Friday 12 July 2013

Tonton Drama Melayu:Kampung Girl(Ep1-Ep10)+Sinopsis+Lagu Tema

 Kampung   Girl
 Kisah bermula apabila Ashraf Khairi, 28 tahun, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, 25 tahun, seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan ayam itik di kampung. Jiwa Ashraf mula memberontak. 

 Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.

Identiti Ainnur yang belajar hingga keluar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dirahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Ainnur ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya, Puan Mazlin.

Ashraf yang bengang dengan persetujuan Ainnur telah menggunakan setiausahanya, Annisa untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain pula yang berlaku apabila terbongkar dengan Ainnur kerana setiausahanya itu juga budak kampung dan yang lebih memeranjatkan, dia adalah kawan baik Ainnur sendiri.

Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudian. Pada malam pengantin, rahsia Ainnur yang berpendidikan diketahui juga. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tidak mempedulikan isterinya itu. Ainnur mengajar di Pulau Pinang manakala Ashraf bekerja di Kuala Lumpur. Teman serumah Ainnur menasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.





Drama Video
1-Kampung Girl OST-VIP Selamanya
          



2-Kampung Girl Promo




Kampung Girl FULL EPISODE



Kampung Girl Screensaver (Animated GIF)



































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...