[5]
I'll became a father?
Syah
memandang wajah sepupunya lama. Kelu lidahnya tiba-tiba. Hilang terus idea
percakapannya. Lelaki itu mengenali Mia? Tahu hubungan mereka? Tapi bagaimana?
Arisyah sendiri tidak tahu hubungan mereka.
“Kenapa?
Terkejut? Syah ingat Syah boleh bodohkan Aril? Syah ingat Aril macam keluarga
Arik ke? Ingat sikit Aril nie istimewa daripada mereka. Syah macam tak kenal je
perangai Aril” Aril ketawa. Ketawanya menyakitkan telinga Mia. Mia menarik
tangannya dengan kuat sehingga mengganggu tumpuan Aril terhadap Syah. Aril
merenung tajam wajah Mia yang masih kekal selamba.
“Jangan
degillah!”Aril mengemggam kasar lengan Mia. Mia masih lagi membisu tanpa suara
namun ekspreasi wajahnya jelas menunjukkan betapa marahnya dirinya.
“Macam mana
Aril boleh tahu? Jangan-jangan semua…”
“Aril upah
orang. Aril terdengar khabar angin yang mengatakan Syah berzina dengan seorang
perempuan….”Aril tidak jadi menyambungkan kata-katanya. Matanya beralih kepada
Mia yang merenung ke arahnya. Bisu ke minah nie? Sepatah pun tak kata apa-apa.
Aril menyentuh dagu Mia lalu mengangkat wajah wanita itu.
“Tapi tak
sangka pulak dengan perempuan macam nie.
Betul ke yang nie Syah?” Mia menempis tangan Aril yang memegang
sewenang-wenangnya dagunya. Lelaki itu hanya tergelak perlahan. Lucu dengan
respon yang ditunjukkan oleh Mia.
Aiman yang
sedari tadi pemerhati, bertindak mendekati mereka walaupun tidak menangkap
prbualan mereka, panas hatinya apabila dagu Mia dipegang sewenang-wenangnya.
Kolar baju Aril digemggam kasar. Aril pantas menarik kolar bajunya lalu menolak
badan Aiman. Jelas dia tidak senang.
“Kau nie
sapa? Tiba-tiba je muncul” Aril ketawa kecil apabila melihat orang yang cukup
asing menganggu urusannya. Apasal ramai sangat pengacau. Abang minah nie ke?
“Kau jangan
pandai-pandai nak pegang dialah. Kau tu sapa yang tiba-tiba muncul?” Aiman
berdiri tegak di sisi Syah. Syah melepaskan keluhan berat apabila Aiman
tiba-tiba muncul diantara mereka.
“Siapa nie
Syah?”Aril menyoal kepada Syah apabila pertanyaannya tidak dihiraukan oleh
Aiman. Syah memandang Aiman lama. Wajah Aiman agak merah. Kenapa lelaki itu
begitu marah? Apa hubungannya dengan Mia?
“Dia jiran
Mia. Aiman”
Aril
tergelak mendengar jawapan daripada Syah. Jiran? Syah sebagai suami sahaja
tidak bertindak sebegitu. Dia tahu Syah dipaksa berkahwin dengan Mia. Namun dia
tidak mampu menerima semua itu. Perkara tersebut pasti akan menghancurkan hati
adiknya. Sudah cukup lama adiknya menunggu Syah. Kini lelaki itu bergelar suami
kepada perempuan selekeh nie?
“Jiran? Aku
ingatkan abang ke…kekasih ke..Nie jiran? Kalau jiran buatlah cara jiran…”Aril
melepaskan gemggaman tangan Mia lalu menerkam ke arah Aiman. Kolar baju Aiman
dicengkam kasar. Aiman masih merenung wajah Aril tajam. Mia agak pucat apabila
melihat jirannya diterkam begitu. Apatah lagi Aiman merupkan jiran yang banyak
berbuat baik kepadanya.
“Kau tau tak
apa yang aku paling pantang sekali dalam dunia nie?”Aril menyoal kasar sambil
memegang kolar baju Aiman. Aiman mengangkat keningnya sambil memaparkan wajah
selamba. Sengaja ingin menambahkan lagi api kemarahan Aril.
“Eishh, Aril
lepaskan dialah. Dia tak ada kena mengena dengan hal kita” Syah cuba memujuk
Aril. Namun Aril terlebih laju menolak badan Syah sehingga Syah tertolak ke
tepi antara mereka. Memang Syah mengaku, dia memang agak lemah dalam berlawan.
Selalunya dia mengalah sahaja ataupun menggunakan akal fikiran untuk mencari
jalan penyelesaian.
“Dia ada
kena mengena dengan aku kalau dia masuk senarai orang yang menjengkelkan sekali
dalam hidup aku”
“Pertama…aku
paling benci tengok perempuan yang selekeh macam Mia nie. Aku tak heren sikit pun
dengan dialah” Aril mengangkat jarinya menunjukkan angka satu. Aiman dapat
merasakan telinganya berdesing mendengar kata-kata tersebut.
“Apa kau
cakap?” Aiman bertanya agak tidak percaya. Dia mahu Aril mengulangi kata-kata
itu sekali lagi dengan berani di hadapannya. Dia cakap Mia apa? Selekeh? Kurang
ajar betullah!
“Dua..aku
paling benci kalau baju aku nie dipegang oleh orang macam kau. Rimas” Aril
menyambung kata-katanya. Belum sempat Aril menghabiskan senarainya, Aiman
terlebih dahulu menolak badan Aril kasar sehingga melepaskan genggaman tangan
Aril. Mia mula ketakutan. Dia risau pergaduhan tersebut akan dilihat oleh jiran
yang lain.
“Berani kau
tolak aku?” Aril menjegilkan matanya melihat tindakan yang tidak
disangka-sangka daripada Aiman. Jarang sekali ada yang berani berbuat begitu
kepadanya. Kebanyakan kenalan yang dikenali pasti tunduk dan patuh dengan
kehendaknya.
“Aku nak kau
tarik balik syarat-syarat kau tu. Apasal? Kau rasa hebat sangatlah?” Aiman
tersenyum untuk menaikkan lagi kemarahan Aril. Aril dapat merasakan api
kemarahannya semakin membara. Lupa terus tujuan asalnya untuk ‘menculik’ Mia.
“Oii..korang
berdua berhentilah. Jangan jadi macam budak-budaklah”Syah berdiri di antara
mereka sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya untuk menghalang
pertengkaran tersebut. Namun senang sahaja tubuhnya ditolak oleh Aiman. Sekali
lagi dia tertolak ke tepi. Mia yang melihat situasi untuk mencebik. Harap body
je tinggi dan tough, tolak sikit terus tersemban!
“Kau cabar
aku ye?” Aril bergerak mendekati Aiman yang berwajah selmaba.
“Apasal? Kau
nak lari mangadu ke mak bapak kau yang baju kau tu kotor kena pegang dengan
orang macam aku? Ke kau nak buat report polis sebab takut nak handle semua nie
sorang-sorang?” Aiman bertanya lurus. Wajah Aril semakin berubah. Hilang terus
wajah tampan lelaki itu.
“Kurang
ajar…” Aril sudah bersedia dengan penumbuknya. Hampir beberapa inci penumbuknya
mengena wajah Aiman..
“Korang
boleh berhenti tak? Apa korang buat nie?” Ketiga-tiga lelaki itu menoleh kepada
suara yang menjerit. Wajah Mia yang ditenung oleh ketiga-tiga mereka tanpa
berkelip. Tidak sangka wanita pediam seperti Mia mampu mengeluarkan suara
selantang itu.
“Mia..Ingatkan
bisu tadi. Takut boyfriend kena tumbuk ke?” Aril menjatuhkan penumbuknya. Baru
tersedar dengan tujuan asalanya. Dia juga malas untuk mengotorkan bajunya
bergaduh demi gadis seperti Mia. Membuang masa. Aril membetullkan jaket
hitamnya lalu bergerak mendekati Mia.
Boyfriend?
Aiman menelan air liurnya. Pahit. Pandangannya beralih kepada Mia yang berwajah
selmaba. Apa respon wanita itu? Terima atau menidakkannya?
“Dia tak ada
kena mengena. Bincang sahajalah hal kita. Kalau ada yang tidak berpuas hati,
cakap.Jangan bersikap macam budak-budaklah. Benda kecil pun cari gaduh” Mia
tidak menjawab pertanyaan Aril sebaliknya terus bertanya tujuan asalnya.
Aril
tersenyum melihat reaksi Mia. Sangkaannya gadis itu akan terus membisu.
“ Aril,
siapa lagi yang tahu pasal hubungan kami? Kenapa Aril bertindak macam nie?”
Syah melemparkan soalan kepada Aril. Aril tersenyum lalu memegang bahu Syah.
Sungguh, dia sedikit pun tidak salahkan Syah atas perkahwinan tersebut. Dia
tahu Syah hilang ingatan. Dia tahu perkahwinan tersebut hanyalah paksaan.
Malah, Syah juga tidak tahu isi hati adiknya.
“Sorrylah
Syah. Aril tak ada apa-apa nak cakap dengan Syah. Aril cuma nak cakap dengan
perempuan nie je”Aril berkata lembut sambil mengalihkan pandangan kepada Mia.
Aiman mengerut dahinya. Terasa kerdil dengan situasi tersebut. Cari Mia?
Kenapa?
“Tapi Aril…
dia tak tahu apa-apa. Dia…” Syah tidak jadi menyambung kata-katanya apabila
dipotong laju oleh Aril.
“Syah ke dia
tak tak tahu apa-apa?”
Syah
terdiam. Memang dia agak terasa dengan pertanyaan Aril itu. Lelaki itu tahu dia
menghidap amnesia, pasti diketahui daripada Arisyah.
“Aril cuma
nak cakap dengan dia je. Tolong hormat dengan keputusan Aril. Mulut Aril nie
bukanlah bagus sangat. Takut terkeluar perkara yang tidak diingini” Syah terdiam.
Aiman pula menambahkan lagi kerutan pada dahinya. Aril memandang lama wajah
Syah meminta kebenaran. Lama lelaki itu berfikir sehingga…
“Bincanglah.
Apa nak bincang? Orang lain boleh balik. Nie urusan Mia dengan dia” Mia
bersuara apabila kempat-empat mereka hanya membisu. Syah dilihat agak risau
untuk memberi kebenaran. Maklumlah, Aril adalah orang asing dalam hidup Mia.
Tiba-tiba sahaja muncul. Mia juga bukanlah jenis yang pandai bergaul.
“I like her.
She make things more easier. Both of you should learn from her” Aril tersenyum
puas mendengar jawapan daripda Mia. Laju tangannya mengheret tangan Mia dan
bergerak ke motosikalnya.
“Mia….”panggil
Aiman dan Syah serentak dengan nada yang cukup sedih. Mereka berdua terkejut
dengan keputusan Mia. Senangnya gadis itu menerima ajakan lelaki tersebut.
Namun bagi Mia, rahsia hubungannya dengan Syah tidak boleh dihidu oleh sesiapa
pun. Hubungan mereka bukanlah berkekalan lama. Dia tidak mahu orang
memandangnya dengan status janda nanti.
“Baliklah”
Mia bersuara malas sambil menoleh kepada kedua-duanya. Jelas kebimbingan
terlukis pada wajah mereka. Hishh…aku bukannya nak perang di medan perang pun.
Mia melihat tangan Aril yang masih mengheretnya, kemudian beralih kepada
motosikal berkuasa tinggi Aril. Alamak! Takkan aku nak membonceng dengan dia
kot? Mia memberatkan tubuhnya lalu menghentikan langkahnya apabila mereka
hampir tiba di pintu pagar flatnya. Beberapa langkah sahaja lagi daripada
motosikal lelaki itu.
“Apasal
pulak nie?” Aril bertanya selamba apabila langkah mereka terhenti. Naik rimas
rasanya apabila agendanya asyik terhenti separuh jalan begitu. Tadi disekat
oleh Syah, kemudian jirannya yang ala-ala superman. Sekarang minah nie pulak?
Menyusahkan betul!
“Cakap je la
disini. Perlu ke pergi jauh-jauh?” Mia membuat keputusan lalu menarik tangannya
daripada genggaman lelaki itu. Dia cuba berlagak tenang sambil berpeluk tubuh.
Tidak putus dia membaca doa. Sungguh, sejak Syah hadir dalam hidupnya, pelbagai
cabaran yang terpaksa ditempuhi. Dia bukan lagi penghuni setia biliknya. Banyak
wajah baru yang tidak dikenali menerjah masuk dalam hidupnya.
“Kita nak
bincang hal besar. Takkanlah nak cakap………”
“Hal besar?
Rasanya semua benda perlu cakap dan terima . Selesai. Orang berperang pun kalau
buat rundingan terus berdamai. Ada diorang keliling dunia cari tempat nak
berbincang?” Aril terkedu mendengar jawapan gadis itu. Sangkaannya gadis itu
akan terus menerima ajakannya. Namun pandai pulak gadis itu menjawab. Berbeza
sekali dengan personoliti yang dipamerkan itu.
“Okey.Maybe
Mia tak kenal siapa saya. Tapi saya…” Aril tidak jadi menyambungkan kata-katanya
apabila sekali lagi dipintas oleh Mia. Gadis itu benar-benar mengejutkannya.
“Siapa
awak?”
“Saya Aril.
Abang kepada Arisyah” Aril memperkenalkan dirinya. Lama dia merenung wajah Mia
namun itu hanya menambahkan kerutan pada dahinya. Mata Mia dilihat tidak
memandang ke arahnya walaupun mereka berbual bersama-sama. Aril mengerling ke arah
Aiman dan Syah yang masih setia berdiri menunggu Mia. Apasallah dengan mamat
dua orang tu? Lawak je aku tengok wajah blur diorang.
“Jadi awak
abang kepada budak yang tergila-gila pada Syah tu?” Mia berkata selamba. Jelas
dia dapat melihat wajah Aril agak berubah degan ayat yang kurang sopan
daripadanya. Dia tidak peduli, katalah dia jahat pun dia tidak kisah. Orang
berusaha baik pun dianggap jahat. Kenapa dia mesti bersusah payah tampil baik
pada lelaki itu?
“Mia tahu
Ary suka Syah? Tapi Mia masih ambil keputusan untuk kahwin dengan Syah?Mia ada
perasaan tak?” Aril agak terkejut apabila perasaan adiknya turut diketahui oleh
Mia, isteri Syah. Dia tahu hampir separuh mati adik aku suka Syah? Dia boleh
kahwin dengan lelaki itu? Apa agendanya?
“Syah boleh
memberi kebaikan kepada Mia. Kenapa mesti Mia lepas semua tu untuk jaga hati
seorang budak yang baru Mia kenal? Mia bukanlah sebaik tu”Mia menjawab selamba.
Dia tahu penerangannya hanya membuatkan Aril bertambah salah faham terhadapnya.
Namun dia juga mahu lelaki itu tahu yang dia benar-benar seruis. Dia bukanlah
perempuan yang menurut perintah orang. Daripada percakapan lelaki itu, sudah
cukup mengambarkan betapa sayangnya seorang abang kepada adik sehingga sanggup
mencarinya. Mustahil lelaki itu akan membongkarkan perkahwinan mereka.
“Apa? Jadi
betullah Mia kahwin dengan Syah untuk kebaikan diri Mia? Kerana wang?” Aril
agak terkejut. Wanita dihadapannya dilihat terlalu berterus terang. Kalau orang
jahat sanggup berpura-pura baik untuk meraih simpat. Tapi gadis itu terus
staright to point. Aku kahwin nak duit dia! Noktah!
Mia tergelak
perlahan. Makin membara kemarahan Aril. Rasanya maruahnya dipijak-piak oleh
seorang wanita. Itulah kali pertama ada seseorang yang mengambil mudah pertanyaannya.
Perempuan pulak tu.
“Entah.
Rasanya Syah juga kahwin dengan Mia untuk kebaikan diri Syah. Adil rasanya
kan?” Mia menghabiskkan kata-katanya lalu mengatur langkah untuk meninggalkan
Aril. Namun laju sahaja lengannya disambar.
“Putuskan
perkahwinan korang. Aril tak nak Ary terluka. Ary tunggu Syah selama 17 tahun.
Hari-hari dia hantar e-mail kepada Syah. Dia tukar imejnya untuk menjadi gadis
idaman Syah. Dia menangi teresak-esak bila tahu Syah akan ke Jepun semula.
Setiap hari dia layari internet mencari resepi kesukaan Syah. Belajar masakan
jepun….”Aril tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Mia lebih laju
memotong. Suaranya sudah berubah agak merayu agar diterima oleh Mia. Dia
benar-benar sayang kepada adiknya.26 tahun hidup adiknya hanyalah untuk Syah.
Dia tidak sanggup melihat hati selembut adiknya terluka.
“Ada Syah
perasaan? Tak ada kan? Putuskan hubungan kami tak akan membawa perkambangan
kepada hubungan adik Aril” Mia menjawab pantas. Aril mengetap bibirnya geram
dengan sikap degil Mia. Sedikit sebanyak kata-kata Mia ada betulnya. Namun tak
kan dia terima macam tu sahaja?
“Kau nie ada
perasaan tak?”Gaya percakapan Aril mula berubah. Usahanya bagaikan sia-sia.
Perempuan di hadapannya bagaikan ahli sihir yang mementingkan diri sendiri!
“Ada. Tapi
Mia bijak kawal perasaan Mia. Akal Mia datang dulu sebelum perasaan. Sebab tu
Mia dapat Syah bukan Ary. Kalau nak beritahu sangat Ary, beritahulah. Nak tengok
jugak apa yang terjadi kan?” Mia tersenyum sinis. Sungguh, dia langsung tidak
berdemdam apa-apa dengan Arisyah. Namun dia mahu Aril supaya berhenti
menganggunya. Biar lelaki itu tahu dia bukanlah perempuan yang termakan dengan
pujukan atau ugutan. Dia bukan perempuan yang lemah!
Mia
menyambung langkahnya. Rasanya perbincanagannya telah selesai apabila Aril
hanya menundukkan wajahnya tanpa memberi respon. Kemenangan terasa berpihak kepadanya.
Namun tidak sampai selangkah dia bergerak menjauhi lelaki itu, lengannya di
tarik kasar dan badannya ditolak pada dinding pagar flatnya. Aril menghentak
tangannya pada dinding tersebut dan menghalang pergerakan Mia. Aril mendekatkan
wajahnya pada wajah Mia.
“Mia memang
nak berlagak cool ke? Mia tak kenal lagi siapa Aril” Aril tersenyum nakal. Dia
sengaja menakutkan wanita itu. Bagi dirinya, wanita senang sahaja diurus.
Sekali digertak pasti melutut meminta ampun kepadanya. Kalau Mia masih ingin mencabar
kemarahannya, dia akan menunjukkan betapa kuatnya perbezaan antara lelaki
dengan perempuan.
“Apa kau buat tu?” Aiman sudah menjerit
apabila melihat Aril seperti ingin mencium Mia. Kedudukan mereka begitu rapat
sehingga derau nafas Aril dapat didengar oleh Mia. Minyak wang yang dipakai
Aril menusuk ke hidungnya.
“Aril!
Lepaskan dia lah!”Syah yang sedari tadi hanya berpeluk tubuh dan bertindak
sebagai permerhati menjungkilkan matanya melihat kedudukan kedua-dua manusia
itu. Dia sendiri tidak pernah serapat itu dengan Mia. Malah bukan dia tidak
kenal Aril, semua permpuan ingan dicubanya.
Mia
memandang wajah Aril tenang. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Mia
mengerling ke arah Aiman dan Syah yang berlari mendapatkannya. Mia melepaskan
keluhan berat. Malas rasanya nak melayan kerenah Aril.
“Apa yang
Aril buat nie?”Mia tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila jari telunjuk
Aril di letak pada bibirnya.
“Mari kita
tengok macam mana akal Mia boleh berfikir lagi cepat daripada perasaan Mia bila
Aril buat macam nie. Aril akan buat Mia rasa macam mana rasanya perasaan kita
akan bertindak lebih cepat daripada akal fikiran kita”Aril tersenyum nakal
sambil merenung tajam kepada Mia. Jari telunjuknya dijatuhkan. Dia akan memberi
pengajaran kepada wanita itu. Dia akan membuatkan wanita itu menarik kembali
kata-katanya. Aril mendekatkan wajahnya kepada wajah Mia. Mia mengundurkan
kepalanya sedikit namun pergerakannya terekat. Badan lelaki itu mengahalng
pergerakannya.
“Aril akan
buat mata kita bertemu. Mia akan rasa jantung Mia berdebar-debar……”Aril
melunakkan suaranya menjadi lebih romintis untuk mengoda Mia. Tidak pernah ada
wanita yang berani menolaknya. Namun kata-katanya terhenti apabila bahunya
digenggam tiba-tiba oleh Mia setelah hampir beberapa inci sahaja bibir mereka
hampir bertemu. Mia menolah bahu Aril kasar apabila melihat reaksi lelaki itu
agak berubah dengan tingkah lakunya. Bahu kanan lelaki itu ditarik manakala
bahu kiri ditolak menyebabkan tubuh lelaki itu hilang keseimbangan. Mia laju
menolak badan lelaki itu ke dinding dan menyebabakan posisi mereka berubah.
“Apa…apa…apa
yang kau buat nie?” Aril bertanya tersekat-sekat dengan tindakan drastik
daripada Mia. Sungguh, dia tidak sangka perempuan itu mampu bertindak begitu.
Wajah Mia dilihat tersenyum sinis kepadanya. Fikirannya menjadi tidak keruan..
Imej playboynya tercalar. Apa perempuan nie buat? Semuanya bagaikan berlaku
sekelip mata.
Mia
menghentak tangan kanannya ke dinding untuk menghalang pergerakannya. Aril menelan
air liur.Pahit. Bulat mata Aril memandang wajah selmaba Mia. Siapa yang
sepatutnya jadi lelaki nie?
“Berdebar-bebar?”
Mia menyoal selamba sambil tersengih. Wajah Aril jelas dilihat ketakutan .
Peluh memercik di dahinya.
“Tepilah!
Apa kau buat nie…” Aril tidak jadi menyambung kata-katanya apabila tangan Mia
laju memegang dadanya yang bidang. Mati kata-katanya. Dia dapat merasakan dia
berada di dunia yang cukup berbeza. Masa bagaikan terhenti apabila tangan Mia
diletakkan tepat pada posisi di mana jantungnya berada.Sumpah dia tidak dapat
mendengar apa-apa kecuali bunyi degupan jantungnya. Bunyi amaran daripada Aiman
dan Syah hilang entah ke mana. Wajah Mia menghiasi pandangannya. Apa…apa dah
jadi dengan aku nie?
Mia
menjatuhkan tangannya apabila melihat Aril tidak berkelip memandangnya. Tanpa
sebarang tindakan atau suara. Sedikit pun tidak menepis tangannya yang memegang
dada lelaki itu. Lelaki itu boleh sahaja menepis tangannya dengan tenaga yang
ada padanya sebagai seorang lelaki. Namun lelaki itu hanya kaku.
“Itulah…..”Mia
berkata perlahan.
“A..aa…apa?”Aril
bertanya tergagap-gagap.Degupan jantungnya semakin kuat. Wajahnya menjadi
semakin merah. Wajahnya memang dah sebijik macam chipsmunk. Kenapa dengan aku
nie?
“Itulah..
Bila akal fikiran lebih cepat daripada perasaan. Betul tak?” Mia tersenyum
sinis. Dia mengatur langkah ke arah Aiman dan Syah yang tidak berkelip
melihatnya. Mulut Syah dilihat sedikit ternganga. Aiman membuntungkan biji
matanya melihat tindakan gadis kesukaannya. Cool giler. Aril masih tidak berganjak
daripada kedudukannya walaupun Mia sudah beberapa langkah meninggalkannya.
Aril
menyentuh dadanya perlahan. Entah kenapa apabila tangan Mia menyentuh dadanya,
terasa perit sekali. Degupan jantungnya bagaikan tidak berhenti.Akal fikirannya
mati. Kenapa dengan kau nie jantung? Apasal dengan aku nie? Aril sedarlah! Aril
menepuk-nepuk kasar dadanya dengan harapan bunyi degupan tersebut berhenti.
Namun sia-sia. Takkan sebab perempuan selekeh macam dia kau jadi macam nie
Aril? Mana maruah kau?
“Hoi! Aril,
kau okey tak?”
Lamunan Aril
terhenti apabila bahunya digoncong agak kasar. Aril mengangkat wajahnya.
Wajahnya bagaikan bayi yang baru dilahirkan. Polos melihat dunia luar.
“Apasal kau
nie? Pucat sangat aku tengok muka kau nie” Syah menyoal agak bimbang. Dia mengerling
ke arah Mia yang tenang berdiri di sisi Aiman. Mereka dilihat ralit
memerhatikan tingkah lakunya dengan Aril. Syah kembali mengalihkan pandangannya
kepada Aril semula. Pipi lelaki itu bagi kedua-dua belah ditampar perlahan.
Sejuknya.
“Syah…Syah
apa yang telah berlaku?” Aril menyoal polos. Matanya tidak berkelip melihat
Syah. Perempuan tu? Macam mana Syah boleh jumpa perempuan macam tu? Perempuan
yang menyebabkan jantungnya berdebar kuat!
“Apa kau
mengarut nie Aril. Kau bincang apa dengan dia? Salah kau jugak. Siapa suruh kau
layan dia macam tu?”Syah menyoal agak garang. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja
dia tumbuk lelaki itu melihat tingkah laku lelaki itu kepada isterinya. Namun
apabila melihat wajah lelaki itu pucat, hilang keinginannya.
“Apa
perempuan tu buat pada aku?”Aril menjerit agak kuat. Dia semakin takut.
Perasaannya bagaikan semakin menguasi dirinya. Kenapa dia jadi tidak keruan.
Mana kehebatannya sebagai playboy? Mana?
“Kau tu buat
apa pada dia. Jangan nak pandai-pandai layan dia macam tu. Dia bukanlah jenis
perempuan yang kau selalu keluar. Kau agak melampau tau tak Aril!” Syah
meluahkan rasa ketidakpuas hatinya. Nafasnya turun naik. Isterinya diperlakukan
sebagai mangsa, alih-alih lelaki itu berlakon sebagai mangsa keadaan.
“Biar jelah
lelaki macam dia tu Syah. Tak sangka sekali kena gertak dengan perempuan terus
terdiam”Aiman ketawa sinis untuk menyindir lelaki itu. Jelas keegoan lelaki itu
trcalar. Lelaki itu dilihat sangat berbeza dengan lelaki yang menarik tangan
Mia sebentar tadi. Wajah lelaki itu agak pucat. Aiman mengerling pada Mia yang
masih selmaba. Wow…hebatnya awek aku.
Aril
terdiam. Dia tidak membalas kata-kata Aiman ataupun menjawab pertanyaan Syah. Matanya
berhenti kepada Mia yang berdiri di samping Aiman sambil berpeluk tubuh. Wajah
wanita itu masih selamba. Apa perempuan nie dah buat pada aku?
Takkanlah….takkalan aku..Semudah tu?!
Mia bergerak
memusingkan badannya untuk beredar.Melihat reaksi lelaki itu sudah cukup
menyakinkannya bahawa rahsia mereka selamat. Baru sahaja beberapa langkah
mengorak langkah, lengannya disaambar. Mia berpaling,wajah Syah tersenyum
menghiasi pandangannya.
“Makcik nak
ke mana? Dah lupa janji kita?” Syah tersengih manja sambil megenggam lengan
isterinya. Wajah isterinya dilihat agak kurang senang.
“Janji?
Janji apa?”Aiman menyoal ingin tahu. Pandangannya kepada Aril beralih kepada
Mia dan Syah. Janji apa? Mia hanya menundukkan wajahnya.
“Kitaorang
janji nak makan sama-sama! Kan?”Syah memaut lengan Mia lalu kepalanya dilentokkan
pada bahu Mia. Rimas Mia dibuatnya. Macam kucing!
“Makan? Di
mana?”Aiman menyoal agak berminat. Tidak prcaya Mia akan menerima ajakan
lelaki. Tak pelah diorangkan sepupu. Sepupu? Mana boleh! Bukan mahram!
“Kat rumah
Syah. Jom Mia”Syah mengheret lengan Mia. Wajah gadis itu dilihat agak tertekan.
Pasti tidak diduga akan diserang begitu. Kesian pula rasanya. Namun isterinya
itu benar-benar cool. Playboy seperti Aril dapat ditundukkan dengan mudah. Kau
siapa sebenarnya Mia?
“Dua nie je?
Mana boleh! Syah kan sepupu Mia. Mana boleh duduk berdua-duan dalam rumah
lelaki” Aiman tidak senang. Syah tetap lelaki. Makan dalam rumah sama-sama?
“Kenapa
pula? Kami………”Belum sempat Syah menghabiskan ayatnya, dia terasa kakinya
dipijak kuat. Laju dia mengetap bibir menahan kesakitan. Dia mengerling melihat
Mia yang menjugilkan matanya. Syah mengangkat keningnya tidak faham. Wajah Mia
semakin merah.
“Sepupu pun
bukan mahram!”Aiman menyambung agak laju. Dia mengerling ke arah Mia yang tidak
memberi apa-apa reaksi. Dia tahu gadis itu tidak senang. Dia sangat mengerti
perasaan gadis pujaannya itu.
“Aiman
datanglah sekali”Syah dan Aiman melihat wajah Mia serentak. Tidak percaya
dengan ajakan daripada Mia. Mia memandang kedua-dua manusia hadapannya pelik.
Salah ke apa yang aku kata?
“Mia…Aiman
boleh pergi? Betul ke?”Aiman agak tidak percaya. Gadis itu menjemputnya untuk
makan bersama setelah hampir 3 tahun di bawah bumbung yang sama. Betul ke?
Mia hanya
mengangguk. Dia sebenarnya malas mahu makan berdua-duaan dengan Syah.
Harapannya dengan mengajak Aiman, Syah akan berbual dengan lelaki itu. Bolehlah
dia bersendirian seperti menonton televisyen atau baca majalah.
“Okeylah,
jomlah kita pergi makan ramai-ramai”Aiman memeluk pula lengan Syah mesra. Syah
hanya tersengih lalu mengheret Mia sekali. Pandangan Aril terganggu apabila
melihat Mia sudah bergerak ke sisi lain. Terhenti lamunannya. Laluan
ketiga-tiga manusia itu disekat.
“Aril ikut
juga” Aril berkata tegas sambil melirik ke arah Mia. Gadis itu sedikit pun
tidak melihat ke arahnya. Kenapa aku asyik nak tengok dia je nie?
“Buat apa
Aril ikut? Mia tak selesa lah dengan Aril” Syah menolak tegas lalu mengerling
ke arah Mia. Gadis itu hanya menunduk. Hishh..minah nie, backuplah aku!
“Entah apa
yang kau buat pada dia nanti” Aiman menyokong Syah sambil mencebik melihat
Aril. Buat hilang moodnya sahaja untuk makan bersama-sama Mia.
“Aril nak
pergi sebab Ary nak datang rumah Syah nanti. Nanti kekok pula Ary. Tak ada
maksud lain!” Aril memberi alasan apabila teringat akan kehadiran adiknya itu. Tak
ada maksud lain diberi penekanan kuat. Entah kenapa hatinya tertarik untuk
mengenali Mia. Personoliti gadis itu agak berbeza.
“Ary nak
datang? Kenapa?” Syah mengerut dahinya. Acap benar gadis itu berkunjung ke
rumahnya. Adakah itu rutin gadis itu selama dia
di Malaysia?
“Entah, tapi
jangan risaulah. Aril tak akan kacau Mia. Dia bukan taste Aril pun” Aril
menyindir sinis lalu mengorak langkah meninggalkan ketiga-tiga mereka. Aiman
menggengam tangannya kuat. Mahu sahaja dihadiahkan penumbuk kepada lelaki yang
celupar tu. Syah mengeluh mendengar jawapan Aril. Tersepit antara dua rasanya.
Dia tahu Mia tidak senang dengan sepupunya itu. Tapi kesian pula Ary nanti.
“Jom Makcik”
Syah menarik lengan Mia. Langkahnya terhenti apabila Mia membatukan dirinya.
“Kenapa?”
“Tak nak”
Mia meluahkan ketidaksenangnya. Bukan sahaja Aril yang akan ada, Ary juga !
Macam mana dia nak tengok wajah gadis itu? Dia kini isteri kepada Syah. Malu dengan
diri sendiri!
“Janganlah
macam nie. Syah pandai masak tau” Syah memujuk lembut. Badannya dipusing
menghadap Mia yang menunduk wajahnya. Kacau semuanya!
“Jomlah Mia.
Aiman akan tengok-tengokkan Aril tu. Janganlah takut”Aiman menyakinkan gadis idamannya.
Bukan senang untuk makan dengan wanita itu. Inilah peluang keemasannya.
Mia
menundukkan wajahnya. Rayuan daripada kedua-dua lelaki itu bermain di
telinganya. Menyesal pula mengajak Aiman sebentar tadi. Takkan dia nak biar
Aiman seorang diri di sana? Lambat-lambat dia menyambung langkah mengekori Aril
daripada belakang. Aiman dan Syah tersenyum.
“Makcik
duduklah dulu. Aiman pun” Syah membuka pintu rumahnya lalu memersilakn
tetamunya untuk duduk. Dia bergerak ke dapurnya untuk menyiapkan makanan. Apron
disisi meja dicapai lalu dipakai. Aiman agak kaku melihat keadaaan rumah
tersebut. Kayanya lelaki nie. Mia ada sepupu sekaya nie? Ralit Aiman
memerhatikan keadaan rumah tersebut. Selama ini dia hanya melihat daripada
jauh, tak sangka rumah tersebut sangat besar. Mia mengambil tempat di sofa
sambil mengerling ke arah Syah yang sibuk memotong sayur-sayuran. Lelaki nie
pandai masak?
Aiman
melihat Mia yang duduk bersendirian di atas sofa. Dia mengosak rambutnya yang
tidak gatal lalu mengatur langkah ke arah gadis itu. Perlahan-lahan, dia
mengambil tempat di hadapan gadis itu. Yess! Dia mendapat tempat yang stategik
untuk berhadapan dengan gadis itu.
“Mia sihat?
Kenapa semalam tak balik rumah?”
Mia
mengangkat wajahnya apabila ada suara yang menegurnya. Bagaimana lelaki itu
tahu dia tidak pulang ke rumah semalam? Sedangkan selama ini dia hanya
mengurungkan diri dalam bilik?
“Macam mana
Aiman tahu?”
Lidah Aiman
kelu tiba-tiba. Alamak! Nampak sangat ke aku intip dia selama nie?
“Aaaa…surat
khabar! Surat khabar Mia masih ada di depan rumah” Aiman menjawab tersekat-sekat.
Dia memusingkan wajahnya ke arah lain. Strategik sangatlah tempat yang kau
ambil. Buat hancur muka aku je dia tengok aku kalut.
“Kalau..kalau
Mia nak surat khabar Mia, Aiman ada simpan. Takut rosak,sebab tu Aiman
ambil”Aiman menyambung kata-katanya apabila Mia hanya membisu. Itulah kali
pertama dia dapat berbual-bual dengan wanita itu selama itu. Adakah sikapnya
terlihat melampau? Bagaimana keadaan muka dia sekarang? Argghhh..kalau Zaid
ada, pasti dirinya diketawakan.
“Terima
kasih”
Aiman
mengangkat wajahnya mendengar jawapan daripda Mia. Entah kenap dia berasa
bahagia mendengar jawapan itu. Bagaikan sumbangannya diterima baik oleh wanita
itu.
“Terima
kasih sebab tolong jaga. Aiman banyak bantu Mia” Mia tersenyum tawar. Dia
ikhlas menuturkan kata-kata itu. Aiman sahajalah jiran yang berani menegurnya.
Yang lain? Dari jauh melihat bayangnya, pasti melarikan diri.
“Ha?
A’ahh..”Aiman menunduk wajahnya apabila Mia merenung wajahnya sambil
tersenyum ke arahnya. Debaran dalam dada
semakin dirasa. Apa aku nak buat nie? Aku rasa kekok laa….
“Hooi!
Korang berbual apa?”
Aril
mengambil tempat di sebelah Mia. Bulat mata Mia melihat tindakan lelaki itu.
Dia menukar posisi duduknya agar lebih jauh. Tidak selesa. Aril melihat
kelakuan gadis itu. Entah kenapa respon gadis itu menyenangkan hatinya. Itu
bermaksud wanita itu tidak selesa dengan lelaki. Ciri yang bagus untuk
dijadikan isteri. Isteri? Hoi!! Apa yang aku mengarut nie?
Aiman melihat
posisi Aril dan Mia agak rapat. Betul ke aku dah pilih tempat yang stategik?
Aiman melihat posisi duduknya kemudian membandingkan pula dengan Aril. Cis!
“Tak ada
bual apa-apalah”Aiman menjawab malas. Geram rasanya apabila perbincangannya
terganggu.
“Tak ada
apa-apa? Apasal muka kau merah sangat?”Aril membalas laju dengan niat untuk
menyindir lelaki itu. Dari jauh dia dapat melihat tingkah-laku Aiman apabila
bertemu dengan Mia. Hilang sikap panas baran lelaki itu. Malu-malu kucing
konon! Sungguh dia tidak senang.
“Muka aku
merah sebab nampak ada buaya dalam rumah nie. Panas sangat” Aiman menjawab
laju. Diharap jawapannya dapat membawa manfaat dua dalam satu. Pertama, menutup
malunya. Kedua, menyindir lelaki itu.
“Em…biasalah
tu. Suhu di Kuala Lumpur semakin meingkat” Aril membalas selamba seakan-akan
tidak mendengar sindiran Aiman itu. Dia mengerling wanita di sisinya. Kebisuan
gadis itu sedikit menarik minatnya.
Aiman
mengetap bibirnya geram. Apasal lelaki ini mengikut mereka? Menyemak sahaja!
“Syah. Ary
ada bawa…………”
Mia,Syah,
Aril dan Aiman berpaling ke arah empunya suara itu. Wajah gadis itu dilihat
agak terkejut. Cantik dan polos dengan mengenakan make-up yang simple sahaja.
Gadis itu mengenakan gaun dengan kain cotton hingga paras bawah lutut dan
mengenggam beg kecil di tangan kirinya.
“Ary dah
datang!” Syah menyambut Arisyah mesra sambil bergerak ke arah gadis itu. Pasti
terkejut melihat tetamu yang ada.
“Ada apa-apa
ke Syah? Ary ganggu ke?”Arisyah bertanya serba-salah sambil mengerling ke wajah-wajah
yang asing. Wajah abangnya pun ada sekali! Tidak sangka begitu ramai manusia
dalam rumah lelaki itu.
“Tak lah!
Kitaorang nak makan nasi goreng special dari Syah. Apa kata Ary join sekali?
Lama Ary tak makan nasi goreng Syah kan?” Syah mengajak mesra untuk
menghilangkan ketidakselesaan gadis itu. Gadis itu hanya mengangguk perlahan.
Mata Syah beralih kepada beg kecil yang dipegang Ary. Dahinya sedikit berkerut.
“Apa tu?”Syah menyoal sambil menunjuk ke arah beg
kecil itu. Arisyah melihat beg kecil yang dipegangnya sambil tersenyum. Laju
tangannya menghulur kepada Syah.
“Tamago…tamago
nigiri” Arisyah berkata lembut sambil menghulurkan beg kecil tersebut kepada
Syah. Lama dia merenung wajah lelaki itu untuk melihat reaksinya. Mudah-mudahan
usahanya berbolai. Hampir beberapa jam dia mengoogle mengenai makanan kesukaan
lelaki itu. Kemudian mengoogle cara memasaknya. Nak mahir? Lagilah lama.
“Wow! Ary
pandai masak masakan Jepun ke? Hebatnya” Syah menyambut huluran tersebut sambil
tersenyum. Cepat-cepat dia membuka beg plastic tersebut. Terseyum melihat isi
dalamnya. Arisyah memerhati reaksi lelaki tersebut. Satu senyuman terukir di
wajahnya. Lupa sebentar gelagatnya diperhati oleh tiga manusia di hadapannya.
“Ary..kat
kolej dulu Ary ada belajar dengan kawan. Takut Syah rindu masakan Jepun” Arisyah
menjelas lambat-lambat. Takut nampak sangat dia spy lelaki itu selama ini.
“Eishh…Ary
memang dah macam perempuanlah sekarang. Ingat dulu masak pasir je kat Syah. Dah
besar rupanya budak kolot dulu” Syah mengusap-gusap lembut kepala Arisyah
seperti adik perempuannya. Kagum dengan kebolehan sepupunya itu. Arisyah hanya
menunduk apabila diusap begitu. Sungguh dia berasa nyaman dengan usapan lelaki
itu.
“Sweetnya
mereka….”
Usapan pada
kepala Arisyah terhenti apabila mendengar ada suara yang mendengurnya.
Cepat-cepat Syah menjatuhkan tangannya sambil menoleh ke arah suara tersebut.
Dia dapat melihat wajah Aril yang tersenyum nakal.
“Aril nie
suka sangat menyakat. Malu Ary nanti” Syah membalas selamba sambil tersenyum.
Matanya melirik ke arah Arisyah yang
sedang membaca surat khabar. Gadis itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Entah
kenapa dia tidak senang dengan reaksi yang dipaparkan itu.
“Ary ke Syah
yang malu?” Aril masih terus menyakat. Bukan dia tidak tahu, adiknya pasti suka
jika diperjodohkan dengan Syah. Wajah Arisyah semakin merah.
“Ary….macam-macamlah
perangai abang Ary. Ary pun cepat-cepatlah cari teman lelaki dan tolong masak
untuk dia. Pasti untung pada sesiapa yang dapat Ary” Syah mengusik Arisyah
selamba sambil menyiku lengan gadis itu. Keningnya diangat nakal untuk melihat
respon wanita itu.
“Betul ke?”
Syah
mengangkat keningnya apabila Arisyah melemparkan soalan kepadanya. Mindanya
bagaikan tidak dapat menangkap kata –kata tersebut.
“Betul ke
apa?”
“Betul ke
untung pada sesiapa yang dapat Ary?”Arisyah menyoal kembali sambil merenung
wajah Syah penuh minat. Tidak sabar mendengar jawapan lelaki itu.
“Betullah..Ary
kan cantik,pandai masak, lembut,suka budak-budak..emm…prefect laa” Syah
menjawab sambil melihat atas dan bawah. Syah menunjukkan ibu jarinya tanda
bagus sambil tersenyum. Jawapan daripada Syah itu menambahkan lagi harapan
kepada Arisyah.
Aril tidak
jadi menyambung usikannya apabila melihat wajah Arisyah semakin merah. Pasti
adiknya mengambil serius jawapan Syah sebentar tadi. Sementara Syah hanya memuji
dengan niat bersahaja. Kasihan melihat adiknya. Kalaulah adiknya tahu Syah sudah….
Aiman mengerling ke arah Mia yang masih membaca surat khabar. Personoliti gadis
itu sangat menarik perhatiannya.
Mia menutup
surat khabar yang dibacanya.
Pandangannya dialih kepada Arisyah dan Syah yang sibuk mempersiapkan sarapan
mereka. Matanya beralih kepada Arisyah yang dilihat sangat gembira itu. Sorry..
Ary, tapi sebentar sahaja. Bagi Mia pinjam sebentar sahaja Syah.
Aiman
memandang wajah Mia yang ralit memerhatikan sesuatu. Dahinya berkerut apabila
melihat gadis itu bagaikan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Apa yang
dia tengok? Aiman mengalihkan pandangan ke sudut yang dilihat oleh Mia. Imej
Syah yang sedang bergurau senda dengan Arisyah terpamer pada pandangannya. Dia
mengalihkan kembali kepada Arisyah. Masih ralit memerhati. Apa yang kau tengok
Mia? Aku sentiasa tengok kau, tapi siapa yang menarik perhatian kau?
“Makanlah”
Syah meletakkan piring yang berisi nasi goreng itu di hadapan Mia, Arisyah dan
Aiman. Manakala Aril lebih laju mengambil nasinya sendiri sambil mengambil tempat
disisi Arisyah. Bukan dia tidak perasaan, lelaki itu suka mendekati Mia.
Biasalah, Arilkan playboy. Pantang melihat wanita baru dalam kenalanya. Rasanya
hubungan mereka tak akan pergi jauh pun. Mia bukan suka sangat lelaki macam tu!
Mia hanya tersenyum pahit sambil menyambut
huluran Syah. Terasa kekok dirinya berada dalam situasi yang dipenuhi manusia
itu. Di tepi Aril, di hadapan Aiman. Manakala Syah mengambil tempat disisi
Aiman dan Arisyah berada di sisi abangnya sekaligus dihadapan Syah. Hanya dia
sahaja yang membisu seribu bahasa. Masing-masing ada perkara yang dibualkan.
Dia hanya mendengar kosong. Otaknya ligat menyusun ayat untuk mengatur langkah
meninggalkan mereka sesuadah menghabiskan sarapanya.
“Nie nasi
goreng special dari Syah. Makcik tahu tak, dulu Syah lagi pandai masak dari
Ary. Ary dulu asyik masak pasir je. Eiiii………………” Syah ketawa riang apabila Ary
menepuk tangan lelaki itu dengan sudu garpunya. Dia mengerling melihat wajah
Mia. Masih kekok dan masam. Akhirnya dia mengambil langkah mendiamkan diri
apabila wanita itu masih tidak memberi apa-apa reaksi. Malunya aku buat lawak
suka sorang-sorang.
Mia
mengambil sudu yang disediakan lalu memulakan suapan. Lagi cepat dia makan,
lagi cepat dia boleh balik. Rimas rasanya berada dalam keadaan tersbeut. Dia
mahu kembali ke rumahnya. Rumahnya yang sempit, bertaburan dengan stick
note…dengan bau Maggi. Indahnya keadaan itu.
Mia
menghentikan supannya apabila terasa makanan dalam rongga mulutnya hampir
terkeluar. Itulah akibatnya makan sesuatu tanpa menguyah. Terus telan sahaja.
Matanya sedikit berair apabila terpaksa menahan batuknya. Dia tidak mahu
batuknya menganggu selera manusia di meja makan tersebut. Dua buah gelas yang
berisi air kosong terpamer pada pandangannya apabila dia mengangkat kepalanya.
Terkedu seketika. Satu daripada Aiman, manakala satu lagi daripada Aril. Keliru
untuk mengambil yang mana satu.
Syah
menjatuhkan tanganya apabila melihat Aiman dan Aril menghulurkan gelas kepada
Mia serentak. Tidak jadi dia ingin menghulurkan gelas untuk gadis itu. Sikap
Aiman dan Aril dilihat agak melampau menjaga isterinya.
Mia
mengeleng lembut lalu mengambil gelas kosong disisnya. Lambat-lambat, Aril dan
Aiman meletakkan kembali huluran mereka. Malu rasanya apabila huluran mereka
tidak disambut oleh wanita itu.
“Apa korang
buat nie? Mia ada air dia sendirilah. Abang pun satu. Dekat Mia pun nak tunjuk
perangai playboy?”Arisyah ketawa geli hati melihat telatah Aiman dan Aril.
Masing-masing menundukkan kepala mereka tanda malu. Arisyah mengerling pada
abangnya apabila abangnya tidak memberi apa-apa reaksi. Matanya membulat
melihat reaksi abangnya. Kenapa…kenapa..wajah abangnya begitu? Mana imej
playboy abangnya? Senyuman nakal?
“Hei..abang..abang
Ril”Arisyah menyiku lengan abanganya. Aril bagaikan baru tersedar daripada
mimpi yang panjang. Bulat matanya melihat Arisyah dengan tanda tanya. Tidak
sedar gelagatnya diperhatikan adiknya.
“Ha? Apa?
Aril tak ada fikir apa-apa pun!” Aril menjawab laju dengan keadaan
tergagap-gagap. Tak! Tak! Aku tak ada fikir pasal dia pun. Aku tak ada fikir
pasal dia pun!
“Apa yang
abang mengarut nie? Luculah tengok muka abang. Kan Syah? Aiman?” Arisyah
mengerling kea rah Syah yang tersenyum pahit. Kemudian beralih pula kepada
Aiman yang menundukkan wajahnya. Apasal muram sahaja ni? Kekok rasanya.
“Hoi..korang?
Kenapa nie?”Arisyah bertanya perlahan. Dapat dirasa keadaan semakin kekok. Dia
salah cakap apa-apa ke?
Mia merenung
wajah di meja makan satu persatu. Pandangannya jatuh kepada Syah yang
merenungnya. Apabila pandangan mereka bertemu, lelaki itu laju menghadiahkan
senyuman kepadanya.
“Makcik dah
kenyang? Makcik nak tambah lagi?” Syah menyoal lembut sambil mengangkat
keningnya. Saja berbasi-basi dengan wanita itu. Dia tidak mahu wanita itu
menjadi kekok ditambahkan lagi dengan keadaan rumah yang tiba-tiba menjadi
suram itu.
“Tak apalah.
Mia dah kenyang”
Syah hanya
mengangguk melihat wajah Mia yang menunduk. Anggukannya terhenti apabila
melihat sebutir nasi di bibir wanita itu. Lucu melihat wanita itu masih tidak
menyedari kehadiran sebutir nasi itu. Masih menyambungkan suapan dengan wajah
yang tenang. Itulah makan gopah sangat.
“Makcik..sini”Syah
meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya.
“Apa?”Mia
menyoal tidak faham. Laju tangannya merapa-rapa wajahnya. Gagal mengesan
apa-apa. Mamat nie nak mempermainkan aku ke?
“Situ..situ..kiri sikit” Syah mengulang apabila melihat wajah Mia yang semakin hairan. Ketawanya semakin menjadi-jadi apabila melihat wajah isterinya semakin merah. Aril dan Aiman hairan melihat ketawa Syah. Lambat-lambat mereka menoleh ke wajah Mia. Tidak sampai seminit, ketawa daripada mereka pula meletus. Arisyah hanya menutup mulutnya menahan ketawanya. Reaksi daripda Mia sahaja sudah melucukan mereka. Bagaikan berasap di atas kepalanya. Mia naik bengang.
“Apa yang
kelakar sangat nie? Syah!”Mia merenung wajah Syah geram. Tidak pasal-pasal
dirinya menjadi perhatian. Tangannya laju mencapai wajahnya. Tiada apa-apa pun?
Semakin galak ketawa mereka apabila melihat Mia masih tidak dapat mengesanya.
Suasana kekok mula jadi ceria semula.
“Ada sesuatu
yang tak sabar masuk mulut Makcik. Adoi..sikit lagi..sikit lagi…”Syah membuat
wajah geram sehingga menimbulkan gelak tawa semua orang. Wajah Mia semakin
merah. Lelaki itu sengaja memalukannya.
“Jangan nak
main mainlah!!”
Aiman
mengeleng wajahnya melihat telatah gadis kesayangannya. Wajah gadis itu yang
selalunya tenang tiba-tiba menjadi merah apabila diusik. Comelnya wajah minah
nie. Aril juga ralit melihat wajah Mia, wajah yang putih bersih menjadi merah
sangat menarik perhatiannya. Wanita itu masih laju meraba-raba wajahnya namun
masih tidak tersentuh nasi yang berada di bibirnya. Mahu sahaja rasanya dia
mencium bibir wanita itu untuk menghilangkan sebutir nasi yang berada di bibir
mungilnya.
Syah
melepaskan keluhan perlahan. Laju dia bangun lalu bergerak ke arah Mia yang
masih terkebil-kebil mencari sebutir nasi tersebut. Badannya dibengkokkan
apabila berhadapan dengan Mia. Jari runcingnya tanpa disuruh-suruh menyentuh
lembut bibir Mia sebelum mengutip sebutir nasi yang dimaksudkan itu. Tindakan
spotan itu menyebabkan Mia kaku tiba-tiba. Pandangannya beralih kepada Syah
yang membongkok dan wajah lelaki itu mengampiri wajahnya. Tidak semena-mena
pandangan mereka bersatu.
Ketawa Aril,
Aiman dan Arisyah mati melihat tindak tanduk kedua-duanya. Lama sungguh mereka
bertatapan dengan kedudukan yang agak rapat.
“Opss…Mia…Mi…”
Mia tersedar daripada lamunannya lalu bergerak laju melarikan diri daripada
meja makan. Tidak semena-mena dia tertolak gelas berisi air kosong di sisinya.
Berderai bunyi kaca bertaburan atas lantai.
Mia menutup
mulutnya melihat kaca yang berderai atas lantai. Denyupan jantungnya semakin
kuat apabila melihat wajah Syah yang tiba-tiba membisu itu. Apa aku buat nie?
“Sorry..Mia..Nanti
Mia kemas”Mia laju menunduk sambil mengutip sisa-sisa kaca tersebut yang
bertaburan atas lantai. Dia dapat rasakan jantungnya semakin laju dipam. Kenapa
nie? Aku tak ada buat aktiviti cergas pun. Tangannya masih laju mengutip
kaca-kaca tersebut tanpa mempeduli mata yang memerhati.
“Makcik,
makcik tak payah kutiplah. Nanti cedara pulak” Syah cuba menghalang namun Aril
yang duduk di sisi wanita itu lebih laju menolong wanita itu mengutip serpihan
kaca.
“Tak
payahlah, Mia boleh buat sendiri” Mia menolak tangan Aril yang sibuk mengutip
serpihan kaca dengannya. Risau jari lelaki itu akan cedera kerana menolongnya.
Aril hanya
membisu. Entah kenapa dia berasa sangat marah dengan Mia. Marah dengan cara
gadis itu melihat Syah. Dia memekakkan telinganya sambil laju mengutip serpihan
kaca. Amaran daripada Mia dibiarkan sepi. Perasaannya tidak mampu dikawal. Dia
takut suaranya juga tidak mampu dikawal.
“Aril, Mia
boleh buatlah” Mia melepaskan keluhan berat apabila melihat Aril hanya membisu
seribu bahasa. Syah meraup wajahnya agak kasar. Kenapa dengan aku? Kenapa aku
tengok dia macam tu?
“Aduh!”
Aril
menghentikan tindakannya apabila terasa jarinya pedih tiba-tiba. Darah mula
keluar daripada ibu jarinya. Pedih! Namun tidaklah sepedih hatinya.
“Apa yang
Aril buat nie?”Mia menggamgam tangan Aril yang tercedara itu. Itu semua
salahnya. Kerana dia tidak mampu mengawal perasaannya keadaan itu berlaku.Mana
dirinya yang dikatakan tenang itu? Mana? Mia meniup tangan Aril yang terluka
itu. Terkedu Aril melihat tindak tanduk gadis itu. Matanya tidak berkelip
melihat wajah Mia yang tekun meniup lukanya. Tiupan daripada mulut Mia bagaikan
meredakan luka pada jarinya. Apa yang terjadi pada aku nie?
Arisyah dan
Aiman hanya menjadi penonton setia. Kebisuan melanda mereka apabila melihat
tingkah laku Syah dan Mia. Kini abangnya pula tercedara. Itulah sarapan pagi
yang paling teruk dalam hidup mereka. Dia tidak akan lagi makan sarapan pagi
begitu. Tak akan!
“Hulurkan
jari” Mia menadah tangannya mengharapkan Aril akan menghulurkan tanganya. Namun
Aril hanya membisu sambil memegang ibu jarinya yang terluka. Mia melepaskan
keluhan berat. Laju tangannya mengheret tangan Aril lalu diletakkan dalam
genggamannya. Terkedu Aril melihat tindakan spotan daripada Mia.
Mia
meletakkan band-aids pada ibu jari Aril yang terluka. Aril hanya membiarkan Mia
melakukan kerjanya. Sentuhan daripada Mia bagaikan mengalirkan arus elektrik
dalam badannya.
“Kenapa?”
“Ha?”Aril
tersedar daripada lamunannya apabila ditegur oleh Mia. Adakah gadis itu
mengesan perubahan wajahnya?
“Kenapa
kalut sangat nampak nie? Takut darah ke?”
Aril
mencebik mendengar kata-kata Mai. Tidak masuk akal langsung baginya. Laju
kepalanya digeleng.
“Taklah,
kalau jari terluka macam nie macam mana nak pegang tangan awek? Mesti awek Aril
terluka nanti melihat jari Aril yang halus nie terluka” Aril melihat ibu
jarinya yang dibalut dengan band-aids tersebut sambil mencebik. Sengaja dia
berkata begitu untuk menutup malunya.
“Kena balut
pula dengan perempuan selekeh macam Mia. Ingatkan lepas terluka bolehlah pergi
jumpa doctor yang cun meletup. Alih-alih Mia mula yang rawat”
Mia mengetap
bibirnya mendengar jawapan lelaki itu. Tidak habis-habis memanggilnya perempuan
selekeh.
“Kalua tak
suka buang” Mia cuba mencapai tangan Syah untuk mencabut band-aids tersebut
namun lelaki itu lebih cepat melarikan tangannya.
“Tak
payahlah. Alang-alang dah letak. Nanti lambat pulak nak sembuh” Aiman cuba
berdalih. Entah kenapa rasanya band-aids itu telah menjadi azimatnya. Sayang
untuk membuangnya.
Mia hanya
melepaskan keluhan berat. Matanya tertacap pada pen hitam di atas meja
tersebut. Akalnya bagaikan tertangkap sesuatu. Laju tangannya mencapai pen
tersebut.
“Sini” Mia
cuba mencapai tangan Aril sekali lagi namun seperti biasa Aril menjauhkan
tangannya.
“Kan dah
cakap tak payah buang” Aril memberi amaran apabila dirasa Mia masih tidak
berputus asa membuangnya. Aku cakap sikit je, terus nak mengajuk!
“Bukan nak
buanglah” Mia mencapai laju tangan Aril lalu melukis sesuatu pada band-aids
tersebut. Berkerut dahi Aril melihat gelagat Mia. Apa minah nie nak buat?
“Dah siap.
Kalau buat macam nie, confirm cepat sembuh” Mia berkata ceria sambil
menunjukkan band-aids yang saip dilukis gambar smile. Terkedu Aril dibuatnya. Senyuman
yang terukir di wajah Mia menyabbakan jantungnya berhneti. Jarum jam bagaikan
berhenti bergerak. Ya..Itulah senyuman yang jarang sekali dapat dilihat. Ikhlas
dari hati. Bukan tiada perempuan yang pernah hadiahkan senyuman begitu, ada
malah banyak. Tapi tidak sedikit pun dihargai. Kenapa senyuman Mia begitu
berkesan dalam hatinya?
Wajah Mia
ditenung sepuas-puasnya. Lidahnya kelu tiba-tiba melihat sikap gadis itu yang
prihatin. Berbeza dengan personoliti yang ditunjukkannya.Jiwa lelakinya
bergelodak hebat. Sukar digambarkan perasaannya. Cuma satu perkara dia pasti
apabila mengalami keadaan itu. Dia benar-benar pasti perasaan itu telah wujud
dalam dirinya. Adakah itu C.I.N.T.A?
“Mia…”
Mia
memandang wajah Aril sambil mengangkat keningnya. Apabila mata Mia
memandangnya, lidah Aril menjadi kelu tiba-tiba.
“Saya…..”
Perbualan
mereka terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan
yang masuk. Tergopoh-gopoh dia mengangkat panggilan tersebut. Mia hanya
memandang selamba.
“Er..hello?”
Aril menjawab panggilan tersebut sambil mengerling ke arah Mia yang sudah
menyibukkan diri mengemas kotak kecemasan milik Syah itu. Tidak sedikit pun
berminat untuk mengetahui empunya suara dalam panggilan lelaki itu.
“Ha…saya
sibuk nie. Tak boleh ke cakap lain kali?” Aril sudah malas apabila mendengar
suara manja di cuping telinganya. Pasti teman wanitanya. Yang mana satu?
Entahlah..mungkin Mila atau Farisyah…Mungkin juga Charlie atau Maria. Dia sedikit
pun tidak dapat mengecam suara tersebut.
“Apa
nie…sayang cakap kita nak jumpa pagi nie. Berjam-jam baby tunggu”
Aril meraup
wajahnya apabila mendengar suara teman wanitanya merengek. Punggungnya mula
dijauhi daripada Mia, risau akan didengar oleh wanita itu. Mia hanya berwajah
tenang. Bukan dia tidak dengar ada suara perempuan. Pasti itu teman wanitanya.
Daripada tindakan lelaki itu terhadapnya tadi, dia memang sudah mengagak lelaki
itu biasa dengan perempuan sehingga melayan dirinya begitu. Memang peliklah
kalau lelaki itu masih tidak mempunyai teman wanita.
“Sorrylah…tiba-tiba
ada urusan keluarga. Lain kali kita keluar ye? Lagipun sekarang I dengan family
nie”Aril sedaya upaya memberi alasan dan cuba menjauhkan diri daripada
menggunakan panggilan ala-ala orang bercouple. Dia takut berbualan tersebut
akan didengari oleh Mia. Mia mencebik mendengar jawapan Aril. Kalau aku nie
keluarga kau, dah lama agaknya kau larikan diri ada adik macam aku.
“Lain kali
tu bila? Baby mesej sayang tak balas. Call tak angkat. Sayang tak sayang baby
lagi ke? Sayang ada orang lain ke?” Suara manja gadis merengek semakin kuat
kedengaran di cuping telefonnya. Suaranya semakin beremosi. Gatal kepala Aril
dibuatnya. Nak pujuk teman wanitanya entah yang mana satu nie satu hal. Nak
tutup dari Mia satu hal.
“Mana ada..
Sayan….”Aril menghentikan percakapannya apabila menangkap kata-katanya. Hampir
sahaja dia terkeluar panggilan tersebut, laju kepalanya ditoleh kepada Mia.
Tenang tanpa respon.
“Kenapa Aril
tak pernah sayangkan baby? Apa nilai baby di mata sayang?”Suara esakan seorang
perempuan kedengaran di cuping telinganya. Makin resah Aril dibuatnya. Cakap
jelah Aril. Janji manis yang sering kau luahkan. Penting sangat ke Mia tahu kau
nie playboy? Dia perampas Syah! Orang yang adik kau suka! Dia tu isteri orang!!
“Ehem..saya
sayang awak”
Aril menarik
nafas lega apabila berjaya menuturkan kata-kata tersebut tanpa didengar oleh
Mia. Bolehlah dia letak panggilan itu dan beralih kepada Mia pula.
“Apa? Apa
sayang cakap?” Aril menepuk kepalanya apabila luahan hatinya langsung tidak
didengari. Sia-sia sahaja dia mengurut nafas lega. Rupanya saat kritikal masih
belum melepasi garis penamat lagi.
“Saya….cin..takan
awak” Suara Aril sudah tersekat-sekat. Setiap kali dia menghabiskan ayatnya,
pasti wajah Mia ditenung untuk melihat reaksi wanita itu. Namun seperti biasa
masih tenang. Macam dia sahaja yang bersusah payah sembunyikan kecurangannya
kepada isterinya manakala isterinya bagaikan meberi kebebasan untuk beristeri
lain. Kejap..Mia? Isteri?
“Kenapa
dengan sayang nie? Cakaplah dengan baik-baik. Apa dah jadi dengan sayang nie?”
“Saya sayang
awak”
“Apa? Sayang
tengah berbisik dengan siapa tu? Ada perempuan lain ke?”
“Bukan…saya
duduk sorang-sorang je”
“Habis
kenapa susah sangat sayang nak cakap! Susah sangat ke nak sebut 3 perkataan tu?
Dulu hari-hari sayang bisik dekat telinga baby”
“Sayang
dengar tak?”
Sepi. Aril
menutp matanya mencari kekuatan. Rimas!
“Sayang?”
Aril
meletakkan telefon bimbitnya tepat pada mulutnya. Nafas diambil
sedalam-dalamnya.
“Saya
sayangkan baby jugak!!”
Panggilan
telefon diletak.Aril menunduk kepalanya apabila mengesan suaranya agak kuat
sehingga boleh didengar oleh Syah dan Arisyah yang berada di dapur. Malah dia
juga dapat melihat wajah Aiman yang mengeleng laju ke arahnya. Hanya Mia yang
berwajah tenang. Cis! Apa yang aku buat nie?!
“Amboi,
abang. Sayang benar kekasih yang satu nie. Siapa yang telefon? Farisyah? Maria?
Ke Geisya?”
Aril
merenung tajam melihat Arisyah yang telah mengekek menahan tawa. Terbongkar
sikap playboynya di mata Mia. Aku mati-mati pertahankan dia di hadapan Syah,
dia jatuhkan maruah aku? Tak kenang budi betul.
Aiman
mengeleng-geleng kepalanya melihat reaksi Aril. Seperti yang dia duga, memang
sah-sah Aril adalah playboy. Lelaki itu dilihat senang untuk memperlakukan wanita
sewenang-wenanngnya. Dengan anugerah yang dikurniakan Allah SWT pada wajahnya,
namapaknya kurniaan itu diguna untuk jalan yang salah. Bahaya untuk Mia
berhamipiran lelaki seperti itu.
“Mia, jom
kita balik” Aiman mengajak Mia lembut. Dia tahu wanita itu sudah lama
tertunggu-tunggu saat itu. Saat pulang. Tingkah laku gadis itu cukup mengambarkan
betapa tidak senangnya dia dengan keadan rumah itu.
Mia hanya
mengangguk lalu berdiri untuk mengekori langkah Aiman daripada belakang. Wajah
Aril jelas berubah apabila mengetahui Mia akan pulang. Laju dia bangun daripada
pembaringannya. Lupa terus malunya.
“Makcik nak
balik ke? Alaa..tunggulah sampai makan tengah hari” Syah cuba menghalang
pergerakan Mia. Dia mahu mengorek lebih banyak perkara daripada Mia. Wanita itu
mengetahui apa yang berlaku. Sudah tentu dia perlu mengenali wanita itu dengan
lebih mendalam untuk mengorek rahsia tersebut.
“Mia ada
kerja” Mia cuba bergerak ke posisi lain namun Syah mengikut langkahnya. Apabila
dia bergerak ke kiri, Syah turut bergerak ke kiri dan begitulah sebaliknya
sehingga membazirkan masa Mia.
“Kerja apa?
Tak boleh buat lain kali ke?”
“Lusa
deadline. Kalau kerja tu tak siap, kepercayaan orang terhadap kita akan
berkurang” Mia menjawab tenang. Setenang yang boleh dia cuba berlakon. Kalau
ikutkan hati, mahu sahaja badan bidang lelaki itu dirempuh. Aiman mengerut
dahinya mendengar jawapan Mia.
“Tak siap
lagi ke? Aiman ingatkan siap dah semalam. Sebab mata Mia nampak lebih lebam
daripada biasa” Aiman mengehntikan kata-katanya apabila riak wajah Mia agak
berubah. Eh bukan ke?
“ Lebih
lebam daripada biasa?” Aril menjungilkan biji matanya mendengar penjelasan
Aiman. Memang benar Mia mempunyai lengkungan hitam di bawah matanya, namun
lengkungan tersebut lebih gelap daripada biasa? Apa yang Mia buat? Mata Aril
berhenti kepada Syah yang mengaru-garu kepalanya. Mereka kahwin semalam. Maka
semalam adalah first night mereka. Jadi....
“Korang?”Aril
menyoal agak tidak percaya. Personoliti mereka bagaikan menidakkan dugaannya. Mia
dilihat dengan dunianya. Manakala Syah pula terlalu obsess dengan permainan
videonya sehingga tidak pernah mempunyai masa untuk berdating. Takkanlah!
“Apa yang
kau fikir nie Aril? Jangan nak mengarutlah!!” Syah bagaikan memahami maksud
pertanyaan Aril. Laju sahaja dia menjawab. Kerutan dahi mula kelihatan pada
dahi Aiman dan Arisyah. Masih tidak dapat menangkap maksud maksud kedua-dua
mereka.
“Habis macam
mana Syah jelaskan…”Aril meletakkan jari telunjuknya di bawah matanya kemudian
beralih pula kepada Mia yang menunduk wajahnya.
“Bukanlah….”Syah
mengibas-gibas tanganya menyangkal tuduhan Aril. Risau juga kalau Aril masih
terus bertanya, hubungan mereka akan terbongkar. Sudahlah Mia langsung tidak
memberi kerjasama.
“Takkanlah
sampai lebam macam tu tak ada apa-apa?” Aril tidak percaya. Emosinya sudah
tidak dikawal memkirkan kemungkiann yang ada. Ya..mereka kahwin secara paksa.
Namun mereka masih mampu mempunyai hunbungan yang ada antara lelaki dan perempuan.
Syah mula rimas. Soalan Aril semakin melebih-lebih. Wajah Arisyah dan Aiman
silih berganti memandangnya. Apa yang patut dia jawab? Dia mengerling ke arah
Mia. Masih selamba! Semua nie sebab mata panda kaulah makcik!
“Hoii..Syah,
aku tanya nie.. Korang”
“Bukanlah…”
“Habis dia
perempuan , kau lelaki….”
“Tak payah
tanyalah”
“Mana boleh,
dia……..”
“Suka hati
Syahlah nak buat apa pun kat dia. Syah
ada hak atas dia!!”
Aril terdiam mendengar jawapan Syah. Jawapan daripada Syah
bagaikan mengiakan lagi dugaannya. Hancur hatinya mendengar jawapan daripada
Syah. Mia nyata terkejut mendengar jawapan daripada Syah. Bisu melanda antara
mereka. Macam mana kalau hubungan mereka dapat dihidu? Mia sudah mati akal. Dia
tidak dapat memikirkan kemungkinan yang akan terjadi. Laju kakinya meninggalkan
rumah Syah sekaligus meninggalkan Aiman. Panggilan daripada Aiman dan Syah
terbiar sepi. Sumpah dia malu. Lelaki itu tiada jawapan yang lebih baik ke?!
Mia menutup
pintu biliknya. Aroma maggi yang dimasak dua hari yang lalu menusuk ke lubang
hidungnya. Semuanya gara-gara sikapnya yang tidak suka membuka tingkap
biliknya. Mia mengetap bibirnya mengingati peristiwa tadi. Malunya aku! First
night yang memalukan kemudian bertemu pula dengan Aril. Bersarapan pula?
Mia
mengeleng kepalanya cuba untuk menyedarkan dirinya ke alam nyata. Semuanya
salah dirinya. Salah dirnya kerana membuat keputusan untuk ke pantai hari itu.
Jika tidak, hidupnya tidak akan terjerat sebegitu sekali. Tidak sebanyak itu
manusia yang dikenali. Tidak sebanyak itu perkataan dituturkan! Dan bukan
status sebagai seorang isteri yang dipegang!!
Mia mengunci
pintu biliknya. Mangga dicapai lalu dikunci. Tidak cukup dengan itu, dia
mengambil pula kain buruk di dapurnya lalu menutupi bahagian bawah pintunya.
Itulah kali terakhir dia akan membuka pintu biliknya. Serik! Dia tidak akan
lagi membuka pintu biliknya. Jika perlu dia akan memhentikan penghantaran surat
khabar ke rumah. Mia menutupi langsir rumahnya. Dia berjanji tidak akan
sesekali lagi membuka langsir itu, melihat ke apartment sebelah. Pedulilah
amnesia lelaki itu. Dia mahu hidup kembali ke dunianya. Laju dia merebahkan
badannya di atas katilnya. Mata ditutup serapat-rapatnya. Mimpi…dia akan bangun
daripada mimpi itu. Rasanya dia telah bermimpi agak jauh. Terlalu jauh sehingga
hampir memasuki alam nyata. Dia perlu cepat-cepat bangun. Aril, Syah, Arisyah,
Datin Hayati, Alia dan Farish hanyalah sebuah karakter dalam mimpi. Dia pasti
akan bangun dalam mimpi itu. Pasti!!
Mia memeluk
bantal tidurlanya yang busuk. Satu senyuman terukir pada bibirnya. Selamat
tinggal semua dan hello kepada duniaku!
“Rindunya…bau
rumah nie” Mia memperkemaskan pelukannya. Itulah dunianya. Itulah tempat yang
sepatutnya dia berdiri. Dia akan terus berdiri di tempat yang sama. Dia
benar-benar minta maaf. Maaf kerana memungkiri janji yang dibuat pada ruamh
itu. Janji tak akan berpisah walaupun sehari. Dia telah memungkiri janji itu.
Dan akibatnya amat teruk.
“Suka hati
Syahlah nak buat apa pun kat dia. Syah
ada hak atas dia!!”
Mia membuka
matanya apabila ucapan Syah bermain kembali dalam ingatannya. Suka hatilah nak
buat apa pada aku? Mia dapat merasakan bulu romanya tegak berdiri setiap kali
mengingati kata-kata itu. Suara tegas Syah bagaikan maksudkan semua itu. Memang
dia ada membuat perjanjian dengan Syah, namun mampukan sekeping kertas membina
tembok antara mereka? Bagaimana kalau Syah melakukan sesuatu kepadanya?
Bagimana? Bagaimana kalau dia mengandung?
“Hai Makcik”
Mia menoleh
ke belakang apabila ada suara yang menegurnya. Terpempang wajah Syah yang
tersenyum nakal kepadanya sambil berpeluk tubuh. Mata lelaki itu ralit
memerhati tubuh Mia dari atas hingga bawah. Meremang bulu roma Mia dibuatnya.
Bagaikan pandangan seorang perogol. Hilang wajah keanak-anakan lelaki itu.
“Apa yang
Syah tengok?” Mia cuba memberanikan diri untuk bertanya. Walaupun suaranya cuba
ditegaskan, namun masih tersekat-sekat dihujungnya.
“Tengok
isteri Syahlah. Takkan nak tengok pun tak boleh?” Syah menjawab nakal. Syah
mula mendekati Mia yang duduk bersila di atas sofa rumahnya itu. Cepat-cepat
Mia mencapai bantal di sofa lalu menutupi tubuhnya. Pandangan lelaki itu sangat
menakutkan. Syah mengambil tempat disisi Mia. Wajah Mia ditenung
sepuas-puasnya.
“Kalau
tengok betul-betul, Mia nie macam perempuan jugak kan?” Syah menyentuh lembut
rambut Mia sambil mengusap-gusap rambut wanita itu. Laju Mia menepis dan
menjarakkan dirinya.
“Habis Syah
kahwin dengan seorang lelaki selama nie?”Mia sengaja melarikan pandangannya
daripada melihat wajah Syah yang tiba-tiba berubah itu. Pelbagai doa dibaca
agar lelaki itu mampu mengawal nafsunya. Gelakan Syah membingitkan telinga Mia.
Mahu sahaja dia melarikan diri, namun kedudukannya dengan Syah yang agak rapat
menyukarkan pergerakannya. Bantal dipeluk sekuat yang boleh.
Mia
tiba-tiba dapat merasakan dagunya dipegang oleh Syah. Syah mengalihkan wajah
Mia supaya menghadapnya. Bulat mata Mia melihat tindakan spotan daripada Syah
itu.
“Apa yang
Syah buat nie?” Mia menyoal agak marah. Tangan Syah ditepis laju.
“Syah tengok
Mia sebagai seorang wanita sekarang. Tak boleh ke Mia buat macam tu? Lupakan
perjanjian kita dan marilah membina hidup bersama-sama” Gemersik sekali suara
Syah memujuk. Hilang panggilan makcik yang sering digunakan oleh lelaki itu.Renungan
Syah menyebabkan Mia berasa tidak sedap hati.
“Apa..apa
yang Syah mengarut nie?”
“Pandanglah
Syah sebagai seorang lelaki Mia” Syah mula membuka butan bajunya perlahan-lahan
sambil mengetap bibirnya memandang Mia. Membuntang biji mata Mia melihat Syah
yang membuka bajunya perlahan-lahan. Syah mula bergerak mendekati Mia yang
kaku.
“Tidak!!!!!
Taknak. Mia taknak ada anak muka macam Syah!”
Mia membuka
matanya. Peluh memercik pada dahinya. Mia menolah keadaan sekeliling. Laju
tangannya memerhatikan bajunya. Kemudian dia menyelek rambutnya untuk melihat
lehernya. Selamat! Selepas itu barulah dia tersedar dia berada di rumahnya
sendiri. Pasti dia telah bermimpi. Mimpi yang amat dashyat. Mia mengurut
dadanya perlahan dan melepaskan rasa syukur kepada Allah SWT.
“Suka hati
Syahlah nak buat apa pun kat dia. Syah
ada hak atas dia!!”
Mia duduk
melengkup di atas katil bujangnya. Hilang keinginannya untuk tidur. Dia
benar-benar takut kalau Syah maksudkan kata-katanya. Dia seorang wanita dan
Syah tetap seorang lelaki. Macam-macam boleh berlaku. Bagaimana kalau lelaki
itu tidak dapat mengawal nafsunya? Selalunya ada yang kata luahan pada waktu
marah selalunya jujur dan datang ikhlas daripda hati. Bagaimana kalau lelaki
itu bertindak bukan-bukan?
Mia menarik
nafas sedalam-dalamnya. Selimut diambil lalu digulung pada badanya. Selepas
lama berfikir, Mia mengangguk kepanya perlahan-lahan.
Selagi mamat
tu masih mempunyai keinginan untuk melakukan perkara macam tu, lebih baik
kitorang jangan berjumpa. Biarlah dia menjinakkan nafsunya dulu. Penyakit
amnesianya boleh diubat dengan masa. Nafsu dia yang paling penting sekarang.
Baik aku dengan dia jangan berjumpa.
Syah memicit
remote televisyen apabila drama bersiri yang disiaran langsung tidak menarik
perhatian. Saluran 611 dicari lalu ditekan. Selepas itu barulah senyuman
terukir pada wajahnya. Ralit dia melihat kartun Detektif Canon itu sambil
mengangguk-gangguk. Kagum dengan animasi yang telah dihasilkan. Dia memang suka
membuat kajian kepada setiap animasi yang ditontonya. Minatnya dalam bidang
animasi sangat mendalam.
Syah
mencapai tomogo nigiri buatan Arisyah yang terhidang lengkap di atas piring.
Memang masakan sepupunya itu tidak menghampakanya. Rasanya memang sebijik
dengan tomogo nigiri yang dimakan semasa di Jepun dulu. Namun bagaimana
sepupunya itu tahu tentang makanan kegemarannya? Main hentam kot. Kebetulan
mengena.
Bunyi telefon
bimbitnya menganggu kajiannya pada animasi Detektif Conan itu. Dia merengus
geram apabila fikirannya diganggu. Namun tidak sampai seminit ekspreasi pada
wajahnya terus berubah. Omelan pada mulutnya terus berhenti. Nama yang terpapar
pada skrin telefonya benar-benar menyababkan degupan jantungnya hampir sahaja
berhenti. Lama dia menelan air liur. Lambat-lambat dia menerima panggilan
tersebut dengan hati yang berdebar. Bergetar tanganya untuk meletakkan
telefonnya di cuping teliga.
“Moshi-moshi,
Riu-sama?…Hanazakari Riu?”
Mia
mengeliat sepuas-puanya apabila mendengar bunyi jam locengnya. Dengan mata yang
masih tertutup, dia menekan butan pada jam locengnya. Barulah jam loecengnya
berhenti berbunyi. Bukan main lama dia tidur, maklumlah dia sedang ‘bercuti’.
Kurang tanggungjawab. Mia bergerak ke meja komputernya. Stick note yang diletak
di atas mejanya dicapai. Mia mengosok-gosok matanya apabila merasakan pandangan
agak kabur untuk menulis. Dia cuba menguatkan matanya. Pipinya ditepuk
perlahan-lahan. Pen dicapai lalu stick note tersebut dicoret. Lama Mia melihat
ayat yang ditulis. Seperti ada yang tidak kena. Terasa terlalu panjang ayatnya
untuk menyatakan satu perkara sahaja. Mia mengumpal stick notenya lalu dilempar
ke bawah mejanya. Dia cuba menulis ayat lain pula. Satu perkataan sahaja. Maaf.
Sekali lagi Mia mengerut dahinya. Masih tidak kena. Maaf? Pasal apa?
Setelah agak
lama mengambil masa untuk berfikir, Mia akhirnya tersenyum apabila mendapat satu
idea. Dia kembali menulis pada stick notenya itu. Apabila puas dengan hasil
kerjanya, dia melukis gambar muka ala-ala sedih di bawah ucapan maaf tersebut.
Memang kerjayanya sebagai assister writer banyak membantunya. Mia menyelak
langsir biliknya perlahan-lahan. Langsir bilik Syah masih belum dibuka. Dia
menarik nafs lega. Laju tangannya membuka slading doornya lalu menampal stick
notenya pada beranda Aiman yang hanya sejangkal dipisahkan darinya. Dia menekan
stick notenya agak kuat untuk mengelak daripda diterbang angin. Setelah yakin,
dia mengorak langkah untuk meninggalkan berandanya lalu menutup slading
doornya. Kuatir akan bertemu dengan Syah.
Mia berdiri
di tengah-tengah rumahnya. Dia melihat sekeliling rumahnya dengan senyuman yang
tidak lekang dibibir. Berpisah dengan rumahnya selama 1 hari, bagaikan berpisah
selama setahun lamanya. Mia menutup matanya rapat-rapat. Cuba mendalami
perasaan berada dalam rumahnya. Sungguh tenang. Karakter yang hidup dalam
dunianya beberapa hari yang lalu perlu dihapuskan. Sunyi dan damai Dia sudah
kembali! Saya dah pulang!!
Ketukan pada
pintu bilik Mia mematikan senyuman yang terukir pada bibirnya. Penghantar surat
khabar ke? Kenapa tak letak sahaja di hadapan rumahnya seperti biasa? Perlu ke
ketuk bagai nak roboh rumahnya itu? Ketukan semakin kuat kedengaran. Mia
menutup telinganya apabila ketukan itu semakin kuat. Penghantar surat khabar
baru ke?
Mia mula
bergerak untuk membuka pintunya. Kain tuala yang tersadai di atas lantai
rumahnya diambil lalu digunakan untuk menutupi lenganya yang terdedah kerana
dia hanya mengenakan t-shirts lelaki berlengan pendek. Hampir seinci tangannya
ingin mencapai tombol pintu, suara seorang lelaki kedengaran.
“Makcik?
Bukak pintu nie!”
Mia
menjatuhkan tanganya. Matanya dibulatkan apabila telinganya bagaikan dapat
mengecam suara tersebut. Laju dia melihat pada……………pintu biliknya. Terpempang
wajah Syah yang berpeluk tubuh. Laju Mia melarikan pandangannya. Air liur
ditelan. Pahit.
“Makcik?
Bukak pintu nie! Syah tahulah makcik suka tidur tapi tak payahlah over sangat.
Dah pukul 10 pagi dah pun” Syah kembali mengetuk pintu bilik Mia. Dia yakin itu
bilik Mia setelah berulang kali melihat nombor yang tentera pada pintu bilik
itu. Masih sepi tanpa jawapan.
“Makcik….”Syah
menendang pula pintu bilik Mia berulang kali dengan mengayunkan kaki kirinya. Syah
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Minah nie ada ke tak? Takkan dia
keluar kot? Dia bukanlah jenis yang suka keluar. Mia memegang dahinya. Cuba
untuk memerah mana-mana idea. Masih gagal. Dia tahu lelaki itu tidak akan mudah
berputus asa. Pengenalan mereka sudah cukup membuktikan segala-galanya. Tapi
kalau dia buka pintu, bagaimana kalau lelaki itu mengheret dirinya kedalam
rumahnya? Macam mana kalau nafsu lelaki itu tidak terkawal?
“Makcik?
Makcik nak tidur sampai bila? Rumah makcik tak ada alarm clock ke?”
Mia mengetap
bibirnya mendengar sindiran Syah. Aku adalah!
“Kalau ada
kenapa susah sangat nak bangun?”
Mia terdiam.
Bukan itu kali pertama Syah mampu membaca fikirannya, kali pertama mereka
bertemu lelaki itu juga mampu membaca fikirannya. Kenapalah bukan kelebihan yang
itu yang hilang semasa lelaki itu lemas?
Syah
meletakkan telinganya pada pintu bilik Mia. Telinganya bagaikan dapat menangkap
bunyi seseorang bersandar pada pintu bilik. Adakah gadis itu berada di rumah?
“Mentang-mentang
tengah mengalami kitar haid, makcik ingat boleh tidur sampai tengah harilah?”
Mia tersedak
perlahan. Laju tanganya menutup mulutnya untuk mengelak daripda didengar oleh
Syah. Apa? Kitar haid? Kau tak ada ayat lagi tersirat ke? ABC ke? Bercuti ke?
Bendera merah ke? Kitar haid? Terus straight to point?
“Makcik…bukalah
makcik,Syah nak bincang sesuatu tengah makcik” Syah mula merayu. Walaupun telah
menggunakan nada yang perlahan, kakinya masih tidak berhnti menendang pintu
bilik Mia. Mudah dan tidak meletihkan.
Bincang? Itu
cara lama nak tarik permpuanlah. Kata nak bincang, entah-entah larikan anak
dara orang sampai Thailand. Macam-macamlah budak zaman sekarang. Kemudian bila
kena tangkap khalwat, baru….Bebelan Mia terhenti. Terasa sebenarnya.
“Makcik…Syah
perlukan makcik untuk selesaikan masalah Syah nie. Hanya makcik sahajalah
harapan Syah. Syah mahu kembali ingatan Syah sebelum terlambat” Syah meluahkan
keinginanya yang terpendam apabila pintu bilik masih belum terbuka. Dia tetap
ingin meyampaikan keinginannya.
Mia terdiam.
Penyakit amnesia lelaki itu kembali menghantuinya. Ya, dia telah berjanji untuk
memulihkan lelaki itu sejurus selepas mereka berkahwin. Namun masih belum
tertunai hingga sekarang. Walaupun telah genap dua hari usia perkahwin mereka,
lelaki itu tidak pernah membangkitkan isu tersebut. Kenapa tiba-tiba sahaja?
“Makcik…Syah
perlukan ingatan 3 tahun itu secepat mungkin. 3 tahun itu akan meyelamatkan
impian saya. Syah tak boleh lepas semua yang Syah capai. Syah tak boleh
lepaskan semua itu kerana ingatan 3 tahun yang hilang tu. Makcik kena pulihkan
Syah!” Syah melepaskan keluhan berat apabila pintu bilik tersebut masih belum
terbuka. Hilang akal dia dibuatnya.
Mia memeluk
tubuhnya perlahan. Kata-kata Syah didengar begitu ikhlas sehingga mampu
menyentuh perasaanya. Dia yang berjanji untuk menolong lelaki itu, tapi
sekarang dia pula yang melambat-lambatkan proses perkahwinan mereka.
Tak..biasalah lelaki. Kalau nak sesuatu mesti ada dialog yang disediakan.
Jangan percaya. Pertahankan maruah kau Mia!
“Makcik tahu
tak dengan siapa makcik layan macam nie? Dengan seorang pesakit! Tak berhati
perut betullah makcik nie. Dahlah sombong, kejam pulak tu” Gaya percakapan Syah
sudah berubah. Teknik sad mood tidak berjaya memancing gadis itu. Dia membuka
cara kasar pula.
“Apasal
tiba-tiba sahaja makcik jadi macam nie? Apa yang Syah buat salah?”
Apa yang kau
buat? Lepas kau keluarkan kata-kata macam nak jalankan tanggungjawab sebagai
seorang suami kepada aku, kau kata apa yang kau buat salah? Sengal!
Zaid membuka
tombol pintunya perlahan-lahan apabila mengesan suara yang agak kuat di hadapan
biliknya. Takut ada orang gila yang menyerangnya, lebih-lebih lagi semasa
ketiadaan Aiman. Kalua Aiman ada, pasti dia tidak setakut itu. Namun apabila
wajah Syah terpempang di hadapannya, terus sahaja pintu biliknya dibuka
seluas-luasnya. Matanya dibulatkan untuk memastikan dia dapat mengecam lelaki
yang masih tekun mengetuk pintu bilik Mia itu.
“Syah kan?
Lelaki yang dicabul oleh gadis 124 tu kan?” Zaid menyoal agak tidak percaya.
Sudah 2 minggu lebih dia tidak melihat wajah lelaki itu. Sangkaannya hubungan
mereka sudah putus,alih-alih lelaki itu masih melakukan aktiviti yang sama.
Mengetuk pintu.
Syah
memusingkan badannya ke arah pemilik suara itu. Wajah lelaki itu cukup asing pada
pandangannya. Rasanya dia tidak pernah melihat wajah begitu dalam hidupnya. Itu
kali pertama. Adakah lelaki itu kenalannya dalam ingatan 3 tahun yang hilang
itu?
“Awak….awak
kenal saya?” Syah meletakkan jari telunjuk pada wajahnya meminta kepastian.
Zaid ketawa geli hati melihat wajah blur Syah. Mustahil dia dapat melupakan
lelaki itu. Lelaki itu telah membuat perkara yang cukup luar biasa kepada gadis
flat 124.
“Mestilah
saya kenal. Awak lelaki simpanan Mia kan?” Terjugil biji mata Syah mendengar
jawapan selamba daripada lelaki itu. Apa? Aku lelaki simpanan Mia?
“Jadi awak
tahu pasal hubungan saya dengan Mia?” Syah menyoal agak tidak percaya.
Seingatnya, wanita itu bermati-matian menyatakan mereka tiada hubungan
istimewa. Namun lain pula yang didengar. Ya Allah, adakah tempoh 3 tahun telah
menjadikan aku hamba yang lalai kepada-Mu?
“Apa yang
Syah mengarut nie? Semua orang tahu hubungan Syah dengan Mia lepas tengok
kemesraan korang tempoh hari” Zaid menjawab nakal sambil mengenyitkan matanya.
Setelah kedatangan Syah tempoh hari, hubungan Syah dan Mia menjadi perbualan hangat
jiran-jiran tetangga sehingga Mia mengambil tindakan mengurungkan diri dalam
biliknya dalam tempoh masa yang agak lama.
“Kemesraan?”
Syah bagaikan tertarik mendengar cerita Zaid. Sungguh dia tidak mengingati
apa-apa pun. Jadi betullah aku dengan Mia mempunyai hubungan yang mesra?
“Sejauh mana
kemesraan kami?”
Zaid
mengerut dahinya mendengar soalan daripada Syah. Takkalah itu pun dia nak
jawab?
“Cukup mesra
sehingga………..”Zaid melentokkan kepalanya pada tangannya ala-ala posisis orang
yang sedang tidur. Membuntung biji mata Syah melihatnya. Laju sahaja tangan
Zaid dicapai lalu menolak tubuh lelaki itu ke dalam bilik lelaki itu. Dia mahu
mendengar dengan lebih mendalam. Kalau Mia masih tidak mahu cerita, dia sudah
mempunyai saksi untuk menerangkan segala-galanya. Terkedu Zaid dibuatnya
apabila Syah tiba-tiba menerjah masuh ke dalam biliknya dengan menarik sekali
dirnya. Memang confirm ke mamat nie tak gila kan?
Mia
meletakkan telinganya pada dinding pintu biliknya dengan dahi yang berkerut.
Tiada lagi bunyi ketukan yang didengari. Adakah lelaki itu telah berputus asa?
Mia menarik nafas lega. Tidak sia-sia dia menahan mulutnya daripada menjawab
sindiran Syah. Pasti lelaki itu sangka dia tidak berada dalam rumah. Mia
bergerak ke ruang dapurnya untuk memulakan aktiviti hariannya seperti biasa.
Periuk kecilnya diisi dengan air lalu dipanaskan dengan dapur gasnya. Laju
tangannya mengambil makanan hariannya. Maggi!
“Siapa nama
awak?”
Zaid memandang pelik wajah Syah yang tidak
berhenti-henti merenungnya. Tidak sedap hati dibuatnya. Dahlah dia hanya pernah
berjumpa dengan lelaki itu sebanyak dua kali. Alih-alih lelaki itu menerjah
masuk ke dalam rumahnya seperti seorang perompak. Zaid memerhatikan Syah atas
bawah. Clean and clear. Tiada senapang ataupun pisau.
“Zaid”
Syah menarik
nafas sedalam-dalamnya. Diharap penjelasan daripada Zaid dapat membantu
memulihkan ingatannya.
“Boleh Zaid
ceritakan serba sedikit pasal hubungan kami?”
Zaid
mengerut dahinya mendengar permintaan daripda Syah. Dia bukanlah tahu sangat
hubungan mereka, tapi dia diminta memberi penjelasan?
“Zaid tak
tahu sangatlah sebab Syah cuma datang sini sekali sahaja”
“Syah pernah
datang sini? Rumah makcik tu? Seorang diri?” Syah bertanya tidak percaya. Kalau
difikirkan wanita itu juga mengetahui rumahnya, malah dia sendiri juga pernah
masuk rumah wanita itu? Betul ke mereka tiada apa-apa?
Zaid semakin
pelik. Tingkah laku Syah bagaikan budak yang baru sahaja dilahirkan dalam dunia
tersebut. Tidak mengetahui apa-apa. Namun mulutnya berat untuk bertanya. Zaid
hanya mengangguk selamba.
“Syah datang
ketuk rumah dia macam pasangan kekasih yang sedang bergaduh. Syah juga pernah
menghantar makanan untuk dia” Zaid memberi penjelasan berdasarkan pengalaman
yang dilihatnya hari itu. Semakin terjugil biji mata Syah dibuatnya. Aku?
Hantar makanan kat dia?
“Apa yang
buat Zaid fikir kami nie pasangan kekasih?”
“Er….sebab…hari
tu..Syah” Suara Zaid mula tersekat-sekat. Mengingati penampilan lelaki itu pada
hari tersebut menyebabkan dia serba salah untuk meneruskan kata-katanya. Riasu
akan memalukan lelaki itu.
“Syah buat
apa?” Syah mula tidak sabar.. Eksperasi wajah Zaid agak berubah apabila ditanya
soalan begitu. Dia tidak boleh menerima penjelasan Zaid yang hanya berdasarkan
dugaan sahaja. Dia juga tidak percaya kerana sanggup memilih gadis itu sebagai
teman wanitanya. Aku nie lelaki simpanan dia? Lownya level aku!
“Pada hari
itu, Syah datang dengan keadaan yang separuh bogel” jawab Zaid lambat-lambat.
Terngaga Syah dibuatnya. Aku salah dengar ke? Separuh bogel?
“Syah juga
asyik mendakwa Syah ada melakukan sesuatu pada malam sebelum kejadian. Syah
juga mendakwa dia mencabul Syah selapas korang tuttt……………………….”Zaid menyentuh
jari telunjuknya pada jari telunjuk satu lagi. Syah sudah hilang sabar
mendengar penjelasan daripada Ziad. Otaknya sudah ligat memikirkan kemungkinan
yang berlaku. Suaranya sudah tidak dapat dikawal lagi.
“Dia apa?
Cabul?”
Zaid
berundur ke belakang apabila Syah tiba-tiba bangun daripada
pembaringannya.Kecut perut dia dibuatnya. Zaid mengangguk laju untuk mengelak
daripada Syah naik angin. Mana Aiman nie? Saat-saat macam nielah dia tak ada
pulak. Syah merengus kasar.
“Patutlah
taknak cerita apa-apa. Cabul aku rupanya” Syah dapat merasakan darah semakin
menyirap. Lengan baju t-shirtsnya
disingsing sehingga ke paras siku. Entah bahagian badan yang mana dicabulnya,
wanita itu memang nak kena. Miskin sangat ke dirinya sehingga sanggup jadi
lelaki simpanan wanita itu? Nafasnya turun naik. Rancangan untuk mengheret
gadis itu keluar dari biliiknya semakin membara.
Mia
tersenyum sendirian apabila melihat maggi yang dididihnya hampir masak. Telur
dicapai lalu dimasukkan ke dalam maggi. Bukannya setiap hari dia makan maggi,
namun itu boleh dikatakan juadah tetapnya. Senang diurus dan tidak memakan masa
yang lama. Dia sendiri tidak mempeduli kesihatannya. Maklumlah, tiada yang
melarangnya. Mia mengambil senduk yang diletak kemas dalam mug panjangnya
berhampiran dapur gas. Sedikit kuahnya dicapai dengan senduk tersebut. Asap
mula memenuhi senduknya apabila senduk itu terangkat. Bagaikan mahu meleleh air
liur Mia apabila haruman maggi itu menusuk ke lubang hidungnya. Perlahan-lahan
senduk yang panas itu didekatkan ke mulutnya. Hampir seinci sahaja masakannya
ingin memasuki rongga mulutnya , satu
suara kedengaran…
“Makcik!!!”
Akibat
terlalu terkejut, senduk yang panas itu terlanggar hidungnya. Laju tangan Mia
melepaskan senduk yang panas itu lalu mengosok-gosok hidungnya yang terkena
senduk panas itu. Pedih sekali. Mia bergerak ke sinki lalu membasuh hidungnya
dengan air paip tersebut. Namun tindakannya hanyalah sia-sia. Mia merenung
tajam pintu biliknya yang kedengaran kuat suara tersebut. Mia mengetap bibirnya
geram. Bukan dia tidak kenal pemilik suara tersebut.
“Makcik
masih taknak buka? Makcik ingat Syah tak tahu apa yang makcik buat pada Syah?”
Tangan Syah masih tidak henti-henti mengetuk pintu bilik Mia. Ketukan pintu
bilik itu terhenti seketika, apabila hidungnya menangkap bunyi aroma maggi
daripada bilik Mia. Memang sah-sah gadis itu masih berada dalam rumah.
Mia bergerak
ke pintu biliknya.Marah pun ada. Takut pun ada. Marah kerana Syah hampir
menyebabkan hidungnya melecur. Takut, dirinya akan diapa-apakan oleh Syah. Mia memegang
tombol pintunya. Hatinya sudah berkira-kira untuk membuka pintu tersebut.
Kemudian dia mengeleng laju. Cuba mengingati dirinya. Mia kembali berundur
selangkah sambil mengigit jarinya. Kalau aku senyap, mesti dia ingat aku tak
ada di rumah. Betul tu! Dia cuma perlu menzip mulutnya.
“Pagi-pagi
lagi makan Maggie?”
Mia
mengangkat wajahnya lalu merenung tajam ke arah pintu. Terkedu dirinya.
Rancangannya semakin kabur dalam pandangan matanya. Ligat otaknya mencari punca
bagaiman aktivitinya dapat diketahui oleh Syah. Pandangan Mia beralih kepada
periuknya yang masih hangat dididihkan. Ya Allah! Apasal aku bodoh sangat?
Laju kaki
Mia digerak lalu menutupi periuk yang masih dididihkan itu. Kalut tanganya
mencari-cari penutup periuk tersebut. Tidak sedar tindakannya menghasilkan
bunyi bising apabila alatan dapurnya berlanggaran antara satu sama lain. Syah
tersenyum mendengar bunyi bising itu.
“ Kenapa?
Cari penutup ke?”
Mia berhenti
mencari penutup periuknya apabila mendengar sindiran Syah. Lambat-lambat dia
mengetuk kepalanya mengakui kebodohannya. Pandangan Mia beralih pula pada kipas
lantai yang diletak di ruang tamunya. Laju butan kipas itu dipasang untuk
menghilangkan aroma maggi yang memenuhi ruang rumahnya yang kecil itu.
Syah
tersenyum menejek. Bukan telinganya tidak mendengar bunyi kipas daripda bilik
Mia. Itulah padahnya membeli kipas yang buruk. Pasang sedikit, terus buat
bunyi.
“Tak payah
nak pasang kipaslah. Bau maggi tu dah keluar sampai kat luar nie”
Mia menutup
mukanya mendengar sindiran Syah. Mujur lelaki itu tidak melihat keadaannya pada
ketika itu. Pastinya dia akan dilihat sebagai orang bodoh di hadapan Syah. Mia
melepaskan keluhan berat. Segala usahanya bagaikan mendedehkan lagi dirnya ke
dalam bahaya. Kehadirannya telah terbongkar. Perlu ke dia teruskan lagi?
“Hoi..Makcik!!”
“Apa yang
Syah nak?” Syah tersenyum riang apabila Mia sudah menjawab soalanya. Mengaku
kalah juga akhirnya.
“Syah nak tanya,
macam mana dengan perngenalan kita berdua?”
Mia mengerut
dahinya mendengar kata-kata Syah. Itulah soalan yang dibangkit oleh lelaki itu
pada malam pertama mereka. Kini lelaki itu menyoal perkara yang sama.
“Biasa..biasa
je”
Syah
mengetap bibirnya geram. Insiden macam tu biasa-biasa je? Berapa ramai orang
yang kau cabul sebelum aku?
“Cabul
lelaki perkara biasa-biasa je bagi makcik?” Mia menjugilkan matanya mendegar
sindiran Syah. Langkahnya semakin dirapatkan ke arah pintu biliknya. Ternganga
dirinya seketika. Apa..cabul?
“Cabul? Mia
tak cabul Syahlah! Boleh tak jangan perasaan?” Suara Mia agak turun naik. Itu
bukan kali pertama lelaki itu menunduhnya sebagai pencabul. Pada awal
perkenalan mereka, lelaki itu juga menuduh begitu.
“Jangan nak
perasaan? Kenapa? Sebab kita lakukan semua tu atas kerelaan masing-masing?”
Syah memeluk tubuhnya. Walaupun gadis itu mula bersuara, namun pintu biliknya
masih belum dibuka. Hendak atau tidak, dia terpaksa berbual-bual dengan wanita
itu yang hanya dipisahkan dengan pintu bilik Mia.
“Atas
kerelaan masing-masing? Boleh tak jangan memutar belitkan perkara. Tiada
apa-apa yang berlaku antara kita!” Mia menjerit agak kuat. Suaranya sudah tidak
dapat dikawal lagi. Dia tahu lelaki itu telah mengalami amnesia, tetapi
menuduhnya sebagai pencabul telah melampui batas. Dia telah menyelamatkan nyawa
lelaki itu, itu balasannya?
“Habis
kenapa Syah datang rumah makcik dengan keadaan separuh bogel? Itu makcik kata
tiada apa-apa?” Syah masih tidak berpuas hati dengan jwapan Mia. Gadis itu hanya
menidakkan sindirannya tetapi tidak memberi penjelasan yang kukuh. Bagaimana
dia nak percaya?
“Mana Mia
tahu? Syah dah hilang akal agaknya hari tu” Mia membalas selaamba. Dia sendiri
tidak mampu menjawab soalan itu. Memang Syah yang dikenali, gila-gila sedikit
perangainya. Syah meraup wajahnya. Jawapan daripda Mia tidak dapat menenagkan
hatinya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.
“Buka pintu
nie”
Mia mengurut
dahinya mendengar arahan Syah yang agak tegas itu.”Kenapa?”
“Kita pergi
buat pemeriksaan. Jangan-jangan ada baby dalam perut makcik tu” Syah memberi
cadangan selamba. Baginya itulah satu-satunya jalan untuk mengesahkan hubungan
mereka. Mana tidaknya, mereka ditangkap khalwat. Ada pula jumpaan condom di
kawasan bot tersebut. Bagaimana kalau mereka benar-benar terlanjur.
Mia
menjugilkan matanya. Laju tangannya menyentuh perutnya. Bunyi tangisan seorang
bayi bagaikan kedengaran di cuping telinganya. Apa?
“Jangan nak
mengarutlah! Kita tak pernah buat apa-apa pun!”
“Makcik nak
Syah percaya macam mana? Apa perkara pertama Syah nampak bila Syah bukak mata? Lepas
tu telinga Syah dengar gosip antara kita? Makcik nak Syah fikir apa lagi?” Otak
Syah bagaikan semakin buntut. Sungguh! Tidak dapat membayangkan mereka
mempunyai hubungan sejauh itu. Ya Allha, jauhnya aku lari daripada jalan-Mu.
Apa yang aku dah buat Ya Allah?
“Syah….” Mia
tidak jadi mnghabiskan kata-katanya apabila suara Syah semakin perlahan
kedengaran. Bagaikan suara orang yang telah berputus asa.
“Makcik
jangan risau. Syah akan jaga baby tu. Kita tak akan gugurkannya. Syah akan
jaga” Syah cuba memujuk Mia sekaligus cuba memujuk hatinya. Dia perlu menangguh
tanggungjawab yang dibuat kerana kealpaannya. Dia tidak boleh meninggalakan Mia
begitu sahaja. Sikap keras kepala Mia untuk membuat pemeriksaan, jelas
membuktikan ada kandungan dalam perut wanita itu.
“Apa yang Syah
mengarut nie? Mia memang tak mengandunglah!”
“Macam mana
Syah nak percaya kalau…………” kata-kata Syah berhenti apabila pintu bilik Mia
terbuka tiba-tiba. Terpacul wajah Mia yang merenung tajam ke arahnya dengan
mata yang sengaja dibulatkan. Memang menyeramkan. Mia bergerak laju ke arah
Syah sehingga menyebbakan Syah berundur beberapa langkah untuk mengelakkan
daripada badan mereka bertembung.
“Tengok
nie….”Mia meletakkan jari telunjuknya pada perutnya. Perutnya itu dipukul
berkali-kali dengan agak kuat untuk membuktikan tiada kandungan dalam perutnya.
Bulat mata Syah melihatnya.
“Apa Makcik
buat nie? Baby itu anugerah Allah. Makcik sedar tak?”Syah memegang lengan Mia
untuk menghalang gadis itu daripada terus memukul perutnya. Takut akan
mencederakan bayi tersebut.
“Baby? Sebab
tak ada babylah Mia berani pukul macam nie. Baby tu tak pernah wujud! Dan tak
akan wujud!!”jerit Mia geram apabila Syah masih tidak memahami tindakannya.
Tangannya cuba ditarik daripada gemgaman Syah, namun genggaman Syah semakin
kuat dirasakan.
“Sedarlah
sikit! Syah sendiri dapat menerima kehadiran dia. Apasal makcik masih
menidakkan kehadirannya? Ingat Allah makcik! Ingat!!”Syah memegang kedua-dua
belah pipi Mia dengan harapan dapat menyedarkan wanita itu. Meronta-ronta Mia
meminta untuk dilepaskan. Tindakan lelaki itu menyukarkan Mia untuk bersuara
apabila mulutnya dihimpit oleh tapak tangan Syah yang besar itu. Syah
mengoncangkan kepala Mia. Rimas Mia dibuatnya.
“Le..lepaslah”
“Syah akan
jaga dia. Tolong jangan buat dia macam tu sebab dosa kita berdua. Dia tak
bersalah” Syah merasakan air matanya bagaikan ingin keluar mengenangkan nasib
mereka. Membayangkan dosa yang mereka berkemungkinan telah lakukan. Mujurlah
mereka berdua telah sah bergelar suami isteri.
“Mia memang
tak ada baby dengan Syahlah!!” Mia cuba bersuara namun suara sedikit tergelam.
Mahu sahaja dia menampar lelaki itu supaya lelaki itu kembali ke alam nyata.
Hilang ingatan pun agak-agaklah Hoii.. Kau ingat aku nie perempuan macam mana?!
“Mengucap
Makcik, mengucap. Terimalah dia sepertimana Syah menerimanya”Syah menutup
matanya. Patutlah Mia tidak mahu menceritakan tentang hubungan mereka.
Pengenalan mereka. Rupanya bukan sesuatu yang bagus. Tergia-gia jawapan wanita
itu semasa malam pertama mereka.
“Baik tak
payah cerita”
“Peristiwa
tu bukanlah sesuatu yang bagus diingat. Nanti makin hilang pulak ingatan
Syah”
Ya! Memang
bukan sesuatu yang bagus didengar. Namun dia bukanlah lelaki yang pengecut!
Sah-sah jawapan gadis itu dapat mengambarkan hubungan mereka.Air mata mula
bergenang dipipinya. Terasa kerdil sekali dia untuk menghadap Allah SWT. Betapa
jahilnya dirinya. Maafkan aku Ya Allah..Maafkan aku.
“Bodohnya
kau nie makcik. Kenapa tangguh semua nie seorang diri? Kenapa rahsiakan semua
nie daripada Syah? Kenapa? Sebab Syah menghidap amnesia makcik ingat Syah akan
lari daripada tanggungjawab Syah? Kenapa makcik…jawalah! Kenapa?” Suara Syah
mula beremosi. Air mata tidak berhenti mengalir di pipinya waalupun wajah Mia
sudah merah menahan marah. Emo tak tahu apa yang nak! Aku nak cakap macam mana
kalau kau asyik pegang pipi aku nie?
“Syah!
Korang buat apa nie?”
Aiman
memandang terkejut melihat posisi kedua-duanya. Sarapan pagi yang dibelinya
terlepas daripada genggamannya melihat pipi gadis idamannya dipegang oleh Syah.
Mia dan Syah memusingkan kepala mereka serentak dengan tangan Syah yang masih
memegang pipi Mia. Wajahnya jelas dibasahi dengan air mata seperti seorang
bayi. Manakala wajah Mia bagaikan seorang ibu yang menahan marah kepada
anaknya. Keadaan wajah mereka sangat bertentangan! Berkerut dahi Aiman
melihatnya.
No comments:
Post a Comment