[2]
It's Start With A Kiss
Mia
megangkat kepalanya apabila teliganya menagkap bunyi ketukan pada pintu
biliknya. Dia mula mengiggit jarinya apabila ketukan pintu itu semakin kuat
daripada biasa. Tangannya mula berpeluh lalu dia menggengam erat selimut yang
membaluti badanya. Fikirannya semakin kusut. Buntut menjadi jalan
penyelesaiaan.
“Bukaklah!!
Sampai bila makcik nak sembunyi?!”jerit Syah sambil mengetuk pintu Mia. Dia
merengus kasar apabila tiada jawapan yang didengar. Tidak cukup dengan itu dia
menekan pula loceng bilik Mia berkali-kali sambil mengetap bibirnya. Namun,
tiada balasan. Tiada suara yang menyuruhnya pergi atau membuka pintu kepadanya.
Kau main-main dengan aku ye?
Mia menutup
matanya rapat. Hatinya terasa mahu menjerit menyuruh lelaki tersebut beredar.
Tetapi dia takut dengan cara begitu lelaki tersebut akan mengetahui dirinya
masih berada di rumah. Dia berharap lelaki tersebut fikir dia sudah beredar.
Sabar Mia! Lama-lama larilah mamat tu. Mia mengingati dirinya.
“Bukak!!
Dasar pencabul!!”jerit Syah semakin kuat yang jelas didengari pada gendang telinga
Mia.
“Pencabul?”ujar
Mia perlahan. Dahinya berkerut mendengar tuduhan Syah. Bila masa aku pegang
dia? Aku tengok jelah!! Jangan melebih-lebihlah!! Rungut Mia dalam hati. Merah
mukanya apabila dituduh begitu.
“Bukak pintu
nie!! Jangan sampai saya pecahkan pintu bilik makcik pulak. Makcik ingat sikit saya
nie lelaki”ugut Syah sambil mengetuk pintu Mia bertalu-talu. Ketukan tersebut
cukup merimaskan Mia. Bunyi ketukan pintu dan loceng biliknya didengari silih berganti-ganti.
Mia benar-benar benci keadaannya. Macam mana kalau jirannya terdengar
pergaduhan mereka? Kenapa minggu nie, tiba-tiba sahaja dirinya menjadi tumpuan?
“Bukak!!”marah
Syah. Syah menyising sweater yang tersarung pada badannya. Dia mengetap kasar
bibirnya.
“Makcik
cabar saya kan? Makcik betul-betul taknak bukak? Saya tahu makcik ada dalam
nie!!”
Mia membuka
teliganya. Pucat wajahnya apabila lelaki itu ingin menendang pintu biliknya.
Cepat-cepat dia menyandar pada pintu biliknya. Tolonglah! Janganlah buat macam
nie. Namun rintihan Mia hanya mampu didengar oleh dirinya sahaja. Dia memeluk
erat pintu biliknya degan harapan pintu biliknya tidak akan pecah degan mudah.
“Saya bilang
sampai 3. Makcik masih taknak bukak ke?”Syah masih mengugut Mia. Perlahan-lahan
kakinya diundur daripada pintu bilik Mia.Dia membetulkan rambutnya sambil
memandang tajam pada pintu bilik Mia. Lama dia menghirup udara untuk mencari
kekuatan memecahkan pintu tersebut. Kau ingat aku nie lembik ke ha?
“SATU…”Syah
mulakan pergiraannya. Dia sudah berkira-kira untuk menendang pintu tersebut.
“Dua….”Mia
menutup rapat telinganya. Dia menghela nafas sedalam-dalamnya bagaikan membuat
persediaan untuk segala kemungkinan yang berlaku. Tak! Aku tak boleh bukak
pintu nie!! Lama-lama, mesti dia bosan.
“Tigaaaaaaaaaaaaa…!!!!!”Syah
sudah bergerak laju ke arah pintu bilik Mia. Satu tendangan kuat dilepaskan
pada pintu bilik Mia sehingga mampu didengari oleh jiran tetangga yang lain.
Tendangan yang cukup kuat daripada Syah menyebabkan pintu bilik Mia hampir
pecah dan menolak badan Mia yang bersandar pada pintu tersebut.
“Arrrghhhhhh!!”satu
jeritan dilepaskan oleh Mia apabila dia gagal mengimbangi badannya dan terjatuh
mencium lantai biliknya. Mia mengosak-gosak hidungnya yang pedih disebabkan
tercium lantai pintu. Dia mengetuk kepalanya apabila secara tidak sengaja dia
telah mengeluarkan suaranya. Syah meletakkan telinganya pada pintu tersebut apabila
terdengar jeritan gadis itu.
“Haa, saya
tahu makcik ada di dalam!! Bukak! Makcik ingat semua masalah boleh diselesaikan
macam tu je?”ujar Syah sedikit kasar. Dia tersengih apabila makcik tersebut
masih berada dalam biliknya. Loceng bilik Mia ditekan beberapa kali.
“Selepas
makcik cabul saya, makcik boleh buat tak tahu macam tu je? Macam mana ada orang
tua miang macam nie? Makcik tak kesian ke dengan anak-anak makcik?”
Mia mengetap bibirnya mendengar tuduhan Syah.
Aku tak cabul kaulah senget!!
“Bunyi apa
bising-bisng sangat nie?!!”Aiman sudah menunjukkan wajahnya. Dia mengaru
kepalanya yang tidak gatal apabila tidurnya terganggu. Sangkaannya bunyi
tersebut hanya sementara, namun lama-kelamaan dia sendiri tidak tahan. Mata
Aiman membulat melihat keadaan seorang lelaki yang kacak dan separuh bogel berdiri di hadapan pintu gadis flat 124.
Siapa mamat nie?
“Saya minta
maaf. Tapi saya ada urusan nak selesaikan nie”ujar Syah sedikit perlahan. Dia
menunduk kepalanya tanda maaf. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal apabila
pergaduhan mereka mula mendapat perhatian daripada orang lain. Malu rasanya apabila
dirinya diperhati. Dia sambung mengetuk pintu bilik Mia perlahan-lahan dengan
muka yang tebal menahan malu.
“Man, siapa
tu…..OMG!!?”Mata Zaid yang masih mengantuk membulat melihat penambilan Syah
apabila dada lelaki tersebut terdedah begitu sahaja dan hanya mengenakan seluar
pendek. Apa yang budak hantu tu buat
dekat lelaki itu sehingga lelaki tersebut sanggaup keluar dalam keadaan begitu?
Jangan-jangan…Akal fikiran Zaid mula berfikir bukan-bukan
Aiman menoleh
ke arah Zaid yang sedang menutup mulutnya sambil matanya membulat melihat
penampilan lelaki yang tidak dikenali
itu. Tidak pernah ada seorang pun lelaki yang datang ke bilik gadis tersebut.
Selalunya bilik gadis tersebut sunyi seperti tidak berpenghuni. Alih-alih ada
lelaki yang separuh bogel berdiri di hadapan pintu tersebut. Daripada
percakapan lelaki tersebut, seperti mereka sudah lama berkenalan. Kenapa dia
tidak pernah tahu? Hati Aiman mula dicuit rasa cemburu.
“Makcik
bukak!! Bukaklah, dah ramai orang datang. Makcik nak besarkan lagi hal nie?
Makcik nak saya laporkan kepada polis?”ugut Syah sambil mengetuk pintu bilik
Mia. Mia mengeleng kepalanya laju namun semua itu tidak dapat dilihat oleh
Syah. Hati Mia merintih berharap lelaki tersebut beredar. Bukan itu
rancangannya dalam kehidupan. Tidak sedar sejak bila hidupnya tiba-tiba menjadi
seriuh itu. Dia betul-betul benci!!
“Makcik?
Orang yang tinggal dalam bilik nie masih berusia 26 tahun lah”ujar Aiman pelik
mendengar panggilan yang diberikan oleh lelaki itu.
“Ha? 26 tahun?
Dengan rambut serabai dan baju selekeh macam tu?”soal Syah apabila mendengar
jawapan tersebut. Dia menghalakan
jarinya ke pintu gadis yang dianggap makcik tersebut sambil matanya membulat
melihat Aiman meminta kepastian. Anggukan daripada Aiman membuatkan Syah ketawa
geli hati. Malu dengan diri sendiri sebenarnya.
“Oooo..
muda-muda lagi dah jadi pencabul”ujar Syah sambil tersengih.
“Apa
pencabul?” ujar Aiman dan Zaid serentak. Masing-masing melihat sesama sendiri.
Gadis flat 124? Pencabul? Dia melihat penampilan Syah dari atas hingga bawah.
Lelaki itu lebih nampak sebagai pencabul pada pandangan mereka.
“Apa yang
bising sangat nie? Jiran bawah sudah membuat aduan”seorang lelaki tua yang
berpakaian sebagai pegawai keselamatan
tiba dengan seorang wanita yang berusia dalam lingkuan-30 an.
“Oh My, apa
lelaki nie buat disini?”ujar wanita yang berusia 30-an tersebut sambil melihat
badan Syah yang agak terdedah tersebut dengan ekor matanya yang nakal. Toughnya
body mamat nie.
Syah menutup
badannya apabila mengesan dirinya
diperhati. Eishh, makcik nie nak cabul aku juga ke? Memang perempuan di flat
nie miang-miang! Rungut Syah sambil berpaling membelangkangi mereka. Dia
kembali mengetuk pintu gadis tersebut. Kini pergaduhan mereka telah dilihat
oleh 4 orang. Kalau dah celuk pengkasam,
biar sampai ke pangkal lengan. Dia malas nak menghiraukan mata-mata yang
memerhatinya. Mia mendengar ketukan pintu kembali berbunyi. Dia juga dapat
menangkap bunyi daripada jiran-jirannya. Malunya aku! Kenapa mamat nie masih
tidak putus asa lagi?
“Keluar
lah!! Kau dah lupa apa yang kau buat dekat aku semalam? Apa yang kita lalui
semalam? Macam mana dengan maruah aku?”soal Syah sedikit merayu. Sesekali
kakinya menendang pintu perempuan tu. Buat-buat tidur lah pulak.
“Semalam?”soal
Aiman tanpa sedar mendengar rayuan Syah. Akalnya sudah tidak dapat berhenti
berfikiran negatif. Takkanlah gadis suci macam Mia sanggup buat macam tu?
“Maruah?”kini
Zaid pula terkejut. Wow, betullah bak kata pepatah, air yang tenang jangan
disangka tiada buaya. Maju rupanya gadis hantu tu.
“Betul tu!
Selepas apa yang kami lalui semalam, pagi tadi dia cabul pula saya tanpa saya
sedar. Cakaplah lelaki mana yang tak marah? Habis maruah saya tercalar”adu Syah
dengan perangai kebudak-budakannya dengan harapan lebih ramai orang berpihak
kepadanya tanpa menyedari aduannya
membawa kepada perkara lain yang difikirkan oleh mereka.
“Jadi kamu
berdua..sebab tu kau keluar macam nie?”soal Zaid ingin tahu. Anggukan daripada
Syah menyebabkan semua mata membulat memandangnya.
Mia yang
mendengar perbualan tersebut terkejut besar. Laju sahaja dia bangun daripada
pembaringannya dan mendekatkan lagi teliganya pada pintu. Akalnya seperti dapat
menangkap perkara yang difikirkan oleh jirannya itu. Oiii!! Bukan macam tu laa
berlaku!!
“Sudah
berapa lama kamu berkenalan?”soal wanita lingkungan 30-an itu ingin tahu
memandangkan gadis yang dikenali itu tidak pernah berbual-bual dengan
sesiapapun apatah lagi lelaki. Takkan gadis tersebut sanggup berbuat perkara
tersebut.
“Ha? Baru
semalam kita kenal”jawab Syah selamba. Dia memandang mata-mata yang melihatnya
semacam. Kenapa macam tak percaya saja?
“Semalam,
kemudian terus Tutttt……….?”soal wanita tersebut kembali tidak percaya. Semua
wajah yang melihat Syah berubah. Setiap
daripada mereka mula berfikir perkara yang sama. Pegawai keselamatan tersebut
mengaru kepalanya yang tidak gatal. Cara permakaian Syah sedikit sebanyak
mempengaruhi fikiran mereka. Wajah Aiman nyata berubah. Ada sedih, ada marah.
Mia mahu pengsang apabila mendengar perbualan mereka. Mahu tidak mahu dia perlu
keluar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Harapannya kepada lelaki itu
semakin hancur apabila kenyataan lelaki itu semakin mengeruhkan keadaan.
Mia
menghirup udara sedalam-dalamnya. Dia memegang tombol pintunya lama dan menarik
nafas sedalam-dalamnya. 5 minit je Mia, 5 minit je. Tombol pintu dibuka dan
wajahnya dapat merasakan udara segar daripada luar. Apabila wajahnya terpancul,
senyap seketika perbualan antara mereka. Semua mata melihat kepada Mia. Jelas
Mia tidak selesa. Dia keluar daripada biliknya dengan muka yang tebal. Apasal
malang sangat nasib aku minggu nie?
“Semuanya
salah faham sahaja!!”jelas Mia sambil menundukkan kepalanya. Tanpa salam,
pembuka kata dia terus menyatakan penerangannya. Habis semua mata membulat
melihatnya. Apabila Mia mengangkat wajahnya, bulat matanya melihat pemakaian
lelaki yang senget itu. Gila ke mamat nie?
Syah dapat
mengesan mata gadis itu membulat melihat badannya yang separuh terdedah itu.
Laju sahaja tangannya menzip sweaternya. Dia berdehem untuk menutup matanya.
Tidak sedar akan penampilannya.
“Saya harap
semua orang boleh pulang ke tempat asal. Hubungan kami bukan macam yang semua
bayangkan. Saya minta maaf atas keriuhan ini. Minta Maaf” Mia menyatakan
niatnya dengan lancar. Hampir lama juga
dia mengeluarkan kenyataan tersebut selepas berfikir panjang. Syah melihat lama
wajah gadis itu apabila gadis itu tidak lagi menyembunyikan wajahnya seperti di
pasar raya tersebut. Em.. memang gadis lah, ujar Syah dalam hati.
“Saya harap
semua orang boleh beredar kerana saya nak selesaikan perkara dengan lelaki ini.
Minta maaf”rayu Mia agak perlahan. Aiman melihat lama wajah gadis tersebut yang
benar-benar tertekan. Dia tahu gadis itu tidak suka berada di kawasan yang
ramai orang. Akhirnya dia mengambil tindakan untuk menyuraikan jiran-jirannya
tersebut bagi memberi laluan kepada Mia.
Apabila
semua orang beredar, Mia memandang wajah lelaki tersebut yang tersengih
memandangnya. Nyata lelaki tersebut berasa bangga kerana akhirnya dapat
mengeluarkan gadis tersebut daripada biliknya.
“Awak…”Syah
memulakan perbualannya apabila gadis tersebut masih membisu seribu kata.
“Berapa?”soal
Mia lancar.
“Ha?”soal
Syah agak pelik dengan soalan Mia. Berapa apa nie?
“Berapa wang
perubatan yang awak nak? Saya bayar”jelas Mia cepat-cepat. Cakap jelah, aku
malas nak duduk lama-lama nie.
“Ha..ha..
awak ingat saya datang nak wang? Saya nak dengar penjelasan daripada awak. Apa
sebab awak intai saya? Awak tak rasa bersalah ke sebab tumbuk saya?”soal Syah
bertalu-talu. Dia ingin melepaskan segala malu yang ditanggungnya.
Mia menghela
nafas sedalamnya. Nampaknya perbualan mereka akan berpanjangan. Mia terlebih
dahulu mengorak kaki untuk memasuki biliknya. Biarlah tak selesai pun, malas
aku nak layan. Belum sempat Mia menutup pintu biliknya, lelaki tersebut
terlebih dahulu menghalang dengan kakinya dan menarik tangan Mia yang memegang
tombol pintunya daripada dalam. Hal ini menyebabkan badan Mia bergerak ke badan
lelaki tersebut dan hampir menyentuhnya. Mujur sahaja badannya bertindak lebih
pantas mengimbangi kedudukan mereka. Mia cuba menempis tangannya namun lelaki
tersebut semakin kuat menggengamnya.
“Nama saya
Syah, awak?”soal Syah sambil tersengih. Dia seperti sudah dapat membaca
tindak-tanduk gadis tersebut. Memang di luar kebiasaan. Gadis tersebut seperti
melarikan diri daripada orang ramai. Tapi kenapa?
Mia membisu.
Matanya dialihkan kepada sudut lain. Dia sengaja membuat muka bosan dengan
harapan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Syah itu akan berundur diri.
Dia berpegang kemas kepada prinsipnya agar tidak mudah bergaul dengan orang
ramai. Pengalaman lampau telah banyak mengajarnya. Memang gembira tetapi ia
juga boleh membawa kepada kesakitan yang paling kita takuti. Ia mampu membunuh
diri kita dari dalam.
“Perlu ke saya terus panggil awak makcik? Atau beritahu jiran
awak yang kite…”
“Mia”potong
Mia laju apabila lelaki tersebut menyambung ugutannya. Dia dapat mendengar satu
ketawa kecil daripada lelaki tersebut. Apa yang lucu sangat? Mia mencebik.
“Mia ke?
Meow?”ujar Syah selamba sambil membauat lawak.”Cakaplah kuat sikit, tengoklah
muka saya semasa bercakap”nasihat Syah apabila perasaan gadis itu banyak
menundukkan wajahnya.
Eish, mamat
nie kalau tak ada apa-apa baliklah! Getus hati Mia.
“Awak taknak
cakap apa-apa? Selalunya perempuan banyak cakap. Sekurangnya, awak marahlah
saya sebab semalam atau suruh saya balik. Awak memang takde perasaan ke?”soal
Syah ingin tahu apabila gadis itu masih tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sikap
ingin tahunya semakin kuat untuk mengenali gadis tersebut.
Aku memang
sakit hati dengan kau! Kau tak nampak ke betapa muka aku nie suruh kau pergi?
Getus hati Mia. Dia ingin menyuruh lelaki tersebut pulang, namun mulutnya berat
untuk menuturkan kata-kata.
Syah menarik
nafas sedalamnya. Dia memegang lengan tangan gadis tersebut agar gadis tersebut
mengikutinya. Bulat mata Mia melihat tindakan lelaki itu tiba-tiba. Dia laju
menarik tangannya.
“Kenapa nie?
Bukan ke awak takde perasaan?”soal Syah selamba sambil menarik kembali lengan tangan
Mia dan mengheretnya ke lif.
Kau gila ke?
Mana ada perempuan tak marah ikut lelaki yang tidak dikenali? Marah Mia
mendengar kata-kata lelaki itu yang
seperti meganggapnya perempuan yang semudah itu.
“Awak tak
kata apa-apa pun bila saya heret awak. Mak saya kata orang perempuan kalau diam
tandanya setuju. Jomlah, kita turun bersarapan kat bawah dahulu sambil bincang
hal semalam” Syah mula memberi cadangan sambil tersenyum.
Amboi
pandainya dia membuat kesimpulan. Diam tandanya setuju. Kita bukan nak kahwinlah!!
Pergi bersarapan? Dengan mamat nie? Fikiran Mia mula mencari alasan apabila
lelaki tersebut mengheretnya sehingga mereka hampir ke lif.
“Nak pergi
macam nie?”soal Mia untuk mencari alasan. Akalnya sudah berkira-kira untuk
melarikan diri jika lelaki tersebut ingin menyalin pakaiannya. Selamatlah dia.
“Ye tak ye
kan? Kena salin dahulu lah”jawab Syah sambil tersenyum melihat Mia. Namun
tanganya masih masih menekan punat lif manakala tanganya sebelah lagi memegang
lengan tangan Mia dengan keadaan berlapik. Mia tersenyum apabila lelaki
tersebut menerima cadangannya. Dia sudah berkira-kira ingin melepaskan diri.
“Awak tunggu
di apartment saya” jawab Syah ringkas sambil menarik lengan Mia memasuki lif
tersebut apabila gadis itu masih mengeraskan dirinya. Dia tahu gadis itu akan
melarikan diri maka dia juga telah mengambil langkah keselamatn terlebih
dahulu. Kau ingat aku bodoh sangat ke? Syah tersenyum melihat reaksi Mia yang
telah pucat.
Apa? Terkedu
Mia mendengar jawapan lelaki tersebut. Apartment?
*****************************************************************************************
“Eh, Ary dah
sampai!!” ujar Syah ceria apabila matanya melihat kelibat Ary yang sedang
membancuh kopi di dapurnya.
“Kenap Syah
tak kunci pin…..”Arisyah tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila matanya
menagkap cara pemakaian Syah. Paling parah lagi, lelaki tersebut sedang erat
memegang lengan tangan seorang wanita disisinya. Wajah wanita tersebut sedikit
pucat dan hanya menundukkan wajahnya. Macam pernah dilihat je? Arisha mula
mengimbau jika dia pernah melihat wanita tersebut.
“Ary
kenalkan nie, Mia. Makcik yang tumbuk Syah semalam tu. Syah dah jumpa dia
Ary!!”ujar Syah sedikit teruja sambil membawa Mia memasuki rumah mereka. Mia
hanya menurut sahaja langkah Syah memandangkan dia tidak berani untuk memberi
apa-apa pendapat. Jauh di sudut hatinya, dia benar-benar ingin pulang ke ruamh.
“Oooo… hai,
saya Arisyah. Mia boleh panggil saya Ary”ujar Arisyah sambil menghulurkan
tangannya untuk berjabat tangan dengan Mia. Mia menyambut huluran tersebut
dalam keadaan takut-takut.
“Mia”jawab
Mia pendek. Dia melihat Arisyah yang tersenyum mesra kepadanya. Jelas
mempamerkan peribadi gadis tersebut yang baik dan mesra dengan semua orang. Mia
melihat penampilan gadis tersebut dari atas hingga bawah. Cantiknya gadis
dihadapannya. Seperti kacukan. Dia yakin gadis tersebut bukan melayu asli.
Mustahil orang melayu mempunyai kulit seputihnya seperti lelaki yang
memperkenalkan diri sebagai Syah itu juga.
Arisyah mengenakn gaun kasual
berlengan pendek hingga paras lutut. Gaun tersebut mempunyai corak-corak bunga
kecil. Selain itu, gadis tersebut juga mengenakan jeans dan gaya rambut ala
chin-bon. Sangat feminine.
“Syah jumpa
mana dia? Syah nak saman dia ke?”soal Arisyah ingin tahu apabila lelaki
tersebut seperti bersungguh-sungguh mencari wanita tersebut.
“Tengoklah,
Syah nak buat macam mana”jawab Syah agak serius sambil matanya dilirik ke arah
Mia yang tiba-tiba berubah itu. Mahu tergelak sahaja dia melihat wajah gadis
tersebut sedikit pucat. Dia memasuki biliknya untuk menukarkan bajunya. Dia
yakin gadis itu tidak akan lari sesuka hati ditambahkan pula dia telah mengunci
pintu biliknya sebentar tadi.
“Mia
duduklah dulu. Mia ada apa-apa janji dengan Syah ke? Mia nak keluar dengan dia
ke?”soal Arisyah ingin tahu. Sekejap, wanita itu mengeleng kemudian mengangguk
pula. Confused, Arisyah untuk menafsir maksud sebenar gadis tersebut memandang
gadis tersebut tidak banyak bercakap.
Mia
mengambil tempat di atas sofa yang bertentangan dengan Arisyah. Gadis tersebut
banyak tersenyum melihat Mia. Mia mula terasa tidak selesa apabila dia
memerhatikan ruang bilik tersebut yang sangat besar. Cukup kemudahan yang telah
disediakan. Malah perobotnya sangat moden seperti yang serring dilihat dalam
majalah. Mesti mamat nie kaya. Biliknya jauh berbeza dengan lelaki tersebut.
Janggal rasanya.
“Ary tak
fahamlah Mia, Mia ada janji dengan Syah ke?”soal Arisyah sekali lagi.
“Dia
putuskan nak berbincang”jawab Mia perlahan. Dia kemudian menunduk wajahnya
sambil bermain dengan jarinya. Jelas dia takut. Dia takut jika lelaki tersebut
akan mengambil tindakan dengan perbuatannya semalam.
“Oh macam
tu. Syah memang suka putuskan apa yang perlu dia buat. Mia janganlah takut”ujar
Arisyah sambil ketawa. Mia hanya tersenyum. Dia sedar gadis tersebut cuba
mewujudkan suasana antara mereka. Namun dia tetap tidak selesa.
“Mia
janagnlah takut. Kalau Mia kenal saya, saya baik orangnya”ujar Arisyah untuk
menyedapkan hati wanita tersebut. Dia tahu wanita itu ingin pulang, namun
mustahil dia boleh membenarkan wanita tersebut pulang. Pasti Syah akan
bersedih. Melihat lelaki tersebut bersedih, memang satu kelemahannya.
“Wah!
Nampaknya ada orang puji diri sendiri”satu suara kedengaran daripada hadapan mereka. Kedua-dua wanita tersebut
berpaling ke arah tersebut. Terkedu Mia melihat lelaki tersebut yang telah
lengkap berpakaian. Handsomenya lelaki nie. Syah mengenakan seluar panjang dan
baju t-shirt biasa serta jaket di luaranya. Memang terserlah ketampanan lelaki
tersebut. Mia melihat wajah Arisyah yang tersenyum kecil melihat Syah. Dia
kenal senyuman begitu. Senyuman seorang wanita kepada lelaki begitu. Mana
tidaknya, dia juga pernah menghadiahkan senyuman tersebut kepada seorang lelaki
suatu masa dahulu.
“Jom
Mia!!”jawab Syah ceria sambil menarik lengan wanita tersebut. Dia tahu wanita
tersebut tidak akan bergerak jika dia tidak menariknya.
“Syah balik
bila?”soal Arisyah ingin tahu. Dia sedikit cemburu apabila Syah menarik lengan
gadis tersebut. Namun, dia cuba bersangka baik. Takpelah Ary, lama-lama gadis
tersebut akan pergi juga. Dia bukan serapat kau dengan Syah. Arisyah cuba
menenangkan hatinya.
“Syah balik
awallah. Selesai, Syah terus balik. Sekarang Syah nak main puas-puas dengan
makcik nie dulu”ujar Syah sambil matanya melirik kepada Mia sambil tersenyum
nakal. Cepat-cepat Mia melarikan pandangannya. Taknak!! Jangan masukkan aku
dalam jail!!
“Bye
Ary!!”ujar Syah sambil melambai tangan kepada Arisyah. Arisyah kembali melambai
tangan kepada Syah sehingga mereka berdua hilang daripada pandangan mata.
Arisyah melepaskan keluhan berat. Rancangannya untuk meyediakan sarapan kepada
lelaki tersebut tergendala.
*********************************************************************************************8
“Mia nak
makan apa?”soal Syah ceria sambil melihat menu ditangannya. Lama dia berfikir
melihat menu tersebut. Mia merenung tajam wajah lelaki tersebut yang tidak
pernah ada sekelumit rasa bersalah. Sangkaanya lelaki tersebut akan membuat
aduan polis, balik-balik mereka berada di restoran di hadapan apartmen lelaki
tersebut.
“Mia suka
makan nasi goring cina tak? Syah minat nasi tu”soal Syah lagi. Namun seperti
biasa tiada jawapan yang diucapakan oleh Mia. Walaupun begitu, lelaki tersebut
tidak menunjukkan reaksi marah ataupun bosan dengan sikap Mia. Dia masih
tersenyum riang sambil membaca satu persatu menu di tangannya.
“Makcik”ujar
Syah tiba-tiba. Mia sedikit terkejut lalu mengangkat wajahnya. Dia dapati
lelaki tersebut sedang mengangkat tangannya sambai melambai-lambai ke arah
makcik yang sedang mengambil pesanan makanan di meja hadapan mereka.
Cis! Aku
ingatkan dia panggil aku. Kenapalah aku boleh perasaan macam tu? Mia menunduk
kembali wajahnya untuk menyembunyikan malunya. Harapannya agar lelaki tersebut
tidak menyedari keadaan tersebut. Dia mengeluh apabila lelaki tersebut masih
mampu tersenyum tanpa sedikitpun perasaan bosan dengan sikapnya. Dia sedar,
lelaki tersebut akan meneruskan rancangannya walaupun dia tidak bersuara.
Hendak atau tidak, dia perlu bersuara juga.
“Takde
maruah ke? Tak rasa bosan ke?”ujar Mia sedikit keras.
“Panggil
nama Syah dulu baru Syah beri jawapan”lelaki tersebut mengenakan syarat sambil
melihat menu makanan tersebut kembali walaupun telah memesan makanan sebentar
tadi. Dia sengaja bermain dengan wanita tersebut. Dia sedar wanita tersebut
tidak pernah memanggilnya dengan nama atau panggilan.
Mia mengetap
bibirnya tanda geram dengan sikap Syah yang mengada-gada.
“Tak bosan
ke? Tak de maruah ke?”soal Mia sekali lagi sedikit geram . Namun lelaki
tersebut buat tak tahu sahaja mendengar soalannya.
“Tak bosan
ke?”soal Mia sekali lagi apabila Syah masih membisu. Jelas lelaki tersebut
sengaja tidak mendengar soalan Mia. Mia dapat merasakan darahnya semakin
mendidih melayan kerenah lelaki tersebut yang tidak matang itu. Memang budak
remaja macam tu eh?
“Dengar
tak?”soal Mia sekali lagi. Kini, Syah pula mengambil tempat membisu. Dia
benar-benar geram.Alih-alih dia berani bersuara, lelaki tersebut pula mengambil
langkah membisu. Syah sengaja menyibukkan diri membaca menu tersebut sambil
menutup wajahnya. Darah Mia mula menyirap.
“Jangan buat
tak denagrlah”. Masih sepi.
“Sampai bila
nak berperanagi macam budak-budak nie?”
“Jawablah!!”
“Hei
Syah!!!”marah Mia sedikit geram. Dia menutup mulutnya apabila tanpa sedar dia
telah memanggil nama lelaki tersebut. Bodohnya aku nie!!
“Ye
Mia?”soal Syah manja sambil menjatuhkan menu yang menutupi wajahnya sedari
tadi. Dia melihat wajah Mia sambil melengkupkan kepalanya.
“Syah nak
apa sebenarnya? Mia minta maaf kalau tumbuk semalam”ujar Mia perlahan-lahan.
Dia sudah mula mengambil langkah untuk berdamai. Lebih cepat masalah
diselesaikan, lebih cepat dia boleh balik.
“Syah tahu salah Mia”
Mia mengetap
bibirnya. Jawapan tersebut seperti menjatuhkan kesalahan di bahunya. Makin
menyirap darahnya. Lelaki tersebut sedar tak bahawa tindakan tersebut terjadi
kerana tindakannya juga?
“Mia juga
minta maaf sebab intai pagi tadi”ujar Mia kembali. Biarlah, lelaki tersebut
rasa dirinya yang bersalah jika itu dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan
lebih mudah. Dia malas melihat wajah lelaki tersebut lagi. Tersengih-sengih je
kerjanya. Menyakitkan hati.
“Em.. memang salah yang mencabullah”
Bulat mata
Mia mendengar jawapan daripada Syah. Melebih-lebihlah mamat nie.
“OK,
bayangkanlah perasaan Syah. Malam, Mia tumbuk Syah kemudian pergi macam tu je.
Awal-awal pagi badan Syah dah dicabul”ujar Syah sambil merenung wajah Mia.
“Mia tak
cabullah!! Mia tengok je!!”jawab Mia laju dan sedikit kuat. Kini, ada beberapa
pasang mata melihat ke arahnya. Mia berdehem perlahan lalu menundukkan
wajahnya. Sungguh, dia tidak dapat mengawal marah dan suaranya. Syah tersengih
melihat wajah Mia yang berubah. Ada perasaan juga minah nie.
“Habis Mia
tak rasa perlu mengambil tanggungjawab atas perbuatan Mia?”soal Syah sambil
tersenyum melihat Mia. Seronok rasanya dapat memainkan perasaan wanita itu.
“Nak
berapa?”soal Mia. Dia sudah berkira-kira mahu menghulurkan wang. Harapannya
agar masalah tersebut selesai sampai begitu sahaja.
“Oii!! Ingat
orang nie gigolo ke? Bayar terus pergi”jawab Syah apabila mendengar cadangan
Mia. Mia membulat matanya mendengar kata-kata Syah. Begitu mudah dia menuturkan
kata-kata tersebut lebih-lebih lagi pada dirinya yang baru sahaja dikenali
semalam.
“Macam
mana?”soal Mia pelik. Dia melihat wajah Syah yang tersengih. Jarang sekali
wajah tersebut mencuka. Sentiasa dihiasi dengan senyuman. Pasti dunianya begitu
indah.
“Jom
kahwin”ujar Syah laju. Kemudian Syah melepaskan ketawanya apabila melihat wajah
Mia yang hampir percaya dengan kata-katanya.
“Jangan nak
melawak!! Serius sikit!”marah Mia. Mia sudah mengeluarkan dompetnya. Sekeping
not 50 ringgit diletakkan di atas meja. Dia dapat rasakan perbualan dengan
lelaki tersebut semakin membuang masa. Kalau dia tidak bertindak, pasti lelaki
tersebut masih dengan sikap budak-budaknya.
“Ambil duit
nie. Anggap sahaja perkara yang jadi malam dan pagi tadi tak pernah
berlaku”ujar Mia tegas sambil mempersiapkan dirinya untuk bangun.
“Wow, Mia
buat macam dalam tv lah. Lepas rogol perempuan tu, letak duit kemudian lari
macam tu je. Anggap sahaja perkara yang jadi malam dan pagi tadi tak pernah
berlaku”ujar Syah sambil mengajuk cara percakapan Mia. Mia mengetap bibirnya
mendengar lawak Syah. Jelas seperti ingin merendah-rendahkan percakapannya.
Mia mula
berdiri untuk bangun. Pada waktu itu jugalah, seorang wanita datang meletakkan
sarapan mereka. Syah terus sahaja berdiri lalu menghalang laluan Mia. Dia tidak
tahu gadis tersebut boleh semarah tu.
“Anggap
sahajalah kita tidak pernah bertemu”ujar Mia sambil melihat Syah yang sedang
menghalang laluannya.
“Apa Mia
mengarut nie? Apa kata kita jadi kawan dan lupakan masalah nie?”
“Apa gunanya
kawan?”ujar Mia perlahan.
“Awalnya dia
cakap kita akan berjumpa lagi. Tunggu telefon daripada saya. Kemudian mereka
senyap begitu saja”Syah sedikit tersentap mendengar kata-kata Mia. Sedikit
sebanyak dia terasa dengan kata-kata Mia. Memandangkan dia juga mempunyai
banyak bilangan contact, namun jarang sekali dia menelefon kesemuanya. Dia
hanya menelefon segelintir mereka yang rapat dengannya. Itukah yang dirasa oleh
orang yang dia minta nombor selama nie?
“Tak betul
ke apa Mia cakap? Lagipun kita nie jauh bezanya umur. Mia dewasa. Tapi Syah
masih budak-budak”ujar Mia lagi.
Budak-budak
lagi? Aku dah berusia 28 tahunlah makcik!!
“Mia..”Syah
cuba berlembut dengan Mia namun gadis tersebut mengalihkan pandangannya ke
sudut lain.
“Syah tahu
tak semuanya sangat merimaskan?”ujar Mia. Dia mula meluahkan segala isi
hatinya. Dia berharap kata-katanya yang keras itu akan menyebabkan lelaki
tersebut tidak akan mencarinya lagi. Memandangkan mereka hanya bersebelahan,
besar kemungkinan lelaki itu akan menganggunya. Dia mahu lelaki itu
membencinya.
Terkedu Syah
mendengar kata-kata Mia. Bagaiamana wanita itu dapat meluahkan kata-kata keras
begitu. Sedarkah dia tentang perasaan orang lain. Tahukah dia erti gembira?
“Hidup Mia
kucar-kacir. Mia benci sangat bila orang panggil nama Mia. Orang ketuk pintu
Mia berkali-kali. Bunyi loceng. Rimas!!”
“Kita
bincang elok-eloklah Mia. Perlu ke kita pergi sejauh nie?”soal Syah. Permintaan
wanita tersebut sedikit kasar bunyinya. Jarang sekali seorang wanita dapat
menuturkan kata-kata sepedas itu. Dia memang tak de perasaan ke?
“Perlu ke
kita pergi sejauh nie? Jangan cakap macam kita dah bertahun-tahun kenal. Bagi
Mia tak ada apa-apa pun dalam hidup Mia. Syah hanyalah orang yang melintas
sebentar di hadapan Mia. Syah ingat semua
masalah boleh diselesaikan dengan senyuman? Tau tak betapa susahnya hari Mia
sejak bertemu dengan Syah? Syah buat orang lain fikir macam-macam”Mia merenung
tajam ke mata lelaki itu. Jelas tiada lagi senyuman yang terukir di wajah yang
ceria itu. Dia tekad, tekad agar lelaki itu tidak akan mencarinya lagi. Dia
tidak mahu mempunyai hubungan dengan sesiapa lagi. Dia mahu kehidupannya yang
dulu. Siapa Syah untuk mengubah dirinya?
“Mia ingat
Mia boleh terus kurung diri tanpa tak berjumpa dengan sesiapa pun? Sampai bila
Mia macam nie?”soal Syah untuk menyedarkan gadis itu. Sedikit sebanyak dia
terbawa-bawa dengan perasaan.
“Jangan
berlagaklah”ujar Mia perlahan. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tahu
bahasanya semakin kasar namun dia benar-benar mahu kembali ke kehidupannya.
Sunyi .
“Apa?”soal
Syah sedikit terkejut.
“Jangan
berlagak seperti tahu semua pasal diri Mia hanya sebab kita jumpa semalam. Jangan pandai-pandai nilai diri Mia. Syah tu
siapa?”soal Mia geram. Dia terasa tercabar apabila lelaki itu seperti
memperlekehkan keputusan yang dia ambil. Syah dapat merasakan yang jantungnya
semakin kuat berdegup menahan marahnya. Inilah kali pertama dia berjumpa dengan
gadis yang terlalu berterus-terang sebegitu.
“Berlagak?
Memang tu yang Mia nampak sejak kenal Syah?”soal Syah sedikit tidak percaya.
Dia mula rasa ingin menyerah sahaja untuk berbual dengan gadis tersebut.
“A’ah, kita
anggap sahajalah kita tak pernah berjumpa. Setakat pertemuan kita tu , macam benda remeh sahaja bagi Mia. Tak
perlulah Syah melebih-lebihkan?”Mia memandang tajam ke dalam lelaki tersebut.
Lelaki tersebut hanya membisu seribu kata. Pelbagai ekpresi muka terpamer di
wajah lelaki itu. Mia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengatur langkah
meninggalkan lelaki tersebut. Dia yakin lelaki itu tidak akan mencarinya lagi.
Kasar sangat ke aku tadi?
“Benda
remeh?”Syah menyoal dirinya kembali kemudian ketawa kecil. Betullah aku seorang
sahaja yang rasa ingin tahu pasal dia. Dia tak rasa apa-apa pun. Syah melihat
not 50 ringgit yang diletakkan diatas meja tersebut.
“Makcik,
tolong bungkus makanan nie boleh?”
*******************************************************************************************
Mia
menghempaskan badannya di atas katil. Dia melihat pada kalander yang diletakkan
di atas meja berhampiran komputernya. 14 hari je lagi. Dia mengeluh seketika.
Dia tahu kata-katanya sangat kasar namun dia juga tak mahu ada apa-apa lagi
dengan sesiapa pun. Sikap Syah yang ceria benar-benar mengingatinya kepada
seseorang. Seseorang yang memberitahu bahawa kita mesti meneroka ke seluruh
dunia. Menikmati hidup selagi tidak bertentangan dengan agama. Namun kerana
nasihat itu jugalah satu kejadian buruk telah terjadi dalam hidupnya. Dia tidak
akan sesekali lagi mengikuti nasihat itu. Perit.
Bunyi
ketukan daripada pintunya berbunyi. Mia mengerut dahinya. Siapa yang ingin
berjumpa dengannya?
“Mia, Syah nie”
Langkah Mia
terhenti. Dia mengetap bibirnya tanda geram. Adakah lelaki itu masih tidak
putus asa?
“Syah datang bukan nak jumpa Mia. Syah nak bagi benda je”
Tiada jawapan.
Mia hanya menyandar pada pintunya sambil mendengar kata-kata lelaki tersebut.
Jangan bukak Mia!!
“Syah gantung dekat pintu nie ye? Anggap jelah kita tak
pernah jumpa. Bye Mia”
Mia hanya
membisu sambil duduk bersila di hadapan pintunya. Dia dapat mendengar derap
kaki semakin perlahan di pendengaran telinganya sehingga bunyi tersebut tidak
didengari lagi. Dia benar-benar dah pergi ke?
Mia membuka
pintunya perlahan-lahan. Dia dapat melihat tiada seorang pun di kaki limanya.
Dia mengeluh. Lelaki itu benar-benar dah pergi. Dia membuka pintunya lalu
menoleh pada tombol pintu di hadapan pintu biliknya. Dua buah plastik sederhana besar tergantung pada tombol
pintunya. Dia mengerut dahinya seketika. Apa benda nie? Tangannya laju
mengambil plastic tersebut lalu di masukkan ke dalam rumah.
Mata Mia
membulat apabila melihat banyak pad yang terisi dalam plastik tersebut tanpa
pembungkusnya. Satu plastik lagi berisi nasi goring cina yang tidak disentuh
tadi. Masih panas dan aromanya menusuk ke hidung Mia. Hatinya mula diburu
dengan rasa bersalah.
“Mamat nie
kutip ke malam tu?”soal Mia sendirian. Mia melepaskan keluhan berat. Ya Allah
apa yang telah aku buat? Aku telah menyakitkan hatinya untuk memenuhi keinginan
aku. Kenapa aku boleh bercakap macam tu dengan dia?
“Anggap
jelah kita tak pernah berjumpa” itulah ayat terakhir yang dituturkan lelaki
tersebut. Lelaki tersebut masih berbuat baik terhadapnya walaupun telah dilayan
dengan kasar. “Mia minta maaf” Hanya itu Mia dapat ucapkan. Pada masa yang sama
dia ingin memenuhi keinginannya untuk hidup sendiriannya. Jika dia minta maaf
terhadap lelaki itu bermaksud dia membenarkan lelaki tersebut untuk masuk ke dalam
hidupnya. Mungkin itu jalan yang terbaik. Betul tu. Anggap sahajalah mereka
tidak pernah berjumpa. Dia hanya lelaki yang melintas dalam hidup kau Mia.
Jangan terlalu memikirkannya.
********************************************************************************************
“Syah balik
bila?”soal Datin Haryati sambil menoleh ke arah anak bongsunya yang masih leka
bermain games berhampiran dengan kolam renang mereka. Rindu rasanya tidak melihat
lelaki itu hampir 17 tahun. Hanya itu saja anaknya yang tinggal berjauhan
darinya.
“Syah baru
balik semalam mak, tapi tak lamalah. 3 bulan je”jawab Syah sambil menghadiahkan
senyuman kepada ibunya itu. Riang rasanya dapat melihat wajah orang yang telah
melahirkannya.
“3 bulan je?
Lepas terus balik ke Jepun?”soal Datin Haryati tidak percaya. Sangkaanya lelaki
itu akan pulang lama namun tidak sampai setahun dia akan kembali ke Jepun.
“Tak
bolehlah mak. Syah nie orang penting dalam syarikat tu. Tu pun mujur Hanazakari
Riu sudi gantikan tempat Syah. Jangan risaulah mak, Syah seronok kerja dekat
sana. Seronok dapat buat benda yang kita suka”jawab Syah. Dia menghentak-hentak
kakinya pada kolam renang rumah ibunya itu. Dia sengaja mengambil masa untuk
menjenguk ibunya setelah 17 tahun tidak bejumpa ibunya. Dia melihat sekeliling
rumah ibunya. Makin besar rasanya. Pasti ibunya telah membuat pengubahsuaian.
“Ke dah
jumpa gadis Jepun dekat sana sampai tak nak balik ke sini?”usik Datin Hayati
sambil menyiku lengan anak bongsunya. Walaupun, Syah dilihat banyak
bermain-main namun dia merupakan anak yang paling berjaya berbanding
anak-anaknya yang lain. Malah anaknya itu juga telah mengambil pekerjaan di
sana sebagai orang penting dalam pembuatan animasi memandangkannya minatnya
yang mendalam dalam animasi. Bila diberi cadangan mencari kerja di Malaysia,
dia memberi alasan bahawa peluangnya terhad dan tidak meluas seperti di Jepun.
Siapa sangka kini animasi buatan anaknya menjadi semakin popular di Jepun.
Anaknya mendapat pelbagai tawaran termasuklah pembikinan video, software,games
dan lain-lain lagi.
“Mak nak
menantu orang Jepun ke?”soal Syah ingin tahu. Melihat wajah ibunya yang
terkejut ,jelas ibunya termakan dengan cadangannya.
“Syah suka
gadis Jepun ke?”soal Datin Hayati tidak percaya. Lama dia memandang wajah
anaknya yang tiba-tiba serius itu. Comellah cucu-cucu aku nanti.
“Tak adalah
mak. Syah gurau jelah. Orang Jepun memang baik. Tapi takdelah sampai Syah
berdegup kencang bila dengan mereka”jawab Syah.
Datin Hayati
mencebik mendengar alasan anaknya. Lelaki itu tidak pernah mengambil serius
dengan mana-mana perempuan yang menghampirinya. Semuanya dianggap sebagai kawan
termasuklah sepupunya Arisyah. Dia tahu Arisyah sangat menyukai anaknya. Gadis
itu memang baik dan peramah. Walaupun dilahirkan daripada keluarga yang berada,
gadis tersebut lebih suka berpakaian sederhana.
“Kadang-kadang
adalah sikit. Diorangkan cantik”sambung Syah nakal. Datin Hayati menoleh ke arah
anaknya tanda geram. Masih tidak berubah sikap anaknya itu.
“Syah dah tua tahu tak? Sampai bila nak membujang?”
“Syah baru
28 tahunlah. Syah tetap comel dan muda”jawab Syah laju sambil meletakkan
kedua-dua tangannya pada pipinya. Memang jelas lelaki tersebut obsess dengan
diri sendiri.
“Siapa
cakap? Takde orang cakap pun?”balas Datin Hayati. Dia benar-benar mahukan
cucunya daripada Syah memandang hanya lelaki itu satu-satunya yang masih belum
berkahwin. Dia ingin membuat secara besar-besaran sebagai penutup bagi
keluarganya. Namun lelaki tersebut hanya tahu main-main walaupun dah tua
bangkang.
“Ada orang
cakap Syah nie budak-budak lagi. Macam remaja. Caya tak?”jawab Syah sambil
membetulkan rambutnya. Memang obsess dengan diri sendirilah anak aku seorang
nie. Gusar hati Datin Hayati mendengar jawapan Syah.
Syah
tersenyum. Itulah yang dikatakan oleh seorang gadis yang berhati batu. Oopp!
Salah, gadis yang hanya melintas dalam hidupnya. Selepas menghantar makanan dan
pad-pad kepada wanita itu, dia terus memecut ke rumah ibunya bersama Arisyah.
Dia malas untuk memikirkan gadis itu lagi. Nampak macam dia sahaja yang syok
sendiri.
“Perasaanlah
Syah nie. Dia ingat kalau dah tumbuh janggut dekat muka tu masih budak-budak
lagi ke?”satu suara menyambuk perbualan antara Syah dan Datin Hayati.
Kedua-duanya menoleh ke arah suara tersebut. Seorang kelibat wanita yang
membawa sepinggang tembikai terpamer di hadapan mereka.
“Wow, nampak
sedap je”jawab Datin Hayati sambil tersenyum melihat gadis tersebut. Gadis
tersebut meletakkan tembikai tersebut pada tangan Datin Hayati lalu mengambil
tempat disisi Syah. Lama dia melihat wajah Syah yang terkena cahaya matahari
menyebabkan rambutnya kelihatan sedikit perang. Kadang-kala, lelaki tersebut
meraup rambutnya apabila angin menyebabkan rambutnya terjatuh pada matanya yang
redup. Sungguh, Syah memang seorang lelaki yang kacak. Banyak kelebihan
abang-abangnya jatuh sekaligus padanya menjadikannya lelaki yang cukup kacak.
Mungkin kerana dia juga anak bongsu dalam keluarga itu.
“Syah, tak
nak makan? “soal Arisyah sambil melihat Syah yang sedang bermain air dengan
kakinya. Akhirnya ketiga-tiga mereka mengikut jejak langkah Syah. Duduk di tepi
kolam sambil meletakkan kaki mereka dalam air.
“Ary nak
tolong suapkan tak?”soal Syah sambil ketawa. Arisyah menundukkan wajahnya
apabila Syah melihat ke dalam matanya. Sungguh, dia malu untuk bertentangan
mata dengan lelaki itu setelah hampir 17 tahun mereka tidak berjumpa. Lelaki
itu masih tidak berubah.
“Syah
janganlah bergurau macam tu dengan Ary! Ary dah jadi anak dara sekarang.
Bukannya budak perempuan yang main masak-masak dengan Syah dulu”tegur Datin
Hayati apabila melihat perubahan pada wajah Arisyah. Namun anak lelakinya hanya
mengambil selamba dengan lawaknya.
“Apalah mak
nie. Sebab tu Syah suka bergurau dengan Ary. Dia dah berwatakan macam perempuan
sikit sekarang”jawab Syah sambil melihat kepada Arisyah. Arisyah mengerling
geram ke arah Syah.
“Budak tak
matang! Syah betul-betul nak Ary suapkan ke? Ingat Ary tak berani ke?”soal
Arisyah sedikit tercabar.
“Manalah
tahu. Syah sekarang kan dah menjadi lelaki yang kacak. Sebenarnya reaksi yang
ditunjukkan oleh Ary tu normallah. Memang telah terbuktilah Ary tu perempuan
bila nampak lelaki macam Syah”ujarnya sambil ketawa. Dia terus mengambil
langkah untuk berdiri apabila wajah Arisyah telah merah padam. Kakinya telah
diatur untuk berlari apabila Arisyah mula mengejarnya . Telatah mereka tidak
ubah seperti budak-budak kecil. Datin Hayati mengeleng melihat perangai mereka
yang tidak pernah tidak bergaduh. Ini disebabakan anaknya yang suka menyakat.
“Bencilah
Syah nie!! Dia ingat dia hebat sangat lah?”marah Arisyah apabila terasa dirinya
dipermain. Dia terus mengejar lelaki tersebut manakala lelaki tersebut masih
berlari sambil membuat muka mengejek kepada Arisyah. Makin panas Arisyah dibuatnya.
Syah
berhenti berlari apabila melihat Arisyah sudah berpeluh-peluh mengejarnya.
Nasib baiklah gadis itu mengenakan jeans walaupun memakai gaun. Kalau tak,
pasti sukar untuk mengejar lelaki tersebut.
Arisyah
menumbuk dada lelaki tersebut berkali-kali apabila lelaki itu berhenti di
hadapannya. Jelas dia berasa geram dengan lelaki itu. Dia malu besar untuk
menyembunyikan perasaannya. Namun, lelaki itu boleh membuat lawak mengenainya.
Syah
memegang lengan Arisyah apabila gadis itu tidak berhenti-henti memukulnya.
Wajah Arisyah sedikit berubah apabila lengannya dipegang oleh lelaki tersebut.
Syah merenung ke dalam mata gadis itu. Jantung Arisyah semakin berdebar-debar
dengan tindakan lelaki itu. Tidak pernah dia melihat wajah lelaki itu serius.
Tambahan pula kedudukan mereka agak rapat.
“Ary tahu
tak….?”soal Syah perlahan.
“Ha?
Apa?”soal Arisyah kembali tergagap-gagap. Jantungnya berdegup kuat apabila
melihat wajah Syah yang merenungnya. Cukup menyeksakan apabila dia hanya
mendengar degupan jantungnya sahaja.
“Habis
rosaklah otot-otot Syah kalau Ary pukul macam tu. Letih tau Syah jaga body
Syah”balas Syah sambil tergelak lalu melepaskan lengan Ary. Dia berlari
mendapatkan ibunya lalu mengambil tembikai yang berada atas ribaan ibunya. Dia
kemudian berlari memasuki rumah kerana takut akan dikejar oleh Arisyah.
Tergelak-gelak dirinya dapat mengenakan Arisyah.
Arisyah
memandang Syah yang telah memasuki rumah. Dia memegang dadanya. Ya Allah!
Seksanya bunyi degupan jantung nie.
Seksanya aku setiap kali berhadapan dengannya. Tolonglah jantung.
Janganlah berdegup sekuat nie. Rintih hati Arisyah sambil menepuk-nepuk
dadanya.
*******************************************************************************************
Telah genap dua minggu dia tidak mendengar ketukan
pintu ataupun bunyi loceng. Kehidupannya kembali seperti sedia kala. Dia
melepaskan keluhan berat. Lelaki itu benar-benar maksudkan. Maka dia juga perlu
melupakan lelaki itu. Lelaki yang tiba-tiba menegurnya. Lelaki yang membuatkan
kehidupannya sedikit riuh. Mia memasukkan Maggie ke dalam periuk yang diisi
dengan air sehingga separuh penuh. Dia menutup periuk tersebut dan
memperlahankan api dapurnya.
Mia bergerak
membuka langsirnya dan membiarkan cahaya matahari memasuki ruang biliknya.
Kemudian bergerak membuka komputernya dan membiarkan seketika komputernya
memproses data-data yang terkandung. Maklumlah dia jarang mengupdate
komputernya. Lama-kelamaan komputernya semakin lembap.
Mia membuka
slading doornya dan membiarkan udara luar masuk. Tidak sedar matanya tertacap
pada beranda Syah. Lama dia memerhati beranda lelaki tersebut yang agak sunyi.
Lelaki itu tak ada di rumah ke? Sudah hampir
seminggu lelaki itu menutup langsir di beranda rumahnya. Tanpa Mia sedar, dia juga
kadangkala melihat kepada beranda lelaki itu. Sudah menjadi kebiasaan apabila
dia menghirup udara segar dari berandanya. Sesekali dia mendengar suara lelaki
itu bersorak apabila bermain games atau menonton bola sepak kesukaannya. Lelaki
itu masih tersenyum seperti biasa. Kenapa hanya dia yang terasa kehilangan?
Fikiran Mia
terganggu apabila langsir rumah lelaki itu tiba-tiba diselak. Syah pada awalnya
seperti menyedari kehadiran Mia namun lepas itu dia terus berjalan ke
berandanya. Dia mengambil sesuatu pada buaian kayu yang digantung di
berandanya. Kemudian dia masuk kembali ke dalam tanpa menengur Mia.
Mia sedikit
terasa hati dengan tingkah laku Syah. Dia menghela nafas sedalamnya. Ingat, Mia
dia hanya lelaki yang melintas dalam hidup kau. Tak perlulah kau terasa. Kalau
dia mampu melupakan kau, kau sepatutnya mampu melupakan dia. Selama mana kau
kenal? Dua tahun? 6 bulan? 3 minggu? Hanya sehari Mia! Sehari!! Kau nie bodoh
ke apa?
“Er… Hai Mia”
Mia menoleh
ke arah kiri apabila teliganya menangkap bunyi teguran seorang lelaki. Wajah
Aiman yang tersenyum terpamer di dalam pandangannya. Dia hanya mengangguk kemudian
melarikan pandangannya ke arah lain.
“Mia sihat?
Lama tak nampak Mia kebelakangan nie”soal Aiman memulakan bicara. Tidak sangka
pula dia dapat bertemu gadis itu setelah hampir 2 minggu gadis itu mengurungkan
diri dalam biliknya.
“Tak ada
barang yang dibeli”jawab Mia perlahan. Matanya tertumpu kepada pasar raya
Billion yang terletak berhampiran dengan flatnya. Dia mula tidak selesa untuk
berbual-bual dengan lelaki itu. Lelaki itu sangat baik terhadap walaupun mereka
jarang berbual.
“Oooo..betul
jugak kan?”jawab Aiman sambil ketawa. Namun tidak dihiraukan oleh Mia. Aiman
mengaru kepalanya lalu melepaskan keluhan kesal. Mustahil dia dapat menarik
perhatian wanita itu. Wanita itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi apabila
bersamanya. Seperti seorang patung. Tiada perasaan.
Aiman
melihat wanita kesukaannya sepuas-puasnya apabila wanita itu ralit dibuai
dengan perasaan. Rambutnya yang berombak sesekali ditiup oleh angin. Matanya
masih lebam. Pasti wanita itu menggunakan masa tidurnya untuk menyiapkan
kerja-kerja mengedit. Disebabkan kurang pergaulan, wanita itu dapat menyiapkan
kerja-kerja mengeditnya dengan lebih cepat. Hampir setiap minggu, pasti
terdapat bungkusan yang baru tiba di hadapan rumahnya. Walaupun tidak banyak
bercakap, wanita itu sangat komitmen dengan kerjanya. Mungkin sebab itu dia
dipercayai untuk mengedit kertas-kertas kerja tersebut.
“Terima
kasih”ujar Mia tiba-tiba.
“Ha?”Aiman
seperti tidak dapat menangkap kata-kata Mia. Itulah kali pertama gadis itu
memulakan percakapan dengannya tanpa ditegur. Hati Aiman rasanya berbunga-bunga
apabila gadis itu merenung wajahnya. Selalunya gadis itu menunduk sahaja.
“Kenapa Mia
ucapkan terima kasih?”soal Aiman ingin tahu. Matanya mula bercahaya. Tidak
sia-sia dia keluar ke beranda hari itu.
“Sebab
tolong Mia hari itu”jelas Mia perlahan. Rasanya ada baiknya dia berterima kasih
kepada lelaki itu supaya lelaki itu terasa pertolongannya dihargai.
“Hari itu?
Ooo.. Mia jangan risaulah. Bukan susah pun nak suruh diorang pergi. Lain kali,
semuanya serahkan kepada saya”ujar Aiman bangga sampil menepuk-nepuk dadanya.
Rasanya dia berjaya menyelamatkan gadis pujaannya itu dari serangan seekor
raksasa.
Mia hanya
mengangguk. Kemudian dia melihat jam pada pergelangan tangannya. Alamak,
nampaknya dia telah terlewat. Akhirnya dia memasuki biliknya tanpa mengucapkan
apa-apa pada Aiman. Aiman menghantar pemergian gadis kesukaannya dengan ekor
matanya.
“YES!!!”jerit
Aiman kesukaan sambil melombat. Dia tersenyum kali kedua sambil mengintai
beranda gadis itu. Dapat dirasakan seperti cintanya semakin berada dalam
perkembangan setelah 3 tahun berada sebumbung dengan gadis itu. Dia membetulkan
bajunya sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Harap-harap tiada yang melihatnya.
Mia
menyarungkan kalegan pada badannya yang hampir mencecah lututnya. Setelah menutup
computer dan bersarapan dengan maggienya, dia sudah menyiapkan diri untuk
keluar. Kemudian dia bergerak ke kalendar yang terletak di atas meja
komputernya. Dia melihat pada stick note yang melekat di situ. Dia hanya mampu
mengeluh melihat nota yang tertulis di situ. Dia akhirnya bergerak menyarungkan
kasut sukan kesukaannya. Kasut itu banyak membantunya dalam perjalanan jauh.
Betul tu hidup mesti diteruskan.
******************************************************************************************
“Kenapa
tiba-tiba nak pergi pantai? Jauh pulak tu. Ada apa-apa ke?”soal Syah ingin
tahu. Dia menoleh ke arah Arisyah yang berada disisinya. Gadis itu sedang ralit
memilih lagu yang berada dalam radio keretanya.
“Saja nak
bawak Syah pergi jalan-jalan. Lagipun
kita belum pergi mana-mana lagikan? Bukan Syah kata nak jelajah seluruh
dunia?”ujar Arisyah perlahan sambil mengajukan soalan kembali kepada Syah.
“Eyaalah,
tapi kenapa mesti hari nie jugak? Esok tak boleh ke?”soal Syah sedikit pelik
apabila gadis itu bersungguh mengajaknya seperti hari esok tidak akan menjelma.
Dia memakaikan tali pinggang keselamatan pada dirinya. Dia kemudiannya
memasukkan alamat kepada GPSnya memandang dia sendiri buta jalan.
“A’ah… saja
je, lagipun hari nie cuaca baik. Ary baca berita esok hujan di kawasan tu”jawab
Arisyah sedikit tergagap-gagap. Dia tidak berhenti bermain dengan tangannya
sendiri sejari tadi. Sesekali dia mengesat peluh yang mengalir pada dahinya.
“Ary panas
ke?”soal Syah. Tangannya laju untuk menukarkan suhu air-condnya.
“Ha? Tak apa.
Ary okey je. Jomlah kita pergi”jawab Arisyah sambil mengerling melihat Syah
yang tersenyum riang dapat memandu keretanya yang baru sahaja dibeli minggu
lepas. Dia melepaskan satu keluhan berat. Maafkan Ary, Syah. Ni sahaja cara
untuk Ary dapatkan Syah.
**********************************************************************************************
“Wow!! Kita
dah sampai!”jerit Syah sambil berlari menuju ke laut. Perjalanan mereka hampir
memakan masa selama 3 jam untuk tiba di pantai itu. Semuanya gara-gara sikap
Arisyah yang merengek ingin ke sana. Arisyah ketawa kecil apabila melihat Syah
yang sedang bermain di gigi-gigi air. Sesekali lelaki itu melompat apabila
kakinya tersentuh air. Namun akhirnya senyumannya mati mengenagkan rancangan
yang akan dijalankan olehnya. Dia tidak tahu mengapa dia perlu bertindak sejauh
itu. Namun, kebenaran yang dia ketahui semalam cukup menyeksakannya sehingga
dia mengambil langkah drastik begitu.
“Syah milik
Ary”ujar Arisyah perlahan sambil mengorakkan langkah mendekati Syah.
“Ary! Senyum
Ary” Syah mula mengambil gambar Arisyah. Belum sempat Arisyah senyum, lelaki
tersebut lebih laju menyentuh skrin Ipadnya untuk mengambil gambar. Satu
senyuman terukir di wajahnya.
“Kenapa?
Cantik ke?”soal Arisyah sedikit teruja untuk mengusik lelaki itu.
“Em…
cantik”puji Syah sambil melihat foto tersebut. Kini, Arisyah pula terkedu.
Jarang sekali lelaki itu memujinya. Lelaki itu hanya menyatakan dirinya sudah
perwatakan sebagai wanita. Itu sahaja. Betulkah lelaki itu memujinya cantik?
“Kualiti
gambar nie memang cantik. Perlu ke Syah editnya lagi?”sambungmya sambil ketawa.
Seronok rasanya dapat mengusik sepupunya itu. Sepupunya itu sudah memuncung
panjang bak seekor itik.
“Ambillah
gambar puas-puas dengan Ipad Syah tu! Kualiti gambarnya memang cantik
kan?”balas Arisyah sedikit geram. Matanya sudah mencari-cari tempat-tempat yang
sunyi untuk dirinya dan Syah. Matanya tertacap pada sebuah bot yang diletakkan
berhampiran dengan mereka di bawah sebuah pondok usang. Jala yang besar
diletakkan di atas bumbung tersebut untuk mengelakkan bot tersebut terkena
cahaya panas. Ini menyebabkan kawasan tersebut benar-benar terlindung.
“Syah, Mia
tunggu Syah dalam bot tu sebentar ye?”cadang Arisyah sambil menunjukkan kepada
bot yang terletak berhampiran dengan mereka.
“Ha? Mia tak
nak main dulu ke? Kenapa alih-alih kena duduk dalam bot pulak? Bukan bot tu
bergerak pun”soal Syah sedikit tidak berpuas hati. Dia menoleh ke kiri dan ke
kanan. Pantai tersebut benar-benar sunyi memandang mereka tiba di sana pada
tengah hari. Pasti ramai pengunjung yang akan tiba nanti pada waktu petang.
“Panaslah
Syah. Syah marilah duduk dalam bot nie sebentar. Lepas matahari turun, kita
mainlah. Lagipun sekarang dah pukul 3.30 . Lama-lama okeylah nanti”usul Arisyah
untuk meyakinkan lelaki itu. Dia melihat lama lelaki itu. Harapannya agar
lelaki itu bersetuju, maka tidak sia-sialah rancangannya pada hari itu.
“Em..okeylah.
Tapi Syah nak pergi beli ais-krim sebentar dekat sana. Ary nak?”soal Syah
sambil menunjukkan tangannya ke arah jeti yang terletak berhampiran dengan
mereka. Di atas jeti tersebut, terdapat
seorang lelaki berusia yang menjual ais-krim menggunakan motosikalnya.
“Okeylah.
Ary tunggu dekat sini tau? Cepat sikit”jawab Ary sambil mengangguk. Dia
memandang Syah yang semakin hilang daripada pandangan matanya. Lama dia
termenung sebelum mengeluarkan telefonnya. Sekejap dipegang telefonnya, sekejap
disimpan. Dia kadang kala menoleh kalau-kalau Syah sudah sampai. Baik kau buat
Ary. Kau nak bersama dia sampai bila-bila kan? Buat sajalah. Akal fikiran
Arisyah sudah mula menghantuinya. Arisyah mengambil nafas sedalam-dalamnya.
Nombor telefon yang dikehendakinya didail dengan penuh yakin. Lama dia menunggu
panggilan. Seorang suara lelaki kedengaran pada cuping teliganya.
“Hello. Saya
nak melaporkan ada perbuatan zina di sini”
********************************************************************************************
Syah
menyepak apa sahaja yang menghalang perjalanannya. Pasir tersebut menyukarkan
Syah untuk berjalan ditambahkan dengan keadaan cahaya matahari yang menyilaukan
pandangannya. Dia tidah habis-habis merungut apabila melihat penjual ais-krim
tersebut yang dirasakan agak jauh. Kadangkala dia bersiul riang sambil melihat
suasana pantai tersebut. Air lautnya masih biru, dan pasirnya berwarna
keemas-emasan. Malah dia juga dapat melihat banyak cakera siput yang bertaburan
di kawasan pantai tersebut. Sesekali rambutnya tertiup memasuki matanya. Inilah
padahnya cuba untuk membuat gaya rambut ala-ala Kpop. Dahlah gaya rambut
tersebut hampir memasuki matanya, kini sekali rambutnya ditiup oleh angin,
pasti terasa pedih.
“Hishh,
lecehlah”ujar Syah agak rimas dengan keadaannya. Langkahnya terhenti apabila apabila
kakinya menyentuh kayu jeti tersebut. Lama dia melihat keadaan jeti tersebut.
Pelbagai doa yang diinagt, dibaca dengan tekun. Rasanya sepert menempuh medan
perang.
Sesekali
langkahnya terhenti apabila mendapati dirinya sudah berada separuh daripada
jeti tersebut. Ombak kuat menghembas jeti tersebut menghasilkan bunyi yang tidak
menyenagkan. Dia dapat rasakan seperti jeti usang itu akan roboh jika ombok
kuat akan menghembas jeti tersebut. Kadangkala, ombok kuat tersebut menghembas
sehingga air naik ke atas jeti tersebut. Semakin jauh dia pergi, semakin kuat
ombak yang datang. Malah seluarnya hampir basah terkena percikan air tersebut.
Tambahan pula dia mempunyai satu kelemahan sejak kecil lagi. Malah ruangan jeti
tersebut juga agak sempit. Wajah Syah mula pucat. Dia berhenti mulutnya
berkumit-kumit membaca doa.
“Hish..apasal
susah sangat nak beli ais-krim? Perlu ke pakcik nie jual atas jeti siap?”guman
Syah tidak berpuas hati. Disebabkan keinginan untuk memakan ais-krim dia
terpaksa menghadapi perkara yang menakutkan itu. Rasanya seperti menyeberangi
lautan berapi sahaja. Pucat wajahnya melihat ombak menghempas jeti tersebut.
“Pakcik,
saya nak dua kon ais-krim. Letak tinggi-tinggi tau”pinta Syah sambil
mengurut-gurut dadanya apabila berjaya mengharungi jeti panjang itu. Matanya
beralih kepada badan seorang wanita yang menyanggul rambutnya. Benar-benar
menginggatinya kepada seseorang. Wanita itu ralit memerhati permandangan laut
sambil membelangkanginya. Pasti wanita tersebut pelanggang pakcik tersebut.
“Sabarnya
adik, kakak nie dah pesan dulu”jawab pakcik itu sambil tersenyum. Tangannya
masih laju meletakkan ais-krim ke dalam kon. Disebabkan cuaca yang terlalu
panas, ais-krim tersebut hampir cair.
“Alaa…pakcik
saya dahululah. Kawan saya tengah tunggu tu. Kan runtuh jeti nie kan
ramai-ramai”ujar Syah meluahkan kerisaunnya. Dia benar-benar mahu pergi
daripada situ. Dia benci melihat ombok. Ditambahkan lagi jeti tersebut agak
usang. Macam manalah pakcik tersebut berani membawa motosikalnya ke sini? Dia
sudah hampir terkencing untuk melalui jeti itu.
Pak cik itu
ketawa mendengar luahan hati Syah. Jelas kedengaran seperti budak-budak.
“Tanya kakak
nie dululah”usul pakcik tersebut. Dia mengerlingkan matanya ke arah wanita yang
masih membelangkangi mereka. Syah melihat lama gadis tersebut.
“Makcik!
Boleh tak saya ambil dulu?”soal Syah agak kuat untuk melawan bunyi ombak. Namun
wanita itu tidak memberi apa-apa reaksi. Pekak ke makcik nie?
“Makcik!!!”jerit
Syah agak kuat. Pakcik itu menutup teliganya apabila jeritan Syah hampir
memecah gendang teliganya. Haiihh..agak-agaklah budak nie.
Wanita itu
memusingkan badannya apabila terasa dirinya dipanggil. Bulat matanya apabila
matanya dapat mengesan suara yang memanggilnya.
“Mia?”soal
Syah agak tidak percaya. Apa wanita itu buat di sini? Bukan ke dia tidak suka
keluar? Itulah yang diketahui oleh Syah sepanjang 2 minggu dia tinggal
bersebelahan wanita itu. Bilik wanita ini sentiasa cerah walaupun jarum sudah
menunjukkan pukul 3 pagi. Entah apa yang dilakukan. Kadangkala Syah agak risau
dengan keadaan wanita itu. Patutlah matanya lebam.
Mia menunduk
wajahnya apabila mata Syah merenung tajam ke arahnya. Sukar rasanya untuk
mengambarkan perasaannya kini. Dia pasti perasaannya kini bukan marah. Namun
dia sendiri sukar untuk mentafsir perasaannya. Ya Allah, macam mana aku boleh
jumpa dia di sini? Kebetulan apa nie?
“Macam mana?
Boleh tak budak nie ambil dulu?”soal pakcik itu kepada Mia. Matanya silih
berganti melihat wajah kedua-duanya. Kenapa pucat je muka diorang?
“A’ah,
pakcik bagi jelah kat dia. Saya rasa kenyang pulak”jawab Mia sambil menunduk
wajahnya. Dia malu untuk melihat wajah lelaki itu. Hampir dua minggu mereka
tidak bertegur sapa. Malah dia telah menuturkan kata-kata yang menyakitkan hati
lelaki itu.
“Tak pakcik,
saya nak tiga. Bagi dekat makcik nie satu”jawab Syah tanpa menolehkan wajah untuk
melihat pakcik tersebut. Matanya masih tajam melihat wajah Mia yang sedikit
pucat itu. Dia tahu Mia sengaja ingin melarikan pandangan daripadanya.
“Okey!
Okey!! Pakcik buat tiga ye? Nah pegang dua nie dulu”ujar pakcik tersebut sambil
menghulurkan dua batang kon kepada Syah. Syah mengambilnya namun matanya masih
ralit melihat Mia. Rasa rindunya kepada gadis itu sedikit terubat. Selama ini
dia tidak mampu untuk melihat gadis itu dan terpaksa melarikan pandangan
daripada gadis. Cukup menyeksakan dirinya. Dia benar-benar tidak mahu
lakukannya lagi. Memang bukan stylenya!!
“Makcik! Apa
khabar?”ujar Syah lancar. Dia benar-benar ingin mengenali gadis itu dengan sisa
masa yang ada selama dia masih di Malaysia.
Mia
membiarkan soalan tersebut berlalu tanpa jawapan. Kakinya mula diatur untuk
meninggalkan lelaki itu. Namun kenapa pada sisi lain, dia terasa ingin menatap
wajah lelaki itu sepuas-puasnya. Apa kena dengan aku nie? Mungkin kerana dia
berbeza daripada lelaki lain. Lelaki yang tidak putus asa untuk berbual
dengannya. Lelaki yang baru namun memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya.
“Hei! Tunggu
dulu! Jangan pergi masa orang tengah bercakap”ujar Syah laju apabila gadis itu
bergerak melintas sebelah kirinya. Kakinya mula diatur untuk mengejar gadis
itu. Dia sudah lupa tantang Arisyah yang menunggunya.
“Dik,
ais-krim nie” Suara pakcik tersebut menghentikan langkah Syah. Dia mengeluarkan
not 10 ringgit lalu dihulurkan kepada pakcik tersebut. Tangannya laju mengambil
ais-krim yang ketiga. Hishh..makcik nie, sekurangnya ambillah ais-krim dia.
Buat susahkan aku pegang ketiga-tiga je.
“Pakcik
simpan jelah bakinya”
“Oii..
Makcik!! Ambillah ais-krim nie. Janganlah gerak laju-laju. Jeti nie kan licin.
Kalau jatuh macam mana?”jerit Syah agak kuat. Dia melihat Mia yang semakin jauh
ke hadapan. Gadis itu sengaja buat tidak dengar tentang amarannya.
“Orang cakap
jalan perlahan-lahanlah. Ambillah ais-krim nie. Kalau ye pun taknak tengok muka
orang, janganlah sampai menyusahkan Syah pegang ais-krim nie”jerit Syah agar
dapat didengar oleh wanita itu. Dia sudah tidak peduli dengan ombak disekeliling.
Wanita itu menjadi target utamanya.
Aku tak
minta kau beli pun senget! Guman Mia dalam hati. Dia menahan marahnya apabila
lelaki itu tidak berhenti memanggilnya makcik.
“Makcik!
Berhentilah! Ambillah ais-krim nie. Janganlah emo sangat. Ke…ke makcik datang
bulan?”soal Syah selamba. Soalan Syah itu menyebabkan langkah Mia terhenti.
Laju kepalanya dipusing 90 darjah melihat wajah lelaki itu yang hanya
tersengih. Lama rasanya dia tidak melihat senyuman itu.
“Berhenti
pun”ucap Syah riang sambil melangkah mendekati Mia. Dia menghulurkan ais-krim
kepada Mia. Mia merenung tajam wajah Syah.
“Ambillah.
Orang datang bulan tak boleh makam ais-krim ke?”soal Syah untuk menyakat wanita
itu. Merah wajah wanita itu apabila disakat begitu. Tangannya laju mengambil
ais-krim di tangan Syah.
“Kan dah
janji buat tak kenal?”soal Mia agak dingin apabila terasa lelaki itu melupakan
perjanjian mereka.
“Syah memang
anggap kita tak pernah berjumpa. Sebab tu Syah panggil makcik seperti awal
perkenalan kita dahulu. Anggaplah macam nie pertemuan pertama kita. Makcik
sorang je emo pelik. Kenapa? Makcik
macam pernah nampak muka Syah ke? Dalam tv ke?”soal Syah sambil tersengih.
Rasanya seronok dapat mengenakan wanita itu. Nampak tak? Dia masih mematuhi
perjanjian mereka.
Mia mengetap
bibirnya mendengar alasan lelaki itu. Lelaki itu tidak pernah mengambil serius
untuk semua perkara. Tak matang!! Mia menjilat ais-krim yang berada dalam
genggamannya apabila ais-krim tersebut hampir cair.
“Makcik
pakai pad jenama apa? Kotex?”soal Syah selamba sambil menjilat ais-krimnya.
Kemudian dia menjilat pula ais-krim Arisyah di tangan kirinya.
Bulat mata
Mia mendengar usikan tersebut. Dia tengok ke jenama pad tu?
“Jangan nak
buat lawak pasal benda macam tu”jawab Mia tegas sambil menyambung langkahnya.
Lagi cepat dia beredar. Lagi reda marahnya.
“Apasal tak
boleh?”soal Syah kembali sambil menyambung langkahnya mengikuti Mia daripada
belakang.
“Sebab orang
perempuan tak suka”
“Kenapa
orang perempuan tak suka?”
“Sebab tu
benda alah”
“Kenapa
benda alah? Semua tempat kita boleh jumpa”
Mia mengetap
bibirnya geram apabila lelaki itu masih ingin menuruskan perbualan mereka. Dia
tahu lelaki itu sengaja ingin mengenakannya.
“Alaa..makcik
rilekslah. Syah siap pegang pad tu. Tak rasa apapun”jawab Syah selamba. Dia
tersenyum mengenagkan dirinya yang pernah memegang pad tersebut. Sebenarnya itu
kali pertama dia pegang benda alah tersebut. Di Jepun, dia tidak mempunyai ahli
keluarga. Manalah dia tahu semua itu. Dia hanya pernah melihat dalam iklan
sahaja.
Mata Mia
membulat mendengar kata-kata lelaki itu. Pernah pegang? Pad aku? Yang aku
pernah pakai tu?
“Makcik
tunggulah Syah. Nama makcik apa?”soal Syah untuk meruskan lakonannya. Sengaja
dia menanyakan soalan tersebut seperti di awal perkenalan mereka.
Jangan nak
berlakonlah budak. Mia memejam matanya rapat. Bila nak disuruh begitu,begini
pula dia kelentong. Memandai sahaja.
“Makcik umur
berapa? Dah kahwin ke belum?”soal Syah lagi sambil tergelak. Jelas mendidihkan
lagi darah yang mengalir dalam tubuh Mia. Lelaki itu memang hanya tahu ketawa
sahaja. Begitu mudah dia melupakan kata-kata Mia. Macam manalah boleh wujud
lelaki bermuka tebal seperti itu? Gusar hati Mia.
“Eh..Makcik
datang dengan apa…………….”soalan Syah terbantut apabila pakcik yang menjual
ais-krim tersebut datang melintasinya bersama motosikalnya. Ini menyebabkan
Syah terpaksa mengelak pantas daripada terlanggar motosikal tersebut. Hal
tersebut menyebabkan dia sukar untuk mengimbangi badannya ditambahkan lagi
dengan keadaan jeti tersebut yang basah. Sedar tidak sedar dia telah jatuh ke
dalam laut yang dalam itu. Terkapai-kapai dirinnya untuk memegang kembali jeti
tersebut. Keadaan diburukkan lagi dengan keadaan ombak yang deras. Air-krim
yang dipegang oleh Syah sudah pun tergelam dibawa arus laut yang deras.
Mia
berpaling apabila mendengar percikan air yang agak deras. Dahinya agak berkerut
apabila melihat lelaki itu telah hilang daripada pandangan mata sebaliknya dia
melihat motosikal yang dibawa oleh pakcik tersebut semakin laju. Wajah pakcik
tersebut agak pucat. Apa yang telah berlaku? Mana lelaki itu?
Mia memberi
laluan kepada pakcik tersebut. Kakinya sudah bergerak mencari Syah yang
tiba-tiba menghilang. Mata Mia membulat apabila melihat badan Syah sudah
separuh ditenggalami air. Lelaki tersebut tidak dapat mengimbangi badannya
dalam air apabila ditolak oleh ombak yang kuat. Itu menyebabkan kepala lelaki
tersebut terhantuk kepada jeti. Hantukan tersebut menyebabkan lelaki tersebut
pengsang lalu badannya mula ditenggelami oleh ombak.
“Syah!!
Berenanglah! Apasal kau tak berenag?”jerit Mia agak deras apabila badan lelaki
itu mula ditenggalami oleh ombak. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan untuk mengesan badan lelaki itu.
Jantungnya telah berdebar kuat apabila dia gagal untuk mengesan apa-apa.
Fikirannya buntut. Lelaki tu dah lemas ke?
Mia laju
menanggalkan kasutnya lalu terjun ke dalam laut tersebut. Semoga kemahirannya
dalam berenang dapat menyelamatkan lelaki tersebut. Ya Allah! Tolong selamat
lelaki itu!!
*********************************************************************************************
“Syah!!
Bangunlah!! Syah!!”Mia mengoncang tubuh Syah dengan kuat selepas membaringkan
lelaki tersebut di atas pantai. Melihat mata lelaki tersebut yang masih
tertutup menyebabkan hatinya mahu sahaja menjerit. Mahu sahaja dia menangis.
Dia melihat ke kiri dan ke kanan untuk meminta batuan. Tiada siapa pun yang
berada di situ. Di saat genting begitu, tiada sesiapa yang mampu membantunya.
“Bangunlah
Syah!! Kau bodoh ke?”soal Mia sambil memukul dada lelaki itu. Namun lelaki itu
tidak memberi apa-apa reaksi. Mia sudah hilang akal. Dia buntut mencari jalan
penyelesaian. Mustahil dia mampu membawa lelaki tersebut ke hospital
memandangkan dia sendiri tidak mempunyai kenderaan. Dia menekan dada lelaki
tersebut untuk mengeluarkan air daripada badan lelaki tersebut. Namun lelaki
tersebut masih tidak memberi apa-apa reaksi.
Mia menekup
lama wajahnya. Dia mencari-cari pertolongan di sekitarnya. Pakcik yang
menyebabkan Syah lemas sudah terlebih dahulu mengangkat kaki. Macam manalah
pakcik tersebut boleh buat macam tu? Mata Mia berhenti apabila dia melihat
sekujur tubuh wanita di dalam sebuah bot berhampiran dengan mereka. Dia yakin
memang ada orang di situ walaupun penglihatannya agak kurang jelas kerana bot
tersebut dilindungi oleh jala ikan.
“Cik? Cik
tolong saya. Kawan saya lemas dan…”Mia tidak jadi menyambung kata-katanya
apabila melihat gadis tersebut seperti ingin melarikan diri. Gadis itu
mencari-cari tas tangannya lalu menutup wajahnya dengan tas tangan tersebut.
Gadis tersebut sudah berkira-kira untuk melarikan diri.
“Cik,
tunggu!!”jerit Mia apabila melihat gadis tersebut sudah ingin beredar. Dia laju
memapah Syah dan bergerak menuju ke bot tersebut. Apabila dia tiba di sana,
kelibat gadis tersebut sudah hilang. Dia melepaskan keluhan berat. Kenapa semua
orang lari?. Mereka tak nampak ke ada orang yang hampir mati nie?
Mia
meletakkan Syah perlahan-lahan ke dalam bot tersebut. Dia juga laju memasukkan
diri ke dalam bot tersebut. Tangannya laju mencari-cari telefon bimbitnya. Tak
ada? Dia mencari-cari pula telefon bimbit lelaki itu di seluar lelaki tersebut.
Tangannya mencapai Ipad lelaki itu yang telah basuh kuyup. Hishh!! Rosak pula.
Mia
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mustahil dia memapah lelaki tersebut
hingga ke hospital. Dia melihat badan lelaki itu yang telah basah kuyup. Mata
lelaki itu masih tertutup rapat. Ya Allah, tolonglah aku! Aku telah mengeluarkan
kata-kata yang kasar kepada lelaki ini. Aku telah melakukan kejahatan. Jangan
KAU mengambil nyawanya, Ya Allah. Tolonglah!! Rintih hati Mia. Mata Mia
terhenti pada bibir lelaki tersebut yang berwarna merah jambu tanda lelaki tersebut tidak menghisap rokok. Jantung Mia
berdegup kencang. Mungkinkah itu sahaja jalan yang ada?
Mia
mendekati wajahnya ke wajah lelaki tersebut. Hampir seinci sahaja bibirnya
menyentuh bibir lelaki tersebut, dia menjauhkan wajahnya. Betul ke apa yang aku
buat nie? Betul ke? Dia memandang lama wajah lelaki itu. Dia tidak sanggup
kehilangan lelaki itu. Nyawa lelaki itu kini seperti berada di tangannya. Dia
menghela nafas sedalam-dalamnya. Harapannya agar usahanya berbolai. Dia
akhirnya mendekati wajahnya, mendekati bibirnya…matanya dipejam rapat dan………….
“Apa yang
korang berdua buat nie?”soal seorang lelaki yang berusia 30-an. Suara lelaki
tersebut mengejutkan Mia. Laju sahaja dia menjauhkan bibirnya daripada bibir
Syah. Pucat wajahnya melihat 4 lelaki yang berusia lingkungan 30-an tersebut
silih berganti. Apa yang dia buat?
Syah
tersedar sambil menepuk-nepuk dadanya. Air terkeluar daripada mulutnya. Dia
dapat merasakan hidungnya tidak selesa dan dipenuhi oleh air. Matanya memandang
seorang gadis yang merenung tajam ke arahnya. Gadis itu duduk bersila
berhampiran dengannya dengan keadaan yang basuh kuyup. Baju wanita tersebut
sedikit terdedah sehingga menampakkan bahu dan tali baju dalamnya. Dia mengerut
dahinya lama. Matanya beralih pula kepada 4 orang lelaki yang berserban. Fikirannya
menjadi semakin kusut untuk mengenali kesemua mereka. Dia memegang kepalanya
yang tiba-tiba berdenyut.
“Saya
dilaporkan ada perbuatan zina di sini. Apabila saya tiba, saya melihat kamu
berdua bercumbuan. Apakah alasan kamu?”soal salah seorang daripada mereka yang
berjanggut. Wajahnya cukup tegas hingga mampu meluruhkan tangkai jantung Mia. Mia
sudah dapat meneka apa yang bermain di akal fikiran lelaki-lelaki tersebut.
“Semua nie
cuma salah faham. Saya cuma memberi bantuan CPR kepadanya”jawab Mia laju.
Matanya sudah mula berair apabila dituduh begitu. Hatinya bagai dihiris hiris.
Renungan tajam daripada lelaki tersebut sudah cukup membuktikan kepercayaan
keempat-empat lelaki tersebut.
“Dengan
pakaian yang terdedah begini?”soal lelaki tersebut kembali sambil menunjukkan
t-shirt Mia yang terlondeh sehingga menampakkan tali baju dalamnya. Laju Mia
membetulkan bajunya sambil mengesat matanya.
“Sumpah, dia
lemas.. saya tolong selamatkan dia. Sebab tu kami berdua basah”terang Mia. Mia
terasa dirinya dianayai apabila pertolongannya tiba-tiba menjadi malapetaka. Ya
Allah, apa semua nie?
“Boleh jadi
jugak korang berdua bermandi manda kemudian buat maksiat di sini kan?”salah
seorang daripada mereka yang bermisai bersuara yang sedari tadi hanya bertindak
sebagai pemerhati. Mia mengeleng laju. Air matanya sudah mencurah tanpa
berhenti.
“Takk…tak…”ujar
Mia perlahan sambil menutup telinganya mendengar tuduhan tersebut. Hanya Allah
sahaja tahu betapa seksanya jiwanya. Dia mengerling ke arah Syah yang masih
memegang kepalanya. Lelaki itu masih membisu seribu bahasa. Tidak sekalipun
lelaki itu bersuara menidakkan tuduhan tersebut. Hanya Mia sahaja yang
melebih-lebih mempertahankan mereka.
“Kenapa
pilih waktu sekarang untuk keluar. Korang sengaja agar tiada yang perasaan kan?”
“Kenapa buat
bantuan SPR di kawasan yang terlindung macam nie?”
“Apasal tak
minta bantuan penduduk di sini kalau dia lemas?”
“Kenapa tak
telefon saudara mara dia?”
“Kenapa
wajah korang pucat kalau tak buat apa-apa?”
Mia
mengeleng-geleng kepalanya. Bertalu-talu soalan menyerangnya. Kesemua mata
memandang dirinya seperti jijik dengan keadaan dirinya. Dia kenal pandangan
seperti itu. Itulah pandangannya yang diperolehi suatu ketika dahulu. Inilah
padahnya apabila dia berbual dengan seseorang. Melangkah ke dunia luar. Sekali
dia langgar, terus datang sahaja hukuman ke atasnya.
“Benarkah
apa yang dikatakan perempuan nie?”soalan tersebut dilontarkan pula kepada Syah.
Syah mengangkat kepalanya melihat wajah manusia di hadapannya silih berganti.
Dia dapat melihat wajah wanita itu seperti mengharapkan belas kasihannya.
Namun, fikirannya benar-benar kosong ketika itu. Sumpah!!
“Saya…saya
betul-betul tak tahu”
Jawapan
jujur daripada Syah tersebut sangat memerangjatkan Mia. Sangkaannya, lelaki itu
akan membelanya namun lain pula didengari. Jawapan daripada lelaki tersebut
sedikit sebanyak membenarkan tuduhan ke atas dirinya. Apa yang lelaki itu
mengarut?
“Syah apa
awak mengarut nie? Jawablah betul-betul soalan mereka!!”marah Mia sambil
memegang kolar baju lelaki tersebut. Ingin sahaja dia menampar wajah lelaki itu
yang selamba. Ini balasan yang dia dapat selepas menyelamatkan lelaki tersebut?
Kurang ajar!!
“Awak..awak
siapa?”soal Syah sambil merenung wajah wanita yang merah padam melihatnya.
“Dahlah
berlakon!! Jangan nak main-main lagi boleh tak? Benda dah jadi semakin serius!
Matanglah sikit”jerit Mia agak kuat. Dia dapat mendengar ketawa daripada
keempat-empat pegawai pencegah maksiat tersebut. Dia dapat merasakan maruahnya
dipijak pijak.
Syah menepis
tangan wanita itu agak kasar apabila wanita tersebut mencengkam kolar bajunya.
Dia merasakan wanita tersebut sengaja mencabar kelakiannya.
“Aku tanya
nie, kau siapa?”marah Syah agak tinggi. Mia melepaskan tangannya. Lama dia
melihat wajah lelaki tersebut. Air matanya telah menitis laju . Pertama kali
lelaki tersebut sekasar itu dengannya.
“Syah….”panggil
Mia perlahan. Kenapa dengan lelaki tersebut? Dia dapat merasakan perbezaan
daripada lelaki tersebut. Dia sudah hilang punca mencari jalan penyelesaian.
Dia dapat merasakan masalah baru akan timbul.
“Kau siapa?
Kita dekat mana nie?”soal Syah agak garang sambil melihat keadaan sekitar.Mia
menelan air liurnya. Fikirannya buntut. Harapannya kepada lelaki itu telah
terkubur. Kenapa lelaki tersebut bersikap demikian? Macam mana dengan masa
depannya? Jangan kata lelaki tersebut buntut dengan keberadaan mereka. Dia
sendiri seperti tidak mampu mendengar apa-apa. Soalan daripada Syah dan 4 orang
pegawai pencegah maksiat tersebut menyerangnya bertubi-tubi.Dia hanya
membenarkan soalan tersebut berlalu tanpa jawapan. Fikirannya semakin kusut.
Matanya semakin gelap. Dunia manakah aku sedang berada nie Ya Allah?
No comments:
Post a Comment