Sunday, 19 April 2015

Are You Afraid Of Love:Episode 9


[9]
A Ghost Beside You
Syah menekan lif perlahan-lahan. Punat lif  berwarna menandakan punat telah ditekan, anak panah menunjukkan ke atas menandakan lif sedang bergerak ke atas. Syah tremenung panjang,bulu romanya bagaikan bahu naik apabila mengenangkan perbualannya dengan Zaid pagi tadi. Beg plastik yang berisi dua bungkus nasi goreng cina digenggam erat. Jelas dia dapat merasakan tangannya berpeluh kuat.


“Mia adalah pembunuh ataupun hantu”


“Ap....apa yang Zaid merepek nie?”tergagap-gagap Syah dibuatnya apabila penyataan itu dikeluarkan oleh Zaid. Syah menelan air liur. Terasa kesat sekali. Jika bbenar, kini aku sebumbung dengan seorang pembunuh ataupun hantu, yang kini isteri aku?


“Cuba Syah fikir betul-betul, lelaki itu tak pernah balik rumah selepas datang ke rumah Mia. Ada bunyi pergaduhan kemudian tiba-tiba berhenti apabila terdengar teriakan seorang gadis. Apa maknanya itu? Mia masih ada,tapi lelaki itu tiada. Salah seorang mereka sahaja yang terselamat. Cara paling cepat untuk mendiamkan seseorang adalah dengan membunuhnya”


Syah menelan air liur panjanng. Bulu romanya mula naik mendengar cerita seperti itu. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Agenda Mia memegang pisau lalu menikam seorang lelaki  bertubi-tubi bermain dalam fikirannya. Adakah sebab itu gadis itu banyak mendiamkan diri? Mengurung diri?


“Syah rasa berdebar kan? Bulu roma Syah naik kan? Lepas tu dengar tangisan seorang gadis sedangkan tiada sesiapa pun kan?”Syah mengangguk apabila Zaid menyoalnya bertubi-tubi. Ralit Syah memandang Zaid untuk mendengar penjelasan langjut mengenai simpton yang dialami.


“Bukan ke semua tu hanya terjadi jika seorang itu bergelar hantu? Mendengar tangisan perempuan. Melihat ilusi gadis mennagis. Syah tak pernah tengok cerita hantu ke? Itu bermakna selepas bunuh lelaki itu, dia telah membunuh dirinya sendiri”



“Adik okey?”


Satu sentakan lembut pada bahunya membuatkan Syah menempik bak orang gila. Dia laju bergerak jauh sehingga menyandar kasar pada dinding lif tersebut. Wajahnya pucat, nafasnya kedengaran jelas. Seorang wanita berusia 30-an yang berpakaian alegan memandang pelik  ke arahnyasambil mengurut dadanya akibat terkejut dengan jeritan Syah. Syah tidak berkelip memandangg wanita itu. Cuba mengamati wajahnya. Bukan Mia. Lega.


“Adik nak turun tingkap kan? Dah sampai dah pun”jelas wanita itu sambil menunjukkan pintu lif yang sedang terbuka. Syah menoleh sedikit. Setelah mengamati dia berada di tempat yang betul, Syah menunduk kepalanya sebagai tanda terima kasih lalu beredar dari lif tersebut.


Syah berjalan pada kaki koridar menuju ke biliknya. Pada waktu itu jugalah, lampu pada koridar itu berkelip-kelip sepanjang perjalanannya. Syah memeluk tubhunya sambil memercepatkan perjalanan. Dia mula berasa tidak sedap hati apabila mengetahui cerita tersebut. Bagaikan kini, Mia cuba ‘memburu’nya pula. Syah hanya mampu mempercaepatkan langkah menuju ke aparmentya. Dia merasakan ada orang yang mengekorinya dari belakang.



Syah menelan air liurnya apabila dia berdiri bertentangan dengan pintu biliknya. Lama dia melihat pada sistem pengesahan yang berada di tepi pintu billiknya. Akhirnya password tersebut dimasukkan iaitu H.A.N.T.U. Password yang diberitahukan oleh Arisyah dahulu.


Kali ini otak Syah mula berfikir, sebab  password itu digunakan. Adakah itu satu amaran kepadanya. Adakah dirinya dulu telah mengetahui Mia adalah hantu. Adakah dulu Mia cuba membunuhnya tetapi tidak berhasil? Sebab itulah dia hilang ingatan? Kalau tidak kenapa dia guna password begitu? Syah menelan air liurnya.


“Mia benar-benar hantu”desis hati Syah perlahan. Segala kemungkinan yang terjadi dilihat sangat logik dan berkait rapat dengan semua kejadian. Belum sempat tombol pintu ditolak untuk dibuka, tombol pintu itu terlebih dahulu  ditarik dari dalam. Terpacul wajah Mia dengan rambut kusutnya merenung tajam ke arah Syah dengan matanya yang lebam.



Syah melampat sedikit sambil mengurut-ngurut dadanya. Mana tidaknya wajah Mia persisi seperti hantu apalagi semua yang berlaku berkait rapat dengan dirinya. Jantung Syah bagaikan mahu gugur apabila kelibat Mia menjelma tepat pada wajahna. Naik teus bulu romanya.


“Kenapa dengan Syah nie? Syah pergi mana?”soal Mia bertalu-talu apabila melihat reaksi Syah yang tiba-tiba pucat melihatnya. Syah menunduk wajahnya apabila disoalMia begitu. Tidak berani melihat ke dalam mata Mia. Laju tangan Syah mneghulur plastik tersebut, lalu masuk secara mendadak ke dalam rumah apabila Mia menyambut hulurannya.


Terkejut beruk Mia dibuatnya apabila Syah tiba-tiba masuk beitu tanpa menoleh ke arahnya pun. Mia terus mengekori Syah dari belakang bersama-sama dengan plastik yang berisi makanan tersebut. “Syah beli makanan ke? Syah beli kat mana?”soal Mia cuba untuk berbual dengan Syah yang dirasakan agak pelik dari hari ke hari. Belum sempat dia bertanya lebih lanjut,pintu bilik Syah terus ditutp. Bunyi, ‘klick’ menandakan pintu tersebut dikunci.


Mia mengaru kepalanya hairan. Jelas lelaki itu cuba menjauhkan diir daripadanya ataupun dia sahaja yang berasa begitu.  Mia mengetuk pintu bilik tersebut, namun tiada sahutan.


“Syah, Mia letak nasi nie dalam pinggang. Kalau Syah lapar Syah keluar lah” Mia memberitahu lembut, namun seperti biasa tiada sahutan. Mia akhirnya berlalu daripada situ lalu beredar ke dapur.


Syah mengigit jarinya sambil duduk atas katil ketakutan. Apabila , bunyi tapak kaki Mia mula sayut-sayut kedengaran, Syah mengambil nafas lega.


“Kalau aku keluar, nanti kau makan aku pulak”rungut Syah perlahan-lahan lalu merebahkan dirinya di atas katil. Otaknya mula berfikir segala kemungkinan yang ada. Tangisan seorang wanita. Ilusi Mia yang menangis. Bulu roma nai. Peluh memercik pada dahi. Denyutan jantung yang kuat. Password H.A.N.T.U sebagai amaran. Kejadian dia hilang ingatan kerana terjatuh ke dalam laut. Semuanya jelas merujuk kepada Mia sebagai .....


Syah tidak mampu meneruskan penyataannya. Dia menagru kepalanya kkasar. Mana tidaknya dia telah memerangkap dirinya dalam kehidupan seseorang yang telah mati dan kini bergelar isterinya. Dah tu tinggal bersamanya kini. Selalunya kalau semua ini berlaku, pasti jalan ceritanya akan ada yang mati. Selalunya watak yang ketakutan pasti akan mati dahulu. Jadi maksudnya, aku?


Syah bangun daripada pembaringannya. Laju laci meja lampu berhampiran katilnya diselongkar kasar. Surah yasin dikeluarkan lalu diletakkan di tepi bantalnya. Tidak cukup dengan itu, dia mencari pula surah yasin menggunakan aplikasi telefonnya, lalu memasangnya pada volume yang cukup kuat. Mulutnya telah berkumat-kemit membaca doa. Takut.


“Apa aku nak buat nie? Dahlah aku dah buat dia marah. Sindir dia. Apasal aku bodoh sangat nie?” Syah mengarukepalanya. Cuba mencari jalan namun semuanya gagal. Otaknya sudah dapat berfungsi lagi.


“Apasal lah aku tertolak kunci rumah dia?”


“Apasallah aku sindir dia budak yang kuat menangis?”


“Apasallah aku bagi dia tidur dalam rumah aku?”


“Apasallah...apasallah”


Syah merebahkan badannya lalu menarik selimutnya menutup tubuhnya. Dia sudah berniat untuk tidur. Matanya dipejam rapat-rapat mengharapkan masa akan terus berlalu. Mengharapkan waktu malam tidak akan pernah menjelma. Alunan bacaan yasin dari telefon bimbitnya hanya dibiarkan terpasang.


Mia meletakkan sudu yang dipegangnya apabila telinganya jelas menangkap bunyi bacaan yasin yang datang daripada bilik Syah. Dia merungut dahinya tiba-tiba. Pelik dengan perubahan sikap Syah.


“Memang rutin mamat nie baca yasin hari nie?”soal Mia tanpa sedar. Pinggangnya telah licin lalu dibawa ke sinki untuk dibasuh. Tangannya laju mengutip pinggang mangkuk yang bersisa atas meja lalu membasuhnya.  Selepas  membasuh pinggang mangkuk tersebut, Mia mengelapnya pula lalu menyusunnya di tempat yang disediakan. Mia melihat sekeliling bagaikan berpuas hati dengan kerja yang dilakukan pada dapur milik Syah itu. Ada senyuman penuh bangga meniti pada bibirnya. Senyuman itu mati apabila tertatacap pada pinggang berisi nasi goreng yang belum disentuh oleh Syah. Satu keluhan dilepaskan.



“Adakah aku terlalu kasar dengannya?”





****************************************************************************

Mia menarik selimut menutupi separuh badannya sambil duduk di atas sofa tempat tidurnya itu. Cerita Naruto dipasang kuat dengan harapan dapat menarik perhatian lelaki itu. Namun telah hampir setengah jam rancangan itu disiaran, masih tidak dapat apa-apa respon daripada Syah. Mia menoleh ke pintu bilik Syah yang masih tertutup rapat. Sudah seharian lelaki itu mengurung diri dalam biliknya. Rasa tidak senang duduk Mia dibuatnya apabila tidak mendengar edikit pun suara lelaki itu hari inin.


“Mamat nie memang kecil hati dengan aku ke? Sebab aku cakap camtu pasal fesyen dia?”soal Mia perlahan. Hatinya sudah tidak tertarik untuk menonton rancangan Narto itu memandang rancangan itu juga tidak menarik Syah keluar. Jam sudah menunjukkan ke angka 9 malam, namun sejak Syah kembali dari rumah pagi tadi untuk membeli makanan, tidak edikit pun lelaki itu keluar dari biliknya. Itu semua membuatkan Mia tidak senang duduk.


 Akhirnya, Mia bergerak ke arah dapur apabila merasakan perutnya telah berbunyi tanda lapar. Dia hanya makan nasi goreng cina pagi tadi sahaja. Kalau diigatkan, lelaki itu pasti lebih lapar daripadanya kerana masih belum menjamah apa-apa makanan. Mata Mia tertacap pada nasi goreng cina Syah pagi tadi. Masih belum dijamah. Satu keluhan dilepaskan. Mia mengambil nafas sedalamnya sebelum bergerak ke bilik Syah.


Pintu bilik Syah diketuk, namun seperti biasa tiada sahutan. Mia mengetuk lagi. Kali ini lebih kuat.


“Syah bukaklah. Syah memang taknak makan ke?”soal Mia sedikit geram apabila sikap prihatinnya tidak diendahkan oleh Syah. Bukan senang dia mahu membuat keputusan untuk menanyakan khabar lelaki itu. Tapi segala sikap prihatinnya bagaikan tidak dihargai oleh Syah. Kalau, buka kerana lelaki itu banyak berjasa padanya, memang jangan haraplah!

“Syah marahkan Mia ke?”


Tiada sahutan.


“Mia tak ada niat nak hina fesyen Syah. Sebenarnya, bagi Mia, fesyen Syha tu co....”


Mia tidak dapat meneruskan kata-katanya untuk mengakui betapa tampannya Syah berpakainya begitu. Mia mengetuk kembali pintu bilik Syah namun tetap tiada sahutan.


“Mia minta maaf” Tiada sahutan.


“Syah dengar tak nie? Mia dah minta maaf. Syah tetap tak nak maafkan Mia ke?” masih tiada sahutan. Mia mengetap bibirnya geram sambil memejam matanya menahan marah.


“Suka hati Syahlah nak buat apa pun. Malas Mia nak layan” Mia menghentak kakinya kuat lalu beredar ke ruang tamu. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah Syah. Hilang terus rasa simpatinya pada Syah.


“Suka hati mamat tulah, perut dia, bukannya perut aku pun!”rungus hati Mia sebelum beredar ke dapur untuk mencari makanan. Cukup beberapa langkah, tiba-tiba lampu dalam apartemnt Syah semuanya terpadam diikuti dengan bunyi guruh yang kuat dan cahaya kilat. Mia menghentikan langkahnya, lalu melihat keadaan sekeliling yang agak gelap. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Bunyi kilat itu datang lagi, pantas Mia menutup telinganya. Jantungnya berdegup kencang dengan peluh memercik pada dahinya. Dia cuba melihat keadaan sekeliling, namun hanya bayangan sahaja dia dapat melihat untuk mengagak keberadaannya.


Insiden dia ditinggalkan di rumah ketika berusia 5 tahun bermain dalam mindanya bagaikan pita. Satu kisah yang dia ingin lupakan. Pada ketika itu ibu bapanya keluar untuk membeli barangan dapur meninggalkannya seorang. Abangnya telah mengambil insitif untuk tidur ke rumah kawan meninggalkan dirinya seorang. Sejak kecil lagi dia memang takut dengan bunyi guruh. Pada ketika itu dia ingin minum air di atsa meja. Namun disebabkan bunyi guruh, dia secar tidak sengaja melepaskan gelas kaca di tanagnnya untuk menutup telinagnya. Akibat tindakan itu, gelas kaca itu pecah berderai di atas lantai.


Tiada sesiapa yang membantunya ketika itu. Tiada sahutan walaupun berkali-kali dia memohon pertolongan. Memanggil nama ibu dan ayahnya berkali kali. Esakan demi esakan dikeluarkan. Semakin kuat apabila bunyi guruh itu bagaikan hampir dengannya. Tanpa mempedulikan kaca yang berkecaian dia ats lantai, dia bergarak ke bawah meja makan untuk bersembunyi. Akibatnya kakinya terkena kaca yang dipecahnya. Tanpa mempedulikan kesakitan dan darah yang keluar membuak-buak pada tapak kakinya, nama ayah dan ibunya terus dipanggil. Kemudian diganti denagn abangnya pula.


Apabila bunyi kilat datang, matanya ditutup rapat dengan tangan rapat menutup kedua-dua belah telinganya. Takut melihat bunyi dan cahaya kilat tersebut. Dia hanya budak berusia 5 tahun pada ketika itu, dia hanya bersembunyi di bawah meja sambil memeluk kakinya yang sudah berlumuran dengan darah. Dia takut untuk bergerak ke mana-mana. Baginya tempat itu paling selamat.


“Umi mana...abah mana”


Mia tersedar dari lamunannya apabila bunyi kilat itu datang laagi. Dia mula ketakutan. Kalau dalam rumahnya, pasti dia akan memasang heaphone lalu menarik selimutnya. Namun, kini dia di rumah Syah. Tiada apa yang boleh dilakukan, memandang elektrik juga terpadam.


Mia menutup telinganya dengan tangan yang bergetar-getar menahan ketakutan. “Jangan risau, Syah akan jaga Mia”janji Syah meniti pada telinganya. Laju Mia bergerak ke bilik Syah sementara bunyi guruh itu masih belum kedengaran. Hampir seinci tangannya mahu mengetuk pintu bilik Syah, niatnya tergantung. Teringat akan pertenngkaran yang berlaku sebentar tadi. Dia mula rasa serba salah. Dia sudah kehilangan idea untuk mencari seseorang menemaninya ketika ini.


Dengan keluhan yang berat, Mia memberanikan diri menuju ke dapur sementara bunyi guruh masih belum kedengaran. Dia perlu mencari sesuatu untuk dimakan. Pintu sejuk itu dibuka untuk mecari makanan,satu cawan besar ais-krim menarik perhatiannya. Laju secawan ais-krim itu diambil untuk membukanya. Bergetar-getar tangannya cuba membukanya, dengan harapan dia sempat sebelum bunyi kilat datang kembali, namun gagal.


Matanya melilau mencari sesuatu yang lain dalam keadaan gelap. Akhirnya matanya tertacap pada pisau yang tergantung di tepi sinki. Tanpa berfikir panjang, pisau itu diambil untuk membuka penutup ais-krim tersebut. Belum sempat dia membukanya, bunyi guruh datang kembali. Satu tempikan perlahan terkeluar dari mulu Mia kerana terlalu terkejut. Kini wajahnya mula pucat kembali. Dia sudah tidak boleh berfikiran rasional. Pengalaman zaman kanak-kanaknya telah meninggalkan trauma yang mendalam pada dirinya. Wajah umi,abah dan abangnya hinggap dalam ingatanngya. Dia takut.


Bunyi kilat itu kedengaran lagi. Lebih kuat dari biasa. Kali ini berterusan bunyinya. Tanpa berfikir panjang, Mia menyorak di bawah meja makan Syah dengan pisau yang masih erat digemgamnya. Sama seperti ketika berusia 5 tahun lepas, dia kini melakukan perkara yang sama. Dia memeluk kakinya sambil menutup erat telinganya dengan lengannya yang masih memegang pisau. Matanya terpejam rapat. Badannya mengeletar ketakutan. Hatinya tidak putuus-putus berdoa agar malam itu berlalu cepat. Dia ketakutan. Sumpah dia takut. Tolonglah, sesiapa pun. Tolong selamatkan dia!!


Syah membuka lampu kecemasan dalam biliknya untuk melihat jam meja pada meja kecil bersebelahan katilnya. Telah menunjukkan jam 10.30 malam. Perutnya telah berbunyi menahan lapar. Syah memegang perutnya. Mana tidaknya, dia tidak menjamah sedikit pun makanan akibat ketakutan kepada Mia.


Syah melihat seketitar. Dia sedar elektrik terputus akibat guruh yang agak kuat. Syah memberanikan diri untuk keluar mencari makanan bagi mengisi perutnya. Pintu biliknya dibuka perlahan-lahan agar tidak didengari oleh Mia. Syah bergerak perlahan-lahan apabila melintasi ruang tamu. Dia tidak dapat melihat dengan jelas, namun rasanya seperti melihat tubuh Mai yang dibaluti selimut pada sofa biliknya. Yes! Minah nie dah tidur. Dengan penuh yakin dia bergerak ke dapur untuk mencari makanan.


Bunyi guruh masih kuat kedengaran dan berterusan, tidak pula menghentikan niat Syah untuk mencari makanan. Peti sejuk dibuka lalu air tin pepsi dikeluarkan. Dia meminum air pepsi itu dengan rakus sehingga tinggal separuh sahaja. Syah berasa lega. Rasa selamat memandangkan Mia juga telah tidur. Dia terasa bebas itu berada di dapur itu. Syah meminum air yang terakhir sehingga habis. Akibat kerana malas, dia mencampak tin minuman itu dengan harapan akan memasuki tong sampah berhampiran dengan sinki tersbut.


 Namun tin itu tidak menepati sasarannya, lalu terjatuh di atas lantai bersama bunyi guruh yang kuat. Syah mula pucat, takut bunyi tersebut dapat menyedarkan Mia. Dia menoleh ke arah ruang tamu tersebut. Tiada pergerakan dari Mia. Syah menarik nafas lega sebelum mengutip tin kosong tersebut. Syah mengutip tin kosong tersbut perlahan-lahan. Entah kenapa dia dapat merasakan sesuatu memerhatikannya daripada bawah meja berhampiran dengan tin itu terjatuh. Syah dengan beraninya, mengerling ke arah kiri untuk memastikan sangkaannya salah.


Tubuh seorang gadis yang memeluk kakinya sambil bergerak-gerak seakan-akan mendodoi sesuatu. Rambut gadis itu kusut masai dengan tangannya erat memagang pisau. Baju gadis tersebut juga tidak terurus. Persis seperti hantu yang sedang mendodoi anaknya. Tanpa berfikir panjang, satu jeritan dilepaskan oleh Syah. Tin yang dikutipnya telah terlepas dari genggaman. Disertakan pula dengan bunyi guruh, Syah benar-benar ketakutan sehingga terduduk di atas lantai menghadap ‘hantu’ tersebut.


“Arghhhhhhh!!! Hantu!!”Syah menempik kuat lalu cuba berundur ke belakang dengan tergesa-gesa. Tetapi pergerakannya dihalang oleh kabinet  belankang. Dia pucat. Cerita yang diberitahu oleh Zaid telah bbermain dalam fikirannya. Hanya perkataan mati bermain dalam ketikanya kini. Dia benar-benar rasa terjerat. Dengupan jantungnya bagaikan mahu terhenti. Dia benar-benar pucat. Keadaannya tiak ubah seperti orang tidak siuman. Habislah kau Syah!


Tempikan Syah perlahan-lahan terhenti apabila merasakan tiada apa-apa perlakuan dilakukan kepadanya. Hanya bunyi guruh yang masih bersisa. Syah membuka matanya perlahan-lahan. Imej gadis itu masih berada dalam di bawah meja itu memenuhi pandangannya. Dahinya mula berkerut apabila gadis itu masih kaku tanpa melakukan apa-apa kepadanya. Takkan hantu kan? Apasal hantu nie tak buat apa-apa pun kat aku?



Syah memberanikan diri mengangkak di bawah meja itu juga. Gadis itu masih erat memeluk kakinya tanpa menoleh sedkit pun pada Syah walaupun Syah telah menempik bagaikan orang tidak siuman. Syah menelan air liurnya lalu menghentikan langkahnya apabila kedudukan mereka telah rapat. Dapat melihta tubuh gadis itu mengeletar ketakutan. Wajah yang ditutupi oleh rambut yang berserabut itu, ditatap lama oleh Syah.


“Kenapa nie Mia?”


  


**********************************************************************************

Syah meletakkan air kosong di atas meja kecil yang diletakkan dalam biliknya. Bilknya juga mempunyai set sofa dan meja yang sama dengan ruang tamunya. Matanya jatuh kepada tubuh Mia yang masih mengeletar ketakutan. Setiap kali bunyi guruh, tubuh itu makin kuat mengeletar. Lampu kecemasn dalam biliknya membantu dirinya melihat wajah sebenar Mia. Jelas ketakutan.


Syah mula diserang rasa bersalah. Bersalah kerana tidak keluar lebih awal membantu gadis itu walaupun gadis itu telah mengetuk pintunya beberapa kali.  Bersalah memandangkan dia juga pernah berjanji menjaga gadia itu. Bersalah kerana mengulangi kesilapan yang sama di cafe itu. Bersalah kerana menyangka Mia adalah hantu.


“Habis sebab Mia yang banyak mengurung diri. Mana taknya orang lain ingat Mia tu hantu”luah Sayh,cuba menutupi rasa bersalahnya melihat keadaan Mia pada ketika itu.


“Memang hantu boleh dengar pun ayat al-quran, solat macam manusia kan?”sindir Mia geram yang masih marah apabila Syah menceritakan hal sebenar kepadanya. Sebab mengapa dia menjauhkan diri daripada Mia. Memang tak masuk akal betullah!


Syah mengaru kepalanya. Setelah difikirkan, memang betul juga cakap Mia. Mia masih mengerjakan solat seperti manusia biasa telah membuktikan dia itu bukan hantu. Kenapalah dia tidak pernah terfikir semua itu? Aduh, malunya!


“Jadi Mia nie pembunuh lah?”soal Syah selamba dengan niat ingin tahu. Kali ini dia mahu jawapan sebenar dari Mia. Mia mengetap bibirnya geram. Pada ketika dia ketakutan, soalan itu masih penting ke bagi Syah daripada keadaan diirnya?


“Jangan sampai Mia jadi pembunuh betul dengan melakukannya dengan Syah”Syah menelan air liur apabila mendengar Mia mengugut begitu. Memang sah-sah dari reaksi gadis itu membuktikan dia juga bukan pembunuh. Itu semua hanyalah cerita makcik-makcik yang tidak menyukai Mia memandnagkan penampilan Mia yang persisi seperti hantu. Tampahan pula gadis itu banyak membisu membolehkan orang ramai menganggapnya sombong.


“Apasal Mia pegang pisau?”Syah terus –terusan menanyakan soalan. Walaupun agak geram dengan peragai Syah, Mia cuba juga menjawap. Namun tindakannya terhenti apabila bunyi kilat muncul kembali. Sekali lagi dia menutup telinganya ketakutan tanpa menghiraukan Syah yang melihat keadaannya. Dia sudah tidak peduli kalau lelkai itu akan menyindirnya kerana takut kepada kilat, hakikatnya dia benar-benar takut.


Syah bergerak mengahmpiri Mia yang telah menutup telinganya. Bahu Mia digerakkan perlahan-lahan. Namun gadis itu tetap tidak memberi respon.


“Mia okey tak nie?”


“Mia?” 


Syah mula risau melihat tubuh Mia yang mengeletar. Laju Syah bergerak ke meja belajarnya mengambil headphone dan telefon bimbitnya. Matanya melilau mencari sapu tangannya ynag diletakkan dlam laci. Apabila segala yang dicari telah berada dalam genggaman dia bergerak ke arah Arisyah yang masih erat menutup telinganya.


Syah memegang lengan tangan Mia yang erat menutupnya. Apabila tangannya dijatuhkan, Mia agak geram. Ini bukan masanya untuk bermain-main, dia sekarang benar-benar takut. Jika lelaki itu mahu mempermainkannya, lakukan lah dengan cara lain. Bukan cara nie.


“Bukak telingan Mia”Arah Syah tegas apabila Mia masih bertegas mahu menutup telinganya. Mia merasakan dirinya sengaja dipermainkan oleh Syah, apabila tangannya ditarik kasar oleh Syah untuk membuka telinganya “Janganlah main-main Syah. Kalau Syah masih.....”rungutan Mia terhenti apabila telinganya dapat menangkap bunyi lagu yang agak deras. Matanya beralih kepada Syah yang ralit memetulkan headphone pada kepalanya. Perkara sama yang dilakukan jika menghadapi guruh.


Syah mengambil pula sapu tangan yang diambilnya lalu dililit menutupi mata Mia. Kini, Mia terus kaku apabila dilakukan begitu tanpa sedikit pun membantah.


“Apa..apa Syah nak buat nie”soal Mia tergagap-gagap apabila penglihatannya mula ditutup oleh Syah. Dapat dirasakan Syah sedang mematikan ikatan itu pada kepalanya.


“Duduk diam-diam lah Mia. Lagipun Syah ada baca yang cuaca begini akan berterusan hingga pagi. Syah buat nie sebab taknak Mia ganggu tidur Syah pulak”ujar Syah perlahan untuk menutupi rasa bersalah Mia. Syah mengambil di atas meja lalu melihat wajah Mia yang masih menoleh ke kiri dan kanan untuk membiakan diri. Keadaan gadis itu semakin tennag apabila dilakukan begitu. Tiada lagi getaran pada tubuhnya. Syah telah boleh menarik nafs lega.


“Terima kasih Syah”


Ujar Mia perlahan-lahan sambil tersenyum dengan balutan yang masih ada pada matanya. Syah hanya tersenyum lalu menepuk perlahan bahu Mia sambil berkata “Okeylah, Syah masuk tidur dulu”belum sempat Syah mengalihkan tangannya dari bahu Mia, lengan tangannya lebih laju ditangkap oleh Mia.


Mia juga mengagak keadaan tangan Syah dengan mata yang tertutup. Perlahan-lahan dari lengan Syah, tangan Mia bergerak pada jari......Syah lalu memegang erat jari tersebut. Terkejut Syah apabila Mia memegang erat jarinya itu.


“Mia tahu kalau permintaan Mia nie melampau sedangkan Syah dah banyak tolong Mia. Tapi boleh tak Mia pegang jari Syah sampai Mia tidur?”soal Mia agak tergagap-gagp. Syah tersenyum lembut lalu mengusap rambut Mia. Mia dapat merasakan usapan lembut Syah pada kepalanya. Adakah itu mmeberi jawapan ya?


Usapan pada kepala Mia digantikan tiba-tiba dengan tolakan oleh Syah, sehingga menyebabkan badan Mia terjatuh terbaring di atas sofa. Hilang terus rasa tersentuh dengan tindakan Syah apabila dilayan begitu.


“Apa Syah buat nie?”


“Mia tu cepat-cepatlah tidur. Ingat Syah nie banyak kerja sangat ke nak jaga Mia dan mengorbankan masa tidur Syah”ujar Syah pula.walaupun tidak melihat bagaimana reaksi Syah pada ketika itu, Mia hanya berkumat-kamit menyumpah apabila senang-sennag sahaja kepalanya ditolak begitu. Matanya dipejam rapat untuk tidur dengan jari-jemarinya masih erat memagang jari...Syah.



Syah menolak meja berhadapan sofa yang ditidur oleh Mia lalu duduk bersila pula di atas lantai. Dilihat gadis itu telah tenggelam di alam mimpi namun masih erat memegang jarinya. Satu senyuman terukir pada wajahnya melihat betapa tenangnya wajah Mia yang sedang tidur.


Syah mendonggak dagunya sambil ralit melihat wajah Mia. Walaupun Mia telah tidur, dia tetap tidak melepaskan jari-jermari Mia yang memegangnya. Masih erat dibiarkan begitu. Syah terssenyum mengingati peristiwa Mia yang memeluk kakinya keseoranagn dalam gelap di bawah meja. Wlaupun gadis itu ketakutan, tidak sedkit pun gadis itu menangis ataupun memanggil namanya meminta tolong. Masih cuba menghadapi sendiri.


“Bodoh betullah minah nie”






Mia membuka matanya perlahan-lahan apabila telinganya menangkap bunyi azan yang jelas. Namun penglihatannya masih gelap,terlintas akan balutan pada matanya. Tangan kanannya membuka balutan itu dan membuang headphone yang ada pada telinganya. Apabila dibuang,serta-merta bunyi azan itu hilang menandakan bunyi azan itu datangnya dari aplikasi telefon bimbit Mia. Dia dapat merasakan tangan kirinya dipegang oleh seseorang dari bawah.


Apabila Mia memandag ke bawah sofa, alangkah terkejutnya dirinya apabila melihat Syah yang lena tidur di bawah sofa berhampirannyya beralaskan permaidani dengan jari Syah dan jarinya masih berpaut. Wajah tenang lelaki itu yang sedang tidur menarik perhatiannya. Bukan sahaja jari Syah, jarinya juga masih erat memegang jari Syah.  Adakah lelaki itu tidak pernah lepaskan genggaman mereka?



Mia cuba menarik jarinya dari genggaman jari Syah perlahan-lahan, namun tidak berjaya. Kali ini dia memegang pula pergelangan tangan Syahdengan tangan kananya,lalu menarik jarinya perlahan-lahan. Hampir terlepas dan.....


Syah membuka matanya apabila merasakan ada pergerakan pada tangannya, dapat dilihat mata Mia melihat kepadanya pada ketika itu. Matanya yang separuh terbuka,secara drastiknya terbuka lebih luas lalu bangun dan berundur ke belakang sehingga melepaskan genggaman jari mereka. Pucat wajah Syah. Terasa jantungnya bagaikan bahu gugur apabila mengecam wajah Mia orang pertama selepas bangun dari tidurnya.


Mia memandang wajah Syah yang mengurut dadanya beberapa kali akibat terkejut. Mata Mia terjatuh pula kepada jarinya yag erat dipegang oleh jari Syah sebentar tadi. Adakah lelaki itu sanggup tidur di bawah lantai kerana mahu menjaganya? Kerana rasa bersalah?


“Kenapa Syah tak lepaskan jari Mia? Kenapa Syah tidur kat bawah?”soal Mia tenang sambil memandang Syah yang duduk bersila di atas lantai di penjuru sofanya. Syah dilihat agak kalut untuk menjawab soalannya itu.


“Jangan nak salah faham pulak, bukan Syah tak nak lepas. Tapi jari Mia tu kuat sangat pegang,sampaikan Syah terpaksa tidur kat sini”jawab Syah agak tergagap-gagap namun jawapan itu menyebabkan wajah Mia merah padam. Aku pegang jari dia? Takut sangat ke aku semalam?


“Tapi Syah kan lelaki...Mia pegang guna jari je, bukan tangan”bangkah Mia tidak berpuas hati. takkanlah aku yang pegang dia sampaitak nak lepas? Jika dingatkan pagi tadi, memang jarinya masih berpaut pada Syah. Jadi salah dia ke?


“Habis jari Mia yang mengeletar pegang jari Syah macam ada gempa bumi,macam mana Syah nak lepas. Nak gunting jari kita berdua? Macam budak kecik je”Syah cuba menyalahkan Mia untuk menyembunyikan kesalahan dirinya sendiri yang menyambut genggaman jari Mia lalu mengeratkan jarinya juga sehingga dia tertidur di bawah lantai. Malu akan disindir oleh Mia jika memberitahu keadaan sebenar. Tanpa membuang masa, Syah terus beredar ke bilik air di dalam biliknya meninggalkan Mia yang terkebil-kebil seorang diri untuk mengelak dari diserang soalan berbisa daripada Mia.


Mia hanya membiarkan Syah berlalu dari penglihatannya. Wajahnya merah padam apabila disindir begitu oleh Syah. Sama seperti kejadian menangis di hospital hari itu, kali ini Syah juga dapat melihat satu emosi baru dalam dirinya. Mana nak letak wajahnya itu? Arghhh!









Mia membuka telekungnya lalu dilipat berlahan-lahan dan diletakkan di atas sofa ruang tamu Syah. Kejadian semalam bermain kembali ke dalam ruang benaknya sehingga menganggu keinginannya untuk menyambung tidur selepas solat subuh. Malu untuk berhadapan dengan Syah yang telah meliha pelbagai reaks dalam dirinya yang dilihat tenang dan tidak berperasaan. Siapa sangka dia menangis dan mengeletar ketakutan di hadapan lelaki yang kini bergelar suaminya? Dahlah lelaki itu suka menyindir dirinya.


Mia mengeleng kepalanya laju,cuba menyedarkan dirinya ke alam nyata. Dia masih tidak berani untuk menatap wajah lelaki itu. Dia berasa sangat malu kerana lemah dengan perasaan sendiri. Mia akhirnya bergerak ke halaman pintu utama bilik Syah lalu memakai seliparya. Perlahan-lahan pintu rumah Syah itu ditutup rapat oleh Mia. Cuba mencari ketenangan dengan keluar sebentar dari rumah Syah.


Pada ketika itu jugalah Syah keluar dengan tuala kecil pada bahunya dengan rambutnya yang agak basah. Syah memandang pada sofa,tempat tidur Mia yang disidai dengan kain solat wanita. Pasti minah tu dah solat,desis hati Syah. Syah beralih pula melihat sekeliling rumahnya. Masih tidak dapat melihat kelibat Mia di mana-mana. Matanya terhenti pada pintu utama apartmentnya. Ada sesuatu yang membritahunya untuk memeriksa di situ.


Syah bergerak ke pintu utama apartmentnya, dan dapat mengesan selipar Mia tiada di situ menandakan gadis itu keluar. Syah mengangguk perlahan-lahan tanda faham lalu bergerak tenang untuk ke dapur. Baru beberapa langkah Syah bergerak, dia berpaling semula melihat pintu rumahnya kemudian beralih kepada jam dindingnya.


“Minah nie keluar rumah pukul 5.45 pagi?”soal Syah pada dirinya seakan tidak percaya. Ada rasa bimbang merayap dalam hatinya memandangkan lorong diantara apartmentnya dan flat Mia sangat gelap kerana tiada lampu jalan disediakan. Dahlah lorong itu selalu didatangi dengan samseng jalanan dan anjing liar.


“Makcik nie tak ada kerja ke keluar pagi-pagi buta macam nie. Dahlah gelap! Kalau kena tangkap apa-apa ke? Berjumpa dengan hantu ke? Dah boleh jadi nie”Syah sudah berkira-kira mahu mengambil gadis itu. Laju langkahnya bergerak ke arah pintu rumahnya. Hampir seinci tangannya ingin mencecah tombol pintunya, bagaikan ada sesuatu berbisik melarangnya berbuat demikian. Mengingati larangan Mia, kontrak perjanjian mereka, hati Syah mula terbelah dua. Syah mengeleng kepalanya lalu bergerak memasuki semula rumahnya.


“Suka hati makcik tulah, badan dia bukan badan aku pun. Sakit dia”Syah cuba  menyakinkan diri sendiri lalu bergerak ke ruang tamu dengan penuh yakin. Hatinya agak bercampur aduk. Cukup beberapa langkah, dia berpaling kembali ke arah pintu aparmentnya yang ditutuprapat.


“Tapi aku dah berjanji nak jaga dia”lirik suara Syah,cuba menjadikan janjinya pula sebagai alasan. Tapi dia ambil kisah ke dengan janji aku tu? Nanti dia ingat aku syok kat dia pulak.


“ala...bukannya janji tu ada dalam kontrak pun” Syah cuba menyakinkan diirnya lalu bergerak ke ruang tamu. Cukup beberapa langkah, hati kecilnya melarang dirnya lagi. Satu peperangan bagaikan terjadi dalam dirinya. Syah mengenggam erat tangannya,cuba mencari keyakinan. Akhirnya dia bergerak ke sofa lalu mencapai remote kawalan mencari siaran televisyen.


“Pandai-pandailah makcik tu jaga diri”putus Syah akhirnya walaupun hatinya kini berbelah dua. Memikirkan kontrak mereka, dia tiada sebab untuk menjaga gadis itu. Tambahan pula mereka hanya pasangan suami isteri sementara. Tidak pernah sekali pun hubungan mereka seperti suami isteri. Jadi buat apa dia risaukan gadis itu? Mengulangi kejadian semalam? Jangan rajIn-rajin buat kerja yang tak ada kerjalah Syah!





Mia berjalan perlahan-lahan di lorong belakang aparmentnya. Tempat biasa dia memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar di kawasan setinggannya itu. Pasti kucing-kucing itu kelaparannya,memandangkan dia sendiri tidak mampu memberi makan kucing-kucing tersebut. Sangkaannya melesap apabila dia melihat ada satu kelibat manusia yang mengosok kucing-kucing tersebut di tempat dia memberi kucing tersebut makana.


Lelaki itu mengenakan jaket menyukarkan Mia untuk mengecamnya. Lelaki itu sedang ralit menuangkan sebotol susu pada pinggang plastik yang disediakan. Jadi mamat nielah yang bagi susu kat kucing selama nie? Desus hati kecil Mia.


“Dah berapa lama awak buat semua nie?”soal Mia berani. Soalan dari Mia menyebabkan tindak tanduk lelaki itu terhenti tiba-tiba. Bagaikan dapat mengecam suara Mia, lelaki itu tidak sedikit pun beralih melihat Mia. Masih kaku tanpa menjawab sedikit pun soalan Mia.


“Jadi awaklah yang memberi minuman kat kucing selama ini?”soal Mia lagi apabila lelaki itu masih tidak memberi respon. Tanpa menjawab soalan Mia, lelaki itu tiba-tiba bangun lalu berlari meninggalkan Mia yang terpinggal-pinggal seorang diri. Baru sahaja Mia berniat untuk mengejar lelaki itu untuk mengetahui identiti lelaki itu, kakinya tersandung pada kotak yang diisi dengan makanan kucing sehingga menyebabkan makanan kucing itu terjetuh semuanya.


“Alamak, macam mana nie”Mia mula gelisah apabila makanan kucing itu bertaburan di atas lantai menyebabkan kucing-kucing yang terbiar makan makanan yang bertaburan di atas lantai itu. Dahlah lelaki itu susah-susah memberinya,dia pulak tak pasal-pasal menyepaknya sehinggakan kucing-kucing itu terpaksa makan makanan di atas lantai.


Mia terus sahaja duduk bersila di atas lantai sambil mengutip makanan kucing yang bertaburan dengan tergesa-gesa. Rambutnya yang terurai menutupi wajahnya kerana tidak dikepit dengan baik dibiarkan sahaja. Tangannya masih lincah mengutip makanan kucing tersebut. Semuanya gara-gara keinginannya yang melampau untuk mengetahui identiti lelaki itu sehinggakan makanan kucing itu menjadi mangsa. Kucing-kucing yang terbiar itu bagaikan kucing kelaparan makan makanan di atas lantai itu menyebabkan Mia diserang rasa bersalah.


“Minta maaf. Apa yang aku buat nie”mulut Mia tidak henti-henti minta maaf. Kucing-kucing yang terbiar itu mula memenuhi Mia yang mengutip makanan kucing bagaikan pengemis mengutip duit syiling di atas jalanan. Keadaan bagaikan tidak terurus persis seperti kucing jalanan itu.


Tangan Mia yang lincah mengutip sisa-sisa makanan tersebut tiba-tiba terhenti apabila melihat ada tangan lelaki yang kasar turut mengutip makanan tersebut. Lengan lelaki itu ditutupi dengan jaket kulit yang dipakai oleh lelaki yang sebenar tadi lelaki itu berpatah balik?


“Ai..Aiman?”


Berketar-ketar suara Mia apabila matanya mengecam wajah yang hanya tersenyum tawar lalu mengangguk perlahan-lahan. Aiman mengaru kepalanya yang tidak gatal. Pada awalnya dia mahu melarikan diri dari Mia. Takut jika identitinya terdedah, wanita itu semakin menjauhkan diri daripadanya. Namun, hati lelakinya tidak mampu untuk meluhat gadis kesayangannya mengutip makanan kucing seorang diri persis seperti pengemis di jalanan.


“Maaf sebab buat Mia macam tadi. Sorry”ujar Aiman perlahan-lahan sambil mengutip makanan kucing tersebut. Masih tidak berani untuk menatap wajah Mia yang merenung tajam ke arahnya. Habislah, mesti minah nie akan jauhkan diri daripadanya,desis hati Aiman.


Akhirnya kedua-duanya menyambung mengutip makanan kucing tersebut selepas tiada lagi perbualan antara mereka. Menganggap peristiwa Aiman melarikan diri daripadanya tidak pernah berlaku dan dengan tenang mengutip makanan itu bersama Syah. Selepas mereka mengutip makanan itu, akhirnya mereka sama-sama bergerak menuju ke bilik masing-masing.


Kesunyian menghantui mereka di dalam lif tersebut. Hanya mereka berdua berada dalam lif tersebut memandang waktu itu masih lagi waktu subuh. Malah, keadaan sekitar juga masih gelap.


Aiman mengetap bibirnya mengakui kebodohon sendiri kerana meninggalkan Mia macam orang bodoh tadi. Adakah gadis itu marah kepadanya? Kenapalah lamabat sangat lif pada ketika itu? Rungut hati Aiman. Perbualan antara dirinya dan Zaid menerjah ke dalam ingatannya. Aiman mengenggam tangannya erat. Cuba mencari kekuatan untuk meluahkan tujuannya kepada Mia. Dia perlu mengorak langkah!


“Aiman minta maaf sebab tinggalkan Mia macam tu. Aiman tiada niat nak buat macam tu sebenarnya”Ujar Aiman perlahan-lahan. Mia menegrling ke arah Aiman yang tidak menoleh ke arahnya walaupn sedikit pun. Jelas lelaki itu agak takut untuk berhadapan dengannya.


“Kenapa Aiman buat semua tu tak beritahu Mia?”soal Mia ingin tahu apabila dilihat Aiman bagaikan sudah bersedia untuk memberitahu segala-galanya kepadanya. Sungguh, hatinya tercuit dengan sikap Aiman yang sanggup membantu haiwan tanpa mengharapkan pengetahuan daripada sesiapa pun.


“Sebab Aiman nak tiru Mia”jawab Aiman jujur lalu menoleh ke arah Mia. Seperti yang dijangka Mia agak terkejut dengan jawapan jujur Aiman itu. Jadi selama ini lelaki itu tahu bahawa dia yang memberi makanan kepada kucing itu?


“Mia tak pernah cakap kat sesiapa pun. Sebab tu Aiman pun nak tiru apa yang Mia buat”jawab Aiman tenang lalu beralih ke arah lain. Dia tahu gadis itu pasti tidak senang untuk melihat wajahnya kini memandangkan rahsianya elah terbongkar.


“Dah berapa lama Aiman tahu?”soal Mia tergagap-gagap. Pada awlnya Aiman yang takut memberitahu hal sebenar, setelah hal sebenar diberitahu,dia pula takut menghadapinya.


“Dah hampir 3tahun”Jawapan Aiman mengejutkan Mia sekali lagi. Tidak sangka segala tingkah lakunya telah diperhatikan oleh Aiman selama 3 tahun,barulah lelaki itu memberitahu segalanya kini? Mia mula rasa tidak selesa berada dalam lif itu berdua-duan bersama Aiman. Mengharapkan pintu lif itu cepat-cepat terbuka.


Aiman mengerling ke arah Mia yang dilihat tidak selesa itu. Seperti yang dijangka, jawapan jujurnya tidak mendatangkan rasa gembira di hati Mia. Gadis itu semakin menjauhkan diri daripadanya. Aiman tiba-tiba menekan punat lif tingkat 3 memandangkan itulah tingkat seterusnya lif itu akan berhenti. Keberadaannya hanya menimbulkan rasa kurang selesa dalam diri gadis kesayangannya.


“Mia mesti rasa tak selesa dengan Aiman sekarang kan? Sebab tu, Aiman taknak beritahu Mia “ujar Aiman perlahan namun cukup jelas pada pendengaran telinga Mia. Sungguh, Mia akan tersentuh dengan sikap Aiman yang cuba menjaga hatinya. Adakah aku terlalu kejam kepadanya? Dia telah memberi makanan kepada kucing-kucing itu namun tidak sedkit pun dia berterima kasih namun manjauhkan diri. Apa yang aku buat nie?


Pintu lif tiba-tiba terbuka, seperti yang dirancang, Aiman keluar dari lif tersebut kerana tidak mahu lagi keberadaannya membebankan Mia walaupun bukan itu tingkap yang ingin dia pergi. Mia yang ralit memikirkan sesuatu terganggu apabila Aiman tiba-tiba keluar. Dia melihat pada nombor tingkat yang tentera pada lif, ini bukan tingkat rumah Aiman,desis hatI Mia. Adakah lelaki itu tidak mahu menyusahkan aku?


Mia menghembus nafas sedalam-dalamnya. Pintu lif yang hampir ditutup dihalang olehnya cepat-cepat sebelum ditutup sepenuhnya. Laju dia melangkah keluar dari lif,cuba mengejar kelibat Syah, dia dapat melihat kelibat Aiman yang sedang memegang tombol pintu kecemasan untuk mendaki tangga ke tingkat seterusnya. Pasti lelaki itu tidak mahu membebankannya.


“Aiman!”


Aiman tidak jadi untuk memulas tombol pintu. Dia beralih kepada suaramemanggilnya. Bagaikan mahu terkeluar biji matanya melihat Mia yang kelihatan cemas memandangnya. Gadis itu tidak pernah menjerit ataupun memanggil seseorang dari jarak jauh sebaliknya berfikir untuk berputus asa sahaja. Namun lain pula yang dilihat sekarang, gadis itu memanggil namanya dengan kuat sekali. Itulah kali pertama dia mendengarnya dan kali pertama gadis itu mencarinya. Benarkah?


Mia menarik nafas panjang. Dia berjalan 5 tapak ke hadapan untuk memudahkan Aiman memandangnya. Dapat dilihat wajah terkejut Aiman memandangnya tidak percaya. Mia tersenyum melihat Aiman yang sedikit pun tidak mengalihkan pandangan kepadanya.


“Mia?” Aiman yang semacam tidak percaya tanpa ssedar bertanya begitu. Sungguh, bukan senang untuk melihat gadis itu bersungguh begitu. Selalunya hanya reaksi tenang tanpa tiada perasaan. Biarlah berapa banyak pun kebaikan ataupun kesalahan orang ramai kepadanya, dia tidak akan sesekali mencarinya.


“Lain kali nak tak kita bagi makan sama-sama?”ujar Mia sambil tersenyum. Wajah Aiman semakin terkejut,ternganga mulutnya tanpa sedar. Apatah lagi itu kali pertama dia melihat Mia tersenyum padanya. Mahu terkeluar jantungnya melihat wajah Mia yang cantik apabila tersenyum. Apatah lagi ditawarkan untuk memberi makanan kucing. Bersama-sama? Mimpi ke nie?


“Apa maksud Mia?”Antara dia yang salah faham,salah dengar atau memang itu yang ditawarkan Mia, otaknya benar-benar tidak boleh hadam. Soalan matematik tambahan yang ditanya oleh anak muridnya tiada satu pun tidak boleh dijawab olehnya, namun satu tawaran mudah yang dibuat oleh Mia buat otaknya gagal berfungsi.


Mia tergelak kecil mendengar soalan Aiman. Dia menutup mulutnya untuk mengelak didengari oleh Aiman,risau lelaki itu berkecil hati. Mana taknya ,wajah Aiman seakan patung cendana dengan mulut ternganga cukup mencuit hatinya. Sedangkan ramai yang memberitahu lelaki itu cukup tegas. Aiman menelan air liur. Dia tergelak? Biar betul?


“Harap Aiman sudi terima Mia jadi kawan”


Aiman yang sedari tadi ternganga akhirnya tersenyum seorang diri. Dia mengerak-gerak kepalanya untuk melarikan wajahnya daripada ditatap oleh Mia. Betapa gembiranya dia pada ketika itu. Dia hanya tersengih seorang diri, sesekali menoleh ke arah Mia yang tersengih melihat gelagatnya.


“Mia tinggal kat kampung ke sekarang?”soal Aiman tiba-tiba dalam perjalanan ke bilik masing-masing. Selepas mereka secara rasmi menjadi kawan, lelaki itu petah menanyakan soalan tentang dirinya. Kadang kala lelaki itu menceritakan perkara yang terjadi di sekolah. Bagaikan satu cerita yang disimpan lama, dan mahu dilepaskan semuanya hari itu juga.


Aiman sedaya upaya bercerita selagi Mia berada disisinya. Tidak habis dia bercerita sepanjang dalam lif tadi. Berbeza dengan keadaan sebelumnya yang hanya sunyi. Dia tidak mahu gadis itu menganggap dia lelaki yang agak membosankan.


“Kenapa?”soal Mia mula rasa tidak sedap hati. Adakah hubungannya dengan Syah dapat dihidu? Ataupun lelaki itu ada melihatnya di aparment Syah memadangkan bilik lelaki itu hanya bersebelahan biliknya sekaligus juga hampir bertentangan dengan aparment Syah.


“Syah cakap Mia balik kampung. Dia kan sepupu Mia”jawab Aiman sambil tersenyum, langsung tidak mensyak apa-apa. Mia hanya mengangguk perlahan. Aiman terus terusan berbual apabila Mia memberi respon walaupun bukan dari segi butir bicara, namun wajahnya Mia yang kini mampu tersenyum bersamanya cukup membahagiakannya. Ada hikamah juga di sebalik pertolongannya kepada kucing-kucing yang terbiar.


Akhirnya mereka tiba di hadapan pintu rumah masing-masing. Mia serba salah apabila Aiman tidak memasuki rumahnya, sebaliknya menunggu diirnya. Bagaimana dia mahu memberitahu lelaki itu kalau rumahnya terkunci dari dalam? Dia baru sahaja berkawan dengan lelaki itu. Nanti apa pula yang difikirkan? Macam dia cuba mendekati lelaki itu untuk memohon pertolongan. Dia juga tidak mahu meminta tolong dari Aiman kerana mereka berdua bukannya rapat sangat.


“Aiman masuklah dulu”ujar Mia perlahan namun hanya dibals dengan senyuman dan gelengan perlahan oleh Aiman. “Mia masuklah dulu, Aiman nak pastikan Mia ok”


Alamak, Mia merengus dalam hati. Dia mula memandang sekeliling. Matanya tertacap pada sampul berwarna coklat cair di depan pintu biliknya. Untuk melengahkan masa, mahu tidakmahu dia berpura-pura untuk membaca sampul tersebut dengan harapan Aiman akan bosan menunggunya. Namun rancangannya melesap apabila melihat ada kertas kerja yang tebal dalam sampul itu.


Bulat mata Mia apabila melihat kertas kerja itu yang hanya dikeluarkan sebanyak separuh. Laju tangannya mengelurkan sepenuhnya,. Ya Allah, aku ada kerja yang perlu diselesaikan? Bukankah aku dah hantar minggu lepas? Kenapa ada lagi? Kenapa mereka tidak hubungi aku? Sekurang-kurangnya....


Bebelan dalam hati Mia terhenti mengingati telefon bimbitnya yang dibuang oleh abangnya dalam laut. Mia melihat tarikh akhir kertas kerjanya perlu dihantar, esok? Setebal nie?


“Mia kenapa nie?” soal Aiman agak risau apabila menatap perubahan wajah Mia yang ketara itu. Mia memandang wajah Aiman dihadapannya. Walaupun cuba dikawal,jelas perubahan wajahnya dapat dikecam oleh Aiman. Mia juga tidak berfikir [anjang ketika itu, walaupun tidak jelas, dia hanya menunjukkan kertas kerjanya pada Aiman. Aiman membelek kertas kerja yang belum disentuh itu kemudian melihat tarikh akhir kertas itu perlu dihantar,Barulah dia memahami masalah Mia.


“Mia nak pergi telefon kejap. Maaf”Mia mengambil kertas kerjanya dari tangan Aiman kemudian berlalu laju ke arah lif. Aiman yang tidak senang duduk melihatwajah resah Mia, terus mengekori Mia dari belakang. Kasihan melihat gadis itu.



“Bukan saya sengaja tidak angkat. Tapi ada sesuatu yang berlaku dan saya baru tahu hal ini hari ini”jelas Mia kepada bossnya perlahan-lahan. Dia memegang erat telefon awam itu cuba mencari kekuatan jika ditengking oleh majikannya. Dia tahu itu salahnya kerana tidak mengetahui awal-awal, namun dia juga tidak mungkin dapat menyiapkan kertas kerja sebanyak itu hari itu.


“Habis awak nak salahkan saya?” Mia melarikan gagang telefon itu apabila terdengar suara majikannya menegkin ke arahnya. Mia mmengambil nafs sedalamnya, cuba berkrompomi dengan majikannya. “Bukan macam tu, boleh tak puan bagi saya lebih masa sedikit, mungkin dua hari lagi ke. Sebab kertas kerja nie agak banyak. Lagipun bukan minggu saya ber...”belum sempat Mia menghabiskan ayatnya, majikannya terlebih dahulu membalas dengan kasar.


“Kalau awak rasa benda tu banyak sangat, tak payah buat. Nie terus ungkit-ungkit pasal jadual bertugas pula. Kalau awak rasa saya nie mengongkong awak, letak kerja. Banyak lagi orang saya boleh ambil”gagng telefon diletakkan. Mia melepaskan keluhan berat lalu meletakkan gagang telefon itu dengan hati yang berat. Dengan wajah yang mencuka dia menunduk lalu menolak pintu telefon awam itu. Dia sudah hilang idea untuk menyelessaikan masalahnya. Cuma satu sahaja cara iaitu menyiapkan tugasan itu sebelum lusa.


“Mia okey?”suara Aiman yang menegurnya untuk mengetahui perkembangannya, hanya dipandang sekilas oleh Mia sebelum menunduk melihat lantai. Malu dan bersalah kepada Aiman yang setia menemaninya sedari tadi di luar pondok telefon awam itu tanpa sedikit pun merungut. Lebih memalukan, usaha baik Aiman itu tetap mendatangkan berita buruk daripada Mia.


Aiman melepaskan keluahn berat apabila Mia hanya membisu tanpa memandang wajahnya. Melihat reaksi gadis itu, dia sudah mengetahui jawapannya. Itulah bahayanya jika bekerja menjadi kuli orang. Kita tidak dibenarkan mengadu dan hanya perlu menurut kemahuan mereka sahaja. Melihat mata lebam milik Mia, lagilah menyeksa jiwanya. Betapa gadis itu berusaha untuk menyiapkan kerjanya.



***************************************************************************
Syah mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 9.30 pagi. Gadis itu masih tidak pulang ke rumah. Syah mula tidak sedap hati. Dahlah gadis itu keluar pagi-pagi buta dalam keadaan yang masih gelap, sekarang masih belum pulang?


Syah mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon Mia dicari, baru sahaja jarinya ingin menekan skrin telefon untuk mendail nombor Mia, akhirnya dia melempar telefon bimbitnya ke sofa lalu merengus kasar.


“Kalau aku telefon nanti makcik tu  cakap aku tergedik-gedik pula cari dia”


Syah mengigit ibu jarinya. Perasaannya bercampur aduk antara mahu menunggu Mia menelefonnya ataupun dia yang telefon memandnagkan Mia tiadk pernah sekalipun menellefonnya. Hanya dia yang kerap menelefon Mia. Syah mmengambil kembali telefon yang dilempar sebentar tadi. Sekejap dia unlock telefonnya,kemudian dia lock kembali.


“Makcik tu dah besar, pandailah dia jaga diri”rumus Syah sendirian cuba menyakinkan diri dengan perlahan-lahan cuba meletakkan telefon bimbitnya. Tak sampai seinci mencecah meja kacanya, dia mengambil semula.


“Tapi makcik tu dahlah jenis suka menangis. Kalau ada orang jahat ke..anjing liar ke kat mana-mana macam mana? Dahlah aku suami dia. Lepas nie kalau jadi apa-apa polis cari aku jugak. Baik aku telefon dia” rumus Syah dengan cara lain pula. Kemudian dia merungus perlahan bagaikan tidak berpuas hati dengan caranya.


“Tak nampak over sangat ke? Aku mesej jelah”Syah akhirnya tersenyum apabila mendapat idea untuk menghantar mesaj sahaja kepada Mia. Sekurang-kurangnya dengan cara itu, dia dapat mengetahui keadaan Mia juga. Mesej pertama dihantar.


Oiii makcik, duduk kat mana? Nak minta tolong beli gula nie. Gula dah habis.


Mesej pertama dihantar dengan jayanya. Syah tersenyum seorang diri. Berjaya satu langkah. Namun senyumannya hilang selepas 10 minit mesej itu dibiarkan sepi tanpa balasan. Makcik nie apasal tak balas? Buat silent ke? Ke ada apa-apa terjadi kat makcik nie? Syah mula resah. Mesej kedua dihantar.


Boleh tak balas cepat? Syah lapar nie. Nak kacau air tak boleh sebab gula habis. Balaslah, kalau tak Syah boleh beli sendiri.


Syah mengigit jarinya tidak sabar untuk menunggu balasan daripada Mia. Masih tiada balasan  walaupun 7 mini telah berlalu. Syah semakin resah. Makcik nie kena culik ke? Accident ke? Pengsang ke? Jatuh ke? Kena romapak ke? Semua andaian dengan wajah Mia sebagai pelakonnya bermain dalam benaknya. Semakin difikir,semakin resah dibuatnya. “Apasal makcik nie tak balas”rungut Syah tidak berpuas hati. Jar0jemarinya laju menekan pada huruf yang tertacap pada skrin telefonnya. Mesej ketiga dihantar.


Mia sibuk sangat ke nak balas mesej Syah nie? Kalau Mia rasa serabut dengan mesej Syah, tak payah buat macam nie.


Syah bagaikan berpatah hati dengan sikap Mia yang masih belum membalasnya. Kali ini dia tidak menunggu lama, hampir 5 minit dia tetap tidak mendapat balasan. Adakah gadis itu?


Ada apa-apa terjadi ke? Mia kat mana sebenarnya? Apa terjadi?


Syah menghantar punat hantar. Kali ini tidak sampai 1minit, dia bangun  tiba-tiba lalu menghempas telefon bimbitnya geram. Geram melihat perbualannya dengan Mia masih tidak mendapat balasan. Dugaannya semakin cerah dihadapan matanya.


“Makcik nie dah cakap jangan keluar gelap-gelap, keluar jugak!” bebel Syah lalu mengambil telefon bimbitnya, lalu melangkah keluar dengan laju dari rumahnya untuk mencari Mia. Dia berasa tidak sedap hati. Dahlah gadis itu meraung melihat abangnya terlantar di hodpital. Boleh jadi juga gadis itu melakukan perbuatan bodoh untuk lari dari tuduhan zina mereka.



 ***************************************************************************
Aiman meletakkan secawan jus oren di atas meja bagi pihak Mia lalu mengambil tempat di hadapan Mia yang sedari tadi hanya membisu. Cawan kopinya dihirup perlahan-lahan sambil melihat reaksi. Reaksi yang cuba berlagak tennag meskipun dalam hati resah.  Aiman mengerling ke arah sampul berwarna coklat cair yang diletakkan di atas paha Mia.sampul ini digengam kemas oleh kedua-dua belah tangan Mia menandakan betapa cemasnyanya gadis itu. Aiman melepaskan keluhan berat.


“Mia okey tak? Minum lah air. Nanti kita fikirkan cara lain”pujuk Aiman lembut lalu menolak jus oren lebih dekat ke  arah Mia. Mia mula rasa serba salah kerana mengheret Aiman dalam masalahnya. Sepatutnya dia tidak membuka sampul itu dihadapan Aiman. Sepatutnya juga dia dapat mengawal perasaannya di hadapan Aiman.


“Maaf, Mia dah susahkan Aiman”


Aiman melepaskan keluhan berat kerana perkataan itu juga yang keluar dari mulut Mia. Dia paling benci setiap kali gadis itu memohon maaf walaupun jelas apa yang dia lakukan atas kehendak dirinya sendiri, bukan disuruh oleh Mia.


“Kalau Mia nak telefon sekali lagi, Mia boleh pinjam telefon Aiman. Boleh bincang lama sikit”tawar Aiman. Sejak Mia keluar dari pondak telefon bimbit itu, itulah yang ditawarkan sejak tadi olleh Aiman. Kasihan melihat gadis itu tidak putus-puts menukar wang kertas kepada wang syiling untuk menelefon.



“Tak payahlah. Lagipun Mia dah cuba banyak kali tadi. Rasanya hasilnya tetap sama” itulah secara jujur dia rasakan. Lagipun dia tidak mahu lelaki itu bersusah payah pulang ke flat semata-mata ingin menagmbil telefon bimbit kepadanya.

“Mia hilang telefon bimbit ke?”soal Aiman apabila menyedari gadis itu bersusah payah menggunakan kemudahan telefon bimbit awam. Mia hanya tersenyum lalu mengeleng.


Aiman mengaru kepalanya. Kalau tak hilang, kenapa gadis itu bersusah payah turun ke bawah  sedangkan biliknya pada ketika itu sudah ada di hadapan mata. Boleh saja gadis itu membuka kunci untuk mrngambil telefonnya di dalam daripada berlari ke bawah mendapatkan telefon bimbit.


“Kalau macam tu, boleh Mia bagi nombor telefon Mia sekarang?”duga Aiman dengan berhati-hati. Wajah Mia agak berubah walapun cuba disembunyikan. Mia dilihat lama berfikir untuk mencari alasan.


“Bila lagi telefon Mia hilang?”soal Aiman jujur tanpa menunggu alasan daripada Mia. Mia akhirnya menunduk kepala tanpa menjawab soalan Aiman. “Apa kata kita minum dulu?”cadang Mia tiba-tiba apabila otaknya sudah kering mencari alasan, dia cuba mengubah topik pula. Memikirkan keadaan Mia yang sudah bermasalah, Aiman memutuskan tidak menyoal lagi topik tersebut.



“Sedap sangat air nie”puji Mia sambil tersenyum lalu meletakkan jus oren yang baru diminumnya di atas meja tersebut. Aiman senang hati apabila dapat melihat senyuman terukir kembali di wajah gadis itu.


“Memandangkan kita dah berkawan, lain kali apa kata Mia pula belanja Aiman?”gurau Aiman untuk menghilangkan keresahan hati Mia. Gurauan Aiman membuat Mia agak kalut mencari alasan. Ternganga dia untuk membalas janji yanng dikemukan oleh Aiman tadi.


“Erm....nanti Mia fikir balik”ujar Mia perlahan-lahan agar tidak melukai hati Aiman yang telah banyak menolongnya.


“Apa nak difikirkan sangat, Aiman Cuma ajak Mia minum je. Bukannya Mia nie isteri orang ke apa kan?”gurau Aiman lalu meletuskan ketawa. Mia yang baru menangkap jenaka Aiman, berpura-pura tersenyum juga untuk mengelak dikesan oleh Aiman tentang perubahan wajahnya apabila perkataan isteri disebut.


Sedang asyik kedua-dua mereka ketawa dan tersenyum sesama sendiri, tiba-tiba Syah masuk lalu menghentak meja makan tersebut menyebabkan ketawa mereka mati tiba-tiba. Mia yang asyik tersenyum terus mati apabila melihat wajah Syah di hadapannya. Tidak berkelip dia melihat Syah. Wajah lelaki itu pucat dengan nafas turun naik. Peluk memercik pada dahinya. Bagaimana lelaki itu tahu bahawa dia di situ? Kenapa lelaki itu mencarinya? Ada sesuatu berlaku ke? Abangnya?



“Apasal Syah datang? Ada apa-apa terjadi ke?”soal Mia spotan agak terkejut. Lelaki itu tidak mengetahui keberadaannya tetapi boleh berjumpa dengannya di situ berhampiran flatnya. Tambahan lagi wajahnya kelihatan pucat dengan peluh memercik di dahi menandakan lelaki itu berlari dari tempat yang jauh. Sesuatu berlaku kepada abangnya ke?



“Apasal Mia tak balas mesej?”soal Syah dengan nafas turun naik lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk dibuktikan kepada Mia. Percakapannya kedengaran bercampur dengan nafasnya yang jelas kedengaran turun naik.


“Kenapa? Ada sesuatu terjadi ke?”soal Mia lagi bagaikan tidak berpuas hati. Melihat wajah Syah yang cemas itu bagaikan satu petanda buruk yang terjadi. Aiman hanya menjadi penonton di antara Mia dan Syah. Cuba memahami situasi yang terjadi dan menanti berita yang akan disampaikan oleh Syah.


“Ada sesuatu terjadi ke? Memang banyak yang terjadi! Mia tahu tak berapa banyak mesej Syah hantar? Berapa banyak panggilan Syah buat? Susah sangat ke Mia nak balas?”luah Syah jujur tanpa berselindung perasaan bimbangnya. Dia bukan main bimbang macam orang gila, gadis itu boleh pula ketawa dengan Aiman sambil minum air oren? Dia ingat aku nie apa? Desis hati Syah.


“Yelah, ada benda terjadi ke sampai Syah telefon macam tu?”soal Mia masih tidak berpuas hati. Dia tidak mahu mendengar kesusahan lelaki itu menelefonnnya, kerana dia juga tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan telefonnya sudah terdampar ke dasar laut. Apa kisah di sebalik panggilan dan mesej yang banyak itu?


“Adalah! Mia tak balas mesej Syah. Apa yang akan Syah fikirkan?  Mia pengsang ke? Kena culik ke? Bunuh diri ke? Kena rompak ke? Mana boleh Mia tak balas mesej Syah macam tu? Kalau apa-apa terjadi macam mana? Dengan telefon tulah Mia boleh memberitahu Syah segala-galanya”bebel Syah tidak berhenti membuat Mia ternganga  dan Aiman meletuskan ketawa kecil. Alasan yang tidak logik. Mia memandangkan Syah dengan wajah tidak percaya. Takkanlah lelaki ini datang sini bersusah payah kerana nak membebel hal.....


“Jadi maksudnya Syah datang sini susah-susah sebab Mia tak balas mesej Syah?”soal Mia tidak percaya. Melihat wajah Mia pada ketika itu menyedarkan Syah ke alam nyata. Hilang terus bebelannya. Baru dia tersedar dengan sikap dirinya yang agak melampau. Betullah, aku datang sini sebab aku risaukan dia ke?


“Ermm...bukan macam tu. Gula kat rumah dah habis. Jadi Syah nak suruh...”belum sempat Syah memberi alasan sambil mengaru telinganya yang mulai merah, Mia lebih laju memotong.


“Jadi Syah datang sini sebab nak suruh Mia beli gula? Sebab gula Syah membebel macam nie kat Mia depan restoran nie?”soal Mia semakin tidak percaya dan bercampur geram. Lelaki itu membebel macam datuk semata-mata dia tidak membalas mesej untuk membeli gula? Kerana gula dia kena maki hamun macam tu?



“Mia banyak lagi kerja nak buat daripada beli gula untuk Syah. Syah ingat Mia nie apa?”marah Mia tidak berpuas hati dengan sikap kebudak-budakan Syah. Syah mula kalutmencari jawapan logik.


“Mia tahu tak gula itu penting. Gula boleh menjadi sumber tenaga untuk kita. Syah nak buat air pun kena guna gula. Malah badan kita pun bersusah payah membuat glucosa, inikah pula kita...” kali ini Syah cuba memmpertahankan pendapatnya agak tidak kelihatan terlalu remeh di depan mata Mia dengan mengaitkan segala ilmu yang dia ketahui untuk kelihatan penting.



“Gula..gula..Gula je yang ada dalam fikiran Syah?”rungus Mia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Syah. Jawpan yang tidak kukuh yang cuba diperkukuhkan dengan menyelit ilmu biologi. Kurang asam betul!

Aiman meletuskan ketawanya kali ini. Lucu dengan penjelasn daripada Syah itu. “Jangan risaulah, nanti Aiman akan teman Mia beli gula”Aiman sudah menawarkan diri untuk menolong Mia. Mia hanya tersenyum , Aiman pula membalas senyuman itu. Sesi berbalas senyuman itu menyakitkan hati Syah.


“Tak payah, biar Syah je yang teman Mia. Lagipun dia sepupu Syah. Sepupu Syah nie tak biasa sangat dengan orang asing”ujar Syah dengan bangga. Dia yakin dialah manusia paling rapat dengan Mia memandnagkan dia yang banyak bersama gadis itu. Gadis itu juga bukan mudah bergaul dengan sesiapa pun.


“Jangan risau, Aiman dan Mia dah jadi kawan. Kan Mia?”kali ini Aiman pula membalas dengan mendapatkan persetujuan dari Mia. Syah bagaikan mahu terjugil biji matanya apabila Aiman cuba menolak perllawaannya. Makin sakit apabila penyataan Aiman mendapat anggukan dari Mia.


“Dahlah, lagipun gula yang Syah nak bukannya jenis yang semua orang ada. Baik Syah je yang pergi dengan Mia. Lagi senang nak pilih”ujar Syah lalu menarik lengan tangan Mia menyebabkan Mia terpaksa mengikut gerak langkah Syah. Mia memegang sampul coklatnya lalu mengucapkan terima ksih kepada Aiman yang sudi menemaninya itu.


“Terima kasih Aiman. Maaf,sebab terpaksa beredar macam nie”ujar Mia perlahan sebelum diheret lebih jauh oleh Syah. Aiman hanya tersenyum paksa apabila dia kalah dengan Syah, “Tak apa,, lain kali kita boleh berbual lagi”


Syah yang mendengar janji yang dibuat oleh mereka berdua secara rambang itu meletusakan ketawa kecil untuk mengejik. Kita boleh berbual lagi lain kali? Siapa mamat tu berbual dengan Mia? Kurang asam betul!


“Syah, boleh tak lepas?”soal Mia lalu menarik lengannya dari genggaman tanagn Syah apabila mereka sudah berada agak jauh dari restoran tersebut. Syah membiarkan lengan Mia ditarik dari genggamannya lalu mencekak pinggang melihat Mia yang memandangnya pelik.


“Apa Mia buat dengan Aiman?”soal Syah tidak berpuas hati. Wajahnya yang tegas sedikit mencuitkan hati Mia sedangkan lelaki itu sentiasa ceria dengan wajah kebudak-budakan.


“Kitaorang berbual je....”belum sempat Mia menerangkan, Syah terus memintas, “Berbual je? Sejak bila Mia tahu cara berbual? Ingatkan selama nie Mia pandai senyap je. Dengan Aiman Mia tahu pulak cara nak berbual? Siap jual senyuman murah Mia tu?”bebel Aiman tidak berhenti tanpa memberi peluang utnuk Mia mencelah. Mia bagaikan ternganga mendengar tuduhan Syah.


“Menjual senyuman? Bila masa pula Mia jual senyuman?”soal Mia spotan apabila dirinya dilabel begitu. Lelaki itu ingat dia perempuan jenis apa?


“Habis dengan Aiman, Mia boleh pulak senyum dan berbual macam tu. Dengan Syah, asyik cari gaduh je”Syah mula mengungkit lalu membandingkan dirinya dengan Aiman. Kalau nak dikutkan rupa paras, dia jauh lebih kacak, malah pekerjaannya jauh lebih baik dari Aiman. Kenapa gadis itu tidak pernah melayannya dengan baik?


Mia ketawa bagaikan tidak percaya dengan penjelasan yang diberikan jelas tidak masuk akal. “Syah tu macam budak-budak, Aiman tu macam lelaki sebenar. Kalaulah Syah ada separuh dari sikap Aiman kan bagus, tak adalah berperangai mentah macam ni”luah Mia agak keras menyebabkan lidah Syah kelu seketika dengan perbandingan yang dibuat oleh Mia. Apa? Dia cakap aku nie apa? Soal Syah tidak percaya dalam hati.


Mia yang melihat Syah tergagap-gagap untuk membalas penyataannya terus meninggalkan Syah yang terpinggal-pinggal sendirian. Walaupun fikiran lelaki itu macam budak-budak, tapi mulut tak ubah macam datuk. Dia sudah malas untuk bertengkar dengan Syah di tengah-tengah perjalanan  orang ramai itu, baik dia mengambil langkah untuk beredar.


Syah yang melihat Mia sudah beredar jauh, tergagap-gagap membalas balik penyataan yang dibuat oleh Mia dengan nada perlahan agak tidak didengari oleh Mia kerana tidak mahu dilihat agak kalah.


“Macamlah makcik tu matang sangat”ujar Syah perlahan sebelum mengekori langkah Mia dari belakang menuju ke apartment mereka.





Mia membuka kabinet dapur perlahan-lahan, tangannya laju membelek-belek setiap barangan yang disimpan dalam kabinet itu dengan bersungguh-sungguh. Apabila tanganya memegang sesuatu yang biasa dirasai, tanganya laju mengeluarkan bahan tersebut lalu diteliti oleh matanya. Satu keluhan dilepaskan.


“Nie bukan gula?”soal Mia geram sambil mengangkat gula itu agar dapat diperhatikan dengan jelas oleh Syah yang berada di ruang tamu,berpura-pura menonton televiseyn.


“Eh, betullah. Tak perasaan pulak tadi”mahu tidak mahu, Syah terpaksa mengakui kewujudan gula dalam rumahnya apabila berjaya dicari oleh Mia. Syah cuba mengukirkan senyuman bagi menjayakan lakonannya namun hanya dibalas dengan wajah masam daripada Mia. Mati senyuman Syah tiba-tiba.


“Memang nie rumah Syah kan? Rumah sendiri pun tak tau ke?”rungut Mia geram dan jelas didengari oleh Syah. Syah hanya membuat muka selamba walaupun dalam hatinya bukan main malu akibat disindir begitu. Semuanya gara-gara tidak mahu menampakkan perasaan bimbangnya sebnatar tadi, dia terpaksa bersabat dengan alasan membeli gula.


“Lagipun nie jenama gula yang kebanyakan orang pakai kat sini. Apa yang istemewa sangat dengan jenama nie?”rungut Mia lagi sambil tangannya lincah menyimpan gula tersebut. Syah hanya mampu mengigit bibirnya mendengar bebelan Mia tanpa sedikit pun tidak membantah. Takkan dia mahu menjerit, aku risaukan kaulah bodoh!


“Syah kalau tak buat kecoh satu hari memang tak sah. Memang buat kecoh satu-satunya perkara yang Syah boleh buat?”sindir Mia geram sebelum berlalu ke tandas. Syah yang pada awalnya ingin membalas sindirin Mia hanya mampu terdiam apabila tidak mampu mengeluarkan apa-apa penyataan untuk membalasnya. Geram pun ada. Dia benar-benar risaukan gadis itu. Dahlah gadis itu suka memendam rasa, takut kejadian seperti semalam akan berulang lagi. Balik-balik, dia pula kena sindir.



Syah menukar siaran televisyen,masih tiada apa-apa yang menarik perhatian. Akhirnya Syah membuka pula laptop miliknya, cuba mencari cerita anime yang menarik secara online. Maklumlah, Malaysia bukan terdedah secara meluas berbanding dengan Jepun, jadi terpaksalah dia mencari cerita anime secara online pula. Apabila berjumpa dengan cerita yang digemari, laju sahaja tajuk anime itu diklik untuk ditonton. Pada masa yang sama juga Mia keluar dengan sampul coklat di tangannya lalu duduk berhati-hati di tepi Syah.


Syah bagaikan tidak mempedulikan kehadirannya. Malas bertengkar dengan gadis itu sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya dengan cerita yang dipaparkan. Mia memandang Syah yang ralit melihat paparan cerita anime itu. Setelah bosan menunggu Syah menegurnya, Mia mengambil jalan alternatif untuk menegur Syah dahulu.


“Syah....”ujar Mia lembut tanpa Syah hanya menjawab dengan mengangkat keningnya. Mia mengetap bibirnya, cuba bermuka tebal di hadapan Syah walaupun baru sahaja membebel kepada Syah sebentar tadi.


“Mia nak pinjam laptop boleh tak?”soal Mia perlahan membuatkan tumpuan Syah terhadap anime yang dipaparkan sedikit terganggu. Syah beralih ke arah Mia yang mmebuat muka kasihan kemudian beralih kembali ke skrin laptopnya tanpa menghiraukan permintaan Mia.


“Mia ada kerja sikit nak buat. Bagi Mia pinjam sampai esok. Esok je. Boleh tak Syah”soal Mia lagi dengan merapatkan diri kepada Syah. Apabila Mia semakin rapat, Syah mengambil bantal dari sofanya lalu diletakkan dianatara dirinya dengan Mia sebagai penghalang. Mia mencebik melihat sikap Syah yang cuba tidak mempedulikannya. Nak merajuklah tu.


“Kalau Syah bagi Mia pinjam, Mia janji akan buat apa saja yang Syah suruh”kali ini Mia menawarkan perkhidmatan pula kepada Syah. Syah masih lagi membisu seribu bahasa tanpa beralih kepada Mia. Mia membuang bantal yang diletakkan oleh Syah sebentar. Dia benar-benar memerlukan laptop Syahuntuk menyiapkan kerjanya. Dahlah dia terpaksa menghantar kerjanya esok!


Mia memandang wajah Syah yang masih degil untuk melihatnya. Lelaki itu sengaja tidak mempedulikannya untuk membalas dendam. Dia perlu bertindak cepat. Satu cubitan kecil hinggap di paha Syah menyebabkan Syah sedikit terperangjat. Syah dapat rasakan ada kejutan elektrik hinggap di pahanya apabila Mia mencubit walaupun hanya sesaat. Mengelabah wajahnya memandang wajah Mia yang begitu hampir dengannya.


“Bolehlah bagi Mia pinjam. Mia janji akan buat apa sahaja”Mia masih menawarkan permintaannya. Syah mula rasa tidak selesa. Selama ini mana pernah gadis itu menggunakan suara yang lembut,namun disebabkan gadis itu mahukan pertolongannya, terus sahaja berubah. Apa sahaja?


Syah memandang mata bulat milik Mia. Kemudian jatuh pula pada hidung dan akhirnya bibir Mia. Ada sesuatu tidak kena di situ. Sesuatu yang menyebabkan jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.


“Boleh tak Syah?”soal Mia lagi lalu merapatkan lagi wajahnya pada wajah Syah untuk mendapat kepastian. Kali ini, Syah benar-benar tidak tahan, bantal yang dibaung oleh Mia diambil balik. Lalu dilekatkan dimuka Mia yang begitu hampir dengannya lalu bangun dari situ.


“Ambillah Mia nak sangat, guna elok-elok tau?”Syah sudah menaglah apabila pergerakan Mia yang biasa itu sudah cukup menyeksakannya. Mia akhirnya tersenyum lalu melompat pada tempat yang ditinggalkan Syah. Sampul berwarna coklat diletakkan ddengan senyuman yang tidak leakng di wajahnya kerana berjaya memujuk Syah. Lama Syah memerhatikan tindak tanduk Mia itu, satu senyuman terukir pada wajahnya tanpa sedar. Comelnya.


“Gambar siapa nie?”soalan daripada Mia membuat senyuman Syah mati.Syah mengangkat keningnya bagaikan tidak memahami soalan Mia, Mia pula hanya menunjukkan pada skrin laptop. Akhirnya Syah bergerak ke sisi Mia untk mengetahui gambar yang dimaksudkan.


Gambar artis Jepun yang sedang memakai gaun cotton berwarana merah sedang duduk bersila di atas rumput menghijau menjadi wallpaper laptop milik Syah. Apabila gambar itu memenuhi pandangan Syah,satu senyuman terukir membuat Mia mencebik.


“Cantik kan dia”puji Syah sambil menyapu skrin laptopnya di hadapan Mia. Mia memandang kembali wajah artis yang dipaparkan itu. Memang cantik orangnya,cukup untuk mencairkan hati ramai lelaki. Akhirnya Mia mengangguk mengakui kecantikan gadis itu.


“Orang perempuan kenalah tiru macam dia. Cantik, lembut,manis, bukan macam Mia”tekan Syah apabila nama Mia meniti di bibirnya menyebbakan tumpuan Mia kepada gadis yang dipaparkan itu sedikit terjejas. Dengan gelakan yang kuat, Syah meninggalkan Mia yang mencuka apabila disindir begitu. Kalau ikutkan hati Mia, mahu sahaja dia membalas, namun memikirkan laptop yang digunakannya, Mia akhirnya hanya mengalah membiarkan ketawa Syah memenuhi ruang tamu itu.




Jam telah menujukkan pukul 4petang. Mata Mia masih segar menatap skrin laptop dengan tangan yang tidak henti-henti menekan papan kekunci. Syah yang asyik bermain permainan video yang disambung kepada televisyen akhirnnya terbaring di atas lantai sambil mengerak-gerak kakinya di atas lantai. Syah menukar baringannya untuk ,melihat keadaan Mia di belakangnya. Syah mendongak kepalanya menatap wajah Mia. Satu keluhan dilepaskan.


“Mia...jomlah kita makan”ujar  Syah panjang dengan berniat untuk menarik minat Mia yang masih tekun berkerja. Sejak laptop berada di tangannya, tidak sedikitpun laptop itu dilepaskan kecuali untuk solat zohor. Sejak pagi lagi, gadis itu tidak sedikit menjamah makanan ataupun minuman. Gadis itu bekrja tidak ubah seperti robat tanpa berhenti.


Tiada sahutan daripada Mia. Masih lagi gigih menai setiap perkataan yang adatanpa sedikit pun berhenti. Syah melepaskan keluhan berat melihat Mia. Kasihan pun ada dengan kerja gadis itu. Syah mengambil tempat di sisi Mia, sesekalidia memandang ke skrin laptop kemudian beralih kembali kepada Mia.


“Mia, jomlah kita makan”ajak Syah lagi sambil menarik lembut baju Mia di bahagian bahu. Mia dapat merasakan ada sesuatu menganggu kerjanya tapi jari-jemarinya masih ligat menekan kekunci laptop. “Mia tak lapar”



Syah tidak berpus hati dengan jawapan pendek yang diberikan oleh Mia tanps menoleh sedikit pun kepadanya. Dia pula merasakan kebosanan sama seprti sebelum Mia hadir dalam rumahnya. Selalunya mereka pasti bertengkar, namun hari ini berbeza. Gadis itu begitu ralit menyiapkan tugasnya.


“ Jangan mintak yang Syah pulak”ujar Syah agak tidak berpuas hati. Syah berlalu keruang dapur. Kemudian dia kembali dengan bekas ais-krim bersaiz mangkuk lalu mengambil tepat di sisi Mia. Bukan main rancak dengan mulut yang tidak henti-henti memuji kesedapan ais-krim yang dimakannya. Masih juga tidak dihiraukan oleh Mia.


Syah tidak berpuas hati. Kali ini dia mengambil telefonnya lalu bermain permainan dengan volume agak kuat untuk menraik minat Mia agar beralih kepadanya pula. Semua jenis bermain dicubanya sehingga mendapat high score, namun masih tiada reaksi ataupun tengkingan dari Mia. Syah membuka pula televisyen untuk menonton siaran bola sepak. Bersungguh dia melaung  dan membebel dengan teknik permainan bola sepak yang dipaparkan. Entah pasukan mana yang disokong, setiap kali gol yang dimasukkan, pasti dia akan bersorak sekuat-kuatnya.


Mia mengetap bibir dan memejam matanya. Cuba mendapatkan ketenangan dan kesabaran dengan perangai Syah yang tidak habis-habis bising sedari tadi. Akhirnya jari-jemari Mia yang ligat menekan kekunci laptop terhenti seketika. Wajah Syah yang masih rancak bersorak dipandang lama olehnya.


“Boleh tak Syah diam kejap?”


Syah berhenti bersorak apabila mendengar suara Mia menegurnya. Bagaikansegala rancangan terjadi walaupun dia telah melakukan hampir 2jam lamanya,barulah mendapat respon dari Mia. Tidak berkelip matanya memandnag wajah Mia di sisinya.


“Mia, Syah bosan. Jomlah kita tengok cerita nie sama-sama”luah Syah jujur untuk meraih simpati Mia. Mia memandang Syah tidak percaya. Dia kacau aku selama nie sebab bosan?bosan?


“Syah tak nampak ke Mia ada kerja nie? Syah tau tak Mia kena hantar kerja nie esok?”soal Mia tenang dengan harapan Syah dapat mempertimbangan keadaan dirinya pula. Bukan dia mahu terjerat dengan situasi itu, tetapi masalahnya dia hanya kuli. Sudah tentu dia terpaksa berusaha lebih.


“Tapi Mia tak berhenti menaip dari pagi lagi. Sekarang dah masuk pukul 6 petang. Lagipun logik ke benda setebal nie kena hantar esok? Memang susah nak disiapkan. Nanti kita cuba berbincang dengan majikan Mia”pujuk Syah lagi sekaligus menawarkan cadangan. Mia hanya mengeleng menolak cadangan Syah. Bukan dia tidak mencuba, dia telah beberapa kali mencuba namun jawapannya tetap sama. Semuanya gara-gara personalitinya yang banyak berdiam diri menyebabkan kepalanya mudah sahaja dipijak-pijak.


“Tak payahlah. Mia dah cuba”ujar Mia perlahan lalu beralih kembali ke skrin laptopnya untuk menyambung kerjanya. Syah tidak berpuas hati, dia tahu majikan Mia sengaja menyerahkan tugas sebulat ini kepada Mia kerana Mia bukannya jenis yang akan bersungguh untuk menolak. Dengan personaliti gadis itu yang banyak berdiam diri, mudah sahaja dipijak.


“Biar Syah yang bercakap dengan dia. Apa nombor telefon dia?”cadang Syah lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Mia yang mendengar kesungguhan Syah untuk menolongnya memberhentikan kerjanya. Dia tahu apa yang Syah fikirkan, pasti lelaki itu memikirkan personaliti dirinya yang menyebabkan dia didera begitu. Kelakuan Syah tiada bezanya mengakui dirinya juga bersikap begitu. Dia terasa sedikit tercabar.


“Kan Mia dah cakap Mia dah cuba”jawab Mia tidak senang hati dengan sikap ambil berat Syah. “Biarlah Syah pula yang cuba bercakap dengan dia, mana tahu berjaya”ujar Syah lagi sambil menantikan jawapan Mia.


“Tak payahlah, Mia kenal sangat dengan ....”belum sempat Mia menerangkan situasinya Syah terlebih dahulu menyampuk.


“Bukan Mia kenal dia, tapi dia kenal Mia. Mia jenis orang yang mudah mengalah sebab tidak mahu bercakap banyak, tidak mahu berjumpa banyak kali. Mia tahu tak sekarang Mia kena pijak?”ujar Syah menjelaskan situasi sebenar menyebabkan Mia sedikit mendidih apabila personalitinya dijadikan sebab dia terpaksa mengharungi semua itu.


“Jadi Syah rasa nie semua salah Mia ke?”soal Mia agar Syah menjelaskan dengan terperinci. Dia benar-benar tidak suka apabila personaliti dirinya diperkatakan begitu. Buka dia sengaja bersikap begitu, tetapi pengalaman lampau telah mengajar dia untuk bersiakp begitu. Give and take. Dia tidak mahu berhubung dengan sesiapa hanya Syah sahaja secara tidaksengaja berjaya memasuki kehidupannya. Itupun dia telah berjanji untuk melupakan kehadiran Syah setelah mereka terpisah.



“Mia kena lebih tegas dengan dia. Mia kena lebih bersungguh mengutarakan....”belum sempat Syah menghabiskan hujahnya, Mia lebih laju memotong.


“Jadi maksud Syah Mia tak bersungguh langsung?”soal Mia agak tenang sambil memandang wajah Syah yang terdiam apabila disoal begitu. Walaupun nada suara Mia kedengara bersahaja, dia tahu gadis itu agak terasa hati dengan hujahnya. Syah diburu rasa bersalah.


“Bukan tu maksud Syah”luah Syah perlahan. Mia mengenggam tangannya kuat sebelum meneruskan kata-katanya untuk mencari kekuatan.


“Syah nak cakap Mia tak pernah bersungguh menolak, dan biarkan semua ini terjadi tanpa sedikit pun usaha?”soal Mia lagi apabila Syah agak lama untuk meneruskan penjelasannya. Syah mengaru kepalanya. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk dijelaskan kepada Mia.


“Mia, Syah...”Syah cuba memberi penjelasan namun semua itu tidak dihiraukan lagi oleh Mia. Mia kembali menatap skrin laptop. Jari-jemarinya kemabli berkerja tanpa menghiraukan Syah disisi.


“Mia ada kerja. Sekurang-kurangnya nie satu-satunya yang Mia boleh usahakan” Syah terdiam mendengar tutur kata Mia. Walaupun reaksi Mia tetap tenang, dia tahu gadis itu berkecil hati. Tidak mahu membebankan Mia, akhirnya Syah memasuki kamarnya dan membiarkan Mia menyambung kerjanya.



Jam telah menunjukkan pukul 2pagi, Mia masih setia menghadap skrin laptopn tanpa henti. Syah yang lalu secara kebetulan untuk mengambil air mengeluh melihat Mia yang tekun memandang skrin laptop dalam keadaan gelap. Hanya cahaya dari laptop memnuhi ruang tamu itu. Keadaan itu agak membahaya untuk mata Mia, namun sedikit pun Mia tidak bergerak untuk memasang lampu tersebut.


Jari-jemari Mia terhenti seketika apabila merasakan lampu di ruang tamu itu terbuka secara tiba-tiba. Matanya terhenti pada kelibat Syah yang membawa secawan air milo dan air tin sejuk yang dikeluarkan dari peti sejuk. Secawan air milo yang masih berasap-asap itu diletakkan di tepi skrin laptop. Tidak berkelip Mia memandang Syah dihadapannya menyebabkan Syah agak tidak selesa.


“Minumlah, bukannya ada racun pun”ujar Syah tergagap-gagap apabila Mia masih tekun memandangnya tidak percaya. Lambat-lambat Syah terus beredar ke biliknya apabila Mia tetap tidak bersuara sebaliknya memandang tenang ke arahnya.


Mia mengerling ke arah bilik Syah sambil tersenyum, apabila melihat Syah yang kalut membuka pintu biliknya. Secawan air milo itu diambil lalu dihirup perlahan-lahan. Itulah air pertama yang diminumnnya pada hari itu sejak pulang dari restoran. Perutnya yang sedari tadi berbunyi dibiarkan kerana tidak mahu membuang masanya dengan makan. Siapa sangka, Syah sanggup membuat air milo untuknya.


“Terima kasih Syah”ujar Mia sendirian lalu meneguk air milo itu untuk kali kedua. Dia diburu rasa bersalah kerana menolak cadangan Syah petang tadi. Dia tahu lelaki itu hanya membimbangkannya, entah kenapa dia begitu sensitif perihal personalitinya walaupun Syah tidaklah secara terang menyatakannya.



Syah mengeliat perlahan sambil meraut wajahnya kasar. Jam berbentuk katak di meja lampunya diambil. Angka 8 ditunjukkan oleh jarum pendek jam itu menunjukkan sekarang pukul 8 pagi. Syah turun dari katilnya lalu berlahan-lahan menuju ke pintu biliknya.


Syah berjalan perlahan-lahan menuju ke ruang dapur. Langkahnya terhenti apabila memadang Mia yang tidur di atas meja berhampiran dengan laptopnya. Perlahan-lahan Syah menuju berhampiran Mia dan mengambil tempat di sebelahnya. Gadis itu masih tekun membuat kerjanya sewaktu dia mengerjakan solat subuh pagi tadi pada pukul6 pagi menunjukkan gadis itu berjaga sepanjang malam. Pasti gadis itu baru sahaja terlelap. Syah tidak mahu menyebabkan gadis itu terjaga, cawan air milo yang telah kosong diambil untuk dibasuh.


Sejurus sahaja Syah bangun, mata Mia mula bergerak-gerak apabila merasakan ada satu pergerakan di hadapan. Apabila matanya terbuka separuh, perkara pertama yang diingat adalah kertas kerjanya, laju sahaja dia bangun sehingga mengejutkan Syah di hadapannya. Kelam-kabut wajahnya menyusun dokumen di hadapannya di dalm sampul berwarna coklat itu.


Syah tidak jadi untuk ke dapur, laju dia bergarak kembali di hadapan Mia. “Kenapa?”soal Syah prihatin. Dahlah gadis itu tidak tidur semalam, bangun sahaja dari tidur, perkara pertama dia buat adalah kertas kerjanya.


“Syah, sekarang pukul berapa?”soal Mia agak kalut dengan dokumen di tangannya. Rambutnya yang serabai kerana longgar ikatannya dibiarkan tanpa dibetulkan. Matanya lebih lebam dari sebelumnya kerana berjaga malam. Wajahnya jelas keletihan kerana tidak cukup tidur.


“Pukul 8”jawab Syah tenang namun cukup membuat wajah Mia pucat. Mengingati dokumennya yang perlu dihantar tepat jam 7.30 pagi, dia terlelap sehingga jam 8 pagi sekarang? Apa yang perlu dia buat? Dahlah kertas kerjanya baru sahaja 2/3 siap. Masih ada yang belum siap. Bangun lewat lagi. Apa yang perlu dia buat?


Mia menyimpan dokumen yang ditaipnya semalam ke dalam pendrive dengan cepat. Tanpa meng‘eject’ pendrive itu terlebih dahulu, Mia terus mencabut pendrive tersebut lalu mengambil dokumen yang disimpannya. Belum sempat Mia berlalu, Syah terlebih dahulu memegang pergelangan tangan Mia.


“Nak ke mana nie?”soal Syah tidak senang hati melihat sikap kalut Mia. Mia cuba menarik tangannya namun pautan Syah agak kuat. “Mia nak hantar kertas kerja nie, sepatutnya Mia hantar...”belum sempat Mia menerangkan, Syah terlebih dahulu menawarkan diri untuk membantu.


“Biar Syah hantar, lagipun susah nak dapatkan teksi masa nie. Kebanyakan waktu ke kerja telah tamat”ujar Syah perlahan sekaligus menerangkan situasi sebenar. Mia mula berkira-kira untuk menerima perlawaan suaminya ataupun tidak memandangkan apa yang disebut oleh Syah itu ada benarnya juga.


“Tapi....”Mia masih berkira-kira, Syah hanya tersenyum lalu menarik tangan Mia ke tombol pintu bersama-sama dirinya. Mia hanya mengikuti langkah Syah tanpa membantah “Jangan risau, Syah takkan masuk campur”ujar Syah perlahan, cuba menenagkan hati Mia yang resah dengan pelbagai andaian. Mahu tidak mahu, Mia hanya mampu mengikuti langkah Syah, memandangkan dia sendiri sangat terdesak pada ketika itu.



“Ini je kerja yang kau buat?”


Satu tempikan memenuhi pejabat itu menyebabkan mata-mata kakitangan itu memadang ke arah Mia dan majikannya. Mia hanya terdiam sambil memegang erat kedua-dua belah tapak tangannya mengharapkan kekuatan untuk menghadapi situasi itu. Telinganya bagaikan mahu bernanah mendengar bisikan-bisikan orang ramai di sekitar itu. Syah yang sedari tadi mengambil tempat di ruang menunggu yang dikhaskan bangun tiba-tiba apabila isterinya disergah begitu.


“Aku bagi kau kerja nie, tiga hari lepas, banyak nie je kau siapkan? Dahlah hantar lewat. Kau ingat aku nie apa?”marah majikannya sambil menghempas dokumen yang dibawa oleh Mia ke mejanya. Berdesing sekali bunyinya. Mia  menutup matanya, cuba mencari kekuatan sebelum bersuara.


“Mia minta maaf, ada sesuatu yang tak dapat dielakkan terjadi”ujar Mia perlahan tanpa memandang wajah majikannya bak harimau betina yang kelaparan itu. Masih tekun memandang lantai.


“Ada sesuatu yang tak dapat dielakkan? Tu je alasan kau?” majikan bersuara semakin kuat. Dia mula bercekak pinggang memandang wajah Mia yang masih menunduk. Apinya dirasakan semkin membara apabila wajah Mia tetap tenang walaupun disergah begitu. Kalau diikutkan, memang bukan kerja Mia sebenarnya. Namun Mia mangsa yang paling strategik kerana gadis itu jarang membantah apabila diberi tugasan. Kerana itu kerja itu diberi bulat-bulat kepada Mia.



“Mia betul-betul dah berusaha untuk menyiapkan” Mia berkata lembut walaupun disegah begitu. Penjelasan Mia hanyalah disambut dengan ketawa oleh majikannya seperti menyindir usaha yang dilakukan oleh Mia.


“Aku bagi kau masa 3hari lepas lagi. Ini kau cakap betul-betul berusaha? Aku  dah telefon kau banyak kali, ada kau angkat? Kau nak cakap nie semua salah aku ke?” Mia mengeleng apabila disoal begitu. “Salah Mia sebab tak angkat telefon”ujar Mia perlahan dengan tenang. Majikannya semakin hilang sabar melihat wajah tenang Mia yang sedikit pun tidak gentar berhadapan dengannya, dokumen yang berisi kertas yang tebal itu dilempar tepat ke muka Mia menyebabkan kertas-kertas itu bertaburan di atas lantai. Namun seperti biasa, wajah Mia tetap tenang tanpa sedikit pun menangis ataupun mengeluh.


Syah yang tegun berdiri akhirnya bergerak ke kawasan perbualan mereka apabila melihat Mia dieprlakukan seperti bintanang itu. Hilang terus sabarnya dan amaran Mia yang memberitahu supaya tidak masuk campur.


“Kau kutip semua kertas tu sekarang. Pergi sambung balik kerja kau. Esok hantar”putus majikannya lalu mengambil tempat di atas kerusi megah di hadapan Mia. Mia hanya mengangguk lalu duduk mengutip kertas-kertas yang bertaburan di atas lanta. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang melihatnya dan ketawa-ketawa kecil yang mengejek keadaan dirinya yang persis pengemis itu. Masih tekun mengutip kertas-kertas itu dengan wajah yang tenang.


“Apa Mia buat nie?”soal Syah tidak senang melihat Mia yang masih tekun mengutip kertas-kertas kerja itu. Mengingati betapa susahnya gadis itu berkerja malam semalam, sehingga dilayan seperti binatang pada hari itu.


“Kutip kertas”jawab Mia selamba tanpa menoleh ke arah Syah yang berdiri di sisinya. Cuba berlagak tenang dan selamaba, walaupun hatinya bagaikan mahu menjerit apabila diperlakukan begitu.


Berdesing telinga Syah mendengar jawapan selamba dari Mia. Bukan dia tidak mengenali gadis itu, setelah berminggu-minggu, dia mula mengenali gadis itu. Betapa kuatnya gadis itu memendam rasa, betapa sukarnya wajah tenang dipaparkan. Dia tahu segalanya. Walaupun dia hilang ingatan, itu tidak menghalangnya untuk mengenali sikap sebenar Mia.


“Puan nie kan...”belum sempat Syah ingin memaki hamun majikan Mia, Mia terlebih dahulu memegang pergelangan tangan Syah lalu mengeleng laju menghalang tindakan Syah. Syah hanya mampu berdiam diri sehinggalah Mia bangun selepas selesai mengutip kertas tersebut. Mia sudah mula bergerak untuk beredar bersama-sama dengan sampul berwarna coklat tersebut, namun Syah terlebih dahulu menangkap pergelangan tangan Mia.


“Mia biarkan dia buat macam tu je pada Mia?”soal Syah tidak percaya memandang wajah Mia yang tenang di hadapannya. Mia tersenyum tawar. “Apa Mia boleh buat? Syah rasanya kenal Mia, jadi kenapa Syah tanya lagi?”ujar Mia perlahan-lahan lalu melepaskan genggaman tangan Syah pada pergelangan tangannya sebelum beredar perlahan-lahan tanapa menunggu Syah.


“Cis, budak tu menyusahkan aku je. Ingatkan boleh siap hari nie. Boleh dia datang dengan kerja macam tu”majikan Mia masih menyambung bebelannya walaupun Mia beredar. Berdesing telinga Syah mendengarnya. Tanpa menghiraukan amaran Mia, Syah bergerak ke meja majikan Mia lalu menghentak kuat permukaan meja tersebut membuat majikan Mia sedikit terkejut.


“Kau nie pulak siapa?”sergah majikan Mia namun agak perlahan dengan nada yang agak bergetar-getar. Syah menarik nafas sedalam-dalamnya memandang majikan Mia atas dan bawah. Melihat pemakaian majikan Mia, jelas melambangkan wanita yang belum berkahwin tetapi berusia 30-an.


“Puan tau tak betapa susahnya Mia berusaha sampai tak tidur malam menyiapkan tugasan nie. Puan hidup senanglah goyang kaki sana-sini, suami pun tak ada untuk dijaga, tanggungjawab kurang. Siapa Puan nak mempersoalkan usaha Mia?!”sergah Syah agak lancar namun tidakllah dengan nada marah, lebih kepada nasihat.


Majikan Mia agak terasa hati apabila perkataan suami meniti di bibir lelaki itu. Tidak disangkal, wajah lelaki dihadapannya itu begitu kacak dan bersih sekali. Adik Mia ke? Takkanlah dia ada adik sekacak nie?


“Apa...apa awak cakap?”soal majikan Mia tidak percaya apabila disegah begitu oleh Syah. Majikan Mia melihat kiri dan kanan, banyak mata-mata melihat ke arahnya menyebabkan dia malu. Malu kerana pada usia begitu masih tidak mempunyai suami. Bagaimana lelaki itu boleh tau?


“Dahlah pemalas, suka tengking orang pulak tu. Makcik ingat dengan perangai macam nie boleh dapat suami ke?”sindir Syah geram menyebabkan majikan Mia membuntungkan biji matanya apabila dikomen begitu daripada seorang lelaki.


“Kurang ajar betul le....”majikan Mia tidak jadi meneruskan amarahnya apabila wajah Syah tiba-tiba begitu hampir dengan wajahnya menyebabkan jantungnya terus berdegup laju. Selama ini hidupnya hanya dipenuhi dengan kerja, apabila seorang lelaki kacak seperti Syah berlaku emikian, hatinya tiba-tiba berdebar-debar. Kelu lidahnya untuk berkata-kata.


“Apa kau buat nie?”soal majikan Mia dalam keadaan tergagap-gagap. Syah mengangkat keningnya sambil tangannya laju mencabut pendrive milik Mia yang belum sempat diambil. Syah menunjukkan pendrive Mia pada majikan Mia yang dilihat tiba-tiba pucat itu.


“Ambil pendrive”jawab Syah selamba sebelum berlalu dengan pendrive di tangannya meninggalkan majikan Mia yang terpinggal-pinggal seorang diri. Apabila kelibat Syah hilang dari pandangan, barulah majikan Mia tersedar dengan mulutnya tidak henti-henti menyumpah Mia dan Syah.


“Kurang ajar punya lelaki. Dia ingat dia siapa nak cakap macam tu dengan aku?”marah majikan Mia agar tidak menampakkan dia kalah dengan hujah Syah sebenar tadi. Tiba-tiba salah seorang pekerja perempuan dengan dalam lingkuangan 20-an menepuk bahunya menghentikan bebelannya.


“Puan tidak sepatutnya cakap macam tu dengan lelaki tadi. Puan tahu tak siapa dia?”beritahu setiausaha rancak dengan mata membualat memandang majikannya. Majikan Mia mengerut dahi apabila ditegur begitu. “Siapa dia?”


“Dia ialah juruanimasi termuda yang terkenal dari Jepun tetapi berasal dari Malaysia. Dia sangat terkenal dan berpengaruh di Malaysia dan Jepun”ujar setiausahanya dengan bersungguh sambil menunjukkan artikel tentang Syah menggunakan telefon pintarnya. Hampir terjugil biji mata majikannya melihat gambar Syah di situ.


“Ha?”





Syah membuka pintu keretanya apabila melihat Mia tegun di dalamnya tanpa sedikit pun bersuara. Syah akhirnya mengambil tempat duduknya namun tidak pula menghidupkan enjin kereta dan membiarkan kesunyian menemani mereja berdua. Syah tidak mahu mengatakan apa-apa yang boleh menyakiti hati Mia. Dia tahu gadis itu agak malu berhadapan dengannya.


“Mia betul-betul malu dengan Syah sekarang”ujar Mia tiba-tiba. Syah tidak menjawab penyataan Mia itu dengan mengakui ataupun menidakkan agar perasaan Mia terjaga.Syah tidak sedikit pun beralih kepada Mia disisinya begitu juga dengan Mia.


Mia melepaskan keluahan perlahan. Masih cuba bersikap tenang di hadapan Syah yang kini bergelar suaminya. Cuba menahan segala rasa di hatinya.


“Apa yang Syah cakap semalam betul. Memang betul Mia tak pernah bersungguh untuk menolaknya sebab Mia tidak tahu bagaimana mahu menolaknya. Bagaimana nak cakap yang Mia tak boleh. Mia tak boleh buat semua tu. Mungkin sebab tu agaknya perkahwinan kita juga boleh terjadi”luah Mia perlahan. Syah menutup matanya, cuba mengawal perasaan amarahnya mendengar penjelasan Mia. Stereng kereta digengam kemas untuk meluahkan amarahnya.


“Hentikan” Syah memberi amaran perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Mia.


“Sebab personaliti Mia yang banyak berdiam diri, Mia memang senang dipijak. Mia terima apa sahaja orang buat kerana dengan cara tu Mia boleh hidup atas dunia ini tanpa perlu berhubung dengan sesiapa pun. Sebenarnya apa yang Syah cakap semalam, semuanya betul. Cuma Mia takut mengakui hakikat itu dan marah Syah balik untuk menyembunyikan hakikat perkara itu. Mia sengaja mencari salah Syah agar kelemahan personaliti Mia yang Mia sangjung selama ini memang ada kelemahan yang banyak”sambung Mia lagi tanpa mempedulikan larangan Syah. Dia cuba bersikap setenang yang boleh meluahkan hakikat itu. Hakikat yang dia sembunyikan dari Syah.


“Syah cakap berhenti” Syah meraup wajahnya lalu menoleh wajah Mia yang masih memandang hadapan tanpa memandang wajahnya. Geram apabila Mia meluahkan semua itu kepadanya. Lebih geram apabila Mia meluahkannya tapi pada masa yang sama menyembunyikan reaksi wajahnya. Pasti amat menyakitkan.


“Secara jujur jugak, kadang-kadang  Mia cemburu dengan kehidupan Syah. Macam mana Syah boleh ketawa, macam mana Syah boleh berfikir positif. Kali ini di hadapan Syah, Mia mesti tidak ubah macam pengemis. Biarlah beberapa ramai orang menyepak bekas duit syiling Mia, Mia pasti tidak akan berhenti mengutipnya. Mia akan tetap....”belum sempat Mia meneruskan kata-katanya, tiba-tiba bahunya dipegang oleh Syah menyebabkan pandangannya jatuh pada mata Syah. Mata yang sengaja dielak kerana mata itulah yang boleh membaca perasaannya kini.


“Syah cakap berhenti kan? Perlu ke Syah dengar semua nie?”luah Syah tidak berpuas hati sambil memandang ke dalam mata Mia. Mia mengetap bibirnya apabila diperlakukan begitu oleh Syah. Sungguh dia malu melihat wajah itu. Wajah yang telah belihat banyak perkara yang dia cuba sembunyikan. Wajah yang kini bergelar suaminya sendiri.


“Mia betul-betul malu dengan Syah. Dah berapa banyak Syah lihat hidup Mia sekarang? Dah berapa banyak Syah lihat betapa terdesaknya Mia dalam hidup ni, betapa banyak Mia menangis...”belum sempat Mia menghabiskan, Syah terlebih dahulu memotong. Berdesing telinga Syha mendengar pendapat Mia mengenai diri sendiri itu.


“Adakah menangis itu salah satu benda yang memalukan? Adakah reaksi yang selama ini Mia simpan sesuatu yang memalukan? Apa yang Mia perlu malu bukan semua itu, tapi diri Mia yang sekarang. Yang cuba berlagak tenang yang perlu Mia malu”ujar Syah geram menyebabkan lidah Mia kelu tiba-tiba. Terdiam mendengar pendapat Syah tentang dirinya.


“Syah....”Tidak berkelip Mia memandnag Syah yang begitu serius menuturkan kata-katanya. Wajah serius yang jarang sekali dilihat dari wajah kebudak-budakannya.


“Mia kena belajar cara melepaskan perasaan, barulah hidup Mia tidak lagi memalukan, tau tak?” Mia menelan air liurnya melihat sikap prihatin Syah. Jantungnya berdegup kencang apabila mata Syah memandang ke dalam matanya. Jarang sekali lelaki itu bersikap  seperti lelaki sebenar.


“Syah, Mia....”


“Mia, Mia janji akan menunaikan permintaan Syah kan?”ungkit Syah tiba-tiba. Mia yang pada  awalnya terpinggal-pinggal akhirnya menagngguk mengenangkan janji yang dibuatnya semalam.


“Syah nak Mia menjadi manusia, bukanlah lagi robot macam sekarang”


Permintaan Syah membuat Mia membuka mata seluas-luasnya memadandang wajah tenang Syah. Tidak percaya Syah sanggup membuat permintaan tersebut semata-mata untuk mengubah personaliti dirinya.


“Apa Syah mengarut nie? Mia tak ada masa nak buat..”


“Mia sendiri cakap yang Mia cemburu dengan kehidupan Syah kan?  Salah satu sebab Mia terasa macam tu, kerana Mia tidak pandai meluahkan perasaaan Mia”potong Syah laju sambil meliaht ke dalam wajah Mia. Mia dilihat tidak senang duduk apabila dia membuat permintaan begitu.


“Mia taknak. Lagippun Mia taknak menaruh harapan dengan semua itu. Mia taknak sakit hati....”


“Jadi apa bezanya dengan sakit hati sekarang? Mia tidak pernah mencuba, tetapi Mia selalu mencari alasan untuk mengelak. Mia tak rasa ke kehidupan yang Mia lalui sekarang berpunca dari salah Mia sendiri? Apa salah Mia mencuba? Walaupun Syah tidak mengenali siapa Mia apabila Syah membuka mata, Syah mencuba berani melakukan alam perkahwinan bersama Mia. Walaupun Syah telah kehilangan ingatan selam 3 tahun tapi Syah percayakan Mia untuk mencari kembali semua itu. Walaupun tiada jaminan yang jelas, Syah meletakkan kepercayaan Syah pada Mia. Mia tak boleh ke lakukan perkara yang sama?” Mia terdiam mendengar ulasan Syah. Sedikit sebanyak kata-kata Syah itu tersemat dalam mindanya.


Mia memandang wajah Syah disisinya. Akhirnya satu senyuman bersama anggukan dihadiahkan kepada Syah. Syah tersenyum keriangan apabila Mia menerima cadangannya. Umi..Abah, hari ini Mia akan mencuba sekali lagi. Kalau semuanya tidak berjalan lancar, Mia akan kembali pada diri Mia yang dulu. Mia tertarik dengan kata-kata Syah dan berpegang kepada ayat itu untuk berubah menjadi seseorang yang benar dengan perasaannya.



“Mia mahu cuba”













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...