Monday 13 January 2014

Are You Afraid Of Love?: Episode 4

[4]
Shh...Malam Pertama

“Syah memang jadi untuk berkahwin dengan Mia lah? Ya Allah, senangnya hati mak”Puan Hayati menadah tangannya tanda syukur. Matanya tidak berkelip memandang Mia dan Syah silih berganti.

“Tapi, kami nak buat akad nikah je. Kami taknak buat majlis. Cukuplah dengan lafaz dan tandatangan daripada kami berdua”Cadangan daripada Mia yang tenang agak memerangjatkan Puan Hayati yang gembira. Syah hanya mampu menyembunyikan wajahnya dengan tangannya apabila mulut wanita itu lancar bersuara. Memang benarlah wanita itu berhati batu. Dia sendiri telah menyatakan keenganannya untuk memberitahu ibunya rancangan tersebut. Alih-alih, Mia mampu menyatakan rancangan tersebut dengan tenang sekali.

“Kenapa?... Kalau Mia nak buat biasa-biasa je, Mama akan buat di rumah. Kita tak payah buat di hotel. Mama akan jemput keluarga terdekat sahaja” Puan Hayati cuba memujuk gadis itu. Namun gadis itu hanya mengeleng perlahan, jelas sangat menyakitkan hati Datin Hayati. Impiannya untuk mengadakan majlis besar-besaran untuk anaknya bongsunya sebagai penutup hancur. Puas dia membelek majalah semalam mencari tema dan hiasan yang sesuai untuk perkahwinan anaknya.

“Dan…saya juga nak perkahwinan kami hanya diketahui oleh keluarga Puan Hayati sahaja. Kalau boleh, saudara-mara yang lain tak perlu tahu”

“Apa? Apa Mia cakap?”suara Datin Hayati sedikit mengeletar mendengar permintaan daripada Mia. Lama dia menunduk wajahnya. Riak wajahnya jelas berubah. Ada kekecewaan terukir di wajahnya. Syah mula mengambil tempat di sisi ibunya meninggalkan Mia. Syah mengosok perlahan-lahan bahu ibunya untuk member kekuatan.

“Mia harap makcik faham. Mia kahwin dengan Syah atas tuduhan yang kami tidak pernah lakukan. Macam mana Mia nak raikan majlis besar-besaran dengan seseorang yang cukup asing dalam hidup Mia? Dan gembira berlandaskan tuduhan zina tu? Mia tak sanggup. Biarlah kami kenali hati budi masing-masing dahulu sepanjang perkahwinan kami”Mia cuba memujuk ibu Syah. Dalam pujukan, terselit muslihat antara dia dan Syah. Mustahil dia akan memberitahu ibu Syah bahawa mereka akan bercerai selepas lelaki itu pulih ingatannya.

“Tapi… Syah, mama nak perkahwianan yang besar-besaran untuk anak mama. Kalau Syah tak nak pun, takkanlah sampai keluarga kita je tahu? Arisyah pun tak boleh tahu?” Datin Hayati cuba meraih simpati anaknya pula. Matanya yang berkaca jelas melemahkan jiwa Syah sebagai anak kandungannya. Mia sedikit membuntungkan matanya. Arisyah sepupu lelaki nie? Aku kahwin dengan orang yang dia suka? Sepupu pulak?

“Mak… macam mana orang tengok Syah dan Mia nanti? Kami ditangkap khalwat. Sebaiknya, mama rahsiakan hal nie. Sekurang-kurangnya, keluarga kita jelah yang tahu. Syah minta tolong mak. Lepas hubungan kami okey, kami sendiri akan jelaskan segala-galanya”Syah memujuk ibunya perlahan. Semakin berdosa rasanya terpaksa membohongi ibunya sendiri. Dia mengenggam erat tangan ibunya untuk memberi kekuatan.

“Betul ke nie yang Mia dan Syah nak?”Datin Hayati memandang kedua-duanya silih berganti. Anggukan daripada kedua-duanya menyebabkan Datin Hayati melepaskan keluhan berat. Dia tidak berhenti memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Syah memegang bahu ibunya apabila dilihat wanita tua itu sudah agak lemah.

“Mak? Nanti Syah ambil air ye?”Syah sudah beredar ke dapur meninggalkan Datin Hayati dan Mia. Datin Hayati memandang lama wajah Mia yang tenang.

“Kenapa Mia ambil keputusan macam nie? Mia rasa betul ke keputusan Mia ambil nie? Lambat-laun mereka akan tahu jugak” Datin Hayati meluahkan ketidaksenangan hatinya apabila melihat anak bongsunya telah hilang daripada pandangan mata.

“Mia ambil keputusan nie untuk kebaikan semua”Mia meluahkan perlahan. Datin Hayati sedikit berkerut.

“Maksud Mia?”

“Datin Hayati nak ke maruah keluarga Datin tercemar? Mesti orang akan bertanya macam mana anak makcik yang baru sahaja tiba di Malaysia mengambil keputusan untuk berkahwin? Datin orang penting. Mereka akan korek rahsia datin perlahan-lahan sehingga tuduhan ke atas kami terbongkar. Masa tu macam mana Datin nak jaga maruah Datin? Syarikat Datin akan terjejas” Puan Hayati terdiam mendengar ulasan daripada Mia. Sedikit-sebanyak, dia bersetuju dengan kata-kata Mia.

“Ary suka Syah kan?” Soalan daripada Mia menyebabkan Datin Hayati mengangakat kepalanya. Riak wajahnya agak berubah. Terkejut dengan soalan Mia.

“Macam mana Mia…….”

“Macam mana Mia tahu bukan perkara yang penting sekarang. Mia cuma nak Tanya Datin betul atau tidak?” Mia memotong laju soalan Datin Hayati. Datin Hayati hanya menunduk mendengar soalan Mia. Tiada jawapan yang keluar daripada bibirnya.

“Betullah kan? Muka Datin telah menjawab segala-galanya” Mia membuat ulasan sendiri apabila melihat Datin Hayati yang hanya terdiam.

“Bagaiman perasaan seorang gadis yang lembut macam Arisyah apabila tahu lelaki pujaannya akan berkahwin? Selepas 17 tahun menanti? Macam mana kalau dia ambil tindakan yang bodoh?” Datin Hayati terdiam seketika. Memang benar gadis yang bernama Arisyah itu seorang yang lemah. Dia terlalu mudah mengambil keputusan yang akan membahayakan diri sendiri. Masih segar dalam ingatannya bagaimana gadis itu mengurung dirinya dalam bilik selepas pemergian Syah. Betapa gembiranya gadis itu apabila nama Syah meniti di bibirnya. Malah hampir setiap hari Arisyah menghantar e-mail kepada Syah.

Gadis itu juga menangis semalaman apabila diberitahu Syah akan pulang ke Jepun dalam masa 3 bulan lagi. Meronta gadis itu untuk mengikuti lelaki itu seperti orang yang telah dirasuk hantu. Puas Datin Hayati cuba menenagkannya  namun gadis itu berlari meninggalkannya lalu kembali ke rumah orang tuanya. Balik-balik, dia dikhabarkan mereka akan ke pantai keesokkan harinya. Pelik rasanya.

“Itu…itu…”suara Datin Hayati tersekat-sekat untuk memberi jawapan. Wajah sedih Arisyah terbayang di wajahnya. Sungguh, dia sangat menyayangi gadis itu yang telah dianggap sebagai anaknya sendiri. Selepas ibu gadis itu meninggal dunia, Arisyah banyak menumpang kasih dengannya. Arisyahlah tempat dia melepaskan rindu kepada Syah.

“Datin sayang dia kan? Datin nak dia jadi menantu Datin kan?”Jawapan tenang daripada Mia menyebabkan Dtain mengangkat wjahnya yang sedari tadi hanya menunduk. Lama dia merenung wajah tennag di hadapannya. Bagaimana gadis itu mampu meneka segalanya? Tanpa sedikit pun perasaan cemburu? Adakah mereka memang tiada apa-apa?

“Kalau makcik tak suka dengan rancangan kami, fikirlah tentang perasaan Arisyah. Ambil tindakan yang bijak”

 Datin hayati terdiam seketka. Otaknya ligat mempertimbangkan idea Mia. Memang bernas idea wanita itu. Keadaan sunyi antara mereka dipecahkan dengan suara riang daripada Syah yang membawa segelas air kosong.

“Tadaa! Air kosong! Mama minum dululah. Kalau mama rasa pening tak payahlah fikir sangat. Mia dan Syah………”

“Mama setuju”potong Datin Hayati laju. Jawapan daripada Datin Hayati begitu mengejutkannya. Bagaimana ibunya yang keras hati itu dapat dipujuk dengan begitu mudah? Dia menoleh ke arah Mia yang tersenyum kemenanagan. Eiii….rasanya  kuntilanak sahaja.

“Ha Mama? Mama janganlah ambil keputusan terburu-buru. Syah tak paksa mama untuk terima pun cadangan kami. Janganlah mama tertekan. Kami tak nak berkahwin kalau mama buat keputusan dalam keadaan tertekan macam nie” Syah mula mengambil tempat di sisi ibunya. Dia takut ibunya mengambil keputusan tersebut dengan keadaan tidak rela hati. Takut dirinya menjadi anak derhaka pula.

“Mama ambil keputusan nie rela hati. Selepas difikir-fikir, apa yang Mia dan Syah cakap logik juga. Jadi bila Syah dan  Mia nak pergi ke pejabat pendaftaran perkahwinan? Mama ingat nak ikut sekali” Datin Hayati bangun daripada pembaringannya. Dia menoleh ke arah Mia yang tenang. Gadis itu memang bijak memenangi hatinya. Sikap gadis itu yang tenang sedikit menarik perhatiannya. Gadis yang keras hati begitu berbeza sekali dengan Arisyah yang mempunyai perasaan yang lemah. Arisyah mudah sahaja menangis. Mia dan Arisyah memang mempunyai personality yang berbeza.

Syah memandang Mia meminta penjelasan daripada wanita itu. Wanita itu hanya mengangkat bahunya tanda tidak mengetahui apa-apa. Kini misinya akan berjalan dengan baik.

“Mia, tunggulah dulu di sini ye? Mama ambilkan minuman sekejap”Datin Hayati telah berlalu ke dapur sebelum sempat Mia menghalangnya. Dia melepaskan keluhan berat sambil memandang sekeliling rumah lelaki itu. Mahu pengsang sahaja dirinya melihat keadaan rumah lelaki itu. Bagaikan istana. Agak-agaknya mahu tak menandingi rumah raja Brunei yang dikatakan mewah itu? Tidak cukup dengan itu, rumah itu juga mempunyai perkhidmatan lif sendiri. Memang sukar untuk dibayangkan. Kolam renang? Gelanggang bola keranjang? Kolam ikan? Taman bunga? Jangan cakaplah. Memang semuanya ada di rumah wanita tua itu. Namun rumah itu sunyi sahaja.

“Kenapa sunyi?” Mia memandang sekeliling ruamh tersebut. Hanya pembantu rumah sahaja yang dilihat sedari tadi. Janggal rasanya berada di rumah lelaki itu. Dia tahu lelaki tersebut daripada keluarga berada, namun tidak disangka sekaya itu. Lelaki itu bagaikan seorang putera raja. Dia?

“Kebanyakan adik-beradik Syah telah berumah tangga. Tinggal Syah sahaja” Mia mengangguk perlahan tanda memahami maksud lelaki itu. Pasti telah membina rumah sendiri. Rumah semewah ini, masih mahu membina rumah lain. Biliknya juga banyak.

“Tak lama, Syah dengan Mia pula” Syah tersengih apabila berjaya menyebabakan gadis itu merenungnya. Tindak-tanduk gadis tersebut sedari tadi sedikit terganggu.

“Apa yang Mia cakap pada mama Syah? Senang je dia setuju?” Syah meluahkan kiinginan yang telah lama dipendam semasa keberadaan ibunya. Hairan rasanya. Ibunya bukanlah jenis yang mudah mengalah.

“Barang orang perempuan” Mia menjawab ringkas. Syah sedikit mengerut dahinya.

“Barang orang perempuan? Apa dia? Kenapa Syah tak tahu pun?”

“Kalau Syah tengok betul-betul mesti Syah perasaan. Tapi  Syah tu agak lembap. Lepas menghidap amnesia makin lembap rasanya” Syahmembuntung biji matanya mendengar jawapan tenang daripada Mia. Gadis itu nampaknya pediam, namun mampu mengeluarkan kata-kata yang kejam apabila bersamanya.

“Lancarnya mulut minah nie. Mujurlah bukan jadi bini Syah betul-betul” Syah membalas kata-kata wanita tersebut. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain sambil tersenyum kerana Berjaya mengenakan wanita itu.

“Mia pun taknak budak-budak macam Syah” Syah merenung tajam ke arah Mia yang tenang. Budak-budak?

“Mia tu umur berapa? Mia lagi tua dari Syah ke? Syah kahwin dengan orang lagi tua dari Syah ke?”Syah tidak berhenti memandang Mia. Jika difikrkan balik, dia tiak pernah mengambil tahu latar belakang wanita itu. Nama penuh pun dia tak tahu. Terus hentam kahwin!


“Syah rasa? Baru sekarang nak sedar?” Mia agak tergelak melihat wajah Syah agak pucat. Kisah juga lelaki itu rupanya jika berkahwin dengan orang tua.

“Erm….32?”Jawapan selamba daripada Syah menyebabkan Mia membuntungkan biji matanya. Sungguh menyimpang jauh daripada usianya. Tua sangat ke aku nampak?
Mia cuba berlagak tenang. Dia memeluk tubuhnya erat sambil mencuri pandang Syah yang masih memerhatikannya. Masih berteka-teki dengan usianya.


“Opps bukan….. 34?” Mia melepaskan pelukan tubuhnya. Kini matanya merenung tajam Syah. Aku taulah kau tu hilang ingatan. Tapi takkan sampai macam tu lembapnya otak kau?

“Okey! Last answer…memang confirm gilalah yang nie”Syah mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda yakin dengan jawapannya. Mia memandang Syah dengan penuh minta. Tidak sabar menunggu jawapan lelaki itu.

“36 tahun kan?”

Mia sudah tidak dapat menahan marahnya. Darahnya semakinmendidih. Dia sendiri tidak tahu lelaki itu sengaja bergurau dengannya ataupun memang itu yang bermain di kepalanya. Bantal di atas sofa berhampirannya diambil lalu dilempar tepat ke muka Syah.

“Oii…rilekslah. Apasal mengamuk sangat nie?”Syah bersuara tidak puas hati apabila bantal tersebut tepat mengena wajahnya. Dia memandang wajah Mia yang merah padam.

“Fikir-fikir sendirilah!!” Mia mengambil beg sandarnya lalu diletakkan ke bahunya. Dia sudah berdiri untuk meninggalkan lelaki itu. Sudah lupa akan Datin Hayati yang bergerak ke arah mereka untuk membawa makanan.

“Eh? Mia nak ke mana tu? Minumlah dulu”jerit Datin Hayati apabila kelibat Mia semakin hilang daripada pandangan mata. Wajah wanita itu jelas merah padam.

“Kenapa tu?”soal Datin Hayati sambil mengambil tempat di sisi anak bongsunya apbila Mia telah hilang daripada pandangan mata. Belum kahwin lagi dah gaduh?

“Entahlah, orang perempuan… memang emo pelik-pelik” Syah hanya menjawab ringkas. Dia juga agak geram kerana dipukul tiba-tiba tanpa mengetahui salahnya. Dia hanya membiarkan ibunya mengeluh melihat tingkah laku mereka.





Mia terkesima apabila tubuhnya dipeluk tiba-tiba daripada belakang. Pelukan tersebut semakin erat sehingga menyeksakan nafasnya. Dia menoleh kepalanya sedikit. Membuntung biji matanya melihat gerangang yang memeluk. Semakin bulat matanya melihat wajah yang berdiri di belakang mereka yang masih tidak lekang dengan senyuman. Mia buntut mencari jalan penyelesaian. Takkanlah dia nak tolak je tubuh tu tersemban atas tanah?

“Datin…datinn…”suara Mia tersekat. Dia sudah mula tidak selesa. Sudah 20 tahun lamanya badannya tidak pernah dipeluk oleh sesiapa.

“Panggil mamalah”Datin Hayati melepaskan pelukan apabila tubuh wanita itu masih kaku. Dia tahu wanita tersebut masih tidak selesa memandangkan mereka baru sahaja berkenalan.

“Mama nak berterima kasih sebab tolong menjaga keluarga maruah keluarga kami” Datin Hayati memusingkan tubuh Mia supaya menghadapnya. Lama dia melihat wajah yang bersih tanpa secalit gincu pun. Sangkaannya, gadis itu akan mempersiapkan diri serba sedikit untuk menempuhi hari pembebasannya sebagai wanita. Namun wanita itu masih dengan penambilan asalnya. Dia menoleh kepada Syah yang tersenyum riang. Walaupun hanya berpakaian kasual dengan t-shirt kuning dan kemeja kotak di luarnya dikenakan pula dengan jeans biru tua, lelaki itui tetap menarik perhatian ramai orang. Malah di pejabat pendaftaran tersebut, semua tertumpu kepada anak bongsunya itu.

“Er…Mia buat macam tu demi maruah Mia juga. Jangan ambil kisah sangat” Mia menundukkan wajahnya. Mati kata-kata dia apabila Datin Hayati menitiskan air mata kegembiraan. Pasti wanita tua itu gembira kerana anak bongsunya telah secara rasmi menjadi suami kepada Mia Emilia Binti Hasyim. Mia megerling ke arah Syah yang melambai ke arahnya.

“Mama tak sangka 3 bulan Syah di Jepun, dia akhirnya berkahwin secepat itu. Mia akan ikut dia ke Jepun ke nanti?”Soalan daripada Datin Hayati menyebabkan Mia membuntungkan biji matanya. Jepun? Jangan nak mengarutlah! Keluar dari biliknya sahaja pelbagai doa yang dibacanya. Inikan pula Jepun?

“Itu…nanti Mia tanya Syah”Jawab Mia lambat-lambat seakan mengetahui rancangan lelaki itu. Agaknya lelaki itu tahu tak tentang perkara tersebut?

“Eh, Farish! Nielah isteri Syah” Datin Hayati memperkenalkan Mia kepada seorang lelaki yang cukup asing. Berkerut dahi Mia melihat gerangan lelaki bersama keluarganya itu.

“Hai Mia! Saya Farish, abang  Syah. Nie isteri saya, Alia”Farish memperkenalkan dirinya dan wanita yang setia berdiri di sebelahnya. Anak-anak mereka berundur menjauhi Mia dan menyorok di belakang ibunya. Pastinya takut dengan wajah Mia yang tak ubah seperti hantu itu.


“Kita belum berjumpa lagikan? Rish sibuk masa Syah dimasukkan hospital hari tu. Sebab tu belum sempat menjenguknya”terang Farish tanpa disuruh. Lama dia melihat penambilan gadis itu atas dan bawah. Memang agak menakutkan dan selekeh. Itulah kali pertama dia melihat wanita tanpa sebarang solekan walaupun pada hari perkahwinannya. Bagaimanalah pertemuan mereka?

“Kakak Syah yang tengah, belum balik lagi. Dia tengah bercuti dengan suaminya di Australia. Tapi mama dah beritahu mereka segala-galanya”Penyataan daripada Datin Hayati sedikit menenangkannya. Dia beralih pula kepada isteri Farish yang menghulurkan tangan kepadanya. Lambat-lambat dia menyambut huluran tersebut.

“Selamat datang dalam keluarga nie. Tabahkan hati dengan dugaan yang datang. Isyaallah ada hikmah di sebaliknya” Alia tersenyum mesra kepada Mia. Mia hanya menundukkan wajahnya. Melihat penampilan Alia yang cukup berkarisma sangat berbeza dengan dirinya. Kalau wanita itu berada di samping Syah, pasti dia tidak dilihat sebagai isteri Syah semasa membuat pendaftaran perkahwianan mereka tadi. Wanita itu jauh lagi cantik daripadanya. Terasa kerdil seketika.

“Mia okey je. Mia dah dapat terima”Mia menjawab lambat-lamabt. Ahli keluarga Syah agak mesra dengannya. Sangkaannya mereka akan jijik dengan dirinya yang dianggap sebagi penzina.

“Kami percaya dengan Syah. Walaupun telah 17 tahun tidak berjumpa, kami yakin Syah bukanlah lelaki yang suka ambil kesempatan ke atas perempuan” Alia memberi peneranagn dengan niat ingin membela Mia. Peneranagn daripada Alia mengundang tawa suaminya, Farish.

“Budak tu tak pernah tengok mana-mana perempuan sebagai permpuan. Dia tidak pernah ada minat dengan perempuan. Hidup dia hanyalah untuk animasinya. Itulah impianya sejak kecil lagi”Farish meluahkan pendapatnya. Alia menyiku siku suaminya yang dirasakan agak melampau dalam bergurau.

Mia hanya membisu. Dia ingin mengetahui lebih langjut, namun mulutnya berat untuk bersuara. Dia hanya memandang kedua-dua mereka dengan penuh minat mengharapkan ada cerita lagi yang akan keluar daripada mulut mereka.

“Mama harap sangat Mia boleh buat Syah rasa bagaimana rasanya jatuh cinta. Biar dia tahu, animasi bukanlah segala-galanya dalam dunianya. Walaupun, Mia dan dia tidak berkahwin atas dasar cinta, mama yakin dengan kebolehan Mia”

Mia hanya terdiam mendengar harapan ibu mentuanya. Belum sempat mereka pulang, wanita tua itu telah meluahkan hasratnya. Dia hanya membisu seribu bahasa. Matanya meliahat pejabat pendaftaran perkahwianan yang baru dimasuki sebnatar tadi. Matanya beralih pula kepada Syah yang sibuk bermain dengan telefonya. Tersengih-sengih.

Mia melihat pandangan Syah kepada telefonnya mula beralih kepadanya. Lelaki itu berjalan menghampirinya. Dia cuba berlagak selamba, belum sempat Syah mendekati dirinya, tangannya terlebih dahulu disambar oleh Adam yang bertindak sebagai wali sebentar tadi.

“Mia, Am balik dulu ye?”Adam bertanya lembut di cuping telinga Mia. Mia hanya membisu. Adam sempat tersenyum kepada keluarga Syah yang melihat pelik ke arahnya. Mana tidaknya, tiba-tiba disambar gadis tersebut.

“Sorry, saya pinjam sebentar dia boleh? Boleh tak Syah?” Adam meminta kebenaran Syah yang berdiri di jauh di sisi Datin Hayati. Lambat-lambat Syah mengangguk memberi kebenaran. Adam bergerak mengheret Mia agak jauh daripada mereka. Syah hanya mampu memandang dengan hati yang berat. Dia risau gadis itu akan diapa-apakan. Gadis itu bukanlah jenis suka menunjukkan perasaannya.

Adam menghentikan langkah apabila mendapati mereka agak jauh daripada mereka. Dia memegang kedua-dua belah bahu Mia sambil merenung tajam ke arah Mia.

“Okey, kita sampai sini je ye? Lepas nie kau jangan buat perangai lagi” Adam sudah memberi amaran keras dengan harapan tidak perlu menatap mata gadis itu lagi. Melihat wajah adiknya itu sangat menyeksakannya.

“Am jangan risau. Pandai-pandailah Mia jaga diri Mia. Mia pandai jaga diri Mia. Selama nie pun Mia boleh buat semuanya sendiri” Mia menjawab tennag. Dia hanya menundukkan wajahnya walaupun kedua-dua belah bahunya dipegang kasar oleh abangnya. Dia tidak mahu melihat wajah abangnya itu. Sakit rasanya.

Adam menelan air liurnya melihat keadaan adiknya. Tidak, jangan terpedaya dengan wajahnya yang innocent tu. Dia cuma berpura-pura!

“Mesti kau suka dapat suami kaya macam dia kan? Sebab tu kau tak perlukan aku lagi kan?”ejek Adam untuk menyakitkan hati Mia sekaligus untuk melawan perasaan sayang yang tiba-tiba timbul untuk adiknya itu.

“Am salah. Rasanya selama nie, Mia tak pernah sekalipun perlukan abang. Abang yang rela hati jadi saksi untuk jaga maruah abang” Mia menelan air liurnya perlahan. Dia dapat merasakan hatinya senak menahan kesedihan. Mungkin itulah kali terakhir dia akan melihat wajah abangnya. Entah kenapa, dia terasa tidak sedap hati untuk melepaskan abangnya. Kenapa dengan aku nie?

“Eish! Mulut kau nie makin lama makin lancar kan?”

“Am yang ajar Mia begini. Siapa sangka ajaran abang kukuh di ingatan Mia”

Adam ingin sahaja menampar adiknya itu namun dia menoleh ke arah keluarga Syah yang masih ralit memrjhati. Dia akhirnya meninggalkan adiknya begitu sahaja. Mia melihat abangnya yang semakin jauh daripadanya. Benci atau sayang, sukar untuk dia katakan. Selama 5 tahun lelaki itu menghilang daripada pandangannya. Selepas memberi kenangan perit dalam hidupnya, lelaki itu menghilang tanpa khabar sehinggalah hari ini tiba.

“Mia okey ke?”

Mia mengalihkan pandangannya. Figura Syah yang sedang tersenyum terpempang dihadapannya. Kini lelaki itu sah bergelar suaminya. Walaupun tidak mempunyai ingatan 3 tahun yang lalu, sikap lelaki tersebut masih tidak berubah. Itu bermaksud, perangai lelaki tersebut 3 tahun lepas juga sama kan?

Mia mengangguk perlahan. Dia mengikuti lelaki itu dan menaiki kereta milik Farish yang menempatkan mereka sekeluarga. Bayangan ayah dan ibunya terpamer di wajahnya. Mama ..papa…Mia dah selamat menjadi isteri orang.




“Tidur….tidur sini?” Mia mempamerkan wajahnya yang terkejut. Dia mengalihkan pandangan kepada Syah yang hanya menjongket bahunya tanda tidak bersalah. Matanya tertumpu kembali kepada Datin Hayati merangkap ibu mentuanya. Mata yang penuh harapan itu bagaikan berkata “Mesti Tidur Sini”. Mungkin kelihatan lembut pada pandangan orang lain namun bagi Mia pandangan tersebut bagaikan memaksanya.

“Mia…Mia tak ada baju”jawab Mia laju. Dia sedaya upaya cuba mencari alasan. Takkan dia mahu tidur situ. Dia dan Syah sudah berjanji untuk tidur asing-asing. Balik-balik dia disuruh untuk tidur berduaan dengan lelaki itu.

“Mia boleh pakai yang kak Alia punya”Alia memberi cadangan sambil melayan anak-anaknya bermain. Suaminya, Farish sibuk menyiapakan laporan syarikatnya memandangkan lelaki itu merupakan CEO bagi syarikat milik Datin Hayati.

“Mia lupa nak kunci rumah Mia. Nanti masuk pencuri pulak” Mia memberi alasan lagi. Walau apa pun yang berlaku, dia tidak boleh tidur sebilik dengan lelaki itu. Mana boleh!!

“Mia telefonlah jiran Mia suruh tolong jagakan” Datin Hayati memberi cadangan. Mia mengalihkan pandangan bertentangan daripada mereka. Sengaja dia membuat muka geram apabila semua alasannya ditolak mentah-mentah.

“Mia…Mia tak biasalah” Akhirnya Mia memberi jawapan jujur. Tergelak Alia dan Datin Hayati dibuatnya. Mia menunduk wajahnya tanda malu. Hishh…kenapalah alasan itu juga terpacul di mulutnya.

“Nama lagi first night. Mestilah tak biasa. Takkan lah kahwin terus balik ke apartment Syah. Lagipun Mia bukannya ada keluarga” Jelas Datin Hayati. Dia tidak pernah menyiasat latar belakang gadis itu. Terkejut dirinya apabila wanita itu mengisi borang perkahwinan mereka. Bukan sahaj berstatuskan yatim piatu, wanita tersebut juga  2 tahun lebih muda daripada anak bongsunya. Malah anaknya sendiri terkejut.

Mia hilang akal. Tidak pernah terlintas perkara tersebut akan berlaku. Kalau dia dan Syah ambil langkah berjaga-jaga, pasti dia pujuk lelaki itu untuk menaiki teksi.

“Terimalah Mia. Hari pun dah malam. Mia pergi solat dulu,lepas tu turun makan ye?”Alia pula cuba memujuk. Mia masih membatukan diirnya. Jantungnya semakin berdebar-debar.

“Ha..datang pun Syah” Teguran Farish menyebabkan ketiga-tiga wanita tersebut memandang Syah yang berseluar pendek dengan mengenakan T-Shirt berlengan panajang berwarna merah. Lelaki itu mengesat-ngesat rambutnya yang basah dengan tuala. Semakin berdebar Mia dibuatnya. Pasti lelaki itu baru sahaja selesai mandi.

“Apa yang berlaku? Syah ada tertinggal apa-apa ke? Ke bini Syah takut kehilangan Syah?” Syah mula bersuara sambil ketawa apabila melihat wajah Mia yang menunduk. Gadis itu masih tidak banyak bercakap sedari tadi. Riak wajah Syah berubah apabila lengannya ditarik oleh Alia dan ditolak mendekati Mia. Hampir sahaja dia menyentuh tubuh wanita tersebut, mujur dia bertindak pantas mengimbangi tubuhnya. Mata mereka bertatap lama, sehinggalah Mia menundukkan wajahnya.

“Ni haa…isteri Mia tak biasa dengan first night. Syah tariklah dia naik atas”cadang Alia selamba sambil menunjuk ke arah Mia dengan jari telunjuknya. Laju Syah berpaling kepada kakak iparnya dengan mata yang membulat. Eksperasi wajahnya tidak ubah seperti kartun yang terkejut beruk.




“Apa…apa…yang kak Alia mengarut nie?”soal Syah tergagap-gagap. Dia tidak pernah menyentuh mana-mana perempuan lebih-lebih. Inikan pula ingin membawa gadis yang baru dikenalinya itu ke dalam biliknya. First night?

“Eishh budak nie perasaan innocent pulak. Kalau dah lelaki, memang lelakilah”Farish sudah mengambil tempat di sisi adik bongsunya sambil menyangkul erat kepala adiknya. Kepala adiknya digososk-gosok kasar sehingga merosakkan gaya rambut lelaki tersebut. Wajah Syah semakin tidak keruan. Sumpah! Dia tidak biasa.

“Apa yang Syah tercengat lagi? Tariklah Mia ke bilik Syah. Pergi solat maghrib sama-sama. Lepas tu turunlah. Jangan nak lebih-lebih pula” Datin Hayati mengambil tangan Syah untuk memgang tangan Mia. Membulat kedua-dua melihat satu sama lain. Strategi yang mereka rancang cukup baik, namun mereka lupa satu perkara. First night!

Mia memandang wajah Syah yang merenungnya. Dia mengetap bibirnya sambil mengeleng-geleng dengan mata yang sengaja dibulatkan mengharapkan pengertian daripada lelaki itu. Dia tak nak!! Syah memandang Mia yang dilihat agak tidak keruan. Dia memejam matanya dan mengangguk mengharapkan persetujuan wanita itu. Dia sendiri tersekat antara dua pilihan. Nanti bocor pula lakonan mereka.

Mia mengeraskan badannya apabila diherat oleh Syah menaiki tanganya. Dia menoleh melihat  wajah Alia, Farish dan Datin Hayati yang penuh makna. Senyuman tidak lekang di bibir mereka.

Mia mahupun Syah menarik nafas sedalam-dalamnya apabila mereka memasuki kamar lelaki tersebut. Bilik lelaki tersebut sangat moden dan tidak mempunyai banyak barang memandangkan lelaki itu tinggal di Jepun. Mia mengambil tempat di sofa merah berhampiran dengan tingkap. Syah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil menutup pintu bilik tersebut. Dia menoleh ke arah Mia yang tidak selesa. Dia juga tidak selesa berdua-duaan dengan wanita tersebut walaupun isterinya sendiri. Mereka sudah membuat perjanjian, tidak akan menyentuh antara satu sama lain.

“Mia nak solat?”Syah bersuara untuk memecahkan kesunyian antara mereka. Syah mengambil tempat di atas katil bertentangan dengan Mia.

“Mia…Mia tak boleh solat. Syah solatlah dulu”Mia menjawab laju. Harapannya agar lelaki tersebut solat agar tidaklah terasa kekok sangat dirinya daripada lelaki tersebut terus merenungnya.

“Sebenarnya Syah dah solat kat bawah tadi”Syah menjawab ringkas. Dia mengambil bantal lalu menutupi badannya. Dia mengerling k earah Mia yang masih kekok. Jangan kata wanita tersebut, dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dibualkan.

“Mia…sorrylah, Syah tak tahu pula Mia nie anak yatim piatu” Suara Syah bagaikan kedengaran jelas di pendengaran Mia. Itulah yang paling dia ingin elakkan. Dia tidak suka orang mengetahui sejarahnya. Bagi dirinya, semua itu telah lama terkubur. Dia benci melihat pandangan begitu kepadanya. Pandangan simpati.

“Tak apalah. Benda tu dah lama lepas bagi Mia. Kita jangan cakap hal nie lagilah” Syah merengus kasar mendengar amaran keras daripada Mia. Kalau tak cakap benda nie, dia sendiri telah hilang idea untuk berbual-bual dengan gadis itu.

“Syah tak nak cakap apa-apa lagi ke?” Syah mengangkat kepalanya apabila mendengar soalan Mia. Sukar untuk dirinnya menangkap maksud kata-kata Mia.

“Contohnya?”

Mia mengetap bibirnya tanda geram. Seriously, mamat nie tak rasa nak minta maaf dengannya. Syah memandang lama wajah gais itu yang seperti menahan marah. Lama benaknya berfikir sebelum menepuk tanagnnya tanda mengingati sesuatu.

“Sorry juga sebab cakap Mia berusia 36 tahun. Tak sangka Mia muda 2 tahun dari Syah. Mati-mati Syah ingat kahwin dengan orang tua” Syah tersengih-sengih sambil mengaru kepalanya tidak gatal. Terserlah lesung pipit  disebelah kiri pipinya.

Janagn nak mati-matilah. Sekarang jugak aku rasa nak matikan kau! Mia mencebik mendengar alasan lelaki tersebut.

“Bukan salah Syah pun, Syah memang tak ingat apa-apa pasal Mia. Syah kan hilang ingatan. Entah apa yang Syah panggil Mia dulu…..”

“Makcik”potong Mia ringkas. Mia menutup mulutnya apabila menyedari kelancaran mulutnya bersuara. Hishh…bodohnya aku!

“Makcik? Syah memang panggil macam tu ke? Wow… rupanya penglihatan Syah memang bagus jugaklah masa jumpa dengan Mia” Syah ketawa mendengar jawapan daripada Mia. Masing-masing tidak berasa kekok lagi.

“Kita jumpa macam mana? Ada apa-apa istimewa tak?”soal Syah sedikit teruja. Dia mula duduk bersila di atas katil sambil memandang Mia dengan penuh minat menanti jawapan daripada gadis tersebut.

“Baik tak payah cerita” Mia sudah melarikan pandangan. Malu rasanya mengenagkan peristiwa tersebut. Dia telah tanam perkara tersebut sedalam-dalamnya, alih-alih lelaki tersebut menyuruhnya korek kembali? Tak akanlah!

“Apasal pulak? Ceritalah…mana tahu ingatan Syah akan okey” Syah masih mengharapkan jawapan daripada Mia. Itulah yang bermain-main difikirannya apabila wanita tersebut pernah memberitahu mereka saling kenal-mengenali sebelum peristiwa tangkap basah tersebut.

“Peristiwa tu bukanlah sesuatu yang bagus diingat. Nanti makin hilang pulak ingatan Syah”  Syah mengerut dahinya mendengar jawapan daripada Mia. Apasal tak bagus? Teruk sangat ke perkenalan mereka?

“Kalau tak cerita, macam mana Syah nak ingat?”Syah agak tidak berpuas hati dengan jawapan Mia. Gadis itu banyak berahsia dengannya. Kalau terus begitu,mustahil dia akan pulih.

“Jangan risau, Mia dah fikirkan jalan lain”

Syah agak tidak berpuas hati dengan jawapan Mia. Dahlah ingatannya telah hilang, gadis itu seperti ingin melambat-lambatkan lagi perkahwinan mereka.

“Ke Mia sengaja melambat-lambatkan semua nie? Mia memang nak kahwin dengan Syah ke?” Soalan spotan daripada Syah menyebabkan Mia bangkit daripada pembaringannya.

“Apa?”

“Habis kenapa bila tanya pasal kita, Mia banyak berahsia? Mia memang nak kita berdua berkahwin kan? Biar ingatan Syah nie terus hilang kan?” Syah juga turut sama berdiri lalu bergerak mendekati Mia. Mia memberanikan diri merenung wajah suaminya sambil berpeluk tubuh.

“Sengaja kahwin dengan Syah? Syah ingat Mia suka sangat kahwin dengan budak-budak macam Syah?” Mia menjawab berani. Dia yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan lelaki itu?

“Budak-budak macam Syah?”Syah mengulangi penyataan Mia seperti tidak percaya. Selalunya ramai yang kagum pada dirinya kerana mempunyai wajah baby-faced begitu. Jarang sekali ada rakyat Malaysia mempunyai wajah sekacak dirinya. Semuanya gara-gara kerana tinggal terlalu lama di Jepun.

“Dahlah tak matang! Rambut ala-ala K-pop. Syah ingat nampak macam lelaki sangatlah dengan muka macam tu?” Mia melepaskan kemarahannya. Walaupun bukan itu niatnya, dia mahu Syah tahu dia bukanlah jenis perempuan yang begitu. Memanglah wajah Syah sangat kacak dan sesuai dengan gaya rambut yang disesuaikannya, namun dia sengaja menipu untuk menaikkan api kemarahan Syah.

“K-pop? Ini J-poplah!! Habis Mia ingat Syah suka sangat makcik macam Mia? Dahlah tua,selekeh,pendek..gemuk!”Syah membalas selepas melihat atas bawah penambilan Mia. Mia merengus kasar mendengar komen suaminya. Syah sengaja mengangkat wajahnya sambil merenung tajam wajah Mia menandakan dirinya seorang lelaki yang berani.

“Budak tak matang!”

“Makcik tua!”

Masing-masing berpeluk tubuh sambil merenung tajam. Syah mengalihkan pandangan ke arah lain apabila Mia masih tidak mahu beralah. Makin berasap rasanya dia melayan kereneh Mia yang berhati batu. First night mereka hanya bermula dengan pergaduhan antara Mia dan Syah. Masing-masing hanya terdiam membiarkan bunyi jam berbunyi.

“Hai, apasal tak turun lagi?”

Syah agak terkejut apabila wajah Kak Alia terpacul pada pintu biliknya. Laju sahaja tanganya merangkul kepala Mia. Terkesima Mia dibuatnya. Tajam matanya melihat Syah yang memberi isyarat untuk berpura-pura.

“Sorry..kakak kacau ke?” Kak Alia tergelak kecil melihat keadaan Syah dan Mia yang agak rapat. Walaupun kahwin paksa, masing-masing kelihatan bahagia. Wajah Syah dan Mia sentiasa lekang dengan senyuman.

“Tak adalah..kitaorang tak buat apa-apa pun”jawab Syah laju sambil melepaskan rangkungannya. Mia mengerut dahinya apabila rambutnya tertarik sedikit apabila Syah melarikan tangannya.

“Betul ke Mia, Syah tak buat apa-apa lagi?” Kak Alia bertanya nakal kepada Mia. Matanya merenung tajam Mia mengharapkan jawapan daripadanya. Kelu seketika lidah mereka.

“Apasal korang nampak kekok je nie? Orang suruh turun makan, tak turun. Apa lagi yang Korong buat?”Kak Alia masih tidak habis-habis dengan agenda jahatnya. Dia dapat melihat wajah Syah semakin merah.

“Kitaorang tak buat apa-apalah! Kak Alia nak apa?” Syah bertanya agak keras untuk menutup malunya. Mujurlah pertengkarannya dengna Mia tidak didengari oleh Kak Alia.

“Wow Syah…sampai macam tu sekali halau kakak. Agak-agaklah nak bersama dengan isteri dia pun” Syah dan Mia bagaikan mahu terbuntung biji mata mereka mendengar usikan Kak Alia. Mereka baru sahaja bergaduh, namun itu jugak yang difikirkan oleh Kak Alia. Jauh menyimpang rasanya. Suasana yang baru sahaja dirasa nyaman, kembali kepada kekok.

“Bukan macam tu….”Syah tidak dapat menyambung ayatnya- Mati akal dibuatnya. Apa sahaja yang diperkatakan pasti akan dijadikan usikan oleh Kak Alia. Dia mengerling ke arah Mia yang hanya membatukan diri. Minah nie memang tak membantu langsung!

“Rilekslaa, Kak Alia cuma nak hantar benda je”Kak Alia membuka pintu yang hanya terbuka separuh. Terpacul wajah Farish yang tersengih ala kerang busuk. Merah wajah Mia dan Syah apabila mengetahui Farish juga mendengari perbualan mereka.

Farish menolak troli yang dilengkapi dengan makanan yang ditutup kemas. Manakala ditangan Kak Alia, terdapat kain kecil yang digemgam sedari tadi. Pasangan suami isteri itu memasuki bilik mereka tanpa dijemput dahulu oleh Syah ataupun Mia.

“Kak? Kakak nak buat apa nie? Keluarlah!” Syah agak tidak senang apabila melihat Farish meletakkan makanan tersebut di atas katilnya. Tidak cukup dengan itu, Kak Alia membuka kain kecil itu lalu menaburkan kelopak bunga-bunga mawar di atas katil Syah. Tidak cukup dengan itu, Kak Alia membetulkan pula kedudukan bantal di atas katil Syah.

“Sabarlah…nak siap dah nie. Kak sengaja bawa makanan naik atas. Mesti Syah dan Mia sibuk malam nie kan?” Farish tergelak mendengar usikan isterinya. Dia merangkul pinggang isterinya yang ramping manalaka isterinya masih sibuk mengemskan katil.

“Apa nie abang?”Kak Alia tergelak apabila pinggangnya dirangkul mesra oleh suaminya. Dia merenung wajah suaminya yang tersenyum nakal.

“Alaa…budak-budak dah tidurlah”Farish membisik lembut di telinga isterinya. Kak Alia menampar lembut tangan suaminya yang merangkul pinggangnya.

“Nakallah abang nie!”

“Dengan isteri abang je…”Farish berkata lembut sambil mengeratkan lagi pelukannnya. Hubungan mesra suami isteri itu menjadi perhatian Syah dan Mia. Kaku mereka berdua dibuatnya. Maisng-masing melihat sesama sendiri. Aku dan dia? Tak mungkin!! Syah berdehem untuk menyedarkan pasangan suami isteri itu.


“Opss…sorrylah Syah! Apa-apa pun, enjoy you first night okey?” Farish melepaskan pelukannya. Laju tangannya memegang tangan isterinya lalu mengherat isterinya keluar. Tidak sedar kemesraan mereka menjadi tatapan Mia dan Syah. Malu jugak rasanya. Sempat lagi Kak Alia memberikan kata-kata semangat sebelum menutup pintu bilik Syah.

“Fighting!”Kak Alia berkata nakal sambil mengemggam tangannya. Mia hanya mampu melihat dan cuba berpura-pura tenang. Degupan jantungnnya terasa semakin kuat. Dia benar-benar dah lupa tentang pertengkarannya dengan Syah.

Bunyi tutupan pintu menyebabkan situasi Syah dan Mia semakin kekok. Syah tidak habis-habis mengosok rambutnya yang tidak gatal. Mia pula hanya berpeluk tubuh sambil memejamkan mata. Hati Mia tidak berhenti berdoa. Apa sahaja doa yang terlintas dalam benaknya dibaca. Terasa kekok sekali situasi mereka.

“Agak-agaknya, apa yang mereka masak kan?”Syah cuba memberanikan diri untuk bersuara untuk menghilangkan situasi kekok antara mereka. Dia mengerling ke arah Mia yang mengjungkitkan bahunya.

“Nak tengok tak?” Mia menganggukan perlahan tanda bersetuju dengan cadangan Syah. Dia juga cuba untuk melepaskan diri daripada keadaan kekok itu. Kakinya diangkat mengikuti langkah Syah. Syah mengambil tempat di birai katil sambil memegang penutup makanan tersebut. Mia mengambil tempat di sisi Syah sambil merenung makanan yang diletak oleh pasangan suami isteri tersebut dengan penuh minta.

Syah memandang wajah Mia yang tekun melihat makanan tersebut. Dia tersenyum kecil melihat keadaan wanita tersebut yang agak tenang berbanding ketika diusik sebentar tadi. Penutup makanan tersebut dibuka perlahan-lahan. Reaksi mereka berubah melihat makanan tersebut.

Sepinggang pasta terhidang di hadapan mereka dengan satu sahaja garpu yang disediakan. Pasta tersebut dilihat sangat sedap dengan lauk-lauk tambahan. Tapi kenapa satu sahaja garpu? Tangan Syah mengambil nota kecil yang diletakkan di tepi pasta tersebut.

“Syah tolong suapkan Mialah. Sorrylah…kakak tak jumpa garpu lebih. Have a good nig….”Syah tidak jadi menyambung kata-katanya. Tangannya laju mengumpal kertas tersebut lalu dilontar laju.

Mia mengosok-gosok pahanya. Dia mula tidak selesa apabila dirasa lelaki tersebut seperti merenungnya. Matanya beralih kepada pasta tersebut. Kongsi makanan? Pasti itu rancangan keluarga Syah. Mereka sengaja menyiapkan rancangan tersebut kepada Syah dan Mia. Dengan bunga ros siap.

“Makcik makanlah kalau makcik nak makan. Syah dah kenyang pun”Syah menjawab tergagap-gagap sambil menolak pinggang yang berisi pasta tersebut ke arah Mia. Dia menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Mia. Selepas mengetahui panggilan yang diguna kepada Mia, dia lebih senang menggunakan panggilan itu. Harapannya agar panggilan itu dapat menjarakkan dirinya dengan Mia.

“Ha? Syah makanlah! Mia dah kenyang” Mia berkata perlahan sambil menolak makanan tersebut ke arah Syah. Memang dia agak lapar, namun takkan dia nak makan seorang diri. Nak kongsi makanan dengan satu garpu tu? Memang tak jugalah!

Syah mengaru-garu kepalanya. Mati kata-kata dia dibuatnya. Masing-masing hanya membatu di kedudukan masing-masing. Pasta tersebut masih terhidang di hadapan mereka tanpa sedikit pun di usik. Syah memegang dadanya yang tiba-tiba berdegup kencang. Maklumlah, hanya dia dan Mia yang berada di atas katil tersebut. Bau wangi daripada rambut Mia menusuk ke dalam hidung Syah. Semakin tidak keruan Syah dibuatnya. Dia bergeliat perlahan untuk menghilangkan keadaan kekok antara mereka. Tanpa disedari, dia meletakkan tangannya di atas tangan Mia. Laju kedua-duanya melarikan tangan masing-masing. Mia dan Syah memegang tangan masing-msing sambil bertatap sesama sendiri. Terasa bagaikan ada arus elektrik yang mengalir di antara mereka.

“Opss..sorry, sorry”Syah sudah berdiri menjarakkan dirinya dengan Mia. Laju sahaja dia bergerak ke arah sofa dan mengambil tempat di sana. Mia hanya memandang kosong tingkah laku Syah. Jelas lelaki itu tidak biasa dengan perempuan. Dia cuba berlagak selamba sambil mengambil piring yang berisi pasta ke atas meja berhampiran katil tersebut. Mia mengibas-gibas katil tersebut yang dipenuhi kelopak bunga mawar. Memang sesetengah orang perempuan suka dengan keadaan begitu. Romintik katakana. Namun bagi dia, semua itu kelihatan kolat. Kemudian , Mia laju menutup badannya dengan selimut sambil duduk melengkup di atas katil. Nak tidur rasa salah, tak tidur mengatuk.

Syah memandang tingkah laku Mia. Dia juga melakukan hal yang sama. Tangannya menzip sweaternya sehingga menyentuh dagunya lalu mengeluarkan komputer ribanya. Tangannya laju memicit papan kekunci sehingga mengluarkan bunyi yang bising.

Mia mengerling ke arah Syah yang masih segar menatap computer ribanya walaupun jam telah menunjukkan angka 2 pagi. Dia sendiri sudah mengantuk namun tidak selesa untuk tidur. Mia mencebik melihat perangai Syah yang menzip sweaternya.

“Apasal pakai baju macam tu?” Syah menoleh ke arah Mia yang masih belum tidur. Baik dia ataupun Mia,masing-masing cuba mengeraskan diri untuk tidur. Maklumlah takut terjadi apa-apa.

“Langkah berjaga-jaga”Syah hanya menjawab selamba. Matanya masih tidak di alih daripada bermain permainana video.

“Langkah berjaga-jaga? Daripada apa?”Mia mengerut keningnya mendengar jawapan daripada Syah.

“Daripada makciklah. Manalah tau lepas makcik buat CPR pada Syah, makcik terus ada perasaan pada Syah” Mia membulat matanya mendengra jawapan Syah. Hilang terus rasa mengantuknya.

“Syah ingat Mia nie lelaki ke? Takkanlah Mia akan….”Mia tidak jadi menyambung kata-katanya. Dirasakan ayat itu tidak begitu sopan ditambahkan lagi mereka hanya berdua dalam bilik tersebut.

“Well,Syah nie good-looking. Syah sendiri tak tahu macam mana makcik ada di pantai juga hari itu. Jangan-jangan, makcik ikut Syah”Syah menutup aplikasi games yang dimainkan. Matanya beralih kepada Mia yang merenung tajam ke arahnya.

“ Mia pergi situ sebab ada urusan penting. Tiba-tiba je Mia terserempak dengan Syah. Jangan-jangan Syah yang ikut Mia” Mia meluahkan ketidakpuasan hatinya. Memang itulah yang difikirkan apabila terserempak dengan Syah pada hari tersebut.

“Syah? Ikut makcik?”Syah meletakkan jari telunjuknya menghala dirinya kemudian dihalakan kepada Mia pula. Dia ketawa terbahak-bahak apabila melihat wajah Mia berubah.

“Betul tu. Lagipun, selama nie pun Syah yang terhegeh-hegeh cari Mia. Mia tak pernah cari Syah pun” Syah mematikan ketawanya. Aku? Aku yang terhegeh-hegeh cari dia?

“Apa? Jadi makcik nak cakap Syah yang tergila-gila kat makcik dulu?” Syah menyoal tidak percaya. Aku salah dengar ke?

“Mana Mia tahu? Mia lari sejauh mana pun, Syah yang terhegeh-hegeh kejar Mia. Syah yang bermuka tebal cari Mia!”Mia tersenyum apabila wajah lelaki tersebut berubah. Dia tahu perkara tersebut tidak benar. Mustahil lelaki sempurna seperti Syah mencari dirinya dan tergila akannya. Namun penyakit amnesis Syah sedikit sebanyak memberi kelebihan ke atas dirinya.


“Bermuka tebal? Habis makcik tu yang cium Syah sampai pecah bibir Syah nie macam mana? Betul ke makcik hanya berniat nak beri CPR? Ke buy one free one?” Syah meletakkan jari telunjuknya kepada bibirnya yang agak pecah. Panas rasanya mendengar kenyataan daripada Mia. Sungguh dia tidak percaya. Serendah itu ke, dirinya mengejar perempuan selekeh macam Mia?

“Mia bagi CPR untuk selamatkan Syah!” Mia menjawab laju apabila pertolongannya dipersoalkan. Merah wajahnya mengingati peristiwa tersebut. Itulah kali pertama dia memberi bantuan CPR. Salah teknik agaknya.

“Sampai pecah bibir Syah? Makcik bagi bantuan CPR dengan apa? Batu?” Syah mengangkat wajahnya memandang Mia. Sengaja dia membangkitkan perkara tersebut untuk membalas kata-kata Mia. Puas rasanya.

“Taklah, dengan kaki!” Syah mengundurkan sedikit wajahnya mendengar jawapan selamba daripada Mia. Otaknya laju membayangkan peristiwa tersebut. Takkan lah?

“Kalau Syah lelaki sangat, takkanlah bibir pecah pun dah mengadu macam-macam? Budak tak matang” Mia menghabiskan kata-katanya sambil berpeluk tubuh. Matanya dialihkan ke sudut lain apabila menangkap wajah Syah sudah mula berubah. Terasa puas hatinya.

“Budak tak matang? Syah sendiri tak tahu macam mana kita boleh berjumpa. Syah yakin bukan Syah yang tegur makcik dulu! Mia tu makcik! Makcik tua” Syah membalas kata-kata Mia. Aku nie budak tak matang? Itulah kali pertama dia mendengar komen tersebut daripada seorang permpuan. Selalunya perempuan yang bergaul dengannya pasti mengatakan dirinya manja dan mampu mencairkan hati wanita lain. Malah ramai yang memuji dirinya agak berbeza dengan lelaki melayu yang lain kerana mempunyai wajah ala-ala baby-faced.

“Mia tegur Syah? Syah yang tegur Mia dulu. Dahlah hilang ingatan, ada hati nak buat-buat cerita” Mia membalas perlahan sambil membaringkan wajahnya di atas katil.Alang-alang dia telah berada di ats katil, baik dia yang tidur atas katil malam tu. Kering tekaknya asyik bertekak dengan Syah. Sudahlah perutnya asyik berbunyi minta diisi.

Syah merengus kasar apabila melihat Mia sudahpun berbaring bertentangan dirinya. Naik turun nafasnya. Memang benar dia telah hilang ingatan, namun itu bukan alasan wanita itu mampu mengenakannya. Terasa menyesal pula kerana telah membuat keputusan terburu-buru untuk mengahwini wanita itu.

“Tunggulah sampai Syah ingat semua. Masa tu baru makcik tak boleh nak reka cerita lagi” Syah sudah kehilangan kata-kata. Akhirnya ayat tersebut juga dikatakan.

“Em…tak sabar nak tunggu hari tu. Masa tu Syah mesti malu besar sebab apa yang Mia cakap nie betul. Jangan nak tutup muka pulak” Mia berkata perlahan sambil memejamkan matanya. Malas rasanya nak bertekak dengan Syah yang bersikap kebudak-budakan. Makin dilayan, makin menjawab dibuatnya.

 Syah merengus kasar. Dia telah kehilangan ingatan selama 3 tahun. Manalah dia mampu untuk menjawab. Dia menghempas tubuhnya kasar di atas sofa sambil berpeluk tubuh. Matanya dipejam rapat untuk tidur. Itulah sahaja caranya untuk mengelakkan pertengkaran mereka. Syha tidak berhenti-henti berdoa agar apa yang dilalui hanyalah mimpi sahaja. Tidak sedar, akhirnya mimpi menjemputnya meninggalkan alam realiti. Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi, pasangan suami isteri itu telah melayan mimpi masing-masing dengan lampu yang masih terbuka.






Syah mengelap wajahnya dengan tuala yang tersadai dia atas bahunya. Kemeja dengan corak kotak-kotak diperkemaskan lagi kedudukan. Dia memandang wajahnya pada cermin. Tangannya laju membetulkan gaya rambutnya. Memang dia sangat menyukai gaya rambutnya itu. Sesuai dengan wajahnya. Memang jarang sekali yang sesuai membuat gaya rambut ala J-Pop sepertinya. Kebanyakan budak remaja sahaja minat membuat gaya begitu. Apabila usia menginjak naik, gaya rambut tersebut tidak sesuai lagi. Namun walaupun telah berusia 28 tahun, gaya rambut tersebut masih sesuai dengannya.

Syah bergerak ke katilnya. Setelah selesai solat subuh, dia terus sahaja mandi untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan isterinya itu. Malu rasanya mandi apabila wanita itu terjaga nanti. Hembusan nafas yang perlahan daripada Mia menarik perhatian Syah. Wajahnya yang tenang ketika tidur dengan rambut yang dilepaskan sedikit menarik perhatian Syah. Itulah kali pertama dia melihat gadis itu melepaskan rambutnya. Selalunya gadis itu hanya menyanggul rambutnya dengan pengepit ala-ala chopstick cina.

Syah mendekatkan wajahnya kepada wajah Mia yang masih ralit melayan mimpi. Maklumlah wanita itu ‘uzur’. Syah memerhatikan wajah Mia satu persatu. Itulah kali pertama dia memandang wajah wanita itu sedekat itu. Barulah dia perasaan wanita itu mempunyai bulu mata yang agak panjang yang selama ini tersembunyi dengan lengkuangan hitam di bawah matanya. Wanita itu juga mempunyai kulit yang putih kemerah-merahan dan berwajah kecil. Bibir wanita itu juga agak merah walaupun tidak dikenakan secalit gincu.


“Putih juga makcik nie” Tanpa sedar Syah menuturkan kata-kata tersebut. Laju sahaja dia menutup mulutnya apabila Mia mula bergerak sedikit. Wanita itu menukarkan posisi tidurnya. Syah mengurut dadanya apabila Mia masih tidak sedar dengan kehadirannya. Mia masih memejam matanya rapat.

 Syah tergelak melihat tingkah laku Mia yang tidak menyedari kehadirannya.

“Tidur mati betullah makcik nie” Syah tersenyum melihat wajah Mia yang tenang. Tangannya sudah bergerak untuk memegang rambut wanita itu yang menutupi wajahnya. Namun tindakannya terhenti apabila mendengar ketukan pintu bilknya.

“Syah? Mia? Belum bangun lagi ke?” Suara Kak Alia terdengar di cuping teliga Syah. Dia laju melihat pada kemejanya yang telah kemas tersarung kemudian beralih pula kepada Mia yang masih nyeyak melayan mimpi. Alamak! Nanti Kak Alia dapat mengagak pula mereka tidak tidur bersama semalam. Laju sahaja Syah melampot  di atas katil sehingga mengejutkan Mia.

Bulat mata Mia apabila melihat badan Syah berada disisinya. Matanya yang masih layu menjadi segar tiba-tiba apabila terpandang wajah Syah. Dia lalu bangkit daripada pembaringannya.

“Apa Syah bua….”Mia tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Syah laju menutup mulutnya. Terkedu Mia dibuatnya. Syah memberi isyarat agar Mia memperlahankan suaranya. Mati akal Mia dibuatnya. Syah laju mengosok-gosak kepala Mia sehingga rambut Mia agak serabai. Selepas dia melihat keadaan Mia atas dan bawah, dia mengangguk berpuas hati.  Tangan Syah laju pula mengosk-gosak kepalanya agak kasar sehingga merosakkan gaya rambut yang baru sahja sebentar tadi di gayakan.

Mia mengerut perlahan melihat tingkah laku Syah. Jelas dia tidak memahami tingkah laku lelaki itu. Namun mata Mia semakin membulat apabila melihat lelaki itu membuka butan bajunya satu persatu.  Mujurlah tidak sampai separuh dibukanya.

“Apa Syah buat nie? Syah jangan buat macam-macam………..”Mia sekali lagi tidak sempat menghabiskan kata-katanya apbila tubuhnya diheret oleh Syah sehingga kedua-duanya rebah di atas katil. Debaran dalam dada semakin kuat apabila melihat tingkaglaku Syah yang menarik selimut menutup tubuh mereka. Apa yang lelaki itu lakukan? Takkanlah?

“Orang tanya jawablah! Dah pukul 8 nie. Apasal tak bangun lagiiii………….”Kak Alia tidak jadi menyambung kata-katanya apabila melihat Syah yang menolak selimut lalu mengeliat sepuas-puasnya. Baju lelaki itu sedkit terdedah dengan rambut yang kusut masai. Tidak lama selepas itu, Mia pula yang bangun dengan rambut yang kusut masai. Mia dilihat ralit memerhati wajah suaminya yang masih mengeliat.

“Ooo…Kak Alia rupanya, kenapa?”Syah sudah memulakan lakonannya sambil menutup mulutnya berpura-pura menguap. Dia mengosak-gosak rambutnya yang tidak gatal sambil mngerling ke arah Mia yang masih terkejut.

“Sorry, Kak Ali salah timing” Alia dapat merasakan darah meyerbu pada wajahnya melihat keadaan kedua-duanya. Dia sudah dapat mengagak sesuatu berlaku antara mereka.

“Ha? Salah timing?”Mia merenung tajam wajah Kak Alia yang tiba-tiba sahaja menunduk wajahnya. Dia melihat pula keadaan dirinya dan Syah silih berganti. Barulah dia dapat menangkap rancangan sebanar lelaki itu.

“Syah pun tak dengar Kak Alia panggil tadi. Sorrylah. Rasa mengantuk lagi” Syah masih meneruskan lakonannya sambil merenung wajah kakak iparnya yang telah bertukar merah. Pasti telah termakan dengan lakonannya. Berjaya juga rancangannya.

“Kak ganggu ke?”Kak Alia menyoal lambat-lambat. Alia mengetuk kepalanya kerana bertanya soalan bodoh macam tu.

“Tak adalah. Mia je yang tiba-tiba nak bermanja” Mia membulat matanya mendengar jawapan Syah. Mia megerling ke arah Syah yang masih berwajah selmaba. Lelaki itu sengaja mengenakannya. Pasti tidak berpuas hati dengan pertengkaran semalam. Kurang asam!

“Apa? Bila mas……….”

“Biasalah orang perempuan. Kak Alia fahamlah sendiri. Kak Alia pun isteri orang jugak kan?” Syah memotong laju kata-kata Mia. Seronok rasanya dapat membalas kata dengan wanita itu. Berbalas jugak perbuatan wanita itu semalam.

“Okey. Okey…sorry. Kak Alia turun dulu ye? Bangunlah, dah pukul 8 dah” Kak Alia sudah memegang tombol pintu untuk beredar. Tidak selesa rasanya untuk terus memerhatikan keadaan mereka.

“Jomlah bangun sayang. Lain kali pula kita bergurau ye?”Syah mengosok-gosok kepala Mia yang berada di sisinya. Jelas wajah wanita merah menahan marah. Mia hanya membisu namun renungan wanita itu sudah cukup mengatakan betapa marahnya dia. Bagaikan tertulis di dahi wanita tersebut..matilah kau!

Kak Alia menutup pintu bilik Syah. Dia menepuk-nepuk pipinya supaya kembali ke alam nyata. Rupa-rupanya hubungan mereka berdua berjalan lancar.Kaki diatur berlari menuruni tangga. Dia telah melihat perkara yang tidak sepatutnya.

Mia memandang pintu bilik yang telah tertutup rapat. Laju tangannya menolak badan Syah yang berada di sampingnya. Lelaki itu masih duduk bersila berhampiran dirinya di atas katil tersebut. Malu rasanya apabila disalah anggap begitu oleh Kak Alia. Mana nak letak mukanya?            

“Apa Syah buat nie?” Mia melepaskan kemarahannya apabila yakin Kak Alia telah berlalu. Turun naik darahnya apabila soalannnya hanya mengundang ketawa lelaki itu.

“Mia tanya nie, apa Syah buat?”

Syah menghentikan ketawanya seketika. Dia mengerling wajah Mia yang merenung tajam ke arahnya. Sebijik dengan puntianak yang kehilangan anaknya. Dahlah muka wanita itu putik melepak, ditambahkan lagi dengan lengkungan hitam bawah matanya dengan rambut yang serabai.

“Menyelamatkan keadaan” Syah menjawab selamba sambil bangun daripada katil tersebut. Senyuman masih tidak lekang bermain dibibirnya. Seronok benar lelaki itu.

“Menyelamatkan keadaaan?  Syah buat macam Mia yang heret Syah naik atas katil! Nanti apa yang Kak Alia fikir?” Mia lantang menjawab apabila lelaki tiu sudah menjauhkan diirnya. Syah masih ralit membutan bajunya dan membetulkan rambutnya. Sedikit pun tidak menghirau perasaan Mia.

“Makcik ada perasaan ke?” Pertanyaan selamba daripada Syah bagaikan menaikkan lagi darahnya. Memang itulah yang ditanya oleh semua orang apabila memandang wajahnya yang seperti tidak mempunyai perasaan. Mungkin sebab itu, dirinya senang dibuli mentah-mentah. Bagi semua orang dia tidak mempunyai perasaan.

“A’ah, memang Mia tak ada perasaan. Sebab tu Syah suka sangat buli Mia? “

 “Rilekslah, Syah cuma tak nak kita tertangkap je”

“Memang Mia rilek je.Mia pun memang tak rasa apa-apa pun masa Syah heret Mia tadi. Sedikit pun tak rasa apa-apa” Jari-jemari Syah tidak jadi membutan baju kemeja. Matanya beralih kepada Mia yang berwajah selamba. Tak rasa apa-apa pun? Dia sendiri berdebar-debar apabila wajah wanita itu begitu dekat dengannya semasa menjayakan lakonannya. Wanita itu tak rasa apa-apa? Dia memang betul-betul perempuan kan?

“Emm…Mia tak marah pun. Lagipun, di mata Syah Mia macam patung je kan?” Mia menghabiskan kata-katanya dengan ayat yang sengaja dipedaskan untuk menyindir lelaki itu. Kakinya laku diayun ke bilik air meninggalkan lelaki itu terkebil-kebil sendirian.

Aku ada salah cakap ke? Syah melihat pintu bilik yang masih tertutup rapat. Dia mengeluh seketika. Akhirnya dia keluar daripada bilik tersebut untuk memberi ruang untuk Mia.




“Mia balik dengan Syah ye?” Suara ibu mertuanya mematikan lamunana Mia. Mia mengangkat wajahnya melihat gerangan suara tersebut. Kalau boleh dia tidak mahu terlalu rapat dengan ibu mentuanya memandangkan hubungannya dengan Syah hanya bersifat sementara. Anggukan daripada Mia menyebabkan Datin Hayati tersenyum.

“Kereta Syah ada di rumah nie. Pak Hamid ambil daripada pantai tu. Mia akan tinggal di apartment Syah?” Datin Hayati masih meneruskan perbualan walaupun jarang sekali mendapat balasam daripada Mia. Kini, dia mula mengenali personaliti Mia. Pediam dan penuh misteri.

“A’ah” Mia menjawab pendek. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Biarlah Datin Hayati membenci sikapnya itu pun, tiada masalah baginya.

“Mia nak makan dulu ke? Makanlah dulu sebelum pergi”Gelenggan daripada Mia menyebabkan Datin Hayati melepaskan keluhan berat. Susah benar untuk mendekati gadis itu. Namun dia tahu gadis itu berhati baik. Walaupun mengetahui Arisyqah menyukai Syah, dia sedikit pun tidak membangkitkan isu itu.

“Mak nie…mestilah Mia nak breakfast dengan Syah. Penggatin baru katakan”Kak Alia muncul dengan coklat panas di tangannya. Dia mengambil tempat disisi Mia. Mia tersenyum hampar. Cuak rasanya mendengar usikan tersebut. Rimas! Dia benar-benar ingin pulang ke rumahanya.

“Macam mana Mia? Mesti bahagia dapat jadi isteri Syah kan? Lepas nie mesti hidup Mia happy-go-lucky je. Syah baik orangnnya. Walaupun dia ramai kenalan, namun tiada satu pun dianggap teman istimewanya”

“Kecuali permainan videonya….”potong Datin Hayati laju. Kak Alia dan Datin Hayati tergelak mendengarnya. Hanya Mia yang terkebil-kebil.

“Kalau Mia nak pikat Syah, Mia boleh tanya kakak. Semua ciri idaman Syah memang kakak tahulah” Kak Alia berkata lembut sambil memeluk bahu Mia di sisinya. Mia hanya mengangguk perlahan. Sedikit pun tidak tertarik dengan cadangan Kak Alia.

“Jangan risau, pasal pagi tadi Kak Alia rahsiakan. Mia tak payahlah malu sangat dengan kakak” Kak Alia ketawa kecil sambil menampar bahu Mia. Tidak lekang ketawanya apabila mengingati peristiwa tersebut. Mia hanya tersenyum dalam keterpaksaaan. Jelas senyumannya dibuat-buat. Tidak pasal-pasal dirinya dianggap begitu.

“Rahsia apa?” Datin Hayati mula menyampuk. Wajah Mia dan Alia dipandang silih berganti penuh minat. Mia menjongket bahunya sambil tersenyum tawar menutup malunya. Hishh..Kak Alia nie, sudah-sudahlah ketawa!

“Alaa…mak nie! Nie rahsia orang muda je” Kak Alia masih menyambung ketawanya sambil memeluk bahu Mia. Rimas Mia dibuatkan apabila rambutnya sedikit tertarik disebabkan pelukan tersebut. Memang anak beranak sama je!Nak jaga rahsia? Dengan ketawa macam tu? Memang taklah!

“Cakaplah apa dia? Mak pun nak tahu jugak” Datin Hayati cuba memujuk Alia sambil menarik lengan Alia. Masih galak ketawa Kak Alia dibuatnya. Mia memandang geli dengan perangai keluarga tersebut. Patutlah perangai Syah agak kebudak-budakan.

“Mana boleh, malu Mia nanti kan?” Soalan daripada Kak Alia dibalas dengan senyuman hampar daripada Mia. Mia sebenarnya ingin menutup malunya. Kata nak jaga rahsia aku, dia pula yang bocorkan. Cis!


“Mia, jom balik” Syah muncul dengan bermain kunci kereta di tangannya. Dia memandang wajah Mia yang tersepit antara ibu dan kakak iparnya. Kesian pulak tengok.

Mia mengangguk lalu bangun meninggalkan kedua-dua manusia yang masih berteka-teki itu. Mahu berasap rasanya berada di sisi Alia. Memang mulut bocor betullah.

“Eh nak balik dah?” Datin Hayati tidak jadi meneruskan teka-teki dengan Alia. Matanya beralih kepada Mia dan Syah yang telah berdiri.

“Tidurlah semalaman lagi. Apasal awal sangat balik?” Datin Hayati tidak berpus hati. Rancangannya untuk mengenali menantunya agak tergendala. Dia sebenarnya tidak kisah dengan latar belakang Mia yang miskin itu. Dia yakin personoliti Mia yang bertentangan dengan anaknya itu mampu mengubah anaknya menjadi lebih dewasa. Mana tidaknya berperangai budak-budak kalau setiap hari menghadap animasi.

“Mak nie. Diorang perlukan privacy la tu…”Kak Alia galak mengenakan Syah dan Mia. Syah mengaru-garu kepalanya tidak gatal mendengar usikan tersbeut.

“Mana adalah!”Syah menjawab agak tergagap-gagap. Dia mengerling Mia yang pegun berdiri di sampingnya. Masih berwajah selamba. Aduii…siapa yang sepatutnya jadi lelaki nie? Aku ke dia? Aku sampai tahap gaban malu, dia blur je?

“Ololo…comelnya muka adik Syah kita nie. Bini dia okey je” Kak Alia tergelak melihat eksperasi wajah Syah yang agak berubah. Rindu rasanya untuk mengenakan lelaki itu. Kalau dulu, hampir setiap tahun dia ke Jepun bersama suaminya untuk menjenguk Syah. Nak harapkan lelaki itu pulang ke Malaysia? Tak boleh, animasi! Itulah alasan yang kerap didengar.

“Dahlah kakak! Syah pergi dulu” Syah mengatur langkah untuk beredar. Malas untuk beralah dengan kakak iparnya. Memang sah-sah dia akan kalah. Laju lengan Mia disambar untuk mengikuti langkahnya. Terkebil-kebil Mia dibuatnya.

Alia memandang pasangan peggantin yang baru beredar itu. Senyuman tidak lekang di bibirnya melihat personoliti kedua-duanya yang ajuh berbeza.

“Sweetkan mereka?” Kak Alia menyoal Datin Hayati dengan penuh minat. Dia yakin Mia mampu membuatkan Syah jatuh cinta. Datin Hayati tersenyum mendengar komen daripada Alia. Memang benar dia sangat mahukan Arisyah menjadi menantunya namun personoliti Mia sedikit menarik perhatiannya. Jarang sekali Syah malu apabila diusik dengan seorang permpuan. Namun dengan Mia, Syah mudah sahaja diusik. Adakah Mia  orang yang dicari-cari?





*********************************************************************************************************
“Wow! Nie ke kereta Syah?”
Kereta Lexus IS 250C F Sport tersergam indah di depan rumah ibunya. Syah bergerak di sekeliling kereta yang tersergam di hadapannya. Matanya tidak berkelip melihat keretanya sendiri. Pasti dia membelinya sejurus tiba di Malaysia. Memang betullah dia telah ke Malaysia dengan rela hati. Masakan dia siap membeli kereta semewah itu kalau terpaksa.

Mia mencebik melihat tingkah laku Syah yang jelas kebudak-budakan. Dia akui kereta tersebut memang mewah tapi perlukan menjerit macam tu? Macam budak perempuan je!

“Hebatnya! Semua ada” Syah melap kereta Lexus IS 250C F Sport menggunakan hujung bajunya. Wow, pasti kerjayanya di Jepun telah membawa pulang hasil yang menabjubkan. Entah-entah dia dapat naik pangkat kot?

“Budak-budak” Mia merengus perlahan. Komen daripada Mia menghentikan tindak tanduk  Syah. Dia dapat menangkap dengan jelas komen wanita itu.

“Kenapa? Makcik tak pernah nampak ke? Makcik nak naik kereta kura-kura ke?” Syah mengejek perlahan isterinya. Wanita itu tidak habis-habis menganggap dirinya budak-budak. Aku lagi tua dari kaulah!

 “Di Jepun tu tak ada kereta ke? Macam tak pernah jumpa kereta je”

Seinci lagi tangan Syah ingin membuka pintu keretanya, dia menghentikan tindakannya. Matanya beralih kepada Mia yang hanya berpeluk tubuh. Wanita itu masih belum menukarkan pakaiannya. Apabila diminta untuk memakai baju Kak Alia, gadis itu mentah-mentah menolak. Lebih sanggaup memakai baju yang sama.

“Habis di Malaysia nie tak ada mesin basuh ke? Boleh pula pakai baju sama dari semalam. Busuk!” Mia membuntungkan matanya mendengar kata-kata Syah. Syah malas melayan wanita itu. Wanita itu sudah terbiasa menuturkan kata-kata yang kasar.

“Masukklah. Apasal tercegat lagi? Tak reti nak buka ke?”Mia agak terkejut apabila disergah begitu. Dia menoleh ke arah Syah yang sedang menghidupkan keretanya. Lambat-lambat dia membuka pintu kereta tersebut. Tak sabar rasanya untuk kembali ke rumahnya.


Mia memandang Syah yang sedari tadi hanya membatukan diri. Lelaki itu hanya memegang stereng kereta sambil melihat keadaan keretanya yang hanya berpintu dua itu. Mia mula rasa tidak sedap hati.

“Ingat ke cara memandu?”

Syah menoleh ke arah Mia melemparkan soalan kepadanya. Minah nie nak hina aku ke?

“Ingat. Sebelum 3 tahun akan datang, Syah masih ada pengalaman 2 tahun dengan kereta walaupun dah kehilangan 3 tahun” Syah menjawab sambil tersenyum.

“Kita makan dulu nak?” Syah bertanya riang. Lupa sebentar pergaduhan mereka. Lelaki itu jarang sekali mengambil berat tentang sesuatu perkara. Mudah sahaja dia lupakan.

Mia mengeleng laju. Matanya masih tidak beralih daripada melihat permandangan sekitar rumah Datin Hayati. Memang cukup luas untuk seorang sahaja tinggal di situ.

“Minum? Syah suka minum coco cola. Kita minum di café hari tu nak?”

Mia mengeleng malas. Dia melepaskan keluhan berat. Lelaki itu memang tak tahu atau buat-buat tak tahu? Dia nak balik!

“Ooo…Mia tak suka jumpa orang kan?” Syah mengerling wanita di sisinya sambil tersenyum. Lama dia merenung wanita yang telah bergelar isterinya. Bagaikan mesin. Selepas peristiwa mereka ditangkap khalwat, wanita itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Keinginan unutk mendalami wanita itu semakin kuat. Pentingkan sangat ke wanita itu dalam hidupnya 3tahun lepas?

Mia hanya membisu. Dalam hatinya, dia berasa lega lelaki itu mampu memahami isi hatinya. Mujurlah..

“Kita makan rumah Syah nak?” Syah memberi cadangan apabila wanita itu tidak megangguk atau membisu. Mia sedikit terkedu mendengar cadangan lelaki itu. Dia merenung wajah lelaki itu lama. Syah seperti dapat menangkap maksud kata-katanya.

“Okey..okey, kita makan rumah makcik la” Mia menundukkan kepalanya apabila sekali lagi cadangan bodoh keluar daripada mulut lelaki itu. Teruk sangat ke hentakan semasa lemas hari itu? Apasal lembap sangat?

“Okey tak makcik? Makcik suka makan apa? Nak Syah ke masak?”

Sepi. Mia menggengam kedua-dua belah tangannya.

“Ke Kita masak sama-sama?”

Masih sepi.

“Nak pergi beli barang dapur tak? Rumah Syah ada apa ye?” Syah sudah membuat penghitungan walaupun tidak mendapat tindak balas daripada Mia. Lama dia berfikir. Mia mengetap bibirnya geram.

“Mia nak balik! Mia nak makan di rumah” Mia akhirnya bersuara perlahan. Lemas rasanya mendengar cadangan Syah itu.

“Okey, kita makan rumah Mia. Mia tinggal di flat tepi apartment Syah kan?” Syah tersenyum agak riang mendergar jawapan daripada Mia. Dia sudah mula memandu keretanya. Jelas sekali, Syah salah mentafsir jawapannya. Mia melepaskan keluhan berat. Bengang dengan sikap Syah.





“Ooooo……………”Syah melihat bangunan flat isterinya yang hanya menempatkan satu bangunan blok yang agak usang. Entahlah berapa ramai penghuni flat itu. Pasti tidak melebihi dua puluh orang. Keadaan flat tersebut sangat menakutkan. Nama flat tersebut agak luntur malah daun-daun kering bersepah di merata-rata. Keadaan diburukkan lagi dengan kehadiran sebatang pokok kering berhampiran flat tersebut. Pokok yang cukup besar namun telah mati. Kenapa agaknya pokok itu dibiarkan begitu? Menakutkan giler kawasan rumah terebut. Memang sesuai sangat dengan wajah isterinya yang ala-ala puntianak itu.


Mia membuka pintu kereta Syah apabila melihat lelaki itu masih pegun melihat keadaan flatnya. Memang jauh bezanya dengan apartment mewah sebelah flatnya. Mia malas melayan kereneh lelaki itu. Sementara lelaki itu terpegun dengan ‘keindahan’ flatnya, lebih baik dia menggunakan peluang itu untuk melarikan diri. Nanti tak pasal-pasal, dia terpaksa memasak untuk lelaki itu.

“Eh, makcik tunggulah!” Syah menjerit tergagap-gagap. Takut melihat keadaan flat tersebut. Kalau membuat penggambaraan movie hantu, memang tempat itu cukup strategik. Menyeramkan. Syah berlari mengejar Mia yang telah bergerak agak jauh. Lengan wanita itu disambar menyebabkan langkah wanita itu berhenti.

Mia cuba menarik lengannya daripada genggaman Syah namun tidak berjaya. Lelaki itu masih tidak lekang senyuman pada wajahnya.

“Makcik, kita nak makan apa? Barang dapur cukup tak? Tak payah pergi beli ke?” soal Syah ceria. Mia merenung wajah lelaki itu. Tidak jemu melayan kerenehnya. Itulah kali pertama dia berjumpa dengan lelaki yang bermuka tebal seperti itu.

“Makcik………..” Syah tidak jadi menyambung kata-katanya apabila matanya tertangkap pada wajah seorang lelaki yang tiba-tiba berhenti di belakang isterinya. Lelaki itu tajam merenung ke arahnya.

“Awak nie siapa?” Aiman memulakan perbualan. Syah masih tersenyum riang. Suka hatinya dapat bertemu dengan lelaki itu. Itu bermakna kenalannya akan bertambah. Syah mengheret Mia agar berdiri di sisinya supaya dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas. Wajah Aiman sedikit berubah apabila melihat gadis kesayaannganya ditarik begitu. Kalau tidak silapnya, itulah lelaki yang menjerit di depan ruamh wanita itu. Apa hubungan mereka sebenarnya?

“Saya Syah. Saya datang daripada Jepun. Selamat perkenalan” Syah menjawab riang sambil menghulurkan tangannya. Aiman memandang lama wajah Syah yang kelihatan jujur untuk berkenalan dengannya. Lambat-lambat dia membalas huluran tersebut.

“Aiman” Aiman menjawab tegas. Jepun? Patutlah lain semacam sahaja wajahnya. Dia tidak senang dengan tindakan lelaki itu terhadap wanita kesukaannya. Tangan lelaki itu masih erat memagang lengan Mia. Walaupun berlapik, dia tetap tidak senang. Cemburu jelas terpancar pada wajahnya.

“Wow…awak mesti rapat dengan makcik nie kan?” Syah menunjuk ke arah Mia yang hanya mebisu. Aiman mengangkat keningnya. Panggilan tersebut masih tidak berubah. Adakah mereka daripada keluarga yang sama? Aiman memandang wajah Mia yang tenang. Mengharapkan jawapan daripada gadis itu.

“Dia sepupu Mia” Mia menjawab tenang. Risau hubungan perkahwinannya dapat dihidu oleh Aiman. Aiman tersenyum mendengar jawapan Mia. Wajahnya berubah serta-merta. Kalau dia tahu lelaki itu sepupu Mia, sudah lama dia melayan lelaki itu dengan baik

“Sepupu Mia ke? Saya jiran sebelah dia. Bilik kitorang sebelah je” Aiman mula mengubah cara percakapannya dengan Syah. Daripada tegas, suaranya mula berubah menjadi mesra. Syah tersenyum riang apabila huluran perkenalannya disambut baik oleh Aiman.

“Ye ke? Tolong jaga-jagalah makcik nie. Risau jugak nak tinggal dia sendirian dalam flat nie” Syah tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Mia. Rimas Mia dibuatnya apabila dilayan seperti budak-budak. Aiman tersenyum mendengar permintaan Syah. Rasanya seperti Mia diamahkan ke atasnya. Bangga rasanya.

“Tak apa. Lagipun dia perempuan yang pandai menjaga diri. Dia…..”Aiamn mengerling ke arah Mia yang hanya membisu. Mia mengangkat wajahnya untuk mendengar ayat Aiaman seterusnya. Aiamn menelan air liurnya apabila wanita itu melihat wajahnya. Kelu lidahnya untuk bersuara. Dia sangat cantik dan suci. Polos dan lembut. Aiman hanya menyambung dalam hati.

“Dia?” Syah mengangkat keningnya ingin tahu. Wajah Aiman dilihat agak berubah. Mata lelaki itu tidak berkelip melihat Mia di sisinya. Wajah Aiman sedikit tersedar daripada lamunannya. Tergagap-gagap Aiaman ingin menuruskan kata-katanya.

“Ha? Tak ada apa-apalah. Dia dah lama tinggal disini. Sudah 3 tahun. Dia…” Aiman menjawab tergagap-gagap. Wajahnya sedikit merah apabila Mia masih merenung ke rahnya. Debaran dada semakin kuat di rasa.

“Wow…. Aiman ingat dengan baik pasal dia”Syah memotong kata-kata Aiman. Aiman semakin tidak keruan. Kalut wajahnya mencari alasan. Takut cinta bertepuk sebelah tangannya dapat dihidu oleh Mia. Takut gadis itu akan bertindak menjauhkan dirinya.

“Aaa….kami….kami” Aiman sudah tidak keruan. Hilang wajahnya yang selama ini tegas. Apabila bertemu gadis itu, serta merta mindanya menjadi blank. Ilmu yang ada sebagai seorang guru terus sahaja melesap.

“Koraong mesti rapat kan?” Kawan baik?” Syah cuba menyambung kata-kata Aiman. Aiamn mengangguk laju mendengar kata-kata Syah. Dia mengerling ke arah Mia yang hanya tersenyum. Senyuman terukir dibibirnya tanpa di sedari. Polosnya wajah gadis ini…

Perbualan mereka terganggu dengan bunyi sebuah motosikal berkuasa tinggi yang berhenti di jauh daripada mereka. Lelaki itu masih mengenakan topi keleder sambil melambai ke arah mereka. Ralit ketiga-tiga mereka melihat gerangan pembonceng tersebut. Bunyi motosikal berkuasa tinggi itu sangat membingitkan teliga Mia. Dia memang benci bunyi yang bising.

Pembonceng tersebut mengenakan jaket hitam dan memakai sarung tangan ala-ala pembonceng peringkat antarabangsa. Pembonceng tersebut turun daripada motosikalnya dengan bergaya sekali sambil mencabut topi keledarnya perlahan-lahan. Wajah seorang lelaki kacak terpamer di hadapan mereka. Tinggi dan bergaya. Wajah agak mirip dengan seseorang yang dikenali. Namun sukar untuk diingat oleh Mia. Lelaki itu mengayakan rambutnya mengikut trend terkini. Sangat kacak namun tidaklah sekacak Syah.

Lelaki itu berjalan ke arah mereka dengan mengenakan kaca mata hitam. Ralit ketiga-tiga memerhatikan ciptaan Allah yang indah itu. Mia hanya memandang dengan wajah yang selmba. Sedikit pun tidak tertarik dalam hatinya untuk mengenali gerangan lelaki itu.

Lengan Mia tiba-tiba disambar oleh lelaki yang asing itu. Terkedu Mia seketika apabila dirinya senang sahaja diheret oleh lelaki dengan imej ala-ala playboy itu. Dia cuba menarik tangannya daripada lelaki itu namun tidak berjaya. Entah ke mana lelaki itu ingin mengheretnya. Dia sedikit pun tidak mengenali gerangan lelaki itu.

Syah dan Aiman terkejut apabila Mia diheret tiba-tiba oleh lelaki itu. Mati lamunan mereka. Aiman mula mengatur langkah untuk menyelamatkan Mia, namun laju disekat oleh Syah. Syah memberi isyarat supaya Aiman menunggu mereka di situ sementara dia menyelamatkan Mia. Mahu tidak mahu, Aiman hanya menurut. Dia takut sebenarnya cintanya terhadap Mia dapat dikesan oleh Syah.

Syah berlari mengejar lelaki yang masih mengheret isterinya. Bahu lelaki itu dicapai dan di pusing menghadapnya. Apabila wajah lelaki itu menghampirinya, mindanya bagaikan menangkap sesuatu. Melihat wajah lelaki itu sedekat itu mengingatinya kepada seseorang.

“Aril? Aril ke nie?” Syah menyoal agak tidak percaya. Lelaki itu tersenyum lalu membuang cermin kaca mata hitamnya. Wajah Syah agak berubah apabila melihat wajah lelaki itu selepas membuang kaca mata hitamnya.


“Hai Syah. Lama tak jumpa” Aril tersenyum apabila wajahnya masih mampu dikecam oleh lelaki itu walaupun setelah 17 tahun tidak brejumpa.Pernah juga dia melawat lelaki itu di Jepun, 5 tahun yang lepas. Mia memandang kedua-duanya silih berganti. Mereka saling mengenali ke?

“Apa yang Aril buat nie?” Syah bertanya tegas. Matanya dilarikan kepada Mia pula yang masih berwajah selmaba. Selepas diheret oleh lelaki yang tidak dikenali, minah nie boleh buat selmaba je?

“Dia Mia kan?” Aril bertanya nakal sambil menunjukkan lengan Mia yang dipegang kemas olehnya. Syah melepaskan keluhan berat. Aril merupakan sepupunya dan abang kepada Arisyah. Lelaki itu memang terkenal dengan perangai playboy. Kerana dianugerahkan dengan wajah yang kacak, lelaki itu memiliki teman wanita lebih daripada dua orang dalam satu masa. Kelebihannya..memikat perempuan.

“Kalau dia Mia…apa masalah Aril? Nie cara sambut Syah selepas 17 tahun tidak berjumpa?” Syah menjawab lembut. Aril tersenyum mendengar jawapan Syah.

“Jadi dialah isteri Syah yang Syah kahwin disebabkan tuduhan zina tu? Yang selamatkan Syah di pantai tu?”

Syah terdiam. Mia merenung tajam wajah Aril yang tersenyum nakal kepadanya. Senyuman itu cukup menakutkan. Bagaikan mahu merancang sesuatu. Bagaimana lelaki itu tahu? Siapa lelaki itu? Mia menelan air liurnya. Pahit.






                                                                                 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...