[3]
We Got Married
“Apa maksud
doctor? Dia menghidap amnesia?”Mia membulatkan matanya. Sukar untuk dirinya
menerima hakikat tersebut. Amnesia? Maksudnya lelaki tersebut tidak dapat
memberi keterangan tentang apa yang telah berlaku antara mereka? Adakah itu
menunjukkan dirinya bersalah?
“Tapi dia
boleh mengingati nombor telefon ibunya. Dia mampu mengingati namanya.Dia masih
mempunyai ingatan!” Mia sudah mula hilang sabar. Dia merasakan dirinya
dipermainkan. Mustahil lelaki itu hilang ingatan. Baru sebentar tadi lelaki itu
menelefon ibunya untuk mengambil mereka daripada pejabat pegawai pencegah
maksiat itu.
Doktor
tersebut melepaskan keluhan berat. Jelas sekali Mia tidak memahami penerangannya.
Ini bukanlah hilang ingatan seperti yang sering dipaparkan dalam drama-drama
Indonesia. Tidak semua penghidap amnesia mengalami perkara yang sama.
“Betul apa
yang gadis ini kata. Dia mampu menelefon saya. Dia ingat siapa keluarganya”ujar
Datin Hayati pula. Dia bersetuju dengan pendapat gadis tersebut. Matanya
mengerling ke arah wanita tersebut yang masih belum menukarkan pakaiannya.
Setelah mendapat panggilan telefon daripada pegawai pencegah maksiat, terkejut
besar dia dibuatnya. Paling sukar diterima, Syah tidak memberi apa-apa
penerangan untuk membela dirinya atau gadis tersebut. Mahu luruh tangkai
jantungnya apabila diberitahu anaknya melakukan zina. Selepas tiba di sana,
gadis yang memperkenalkan diri sebagai Mia menerangkan segala-galanya. Apabila
meminta penerangan anaknya, lelaki itu hanya mengeleng. Malah lelaki tersebut
sering memegang kepalanya. Barulah ketika itu dia sedar ada darah yang mengalir
pada dahi anaknya.
Laju sahaja
mereka membawa Syah ke hospital berdekatan. Mia tidak habis-habis menerangkan
keadaan sebenar namun, tiada saksi yang mampu mengesahkan kebenaran kata-kata
Mia. Hanya Mia sahaja yang mengetahuinya. Sedikit sebanyak nasib tidak
menyebelahinya.
“Sabar Cik,
puan pun sila bawa bersabar. Daripada
situ memang dia kelihatan mengingati segala-galanya. Tapi dia sendiri tidak
tahu masa telah berlalu dengan pantas”Penerangan doktor tersebut hanya mampu
mengerutkan dahi Mia dan Puan Hayati. Syah hanya duduk termenggu melihat
kedua-dua manusia di hadapannya. Sesekali dia memegang kepalanya yang telah
siap dibalut oleh doktor yang memperkenalkan diri sebagai Fahmi tersebut. Dia
hanya membenarkan kedua-dua wanita tersebut mengeluarkan hujah. Aku amnesia?
Lepas tu kena tangkap khawat?
“Apa maksud
doctor? Boleh tak cakap terus-terang?”soal Puan Hayati lurus. Mia hanya
mengangguk mengiakan soalan Puan Hayati tersebut. Harapannya agar analisis
doctor tersebut mempunyai kesalahan.
“Syah,
berapa umur awak sekarang?”Tiba-tiba sahaja soalan tersebut ditujukan kepada
Syah. Syah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, terkejut apabila disoal
begitu. Kedua-dua wanita dihadapannya memandang dirinya tajam. Rasa rimas bila
beberapa orang pegawai perubatan mula memenuhi kamarnya. Aku nampak macam orang
sakit sangat ke? Aku okey jelah!
“Apasal
tiba-tiba tanya Syah soalan macam tu? Apa kaitan dengan semua nie?”Kini Syah
mula mengerutkan dahinya. Sukar untuk dia menangkap maksud tersirat daripada
soalan doctor tersebut. Apa kaitan dengan semua nie?
“Jawab
soalan saya Syah”Doktor tersebut mula bertegas. Syah menelan air liurnya.
“25 tahun.
Kenapa?”jawab Syah dengan yakin. Mata ibunya semakin membulat mendengar jawapan
daripada Syah.
Mia hanya
mengangguk mendengar jawapan tersebut. Em…logik juga umur mamat nie 25 tahun.
Aku ingatkan umur dia 23 tahun. Memang awet mudalah.
“Apa Syah
mengarut nie? Umur Syah sekarang dah 28 tahunlah!” Teguran daripada Datin
Hayati itu memerangjatkan Mia dan Syah. Benak Mia sudah mula bercelaru. 28
tahun? Mamat nie lagi tua dari aku? Kenapa masih nampak keanak-anakan?
“Mak…mak
janganlah bergurau. Baru semalam Syah sambut hari jadi Syah dengan Hanazakari
Riu.Kitorang siap buat barbeque lagi. Kalau mak tak percaya, mak boleh telefon
dia”Syah sudah membuat cadangannya. Mustahil dia sudah berusia 28 tahun.
Mustahil. Dia masih mengingati perkara tersebut dengan baik.
“Syah, macam
mana awak boleh sampai di Malaysia?”Doktor tersebut mula mengajukan soalan
kembali kepada Syah. Syah mula berkerut mendengar soalan tersebut. Setelah
difikir-fikirkan, dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh tiba di Malaysia.
Puas Syah mengerah ingatannya. Namun apa yang dia ingat hanyalah suasana sejuk
di Tokyo.
“Saya…saya
tak tahu”
“Lihat..dia
tidak mampu mengingatinya. Semua itu adalah tanda-tanda seorang penghidap
amnesia”terang doctor tersebut secara berhemah. Semoga itu dapat memudahkan
mereka menerima konsep sebenar amnesia.
“Apa doctor
mengarut nie? Saya dapat mengingati semuanya dengan jelas. Saya berkerja
sebagai seorang juru animasi. Saya ingat semua tu. Saya kenal semua ahli
keluarga saya. Jangan anggap saya sebagai pesakit. Saya tak sakit!!”Suara Syah
memecahkan suasana sunyi kamar bilik tersebut. Nafasnya turun naik menahan
marah. Dia merasakan doctor tersebut sengaja memperbodohkan dirinya. Mencipta
masa depannya 3 tahun ke depan.
“Dia…dia
betul-betul tak ingat ke?” Kini Mia pula mula bersuara. Mata wanita itu mula
berkaca untuk menerima takdir yang ditentukan untuknya. Menerima takdir
tersebut bagaikan membenarkan tuduhan ke atas dirinya. Jika lelaki itu telah
hilang ingatan, bagaimana tuduhan ke atas dirinya? Siapa yang akan membelanya? Tiada saksi, tiada
bukti. Malah dia dikejutkan lagi dengan jumpaan condom oleh pegawai pencegah
maksiat di dalam bot tersebut. Maka segala penerangan kedengaran sebagai
alasan. Bukti tersebut telah ditunjukkan kepada Puan Hayati juga. Dia tahu, mak
Syah sendiri tidak mempercayainya. Siapa dia? Dia hanya orang asing yang
tiba-tiba muncul. Bagaimana wanita tersebut ingin mempercayainya?
“Ye..encik,
daripada apa yang saya lihat, saya rasa Syah mengalami masalah retrograde
amnesia iaitu sejenis gangguan memori akibat kecederaan pada otak. Dalam
keadaan ini pesakit tidak mampu mengingati beberapa maklumat penting atau
kejadian yang sebelumnya dalam sesuatu tempoh. Seperti yang dihadapi oleh Encik
Syah, dia hilang memori 3 tahun kebelakang”jelas doctor tersebut panjang lebar.
Ketawa daripada Mia memerangjatkan semua orang dalam kamar tersebut.
“Pendek kata
dia hilang ingatan lah kan? Dia tidak boleh ingat apa-apa pasal kejadian tu.
Kejadian tu…..”Mia menghentikan kata-katanya. Dia menahan air matanya. Sukar
rasanya dia menerima takdir tersebut. Kini di mata semua orang, dia adalah
penzina. Jumpaan condom mengesahkan lagi perkara tersebut. Walaupun dia tidak
tahu siapa pemilik condom tersebut, dia yakin itu bukanlah milik mereka. Apakah
milik gadis yang melarikan diri itu?
“Betul tu.
Encik Syah apa perkara yang terakhir awak ingat?”soal doctor tersebut. Syah
menarik nafas sedalam-dalamnya. Otaknya mula memerah untuk mencari jawapan.
“Apakah peristiwa
yang terakhir awak ingat?”
“Saya sedang
makan barbeque bersama-sama kawan saya berhampiran sebuah kolam. Entah mana
silapnya, saya tergelincir dan kepala saya terasa terhantuk dengan sesuatu.
Bila saya buka mata, saya mendapati sekeliling saya hanyalah biru…kemudian saya
tak ingat apa-apa lagi”Panjang lebar Syah menceritakan peristiwanya. Mia hanya
mencebik mendengar cerita tersebut. Bagi Mia, berilah apa-apa jawapan
sekalipun. Lelaki tersebut tidak dapat disembuhkan dengan cerita sebegitu.
Dirinya tetap dianggap sebagai penzina!
Datin Hayati
memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa berdenyut. Ya, dia ingat dengan jelas
peristiwa tersebut. Pada waktu tersebut, rakan Jepun Syah telah menelefonnya
untuk bergegas ke Jepun. Dengan pantas dia menempah tiket daripada
setiausahanya. Hampir seluruh keluarga mereka menjenguk Syah ke Jepun. Mujurlah
lelaki tersebut selamat. Sejak itulah, Syah mula takut dengan air.
“Betul tu
Syah.. memang itu ada berlaku” Syah mula tersenyum apabila jawapannya mendapat
sokongan daripada ibunya. Itu jelas membuktikan dirinya masih mengingati
segala-galanya.
“Tapi…
berlaku 3 tahun yang lalu. Masa Syah masih di Jepun”sambung Datin Hayati. Syah
terkesima. Penjelasan daripada ibunya membuatkan lidahnya kelu tiba-tiba. Dia
menoleh pada wajah yang ada di situ sebelum menutup wajahnya sambil menyandar
pada sofa yang disediakan. Okey, aku lemas? Pompuan tu beri CPR, kemudian
kitorang kena tangkap basah? Aku hilang ingatan? Macam mana itu boleh berlaku?
Benarkah itu yang berlaku? Syah memejamkan matanya. Fikirannya semakin kusut.
Dia sudah malas memikirkannya lagi. Rasanya dirinya seperti orang bodoh yang
tidak mengetahui apa-apa.
“Syah
mengalami gangguan memori yang berlaku sebelum pesakit mengalami trauma kerana
berhadapan dengan pengalaman yang amat dahsyat. Mungkin hentakan semasa Syah di
Jepun itu menambahkan gegaran di dalam otak Syah. Saya membuat kesimpulan
bahawa Syah menghadapi perkara yang sama semasa diselamatkan oleh Mia. Ini
menambahkan lagi gegaran dalam otaknya, oleh itu Syah sukar mengingati beberapa
peristiwa yang pernah berlaku selepas kejadian tersebut”
“Jadi…sekarang
nie, Mia memang berzinalah ye?”
Soalan
daripada Mia memerangjatkan semua orang. Tiada siapa pun yang mampu menjawab
soalan tersebut. Datin Hayati hanya mampu memegang kepalanya. Dia tidak tahu
hendak membuat macam mana. Anaknya tidak dapat mengiayakan penjelasan daripda
Mia. Penerangan daripada Mia masih belum cukup menyakinkannya memandangkan
itulah kali pertama dia bertemu dengan gadis tersebut. Selama ini, anaknya
tinggal bersama datuknya di Jepun. Dia tahu anaknya sentiasa solat. Namun boleh
jadi juga anaknya terikut-ikut dengan budaya luar sehingga sanggup berzina
dengan gadis itukan?
Syah
memandang wajah gadis itu yang lama termenggu. Wajah gadis itu tidak
menunjukkan apa-apa reaksi. Tidak marah, tidak sedih. Air mata yang membasahi
pipi gadis itu semasa kejadian tersebut telah kering sepenuhnya. Gadis itu
seperti patung. Tiada perasaan. Gelagat gadis tersebut sedikit menarik
perhatiannya. Bagaimana dia boleh berjumpa dengannya? Gadis yang berpakaian
selekeh dan mempunyai lengkungan hitam di bawah matanya. Takkanlah dia berzina
dengan gadis seperti itu?
“Mana Mia?
Kau dekat mana Mia?!!”
Jeritan
seorang lelaki mengejutkan semua orang dalam kamar tersebut. Semua mata melihat
kelibat seorang lelaki yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik tersebut.
Pelbagai ekspresi wajah yang terpamer di muka penghuni kamar tersebut melihat
seorang lelaki asing yang tiba-tiba marah. Hanya wajah Mia yang masih tenang
melihat wajah lelaki yang merah padam itu. Lelaki tersebut tiba-tiba bergerak
lalu memgang lengan Mia dengan kasar. Dengan kasar dia mengheret Mia untuk
keluar daripada bilik tersebut.
“Kau nie
memang suka memalukan aku kan? Kan aku dah cakap duduk di tempat kau! Jangan
biarkan sedikit pun bayang kau mendekati hidup aku!” lelaki itu melepaskan
kemarahannya kepada Mia. Laju sahaja Mia menempis tangannya. Wajahnya diangkat
merenung lelaki tersebut. Jelas wajah lelaki itu merah padam menahan marah.
Syah
mengerut dahinya. Walaupun dia tidak mengenali gadis yang bernama Mia itu,
namun perbuatan lelaki tersebut sedikit kasar di penglihatannya.
“Mia memang
duduk di tempat Mia. Am tak payah nak tunjuk muka kat sinilah” Mia menjawab
tenang. Jawapan tenang daripada Mia tersebut mendidihkan lagi api kemarahan Adam.
“Apa kau
cakap? Sejak bila kau pandai nak kurang ajar dengan aku nie? Ke kau nak
berlagak dengan aku yang kau dengan dia telah berzina?”soalan daripada Adam itu
memerangjatkan Datin Hayati dan Syah. Laju sahaja Syah bangun daripada
pembaringannya. Dia berdiri diantara Mia dan lelaki tersebut sambil merenung
tajam lelaki tersebut.
“Walaupun
saya tak ingat apa-apa. Tapi saya yakin bahawa saya nie bukanlah jenis lelaki
yang suka-suka sahaja tidur dengan mana-mana perempuan” Syah melepaskan
kemarahannya. Dia dapat merasakan maruahnya tercalar.
Mia
menepukkan kepalanya mendengar jawapan Syah. Kau tu tak ingat apa-apa. Tak
payah nak back-up akulah. Tak membantu langsung!
“Tak ingat
apa-apa? Ooo…korang berdua buat sampai tak ingat apa-apa?Yakin bukan jenis
lelaki begitu? Yakin?” Adam melepaskan ketawanya terbahak-bahak. Terasa lucu
mendengar penjelasan daripada Syah. Itulah kali pertama dia mendengar orang
yang ditangkap khawat memberi jawapan sebegitu.
“Am ingat
semua orang macam Am ke? Mia takkan sesekali jadi macam Am. Jangan nak
ketawakan orang lain . Cermin dahulu diri Am” Adam sedikit terkesima mendengar
jawapan daripada gadis itu. Itulah kali pertama gadis tersebut berani bersuara
menentangnya walaupun mereka telah bertahun-tahun tidak berjumpa.
“Cermin diri
Am dulu? Tahu tak betapa malunya Am bila Am diberitahu oleh rakan sekerja Am
yang Mia ditangkap khalwat? Malah, hal ini tersebar pada seluruh keluarga Am.
Mana Am nak letak muka Am dengan mak mentua Am nanti?”Adam merenung tajam wajah
Mia yang masih tenang. Darahnya semakin mendidih apabila melihat gadis itu
tidak memberi apa-apa reaksi.
“Buatlah
macam Am buat pada Mia dulu. Macam tak biasa pula”
Mia menghabiskan
kata-katanya lalu bergerak melarikan diri. Adam jelas bengang dengan jawapan
salamba daripada Mia. Tangannya laju merentap tangan Mia daripada melarikan
diri. Bulat mata Mia melihat tindakan lelaki itu.
“Sejak bila
kau jadi macam nie? Kau…kau dah jadi orang lain sekarang. Apa yang dah jadi
dengan kau yang dulu?”soal Adam sedikit tidak percaya dengan cara percakapan
Mia. Gadis itu dilihat sungguh berani melawan kata-katanya. Setahunya gadis itu
hanya membisu.
“Sejak bila?
Mia tak kenal siapa diri Mia yang dulu. Dia dah mati agaknya. Bukan ke tu yang
Am nak?” Mia menjawab dengan tenang walupun hatinya sudah berdebar kencang
setelah hampir 3 tahun tidak melihat wajah lelaki tersebut. Tak..aku kena kuat.
Aku tak boleh nampak lemah di depannya!!
“Saya rasa
awak patut lepaskan dia dulu” Syah memegang lengan Adam yang memegang erat
tangan Mia. Dia dapat melihat dengan jelas lengan wanita itu semakin merah
walaupun wanita itu tidak memberi apa-apa reaksi.
“Kau jangan
nak masuk campur. Ini urusan aku dengan dia! Kau tu sapa?”soal Adam agak geram
apabila perbincangannnya diganggu oleh orang lain.
“Em ..aku?
Aku nie orang yang ditangkap khalwat bersama dia. Mungkin juga aku nie kekasih
dia. Kau tu siapa?”Syah mengajukan soalan dengan berani kepada lelaki itu.
Walaupun tiada secebis pun memori dengan wanita itu, dia trus menghentam
sahaja. Dia tidak boleh melihat gadis itu kesakitan.
Mia membulat
mendengar jawapan Syah. Aku taulah kau tak ingat apa-apa. Agak-agaklah.
“Ooo..jadi
kau mengakulah kau berzina dengan dia. Tak sangka pulak rendah sangat taste
kau”Mia merenung tajam wajah Adam. Dia merasakan maruahnya dipijak-pijak.
Lelaki itu tidak pernah berubah. Lelaki yang takut untuk melindungi dirinya
kerana takut kepentingan diri sendiri terjejas. Dia tetap lelaki yang sama!
“Suka hati
akulah nie taste aku. Jadi, jangan kau nak memadai pegang perempuan yang bukan
taste kau”Syah menarik tangan Adam yang memegang erat lengan Mia. Serta-merta
genggaman tangan mereka berjaya dileraikan. Mia mengosok-gosok lengannya yang
sedikit merah.
“Aku berhak
pegang dia. Kau tu yang tiada hak nak pegang . Bukan kau nak ambil
tangggungjawab ke atas dia pun”
“Kalau aku
ambil macam mana?” Jawapan daripada Syah memerangjatkan semua pihak dalam kamar
tersebut. Datin Hayati yang sedari tadi yang mendiamkan diri ternganga
mendengar penjelasan anaknya yang tidak pernah serius dalam percintaan. Betul
ke?
“Betul ke
apa yang Syah kata nie?”soal Datin Hayati ingin tahu. Dia sedikit pun tidak
membuka cadangan tersebut. Alih-alih anaknya terus bersetuju.
“Syah! Apa
yang awak mengarut nie? Kita tak buat apa……”belum sempat Mia menghabiskan
kata-katanya, Syah terus memegang bahu Mia lalu mengheret gadis tersebut ke
dalam pelukannya. Terkedu Mia seketika.
“Perkara dah
berlaku. Dalam keadaan macam nie memang ada satu sahaja jalan
pernyelesaian”Kata-kata Syah sangat memerangjatkan Mia. Meronta gadis tersebut
meminta untuk dilepaskan.
“Saya akan
mengahwininya”
Jawapan selamba
daripada Syah mendapat pelbagai reaksi semua pihak. Sudahlah lelaki itu tidak
dapat mengingati apa-apa, boleh sahaja dia bersetuju dengan keputusan tersebut.
“Apa? Kau
tahu tak siapa Mia nie?”Adam tidak berpuas hati dengan jawapan Syah. Tangannya
ditunjukkan kepada Mia yang berada dalam pelukan lelaki tersebut. Itulah kali
pertama dia berjumpa lelaki segila itu. Semudah itu. Pasti lelaki tersebut
daripada keluarga yang berada kerana sanggup menanggung hidup Mia.
“Syah! Kita
memang tak buat apa-apalah!”jelas Mia. Hatinya mahu sahaja menjerit mendengar
kata-kata lelaki tersebut. Namun pada masa yang sama, dia sendiri tidak
mmepunyai jalan penyelesaian lain.
Segala bukti yang dijumpai meletakkan Mia dan Syah sebagai pesalah. Dia buntut.
“”Tak apa.
Lama-lama kita akan tahu jawapannya”jawab Syah selamba.
“Kau nie
mamang gila kan?”Adam sengaja mengejek lelaki itu. Dia mahu lelaki itu menyesal
dengan keputusannya. Mia bukanlah seorang gadis yang layak mendapat semua itu.
Tidak layak!!
“Memang aku
gila pun. Jadi,sekarang jangan sesekalipun kau sentuh bakal isteri aku. Kau
bukanlah sesiapa bagi dia. Kan Mia? Awak kenal ke dia?”
Soalan
daripada Syah tersebut menyebabkan Adam merenung tajam ke arah Mia. Lelaki itu
seperti mengharapkan simpati daripadanya. Mia sudah tidak mempedulikan cadangan
daripada Syah. Otaknya hanya berfikir untuk membalas dendam kepada Adam. Dia
mahu lelaki itu makan kembali kata-kata yang pernah dilemparkan kepada dirinya.
“Em…Mia tak
kenal pun siapa dia”
*********************************************************************************************
“Berkahwin?”Mia
ketawa sekuat-kuatnya. Semakin kuat semakin bagus rasanya. Dia sudah tidak
peduli dengan mata-mata yang melihatnya. Sejak bertemu lelaki itu, dia sentiasa
menjadi tumpuan. Peduli apa lagi?
“Hoi! Mia
gila ke? Malulah orang tengok”Syah menepuk perlahan tangan Mia yang diletakkan
di atas meja makan. Laju gadis itu melarikan tangannya lalu mengosok-gosok tangannya.
“No
wonderlah Syah boleh mengeluarkan idea sebijak tu. Syah daripada Jepun
rupanya”Perliannya daripada Mia menyebabkan Syah menunduk kepalanya. Malu
rasanya teringat akan dirinya yang terbawa-bawa dengan perasaan sebentar tadi.
“Sorrylah,
Syah hilang sebentar tadi”
“Hilang?
Oh…”Mia memerli jawapan Syah yang kelihatan mudah di pendengaran telinganya.
Mudah sahaja lelaki itu menuturkannya. Sedarkah lelaki itu kesan kepadanya? Perkahwinan bukanlah perkara yang main-main.
Keadaan diburukkan lagi dengan tuduhan zina ke atas mereka.
“Habis yang
Mia setuju tadi tu kenapa?”Syah mula meletakkan kesalahan ke atsa Mia pila.
Rasanya dia tidak patut disalahkan kerana niatnya baik. Lagipun gadis itu juga
mengiayakan kata-katanya.
“Mia…Mia…cuma
nak Am makan dengan kata-katanya. Mia rasa tercabar”Mia menjawab soalan itu
tergagap-ggap. Sedar akan kelemahan dirinya.
“Jadi apa
bezanya dengan Syah yang ‘hilang’ sebentar tadi?” Sunyi tanpa jawapan.
Masing-masing tidak bersuara. Hanya kesunyian menemani mereka. Perkataan kahwin
tergia-gian di telinga masing-masing.
“Mia…er….awak….er….”
“Apa Syah
mengarut nie? Cakaplah terus-terang!”bentak Mia agak kasar apabila lelaki
tersebut tergagap-gagap meneruskan percakapannya. Dah hilang ingatan pun,
perangai masih tak berubah!
“Em…sayang?”Syah
memanggil Mia perlahan dengan panggilan tersebut. Keningnnya diangkat dengan
riak tanda tanya sambil melihat reaksi wanita itu.
“Syah
mengarut apa nie?!!”
Mia sudah
membuntungkan matanya apabila mendengar panggilan daripada Syah. Merah padam
wajahnya.
“Oooo…kita
berdua memang tak ada hubungan macam tulah”Syah mengangguk kepalanya apabila
melihat reaksi Mia. Dia mengurut dadanya tanda lega. Huhh…mesti aku dah gila
ada hubungan dengan perempuan macam tu.
“Memang tak
adalah!!”Mia menjawab laju apabila dia sudah dapat menangkap maksud panggilan
sebentar tadi.
“Jadi….jadi….”
Mia mengetap
bibirnya geram apabila percakapan lelaki itu terbantut sekali lagi. Sudahlah
fikirannya kusut apabila cadangan Syah sebentar tadi mendapat sambutan hangat
daripada Datin Hayati. Datin Hayati mencium tangannya penuh syadu apabila
mendengar keputusan Syah. Tidak cukup dengan itu, Datin Hayati memeluk erat
anak lelaki bongsunya. Ucapan terima kasih tidak lekang bermain di bibir wanita
tersebut sehingga wanita tersebut menitiskan air matanya. Terkedu Syah dan Mia
dibuatnya. Tiada satu perkataan pun keluar daripada mulut mereka. Semuanya
keran sikap Syah yang ‘hilang’ sebentar tadi.
“Jadi
apa?!!”marah Mia sambil menumbuk meja makan mereka. Terkejut Syah dibuatnya.
Garangnya perempuan nie.
“Jadi Mia ke
yang rogol Syah?”soal Syah selamba.
“What? Syah
tengok Mia nie apa? Perogol bersiri?”Darah Mia sudah naik turun. Sudahlah
dituduh melakukan zina , kini perogol pulak. Memang melampau.
“Sorrylah,
Syah ingatkan kalau tahu serba sedikit…ingatan nie akan okey”Syah berkata
perlahan sambil menguis-guis kepalanya. Dia yakin dirinya tidak akan melakukan
perkara tersebut dengan mana-mana perempuan. Sengaja dia menundukkan kepalanya
apabila melihat mata wanita tersebut seperti ingin terkeluar biji mata melihatnya.
Ditambahkan mata wanita tersebut lebam. Memang sah-sah namapak macam hantu je.
“Ooo…jadi
Syah nak tuduh Mia pulak. Syah ingat Syah seorang ke mangsa? Mia pun mangsa
jugak. Mia selamatkan nyawa Syah tapi Mia dituduh sebagai penzina. Syah faham
tak perasaan Mia?”
Syah
menundukkan wajahnya apabila suara wanita di hadapannya mula berubah. Dia
terasa asing untuk berbual-bual dengan wanita itu. Walaupun dia mesra dengan
semua orang namun dalam situasi begini dia kalah. Mana ada orang boleh bergurau
pada masa begitu?
“Sorrylah”.
Sepi.
“Dahlah
tu…orang tengok nie”
“Hei…”
“Janganlah
menangis. Benda dah jadi”
Mia
mendengus kasar.“Mia tak menangislah!!” Mia mengangkat wajahnya. Syah merenung
tajam wanita di hadapannya.
“Memang kita
tak ada buat apa-apa ke?” Mia membuntungkan biji matanya. Berapa kali dia perlu
memberitahu lelaki tersebut? Seratus? Dua ratus? Atau perlu dia membuat rakaman
dan menyuruh lelaki tersebut mendengar setiap pagi?
“Tak ada.
Mia cuma bagi bantuan CPR je. Lepas tu pegawai pencegah maksiat terus datang”
“Berapa
lama?”soalan Syah menyebabakan dahi Mia berkerut.
“Berapa lama
apa?”
“Berapa lama
Mia bagi bantuan CPR tu?”
“Apa?”Mia
masih tidak dapat menangkap maksud Syah. Syah mengaru kepalanya yang tidak
gatal. Takkanlah aku kena terang satu persatu?
“Berapa lama
kita langgar?”Mulut Mia ternganga mendengar soalan Syah. Rasanya semakin
menyimpang jauh.
“Langgar?”
Tanya Mia selamba. Matanya merenung tajam wajah Syah mencari jawapan. Kosong.Telinga
lelaki itu dilihat semakin merah.
“Hisshhh…budak
nie! Berapa lama kita kiss?!!”Tanya Syah agak kuat tanpa sedar suaranya
didengari oleh pelanggang lain di kedai makan itu. Syah menutup mulutnya laju.
Merah wajahnya.
“Perlu ke
tanya soalan macam tu? Takkanlah Mia nak ukur setiap saat pulak waktu bagi
bantuan CPR? Orang tengah selamatkan nyawa………..” Omelan Mia terhenti apabila
matanya jatuh kepada bibir Syah yang berwarna merah jambu itu. Terasa wajahnya
semakin panas. Peristiwa tersebut bermain kembali dalam benaknya.
“Saja je
tanya. Syah tak pernah buat benda macam tu”jawab Syah perlahan.
“Habis, Syah
ingat Mia pernah buat?”
“Mana Syah
tahu. Syah tak tahu apa-apa pasal Mia. Mia nak Syah buat apa? Fikiran Syah
sekarang kosong! Syah rasa macam orang bodoh je”luah Syah lalu menekupkan
wajahnya. Dia jelas tertekan. Otaknya sengaja diperah untuk mengingati sesuatu.
Satu pun jadilah. Namun gagal.
Mia
meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya untuk menutupi wajahnya. Berbincang
dengan Syah pada ketika itu terasa tiada gunannya. Lelaki itu telah hilang
ingatan. Kini mereka berdua benar-benar tersekat.
“Kita nak
buat apa nie?”
“Nantilah
Mia fikir”Mia memberi keputusan apabila menangkap suara Syah yang kedengaran
seperti budak-budak mengajuk. Terima sahajalah dia Mia. Perbezaan umur kau
dengan dia sesuai. Dia bukannya lebih muda daripada kau pun. Cuma wajahnya
sedikit keanak-anakan. Lagipun kau nak buat apa? Lari ke luar negara? Kau ada
duit ke? Melutut dan minta ampun dengan mak dia? Lepas tu sambung hidup kau
macam biasa? Gila!!
Atau perlu
ke aku jumpa bomoh? Hishh..syirik! Nak dia terangkan kepada ibunya? Dia sendiri
tak tahu siapa aku? Bunuh diri? Hishh..takkan lah aku nak heret dia terjun
bangunan dengan aku?Habis aku nak buat apa? Aku nak buat apa?
“Mia….”
Panggilan
daripada Syah itu dibiarkan sepi. Mia masih ligat mencari jalan penyelesaian.
Dia malas mendengar ulasan lelaki itu. Bukannya lelaki itu tahu apa-apa pun.
“Mia….”
“Mia……”
“Mia, jom
kahwin”
Cadangan
Syah menyebabkan Mia berhenti berfikir. Dia kembali teringat akan lawak lelaki
tersebut yang mengajaknya kahwin. Namun kali ini dia tahu lelaki itu serius.
Kan?
“Apa?”Mia
membuntungkan matanya. Dia benar-benar berharap telinganya salah mendengar.
Idea tersebut pernah diutarakan oleh lelaki tersebut sewaktu lelaki tersebut
‘hilang’. Namun, kini lelaki tersebut melakukan dengan rela hati.
“Kita
kahwin”ulang Syah sambil menunggu reaksi daripada Mia. Bukan senang dia ingin
mengeluarkan pandangan tersebut. Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata? Pandai-pandailah. Dengan situasi sekarang, memang
itulah jalan penyelesaian yang terbaik. Malah , mereka juga tidak mempunyai
sebarang bukti untuk membantu mereka. Mereka ada pilihan lain ke?
Mia
membuntungkan biji matanya. Lama dia memandang tajam wajah Mia meminta
kepastian. Lelaki itu selalu bergurau, adakah lelaki itu masih bergurau?
********************************************************************************************
“Nie ke
rumah Syah?”Soalan daripada Syah mematikan lamunan Mia. Mia sedikit terkejut
apabila ditegur sebegitu. Dia memandang wajah Syah yang meminta kepastian.
Anggukan daripada Mia menyebabkan Syah tersenyum lebar.
“Bagus jugak
taste Syah rupanya”
Mia mencebik
apabila lelaki tersebut memuji diri sendiri. Syah cuba membuka tombol pintunya,
namun tersekat. Syah mengeluarkan kad akses yang diberi oleh penjaga apartment
tersebut. Mujur apabila diminta,penjaga apartment itu memberitahu masih
mempunyai kad akses tambahan. Dia sendiri lupa kad aksesnya sebelum itu.Kad
yang sama diguna pada lif yang membawanya ke tingakt mereka tanpa berhenti di
mana-mana tingkat. Dia cuba menggunakan kad yang sama untuk membuka pintu
tersebut. Alih-laih, kod sekuriti pula diperlukan. Lama dia mengaru kepalanya.
Semua kata kekunci disentuh untuk membuka pintu tersebut. Namun perkataan yang
muncul pada skrin tersebut hanyalah “acces denied” .
“Kenapa tak
boleh bukak nie? Apa password dia?”Syah sudah mula mengaru kepalanya. Alih-alih
dia mengetahui tempat tinggalnya, dia lupa pula password biliknya.
“Mana Mia
tahu?”jawab Mia selmaba. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Ikutkan niat
hatinya, mahu sahaja dia beredar daripada situ. Namun, lelaki itu seorang
penghidap amnesia. Takkanlah dia nak biarkan macam tu je?
“Manalah
tahu…bilik Syah Mia tahu, takkan password Mia tak tahu?”duga Syah. Dia sebenarnya
cuba mencungkil hubungannya dengan wanita itu. Terkejut dia apabila wanita itu
tahu rumahnya.
“Bila
birthday Mia?”
“Kenapa
pulak?”soal Mia agak terkejut. Apa kena dengan birthday aku pula nie?
“Manalah
tahu Syah syok gila kat Mia sampai letak birthday Mia sebagai password” Syah
menjawab selamba. Dia merenung gadis itu menanti jawapan.
“Memang
taklah. Takkan lepas kita bertemu kali pertama, Syah terus jadikan birthday Mia
sebagai password. Syah memang tak tahu apa-apa pasal Mia. Cubalah birthday Syah”
Mia memberi cadangan sambil melihat skrin yang disentuh oleh lelaki tersebut
untuk sistem sekuriti rumah lelaki tersebut. Canggihnya.
“Dah cuba,
tapi tak boleh”
“Cubalah
benda lain.Takkan tak ingat kot?”
Soalan
daripada Mia menghentikan jari jemari Syah daripada menyentuh kod yang ada. Dia
merenung tajam wanita tersebut.
“Takkan
seorang penghidap amnesia boleh ingat kan?”soal Syah sedikit geram dengan
cadangan Mia. Seperti mahu mengejek dirinya.
“Opss…sorry,
lupa. Kalau macam tu cuba tanya Arylah”
Cadangan
daripada Mia tersebut menyebabkan dahi Syah berkerut.
“Mia kenal
Arisyah?”
“Mia jumpa
dia sekali je… dalam rumah nie”jawapan daripada Mia menybabkan riak wajah
lelaki tersebut berubah.
“Betul ke
kita tak ada apa-apa hubungan? Mia banyak tahu pasal Syah nie? Rumah Syah pun
Mia kenal” Syah sudah menimbulkan kegusarannya apabila dilihat gadis itu banyak
mengetahui tentang dirinya. Takkanlah aku heret minah nie masuk rumah aku kot?
“Syah yang
heret Mia”Jawapan selamba daripada Mia agak memerangjatkan Syah. Hilang terus
keinginannya untuk membuka pintu biliknya. Sebanyak mana dia berubah sepanjang
3 tahun tersebut? Adakah dia lelaki seperti itu?
“Biar betul?
Mia pun masuk macam tu je? Kita tak ada buat apa-apa kan?” Soalan spotan
daripada Syah menyebabkan Mia menjeling tajam.
“Mia cuma
datang sekali je, itupun Ary ada masa tu. Mia datang nak jelaskan hutang je.
Kita cuma berjumpa 3 kali je” Syah mengangguk perlahan mendengar penjelasan
daripada Mia. Mujurlah. Dirinya masih waras untuk memilih gadis tersebut
sebagai teman wanitanya. Habis kenapa kau pilih dia jadi isteri kau pulak?
Soalan tersebut menyebabkan Syah terdiam sebentar.
“Syah! Syah
okey tak? Ary dengar Syah lemas”
Satu suara
mengejutkan Syah dan Mia. Mereka dapat melihat Arisyah yang tercungap-cungap
mendapatkan Syah. Wajah wanita tersebut sedikit kepenatan. Peluh memercik pada
dahinya.
“Ary…Ary ke
nie?”soal Syah spotan apabila melihat wajah wanita yang cukup dikenali. Dia
juga lupa jika mereka pernah berjumpa atau tidak selama dia berada di Malaysia.
“Walaupun
Syah hilang ingatan, Syah masih ingat Ary. Ary gembira sangat Syah sembuh.
Terkejut Ary dapat panggilan daripada mama Syah kata Syah di hospital”Syah
tersenyum mendengar penjelasan daripada Arisyah.
“Arisyah
ingat password tak?”
Arisyah
bergerak ke pintu bilik Syah. Lama dia menyentuh skrin tersebut sehingga bunyi
klick kedengaran menandakan pintu tersebut terbuka.
“Password
dia…G.H.O.S.T, Ary pun tak tahu kenapa Syah letak password macam tu” Arisyah
sudah membuka kedua-dua pintu tersebut dan membenarkan Mia dan Syah masuk.
G.H.O.S.T?
Sejak bila aku minat hantu pulak? Syah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal
sambil melangkahkan kaki ke rumah yang cukup asing baginya.
“Wow..luaskan
rumah Syah. Memang nie ke rumah Syah?”soal Syah ceria sambil berlari-lari di
dalam rumahnya. Setiap penjuru rumahnya dilihat dengan teliti. Memang menepati
stylenya.
“Er…Mia
balik dulu ye?”Mia sudah berkira-kira untuk melangkahkan kakinya. Syah laju
menghalang langkahnya.
“Habis
perbincangan kita macam mana?”Syah mahukan jawapan daripada Mia. Mia melepaskan
keluhan berat.
“Kita
bincang lain kali. Sembunyikan hal nie daripada Ary. Lagipun rumah Mia hanya
flat sebelah. Esok Mia datang”Mia sudah mengambil langkah untuk beredar. Hari
tersebut sudah cukup memenatkan baginya. Memang pecah rekod rasanya. Itulah
kali pertama dia berada di dunia luar dalam jangka masa yang cukup lama.
Mia
menghentikan langkahnya apabila terasa lengannya dipegang oleh Syah. Syah
merenung tajam wanita di hadapannya.
“Mia memang
janji akan datang?”Syah sudah mula membuat wajah kesiannya. Mia memandang wajah
tersebut lama. Rasanya seperti memandang wajah lelaki yang membuatk hidupnya
tidak keruan 2 minggu yang lalu. Lelaki tu masih tidak berubah. Sikap
keanak-anakannya masih menyerlah.
“Mia janji”Mia
melepaskan genggaman tangan Syah. Kakinya sudah diangat untuk meninggalkan
lelaki tersebut. Rasa rindunya kepada rumahnya semakin mendalam. Siapa sangka
lawatannya ke pantai tersebut berubah menjadi tragedi buruk. Tarikh sama dia
menyelamatkan Syah merupakan tarikh yang sama dia melepaskan pergi orang yang
disayangi. Adakah semua itu kebetulan?
“Syah,
marilah duduk sini”Mia mula mengajak lelaki tersebut apabila lelaki tersebut
masih tidak beranjak daripada kedudukannya. Entah kenapa, dia merasakan Mia semakin
banyak hadir dari hidup lelaki tersebut. Hatinya agak tidak sedap hati.
“Ary.. Syah
nak tanya benda nie”Syah memulakan perbualan sambil mengambil tempat di hadapan
Arisyah. Arisyah sudah menelan air liurnya. Adakah lelaki tersebut sudah
mengingati segala-galanya?
“Kita pergi
pantai hari nie kan? Kenapa Ary tak ada bila Syah sedar?”Soalan daripada Syah
menyebabkan wajah Mia semakin pucat. Adakah lelaki tersebut sudah
mengingatinya. Semua perbuatan jahat tersebut?
“Macam
mana….”
“Mama yang
cakap. Betul ke kita pergi pantai sama-sama? Mesti Ary tahu apa yang berlaku
kan?”Mia mengurut dadanya apabila mengesan lelaki tersebut masih tidak dapat
mengingati apa-apa.
“Oooo…memang
kita rancang nak pergi sama-sama, tapi pagi tadi Ary tak berapa sihat. Jadi
Syah pergi sorang-sorang. Tak tahu pulak Syah boleh lemas lepas tu hilang
ingatan. Kalau Ary tahu, mesti Ary dah pergi”Arisyah mula mereka cerita.
Hatinya berasa lega apabila lelaki tersebut masih tidak dapat mengingati apa-apa.
Pada asalnya, dia ingin memerangkap lelaki tersebut untuk mengahwininya.
Perkara tersebut diambil apabila mengetahui lelaki tersebut akan kembali ke
Jepun. Sungguh, dia tidak dapat menerima hakikat tersebut. Dia sayang lelaki
tersebut. Adakah 17 tahun masih tidak dapat membuktikan segala-galanya?
Namun
rancangannya gagal, apabila seorang wanita mendengurnya. Tanpa menyiasat
keadaan wanita tersebut, dia terus memecut melarikan diri. Itu semua bercampur
dengan perasaan takutnya kerana telah membuat panggilan palsu. Untuk menjayakan
rancangannya, dia telah meletakkan condom di dalam bot tersebut. Dia terus
melarikan diri tanpa menghiraukan lelaki tersebut. Alih-alih dia mendapat
berita lelaki tersebut lemas dan mengalami amnesia. Dia dapat menarik nafas
lega apabila dikhabarkan lelaki tersebut hilang ingatan. Entah, macam mana
pegawai maksiat tersebut mencari-cari perbuatan zina tersebut.
“Jadi Ary
memang tak tahu apa-apa? Memang Syah pergi sorang-sorang je? Bukan dengan Mia?”
Soalan daripada Syah menyebabkan dahi Arisyah berkerut.
“Syah ada
jumpa dia ke dekat pantai tu?”
Syah
menundukkan wajahnya mendengar soalan daripada Arisyah. Amaran daripada Mia
mula terpapar daripada benaknya. Entah kenapa dia agak mempercayai wanita
tersebut. Mungkin kerana wanita tersebut orang pertama yang dilihatnya setelah
terjaga daripada mimpi ngerinya.
“Ha? Taklah.
Ada nelayan di sana yang selamatkan Syah. Syah jumpa dia berhampiran apartment
kita. Dia cakap dia tahu bilik Syah di mana. Sebab tu Syah bawa dia”Arisyah hanya
mengangguk mendengar penjelasan daripada Syah. Perasaan cemburunya sedikit
lenyap. Dia sudah cukup bersyukur lelaki tersebut tidak mengingati kejadian
tersebut. Itu bermakna dia dapat mendampingi lelaki tersebut tanpa perasaan
risau.
“Mama ada
cakap apa-apa pada Ary?”
“Mama cuma
cakap Syah lemas dan hilang ingatan. Tu je Ary dengar. Ada berlaku apa-apa ke?”
Arisyah agak hairan dengan pertanyaan lelaki tersebut. Adakah dia tertinggal
apa-apa?
“Tak adalah. Sebab, Syah sekarang dah hilang ingatan. Mana tahu Ary boleh cerita serba-sedikit pada Syah” Syah mengalihkan pandangannya apabila Arisyah masih tidak berhenti memandangnya. Dia terpaksa berbohong kepada Arisyah untuk mengotakan janjinya dengan Mia.
“Okeylah,
Ary balik dululah Syah. Syah berehatlah, jangan fikirkan sangat. Syah masih
mempunyai ingatan 25 tahun daripada tak ingat apa-apa”Arisyah cuba menenagkan
lelaki tersebut apabila melihat lelaki tersebut tidak berhenti memegang
kepalanya. Dia sudah berdiri untuk beredar. Hatinya sudah lega.
“Ary tahu
mana rumah Mia?”
Soalan
daripada Syah tersebut menyebabkan langkah Arisyah berhenti. Dia tidak senang
dengan soalan tersebut. Penting sangat ke perempuan tu?
“Dia tinggal
flat sebelah. Bilik Syah dengan dia hanya bertentangan” Jawab Arisyah agak malas.
Bukannya terasa ingin bertanya akan dirinya memandang lelaki tersebut telah
hilang ingatan. Namun nama Mia juga yang meniti di bibir lelaki tersebut.
“Er…Ary”
Panggilan
daripada Syah menghentikan langkah Arisyah sekali lagi. Apa lagi yang lelaki
itu mahu tahu pasal Mia? Dia menoleh ke belakang dengan keadaan malas. Hilang
moodnya untuk melawat lelaki tersebut.
“Apa?”
“Ary nampak
lainlah sekarang…Ary nampak…”
“Macam
perempuan”potong Arisyah laju. Itulah yang sering diucapakan oleh lelaki
tersebut sejak pulang daripda Jepun. Naik bengang dirinya. Pelbagai produk muka
yang dicuba untuk tampil cantik dihadapan lelaki tersebut. Namun 17 tahun tidak
berjumpa, hanya itu yang keluar daripada mulut lelaki kesayangannya.
Syah
tergelak perlahan mendengar jawapan Arisyah. Dia mengeleng kepalanya laju.
“Taklah..
Syah cuma nak kata Ary comel sangat sekarang. Lama tak nampak Ary.. Rindu
rasanya”
Jawapan
selamba daripada Syah menyebabkan Arisyah ternganga, benarkah apa yang
didengar? Lelaki itu memujinya? Adakah hentakan semasa lelaki tersebut lemas berjaya
memulihkan penglihatan lelaki tersebut?
“Kenapa Ary
terkejut? Takkanlah first time dengar kot?”
First time
daripada orang yang Ary suka. Arisyah menjawab dalam hati. Hatinya telah
berbunga. Rasanya lelaki tersebut semakin memenuhi taman hatinya. Untuk menutup
malunya, dia menyambung langkahnya meninggalkan lelaki tersebut. Apabila
menutup pintu lelaki tersebut, dia bersandar pada pintu lelaki tersebut.
Hatinya berdegup kencang. Inikah hikmah apabila lelaki tersebut hilang ingatan?
Sekurangnnya usahanya berjaya walaupun rancangan tersebut gagal.
*******************************************************************************************
Mia
menghembaskan badannya di atas katil bujanganya. Satu keluhan berat dilepaskan.
Terlalu banyak yang dilaluinya hari tersebut. Setiap wajah yang dijumpai silih
berganti bermain di mindanya. Wajah mengejek 4 orang pegawai pencegah maksiat
tersebut. Wajah Datin Hayati yang menangis kegembiraan mendengar persetujuan
daripada Syah. Wajah Ary yang tersenyum kecil memandang wajah Syah. Kemudian
benaknya dikuasai wajah Syah yang sering tersenyum riang tersebut.
“Jom kita
kahwin”
Mia bangun
daripada pembaringannya. Suara tersebut kedengaran begitu dekat di
pendengarannya. Kahwin? Dia menepuk kedua-dua pipinya. Kemudian dia tergelak
kecil.
“Aku dah
gila agaknya”
“Berapa lama
kita langgar” Mia cuba mengajuk cara percakapan Syah. Dia tergelak seketika.
“Lelaki itu
gila ke? Orang selamatkan nyawa dia, cuma itu yang terfikir dalam benakanya?
Kotorlah”
Mia
mendengus kasar. Tanpa sedar figura kejadian tersebut bermain dalam benaknya.
Bagaimana dia memberanikan wajahnya mendekati wajah lelaki tersebut. Bibir
lelaki tersebut yang berwarna merah jambu. Memang menjadi kegilaan ramai gadis.
“Apa yang
aku mengarut nie? Kotornya cara aku berfikir”Mia menutup mulutnya laju. Akal
fikirannya telah buntut. Mia menarik selimut yang menutupi wajahnya. Laju
matanya ditutup rapat. Masih sukar untuk melelapkan matanya. Tidak percaya. Dia
bergerak ke bilik airnya. Dia memicit ubta giignya sekuat yang boleh lalu
mengosok giginya laju. Dia berharap dengan cara itu, kesan CPR tersebut akan
hilang.
“Berapa lama
kita kiss?”
Soalan Syah
bermain kembali dalam benaknya. Arrghh…ciuman pertamanya telah dicuri oleh
lelaki itu. Dahlah…dia yang cium dulu. Mia melemparkan berus giginya ke dalam
sinki. Dia mengaru kepalanya kasar. Aku dah gila agaknya?
**********************************************************************************************
Syah
membasuh wajahnya dengan air untuk menghilangkan pencuci muka yang dipakainya.
Perlahan-lahan, dia membuka balutan pada kepalanya. Rasa sakit mula menyerang
kepalanya apabila dia membuka balutan yang terakhir. Dia menyentuh kepalanya
seketika.
“Ingatan 3
tahun?”
Dia ketawa
kecil. Ketawa dengan dirinya sendiri. Bagaimana dia boleh tiba dia Malaysia?
Mengapa dia mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia selepas 17 tahun di
Jepun? Apabila dia membuka matanya, dia
telah dituduh berzina dengan seorang perempuan yang selekah. Dia tahu imannya
tidaklah sekuat alim-alim ulama yang lain. Namun tidaklah sampai selemah untuk
tidur bersama seorang perempuan. Jumpaan condom tersebut macam mana? Hishh…dia
bukan taste aku pun!
Dia merenung
wajahnya. Sesekali dia menyisir rambutnya dengan tangan kirinya.
“3 tahun dah
berlalu. Tak sangka muka aku tetap tak berubah. Handsome jugak aku rupanya 3
tahun akan datang” Syah menyentuh wajahnya perlahan-lahan. Memang bangga
rasanya melihat wajahnya yang masih kacak walaupun mencecah usia 28 tahun.
Wajahnya agak keanak-anakan kerana dia sikapnya yang sangat menjaga wajahnya.
Di Jepun, kebanyakan lelaki menjaga kulitnya dengan baik. Sedar tidak sedar,
dia juga mengikut tindak tanduk mereka. Memang kulitnya cerah tanpa noda-noda
jerawat. Tangannya menyentuh matanya. Dia memiliki mata yang redup dengan bulu
mata yang agak panjang di bahagian atas. Malah hidungnya mancung dan kecil
sesuai dengan wajahnya yang kecil. Namun, tangannya berhenti lama pada
bibirnya. Dia mengerut seketika melihat imej bibirnya yang terbentuk dalam
cermin. Apasal namapk pecah je sikit?
“Minah nie
buat CPR dengan mulut ke dengan batu?” Syah mula mengomel apabila didapati
bibirnya sedikit pecah. Figura wanita asing itu terpamer dalam ingatannya.
Tidak boleh dibayangkan bagaimana wanita itu akan menjadi isterinya nanti. Syah
membuka tombol pintu bilik airnya. Fikirannya sedikit terganggu memandang
mereka akan berkahwin. Dia memerhati biliknya lama. Memang bilik tersebut
memenuhi cita rasanya yang berkonsepkan kontemporari. Hiasan dalamnya cukup
sempurna memenuhi cita rasanya. Malah rak-rak yang memenuhi komiknya berbentuk
melengkung berwarna putih. Di ruang tamunya, menempatkan set sofa berwarna
putih dengan meja kaca yang kecil di tengahnya. Matanya tertuju pada sebuah
televisyen LCD 42 inci yang digayakan bersama satu set stero berjenama.
Matanya
mengerling kepada bilik air yang dimasuki sebentar tadi. Memang cukup lengkap
segalanya. Mempunyai pemanas air, tab mandi dan setiap sudut bilik air tersebut
hanya dipisahkan dengan dinding kaca. Paipnya mengunakakan system deria yang
mengeluarkan air dengan meletakkan tangan dibawahnya. Memeng mengikut cita
rasanya. Memang sah-sah rumah itu miliknya. Namun bagaimana kerjanya di Jepun?
Dia dah berhenti ke?
Bunyi
telefon yang berdering mematikan lamunannya. Dia menoleh ke arah telefon rumah tanpa
wayar yang diletakkan atas meja dapurnya. Laju kakinya diayun untuk mengangkat
panggilan tersebut.
“Ya? Siapa nie?”
“Syah. Mama
nie. Mama nak beritahu yang kereta Syah mama dah suruh Pak cik Hamid ambil.
Ipad Syah mama dah hantar ke kedai. Tapi mengambil masa sedikit laa. Masuk air
banyak sangat” Suara ibunya kedengaran pada cuping telinganya apabila telefon
tersebut diletakkan pada telinganya. Syah mula bergerak ke beranda rumahnya.
Sebuah flat yang agak usang terpamer pada pandangannya. Biasanya, pemandangan
bintang atau bulan yang memenuhi pandangan pengunjung apabila berada di
apartment semewah itu pada waktu malam. Namun, lain pula yang dilihtanya.
“Syah..Syah
betul-betul akan kahwin kan?”
Soalan
daripada ibunya itu menyebabkan otak Syah terfikir sejenak. Memang salahnya
kerana terkeluar idea tersebut. Kenapa dia bertindak begitu?
“Itu, Syah
kena bincang dengan Mia dulu lah mak. Syah tak berani ambil keputusan. Lagipun,
Syah memang tak kenal dia. Entah macam mana Syah boleh berkenalan dengan dia”
Syah melepaskan keluhan berat. Matanya tertacap kepada bilik dihadapannya yang
masih menyala. Berbeza dengan bilik-bilk lain yang telah gelap. Itu ke bilik
Mia?
“Tak apalah.
Bila Syah dah kahwin dengan dia, mana tahu ingatan Syah akan recall balik. Lagipun
sekarang, cuma Syah dan Mia je saksi. Lepas kahwin, Syah minta tolong dialah
memulihkan ingatan Syah. Mama rasa mesti Syah couple dengan dia. Takkanlah dia
boleh tahu nama Syah kan?”Cadangan daripada ibunya sedikit sebanyak meracuni
fikirannya. Betul jugak, kalau dia ingat segala-galanya, pasti tuduhan ke atas
dirinya dapat dihapuskan. Tidak perlulah dia meneruskan perkahwinan dengan
wanita itu.
“Mungkin
juga mama. Esok Syah akan telefon dia. Syah letak dulu ye mak?”Syah sudah
menekan punat telefon tersebut. Fikirannya mula serabut. Cadangan ibunya
semakin memaksa dirinya untuk menerima wanita itu.
Lamunan Syah
terhenti apabila matanya tertacap pada tubuh seorang wanita yang tiba-tiba
sahaja muncul di beranda bertentangan dengan apartmentnya.
“Mia?” Nama
tersebut meniti pada bibirnya. Tidak sangka dia akan berjumpa dengan wanita
tersebut. Memang betullah wanita tersebut tinggal di flat bersebelahan
apartmentnya.
Mia
menghentikan langkahnya apabila dia menangkap sekujur tubuh yang berdiri agak
jauh dengannya. Degupan jantungnya mula dirasai. Kini, dia benar-benar takut
untuk menatap wajah lelaki tersebut. Sangkaannya, fikirannya akan tenang
apabila memandang bintang-bintang yang bertaburan di langit. Namun semakin
kusut rasanya.
“Dah fikir
ke?”Jeritan Syah dapat didengari di gendang teliganya. Mia mengerut dahinya
apabila gagal menangkap kata-kata lelaki tersebut. Dia memberi isyarat dengan
tangannya tanda tidak memahami kata-kata lelaki tersebut.
Syah
tergelak apabila melihat isyarat yang dibuat wanita tersebut. Lembaplah minah
nie. Syah meletakkan jari telunjuknya pada dadanya kemudian ditujukan pula
kepada Mia. Kemudian dia membuat bentuk love dengan tangannya.
Mata Mia
membulat. Dia akhirnya dapat menangkap maksud lelaki tersebut. Kahwin?
“Nanti fikir”
Jawapan ringkas daripada Mia menyebabkan Syah sedikit tersenyum. Wanita
tersebut dilihat agak pediam kerana banyak menundukkan wajahnya. Baik berjalan
ataupun ketika bercakap dengan seseorang. Berbeza dengan personalitinya yang
selalu ceria dan pandai bergaul dengan semua orang.
“Kenapa
fikir lama-lama? Dah ada boyfriend ke?”Syah mengajukan soalan kembali kepada
Mia. Figura lelaki yang bergaduh dengannya di hospital muncul kembali dalam
ingatannya. Lelaki tersebut agak kacak namun rasanya dirinya jauh lagi kacak
daripada lelaki tersebut. Lelaki yang panas baran begitu menjadi pujaan wanita
itu?
Mia
menyilang kedua-dua belah tangannya membentuk tanda X lalu mengeleng kepalanya
laju. Syah tergelak melihat respon gadis itu. Bisu ke minah nie?
“Habis kenapa
susah sangat nak terima?”
“Syah setuju
ke dengan pernikahan macam tu?” Mia sudah mengajukan soalan. Rasanya sukar
untuk dia mentanslate kata-kata begitu mengunakan isyarat tangan.
“Syah tak
suka dekat Mia pun. Rasanya kenalan Syah di Jepun jauh lagi cantik” Mia
mencebik mendengar jawapan lelaki itu. Aku pun tak suka dekat kaulah! Kalau aku
jalan dengan kau, mesti orang ingat kau tu adik aku!
“Tapi…rasanya Syah sudah ada cara untuk menyelesaikan masalah kita. Sama-sama dapat untung. Macam mana?” Cadangan lelaki itu sedikit menarik perhatiannya. Dia mengangkat keningnya laju untuk mendapat cadangan selangjutnya daripada lelaki itu.
“Esok, jumpa
di café sebelah apartment Syah. Boleh?”
Mia hanya
mengangguk. Dia kembali melayan lamunannya apabila melihat wajah Syah yang tenang
melihat bintang yang berkelipan di langit. Masing-masing sibuk melayan perasaan
tanpa mempedulikan kewujudan masing-masing. Harapannya agak cadangan lelaki
tersebut dapat diterima dek akalnya. Lelaki tersebut berada di Jepun, pasti
dapat member idea yang bernas kan?
*************************************************************************************************
“Kahwin
kontark?” Biji mata Mia bagaikan mahu terkeluar memandang wajah Syah yang
selamba menghirup coco cola di dalam gelasnya menggunakan straw. Fikiran Mia
semakin kusut. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang main-main. Perkahwinan sesuatu
yang dituntut oleh Allah SWT untuk menambahkan lagi bilangan umat islam. Mereka
pula boleh berfikir untuk kahwin kontrak? Gila!
“Syah tahu
tak kahwin tu bukan benda main-main?” Mia meluahkan pendapatnya. Dia kurang
senang dengan cadangan lelaki itu. Tinggal di Jepun telah menyebabkan iman
lelaki tersebut semakin pudar ke?
“Syah tahu…
tapi kita tak ada jalan lain. Syah sedar-sedar nampak Mia agak tidak terurus di
depan Syah. Apa lagi yang bermain dalam fikiran Syah? Bagaimana kalau kita
betul-betul…”
“Kita tak
buat apa-apalah!! Mia tak buat apa-apa!”potong Mia laju. Syah melepaskan
keluhan. Gelas yang berisi coco cola itu diletakkan kembali di atas meja
makannya.
“Habis itu,
tolonglah Syah pulihkan kembali ingatan Syah. Kita kahwin!” Mia mengeleng
mendengar cadangan lelaki itu. Memang agak logik dan merupakan jalan
penyelesaian yang baik, namun bagaimana lelaki tersebut memungkiri janjinya
pada saat akhir?
“Kita kahwin
atas alasan kita dituduh berzina. Dalam waktu itu, Mia tolong pulihkan ingatan
Syah. Mia sahaja saksi yang ada sekarang. Mia sahaja yang tahu apa yang berlaku
pada waktu itu. Bila ingatan Syah dah pulih, Syah akan terangkan
segala-galanya. Kita putuslah selepas itu. Syah akan pergi ke Jepun kembali”
Syah menerangkan tujuan asal perkahwinan mereka. Setelah difikir sedalam-dalamnya,
dia yakin dia telah mengambil keputusan yang bijak. Takkanlah dia nak pergi ke
Jepun tanpa ingatan 3 tahun itu. Bagaimana dengan kerjanya? Takkan juga dia nak
membiarkan wanita itu seorang diri menghadapi tuduhan itu?
“Senanglah
Syah cakap! Kita cuma berjumpa 3 kali”
“Oppss..sorry.
Kita dah majulah sikit. Dah 4 kali. Plus dengan perjumpaan kita semlam, 5 kali”potong
Syah sambil mengetuk meja di hadapannya untuk mengingati perjumpaan mereka ketika
itu.
“5 kali?
Terus kahwin? Mia tak kenal apa-apa pasal Syah” Mia melepaskan luahannya. Jelas
dia tidak senang dengan lelaki itu. Begitu senang lelaki itu mampu masuk dalam
hidupnya.
“Syah
lagilah tak kenal apa-apa pasal Mia. Bagi Syah ini pertemuan kita yang pertama.
Mia ingat senang ke Syah nak ambil keputusan untuk kahwin dengan orang asing
macam Mia? Syah tak ada ingatan 3 tahun lepas. Syah nak minta tolong Mia
pulihkan. Kita sama-sama dapat untung. Syah dapat ingatan Syah. Maruah Mia
terjamin”
Mia
melepaskan keluhan. Dia kembali menegakkan kepala dan merenung ruang café
tersebut. Memang agak moden. Malah konsepnya agak sama dengan café yang dilihat
dalam drama korea iaitu Coffea Prince. Matanya berhenti pada meja sekumpulan
remaja perempuan yang tidak berhenti-henti melihat Syah. Lelaki tersebut masih
berlagak selamba. Matanya melihat pula pada penjaga kuater yang terletak
berhampiran dengan mereka. Penjaga wanita itu tidak berhenti-henti melihat
Syah.
“Jadi patut
ke kita perkenalkan diri masing masing?” Mia mengalihkan pandangannya pada Syah
yang tersenyum. Senyuman lelaki itu masih tidak berubah. Masih sama.
“Saya Syah.
Good-looking man. Tinggi 178 cm dan agak feymes dalam kalangan perempuan. Saya
boleh kata sekumpulan wanita di belakang kita dah jatuh hati pada Syah” jawab
Syah selamba sambil menunjukkan ke arah sekumpulan remaja yang dilihat oleh Mia
seketika tadi. Barulah Mia tahu lelaki tersebut sedar dengan kehadiran sekumpulan
wanita tersebut. Sangkaannya,lelaki tersebut tidak sedar.
“Tolonglah”
Mia menyambung kata-katanya sambil mengalihkan pandangan ke arah lain. Sengaja
dia mencebik mendengar kata-kata lelaki itu. Overlah mamat nie.
“Saya juga
boleh kata, ramai orang yang ketakutan bila melihat muka Mia macam hantu
nie”sambung Syah lagi. Mata Mia mebulat mendengar mulut Syah yang lancar
bersuara. Mendidih rasanya.
“Syah nak
apa sebenarnya? Nak kena tumbuk lagi?”Mia menahan marahnya sambil merenung
lelaki tersebut. Lelaki itu agak terkejut.
“Lagi? Mia
pernah tumbuk Syah ke sebelum nie?”soal Syah agak tidak percaya.Ralit dia
memandang wajah wanita itu meminta jawapan. Aku? Kena tumbuk?
“Entahlah.
Mia tak ingat sangatlah. Takkan Syah tak ingat?”Mia mengenakan lelaki tersebut.
Sengaja dia berkata begitu memandang lelaki tersebut telah hilang ingatan.
Pasti lelaki tersbeut telah lupa dengan kejadian yang menimpa mereka.
“Janganlah
nak main-main! Sejauh mana hubungan kita sampai Mia tumbuk Syah?” Syah mula
hilang sabar apabila wanita itu seperti ingin melambat-lambatkan jawapan
mereka.
“Sorry,
ingatan Mia tak berapa elok sangat. Syah ingat sendirlah”
Syah
merengus kasar mendergar jawapan wanita itu. Seronok sangat ke mempermainkan
seorang penghidap amnesia sepertinya?
“Sebab tu
Syah minta kita kahwin. Lepas Syah dah ingat kembali, kita putus. Syah pun nak
kembali ke Jepun. Kita tidur asing-asing. Syah di apartment Syah. Mia di flat
Mia. Tiada apa yang berubah antara kita. Kita akan rahsiakan hal nie dari semua
orang. Macam mana?” Syah cuba tawar menawar dengan Mia. Dia dapat melihat
wanita itu masih berfikir panjang. Jangan risaulah, aku tak akan sentuh kau
pun.
“Tolonglah.
Kita dah terlajak kata dekat mama Syah. Kita dah kena tangkap basah! Syah
hilang ingatan. Kita tiada bukti atau saksi. Mia ingat semua masalah ini dapat
diselesaikan dengan masa?” Mia melepaskan keluhan berat. Otaknya sedikit
sebanyak mula menerima cadangan lelaki tersebut. Betulkah tindakannya
mempercayai lelaki yang cukup asing dalam hidupnya itu. Lelaki yang akan
memegang status penting dalam hidupnya.
“Lepas kita
putus… Syah jangan jumpa Mia lagi. Syah akan kembali ke Jepun. Anggaplah tiada
apa yang berlaku antara kita. Kalau kita bertembung mana-mana, terus jalan.
Jangan tegur atau tengok pun. Faham?”Mia mula mengenakan syaratnya. Syah sedikit
terkesima. Benaknya seperti pernah mendengar kata-kata sebegitu. Tapi di mana?
Syah memegang kepalanya yang tiba-tiba dirasa berdenyut.
Mia bangun
apabila melihat wajah lelaki tersebut pucat. Lelaki tersebut tidak berhenti
menekan kepalanya yang telah dibuka balutan. Kenapa dengan lelaki itu? Mia mula
bangun daripada kerusinya lalu bergerak mendekati lelaki tersebut. Baru sahaja
dia ingin menyentuh kepala lelaki tersebut, tangannya tiba-tiba disambar kasar
oleh seseorang.
“Apa nie?
Sakitlah!!”Mia mengadu kesakitan apabila tangannya direntap kasar. Dia dapat
melihat wajah Adam yang merenung tajam ke arahnya.
“Kau buat
apa dekat sini? Lepas kena tangkap basah masih boleh buat date lagi? Memang tak
malulah kau nie” Adam semakin mengenggam kasar tangan Mia apabila gadis itu
berusaha menarik tangannya.
“Apa Am buat
dekat sini? Bukan ke Am suruh Mia lari dari hidup Am?”
“Macam mana
Am nak hidup tenang? Berita tentang Mia terngia-gia di telinga Am. Sekarang
semua orang memandang serong pada Am” Adam melepaskan kemarahannya. Dia mula
mengherat wanita tersebut keluar daripada café tersebut.
“Lepas Mia
bunuh orang yang Am sayang. Mia boleh hidup selamba macam nie? Lepas tu Mia
riuhkan hidup Am dengan masalah Mia nie? Mia ada perasaan ke tak ha?”bentakan
daripada Adam sedikit menghiris hatinya. Orang yang Am sayang, Mia pun sayang
jugak. Kenapa mesti menuduhnya ke tahap itu?
“Mia memang
tak tahu malu kan? Mia kahwin dengan dia. Lepas tu, Mia delete nama Am dalam
contact Mia. Kita jangan berjumpa lagi. Mia teruskanlah hidup Mia” Adam sudah
membuat keputusan. Wanita itu mahu atau tidak, dia tetap akan memaksa.
“Kahwin? Apa
yang Am mengarut nie?”Mia agak terkejut dengan cadangan Adam. Kahwin? Dengan
siapa? Syah masih di café tersebut? Dia cuba menarik tangannya daripada diheret
lelaki tersebut namun sia-sia.
“Kalau mamat
tu tak nak Mia. Am dah cari pak sanggup yang lain” Membuntung biji mata Mia
mendengar kata-kata Adam. Pak sanggup lain? Dengan Syah sendiri dia menolak,
inikah pula lelaki lain?
“Mia boleh
selesaikan masalah Mia. Mia tak perlukan Am untuk tolong Mia. Am kembalilah di
tempat Am. Mia tengok Am rasa seperti tengok anjing yang kelaparan tepi jalan”
“Apa Mia
cakap?” Adam menghentikan langkahnya. Dia merenung ke arah Mia yang berani
berkata-kata. Dia ingat ayat itu. Itulah ayat yang pernah dituturkan kepada Mia
suatu ketika dahulu.
“Am
betul-betul tak ingat? Itulah ayat terakhir yang pernah Am cakap pada Mia. Am
pergilah kembali pada isteri Am. Entah dia tahu tak yang Am nie ada adik macam
Mia”
Mia menarik
tanagannya agak kasar. Dia memberanikan diri untuk menjawab kata abangnya. Dia
bukan lagi gadis yang sama seperti dulu. Dia tidak akan membenarkan lelaki itu
meninggalkan luka dalam hatinya lagi.
“Kau
berlagak sekarang ye? Mentang-mentang kau akan kahwin dengan orang kaya” Adam
menjerit agak kuat. Pergaduhan mereka mula mendapat tumpuan orang ramai. Dia
cuba menahan api kemarahannya yang menunggu masa sahaja untuk meletus.
“Kenapa? Keluarga
Am tak sekaya Syah ke?” Mia menjawab lancar. Adam dilihat agak terkejut dengan
jawapan Mia yang didengar agak kurang ajar itu.
“Berani kau
cakap macam tu pada mak mentua aku ye?”Adam sudah bergerak mendekati Mia.
Tangannya digengam menahan marah apabila melihat wajah Mia yang masih selamba.
Gadis itu seperti tiada perasaan.
“Kenapa?
Kalau masih tak kaya, Am nak cari isteri baru ke?”
Adam sudah
hilang sabar. Tangannya sudah diangat untuk menampar Mia. Namun gadis itu masih
berwajah selamba berdiri di hadapannya tanpa mengambil tindakan untuk melarikan
diri ataupun mengelak daripda tamparannya.
Belum sempat
tangan Adam menyentuh pipi lembut Mia, Syah lebih laju memegang lengan lelaki
tersebut. Dia melepaskan tangan Adam agak kasar lalu menolak badan lelaki
tersebut menjauhi Mia. Walaupun kepalanya masih sakit, dia gagahi dirinya untuk
membantu wanita tersebut. Semakin lama dia melihat, lelaki tersebut semakin
bertindak kasar.
“Kau jangan
nak masuk campurlah!! Ini urusan antara abang dengan adik” bentak Adam
mendekati Syah. Mahu rasanya dilenyek lelaki tersebut. Lelaki tersebut tidak
berhenti mempertahankan adiknya. Adakah mereka mempunyai hubungan yang serius?
“Aku paling
tak tahan melihat orang permpuan kena buli. Ikutlah perempuan itu adik kau atau
tidak” Syah merenung tajam Adam yang berdiri megah di hadapannya.
“Lebih-lebih
lagi, perempuan tu isteri aku”sambung Syah membuntungkan biji mata Mia dan
Adam.
“Isteri?”soal
Adam tidak percaya. Dia memandang Mia meminta kepastian. Namun wanita itu ternganga
memandang Syah.
“A’ah… kami
akan berkahwin esok. Kami telah buat persetujuan. Rasanya itu dapat
menyelesaikan masalah antara kau dengan dia kan?” Syah bertanya lembut. Adam
mengangguk kepalanya mengiakan kata-kata lelaki tersebut. Tidak sangka lelaki
tersebut akan mengambil keputusan secepat itu. Sekurangnya, maruahnya terjaga
daripada mempunyai adik yang dituduh melakukan zina. Sudah tentu dia perlu
menguruskan Mia jika terjadi apa-apa.
“Mia betul
ke? Mia akan berkahwin? Maruah Am akan terjaga lah?” Adam bertanya riang kepada
Mia. Mia menunduk wajahnya. Senyuman daripada Adam itu seperti dapat ditangkap
oleh akal fikiran Mia. Senyuman yang menghiris hatinya. Penting sangat ke
maruah lelaki tersebut berbanding nasibnya. Itu ke yang abang nak? Sejauh itu
ke pentingnya maruah abang? Hati Mia merintih kesedihan. Lelaki itu hanya
mencarinya kerana takut maruahnya tercalar. Bukan kerana rindu seorang abang
kepada adiknya. Abangnya tidak pernah menyanyanginya. Mia menahan air matanya
yang ingin keluar. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu mengangkat wajahnya.
“Em… esok
kami kahwin”
Syah
mendengar jawapan gadis itu yang perlahan di pendengarannya. Wajah wanita
tersebut agak berubah namun tidak sedikit pun menangis. Masih lagi tenang namun
cukup menyeksakan jiwanya. Dia beralih pula kepada wajah Adam yang tersenyum
sambil menadahkan tangannya tanda syukur. Rupanya lelaki itu abangnya.
Bagaimana seorang abang boleh bersikap macam tu?
No comments:
Post a Comment