Tuesday, 25 November 2014

Are You Afraid Of Love:Episode 8

[8]
Noisy Sound From Heart
Mia memegang lama telefon bimbitnya yang kemas berada dalam genggamannya. Dia melihat sekeliling. Entah mengpa tiba-tiba dia berasa begitu asing berada di situ sedangkan itulah tempat yang paling kerap dilawati sejak aakhir-akhir ini. Semuanya gara-gara satu insiden yang telah mengheret dia ke dalam keadaan itu. Matanya dilirik kepada seorang lelaki  yang sedari tadi cuba mendail nombor-nombor yang tentera dalam telefon bimbitnya. Hampir setengah jam dia melakukan perkara yang sama. Apabila keluhan keluar dari mulutnya,nombor lain pula dihubunginya.


“1 minggu lagi?”


Mia memandang tajam ke arah lelaki itu apabila pernyataan itu meniti pada bibinya. Satu minggu lagi?


“Okey,saya faham. Terima kasih”


“Mia.....”


“Syah memang suka bagi masalah kan?”pedas ayat yang dituturkan oleh Mia sambil memandaqng Syah yang telah ketakutan. Suara lelaki itu hampir hilang apabila melihat renungan mata milik Mia, cukup menakutkan.


“Syah tak ada ramai sangat kenalan kat Malaysia nie. Cuma dua orang yang Syah kenal. Tapi masing-masing tak boleh. Ni pun Syah ambil nombor dari kawan Syah.Syah....”belum habis Syah menerangkan keadaan sebenar,Mia terlebih dahulu memotong, “Mia cakap kat Syah jangan gerak kan?”


Syah terdiam. Lama-lama dia tersengih “Sorry,Mia tinggallah kat sini dulu selama seminggu. Tak pun Mia boleh telefon orang lain. Maybe kenalan Mia ke? Atau ada tak kawan-kawan Mia yang ada kenalan lain?” Mia terdiam apabila Syah memberi cadangan tersebut. Telefon bimbitnya dipandang lama. Telefon bimbit yang mempunyai 9 orang kenalan nie? Abangnya,rumah anak yatim yang pernah dia diami , bossnya ,ibu Syah, kenalan bossnya, pengurus flatnya, nombor telefon pengawal flatnya, Arisyah dan Syah? Tak mungkin rasanya mereka akan meminta tolong dari situ? Dia tidak mempunyai kenalan. Macam mana dia mahu meminta tolong? Takkan dia tidak mahu memberitahu Syah tentang itu? Lelaki yang mempunyai kenalan hampir mencecah 1000 orang tu?


“Tak apalah,memandang Syah dah telefon, Mia ikut jelah”


“Ha? Sungguh nie Mia?”soal Syah sambil memandang Mia tidak percaya. Gadis itu hanya mengangguk mengiakan jawapannya sebentar tadi. Tidak sangka gadis itu bersetuju mentah-mentah,sedangkan seminggu bukannya jangka masa yang sekejap. Tetapi lama!


“Boleh Mia pinjam dulu baju Syah?”


“Ha? Kejap-kejap, biar Syah pergi ambil”soal Syah  lalu beredar ke dalam biliknya. Tidak lama selepas itu, Syah muncul dengan baju T-Shirt lengan pendek berwarna putih dengan gambar Doraemon di tengahnya. Mia bangun dari pembaringannya lalu mengambil baju yang berada pada genggaman Syah.


“Ingat Mia nie budak kecik ke apa”Mia membebel sambil kakinya dihayunkan menuju ke bilik air. Syah mengangkat tanganya,mahu sahaja dia ingin mencubit mulut Mia yang lancar sahaja membebel itu,sedanngkan bukan main dia mencari baju itu pada Mia,balik-balik gadis itu membebel pula. Namun itu semua hanya mampu dilakukan di belakang Mia,apabila gadis itu berpaling ke arahnya,laju sekali tangan yang diangkat tadi,digantikan dengan lambaian tangan dengan wajah yang mesra sekali.


“Mandi elok-elok Mia”


Mia hanya memandnag lama wajah Syah sebelum pintu bilik air itu ditutup. Barulah wajah sebenar Syah muncul semula,mulutnya tidak habis-habis membebel mengingati sikap Mia yang dirasakan agak dingin kepadanya. Remote televisyen dibuka,lalu rancangan Naruto muncul pada skrin televisyen.


“Syah, ada nampak telefon Mia tak?” Mia muncul dengan kain tuala pada kepalanya. Tangannya masih rancak mengesat kepalanya dengan kain tuala yang dijumpainya dalam bilik air Syah.


“Em...Syah letak atas meja nie”jawab Syah,namun matanya masih lekap pada skrin televisyen,sedikit pun tidak melihat ke arah Mia. Kusyuk sekali dia menonton cerita Naruto yang disiarkan. Mia mengambil tempat di sisi Syah sambil tangannya masih rancak mengesat rambutnya yang masih basah. Syah bagaikan dapat menghidu sesuatu yang agak berbau apabila Mia berada pada sisinya. Akhirnya, dia berpaling ke arah Mia disisinya, matanya jatuh pada rambut Mia kemudian kepada kain tuala yang sedang digunakan oleh Mia. Itukan...


“Mia ambil kat mana nie?”


“Bilik air”


Sesudah sahaja perkataan itu dituturkan selamba oleh Mia, laju sahaja tuala yang khusyuk digunakan oleh Mia itu dirampas oleh Syah. Bulat mata Syah lalu menghidu kain tuala miliknya. Hidungnya dapat mengesan bau yang kurang menyenangkan,laju sahaja wajah Mia yang kehiranan melihatnya ditatap.


“Bila kali terakhir Mia syampu rambut Mia?”


“Minggu lepas,Mia kena berjimat-cermat.....”

                                                                                                                     
“Berjimat-cermat apanya,rambut Mia berbau macam tong sampah. Mia pernah tak sikat rambut Mia?”soal Syah lagi bagaikan tidak percaya dengan alasan yang diberikan Mia. Minggu lepas? Berjimat-cermat?


“Mia beli sikat bulan lepas, tapi esok harinya,sikat tu hilang. Mia dah cari...”


“Jadi selama sebulan nie Mia tidak pernah sikat rambut?”potong Syah sebelum sempat Mia menghabiskan ceritanya. Bagaikan tahu apa yang bermain di kepala Syah, lambat-lambat Mia mengangguk sambil tertunduk. Sebelum ini dia tidak pernah kisah dengan masalah itu, memandnag dia tidak keluar untuk berjumpa sesiapa pun. Tapi kali ini, Syah tanpa segan silunya, meberi komen tentang dirinya.


“Em...Mia tak payah guna sikat pun tak apa. Kadang-kadang Mia guna tangan je nak sikat....”



“Mia tahu tak Mia tu perempuan? Kalau Mia tidak menghiraukan kecantikan, Syah faham. Tapi takkanlah kebersihan diri pun tak pandai nak jaga. Mia tengok bilik Mia tu, dah macam tempat pembuangan sampah. Buku sana-sini. Ni kain tuala nie, dah macam-macam bau yanga ada”Syah menghulurkan kain tualanya untuk dihidu oleh Mia. Pantas sahaja Mia menepisnya, dengan muka yang mencuka ,Mia bangun lalu beredar ke arah bilik air. Terpengal-pinggal Syah dibuatnya.


Mia mengambil Syampu Gardier for Men lalu memicitnya sehingga mengeluarkan cecair hitam dengan kuantiti yang agak banyak. Syah yang mengekori Mia agak terkejut,lantas sahaja lengan Mia disambar sebelum gadis itu meletakkan cecair itu pada kulit kepalanya.


“Apa Mia buat nie?”


“Syampu rambut. Syah sendiri yang cakap yang.....”belum sempat Mia menghabiskan kata-katanya, Syah terlebih dahulu memotong ayatnya.


“Mia sedar tak ni syampu apa?”soal Syah seakan tidak percaya dengan sikap selamba Mia yang mengambil mudah dalam hal ini. Dia yang lelaki pun tahu bezakan antara syampu untuk lelaki dengan syampu untuk perempuan. Gadis itu selamba je mengadukkan semuanya?


“Syampu jelah”jawab Mia selamba bagaikan tidak mengerti maksud dari soalan Syah. Syah memandang Mia tidak percaya kemudian dia melepaskan ketawa bagaikan ingin menyindir pemikiran Mia yang dirasakan kolat itu.


“Maybe Mia tak reti nak baca. Nie tengok sini, For Men. Mia tak boleh mengadukkan syampu antara lelaki dengan perempuan. Mia kena bezakan. Rambut untuk perem.....”



“Mia pernah guna syampu nie dulu. Tak pernah jadi apa-apa pun pada rambut Mia”jawab Mia selamba yang merasakan sikap prihatin Syah terhadap ‘isu-isu kecil’ begini pun dihebohkan.


“Mia...Mia..pakai? habis syampu perempuan punya, Mia tak pernah pakai?”soal Syah bagaikan tidak percaya dengan pernyataan yang dibuat oleh Mia. Nie perempuan ke apa?


“Mia pernah juga pakai Clean and Clear, Sunsilk,Paintin...bergantung dengan diskaun yang ditawarkan. Selalunya, Mia tukar-tukar jelah...”


“Mia tahu tak rambut kita nie sensitif. Kita kena ibaratkan rambut nie macam kulit kita. Bukan semua benda boleh kita campur macam ni..Ni...”Syah mula memegang rambut Mia yang basah. Walaupun agak geli untuk memegangnya, Syah memegangnya juga untuk menunjukkan Mia situasi sebenar mengenai rambutnya.


“Memang tak peliklah,kenapa rambut Mia macam nie!”Mia memegang rambutnya apabila Syah melepaskan rambutnya. Laju lelaki itu mengesat tangannya pada bajunya sesudah memegang rambut Mia. Rambut yang hampir seminggu tidak disyampu. Mia menyisir rambutnya perlahan-lahan lalu mengerling ke arah lain. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah Syah yang tidak habis-habis membebelnya. Overlah mamat nie.


Syah mengeleng kepalanya apabila melihat Mia yang mula memabsuh tanganya yang bersisa cecair dari Syampu. Matanya tiba-tiba terhenti kepada berus giginya yang dilihat agak berbeza. Tadi berus giginya, diletak di sebelah kanan mulut gelas,sekarang macam mana boleh beralih ke sebelah kiri? Tanganya laju mengambil berus gigi lalu memegang berus giginya dari hujung hingga ke atas. Matanya ligat mengesan perubahan kecil pada berus giginya. Jejemarinya terhenti pada berus gigi tersebut yang dirasakan basah. Basah? Mengeletar tangannya memegang berus giginya sambil matanya dilirik kepada Mia yang dilihat hanya selamba melihatnya sambil menagngakt kening.



“Mia...Mia guna ke?”soal Syah sambil mengangkat berus giginya itu. Ada getaran pada suaranya itu. Nak tutur soalan itu pun rasa susah baginya, inikan pula mendengar jawapan dari Mia. Takkanlahkan? Syampu rambut maybelah. Takkan berus gigi aku pun dia nak kongsi jugak kan? Tukan pengetahuan umum.


“Ha’ah..Mia rasa tak selesa, jadi Mia....”



“Ini berus gigi Syah!!”potong Syah laju sambil merenung tajam ke arah Mia yang selamba sahaja menggunakannya. Ya Allah, perempuan nie memang tak kisah apa-apa kan? Semua dilihat berguna pada matanya. Macam manalah pada zaman yang cukup moden ini,gadis sebegini masih wujud. Agak-agaklah, berus giginya yang diguna saban hari akhirnya diguna oleh Mia tanpa berfikir panjang? Berus gigi mana boleh dikongsi!!!



Mia memandang Syah yang tidak berkelip melihatnya. Bagaikan tidak percaya dengan tingkah lakunya. Akhirnya Mia menunduk sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Adui...mampus!



“Macam manalah Mia boleh terfikir nak guna berus gigi Syah? Mia agak-agaklah, benda yang Syah juga setiap hari untuk berus gigi Syah. Berus gigi! Bukan benda lain tapi gigi!! Mia boleh terfikir nak guna benda tu? Mia tahu tak berus gigi ni tak ada pun orang akan berkongsi. Mereka lagi sanggup berus gigi pakai tangan daripada berkongsi berus gigi yang sama? Mia tahu tak?”bebel Syah tidak henti-henti sejak peristiwa tadi sambil memegang berus giginya ke hulur ke hilir dengan niat untuk memberi pengajaran kepada Mia.


Mia yang tegun duduk di atas sofa memegang kepalanya. Hampir setengah jam sejak peristiwa tadi, Syah terus membebel perkara yang sama kepadanya. Ya Allah lambat lagi ke nak habis ni?



“Mia tahu tak kuman tak semestinya 100% hilang apabila kita membasih berus gigi nie dengan air. Boleh jadi juga, kuman tersebut terselit di sebalik berus gigi nie. Dan Mia secara tidak langsung telah memindahkan berus gigi ini ke badan Mia.  Apa yang akan terjadi? Bukan sahaja berus gigi itu akan menjangkiti bahagian dalam rongga mulut Mia tetapi juga seluruh badan Mia. Diibaratkan memasukkan berus gigi nie ke rongga mulut Mia bagaikan memasukkan tong sampah ke dalam mulut Mia. Bayangkan tong sampah...masukk.....”Syah terus menerus mengeluarkan hujahnya dengan yakin sekali. Siap dengan gaya sekali dilakukan oleh lelaki nitu. Cukup terperinci maklumat yang disampaikan. Kalah cikgu dan pensyarah jawabnya. Penjual barangan kosmetik pun boleh kalah apabila berhujah dengannya.



Mia membulat matanya. Ibarat memasukkan tong sampah ke dalam mulut? Amboi-amboi, agak-agaklah nak bagi perumpaan pun. Takkan lah sampai tong sampah pun kau nak kaut sekali? Rengus hati kecil Mia. Sumpah,dia benar-benar bosan. Tambah-tambah pula lelaki itu memang secara semulajadinya banyak mulut. Memang aummm terus lah dia dibebel. Hampir pecah telinganya mendengar bebelan Syah. Rasa macam telinga dah imum dengan suara lelaki itu.


“Mia faham. Mia faham. Lain kali Mia tak buat dah”potong Mia dengan hajat lelaki itu akan menghabiskan bebelannya. Sumpah dia dah faham 100%. Dia tak akan guna lagi berus gigi lelaki itu. Memang dia tak akan guna dah!


“Nie..Mia baca nie”kali ini Syah menunjukkan telefon bimbitnya pula. Paparan mengenai berus gigi terpamer pada skrin telefon lelaki itu. Kesan berus gigi yang dikongsi? Mia membaca baris tajuk yang dihighlight oleh Syah itu. Mamat nie siap cari maklumat dalam Internet?



“Mia betul-betul dah faham! Syah dahlah membebel kat Mia. Bukan Syah yang tanggung sakit! Mia! Mia yang guna berus gigi tu. Yang dijangkiti kuman badan Mia, bukan Syah! Syah tak payah nak over sangat lah. Kalau Syah risau sangat dengan duit Syah yang beli berus gigi tu,esok Mia cari berus gigi lain. Berus gigi yang paling mahal sekali. Puas hati?!” Mia akhirnya terus meledakkan marahnya apabila Syah terus-terusan mengesa dirinya untuk melihat artikel yang dipaparkan. Terkejut beruk Syah apabila ditengkin begitu. Mia merengus perlahan lalu berbaring bertentangkan dengan Syah sambil memeluk bantal yang terdapat pada sofa merah milik Syah. Berpura-pura mahu tidur.


“Mia..Syah nak nasihat kan Mia sebab Mia”bergetar suara Syah ingin menjelaskan keadaan sebenar tetapi Mia lebih laju memotongnya “Mia nak tidur”pendek sahaja pernyataan daripada Mia,tetapi cukup untuk membuat Syah mengangguk ketakutan lalu beredar daripada situ.


Mia membuka matanya perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekeliling. Dia menarik nafas lega apabila kelibat Syah sudah tidak kelihatan.


“Mamat tu memang bercita-cita nak jadi datuk ke apa”rungut Mia perlahan.



“Eishh,makcik pengotor tu,aku pulak kena marah. Dahlah pengotor,orang nak bagi nasihat tak nak dengar”Syah membuang berus giginya ke dalam tong sampah berhampiran dengan mejanya. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah Mia. Bagaikan menyambung kembali hujahnya sebentar tadi.



“Nanti dulu, kenapa aku pulak kena marah? Memang sah-sah nie salah dia guna berus gigi aku,duduk rumah aku. Dia boleh marah kat aku? Aku?”Syah menyoal dirinya bagaikan tidak percaya dengan tindakan Mia sambil tangannya menepuk-nepuk dadanya menahan marah.


“Aku yang risaukan keselamatan dan kesihatan dia, boleh dia marah aku balik? Ingat senang ke aku nak cari maklumat tu semua?”Syah menyambung bebelannya sambil memegang telefon bimbitnya pada gengamannya.



“Huh..minah tu memang bukan perempuan. Memang aku tak payah risau sangat dengan perjanjian kami tu. Memang sah-sah tak ada benda nya aku nak langgar”Syah sudah memulakan sesi bercakap seorang diri dalam biliknya apabila hujahnya tidak mahu didengari oleh Mia. Selagi hujahnya tidak disampaikan,selagi tu dia tidak berpuas hati. Biarpun tiada yang dengar,asalkan benda itu terlepas dalam mulutnya.


“Jangan jatuh cinta? Hahaha...jangan buat aku ketawalah. Makcik bukan perempuan pun. Belum tentu perempuan, aku nak jatu cinta macam mana”Syah terus terusan menyambung hujahnya seakan masih tidak berpuas hati dengan perangai Mia. Manakala pada ruang tamu, mulut Mia berkumat-kamit menyumpah Syah sambil memeluk batal tersebut. Masih segar matanya apabila mulutnya masih lancar menyumpah Syah tanpa berhenti. Semua peristiwa lampau diungkit balik,untuk memuaskan mulut masing-masing menyumpah.







******************************************************************************************************************

 Syah mengelap wajahnya yang segar selepas selesai mandi sebentar tadi. Selepas selesai menyelesaikan solat subuh,dia perasaan gadis itu juga sedang khusyuk mengerjakan solat subuh dengan memakai pakaian berlengan panjang miliknya,skrit labuhnya dan stokin untuk mengerjakan solat subuh. Baru sedar,gadis itu tidak mempunyai kain sembahyang. Syah meletakkan kain tuala kecilnya pada penyidai berhampiran sinki tersebut. Baru sahaja tangannya ingin mencapai berus gigi pada gelas kebiasaannya,baru tersedar berus gigi tersebut tiada. Baru terlintas, dia telah membuang berus gigi itu semalam. Aduii..Makcik tu lagi!



Syah mengering rambutnya dengan pengering rambut tanpa mengosok giginya. Sungguh dia rasa tidak selesa jika tidak berus giginya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membeli sendiri berus gigi tersebut. Nak tunggu Mia? Berjanggut lah jawapnya.


Syah memakai kasut sambil matanya dilirik kepada Mia yang masih dibuai mimpi walaupun jam telah menunjukkan pukul 8 pagi. Memang dah makcik tua aku tengok. Syah membuka pintu perlahan-lahan agar tidak didengar oleh Mia lalu keluar untuk membeli berus giginya.






******************************************************************************************************************************************
Deretan berus gigi itu dipegang oleh Syah perlahan-lahan. Satu jenis berus gigi diambil,selepas membaca maklumat yang tentera pada berus gigi tersebut,akhirnya Syah meletak kebali. Tidak berpuas hati dengan kelebihan yang ditawarkan. Berus gigi jenama lain pula dicapai. Pekerja yang berada di situ melihat Syah tidak berkelip. Mana tidaknya, wajah Syah memang kacak dan comel. Tambahan pula hampir 30 minit lelaki itu berada di situ,memang dijadikan bahan tatapan lah.


“Erm..yang ni paling bagus”Syah akhirnya berpuas hati dan akhirnya meletakkan berus gigi tersebut ke dala troley sebagai barang yang pertama dibeli selepas hampir setengah jam memilih berus gigi. Syah menolak troley perlahan-lahan untuk menuju ke arah kain tuala pula. Baru sahaja beberapa langkah, Syah mengundur semula sambil menarik troleynya. Deretan berus gigi itu dilihat kembali.


Berus gigi yang berwarna pink diambil lalu dibelek perlahan-lahan. Jenis yang sama dengannya,Cuma warna sahaja yang berbeza. Tiba-tiba sahaja wajah Mia terbayang di wajahnya.



“Em..aku ambil nie sebab nak elak makcik tu guna berus gigi aku. Bukannya nak tolong dia ke apa. Untuk kepentingan diri aku juga” Syah mula berkira-kira ingin membeli berus gigi tersebut. Akhirnya berus gigi tersebut juga dicampak ke dalam troley. Terbayang wajah Mia yang mengucapkan terima kasih kepadanya. Tidak semena-mena,ada senyuman nakal terukir pada wajahnya.


Syah mengambil dua tuala berwarna berbeza, satu berwarna merah jambu dan satu lagi berwarna merah muda melambangkan jantina lelaki dan perempuan.



“Betul tu, baik aku yang beli kat dia. Kalau minah tu yang beli semua nak dibahamnya. Tak pandai nak pilih betul. Memandangkan aku yang ada pengetahuan yang mendalam dari dia nie, biar aku jelah yang beli” Syah meletakkan tuala tersebut ke dalam troley sambil tersengih-sengih menuju ke pembersih muka pula. Walaupun pemberih mukanya telah lama habis, dia sudah berkira-kira ingin membeli pembersih muka dan syampu untuk Mia memandangkan itu keperluan asas yang seseorang wanita perlu ada. Gadis itu perlu bermula untuk menjaga dirinya sendiri. Tanpa sedar ada senyuman yang terukir,menandakan tanpa edar dia seronok melakukan kerja itu. Kerja yang dilakukan untuk Mia.


Syah mengeluarkan wang dari dompetnya suntuk dibayar. Penjaga kaunter wanita itu sedari tadi memandangnya tidak berkelip. Bagaikan mengenali wajah dihadapannya itu.


“Berapa?”soal Syah mematikan lamunan gadis itu yang ralit memandangnya. Setelah disoal barulah gadis itu tergesa-gesa mengimbas harga yang diambil oleh Syah. Syah memandang gadis itu dengan pelik. “Kenapa?”



“Erm..wajah encik macam pernah dilihat. Mungkin saya silap orang. Maaf”jawab gadis itu tergagap-gagap. Syah memandang wajah penjaga kaunter itu lama. Bagaikan ada sesuatu yang difikirkan.




“Kat sini, ada jual kain solat untuk wanita tak?”




*********************************************************************************************************************
Mia memandang biliknya dari balkoni Syah. Udara segar menampar pipinya menyebabkan matanya lebih segar daripada biasa. Lama beranda biliknya dilihat. Seminggu sahaja lagi. Seminggu je. Bukannya lama. Syah sudah lama beredar sejurus dia bangun dari tidurnya. Akibat kebosanan,dia menghabiskan masa untuk melihat beranda bilinya.


Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Abangnya? Sejak akhir-akhir ini,abangnya kerap menghubungi. Hari ini sahaja berapa banyak missed call yang diterima. Panggilan pertama dibiarkan sepi. Apabila masuk panggilan kedua,lambat-lambat Mia menghayunkan kakinya untuk menjawab panggilan tersebut. Punat berwarna hijau ditekan.


“Apasal aku telefon kau tak angkat? Aku pergi rumah kau semalam kau tak bukak ? kau memang nak kena dengan aku ke apa?” tanpa salam,tanpa bertanya khabar, tiba-tiba Mia ditengking begitu. Berdesing telinga Mia mendengar suara amarah abangnya. Sedab itu dia malas untuk menjawab panggilan abangnya,hanya maki hamun yang diperolehinya. Tiada benda lain.


“Abang nak apa?”soal Mia cepat-cepat. Sebolehnya dia mahu terus menamatkan perbualan tersebut daripada terus berpanjangan. Dia sudh malas mendengar suara tersebut. Suara yang terus berterusan menegkinnya.



“Aku nak jumpa dengan kau sekarang juga! Aku tak kira kau sibuk ke,apa ke, aku nak kau turun juga”Mia menjauhkan telefon bimbit dari telinganya apabila dirasakan suara abangnya semakin kuat mengetuk gendang telinganya. “Abang nak jumpa kat mana?” Mia akhirnya memberi kata putus untuk mengelak masalh ini berleluasa. Lagi terk jika abangnya melibatkan keluarga Syah dalam hal ini,memandnagkan dia dan Syah hanyalah hubungan yang bersifat sementara.



***********************************************************************************************************
Syah membuka pintu sambil membimbit beg plastik yang berisi barang yang dibeli itu dengan wajah yang ceria sekali. Nama Mia terus-terusan dipanggil untuk menunjukkan barang yang dibelinya kepada Mia. Namun tiada satu punsahutan yang didengari setiap penjuru rumah itu dilihat,namun kelibat Mia masih tidak kelihatan. Akhirnya Syah mengatur langkah ke dapur untuk menyusun barang-barang yang dibelinya ke dalam peti sejuk ada sejebis nota ditulis pada nota tersebut.


‘Mia keluar sebentar sebab ada urusan. Mia sekarang tak ada kredit. Kalau ada apa-apa telefon Mia’


“Kalau ada apa-apa telefon Mia?”Syah membaca ayat terakhir yang ditulis oleh Mia. Satu ketawa yang dibuat-buat tercetus dari mulutnya. “Dia ingat aku akan risaukan dia ke? Macam tak de kerja aku nie”Syah mengumpal kertas tersebut lalu membuangnya ke lantai. Entah kenapa tiba-tiba dia beras marah apabila mengetahui Mia tiada di rumah sedangkan dia ingin menunjukkan barang yang dibelinya kepada gadis tersebut. Balik-balik gadis itu hanya meninggalkan nota. Siap suruh telefon dia lagi kalau ada apa-apa? Melampau betullah!


Syah menghempas badannya badan sofa sambil matanya terpejam rapat. Bunyi jam menganggu fikirannya. Lambat-lambat mata dibuka lalu dilirik kepada beg plastik yang belum dibukanya. Beg plastik yang berisi barang mandian Mia dan diirnya. Lama dia merenung beg plastik tersebut.



“Aduii..kenapalah tiada cerita best hari nie”Syah mengambil beg plastik tersebut lalu menyusun barang mandian satu persatu dalam bilik air. Berus giginya dan Mia diletakkan bersama dalam gelasnya. Tuala berwarna merah jambu dan biru diletakkan pada penyidai kain tuala. Pembersih muka dan syampu disusun kemas pada sinki biliknya. Sekejap dia mengalih kedudukan tersebut,sekejap dia kembalikan pada kedudukan asal. Bagaikan mengambil serius dengan kedudukan tersebut.




Syah terus-terusan menyusun peralatan mandian tersebut tanpa sedar ada senyuman yang terukir di wjahnya. Senyuman yang cukup ceria sekali.










*******************************************************************************************************************************
“Abang nak apa?”


Adam memandang geram wajah Mia yang masih bersikap tenang di hadapannya. Wajah tenang Mia menyakitkan hatinya. Sedangkan dia kusut melayan berita yang tersebar pada dirinya, Mia masih boleh bersikap tenang begitu? Kurang ajar!


“Seronoklah sekarang. Kahwin dengan orang kaya. Kahwin free pulak tu”sindir Adam sinis sambil bergerak bertentangan ke arah Mia. Adam melihat sungai yang terbentang luas di hadapannya. Tanpa tidak sedikit pun tenang melihat semua ini mengingati peristiwa sebelum ini. Selama seminggu dia datang ke pejabat,dia terpaksa menadah telinga menahan berita yang mengatakan adiknya telah berkahwin atas tuduhan zina. Sejak kes itu jugalah, tertedah terus identitinya sebagai anak angkat keluarganya. Kini dia dituduh pula menumpang kasih dan harta keluarga angkatnya. Mana dia nak letak mukanya?


“Yang abang nak marah Mia sangat kenapa?”soal Mia tidak berpuas hati. Dia yang tertuduh zina,bukannya abangnya. Bukannya lelaki itu yang terpaksa menahan kesusahan dia sekarang. Bukan lelaki itu yang terpaksa menandatanagi kontrak perjanjian. Bukan lelaki itu yang perlu berhadapan dengan keluarga Syah. Dia yang buat semuanya. Apa hak lelaki itu nak marah padnya?


“Sebab kau berzinalah aku yang dapat malu. Sebab kau berzinalah,sekarang semua orang cakap aku ni tak layak pegang jawatan yang aku ada sekarang. Sebab kau, aku terpaksa menjawap soalan dari isteri aku...”suara Adam mula teresak-esak meluahkan perasaannya. Terdiam Mia seketika apabila adair jernih betakung dalam mata abangnya. Air yang telah bertahun-tahun lamanya tidak dilihat.



“Sebab kau berzina,jawatan aku sekarang dipersoalkan. Biarpun aku telah bersusah payah membangunkan syarikat itu,usaha aku dipersoalkan seolah-olah apa yang aku dapat tu hadiah. Aku berusaha keras ketika itu. Hanya itu sahaja pilihan aku ada. Berusaha. Aku tak tidur,tak makan untuk capai semua tu. Kini aku dipersoalkan. Kau rasa macam mana?”sergah Adam dengan penuh emosi. Air mata yang ditahan sedari tadi menitis jua. Adam menutup wajahnya daripada dilihat oleh Mia. Sungguh dia tidak sangka keadaa tersebut akan terjadi. Sayu hatinya melihat rintihan abangnya.


“Abang....”


“Kau tau tak sekarang isteri aku pun tak percayakan aku? Dia mempersoalkan asal-usul aku. Dia siap hantar orang kat rumah anak yatim tu nak siasat pasal aku. Takut aku ni anak luar nikah..hahhaha”ada gelakan pada hujung ayatnya. Ketawa yang dibuat-buat. Mia mula diserang rasa bersalah. Perlahan-lahan bahu abangnya dipegang,namun abangnya laju menepisnya.



“Apsal kau muncul dalam hidup aku? Apasal kau yang jadi adik aku?”



“Abang,Mia minta maaf. Mia tak minta jadi semua nie...benda tu jadi dengan sendiri”belum sempat Mia menghabiskan ayatnya,Adam terlebih dahulu memotong “Jadi semua nie salah abang?”


“Bukan tu maksud Mia”Mia mula berlembut apabila abangnya agak beremosi. Mia mula mendekati abangnya tetapi lelaki itu masih menjauhkan diri.


“Siapa yang nak bertanggungjawab sekarang dengan hidup Aku? Aku dah cakap kau jangan kacau hidup aku,kau kacau jugak. Sebab kau, abah tak ada,sekrang kau nak rampas hidup aku pulak. Sebab tu lah ramai yang cakap kat umi supaya gugurkan kau. Kau tu tak sepatutnya ada dalam dunia nie”sergah Adam marah. Mia tahu Adam beremosi,namun tipulah kalau memberitahu dia tidak sedikit pun tersentuh dengan tuduhan itu. Gugurkan kandungan? Aku tak payah wujud?


“Baik abang tarik balik apa yang abang cakap. Bukan salah Mia abah tak ada!”jawab Mia pula tenang. Misinya pda awalnya mahu menenagkan hati abangnya berbalik untuk menenagkan hatinya pula. Dia tahu bunyinya agak pentingkan diri sendiri,tetapi dia juga ada hati. Dia juga sayang akan ayahnya.


“Habis salah siapa? Sebab Mia yang merengek  nak sangat pergi pantai,abah accident! Sebab sikap pentingkan diri Mia nak menunjuk pada raka-rakan Mia, umi dan abah tak ada!  Mia yang bunuh mereka! Mia yang jadikan abang ank yatim piatu dulu. Sekarang Mia nak jadikan abang bankrup? Duda?”Mia terdiam apabila abangnya mengungkit kembali peristiwa dahulu. Peristiwa yang cuba dia lupakan. Terbongkar segalanya. Akhirnya terbongkar siapa pembunuh ayah dan ibunya. Dia sendiri.


“Mia tak bermaksud nak buat macam tu. Mia sayangkan mereka....”Air mata Mia telah menitis laju. Sumpah dia menyesal. Menyesal dengan tindakannya dahulu. Menyesal kerana merengek kerana mahukan pantai. “Habis kenapa Mia bunuh mereka?”pantas sahaja Adam menyampuk.



“Selama  nie,aku sahaja dilihat sebagai watak yang jahat. Sebab aku yang bersuara kasar. Tapi mereka tak pernah tahu perkara sebenar. Oarang yang diam macam kau yang paling jahat sebenarnya!!” Mia sudah tidak peduli. Air matanya menitis lebih laju dari biasa. Bunyi hon kereta yang panjang. Bunyi tangisan uminya. Bunyi jeritan ayahnya. Dan akhirnya semuanya kabur apabila dia dapat rasakan pelukan ayahnya disisinya.


“Mia sayangkan mereka ...Mia sayangkan abang jugak”Mia mula memeluk lengan abangnya. Bagaikan dipeluk oleh anjing,Adam serta-merta menolak tubuh tersebut sehingga tercampak ke atas lantai. Teresak-esak wajah Mia menahan tangisan.


“Aku tak ada adik macam kau. Kau tak habis-habis buat sial kat aku. Apasal kau muncul dalam hidup nie?”


“kehadiran Mia dalam hidup abang satu kesalahan ke? Bukan Mia yang minta dilahirkan....”belum habis Mia menyudahkan kata-katanya, Syah memotong kata-katanya.”Bila Mia tahu kehadiran Mia nie satu kesalahan,apasal Mia tak kembali je?”


“Apa maksud abang?”


“Pergi mati! Sepatutnya Mia yang mati ketika  tu,bukan umi dan abah!!” Mia terdiam. Lama dia terdiam memikirkan sesuatu.  Ya Allah sampai begitu sekali dia bencikan aku. Sampai mahukan aku mati?


Deringan telefon bimbit menyebabkan tumpuan Adam kembali Mia terganggu. Terus sahaja telefon bimbit yang dikeluarkan oleh Mia dirampas oleh Adam. Nama Syah tentera pada skrin telefon tersebut. Satu senyuman sinis terukir. Laju sahaja tangan Adam mencampak telefon bimbit Mia ke dalam sungai yang terbentang luas di hadapan mereka.


“Apa yang abang buat nie? Kenapa campak telefon.....”


“Kau rasa sedih dengan kehilangan telefon yang berharga 20ringgit tu? Habis kau rasa aku macam mana? Aku hilang benda yang tinggi nilainya dalam hidup aku,umi dan abah. Jawatan aku dipersoalkan. Balik rumah,aku bergaduh dengan isteri aku”sergah Adam kembali. Dia meletakkan tangannya pada dadanya,ditumbuk dadanya beberapa kali bersama air mata yang berlinang.


“Mia pun anak mereka...”Adam sudah hilang sabar. Sekali lagi ayat Mia dipotong” macam mana kau boleh jadi anak mereka sedangkan kau bukan adik aku?” Mia sebak sekali,seluruh tubuhnya terasa lemah. Matanya kabur dengan air mata, rambutnya kusut setelah ditolak oleh Adam. Laju dia merangkak lalu memeluk erat kaki Adam.


“Mia minta maaf. Mia minta maaf. Apa yang perlu Mia buat untuk membetulkan semuanya?”soal Mia sambil matanya dilirik kepada Adam yang sudah dilirik ke arah lain. Ada titisan jernih pada hujung mata Adam apabila adiknya memeluk erat kakinya. Pelukan yang telah lama dilupakan.


“Lenyap”


Hanya sepatah kata itu diucapkan oleh Adam sebelum berlalu meninggalkan Mia yang yang terpinggal-pinggal seorang diri. Teresak-esak mengenagkan itulah kali terakhir dia akan melihat abangnya.


“Anggaplah abang dah mati bersama umi dan abah yang Mia bunuh. Kalau apa-apa terjadi pada abang,jangan sesekali pun Mia datang. Sebab Mia berzina,kita berjumpa kembali. Perjumpaan itu hanya satu kesilapan. Jangan ulangi lagi. Baik kita kembali pada hidup masing-masing. Hidup sebelum kes berzina Mia tu” Adam meninggalkan Mia. Kereta berwarna silver itu meninggalkan Mia yang teresak-esak menangis. Asap hitam dari kereta tersebut menjadi peneman Mia yang teresak menangis. Itulah kali pertama dia menangis sekuat itu sejak kematian ibu bapanya. Teriakan itu kembali menghuni suasana setelah dia ‘kehilangan’ abangnya pula.








*****************************************************************************************************
Mia membuka pintu rumah Syah. Baru sahaja seinci pintu itu dibuka, Syah terlebih laju membukanya untuk Mia. Wajah Syah dilihat sangat pucat memandang Mia dari atas hingga bawah. Nafsnya dapat didengar dengan jelas oleh Mia.


“Apasal Syah telefon Mia tak angkat?”


“Mia silent”


Bagaikan malas mahu bergaduh dengan Syah, Mia sudah bergerak ke arah sofa melintasi Syah yang terpinggal-pinggal sendirian. Lantas sahaja lengan Mia disambar oleh Syah. Mia yang pada awalnya telah beremosi,semakin beremosi jadinya. Lengannya cuba ditarik,namun Syah lebih kuat memegangnya.


“Mia tahu tak berapa kali Syah telefon Mia? Tolonglah jangan buat perangai macam nie!”nasihat Syah lembut  dengan wajah risau. Mia semakin rimas. Rimas dengan semua masalah yang ada. Nie, Syah kembali membebel kepadanya.


“Mia letih sekarang. Kita bincang lain kalilah”belum selangkah Mia menapak menuju ke sofa. Satu ayat daripada Syah telah mematikan langkahnya.


“Abang Mia accident”


Bagaikan mahu gugur jantung Mia mendengar berita itu. Tak mungkin. Baru sahaja 2 jam yang lalu dia berjumpa dengan abangnya. Apa maksud lelaki itu abangnya accident?



“Habis salah siapa? Sebab Mia yang merengek  nak sangat pergi pantai,abah accident! Sebab sikap pentingkan diri Mia nak menunjuk pada raka-rakan Mia, umi dan abah tak ada!  Mia yang bunuh mereka! Mia yang jadikan abang ank yatim piatu dulu. Sekarang Mia nak jadikan abang bankrup? Duda?”


“Kau rasa sedih dengan kehilangan telefon yang berharga 20ringgit tu? Habis kau rasa aku macam mana? Aku hilang benda yang tinggi nilainya dalam hidup aku,umi dan abah. Jawatan aku dipersoalkan. Balik rumah,aku bergaduh dengan isteri aku”


” macam mana kau boleh jadi anak mereka sedangkan kau bukan adik aku?”


“Lenyap”


“Anggaplah abang dah mati bersama umi dan abah yang Mia bunuh. Kalau apa-apa terjadi pada abang,jangan sesekali pun Mia datang. Sebab Mia berzina,kita berjumpa kembali. Perjumpaan itu hanya satu kesilapan. Jangan ulangi lagi. Baik kita kembali pada hidup masing-masing. Hidup sebelum kes berzina Mia tu”


Ya Allah,kenapa semua ini akan terjadi selepas berjumpanya dengan aku? Adakah benar aku membawa sial? Adakah benar aku tak sepatutnya wujud dalam dunia nie?


“Jom kita jumpa abang Mia kat hospital. Syah dah panggil teksi” Syah sudah menarik lengan Mia untuk mengikutnya tetapi Mia terlebih dahulu menarik kembali tangannya. Terkejut Syah dengan tindakan Mia.


“Mia tak ada abang. Syah salah orang” Mia kembali bergerak ke arah televiseyn. Remote kawalan dicapai. Bukan main terkejut Syah apabila melihat Mia masih mampu menonton televisyen seperti biasa walaupun abangnya telah terlantar di hospital. Memang tak ada perasaan betul! Hati batu!


“Mari!”


“Mia dah cakap Mia tak ada abang! Mia sorang-sorang je dalam dunia nie” marah Mia apabila Syah masih bertegas dengan pendiriannya. Wajah Mia ditatap lama,memang tiada sedikit pun air mata yang mengalir. Matanya tidak sedikit pun berkaca. Tetap tenang seperti biasa bahgaikan tiada perasaan. Mana sifat perikemanusian kau Mia?


“Walaupun hubungan Mia dan Adam tidak berapa baik, itu tidak bermakna dia bukan abang Mia!”


Lengan Mia akhirnya diheret walaupun gadis itu masih berkeras tidak mahu mengikutnya. Sepanjang perjalanan, Mia hanya memaperkan wajah tenang tanpa sedikit pun rasa risau. Syah pula yang lebih-lebih berdoa akan kesejahteraan abang iparnya itu. Sedangkan Mia adik kandungnya,tidak menunjukkan apa-apa reaksi.















*****************************************************************************************************************
“Abang, Aisyah minta maaf. Aisyah tak sepatutnya buat macam tu pada abang”suara tangisan seorang wanita mmenyebabkan langkah Mia untuk memasuki kamar tersebut tertunda. Hanya tangisan yang kuat didengari bersama-sama raungan yang kuat.


“Abang dah lama maafkan Aisyah. Kalau abang berada di tempat Aisyah pun, abang akan buat begitu” walaupun tangannya berbalut kemas oleh doktor, namun tangan isterinya masih dicapai lalu diramas perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Tidak disangka kemalangannya telah membuka mata isterinya untuk menerimanya kembali. Keluarga angkatnya tidak putus-putus memberi kata0kata semangat agar terus memperjuangkan jawatan yang dipegang kini.


“Abang tak boleh maafkan Aisyah macam tu sahaja. Aisyah tak banyak buat salah dengan abang. Malah Aisyah sendiri panggil abang....”Aisyah tidak mampu meneruskan kata-katanya. Balutan pada dahi Adam yang masih bersisa dengan darah menghancurkan segenap hatinya.Ya Allah, aku mahukan syurga. Namun aku telah menzalimi suami sendiri Ya Allah. Aku telah berlaku kasar kepadanya.


“Dahlah Aisyah. Kami faham. Kami juga minta maaf kerana merahsiakan latar belakang Adam daripada kamu. Adam sendiri yang meminta kami berbuat demikian. Dia takut kamu akan malu dengan latar belakangnya yang berasal dari keluarga yang miskin”luah ibu angkat Adam, Marissa tennag sambil mengusap-ngusap kepala menantunya itu. Mujurlah kecederaan yang dialami Adam tidak serius memandangkan kereta Adam hanya terlanggar pokok d bahu jalan kerana ingin mengelak daripada lori. Mujurlah lelaki itu hanya mengalami kecederaan ringan.


“Aisyah cintakan Adam ibu, Aisyah tak pernah pandang semua tu Aisyah Cuma terkilan kerana Adam merahsiakan perkara sebenar dari Aisyah. Kemudian ada pUla rumor yang mengatakan Adam anak luar nikah. Aisyah minta maaf sebab tuduh macam tu. Aisyah tak tahu keluarga Adam dah....”Adam meletakkan jari telunjukkan pada bibir isterinya yang mungil itu. Dengan senyuman tawar,air mata isterinya dikesat perlahan-lahan dengan hujung jarinya. Syukurlah semuanya telah selesai. Kejadian kemalangannya telah membuka mata staf-staf pekerja dan isterinya untuk menerima dirinya. Kini Cuma satu masalah sahaja belum selesai. Masalah yang dia timbulkan sendiri.


“Aisyah terima kasih sebab sanggup terima abang dalam Aisyah. Sebenarnya abang lagi buat kesalahn besar. Lebih besar dari kesalahan Aisyah. Abang......”belum sempat Adam meluahkan kkata-katanya,terdengar berlaku tolakan disebalik pintu bilik kamarnya.


“Masuklah Mia. Apasal tercengat kat sini? Betullah nombor bilik nie”Syah mengheret tangan Mia sambil membuka pintu kamar tersebut. Dia baru sahaja selesai membeli sedikit buah tangan, balik-balik dia melihat Mia tercegat di hadapan kamar tersebut. Apa lagi,heretlah masuk. “Syah, Mia...”belum sempat Mia menarik tanagnnya,pintu kamar itu dibuka,terserlah wajah keluarga angkat Syah,Aisyah dan Adam yang terkejut dengan keberadaannya dan Syah.


“Mia?”tergeta-getar suara Adam memanggil nama Mia. Mia bagaikan mahu menangis mellihat keadaan abangnya. Namun....


“Anggaplah abang dah mati bersama umi dan abah yang Mia bunuh. Kalau apa-apa terjadi pada abang,jangan sesekali pun Mia datang. Sebab Mia berzina,kita berjumpa kembali. Perjumpaan itu hanya satu kesilapan. Jangan ulangi lagi. Baik kita kembali pada hidup masing-masing. Hidup sebelum kes berzina Mia tu”


Syah menolak tubuh Mia agar mendekati  Adam yang terlantar memandang sayu kepada Mia. Namun Mia mengeraskan badannya. Semakin kuat Syah menolak badannya,semakin kuat dia mengeraskan diri.


“Mia...jom kita salam”ajak Syah sambil memberi isyarat kepada Mia yang dilihat tenang sahaja di hhadapannya. Tangan Mia dipegang,namun gadis itu lebih laju menepisnya.


“Tu bukan abang Mia”


Perlahan sahaja suara Mia namun cukup untuk didengari oleh seluruh isi bilik itu termasuk Adam. Adam menelan air liurnya kesat. Kejadian tengah hari tadi terbayang kembbali di ruang matanya. Hanya dia dan Mia tahu perkara tersebut. Kemalangan yang menimpa dirinya telah membuka matanya,membuka matanya betapa jahilnya dia terhadap Mia selama ini.


“Apa Mia cakap nie? Haha...Mia memang suka buat lawak”Syah ketawa buat-buat untuk menceriakan suasana. Wajah Mia ditepinya dikerling,minah nie memang hati batu. Keluarga accident pun tak rasa sedih? Darah daging sendiri?


“Mia tak buat lawak. Memang nie bukan abang Mia. Mia tak ada abang. Maafkan saya kerana menganggu keluarga kamu sekalian. Maaf” seseudah sahaja Mia menghabiskan kata-katanya,dia bergegas keluar daripada situ tanpa sedikit pun mengerling ke belakang. Laju mengatur geraknya meninggalkan Syah yang terpinggal-pinggal. Syah yang tidak sempat menahan Mia akhirnya mula bergerak menangkap Mia.


“Maafkan kami. Maaf..Mia tak ada niat nak buat macam tu” Syah memohon maaf sebelum berlalu meninggalkan keluarga angkat Adam. Pintu bilik hospital ditutp rapat. Aisyah mengerling lembut ke arah Adam dengan wajah kehairanan. “Siapa tu abang?”


“Kalau abang beitahu Aisyah,Aisyah janji akan percayakan abang kali ini?”Aisyah mengangguk penuh yakin. Matanya bersinar menunggu jawapan langjut dari Adam. Adam menghela nafas sedalam-dalamnya.


“Itu adik abang,Mia yang dituduh berzina.Adik yang abang sembunyikan dari Mia. Adik yang abang minta dia lenyap dalam hidup abang. Dialah orang yang abang melaukan kesalahan sepertima Aisyah melakukan kesalahan pada abang”









***************************************************************************************************************
Mia menyeka air mata yang berlinang pada wajahnya. Sungai yang berada di belakang hospital itu ditatap sepenuh hati. Cuma untuk mencari ketenangan jiwa setenang air sungai tersebut. Pinjam,ppinjamkan sebentar ketenangan kamu,aku betul-betul perlukannya. Mentari yang jampir tenggelam dapat dilihat dari situ. Warna sekitar mula berubah keorenan. Wajahnya telah basah dibasahi air mata. Sedih melihat keadaan abangnya yang terlantar,berbeza dengan keadaan sebelum lelaki itu berjumpanya. Kaki yang dipeluk 2 jam lalu,kini telah berbalut kemas oleh doktor akibat luka. Ya Allah,apa yang aku buat?


“Mia....”


Mia menyeka air matanya yang masih bersisa, dia cuba bersikap tenang daripada diketahui oleh pemilik suara tersebut. Suara yang membebel padanya semalam. Suara yang kini telah bergelar isterinya.


“Mia memang tak ada perasaan ke? Dia darah daging Mia”nasihat Syah apabila Mia masih membatukan dirinya. Sedikit pun tidak berpaling ke arahnya.


“Mia tak ada masa nnak layan semua ni”


Berdesing telinganya Syah mendengarnya. Melayan semua nie? Abang Mia tu benda ke bagi Mia? Dia tahu Mia seorang yang berhati dingin,namun tidak pula disangka sehingga sanggup melupakan darah daging sendiri.


“Mia sedar tak apa Mia cakap nie? Mia nak tunggu abang Mia mati dulu ke baru Mia rasa ada masa?”soal Syah agak beremosi. Gadis itu telah melampau. Bukannya  bercakap tentang orang lain, abangnya sendiri. Bagaimana gadis seperti itu boleh bergelar isterinya? Persisi seperti ahli sihir.


“Kalau dia mati bukannya masalah Mia” Mia dilihat mula berjalan beredar dalam tempat tersebut. Selamba sahaja bunyinya. Bagaikan mati itu tidak memberi apa-apa makna baginya. Syah bagaikan hilang sabar dengan perangai Mia,lantas sahaja pergelangan tangan Mia dipegang. Mia masih tidak mahu berpandangan dengannya,walaupundia sengaja memegang erat lengan gadis itu.


“Lepaslah” Mia menepis lalu menyambung langkahnya. Syah masih mengejar dari belakang. Dia mula rimas dengan perangai mengada-ngada Mia itu. Lengan Mia dipegang untuk kali kedua sekaligus memberhentikan langkah Mia“Syah nak Mia minta maaf sekarang”


“Mia cakap lepas! Lepaslah!!”Mia menarik kembali langkahnya lalu kembali mengorak langkah. Kali ini kesabaran Syah telah mencapai tahap maksimun,lengan Mia dicappai untuk kkali ketiga.


“Dia abang Mia. Sejahat-jahat dia,dia tetap abang Mia. Mia tak layak buat dia macam ni. Walaupun hubungan Mia dengan diia macam tu,Mia tak boleh layan dia macam tu. Dalam keadaan beginipula, dia accident Mia. Dia sakit. Apa yang ada dalam otak Mia?”marah Syah. Syah sudah tidak peduli dengan wajah doktor-doktor,pesakit,pelawat,tau apa sekali pun yang melihat mereka. Tindakan Mia semakin melampau. Gadis itu benar-benar berhati busuk!


“Mati! Dia dah mati dalam hidup Mia. Lepaskan tangan Mia. Mia ada kerja nak buat. Mia kena hantar kerja Mia esok”Mia memberi alasan tanpa sedikit pun menoleh ke arah Syah. Llengan cuba ditarik namun masih kkemas di genggaman Syah. Syah ketawa sini “Nak balik sambung kerja?”bagaikan mahu sahaja dia menampar mulut Mia itu, dalam keadaan begini,kau nak balik sambung kerja? Aku memang dah silap besar tentang kau. Silap yang hati kau nie tak seperti yang dipaparkan. Rupanya sama sahaja!


Syah melepaskan tangan Mia pada saat Mia menarik tangannya. Tindakan tersebut,menyebabkan badan Mia jatuh tersembur ke lantai. Badan gadis itu kaku tanpa sedikit pun bergerak apabila terjatuh. Bersila seperti biasa di atas lantai tanpa sedikit rengetan atau bersuara.


“Mia nak balik buat kerja? Baliklah! Syah dah tak akan halang Mia. Mia buatlah apa Mia suka” Syah sudah mengatur langkah meninggalkan Mia yang keseorangan yang bersila di atas lantai. Cukup tiga langkah,kakinya berhenti,lambat-lambat dia berpaling ke arah Mia yang masih bersila. Mengaru kepalanya apabila Mia masih tiidak bangun dari pembaringannya. Syah menyambuung 6 langkah lagi,masih tidak bangun dari pembaringannya. Apahal minah nie? Selepas melepaskan keluhan,akhirnya Syah bergerak juga mendapatkan Mia.


Syah menepuk bahu Mia yang masih menunduk melihat lantai. “Bangunlah,Syah tak ada masa nak buat semua nie”pujuk Syah berhati-hati. Agaknya gadis itu kecil hati dengan sergahannya.


“Tinggalkan Mia”


“Bangun jelah. Jangan nak mengada-ngada”


“Tinggalkan Mia”


Syah mula hilang sabar. Kalau bukan kerana gadis itu pernah menenangkan hatinya dulu,dia pun tak hinggin berbuat demikian. Selepas beberapa kali memegang bahu gadis itu, gadis itu masih mengulangi perkataan yang sama . “Tinggalkan Mia” . Syah mula hilang sabar. Akhirnya Syah bergerak duduk bersila di hadapannya,tepat bertentangan dengan muka Mia. Alangkah terkejutnya dia apabila matanya menatap wajah Mia ketika itu...dia menangis?


“Mia...?”


“Hu..hurmm..tolong tinggalkan Mia”teresak-esak Mia menuturkan kata-katanya sehingga kata-kata itu sudah tidak jelas diengari oleh Syah. Syah terkedu deribu bahasa. Bagaimana dia memarahi gadis itu,bagaimana dia menyebabkan gadis itu terjatuh tersungkur lantai. Jadi selama dia memarahi gadis ini,gadis ini dari awaltelah menangis. Ya Allah,apa yang aku buat?


Mia menutup wajahnya dengan kedua belah tangannya,masih teresak-esak menangis. Sudah tidak mempedulikan kehadiran Syah disisinya. Sudah hilang semangat untuk mengusir kehadiran Syah. Dia terus menangis. “Pergilah, Mia tak nak Syah tengok Mia sekarang. Mia betul..betul-betul benci bunyi tangisan Mia sendiri” Mia menyambung ucapannya perllahan-lahan. Syah tersenyum. Lucu pun ada.


Headphone pada lehernya diletakkan berhati-hati di telinganya Mia. Lagu pada telefon bimbitnya dipasang. Terpingga-pingga Mia dibuatnya. Malah topi yang dipakainya juga dipakaikan kepada Mia.  Mia masih ralit melihat perilaku Syah kepadanya. Akhir sekali lelaki itu meletakkan pula sweaternya di atas kepala Mia. Usapan yang lembut dihadiahkan di atas kepala Mia sekaligus senyuman yang tidak lekang pada bibirnya. Dia tahu, dalam keadaan begini, sepatutnya seorang suami menghadiahkan pelukan untuk melegakan tangisan seorang isteri. Tapi dalam hubungan mereka? Sukar. Setelah memahami tindakan Syah, barulah Mia faham. Lelaki itu ingin melindungi wajahnya dan tangisan yang paling benci dia dengari. Dia...dia akhhirnya menyambung tangisannya. Lagi kuat daripada biasa. Air matanya mengalir lebih laju daripada biasa.


Syah masih duduk bersila di hadapan gadis yang kuat menangsi itu. Dia mendongkak tangannya sambil tersenyum melihat Mia. Baggaikan menonton televisywn pun ada. Siapa sangka,gadis yang berhati batu sebelum ini telah menangis persis budak kecil di hadapannya. Menteri mewarnai suasana berwarna oren. Rambut Mia yang kusut melindungi wajahnya. Air mata jernih mengalir membasahi pipinya. Pipi dan hidungnya sudah bertukar kepada warna merah. Ya Allah, aku tahu aku tidak sepatutnya memikirkan hal ini sewaktu gadis ini menangsi, tapi bagaimanakah gadis yang bernangis ini boleh kelihatan begitu cantik sekali, Ya Allah? Aku ralit dengan ciptaan-Mu ini Ya Allah. Desis hati kecil Syah










**************************************************************************************************************
Mia tidak senang hati apabila Syah yang berada pada sofa sebelahnya tidak habis-habis tersenyum melihatnya. Bagaikan senyuman mengejek padanya. Mengejek kerana menangis teresak-esak di belakang hospital persis  anak kecil yang kehilangan anak patung. Dia mengaku tindakannya tadi menangis tanpa henti agak memalukan. Tidak perlulah nak mengejeknya kan? Tahulah dia tidak pernah menunjuk apa-apa emosi, tapi janganlah ejek macam tu.


“Syah tak pernah tengok orang menangis ke?”soal Mia sedikit keras apabila Syah masih tersenyum melihatnya.Syah mengangkat keningnya bagaikan tidak dapat menangkap maksud kata-kata Mia.


“Apa maksud Mia? Syah Cuma rasa seronok je”jawab Syah tenang. Matanya masih ralit melihat wajah Mia di sisinya. Sejak balik daripada hospital gadis itu hanya memilih untuk membisu diri. Tidak sedikit pun dia mengadu apa yang berlaku. Dia tahu gadis itu masih tidak selesa dengannya. Gadis itu mampu menangis di hadapannya sudah menjadi perubahan besar dalam hidupnya. Wajah cantik gadis itu yang menangis...


Mia mengetap bibirnya. Rasa seperti jawapan lelaki itu menyindindirnya. Seronok melihat aku menangis. Aku menangis dia boleh rasa seronok? Ya Allah,macam manalah aku boleh terbabas menangis di depan dia tadi? Malunya!


“Syah rasa seronok tengok Mia menangis? Syah nak sindir Mia ke sekarang?”Mia meluahkan ketidakpuas hatinya apabila Syah berterusan tersenyum melihatnya. Macam tak ada kerja lain ke mamat nie?


“Bukan tu maksud Syah, Syah memang tersenyum mengingati wajah Mia yang menangis tu,tapi bukan untuk menyindir”jelas Syah berhati-hati apabila melihat Mia agak beremosi apabila disenyum begitu. Mia mengangkat keningnya mendengar penjelasan Syah. Penjelasan yang didengar seperti alasan.


“Habis Syah tersenyum sebab apa?”soal Mia ingin tahu. Kali ini baru Syah tersedar akan kesilapannya. Mula mencari jaawapan disebalik senyumannya. A’ahhlah,aku senyum sebab apa? Sebab dia cantik?


Lama Syah sepi tanpa jawapan membiarkan Mia tertunggu-tunggu sendirian.Mia jelas merasakan dirinya dipermainkan oleh Syah. Sangkaannya tadi lelaki itu cuba melindunginya,balik-balik rupanya ingin menyindirnya. Kurang asam! Bantal yang dipeluk erat oleh Mia dilempar tepat ke wajah Syah yang masih terpinggal-pinggal mencari jawapan.


“Syah ingin seronok sangat ke mempermainkan Mia? Mia menangis sebab Mia betul-betul sedih tau tak? Syah rasa lucu sangat ke?”luah Mia tidak senang. Mia sudah bangun untuk bergerak menjauhi Syah. Terpinggal-pinggal Syah dibuatnya apabila Mia mula beremosi. Walaupun kaum perempuan nie nampak cantik semasa menangis, tetapi diorang memang cepat beremosi kan?


Langkah kaki Syah yang mengekori Mia untuk menjelaskan keadaan sebenar terbantut apabila Mia memasuki bilik air. Ketukan pada pintu hanya dibiarkan sepi oleh Mia. Begitu juga kata maaf daripada Syah. Mia menyandar pada pintu bilik air dengan wajah mencebik. Marah dengan sikap Syah yang menyindirnya. Langkah kaki Mia terhenti apabila matanya tertangkap sesuatu pada sinki. Berus gigi? Tuala? Pembersih muka? Ni semua barang perempuan kan?


Syah yang sedari tadi ralit mengetuk pintu terkejut apabila pintu tiba-tiba dibuka sendiri oleh Mia. Laju Mia memegang hujung lengan bajunya lalu mengheret Syah ke dalam bilik air bersama dengannya. Pucat Syah dibuatnya.


“Apa semua nie?”soal Mia sambil menunjuk ke arah alatan mandi yang dibeli oleh Syah sebentar tadi. Syah mengaru kepalanya yang tidak gatal. Malu untuk mengaku semuanya dibeli olehnya. “Syah beli untuk Mia?”


“Jangan nak salah faham pulak. Syah beli sebab Mia nie busuk sangat. Lepas tu boleh pulak pakai yang Syah punya,sebab tu Syah...”belum habis Syah memberi perjelasan walaupun dalam keadaan tergagap-gagap, Mia terus memotong sambil menarik lengan baju Syah persis seperti kanak-kanak. “Terima kasih Syah”


Syah terdiam. Wajahnya tiba-tiba menjadi merah. Memang betul kata-kata itu yang didambakan ketika membeli barang-barang untuk Mia,namun apabila kata-kata tersebut meniti pada bibir Mia, dia terus menjadi kelu. Wajah Mia yang menangis petang tadi kembali menerjah fikirannya. Rambut yang selalunya diikat dibiarkan terlepas mengenai cahaya mentari. Cantik....eh,apa aku mengarut nie?


“Apasal cuping telinga Syah merah nie?” Mia mengangkat tanagnnya untuk memegang cuping telinga Syah yang tiba-tiba merah dari kebiasaannya. Dahlah lelaki itu putih bersih,memang nampak sangatlah. Syah terus menempis sebelum tangan Mia menyentuh cuping telinganya. Pelih mula memercik dahinya.


Mia memandang wajah Syah aneh. Aneh dengan perubahan mood yang dialami Syah. “Kenapa? Syah tak suka ke?”


“Suka?” entah kenapa Syah semakin berdebar-debar apabila perkataan suka meniti di bibir Mia. Matanya tidak berkelip melihat Mia.


“Syah geli ke dengan Mia?”soal Mia spotan. Sungguh dia tidak terasa hati pun kalau Syah geli dengannya. Lelaki itu memang pentingkan kebersihan.


“Mia jangan nak mengarut boleh tak, Mia mandilah dulu. Syah nak goreng buger” ujar Syah perlahan lalu bergerak meniggalkan Mia. Mia hanya melihat kelibat Syah yang pergi sambil tersenyum. Matanya dilirik kepada barangan yang disusun rapi di atas sinki itu. Sekurang-kurangnya lelaki itu berusaha untuk memberi kemudahan kepadanya.


Syah meletakkan daging burger perlahan-lahan untuk dibakar. Minah nie suka burger tak? Dari satu daging bunger, Syah mengambil daging burger yang lain pula untuk dibakar. “Terima Kasih Syah” Syah tersenyum sendirian sambil menetap daging burger yang digorengnya dengan stapula. Wajah Mia yang sedang teresak-esak menangis singgah kembali ke ke ingatannya. Cukup dengan wajah menangis itu pasti ada senyuman terukir pada wajahnya. “Rupanya minah tu ada perasaan jugak”


“Syah tengah buat apa tu?” Rasanya hampir melayang daging burgernya apabila ada suatu suara mendengurnya begitu dari belakang. Hampir gugur wajahnya bagaikan dia telah ditangkap mencuri sesuatu. Semakin gugup apabila memerhati pemilik suara tersebut.


“Syah goreng burger ke?”soal Arisyah lembut sambil menutup pintu rumah Syah. Syah mula kalut bergerak mendekati Arisyah. Mana tidaknya,  Mia sedang mandi dalam rumahnya, apa yang akan difikirkan Arisyah nanti? Sudah tentu rahsia mereka akan terbongkar!


“Kenapa Ary datang tiba-tiba nie?”soal Syah tidak senang duduk. Tidak boleh dia bayangkan kalau tiba-tiba Mia keluar dengan keadaan bertuala. Pasti dia akan dituduh yang bukan-bukan memandangkan perkahwinan mereka tidak diketahui oleh Arisyah. Kemudian pasti perkahwinan mereka terbongkar.


“Kenapa? Ary tak boleh datang ke?”soal Ary lembut sambil tersenyum. Tangannya mula membuka kasut yang dipakainya, namun tindakannya sedikit terganggu apabila melihat ada sepasang selipar di hadapan pintu Syah. Seingat dia lelaki itu tidak pernah mempunyai selipar tambahan.


“Selipar siapa nie?”soal Arisyah lagi walaupun soalannya pertamanya masih belum dijawab. Mata Syah terus melirik kepada selipar yang dimaksudkan oleh Arisyah. Selipar Mia! Selepas diamati betul-betul, selipar milik Mia memang tiada bezanya dengan selipar yang dipakai oleh kaum Adam. Maka, satu penipuan telah dicipta oleh Syah dengan penuh yakin.


“Selipar Syah,senang sikit Syah nak guna untuk beli barangan dapur sekitar sini. Tak payah sarung yang susah-susah kan Ary?”jawab Syah seceria yang boleh untuk menutup kegugupan yang dialami. Matanya beralih kepada pintu bilik air yang masih tertutup rapat tanpa sebarang suara itu. Tolonglah Mia, buatlah macam biasa. Seperti kebiasaan kau lakukan. Senyap.


“Haha...Syah nie memang ambil budak je. Kalau ada orang yang tau bahawa pembuat permainan video nie berpenampilan macam nie, memang sah-sah tak percaya. Ary datang sebab nak hantar kek nie. Kebetulan Ary habis kerja, Ary singgah kejap rumah Syah”Ujar Arisyah perlahan sambil menghulurkan kotak kecil yang berisi kotak tersebut. Laju sahaja Syah mengambil huluran kotak tersebut sambil tersenyum kepada Arisyah. Selepas mengambil huluran kotak yang berisi kek tersebut, Syah hanya memandang lama wajah Arisyah. Bagaikan menantikan sesuatu yang akan keluar dari mulut gadis itu. ‘Saya minta diri dulu. Jaga diri’. Cakaplah, Ary..cakaplah begitu.


Arisyah mengangkat keningnya apabila Syah hanya memandang wajahnya sambil tersenyum tanpa sedikit pun tidak mempelawanya masuk. “Syah tak nak ajak Ary masuk dulu ke?”soal Arisyah sambil mengangkat keningnya tanda tanya. Syah mula mengelabah apabila Arisyah berniat ingin memasuki rumahnya. “Ary nak masuk ke?”


Arisyah tersenyum dengan soalan Syah. Cukup dengun baginya,cukup sesuai dengan reaksi yang dipaparkan. Dah macam chipmunk pun ada. Tanpa dipelawa, akhirnya Mia memasuki rumah Syah lalu beredar terus ke dapur. Syah hanya mengekori dari belakang, dengan mulut yang tidak habis-habis menyumpah kebodohan diri sendiri.Syah mula bermain-main dengan tangannya untuk mengelak daripada dikesan oleh Arisyah bahawa tangannya mengeletar.


“Syah masak dua burger?”soal Arisyah ceria sambil mengerling ke arah Syah dilihat tidak keruan itu. Bagaikan terjaga dari mimpi, Syah memandang wajah Arisyah, cuba menangkap kata-kata Arisyah. Setelah agak lama difikir, barulah dia dapat menjawab soalan tersebut.


“Syah lapar sangat. Sebab tu goreng dua terus”jawab Syah lalu tersenyum seakan kerang busuk. Arisyah tersenyum lalu mengambil spatula yang ada di situ. Kerja memasak kini beralih tempat kepada Arisyah pula. Aduii..minah nie. Nak memasak pulak?


“Ary tolong masakkan. Jadi  satu burger nie, Syah bagi kat Ary boleh tak?”Syah menelan air liur apabila Arisyah sudah berkira-kira mahu makan bersama-samanya. Semakin lama Arisyah disitu, semakin banyak keberangkalian, rahsia mereka akan terbongkar.


“Tak apa ke? Ary tu kan anak gadis, nie dah malam. Tak eloklah nanti orang lain tengok”nasihat Syah sekaligus berniat ingin menghalau Arisyah daripada situ.


“Ary bukannya duduk rumah lelaki sebarangan. Rumah sepupu Ary jugak. Lagipun, takkanlah Syah berani nak buat apa-apa kat Ary kan?”jawan Arisyah penuh yakin. Lelaki yang tidak pernah melihatnya sebagai seorang wanita itu,tidak mungkin akan melakukan sesuatu yang tidak elok kepadanya. Dia tidak takut kepada Syah. Tapi dia takut dengan dirinya sendiri. Takut dia yang mengambil tindakan. Dia sudah berazam untuk mencuri hati lelaki itu sebelum lelaki itu beredar kembali ke Jepun. Dia sudah berazam!


“Tapi..Ary,nanti apa pulak kata orang lain?”


“Ary tak kisah. Sebab Ary tak ada buat apa-apa yang salah pun”Arisyah mebalikkan daging burger yang digoreng tersebut. Bau burger tersebut membuatkan dia lapar. Selalunya dia jarang makan nasi. Dia lebih memilih untuk makan sesuatu yang ringan untuk menjaga badannnya. Kini, dia benar-benar lapar.


“Ary......”belum sempat Syah menghabiskan kata-katanya. Arisyah terus mengerling menghadap Syah yang dilihat agak kurang senang dengan keberadaannya. “Ary lapar Syah. Tak boleh ke Syah bagi peluang kat Ary? Kali nie je Syah. Lepas makan, Ary janji akan terus balik”terang Arisyah dengan nada sedih. Syah menjadi serba salah apabila sepasang mata cantik milik Arisyah dilihat sedih menatap wajahnya.


“Yelah, lepas makan, Ary terus balik tau. Ary kena balik awal-awal. Bahaya balik sorang-sorang dalam keadaan gelap nanti”nasihat Syah sambil tersenyum lalu bergerak mendekati Arisyah. Kepala Arisyah diusap lembut lalu tangannya mengambil pisau untuk menghiris tomato. Mahu tidak mahu, burger tersbeut terpaksa diberikan kepada Arisyah untuk menyembunyikan rahsia mereka.


Arisyah menyentuh kepalanya yang diusap oleh Syah sebentar tadi. Dilihat Syah sedang sibuh membasuh tomato dan kubis di sinki. Arisyah mengetap bibirnya perlahan. Tolonglah Syah, jangan layan Ary macam nie. Ary tak suka!desisi hati kecil Arisyah.





********************************************************************************************************************************************
Syah memejam matanya menghirup udara segar malam. Segar sekali udara,berbeza dengan udara pada waktu tengah hari yang panas dan tengik. Burger di tangannya, dimakan,sesekali dia mengerling ke arah sekitar apartmentnya. Sunyi sekali.


“Syah tengok apa?”Syah mengerling ke sisinya, di mana suara itu berada. Wajah Arisyah menjelma di hadapannya. Gadis itu sedang enak makan burger yang masih bersisa di tangannya. Cepat sungguh gadis itu makan. Lapar sangat agaknya.

“Saja tengok-tengok. Syah nak rakamkan semua permandangan kat Malaysia nie dalam ingatan Syah sebelum berlalu ke Jepun nanti”jawab Syah riang mengingati rancangannya yang ingin pulang ke Jepun tidak lama lagi. Tidak sebar untuk mengahrungi hari-harinya kembali. Betapa gembiranya dia di sana bersama mengerjakan sesuatu yang digemari sejak kecil.


Jawapan Syah menyebabkan Arisyah terdiam. Keinginannya untuk makan sedikit terganggu. Menyesal pun ada menyoal soalan tersebut. Adakah segala yang Syah lakukan hanya memikirkan pasal Jepun? Arisyah hanya terdiam seribu bahasa. Kebisuan melanda mereka menyebabkan telinga Arisyah menangkap bunyi air mengalir daripada bilik air. Laju sahaja dia berdiri tegak daripada menyandar pada balkoni milik Syah. Dahinya berkerut-kerut seakan cuba mengesan bunyi tersebut.


“Kenapa Ary?”soal Syah apabila melihat Arisyah tercar-cari sesuatu. “Syah dengar tak? Bunyi air mengalir.Syah lupa tutup air ke?”soal Arisyah apabila berjaya mengamati bunyi tersebut. Terkejut beruk Syah dibuatnya. Tidakdisangka telinga Arisyah mampu mendengar sekuat itu. Sedagkan dia sendiri tidak mendengar apa-apa.


“Biar Ary pergi tutup. Lagipun, Ary nak basuh tangan jugak” Arisyah sudah bergerak laju ke arah bilik airnya. Pucat wajah Syah dibuatnya memikirkan Mia yang masih berada dalam bilik air tersebut. Bagaimana kalau Mia dikesan oleh Arisyah nanti? Syah terus mengekori Mia dari belakang.


“Biar Syah jelah yang tutup. Ary basuh tangan kat sink”cadang Syah laju. Wajahnya semakin berpeluh apabila melihat Arisyah yang berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik airnya. Tempat Mia mandi.


“Apa Syah merepek nie? Ary dah ada kat depan nie. Takkanlah nak berpatah balik pulak?”Arisyah ketawa geli hati apabila wajah Syah tiba-tiba berubah serius. Serius untuk menyuruhnya basuh tangan di sinki. Sedangkan jika dia basuh tangan di situ, dia dapat menyelesaikan dua benda dalam satu masa.


Mata Syah bagaikan mahu terkeluar apabila tangan Arisyah sudah mencapai tombol pintu bilik air tersebut. Semakin membulat apabila mendapati tombol pintu yang dipulas oleh Arisyah itu dibuka walaupun hanya seinci. Cepat-cepat tangan Syah mencapai tombol pintu yang dipegang oleh Arisyah itu lalu menutup pintu tersebut.


Sentuhan tangan Syah pada tangannya menyebabkan Arisyah kaku seketika. Dia mengerling ke arah wajah Syah yang serius memandangnya. Barulah dia sedar kedududkan mereka agak rapat sehingga deru nafas lelaki itu juga dapat didengari.


Mia berhenti mengosok gigi apabila pintubilik air itu tiba-tiba dibuka kemudian ditutup kembali secara tiba-tiba. Dia hanya membiarkan berus gigi yang belum habis digunakan itu,di dalam mulutnya lalu bergerak ke arah pintu bilik air. Telinganya bagaikan dapat menangkap suara Syah. Perlahan-lahan telinganya dilekapkan pada pintu bilik air tersebut. Bagaikan dapat cuba menangkap sesuatu.


“Kenapa dengan Syah nie? Ary dah ada kat depan nie? Takkan lah Arynak berpatah balik pergi kat sinki nak basuh tangan? Jangan nak berperangai budak-budak boleh tak Syah”Arisyah memberi amaran lalu cuba membuka tombol pintu. Cukup seinci, Syah menariknya kembali. Mia yang ralit meletakkan telingannya pada dinding pintu mengosok dahinya perlahan-lahan apabila pintu bilik air tiba-tiba dibuka tepat mengena kepalanya.


“Jangan bukak”tanpa memberi apa-apa alasan, Syah tetap memberi amaran keras kepada Arisyah. “Jangan bukak” Syah terus terusan memberi amaran yang sama sambil memandang serius wajah Arisyah. Kelakuan Syah menyebabkan Arisyah mengerut dahinya. Mula memikirkan sesuatu. Syah mula mengelabah apabila Arisyah tertumpu  pada dirinya. Ototnya masih ligat mencari jawapan yang akan didengari logik, namun gagal. Kosong.



Arisyah cuba mencari makna di sebalik kata-kata Syah. Jelas sekali lelaki itu  cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Ada sesuatu dalam bilik air itu yang disembunyikan oleh Syah tanpa pengetahuannya.tetapi apa? Untuk kali itu, Arisyah cuba membuka kembali tombol pintu itu, namun seperti biasa Syah menariknya dan terus mengulangi perkataan yang sama.  “Jangan bukak” jelas, lelaki itu menyembunyikan sesuatu daripadanya.


“Syah, sembunyikan apa dari Ary sebenarnya?” kali ini Arisyah terus mengajukan soalan yang menyebabkan wajah Syah berubah. Perubahan pada wajah Syah menyebabkan rasa ingin tahu Arisyah semakin membuak-buak. Lama dia memandang wajah Syah untuk memberi jawapan. Namun lelaki itu hanya menunduk dengan tangan yang masih erat memegang tombol pintu.


“Jangan bukak” sekali lagi Syah mengulangi perkataan yang sama. Wajah Syah menunduk untuk melarikan anak matanya ditatap oleh Arisyah. Takut Arisyah dapat membaca ketakutan yang dialaminya. Bagaikan rahsia yang dipegang olehnya dan Mia kini hanya berada di hujung tanduk. Satu silap langkah, semuanya akan hancur. Cepatlah otot fikir, satu sahaja,satu sahaja alasan aku nak. Tolonglah!


Arisyah sudah agak hilang sabar apabila Syah hanya mengulangi amaran yang sama. Tanpa mempedulikan amaran Syah,pintu bilik itu dibuka lebih luas daripada biasa dengan kelajuan yang tinggi. Bulat mata Syah dibuatnya. Mia yang masih berdiri di belakang pintu, kali ini pintu tersebut secara kuatnya terkena dahi Mia lebih kuat dari sebelumnya. Namun nasib baik gadis itu tidak mengerang kesakitan, sebaliknya hanya memegang dahinya yang sakit lalu menyandar pada dinding belakang pintu. Berus giginya telah terjtuh ke atas lantai.


Belum sempat Arisyah membuka sepenuhnya, Syah tiba-tiba berdiri tegak di hadapan pintu itu sambil menunduk melihat lantai. Terkejut beruk Arisyah dibuatnya apabila Syah masih bersungguh untuk menghalangnya. Adakah perkara yang disembunyikan itu sebegitu penting. Perasaan Arisyah semakin membuak-buak. Tanpa berfikir panjang, Syah terus memberitahu perkara yang disembunyikan kepada Arisyah tanpa berfikir panjang.


“Syah nak basuh dulu tahi”


Arisyah terkedu mendengar jawapan Syah. Syah sudah masuk ke dalam bilik air lalu mengunci pintu bilik air tersebut. Arisyah masih kaku di hadapan pintu bilik air Syah. Bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang diberikan oleh Syah. Rahsia yang disembunyikan oleh Syah,tahi?


Syah menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan dengan kaki yang tidak habis-habis menghentak pada lantai persis seperti kanak-kanak. Tidak lama selepas itu, dia mengaru pula kepalanya, kemudian menutup kembali wajahnya. Kali ini telinganya Syah menjadi lebih merah dari sebelumnya. Bodohnya aku!tahi? tu jawapan terbaik kau boleh fikir Syah? Tahi?Ya Allah, malunya aku!!


 Mia yang ralit mengosok dahinya terkejut dengan kedatangan Syah tiba-tiba ke dalam bilik air itu. Apa lelaki itu nak buat kepadanya? Dalam bilik air nie? Berdua-duan begini?


“Apa Syah bu......”suara Mia yang agak kuat terus sahaja menyebabkan Syah terkejut. Laju tangannya menutup mulut Mia laju menyebabkan badan Mia tersandar kuat pada dinding bilik air. Syah melepaskan keluhan kuat. Deru nafas Syah begitu kuat sehingga dapat didengari oleh Mia. Mia memandang wajah lelaki itu yang ralit melihat di bawah pintu. Ada bayang-bayang di sebalik pintu itu menandakan ada orang di situ. Adakah sebab itu lelaki itu cemas?


“Em.. Syah, rasanya baik Ary balik dulu. Maaf sebab menganggu”


Mia mengangkat keningnya apabila mendengar ada suara seorang gadis kemudian diikuti dengan bunyi tapak kaki menandakan gadis itu sudah beredar. Syah dilihat melepaskan keluhan lega, Mia hanya ralit melihat reaksi Syah tanpa sedkit pun tidak berlawan walaupun kedudukan mereka ketika itu agak rapat.


Syah mula beralih pandanganya dari bawah pintu kemudian beralih kepada wajah Mia. Alangkan terkejutnya dia apabila mengetahui betapa rapatnya wajahnya dengan wajah Mia,namun gadis itu dilihat begitu tenang. Dia yang memegang mulut Mia pula menjadi gelabah. Namun tidak pula dia menjatuhkan tangannya yang menutup mulut Mia,matanya masih ralit memandnag wajah Mia. Degupan jantungnya menjadi lebih cepat, lebih cepat semasa ketakutan tadi. Dup..dap...dup...dap...dup...dap...dup.....dap..Bunyi itu menghantuinya lagi. Kenapa bunyi dari permainan video gamesnya kembali berbunyi lagi? Adakah dia membuka permainan tersebut lagi?


“Syah,Ary datang ke?”soalan Mia bagaikan membawa Syah kembali ke alam nyata. Laju dia menjatuhkan tangannya lalu bergerak menjauhkan diri daripada Mia. Syah mengaru-garu teliganya yang menjadi semakin merah. Pergerakan Syah diperhatikan oleh Mia,jelas telinga lelaki itu semakin merah. Namun, lelaki itu masih asyik mengosok telinagnya dengan kasar sehingga menjadi semakin merah.


“Kenapa dengan telinga Syah”Mia cuba memegang telinga Syah namun lelaki itu lebih laju berundur setapak dengan wajah yang pucat melihat Mia. Mia mengerut dahinya lalu melangkah setapak mendekati Syah, Syah terus berundur setapak. Mia melangkah setapak lagi, Syah tetap berundur setapak.


Mia memberhentikan langkahnya apabila perasaan lelaki itu cuba menjauhkan diri dripadanya. Syah hanya menunduk apabila Mia memandnag wajahnya. Kesal pun ada dengan tindakannya terhadap Mia sebentar tadi. Kini bunyi permainan video games itu masih kuat didengari. Kenapa? Syah menyambung mengaru telinga kiri dengan agak kasar.


Mia mengetap bibirnya apabila melihat Syah terus mengaru kasar telinganya. Bagaikan mahu mencederakan diri sendiri. Laju lengan baju panjang Syah dipegang oleh jejemari Mia menyebakan pergerakan lelaki itu terbatas. Telinganya sudah tidak digaru lagi. Terasa ada kejutan elektrik mengalir apabila Mia memegang lengan bajunya. “Janganlah garu lagi. Merah sangat telinga” Mia memberi nasihat.


“Jangan sentuh Syah” Syah menepis lalu berundur selangkah. Tadi dia terpaksa berhadapan dengan Arisyah,kini Mia mula. Apasallah ketakutan tidak boleh meninggalkan dia?


“Syah nie kenapa?”Mia bergerak setapak,Syah berundur setapak. “Jangan datang dekat”jerit Syah agak kuat dengan wajah ketakutan bagaikan melihat hantu. Mia mula berasa aneh. Dia menoleh ke belakang, tiada apa-apa pun. Macam nampak hantu je mamat nie.


“Mia cuma....”belum sempat Mia menerangkan, Syah terus memotong. “Syah kata jangan dekat”satu hembasan pintu yang kuat berlaku di hadapan muka Mia. Kelibat Syah sudah tidak dilihat lagi. Lelaki itu sudah hilang dari pandangannya. “Apahal mamat nie, tengok aku macam tengok hantu”rungut Mia perlahan sambil mengutip berus giginya yang terjatuh sebelum membasuhya ke sinki.






********************************************************************************************************
Syah memeluk bantal yang berbentuk doremon sehingga menutup separuh dari wajahnya. Dia sudah melabuhkan punggungnya di sofa itu hampir 10minit namun bagaikan tiada berubahan. Arisyah juga telah pulang menandakan rahsianya belum terbongkar. Degupan jantungnya semakin kuat. Syah menepuk-nepuk dadanya dengan harapan bunyi itu akan hilang. Bunyi deru nafas Mia bagaikan terus menggigit di cuping teliganya. Bagaikan kuat didengari walupun kejadian itu telah berlalu. Kenapa dengan aku nie? Kenapa?


“Syah okey tak?”ada satu suara berada disisnya tiba-tiba menyebabkan dia hampir melompat ke arah sisi lain. Jantungnya bagaikan mahu melompat keluar apabila ditegur begitu. Wajah Mia yang hairan melihatnya tegak berada di sisinya.


“Apa Mia buat kat sini. Mia tak nampak ke Syah tengah duduk nie?”bukan menjawab soalan Mia, sebaliknya mengajukan soalan lain kepada Mia. Mia bergerak mendekati Syah seinci. Sseperti biasa lelaki itu berundur seinci.


“Syah nampak hantu ke apa nie? Yang pucat sangat. Apasal dahi Syah berpeluh nie?”soal Mia sambil tanganna diangkat untuk diletak pada dahi lelaki it. Lelaki itu deman ke?


“Jangan sentuh”Syah memberi amaran lalu menepis tanagn Mia yang berniat menyentuhnya. Ya Allah, bunyi permainan video tu datang lagi!


“Mia Cuma bimbangkan...”belum habis Mia memberitahu, Syah terus menyampuk, “Jangan bimbang!”amaran Syah kali ini jelas tidak masuk akal. Mia mengerut dahinya melihat perubahan diri Mia.


“Syah dah kenapa? Apasal takut sangat Mia duduk sini? Mia bukannya pegang pisau ke,kapak ke, parang ke, nak bunuh Syah”jawab Mia tenang.wajah Syah sudah beralih ke arah lain tanpa memandang wajah Mia.


“Mia jangan duduk sini”sekali lagi Syah memberi amaran tanpa alasan yang kukuh. Mia mengenap bibirnya. Rasanya bagaikan lelaki itu sengaja cari pasal dengannya. Tak habis dengan perangai budak-budak.


“ Tapi Mia tidur kat sini.Mia kena duduk sini!”tegas jawapan Mia apabila Syah mengarahkannya untuk berlalu dari situ. Mana mungkin dia mahu berlalu sedangkan sofa itu diibaratkan katilnya kini. Lelaki itu yang sepatutnya beredar.


“Nie sofa Syah, Syah yang beli”jawab Syah kedenganran agak selamba di telingan Mia walaupun wajah lelaki itu masih tidak menghadapnya.


“Habis Mia nak tidur mana? Jangan lupa kalau rumah Mia terkunci sebab salah Syah jugak”balas Mia geram apabila dilihat Syah cuba ingin membesar-besarkan barang yang dimilikinya. Lupakah lelaki itu sebab apa dia tidur di situ? Salah siapa?


“Ooooo..sekarang Mia nak mengungkit lah?” Syah yang pada awalnya ketakutan terus hilang apabila Mia mula mengungkit kesalahannya. Dahlah aku bagi tidur sini, boleh pulak minah nie nak ungkit balik.


“Dah tu salah siapa? Kalau bukan sebab salah Syah yang berperangai macam budak-budak benda macam nie tak akan jadi. Matanglah sikit” Syah bangun dari tempat duduknya lalu menghempas bantal doreman pada tangannya. Tidak suka dipanggil budak-budak.


“ Habis budak yang menangis macam nak isi balik air dalam sungai petang tadi matang sangat la?”sindir Syah sebelum berlalu meninggalkan Mia yang telah merah padam. Mia menghentak kaki pada sofa Syah agak kasar. Malu apabila Syah mengungkit kembali peristiwa petang tadi. Tidak habis dia menyumpah dirinya kerana boleh terlepas menangis si hadapan Syah. Dahlah lelaki itu tak matang fikirannya. Apasal aku bodoh sangat menangis?!





**************************************************************************************************************

Syah menghempas badannya di atas katil. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah Mia yang memanggilnya tidak matang.


“Habis dia matang sangatlah? Menangis macam nak lawan air dalam sungai Nil pun ada aku tengok”rungus hati Syah geram. Sejak gadis itu datang, rasanya hampir setiap malam dia akan menyumpah gadis itu sebelum melelapkan matanya. Orang lain membaca ayat al-quran,dia sebaliknya.


. “Pergilah, Mia tak nak Syah tengok Mia sekarang. Mia betul..betul-betul benci bunyi tangisan Mia sendiri”


Syah membuka matanya apabila dia dapat menangkap bunyi tangisan Mia yang berlaku petang tadi. Wajah cantik Mia yang yang sedang teresak-esak menangis memnuhi ruang wajahnya. Apasal dengan aku nie?!

Syah mengaru kepalanya perlahan-lahan lalu menuju ke ruang tamu. Mulutnya masih tidak henti-henti menguap. Langkahnya terhenti apabila matanya tertacap pada wajah Mia yang lena dibuai mimpi sambil memeluk bantal doremonnya. Syah  duduk di atas meja kacanya yang bertentangan dengan Mia sambil mendonggak dagunya melihat gadis itu. Ralit dia memerhatikan gadis itu dari mata,hidung, bibir dan rambutnya.


“Minah nie nampak okey sikit bila tidur. Tak adalah marah-marah”Syah memberi komen apabila mengamati wajah Mia yang tenang itu. Matanya tertacap pada kain sembahyang yang disidai pada sofanya menandakan gadis itu selesai mengerjakan solat subuh dan menyambung tidurnya. Sesekali gadis itu mengerut keningnya lalu mengosok bahunya tanda sejuk namun matany masih rapat terpenjam.


Syah tersenyum sambil mengeleng-geleng. Terasa lucu dengan kelakuan Mia yang persisi seperti anak kucing. Sweaternya dibuka lalu diletakkan perlahan-lahan menutup tubuh Mia. Baru sahaja seinci sweaternya ingin ditutp, mata Mia telah terbuka melihat Syah kehairannya. Terkejut beruk Syah dibuatnya.


Syah laju melarikan sweaternya lalu berpura-pura mengibas-ngibas sweaternya di hadapan Mia. Miayang baru sahaja bangun dari tidurnya mengosok-gosok matanya sambil memandnag wajah Syah yang kalut dalm keadaan sedar tidak sedar sahaja.


“Apa Syah buat kat sini?  Tak ada tempat lain ke nak kibas baju tu?”soal Mia selamba. Dia masih belum mennagkap tindakan Syah sebelumnya memandnagkan diirnya sendiri baru bangun tidur. Macam separuh sedar sahaja.


“Takk...tak boleh ke? Nie sofa Syah. Suka hati Syah lah nak buat apa pun”Syah terus-terusan mengibas sweaternya dengan penuh bangga apabila Mia masih belum menangkap tindakan sebelumnya. Lega.



Mia memandang sweater Syah yang dengan bersungguhnya lelaki itu mengibas. Senyuman tidak lekang di wajah lelaki itu sambil mengibas –ngbas bajunya tepat pada wajah Mia. Rimas Mia dibuatnya sedangkan dia baru bangun tidur.


“Sweater tu Syah beli atas bulan ke?”



Soalan Mia menghentikan tindakan Syah. Laju sahaja memakai sweater tersebut sambil memandang Mia kehairanan. Tidak dapat menangkap maksud kata-kata Mia. “Apa maksud Mia?”


“Yelah, yang kibas sweater tu macam kibas kipas tangan pun ada.  Bukannya tu satu-satunya sweater yang ada dalam dunia nie. Apasal pelik sangat fesyen Syah nie”komen Mia selamba sambil merenung wajah Syah. Merah padam wajah Syah apabila dikomen begitu. Dia sindir fesyen aku?


“ Macam fesyen budak sekolah je”komen Mia lagi apabila Syah masih tidak memberi respon. Syah membetulkan sweaternya penuh bangga tanpa mempedulikan komen yang dibuat oleh Mia.


“Mia, Mia tahu tak fesyen nie  sangat feymes. Lagipun ramai orang perempuan yang suka lelaki yang comel macam Syah nie”jawab Syah penuh bangga. Tentulah jawapannya itu penuh yakin berdasarkan pengalamannya sebelum ini. Ramai yang menyukainya. Lagipun dia sudah terbiasa berfesyen begitu sejak di Jepun lagi.


“Ni Malaysia, bukan Jepun. Negara kita khatulistiwa, bukannya sejuk macam Jepun. Jangan kebudakan boleh tak?”Mia menjawab selamba. Entah kenapa Syah tiba-tiba jadi sensitif apabila dirinya dikomen tidak matang. Lebih-lebih lagi komen itu diberi oleh Mia.


“Budak menangis mengalahkan yang terjun tak layak nak komen Syah begitu. Dahlah menangis kuat,lepas tu meraung pulak. Macam budak tak bagi nasi nie!”sindir Syah lalu berlalu dengan sweaternya yang disindir oleh Mia. Memang itulah senjata yang digunakan setiap kali gadis itumenyindirnya. Seperti yang dijangka, pasti gadis itu kehilangan kata-kata setiap kali disindir begitu.


“Syah!”jerit Mia geram namun lelaki itu telah hilang daripada pandangannya. Lelaki itu telah keluar daripada rumah tanpa sedikit pun berpaling kepada Mia. Mia menghentak kakinya geram. Dia mengaru rambutnya kasar untuk melepas kemarahannnya. Itulah kali pertama dia menangis di hadapan lelaki, pada usia dewasa begitu pulak. Kali pertama dia menangis, secara balsannya dia dapat sindiran dari Syah. Kenapalah banyak-banyak orang atas dunia nie, dia orang pertama yang melihat? Kenapa?!!





***************************************************************************************************
Syah melabuhkan punggung di atas kerusi restoran yang berhampiran dengan aparmentnya. Selepas selesai membuat order dia hanya menunggu di meja makan yang disediakan. Otoknya masih ligat memikirkan sebab dia bertindak begitu. Mengapa dia berpeluh? Kenapa jantungnya jadi begitu? Mengapa tangisan gadis itu sering kali menerjah pendengarannya? Di mana-mana?


“Syah kan?”satu tepukan pada bahunya menyebbakna lamunannya terhenti. Wajah Zaid yang tersengih sambil membawa kopi menyapa pandangannya. Lelaki itu mengambil tempat di hadapannya apabila Syah membalasnya dengan anggukan sambil tersenyum riang.


“Zaid kan, jiran Mia? Lama kita tak jumpa”sapa Syah riang memulakan perbualannya. Zaid tersenyum riang sambil melilau keadaan sekeliling.


“Mia tak datang?”soal Zaid ingin tahu. Bukannya apa, dia agak rimas apabila Aiman terus-terusan menanyakan keberadaan Mia seperti gadis itu menghilang hampir sebulan. Sedangkan baru 2 hari gadis itu tiada di rumah. Risau jugak dia melihat Aiman macam kucing kehilangan anak yang mundar-mandir di hadapan pintu bilik Mia.


“Tak adalah. Lama dah juga Syah tak nampak Mia”bohong Syah sambil tersenyum. Takkanlah dia nak kata, ooo..cari Mia ke? Dia tidur kat bilik Syah sekarang. Gila ke apa? Dahlah semua orang tak tahu hubungan mereka.


“Oooo..yeke”balas Zaid agak lemah apabila Syah juga memberi jawapan yang sama. Kesian pula pada Aiman yang dah kalut. Itulah, orang bagi nasihat taknak dengar. Kalau nak tahu sangat keberadaan gadis itu, bercintalah dengan dia!


“Dia balik kampung agaknya”Syah memberi segala kemungkinan. Mahu tidak mahu, Zaid hanya mengangguk lalu tersenyum tawar. Kalau dia beritahu lagi, apa agaknya akan difikirkan oleh Syah nanti?


Zaid melihat penampilan Syah dari atas hingga bawah. Ssebijik macam budak remaja lagi. Namun diakui bahawa ppenampilan yang dibuat oelhnya bersesuai dengan wajah ala babyface yang dimiliki. Pasti lelaki itu terpengaruh dengan fesyen di Jepun sehinggakan di Malaysia pun masih berfesyen yang sama. Renungan mata Zaid berhenti apabila melihat wajah Syah yang tajam merenungnya sambil mengangkat keningnya. Alamak, kontai ke?


“Kenapa Zaid? Zaid rasa pelik ke dengan penampilan Syah?”soal Syah jujur. Itulah yang bermain di benaknya. Tidak pernah ada seorang gadis punyang menghina penampilannya sebaliknya memuji. Nie, alih-alih, Mia dengan selambanya kata fesyen macam budak-budak? Kurang asam betul. Takde taste!


“Em..bagi Zaid penampilan Syah memang sesuai dengan muka Syah. Mungkin sebab tu ramai yang suka Syah”komen Zaid jujur apabila perbuatannya ditangkap hidup-hidup oleh Syah. Walaupun abru mengenali Syah, dia senang berbual dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu sangat ceria melayannya. Merasakan kehadirannya cukup dihargai.


“Kan? Memang orang yang buta fesyen je yang kata tak hensem” Syah mengulas dengan penuh bangga. Zaid hanya tersenyum tawar mendengar ulasan Syah. Kan dah perasaan!


Syah memandang Zaid yang sedang menum air kopinya. Tangannya digemgam erat sambil memandang wajah Zaid lama. Namun tiada suara yang terkeluar. Zaid adalah orang yang sesuai untuk membincangkan hal tersebut, namun dia takut. Dia jadi takut untuk mengetahui perasaan sendiri.


Zaid yang perasaan dengan tindak-tanduk Syah,meletakkan cawan kopi yang diminumnya. Matanya beralih kepada Syah yang seperti ingin bertanya sesuatu kepadanya. “Kalau, Syah ada apa-apa nak tanya, tanyalah. Mungkin Syah belum terbiasa dengan kehidupan kat Malaysia nie” cadang Zaid ikhlas apabila melihat Syah yang agak resah untuk bertanya kepadanya.


Syah menelan air liurnya. Kalau satu otok tidak mampu menyelesaikan masalah yang dialaminya, dia perlukan dua otok untuk menyelesaikannya. Syah merenung lama wajah Zaid yang tidak sabar mendengar luahan hatinya. Mahu tidak mahu, akhirnya dia melepaskan soalan pertama.


“Dah berapa lama Zaid kenal Mia”Zaid mengerut dahinya. Sekali lagi soalan tentang Mia menerjah telinganya. Sejak dia berjiran dengan Mia, itulah soalan yang acap kalididengari. Mengapa lelaki itu  bertanya kepadanya,sedangkan Syah adalah sepupu Mia. Mestilah lelaki itulebih tahu daripadanya.


“3tahun, lagipun kenapa tanya Zaid. Syah kan sepupu Mia?”


“Tapi Syah dah lama tak jumpa Mia. Sebab tu Syah nak tahu”Syah  memberi alasan. Alasan Syah berjaya membohongi Zaid yang mengangguk persis orang dungun. Sedikit pun tidak mengesan apa-apa.


“Jadi Zaid kenallah Mia?”soal Syah teruja dengan sengihan yang memanjang. Diharapkan Zaid dapat menyelesaikan soalan yang bermain di benaknya itu.


“Bolehlah dikatakan begitu. Sebab ramai yang tanya pasal Mia kat Zaid. Nak harapkan Aiman, cakap dengan perempuan tergagap-gapa”Zaid membawa lawak. Lawak tersebut disambut ketawa oleh Syah. Masing-masing dilihat serasi untuk meluahkan pendapat. Bagaikan rakan lama.


“Mereka tanya pasal apa?”soal Syah lagi ingin tau. Dia benar-benar teruja. Dia telah bertanya mengenai Mia pada orang yang tepat!


“Merka kata mereka mengalami beberapa tanda ganjil setiap kali berada dengan Mia”jawab Zaid seakan-akan berbisik sambil melihat ke kiri dan kanan. Takut ada yang mendengarnya. Syah bagaikan terpancing dengan penyataan yang dikemukan oleh Syah. Tanda ganjil? Adakah sama yang dialaminya?


“Tanda yang macam mana?”soal Syah semakin teruja . matanya sudah membulat melihat Ziad. Zaid melihat ke kiri dan kanan. Dia mengarahkan Syah untuk lebih dekat padanya. Syah hanya mengikuti langkah Zaid.


“Merka cakap..setiap kali Mia datang pasti bulu roma mereka naik secara tiba-tiba. Dengupan jantung mereka berdegup kencang bagaikan mahu keluar. Peluh memercik pada dahi mereka dan tangan mereka sentiasa mengeletar”Zaid memneritahu dengan bersungguhnya dengan suara yang cukup halus. Syah terkejut dengan tanda yang diberitahu oleh Zaid. Sungguh! Betul-betul sebijik dengan tanda-tanda yang dialaminya.


“Syah juga mengalami benda yang sama. Jantung Syah bagaikan nak terkeluar setiap kali tengok muka Mia, dahi Syah berpeluh, tangan Syah mengeletar...”belum sempat Syah memberi penerangan, Zaid terus menyampuk dengan wajah yang membulat persis seperti ahli bomoh dibuatnya.


 “Syah pun rasa begitu?” anggukan daripada Syah melegakan Zaid. Terbuktilah Syah juga normal seperti orang lain. Hanya Zaid sahaja yang abnormal yang boleh mengatakan wajah seperti mayat hidup itu bagaikan bidadari. Gila ke apa?


“ Lepas tu Syah selalu dengar tangisan seorang perempuan setiap kali Syah sendirian. Syah terbayang wajah Mia yang menangis beberapa kali”ulas Syah lagi dengan bersungguh apabila setiap ciri yang dikemukan berseseuain dengan dirinya. Zaid mampu menjawab soalannya.


“Suara gadis menangis?”soal Zaid agak ketakuatan. Anggukan dari Syah disambut dengan pantas oleh Zaid sambil memegang tangan Syah di atas meja. Syah semakin tidak sabar mendengar cerita Syah seterusnya.


“Syah...Syah jangan cerita pada Mia. Nie cerita yang Zaid dengar oleh orang ramai”beitahu Zaid berhati-hati lalu menoleh ke kiri dan ke kanan. Takut kelibat Mia menjelma. Syah mengangguk penuh yakin untuk menyimpan rahsia itu.


“Syah tahukan Mia tu novelist tetapi cita-citanya tak kesampaian”soal Zaid berhati-hati. Syah mengangguk lagi. Masih tidak sabar mendengar cerita seterusnya. Zaid menghela nafs sedalam-dalamnya, kasihan kau Syah, kau sepupunya pun kena ‘kacau’.


“Ada orang cakap,sejak novelnya ditolak berulang kali, dia dah tak ada semangat untuk merebut cita-citanya. Dia sering mengurung diri dalam biliknya. Ditambahkan pula dengan kos hidup yang tinggi di sini, hidup dia terbeban. Ada yang cakap, dia menjadi gila sebab tidak mampu menapung tekanan hidup”Zaid menyambung ceritanya dengan nada berbisik. Rasanya kini bulu roma Zaid pun naik.


“Pada suatu hari ada seorang lelaki datang ke rumahnya. Mereka bergaduh besar. Ada yang cakap mereka mendengar suara tangisan perempuan. Namun, tiada siapa yang nampak lelaki itu berlalu dari rumah Mia. Ada yang cakap..lelaki itu telah dibunuh oleh Mia..da....dan darah lelaki itu.....” Zaid tidak mampu meneruskan ceritanya. Ada getaran pada percakapanya. Sungguh dia takut untuk mengyampaikan cerita tersebut. Takut Mia akan memburunya pula.


Syah memegang tangan Zaid yang mengeletar ketakutan. “Aku ada” Syah memberi semangat untuk Zaid meneruskan ceritanya . Zaid menelan air liur untuk menyambung ceritanya.


“Mia guna darah lelaki itu sebagai dakwat untuk menulis novel terhebat baginya”


Syah semakin terkejut. Tidak menyangka itulah cerita yang didengari mengenai Mia. Jadi maksudnya, aku berkahwin dengan pembunuh? Dengupan jantung Syah menjadi laju. Peluh memercik pada dahinya. Pucat wajahnya.


“Maksudnya.......”Syah memanjangkan ayatnya dengan harapan akan disambung oleh Zaid. Dia tidak sanggup menyambungnya berdasarkan apa yang difikirkan. Tak mungkin! Zaid mengangkat wajahnya. Satu ayat lagi Zaid, satu lagi. Kemudian semuanya akan selesai.



“Mia adalah pembunuh ataupun hantu”





 Episode 7  Full Episode   Episode 9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...