Wednesday, 13 May 2015

Are You Afraid Of Love:Episode 11



[11]
My Love Is Growing
Secawan tea yang masih berasap disusun dengan telitit di atas meja berhadapan dengan seorang gadis yang sedari tadi banyak berdiam diri. Wanita berusia 30-an tersenyum manis ke arahnya membuatkan gadis itu serba salah. Jarang gadis itu membalas senyuman itu, malah kadangkala dia menunduk wajahnya melarikan diri daripada senyuman itu.

“Mia masak apa kat Syah semalam?”


Soalan itu membuatkan Syah yang ralit minum air tea yang disediakan oleh ibunya sedikit tersedak. Laju dia memandang wajah ibunya yang masih mesra memandnag wajah Mia yang agak terkejut apabila diajukan soalan itu.

“Ma..macam mana makcik tahu?”soal Mia agak tidak seddap hati. Dalam hatinya sudah tentu nama Syah menjadi mangsa sumpah seranahnya. Takkanlah dia mahu memberitahu wanita anggun yang bersikap keibuan ni yang dia hanya memyediakan lelaki tu Maggie untuk sarapan malam.


“Semalam Syah beritahu makcik yang Mia sedang masak. Mia masak apa? Kalau Mia nak tau Syah paling suka makan sup tulang. Kalau Mia nak tau kalau Syah makan sup tulang, dua tiga pinggang belum tentu cukup. Kalau boleh satu tulang lembu tu nak dikaup untuk dia sorang je. Kalau makan kat restoran pun, jangan cakap la. Dengan tangan pun dia sanggup asalkan setiap sudut  tulang tu Berjaya diratahnya”cerita Datin Hayati sambil menepek-nepuk bahu anak lelakinya. Mia mengerling ke arah Syah disisinya, jelas kulit putih wajah lelaki itu mula berubah kepada merah jambu apabila diusik begitu.

“Apa mama nie, mana ada Syah buat macam tulah”Syah masih cuba berahsia walaupun jelas alasannya kedengaran agak sia-si. Dia memandnag Mia disisnya, wanita itu tersenyum mengejek kepadanya. Ya Allah betapa malunya dia kepada Mia, mana mahu letak wajahnya. Mama tolonglah berhenti, isteri Syah ada kat sini.


“Mia nak resepi tu? Resepi yang makcik guna mudah je. Nanti balik rumah Mia cuba masakkan untuk Syah nak. Kalau Mia nak kejap makcik tolong salinkan nak?”bersungguh Datin Hayati memberitahu Mia pula sehingga sanggup bertukar duduk di tepi Mia pula. Tidak selesa Mia dibuatnya apabila kini dirinya pula dijadikan bahan tumpuan. Hamper terngaga dia mendengar permintaan Datin Hayati, masak sup tulang?

“Amm… tak apalah makcik. Nanti Mia search dalam internet”Mia sudah tidak sedap hati apabila Datin Hayati sudah mengeluarkan pen untuk ditulis dan kertas yang hanya berada di atas meja hadapan mereka. Kali ini giliran Syah pula senyum menyindir ke arahnya. Mia mengetap bibirnya apabila lelaki itu tidak ada apa-apa untuk membantunya ketika itu.

“Search dalam internet? Yang mama punya lain dari yang lain Mia. Syah pun Cuma suka resepi mama. Kan Syah?” datin hayati menyiku siku Syah pperlahan. Syah memandnag wajah mamanya kemudian beralih kepada wajah Mia yang cuba memberi bahasa isyarat supaya membantunya. Dia tersenyum.


“Em…Syah nak resepi nie, Mia tolonglah masakkan Syah sup tulang. Syah nak makan sup tulang Mia”Syah melentokkan kepalanya pada bahu Datin Hayati seperti merengek sesuatu. Membulat mata Mia memandang perilaku Syah. Mengada-ngada!


Bahu belakang Mia ditepuk perlahan oleh Datin Hayati meyebabkan gadis itu tersentak. Muka Mia yang jelas terkejut memandang Datin Hayati yang masih tersenyum mesra. Tolonglah, janganlah sebut lagi.


“Mia kan isteri Syah sekarang. Lagipun bila lagi Mia nak tunaikan permintaan Syah. Cara paling senang seorang isteri membahagiakan suaminya adalah melalui masakan kerana seorang suami tidak boleh dibahagiakan dengan barangan jenama seperti seorang wanita, tetapi masakan. Dengan itu seorang suami akan rasa berapa berharganya dirinya”panjang lebar Datin Hayati memberi nasihat persis seperti orang yang cukup berpengalaman. Tangannya masih lincah menulis setia resipi di  atas kertas kosong itu.


“Tapi makcik…semalam Mia Cuma masak…”belum sempat Mia ingin berterus terang agar harapan ibu mentuanya tidak menggunung, Syah terlebih dahulu menyampuk. “Mia masak semalam sedap sangat, Syah sampai hirup kuah dia dengan straw”potong Syah laju menyebabkan wajah Mia dan Datin Hayati berubah. Mia menelan air liur. Alamak!


“Ooo..Mia memang pandai dengan masakan berkuah ye? Mesti Mia pandai dengan masakan macam sup tulang nie kan? Lepas Mia siap masak, hantarlah kat makcik juga, makcik pun nak rasa”kali ini level kesungguhan Datin Hayati telah sampai ke tahap memunja mendengar pujian dari anak lelakinya. Bukan senang anak lelakinya ingin memuji masakn selain darinya. Siapa tahu masakan Mia Berjaya mengubah segalanya.

“Er….”Mia terkedu apabila mendengar permintaan Datin Hayati. Terkedu mencari jawapan. “Kitorang siap minum kuah tu pakai straw bersama. Romentik kan mama?”kali ini Syah semakin menambah. Datin Hayati megekek ketawa senang hati sambil menepuk belakang Mia agak kuat kerana terlalu gembira. Mia tersentak sambil mengosok bahunya.

“Satu ke dua straw?”soal Datin Hayati lagi ingin tahu. Syah masih tidak dapat mennagkap maksud senyuman pada wajah ibunya, dengan selamba sekali dia menjawa jujur, “Satu”

Kali ini, belakang Mia menjadi mangsa untuk kali kedua. Hamper ternganga Mia dibuatnya. “Nakal jugak Mia nie kan”usik Datin Hayati sambil mengekek ketawa senang hati. Mia menunduk kepalanya malu manakala Syah masih terpingga-pingga tidak memahami makna sebenar ibunya berdasarkan wajah jujurnya.


“Kenapa nie mama?”soal Syah terpingga-pingga. Namun suara ibunya mengekek kegembiraan mengelamkan soalanya. Seronok benar ibunya gamaknya.


Sehelai kertas putih yang berisi resepi itu dihulurkan penuh bersemangat kepada Mia. Mia masih berwajah takut untuk menerima resepi tersebut. “Nanti balik rumah, cuba Mia masakkan nie untuk Syah”


“Cuba masakkan apa kat abang Syah?”soal Arisyah yang muncul tiba-tiba di belakang Mia. Datin Hayati agak terkedu sambil menarik perlahan-lahan resepi yang dihulurkan kepada Mia itu. Belum sempat Datin Hayati menariknya, Arisyah terlebih dahulu memintanya.

“Ary nak tengok boleh tak mama?”soal Arisyah ingin tahu apabila soalannya tidak diendahkan oleh Datin Hayati. Dia mula rasa cemburu apabila melihat betapa gembiranya Datin Hayati berbual disisi Mia. Bukankah dia colan isteri terbaik buat Syah di mata Datin Hayati. Kenapa Datin Hayati begitu lancer berbual dengan orang lain yang baru sahaja hadir dalam hidup Syah. Adakah Mia benar-benar mula melintas kedudukannya di mata Datin Hayati dan Syah?

Datin Hayati agak seba-salah namun lambat-lambat dia menghulurkan kepada Arisyah untuk mengelak gadis itu mengeshaki apa-apa yang lebih pelik. Membuntang biji mata Arisyah melihat kendungan kertas putih itu.

“Kenapa mama bagi resepi nie kat Mia? Kan mama janji nak bagi kat Ary sorang je?”soal Arisyah agak tidak berpuas hatisekaligus mengungkit janji yang pernah diberitahu oleh Datin Hayati dahulu. Wajah Datin Hayati yang lekang dengan senyuman sebentar tadi, terus sahaja pucat besi apabila disoal begitu.

“La, apa salahnya Mia pula nak cuba resepi tu”soal Syah selamba kerana tidak mengetahui situasi sebenar. Arisyah sudah mula ingin menangis. Dapat dirasakan air matanya mula mengalir apabila kedua-dua orang yang dicintai hanya berpiahk kepada Mia sahaja.

“Tapi mama janji yang….”belum sempat Arisyah beremos, Aril yang baru sahaja tiba dari belakang merampas resepi yang berada di tangan Arisyah itu. Arisyah yang masih tidak berpuas hati melihat wajah abangnya yang tiba-tiba tersenyum manis melihat resepi tersebut. Apa yang lucu sangat?

“Mia nak masak nie untuk Aril ke?”soal Aril tiba-tiba lalu melihat wajah gadis kesayangannya. Wajah Mia agak terkejut mendengar penyataan lelaki itu. Masak untuk Syah pun belum tentu betulnya, boleh pulak masak untuk lelaki itu?

Arisyah mengerut keningnya. Bukan masak untuk Syah ke? Syah mengerling tajam apabila Aril seperti ingin bermanja dengan isterinya manakala Datin Hayati hanya tersenyum mengikut rentak yang dimainkan oleh Aril untuk menjaga hati Arisyah.

“A’ah, Mia nak tolong masakkan untuk Aril, kan Mia?”kali ini Mia pula dijadikan sasaran tumpuan ketiga-tiga manusia itu. Mia menelan air liur lama. Wajah ketiga-tiga itu mempunyai keinginan yang berbeza. Pusing kepalanya memikirkan jawapan yang sesuai.

“Mia nak buat masak sedikit kat kawasan kejiran Mia. Mula-mula Mia ajak Aiman dan Syah. Alang-alang Aril tu sepupu Syah, Mia pun ok je kalau Aril nak join” Titik. Itulah sahajalah jawapan yang paling selamat yang Berjaya difikirkannya tanpa sedikitpun berat sebelah pada mana-mana pihak. Datin Hayati tersenyum lebar dengan tindakan pantas gadis itu. Jelas gadis itu bijak mencari jawapan. Syah dan Aril hanya tersenyum, senang dengan jawapan yang dilontarkan. Jawapan Mia itu menyebabkan Arisyah tersenyum lebar sekali.

“Ary nak join sekali boleh tak Mia?”soal Arisyah beria-ria apabila mengetahui Syah turut sama ada. Mia mengangkat keningnya, cuba menyembunyikan perasaan gundahnya. Alamak minah nie, lepas satu, satu pulak yang datang. “Mia ok je”Mia hanya tersenyum pahit. Yang itu dia memang tidak boleh sembuyikan lagi.

Arisyah tersenyum suka hati. Kini dia mula berlari-lari mendapatkan lelaki itu. Memang tujuannya untuk menemui lelaki itu lalu menyuruh abangnya menghantarnya. Mana tahu nasibnya begitu bertuah pada pagi itu. “Abang Syah nak makan sup tulang ke? Apa kata lepas nie kita pergi beli barang sama-sama nak tak?”soal Arisyah lembut sambil memeluk bantal yang disediakan di atas sofa itu. Aril tersenyum nakal, itulah peluangnya untuk mendekati Mia lebih rapat.

“Mia boleh tak Aril nak cakap dengan Mia kejap?”soal Aril sengaja dikuatkan agar  dapat didengari oleh seluruh isi rumah itu. Dengan cara itu, barulah Mia tidak berani menolaknya. Mia jelas agak tidak senang dengan ajakan lelaki itu. Bukan dia tidak tahu dengan sikap playboy lelaki itu tambahan apa sahaja yang keluar dari bibir lelaki itu sangat menyakitkan hatinya.

“Aril nak cakap, cakaplah kat sini”jawab Mia jujur sehingga agak menyentakkan lelaki itu. Dahlah dia ssengaja bersuara kuat agak perbualan mereka dapat didengar, balik-balik dirinya dimalukan begitu pula.


“Mia…”kali ini memang suara Aril agak mengada-ngada sehinggakan Mia juga dapat mengesannya. Apahal mamat nie, semalam macam singa, hari nie jadi kucing pulak? Syah menjeling ke sisi Mia itu, terpacul wajah Aril yang tersenyum mengejek melihatnya sambil mengenyit matanya. Semakin mendidih Syah dibuatnya.

“Apa kata kita pergi mall beli barangan basah sekarang? Kan makcik?”Arisyah cuba mendapat sokongan daripada Datin Hayati, dengan cara itu dia dapat meluangkan masa dengan Syah. Datin Hayati mengagguk laju mempersetujui cadangan yang diberikan oleh Arisyah. Melihat cadangan Arisyah dan sokongan dari mamanya, Syah terus sahaja bangun. “Bagus jugak cadangan tu, Mia nak beli barangan apa?”soal Syah riang sambil bangun dari pembaringannya. Itulah cadangan yang bagus untuk melarikakan diri dari Aril, lelaki yang mencintai isterinya.

Mia agak terkejut mendengar respon semua orang yang bagaikan beria-ria mahukan dia memasak. Agaklah, aku bukannya pandai masak, apasal semua orang macam nak suruh aku masak je nie?

“Nak buat malam nie ke? Takkan rasa awal…”belum sempat Mia memberi alas an, Syah terlebih dahulu memotong, “Tak awallah, Syah memang nak makan sup tulang malam ni”

“Aril pun rasa nak makan Mia punya…..”Aril sengaja membiarkan ayatnya tergantung menyebabkan mata-mata di situ ralit melihatnya. Apabila matanya jatuh pada wajah Mia, satu senyuman manis terukir, “Mia punya sup tulang”

Arisyah menepuk kedua-dua belah tapak tangannya apabila cadangannya mendapat sokongan ramai. “Jadi abang Syah….”belum sempat Arisyah memberi cadangan langjut, Syah terus bangun mendapatkan kunci kereta sambil meyepak kaki Mia secara diam.

“Jom Mia kita gerak sekali”

Kelibat Syah sudah hilang di muka pintu seakan-akan lelaki itu ingin melarikan diri dari sesuatu. Mia mencebik, pagi tadi terhegeh-hegeh sangat nak dating sini. Mia meununduk wajahnya sebagai tanda hormat kepada Datin Hayati sebelum berlalu mengikuti gerak-geri Syah.

“Syah, tunggulah Ary jugak”Arisyah bergerak mengejar Syah apabila percakapannya tidak dilayan. Datin Hayati hanya memandang sambil mengurut dadanya, mujur rahsia mereka tidak terbongkar. Aril membetulkan kolar bajunya sebelum berlalu mengikuti langkah mereka.

Syah memegang stereng kereta sambil tersenyum dengan  tindakan yang dilakukan sebentar tadi. Cukup berpuas hati kerana berjaya melarikan Mia dari godaan manja Aril. “Mengada-ngada betullah lelaki tu”bebel Syah cuba meniru gaya manja Aril sebentar tadi.

“Ary nak duduk tepi Syah boleh?”suara riang Arisyah yang muncul tiba-tiba sambil membuka pintu keretanya meyebabkan Syah terkejut. Laju dadanya diurut kerana terlalu takut Arisyah dapat menangkap perilaku dirinya yang bercakap seorang diri tadi. Arisyah tidak menuggu lama jawapan dari Syah, sebaliknya terus mengambil tempat di sisi Syah sambil tersenyum riang. Senyum banyak-banyak Ary, barulah mamat nie suka kat kau!

Mia dengan berwajah tenang mengambil tempat di belakang tanpa sedikit pun memandnag wajah dua manusia dihadapannya. Syah melihat riak wajah Mia menggunakan cermin belakang kereta, tiada reaksi. Tiada tanda cemburu melihat manusia di hadapanya. “Mia nak beli kat ma….”belum sempat Syah menghabiskan ayatnya, satu bunyi tutupan pintu keretanya terdengaran. Sekujur tubuh dengan senyuman yang tidak lekang memandang Mia, dan mengambil tempat di sisi Mia. Mia memandnag aneh kepada lelaki itu.

“Aril buat apa kat sini?”soal Mia agak terkejut sambil menjarakkan jaraknya dengan lelaki yang tidak lekang dengan senyuman tiba-tiba itu. Memang benar lelaki itu pernah menyelamatkannya, tapi kalau seornag lelaki yang jahat tiba-tiba tersengih depan kita, itu lagi menakutkan. Syah memusingkan wajahnya 180 darjah kerana terlalu terkejut. Sangkaannya dia boleh melarikan Mia dari Syah, tapi makin rapat pula jadinya.

“Aril pun nak ikut Mia jugak, nak elak Mia beli racun”gurau Aril sambil mengangkat keningnya. Mia membetulkan lengan bajunya, tidak mengendah gurauan Aril. Syah mengetap bibirnya  geram, sambil membetulkan cermin keretanya agar kedudukan mereka lebih jelas.

“Peliknya abang hari nie, selalunya malas nak keluar beli barang? Apasal hari nie rajin pulak?”soal Arisyah penuh tanda Tanya apabila Aril dilihat agak luar jangkaan sejak akhir-akhir ini. Adakah abangnya benar-benar suka pada Mia?

“Abang nak teman adiklah, takut ada sapa-sapa culik adik abang yang comel nie” Aril masih berhelah, sesekali pandangannya jatuh pada Mia yang ralit melihat di luar tingkap. Tidak sedikit pun memandang dirinya disebelah. Syah memejam matanya, cuba menahan geram dengan sikap sepupunya Aril. Enjin kereta yang telah lama dihidup akhirnya Berjaya menjalankan tugasnya apabila kereta itu mula keluar dari perkarangan rumah Datin Hayati.


“Sejak bila pulak abang ambik berat pasal Mia nie? Ke abang nak teman Mia?”Arisyah ketawa kecil, cuba memperlagakan abangnya dengan Mia. Pasti lelaki itu mengamuk kerana diperlagakan dengan wanita seperti itu, namun sangkaannya melesap apabila abangnya hanya tersenyum manis.

“Mia pun salah seorang yang abang ambil berat juga”lembut sahaja pernyataan yang dikeluarkan oleh Aril tetapi jelas ditangkap oleh Mia dan seisi kereta itu. Mia terkejut namun cuba tidak memalingkan wajahnya menatap wajah Aril itu, takut lelaki itu mengesan perubahan wajahnya. Buang tabiat apa mamat nie?

Syah tersedak apabila Aril mengeluarkan kata-kata romentis itu kepada Mia. Makin gelisah memikirkan hanya mereka berdua berada di barisan belakang kereta itu. Mujurlah tindakan Mia yang tidak memberi respon sedikit menyedapkan hatinya.

“Amboi abang Aril, Mia jangan mudah sangat terpedaya dengan abang Aril. Abang Aril nie playboy sikit”Arisyah memberi nasihat kepada Mia memandangkan mereka berdua dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Sudah tentu dia perlu menyelamatkan Mia dari buaya daratseperti abangnya. Kalau dia Berjaya memenangi hati orang terdekat dalam hidup Syah, makin mudah dia ingin memenangi hati Syah.

“Apa yang Ary ca…”belum sempat Aril menyampuk kerana tidak senang dengan percakapan adiknya yang sedikit menjatuhkan imejnya, Mia lebi laju menyampuk. “Mia tahu, Aril nie saja je nak kenakan Mia”pernyataan Mia itu menyebabkan Aril terdiam. Lama dia melihat pada sekujur tubuh yang masih ralit memandang tingkap membelangkangi dia.

“Kalau Aril cakap Aril serius?”soalan serius dilontarkan kepada Mia. Syah mula tidak sedap duduk. Kereta dihadapannya sudah tidak diberikan tumpuan sepenuhnya. Arisyah ketawa mengengkek mendengar suara Aril yang tiba-tiba diseriiuskan. “Pandainya abang bawa suara”selorah Arisyah sambil memandnag Syah yang sedari tadi membisu.


“A’ah Aril. Apasal tiba-tiba guna suara macam tu kat Mia pula?”Syah ketawa untuk menjayakan lagi lakonannya. Menutup pengetahuannya yang mengetahui perasaan sebenar Aril terhadap isterinya. Aril mengeta bibirnya mendengar gelakan Arisyah dan Aril. Bagaikan perasaannya dibuat-buat.


“Aril cakap betullah…”


“Mia tak suka bunyi bising”tegas sekali Mia bersuara menyebabkan isi kereta itu diam tiba-tiba. Aril melepaskan keluhan berat apabila perasaannya sedikit pun tidak dipedulikan oleh Mia. “Mia..Aril”belum sempat Aril bersuara, Mia berpaling laju “Kan Mia cakap Mia tak suka bunyi bising?”Aril terdiam. Syah ketawa kecil merasakan diri telah menang apabila Aril jelas dimarahi oleh Mia, “Kan Mia cakap tak suka bising. Syah?”kali ini Syah pula jadi mangsa teguran. Arisyah yang sedari tadi ceria terdiam tiba-tiba. Wajah Mia ditoleh, masih lagi tenang tanpa sedikit pun kemarahan terserlah di wajahnya. Namun suaranya cukup tegas.






Mia memegang dua bungkus bagi pada setiap tangannya. Satu perisi ayam dan satu lagi perisi kari. Dia mengetap bibirnya geram. Syah berasal daripada Jepun, selalu suka dengan perisi sup yang tidak terlalu kuat. Maka perisi ayamlah jawapanya. Perisi kari mula diletak perlahan-lahan pad arak, tidak sampai satu inci perisi kari itu ditarik semula.

“Tapi, yang nie lagi cedap”Mia memandang perisi kari di tangannya pula. Wajah ceria Syah yang menjamah Maggienya semalam menyebabkan dirinya tersenyum kecil. Betapa lajunya lelaki itu menjamah. “Mia nak makan Maggie lagi ke?”soalan yang tiba-tiba menerjah gendang telinganya menyebabkan dia mengundur setapak. Dia memandang tajam wajah Aril yang tersenyum manis di hadapanya. Aril mengambil Maggie perisa tomyam yang berada di bahagian atas tinggi sedikit sahaja daripada kepala Mia. Hamper sahaja wajah mereka bersentuhan apabila mereka berkeadaan begitu.

“Kalau Aril, Aril lagi suka perisa tomyam”Aril menyatakan minatnya pula. Tidak sedikit pun menarik minta Mia untuk mengambil tahu. “Kalau suka, masaklah”Mia cuba berlalu, namun Aril menghalang pergerakan Mia dengan tangan kirinya. Mia terhenti seketika apabila pergerakan dia disekat. Tetap tenang walaupun wajah mereka hampir tersntuh.

“Aril nak Mia masakkan” Mia menolak tubuh Aril kasar. Tidak senang diperlakukan begitu. Maggie tomyam di tangan Aril dirampas lalu dimasukkan ke dalam bakul, “Mia masak” selamba sahaja Mia menerima permintaan Aril sambil mengatur langkah meninggalkan Aril. Aril tidak berpuas hati apabila tingkahnya seperti tidak diambil endah oleh gadis itu.

“Kenapa Mia tak pernah nak ambil serius dengan apa yang Aril cakap?”


“Mia Cuma ambil serius dengan orang yang serius”

“Habis Syah tu serius sangat ke?”soalan Aril memberhentikan langkah Mia. Mia berpaling kea rah Aril akibat tertarik dengan soalan yang ditujukan apabila nama Syah menjadi sebutan. “Dia suami Mia”tegas suara Mia berkata penuh bangga. Aril dapat merasakan telinganya berdesing apabila Mia bagaikan mengaku hakikat itu. “Tapi Mia tak cintakan dia kan?”

“Tu bukan hak Aril nak tentukan perasaan Mia”Mia menyambung langkahnya tanpa menghiraukan pertanyaan Aril. Matanya melilau mencari keberadaan Syah. Entah di penjuru mana Arisyah membawa suaminya itu. Aril mengejar pergerakan Mia, bakul yang dipegang Mia dipegang menghentikan pergerakan Mia. Mia terkejut lalu berpusing ke belakang.

“Kalau Mia tak suka pergelangan tangan Mia dipegang, Aril janji tak buat lagi macam pertama kali kita jumpa. Kalau Mia tak suka berada tempat orang ramai, Aril sedia lindungi Mia. Kalau Mia takut jalan seorang diri tengah malam, Aril akan temankan” Mia terkedu mendnegar tutur bahasa Aril terhadapnya pada ketika itu. Tidak pernah lelaki itu bersuara demikian kepadanya. Kenapa lelaki itu?

“Aril nak apa  sebenarnya?”Mia bertanya lurus. Dia tidak suka berkias-kias begitu. Keliru dengan perubahan mendadak Aril. Aril tersenyum mendengar nada suara Mia, jelas wanita itu lebih focus dengan keinginannya kini.

“Aril nak buat degupan jantung Mia sama seperti Mia buat pada Aril”

Mia memandang wajah Aril yang masih setia memandnagnya. Apa yang lelaki itu maksudkan?

“Mia beli apa tu?”satu suara riang mendekati mereka sambil berlari-lari. Bakul Mia bertambah berat apabila dipegang oleh Syah pula yang tiba-tiba merengek-rengek seperti budak kecil sambil merempuh badan Aril disisinya. Aril menjugil matanya kepada Syah namun lelaki itu masih focus kepada Mia. Mia mengetap bibirnya menahan beban dua manusia pada bakulnya. Aduii…

“Syah…”belum sempat Mia menyatakan ketidakpuashatinya, Syah terlebih dahulu mengambil Maggie perisa ayam kegemarannya. “Syah nak yang nie. Mia memang tahu kegemaran Syah kan?”soal Syah manja sambil mengonjang bungkusan Maggie yang berisi 6 pek itu dihadapan Mia. Gedik gila.

“Syah sebenarnya….”kali ini Aril pula menyambuk percakapan Mia. “Mia, Aril lagi suka tomyam, Mia masakkan”Aril mengonjang perisa tomyam pula dihadapan Mia. Rimas Mia dibuatnya. “Aril…”kali ini nama Aril pula meniti dibibir Mia.

“Kan Syah cakap nak ayam”

“Tadi bukan Mia cakap nak masak tomyam?”


Mia menekan kepalanya tiba-tiba apabila bunyi bising itu menerjah ke gendang telinganya. Cukup menyakitkan kepalanya. Dia memang benar-benar benci akan bunyi bising. Terasa pandangannya juga mula kabur.

“Apa abang Aril dan abang Syah buat kat sini?”satu suara lembut mengejutkan mereka bertiga. Serta-merta edisi tolak-menolak antara Aril dan Syah terhenti seketika. Ketiga-tiga mereka ralit melihat empunya wajah yang mencuka yang erat memegang troli merenung tajam ke arah mereka. Syah menelan air liur mengamati wajah gadis yang baru sahaja ditinggalkan sebentar tadi.

“Syah tahu tak susah Ary nak bawa semua nie sorang-sorang? Yang abang Aril dan abang Syah nie apasal buang tabiat nak makan Maggie? Tadi bukan main nak makan sup tulang, lepastu berebut nak pilih Maggie? Abang Aril yang selama nie Maggie berlambak dalam cabinet dapur tak pernah sentuh pun? Abang Aril selalu panggil teman wa…….”belum sempat Arisyah meneruskan bebelannya sehingga menyentuh hal privasi lelaki itu dengan bekas-bekas teman wanitanya, Aril terlebih dahulu menutup mulut adiknya setelah mencampak bungkusan manggie itu ke dalam bakul milik Mia.

“Alaa…Ary nie, tiba-tiba abang Aril nak ubah selera. Apasal perlu pergi jauh sangat nie?”Aril mempamerkan senyuman buat-buat dengan mata yang menjugil melihat Arisyah.sepanjang hari itu, tidak habis-habis adiknya mengungkit peristiwanya dengan teman wanitanya, jatuh terus sahamnya di hadapan Mia!

Arisyah tidak senang apabila mulutnya ditutup begitu. Laju dia menepis tangan abangnya yang erat menutup mulunya. Troli yangerat dipeganganya diberikan kepada abangnya yang tiba-tiba terpinggal-pinggal. Apabila Arisyah menyiku sambil menjugil matanya, barulah Aril mengaru kepala sambil menyahut huluran Mia. Troli itu telah berubah tempat.

“Syah, jomlah teman Arisyah beli barangan lain pula. Apasal tinggal Mia sorang-sorang?”kali ini Syah pula menjadi mangsa amarahnya. Mana tidak dia marah? Dia khusyuk bercerita tentang bahan yang perlu mereka beli, alih-alih Syah tiada di sisinya. Seperti orang gila sahaja dia bercakap. Yang si abang, sibuk bermain cinta dengan Mia. Kurang asam! Jumpa-jumpa, sedang berebut Maggie? Siapa tak naik angin?

“Em…kita Tanya Mia dulu dia nak bahan apa lagi untuk di…..”Syah mengalih pandangannya ke belakang. Tiada kelibat Mia di belakangnya. Aril yang asyik menunduk kepalanya kerana malu, mengangkat kepalanya apabila tiada sahutan dari Mia.

“Mana Mia?”serentak suara Syah dan Aril bersuara.


Mia memegang kepalanya kuat. Bunyi rengekan Syah dan Aril masih terngia-gia di kepalanya menyebabkan denyutan kepalanya semakin kuat. Ditambahan pula dengan suara penjual yang sibuk meminta pelanganggang sekitar untuk mencuba minuman terbaru mereka. Semakin parah apabila suara bayi menangis seakan-akan terdengar di setiap penjuru. Suara kana-kanak yang sibuk menarik baju ibu-bapa mereka agar membelikan barangan mereka.

Mia memejam matanya. Terasa kepalanya semakin berdenyut. Selalunya jika ke ruangan basah itu, dia suka meletakkan headphonenya dikepalanya untuk mengelak dari terdengar bunyi bising begitu, namun hari ini pembelian dilakukan di luar jangkaannya. Dia agak pening berada di sekitar itu. Peristiwa yang berlaku di café tempoh hari menerjah ke kepalanya. Memburukkan lagi keadaan.

Mia terkejut apabila lengan tangannya tiba-tiba ditarik oleh seseorang. Hampir bergeletar tubuhnya apabila matanya tertacap pada wajah yang cukup tidak dikenali namun tersenyum maniss kepadanya. Senyuman itu dirasakan agak menakutkan. Apa makcik nie nak?

“Cik, cik nak cuba tak minuman terbaru kami?”

Mia mengeleng kepalanya. Permintaan wanita tua itu hampir tidak kedengaran di gendang telinganya yang telah dipenuhi dengan bunyi bising dari pasar dan peristiwa yang berlaku di café tersebut. Makcik itu masih cuba menarik tangan Mia untuk mencuba minuman percuma yang dibuat khas untuk percubaan. Mia semakin mengeleng ketakutan, wajahnya mula pucat.

“Marilah cik. Kami tak kenalkan bayaran pun. Manalah tau cik cuba cik nak cuba sekali lagi. Lagipun minuman kami tiada di pasaran lain lagi. Malah belum diiklankan. Cara nak lakukannya juga agak mudah, cik boleh berikan kepada saudara tua cik kerana ini dapat meningkatkan system peredaran darah dan…”makcik itu masih memegang erat lengan Mia sambil mengheret Mia. Mia tidak bersuara sebaliknya hanya mengeleng ketakutan. Kepalanya semakin kuat berdenyut,jelas dia tidak selesa dengan keadaan yang dialaminya. Dia rasakan bagaikan mahu menangis. Mahu menangis meraung nama Syah agar membantunya. Kenapa makcik ini begitu mendesaknya?

“Sa..saya tak nak”

Lemah sahaja suara yang dituturkan Mia sehinggakan tidak dapat didengar dengan elok oleh makcik tersebut. Makcik tersebut masih kemas memegang lengan Mia manakala tangan kanannya menagmbil secawan kopi yang agak panas untuk diberikan kepada Mia. “ Cubalah rasa dulu….”belum sempat kopi itu dihulurkan kepada Mia, tangan Mia laju menepis tangan makcik yang erat memegangnya sehinggakan kopi itu tertepis menyimbah lengan Mia.

“Argghh”satu jeritan kecil kedengaran apabila kopi panas itu menyimbah lengannya. Peristiwa di café itu berputar kembali kebenaknya, menyerang memorinya sekaligus memadam segala-galanya. Mia semakin takut. Wajah-wajah tanpa mata,telinga,kening tiba-tiba menerjah wajahnya. Hanya mulut sahaja ada yang sibuk mentertawakan keadaannya ketika itu. Air matanya laju menangis, keadaan sekitarnya gelap-gelita, wajah bermulut sahaja itu melingkungi dirinya, mengahalang dia untuk beredar.

“Mia?” lengan Mia tiba-tiba disentuh hangat oleh seseorang melarikan Mia dari dunia ciptaannya sebentar tadi. Mia mengangkat wajahnya, rambutnya agak tidak terurus dengan wajahnya yang merah padam menahan tangisan. Satu wajah yang cukup dikenali memenuhi ruang pandanngannya. Wajah itu kelihatan cukup cemas dan risau melihatnya.


“Aiman…”suara Mia tersekat-sekat. Aiman melepas keluhan berat dengan sikap fobia Mia apabila menemui orang ramai yang tidak dikenalinya. Matanya melihat kepada makcik di sebelah Mia yang sedari tadi pucat dengan keadaan Mia tiba-tiba itu. Aiman menjeling kepada makcik tersebut sebelum mengheret lengan Mia beredar dari situ.

“Aiman, Mia …”Mia tidak jadi meneruskan kata-katanya. Rasa takutnya masih bersisa namun telah hilang apabila wajah dikenali menerjah pandangannya. Langkah mereka terhenti apabila bertembung dengan Syah, Aril dan Arisyah yang agak terkejut melihat keadaan dirinya. Mia menunduk kepalanya, malu dilihat dengan keadaan demikian.

“Syah dan Aril datang dengan Mia ke?”soal Aiman tegas sambil merenung kedua-dua lelaki itu yang ralit melihat Mia. Syah mula mendekati Mia untuk mendapatkan gadis itu, namun Aiman terlebih dahulu menghalang. “Syah  tahu kan Mia ada masalah dengan orang ramai? Kenapa tinggalkan dia sorang-sorang? Apa korang fikir?”jerkah Aiman geram tanpa mempedulikan suasana sekitar. Syah menelan air liur. Sekali lagi dia tertewas menjaga gadis itu.


Mia menghirup jus oren perlahan-perlahan sambil merenung wajah Aiman yang tersenyum kepadanya. Malu pun ada kerana Aiman melihatnya dalam keadaan begitu. Rupanya lelaki itu tahu dia mempunyai masalah berdepan dengan orang ramai dan trauma yang kadangkala Berjaya menguasai diri.

“Mia ada masalah fobia dengan orang ramai?”soal Arisyah tidak percaya sambil memandang Syah dan Aril yang masih setia memandnag Mia yang semakin pulih dari traumanya. Anggukan dari Syah menyebabkan Arisyah menjugil matanyanya tidak percaya. Laju kepala Arisyah berpusing kepada meja yang berada agak jauh dari sisi mereka. Itu semua kehendak Aiman yang ingin memisahkan mereka untuk memberi ruang kepada Mia berehat.

Arisyah termenung sekitaka. Patutlah Syah, Aril dan Datin Hayati bersikap baik dengan Mia. Rupa-rupanya gadis itu mempunyai masalah berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Maka itu telah menjawab soalannya beberapa hari lalu. Kini cemburunya kepada Mia serta-merta diganti dengan perasaan belas kasihan. Tidak hairanlah gadis itu banyak menyindiri dan tidak banyak bercakap.

“Ary rasa jahat sangat. Sepatutnya Ary biar je Aril dan Syah jaga dia tadi”luah Arisyah terasa serba salah. Syah melepaskan keluhan. Sekali lagi dia gagal menjaga Mia, janji yang ditaburkan bagaikan manis di mulut sahaja. Wajah ketakutan gadis itu menerjah kembali ke ruang wajahnya. Aril mengaru kepalanya, dia juga rasa serba salah kerana tidak berada disisi gadis itu sebentar tadi. Dia hanya terlewat beberapa minit sahaja.

“Syah yang salah” Arisyah memandang wajah muram Syah. Dia tidak suka lelaki kesayangannya tiba-tiba bersedih kerana wanita lain. Kalaulah dia tahu semua ini akan terjadi, dia pasti akan berjalan-jalan menemani Mia. Menjadi rakan yang boleh Mia percaya. Pasti Syah tidak akan bersedih begitu. Ketiga-tiga manusia di meja itu hanya sepi tanpa sepatah kata,masing-masing ralit melihat Mia di sudut meja lain. Minuman yang dipesan sedikit pun tidak dijamah. Betapa mereka mahu turut menemani Mia ketika itu, melegakan hati Mia. Namun mereka sedar, mereka tidak layak.

“Terima kasih Aiman”

Aiman mengangkat kepalanya apabila mendengar ucapan lembut daripada Mia itu. Wajah Mia yang masih ketakutan itu dilihat lama. Antara ketakutan kerana peristiwa tadi ataupun ketakutan kerana serba salah kepadanya. Aiman tersenyum manis kepada Mia, sambil mendongkak dagunya melihat Mia. “Mia nak makan Maggie?”soal Aiman lembut menyebabkan Mia agak terkejut. Aiman mengeluarkan Maggie cup perisa kari di atas meja.

“Apa Aiman buat nie?”Mia agak terkejut apabila Aiman membawa pula jag yang berisi yang panas yang masih berasap kepada Mia. Aiman tersenyum sebelum menuangkan air panas kepada Maggie perisa kari itu perlahan-lahan. Wajah terkejut Mia cukup mencuit wajahnya.

“Mia suka makan Maggie kan? Nak rasa Maggie buatan Aiman pula?”gurau AIman smabil menutup Maggie itu dengan penutup aluminiumnya. Mia ketawa kecil, mula memahami maksud sebenar lelaki itu. Lelaki itu cuba membuatnya selesa dan melupakan kejadian sebenatar tadi.

“Sedap ke Aiman buat? Maggie campur air panas je nie”balas Mia pula sambil menyentuh Maggie cup itu. Panas betul. Aiman ketawa apabila Mia sudah boleh bersuara seperti biasa. “Tapi perisa kari, Aiman suka perisa kari”tambah Aiman sambil tersenyum. Mia menunuk wajahnya menahan ketawa mendengar jawapan spotan dari Aiman. Siapa sangka mereka mempunyai minat yang sama.

“Perisa lain tak sedap ke?”soal Mia pula cuba menguji Aiman. Aiman melihat mata bulat Mia merenung ke arahnya, debaran jantung kian terasa. Aiman membuka penutup aluminium itu lalu menhirup kuahnya yang masih panas, laju sahaja lelaki itu menjelir lidahnya apabila lidahnya menyentuh air panas tersebut. Aiman laju mengambil air kopinya yang masih panas tanpa berfikir panjang. Semakin panas jadinya. Mia tersenyum kecil melihat telatah Aiman. Dia benar-benar senang dengan lelaki itu jika dibandingkan dengan Aril taupun Syah.

Aiman berhenti mengibas lidahnya apabila Mia menghulurkan air orennya kepadanya. Terpinggal-pinggal Aiman untuk mengambilnya, namun melihat senyuman gadis itu, cukup menyakinkannya. Huluran tersebut diambil. Straw yang digunakan oleh Mia, kini digunakan secara langsung oleh Aiman.

Syah membuntang biji matanya melihat aksi begitu. Ciuman secara tidak langsung. Syah mengetap bibirnya geram melihat Aiman yang masih rakus menyedut jus oren isterinya. Begitu juga Aril yang berada di sisi Arisyah, laju kepala Arisyah ditolah untuk memudahkan dia melihat aksi tersebut. Aiikk..mamat nie, kongsi-kongsi air pula.

“Gatal”sebut Syah dan Aril serentak dengan mata yang penuh dengan cemburu melihat Aiman dan Mia. Arisyah memandang lelaki di hadapan dan sisinya, apahal mamat-mamat nie?



Syah menjeling kepada Mia yang berada di tempat duduk belakang. Wanita itu seperti biasa lebih senang mengambil tempat belakang dan tenggelam dengan dunianya. Peristiwa di restoran itu menyebabkan jantungnya sedikit membara. Tapi kenapa dia perlu berperasaan begitu?

Mia ralit melihat ke luar tingkap. Tiada langsung perbualan antara mereka selepas  Aiman meminta diri untuk pulang. Manakala Arisyah dan Aril pula meminta untuk pulang dengan teksi. Mungkin mereka masih dihantui dengan serba salah. Mia memandang Syah, sama. Tidak sedikit pun bersuara sejak kejadian tadi. Mia menambung fokusnya di luar tingkap. Setiap papan iklan dipandangnya dengan teliti. Satu persatu melepasi.

Satu papan iklan menyebabkan kepala Mia berpusing 180 darjah. Membulat Mia melihat papan iklan tersebut. Laju bahu Syah dipegang erat. Syah agak trkejut apabila bahunya dipegang rakus oleh Mia. Apahal minah nie tiba-tiba aggresif nie?

“Syah, kita jangan balik rumah”

Syah menelan air liur. Terasa ada tidak kena dengan nada suara Mia. Bersemangat pelik. Apalah yang Aiman letak dalam Maggie tadi. “Kenapa nie Mia?”bergetar sekali suara Mia.

“Mia taknak balik lagi. Mia nak pergi suatu tempat dengan Syah!”suara Mia sedikit meninggi. Apa hal minah nie?

“Kita dah nak sampai dah nie….”

“Mia nak pergi jugak! Mia nak pergi dengan Syah je!!”




Mia meraup rambutnya yang menutupi wajahnya kerana angina pantai yang agak kuat. Lautan tenang memenuhi ruang wajahnya. Begitu  tenang sekali baginya. Lebih bahagia juga kawasan sehebat itu ditemani dengan orang yang kita sayangi. Mia mengerling ke kirinya. Wajah Syah yang tersenyum manis ke arahnya sehinggakan menampakkan lesung pipitnya. Kadangkala bayu laut meniup rambut Syah menutupi mata lelaki itu. Namun lelaki itu tetap memandangnya, tersenyum kepadanya.


“Syah ingat tak?”sergah Mia geram apabila Syah masih ralit melihatnya. Lelaki itu dilihat tidak sedikit pun berusaha mengingati peristiwa di pantai yang berlaku kepada mereka tempoh hari. Kini mereka berada di pantai, tempat di mana kejadian khalwat mereka berlaku. Selepas melihat iklan percutian di pantai,Mia bergegas ke pantai di mana mereka ditemui. Apatah lagi lelaki itu mula mengingati cebis pertemuan mereka apabila membantunya membeli pad. Maka dia perlu membawa lelaki itu di tempat yang berkaitan dengan kisah mereka.

“Ha?”

Suara Syah yang agak kebingunan menambahkan lagi bara di hati Mia. Bukan senang otaknya ingin memeras ingatan lelaki itu, pelbagai cara telah mereka lakukan sebelum nie,balik-balik lelaki itu dilihat tidak bersungguh pun ingin mengingati kembali.

“Syah tengoklah tempat nie betul-betul! Tengoklah tempat sekitar”marah Mia geram apabila Syah bagaikan tidak berusaha untuk mengingati kembali. Syah melihat sekitar, kemudian kembali memandnag Mia di sisinya.

“Tempat kita ditangkap khalwat?”

Selamba sahaja jawapan diberikan oleh Syah membuatkan Mia menjugil matanya geram berserta sepakan kuat pada lutut Syah. Geram juga dia, bukan itu perkara yang sepatutnya diingat. Perkara yang cukup dibencinya.

Syah mengadu kesakitan  sambil mengosok lututnya yang terasa pedih tiba-tiba itu. Berkerut dahinya melihat kea rah Mia yang mula menjauhinya menuju kea rah jeti panjang. Lambat-lambat dia mengekori langkah Mia seakan anak ayam.

Mia menghentikan langkahnya apabila telah berada di pertengahan jeti tersebut. Udara pantai menghembus lembut wajahnya menyebabkan dia sengaja memejamkan matanya. Mengamati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Siapa sangka tempat seindah itu menyebab tempat di mana sejarah hitamnya bermula. Dulu kematian ibubapanya, kini kejadian khalwatnya dengan Syah pula. Syah…kejap, mana lelaki itu?

Sekujur tubuh yang kaku bersila di bahagian tengah jeti hanya ¼ dari keseluruhan kawasan jeti diamati oleh Mia. Lelaki itu sering menoleh ke kiri dan kekanan, melihat ombak yang kuat menghembas jeti tersebut. Masih juak tidak bergerak. Mia merungus kasar sebelum mendekati lelaki itu.

“Apa Syah buat nie?”soal Mia geram sambil berdiri dihadapan lelaki itu yang masih lagi duduk bersila. Syah mendongak ke atas, wajah Mia yang agak bengis itu sedikit pun tidak menakutkannya jika dibandingkan dengan ombak yang menghembas kuat jeti tersebut bagaikan mahu menerkamnya.

“Mia..Syah..”belum sempat Syah menerangkan keadaan sebenar, Mia terlebih dahulu menarik hujung lengan baju Syah. Syah terkedu apabila hujung bajunya disentuh oleh Mia. Entah dari mana datangnya keberaniannya mengikut langkah Mia dari belakang lebih jauh, jauh dari tempat permulaan jeti tersebut. Walaupun Mia tidak menyentuh tangannya, terasa jantungnya berdegup kencang sekali. Lama Syah memandang tangan Mia yang masih kemas memegang hujung bajunya kemudian beralih pula kepada Mia.

“Syah cuba tengok ye”Mia melepaskan hujung baju Syah lalu menunjuk ke lantai jeti tersebut, tempat di mana kejadian tersebut berlaku. Kejadian di mana Syah dan dirinya terjatuh ke dalam pantai. Syah terus memandnag wajah Mia, namun percakapan Mia hampir tidak didengari langsung oleh Syah kerana bunyi bising ombak. Syah mengangguk, berpura-pura mendengar.

“Tengoklah sini”Mia mula meninggikan suaranya apabila Syah hanya mengangguk tapi tidak pula mengikut arahannya untuk melihat kea rah lantai jeti itu. Sekali lagi Syah mengangguk tetapi masih setia memandang Mia. Mia merengus geram, main-main pula mamat nie.

“Syah…”belum sempat Mia melepaskan geramnya, pada ketika itu juga ombak besar menghempas jeti sehinggakan air naik ke atas jeti itu dan menyentuh kaki Syah dan Mia. Secara spotan Syah bergerak memegang hujung baju Mia yang panjang menyentuh lutut itu menyebabkan Mia sedikit terkejut apabila badan Syah menuju ke arahnya. Wajah Syah agak kelihatan pucat sambil menyapu-yapu seluar bajunya yang sedikit basah. Apabila ombak kecil dating lagi, Syah semakin kuat memegang lengan baju Mia.

Mia memandang lama wajah Syah. Jelas terpancar garis ketakutan pada wajah lelaki itu. Terimbau kembali kenangan lelaki itu sanggup dating ke jeti bersama ais-krim tempoh hari. Bagaimana lelaki itu dating, tetapi pada ketika itu juga ada sedikit garis ketakutan. Bagaimana lelaki itu boleh lemas pada ketika itu.

“Syah takut ombak ke?”


“Kalau dah takut, tak payahlah datang! Dah tau macam tu cakaplah”Mia membebel kepada Syah sambil sibuk menyapu seluar Syah yang terkena air. Marah juga dirinya kerana Syah langsung tidak bersuara menyatakan takutnya, tambahan pula lelaki itu pernah membantu menangani rasa takutnya ketika guruh. Balik-balik dia pula mengheret pula lelaki itu ke tempat yang ditakuti.

“Apasal susah sangat nak….”Mia mengangakt wajahnya geram apabila tiada respon daripada Syah. Dilihat Syah sedang ralit melihatnya sambil tersenyum manis menampakkan lesung piptnya. Apahal mamat nie?

“Syah dengar tak apa Mia cakap? Apasal tak beritahu Mia?”marah Mia lagi menyebabkan Syah tersedar dari lamunannya dan menunduk malu apabila tindakannya ditangkap oleh Mia. Syah menguis-guis pula pasir pantai ttanpa memandang Mia. Terasa malu tiba-tiba. Mia mengetap bibirnya geram apabila soalannya tidak diendahkan. “Syah…”

“Sebab Syah sebenarnya rasa selamat masa Mia heret Syah”

Jawapan Syah menyebabkan Mia terdiam tiba-tiba dari bebelannya. Lelaki itu masih ralit menguis-guis pasir pantai tanpa memadang wajahnya. Sukar dia ingin engecam riak wajah dan keikhlasan lelaki itu. Syah mengaru kepalanya, kemudian mengalih wajahnya kea rah yang bertentangan. Ya Allah, apasal panas sangat nie muka aku? Desus hati Syah.

“Apa yang Syah merepek nie?”

“Syah merepek je tadi!” Syah bangun tiba-tiba sehingaa agak mengejutkan Mia yang duduk bersila di atas pasir pantai. Tanpa memandnag wajah Mia, Syah lari tiba-tiba, cuba meninggalkan Mia. Tapi baru sahaja dua langkah, dia telah tersadung sehinggakan wajahnya mencium pasir pantai. Syah memejam matanya erat untuk mengelak pasir pantai memasuki matanya, manakala mulutnya agak dipenuhi dengan pasir pantai. Itu ditambahkan pula dengan seluar pendeknya yang sedikit basah sebentar tadi, mula dilekati dengan pasir pantai.

Syah sengaja tidak bergerak dari posisi asalnya. Masih membiarkan dirinya mencium pasir pantai. Malu untuk menghadap wajah Mia.

Mia berlari mendapatkan Syah apabila Syah tiba-tiba terjatuh.Badan Syah laju digonjangkan apabila badan tersebut langsung tidak bergerak meskipun digonjang kuat. Apahal mamat nie, tak bergerak langsung. Jatuh je kan? Ke ..ke ada benda tajam tertusuk?

“Syah….syah?”Mia cuba mengerakkan Syah laju apabila badan Syah sedikit tidak memberi respond. Masih tiada respond. Mia semakin pucat. Badan Syah digoncang lebih kuat daripada biasa dengan suaranya sedikit ditinggikan kerana agak panic. “Syah!!”

Syah memusing wajahnya tiba-tiba memandang Mia. Tidak berkelip mata Mia memandang wajah Syah yang terpusing tiba-tiba itu. Wajah itu dipenuhi dengan pasir pantai dengan rambut kusut masai. Tidak lama wajah itu mengetap bibir sebelum kembali berpusing mencium pasir pantai.

“Malulah Mia”

Mia ketawa kecil mendnegar aduan Syah. Lelaki itu masih degil tidak mahu menampakkan wajahnya sehingga sanggup mencium pasir pantai. Hilang terus kegusarannya sebentar tadi. Mengada-ngada betul mamat nie!



Syah memasukkan kedua-dua belah tangannya kedalam poket. Perjalanannya agak sukar kerana dipenuhi dengan pasir pantai. Angin sekali sekala meniup rambutnya sehingga ada yang menyentuh mata. Syah melepas keluhan berat. Dia memadang ke belakang. Kelibat Mia kelihatan. Wanita itu juga memandnag ke arahnya. Syah lekas berpaling ke hadapan. Mulunya menyumpah kerana melakukan perbuatan yang cukup memalukan di hadapan gadis itu. Langkah semakin dipercepatkan.

Mia tersenyum kecil sambil menunduk. Dia perasaan lelaki itu masih malu kepadanya, dia juga tidak menyebut apa-apa sejak kejadian tadi.

Syah mengambil tempatnya di dalam kereta tanpa berkata apa-apa. Mia juga memasuki kereta tersebut tanpa sedikit pun berkata apa-apa. Syah berdehem perlahan sebelum menghidupkan enjinnya. Kali pertama kunci dipulas, tiada respon. Kali kedua dipulas, ada respon kemudian  tidak hidup. Syah mengerut keningnya, cuba untuk kali ketiga, masih sama seperti keli kedua. Dia cuba lagi, sehingga Mia juga perasaan keadaan itu.

“Kenapa?”


Suara Mia mula kedengaran setelah sekian lama menyepi. Syah mengeleng perlahan tanpa memandang wajah Mia. Masih lagi malu dengan kejadian sebentar tadi. Dia cuba menghidupkan enjin sekali lagi namun tidak Berjaya. Mata Mia yang ralit memadang Syah beralih pula pada setiapa meter yang ada di hadapannya. Matannya membulat melihat meter yang paling penting menunjukkan angka yang paling tidak dikehendaki.

“Bila kali terakhir Syah isi minyak?”soalan Mia menyebabkan Syah menghentikan tindakannya. Perlahan-lahan meter keretanya dipandnag sebelum air liur ditelan. Kepalanya dipusing perlahan-lahan memandang wajah Mia. Syah cuba melemparkan senyuman pahit melihat Mia.

“2minggu lepas?”



Syah membuka bonet keretanya. Satu senyuman terukir di wajahnya apabila satu bungkusan berwarna merah terang terpampang pada pandangannya. Laju tangannya mengambil bungkusan merah itu lalu ditunjukkan kepada Mia. Mia yang sedari tadi mencuka di tepi kereta berpaling melihat Syah yang tiba-tiba tersengih tiba-tiba. Ada minyak simpanan ke?

“Mia, Syah jumpa khemah dalam bonet nie. Bolehlah kita tidur dalam khemah malam nie” suara ceria Syah menyatakan berita itu menyebabkan bara api dalam diri Mia semakin membara. Apa yang hebat sangatnya?

Syah berlari-lari anak menuju ke kawasan pantai. Khemah mula didirikan dengan penuh tekun manakala wajah Mia masih mencuka tanpa sedikitpun keinginan untuk membantu Syah. Syah tidak ubah seperti kanak-kanak perempuanyang sibuk menyusun permainan memasaknya di tepi pantai. Begitu bersungguh dan ceria sekali. Mia memeluk tubuh memandang keadaan sekitar. Sunyi tanpa orang ramai. Memang pantai itu sunyi sekali, mewajarkan lagi tindakan khalwat yang dilakukan oleh mereka diterima dan meracuni pihak pencegah maksiat itu. Tambahan pula stesen minyak terletak jauh dari situ. Tiada pula perkampungan orang laut di sekitar situ. Malah tiada juga isyarat telefon di kawasan itu. Mahu tidak mahu dia perlu menunggu pertolongan orang luar ataupun mengharapkan isyarat telefon Syah Berjaya sampai ke rumahnya.

Mia mengalihkan pandangan kembali kepada Syah. Satu senyuman terukir di wajahnya tanpa sedar melihat telatah Syah. Tanpa sedar, kehadiran Syah yang selama ini diyakinkan hanya sementara Berjaya mengubah personalitinya, hidupnya, dan menambah pelangi dalam hidupnya. Personality Syah yang dianggap agak menjengkelkan itu menyebabkan dirinya tersenyum sendirian ketika itu. Mia menutup mulutnya apabila Syah mula melambai kepadanya. Apa kata lelaki itu jika dia tersenyum sendirian.

“Mia !!”

Syah tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya sambil mencekakpinggang  puas hati dengan hasil kerjanya. Dia mengangkat wajahnya penuh bangga menunjukkan khemah yang teguh didirikan. Cahaya matahari yang mula terbenam menyebabkan keadaan sekitar berwarna seakan oren. Entah kenapa wajah Syah ketika itu dilihat seperti sebuah lukisan yang yang bernyawa. Sangat menarik….


Dup Dap

Mia memegang jantungnya yang tiba-tiba memberi reaksi aneh. Mia menepuk perlahan. Kenapa nie? “Mia, tengoklah rumah kita nie!!” jerit Syah lagi sambil melambai-lambai tangannya. Mia menagngkat wajahnya lalu menjatuhkan tangannya. Lambat-lambat dia tersenyum lalu mengatur langkah mendekati Syah.



Mia menjugil biji matanya melihat keadaan di dalam khemah itu. Sempitnya. Mia mengalih pandangan di sisinya. Terpamer wajah Syah yang masih tersenyum bangga sambil melihat sekitar khemah tersebut. Mia mengetap bibirnya. Mamat nie tak rasa pelik ke?

“Mia nak tidur kat mana?”soal Syah tiba-tiba menyebabkan Mia sedikit terkejut. Apa dia Tanya? Nak tidur kat mana? Syah masih ralit melihat setiap sudut khemah itu yang teguh didirikan. “kalau Mia tidur kat sudut kiri, senang sikit nak letak barang, kita letak barang kat kaki. Kalau Mia tidur kat tengah, kita letak kat kiri dan Syah akan tidur kat….”Syah sedari tadi sibuk merancang satu persatu, terkedu seketika untuk meneruskan ucapannya. Baru tersedar dengan situasi mereka berdua.

Syah menelan air liurnya yang tiba-tiba dirasa pahit. Dia mengerling kea rah Mia yang sedari tadi juga banyak membisu. Syah berdehem perlahan lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal. Mia memandang wajah Syah, mula berubah kemerahan, begitu juga suara ceria lelaki itu.
“Syah….”

“Ha?”suara Syah agak tergagap apabila dipanggil tiba-tiba begitu. Dia mengerling ke sisinya lambat-lambat, tempampang wajah Mia yang tenang. Minah nie hari-hari tenang, bilalah nak beremosi pula?

“Syah apa kata kita berbual sambil cuba mengenang kisah dulu?”

Cadangan Mia menyebabkan Syah mengangguk laju. Tidak tahu apa yang perlu dibuat oleh mereka seterusnya. Mungkin itu adalah satu cadangan yang bagus untuk melarikan mereka dari situasi yang agak kekok itu.




“Syah tahu tak ada satu benda sangat yang Mia nak tahu pada hari kejadian”

Syah menganggak keningnya mendengar soalan Mia. Mereka bergelap tanpa cahaya lampu atapun unggun api kerana tiada kemudahan untuk mereka berbuat demikian. Syah sedari tadi hanya diam membiarkan Mia memulakan perbualan terlebih dahulu. Mia tersenyum sambil menunduk. Lambat-lambat dia mengangkat kepalanya memandang Mia.

“Antara Syah kebetulan jumpa Mia kat pantai, ataupun Syah ekori Mia, atau…akhirnya itu adalah takdir sehingga sekarang takdir itu masih mengheret kita kea lam perkahwinan. Kalau kebetulan atau Syah sengaja ekori Mia, lama-kelamaan itu akan terbukti dengan penceraian kita tapi kalau takdir, betullah ada….”Syah mengurut dahinya mendengar penjelasan Mia. Dia tahu gadis itu seorang penulis, jadi perlu ke gadis itu menggunakan ayat yang begitu sukar untuk diterima oleh benak otaknya? Mia memandang wajah Syah yang agak berkerut, seperti seorang ibu sedang mengajar Anatomy kepada anaknya berusia 5 tahun. Satu ketawa kecil terlepas.

“Lupakanlah”

Sekali lagi Syah mengurut keningnya. Minah nie, kejap nak suruh aku ingat, kejap suruh lupakan. Mia memandang Syah lama, kemudian beralih ke sisi pantai. Terpampang jeti menjadi tempat insiden tersebut.

“Pada waktu tu,Syah cakap nak beli ais-krim. Syah datang dan berjumpa dengan Mia”

Syah mengangguk mendengar cerita Mia. Mia melihat respond Syah agak  berpuas hati lalu menyambung jalan ceritanya. “Syah tegur Mia, macam taka da benda yang terjadi seminggu sebelumnya. Macam biasa je Syah tegur Mia”Mia menghentikan jalan ceritanya apabila mengenag peristiwa itu. Itulah,itulah membuatkan hatinya agak tertarik dengan personality Syah. Tetap senyum dan mara ke hadapan dan meninggal apa yang belakang. Sedangkan dia tetap juga mahu terperangkap dalam kisah lama. Bagaimana lelaki itu dapat lakukannya?

“Apa yang berlaku?”

Mia mengeleng kepalanya menidakkan tiada yang berlaku waktu itu. Sekali lagi wanita itu tidak mahu bercerita terus. Minah nie nak aku ingat ke tak? Desus hati Syah agak geram.

“Mia masa tu tak rapat dengan Syah. Mia tak biasa dengan orang asing.Mia cuba larikan diri dari Syah tapi Syah cuba ekori Mia dari belakang” Mia menghentikan jalan ceritanya seketika, memandang wajah Syah. “Motosikal yang menjual ais-krim itu lalu, Syah cuba mengelak dari terlanggar kerana sebab itulah Syah terjatuh dalam laut, dan Mia cuba selamatkan Syah. Sedar tak sedar, ada pegawai pencegah maksiat datang menahan kita. Syah ingat tak? Kat jeti itu perkara tersebut berlaku?” Mia menunjukkan kea rah jeti tersebut untuk memudahkan Syah mengingatinya. Syah lama mengamati jeti tersebut berdasarkan cerita Mia, dia cuba membayangkan insiden tersebut berlaku. Tetapi kosong. Tiada wajah pelakon untuk mengambarkan kejadian itu, tiada bunyi motosikal, tiada!

“Maaf, Syah masih tak ingat. Syah nak Tanya, Syah datang seorang diri ke kat sini tempoh hari?” Syah mula bertanya perkara itu. Dia sedar dia telah lama tidak pulang ke Malaysia, tidak mungkin dia boleh tiba di situ tanpa bantuan sesiapa. Kalau betullah dia menggunakan GTR, kenapa tempat itu dituju? Kenapa bukan tempat permainan video games,wayang ataupun mall? Kenapa mesti pantai?

Mia mengaru dagunya cuba mengingati sesuatu yang lebih mendalam.

“Syah ada cakap Syah beli ais-krim untuk kawan Syah”

“Apa?”Syah agak terperangjat mendengar jawapan Mia. Dengan kawan? Aku ada kawan ke kat Malaysia? Aril tak mungkin. Arisyah pernah berkata dia pergi seorang diri. Kawan apa pula nie?

Mia mengangguk lurus. Benar, kalau diikutkan memorinya memang lelaki itu ada berkata begitu walaupun dia sendiri tidak pernah melihat kawan Syah tersebut. “Syah siap beli dua kon ais-krim tempoh hari”

Syah menelan air liur. Entah kenapa hati terasa tidak sedap tiba-tiba. Apa yang Mia merepek nie? Mia memandnag Syah, mana tahu ‘kawan’ Syah itu dapat membantunya. “Waktu tu Syah siap tunjuk kat Mia, tapi Mia tak nampak sesiapa pun”tambah Mia lagi dengan penuh yakin.

“Dahlah tu Mia”Syah mula merasakan Mia seperti ingin menakut-nakutnya walhal Mia hanya menceritakan perkara betul. Wajah Mia yang suram ditambahkan lagi keadaan sekitar yang gelap sudah cukup menakutkannya. Mia meletakkan jari telunjuknya ke satu arah yang agak gelap berhampiran dengan sebuah perahu lama terdampar.

Syah melihat kea rah perahu tersebut. Entah kenapa ada sesuatu yang bergerak-gerak di kawasan itu ataupun hanya imaginasinya sahaja. Syah menelan air liur. Pahit.

“Dahlah tu!”

“Kat situlah kawan Sya….”belum sempat Mia menghabiskan ayatnya, dapat dirasakan tubuhnya bergetar tiba-tiba. Mia kaku di posisinya, mulutnya terkunci serta-merta. Mia menunduk wajahnya. Dia dapatkan rasakan pelukan lelaki itu semakin kuat sekali. Deru nafas lelaki itu yang begitu laju jelas dapat dirasai oleh derianya. Dup Dap. Mia menelan air liur. Jantung aku ke dia nie?

“Syah..”Mia cuba menolak tubuh Syah perlahan, baru sahaja seinci, tubuh Syah kembali melekat kepadanya, apabila Syah kembali memeluknya. Dia benar-benar terkedu. Mia tidak melakukan apa-apa gerakan pada ketika itu. Cuba bertenang untuk mengembalikan degupan jantungnya pada keadaan asal. Namun degupan itu semakin kuat. Adakah kerana perasaan takut Syah? Adakah itu degupan jantung Syah?

Syah dapat merasakan degupan jantungnya tiba-tiba lebih pantas sebelumnya. Lebih pantas daripada rasa takutnya kepada hantu. Syah tiba-tiba menolak perlahan tubuh yang dipeluknya. Wajah Mia yang agak terkejut menjadi tatapannya, serta-merta seluruh tubuh Mia yang yang sedari tadi dipegang ditolak laju. Mia semakin terkejut melihat betapa merahnya wajah Syah pada ketika itu.

Syah mengetap bibirnya sebelum memasuki khemah tanpa menunggu Mia, sedikit pun tidak menjelaskan keadaan yang berlaku sebentar tadi. Mia memegang jantungnya, lalu menghentaknya banyak kali. Bukan jantung aku, jantung Syah! Desus hati Mia.

Syah duduk bersila dipenjuru khemah mengahadap dinding khemah. Tangannya diletakkan di atas kepala sebentar, panas giler. Syah menelan air liur. Sepenjang perkahwinan mereka, tidak pernah mereka berpelukan begitu. Kenapa, sekarang tiba-tiba? Aku Cuma tak biasa je nie, aku mana pernah peluk orang perempuan. Tambahan pula Mia buat cerita pasal hantu tadi, patutlah aku berdebar semacam je nie..


Syah tersentak apabila Mia masuk tiba-tiba, wajahnya terkejut gila seperti melihat hantu. Mia memandang wajah Syah, masih lagi merah. Jelas kelihatan memandangkan lelaki itu mempunyai kulit yang putih bersih. Mia mengambil tempat di penjuru bertentangan dengan Syah. Syah berdehem perlahan.

“Jangan salah faham pula, Syah peluk Mia sebab Mia mula bercerita bukan-bukan”Mia hanya diam.

“Mia kan tau ada orang cakap, kita tak boleh bermulut bocor kalau dududk di ‘tempat orang’”sambung Syah lagi penuh bersemangat untuk menjelaskan situasinya, namun Mia tetap diam tanpa bersuara.

“Kan…kan dalam cerita hantu, selalu orang yang bermulut bocor akan mati dulu. Mia tahu tak perbuatan Mia tadi boleh mendedahkan….”belum sempat Syah menyambung bicaranya, Mia mengerling ke arahnya tiba-tiba. Laju sahaja, mulutnya terkunci.

“Bacalah yasin macam Syah buat kat Mia dulu” Syah mengetap bibirnya mendengar sindiran Mia. Mia mengangguk wajahnya seakan-akan ingin mencabar Syah. “Mulai lepas nie, jangan berani pun peluk Mia, sentuh macam tu. Nie….”Mia meletakkan satu ranting kayu kecil di tengah-tengah khemah, Syah memandang penuh hairan.

“Jangan nak lepas pun, kalau ranting kayu nie terjejas walau satu inci, tahulah siapa yang buat”ugut Mia geram. Syah menjugil matanya mendengar ugutan Mia tersebut. “Mia ingat, Syah heran sangat ke dengan Mia?”balas Syah seakan-akan meletakkan dirinya punca segalanya berlaku.

“Habis, yang terhegeh-hegeh peluk Mia tu siapa?”

Bidasan Mia menyebabkan mulut Syah serta-merta terkunci. Wajahnya yang baru sahaja kembali normal, kembali merah tiba-tiba.

“Mia tolak Syah, Syah terus peluk Mia. Lepas tu boleh pulak masuk khemah macam biasa”sambung Mia lagi mengungkit kisah tadi. Syah berdehem lalu kembali memusing wajahnya menghadap khemah. Malu melihat wajah Mia.

“Mia tengah cakap dengan Syah nie. Syah tak rasa sedikit pun tanggungjawab ke? Syah rasa Mia nie mudah sangat ke?”balasan Mia itu hanya disambut dengan sepian yang memanjang dari Syah. Syah masih kaku di tempatnya tanpa memandang Mia. Mia mula rasa geram, mana tidaknya, larangan itu ada dalam kontrak mereka.

“Syah ingat Syah tu duduk lama dekat luar Negara, Syah boleh terbawa-bawa peluk orang suka hati? Syah memang rasa Mia nie mudah sangat ke? Peluk lepas tu tinggal je? Syah tak rasa ke yang Mia nie rasa maruah diri Mia tercalar?”sambung Mia lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya. Namun Syah kaku. Mia merasa Syah bagaikan mengambil mudah sahaja hal tersebut.

“Syah rasa benda nie mudah sangat ke?”

“Syah tak rasa pun mudah”Syah tiba-tiba bersuara tanpa memandang wajah Mia. Mia terkedu sebentar mendengar penjelasan Mia. “Syah tak pernah peluk orang perempuan, Mialah pertama” Mia menelan air liurnya mendengar luahan Syah. Dup Dap. Bunyi itu kembali menyerangnya.

“Syah malu dengan Mia”

Sepotong ayat itu menyebabkan Mia tidak keruan tiba-tiba. Terasa darah begitu laju menyerbu wajahnya. Mia laju membaring wajahnya dari menghadap sekujur tubuh milik Syah. Apasal dengan aku nie? Dia cakap dia malu, yang aku malu dengar dia cakap macam tu kenapa?

“Mia, Syah malu dengan Mia”luahan jujur Syah menyebabkan hati Mia tidak keruan tiba-tiba. Mia memejam matanya, memaksa diri untuk tidur. “Mia nak tidur”

Syah mengeluh perlahan. Lambat-lambat dia memusing wajahnya, memang benar wanita itu telah berbaring untuk tidur. Kenapa dia rasa begitu? Kenapa dia rasa malu setiap kali berhadapan dengan Mia? Kenapa Mia boleh je rileks bersama dia…kenapa hanya dia?





Mia membuka matanya apabila mendengar bunyi kicauan burung dicampur dengan sinaran matahari. Memandangkan dia tidak  boleh solat, itu mewajarkan dia untuk bangun lewat pada hari itu. Khemah menghiasi pandanganya. Mia memejam matanya sebentar kemudian berpusing kea rah kiri. Lama dia memejam mata, cuba mencari kekuatan untuk bangun. Mia membuka matanya kembali. Sekujur tubuh lelaki yang tidur berhampiran pinggannya dalam keadaan melentang luas. Manakala, tangan kiri lelaki itu memegang hujung bajunya yang labuh paras lutut. Mia kembali memandang ke atas seperti biasa. Lama dia termenung,tiba-tiba matanya terbuka semakin luas. Lelaki di sisinya ditoleh untuk kali kedua. Semakin lama, matanya semakin luas dibuka tanpa sedikitpun paksaan.

“Argghhhhh” satu sepakan padu hinggap di atas kepala Syah menyedarkan Syah dari alam mimpi. Mia berundur ke penjuru khemah, sepakannya yang padu secara tidak langsung melepaskan genggaman Syah dari hujung bajunya. Syah bangun lalu bersila sambil tangannya sibuk mengosok kepalanya yang tiba-tiba terasa bengang tiba-tiba.

“Kenapa pegang baju Mia?”suara Mia agak tinggi menyedarkan Syah. Syah mengerling kea rah Mia yang duduk di penjuru khemah. Lama-kelamaan wajah Syah agak pucat sambil tangannya  sibuk melambai menidakkan kemungkinan yang difikirkan oleh Mia.

“Bukan Mia, Syah tak pegang pun Mia, Syah pegang hujung baju Mia je”terang Syah laju dengan bersungguh. Mia menagngkat keningnya. “Pegang baju Mia?”suara Mia seakan semakin menjauh darinya.

“Sebab, lepas solat Syah bunyi tapak kaki, Syah takut lepas tu Syah terus masuk khemah. Tapak kaki tu berjalan kat sekitar khemah kita, Syah pun pegang hujung baju Mia”terang Syah laju, Mia yang mendengar penjelasan Syah mengetap bibirnya.

“Kalau dah dengar bunyi tapak kaki tu oranglah! Bukannya hantu! Keluarlah, minta tolong! Yang masuk khemah kenapa?”

Bunyi sergahan Mia memenuhi ruang khemah tersebut. Membingitkan teliga Syah yang jujur menceritakan hal sebenar kepada Mia. Memecahkan kesunyian pagi di pantai itu. Maka daripada kesilapan Syah, bersambunglah episode mereka di pantai tersebut..




Mia menulis sesuatu di atas pasir. Kemudian dia memadam kembali apa yang ditulisnya lalu mengorek pula pasir pantai. Perutnya tidak henti-henti berbunyi, meminta untuk diisi. Wajahnya yang agak tidak terurus itu semakin tidak terurus rasanya,  dengan ikatan rambutnya yang longgar, sengaja tidak dibetulkan. Wajahnya pula ada pasir pantai. Wajahnya cukup muram dengan tangannya menekan perutnya kerana terlalu lapar.

Mia mengalih pandangan kepada Syah. Lelaki itu masih cuba mencari isyarat dengan telefonnya, sehingga ke dasar air. Apabila kaki lelaki itu menyentuh air, laju sahaja lelaki itu melompat lalu berlari ke daratan semula. Lelaki itu mengangkat seluar bajunya sehingga aras dada. Lalu kembali mencari isyarat semula di gigi-gigi pantai. Mia mengeluh. Sungguh dia lapar.

Mia merasakan pandangannya semakin gelap. Perutnya berbunyi minta diisi. Tanpa menghiraukan keadaan sekitar, dia menjatuhkan kepalanya menyentuh pasir pantai. Biarpun Syah ada mengarahnya untuk tinggal dalam khemah, namun suhu dalam khemah itu begitu panas, memaksa dia untuk keluar, sekurang-kurangnya, angina pantai ada menyejukkannya.

“Mia!”

Suara Syah yang menjerit memanggilnya sudah tidak dihiraukannya. Dia terus menyambung menutup mata, memaksa diri untuk tidur supaya masa dirasakan cepat berlalu sekaligus menangani rasa lapar. Namun, tiba-tiba tubuhnya kuat digoncong oleh Syah.

“Mia? Mia okey ke tak nie? Janganlah macam nie, kita akan cari cara keluar dari sini okey? Mia!”Syah menjerit agak kuat di teliga Mia. Mia yang agak lemah, memaksa diri untuk membuka mata. Geram dengan sikap Syah yang mengacau tidurnya.

“Apa Syah buat nie?”Mia menyoal geram memandang Syah yang agak pucat itu. Syah memegang bahu Mia tiba-tiba menyebabkan Mia sedikit tersentak. Lama Syah memandang Mia, ke kiri dan ke kanan.

“Apasal Mia tidur macam tu? Mia sakit ke? Deman ke?”Syah cuba menyentuh  dahi Mia namun Mia lebih dahulu menepisnya. “Mia lapar”jawab Mia jujur menyebabkan Syah melepaskan nafas lega. Mia memandang Syah yang tiba-tiba bersikap aneh itu. “Kenapa?”soal Mia selamba.

“Kenapa Mia buat Syah risau macam tu?”

Suara Syah agak meninggi dengan wajah yang agak tegas. Mia terkedu tiba—tiba. Kenapa lelaki itu tiba-tiba berlagak mocha macam tu? Entah kenapa, Mia berasa tidak sedap hati dengan sikap Syah begitu. Menyebabkan jantungnya sedikit tidak kena.

“Kenapa pula Syah nak risau?”soalan Mia itu mengejutkan Syah kea lam nyata. Syah mengelip matanya tidak percaya dengan ton suaranya yang tiba-tiba tinggi itu. Menyedarkan tindakannya sebentar tadi. Bergetar-getar bibirnya memberi penjelasan. Mia mula merasakan suasana antara mereka terasa aneh tiba-tiba. Laju sahaja dia mengangkat punggung lalu bergerak ke arah pantai.

Mia memegang jantungnya. Laju sahaja berdegup. “Menyampah betullah, kenapa dia tiba-tiba berlagak macho pula?”Mia membebel seorang diri, cuba mententeramkan jiwanya. Kenapa dengan aku pulak nie? Kenapa aku tak boleh tunggu penjelasan dia? Kenapa aku tak boleh nak tengok mata dia?

“Mia!” Syah cuba mengekori dari belakang. Dari belakang, dia dapat merasakan langkah Mia semakin laju menjauhinya. Syah cuba mempercepatkan langkahnya, cuba mengejar Mia. Namun apabila langkah mereka semakin rapat, Syah serta-merta memperlahankan langkahnya. Tidak tahu untuk memberi alasan apa.

“Syah pun tak tahu kenapa risau sangat dengan Mia”

Lembut sekali tutur kata itu sehingga menusuk terus ke ruang jantung Mia. Langkah Mia terhenti. Entah kenapa terasa suara itu begitu dekat sekali dengannya. Mia menoleh ke belakang. Ternyata, Syah hanya berbeza 7langkah berbandingnya. Dia mesti berani memandang wajah Syah. Kenapa dia perlu takut. Dengan keberanian yang masih bersisa, dia memusing kebelakang memandang terus ke wajah Syah namun kakinya masih ralit mengatur langkah menjauhi Syah.

“Apa Syah nak cakap sebenarnya?”soal Mia agak berani. Syah memadang wajah Mia. Tenang seperti biasa. Entah kenapa wajah itu menyeksakan jiwanya, seperti dia sahaja merasakan debaran di dada. “Mungkin sebab kita tinggal bersama, buat Syah ambil berat pasal Mia”

Mia  cuba menahan getaran yang dia rasa. “Mungkin juga”jawab Mia selamba. “Mungkin juga sebab Syah pernah berjanji nak jaga Mia, buat Syah rasa bimbang dengan Mia”Syah memberi kemungkinan kedua.

Mia melepaskan keluhan. Dalam keadaan berbincangan begitu, kaki masing-masing masih mengatur langkah ke hadapan meninggalkan khemah mereka jauh ke belakang.

“Mungkin juga….”

“Syah patut perlahan-lahan berhenti risaukan Mia. Syah tahu hubungan kita tinggal beberapa bulan lagi. Dunia animasi Syah macam mana?”

Soalan Mia menyebabkan Syah kaku sebentar. Berfikir sejenak dengan penyataan yang dituturkan oleh Mia. Entah kenapa sejak keberadaann di rumahnya, dia hampir lupa akan hakikat tersebut. Dia lupa dengan kerjayanya yang dulunya dia berusaha dan kejar bagaikan orang gila.

“Em..betullah” Syah menjawab lambat-lambat. Mia cuba memandang wajah Syah yang tiba-tiba menunduk itu, cuba membaca reaksi lelaki itu namun gagal. Apa yang menyebabkan lelaki itu diam tiba-tiba. Kakinya masih ralit diatur memandangkan Syah juga masih mengatur langkahnya.

Tiba-tiba Syah mengangkat wajahnya memandang terus ke wajah Mia, menyebabkan Mia sedikit terkedu. Wajah Syah dilihat tiba-tiba pucat dan mula berlari mendapatkannya. Sangat cemas bagaikan melihat sesuatu yang dashyat. Tapi apa?

“Mia, hati-hati!!”

Tempikan Syah menyebabkan Mia berpaling ke belakang. Sebuah motosikal yang menjual ais-krim dilihat agak bergerak laju ke arahnya selepas hilang kawalan kerana dibawa di atas pasir pantai yang cukup tebal. Motosikal itu dilihat hilang kawalan selepas terjelurus ke dalam pasir pantai menyebabkan pemandu tersalah menghalanya kea rah Mia untuk mengawal motosikal itu daripada terjatuh. Wajah pemandu motosikal itu dilihat terkejut apabila melihat wajah Mia. Mia dapat rasakan tubuhnya kaku tiba-tiba, kakinya keras untuk bergerak. Hanya bunyi hon motosikal dan jeritan Syah didengari.

“Mia!!”

Mia dapat merasakan tubuhnya melayang tiba-tiba apabila tangan kanannya ditarik dari belakang menyebabkan badannya hilang pertembangan. Sedar tidak sedar dia dapat merasakan ada satu tangan merangkul pinggangnnya dari belakang dan wajah risau Syah yang pucat menghiasi pandangannya. Bunyi motosikal yang kuat berlalu di sisi mereka begitu jelas di gendang pendengaran Mia


“Apa yang Mia buat? Susah sangat ke nak elak?”satu sergahan menyebabkan Mia mengelip matanya beberapa kali. Memeriksa posisi tubuhnya. Betapa merahnya wajahnya apabila tersedar tubuhnya dirangkul oleh Syah.

“Syah?”soalan Mia menyebabkan Syah tersedar seketika posisi mereka. Air laut menyentuh betis mereka mentambahkan lagi kesedaran kedua-dua pihak. Melihat wajah merah padam Mia menyebabkan wajah Syah juga berjangkit merah padam juga.

Mia mula mengelepar minta dilepaskan. Tidak selesa dengan posisi mereka ketika itu, dia juga tidak selesa dengan suhu badan dan denyutan jantungnya yang naik tiba-tiba. Syah cuba memegang Mia lebih kuat untuk mengimabang kedudukan antara mereka daripada terjetuh terkena air apabila Mia mengelepar tiba-tiba.

“Mia, kejap…”belum sempat Syah ingin menerangkan niat sebenarnya, tindakan Mia menyebabkan Syah sukar mengimbang keadaan mereka, menyebabkan kedua-duanya terjatuh menyembah air pantai. Hampir luncur baju yang satu satunya mereka ada itu. Mia mengelap air laut diwajahnya sambil melihat keadaan sekeliling. Ternampak Syah yang meraup rambutnya kebelakang untuk mengelak dari menutupi wajahnya. Wajah Syah ketika itu dilihat agak matang berbanding wajah sebelumnya ala-ala korea. Ditambahkan lagi tindakan lelaki itu yang agak macho menyelamatkannya. “Kenapa Mia buat Syah risau macam tu?” “Apa yang Mia buat? Susah sangat ke nak elak?”Dup Dap. Mia menyentuh jantungnya.

“Apasal Mia gerak? Habis basah baju kita tahu tak?” aduan Syah menyebabkan Mia menghentikan lamunannya. Mia menunduk wajanya, malu untuk menghadap wajah Syah pada ketika itu.

“Adik okey tak?”suara seorang lelaki berusia lingkungan 30-an menyebabkan kedua-dua manusia yang ‘seronok’ berendam dalam air pantai berpaling ke arahnya. Lelaki tua itu mengaru kepalanya sambil tangan kirinya memegang motosikal yang menjadi punca pendapatannya menjual ais-krim. Wajah lelaki tua agak pucat, risau kecederaan yang mungkin dialami. Sangkaannya dia akan dimaki hamun kerana gagal mengawal motosikalnya namun senyuman manis Syah menyebabkan dia terkedu tiba-tiba.



“Pak cik dah lama ke buat kerja nie?”soal Syah agak beria-ria sambil tangannya laju mengambil ais-krim yang diberikan percuma oleh pakcik itu sebagai tanda memohon maaf. Pak cik itu tersenyum manis mendengar dan melihat sikap ramah Syah yangmasih ingin membuat bual dengan orang tua sepertinya. Sangkaannya dia akan mendapat maki hamun oleh lelaki itu, namun selepas kejadian itu hanya senyuman dilihat pada wajah lelaki muda itu. Manakala wanita di sisinya hanya mendiamkan diri.

“Pak cik dah buat kerja nie lebih kurang 15 tahun. Bolehlah cari rezeki dengan kerja macam nie. Lagipun kalau kena dengan musimnya, lumayan jugak duit yang dapat”jawab pak cik tersebut, mula seronok rasanya berbual dengan lelaki muda itu. Syah masih ralit menjilat ais-krim tersebut menghilang rasa laparnya.

“Musim apa?”soal Syah seronok. Pak cik itu tersenyum sebelum menghulurkan ais-krim seterusnya kepada Mia pula. Mia menerima lambat-lambat sambil mengucakan terima kasih kepada pak cik  tersebut.

“Musim panas” Syah dan pak cik tua itu ketawa mengekek hampir serentak. Hanya Mia sahaja yang tersenyum pahit melihat kedua-dua lelaki di hadapannya. Apa yang seronok sangat?

“Pak cik sebenarnya, kami dah tersekat kat sini. Kereta kami kehabisan minyak dan kami tidak tahu nak minta tolong siapa”Syah mula mencerita masalah yang dihadapi mereka kepada pakcik tua tersebut sementara pakcik tersebut menangguk penuh faham dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak muda itu.

“Pakcik tahu tak tempat minyak terdekat di sini?”soal Syah penuh harapan. Begitu juga Mia. Pak cik tersebut mula menjadi tempat tatapan mereka. “Setahu pakcik tempat paling dekat pun hampir 20km dari sini. Jauh sangat kalau nak jalan dik”ujar pakcik itu dengan nada kasihan.

“ macam mana nie Mia? Line pun tak de kat sini” Syah mula meluahkan kebimbangannya mendengar jawapan pakcik tersebut kepada Mia. Keluhan Syah menyebabkan pakcik itu tersenyum sambil menepuk bahu Syah.

“Kalau adik nak cari line, kat tengah kawasan pantai tu sikit ada line. Tapi adik kena hati-hatilah sebab takut terjatuh pula telefon nanti. Kebanyakan orang kat sini tak tahu” luah lelaki tua itu menyedapkan hati Syah sekaligus memberi harapan baru kepada Syah dan Mia.


“Kat tengah pantai tu sampai mana pakcik?”soal Syah agak takut. Kalau sampai dada, bukan dia mahu pergi. Rasanya mahu sahaja dia menolak tubuh Mia untuk pergi memandnagkan wanita itu pandai berenang.

Pak cik ketawa  kecil apabila menangkap suara dan wajah Syah jelas ketakutan. Mia hanya mencebik mendengar soalan Syah. Macam kucing!

“sampai paras betis je kalau berdiri”ujar lelaki tua itu sambil tersenyum.

“Selalunya pakcik dulu suka sangat main dengan kawan-kawan pakcik kat pantai nie sebab airnya bersih dan taka da ramai orang. Ada kawan pakcik tu jadi cikgu, ada juga jadi penjual ais-krim macam pakcik” cerita lelaki itu menyebabkan Mia berpaling laju memandang lelaki tua itu. Satu idea tiba-tiba timbul dalam benaknya. Mungkinkah lelaki tua yang hampir melanggar Syah tempoh hari juga dikenalinya. Kalau mereka dapat menjumpai lelaki itu, serta-merta kontrak perkahwinan mereka boleh dibatalkan. Lelaki tua itu boleh menjadi saksi kejadian mereka.

“Pak cik ada kenal tak seorang lelaki tua berumur lingkuangan macam pak cik? Dia ada misai dan badannya agak montel. Dia membawa motosikal sama jenama dengan pakcik tapi berwarna hijau. Pakcik kenal tak?” soalan bersungguh daripada Mia menyebabkan Syah dan pakcik tersebut terkedu tiba-tiba. Sepanjang perbualan tadi gadis itu hanya mendiam diri, tiba-tiba pula bersuara.

“Jamal? Cik maksudkan jamal ke? Dia memang selalu meronda kawasan nie”jawab pakcik tersebut, seperti menangkap gambaran lelaki yang dikatakan Mia. Mia tersenyum melebar tanpa sedar. Terasa dia akan bebas beberapa saat sahaja lagi. Sinar harapan mula menembusi kehidupannya, melarikannya dari perkahwinan tersebut. Memberi dia bukti bahawa dia tak gila, dia masih waras. Apa yang diceritakannya  bukan rekaan, tapi benar.

“Boleh saya tahu kat mana saya boleh jumpa dia?”soal Mia beria-ria. Pakcik tersbeut mengerut keningnya mendengar permintaan Mia. Sumpah dia tidak tahu bagaimana gadis muda itu boleh mengenali rakan baiknya itu. Dan kenapa mahu berjumpa dengannya?

“Dia dah mati. 2minggu lepas”

Mia merasakan langkahnya longlai tiba-tiba. Ais-krim di tangannya jatuh lalu dibawa oleh ombak pantai yang kecil. Dia mengelip matanya beberapa kali, tidak percaya dengan cerita didengarinya. Satu-satunya saksi yang mampu mengingati peristiwa tersebut, orang yang akan menolongnya keluar setelah memasukkannya ke dunia perkahwinan itu telah tiada. Kalaulah mereka lebih awal berfikir idea itu, pasti perkara itu tak akan berlaku.

“Mia kenapa nie?”

Syah cuba menyentuh bahu Mia namun Mia laju menepisnya. Pakcik tersebut mengetap bibir, tidak sedap hati dengan keadaan yang dilihatnya.

“Mia kenal pakcik tu ke? Saudara Mia ke?”

Soalan bodoh Syah itu menyebabkan Mia geram. Laju sahaja Mia mengangkat wajahnya dengan berani “Dia saksi kita. Dialah pakcik yang bawa motosikal sehingga Syah terjatuh dalam laut”balas Mia geram.

“Sabarlah Mia, dia dah tak ada Mia. Kita tak boleh buat apa-apa dah”pujuk Syah lembut. Mia semakin beremosi apabila masalah itu dilihat diambil mudah oleh Syah. “Kalau kita bergerak lebih cepat dan tak main-main, benda nie tak akan jadi Syah”jelas Mia agak tenang, tenang yang sengaja dibuat-buat.

“Mia..kita tenang dulu. Syah juga satu-satunya cara yang Mia masih ada. Mia perlu kembalikan ingatan Syah je. Kita beli ais-krim baru dan fikir cara lain okey?”pujuk Syah  kali kedua apabila melihat wajah wanita itu seakan-akan hilang dari dunianya selepas mengetahui peristiwa kematian lelaki yang terlibat itu.

“Mia taknak ma…”satu bunyi keluar dari perut Mia tiba-tiba menyebabkan Mia laju menyentuh perutnya. Lambat-lambat matanya tertacap pada ais-krimnya yang telah hanyut dibawa air laut. Mia memandang lelaki-lelaki dihadapannya yang ralit melihatnya. Menyedari keadaannya sebenar, Mia menunduk wajahnya.

Lelaki tua itu menagngkat wajahnya sambil memandang Syah disisinya. Memahami isyarat yang diberikan oleh pakcik tersebut, Syah mengaru kepalanya agak malu menerangkan situasi Mia.

“Dia sebenarnya dari semalam tak makan apa-apa lagi pakcik”



Mia mengambil ais-krim roti yang berada dalam basin agak besar dan basin itu diletakkan di sekeliling dengan ais batu untuk mengelakkannya cair dengan cepat. Banyak sekali ais-krim diberi oleh lelaki tua itu sehingga hampir mencecah 20 ais krim roti yang kininya telah tinggal 15 kerana dimakan oleh Mia. Mia mengalih rambutnya yang termasuk dalam mulut, menganggu tumpuannya untuk memakan ais-krim tersebut.

Mata Mia tertumpu kepada Syah yang berada di tengah garis-garis pantai seperti yang diajar oleh pakcik tersebut. Dilihat lelaki itu sedang ralit bercakap dengan seseorang menggunakan telefon bimbitnya, dengan ombak kecil yang kadang-kala menempuh tubuh lelaki membasahi baju lelaki itu yang sudah pada awalnya basah ke tahap lebih kritikal. Selepas mematikan perbualan, Syah dilihat melambai-lambai ceria kea rah Mia sambil menunjuk ke arah telefon bimbitnya. Memberitahu Mia bahawa rancangan mereka Berjaya.

Mia tanpa sedar tersenyum melihat telatah Syah yang berlari ke arahnya seperti seorang lelaki kecil cuba mendapatkan ibu mereka. Mia masih tersenyum sehinggalah Syah menunduk kepalanya tepat ke wajah Mia. Senyuman Mia mati tiba-tiba.

“Apa yang Mia senyumkan?”soalan selamba daripada Syah itu menyebabkan Mia tersedar kea lam nyata. Serta merta Mia mengalih ke arah lain. Syah tersenyum manis memandangkan gurauannya menjadi dan mengambil tempat di sisi Mia di hadapan pintu masuk khemah itu. Ais-krim roti itu dicapai satu. Kemudian lelaki itu melepaskan nafas lega apabila ais-krim itu basah dalam mulutnya. Terasa segar dan laparnya sedikit terubat. Mia memandang wajah Syah lama, lelaki nie comel je dengan lesung pipit dia.

“Mia dah makan berapa?”Mia agak terkejut apabila Syah tiba-tiba memandang ke arahnya. Laju sahaja dia memusingkan kepalanya untuk mengelak lelaki itu menangkap tindakannya sebentar tadi. “Em…lima kot”jawab Mia selamba. Jawapan Mia menyebabkan Syah tersenyum lebar, lalu kepala Mia digosok kasar persis seperti anak kecil. Mia dapat merasakan jatung berdegup laju apabila ada sahaja sentuhan lelaki itu pada tubuh badannya. Laju dia mengerakkan kepalanya dan menunduk.

“Mia suka makan ais-krim jenis roti ke kon?”soal Syah ceria, cuba buat bual dengan Mia. Entah kenapa sejak kejadian tengah hari tadi setiap tingkah Syah menyebabkan Mia tidak senang duduk. Mia cuba bertenang lalu mengangkat kepala memandang Syah. Syah tersenyum manis kepadanya. Mia memusing kepalanya dan menunduk kembali. Kenapa dia tidak boleh bertenang?

“Roti”jawab Mia pendek tanpa memandang wajah Syah. Syah tersenyum riang. “Macam Syah jugak”

“Mia nak makan lagi? Mia makanlah sampai kenyang. Lagipun mungkin mama sampai dalam isyak jugak ambil kita. Nanti cair pula ais-krim nie”cadang Syah riang. Mia hanya mengangguk, masih tidak berani memandang ke dalam wajah Syah. “Em..terima kasih sebab selamatkan Mia tadi”ujar Mia perlahan sambil mengangkat wajahnya. Wajah Syah yang tersenyum manis itu semakin menarik perhatiannya.

Pandangan Mia jatuh kepada pada t-shirt putih Syah yang agak jarang selepas terkena air pantai menampakkan susuk tubuh badan Syah. Wajah Mia merah tiba-tiba apabila matanya menangkap perkara tersebut.

“Kenapa Mia?”Tanya Syah selamba sambil cuba mendekati Mia. Mia mengangkat tangannya minta dijauhi. “Jangan dekat…”suara Mia agak perlahan sukar didengari oleh Syah.Syah semakin mendekati Mia kerana tidak dapat menangkap bait kata Mia. “Mia cakap apa?”suara Syah begitu hampir dengannya,seluruh tubuh Mia terasa mengeletar.

“Tepilah”Mia menolak tubuh Syah dari mendekatinya dan bangun tiba-tiba dengan roti ais-krim di tangannya. Syah agak terkejut dengan tindakan Mia tersebut, tidak berkelip memandang Mia. “La..kenapa pulak nie?”

Mia menghulurkan tangannya kea rah Syah. Syah mengangkat keningnya, tidak memahami maksud soalan Mia. “Bagi anak kunci kereta kejap, Mia nak ambil sesuatu” tanpa banyak soal Syah menghulurkan kunci kereta kepada Mia. Mia menyahut kunci kereta itu kemudian berlalu meninggalkan Syah. Lama Syah mengamati Mia. “Apahal dengan minah tu?”



Syah masih ralit menjilat ais-krimnya yang kedua. Perbuatannya sedikit terbantut apabila Mia kembali dengan sweater merahnya dan ipad yang diberikan oleh ibunya pada tempoh hari. “Jangan gerak”arah Mia selamba sambil bergerak mendekati Syah. Syah agak terkedu hanya duduk bersila dengan matanya tidak berkelip memandang Mia. Mia mengikat lengan baju tersebut di leher Syah dan membiarkan  bahagian selebihnya menutupi bahagian hadapan Syah yang agak jarang itu.


“Kenapa nie?”soal Syah sambil memandang Mia yang mengambil tempat disisinya. Mia memandang Syah yang ralit melihatnya untuk menuntut jawapan. “Syah seksi sangat”

Syah mengangkat sweater merah yang menutupi bahagian hadapan badannya, mula memahami maksud sebenar Mia. “Nie ke yang Mia tengok dari tadi?”soal Syah selamba sambil tersengih melihat Mia yang agak terkejut dengan penyataannya tadi. Mia mengetap bibirnya geram apabila disakat macam itu, “Mia tengok, Mia terus ambil sweater Syah sebab…”belum sempat Mia menjelaskan situasinya, Syah terlebih dahulu menyampuk.

“Mia tak selesa ke?”

Mia terdiam apabila disoal begitu, wajah Syah yang tersenyum riang di hadapannya menyebabkan Mia menunduk wajahnya, tidak berani melihat suaminya itu. Syah ketawa mengekek kerana berjaya mengenakan Mia, tangannya laju mengambil ipad di dalam khemah yang diambil oleh Mia.

“Mia, jom kita ambil gambar”

Mia mula membuat muka bosan, lalu mengalih wajahnya ke arah lain seperti tidak mendengar permintaan lelaki itu. Namun lelaki itu laju mendekatkan tubuhnya dengan Mia dan mengambil gambar walaupun Mia tidak memandang kea rah kamera.

“Alaa Mia…jomlah, anggaplah nie hari percutian”pujuk Syah sambil mengoncang bahu Mia. Mia semakin menjarak dengan mulut yang tidak habis-habis cuba mengajuk percakapan Syah dalam diam.

“Mia…”

“Taknak lah!”



Syah menyusun ranting-ranting kayu yang dicarinya menjadi ala-ala satu bangunan untuk membuat ungun api. Hasil daripada pertolongan pakcik tersebut, mereka memperolehi mancis untuk menghidupkan api. Setelah selesai, Syah mula menghidupkan api dengan mancis tersebut. Mia hanya duduk bersila di atas pasir pantai itu menunggu api dihidupkan oleh Syah.

Syah meniup-niup kertas yang mula terbakar itu, tidak lama selepas itu, satu ungun api Berjaya dihiduppkan. Kini hanya perlu tunggu kedatangan ibunya sahaja menjemput mereka pulang.

Mia memandang lama wajah Syah yang tersenyum riang apabila api berjaya dihidupkan. Sesekali,lelaki itu meletakkan telapak tangannya di ungun api dan mengosok tangannya laju untuk menghilangkan rasa sejuk selepas puas berendam dalam air petang tadi.

“Mia, sorrylah sebab tak dapat ingat apa-apa walaupun dah datang kat sini. Sorry sebab buang masa Mia”Mia mengangkat wajahnya memandang Syah. Lelaki itu masih cuba membetulkan ungun api tanpa memandangnya.

“Tambahan pula, kita berdua tersekat pula kat sini”

Mia memandang ke atas. Bintang-bintang yang berkelipan sungguh canthi sekali dipandang. Selalunya hampir setiap malam dia akan memandang bintang di balkoni rumahnya. Setelah diamati betul-betul, bintang di pantai rasanya jauh lebih cantik.

“Tak apalah, lagipun nie idea Mia. Pastikan Syah ingat lain kali bila Mia bercerita”jawab Mia selamba mengundang ketawa kecil Syah. Syah mengambil tempat di sisi Mia selepas ungun api dilihat mula dalam keadaan stabil.

“Rasanya, Syah dah mula suka kat tempat nie. Nielah tempat pertama sekali Syah nampak Mia bila tersedar. Sebab Mia orang pertama yang Syah nampak, rasanya sebab tu Syah mudah percayakan Mia nak menerima perkahwinan dengan Mia”cerita Syah jujur menyebabkan Mia tersenyum kecil. “Syah memang mudah nak percayakan orang. Tapi Mia pun tak tahu kenapa Syah boleh buat Mia percayakan Syah juga”

“Nampaknya kita seri la kan?”gurau Syah sambil mengangkat keningnya, Mia hanya mencebik.

“Lepas nie bila kita berpisah, sekurang-kurangnya ada jugalah kenangan dengan Mia. Mungkin juga lepas Syah pulang ke Jepun, Syah tak akan datang ke sini semula” Penyataan Syah menyebabkan Mia terdiam tiba-tiba. Entah kenapa ada sesuatu menariknya untuk memberontak mendengar penyataan Syah.

“Kat sana dunia Syah, bukan kat sini. Syah tak pernah rasa keseronakan kat Malaysia seperti mana keseronakan di Jepun. Syah betul-betul rindukan kehidupan Syah di sana. Kat sana, Syah boleh lihat hasil tangan Syah dihidupkan” Syah mengangkat wajahnya memandnag langit. Hasil karyanya bagaikan tergambar disebalik bintang-bintang yang disambung menjadi buruj. Sesungguhnya dia sangat menyukai kehidupan di Jepun.

Mia tersenyum pahit sambil memandnag ke langit seperti yang dilakukan oleh Syah. “Mia harap Syah akan dapat pulang ke sana dengan baik dan hasilkan satu animasi yang lebih menakjubkan” Syah tersenyum mendengar harapan yang diluahkan oleh Mia. Gembira apabila wanita itu juga menyokong cita-citanya.

“Syah pun harap satu hari nanti Mia akan menjadi penulis yang terbaik dan Syah akan adaptasinya menjadi animasi nanti”

Mia tersenyum kecil lalu memandang Syah di sebelahnya, Syah masih lagi ralit memandang ke langit dengan senyuman tidak lekang di wajahnya menampakkan lesung pipitnya. Senyuman Mia mati tiba-tiba apabila mengamati wajah Syah. Degupan jantungnya kembali berdegup kencang.

“Mia …Mia rasa…”

“Auchuuu”belum sempat Syah menghabiskan ayatnya, Mia tiba-tiba bersin kerana udara pada malam itu begitu sejuk. Tambahan pula, mereka ‘seronok’ berenang tengah hari tadi.

Syah ketawa kecil melihat Mia yang kini sibuk mengesat hingusnya dengan lengan baju. Tanpa dipinta, sweater merah yang dipakai oleh Syah, cuba dikongsi dengan Mia. Belum sempat tangan Syah ingin menyarungkan sweater  itu ke badan Mia, Mia terlebih dahulu berpaling menyebabkan mata mereka bertembung. Barulah Syah sedar betapa rapatnya keadaan mereka berdua.

Syah menelan air liurnya tiba-tiba. Terasa pahit sekali. Baik dia mahupun Mia, masing-masing tidak mengeluarkan suara. Mia hanya memadangnya, begitu juga dengan dirinya. Angin malam menyapa wajah mereka sepoi-sepoi bahasa, melupakan mereka berdua dengan masa yang semakin lama berlalu. Degupan jantung semkin kuat dirasa, bagaikan mahu melompat keluar dari badan mereka.


“Mia, Syah rasa….”

“Apa korang buat nie?” kedudukan Syah dan Mia serta merta menjarak sekaligus menjatuhkan sweater merah yang menutupi mereka berdua apabila terdengar suara menegur mereka. Baik Syah mahupun Mia, masing-masing berpaling ke belakang. Ternampak kelibat Arisyah yang membawa beg di tangan kirinya diikuti dengan Aril dan Aiman di belakang.

Serentak Mia dan Syah berdiri, terkejut dengan wajah yang tidak disangka-sangka muncul itu. Arisyah memandang lama wajah Mia menunduk, entah kenapa terasa mahu sahaja dia merobek wajah itu. Matanya sedikit berair kerana menahan marah dan sedih namun tidak dapat ditangkap oleh Syah dan Mia kerana keadaan yang gelap.

“Apa korang buat tadi?”soal Arisyah kembali sambil memandang tajam wajah Syah yang mula mendekati mereka. Syah cuba bergurau untuk melarikan diri dari soalan itu, “Eh, budak kecil nie buat apa kat sini?”Syah cuba menyentuh kepala Arisyah seperti selalu dibuatnya, namun Arisyah tiba-tiba menepis laju. Terkedu Syah tiba-tiba melihat Arisyah yang beremosi itu.

“Ary tanya kan apa yang Syah dan Mia buat? Kenapa abang Syah tak nak jawab?”suara Arisyah sedikit meninggi dan kedengaran seperti seorang kanak-kanak yang mula ingin menangis. Dia benar-benar benci, benci dengan keadaan sebentar tadi yang dilihatnya. Tambahan lagi, lelaki itu masih ingin melayannya seperti kanak-kanak. Dia sudah besar! Berhenti layannya begitu dan lihatlah sebagaimana dia melihat Syah.

Aril dan Aiman mula mendekati apabila mengesan ada perubahan pada suara Arisyah. Mia mengangkat wajahnya setelah Berjaya bertenang, “Syah nak pinjamkan sweater kat Mia sebab Mia ada tanda-tanda deman. Tak ada apa-apa pun”

Arisyah yang ralit menunggu jawapan daripada Syah, laju memandang Mia mendengar jawapan itu. Ada senyuman kelegaan terukir di wajahnya ketika itu. “Betul ke Mia? Syah?”kali itu Arisyah kembali memandang Syah. Lambat-lambat lelaki itu mengangguk lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Arisyah tersenyum manis apabila mendengar jawapan itu sambil memeluk beg di tangan kirinya. “Ary ingatkan apa”suara Arisyah agak perlahan namun jelas dapat ditangkap oleh Mia. Mia menelan air liur, dia dapa tlihat betapa obsesnya gadis itu terhadap Syah. Selembut mana pun seorang gadis, pasti ada sesuatu yang dapat mengeluarkan sifat raksasa dalam dirinya.

“Mia lapar tak? Aiman ada boleh nasi goring sikit, terkejut dapat berita yang Mia tersesat kat sini”Aiman datang sambil menghulurkan mangkuk tingkap kepada Mia. Mia tidak berhenti mengamati wajah dihadapannya, bagaimana lelaki itu boleh terlibat sama nie?

“Apa yang korang buat kat sini? Mama mana?”soal Syah sambil mencari kelibat mamanya. Apabila matanya tertacap pada Aiman, kerutan dahinya semakin bertambah, “Apa Aiman buat kat sini?”

“Arisyah dapat berita nie dari mama, Aril teman  Ary ke rumah Syah untuk ambil baju, tapi bertembung dengan Aiman. Yang tulah mamat nie sesat sekali nie”jelas Aril namun nada suaranya sedikit berubah apabila nama Aiman meniti di bibir.

“Ambil baju? Buat apa ambil baju, Syah nak balik malam nie jugaklah”Syah agak tidak berpuas hati dengan tindakan sepupunya itu seperti ingin mereka bermalam lagi di situ. Arisyah mula mendekati Syah sambil menghulur baju tersebut, “Kita tinggal semalam lagilah, Aril letih dan sepanjang perjalanan taka da lampu jalan. Bahaya kalau kita teruskan. Lagipun, Mia kan tinggal kat kampong dia sekarang. Lagi jauh kita nak hantar. Kan Mia?”kali ini soalan itu ditujukan kepada Mia. Bulat matanya memandang Arisyah, tinggal kat kampung?

Mia menoleh pandangan kepada Aiman yang melambai tangannya tiba-tiba. Kemudian lelaki itu memberi telunjuk kea rah dirinya sendiri. Barulah Mia teringat akan penipuan yang diberitahu kepada Aiman tempoh hari.

“Er….”suara Mia tersekat-sekat ingin mengiakan pertanyaan Arisyah sekaligus bersetuju dengan cadangan mereka untuk bermalam satu malam lagi. Tolonglah, jangan seksa dia dan Syah untuk semalaman lagi.

“Kampung Mia kan jauh, kalau Mia nak balik dengan teksi, bahaya malam-malam macam nie. Betul tak Syah yang Mia tinggal kat kampung?”sekarang Aril cuba menyerang Syah pula. Terkedu Syah dibuatnya apabila Aril cuba mengugat dirinya pula padahal lelaki itu tahu jawapan sebenarnya. Pandangan Syah jatuh kepada Arisyah dan Aiman, dua manusia yang masih tidak mengetahui.

“Satu malam je Syah”Arisyah cuba memujuk lagi sambil menghulurkan beg itu lebih rapat dengan Syah. Syah semakin rimas, kemahuan hendak pulang dan keinginan untuk menjaga rahsia mereka mula menjadi pilihan. Syah memandnag Mia, memohon gadis itu memberi keputusan.

“Jomlah, kita bermalam kat sini”

Keputusan Mia yang mengejut itu menyebabkan kepala Syah berpusing 180 darjah. “Ha?” hampir ternganga Syah mendengar keputusan Mia. Biar betul minah nie?

Aril mula tersenyum nakal apabila rancangannya berjaya mengumpan Mia. Aiman ketawa keriangan apabila Berjaya mencari peluang untuk bersama gadis kesukaannya buat kali pertama biarpun hanya aktiviti berkumpulan yang biasa. Syah memberi isyarat tanda tidak percaya dengan keputusan yang dibuat oleh Mia. Mia hanya menunduk kepalanya. Apalah yang bodoh sangat nie?




Mia mengaru kepalanya yang tidak gatal apabila merasakan ada seseorang yang ralit memandangnya penuh dendam. Apabila mata mereka bertemu, laju Mia menunduk wajahnya. Sorry, Syah…nie je caranya.

“Syah nak cuba makan mushmallow?”Arisyah menghulurkan mashmallow yang dibuatnya kepada Syah yang masih memandnag geram dengan keputusan Mia itu. Arisyah kelihatan begitu seronoh dengan aktiviti perkhemahan yang berlaku tanpa dirancang itu. Itu semuanya ideanya apabila mengetahui Syah dan Mia trsekat di pulau itu, laju sahaja dia menyuruh abangnya untuk membawa satu khemah lebihan. Siapa sangka, abangnya juga bersependapat ingin menolongnya. Mereka semua sibuk membakar mushmallow dan abangnya sibuk bermain gitar di tangan menceriakan keadaan.

“Terima kasih” Syah menyahut huluran Arisyah itu lambat-lambat. Perutnya rasanya bagaikan mahu penuh kerana telah makan nasi goring dan ais-krim tengah hari tadi.

“Mia, makanlah banyak sikit. Dahlah Mia lama tak makan nasi, mesti lapar kan?”Aiman menolak nasi yang berada dalam ribaan Mia menyebabkan Mia tersenyum pahit. Baru sahaja dia bercadang ingin berhenti makan, namun mangkuk bertingkat itu kembali dihulurkan kepadanya. Seksanya, dia ingin habiskan.

Mia tersenyum pahit sebelum memasukkan suapan yang seterusnya ke dalam mulutnya, terasa perutnya bagaikan menunggu sahaja masa untuk pecah. Pelbagai jenis makanan yang dibawa oleh mereka, dan pelbagai jenis jugalah yang masuk ke dalam mulutnya. Terasa loya tiba-tiba.

“Sedap tak Mia?”soal Aiman ramah. Mia mengangguk dalam keadaan terpaksa. Dia tahu lelaki itu risaukannya, namun dia benar-benar dah kenyang.

“Mia, makan mushmallow nie pula”kali ini Aril pula menyuap mushmallow yang siap dibakar ke dalam mulut Mia. Belum sempat Mia ingin menolaknya,mushmallow itu telah memasuki mulutnya.

Syah yang melihat aksi itu membulat matanya, “Macam tak ada tangan je”

“Sedap tak Mia?”soal Aril manja menyebabkan Aiman dan Syah rasa bagaikan ingin meluat. Aiman kembali menolak mangkuk tingkap kepada Mia. “Makan yang nie Mia, lagi berkhasiat. Takut Mia sakit pula”gesa Aiman tidak berpuas hati.

“Mia rasa kenyang dah nie, apa kata Aiman makan pulak?”Mia cuba mempelawa Aiman untuk melarikan dirinya daripada makan lebih banyak. Sumpah, perutnya rasa bagaikan mahu meletup sahaja. “Mia tak kisah ke Aiman makan?”soal Aiman tidak percaya apabila Mia ingin berkongsi makanan dengannya. Mia hanya mengagguk laju.

Aiman tersenyum kecil sambil mengangkat suapan pertama ke dalam mulutnya. Terasa enak tiba-tiba. Suapan kedua cuba diambil namun, tiba-tiba mangkuk tingkat itu dirampas oleh Syah.

“Kita kongsi ye Aiman, Syah pun lama jugak nie”Syah memberi senyuman palsu sambil mulutnya cuba digagahi untuk menerima suapan dirinya sendiri. Terasa perutnya bagaikan mahu pecah pada ketika itu. Aiman cuba tersenyum, namun jelas senyuman yang dilemparkan itu sekadar ingin menutup rasa marahnya.

“Oooo..Syah makan, lepas tu Aiman pula makan ye”Aiman mengambil sudu di tangan Syah dan membuat suapan untuk dirinya pula. Begitulah tingkah dua manusia itu , bergilir makanan. Sedang semua manusia itu bergelak ketawa melihat tingkah Syah dan Aiman, Mia mengangkat punggungnya dan bergerak di pinggir pantai.

Mia menyeka rambutnya apabila angin malam menutup matanya, membiarkan dirinya tenggelam dalam dunianya sendiri jauh dari mereka. Air pantai sesekali menyentuh kakinya yang tidak berselipar itu.  Tapak kakinya yang menyentuh pasir pantai pada ketika itu berasa sangat menyegarkan. Entah kenapa, malam itu air pantai kelihatan lebih bersinar dan cantik dari sebelumnya. Cahaya bulan yang jatuh pada permukaan air menyebabkan air laut itu kelihatan bercahaya seakan-akan ada emas dan perak di dalamnya.

Mia memandang bayang-bayangnya di atas pasir pantai. Bayang-bayang yang sendirian dan jauh dari orang ramai seperti yang dia idamkan. Tiba-tiba ada satu bayang-bayang bergerak mendekati bayang-bayang. Mia mengerut dahi. Tangan bayang-bayang itu cuba menyentuhnya dan..

“Apa Aril buat kat sini?”Mia laju mencari empunya bayang itu. Bayang mereka kelihatan begitu dekat namun pada keadaan sebenar jarak Aril agak jauh dari dirinya.

Aril tersenyum apabila Mia mula menyedari kehadirannya. Sebenarnya dia telah lama mengekori gadis itu, namun baru sekarang gadis itu tersedar. “Aril saja je nak jalan-jalan, lagipun bahaya nak biar Mia jalan sekarang”

“Mia rasa lagi bahaya kalau Aril ada kat sini”ujar Mia pantas dengan penuh yakin menyebabkan Aril ketawa kecil sambil mengangkat tangannya untuk menutup mulutnya.

Mia mengurut dahinya. Ada sesuatu di tangan Aril menarik perhatian untuk memerhati ke  arah situ. Adakah dia tersilap? Tak mungkin ianya yang sama bukan?

“Kenapa Aril masih belum buang. Dalam sangat ke luka Aril?”soalan Mia menyebabkan Aril mati ketawanya sebentar. Aril mengangkat tangannya meneliti maksud Mia. Band-Aid yang diletak oleh Mia masih kemas berada dipergelangan tangannya. Senyuman pada band-aids itu masih ada Cuma agak pudar dari aslinya.

“Sebab Aril perlukan band-aids nie untuk ubati Aril”luah Aril perlahan sambil memandang gadis kesukaannya. “Apa lagi yang Aril nak ubati, luka Aril tak dalam pun”

“Jantung Aril”

Mia terkedu seketika mendengar pernyataan lelaki itu. Apa lelaki itu mahu lakukan. Kenapa tiba-tiba berkelakuan begitu kepada dirinya. Mana sikap benci lelaki itu kepadanya? Adakah lelaki itu ingin bermain dengan dirinya pula seperti wanita lain dengan sedikit kata-kata manis? Namun kenapa cuba sasarkan kepada dirinya.

“Mia taka da masa dengan benda mengarut macam nie”Mia mula mengatur langkahnya kembali, membuat keputusan untuk tidak melayan sikap playboy lelalki itu. Aril dapat merasakan hatinya pecah berderai, apabila luahan jujurnya langsung tidak diambil peduli oleh Mia. Selama inii dia memang banyak berpura-pura, namun kata-kata itu mudah sahaja mendapatkan wanita yang dia ingini. Namun kenapa pada saat dia benar-benar ikhlas, Mia tidak boleh Nampak semua tu.

“Pada kali pertama, Aril dapat rasakan degupan jantung ini memanggil seseorang”

Langkah Mia terhenti apabila mendengar ungakapan lembut daripada Aril. Apabila dia berpaling, wajah lelaki itu benar-benar berubah, bagaikan menagih kepercayaannya. Adakah lelaki itu masih berlakon?

“Aril rasa degupan jantung Aril bagaikan mahu berhenti apabila tangan Mia diletakkan tepat pada dada Aril hari tu. Lepas tu, Aril selalu anggap band-aids ini sesuatu yang istimewa yang menghubungkan Aril dan Mia. Mia memang tak secantik perempuan yang Aril pernah jumpa sebelum nie, tapi ada sesuatu pasal Mia yang buat Aril tertarik”ujar Aril ikhlas tanpa mempeduli angina pantai yang mula menutupi dahinya. Mia menelan air liurnya, tidak senang dengan apa yang didengarinya. Pandangan Aril bagaikan semakin mengaburi fikirannya, memaksa dia untuk percaya. Sedarlah Mia, lelaki itu memasang perangkap untuk kamu!

“Mia tak tahu apa yang Aril merepek dari tadi, apa yang Aril rasa taka da kena mengena dengan Mia, Aril patut berhenti bermain permainan macam nie.Aril memang bijak dalam permainan macam nie, tapi Aril pun perlu fikir, setiap permainan pasti ada batasnya”nasihat Mia selamba dengan wajah yang tenang. Aril melepaskan keluhan berat, mula menagkap pandangan Mia terhadap dirinya.

“Ini bukan permainan Mia, ini benar-benar apa yang Aril mahukan. Walaupun ini permainan, Mia dan Aril sahaja satu-satu pemainnya, bukan orang lain”Mia mengurut dahinya sekali lagi. Apa maksudnya?

“Apa yang Aril nak maksudkan?”

“Mia dan Aril, takkan ada lagi perempuan lain”

Mia dapat merasakan darahnya bagaikan menyerbu naik dengan penerangan singkat dan padat dari lelaki itu. Wajah serius lelaki itu bagaikan bonus dalam lakonan itu.

“Aril berharap Mia akan percaya dengan kata-kata Aril?”soal Mia ingin melihat sejauh mana lelaki itu masih ingin bermain kata dengannya. Aril tersenyum kecil “Sekurang-kurangnya Aril dah percayakan kata-kata Mia dan Syah”

“Apa yang Aril percaya?”

“Perkahwinan kontrak kan?”perkataan itu menyebabkan degupan jantung Mia semakin bertambah kencang. Senyuman lelaki itu bagaikan mengejek kekalahannya. Rupanya sebab itu lelaki itu tidak takut dengan ugatannya lagi. Sebab kenapa lelaki itu mula mendekatinya. Adakah lelaki itu ingin menunggu kejatuhannya. Itulah permainan yang dimaksudkan nya?


Mia menelan air liur, cuba bersikap tenang. Tidak mahu lelaki itu mengesan perubahan besar pada wajahnya. Kini rahsianya terbongkar di tangan orang yang paling tidak boleh dipercayai. Tangan orang yang mempunyai misi yang cukup menyakinkan untuk membongkar rahsia mereka. Lelaki yang bersuka ria untuk tanpa mempedulikan kesusahan orang lain. Bagai dapat rasakan nasibnya kini di tanagn Aril jika tidak dijaga dengan betul.


“Jadi, apa  yang Aril dan buat sekarang. Aril dan bongkarkan?”soal Mia cuba bertenang. Namun setenag manapun, masih ada getaran dalam ucapannya. Dia benar-benar terasa lemah untuk berdepan dengan Aril ketika itu.

Aril tersenyum melihat Mia. Bukan senang mabu melihat ekspresi selain tenang di wajah yang polo situ. “Tak, Aril pun nak jadi pemain dalam perkahwinan kontrak itu”

Mia mengangkat wajahnya mendengar kata-kata Aril. Aril tersenyum melihat wajah Mia yang jelas terkejut kerana belum sempat dikawal itu. Apabila manusia lain memberi reaksi, itu tidak penting baginya. Namun kalau wanita itu, semuanya kelihatan istimewa sekali. Terasa jantungnya ketika itu ringan sekali, terlalu ringan.

Hanya pandangann bertukar pandangan antara mereka. Tanpa sedar bayang-bayanng mereka begitu dekat antara satu sama lain.

“Apa Mia buat kat sini nie?”Syah datang entah dari mana lalu meletakkan tangannya di atas bahu Mia menyebabkan Mia rimas kerana tidak mampu menampung berat tangan Syah. Laju gadis itu melarikan bahunya. Bukan dia tidak tahu lelaki itu sengaja ingin berlagak mesra di hadapan Aril. Aril ketawa kecil mengejek dengan sikap tidak matang Syah.

“Tak payah”tegas Mia. Syah masih cubameletakkan tangannya buat kali kedua, Mia melarikan lagi. “Marilah Mia, kita kena berlakon”

“Tak payahlah”marah Mia lagi. Syah cuba mengukir senyuman yang sengaja dibuat-buat, “Aril tengok tu”

“Dia dah tahu!”marah Mia lagi dengan sikap Syah. Mendengar kata-kata Mia, menyebabkan Syah sedikit terkedu.

“Mia dah tahu?”soal Syah tidak percaya. Mia hanya menjeling tajam melihat Syah. Kali ini Syah memandang Aril pula “Aril dah beritahu Mia?” Aril tersenyum mengejek.

Mendengar soalan Syah menyebabkan Mia mengangkat kepalanya laju memandnag Syah di sisinya. Lelaki itu tahu perkara nie? Tahu yang Aril dah tahu? Kenapa tidak beritahunya?

“Syah tahu perkara nie, kenapa Syah tak beritahu Mia?”Wajah Syah terus berubah ketakutan apabila dijerkah oleh Mia itu. Bagaikan singa kelaparan lagaknya. Aril mengamati lama wajah Mia itu.

“Tak sangka Mia ada reaksi lain selain tenang. Perkahwinan kontrak dah menyebabkan Mia berlakon banyak reaksi kan?” Sindiran Aril menyebabkan Mia berpaling tajam pula kepada Aril. Entah kenapa teras dirinya diperbodohkan di mata dua lelaki itu sekarang. Rupanya hanya dirinya yang tidak ketahui apa-apa. Adakah dirinya ini satu permainan?

“Mia…”Syah cuba memujuk Mia namun gadis itu lebih pantas berpaling ke arahnya. “Jangan cakap dengan Mia sekarang, Mia tak nak dengar apa-apa lagi”Mia mula mengatur kaki untuk meninggalkan tempat itu, makin lama dia di situ, makin bodoh rasanya. Sebanyak mana lagi rahsia yang dikongsi oleh dua lelaki itu yang dia tidak tahu.

“Mia, janganlah macam nie. Syah memang nak cakap pasal nie tapi…”

“Kenyataannya Syah tak cakap jugak kan? Sampai sekarang, bukan Syah jugak yang cakap bukan?”bidas Mia laju menutup terus mulut Syah. Mia mengeleng kepalanya, kecewa sekali “Mia ingatkan Mia boleh percayakan Syah” Syah terkedu mendengar tutur kata Mia, jelas ada bunyi kekecewaan. Syah cuba menerengkan lebih langjut, namun hanya bibirnya sahaja bergetar. Wajah kecewa Mia bagaikan meranap hatinya.

“Mia nampaknya begitu kecewa dengan Syah”ujar Aril perlahan, cuba menyemarahkan api Syah setelah pemergian Mia itu.

“Apasal Aril buat semua tu, Aril tak boleh tunggu Syah cakap ke?”marah Syah kepada Aril semakin membuak.

“Rasanya Aril ada kata yang Aril sayangkan dia kan?”

Kedua-dua lelaki itu membisu. Angin pantai menemani mereka. Ombak-ombak kecil menampar lembut kaki mereka. Pandangan mereka sudah cukup menceritakan segala-galanya.





“Wow, segarnya angin kat sini”jerit Aiman sambil mendepakan tangannya. Arisyah ketawa kecil, lalu melakukan perkara yang sama di sisi Aiman. “Memang segar sangat”jerit Arisyah mula riang. Seronok dengan keadaannya kini dan berpuas hati kerana misinya untuk mendekati Syah Berjaya. Arisyah berpaling melihat Mia yang baru tiba di khemah mereka, laju dia berlari mendapatkan Mia.

“Mia, jomlah buat dengan Ary”ajak Arisyah riang sambil merangkul lengan Mia. Mia hanya tersenyum pahit lalu mengeleng. “Alaa..jomlah Mia, Ary taka da kawan lain selain Mia. Takkan Mia pun tak suka Ary?”suara Arisyah kedengaran seperti seorang anak-anak yang ingin mengajuk.

“Bukan macam tu Ary, Mia tak bia….”belum sempat Mia menjelaskan, Arisyah terlebih dahulu berlari ke belakang lalu mengangkat kedua-dua belah tangannya, terkedu Mia dibuatnya.

“Segarkan Mia?”Tanya Arisyah ceria jelas di gendang telinganya. Mia dapat merasakan bajunya bagaikan ditampar lembut oleh angina pantai, segar sekali. “Em…seronok”walaupun bunyinya agak hambar, namun cukup mengambirakan Arisyah. Bukan senang mahu wanita itu berkata-kata.

Arisyah memeluk pinggang Mia kemas menyebabkan Mia terkedu. Aiman hanya tersenyum melihat tingkah itu. Dia benar-benar berharap Mia juga dapat mengharungi hidup normal seperti orang lain juga. Mia mula tidak senang, perlahan-lahan dia cuba berpaling ke belakang. Dilihat kepala gadis itu kemas di belakangnya. “Ary…”belum sempat Mia ingin melarang gadis itu, satu ungkapan menarik perhatiannya namun agak perlahan sekali seperti berbisik sendiri.

“Tolong Ary dapatkan Syah”

Mia terkedu. Niatnya untuk menghalang Arisyah terbantut apabila telingannya menangkap ayat tersebut. Adakah dia salah dengar?

“Apa yang Ary buat nie? Peluk-peluk perempuan pulak tu. Lesbian ke apa?”Aril yang muncul dari mana meleraikan pelukan belakang yang dilakukan oleh Arisyah. Arisyah membuat mulut itiknya apabila pelukannya dileraikan. “Apa yang abang Aril buat nie?”marah Arisyah.

“Taklah, abang tengok Arisyah dan Mia berpelukan naik bulu roma abang, dahlah muka Mia nie dah macam hantu dah”gurau Aril sambil menunjuk kea rah Mia. Mia hanya bersikap tenang. Di sisi Aril dia dapat melihat kelihat Syah yang baru sahaja tiba. Wajah lelaki itu kelihat seba salah memandangnya.

“Mulut abang nie memang taka da insurans lah!”Arisyah menepuk bahu abangnya apabila abangnya bergurau begitu. Takut akan menyebabkan Mia terluka.

“Kalau semua dah ada, bolehlah masuk tidur semua kan? Dah nak dekat pukul 1 nie”Aiman memberi cadangan dan diterima baik oleh semua orang. Arisyah mula bergerak ke khemah yang baru dipasang oleh Aiman dan Aril sebentar tadi. Manakala Syah bergerak kea rah yang bertentangan dengan Mia. Aiman dan Aril bergerak untuk memadamkan unggun api.

Syah memasuki khemahnya lalu duduk untuk mencabut selipar. Di ruang di sisi Syah, Mia juga melakukan perkara yang sama mencabut selipar. Lama tingkah laku kedua manusia itu ditonton oleh Aiman, Aril dan Arisyah tanpa berkelip.

“Apa Mia buat kat situ?”soal Aiman menyebabkan Mia mengangkat wajahnya yang sedari tadi ralit membuka seliparnya. Barulah dia perasaan semua wajah memandnag ke arahnya? Tapi kenapa? Syah juga seperti orang bodoh, memandnag kea rah Mia kemudian dengan selambanya menganggat kepalanya memandang orang ramai.

“Kenapa pula?”soal Syah selamba menyebabkan Aiman, Aril dan Arisyah terkejut besar. Mereka tahu yang Syah memang tidak mempunyai minat kepada perempuan begitu juga Mia, namun itu bukannya untuknya alas an untuk mereka tidur bersama.

“Apa kata Mia tidur dengan Ary?”cadang Arisyah mesra, cuba menarik minat Mia. Aiman dan Aril mengangguk serentak. Mia mengurut dahinya tidak memahami, maksud sebenar mereka.

“Tapi, Mia okey je kalau kat sini”jawab Mia selamba sambil memandang manusia di sekelilignya. Nyata wajah-wajah itu semakin terkejut. Aiman membulat matanya tidak percaya, adakah semalaman bersama lelaki itu telah mengubah hatimu Mia. Apa dah terjadi kepada gadis polos  yang aku puja itu!!

“Tukan khemah lelaki Mia”Aiman menyambung kembali menyebabkan Mia sedikit terkejut. Laju Mia memandang Syah begitu juga Syah. Mula menyedari situasi sebenar. Terasa darah menyerbu laju ke wajahnya ketika itu.

“Er…sebenarnya Mia saja je nak duduk sini. Bukannya apa…bukan tu maksud Mia”tergagap-gagap Mia menuturkan penjelasannya sambil memberi isyarat. Syah juga sama kalut memberi penjelasan walaupun tidak dipinta, “Mia, Mia mengigau nie kan? Dia memang cakap sebarangan sikit”jelas Syah lagi.

Aril memandang lama manusia dihadapannya itu sambil mengangkat kening, “Korang tidur sekali ke dalam khemah sebelum nie?”

Soalan Aril menyebabkan Mia dan Syah serentak berpaling. “Mana ada!!”








Episode 10  Full Episode   Episode 12



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...