senyuman lelaki itu masih tidak berubah. Masih sama.

“Saya Syah. Good-looking man. Tinggi 178 cm dan agak feymes dalam kalangan perempuan. Saya boleh kata sekumpulan wanita di belakang kita dah jatuh hati pada Syah” jawab Syah selamba sambil menunjukkan ke arah sekumpulan remaja yang dilihat oleh Mia seketika tadi. Barulah Mia tahu lelaki tersebut sedar dengan kehadiran sekumpulan wanita tersebut. Sangkaannya,lelaki tersebut tidak sedar.

“Tolonglah” Mia menyambung kata-katanya sambil mengalihkan pandangan ke arah lain. Sengaja dia mencebik mendengar kata-kata lelaki itu. Overlah mamat nie.

“Saya juga boleh kata, ramai orang yang ketakutan bila melihat muka Mia macam hantu nie”sambung Syah lagi. Mata Mia mebulat mendengar mulut Syah yang lancar bersuara. Mendidih rasanya.

“Syah nak apa sebenarnya? Nak kena tumbuk lagi?”Mia menahan marahnya sambil merenung lelaki tersebut. Lelaki itu agak terkejut.

“Lagi? Mia pernah tumbuk Syah ke sebelum nie?”soal Syah agak tidak percaya.Ralit dia memandang wajah wanita itu meminta jawapan. Aku? Kena tumbuk?

“Entahlah. Mia tak ingat sangatlah. Takkan Syah tak ingat?”Mia mengenakan lelaki tersebut. Sengaja dia berkata begitu memandang lelaki tersebut telah hilang ingatan. Pasti lelaki tersbeut telah lupa dengan kejadian yang menimpa mereka.

“Janganlah nak main-main! Sejauh mana hubungan kita sampai Mia tumbuk Syah?” Syah mula hilang sabar apabila wanita itu seperti ingin melambat-lambatkan jawapan mereka.

“Sorry, ingatan Mia tak berapa elok sangat. Syah ingat sendirlah”

Syah merengus kasar mendergar jawapan wanita itu. Seronok sangat ke mempermainkan seorang penghidap amnesia sepertinya?

“Sebab tu Syah minta kita kahwin. Lepas Syah dah ingat kembali, kita putus. Syah pun nak kembali ke Jepun. Kita tidur asing-asing. Syah di apartment Syah. Mia di flat Mia. Tiada apa yang berubah antara kita. Kita akan rahsiakan hal nie dari semua orang. Macam mana?” Syah cuba tawar menawar dengan Mia. Dia dapat melihat wanita itu masih berfikir panjang. Jangan risaulah, aku tak akan sentuh kau pun.

“Tolonglah. Kita dah terlajak kata dekat mama Syah. Kita dah kena tangkap basah! Syah hilang ingatan. Kita tiada bukti atau saksi. Mia ingat semua masalah ini dapat diselesaikan dengan masa?” Mia melepaskan keluhan berat. Otaknya sedikit sebanyak mula menerima cadangan lelaki tersebut. Betulkah tindakannya mempercayai lelaki yang cukup asing dalam hidupnya itu. Lelaki yang akan memegang status penting dalam hidupnya.

“Lepas kita putus… Syah jangan jumpa Mia lagi. Syah akan kembali ke Jepun. Anggaplah tiada apa yang berlaku antara kita. Kalau kita bertembung mana-mana, terus jalan. Jangan tegur atau tengok pun. Faham?”Mia mula mengenakan syaratnya. Syah sedikit terkesima. Benaknya seperti pernah mendengar kata-kata sebegitu. Tapi di mana? Syah memegang kepalanya yang tiba-tiba dirasa berdenyut.

Mia bangun apabila melihat wajah lelaki tersebut pucat. Lelaki tersebut tidak berhenti menekan kepalanya yang telah dibuka balutan. Kenapa dengan lelaki itu? Mia mula bangun daripada kerusinya lalu bergerak mendekati lelaki tersebut. Baru sahaja dia ingin menyentuh kepala lelaki tersebut, tangannya tiba-tiba disambar kasar oleh seseorang.

“Apa nie? Sakitlah!!”Mia mengadu kesakitan apabila tangannya direntap kasar. Dia dapat melihat wajah Adam yang merenung tajam ke arahnya.

“Kau buat apa dekat sini? Lepas kena tangkap basah masih boleh buat date lagi? Memang tak malulah kau nie” Adam semakin mengenggam kasar tangan Mia apabila gadis itu berusaha menarik tangannya.

“Apa Am buat dekat sini? Bukan ke Am suruh Mia lari dari hidup Am?”

“Macam mana Am nak hidup tenang? Berita tentang Mia terngia-gia di telinga Am. Sekarang semua orang memandang serong pada Am” Adam melepaskan kemarahannya. Dia mula mengherat wanita tersebut keluar daripada café tersebut.

“Lepas Mia bunuh orang yang Am sayang. Mia boleh hidup selamba macam nie? Lepas tu Mia riuhkan hidup Am dengan masalah Mia nie? Mia ada perasaan ke tak ha?”bentakan daripada Adam sedikit menghiris hatinya. Orang yang Am sayang, Mia pun sayang jugak. Kenapa mesti menuduhnya ke tahap itu?

“Mia memang tak tahu malu kan? Mia kahwin dengan dia. Lepas tu, Mia delete nama Am dalam contact Mia. Kita jangan berjumpa lagi. Mia teruskanlah hidup Mia” Adam sudah membuat keputusan. Wanita itu mahu atau tidak, dia tetap akan memaksa.

“Kahwin? Apa yang Am mengarut nie?”Mia agak terkejut dengan cadangan Adam. Kahwin? Dengan siapa? Syah masih di café tersebut? Dia cuba menarik tangannya daripada diheret lelaki tersebut namun sia-sia.

“Kalau mamat tu tak nak Mia. Am dah cari pak sanggup yang lain” Membuntung biji mata Mia mendengar kata-kata Adam. Pak sanggup lain? Dengan Syah sendiri dia menolak, inikah pula lelaki lain?

“Mia boleh selesaikan masalah Mia. Mia tak perlukan Am untuk tolong Mia. Am kembalilah di tempat Am. Mia tengok Am rasa seperti tengok anjing yang kelaparan tepi jalan”

“Apa Mia cakap?” Adam menghentikan langkahnya. Dia merenung ke arah Mia yang berani berkata-kata. Dia ingat ayat itu. Itulah ayat yang pernah dituturkan kepada Mia suatu ketika dahulu.

“Am betul-betul tak ingat? Itulah ayat terakhir yang pernah Am cakap pada Mia. Am pergilah kembali pada isteri Am. Entah dia tahu tak yang Am nie ada adik macam Mia”
Mia menarik tanagannya agak kasar. Dia memberanikan diri untuk menjawab kata abangnya. Dia bukan lagi gadis yang sama seperti dulu. Dia tidak akan membenarkan lelaki itu meninggalkan luka dalam hatinya lagi.

“Kau berlagak sekarang ye? Mentang-mentang kau akan kahwin dengan orang kaya” Adam menjerit agak kuat. Pergaduhan mereka mula mendapat tumpuan orang ramai. Dia cuba menahan api kemarahannya yang menunggu masa sahaja untuk meletus.

“Kenapa? Keluarga Am tak sekaya Syah ke?” Mia menjawab lancar. Adam dilihat agak terkejut dengan jawapan Mia yang didengar agak kurang ajar itu.

“Berani kau cakap macam tu pada mak mentua aku ye?”Adam sudah bergerak mendekati Mia. Tangannya digengam menahan marah apabila melihat wajah Mia yang masih selamba. Gadis itu seperti tiada perasaan.

“Kenapa? Kalau masih tak kaya, Am nak cari isteri baru ke?”

Adam sudah hilang sabar. Tangannya sudah diangat untuk menampar Mia. Namun gadis itu masih berwajah selamba berdiri di hadapannya tanpa mengambil tindakan untuk melarikan diri ataupun mengelak daripda tamparannya.

Belum sempat tangan Adam menyentuh pipi lembut Mia, Syah lebih laju memegang lengan lelaki tersebut. Dia melepaskan tangan Adam agak kasar lalu menolak badan lelaki tersebut menjauhi Mia. Walaupun kepalanya masih sakit, dia gagahi dirinya untuk membantu wanita tersebut. Semakin lama dia melihat, lelaki tersebut semakin bertindak kasar.

“Kau jangan nak masuk campurlah!! Ini urusan antara abang dengan adik” bentak Adam mendekati Syah. Mahu rasanya dilenyek lelaki tersebut. Lelaki tersebut tidak berhenti mempertahankan adiknya. Adakah mereka mempunyai hubungan yang serius?

“Aku paling tak tahan melihat orang permpuan kena buli. Ikutlah perempuan itu adik kau atau tidak” Syah merenung tajam Adam yang berdiri megah di hadapannya.

“Lebih-lebih lagi, perempuan tu isteri aku”sambung Syah membuntungkan biji mata Mia dan Adam.

“Isteri?”soal Adam tidak percaya. Dia memandang Mia meminta kepastian. Namun wanita itu ternganga memandang Syah.

“A’ah… kami akan berkahwin esok. Kami telah buat persetujuan. Rasanya itu dapat menyelesaikan masalah antara kau dengan dia kan?” Syah bertanya lembut. Adam mengangguk kepalanya mengiakan kata-kata lelaki tersebut. Tidak sangka lelaki tersebut akan mengambil keputusan secepat itu. Sekurangnya, maruahnya terjaga daripada mempunyai adik yang dituduh melakukan zina. Sudah tentu dia perlu menguruskan Mia jika terjadi apa-apa.

“Mia betul ke? Mia akan berkahwin? Maruah Am akan terjaga lah?” Adam bertanya riang kepada Mia. Mia menunduk wajahnya. Senyuman daripada Adam itu seperti dapat ditangkap oleh akal fikiran Mia. Senyuman yang menghiris hatinya. Penting sangat ke maruah lelaki tersebut berbanding nasibnya. Itu ke yang abang nak? Sejauh itu ke pentingnya maruah abang? Hati Mia merintih kesedihan. Lelaki itu hanya mencarinya kerana takut maruahnya tercalar. Bukan kerana rindu seorang abang kepada adiknya. Abangnya tidak pernah menyanyanginya. Mia menahan air matanya yang ingin keluar. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu mengangkat wajahnya.

“Em… esok kami kahwin”

Syah mendengar jawapan gadis itu yang perlahan di pendengarannya. Wajah wanita tersebut agak berubah namun tidak sedikit pun menangis. Masih lagi tenang namun cukup menyeksakan jiwanya. Dia beralih pula kepada wajah Adam yang tersenyum sambil menadahkan tangannya tanda syukur. Rupanya lelaki itu abangnya. Bagaimana seorang abang boleh bersikap macam tu?






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...