Wednesday 11 December 2013

Novel : Are You Afraid Of Love?

[1] 
The Begins Of Our Story

“Kringggggg!!!!”Bunyi jam loceng pandanya berbunyi.Namun mata Mia masih tertutup rata.Apabila otaknya tidak dapat merima bunyi bising dari jam pandanya itu,kakinya laju menyepak jam tersebut sehingga jam tersebut jatuh ke atas lantai.Jam itu berhenti berbunyi.Waktu itu baru Mia sedar akan tindakannya.Lekas sahaja dia bangun lalu mencari jam pandanya itu.


“Nichi ! Kau dekat mana nie? Janganlah buat aku risau cam ni…”dia mula mencari barang yang tak sampai seminit pun dia sepak.Memang lumrah manusia.Dah diludah,masih mahu dijilat.
Dia mencari-cari jamnya di bawah katil. Namun masih belum kelihatan. Dia mula mengeluh.Mulutnya tidak berhenti membebel mengenai jam pandanya.

“Jam manja! Jatuh sikit terus bisu!!”Dia bingkas bangun.Tanganya mencari-cari telefon bimbitnya pula. 10 pagi? Haih, aku tidur sampai lama macam nie? Dia mencari-cari pengepit rambutnya.Rambutnya yang kusut masai sehingga hampir menutupi matanya.Dia bangun melihat dirinya di cermin.Mata kusut sekali. Dah macam orang gila dia tengok diri sendiri.

Sweater yang dipakainya hampir mencecah lututnya.Malah dirinya sering menjadi tarikan apabila keluar membeli barang daripada luar terutamanya matanya.Bukan kerana matanya sangat cantik.Bukan juga sepit dan cute macam orang korea. Matanya lebam.Bukan kerana dia seorang gangster yang terlibat dalam pergaduhan.Dia seorang penulis.Waktunya banyak dihabiskan di hadapan komputer. Tingkap flat biliknya jarang sekali dibuka. Dia banyak mengurungkan diri di dalam bilik. Ditambahkan lagi dengan personaliti dirinya yang seperti orang tua.Berambut kusut hingga para bahu dan hampir mencecah dadanya.Dia sering mengulung rambutnya lalu diikat dengan pengepit China tidak ubah seperti orang tua. Dia juga sering mengenakan kalegan atau sweater hingga paras lutut. Malah kebanyakan baju T-Shirt nya baju lelaki.

Melangkah kaki ke dunia luar merupakan perkara yang sangat dia geruni. Dia hanya keluar dari biliknya sekali seminggu untuk membeli barang keperluan rumah.Sosial? Dia tidak pernah berbual-bual dengan orang luar walaupun jiranya sendiri di apartment 123.Dia hanya mengangguk dan mengeleng apabila ditanya.Dia benci mendengar biliknya dia diketuk.Benci bunyi loceng. Benci mendengar orang menjerit. Bneci mendengar orang memanggil namanya.Dia benar-benar takut pada dunia..takut pada semua orang…

Mia bangkit daripada tidurnya lalu membasuh mukanya. Dia melihat nota yang ditampal pada mejanya.Dia mengeluh. Banyak barang-barang dapur sudah kehabisan stok dirumahnya. Kehabisan barang dapur bermakna dia perlu membuka pintu apartmentnya. Melangkah ke dunia luar.

“Mana Maggie semalam ye? Rasanya tak habis semalam”Dia membuka periuknya. Sangkaannya benar.Maggie semalam masih belum habis.Dia menghidupkan api untuk memanaskan maggienya. Lalu kaki laju bergerak ke flat biliknya untuk mengambil surat khabarnya. Cukup seinci pintu biliknya dibuka,dia menghulurkan tangannya untuk mencari-cari surat khabarnya. Eh? Mana surat khabar aku nie? Selalunya ada dekat-dekat sini je.

“Awak cari surat khabar nie ke?” Terkejut Mia mendengar ada suara yang mendengurnya. Dirinya yang terlalu terkejut tidak dapat mengimbangi badannya yang tersandar pada pintu biliknya lalu tersemban jatuh.

“Sorry! Awak okey? Sakit tak? Saya kejutkan awak ke?”bertalu-talu soalan menerjah ke gendang teliganya. Dia mengangkat kepalanya. Aiman,jiran flat bilik 123. Dia mengeleng kepalanya sambil menundukkan kepalanya. Dia tidak selesa untuk melihat mata dan wajah lelaki itu.Tangannya sudah laju mencapai tombol pintunya untuk memasuki semula kubu pertahananya.

“Ini surat khabar awak kan? Saya kesian tengok awak tak dapat cari suarat khabar nie,sebab tu saya tolong ambilkan”aiman menghulur suart khabar tersebut kepada Mia. Tangan Mia laju mengambilnya lalu memasuki biliknya dengan keadaan kelam-kabut.Kuat pintu biliknya terhempas disebabkan sikapnya yang kelam-kabut.

“Eishh..comel lah minah nie bila dia kelam kabut”tersengih Aiman apabila melihat telatah Mia. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Teliganya mula merah apabila dia berjaya berbual-bual dengan Arisya.

“Comel? Hoii kau gilar ke apa? Dengan rambut macam orang gila. Mata lebam macam panda.Tu ciri-ciri gadis kesukaan kau?”sampuk Zaid yang terdengar edisi perbualan kawannya itu. Giler apa kawan aku nie. Gadis macam tu dikatakan cantik?Mata Aiman membulat mendengar komen rakanyanya itu.Laju tangannya menutup mulut rakannya yang celupar itu.

“Mulut kau memang tak de insuran kan? Nanti dia boleh dengar. Aku ambil penyapu kan sumbat mulut kau tu” marah Aiman. Dia mengerling melihat pintu bilik Arisya. Janganlah minah nie dengar.

“Kau tu yang pelik. Daripada seorang yang tegas, tiba-tiba pula kau menjadi lembut dengan perempuan tu.Dia cakap dengan kau pun tak pernah. Macam manalah kau terpikat dengan dia?” Zaid mempamerkan wajah hairan. Setahu dirinya Aiman memang tidak berminat dengan perempuan. Walaupun mempunyai wajah yang kacak,dia mentah-mentah menolak perlawaan gadis yang cantik. Malah kadang-kala terdapat coklat dihadapan flat mereka untuk dihadiahkan kepada Aiman. Kenapalah gadis flat yang dah macam hantu pula menjadi pilihan hatinya?

“Hoi!! Berani kau menghina gadis suci, innecent, baik macam dia?! Kau nak kena dengan aku ke? Kalau kau cakap macam tu lagi pasal dia, tidur dekat luar lah kau malam nie! Jangan pandai-pandai masuk dalam rumah!!” marah Aiman. Dia memang tidak boleh mendengar suara-suara sumbang mengutuk gadis itu. Malah hampir setiap hari dia mendengar perbualan tersebut daripada makcik-makcik di kawasan kejiranannya. Paling parah sekali gossip yang dia dengar,ada seorang makcik yang mendakwa gadis itu sebagai pembunuh bersiri. Disebabkan terlalu stress, dia menjadi gila dan takut untuk menghadapi kesalahanya.Maka dia mengambil keputusan untuk mengurung dirinya.

“Fikirlah Aiman. Kau tengok perempuan tu. Aku tengok dia macam ada aura membunuh je..Kita dahlah tinggal berjiran je dengan dia. Macam mana kalau dia heret kau masuk dalam biliknya dia. Lepas tu dia siat-siat daging kau?”Zaid memaperkan wajah takut. Sedikit sebanyak dia mempercayai kata-kata makcik di kawasan kejirananya. Setiap kali dia melihat gadis itu,jantungnya bagai nak meloncat keluar melihat wajah gadis itu. Menyeramkan..

“Aku bunuh jugak lah mamat nie!” Aiman sudah mula naik angin apabila Zaid tidak habis-habis dengan peragai bodohnya itu. Tidak releven langsung. Zaid mula melarikan diri apabila melihat wajah Aiman sudah mula bertukar menjadi singa. Laju kakinya diayun menuju ke tangga. Tanpa berfikir panjang, Aiman bergerak mengejar rakanya itu.
“Hoi! Kau nak ke mana tu?!”

Suara mereka memecah bunyi sunyi di flat tersebut.







*************************************************************************************************
Mia menutup matanya perlahan. Dia bersandar lama pada dinding sambil melihat pada surat khabarnya tadi.Satu keluhan berat dilepaskan.Bagikan tergia-gia kembali perbualan antara Aiman dan rakan sebiliknya,Zaid.  Sedikit sebanyak hatinya terpempang mendengar perbualan tersebut. Bukan salah Zaid kalau macam itu fikirannya pada Mia. Memang dia mempunyai personaliti yang teruk. Luar mahupun dalam. Sampai bila Mia mahu hidup begitu? Satu suara menerpa gendang teliganya. Dia terkedu. Jelas suara itu sangat dikenalinya. Ayah?

Kakinya mula bergerak ke dapur. Kosong . Kemudian dia bergerak pula ke bilik airnya. Biliknya yang kecil itu jelas sunyi tanpa seorangpun manusia. Tapi suara tadi? Kenapa dia bersikap begitu?Jantung tiba-tiba terasa sakit. Kenangan itu jelas menghantuinya lagi. Tangannya laju mencari headphone yang tergantung pada lampu mejanya. Tangannya laju menekan punat mp3 playernya mencari lagu berentak deras. Dia menguatkan lagi volume mp3 player itu sehingga tiada bunyi pelik lagi dia dengari. Matanya tertutup rapat sambil mendengar lagu yang dimainkan. Hatinya mula merintih memohon dilepaskan.

“Tolong tinggalkan Mia sendiriannya!!”











 ***************************************************************************************************
Sweater yang tersarung kemas pada badannya diperbetulkan. Maklumkan diri menjadi tumpuan ramai. Apabila matanya mengerling ke arah kirinya, satu jeritan terdengar kuat di lapangan terbang. Malah, budak-budak perempuan sudah meloncat-loncat keriangan apabila melihat wajahnya. Dia memegang cuping teliganya. Aduh budak-budak nie nak buat teliga aku pecah ke? Mengalahkan monyet pulak. Dia membalas jeritan budak-budak perempuan tersebut dengan senyuman yang nakal sambil peace!

“Aaaarrggghhhhhhh, cutenya!!!”satu lagi jeritan memecah bunyi sunyi di lapangan terbang itu. Ramai pengunjung-pengunjung di sekitar tersebut mengelegkan kepala mereka apabila melihat tindak-tanduk gadis-gadis remaja itu. Bukan seorang dua tapi hampir mencecah puluhan orang. Gabungan suara mereka telah membina interferens membina yang kuat. Macam nak pecah lapangan terbang itu dibuatnya. Namun gelengan mereka terhenti apabila melihat wajah lelaki yang berada tidak jauh daripada kumpulan budak-budak itu. Serta merta mereka dapat merasakan wajah mereka merah dan jantung mereka berdebar kuat. Tidak berkelip mata mereka melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu masih tersenyum manis. Wow…indahnya ciptaan Allah SWT.


Salah seorang darpada kalangan budak perempuan tersebut menunduk wajahnya. Hanya dia sahaja yang tidak berbunyi sedari tadi. Sesekali wajahnya diangat untuk melihat lelaki itu. Kemudian dia tersenyum seorang diri. Terasa lelaki itu tersenyum khas untuk dia seorang sahaja. Dia memagang jantungnya. Kuatnya. Wajahnya menjadi semakin panas. Tingkahlaku gadis itu menarik perhatian Syah. Dia tersenyum seoarang diri melihat wajah gadis itu. Perlahan-lahan kakinya mendekati kumpulan gadis-gadis itu. Setapak dia bergerak mendekati mereka, semakin kuat suara mereka menjerit kesukaan. Setiap daripada mereka mula berangan-angan sendiri. Mengharapkan diri akan ditegur oleh lelaki itu.

“Hai, awak nama apa?”tegur Syah sambil tersenyum melihat gadis itu. Gadis itu terkedu, dia dapat merasakan jantungnya bagai mahu meletup kuat. Mata lelaki itu jelas melihat ke dalam matanya. Dia hanya menunduk kepalanya. Dia kelu. Kedudukan mereka agak rapat sehingga perfume lelaki itu dapat dihidunyanya dengan jelas.

“Nama saya Alia, selamat perkenalan”jawab gadis itu setelah sekelian lama mebisu. Rakan-rakannya sudah tersenyum nakal. Kini wajah Alia dan lelaki itu selih berganti dilihat oleh rakan-rakannya. Malunya aku! Aku nak buat apa nie?

“Saya suka sangat dekat awak. Awak nampak comel giler bila muka awak merah”jawab Syah.

“Haa?!”matanya Alia membulat mendengar jawapan tersebut. Jantung dia berdebar semakin laju. Ya Allah, handsomenya jodoh yang dipertemukan kepada aku. Dia dah jatuh hati dekat aku pada pandangan pertama lagi ke? Bisik hati Alia. Suara kumpulan budak perempuan itu memecah sekali setelah sunyi seketika mendengar perbualan mereka.

Syah mengambil telefon Alia yang digenggam kemas olehnya. Lama dia menekan punat telefon Alia ,kemudian telefonnya mula berbunyi. Dia tersenyum melihat nombor yang terpampang di skrin telefonnya. Alia masih ralit melihat wajah lelaki tersebut. Sumpah, seumur hidup dia tidak pernah melihat wajah sekacak lelaki itu. Membuatkan jantungnya meletup sebegitu. Malah itulah kali pertama dia menerima luahan dan pujian daripada lelaki seprefect itu. Syah mengembalikan telefon Alia.

“Alia, senyum” tegur Syah sambil menghalakan telefonnya pada wajah Alia.

“Haa?”Terkedu Alia apabila cahaya flash terpancar pada wajahnya. Belum sempat dia membetulkan posisi rambut mahupun bajunya, Syah sudah mengambil gambar Alia.

“Em… awak nampak comel bila awak terkejut”tersenyum Syah melihat wajah Alia. Macam budak nampak hantu! Syah melihat bilangan contacnya. Dia tersenyum puas! Akhirnya, impiannya telah tercapai! Bilangan yang diingin sudah tercapai! Yess!!

“ Tahniah Alia! Awak menjadi orang yang ke-999 dalam contact saya! Yes!! Akhirnya tercapai juga impian saya. Terima kasih Alia! Terima kasih sangat”Syah meloncat-loncat kesukaan apabila impiannya telah tercapai. Akibat terlalu gembira, dia memegang tangan Alia. Terkedu Alia. Sikapnya persis seperti seorang budak 5 tahun mendapat lollipop.

“Shah! Kau buat apa tu? Jomlah kereta dah nak gerak ni!”panggil Arisya apabila Syah masih lagi tidak bergerak sedari tadi. Haiih, happy go lucky betullah.

Syah berpaling kearah suara yang memanggilnya.” On the way!” Syah melepaskan genggaman tanagannya lalu bergerak ke arah Arisya dengan wajah yang riang. Tersengih-sengih tanpa henti. 

Sebaik sahaja Syah melepaskan genggaman tangannya, Alia tersengkur jatuh. Cepat-cepat rakan-rakannya memaut lengan Alia. Kakinya benar-benar menjadi lemah. Selemah hatinya yang telah diambil pergi oleh lelaki itu. Alia memegang jantungnya. Ya Allah, kuatnya! Wajahnya terasa macam roti bakar yang telah terbakar sehangus-hangusnya. Macam nak pengsan rasanya apabila dia dilayan sedemikian rupa oleh lelaki seperti putera raja itu. Rakan-rakannya tidak berhenti memuji kehebatan Alia menarik perhatian lelaki itu. Tidak kurang juga ada yang cemburu apabila Alia berjaya menarik perhatian lelaki itu. Alia sudah tidak dapat berfikir apa-apa. Tiada suara lain yang didengar selain suara lelaki itu. Wajah lelaki itu. Senyuman lelaki itu. Lelaki yang sentiasa riang dan ketawa. Sesiapa sahaja yang menjadi teman wanitanya pasti beruntung.

“Eh! Alia, awak nampak comel bila awak tidur macam tu. Harap-harap kita akan berjumpa lagi kan? Bye!”sempat lagi Syah menegur sebelum pergi walaupun mereka berkedududkan hampir jauh.

Mendengar teguran Syah itu, jantung Alia semakin berdebar-debar. Serius dia sudah tidak dapat mendengar apa-apa lagi. Dia sudah benar-benar berada dalam alam fantasi. Dia raja ,maka akulah ratunya. Dia betul-betul dah pengsang. Hampir seluruh rakan-rakannya mendekati Alia, cuba untuk menggerakkan Alia. Namun Alia masih tidak sedarkan diri dengan matanya yang masih terpejam rapat. C.I.N.TA memang indah kan?

Syah mendepakan tangannya!! “ I’M HOME!!!” jerit Syah kesukaan apabila hidungnya menghirup udara segar daripada luar. Sesekali dia melihat signboard yang ada di lapangan terbang itu.

“I can see! Seriously!” Arisya tersenyum melihat telatah Syah. Macam budak-budak. Walaupun begitu, tingkah lakunya tidak kelihatan keterlaluan dengan usianya memandangkan lelaki itu dianugerahkan wajah baby-faced. Syah memang kelihatan seperti remaja walaupun sebenarnya  Syah boleh dikatakan sebagai lelaki yang cukup syarat untuk membina rumah tangga.
 Syah tersenyum melihat Arisya. Tidak sangka Arisya sudi menjemputnya daripada lapangan terbang setelah hampir 15 tahun dia berada di Jepun.

“Wow, Ary nampak macam perempuanlah sekarang”tergelak Arisya mendengar komen Syah. Macam perempuan? Takde komen positif lagi ke? Selama ini dia nampak macam dinosaur ke?

“Syah masih macam budak-budaklah. Tak berubah”balas Arisya melihat Syah. Sungguh, dia benar-benar rindu akan lelaki itu. 15 tahun sudah cukup menyeksakan baginya menunggu kepulangan lelaki itu.

“ Mestilah! Impian Syah adalah untuk mengenali dunia. Wait for me world!!!”jerit Syah kesukaan.




















 *****************************************************************************************************
Mia melihat dirinya dalam cermin. Dengan rambutnya yang kusut masai ditambahkan dengan lengkungan hitam pada matanya, jelas dia kelihatan seperti hantu. Ditambahkan lagi dia memiliki kulit yang putih melepak .Namun dalam keadaan begitu dia kelihatan seperti mayat kerana tidak pandai menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya.

Dia menghela nafas dan menggemgam kemas tangannya. OK RILEKLAH Mia, Cuma 10minit ke dunia luar,lepas tu kau terus masuk ke kubu pertahanan kau. Jangan bercakap dengan sesiapa pun. Jangan tengok pun mereka. Mia menginggati dirinya.

Dia membuka tombol pintunya. Udara dari luar memasuki bilinya. Dia menghela nafas lega apabila tiada sesiap yang lalu lalang berhampiran kaki lima flatnya.
Selamat!Dia keluar daripada biliknya dengan berhati-hati. Daripada menggunakan kemudahan lif, dia lebih rela menggunakan tangga kecemasan. Tiada orang katakan. Dia memang akan menggunakan cara apa sekalipun asalkan bukan manusia yang dijumpainya.

Aiman tersenyum melihat telatah Mia. Dia sedar gadis itu tidak menyedari kehadirannya.

“Awak nampak comel hari nie Mia” luah Aiman sendirian . Puas rasanya dapat melihat wajah gadis itu setelah hampir seminggu gadis itu mengurungkan diri dalam biliknya.












 *****************************************************************************************************
Mia melihat barang-barang yang tersusun rapi di atas rak Billion yang berhampiran dengan apartmentnya. Dia mengeluarkan senarai barang yang perlu dibelinya.

“Maggie”perlahan suaranya menyebut apabila membaca pada senarai beliannya. Tangannya laju mengambil mengambil Maggie sebanyak 30 bungkus. Sengaja dia mengambil banyak agar dia tidak perlu lagi keluar daripada apartment.

“Wow! Banyaknya makcik beli Maggie!” suatu suara menyapa gendang teliganya. Hampir melompat dirinya apabila suara tersebut begitu hampir dengan gendang teliga. Wajah seorang lelaki yang tersenyum riang menghiasi pandangannya. Siapa nie? Tak pernah nampak pun?

“Makcik beli Maggie nie nak buat apa? Nak berkelah ke?”soal lelaki itu.
Wow hebatnya kesimpulan kau. First time aku dengar orang pergi berkelah dengan Maggie. Mia hanya merungut dalam hati.

“Berkelah dekat mana? Pantai? Air terjun? Atau dengan boyfriend? Hehe, majulah makcik zaman sekarang”seloroh lelaki itu. Dia tergelak seorang diri manakala Mia hanya menundukkan kepalanya mencari barang-barang keperluannya. Rimas .
Tak nampak ke aku sibuk nie? Jangan tegur akulah!! Pergilah main jauh-jauh, pergilah lepak dengan kawan-kawan kau tu! Mia mula rimas. Dahlah panggil aku makcik, aku baru berusia 26 tahunlah!

“Wow, orang tua sekarang memang jaga kesihatan kan? Pergi berkelah siap! Tapi kenapa makcik makan Maggie? Orang berkelah makan Maggie ke sekarang? Memang trend orang Malaysia ke sekarang?”soal lelaki itu.

Kau ingat makanan tu macam fesyen. Habis selama nie kau duduk dekat mana? Afrika?rungut Mia namun hanya dalam hati. Jelas dia malas bersuara. Lama-lama bosanlah tu.


“Makcik! Makcik! Makcik beli Maggie apa? Nampak sedap je! Saya pun nak beli Maggie jugak! Saya pun nak beli Maggie jugak! Makcik, makcik suka Maggie apa? Jenama apa? Selalunya Maggie nie berapa harga dia?”bagaikan orang yang tidak tahu erti lelah. Lelaki itu terus bertanya dan bertanya tanpa jemu. Jelas merimaskan Mia. Dia sedaya upaya menutup mulutnya. Tolong … pergilah!

“Masa saya kecil saya pun suka makan Maggie juga, saya suka perisa ayam. Memang best giler”lelaki itu terus menerus berbual-bual dengan Mia walaupun Mia sudah mula bergerak ke ruangan lain. Lelaki itu juga mengikuti Mia daripada belakang sambil berbual-bual dengan Mia seperti mereka berdua sahabat baik. Dasar budak tak tahu malu! Kau tak nampak ke aku malas nak layan kau? Seriously kau tahu tak beza antara bisu dengan serabut? Bentak Mia dalam hati apabila lelaki itu masih tidak habis-habis meneruskan hujahnya.

“Makcik apasal makcik suka makan Maggie? Saya tengok Maggie dengan makcik macam takde beza lah.. rambut makcik dah sah-sah macam Maggie”gelak Syah seorang diri apabila gadis yang dianggap makcik olehnya tidak memberi apa-apa respond. Minah nie bisu ke?

Mia mengetap bibirnya apabila mendengar komen lelaki tu. Habis kau ikut gaya rambut kpop kau tu cun sangat ke? Mia sengaja mempamerkan wajah bosan. Tangannya masih laju mengambil barang-barang keperluan. Hampir semuanya telah cukup dalam senarainya kecuali satu…Roti keringnya. Takkan aku nak beli kalau mamat nie masih ikut aku dekat belakang?

“Wow banyaklah makcik beli, apa lagi makcik nak beli?”soal Syah sambil bersandar pada rak berhampiran dengan makcik itu. Dia juga terasa pelik apabila makcik itu berhenti ke satu sudut namun tidak pula mengambil apa-apa.

“Makcik nak apa? Kenapa makcik tak sampai ke? Nak saya tolong ambilkan?”soal Syah. Mia menghela nafasnya. Tiada tanda-tanda lelaki itu akan beredar. Aku nak beli roti kering aku nie!! Mia akhirnya memberanikan diri melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum riang melihat wajah Mia sehingga hampir menutupi kedua-dua belah matanya. Macam budak-budak.

“Awak boleh pergi tak?”soal Mia tegas. Terkedu Syah mendengar permintaan gadis itu. Jarang sekali ada gadis yang menolak perlawaannya. Namun Syah kembali tersenyum. Dia sedikitpun tidak mengambil hati dengan percakapan gadis itu.

“Lengkungan hitam bawah mata makcik comellah, macam panda”
Mia pula yang terkedu sekarang. Mamat nie nak hina aku ke nak puji aku? Happy go lucky je aku tengok. Syah melihat ke dalam wajah gadis itu. Inilah kali pertama dia melihat gadis selekah macam itu. Langsung tiada secalit make-up pada wajah gadis itu. Suram sahaja.

“Syah, awak tengok comel tak gelang nie dengan Ary?”soal Arisyah apabila matanya tertacap pada wajah yang cukup dia kenali. Hampir 30 minit dia pusing seluruh Billion tersebut mencari Syah. Rupanmya berada dengan seorang makcik. Syah, Syah, makcik pun kau nak tambah kenalan kau? Memang over lah mamat nie! Kalau bab pergaulan memang dia nombor satu. Dia memang suka berkawan dengan semua orang.

“Eh Ary! Nampak macam perempuanlah awak pakai gelang tu”balas Syah sambil tersengih kemudian matanya kembali beralih kepada makcik tadi. Eh? Mana minah tu?

“Macam perempuan? Habis selama nie Ary nampak macam apa?”soal Arisya yang tidak berpuas hati dengan jawapan sepupunya itu.

“Macam adik Syah laa”jawab Syah sambil tersengih. Arisya hanya menunduk mendengar jawapan Syah. Jelas dia tidak menyukai jawapan tersebut.

Syah keluar daripada bahagian tersebut lalu menuju ke kawasan makanan ringan. Gagal rancangannya untuk mendapatkan bilangan contact yang keseribu apabila targetnya itu sudah terlebih dahulu angkat kaki. Aku ada salah cakap ke? Dia mengambil hampir 20 jenis snek sebelum diletakkan ke dalam bakul yang telah disediakan. Apabila berjumpa dengan coklat, tangannya laju mencapai coklat pula. Arisya masih tidak habis-habis mengayakan gelang. Setiap yang dipakainya pasti diletak semula. Kemudian diambil kembali. Akhirnya hanya satu gelang yang berjaya memenuhi cita-rasanya.

Syah melakukan pembayaran di kaunter. Dia dapat rasakan dirinya menjadi perhatian di kawasan tersebut. Malah juruwang tersebut tidak habis tersenyum melihat Syah yang sedang enak mengunyah gula-gula getah.

“Comellah”Syah tersenyum sambil melihat juruwang tersebut.

“Haa?”terkedu juruwang tersebut mendengar teguran daripada Syah.

“Tak, nametag awak, comellah. Trademarks Billion tu comel”jawab Syah sambil tersengih. Juruwang tersebut ralit melihat wajah Syah. Sengaja dia melambat-lambat pembayaran lelaki itu. Wow, indahnya permandanganku hari ini, bisik hati juruwang tersebut.

Mata Syah ralit melihat keadaan sekitar sementara menunggu pembayaran selesai. Dia laju mengeluarkan Ipadnya merakam keadaan sekitar yang sesak dengan orang ramai. Dia memang suka keadaan sesak yang dipenuhi orang ramai. Kemudian dia merakam pula wajah juruwang tersebut. Juruwang tersebut tersengih apabila Syah merakam wajahnya. Terasa bangga pun ada. Ralit Syah merakam juruwang tersebut barulah dia tersedar bahawa makcik yang dicari-cari tadi berada bertentangan dengan kaunter pembayaran mereka. Satu senyuman terukir di wajahnya.

“Makcik!! Makcik!! Makcik Maggie tu!!”jerit Syah memanggil makcik tersebut. Apabila Mia tersedar dengan kehadiran lelaki itu, dia segera mengambil langkah untuk beredar. Lari Mia! Lari!! Laju tangannya mengapai beg palstik yang berisi barang-barangnya. Adoi beratnya, rancangannya untuk menggunakan kemudahan troli terbantut apabila melihat wajah lelaki itu. Tanpa disedari dia tertinggal barang yang penting di kaunter pmbayaran tersebut.

“Cik! Cik! Awak punya barang tertinggal nie”laung juruwang yang menguruskan pembayaran Mia. Terkejut Syah melihat tingkah laku gadis itu. Muka aku ada yang pelik ke hari nie? Apasal asyik lari je bila jumpa aku? Syah mencuit Arisya yang menunggu dibelakangnya untuk melakukan pembayaran.

“Ary tolong bayar untuk Syah OK? Syah ada hal sebentar” pinta Syah dengan lembut. Dia segera ke kaunter pembayaran gadis itu untuk mengambil barang gadis itu.

“Syah! Syah! Habis Ary nak tunggu dekat mana nie?”soal Arisyah terkejut dengan permintaan mendadak daripada Syah. Namun soalan Arisyah tidak didengar oleh Syah.

“Barang dia saya ambil ye? Nanti saya tolong past dekat dia”ujar Syah kepada juruwang itu.

“Awak nie…”Wajah juruwang itu serba salah. Dahlah barang ehem-ehem ada dalam nie. Takpe ke bagi dekat lelaki nie?

“Saya adik dia!”ujar Syah lembut. Juruwang tersebut tersenyum lalu mengangguk tanda setuju.

“By the way, comellah gelang awak”ujar Syah sebelum pergi daripada situ dan berlari mengejar makcik tersebut. Tersengih jurujual itu apabila dipuji begitu. Lama dia meneliti gelang yang 
berbentuk tengkorak di tangannya.

Langkah Syah terhenti apabila dia melihat kelibat gadis itu yang sedang memperolehi cop pengesahan daripada pegawai keselamatan di sana. Laju dia bergerak ke arah gadis itu.

“Makcik! Makcik tak dengar ke saya panggil makcik? Letih tau saya kejar makcik. Dari sini sampai situ. Dahlah time orang bercakap dia lari. Makcik tau tak mujur saya tak bercakap seorang diri. Nanti apa kawan saya cakap? Habislah imej saya nanti. Makcik ada masalah ke? Suami makcik marah ke? Ke anak makcik menangis dekat rumah?”bertalu-talu soalan ditanya oleh Syah apabila dia berjumpa dengan gadis itu. Gadis itu seolah-olah terkejut melihat kehadiran Syah. Akhirnya dia hanya menunduk dan berdoa agar lelaki itu pergi.
Apasal mamat nie ada lagi? Guman hati Mia.

“Saya bukannya sengaja nak ada sini lah makcik”jawab Syah.

Terkedu Mia mendengar ayat Syah. Eh mamat nie boleh dengar ke aku cakap apa? Biar betul?! Mulat mata Mia melihat Syah. Takkanlah, kalau dia boleh baca fikiran aku, mesti dah lama dia pergi tu. Mengarutlah aku nie.

“Makcik memang mengarut”ujar Syah sambil tersengih. Terkedu  Mia mendengar jawapan Syah. Mamat nie boleh baca fikiran aku ke?

“Haa, memang mengarut sangat makcik nie sampai benda macam nie pun boleh tertinggal”ujar Syah sambil menghulurkan beg plastik yang sederhana besar itu. Entah apa yang berada didalamnya. Ringan giler.

Membulat mata Mia melihat beg pastik yang dipegang oleh lelaki itu. Oh My Labi. Macam mana aku boleh tinggal barang macam tu pulak? Laju tangan Mia memegang beg plastic tersebut namun lelaki tersebut pula tidak melepaskan genggamannya. Semakin kuat dia menarik beg plastic tersebut, semakin lelaki itu memegangnya. Hatinya mula risau. Macam mana nie? Edisi tarik menarik berlaku antara mereka.

Tersengih Syah melihat gelagat makcik tersebut.”Makcik! Maggie apa yang paling sedap?”soal Syah tiba-tiba. Mia memandang pelik lelaki itu. Apahal mamat nie, tiada angin, tiada ribut tanya aku macam tu? Bagi jelah barang ehem-ehem aku tu!! Kau nak pakai ke? Perbuatan mereka telah menarik lebih banyak pengunjung di sana. Hampir keseluruhan mereka memandang pelik ke arah Syah dan Mia. Ditambahkan lagi mereka berada di pintu utama pasar raya tersebut.

“Makcik tak nak berterima kasih dekat saya? Makcik tahu tak habis rosak rambut saya kejar makcik. Dengan peluhlah! Habis berbau saya nanti. Tapi saya rasa excited giler! Refreshing habis”ujar Syah sambil memegang kemas beg plastic tersebut. Hampir terlerai beg tersebut ditarik oleh mereka. Hati Mia semakin merintih. Dia benar-benar mahu pulang ke rumahnya. Apasallah bala sangat aku hari nie? Selalunya, tidak ramai orang yang berani menegurnya. Maklumlah muka hantu katakan. Namun lelaki ini berbeza pula tindakannya.

Aku nak barang aku! Hati Mia mebentak apabila Syah masih lagi mahu meneruskan edisi tarik menarik mereka. Dia benar-benar benci keadaanya sekarang. Menjadi tumpuan orang ramai dan teliganya dapat menangkap bunyi beberapa orang manusia ketawa. Kini semua mata melihat ke arahnya. Dia benar-benar terasa tertekan.


“Makcik! Oii makcik!! Kenapa makcik tak kata apa-apa?”
Senyap. Tiada jawapan. Beg plastik hanya menunggu masa untuk terlerai apabila ditarik oleh kedua-dua pihak pada arah yang bertentangan.

“Makcik ada apa dalam nie? Emas ke?”

“Saya tahu Maggie kan? Shapenya nampak sama je”

“Makcik betul-betul taknak cakap? Cakaplah terima kasih ke? Maaf ke? Kenapa dengan makcik nie?”soal Syah bertalu-talu. Wajah Mia mula berubah.

“Lepaslah!! Awak tak faham ke?!! SAYA CAKAP LEPAS!!”jerit Mia dengan kuat sambil menggunakan kekuatan yang ada menarik beg plastiknya itu. Namun tindakannya menyebabkan beg plastik tersebut terputus dan mengeluarkan isi dalamnya.

Hujan pad berlaku tanpa diramal oleh ahli kaji cuaca. Siapa sangka tindakannya yang kasar menyebabkan bukan sahaja beg plastic itu yang terlerai, malah pembungkus pad Kotex itu juga.Padnya jatuh merata-rata di kawasan pergaduhan mereka.Orang ramai membulat melihat isi kandungan beg plastic itu. Satu ketawa meletus melihat keadaan mereka. Orang ramai mula berkumpul di kawasan pergaduhan mereka. Terdengar suara-suara nakal remaja lelaki bersorak. Paling teruk sekali ada yang mengambil video dan gambar.

Wajah Mia terkedu. Marah, malu, takut, tertekan,sedih menjadi satu perasaan yang sukar digambarkan. Tidak pernah kejadian begitu terjadi dalam hidupnya. Tidak pernah. Bayangkanlah pad! Jatuh! Depan orang ramai! Dalam Billion!!! Arrrghhhh!!! Cepatlah bangun daripada mimpi nie. Hidupnya yang membosankan sekelip mata dikejutkan dengan kehadiran lelaki entah daripada mana. Kini dia menjadi bahan ketawa orang ramai. Matanya tajam mengerling ke arah lelaki yang berdiri bersebelahan dengannya. Lelaki itu terkejut sambil menekup mukanya. Tidak percaya bahawa hujan boleh datang dalam pelbagai jenis.

Syah mengeleng menidakkan kesalahannya. Namun itu masih belum cukup untuk menyejukkan api yang membara dalam hati Mia. Mulutnya yang lancar bersuara, tiba-tiba senyap tiba-tiba. Mata Mia membulat melihat wajah lelaki dihadapannya itu.

“KAU NAK MATI KE?!!!!!!!”

Suara yang jarang sekali didengar itu, akhirnya berjaya memecah bunyi bising di pasar raya Billion. Satu rekod dunia telah berjaya dicapai oleh Mia.. Bukan satu tapi dua sekaligus. Pertama, berjaya menjerit. Kedua berjaya mencipta hujan pad di Billion. Tahniah Malaysia kerana berjaya melahirkan rakyat yang begitu hebat dalam masa 5 saat.













**************************************************************************************************** 
Syah memegang pipinya yang terasa hangat sekali. Pedihnya. Pipinya yang lebam disentuh dengan lembut. Masih teraasa pedihnya. Rasanya bagaikan ditumbuk oleh batu kemudian dilanggar oleh sekumpulan gajah.

“Syah, nah air batu” Arisyah menghulurkan segumpal air batu yang telah dibalut kemas dengan tuala yang bercorak Sin Chan. Kesian rasanya melihat keadaan Syah yang merungut kesakitan sambil memegang pipinya yang bengkak.

“Syah dah okeylah. Ary baliklah dulu”ujar Syah sambil menyambut huluran Arisyah. Dia meletakkan tuala tersebut perlahan-lahan pada wajahnya.

“Ouchh!!”rungut Syah kesakitan apabila kesejukan ais tersebut bercampur dengan kepedihan pipinya.

Arisyah memegang tangan Syah untuk meghalang lelaki itu daripada meletakkan air batu kepada pipinya.

“Biar Ary buat ye? Ary tak boleh tinggalkan keseorangan macam nie”rayu Arisyah. Namun Syah hanya tersenyum mendengar jawapan Arisyah.

“Ary janganlah buat muka serius cam tu. Macam pelik je Syah tengok. Tak sesuai langsunglah dengan Ary. Lagipun Ary tu sepupu Syah. Kita bukan muhrim. Esok Ary datanglah lawat Syah. Lagipun Syah nie Superman. Syah sengaja je tak elak tadi. Malas nak lawan dengan orang tua”ujar Syah sambil tergelak.

“Syah nie janganlah main-main! Boleh serius sikit tak? Ary risaukan Syah”ujar Arisyah. Dalam keadaan begini Syah masih lagi melawak. Malah lelaki itu masih mampu memakan super ring kegemarannya dalam keadaan sakit. Wajahnya masih lagi ceria seperti sediakala. Senyumann tidak pernah lekang pada wajahnya sehingga menampakkan lesung pipit yang berada sebelah kirinya. Memang comel.

“Haha! Risau? Arisyah memang macam perempuanlah sekarang. Matang. Berbeza sangat time budak-budak dulu”Syah ketawa mendengar kata-kata Arisyah. Dia tidak pernah mengambil seriau dengan perkara yang disampaikan Arisyah. Mungkin sebab itu, dia tidak mengetahui perasaan Arisyah.

Arisyah memuncung mendengar kata-kata Syah. Sikapnya yang kebudak-budakkan kadangkala menyakitkan hatinya. Dia benci sikap Syah yang masih kebudakan dan tidak pernah menghiraukan isi hatinya.

“Kalau nak sangat Ary balik! Ary balik! Mainlah games tu puas-puas. Games tu lagi penting dari Ary kan?

“Sejak bila Ary pandai emo sangat nie? Ary tahu tak nie cuma games?  Macam-macamlah”gelak Syah mendengar sambil membuka Ipadnya mencari aplikasi games yang diingini.Dia tergelak seoarang diri bermain gamesnya. Memang dia mahir bermain games sehingga memasuki level entah keberapa. Malah Arisyah juga pasti aku mengaku kalah apabila bermain games bersamanya.

Arisyah mengeluh perlahan. Syah tengoklah Ary. Ary dah berubah menjadi secantik nie, kenapa Syah tidak berdegup kencang bila bersama Ary? Ary telah rasa perkara tersebut sejak daripada dulu lagi. Ary ingatkan Syah rindukan Ary. Syah tolonglah bersikap serius. Serius dengan perasaan Ary. Arisyah sedar kalau dia meluahkan perasaan pun semuanya pasti tidak berguna. 
Pasti Syah menyangka dirinya membuat lawak.

Ary sayangkan Syah” tanpa sedar Arisyah menuturkan perkataan tersebut perlahan.

“Ary cakap apa?”soal Syah. Telinga dapat mendengar sesuatu daripada Arisyah namun tidak dapat menagkapnya dengan baik. Bunyi bising daripada games Fast Furious yang dimainkan oleh Syah menggelamkan luahan yang dibuat Ary.

Takde apalah, Ary balik dulu ye?”

Arisyah meminta diri sambil menyarungkan kasutnya. Dia melihat ke arah Syah yang melambai riang kepadanya. Seperti budak-budak tadika melambai pada ibunya. Arisyah tersenyum sebelum membalas lambaian Syah. Arisyah sedar perasaannya tidak boleh diterima dengan sebegitu mudah oleh Syah yang tidak pernah bermain dengan perasaan. Syah bukanlah seseorang yang tahu erti cinta. Lelaki itu hanya tahu menikmati hidup.

Syah berhenti bermain games. Dia mengerling kepada pintu biliknya yang telah tertutup kemas oleh Arisyah.Kemudian dia mencampak Ipadnya disebelah sofa panjangnya. Dia melepaskan keluhan panjang. Fikirannya kembali kepada kejadian yang berlaku di pasar raya Billion. Malunya aku!!!

Dia menutup wajahnya dengan bantal yang disediakan di sofa itu. Kemudian menjatuhkan badannya pada sofa itu. Fikirannya tetap melayang kepada perkara tersebut. Kemudian dia menghentakkan pula kakinya pada sofa silih berganti. Persis seperti budak kecil yang sedang mengamuk.

“Arrrrghhhh! Malunya aku!!”jerit Syah melepaskan perasaannya yang telah lama dipendam semasa kehadiran Arisyah. Syah melembar bantal daripada wajahnya. Tidak cukup dengan itu dia melembar pula Super Ringnya pula. Habis bertaburan dalam apartmentnya yang luas itu. Belum sempat dia mahu menikmati biliknya yang luas, fikirannya terus dibayangi wajah makcik tersebut. Tangannya mencapai Ipadnya. Hampir sahaja dia melempar Ipadnya, dia berfikir sejenak. Kemudian meletakkan kembali Ipadnya. Dia mengusap wajahnya kasar.

“KAU NAK MATI KE?!!!”soal Mia dengan marah sekali. Dia sudah bergerak ke arah lelaki itu.

“Makcik, saya boleh jelaskan. Saya tak tahu pula…saya..saya..”tergagap Syah menjelaskan situasinya. Tidak pernah dia melihat wajah yang menakutkan seperti itu. Serius! Macam seorang puntianak yang mengamuk. Aku takde paku nak paku leher makcik nie pun. Janganlah mengamuk lagi.

Mia melepaskan tumbukan tepat-tepat di sebelah pipi kanan Syah. Satu tumbukan yang kuat sehingga dapat didengar jelas oleh semua orang di sana. Riuh rendah keadaan pasar tersebut.
Syah dapat merasakan pipinya pedih sekali. Dia memegang pipinya kemudian beralih pula pada bibir. Terkedu dia apabila melihat cecair pekat pada jarinya.

“Makcik!! Darah!! Makcik dah gila ke?”soal Syah terkejut. Segera dia menyapu sisa darah yang masih melekat pada bibirnya. Makcik nie nak bunuh aku ke?

Mia menghela nafas lega. Dia mengutip beg-begnya yang lain. Dia benar-benar mahu lari daripada semua ini. Segala rancangannya telah rosak disebabkan lelaki terencat akal itu. Mia mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Sudah cukup dia mendapat malu hari ini. Harapannya agar tiada seorang pun kenalan yang dia kenali di pasar raya tersebut. Terutamanya jiran-jiran flatnya.

“Syah okey?”Arisyah berlari mendapatkan Syah yang masih sibuk mengesat darahnya. Wajah lelaki itu jelas kelihatan pucat. Peluh memercik pada dahinya.

“Ary! Darah, Ary!!”adu Syah lancar sambil menunjukkan tangannya yang dipenuhi oleh darah. Terasa nak pitam melihat darah sebanyak itu di tapak tangannya. Dia memang fobia dengan darah. Dia malu dengan mata-mata yang melihatnya. Mak! Ayah! Mana nak letak muka Syah nie? Kena tampar dengan orang tua pulak tu.

“Dahlah tu jom kita balik. Malu, ramai orang tengok nie”pujuk Arisyah.

“Syah malulah! Mana nak letak muka Syah nie?”

“Kenapa Syah kacau dia? Takkan Syah tak nampak muka dia yang mencuka macam tu?”ujar Arisya sambil menatap wajah Syah. First time dia melihat wajah lelaki itu semerah itu. Arisyah menarik tangan Syah untuk membawa Syah keluar daripada situ. Jangan kata Syah malu, dia turut malu apabila terpaksa mendapatkan lelaki tersebut. Dahlah dia membawa lelaki itu ke pasar raya tersebut. Hishh! Buat malu je aku bawak kau! Rungut hati Arisyah.

“Kejap Ary! Benda alah nie macam mana?”soal Syah memberhentikan langkah mereka. Arisyah memandang pelik ke arah Syah. Biar betul mamat nie? Nakkan nak kutip kot? Ramai giler orang tengok nie.

Syah memandang lama pad-pad yang bertaburan dia atas lantai. Dia melepaskan keluhan sebelum meleraikan genggaman tangan Arisyah.


Syah berbaring pada sofanya sebelum satu keluhan berat dilepaskan. Dia memandang pada plastik Billion yang berisi pad-pad wanita. Kemudian dia mengambil plastik tersebut sambil melihat isi dalamnya. Sumpah dia tidak akan ke pasar raya Billion tu. Buat malu je. Baru hari pertama dia menjejak kaki ke tanah air, dia telah mendapat malu yang besar. Macam nak menghalau dirinya pula.Terasa malu pun ada apabila tangannya menyentuh pad-pad permpuan tersebut. Salah aku ke?

‘Makcik tu memang emolah!!”luah Syah perlahan sambil memuncunggkan bibirnya.











***************************************************************************************************** 
Mia mengemas barang-barang dapurnya ke dalam rak-rak yang telah disediakan. Dia mengambil pula barang-barang mandian dan diletakkan ke dalam bilik air. Langkahnya terhenti apabila dia menangkap imejnya sendiri dalam cermin bilik air. Dia memegang wajahnya perlahan.

“Makcik?”tutur Mia perlahan sambil melihat wajah sendiri dalam cermin. Dia mendengus mengenagkan sikap lelaki itu yang kebudak-budakan.

“Hanya sebab dia dia tu still remaja, dia rasa muda la?”soal Mia sendirian sambil melihat pada cermin. Wajahnya serta-merta bertukar merah mengenagkan lelaki itu. Lama rasanya dia memendam rasa apabila bersama lelaki itu dan kini dia ingin melepaskan segalanya.

“Budak kurang ajar!! Terencat akal!!!”marah Mia kasar. Dia memang benar-benar marah mengenagkan peristiwa yang berlaku sebentar nanti. Rasanya makin lama dia akan mengurungkan diri dalama rumah. Bukan seminggu sekali, tapi mungkin sebulan sekali dia akan keluar. Dia malu untuk berhadapan dengan semua orang. Bagaimana kalau jiran-jiran flatnya ternampak peristiwa itu? Semakin banyak andaian yang dibuat, semakin kusut fikirannya.

Mia mengeluh perlahan. Dia membuka pembungkus Kotex yang terdapat di rumahnya. Alahai, dahlah nak habis. Aku taknak ke pasar raya Billion tu lagi. Buat malu aku je. Nak pergi dekat mana eh? Aku taknak pergi jauh. Semakin jauh perjalanan, semakin besar kemungkinan untuk berjumpa dengan orang yang dikenali dan besi berkarat tu. Mia bergerak ke meja komputernya. Lama dia meneliti skrin komputernya sebelum meneruskan penulisan dan keja-kerja mengedit yang telah diamanahkan.

Dia mengambil pennya untuk membetulkan kesalahan yang dijumpai. Kadangkala dia menulis sesuatu pada stick notenya dan ditambal dihadapan komputer.
“Makcik!! Makcik dah gila ke?”

Penulisan Mia terhenti apabila terdengar suara tersebut. Dia melihat lama tangannya. Dia juga tidak sangka dia akan bertindak sejauh itu memandang dia seorang yang pediam dan menerima apa sahaja. Segala arahan daripada ketuanya diterima bulat-bulat walaupun adakalanya dia tidak bersetuju kerana bertentangan dengan konsep ideanya. Namaun jika dia memberitahu ideanya, itu bermaksud dia perlu bercakap. Masa perbualan mereka akan menjadi lama dan berkemungkinan mereka perlu berjumpa. Berjumpa? No way!!

Eis! Bukan salah aku, antara aku dengan dia, aku pun dapat malu di pasar raya tadi. Dia seorang saja ke sakit? Aku nie macam mana? Malu dapat! Duit hilang! Mana nak letak muka aku?”rungut Mia sendirian untuk menidakkan perasaan bersalah yang muncul dalam dirinya. Dia hanya mampu berkata-kata seorang diri memandangkan rakanya adalah dirinya sendiri. Contactnya hanya melibatkan urusan kerja dan yang mencecah beberapa orang. Ditambahkan lagi dia hanya mempunyai seorang abang sebgai ahli keluarga. Malah abangnya juga mempunyai kerja sendiri. Masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Dia tidak pernah menaruh harapan yang tinggi pada abangnya untuk dijadikan sebagai teman.

“Ary !! Darah Ary!!”

Imej lelaki itu terpamer dihadapannya. Betapa pucatnya wajah lelaki itu melihat darah sendiri. Bibirnya memang dah berdarah dan pecah. Ditambahkan pula pipinya yang bengkak. Memang nampak seperti badut.

“Dia takkan saman aku kan?”

Mia membuat andaian sendiri memikirkan personoliti lelaki itu yang kelihatan daripada keluarga yang berada. Kalau dia saman aku macam mana? Dahlah aku nie kerja sementara je. Kerja sebagai assistant writer berapa sangatlah keuntungan yang dapat dikaut. Jika ketuanya menelefon untuk mengedit apa-apa, masuklah duit untuk dirinya. Kalau tak? Pandai-pandailah dia berjimat.
Mia tidak dapat meneruskan kerjanya. Dia mula disebelungi perasaan bimbang. Tangannya laju mengambil headphone lalu diletakkan kepada teliganya. Volume dikuatkan sehabis yang boleh lalu dia merebahkan diri di atas katilnya yang bujang cukup untuk seorang. Dia menarik selimut dan berusaha sedaya upaya untuk tidur.

Jangan fikir Mia jangn fikir. Tidur je. Takkan kau jumpa dia pula kan? Fikirlah logik sikit. Hatinya cuba menenagkan sedaya upaya  yang dia boleh . Dia menutupi matanya dan berharap mimpi akan menjemputnya untuk melarikannya daripada realiti dunia yang menakutkan itu.










***************************************************************************************************
Mia membuka matanya apabila sinar matahari terpancar pada  wajahnya. Kepalanya terasa berat sekali. Inilah padahnya tidur selepas solat subuh. Seluruh tubuhnya terasa lenguh sekali. Dia memandang jam locengnya yang dijumpai secara tidak sengaja semasa mengamuk semalam. Pukul 9.30 pagi? Awal lagi rupanya. Mia kembali memejam matanya. Memang sudah kebiasaan dia bangun pada pukul 10 pagi. 9.30 pagi itu kelihatan awal baginya terutamanya pada hari minggu begitu.

Namun tidurnya sedikit terganggu apabila cahaya matahari daripada tingkap biliknya menyilaukan pandangannya. Dia bangun lalu bergerak ke tingkap biliknya. Lama dia memerharti apartment mewah di sebelah flatnya yang buruk. Dia mengerut keningnya seketika apabila melihat bilik daripada apartment sebelah yang bertentangan biliknya bercahaya.

Sejak bila ada orang? Rasanya kosong je selama nie”soal Mia sendirian. Agaknya siapa penyewanya. Pasti seseorang yang kaya memandang bangunan di tingkat itu khusus untuk VVIP sahaja. Malas untuk berfikir panjang, Mia bergerak ke bilik airnya. Dia memicit ubat giginya yang baru dibeli sambil berkumur dengan cawan yang berisi air yang disediakan. Dia melihat imejnya di cermin. Macam budak perempuan minum arak pun ada dia lihat. Serabut , kusut masai. Mia membiarkan wajahnya tanpa dibasuh dengan air. Kemudian dia mengambil berus giginya dan bergerak ke ruang kerjanya yang merupakan ruang tamunya juga. Maklumlah biliknya sempit. 
Setiap ruang bilik mempunyai lebih daripada satu fungsi.

Mia bergerak ke beranda biliknya. Udara segar daripada luar bertiup kencang. Mia dapat rasakan dirinya berada di pantai setiap kali berada di berandanya. Jarang sekali jiran-jirannya berbuat demikian kerana kebanyakan mereka menggunakn beranda mereka untuk menjemur pakaian. Mia menggosak giginya perlahan. Matanya masih berat. Sesekali dia mengaru rambutnya yang tidak gatal. Lama dia memandang bilik yang bertentangan dengannya. Seorang kelibat lelaki yang hanya memakai seluar pendek lalu di ruang tamunya ditangkap pada pandangan Mia.

“Lelaki rupanya”ujar Mia tanpa sedar. Ralit dia melihat lelaki dia apartment bertentangannya. Tinggi, putih. Eishh! Apa aku mengarut nie? Mentang-mentanglah mamat tu tak pakai baju. Dia tergelak seketika apabila melihat lelaki tersebut memakai seluar pendek dengan gambar BEAR POOH. Lelaki tersebut masih membelangkagi Mia dan menyukarkan Mia untuk melihat wajahnya. Mia dapat melihat dari jauh lelaki tersebut seda**ng membancuh kopi dan membakar roti. Wow, cantiknya barang dalam rumah dia. Memang kelihatan moden ditambahkan bilik tersebut dicat dengan menggunakan dua jenis sahaja warna. Hitam dan putih. Dia dapat melihat dua buah sofa panjang berwarna putih dan sebuah tv yang bersaiz besar diletakkan di ruang tamu. Ralit Mia memerhatikan ruang bilik lelaki tersebut. Kagum pun ada. Kalau sesiapa melihat Mia sekarang, mesti ada yang menuduhnya mengintai anak teruna orang.

Mata Mia membulat apabila melihat lelaki tersebut hampir menaggalkan seluar pendeknya. Tanpa diminta, Mia menjerit tiba-tiba seperti terdapat seorang perogol bersiri ingin menerkamnya. Jatuh berus gigi yang berada dalam mulutnya apabila dia menjerit sebegitu kuat.

“ARRRRRRRGGGGGHHHHHHHHHH”

Jeritan seorang gadis menyebabkan Syah menghentikan tindakannya untuk menanggalkan seluar pendeknya. Dia memalingkan wajahnya dan ternampak kelibat seorang wanita yang sedang menutupi mukanya. Gadis itu sedang berdiri tegak bertentangan bilik apartmentnya.

“Apa perempuan nie buat? Gila ke apa intai anak teruna orang”soal Syah sendirian bercampur malu apabila mengesan dirinya diintai oleh seseorang. Entah berapa lama, dia diintai. Syah bergerak ke arah beranda biliknya sambil mencapai kain tualanya yang berada di sisi sofa. Laju dia menutupi badannya yang sedikit terdedah itu. Lama dia tercegat di beranda biliknya melihat gadis tersebut masih menutupi wajahnya.  Pandai pulak kau tutup mata kau tadi. Yang kau intai tadi tak malu?! Dengus hati Syah. Wajahnya merah kerana marah dan malu apabila perbuatannya diintai gadis tersebut. Bayangkan kalau dia tidak mendengar jeritan tersebut dan meneruskan perbuatan tersebut. Mak Aii, malu seumur hidup.

“Oii!! Awak buat apa intai anak teruna orang?!”jerit Syah kuat agar dapat didengar jelas oleh gadis tersebut memandangkan mereka berada di apartment yang berasingan.

“Saya tak sengaja. Saya betul-betul min…”suara Mia tersekat apabila matanya memerhati wajah lelaki tersebut. Wajah lelaki yang telah muncul dalam mimpinya semalam. Terkedu. Mia dapat rasakan ada elektrik mengalir dalam badannya. Aku mimpi ke?

“KAU? Makcik Maggie?”soal Syah terkejut apabila gadis yang dianggap makcik itu menjatuhkan tangannya yang menutupi wajahnya. Ya Allah! Aku bermimpi ke nie? Macam mana boleh wujud kebetulan macam nie?

“Aku jumpa kau makcik Maggie, Flat 4A tingkat 3 bilik 124!!”jujar Syah kuat selepas memerhatikan sekeliling bangunan tersebut dengan mata yang merenung tajam pada Mia.Dia menghalakan penumbuk pada Mia tanda amaran kepada gadis tersebut. Mia terkejut mendengar kenyataan yang dibuat oleh lelaki tersebut. Segala sangkaan lelaki tersebut memang benar. Macam mana lelaki nie boleh teka dengan tepat bilik aku dengan tengok saja. Tanpa berkata apa-apa, Mia memasuki flatnya dengan segera dan mengunci slanding doornya. Dia berlari ke setiap tingkap biliknya dan menutup semua langsir biliknya. Fikirannya benar-benar buntut. Dia tidak dapat membayangkan beberapa minit lagi pintu biliknya akan diketuk oleh lelaki tersebut. Laju tangannya mengunci pintu biliknya. Tidak cukup dengan dia, dia memgambil pula mangga untuk mengunci biliknya. Lama dia memerhati pintu biliknya sambil menggigit jari ketakutan.

Sekejap dia bergerak ke bilik tidurnya lalu menyembunyikan diri dalam selimut. Hishh, tak kena nie. Kakinya laju bergerak ke dapur pula, aduh aku nak sorak dekat mana nie? Mana nie? Dahlah aku tumbuk dia! Intai dia pula? Ya Allah banyaknya jenayah aku buat? Mia bergerak ke bilik airnya pula. Sekejap dikunci pintu bilik airnya, sekejap dibuka. Mia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Aku nak buat apa nie?!!!!!

Syah mencapai sweaternya lalu disarungkan pada badannya yang tidak berbaju. Disebabakan terlalu kalut, dia lupa mengenakan seluar panjangnya dan menzip sweaternya. Memang nampak macam orang gila pun ada melihat permakaiannya.Mana taknya berbaju, tapi dadanya terdedah begitu sahaja. Fikirannya sekarang hanya untuk menyerang makcik tersebut sahaja. Dia ingin menuntut makcik tersebut menaggung segala malunya tadi. Dia juga risau makcik tersebut akan akan bergerak terlebih dahulu melarikan diri. Dia mesti cepat. Darah mesti dibayar dengan darah!!

“Haha! Kau ingat kau boleh lepas?”ujar Syah sambil tersengih lalu memakai selipar tidurnya yang berwarna merah jambu lalu membuka pintu biliknya. Memang penampilannya membentuk satu kombinasi yang pelik. Sweater yang tidak dizip. Rambut yang kusut-masasi. Seluar pendek dengan gambar BEAR POOH dan memakai selipar tidur berwarna pink. Memang menarik!

“Janganlah datang, janganlah datang” Syah tidak habis-habis berdoa sambil menutupi badannya dengan selimut bercorak panda. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil duduk bersila di hadapan pintu biliknya. Wajahnya pucat. Dia memang kesuntukan masa untuk melarikan diri memandang bangunan mereka hanya bersebelahan sahaja.

Ingat Mia apa pun yang berlaku jangan buka. Dia menjerit ke? Tendang ke? Jangan bukak! Kau tak bersalah, tak bersalah!! Mia mengingati dirinya.

Jangan ingat aku akan lepaskan kau! Dasar pencabul!!! Rungut hati Syah sambil berlari menuju ke flat 4A






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...