Monday, 16 December 2013

Are You Afraid Of Love :Episode 2

[2]
It's Start With A Kiss
Mia megangkat kepalanya apabila teliganya menagkap bunyi ketukan pada pintu biliknya. Dia mula mengiggit jarinya apabila ketukan pintu itu semakin kuat daripada biasa. Tangannya mula berpeluh lalu dia menggengam erat selimut yang membaluti badanya. Fikirannya semakin kusut. Buntut menjadi jalan penyelesaiaan.

“Bukaklah!! Sampai bila makcik nak sembunyi?!”jerit Syah sambil mengetuk pintu Mia. Dia merengus kasar apabila tiada jawapan yang didengar. Tidak cukup dengan itu dia menekan pula loceng bilik Mia berkali-kali sambil mengetap bibirnya. Namun, tiada balasan. Tiada suara yang menyuruhnya pergi atau membuka pintu kepadanya. Kau main-main dengan aku ye?

Mia menutup matanya rapat. Hatinya terasa mahu menjerit menyuruh lelaki tersebut beredar. Tetapi dia takut dengan cara begitu lelaki tersebut akan mengetahui dirinya masih berada di rumah. Dia berharap lelaki tersebut fikir dia sudah beredar. Sabar Mia! Lama-lama larilah mamat tu. Mia mengingati dirinya.

“Bukak!! Dasar pencabul!!”jerit Syah semakin kuat yang jelas didengari pada gendang telinga Mia.

“Pencabul?”ujar Mia perlahan. Dahinya berkerut mendengar tuduhan Syah. Bila masa aku pegang dia? Aku tengok jelah!! Jangan melebih-lebihlah!! Rungut Mia dalam hati. Merah mukanya apabila dituduh begitu.


“Bukak pintu nie!! Jangan sampai saya pecahkan pintu bilik makcik pulak. Makcik ingat sikit saya nie lelaki”ugut Syah sambil mengetuk pintu Mia bertalu-talu. Ketukan tersebut cukup merimaskan Mia. Bunyi ketukan pintu dan loceng biliknya didengari silih berganti-ganti. Mia benar-benar benci keadaannya. Macam mana kalau jirannya terdengar pergaduhan mereka? Kenapa minggu nie, tiba-tiba sahaja dirinya menjadi tumpuan?

“Bukak!!”marah Syah. Syah menyising sweater yang tersarung pada badannya. Dia mengetap kasar bibirnya.

“Makcik cabar saya kan? Makcik betul-betul taknak bukak? Saya tahu makcik ada dalam nie!!”
Mia membuka teliganya. Pucat wajahnya apabila lelaki itu ingin menendang pintu biliknya. 

Cepat-cepat dia menyandar pada pintu biliknya. Tolonglah! Janganlah buat macam nie. Namun rintihan Mia hanya mampu didengar oleh dirinya sahaja. Dia memeluk erat pintu biliknya degan harapan pintu biliknya tidak akan pecah degan mudah.

“Saya bilang sampai 3. Makcik masih taknak bukak ke?”Syah masih mengugut Mia. Perlahan-lahan kakinya diundur daripada pintu bilik Mia.Dia membetulkan rambutnya sambil memandang tajam pada pintu bilik Mia. Lama dia menghirup udara untuk mencari kekuatan memecahkan pintu tersebut. Kau ingat aku nie lembik ke ha?

“SATU…”Syah mulakan pergiraannya. Dia sudah berkira-kira untuk menendang pintu tersebut.
“Dua….”Mia menutup rapat telinganya. Dia menghela nafas sedalam-dalamnya bagaikan membuat persediaan untuk segala kemungkinan yang berlaku. Tak! Aku tak boleh bukak pintu nie!! Lama-lama, mesti dia bosan.

“Tigaaaaaaaaaaaaa…!!!!!”Syah sudah bergerak laju ke arah pintu bilik Mia. Satu tendangan kuat dilepaskan pada pintu bilik Mia sehingga mampu didengari oleh jiran tetangga yang lain. Tendangan yang cukup kuat daripada Syah menyebabkan pintu bilik Mia hampir pecah dan menolak badan Mia yang bersandar pada pintu tersebut.

“Arrrghhhhhh!!”satu jeritan dilepaskan oleh Mia apabila dia gagal mengimbangi badannya dan terjatuh mencium lantai biliknya. Mia mengosak-gosak hidungnya yang pedih disebabkan tercium lantai pintu. Dia mengetuk kepalanya apabila secara tidak sengaja dia telah mengeluarkan suaranya. Syah meletakkan telinganya pada pintu tersebut apabila terdengar jeritan gadis itu.
“Haa, saya tahu makcik ada di dalam!! Bukak! Makcik ingat semua masalah boleh diselesaikan macam tu je?”ujar Syah sedikit kasar. Dia tersengih apabila makcik tersebut masih berada dalam biliknya. Loceng bilik Mia ditekan beberapa kali.

“Selepas makcik cabul saya, makcik boleh buat tak tahu macam tu je? Macam mana ada orang tua miang macam nie? Makcik tak kesian ke dengan anak-anak makcik?”

 Mia mengetap bibirnya mendengar tuduhan Syah. Aku tak cabul kaulah senget!!

“Bunyi apa bising-bisng sangat nie?!!”Aiman sudah menunjukkan wajahnya. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal apabila tidurnya terganggu. Sangkaannya bunyi tersebut hanya sementara, namun lama-kelamaan dia sendiri tidak tahan. Mata Aiman membulat melihat keadaan seorang lelaki yang kacak dan separuh bogel  berdiri di hadapan pintu gadis flat 124. Siapa mamat nie?

“Saya minta maaf. Tapi saya ada urusan nak selesaikan nie”ujar Syah sedikit perlahan. Dia menunduk kepalanya tanda maaf. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal apabila pergaduhan mereka mula mendapat perhatian daripada orang lain. Malu rasanya apabila dirinya diperhati. Dia sambung mengetuk pintu bilik Mia perlahan-lahan dengan muka yang tebal menahan malu.

“Man, siapa tu…..OMG!!?”Mata Zaid yang masih mengantuk membulat melihat penambilan Syah apabila dada lelaki tersebut terdedah begitu sahaja dan hanya mengenakan seluar pendek.  Apa yang budak hantu tu buat dekat lelaki itu sehingga lelaki tersebut sanggaup keluar dalam keadaan begitu? Jangan-jangan…Akal fikiran Zaid mula berfikir bukan-bukan

Aiman menoleh ke arah Zaid yang sedang menutup mulutnya sambil matanya membulat melihat penampilan lelaki  yang tidak dikenali itu. Tidak pernah ada seorang pun lelaki yang datang ke bilik gadis tersebut. Selalunya bilik gadis tersebut sunyi seperti tidak berpenghuni. Alih-alih ada lelaki yang separuh bogel berdiri di hadapan pintu tersebut. Daripada percakapan lelaki tersebut, seperti mereka sudah lama berkenalan. Kenapa dia tidak pernah tahu? Hati Aiman mula dicuit rasa cemburu.

“Makcik bukak!! Bukaklah, dah ramai orang datang. Makcik nak besarkan lagi hal nie? Makcik nak saya laporkan kepada polis?”ugut Syah sambil mengetuk pintu bilik Mia. Mia mengeleng kepalanya laju namun semua itu tidak dapat dilihat oleh Syah. Hati Mia merintih berharap lelaki tersebut beredar. Bukan itu rancangannya dalam kehidupan. Tidak sedar sejak bila hidupnya tiba-tiba menjadi seriuh itu. Dia betul-betul benci!!

“Makcik? Orang yang tinggal dalam bilik nie masih berusia 26 tahun lah”ujar Aiman pelik mendengar panggilan yang diberikan oleh lelaki itu.

“Ha? 26 tahun? Dengan rambut serabai dan baju selekeh macam tu?”soal Syah apabila mendengar jawapan tersebut. Dia  menghalakan jarinya ke pintu gadis yang dianggap makcik tersebut sambil matanya membulat melihat Aiman meminta kepastian. Anggukan daripada Aiman membuatkan Syah ketawa geli hati. Malu dengan diri sendiri sebenarnya.

“Oooo.. muda-muda lagi dah jadi pencabul”ujar Syah sambil tersengih.

“Apa pencabul?” ujar Aiman dan Zaid serentak. Masing-masing melihat sesama sendiri. Gadis flat 124? Pencabul? Dia melihat penampilan Syah dari atas hingga bawah. Lelaki itu lebih nampak sebagai pencabul pada pandangan mereka.

“Apa yang bising sangat nie? Jiran bawah sudah membuat aduan”seorang lelaki tua yang berpakaian sebagai  pegawai keselamatan tiba dengan seorang wanita yang berusia dalam lingkuan-30 an.

“Oh My, apa lelaki nie buat disini?”ujar wanita yang berusia 30-an tersebut sambil melihat badan Syah yang agak terdedah tersebut dengan ekor matanya yang nakal. Toughnya body mamat nie.

Syah menutup badannya  apabila mengesan dirinya diperhati. Eishh, makcik nie nak cabul aku juga ke? Memang perempuan di flat nie miang-miang! Rungut Syah sambil berpaling membelangkangi mereka. Dia kembali mengetuk pintu gadis tersebut. Kini pergaduhan mereka telah dilihat oleh 4 orang.  Kalau dah celuk pengkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dia malas nak menghiraukan mata-mata yang memerhatinya. Mia mendengar ketukan pintu kembali berbunyi. Dia juga dapat menangkap bunyi daripada jiran-jirannya. Malunya aku! Kenapa mamat nie masih tidak putus asa lagi?

“Keluar lah!! Kau dah lupa apa yang kau buat dekat aku semalam? Apa yang kita lalui semalam? Macam mana dengan maruah aku?”soal Syah sedikit merayu. Sesekali kakinya menendang pintu perempuan tu. Buat-buat tidur lah pulak.

“Semalam?”soal Aiman tanpa sedar mendengar rayuan Syah. Akalnya sudah tidak dapat berhenti berfikiran negatif. Takkanlah gadis suci macam Mia sanggup buat macam tu?
“Maruah?”kini Zaid pula terkejut. Wow, betullah bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Maju rupanya gadis hantu tu.

“Betul tu! Selepas apa yang kami lalui semalam, pagi tadi dia cabul pula saya tanpa saya sedar. Cakaplah lelaki mana yang tak marah? Habis maruah saya tercalar”adu Syah dengan perangai kebudak-budakannya dengan harapan lebih ramai orang berpihak kepadanya tanpa menyedari  aduannya membawa kepada perkara lain yang difikirkan oleh mereka.

“Jadi kamu berdua..sebab tu kau keluar macam nie?”soal Zaid ingin tahu. Anggukan daripada Syah menyebabkan semua mata membulat memandangnya.

Mia yang mendengar perbualan tersebut terkejut besar. Laju sahaja dia bangun daripada pembaringannya dan mendekatkan lagi teliganya pada pintu. Akalnya seperti dapat menangkap perkara yang difikirkan oleh jirannya itu. Oiii!! Bukan macam tu laa berlaku!!

“Sudah berapa lama kamu berkenalan?”soal wanita lingkungan 30-an itu ingin tahu memandangkan gadis yang dikenali itu tidak pernah berbual-bual dengan sesiapapun apatah lagi lelaki. Takkan gadis tersebut sanggup berbuat perkara tersebut.

“Ha? Baru semalam kita kenal”jawab Syah selamba. Dia memandang mata-mata yang melihatnya semacam. Kenapa macam tak percaya saja?

“Semalam, kemudian terus Tutttt……….?”soal wanita tersebut kembali tidak percaya. Semua wajah yang melihat  Syah berubah. Setiap daripada mereka mula berfikir perkara yang sama. Pegawai keselamatan tersebut mengaru kepalanya yang tidak gatal. Cara permakaian Syah sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran mereka. Wajah Aiman nyata berubah. Ada sedih, ada marah. Mia mahu pengsang apabila mendengar perbualan mereka. Mahu tidak mahu dia perlu keluar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Harapannya kepada lelaki itu semakin hancur apabila kenyataan lelaki itu semakin mengeruhkan keadaan.

Mia menghirup udara sedalam-dalamnya. Dia memegang tombol pintunya lama dan menarik nafas sedalam-dalamnya. 5 minit je Mia, 5 minit je. Tombol pintu dibuka dan wajahnya dapat merasakan udara segar daripada luar. Apabila wajahnya terpancul, senyap seketika perbualan antara mereka. Semua mata melihat kepada Mia. Jelas Mia tidak selesa. Dia keluar daripada biliknya dengan muka yang tebal. Apasal malang sangat nasib aku minggu nie?

“Semuanya salah faham sahaja!!”jelas Mia sambil menundukkan kepalanya. Tanpa salam, pembuka kata dia terus menyatakan penerangannya. Habis semua mata membulat melihatnya. Apabila Mia mengangkat wajahnya, bulat matanya melihat pemakaian lelaki yang senget itu. Gila ke mamat nie?

Syah dapat mengesan mata gadis itu membulat melihat badannya yang separuh terdedah itu. Laju sahaja tangannya menzip sweaternya. Dia berdehem untuk menutup matanya. Tidak sedar akan penampilannya.

“Saya harap semua orang boleh pulang ke tempat asal. Hubungan kami bukan macam yang semua bayangkan. Saya minta maaf atas keriuhan ini. Minta Maaf” Mia menyatakan niatnya dengan lancar. Hampir  lama juga dia mengeluarkan kenyataan tersebut selepas berfikir panjang. Syah melihat lama wajah gadis itu apabila gadis itu tidak lagi menyembunyikan wajahnya seperti di pasar raya tersebut. Em.. memang gadis lah, ujar Syah dalam hati.

“Saya harap semua orang boleh beredar kerana saya nak selesaikan perkara dengan lelaki ini. Minta maaf”rayu Mia agak perlahan. Aiman melihat lama wajah gadis tersebut yang benar-benar tertekan. Dia tahu gadis itu tidak suka berada di kawasan yang ramai orang. Akhirnya dia mengambil tindakan untuk menyuraikan jiran-jirannya tersebut bagi memberi laluan kepada Mia.
Apabila semua orang beredar, Mia memandang wajah lelaki tersebut yang tersengih memandangnya. Nyata lelaki tersebut berasa bangga kerana akhirnya dapat mengeluarkan gadis tersebut daripada biliknya.

“Awak…”Syah memulakan perbualannya apabila gadis tersebut masih membisu seribu kata.

“Berapa?”soal Mia lancar.

“Ha?”soal Syah agak pelik dengan soalan Mia. Berapa apa nie?

“Berapa wang perubatan yang awak nak? Saya bayar”jelas Mia cepat-cepat. Cakap jelah, aku malas nak duduk lama-lama nie.

“Ha..ha.. awak ingat saya datang nak wang? Saya nak dengar penjelasan daripada awak. Apa sebab awak intai saya? Awak tak rasa bersalah ke sebab tumbuk saya?”soal Syah bertalu-talu. Dia ingin melepaskan segala malu yang ditanggungnya.

Mia menghela nafas sedalamnya. Nampaknya perbualan mereka akan berpanjangan. Mia terlebih dahulu mengorak kaki untuk memasuki biliknya. Biarlah tak selesai pun, malas aku nak layan. Belum sempat Mia menutup pintu biliknya, lelaki tersebut terlebih dahulu menghalang dengan kakinya dan menarik tangan Mia yang memegang tombol pintunya daripada dalam. Hal ini menyebabkan badan Mia bergerak ke badan lelaki tersebut dan hampir menyentuhnya. Mujur sahaja badannya bertindak lebih pantas mengimbangi kedudukan mereka. Mia cuba menempis tangannya namun lelaki tersebut semakin kuat menggengamnya.

“Nama saya Syah, awak?”soal Syah sambil tersengih. Dia seperti sudah dapat membaca tindak-tanduk gadis tersebut. Memang di luar kebiasaan. Gadis tersebut seperti melarikan diri daripada orang ramai. Tapi kenapa?

Mia membisu. Matanya dialihkan kepada sudut lain. Dia sengaja membuat muka bosan dengan harapan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Syah itu akan berundur diri. Dia berpegang kemas kepada prinsipnya agar tidak mudah bergaul dengan orang ramai. Pengalaman lampau telah banyak mengajarnya. Memang gembira tetapi ia juga boleh membawa kepada kesakitan yang paling kita takuti. Ia mampu membunuh diri kita dari dalam.

“Perlu ke saya terus panggil awak makcik? Atau beritahu jiran awak yang kite…”

“Mia”potong Mia laju apabila lelaki tersebut menyambung ugutannya. Dia dapat mendengar satu ketawa kecil daripada lelaki tersebut. Apa yang lucu sangat? Mia mencebik.

“Mia ke? Meow?”ujar Syah selamba sambil membauat lawak.”Cakaplah kuat sikit, tengoklah muka saya semasa bercakap”nasihat Syah apabila perasaan gadis itu banyak menundukkan wajahnya.

Eish, mamat nie kalau tak ada apa-apa baliklah! Getus hati Mia.

“Awak taknak cakap apa-apa? Selalunya perempuan banyak cakap. Sekurangnya, awak marahlah saya sebab semalam atau suruh saya balik. Awak memang takde perasaan ke?”soal Syah ingin tahu apabila gadis itu masih tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sikap ingin tahunya semakin kuat untuk mengenali gadis tersebut.

Aku memang sakit hati dengan kau! Kau tak nampak ke betapa muka aku nie suruh kau pergi? Getus hati Mia. Dia ingin menyuruh lelaki tersebut pulang, namun mulutnya berat untuk menuturkan kata-kata.

Syah menarik nafas sedalamnya. Dia memegang lengan tangan gadis tersebut agar gadis tersebut mengikutinya. Bulat mata Mia melihat tindakan lelaki itu tiba-tiba. Dia laju menarik tangannya.
“Kenapa nie? Bukan ke awak takde perasaan?”soal Syah selamba sambil menarik kembali lengan tangan Mia dan mengheretnya ke lif.

Kau gila ke? Mana ada perempuan tak marah ikut lelaki yang tidak dikenali? Marah Mia mendengar  kata-kata lelaki itu yang seperti meganggapnya perempuan yang semudah itu.
“Awak tak kata apa-apa pun bila saya heret awak. Mak saya kata orang perempuan kalau diam tandanya setuju. Jomlah, kita turun bersarapan kat bawah dahulu sambil bincang hal semalam” Syah mula memberi cadangan sambil tersenyum.

Amboi pandainya dia membuat kesimpulan. Diam tandanya setuju. Kita bukan nak kahwinlah!! Pergi bersarapan? Dengan mamat nie? Fikiran Mia mula mencari alasan apabila lelaki tersebut mengheretnya sehingga mereka hampir ke lif.

“Nak pergi macam nie?”soal Mia untuk mencari alasan. Akalnya sudah berkira-kira untuk melarikan diri jika lelaki tersebut ingin menyalin pakaiannya. Selamatlah dia.
“Ye tak ye kan? Kena salin dahulu lah”jawab Syah sambil tersenyum melihat Mia. Namun tanganya masih masih menekan punat lif manakala tanganya sebelah lagi memegang lengan tangan Mia dengan keadaan berlapik. Mia tersenyum apabila lelaki tersebut menerima cadangannya. Dia sudah berkira-kira ingin melepaskan diri.

“Awak tunggu di apartment saya” jawab Syah ringkas sambil menarik lengan Mia memasuki lif tersebut apabila gadis itu masih mengeraskan dirinya. Dia tahu gadis itu akan melarikan diri maka dia juga telah mengambil langkah keselamatn terlebih dahulu. Kau ingat aku bodoh sangat ke? Syah tersenyum melihat reaksi Mia yang telah pucat.

Apa? Terkedu Mia mendengar jawapan lelaki tersebut. Apartment?






*****************************************************************************************
“Eh, Ary dah sampai!!” ujar Syah ceria apabila matanya melihat kelibat Ary yang sedang membancuh kopi di dapurnya.

“Kenap Syah tak kunci pin…..”Arisyah tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila matanya menagkap cara pemakaian Syah. Paling parah lagi, lelaki tersebut sedang erat memegang lengan tangan seorang wanita disisinya. Wajah wanita tersebut sedikit pucat dan hanya menundukkan wajahnya. Macam pernah dilihat je? Arisha mula mengimbau jika dia pernah melihat wanita tersebut.

“Ary kenalkan nie, Mia. Makcik yang tumbuk Syah semalam tu. Syah dah jumpa dia Ary!!”ujar Syah sedikit teruja sambil membawa Mia memasuki rumah mereka. Mia hanya menurut sahaja langkah Syah memandangkan dia tidak berani untuk memberi apa-apa pendapat. Jauh di sudut hatinya, dia benar-benar ingin pulang ke ruamh.

“Oooo… hai, saya Arisyah. Mia boleh panggil saya Ary”ujar Arisyah sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Mia. Mia menyambut huluran tersebut dalam keadaan takut-takut.

“Mia”jawab Mia pendek. Dia melihat Arisyah yang tersenyum mesra kepadanya. Jelas mempamerkan peribadi gadis tersebut yang baik dan mesra dengan semua orang. Mia melihat penampilan gadis tersebut dari atas hingga bawah. Cantiknya gadis dihadapannya. Seperti kacukan. Dia yakin gadis tersebut bukan melayu asli. Mustahil orang melayu mempunyai kulit seputihnya seperti lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Syah itu juga.  Arisyah mengenakn  gaun kasual berlengan pendek hingga paras lutut. Gaun tersebut mempunyai corak-corak bunga kecil. Selain itu, gadis tersebut juga mengenakan jeans dan gaya rambut ala chin-bon. Sangat feminine.

“Syah jumpa mana dia? Syah nak saman dia ke?”soal Arisyah ingin tahu apabila lelaki tersebut seperti bersungguh-sungguh mencari wanita tersebut.

“Tengoklah, Syah nak buat macam mana”jawab Syah agak serius sambil matanya dilirik ke arah Mia yang tiba-tiba berubah itu. Mahu tergelak sahaja dia melihat wajah gadis tersebut sedikit pucat. Dia memasuki biliknya untuk menukarkan bajunya. Dia yakin gadis itu tidak akan lari sesuka hati ditambahkan pula dia telah mengunci pintu biliknya sebentar tadi.

“Mia duduklah dulu. Mia ada apa-apa janji dengan Syah ke? Mia nak keluar dengan dia ke?”soal Arisyah ingin tahu. Sekejap, wanita itu mengeleng kemudian mengangguk pula. Confused, Arisyah untuk menafsir maksud sebenar gadis tersebut memandang gadis tersebut tidak banyak bercakap.

Mia mengambil tempat di atas sofa yang bertentangan dengan Arisyah. Gadis tersebut banyak tersenyum melihat Mia. Mia mula terasa tidak selesa apabila dia memerhatikan ruang bilik tersebut yang sangat besar. Cukup kemudahan yang telah disediakan. Malah perobotnya sangat moden seperti yang serring dilihat dalam majalah. Mesti mamat nie kaya. Biliknya jauh berbeza dengan lelaki tersebut. Janggal rasanya.

“Ary tak fahamlah Mia, Mia ada janji dengan Syah ke?”soal Arisyah sekali lagi.
“Dia putuskan nak berbincang”jawab Mia perlahan. Dia kemudian menunduk wajahnya sambil bermain dengan jarinya. Jelas dia takut. Dia takut jika lelaki tersebut akan mengambil tindakan dengan perbuatannya semalam.

“Oh macam tu. Syah memang suka putuskan apa yang perlu dia buat. Mia janganlah takut”ujar Arisyah sambil ketawa. Mia hanya tersenyum. Dia sedar gadis tersebut cuba mewujudkan suasana antara mereka. Namun dia tetap tidak selesa.

“Mia janagnlah takut. Kalau Mia kenal saya, saya baik orangnya”ujar Arisyah untuk menyedapkan hati wanita tersebut. Dia tahu wanita itu ingin pulang, namun mustahil dia boleh membenarkan wanita tersebut pulang. Pasti Syah akan bersedih. Melihat lelaki tersebut bersedih, memang satu kelemahannya.

“Wah! Nampaknya ada orang puji diri sendiri”satu suara kedengaran daripada  hadapan mereka. Kedua-dua wanita tersebut berpaling ke arah tersebut. Terkedu Mia melihat lelaki tersebut yang telah lengkap berpakaian. Handsomenya lelaki nie. Syah mengenakan seluar panjang dan baju t-shirt biasa serta jaket di luaranya. Memang terserlah ketampanan lelaki tersebut. Mia melihat wajah Arisyah yang tersenyum kecil melihat Syah. Dia kenal senyuman begitu. Senyuman seorang wanita kepada lelaki begitu. Mana tidaknya, dia juga pernah menghadiahkan senyuman tersebut kepada seorang lelaki suatu masa dahulu.

“Jom Mia!!”jawab Syah ceria sambil menarik lengan wanita tersebut. Dia tahu wanita tersebut tidak akan bergerak jika dia tidak menariknya.

“Syah balik bila?”soal Arisyah ingin tahu. Dia sedikit cemburu apabila Syah menarik lengan gadis tersebut. Namun, dia cuba bersangka baik. Takpelah Ary, lama-lama gadis tersebut akan pergi juga. Dia bukan serapat kau dengan Syah. Arisyah cuba menenangkan hatinya.

“Syah balik awallah. Selesai, Syah terus balik. Sekarang Syah nak main puas-puas dengan makcik nie dulu”ujar Syah sambil matanya melirik kepada Mia sambil tersenyum nakal. Cepat-cepat Mia melarikan pandangannya. Taknak!! Jangan masukkan aku dalam jail!!

“Bye Ary!!”ujar Syah sambil melambai tangan kepada Arisyah. Arisyah kembali melambai tangan kepada Syah sehingga mereka berdua hilang daripada pandangan mata. Arisyah melepaskan keluhan berat. Rancangannya untuk meyediakan sarapan kepada lelaki tersebut tergendala.





*********************************************************************************************8
“Mia nak makan apa?”soal Syah ceria sambil melihat menu ditangannya. Lama dia berfikir melihat menu tersebut. Mia merenung tajam wajah lelaki tersebut yang tidak pernah ada sekelumit rasa bersalah. Sangkaanya lelaki tersebut akan membuat aduan polis, balik-balik mereka berada di restoran di hadapan apartmen lelaki tersebut.

“Mia suka makan nasi goring cina tak? Syah minat nasi tu”soal Syah lagi. Namun seperti biasa tiada jawapan yang diucapakan oleh Mia. Walaupun begitu, lelaki tersebut tidak menunjukkan reaksi marah ataupun bosan dengan sikap Mia. Dia masih tersenyum riang sambil membaca satu persatu menu di tangannya.

“Makcik”ujar Syah tiba-tiba. Mia sedikit terkejut lalu mengangkat wajahnya. Dia dapati lelaki tersebut sedang mengangkat tangannya sambai melambai-lambai ke arah makcik yang sedang mengambil pesanan makanan di meja hadapan mereka.

Cis! Aku ingatkan dia panggil aku. Kenapalah aku boleh perasaan macam tu? Mia menunduk kembali wajahnya untuk menyembunyikan malunya. Harapannya agar lelaki tersebut tidak menyedari keadaan tersebut. Dia mengeluh apabila lelaki tersebut masih mampu tersenyum tanpa sedikitpun perasaan bosan dengan sikapnya. Dia sedar, lelaki tersebut akan meneruskan rancangannya walaupun dia tidak bersuara. Hendak atau tidak, dia perlu bersuara juga.
“Takde maruah ke? Tak rasa bosan ke?”ujar Mia sedikit keras.

“Panggil nama Syah dulu baru Syah beri jawapan”lelaki tersebut mengenakan syarat sambil melihat menu makanan tersebut kembali walaupun telah memesan makanan sebentar tadi. Dia sengaja bermain dengan wanita tersebut. Dia sedar wanita tersebut tidak pernah memanggilnya dengan nama atau panggilan.

Mia mengetap bibirnya tanda geram dengan sikap Syah yang mengada-gada.

“Tak bosan ke? Tak de maruah ke?”soal Mia sekali lagi sedikit geram . Namun lelaki tersebut buat tak tahu sahaja mendengar soalannya.

“Tak bosan ke?”soal Mia sekali lagi apabila Syah masih membisu. Jelas lelaki tersebut sengaja tidak mendengar soalan Mia. Mia dapat merasakan darahnya semakin mendidih melayan kerenah lelaki tersebut yang tidak matang itu. Memang budak remaja macam tu eh?

“Dengar tak?”soal Mia sekali lagi. Kini, Syah pula mengambil tempat membisu. Dia benar-benar geram.Alih-alih dia berani bersuara, lelaki tersebut pula mengambil langkah membisu. Syah sengaja menyibukkan diri membaca menu tersebut sambil menutup wajahnya. Darah Mia mula menyirap.

“Jangan buat tak denagrlah”. Masih sepi.

“Sampai bila nak berperanagi macam budak-budak nie?”

“Jawablah!!”

“Hei Syah!!!”marah Mia sedikit geram. Dia menutup mulutnya apabila tanpa sedar dia telah memanggil nama lelaki tersebut. Bodohnya aku nie!!

“Ye Mia?”soal Syah manja sambil menjatuhkan menu yang menutupi wajahnya sedari tadi. Dia melihat wajah Mia sambil melengkupkan kepalanya.

“Syah nak apa sebenarnya? Mia minta maaf kalau tumbuk semalam”ujar Mia perlahan-lahan. Dia sudah mula mengambil langkah untuk berdamai. Lebih cepat masalah diselesaikan, lebih cepat dia boleh balik.

“Syah tahu salah Mia”

Mia mengetap bibirnya. Jawapan tersebut seperti menjatuhkan kesalahan di bahunya. Makin menyirap darahnya. Lelaki tersebut sedar tak bahawa tindakan tersebut terjadi kerana tindakannya juga?

“Mia juga minta maaf sebab intai pagi tadi”ujar Mia kembali. Biarlah, lelaki tersebut rasa dirinya yang bersalah jika itu dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih mudah. Dia malas melihat wajah lelaki tersebut lagi. Tersengih-sengih je kerjanya. Menyakitkan hati.

“Em.. memang salah yang mencabullah”

Bulat mata Mia mendengar jawapan daripada Syah. Melebih-lebihlah mamat nie.

“OK, bayangkanlah perasaan Syah. Malam, Mia tumbuk Syah kemudian pergi macam tu je. Awal-awal pagi badan Syah dah dicabul”ujar Syah sambil merenung wajah Mia.

“Mia tak cabullah!! Mia tengok je!!”jawab Mia laju dan sedikit kuat. Kini, ada beberapa pasang mata melihat ke arahnya. Mia berdehem perlahan lalu menundukkan wajahnya. Sungguh, dia tidak dapat mengawal marah dan suaranya. Syah tersengih melihat wajah Mia yang berubah. Ada perasaan juga minah nie.

“Habis Mia tak rasa perlu mengambil tanggungjawab atas perbuatan Mia?”soal Syah sambil tersenyum melihat Mia. Seronok rasanya dapat memainkan perasaan wanita itu.

“Nak berapa?”soal Mia. Dia sudah berkira-kira mahu menghulurkan wang. Harapannya agar masalah tersebut selesai sampai begitu sahaja.

“Oii!! Ingat orang nie gigolo ke? Bayar terus pergi”jawab Syah apabila mendengar cadangan Mia. Mia membulat matanya mendengar kata-kata Syah. Begitu mudah dia menuturkan kata-kata tersebut lebih-lebih lagi pada dirinya yang baru sahaja dikenali semalam.

“Mungkin Mia perlu buat macam orang selalu buat”

“Macam mana?”soal Mia pelik. Dia melihat wajah Syah yang tersengih. Jarang sekali wajah tersebut mencuka. Sentiasa dihiasi dengan senyuman. Pasti dunianya begitu indah.

“Jom kahwin”ujar Syah laju. Kemudian Syah melepaskan ketawanya apabila melihat wajah Mia yang hampir percaya dengan kata-katanya.

“Jangan nak melawak!! Serius sikit!”marah Mia. Mia sudah mengeluarkan dompetnya. Sekeping not 50 ringgit diletakkan di atas meja. Dia dapat rasakan perbualan dengan lelaki tersebut semakin membuang masa. Kalau dia tidak bertindak, pasti lelaki tersebut masih dengan sikap budak-budaknya.

“Ambil duit nie. Anggap sahaja perkara yang jadi malam dan pagi tadi tak pernah berlaku”ujar Mia tegas sambil mempersiapkan dirinya untuk bangun.

“Wow, Mia buat macam dalam tv lah. Lepas rogol perempuan tu, letak duit kemudian lari macam tu je. Anggap sahaja perkara yang jadi malam dan pagi tadi tak pernah berlaku”ujar Syah sambil mengajuk cara percakapan Mia. Mia mengetap bibirnya mendengar lawak Syah. Jelas seperti ingin merendah-rendahkan percakapannya.

Mia mula berdiri untuk bangun. Pada waktu itu jugalah, seorang wanita datang meletakkan sarapan mereka. Syah terus sahaja berdiri lalu menghalang laluan Mia. Dia tidak tahu gadis tersebut boleh semarah tu.

“Anggap sahajalah kita tidak pernah bertemu”ujar Mia sambil melihat Syah yang sedang menghalang laluannya.

“Apa Mia mengarut nie? Apa kata kita jadi kawan dan lupakan masalah nie?”

“Apa gunanya kawan?”ujar Mia perlahan.

“Awalnya dia cakap kita akan berjumpa lagi. Tunggu telefon daripada saya. Kemudian mereka senyap begitu saja”Syah sedikit tersentap mendengar kata-kata Mia. Sedikit sebanyak dia terasa dengan kata-kata Mia. Memandangkan dia juga mempunyai banyak bilangan contact, namun jarang sekali dia menelefon kesemuanya. Dia hanya menelefon segelintir mereka yang rapat dengannya. Itukah yang dirasa oleh orang yang dia minta nombor selama nie?

“Tak betul ke apa Mia cakap? Lagipun kita nie jauh bezanya umur. Mia dewasa. Tapi Syah masih budak-budak”ujar Mia lagi.

Budak-budak lagi? Aku dah berusia 28 tahunlah makcik!!

“Mia..”Syah cuba berlembut dengan Mia namun gadis tersebut mengalihkan pandangannya ke sudut lain.

“Syah tahu tak semuanya sangat merimaskan?”ujar Mia. Dia mula meluahkan segala isi hatinya. Dia berharap kata-katanya yang keras itu akan menyebabkan lelaki tersebut tidak akan mencarinya lagi. Memandangkan mereka hanya bersebelahan, besar kemungkinan lelaki itu akan menganggunya. Dia mahu lelaki itu membencinya.

Terkedu Syah mendengar kata-kata Mia. Bagaiamana wanita itu dapat meluahkan kata-kata keras begitu. Sedarkah dia tentang perasaan orang lain. Tahukah dia erti gembira?

“Hidup Mia kucar-kacir. Mia benci sangat bila orang panggil nama Mia. Orang ketuk pintu Mia berkali-kali. Bunyi loceng. Rimas!!”

“Kita bincang elok-eloklah Mia. Perlu ke kita pergi sejauh nie?”soal Syah. Permintaan wanita tersebut sedikit kasar bunyinya. Jarang sekali seorang wanita dapat menuturkan kata-kata sepedas itu. Dia memang tak de perasaan ke?

“Perlu ke kita pergi sejauh nie? Jangan cakap macam kita dah bertahun-tahun kenal. Bagi Mia tak ada apa-apa pun dalam hidup Mia. Syah hanyalah orang yang melintas sebentar di hadapan Mia.  Syah ingat semua masalah boleh diselesaikan dengan senyuman? Tau tak betapa susahnya hari Mia sejak bertemu dengan Syah? Syah buat orang lain fikir macam-macam”Mia merenung tajam ke mata lelaki itu. Jelas tiada lagi senyuman yang terukir di wajah yang ceria itu. Dia tekad, tekad agar lelaki itu tidak akan mencarinya lagi. Dia tidak mahu mempunyai hubungan dengan sesiapa lagi. Dia mahu kehidupannya yang dulu. Siapa Syah untuk mengubah dirinya?

“Mia ingat Mia boleh terus kurung diri tanpa tak berjumpa dengan sesiapa pun? Sampai bila Mia macam nie?”soal Syah untuk menyedarkan gadis itu. Sedikit sebanyak dia terbawa-bawa dengan perasaan.

“Jangan berlagaklah”ujar Mia perlahan. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tahu bahasanya semakin kasar namun dia benar-benar mahu kembali ke kehidupannya. Sunyi .

“Apa?”soal Syah sedikit terkejut.

“Jangan berlagak seperti tahu semua pasal diri Mia hanya sebab kita jumpa semalam.  Jangan pandai-pandai nilai diri Mia. Syah tu siapa?”soal Mia geram. Dia terasa tercabar apabila lelaki itu seperti memperlekehkan keputusan yang dia ambil. Syah dapat merasakan yang jantungnya semakin kuat berdegup menahan marahnya. Inilah kali pertama dia berjumpa dengan gadis yang terlalu berterus-terang sebegitu.

“Berlagak? Memang tu yang Mia nampak sejak kenal Syah?”soal Syah sedikit tidak percaya. Dia mula rasa ingin menyerah sahaja untuk berbual dengan gadis tersebut.

“A’ah, kita anggap sahajalah kita tak pernah berjumpa. Setakat pertemuan kita tu ,  macam benda remeh sahaja bagi Mia. Tak perlulah Syah melebih-lebihkan?”Mia memandang tajam ke dalam lelaki tersebut. Lelaki tersebut hanya membisu seribu kata. Pelbagai ekpresi muka terpamer di wajah lelaki itu. Mia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengatur langkah meninggalkan lelaki tersebut. Dia yakin lelaki itu tidak akan mencarinya lagi. Kasar sangat ke aku tadi?

“Benda remeh?”Syah menyoal dirinya kembali kemudian ketawa kecil. Betullah aku seorang sahaja yang rasa ingin tahu pasal dia. Dia tak rasa apa-apa pun. Syah melihat not 50 ringgit yang diletakkan diatas meja tersebut.

“Makcik, tolong bungkus makanan nie boleh?”




*******************************************************************************************
Mia menghempaskan badannya di atas katil. Dia melihat pada kalander yang diletakkan di atas meja berhampiran komputernya. 14 hari je lagi. Dia mengeluh seketika. Dia tahu kata-katanya sangat kasar namun dia juga tak mahu ada apa-apa lagi dengan sesiapa pun. Sikap Syah yang ceria benar-benar mengingatinya kepada seseorang. Seseorang yang memberitahu bahawa kita mesti meneroka ke seluruh dunia. Menikmati hidup selagi tidak bertentangan dengan agama. Namun kerana nasihat itu jugalah satu kejadian buruk telah terjadi dalam hidupnya. Dia tidak akan sesekali lagi mengikuti nasihat itu. Perit.

Bunyi ketukan daripada pintunya berbunyi. Mia mengerut dahinya. Siapa yang ingin berjumpa dengannya?
“Mia, Syah nie”

Langkah Mia terhenti. Dia mengetap bibirnya tanda geram. Adakah lelaki itu masih tidak putus asa?

“Syah datang bukan nak jumpa Mia. Syah nak bagi benda je”

Tiada jawapan. Mia hanya menyandar pada pintunya sambil mendengar kata-kata lelaki tersebut. Jangan bukak Mia!!

“Syah gantung dekat pintu nie ye? Anggap jelah kita tak pernah jumpa. Bye Mia”

Mia hanya membisu sambil duduk bersila di hadapan pintunya. Dia dapat mendengar derap kaki semakin perlahan di pendengaran telinganya sehingga bunyi tersebut tidak didengari lagi. Dia benar-benar dah pergi ke?

Mia membuka pintunya perlahan-lahan. Dia dapat melihat tiada seorang pun di kaki limanya. Dia mengeluh. Lelaki itu benar-benar dah pergi. Dia membuka pintunya lalu menoleh pada tombol pintu di hadapan pintu biliknya. Dua buah plastik  sederhana besar tergantung pada tombol pintunya. Dia mengerut dahinya seketika. Apa benda nie? Tangannya laju mengambil plastic tersebut lalu di masukkan ke dalam rumah.

Mata Mia membulat apabila melihat banyak pad yang terisi dalam plastik tersebut tanpa pembungkusnya. Satu plastik lagi berisi nasi goring cina yang tidak disentuh tadi. Masih panas dan aromanya menusuk ke hidung Mia. Hatinya mula diburu dengan rasa bersalah.

“Mamat nie kutip ke malam tu?”soal Mia sendirian. Mia melepaskan keluhan berat. Ya Allah apa yang telah aku buat? Aku telah menyakitkan hatinya untuk memenuhi keinginan aku. Kenapa aku boleh bercakap macam tu dengan dia?

“Anggap jelah kita tak pernah berjumpa” itulah ayat terakhir yang dituturkan lelaki tersebut. Lelaki tersebut masih berbuat baik terhadapnya walaupun telah dilayan dengan kasar. “Mia minta maaf” Hanya itu Mia dapat ucapkan. Pada masa yang sama dia ingin memenuhi keinginannya untuk hidup sendiriannya. Jika dia minta maaf terhadap lelaki itu bermaksud dia membenarkan lelaki tersebut untuk masuk ke dalam hidupnya. Mungkin itu jalan yang terbaik. Betul tu. Anggap sahajalah mereka tidak pernah berjumpa. Dia hanya lelaki yang melintas dalam hidup kau Mia. Jangan terlalu memikirkannya.







********************************************************************************************
“Syah balik bila?”soal Datin Haryati sambil menoleh ke arah anak bongsunya yang masih leka bermain games berhampiran dengan kolam renang mereka. Rindu rasanya tidak melihat lelaki itu hampir 17 tahun. Hanya itu saja anaknya yang tinggal berjauhan darinya.

“Syah baru balik semalam mak, tapi tak lamalah. 3 bulan je”jawab Syah sambil menghadiahkan senyuman kepada ibunya itu. Riang rasanya dapat melihat wajah orang yang telah melahirkannya.

“3 bulan je? Lepas terus balik ke Jepun?”soal Datin Haryati tidak percaya. Sangkaanya lelaki itu akan pulang lama namun tidak sampai setahun dia akan kembali ke Jepun.

“Tak bolehlah mak. Syah nie orang penting dalam syarikat tu. Tu pun mujur Hanazakari Riu sudi gantikan tempat Syah. Jangan risaulah mak, Syah seronok kerja dekat sana. Seronok dapat buat benda yang kita suka”jawab Syah. Dia menghentak-hentak kakinya pada kolam renang rumah ibunya itu. Dia sengaja mengambil masa untuk menjenguk ibunya setelah 17 tahun tidak bejumpa ibunya. Dia melihat sekeliling rumah ibunya. Makin besar rasanya. Pasti ibunya telah membuat pengubahsuaian.

“Ke dah jumpa gadis Jepun dekat sana sampai tak nak balik ke sini?”usik Datin Hayati sambil menyiku lengan anak bongsunya. Walaupun, Syah dilihat banyak bermain-main namun dia merupakan anak yang paling berjaya berbanding anak-anaknya yang lain. Malah anaknya itu juga telah mengambil pekerjaan di sana sebagai orang penting dalam pembuatan animasi memandangkannya minatnya yang mendalam dalam animasi. Bila diberi cadangan mencari kerja di Malaysia, dia memberi alasan bahawa peluangnya terhad dan tidak meluas seperti di Jepun. Siapa sangka kini animasi buatan anaknya menjadi semakin popular di Jepun. Anaknya mendapat pelbagai tawaran termasuklah pembikinan video, software,games dan lain-lain lagi.

“Mak nak menantu orang Jepun ke?”soal Syah ingin tahu. Melihat wajah ibunya yang terkejut ,jelas ibunya termakan dengan cadangannya.

“Syah suka gadis Jepun ke?”soal Datin Hayati tidak percaya. Lama dia memandang wajah anaknya yang tiba-tiba serius itu. Comellah cucu-cucu aku nanti.

“Tak adalah mak. Syah gurau jelah. Orang Jepun memang baik. Tapi takdelah sampai Syah berdegup kencang bila dengan mereka”jawab Syah.

Datin Hayati mencebik mendengar alasan anaknya. Lelaki itu tidak pernah mengambil serius dengan mana-mana perempuan yang menghampirinya. Semuanya dianggap sebagai kawan termasuklah sepupunya Arisyah. Dia tahu Arisyah sangat menyukai anaknya. Gadis itu memang baik dan peramah. Walaupun dilahirkan daripada keluarga yang berada, gadis tersebut lebih suka berpakaian sederhana.

“Kadang-kadang adalah sikit. Diorangkan cantik”sambung Syah nakal. Datin Hayati menoleh ke arah anaknya tanda geram. Masih tidak berubah sikap anaknya itu.

“Syah dah tua tahu tak? Sampai bila nak membujang?”

“Syah baru 28 tahunlah. Syah tetap comel dan muda”jawab Syah laju sambil meletakkan kedua-dua tangannya pada pipinya. Memang jelas lelaki tersebut obsess dengan diri sendiri.
“Siapa cakap? Takde orang cakap pun?”balas Datin Hayati. Dia benar-benar mahukan cucunya daripada Syah memandang hanya lelaki itu satu-satunya yang masih belum berkahwin. Dia ingin membuat secara besar-besaran sebagai penutup bagi keluarganya. Namun lelaki tersebut hanya tahu main-main walaupun dah tua bangkang.

“Ada orang cakap Syah nie budak-budak lagi. Macam remaja. Caya tak?”jawab Syah sambil membetulkan rambutnya. Memang obsess dengan diri sendirilah anak aku seorang nie. Gusar hati Datin Hayati mendengar jawapan Syah.

Syah tersenyum. Itulah yang dikatakan oleh seorang gadis yang berhati batu. Oopp! Salah, gadis yang hanya melintas dalam hidupnya. Selepas menghantar makanan dan pad-pad kepada wanita itu, dia terus memecut ke rumah ibunya bersama Arisyah. Dia malas untuk memikirkan gadis itu lagi. Nampak macam dia sahaja yang syok sendiri.

“Perasaanlah Syah nie. Dia ingat kalau dah tumbuh janggut dekat muka tu masih budak-budak lagi ke?”satu suara menyambuk perbualan antara Syah dan Datin Hayati. Kedua-duanya menoleh ke arah suara tersebut. Seorang kelibat wanita yang membawa sepinggang tembikai terpamer di hadapan mereka.

“Wow, nampak sedap je”jawab Datin Hayati sambil tersenyum melihat gadis tersebut. Gadis tersebut meletakkan tembikai tersebut pada tangan Datin Hayati lalu mengambil tempat disisi Syah. Lama dia melihat wajah Syah yang terkena cahaya matahari menyebabkan rambutnya kelihatan sedikit perang. Kadang-kala, lelaki tersebut meraup rambutnya apabila angin menyebabkan rambutnya terjatuh pada matanya yang redup. Sungguh, Syah memang seorang lelaki yang kacak. Banyak kelebihan abang-abangnya jatuh sekaligus padanya menjadikannya lelaki yang cukup kacak. Mungkin kerana dia juga anak bongsu dalam keluarga itu.

“Syah, tak nak makan? “soal Arisyah sambil melihat Syah yang sedang bermain air dengan kakinya. Akhirnya ketiga-tiga mereka mengikut jejak langkah Syah. Duduk di tepi kolam sambil meletakkan kaki mereka dalam air.

“Ary nak tolong suapkan tak?”soal Syah sambil ketawa. Arisyah menundukkan wajahnya apabila Syah melihat ke dalam matanya. Sungguh, dia malu untuk bertentangan mata dengan lelaki itu setelah hampir 17 tahun mereka tidak berjumpa. Lelaki itu masih tidak berubah.

“Syah janganlah bergurau macam tu dengan Ary! Ary dah jadi anak dara sekarang. Bukannya budak perempuan yang main masak-masak dengan Syah dulu”tegur Datin Hayati apabila melihat perubahan pada wajah Arisyah. Namun anak lelakinya hanya mengambil selamba dengan lawaknya.

“Apalah mak nie. Sebab tu Syah suka bergurau dengan Ary. Dia dah berwatakan macam perempuan sikit sekarang”jawab Syah sambil melihat kepada Arisyah. Arisyah mengerling geram ke arah Syah.

“Budak tak matang! Syah betul-betul nak Ary suapkan ke? Ingat Ary tak berani ke?”soal Arisyah sedikit tercabar.

“Manalah tahu. Syah sekarang kan dah menjadi lelaki yang kacak. Sebenarnya reaksi yang ditunjukkan oleh Ary tu normallah. Memang telah terbuktilah Ary tu perempuan bila nampak lelaki macam Syah”ujarnya sambil ketawa. Dia terus mengambil langkah untuk berdiri apabila wajah Arisyah telah merah padam. Kakinya telah diatur untuk berlari apabila Arisyah mula mengejarnya . Telatah mereka tidak ubah seperti budak-budak kecil. Datin Hayati mengeleng melihat perangai mereka yang tidak pernah tidak bergaduh. Ini disebabakan anaknya yang suka menyakat.

“Bencilah Syah nie!! Dia ingat dia hebat sangat lah?”marah Arisyah apabila terasa dirinya dipermain. Dia terus mengejar lelaki tersebut manakala lelaki tersebut masih berlari sambil membuat muka mengejek  kepada Arisyah. Makin panas Arisyah dibuatnya.

Syah berhenti berlari apabila melihat Arisyah sudah berpeluh-peluh mengejarnya. Nasib baiklah gadis itu mengenakan jeans walaupun memakai gaun. Kalau tak, pasti sukar untuk mengejar lelaki tersebut.

Arisyah menumbuk dada lelaki tersebut berkali-kali apabila lelaki itu berhenti di hadapannya. Jelas dia berasa geram dengan lelaki itu. Dia malu besar untuk menyembunyikan perasaannya. Namun, lelaki itu boleh membuat lawak mengenainya.

Syah memegang lengan Arisyah apabila gadis itu tidak berhenti-henti memukulnya. Wajah Arisyah sedikit berubah apabila lengannya dipegang oleh lelaki tersebut. Syah merenung ke dalam mata gadis itu. Jantung Arisyah semakin berdebar-debar dengan tindakan lelaki itu. Tidak pernah dia melihat wajah lelaki itu serius. Tambahan pula kedudukan mereka agak rapat.

“Ary tahu tak….?”soal Syah perlahan.

“Ha? Apa?”soal Arisyah kembali tergagap-gagap. Jantungnya berdegup kuat apabila melihat wajah Syah yang merenungnya. Cukup menyeksakan apabila dia hanya mendengar degupan jantungnya sahaja.

“Habis rosaklah otot-otot Syah kalau Ary pukul macam tu. Letih tau Syah jaga body Syah”balas Syah sambil tergelak lalu melepaskan lengan Ary. Dia berlari mendapatkan ibunya lalu mengambil tembikai yang berada atas ribaan ibunya. Dia kemudian berlari memasuki rumah kerana takut akan dikejar oleh Arisyah. Tergelak-gelak dirinya dapat mengenakan Arisyah.
Arisyah memandang Syah yang telah memasuki rumah. Dia memegang dadanya. Ya Allah! Seksanya bunyi degupan jantung nie.  Seksanya aku setiap kali berhadapan dengannya. Tolonglah jantung. Janganlah berdegup sekuat nie. Rintih hati Arisyah sambil menepuk-nepuk dadanya.










*******************************************************************************************
Telah  genap dua minggu dia tidak mendengar ketukan pintu ataupun bunyi loceng. Kehidupannya kembali seperti sedia kala. Dia melepaskan keluhan berat. Lelaki itu benar-benar maksudkan. Maka dia juga perlu melupakan lelaki itu. Lelaki yang tiba-tiba menegurnya. Lelaki yang membuatkan kehidupannya sedikit riuh. Mia memasukkan Maggie ke dalam periuk yang diisi dengan air sehingga separuh penuh. Dia menutup periuk tersebut dan memperlahankan api dapurnya.

Mia bergerak membuka langsirnya dan membiarkan cahaya matahari memasuki ruang biliknya. Kemudian bergerak membuka komputernya dan membiarkan seketika komputernya memproses data-data yang terkandung. Maklumlah dia jarang mengupdate komputernya. Lama-kelamaan komputernya semakin lembap.

Mia membuka slading doornya dan membiarkan udara luar masuk. Tidak sedar matanya tertacap pada beranda Syah. Lama dia memerhati beranda lelaki tersebut yang agak sunyi. Lelaki itu tak ada di rumah ke? Sudah hampir  seminggu lelaki itu menutup langsir di beranda  rumahnya. Tanpa Mia sedar, dia juga kadangkala melihat kepada beranda lelaki itu. Sudah menjadi kebiasaan apabila dia menghirup udara segar dari berandanya. Sesekali dia mendengar suara lelaki itu bersorak apabila bermain games atau menonton bola sepak kesukaannya. Lelaki itu masih tersenyum seperti biasa. Kenapa hanya dia yang terasa kehilangan?

Fikiran Mia terganggu apabila langsir rumah lelaki itu tiba-tiba diselak. Syah pada awalnya seperti menyedari kehadiran Mia namun lepas itu dia terus berjalan ke berandanya. Dia mengambil sesuatu pada buaian kayu yang digantung di berandanya. Kemudian dia masuk kembali ke dalam tanpa menengur Mia.

Mia sedikit terasa hati dengan tingkah laku Syah. Dia menghela nafas sedalamnya. Ingat, Mia dia hanya lelaki yang melintas dalam hidup kau. Tak perlulah kau terasa. Kalau dia mampu melupakan kau, kau sepatutnya mampu melupakan dia. Selama mana kau kenal? Dua tahun? 6 bulan? 3 minggu? Hanya sehari Mia! Sehari!! Kau nie bodoh ke apa?

“Er… Hai Mia”

Mia menoleh ke arah kiri apabila teliganya menangkap bunyi teguran seorang lelaki. Wajah Aiman yang tersenyum terpamer di dalam pandangannya. Dia hanya mengangguk kemudian melarikan pandangannya ke arah lain.

“Mia sihat? Lama tak nampak Mia kebelakangan nie”soal Aiman memulakan bicara. Tidak sangka pula dia dapat bertemu gadis itu setelah hampir 2 minggu gadis itu mengurungkan diri dalam biliknya.

“Tak ada barang yang dibeli”jawab Mia perlahan. Matanya tertumpu kepada pasar raya Billion yang terletak berhampiran dengan flatnya. Dia mula tidak selesa untuk berbual-bual dengan lelaki itu. Lelaki itu sangat baik terhadap walaupun mereka jarang berbual.

“Oooo..betul jugak kan?”jawab Aiman sambil ketawa. Namun tidak dihiraukan oleh Mia. Aiman mengaru kepalanya lalu melepaskan keluhan kesal. Mustahil dia dapat menarik perhatian wanita itu. Wanita itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi apabila bersamanya. Seperti seorang patung. Tiada perasaan.

Aiman melihat wanita kesukaannya sepuas-puasnya apabila wanita itu ralit dibuai dengan perasaan. Rambutnya yang berombak sesekali ditiup oleh angin. Matanya masih lebam. Pasti wanita itu menggunakan masa tidurnya untuk menyiapkan kerja-kerja mengedit. Disebabkan kurang pergaulan, wanita itu dapat menyiapkan kerja-kerja mengeditnya dengan lebih cepat. Hampir setiap minggu, pasti terdapat bungkusan yang baru tiba di hadapan rumahnya. Walaupun tidak banyak bercakap, wanita itu sangat komitmen dengan kerjanya. Mungkin sebab itu dia dipercayai untuk mengedit kertas-kertas kerja tersebut.

“Terima kasih”ujar Mia tiba-tiba.

“Ha?”Aiman seperti tidak dapat menangkap kata-kata Mia. Itulah kali pertama gadis itu memulakan percakapan dengannya tanpa ditegur. Hati Aiman rasanya berbunga-bunga apabila gadis itu merenung wajahnya. Selalunya gadis itu menunduk sahaja.

“Kenapa Mia ucapkan terima kasih?”soal Aiman ingin tahu. Matanya mula bercahaya. Tidak sia-sia dia keluar ke beranda hari itu.

“Sebab tolong Mia hari itu”jelas Mia perlahan. Rasanya ada baiknya dia berterima kasih kepada lelaki itu supaya lelaki itu terasa pertolongannya dihargai.

“Hari itu? Ooo.. Mia jangan risaulah. Bukan susah pun nak suruh diorang pergi. Lain kali, semuanya serahkan kepada saya”ujar Aiman bangga sampil menepuk-nepuk dadanya. Rasanya dia berjaya menyelamatkan gadis pujaannya itu dari serangan seekor raksasa.

Mia hanya mengangguk. Kemudian dia melihat jam pada pergelangan tangannya. Alamak, nampaknya dia telah terlewat. Akhirnya dia memasuki biliknya tanpa mengucapkan apa-apa pada Aiman. Aiman menghantar pemergian gadis kesukaannya dengan ekor matanya.

“YES!!!”jerit Aiman kesukaan sambil melombat. Dia tersenyum kali kedua sambil mengintai beranda gadis itu. Dapat dirasakan seperti cintanya semakin berada dalam perkembangan setelah 3 tahun berada sebumbung dengan gadis itu. Dia membetulkan bajunya sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Harap-harap tiada yang melihatnya.

Mia menyarungkan kalegan pada badannya yang hampir mencecah lututnya. Setelah menutup computer dan bersarapan dengan maggienya, dia sudah menyiapkan diri untuk keluar. Kemudian dia bergerak ke kalendar yang terletak di atas meja komputernya. Dia melihat pada stick note yang melekat di situ. Dia hanya mampu mengeluh melihat nota yang tertulis di situ. Dia akhirnya bergerak menyarungkan kasut sukan kesukaannya. Kasut itu banyak membantunya dalam perjalanan jauh. Betul tu hidup mesti diteruskan.



******************************************************************************************
“Kenapa tiba-tiba nak pergi pantai? Jauh pulak tu. Ada apa-apa ke?”soal Syah ingin tahu. Dia menoleh ke arah Arisyah yang berada disisinya. Gadis itu sedang ralit memilih lagu yang berada dalam radio keretanya.

“Saja nak bawak  Syah pergi jalan-jalan. Lagipun kita belum pergi mana-mana lagikan? Bukan Syah kata nak jelajah seluruh dunia?”ujar Arisyah perlahan sambil mengajukan soalan kembali kepada Syah.

“Eyaalah, tapi kenapa mesti hari nie jugak? Esok tak boleh ke?”soal Syah sedikit pelik apabila gadis itu bersungguh mengajaknya seperti hari esok tidak akan menjelma. Dia memakaikan tali pinggang keselamatan pada dirinya. Dia kemudiannya memasukkan alamat kepada GPSnya memandang dia sendiri buta jalan.

“A’ah… saja je, lagipun hari nie cuaca baik. Ary baca berita esok hujan di kawasan tu”jawab Arisyah sedikit tergagap-gagap. Dia tidak berhenti bermain dengan tangannya sendiri sejari tadi. Sesekali dia mengesat peluh yang mengalir pada dahinya.

“Ary panas ke?”soal Syah. Tangannya laju untuk menukarkan suhu air-condnya.

“Ha? Tak apa. Ary okey je. Jomlah kita pergi”jawab Arisyah sambil mengerling melihat Syah yang tersenyum riang dapat memandu keretanya yang baru sahaja dibeli minggu lepas. Dia melepaskan satu keluhan berat. Maafkan Ary, Syah. Ni sahaja cara untuk Ary dapatkan Syah.






**********************************************************************************************

“Wow!! Kita dah sampai!”jerit Syah sambil berlari menuju ke laut. Perjalanan mereka hampir memakan masa selama 3 jam untuk tiba di pantai itu. Semuanya gara-gara sikap Arisyah yang merengek ingin ke sana. Arisyah ketawa kecil apabila melihat Syah yang sedang bermain di gigi-gigi air. Sesekali lelaki itu melompat apabila kakinya tersentuh air. Namun akhirnya senyumannya mati mengenagkan rancangan yang akan dijalankan olehnya. Dia tidak tahu mengapa dia perlu bertindak sejauh itu. Namun, kebenaran yang dia ketahui semalam cukup menyeksakannya sehingga dia mengambil langkah drastik begitu.

“Syah milik Ary”ujar Arisyah perlahan sambil mengorakkan langkah mendekati Syah.

“Ary! Senyum Ary” Syah mula mengambil gambar Arisyah. Belum sempat Arisyah senyum, lelaki tersebut lebih laju menyentuh skrin Ipadnya untuk mengambil gambar. Satu senyuman terukir di wajahnya.

“Kenapa? Cantik ke?”soal Arisyah sedikit teruja untuk mengusik lelaki itu.

“Em… cantik”puji Syah sambil melihat foto tersebut. Kini, Arisyah pula terkedu. Jarang sekali lelaki itu memujinya. Lelaki itu hanya menyatakan dirinya sudah perwatakan sebagai wanita. Itu sahaja. Betulkah lelaki itu memujinya cantik?

“Kualiti gambar nie memang cantik. Perlu ke Syah editnya lagi?”sambungmya sambil ketawa. Seronok rasanya dapat mengusik sepupunya itu. Sepupunya itu sudah memuncung panjang bak seekor itik.

“Ambillah gambar puas-puas dengan Ipad Syah tu! Kualiti gambarnya memang cantik kan?”balas Arisyah sedikit geram. Matanya sudah mencari-cari tempat-tempat yang sunyi untuk dirinya dan Syah. Matanya tertacap pada sebuah bot yang diletakkan berhampiran dengan mereka di bawah sebuah pondok usang. Jala yang besar diletakkan di atas bumbung tersebut untuk mengelakkan bot tersebut terkena cahaya panas. Ini menyebabkan kawasan tersebut benar-benar terlindung.

“Syah, Mia tunggu Syah dalam bot tu sebentar ye?”cadang Arisyah sambil menunjukkan kepada bot yang terletak berhampiran dengan mereka.

“Ha? Mia tak nak main dulu ke? Kenapa alih-alih kena duduk dalam bot pulak? Bukan bot tu bergerak pun”soal Syah sedikit tidak berpuas hati. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Pantai tersebut benar-benar sunyi memandang mereka tiba di sana pada tengah hari. Pasti ramai pengunjung yang akan tiba nanti pada waktu petang.

“Panaslah Syah. Syah marilah duduk dalam bot nie sebentar. Lepas matahari turun, kita mainlah. Lagipun sekarang dah pukul 3.30 . Lama-lama okeylah nanti”usul Arisyah untuk meyakinkan lelaki itu. Dia melihat lama lelaki itu. Harapannya agar lelaki itu bersetuju, maka tidak sia-sialah rancangannya pada hari itu.

“Em..okeylah. Tapi Syah nak pergi beli ais-krim sebentar dekat sana. Ary nak?”soal Syah sambil menunjukkan tangannya ke arah jeti yang terletak berhampiran dengan mereka.  Di atas jeti tersebut, terdapat seorang lelaki berusia yang menjual ais-krim menggunakan motosikalnya.

“Okeylah. Ary tunggu dekat sini tau? Cepat sikit”jawab Ary sambil mengangguk. Dia memandang Syah yang semakin hilang daripada pandangan matanya. Lama dia termenung sebelum mengeluarkan telefonnya. Sekejap dipegang telefonnya, sekejap disimpan. Dia kadang kala menoleh kalau-kalau Syah sudah sampai. Baik kau buat Ary. Kau nak bersama dia sampai bila-bila kan? Buat sajalah. Akal fikiran Arisyah sudah mula menghantuinya. Arisyah mengambil nafas sedalam-dalamnya. Nombor telefon yang dikehendakinya didail dengan penuh yakin. Lama dia menunggu panggilan. Seorang suara lelaki kedengaran pada cuping teliganya.

“Hello. Saya nak melaporkan ada perbuatan zina di sini”




********************************************************************************************
Syah menyepak apa sahaja yang menghalang perjalanannya. Pasir tersebut menyukarkan Syah untuk berjalan ditambahkan dengan keadaan cahaya matahari yang menyilaukan pandangannya. Dia tidah habis-habis merungut apabila melihat penjual ais-krim tersebut yang dirasakan agak jauh. Kadangkala dia bersiul riang sambil melihat suasana pantai tersebut. Air lautnya masih biru, dan pasirnya berwarna keemas-emasan. Malah dia juga dapat melihat banyak cakera siput yang bertaburan di kawasan pantai tersebut. Sesekali rambutnya tertiup memasuki matanya. Inilah padahnya cuba untuk membuat gaya rambut ala-ala Kpop. Dahlah gaya rambut tersebut hampir memasuki matanya, kini sekali rambutnya ditiup oleh angin, pasti terasa pedih.

“Hishh, lecehlah”ujar Syah agak rimas dengan keadaannya. Langkahnya terhenti apabila apabila kakinya menyentuh kayu jeti tersebut. Lama dia melihat keadaan jeti tersebut. Pelbagai doa yang diinagt, dibaca dengan tekun. Rasanya sepert menempuh medan perang.

Sesekali langkahnya terhenti apabila mendapati dirinya sudah berada separuh daripada jeti tersebut. Ombak kuat menghembas jeti tersebut menghasilkan bunyi yang tidak menyenagkan. Dia dapat rasakan seperti jeti usang itu akan roboh jika ombok kuat akan menghembas jeti tersebut. Kadangkala, ombok kuat tersebut menghembas sehingga air naik ke atas jeti tersebut. Semakin jauh dia pergi, semakin kuat ombak yang datang. Malah seluarnya hampir basah terkena percikan air tersebut. Tambahan pula dia mempunyai satu kelemahan sejak kecil lagi. Malah ruangan jeti tersebut juga agak sempit. Wajah Syah mula pucat. Dia berhenti mulutnya berkumit-kumit membaca doa.

“Hish..apasal susah sangat nak beli ais-krim? Perlu ke pakcik nie jual atas jeti siap?”guman Syah tidak berpuas hati. Disebabkan keinginan untuk memakan ais-krim dia terpaksa menghadapi perkara yang menakutkan itu. Rasanya seperti menyeberangi lautan berapi sahaja. Pucat wajahnya melihat ombak menghempas jeti tersebut.

“Pakcik, saya nak dua kon ais-krim. Letak tinggi-tinggi tau”pinta Syah sambil mengurut-gurut dadanya apabila berjaya mengharungi jeti panjang itu. Matanya beralih kepada badan seorang wanita yang menyanggul rambutnya. Benar-benar menginggatinya kepada seseorang. Wanita itu ralit memerhati permandangan laut sambil membelangkanginya. Pasti wanita tersebut pelanggang pakcik tersebut.

“Sabarnya adik, kakak nie dah pesan dulu”jawab pakcik itu sambil tersenyum. Tangannya masih laju meletakkan ais-krim ke dalam kon. Disebabkan cuaca yang terlalu panas, ais-krim tersebut hampir cair.

“Alaa…pakcik saya dahululah. Kawan saya tengah tunggu tu. Kan runtuh jeti nie kan ramai-ramai”ujar Syah meluahkan kerisaunnya. Dia benar-benar mahu pergi daripada situ. Dia benci melihat ombok. Ditambahkan lagi jeti tersebut agak usang. Macam manalah pakcik tersebut berani membawa motosikalnya ke sini? Dia sudah hampir terkencing untuk melalui jeti itu.
Pak cik itu ketawa mendengar luahan hati Syah. Jelas kedengaran seperti budak-budak.

“Tanya kakak nie dululah”usul pakcik tersebut. Dia mengerlingkan matanya ke arah wanita yang masih membelangkangi mereka. Syah melihat lama gadis tersebut.

“Makcik! Boleh tak saya ambil dulu?”soal Syah agak kuat untuk melawan bunyi ombak. Namun wanita itu tidak memberi apa-apa reaksi. Pekak ke makcik nie?

“Makcik!!!”jerit Syah agak kuat. Pakcik itu menutup teliganya apabila jeritan Syah hampir memecah gendang teliganya. Haiihh..agak-agaklah budak nie.

Wanita itu memusingkan badannya apabila terasa dirinya dipanggil. Bulat matanya apabila matanya dapat mengesan suara yang memanggilnya.

“Mia?”soal Syah agak tidak percaya. Apa wanita itu buat di sini? Bukan ke dia tidak suka keluar? Itulah yang diketahui oleh Syah sepanjang 2 minggu dia tinggal bersebelahan wanita itu. Bilik wanita ini sentiasa cerah walaupun jarum sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Entah apa yang dilakukan. Kadangkala Syah agak risau dengan keadaan wanita itu. Patutlah matanya lebam.

Mia menunduk wajahnya apabila mata Syah merenung tajam ke arahnya. Sukar rasanya untuk mengambarkan perasaannya kini. Dia pasti perasaannya kini bukan marah. Namun dia sendiri sukar untuk mentafsir perasaannya. Ya Allah, macam mana aku boleh jumpa dia di sini? Kebetulan apa nie?

“Macam mana? Boleh tak budak nie ambil dulu?”soal pakcik itu kepada Mia. Matanya silih berganti melihat wajah kedua-duanya. Kenapa pucat je muka diorang?

“A’ah, pakcik bagi jelah kat dia. Saya rasa kenyang pulak”jawab Mia sambil menunduk wajahnya. Dia malu untuk melihat wajah lelaki itu. Hampir dua minggu mereka tidak bertegur sapa. Malah dia telah menuturkan kata-kata yang menyakitkan hati lelaki itu.

“Tak pakcik, saya nak tiga. Bagi dekat makcik nie satu”jawab Syah tanpa menolehkan wajah untuk melihat pakcik tersebut. Matanya masih tajam melihat wajah Mia yang sedikit pucat itu. Dia tahu Mia sengaja ingin melarikan pandangan daripadanya.

“Okey! Okey!! Pakcik buat tiga ye? Nah pegang dua nie dulu”ujar pakcik tersebut sambil menghulurkan dua batang kon kepada Syah. Syah mengambilnya namun matanya masih ralit melihat Mia. Rasa rindunya kepada gadis itu sedikit terubat. Selama ini dia tidak mampu untuk melihat gadis itu dan terpaksa melarikan pandangan daripada gadis. Cukup menyeksakan dirinya. Dia benar-benar tidak mahu lakukannya lagi. Memang bukan stylenya!!

“Makcik! Apa khabar?”ujar Syah lancar. Dia benar-benar ingin mengenali gadis itu dengan sisa masa yang ada selama dia masih di Malaysia.

Mia membiarkan soalan tersebut berlalu tanpa jawapan. Kakinya mula diatur untuk meninggalkan lelaki itu. Namun kenapa pada sisi lain, dia terasa ingin menatap wajah lelaki itu sepuas-puasnya. Apa kena dengan aku nie? Mungkin kerana dia berbeza daripada lelaki lain. Lelaki yang tidak putus asa untuk berbual dengannya. Lelaki yang baru namun memberi kesan yang mendalam dalam  hidupnya.

“Hei! Tunggu dulu! Jangan pergi masa orang tengah bercakap”ujar Syah laju apabila gadis itu bergerak melintas sebelah kirinya. Kakinya mula diatur untuk mengejar gadis itu. Dia sudah lupa tantang Arisyah yang menunggunya.

“Dik, ais-krim nie” Suara pakcik tersebut menghentikan langkah Syah. Dia mengeluarkan not 10 ringgit lalu dihulurkan kepada pakcik tersebut. Tangannya laju mengambil ais-krim yang ketiga. Hishh..makcik nie, sekurangnya ambillah ais-krim dia. Buat susahkan aku pegang ketiga-tiga je.

“Pakcik simpan jelah bakinya”

“Oii.. Makcik!! Ambillah ais-krim nie. Janganlah gerak laju-laju. Jeti nie kan licin. Kalau jatuh macam mana?”jerit Syah agak kuat. Dia melihat Mia yang semakin jauh ke hadapan. Gadis itu sengaja buat tidak dengar tentang amarannya.

“Orang cakap jalan perlahan-lahanlah. Ambillah ais-krim nie. Kalau ye pun taknak tengok muka orang, janganlah sampai menyusahkan Syah pegang ais-krim nie”jerit Syah agar dapat didengar oleh wanita itu. Dia sudah tidak peduli dengan ombak disekeliling. Wanita itu menjadi target utamanya.

Aku tak minta kau beli pun senget! Guman Mia dalam hati. Dia menahan marahnya apabila lelaki itu tidak berhenti memanggilnya makcik.

“Makcik! Berhentilah! Ambillah ais-krim nie. Janganlah emo sangat. Ke…ke makcik datang bulan?”soal Syah selamba. Soalan Syah itu menyebabkan langkah Mia terhenti. Laju kepalanya dipusing 90 darjah melihat wajah lelaki itu yang hanya tersengih. Lama rasanya dia tidak melihat senyuman itu.

“Berhenti pun”ucap Syah riang sambil melangkah mendekati Mia. Dia menghulurkan ais-krim kepada Mia. Mia merenung tajam wajah Syah.

“Ambillah. Orang datang bulan tak boleh makam ais-krim ke?”soal Syah untuk menyakat wanita itu. Merah wajah wanita itu apabila disakat begitu. Tangannya laju mengambil ais-krim di tangan Syah.

“Kan dah janji buat tak kenal?”soal Mia agak dingin apabila terasa lelaki itu melupakan perjanjian mereka.

“Syah memang anggap kita tak pernah berjumpa. Sebab tu Syah panggil makcik seperti awal perkenalan kita dahulu. Anggaplah macam nie pertemuan pertama kita. Makcik sorang je  emo pelik. Kenapa? Makcik macam pernah nampak muka Syah ke? Dalam tv ke?”soal Syah sambil tersengih. Rasanya seronok dapat mengenakan wanita itu. Nampak tak? Dia masih mematuhi perjanjian mereka.

Mia mengetap bibirnya mendengar alasan lelaki itu. Lelaki itu tidak pernah mengambil serius untuk semua perkara. Tak matang!! Mia menjilat ais-krim yang berada dalam genggamannya apabila ais-krim tersebut hampir cair.

“Makcik pakai pad jenama apa? Kotex?”soal Syah selamba sambil menjilat ais-krimnya. Kemudian dia menjilat pula ais-krim Arisyah di tangan kirinya.

Bulat mata Mia mendengar usikan tersebut. Dia tengok ke jenama pad tu?

“Jangan nak buat lawak pasal benda macam tu”jawab Mia tegas sambil menyambung langkahnya. Lagi cepat dia beredar. Lagi reda marahnya.

“Apasal tak boleh?”soal Syah kembali sambil menyambung langkahnya mengikuti Mia daripada belakang.

“Sebab orang perempuan tak suka”

“Kenapa orang perempuan tak suka?”

“Sebab tu benda alah”

“Kenapa benda alah? Semua tempat kita boleh jumpa”
Mia mengetap bibirnya geram apabila lelaki itu masih ingin menuruskan perbualan mereka. Dia tahu lelaki itu sengaja ingin mengenakannya.

“Alaa..makcik rilekslah. Syah siap pegang pad tu. Tak rasa apapun”jawab Syah selamba. Dia tersenyum mengenagkan dirinya yang pernah memegang pad tersebut. Sebenarnya itu kali pertama dia pegang benda alah tersebut. Di Jepun, dia tidak mempunyai ahli keluarga. Manalah dia tahu semua itu. Dia hanya pernah melihat dalam iklan sahaja.
Mata Mia membulat mendengar kata-kata lelaki itu. Pernah pegang? Pad aku? Yang aku pernah pakai tu?

“Makcik tunggulah Syah. Nama makcik apa?”soal Syah untuk meruskan lakonannya. Sengaja dia menanyakan soalan tersebut seperti di awal perkenalan mereka.
Jangan nak berlakonlah budak. Mia memejam matanya rapat. Bila nak disuruh begitu,begini pula dia kelentong. Memandai sahaja.

“Makcik umur berapa? Dah kahwin ke belum?”soal Syah lagi sambil tergelak. Jelas mendidihkan lagi darah yang mengalir dalam tubuh Mia. Lelaki itu memang hanya tahu ketawa sahaja. Begitu mudah dia melupakan kata-kata Mia. Macam manalah boleh wujud lelaki bermuka tebal seperti itu? Gusar hati Mia.

“Eh..Makcik datang dengan apa…………….”soalan Syah terbantut apabila pakcik yang menjual ais-krim tersebut datang melintasinya bersama motosikalnya. Ini menyebabkan Syah terpaksa mengelak pantas daripada terlanggar motosikal tersebut. Hal tersebut menyebabkan dia sukar untuk mengimbangi badannya ditambahkan lagi dengan keadaan jeti tersebut yang basah. Sedar tidak sedar dia telah jatuh ke dalam laut yang dalam itu. Terkapai-kapai dirinnya untuk memegang kembali jeti tersebut. Keadaan diburukkan lagi dengan keadaan ombak yang deras. Air-krim yang dipegang oleh Syah sudah pun tergelam dibawa arus laut yang deras.

Mia berpaling apabila mendengar percikan air yang agak deras. Dahinya agak berkerut apabila melihat lelaki itu telah hilang daripada pandangan mata sebaliknya dia melihat motosikal yang dibawa oleh pakcik tersebut semakin laju. Wajah pakcik tersebut agak pucat. Apa yang telah berlaku? Mana lelaki itu?

Mia memberi laluan kepada pakcik tersebut. Kakinya sudah bergerak mencari Syah yang tiba-tiba menghilang. Mata Mia membulat apabila melihat badan Syah sudah separuh ditenggalami air. Lelaki tersebut tidak dapat mengimbangi badannya dalam air apabila ditolak oleh ombak yang kuat. Itu menyebabkan kepala lelaki tersebut terhantuk kepada jeti. Hantukan tersebut menyebabkan lelaki tersebut pengsang lalu badannya mula ditenggelami oleh ombak.

“Syah!! Berenanglah! Apasal kau tak berenag?”jerit Mia agak deras apabila badan lelaki itu mula ditenggalami oleh ombak. Matanya melilau ke kiri dan ke  kanan untuk mengesan badan lelaki itu. Jantungnya telah berdebar kuat apabila dia gagal untuk mengesan apa-apa. Fikirannya buntut. Lelaki tu dah lemas ke?

Mia laju menanggalkan kasutnya lalu terjun ke dalam laut tersebut. Semoga kemahirannya dalam berenang dapat menyelamatkan lelaki tersebut. Ya Allah! Tolong selamat lelaki itu!!







*********************************************************************************************
“Syah!! Bangunlah!! Syah!!”Mia mengoncang tubuh Syah dengan kuat selepas membaringkan lelaki tersebut di atas pantai. Melihat mata lelaki tersebut yang masih tertutup menyebabkan hatinya mahu sahaja menjerit. Mahu sahaja dia menangis. Dia melihat ke kiri dan ke kanan untuk meminta batuan. Tiada siapa pun yang berada di situ. Di saat genting begitu, tiada sesiapa yang mampu membantunya.

“Bangunlah Syah!! Kau bodoh ke?”soal Mia sambil memukul dada lelaki itu. Namun lelaki itu tidak memberi apa-apa reaksi. Mia sudah hilang akal. Dia buntut mencari jalan penyelesaian. Mustahil dia mampu membawa lelaki tersebut ke hospital memandangkan dia sendiri tidak mempunyai kenderaan. Dia menekan dada lelaki tersebut untuk mengeluarkan air daripada badan lelaki tersebut. Namun lelaki tersebut masih tidak memberi apa-apa reaksi.

Mia menekup lama wajahnya. Dia mencari-cari pertolongan di sekitarnya. Pakcik yang menyebabkan Syah lemas sudah terlebih dahulu mengangkat kaki. Macam manalah pakcik tersebut boleh buat macam tu? Mata Mia berhenti apabila dia melihat sekujur tubuh wanita di dalam sebuah bot berhampiran dengan mereka. Dia yakin memang ada orang di situ walaupun penglihatannya agak kurang jelas kerana bot tersebut dilindungi oleh jala ikan.

“Cik? Cik tolong saya. Kawan saya lemas dan…”Mia tidak jadi menyambung kata-katanya apabila melihat gadis tersebut seperti ingin melarikan diri. Gadis itu mencari-cari tas tangannya lalu menutup wajahnya dengan tas tangan tersebut. Gadis tersebut sudah berkira-kira untuk melarikan diri.

“Cik, tunggu!!”jerit Mia apabila melihat gadis tersebut sudah ingin beredar. Dia laju memapah Syah dan bergerak menuju ke bot tersebut. Apabila dia tiba di sana, kelibat gadis tersebut sudah hilang. Dia melepaskan keluhan berat. Kenapa semua orang lari?. Mereka tak nampak ke ada orang yang hampir mati nie?

Mia meletakkan Syah perlahan-lahan ke dalam bot tersebut. Dia juga laju memasukkan diri ke dalam bot tersebut. Tangannya laju mencari-cari telefon bimbitnya. Tak ada? Dia mencari-cari pula telefon bimbit lelaki itu di seluar lelaki tersebut. Tangannya mencapai Ipad lelaki itu yang telah basuh kuyup. Hishh!! Rosak pula.

Mia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mustahil dia memapah lelaki tersebut hingga ke hospital. Dia melihat badan lelaki itu yang telah basah kuyup. Mata lelaki itu masih tertutup rapat. Ya Allah, tolonglah aku! Aku telah mengeluarkan kata-kata yang kasar kepada lelaki ini. Aku telah melakukan kejahatan. Jangan KAU mengambil nyawanya, Ya Allah. Tolonglah!! Rintih hati Mia. Mata Mia terhenti pada bibir lelaki tersebut yang berwarna merah jambu tanda lelaki  tersebut tidak menghisap rokok. Jantung Mia berdegup kencang. Mungkinkah itu sahaja jalan yang ada?

Mia mendekati wajahnya ke wajah lelaki tersebut. Hampir seinci sahaja bibirnya menyentuh bibir lelaki tersebut, dia menjauhkan wajahnya. Betul ke apa yang aku buat nie? Betul ke? Dia memandang lama wajah lelaki itu. Dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu. Nyawa lelaki itu kini seperti berada di tangannya. Dia menghela nafas sedalam-dalamnya. Harapannya agar usahanya berbolai. Dia akhirnya mendekati wajahnya, mendekati bibirnya…matanya dipejam rapat dan………….




“Apa yang korang berdua buat nie?”soal seorang lelaki yang berusia 30-an. Suara lelaki tersebut mengejutkan Mia. Laju sahaja dia menjauhkan bibirnya daripada bibir Syah. Pucat wajahnya melihat 4 lelaki yang berusia lingkungan 30-an tersebut silih berganti. Apa yang dia buat?

Syah tersedar sambil menepuk-nepuk dadanya. Air terkeluar daripada mulutnya. Dia dapat merasakan hidungnya tidak selesa dan dipenuhi oleh air. Matanya memandang seorang gadis yang merenung tajam ke arahnya. Gadis itu duduk bersila berhampiran dengannya dengan keadaan yang basuh kuyup. Baju wanita tersebut sedikit terdedah sehingga menampakkan bahu dan tali baju dalamnya. Dia mengerut dahinya lama. Matanya beralih pula kepada 4 orang lelaki yang berserban. Fikirannya menjadi semakin kusut untuk mengenali kesemua mereka. Dia memegang kepalanya yang tiba-tiba berdenyut.

“Saya dilaporkan ada perbuatan zina di sini. Apabila saya tiba, saya melihat kamu berdua bercumbuan. Apakah alasan kamu?”soal salah seorang daripada mereka yang berjanggut. Wajahnya cukup tegas hingga mampu meluruhkan tangkai jantung Mia. Mia sudah dapat meneka apa yang bermain di akal fikiran lelaki-lelaki tersebut.

“Semua nie cuma salah faham. Saya cuma memberi bantuan CPR kepadanya”jawab Mia laju. Matanya sudah mula berair apabila dituduh begitu. Hatinya bagai dihiris hiris. Renungan tajam daripada lelaki tersebut sudah cukup membuktikan kepercayaan keempat-empat lelaki tersebut.

“Dengan pakaian yang terdedah begini?”soal lelaki tersebut kembali sambil menunjukkan t-shirt Mia yang terlondeh sehingga menampakkan tali baju dalamnya. Laju Mia membetulkan bajunya sambil mengesat matanya.

“Sumpah, dia lemas.. saya tolong selamatkan dia. Sebab tu kami berdua basah”terang Mia. Mia terasa dirinya dianayai apabila pertolongannya tiba-tiba menjadi malapetaka. Ya Allah, apa semua nie?

“Boleh jadi jugak korang berdua bermandi manda kemudian buat maksiat di sini kan?”salah seorang daripada mereka yang bermisai bersuara yang sedari tadi hanya bertindak sebagai pemerhati. Mia mengeleng laju. Air matanya sudah mencurah tanpa berhenti.

“Takk…tak…”ujar Mia perlahan sambil menutup telinganya mendengar tuduhan tersebut. Hanya Allah sahaja tahu betapa seksanya jiwanya. Dia mengerling ke arah Syah yang masih memegang kepalanya. Lelaki itu masih membisu seribu bahasa. Tidak sekalipun lelaki itu bersuara menidakkan tuduhan tersebut. Hanya Mia sahaja yang melebih-lebih mempertahankan mereka.

“Kenapa pilih waktu sekarang untuk keluar. Korang sengaja agar tiada yang perasaan kan?”

“Kenapa buat bantuan SPR di kawasan yang terlindung macam nie?”

“Apasal tak minta bantuan penduduk di sini kalau dia lemas?”

“Kenapa tak telefon saudara mara dia?”

“Kenapa wajah korang pucat kalau tak buat apa-apa?”

Mia mengeleng-geleng kepalanya. Bertalu-talu soalan menyerangnya. Kesemua mata memandang dirinya seperti jijik dengan keadaan dirinya. Dia kenal pandangan seperti itu. Itulah pandangannya yang diperolehi suatu ketika dahulu. Inilah padahnya apabila dia berbual dengan seseorang. Melangkah ke dunia luar. Sekali dia langgar, terus datang sahaja hukuman ke atasnya.

“Benarkah apa yang dikatakan perempuan nie?”soalan tersebut dilontarkan pula kepada Syah. Syah mengangkat kepalanya melihat wajah manusia di hadapannya silih berganti. Dia dapat melihat wajah wanita itu seperti mengharapkan belas kasihannya. Namun, fikirannya benar-benar kosong ketika itu. Sumpah!!

“Saya…saya betul-betul tak tahu”
Jawapan jujur daripada Syah tersebut sangat memerangjatkan Mia. Sangkaannya, lelaki itu akan membelanya namun lain pula didengari. Jawapan daripada lelaki tersebut sedikit sebanyak membenarkan tuduhan ke atas dirinya. Apa yang lelaki itu mengarut?

“Syah apa awak mengarut nie? Jawablah betul-betul soalan mereka!!”marah Mia sambil memegang kolar baju lelaki tersebut. Ingin sahaja dia menampar wajah lelaki itu yang selamba. Ini balasan yang dia dapat selepas menyelamatkan lelaki tersebut? Kurang ajar!!

“Awak..awak siapa?”soal Syah sambil merenung wajah wanita yang merah padam melihatnya.

“Dahlah berlakon!! Jangan nak main-main lagi boleh tak? Benda dah jadi semakin serius! Matanglah sikit”jerit Mia agak kuat. Dia dapat mendengar ketawa daripada keempat-empat pegawai pencegah maksiat tersebut. Dia dapat merasakan maruahnya dipijak pijak.
Syah menepis tangan wanita itu agak kasar apabila wanita tersebut mencengkam kolar bajunya. Dia merasakan wanita tersebut sengaja mencabar kelakiannya.

“Aku tanya nie, kau siapa?”marah Syah agak tinggi. Mia melepaskan tangannya. Lama dia melihat wajah lelaki tersebut. Air matanya telah menitis laju . Pertama kali lelaki tersebut sekasar itu dengannya.

“Syah….”panggil Mia perlahan. Kenapa dengan lelaki tersebut? Dia dapat merasakan perbezaan daripada lelaki tersebut. Dia sudah hilang punca mencari jalan penyelesaian. Dia dapat merasakan masalah baru akan timbul.

“Kau siapa? Kita dekat mana nie?”soal Syah agak garang sambil melihat keadaan sekitar.Mia menelan air liurnya. Fikirannya buntut. Harapannya kepada lelaki itu telah terkubur. Kenapa lelaki tersebut bersikap demikian? Macam mana dengan masa depannya? Jangan kata lelaki tersebut buntut dengan keberadaan mereka. Dia sendiri seperti tidak mampu mendengar apa-apa. Soalan daripada Syah dan 4 orang pegawai pencegah maksiat tersebut menyerangnya bertubi-tubi.Dia hanya membenarkan soalan tersebut berlalu tanpa jawapan. Fikirannya semakin kusut. Matanya semakin gelap. Dunia manakah aku sedang berada nie Ya Allah?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...