[11]
My Love Is Growing
Secawan tea yang masih berasap
disusun dengan telitit di atas meja berhadapan dengan seorang gadis yang sedari
tadi banyak berdiam diri. Wanita berusia 30-an tersenyum manis ke arahnya
membuatkan gadis itu serba salah. Jarang gadis itu membalas senyuman itu, malah
kadangkala dia menunduk wajahnya melarikan diri daripada senyuman itu.
“Mia masak apa kat Syah semalam?”
Soalan itu membuatkan Syah yang ralit
minum air tea yang disediakan oleh ibunya sedikit tersedak. Laju dia memandang
wajah ibunya yang masih mesra memandnag wajah Mia yang agak terkejut apabila
diajukan soalan itu.
“Ma..macam mana makcik tahu?”soal Mia
agak tidak seddap hati. Dalam hatinya sudah tentu nama Syah menjadi mangsa
sumpah seranahnya. Takkanlah dia mahu memberitahu wanita anggun yang bersikap
keibuan ni yang dia hanya memyediakan lelaki tu Maggie untuk sarapan malam.
“Semalam Syah beritahu makcik yang
Mia sedang masak. Mia masak apa? Kalau Mia nak tau Syah paling suka makan sup
tulang. Kalau Mia nak tau kalau Syah makan sup tulang, dua tiga pinggang belum
tentu cukup. Kalau boleh satu tulang lembu tu nak dikaup untuk dia sorang je.
Kalau makan kat restoran pun, jangan cakap la. Dengan tangan pun dia sanggup
asalkan setiap sudut tulang tu Berjaya
diratahnya”cerita Datin Hayati sambil menepek-nepuk bahu anak lelakinya. Mia
mengerling ke arah Syah disisinya, jelas kulit putih wajah lelaki itu mula
berubah kepada merah jambu apabila diusik begitu.
“Apa mama nie, mana ada Syah buat
macam tulah”Syah masih cuba berahsia walaupun jelas alasannya kedengaran agak
sia-si. Dia memandnag Mia disisnya, wanita itu tersenyum mengejek kepadanya. Ya
Allah betapa malunya dia kepada Mia, mana mahu letak wajahnya. Mama tolonglah
berhenti, isteri Syah ada kat sini.
“Mia nak resepi tu? Resepi yang
makcik guna mudah je. Nanti balik rumah Mia cuba masakkan untuk Syah nak. Kalau
Mia nak kejap makcik tolong salinkan nak?”bersungguh Datin Hayati memberitahu
Mia pula sehingga sanggup bertukar duduk di tepi Mia pula. Tidak selesa Mia
dibuatnya apabila kini dirinya pula dijadikan bahan tumpuan. Hamper terngaga
dia mendengar permintaan Datin Hayati, masak sup tulang?
“Amm… tak apalah makcik. Nanti Mia
search dalam internet”Mia sudah tidak sedap hati apabila Datin Hayati sudah
mengeluarkan pen untuk ditulis dan kertas yang hanya berada di atas meja
hadapan mereka. Kali ini giliran Syah pula senyum menyindir ke arahnya. Mia
mengetap bibirnya apabila lelaki itu tidak ada apa-apa untuk membantunya ketika
itu.
“Search dalam internet? Yang mama
punya lain dari yang lain Mia. Syah pun Cuma suka resepi mama. Kan Syah?” datin
hayati menyiku siku Syah pperlahan. Syah memandnag wajah mamanya kemudian
beralih kepada wajah Mia yang cuba memberi bahasa isyarat supaya membantunya.
Dia tersenyum.
“Em…Syah nak resepi nie, Mia
tolonglah masakkan Syah sup tulang. Syah nak makan sup tulang Mia”Syah
melentokkan kepalanya pada bahu Datin Hayati seperti merengek sesuatu. Membulat
mata Mia memandang perilaku Syah. Mengada-ngada!
Bahu belakang Mia ditepuk perlahan
oleh Datin Hayati meyebabkan gadis itu tersentak. Muka Mia yang jelas terkejut
memandang Datin Hayati yang masih tersenyum mesra. Tolonglah, janganlah sebut
lagi.
“Mia kan isteri Syah sekarang.
Lagipun bila lagi Mia nak tunaikan permintaan Syah. Cara paling senang seorang
isteri membahagiakan suaminya adalah melalui masakan kerana seorang suami tidak
boleh dibahagiakan dengan barangan jenama seperti seorang wanita, tetapi
masakan. Dengan itu seorang suami akan rasa berapa berharganya dirinya”panjang
lebar Datin Hayati memberi nasihat persis seperti orang yang cukup
berpengalaman. Tangannya masih lincah menulis setia resipi di atas kertas kosong itu.
“Tapi makcik…semalam Mia Cuma
masak…”belum sempat Mia ingin berterus terang agar harapan ibu mentuanya tidak
menggunung, Syah terlebih dahulu menyampuk. “Mia masak semalam sedap sangat,
Syah sampai hirup kuah dia dengan straw”potong Syah laju menyebabkan wajah Mia
dan Datin Hayati berubah. Mia menelan air liur. Alamak!
“Ooo..Mia memang pandai dengan
masakan berkuah ye? Mesti Mia pandai dengan masakan macam sup tulang nie kan?
Lepas Mia siap masak, hantarlah kat makcik juga, makcik pun nak rasa”kali ini
level kesungguhan Datin Hayati telah sampai ke tahap memunja mendengar pujian
dari anak lelakinya. Bukan senang anak lelakinya ingin memuji masakn selain
darinya. Siapa tahu masakan Mia Berjaya mengubah segalanya.
“Er….”Mia terkedu apabila mendengar
permintaan Datin Hayati. Terkedu mencari jawapan. “Kitorang siap minum kuah tu
pakai straw bersama. Romentik kan mama?”kali ini Syah semakin menambah. Datin
Hayati megekek ketawa senang hati sambil menepuk belakang Mia agak kuat kerana
terlalu gembira. Mia tersentak sambil mengosok bahunya.
“Satu ke dua straw?”soal Datin Hayati
lagi ingin tahu. Syah masih tidak dapat mennagkap maksud senyuman pada wajah
ibunya, dengan selamba sekali dia menjawa jujur, “Satu”
Kali ini, belakang Mia menjadi mangsa
untuk kali kedua. Hamper ternganga Mia dibuatnya. “Nakal jugak Mia nie kan”usik
Datin Hayati sambil mengekek ketawa senang hati. Mia menunduk kepalanya malu
manakala Syah masih terpingga-pingga tidak memahami makna sebenar ibunya
berdasarkan wajah jujurnya.
“Kenapa nie mama?”soal Syah
terpingga-pingga. Namun suara ibunya mengekek kegembiraan mengelamkan soalanya.
Seronok benar ibunya gamaknya.
Sehelai kertas putih yang berisi
resepi itu dihulurkan penuh bersemangat kepada Mia. Mia masih berwajah takut
untuk menerima resepi tersebut. “Nanti balik rumah, cuba Mia masakkan nie untuk
Syah”
“Cuba masakkan apa kat abang
Syah?”soal Arisyah yang muncul tiba-tiba di belakang Mia. Datin Hayati agak
terkedu sambil menarik perlahan-lahan resepi yang dihulurkan kepada Mia itu.
Belum sempat Datin Hayati menariknya, Arisyah terlebih dahulu memintanya.
“Ary nak tengok boleh tak mama?”soal
Arisyah ingin tahu apabila soalannya tidak diendahkan oleh Datin Hayati. Dia
mula rasa cemburu apabila melihat betapa gembiranya Datin Hayati berbual disisi
Mia. Bukankah dia colan isteri terbaik buat Syah di mata Datin Hayati. Kenapa Datin
Hayati begitu lancer berbual dengan orang lain yang baru sahaja hadir dalam
hidup Syah. Adakah Mia benar-benar mula melintas kedudukannya di mata Datin
Hayati dan Syah?
Datin Hayati agak seba-salah namun
lambat-lambat dia menghulurkan kepada Arisyah untuk mengelak gadis itu
mengeshaki apa-apa yang lebih pelik. Membuntang biji mata Arisyah melihat
kendungan kertas putih itu.
“Kenapa mama bagi resepi nie kat Mia?
Kan mama janji nak bagi kat Ary sorang je?”soal Arisyah agak tidak berpuas
hatisekaligus mengungkit janji yang pernah diberitahu oleh Datin Hayati dahulu.
Wajah Datin Hayati yang lekang dengan senyuman sebentar tadi, terus sahaja
pucat besi apabila disoal begitu.
“La, apa salahnya Mia pula nak cuba
resepi tu”soal Syah selamba kerana tidak mengetahui situasi sebenar. Arisyah
sudah mula ingin menangis. Dapat dirasakan air matanya mula mengalir apabila
kedua-dua orang yang dicintai hanya berpiahk kepada Mia sahaja.
“Tapi mama janji yang….”belum sempat
Arisyah beremos, Aril yang baru sahaja tiba dari belakang merampas resepi yang
berada di tangan Arisyah itu. Arisyah yang masih tidak berpuas hati melihat
wajah abangnya yang tiba-tiba tersenyum manis melihat resepi tersebut. Apa yang
lucu sangat?
“Mia nak masak nie untuk Aril
ke?”soal Aril tiba-tiba lalu melihat wajah gadis kesayangannya. Wajah Mia agak
terkejut mendengar penyataan lelaki itu. Masak untuk Syah pun belum tentu
betulnya, boleh pulak masak untuk lelaki itu?
Arisyah mengerut keningnya. Bukan
masak untuk Syah ke? Syah mengerling tajam apabila Aril seperti ingin bermanja
dengan isterinya manakala Datin Hayati hanya tersenyum mengikut rentak yang
dimainkan oleh Aril untuk menjaga hati Arisyah.
“A’ah, Mia nak tolong masakkan untuk
Aril, kan Mia?”kali ini Mia pula dijadikan sasaran tumpuan ketiga-tiga manusia
itu. Mia menelan air liur lama. Wajah ketiga-tiga itu mempunyai keinginan yang
berbeza. Pusing kepalanya memikirkan jawapan yang sesuai.
“Mia nak buat masak sedikit kat
kawasan kejiran Mia. Mula-mula Mia ajak Aiman dan Syah. Alang-alang Aril tu
sepupu Syah, Mia pun ok je kalau Aril nak join” Titik. Itulah sahajalah jawapan
yang paling selamat yang Berjaya difikirkannya tanpa sedikitpun berat sebelah
pada mana-mana pihak. Datin Hayati tersenyum lebar dengan tindakan pantas gadis
itu. Jelas gadis itu bijak mencari jawapan. Syah dan Aril hanya tersenyum,
senang dengan jawapan yang dilontarkan. Jawapan Mia itu menyebabkan Arisyah
tersenyum lebar sekali.
“Ary nak join sekali boleh tak
Mia?”soal Arisyah beria-ria apabila mengetahui Syah turut sama ada. Mia
mengangkat keningnya, cuba menyembunyikan perasaan gundahnya. Alamak minah nie,
lepas satu, satu pulak yang datang. “Mia ok je”Mia hanya tersenyum pahit. Yang
itu dia memang tidak boleh sembuyikan lagi.
Arisyah tersenyum suka hati. Kini dia
mula berlari-lari mendapatkan lelaki itu. Memang tujuannya untuk menemui lelaki
itu lalu menyuruh abangnya menghantarnya. Mana tahu nasibnya begitu bertuah
pada pagi itu. “Abang Syah nak makan sup tulang ke? Apa kata lepas nie kita
pergi beli barang sama-sama nak tak?”soal Arisyah lembut sambil memeluk bantal
yang disediakan di atas sofa itu. Aril tersenyum nakal, itulah peluangnya untuk
mendekati Mia lebih rapat.
“Mia boleh tak Aril nak cakap dengan
Mia kejap?”soal Aril sengaja dikuatkan agar
dapat didengari oleh seluruh isi rumah itu. Dengan cara itu, barulah Mia
tidak berani menolaknya. Mia jelas agak tidak senang dengan ajakan lelaki itu.
Bukan dia tidak tahu dengan sikap playboy lelaki itu tambahan apa sahaja yang
keluar dari bibir lelaki itu sangat menyakitkan hatinya.
“Aril nak cakap, cakaplah kat
sini”jawab Mia jujur sehingga agak menyentakkan lelaki itu. Dahlah dia ssengaja
bersuara kuat agak perbualan mereka dapat didengar, balik-balik dirinya
dimalukan begitu pula.
“Mia…”kali ini memang suara Aril agak
mengada-ngada sehinggakan Mia juga dapat mengesannya. Apahal mamat nie, semalam
macam singa, hari nie jadi kucing pulak? Syah menjeling ke sisi Mia itu,
terpacul wajah Aril yang tersenyum mengejek melihatnya sambil mengenyit
matanya. Semakin mendidih Syah dibuatnya.
“Apa kata kita pergi mall beli
barangan basah sekarang? Kan makcik?”Arisyah cuba mendapat sokongan daripada
Datin Hayati, dengan cara itu dia dapat meluangkan masa dengan Syah. Datin
Hayati mengagguk laju mempersetujui cadangan yang diberikan oleh Arisyah.
Melihat cadangan Arisyah dan sokongan dari mamanya, Syah terus sahaja bangun.
“Bagus jugak cadangan tu, Mia nak beli barangan apa?”soal Syah riang sambil
bangun dari pembaringannya. Itulah cadangan yang bagus untuk melarikakan diri
dari Aril, lelaki yang mencintai isterinya.
Mia agak terkejut mendengar respon
semua orang yang bagaikan beria-ria mahukan dia memasak. Agaklah, aku bukannya
pandai masak, apasal semua orang macam nak suruh aku masak je nie?
“Nak buat malam nie ke? Takkan rasa
awal…”belum sempat Mia memberi alas an, Syah terlebih dahulu memotong, “Tak
awallah, Syah memang nak makan sup tulang malam ni”
“Aril pun rasa nak makan Mia punya…..”Aril
sengaja membiarkan ayatnya tergantung menyebabkan mata-mata di situ ralit
melihatnya. Apabila matanya jatuh pada wajah Mia, satu senyuman manis terukir,
“Mia punya sup tulang”
Arisyah menepuk kedua-dua belah tapak
tangannya apabila cadangannya mendapat sokongan ramai. “Jadi abang Syah….”belum
sempat Arisyah memberi cadangan langjut, Syah terus bangun mendapatkan kunci
kereta sambil meyepak kaki Mia secara diam.
“Jom Mia kita gerak sekali”
Kelibat Syah sudah hilang di muka
pintu seakan-akan lelaki itu ingin melarikan diri dari sesuatu. Mia mencebik,
pagi tadi terhegeh-hegeh sangat nak dating sini. Mia meununduk wajahnya sebagai
tanda hormat kepada Datin Hayati sebelum berlalu mengikuti gerak-geri Syah.
“Syah, tunggulah Ary jugak”Arisyah
bergerak mengejar Syah apabila percakapannya tidak dilayan. Datin Hayati hanya
memandang sambil mengurut dadanya, mujur rahsia mereka tidak terbongkar. Aril
membetulkan kolar bajunya sebelum berlalu mengikuti langkah mereka.
Syah memegang stereng kereta sambil
tersenyum dengan tindakan yang dilakukan
sebentar tadi. Cukup berpuas hati kerana berjaya melarikan Mia dari godaan
manja Aril. “Mengada-ngada betullah lelaki tu”bebel Syah cuba meniru gaya manja
Aril sebentar tadi.
“Ary nak duduk tepi Syah boleh?”suara
riang Arisyah yang muncul tiba-tiba sambil membuka pintu keretanya meyebabkan
Syah terkejut. Laju dadanya diurut kerana terlalu takut Arisyah dapat menangkap
perilaku dirinya yang bercakap seorang diri tadi. Arisyah tidak menuggu lama
jawapan dari Syah, sebaliknya terus mengambil tempat di sisi Syah sambil
tersenyum riang. Senyum banyak-banyak Ary, barulah mamat nie suka kat kau!
Mia dengan berwajah tenang mengambil
tempat di belakang tanpa sedikit pun memandnag wajah dua manusia dihadapannya. Syah
melihat riak wajah Mia menggunakan cermin belakang kereta, tiada reaksi. Tiada
tanda cemburu melihat manusia di hadapanya. “Mia nak beli kat ma….”belum sempat
Syah menghabiskan ayatnya, satu bunyi tutupan pintu keretanya terdengaran.
Sekujur tubuh dengan senyuman yang tidak lekang memandang Mia, dan mengambil
tempat di sisi Mia. Mia memandnag aneh kepada lelaki itu.
“Aril buat apa kat sini?”soal Mia
agak terkejut sambil menjarakkan jaraknya dengan lelaki yang tidak lekang
dengan senyuman tiba-tiba itu. Memang benar lelaki itu pernah menyelamatkannya,
tapi kalau seornag lelaki yang jahat tiba-tiba tersengih depan kita, itu lagi
menakutkan. Syah memusingkan wajahnya 180 darjah kerana terlalu terkejut.
Sangkaannya dia boleh melarikan Mia dari Syah, tapi makin rapat pula jadinya.
“Aril pun nak ikut Mia jugak, nak
elak Mia beli racun”gurau Aril sambil mengangkat keningnya. Mia membetulkan
lengan bajunya, tidak mengendah gurauan Aril. Syah mengetap bibirnya geram, sambil membetulkan cermin keretanya
agar kedudukan mereka lebih jelas.
“Peliknya abang hari nie, selalunya
malas nak keluar beli barang? Apasal hari nie rajin pulak?”soal Arisyah penuh
tanda Tanya apabila Aril dilihat agak luar jangkaan sejak akhir-akhir ini.
Adakah abangnya benar-benar suka pada Mia?
“Abang nak teman adiklah, takut ada
sapa-sapa culik adik abang yang comel nie” Aril masih berhelah, sesekali
pandangannya jatuh pada Mia yang ralit melihat di luar tingkap. Tidak sedikit
pun memandang dirinya disebelah. Syah memejam matanya, cuba menahan geram
dengan sikap sepupunya Aril. Enjin kereta yang telah lama dihidup akhirnya
Berjaya menjalankan tugasnya apabila kereta itu mula keluar dari perkarangan
rumah Datin Hayati.
“Sejak bila pulak abang ambik berat
pasal Mia nie? Ke abang nak teman Mia?”Arisyah ketawa kecil, cuba memperlagakan
abangnya dengan Mia. Pasti lelaki itu mengamuk kerana diperlagakan dengan
wanita seperti itu, namun sangkaannya melesap apabila abangnya hanya tersenyum
manis.
“Mia pun salah seorang yang abang
ambil berat juga”lembut sahaja pernyataan yang dikeluarkan oleh Aril tetapi
jelas ditangkap oleh Mia dan seisi kereta itu. Mia terkejut namun cuba tidak
memalingkan wajahnya menatap wajah Aril itu, takut lelaki itu mengesan
perubahan wajahnya. Buang tabiat apa mamat nie?
Syah tersedak apabila Aril
mengeluarkan kata-kata romentis itu kepada Mia. Makin gelisah memikirkan hanya
mereka berdua berada di barisan belakang kereta itu. Mujurlah tindakan Mia yang
tidak memberi respon sedikit menyedapkan hatinya.
“Amboi abang Aril, Mia jangan mudah
sangat terpedaya dengan abang Aril. Abang Aril nie playboy sikit”Arisyah
memberi nasihat kepada Mia memandangkan mereka berdua dalam peringkat mengenali
hati budi masing-masing. Sudah tentu dia perlu menyelamatkan Mia dari buaya
daratseperti abangnya. Kalau dia Berjaya memenangi hati orang terdekat dalam
hidup Syah, makin mudah dia ingin memenangi hati Syah.
“Apa yang Ary ca…”belum sempat Aril
menyampuk kerana tidak senang dengan percakapan adiknya yang sedikit menjatuhkan
imejnya, Mia lebi laju menyampuk. “Mia tahu, Aril nie saja je nak kenakan
Mia”pernyataan Mia itu menyebabkan Aril terdiam. Lama dia melihat pada sekujur
tubuh yang masih ralit memandang tingkap membelangkangi dia.
“Kalau Aril cakap Aril serius?”soalan
serius dilontarkan kepada Mia. Syah mula tidak sedap duduk. Kereta dihadapannya
sudah tidak diberikan tumpuan sepenuhnya. Arisyah ketawa mengengkek mendengar
suara Aril yang tiba-tiba diseriiuskan. “Pandainya abang bawa suara”selorah
Arisyah sambil memandnag Syah yang sedari tadi membisu.
“A’ah Aril. Apasal tiba-tiba guna
suara macam tu kat Mia pula?”Syah ketawa untuk menjayakan lagi lakonannya.
Menutup pengetahuannya yang mengetahui perasaan sebenar Aril terhadap
isterinya. Aril mengeta bibirnya mendengar gelakan Arisyah dan Aril. Bagaikan
perasaannya dibuat-buat.
“Aril cakap betullah…”
“Mia tak suka bunyi bising”tegas
sekali Mia bersuara menyebabkan isi kereta itu diam tiba-tiba. Aril melepaskan
keluhan berat apabila perasaannya sedikit pun tidak dipedulikan oleh Mia.
“Mia..Aril”belum sempat Aril bersuara, Mia berpaling laju “Kan Mia cakap Mia
tak suka bunyi bising?”Aril terdiam. Syah ketawa kecil merasakan diri telah
menang apabila Aril jelas dimarahi oleh Mia, “Kan Mia cakap tak suka bising.
Syah?”kali ini Syah pula jadi mangsa teguran. Arisyah yang sedari tadi ceria
terdiam tiba-tiba. Wajah Mia ditoleh, masih lagi tenang tanpa sedikit pun
kemarahan terserlah di wajahnya. Namun suaranya cukup tegas.
Mia memegang dua bungkus bagi pada setiap
tangannya. Satu perisi ayam dan satu lagi perisi kari. Dia mengetap bibirnya
geram. Syah berasal daripada Jepun, selalu suka dengan perisi sup yang tidak
terlalu kuat. Maka perisi ayamlah jawapanya. Perisi kari mula diletak
perlahan-lahan pad arak, tidak sampai satu inci perisi kari itu ditarik semula.
“Tapi, yang nie lagi cedap”Mia
memandang perisi kari di tangannya pula. Wajah ceria Syah yang menjamah
Maggienya semalam menyebabkan dirinya tersenyum kecil. Betapa lajunya lelaki
itu menjamah. “Mia nak makan Maggie lagi ke?”soalan yang tiba-tiba menerjah
gendang telinganya menyebabkan dia mengundur setapak. Dia memandang tajam wajah
Aril yang tersenyum manis di hadapanya. Aril mengambil Maggie perisa tomyam
yang berada di bahagian atas tinggi sedikit sahaja daripada kepala Mia. Hamper
sahaja wajah mereka bersentuhan apabila mereka berkeadaan begitu.
“Kalau Aril, Aril lagi suka perisa
tomyam”Aril menyatakan minatnya pula. Tidak sedikit pun menarik minta Mia untuk
mengambil tahu. “Kalau suka, masaklah”Mia cuba berlalu, namun Aril menghalang
pergerakan Mia dengan tangan kirinya. Mia terhenti seketika apabila pergerakan
dia disekat. Tetap tenang walaupun wajah mereka hampir tersntuh.
“Aril nak Mia masakkan” Mia menolak
tubuh Aril kasar. Tidak senang diperlakukan begitu. Maggie tomyam di tangan
Aril dirampas lalu dimasukkan ke dalam bakul, “Mia masak” selamba sahaja Mia
menerima permintaan Aril sambil mengatur langkah meninggalkan Aril. Aril tidak
berpuas hati apabila tingkahnya seperti tidak diambil endah oleh gadis itu.
“Kenapa Mia tak pernah nak ambil
serius dengan apa yang Aril cakap?”
“Mia Cuma ambil serius dengan orang
yang serius”
“Habis Syah tu serius sangat
ke?”soalan Aril memberhentikan langkah Mia. Mia berpaling kea rah Aril akibat tertarik
dengan soalan yang ditujukan apabila nama Syah menjadi sebutan. “Dia suami
Mia”tegas suara Mia berkata penuh bangga. Aril dapat merasakan telinganya
berdesing apabila Mia bagaikan mengaku hakikat itu. “Tapi Mia tak cintakan dia
kan?”
“Tu bukan hak Aril nak tentukan
perasaan Mia”Mia menyambung langkahnya tanpa menghiraukan pertanyaan Aril.
Matanya melilau mencari keberadaan Syah. Entah di penjuru mana Arisyah membawa
suaminya itu. Aril mengejar pergerakan Mia, bakul yang dipegang Mia dipegang
menghentikan pergerakan Mia. Mia terkejut lalu berpusing ke belakang.
“Kalau Mia tak suka pergelangan
tangan Mia dipegang, Aril janji tak buat lagi macam pertama kali kita jumpa.
Kalau Mia tak suka berada tempat orang ramai, Aril sedia lindungi Mia. Kalau
Mia takut jalan seorang diri tengah malam, Aril akan temankan” Mia terkedu
mendnegar tutur bahasa Aril terhadapnya pada ketika itu. Tidak pernah lelaki
itu bersuara demikian kepadanya. Kenapa lelaki itu?
“Aril nak apa sebenarnya?”Mia bertanya lurus. Dia tidak
suka berkias-kias begitu. Keliru dengan perubahan mendadak Aril. Aril tersenyum
mendengar nada suara Mia, jelas wanita itu lebih focus dengan keinginannya
kini.
“Aril nak buat degupan jantung Mia
sama seperti Mia buat pada Aril”
Mia memandang wajah Aril yang masih
setia memandnagnya. Apa yang lelaki itu maksudkan?
“Mia beli apa tu?”satu suara riang
mendekati mereka sambil berlari-lari. Bakul Mia bertambah berat apabila
dipegang oleh Syah pula yang tiba-tiba merengek-rengek seperti budak kecil
sambil merempuh badan Aril disisinya. Aril menjugil matanya kepada Syah namun
lelaki itu masih focus kepada Mia. Mia mengetap bibirnya menahan beban dua
manusia pada bakulnya. Aduii…
“Syah…”belum sempat Mia menyatakan
ketidakpuashatinya, Syah terlebih dahulu mengambil Maggie perisa ayam
kegemarannya. “Syah nak yang nie. Mia memang tahu kegemaran Syah kan?”soal Syah
manja sambil mengonjang bungkusan Maggie yang berisi 6 pek itu dihadapan Mia.
Gedik gila.
“Syah sebenarnya….”kali ini Aril pula
menyambuk percakapan Mia. “Mia, Aril lagi suka tomyam, Mia masakkan”Aril
mengonjang perisa tomyam pula dihadapan Mia. Rimas Mia dibuatnya. “Aril…”kali
ini nama Aril pula meniti dibibir Mia.
“Kan Syah cakap nak ayam”
“Tadi bukan Mia cakap nak masak
tomyam?”
Mia menekan kepalanya tiba-tiba
apabila bunyi bising itu menerjah ke gendang telinganya. Cukup menyakitkan
kepalanya. Dia memang benar-benar benci akan bunyi bising. Terasa pandangannya
juga mula kabur.
“Apa abang Aril dan abang Syah buat
kat sini?”satu suara lembut mengejutkan mereka bertiga. Serta-merta edisi
tolak-menolak antara Aril dan Syah terhenti seketika. Ketiga-tiga mereka ralit
melihat empunya wajah yang mencuka yang erat memegang troli merenung tajam ke
arah mereka. Syah menelan air liur mengamati wajah gadis yang baru sahaja
ditinggalkan sebentar tadi.
“Syah tahu tak susah Ary nak bawa
semua nie sorang-sorang? Yang abang Aril dan abang Syah nie apasal buang tabiat
nak makan Maggie? Tadi bukan main nak makan sup tulang, lepastu berebut nak
pilih Maggie? Abang Aril yang selama nie Maggie berlambak dalam cabinet dapur
tak pernah sentuh pun? Abang Aril selalu panggil teman wa…….”belum sempat
Arisyah meneruskan bebelannya sehingga menyentuh hal privasi lelaki itu dengan
bekas-bekas teman wanitanya, Aril terlebih dahulu menutup mulut adiknya setelah
mencampak bungkusan manggie itu ke dalam bakul milik Mia.
“Alaa…Ary nie, tiba-tiba abang Aril
nak ubah selera. Apasal perlu pergi jauh sangat nie?”Aril mempamerkan senyuman
buat-buat dengan mata yang menjugil melihat Arisyah.sepanjang hari itu, tidak
habis-habis adiknya mengungkit peristiwanya dengan teman wanitanya, jatuh terus
sahamnya di hadapan Mia!
Arisyah tidak senang apabila mulutnya
ditutup begitu. Laju dia menepis tangan abangnya yang erat menutup mulunya. Troli
yangerat dipeganganya diberikan kepada abangnya yang tiba-tiba
terpinggal-pinggal. Apabila Arisyah menyiku sambil menjugil matanya, barulah
Aril mengaru kepala sambil menyahut huluran Mia. Troli itu telah berubah
tempat.
“Syah, jomlah teman Arisyah beli
barangan lain pula. Apasal tinggal Mia sorang-sorang?”kali ini Syah pula
menjadi mangsa amarahnya. Mana tidak dia marah? Dia khusyuk bercerita tentang
bahan yang perlu mereka beli, alih-alih Syah tiada di sisinya. Seperti orang
gila sahaja dia bercakap. Yang si abang, sibuk bermain cinta dengan Mia. Kurang
asam! Jumpa-jumpa, sedang berebut Maggie? Siapa tak naik angin?
“Em…kita Tanya Mia dulu dia nak bahan
apa lagi untuk di…..”Syah mengalih pandangannya ke belakang. Tiada kelibat Mia
di belakangnya. Aril yang asyik menunduk kepalanya kerana malu, mengangkat
kepalanya apabila tiada sahutan dari Mia.
“Mana Mia?”serentak suara Syah dan
Aril bersuara.
Mia memegang kepalanya kuat. Bunyi
rengekan Syah dan Aril masih terngia-gia di kepalanya menyebabkan denyutan
kepalanya semakin kuat. Ditambahan pula dengan suara penjual yang sibuk meminta
pelanganggang sekitar untuk mencuba minuman terbaru mereka. Semakin parah
apabila suara bayi menangis seakan-akan terdengar di setiap penjuru. Suara
kana-kanak yang sibuk menarik baju ibu-bapa mereka agar membelikan barangan
mereka.
Mia memejam matanya. Terasa kepalanya
semakin berdenyut. Selalunya jika ke ruangan basah itu, dia suka meletakkan
headphonenya dikepalanya untuk mengelak dari terdengar bunyi bising begitu, namun
hari ini pembelian dilakukan di luar jangkaannya. Dia agak pening berada di
sekitar itu. Peristiwa yang berlaku di café tempoh hari menerjah ke kepalanya.
Memburukkan lagi keadaan.
Mia terkejut apabila lengan tangannya
tiba-tiba ditarik oleh seseorang. Hampir bergeletar tubuhnya apabila matanya
tertacap pada wajah yang cukup tidak dikenali namun tersenyum maniss kepadanya.
Senyuman itu dirasakan agak menakutkan. Apa makcik nie nak?
“Cik, cik nak cuba tak minuman
terbaru kami?”
Mia mengeleng kepalanya. Permintaan
wanita tua itu hampir tidak kedengaran di gendang telinganya yang telah
dipenuhi dengan bunyi bising dari pasar dan peristiwa yang berlaku di café
tersebut. Makcik itu masih cuba menarik tangan Mia untuk mencuba minuman
percuma yang dibuat khas untuk percubaan. Mia semakin mengeleng ketakutan,
wajahnya mula pucat.
“Marilah cik. Kami tak kenalkan
bayaran pun. Manalah tau cik cuba cik nak cuba sekali lagi. Lagipun minuman
kami tiada di pasaran lain lagi. Malah belum diiklankan. Cara nak lakukannya
juga agak mudah, cik boleh berikan kepada saudara tua cik kerana ini dapat
meningkatkan system peredaran darah dan…”makcik itu masih memegang erat lengan
Mia sambil mengheret Mia. Mia tidak bersuara sebaliknya hanya mengeleng
ketakutan. Kepalanya semakin kuat berdenyut,jelas dia tidak selesa dengan
keadaan yang dialaminya. Dia rasakan bagaikan mahu menangis. Mahu menangis
meraung nama Syah agar membantunya. Kenapa makcik ini begitu mendesaknya?
“Sa..saya tak nak”
Lemah sahaja suara yang dituturkan
Mia sehinggakan tidak dapat didengar dengan elok oleh makcik tersebut. Makcik tersebut
masih kemas memegang lengan Mia manakala tangan kanannya menagmbil secawan kopi
yang agak panas untuk diberikan kepada Mia. “ Cubalah rasa dulu….”belum sempat
kopi itu dihulurkan kepada Mia, tangan Mia laju menepis tangan makcik yang erat
memegangnya sehinggakan kopi itu tertepis menyimbah lengan Mia.
“Argghh”satu jeritan kecil kedengaran
apabila kopi panas itu menyimbah lengannya. Peristiwa di café itu berputar
kembali kebenaknya, menyerang memorinya sekaligus memadam segala-galanya. Mia
semakin takut. Wajah-wajah tanpa mata,telinga,kening tiba-tiba menerjah
wajahnya. Hanya mulut sahaja ada yang sibuk mentertawakan keadaannya ketika
itu. Air matanya laju menangis, keadaan sekitarnya gelap-gelita, wajah bermulut
sahaja itu melingkungi dirinya, mengahalang dia untuk beredar.
“Mia?” lengan Mia tiba-tiba disentuh
hangat oleh seseorang melarikan Mia dari dunia ciptaannya sebentar tadi. Mia
mengangkat wajahnya, rambutnya agak tidak terurus dengan wajahnya yang merah
padam menahan tangisan. Satu wajah yang cukup dikenali memenuhi ruang
pandanngannya. Wajah itu kelihatan cukup cemas dan risau melihatnya.
“Aiman…”suara Mia tersekat-sekat.
Aiman melepas keluhan berat dengan sikap fobia Mia apabila menemui orang ramai
yang tidak dikenalinya. Matanya melihat kepada makcik di sebelah Mia yang
sedari tadi pucat dengan keadaan Mia tiba-tiba itu. Aiman menjeling kepada
makcik tersebut sebelum mengheret lengan Mia beredar dari situ.
“Aiman, Mia …”Mia tidak jadi
meneruskan kata-katanya. Rasa takutnya masih bersisa namun telah hilang apabila
wajah dikenali menerjah pandangannya. Langkah mereka terhenti apabila
bertembung dengan Syah, Aril dan Arisyah yang agak terkejut melihat keadaan
dirinya. Mia menunduk kepalanya, malu dilihat dengan keadaan demikian.
“Syah dan Aril datang dengan Mia
ke?”soal Aiman tegas sambil merenung kedua-dua lelaki itu yang ralit melihat
Mia. Syah mula mendekati Mia untuk mendapatkan gadis itu, namun Aiman terlebih
dahulu menghalang. “Syah tahu kan Mia
ada masalah dengan orang ramai? Kenapa tinggalkan dia sorang-sorang? Apa korang
fikir?”jerkah Aiman geram tanpa mempedulikan suasana sekitar. Syah menelan air
liur. Sekali lagi dia tertewas menjaga gadis itu.
Mia menghirup jus oren
perlahan-perlahan sambil merenung wajah Aiman yang tersenyum kepadanya. Malu
pun ada kerana Aiman melihatnya dalam keadaan begitu. Rupanya lelaki itu tahu
dia mempunyai masalah berdepan dengan orang ramai dan trauma yang kadangkala
Berjaya menguasai diri.
“Mia ada masalah fobia dengan orang
ramai?”soal Arisyah tidak percaya sambil memandang Syah dan Aril yang masih
setia memandnag Mia yang semakin pulih dari traumanya. Anggukan dari Syah
menyebabkan Arisyah menjugil matanyanya tidak percaya. Laju kepala Arisyah
berpusing kepada meja yang berada agak jauh dari sisi mereka. Itu semua
kehendak Aiman yang ingin memisahkan mereka untuk memberi ruang kepada Mia
berehat.
Arisyah termenung sekitaka. Patutlah
Syah, Aril dan Datin Hayati bersikap baik dengan Mia. Rupa-rupanya gadis itu
mempunyai masalah berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Maka itu telah
menjawab soalannya beberapa hari lalu. Kini cemburunya kepada Mia serta-merta
diganti dengan perasaan belas kasihan. Tidak hairanlah gadis itu banyak
menyindiri dan tidak banyak bercakap.
“Ary rasa jahat sangat. Sepatutnya
Ary biar je Aril dan Syah jaga dia tadi”luah Arisyah terasa serba salah. Syah
melepaskan keluhan. Sekali lagi dia gagal menjaga Mia, janji yang ditaburkan
bagaikan manis di mulut sahaja. Wajah ketakutan gadis itu menerjah kembali ke
ruang wajahnya. Aril mengaru kepalanya, dia juga rasa serba salah kerana tidak
berada disisi gadis itu sebentar tadi. Dia hanya terlewat beberapa minit
sahaja.
“Syah yang salah” Arisyah memandang
wajah muram Syah. Dia tidak suka lelaki kesayangannya tiba-tiba bersedih kerana
wanita lain. Kalaulah dia tahu semua ini akan terjadi, dia pasti akan
berjalan-jalan menemani Mia. Menjadi rakan yang boleh Mia percaya. Pasti Syah
tidak akan bersedih begitu. Ketiga-tiga manusia di meja itu hanya sepi tanpa
sepatah kata,masing-masing ralit melihat Mia di sudut meja lain. Minuman yang
dipesan sedikit pun tidak dijamah. Betapa mereka mahu turut menemani Mia ketika
itu, melegakan hati Mia. Namun mereka sedar, mereka tidak layak.
“Terima kasih Aiman”
Aiman mengangkat kepalanya apabila mendengar
ucapan lembut daripada Mia itu. Wajah Mia yang masih ketakutan itu dilihat
lama. Antara ketakutan kerana peristiwa tadi ataupun ketakutan kerana serba
salah kepadanya. Aiman tersenyum manis kepada Mia, sambil mendongkak dagunya
melihat Mia. “Mia nak makan Maggie?”soal Aiman lembut menyebabkan Mia agak
terkejut. Aiman mengeluarkan Maggie cup perisa kari di atas meja.
“Apa Aiman buat nie?”Mia agak
terkejut apabila Aiman membawa pula jag yang berisi yang panas yang masih
berasap kepada Mia. Aiman tersenyum sebelum menuangkan air panas kepada Maggie
perisa kari itu perlahan-lahan. Wajah terkejut Mia cukup mencuit wajahnya.
“Mia suka makan Maggie kan? Nak rasa
Maggie buatan Aiman pula?”gurau AIman smabil menutup Maggie itu dengan penutup
aluminiumnya. Mia ketawa kecil, mula memahami maksud sebenar lelaki itu. Lelaki
itu cuba membuatnya selesa dan melupakan kejadian sebenatar tadi.
“Sedap ke Aiman buat? Maggie campur
air panas je nie”balas Mia pula sambil menyentuh Maggie cup itu. Panas betul.
Aiman ketawa apabila Mia sudah boleh bersuara seperti biasa. “Tapi perisa kari,
Aiman suka perisa kari”tambah Aiman sambil tersenyum. Mia menunuk wajahnya
menahan ketawa mendengar jawapan spotan dari Aiman. Siapa sangka mereka
mempunyai minat yang sama.
“Perisa lain tak sedap ke?”soal Mia
pula cuba menguji Aiman. Aiman melihat mata bulat Mia merenung ke arahnya,
debaran jantung kian terasa. Aiman membuka penutup aluminium itu lalu menhirup
kuahnya yang masih panas, laju sahaja lelaki itu menjelir lidahnya apabila lidahnya
menyentuh air panas tersebut. Aiman laju mengambil air kopinya yang masih panas
tanpa berfikir panjang. Semakin panas jadinya. Mia tersenyum kecil melihat
telatah Aiman. Dia benar-benar senang dengan lelaki itu jika dibandingkan
dengan Aril taupun Syah.
Aiman berhenti mengibas lidahnya
apabila Mia menghulurkan air orennya kepadanya. Terpinggal-pinggal Aiman untuk
mengambilnya, namun melihat senyuman gadis itu, cukup menyakinkannya. Huluran
tersebut diambil. Straw yang digunakan oleh Mia, kini digunakan secara langsung
oleh Aiman.
Syah membuntang biji matanya melihat
aksi begitu. Ciuman secara tidak langsung. Syah mengetap bibirnya geram melihat
Aiman yang masih rakus menyedut jus oren isterinya. Begitu juga Aril yang
berada di sisi Arisyah, laju kepala Arisyah ditolah untuk memudahkan dia
melihat aksi tersebut. Aiikk..mamat nie, kongsi-kongsi air pula.
“Gatal”sebut
Syah dan Aril serentak dengan mata yang penuh dengan cemburu melihat Aiman dan
Mia. Arisyah memandang lelaki di hadapan dan sisinya, apahal mamat-mamat nie?
Syah menjeling kepada Mia yang berada
di tempat duduk belakang. Wanita itu seperti biasa lebih senang mengambil
tempat belakang dan tenggelam dengan dunianya. Peristiwa di restoran itu
menyebabkan jantungnya sedikit membara. Tapi kenapa dia perlu berperasaan
begitu?
Mia ralit melihat ke luar tingkap.
Tiada langsung perbualan antara mereka selepas
Aiman meminta diri untuk pulang. Manakala Arisyah dan Aril pula meminta
untuk pulang dengan teksi. Mungkin mereka masih dihantui dengan serba salah.
Mia memandang Syah, sama. Tidak sedikit pun bersuara sejak kejadian tadi. Mia
menambung fokusnya di luar tingkap. Setiap papan iklan dipandangnya dengan
teliti. Satu persatu melepasi.
Satu papan iklan menyebabkan kepala
Mia berpusing 180 darjah. Membulat Mia melihat papan iklan tersebut. Laju bahu
Syah dipegang erat. Syah agak trkejut apabila bahunya dipegang rakus oleh Mia.
Apahal minah nie tiba-tiba aggresif nie?
“Syah, kita jangan balik rumah”
Syah menelan air liur. Terasa ada
tidak kena dengan nada suara Mia. Bersemangat pelik. Apalah yang Aiman letak
dalam Maggie tadi. “Kenapa nie Mia?”bergetar sekali suara Mia.
“Mia taknak balik lagi. Mia nak pergi
suatu tempat dengan Syah!”suara Mia sedikit meninggi. Apa hal minah nie?
“Kita dah nak sampai dah nie….”
“Mia nak pergi jugak! Mia nak pergi
dengan Syah je!!”
Mia meraup rambutnya yang menutupi
wajahnya kerana angina pantai yang agak kuat. Lautan tenang memenuhi ruang
wajahnya. Begitu tenang sekali baginya.
Lebih bahagia juga kawasan sehebat itu ditemani dengan orang yang kita sayangi.
Mia mengerling ke kirinya. Wajah Syah yang tersenyum manis ke arahnya
sehinggakan menampakkan lesung pipitnya. Kadangkala bayu laut meniup rambut
Syah menutupi mata lelaki itu. Namun lelaki itu tetap memandangnya, tersenyum
kepadanya.
“Syah ingat tak?”sergah Mia geram
apabila Syah masih ralit melihatnya. Lelaki itu dilihat tidak sedikit pun
berusaha mengingati peristiwa di pantai yang berlaku kepada mereka tempoh hari.
Kini mereka berada di pantai, tempat di mana kejadian khalwat mereka berlaku.
Selepas melihat iklan percutian di pantai,Mia bergegas ke pantai di mana mereka
ditemui. Apatah lagi lelaki itu mula mengingati cebis pertemuan mereka apabila
membantunya membeli pad. Maka dia perlu membawa lelaki itu di tempat yang
berkaitan dengan kisah mereka.
“Ha?”
Suara Syah yang agak kebingunan
menambahkan lagi bara di hati Mia. Bukan senang otaknya ingin memeras ingatan
lelaki itu, pelbagai cara telah mereka lakukan sebelum nie,balik-balik lelaki
itu dilihat tidak bersungguh pun ingin mengingati kembali.
“Syah tengoklah tempat nie
betul-betul! Tengoklah tempat sekitar”marah Mia geram apabila Syah bagaikan
tidak berusaha untuk mengingati kembali. Syah melihat sekitar, kemudian kembali
memandnag Mia di sisinya.
“Tempat kita ditangkap khalwat?”
Selamba sahaja jawapan diberikan oleh
Syah membuatkan Mia menjugil matanya geram berserta sepakan kuat pada lutut
Syah. Geram juga dia, bukan itu perkara yang sepatutnya diingat. Perkara yang
cukup dibencinya.
Syah mengadu kesakitan sambil mengosok lututnya yang terasa pedih
tiba-tiba itu. Berkerut dahinya melihat kea rah Mia yang mula menjauhinya
menuju kea rah jeti panjang. Lambat-lambat dia mengekori langkah Mia seakan
anak ayam.
Mia menghentikan langkahnya apabila
telah berada di pertengahan jeti tersebut. Udara pantai menghembus lembut
wajahnya menyebabkan dia sengaja memejamkan matanya. Mengamati keindahan alam
ciptaan Allah SWT. Siapa sangka tempat seindah itu menyebab tempat di mana
sejarah hitamnya bermula. Dulu kematian ibubapanya, kini kejadian khalwatnya
dengan Syah pula. Syah…kejap, mana lelaki itu?
Sekujur tubuh yang kaku bersila di
bahagian tengah jeti hanya ¼ dari keseluruhan kawasan jeti diamati oleh Mia.
Lelaki itu sering menoleh ke kiri dan kekanan, melihat ombak yang kuat
menghembas jeti tersebut. Masih juak tidak bergerak. Mia merungus kasar sebelum
mendekati lelaki itu.
“Apa Syah buat nie?”soal Mia geram
sambil berdiri dihadapan lelaki itu yang masih lagi duduk bersila. Syah
mendongak ke atas, wajah Mia yang agak bengis itu sedikit pun tidak
menakutkannya jika dibandingkan dengan ombak yang menghembas kuat jeti tersebut
bagaikan mahu menerkamnya.
“Mia..Syah..”belum sempat Syah
menerangkan keadaan sebenar, Mia terlebih dahulu menarik hujung lengan baju
Syah. Syah terkedu apabila hujung bajunya disentuh oleh Mia. Entah dari mana
datangnya keberaniannya mengikut langkah Mia dari belakang lebih jauh, jauh
dari tempat permulaan jeti tersebut. Walaupun Mia tidak menyentuh tangannya,
terasa jantungnya berdegup kencang sekali. Lama Syah memandang tangan Mia yang
masih kemas memegang hujung bajunya kemudian beralih pula kepada Mia.
“Syah cuba tengok ye”Mia melepaskan
hujung baju Syah lalu menunjuk ke lantai jeti tersebut, tempat di mana kejadian
tersebut berlaku. Kejadian di mana Syah dan dirinya terjatuh ke dalam pantai.
Syah terus memandnag wajah Mia, namun percakapan Mia hampir tidak didengari
langsung oleh Syah kerana bunyi bising ombak. Syah mengangguk, berpura-pura
mendengar.
“Tengoklah sini”Mia mula meninggikan
suaranya apabila Syah hanya mengangguk tapi tidak pula mengikut arahannya untuk
melihat kea rah lantai jeti itu. Sekali lagi Syah mengangguk tetapi masih setia
memandang Mia. Mia merengus geram, main-main pula mamat nie.
“Syah…”belum sempat Mia melepaskan
geramnya, pada ketika itu juga ombak besar menghempas jeti sehinggakan air naik
ke atas jeti itu dan menyentuh kaki Syah dan Mia. Secara spotan Syah bergerak
memegang hujung baju Mia yang panjang menyentuh lutut itu menyebabkan Mia
sedikit terkejut apabila badan Syah menuju ke arahnya. Wajah Syah agak
kelihatan pucat sambil menyapu-yapu seluar bajunya yang sedikit basah. Apabila
ombak kecil dating lagi, Syah semakin kuat memegang lengan baju Mia.
Mia memandang lama wajah Syah. Jelas
terpancar garis ketakutan pada wajah lelaki itu. Terimbau kembali kenangan
lelaki itu sanggup dating ke jeti bersama ais-krim tempoh hari. Bagaimana
lelaki itu dating, tetapi pada ketika itu juga ada sedikit garis ketakutan.
Bagaimana lelaki itu boleh lemas pada ketika itu.
“Syah takut ombak ke?”
“Kalau dah takut, tak payahlah
datang! Dah tau macam tu cakaplah”Mia membebel kepada Syah sambil sibuk menyapu
seluar Syah yang terkena air. Marah juga dirinya kerana Syah langsung tidak
bersuara menyatakan takutnya, tambahan pula lelaki itu pernah membantu
menangani rasa takutnya ketika guruh. Balik-balik dia pula mengheret pula
lelaki itu ke tempat yang ditakuti.
“Apasal susah sangat nak….”Mia
mengangakt wajahnya geram apabila tiada respon daripada Syah. Dilihat Syah sedang
ralit melihatnya sambil tersenyum manis menampakkan lesung piptnya. Apahal
mamat nie?
“Syah dengar tak apa Mia cakap?
Apasal tak beritahu Mia?”marah Mia lagi menyebabkan Syah tersedar dari
lamunannya dan menunduk malu apabila tindakannya ditangkap oleh Mia. Syah
menguis-guis pula pasir pantai ttanpa memandang Mia. Terasa malu tiba-tiba. Mia
mengetap bibirnya geram apabila soalannya tidak diendahkan. “Syah…”
“Sebab Syah sebenarnya rasa selamat
masa Mia heret Syah”
Jawapan Syah menyebabkan Mia terdiam
tiba-tiba dari bebelannya. Lelaki itu masih ralit menguis-guis pasir pantai
tanpa memadang wajahnya. Sukar dia ingin engecam riak wajah dan keikhlasan
lelaki itu. Syah mengaru kepalanya, kemudian mengalih wajahnya kea rah yang
bertentangan. Ya Allah, apasal panas sangat nie muka aku? Desus hati Syah.
“Apa yang Syah merepek nie?”
“Syah merepek je tadi!” Syah bangun
tiba-tiba sehingaa agak mengejutkan Mia yang duduk bersila di atas pasir
pantai. Tanpa memandnag wajah Mia, Syah lari tiba-tiba, cuba meninggalkan Mia.
Tapi baru sahaja dua langkah, dia telah tersadung sehinggakan wajahnya mencium
pasir pantai. Syah memejam matanya erat untuk mengelak pasir pantai memasuki
matanya, manakala mulutnya agak dipenuhi dengan pasir pantai. Itu ditambahkan
pula dengan seluar pendeknya yang sedikit basah sebentar tadi, mula dilekati
dengan pasir pantai.
Syah sengaja tidak bergerak dari
posisi asalnya. Masih membiarkan dirinya mencium pasir pantai. Malu untuk
menghadap wajah Mia.
Mia berlari mendapatkan Syah apabila
Syah tiba-tiba terjatuh.Badan Syah laju digonjangkan apabila badan tersebut
langsung tidak bergerak meskipun digonjang kuat. Apahal mamat nie, tak bergerak
langsung. Jatuh je kan? Ke ..ke ada benda tajam tertusuk?
“Syah….syah?”Mia cuba mengerakkan
Syah laju apabila badan Syah sedikit tidak memberi respond. Masih tiada
respond. Mia semakin pucat. Badan Syah digoncang lebih kuat daripada biasa
dengan suaranya sedikit ditinggikan kerana agak panic. “Syah!!”
Syah memusing wajahnya tiba-tiba
memandang Mia. Tidak berkelip mata Mia memandang wajah Syah yang terpusing
tiba-tiba itu. Wajah itu dipenuhi dengan pasir pantai dengan rambut kusut
masai. Tidak lama wajah itu mengetap bibir sebelum kembali berpusing mencium
pasir pantai.
“Malulah Mia”
Mia ketawa kecil mendnegar aduan
Syah. Lelaki itu masih degil tidak mahu menampakkan wajahnya sehingga sanggup
mencium pasir pantai. Hilang terus kegusarannya sebentar tadi. Mengada-ngada
betul mamat nie!
Syah memasukkan kedua-dua belah
tangannya kedalam poket. Perjalanannya agak sukar kerana dipenuhi dengan pasir
pantai. Angin sekali sekala meniup rambutnya sehingga ada yang menyentuh mata.
Syah melepas keluhan berat. Dia memadang ke belakang. Kelibat Mia kelihatan.
Wanita itu juga memandnag ke arahnya. Syah lekas berpaling ke hadapan. Mulunya
menyumpah kerana melakukan perbuatan yang cukup memalukan di hadapan gadis itu.
Langkah semakin dipercepatkan.
Mia tersenyum kecil sambil menunduk.
Dia perasaan lelaki itu masih malu kepadanya, dia juga tidak menyebut apa-apa
sejak kejadian tadi.
Syah mengambil tempatnya di dalam
kereta tanpa berkata apa-apa. Mia juga memasuki kereta tersebut tanpa sedikit
pun berkata apa-apa. Syah berdehem perlahan sebelum menghidupkan enjinnya. Kali
pertama kunci dipulas, tiada respon. Kali kedua dipulas, ada respon
kemudian tidak hidup. Syah mengerut
keningnya, cuba untuk kali ketiga, masih sama seperti keli kedua. Dia cuba
lagi, sehingga Mia juga perasaan keadaan itu.
“Kenapa?”
Suara Mia mula kedengaran setelah
sekian lama menyepi. Syah mengeleng perlahan tanpa memandang wajah Mia. Masih
lagi malu dengan kejadian sebentar tadi. Dia cuba menghidupkan enjin sekali
lagi namun tidak Berjaya. Mata Mia yang ralit memadang Syah beralih pula pada
setiapa meter yang ada di hadapannya. Matannya membulat melihat meter yang
paling penting menunjukkan angka yang paling tidak dikehendaki.
“Bila kali terakhir Syah isi
minyak?”soalan Mia menyebabkan Syah menghentikan tindakannya. Perlahan-lahan
meter keretanya dipandnag sebelum air liur ditelan. Kepalanya dipusing
perlahan-lahan memandang wajah Mia. Syah cuba melemparkan senyuman pahit
melihat Mia.
“2minggu lepas?”
Syah membuka bonet keretanya. Satu
senyuman terukir di wajahnya apabila satu bungkusan berwarna merah terang
terpampang pada pandangannya. Laju tangannya mengambil bungkusan merah itu lalu
ditunjukkan kepada Mia. Mia yang sedari tadi mencuka di tepi kereta berpaling
melihat Syah yang tiba-tiba tersengih tiba-tiba. Ada minyak simpanan ke?
“Mia, Syah jumpa khemah dalam bonet
nie. Bolehlah kita tidur dalam khemah malam nie” suara ceria Syah menyatakan
berita itu menyebabkan bara api dalam diri Mia semakin membara. Apa yang hebat
sangatnya?
Syah berlari-lari anak menuju ke
kawasan pantai. Khemah mula didirikan dengan penuh tekun manakala wajah Mia
masih mencuka tanpa sedikitpun keinginan untuk membantu Syah. Syah tidak ubah
seperti kanak-kanak perempuanyang sibuk menyusun permainan memasaknya di tepi
pantai. Begitu bersungguh dan ceria sekali. Mia memeluk tubuh memandang keadaan
sekitar. Sunyi tanpa orang ramai. Memang pantai itu sunyi sekali, mewajarkan
lagi tindakan khalwat yang dilakukan oleh mereka diterima dan meracuni pihak
pencegah maksiat itu. Tambahan pula stesen minyak terletak jauh dari situ.
Tiada pula perkampungan orang laut di sekitar situ. Malah tiada juga isyarat
telefon di kawasan itu. Mahu tidak mahu dia perlu menunggu pertolongan orang
luar ataupun mengharapkan isyarat telefon Syah Berjaya sampai ke rumahnya.
Mia mengalihkan pandangan kembali
kepada Syah. Satu senyuman terukir di wajahnya tanpa sedar melihat telatah
Syah. Tanpa sedar, kehadiran Syah yang selama ini diyakinkan hanya sementara
Berjaya mengubah personalitinya, hidupnya, dan menambah pelangi dalam hidupnya.
Personality Syah yang dianggap agak menjengkelkan itu menyebabkan dirinya
tersenyum sendirian ketika itu. Mia menutup mulutnya apabila Syah mula melambai
kepadanya. Apa kata lelaki itu jika dia tersenyum sendirian.
“Mia !!”
Syah tersenyum manis menampakkan
lesung pipitnya sambil mencekakpinggang
puas hati dengan hasil kerjanya. Dia mengangkat wajahnya penuh bangga
menunjukkan khemah yang teguh didirikan. Cahaya matahari yang mula terbenam
menyebabkan keadaan sekitar berwarna seakan oren. Entah kenapa wajah Syah
ketika itu dilihat seperti sebuah lukisan yang yang bernyawa. Sangat menarik….
Dup Dap
Mia memegang jantungnya yang
tiba-tiba memberi reaksi aneh. Mia menepuk perlahan. Kenapa nie? “Mia,
tengoklah rumah kita nie!!” jerit Syah lagi sambil melambai-lambai tangannya.
Mia menagngkat wajahnya lalu menjatuhkan tangannya. Lambat-lambat dia tersenyum
lalu mengatur langkah mendekati Syah.
Mia menjugil biji matanya melihat
keadaan di dalam khemah itu. Sempitnya. Mia mengalih pandangan di sisinya.
Terpamer wajah Syah yang masih tersenyum bangga sambil melihat sekitar khemah
tersebut. Mia mengetap bibirnya. Mamat nie tak rasa pelik ke?
“Mia nak tidur kat mana?”soal Syah
tiba-tiba menyebabkan Mia sedikit terkejut. Apa dia Tanya? Nak tidur kat mana?
Syah masih ralit melihat setiap sudut khemah itu yang teguh didirikan. “kalau
Mia tidur kat sudut kiri, senang sikit nak letak barang, kita letak barang kat
kaki. Kalau Mia tidur kat tengah, kita letak kat kiri dan Syah akan tidur
kat….”Syah sedari tadi sibuk merancang satu persatu, terkedu seketika untuk
meneruskan ucapannya. Baru tersedar dengan situasi mereka berdua.
Syah menelan air liurnya yang
tiba-tiba dirasa pahit. Dia mengerling kea rah Mia yang sedari tadi juga banyak
membisu. Syah berdehem perlahan lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal. Mia memandang
wajah Syah, mula berubah kemerahan, begitu juga suara ceria lelaki itu.
“Syah….”
“Ha?”suara Syah agak tergagap apabila
dipanggil tiba-tiba begitu. Dia mengerling ke sisinya lambat-lambat, tempampang
wajah Mia yang tenang. Minah nie hari-hari tenang, bilalah nak beremosi pula?
“Syah apa kata kita berbual sambil
cuba mengenang kisah dulu?”
Cadangan Mia menyebabkan Syah
mengangguk laju. Tidak tahu apa yang perlu dibuat oleh mereka seterusnya.
Mungkin itu adalah satu cadangan yang bagus untuk melarikan mereka dari situasi
yang agak kekok itu.
“Syah tahu tak ada satu benda sangat
yang Mia nak tahu pada hari kejadian”
Syah menganggak keningnya mendengar
soalan Mia. Mereka bergelap tanpa cahaya lampu atapun unggun api kerana tiada
kemudahan untuk mereka berbuat demikian. Syah sedari tadi hanya diam membiarkan
Mia memulakan perbualan terlebih dahulu. Mia tersenyum sambil menunduk.
Lambat-lambat dia mengangkat kepalanya memandang Mia.
“Antara Syah kebetulan jumpa Mia kat
pantai, ataupun Syah ekori Mia, atau…akhirnya itu adalah takdir sehingga
sekarang takdir itu masih mengheret kita kea lam perkahwinan. Kalau kebetulan
atau Syah sengaja ekori Mia, lama-kelamaan itu akan terbukti dengan penceraian
kita tapi kalau takdir, betullah ada….”Syah mengurut dahinya mendengar
penjelasan Mia. Dia tahu gadis itu seorang penulis, jadi perlu ke gadis itu
menggunakan ayat yang begitu sukar untuk diterima oleh benak otaknya? Mia
memandang wajah Syah yang agak berkerut, seperti seorang ibu sedang mengajar
Anatomy kepada anaknya berusia 5 tahun. Satu ketawa kecil terlepas.
“Lupakanlah”
Sekali lagi Syah mengurut keningnya.
Minah nie, kejap nak suruh aku ingat, kejap suruh lupakan. Mia memandang Syah
lama, kemudian beralih ke sisi pantai. Terpampang jeti menjadi tempat insiden
tersebut.
“Pada waktu tu,Syah cakap nak beli
ais-krim. Syah datang dan berjumpa dengan Mia”
Syah mengangguk mendengar cerita Mia.
Mia melihat respond Syah agak berpuas
hati lalu menyambung jalan ceritanya. “Syah tegur Mia, macam taka da benda yang
terjadi seminggu sebelumnya. Macam biasa je Syah tegur Mia”Mia menghentikan
jalan ceritanya apabila mengenag peristiwa itu. Itulah,itulah membuatkan
hatinya agak tertarik dengan personality Syah. Tetap senyum dan mara ke hadapan
dan meninggal apa yang belakang. Sedangkan dia tetap juga mahu terperangkap
dalam kisah lama. Bagaimana lelaki itu dapat lakukannya?
“Apa yang berlaku?”
Mia mengeleng kepalanya menidakkan
tiada yang berlaku waktu itu. Sekali lagi wanita itu tidak mahu bercerita
terus. Minah nie nak aku ingat ke tak? Desus hati Syah agak geram.
“Mia masa tu tak rapat dengan Syah.
Mia tak biasa dengan orang asing.Mia cuba larikan diri dari Syah tapi Syah cuba
ekori Mia dari belakang” Mia menghentikan jalan ceritanya seketika, memandang
wajah Syah. “Motosikal yang menjual ais-krim itu lalu, Syah cuba mengelak dari
terlanggar kerana sebab itulah Syah terjatuh dalam laut, dan Mia cuba
selamatkan Syah. Sedar tak sedar, ada pegawai pencegah maksiat datang menahan
kita. Syah ingat tak? Kat jeti itu perkara tersebut berlaku?” Mia menunjukkan
kea rah jeti tersebut untuk memudahkan Syah mengingatinya. Syah lama mengamati
jeti tersebut berdasarkan cerita Mia, dia cuba membayangkan insiden tersebut
berlaku. Tetapi kosong. Tiada wajah pelakon untuk mengambarkan kejadian itu,
tiada bunyi motosikal, tiada!
“Maaf, Syah masih tak ingat. Syah nak
Tanya, Syah datang seorang diri ke kat sini tempoh hari?” Syah mula bertanya
perkara itu. Dia sedar dia telah lama tidak pulang ke Malaysia, tidak mungkin
dia boleh tiba di situ tanpa bantuan sesiapa. Kalau betullah dia menggunakan
GTR, kenapa tempat itu dituju? Kenapa bukan tempat permainan video games,wayang
ataupun mall? Kenapa mesti pantai?
Mia mengaru dagunya cuba mengingati
sesuatu yang lebih mendalam.
“Syah ada cakap Syah beli ais-krim
untuk kawan Syah”
“Apa?”Syah agak terperangjat
mendengar jawapan Mia. Dengan kawan? Aku ada kawan ke kat Malaysia? Aril tak
mungkin. Arisyah pernah berkata dia pergi seorang diri. Kawan apa pula nie?
Mia mengangguk lurus. Benar, kalau
diikutkan memorinya memang lelaki itu ada berkata begitu walaupun dia sendiri
tidak pernah melihat kawan Syah tersebut. “Syah siap beli dua kon ais-krim
tempoh hari”
Syah menelan air liur. Entah kenapa
hati terasa tidak sedap tiba-tiba. Apa yang Mia merepek nie? Mia memandnag
Syah, mana tahu ‘kawan’ Syah itu dapat membantunya. “Waktu tu Syah siap tunjuk
kat Mia, tapi Mia tak nampak sesiapa pun”tambah Mia lagi dengan penuh yakin.
“Dahlah tu Mia”Syah mula merasakan
Mia seperti ingin menakut-nakutnya walhal Mia hanya menceritakan perkara betul.
Wajah Mia yang suram ditambahkan lagi keadaan sekitar yang gelap sudah cukup
menakutkannya. Mia meletakkan jari telunjuknya ke satu arah yang agak gelap
berhampiran dengan sebuah perahu lama terdampar.
Syah melihat kea rah perahu tersebut.
Entah kenapa ada sesuatu yang bergerak-gerak di kawasan itu ataupun hanya
imaginasinya sahaja. Syah menelan air liur. Pahit.
“Dahlah tu!”
“Kat situlah kawan Sya….”belum sempat
Mia menghabiskan ayatnya, dapat dirasakan tubuhnya bergetar tiba-tiba. Mia kaku
di posisinya, mulutnya terkunci serta-merta. Mia menunduk wajahnya. Dia
dapatkan rasakan pelukan lelaki itu semakin kuat sekali. Deru nafas lelaki itu
yang begitu laju jelas dapat dirasai oleh derianya. Dup Dap. Mia menelan air
liur. Jantung aku ke dia nie?
“Syah..”Mia cuba menolak tubuh Syah
perlahan, baru sahaja seinci, tubuh Syah kembali melekat kepadanya, apabila
Syah kembali memeluknya. Dia benar-benar terkedu. Mia tidak melakukan apa-apa
gerakan pada ketika itu. Cuba bertenang untuk mengembalikan degupan jantungnya
pada keadaan asal. Namun degupan itu semakin kuat. Adakah kerana perasaan takut
Syah? Adakah itu degupan jantung Syah?
Syah dapat merasakan degupan
jantungnya tiba-tiba lebih pantas sebelumnya. Lebih pantas daripada rasa
takutnya kepada hantu. Syah tiba-tiba menolak perlahan tubuh yang dipeluknya.
Wajah Mia yang agak terkejut menjadi tatapannya, serta-merta seluruh tubuh Mia
yang yang sedari tadi dipegang ditolak laju. Mia semakin terkejut melihat
betapa merahnya wajah Syah pada ketika itu.
Syah mengetap bibirnya sebelum
memasuki khemah tanpa menunggu Mia, sedikit pun tidak menjelaskan keadaan yang
berlaku sebentar tadi. Mia memegang jantungnya, lalu menghentaknya banyak kali.
Bukan jantung aku, jantung Syah! Desus hati Mia.
Syah duduk bersila dipenjuru khemah
mengahadap dinding khemah. Tangannya diletakkan di atas kepala sebentar, panas
giler. Syah menelan air liur. Sepenjang perkahwinan mereka, tidak pernah mereka
berpelukan begitu. Kenapa, sekarang tiba-tiba? Aku Cuma tak biasa je nie, aku
mana pernah peluk orang perempuan. Tambahan pula Mia buat cerita pasal hantu
tadi, patutlah aku berdebar semacam je nie..
Syah tersentak apabila Mia masuk tiba-tiba, wajahnya terkejut gila seperti melihat hantu. Mia memandang wajah Syah, masih lagi merah. Jelas kelihatan memandangkan lelaki itu mempunyai kulit yang putih bersih. Mia mengambil tempat di penjuru bertentangan dengan Syah. Syah berdehem perlahan.
“Jangan salah faham pula, Syah peluk
Mia sebab Mia mula bercerita bukan-bukan”Mia hanya diam.
“Mia kan tau ada orang cakap, kita
tak boleh bermulut bocor kalau dududk di ‘tempat orang’”sambung Syah lagi penuh
bersemangat untuk menjelaskan situasinya, namun Mia tetap diam tanpa bersuara.
“Kan…kan dalam cerita hantu, selalu
orang yang bermulut bocor akan mati dulu. Mia tahu tak perbuatan Mia tadi boleh
mendedahkan….”belum sempat Syah menyambung bicaranya, Mia mengerling ke arahnya
tiba-tiba. Laju sahaja, mulutnya terkunci.
“Bacalah yasin macam Syah buat kat
Mia dulu” Syah mengetap bibirnya mendengar sindiran Mia. Mia mengangguk
wajahnya seakan-akan ingin mencabar Syah. “Mulai lepas nie, jangan berani pun
peluk Mia, sentuh macam tu. Nie….”Mia meletakkan satu ranting kayu kecil di
tengah-tengah khemah, Syah memandang penuh hairan.
“Jangan nak lepas pun, kalau ranting
kayu nie terjejas walau satu inci, tahulah siapa yang buat”ugut Mia geram. Syah
menjugil matanya mendengar ugutan Mia tersebut. “Mia ingat, Syah heran sangat
ke dengan Mia?”balas Syah seakan-akan meletakkan dirinya punca segalanya
berlaku.
“Habis, yang terhegeh-hegeh peluk Mia
tu siapa?”
Bidasan Mia menyebabkan mulut Syah
serta-merta terkunci. Wajahnya yang baru sahaja kembali normal, kembali merah
tiba-tiba.
“Mia tolak Syah, Syah terus peluk
Mia. Lepas tu boleh pulak masuk khemah macam biasa”sambung Mia lagi mengungkit
kisah tadi. Syah berdehem lalu kembali memusing wajahnya menghadap khemah. Malu
melihat wajah Mia.
“Mia tengah cakap dengan Syah nie.
Syah tak rasa sedikit pun tanggungjawab ke? Syah rasa Mia nie mudah sangat
ke?”balasan Mia itu hanya disambut dengan sepian yang memanjang dari Syah. Syah
masih kaku di tempatnya tanpa memandang Mia. Mia mula rasa geram, mana
tidaknya, larangan itu ada dalam kontrak mereka.
“Syah ingat Syah tu duduk lama dekat
luar Negara, Syah boleh terbawa-bawa peluk orang suka hati? Syah memang rasa
Mia nie mudah sangat ke? Peluk lepas tu tinggal je? Syah tak rasa ke yang Mia
nie rasa maruah diri Mia tercalar?”sambung Mia lagi meluahkan rasa tidak puas
hatinya. Namun Syah kaku. Mia merasa Syah bagaikan mengambil mudah sahaja hal
tersebut.
“Syah rasa benda nie mudah sangat
ke?”
“Syah tak rasa pun mudah”Syah
tiba-tiba bersuara tanpa memandang wajah Mia. Mia terkedu sebentar mendengar
penjelasan Mia. “Syah tak pernah peluk orang perempuan, Mialah pertama” Mia
menelan air liurnya mendengar luahan Syah. Dup Dap. Bunyi itu kembali
menyerangnya.
“Syah malu dengan Mia”
Sepotong ayat itu menyebabkan Mia
tidak keruan tiba-tiba. Terasa darah begitu laju menyerbu wajahnya. Mia laju
membaring wajahnya dari menghadap sekujur tubuh milik Syah. Apasal dengan aku
nie? Dia cakap dia malu, yang aku malu dengar dia cakap macam tu kenapa?
“Mia, Syah malu dengan Mia”luahan
jujur Syah menyebabkan hati Mia tidak keruan tiba-tiba. Mia memejam matanya,
memaksa diri untuk tidur. “Mia nak tidur”
Syah mengeluh perlahan. Lambat-lambat
dia memusing wajahnya, memang benar wanita itu telah berbaring untuk tidur.
Kenapa dia rasa begitu? Kenapa dia rasa malu setiap kali berhadapan dengan Mia?
Kenapa Mia boleh je rileks bersama dia…kenapa hanya dia?
Mia membuka matanya apabila mendengar
bunyi kicauan burung dicampur dengan sinaran matahari. Memandangkan dia
tidak boleh solat, itu mewajarkan dia
untuk bangun lewat pada hari itu. Khemah menghiasi pandanganya. Mia memejam
matanya sebentar kemudian berpusing kea rah kiri. Lama dia memejam mata, cuba
mencari kekuatan untuk bangun. Mia membuka matanya kembali. Sekujur tubuh
lelaki yang tidur berhampiran pinggannya dalam keadaan melentang luas. Manakala,
tangan kiri lelaki itu memegang hujung bajunya yang labuh paras lutut. Mia
kembali memandang ke atas seperti biasa. Lama dia termenung,tiba-tiba matanya
terbuka semakin luas. Lelaki di sisinya ditoleh untuk kali kedua. Semakin lama,
matanya semakin luas dibuka tanpa sedikitpun paksaan.
“Argghhhhh” satu sepakan padu hinggap
di atas kepala Syah menyedarkan Syah dari alam mimpi. Mia berundur ke penjuru
khemah, sepakannya yang padu secara tidak langsung melepaskan genggaman Syah
dari hujung bajunya. Syah bangun lalu bersila sambil tangannya sibuk mengosok
kepalanya yang tiba-tiba terasa bengang tiba-tiba.
“Kenapa pegang baju Mia?”suara Mia
agak tinggi menyedarkan Syah. Syah mengerling kea rah Mia yang duduk di penjuru
khemah. Lama-kelamaan wajah Syah agak pucat sambil tangannya sibuk melambai menidakkan kemungkinan yang
difikirkan oleh Mia.
“Bukan Mia, Syah tak pegang pun Mia,
Syah pegang hujung baju Mia je”terang Syah laju dengan bersungguh. Mia
menagngkat keningnya. “Pegang baju Mia?”suara Mia seakan semakin menjauh
darinya.
“Sebab, lepas solat Syah bunyi tapak
kaki, Syah takut lepas tu Syah terus masuk khemah. Tapak kaki tu berjalan kat
sekitar khemah kita, Syah pun pegang hujung baju Mia”terang Syah laju, Mia yang
mendengar penjelasan Syah mengetap bibirnya.
“Kalau dah dengar bunyi tapak kaki tu
oranglah! Bukannya hantu! Keluarlah, minta tolong! Yang masuk khemah kenapa?”
Bunyi sergahan Mia memenuhi ruang
khemah tersebut. Membingitkan teliga Syah yang jujur menceritakan hal sebenar
kepada Mia. Memecahkan kesunyian pagi di pantai itu. Maka daripada kesilapan
Syah, bersambunglah episode mereka di pantai tersebut..
Mia menulis sesuatu di atas pasir.
Kemudian dia memadam kembali apa yang ditulisnya lalu mengorek pula pasir
pantai. Perutnya tidak henti-henti berbunyi, meminta untuk diisi. Wajahnya yang
agak tidak terurus itu semakin tidak terurus rasanya, dengan ikatan rambutnya yang longgar, sengaja
tidak dibetulkan. Wajahnya pula ada pasir pantai. Wajahnya cukup muram dengan
tangannya menekan perutnya kerana terlalu lapar.
Mia mengalih pandangan kepada Syah.
Lelaki itu masih cuba mencari isyarat dengan telefonnya, sehingga ke dasar air.
Apabila kaki lelaki itu menyentuh air, laju sahaja lelaki itu melompat lalu
berlari ke daratan semula. Lelaki itu mengangkat seluar bajunya sehingga aras
dada. Lalu kembali mencari isyarat semula di gigi-gigi pantai. Mia mengeluh.
Sungguh dia lapar.
Mia merasakan pandangannya semakin
gelap. Perutnya berbunyi minta diisi. Tanpa menghiraukan keadaan sekitar, dia
menjatuhkan kepalanya menyentuh pasir pantai. Biarpun Syah ada mengarahnya
untuk tinggal dalam khemah, namun suhu dalam khemah itu begitu panas, memaksa
dia untuk keluar, sekurang-kurangnya, angina pantai ada menyejukkannya.
“Mia!”
Suara Syah yang menjerit memanggilnya
sudah tidak dihiraukannya. Dia terus menyambung menutup mata, memaksa diri
untuk tidur supaya masa dirasakan cepat berlalu sekaligus menangani rasa lapar.
Namun, tiba-tiba tubuhnya kuat digoncong oleh Syah.
“Mia? Mia okey ke tak nie? Janganlah
macam nie, kita akan cari cara keluar dari sini okey? Mia!”Syah menjerit agak
kuat di teliga Mia. Mia yang agak lemah, memaksa diri untuk membuka mata. Geram
dengan sikap Syah yang mengacau tidurnya.
“Apa Syah buat nie?”Mia menyoal geram
memandang Syah yang agak pucat itu. Syah memegang bahu Mia tiba-tiba
menyebabkan Mia sedikit tersentak. Lama Syah memandang Mia, ke kiri dan ke
kanan.
“Apasal Mia tidur macam tu? Mia sakit
ke? Deman ke?”Syah cuba menyentuh dahi
Mia namun Mia lebih dahulu menepisnya. “Mia lapar”jawab Mia jujur menyebabkan
Syah melepaskan nafas lega. Mia memandang Syah yang tiba-tiba bersikap aneh
itu. “Kenapa?”soal Mia selamba.
“Kenapa Mia buat Syah risau macam
tu?”
Suara Syah agak meninggi dengan wajah
yang agak tegas. Mia terkedu tiba—tiba. Kenapa lelaki itu tiba-tiba berlagak
mocha macam tu? Entah kenapa, Mia berasa tidak sedap hati dengan sikap Syah
begitu. Menyebabkan jantungnya sedikit tidak kena.
“Kenapa pula
Syah nak risau?”soalan Mia itu mengejutkan Syah kea lam nyata. Syah mengelip
matanya tidak percaya dengan ton suaranya yang tiba-tiba tinggi itu.
Menyedarkan tindakannya sebentar tadi. Bergetar-getar bibirnya memberi
penjelasan. Mia mula merasakan suasana antara mereka terasa aneh tiba-tiba.
Laju sahaja dia mengangkat punggung lalu bergerak ke arah pantai.
Mia memegang
jantungnya. Laju sahaja berdegup. “Menyampah betullah, kenapa dia tiba-tiba
berlagak macho pula?”Mia membebel seorang diri, cuba mententeramkan jiwanya.
Kenapa dengan aku pulak nie? Kenapa aku tak boleh tunggu penjelasan dia? Kenapa
aku tak boleh nak tengok mata dia?
“Mia!” Syah
cuba mengekori dari belakang. Dari belakang, dia dapat merasakan langkah Mia
semakin laju menjauhinya. Syah cuba mempercepatkan langkahnya, cuba mengejar
Mia. Namun apabila langkah mereka semakin rapat, Syah serta-merta
memperlahankan langkahnya. Tidak tahu untuk memberi alasan apa.
“Syah pun
tak tahu kenapa risau sangat dengan Mia”
Lembut
sekali tutur kata itu sehingga menusuk terus ke ruang jantung Mia. Langkah Mia
terhenti. Entah kenapa terasa suara itu begitu dekat sekali dengannya. Mia
menoleh ke belakang. Ternyata, Syah hanya berbeza 7langkah berbandingnya. Dia
mesti berani memandang wajah Syah. Kenapa dia perlu takut. Dengan keberanian
yang masih bersisa, dia memusing kebelakang memandang terus ke wajah Syah namun
kakinya masih ralit mengatur langkah menjauhi Syah.
“Apa Syah
nak cakap sebenarnya?”soal Mia agak berani. Syah memadang wajah Mia. Tenang
seperti biasa. Entah kenapa wajah itu menyeksakan jiwanya, seperti dia sahaja
merasakan debaran di dada. “Mungkin sebab kita tinggal bersama, buat Syah ambil
berat pasal Mia”
Mia cuba menahan getaran yang dia rasa. “Mungkin
juga”jawab Mia selamba. “Mungkin juga sebab Syah pernah berjanji nak jaga Mia,
buat Syah rasa bimbang dengan Mia”Syah memberi kemungkinan kedua.
Mia
melepaskan keluhan. Dalam keadaan berbincangan begitu, kaki masing-masing masih
mengatur langkah ke hadapan meninggalkan khemah mereka jauh ke belakang.
“Mungkin
juga….”
“Syah patut
perlahan-lahan berhenti risaukan Mia. Syah tahu hubungan kita tinggal beberapa
bulan lagi. Dunia animasi Syah macam mana?”
Soalan Mia
menyebabkan Syah kaku sebentar. Berfikir sejenak dengan penyataan yang
dituturkan oleh Mia. Entah kenapa sejak keberadaann di rumahnya, dia hampir
lupa akan hakikat tersebut. Dia lupa dengan kerjayanya yang dulunya dia
berusaha dan kejar bagaikan orang gila.
“Em..betullah”
Syah menjawab lambat-lambat. Mia cuba memandang wajah Syah yang tiba-tiba
menunduk itu, cuba membaca reaksi lelaki itu namun gagal. Apa yang menyebabkan
lelaki itu diam tiba-tiba. Kakinya masih ralit diatur memandangkan Syah juga
masih mengatur langkahnya.
Tiba-tiba
Syah mengangkat wajahnya memandang terus ke wajah Mia, menyebabkan Mia sedikit
terkedu. Wajah Syah dilihat tiba-tiba pucat dan mula berlari mendapatkannya.
Sangat cemas bagaikan melihat sesuatu yang dashyat. Tapi apa?
“Mia,
hati-hati!!”
Tempikan
Syah menyebabkan Mia berpaling ke belakang. Sebuah motosikal yang menjual
ais-krim dilihat agak bergerak laju ke arahnya selepas hilang kawalan kerana
dibawa di atas pasir pantai yang cukup tebal. Motosikal itu dilihat hilang
kawalan selepas terjelurus ke dalam pasir pantai menyebabkan pemandu tersalah
menghalanya kea rah Mia untuk mengawal motosikal itu daripada terjatuh. Wajah
pemandu motosikal itu dilihat terkejut apabila melihat wajah Mia. Mia dapat
rasakan tubuhnya kaku tiba-tiba, kakinya keras untuk bergerak. Hanya bunyi hon
motosikal dan jeritan Syah didengari.
“Mia!!”
Mia dapat
merasakan tubuhnya melayang tiba-tiba apabila tangan kanannya ditarik dari
belakang menyebabkan badannya hilang pertembangan. Sedar tidak sedar dia dapat
merasakan ada satu tangan merangkul pinggangnnya dari belakang dan wajah risau
Syah yang pucat menghiasi pandangannya. Bunyi motosikal yang kuat berlalu di
sisi mereka begitu jelas di gendang pendengaran Mia
“Apa yang
Mia buat? Susah sangat ke nak elak?”satu sergahan menyebabkan Mia mengelip
matanya beberapa kali. Memeriksa posisi tubuhnya. Betapa merahnya wajahnya
apabila tersedar tubuhnya dirangkul oleh Syah.
“Syah?”soalan
Mia menyebabkan Syah tersedar seketika posisi mereka. Air laut menyentuh betis
mereka mentambahkan lagi kesedaran kedua-dua pihak. Melihat wajah merah padam
Mia menyebabkan wajah Syah juga berjangkit merah padam juga.
Mia mula
mengelepar minta dilepaskan. Tidak selesa dengan posisi mereka ketika itu, dia
juga tidak selesa dengan suhu badan dan denyutan jantungnya yang naik
tiba-tiba. Syah cuba memegang Mia lebih kuat untuk mengimabang kedudukan antara
mereka daripada terjetuh terkena air apabila Mia mengelepar tiba-tiba.
“Mia, kejap…”belum sempat Syah ingin
menerangkan niat sebenarnya, tindakan Mia menyebabkan Syah sukar mengimbang
keadaan mereka, menyebabkan kedua-duanya terjatuh menyembah air pantai. Hampir
luncur baju yang satu satunya mereka ada itu. Mia mengelap air laut diwajahnya
sambil melihat keadaan sekeliling. Ternampak Syah yang meraup rambutnya
kebelakang untuk mengelak dari menutupi wajahnya. Wajah Syah ketika itu dilihat
agak matang berbanding wajah sebelumnya ala-ala korea. Ditambahkan lagi
tindakan lelaki itu yang agak macho menyelamatkannya. “Kenapa Mia buat Syah
risau macam tu?” “Apa yang Mia buat? Susah sangat ke nak elak?”Dup Dap. Mia
menyentuh jantungnya.
“Apasal Mia gerak? Habis basah baju
kita tahu tak?” aduan Syah menyebabkan Mia menghentikan lamunannya. Mia
menunduk wajanya, malu untuk menghadap wajah Syah pada ketika itu.
“Adik okey tak?”suara seorang lelaki
berusia lingkungan 30-an menyebabkan kedua-dua manusia yang ‘seronok’ berendam
dalam air pantai berpaling ke arahnya. Lelaki tua itu mengaru kepalanya sambil
tangan kirinya memegang motosikal yang menjadi punca pendapatannya menjual
ais-krim. Wajah lelaki tua agak pucat, risau kecederaan yang mungkin dialami.
Sangkaannya dia akan dimaki hamun kerana gagal mengawal motosikalnya namun
senyuman manis Syah menyebabkan dia terkedu tiba-tiba.
“Pak cik dah lama ke buat kerja
nie?”soal Syah agak beria-ria sambil tangannya laju mengambil ais-krim yang
diberikan percuma oleh pakcik itu sebagai tanda memohon maaf. Pak cik itu
tersenyum manis mendengar dan melihat sikap ramah Syah yangmasih ingin membuat
bual dengan orang tua sepertinya. Sangkaannya dia akan mendapat maki hamun oleh
lelaki itu, namun selepas kejadian itu hanya senyuman dilihat pada wajah lelaki
muda itu. Manakala wanita di sisinya hanya mendiamkan diri.
“Pak cik dah buat kerja nie lebih
kurang 15 tahun. Bolehlah cari rezeki dengan kerja macam nie. Lagipun kalau
kena dengan musimnya, lumayan jugak duit yang dapat”jawab pak cik tersebut,
mula seronok rasanya berbual dengan lelaki muda itu. Syah masih ralit menjilat
ais-krim tersebut menghilang rasa laparnya.
“Musim apa?”soal Syah seronok. Pak
cik itu tersenyum sebelum menghulurkan ais-krim seterusnya kepada Mia pula. Mia
menerima lambat-lambat sambil mengucakan terima kasih kepada pak cik tersebut.
“Musim panas” Syah dan pak cik tua
itu ketawa mengekek hampir serentak. Hanya Mia sahaja yang tersenyum pahit
melihat kedua-dua lelaki di hadapannya. Apa yang seronok sangat?
“Pak cik sebenarnya, kami dah
tersekat kat sini. Kereta kami kehabisan minyak dan kami tidak tahu nak minta
tolong siapa”Syah mula mencerita masalah yang dihadapi mereka kepada pakcik tua
tersebut sementara pakcik tersebut menangguk penuh faham dengan masalah yang dihadapi
oleh anak-anak muda itu.
“Pakcik tahu tak tempat minyak
terdekat di sini?”soal Syah penuh harapan. Begitu juga Mia. Pak cik tersebut
mula menjadi tempat tatapan mereka. “Setahu pakcik tempat paling dekat pun
hampir 20km dari sini. Jauh sangat kalau nak jalan dik”ujar pakcik itu dengan
nada kasihan.
“ macam mana nie Mia? Line pun tak de
kat sini” Syah mula meluahkan kebimbangannya mendengar jawapan pakcik tersebut
kepada Mia. Keluhan Syah menyebabkan pakcik itu tersenyum sambil menepuk bahu
Syah.
“Kalau adik nak cari line, kat tengah
kawasan pantai tu sikit ada line. Tapi adik kena hati-hatilah sebab takut
terjatuh pula telefon nanti. Kebanyakan orang kat sini tak tahu” luah lelaki
tua itu menyedapkan hati Syah sekaligus memberi harapan baru kepada Syah dan
Mia.
“Kat tengah pantai tu sampai mana
pakcik?”soal Syah agak takut. Kalau sampai dada, bukan dia mahu pergi. Rasanya
mahu sahaja dia menolak tubuh Mia untuk pergi memandnagkan wanita itu pandai
berenang.
Pak cik ketawa kecil apabila menangkap suara dan wajah Syah
jelas ketakutan. Mia hanya mencebik mendengar soalan Syah. Macam kucing!
“sampai paras betis je kalau
berdiri”ujar lelaki tua itu sambil tersenyum.
“Selalunya pakcik dulu suka sangat
main dengan kawan-kawan pakcik kat pantai nie sebab airnya bersih dan taka da
ramai orang. Ada kawan pakcik tu jadi cikgu, ada juga jadi penjual ais-krim
macam pakcik” cerita lelaki itu menyebabkan Mia berpaling laju memandang lelaki
tua itu. Satu idea tiba-tiba timbul dalam benaknya. Mungkinkah lelaki tua yang
hampir melanggar Syah tempoh hari juga dikenalinya. Kalau mereka dapat
menjumpai lelaki itu, serta-merta kontrak perkahwinan mereka boleh dibatalkan.
Lelaki tua itu boleh menjadi saksi kejadian mereka.
“Pak cik ada kenal tak seorang lelaki
tua berumur lingkuangan macam pak cik? Dia ada misai dan badannya agak montel.
Dia membawa motosikal sama jenama dengan pakcik tapi berwarna hijau. Pakcik
kenal tak?” soalan bersungguh daripada Mia menyebabkan Syah dan pakcik tersebut
terkedu tiba-tiba. Sepanjang perbualan tadi gadis itu hanya mendiam diri,
tiba-tiba pula bersuara.
“Jamal? Cik maksudkan jamal ke? Dia
memang selalu meronda kawasan nie”jawab pakcik tersebut, seperti menangkap
gambaran lelaki yang dikatakan Mia. Mia tersenyum melebar tanpa sedar. Terasa dia
akan bebas beberapa saat sahaja lagi. Sinar harapan mula menembusi
kehidupannya, melarikannya dari perkahwinan tersebut. Memberi dia bukti bahawa
dia tak gila, dia masih waras. Apa yang diceritakannya bukan rekaan, tapi benar.
“Boleh saya tahu kat mana saya boleh
jumpa dia?”soal Mia beria-ria. Pakcik tersbeut mengerut keningnya mendengar
permintaan Mia. Sumpah dia tidak tahu bagaimana gadis muda itu boleh mengenali
rakan baiknya itu. Dan kenapa mahu berjumpa dengannya?
“Dia dah mati. 2minggu lepas”
Mia merasakan langkahnya longlai
tiba-tiba. Ais-krim di tangannya jatuh lalu dibawa oleh ombak pantai yang
kecil. Dia mengelip matanya beberapa kali, tidak percaya dengan cerita
didengarinya. Satu-satunya saksi yang mampu mengingati peristiwa tersebut,
orang yang akan menolongnya keluar setelah memasukkannya ke dunia perkahwinan
itu telah tiada. Kalaulah mereka lebih awal berfikir idea itu, pasti perkara
itu tak akan berlaku.
“Mia kenapa nie?”
Syah cuba menyentuh bahu Mia namun
Mia laju menepisnya. Pakcik tersebut mengetap bibir, tidak sedap hati dengan
keadaan yang dilihatnya.
“Mia kenal pakcik tu ke? Saudara Mia
ke?”
Soalan bodoh Syah itu menyebabkan Mia
geram. Laju sahaja Mia mengangkat wajahnya dengan berani “Dia saksi kita.
Dialah pakcik yang bawa motosikal sehingga Syah terjatuh dalam laut”balas Mia
geram.
“Sabarlah Mia, dia dah tak ada Mia.
Kita tak boleh buat apa-apa dah”pujuk Syah lembut. Mia semakin beremosi apabila
masalah itu dilihat diambil mudah oleh Syah. “Kalau kita bergerak lebih cepat
dan tak main-main, benda nie tak akan jadi Syah”jelas Mia agak tenang, tenang
yang sengaja dibuat-buat.
“Mia..kita tenang dulu. Syah juga
satu-satunya cara yang Mia masih ada. Mia perlu kembalikan ingatan Syah je.
Kita beli ais-krim baru dan fikir cara lain okey?”pujuk Syah kali kedua apabila melihat wajah wanita itu
seakan-akan hilang dari dunianya selepas mengetahui peristiwa kematian lelaki
yang terlibat itu.
“Mia taknak ma…”satu bunyi keluar
dari perut Mia tiba-tiba menyebabkan Mia laju menyentuh perutnya. Lambat-lambat
matanya tertacap pada ais-krimnya yang telah hanyut dibawa air laut. Mia
memandang lelaki-lelaki dihadapannya yang ralit melihatnya. Menyedari keadaannya
sebenar, Mia menunduk wajahnya.
Lelaki tua itu menagngkat wajahnya
sambil memandang Syah disisinya. Memahami isyarat yang diberikan oleh pakcik
tersebut, Syah mengaru kepalanya agak malu menerangkan situasi Mia.
“Dia sebenarnya dari semalam tak
makan apa-apa lagi pakcik”
Mia mengambil ais-krim roti yang
berada dalam basin agak besar dan basin itu diletakkan di sekeliling dengan ais
batu untuk mengelakkannya cair dengan cepat. Banyak sekali ais-krim diberi oleh
lelaki tua itu sehingga hampir mencecah 20 ais krim roti yang kininya telah
tinggal 15 kerana dimakan oleh Mia. Mia mengalih rambutnya yang termasuk dalam
mulut, menganggu tumpuannya untuk memakan ais-krim tersebut.
Mata Mia tertumpu kepada Syah yang
berada di tengah garis-garis pantai seperti yang diajar oleh pakcik tersebut.
Dilihat lelaki itu sedang ralit bercakap dengan seseorang menggunakan telefon
bimbitnya, dengan ombak kecil yang kadang-kala menempuh tubuh lelaki membasahi
baju lelaki itu yang sudah pada awalnya basah ke tahap lebih kritikal. Selepas
mematikan perbualan, Syah dilihat melambai-lambai ceria kea rah Mia sambil
menunjuk ke arah telefon bimbitnya. Memberitahu Mia bahawa rancangan mereka
Berjaya.
Mia tanpa sedar tersenyum melihat
telatah Syah yang berlari ke arahnya seperti seorang lelaki kecil cuba
mendapatkan ibu mereka. Mia masih tersenyum sehinggalah Syah menunduk kepalanya
tepat ke wajah Mia. Senyuman Mia mati tiba-tiba.
“Apa yang Mia senyumkan?”soalan
selamba daripada Syah itu menyebabkan Mia tersedar kea lam nyata. Serta merta
Mia mengalih ke arah lain. Syah tersenyum manis memandangkan gurauannya menjadi
dan mengambil tempat di sisi Mia di hadapan pintu masuk khemah itu. Ais-krim
roti itu dicapai satu. Kemudian lelaki itu melepaskan nafas lega apabila
ais-krim itu basah dalam mulutnya. Terasa segar dan laparnya sedikit terubat.
Mia memandang wajah Syah lama, lelaki nie comel je dengan lesung pipit dia.
“Mia dah makan berapa?”Mia agak
terkejut apabila Syah tiba-tiba memandang ke arahnya. Laju sahaja dia
memusingkan kepalanya untuk mengelak lelaki itu menangkap tindakannya sebentar
tadi. “Em…lima kot”jawab Mia selamba. Jawapan Mia menyebabkan Syah tersenyum
lebar, lalu kepala Mia digosok kasar persis seperti anak kecil. Mia dapat
merasakan jatung berdegup laju apabila ada sahaja sentuhan lelaki itu pada
tubuh badannya. Laju dia mengerakkan kepalanya dan menunduk.
“Mia suka makan ais-krim jenis roti
ke kon?”soal Syah ceria, cuba buat bual dengan Mia. Entah kenapa sejak kejadian
tengah hari tadi setiap tingkah Syah menyebabkan Mia tidak senang duduk. Mia
cuba bertenang lalu mengangkat kepala memandang Syah. Syah tersenyum manis
kepadanya. Mia memusing kepalanya dan menunduk kembali. Kenapa dia tidak boleh
bertenang?
“Roti”jawab Mia pendek tanpa
memandang wajah Syah. Syah tersenyum riang. “Macam Syah jugak”
“Mia nak makan lagi? Mia makanlah
sampai kenyang. Lagipun mungkin mama sampai dalam isyak jugak ambil kita. Nanti
cair pula ais-krim nie”cadang Syah riang. Mia hanya mengangguk, masih tidak
berani memandang ke dalam wajah Syah. “Em..terima kasih sebab selamatkan Mia
tadi”ujar Mia perlahan sambil mengangkat wajahnya. Wajah Syah yang tersenyum
manis itu semakin menarik perhatiannya.
Pandangan Mia jatuh kepada pada
t-shirt putih Syah yang agak jarang selepas terkena air pantai menampakkan
susuk tubuh badan Syah. Wajah Mia merah tiba-tiba apabila matanya menangkap
perkara tersebut.
“Kenapa Mia?”Tanya Syah selamba
sambil cuba mendekati Mia. Mia mengangkat tangannya minta dijauhi. “Jangan
dekat…”suara Mia agak perlahan sukar didengari oleh Syah.Syah semakin mendekati
Mia kerana tidak dapat menangkap bait kata Mia. “Mia cakap apa?”suara Syah
begitu hampir dengannya,seluruh tubuh Mia terasa mengeletar.
“Tepilah”Mia menolak tubuh Syah dari
mendekatinya dan bangun tiba-tiba dengan roti ais-krim di tangannya. Syah agak
terkejut dengan tindakan Mia tersebut, tidak berkelip memandang Mia.
“La..kenapa pulak nie?”
Mia
menghulurkan tangannya kea rah Syah. Syah mengangkat keningnya, tidak memahami
maksud soalan Mia. “Bagi anak kunci kereta kejap, Mia nak ambil sesuatu” tanpa
banyak soal Syah menghulurkan kunci kereta kepada Mia. Mia menyahut kunci
kereta itu kemudian berlalu meninggalkan Syah. Lama Syah mengamati Mia. “Apahal
dengan minah tu?”
Syah masih ralit menjilat ais-krimnya
yang kedua. Perbuatannya sedikit terbantut apabila Mia kembali dengan sweater
merahnya dan ipad yang diberikan oleh ibunya pada tempoh hari. “Jangan
gerak”arah Mia selamba sambil bergerak mendekati Syah. Syah agak terkedu hanya
duduk bersila dengan matanya tidak berkelip memandang Mia. Mia mengikat lengan
baju tersebut di leher Syah dan membiarkan
bahagian selebihnya menutupi bahagian hadapan Syah yang agak jarang itu.
“Kenapa nie?”soal Syah sambil
memandang Mia yang mengambil tempat disisinya. Mia memandang Syah yang ralit
melihatnya untuk menuntut jawapan. “Syah seksi sangat”
Syah mengangkat sweater merah yang
menutupi bahagian hadapan badannya, mula memahami maksud sebenar Mia. “Nie ke
yang Mia tengok dari tadi?”soal Syah selamba sambil tersengih melihat Mia yang
agak terkejut dengan penyataannya tadi. Mia mengetap bibirnya geram apabila
disakat macam itu, “Mia tengok, Mia terus ambil sweater Syah sebab…”belum
sempat Mia menjelaskan situasinya, Syah terlebih dahulu menyampuk.
“Mia tak selesa ke?”
Mia terdiam apabila disoal begitu,
wajah Syah yang tersenyum riang di hadapannya menyebabkan Mia menunduk
wajahnya, tidak berani melihat suaminya itu. Syah ketawa mengekek kerana berjaya
mengenakan Mia, tangannya laju mengambil ipad di dalam khemah yang diambil oleh
Mia.
“Mia, jom kita ambil gambar”
Mia mula membuat muka bosan, lalu
mengalih wajahnya ke arah lain seperti tidak mendengar permintaan lelaki itu.
Namun lelaki itu laju mendekatkan tubuhnya dengan Mia dan mengambil gambar
walaupun Mia tidak memandang kea rah kamera.
“Alaa Mia…jomlah, anggaplah nie hari
percutian”pujuk Syah sambil mengoncang bahu Mia. Mia semakin menjarak dengan
mulut yang tidak habis-habis cuba mengajuk percakapan Syah dalam diam.
“Mia…”
“Taknak
lah!”
Syah menyusun ranting-ranting kayu
yang dicarinya menjadi ala-ala satu bangunan untuk membuat ungun api. Hasil
daripada pertolongan pakcik tersebut, mereka memperolehi mancis untuk
menghidupkan api. Setelah selesai, Syah mula menghidupkan api dengan mancis
tersebut. Mia hanya duduk bersila di atas pasir pantai itu menunggu api
dihidupkan oleh Syah.
Syah meniup-niup kertas yang mula
terbakar itu, tidak lama selepas itu, satu ungun api Berjaya dihiduppkan. Kini
hanya perlu tunggu kedatangan ibunya sahaja menjemput mereka pulang.
Mia memandang lama wajah Syah yang
tersenyum riang apabila api berjaya dihidupkan. Sesekali,lelaki itu meletakkan
telapak tangannya di ungun api dan mengosok tangannya laju untuk menghilangkan
rasa sejuk selepas puas berendam dalam air petang tadi.
“Mia, sorrylah sebab tak dapat ingat
apa-apa walaupun dah datang kat sini. Sorry sebab buang masa Mia”Mia mengangkat
wajahnya memandang Syah. Lelaki itu masih cuba membetulkan ungun api tanpa
memandangnya.
“Tambahan pula, kita berdua tersekat
pula kat sini”
Mia memandang ke atas.
Bintang-bintang yang berkelipan sungguh canthi sekali dipandang. Selalunya
hampir setiap malam dia akan memandang bintang di balkoni rumahnya. Setelah
diamati betul-betul, bintang di pantai rasanya jauh lebih cantik.
“Tak apalah, lagipun nie idea Mia.
Pastikan Syah ingat lain kali bila Mia bercerita”jawab Mia selamba mengundang
ketawa kecil Syah. Syah mengambil tempat di sisi Mia selepas ungun api dilihat
mula dalam keadaan stabil.
“Rasanya, Syah dah mula suka kat
tempat nie. Nielah tempat pertama sekali Syah nampak Mia bila tersedar. Sebab
Mia orang pertama yang Syah nampak, rasanya sebab tu Syah mudah percayakan Mia
nak menerima perkahwinan dengan Mia”cerita Syah jujur menyebabkan Mia tersenyum
kecil. “Syah memang mudah nak percayakan orang. Tapi Mia pun tak tahu kenapa
Syah boleh buat Mia percayakan Syah juga”
“Nampaknya kita seri la kan?”gurau
Syah sambil mengangkat keningnya, Mia hanya mencebik.
“Lepas nie bila kita berpisah,
sekurang-kurangnya ada jugalah kenangan dengan Mia. Mungkin juga lepas Syah
pulang ke Jepun, Syah tak akan datang ke sini semula” Penyataan Syah
menyebabkan Mia terdiam tiba-tiba. Entah kenapa ada sesuatu menariknya untuk
memberontak mendengar penyataan Syah.
“Kat sana dunia Syah, bukan kat sini.
Syah tak pernah rasa keseronakan kat Malaysia seperti mana keseronakan di
Jepun. Syah betul-betul rindukan kehidupan Syah di sana. Kat sana, Syah boleh
lihat hasil tangan Syah dihidupkan” Syah mengangkat wajahnya memandnag langit.
Hasil karyanya bagaikan tergambar disebalik bintang-bintang yang disambung
menjadi buruj. Sesungguhnya dia sangat menyukai kehidupan di Jepun.
Mia tersenyum pahit sambil memandnag
ke langit seperti yang dilakukan oleh Syah. “Mia harap Syah akan dapat pulang
ke sana dengan baik dan hasilkan satu animasi yang lebih menakjubkan” Syah
tersenyum mendengar harapan yang diluahkan oleh Mia. Gembira apabila wanita itu
juga menyokong cita-citanya.
“Syah pun harap satu hari nanti Mia
akan menjadi penulis yang terbaik dan Syah akan adaptasinya menjadi animasi
nanti”
Mia tersenyum kecil lalu memandang
Syah di sebelahnya, Syah masih lagi ralit memandang ke langit dengan senyuman
tidak lekang di wajahnya menampakkan lesung pipitnya. Senyuman Mia mati
tiba-tiba apabila mengamati wajah Syah. Degupan jantungnya kembali berdegup
kencang.
“Mia …Mia rasa…”
“Auchuuu”belum sempat Syah
menghabiskan ayatnya, Mia tiba-tiba bersin kerana udara pada malam itu begitu
sejuk. Tambahan pula, mereka ‘seronok’ berenang tengah hari tadi.
Syah ketawa kecil melihat Mia yang
kini sibuk mengesat hingusnya dengan lengan baju. Tanpa dipinta, sweater merah
yang dipakai oleh Syah, cuba dikongsi dengan Mia. Belum sempat tangan Syah
ingin menyarungkan sweater itu ke badan
Mia, Mia terlebih dahulu berpaling menyebabkan mata mereka bertembung. Barulah
Syah sedar betapa rapatnya keadaan mereka berdua.
Syah menelan air liurnya tiba-tiba.
Terasa pahit sekali. Baik dia mahupun Mia, masing-masing tidak mengeluarkan
suara. Mia hanya memadangnya, begitu juga dengan dirinya. Angin malam menyapa
wajah mereka sepoi-sepoi bahasa, melupakan mereka berdua dengan masa yang
semakin lama berlalu. Degupan jantung semkin kuat dirasa, bagaikan mahu
melompat keluar dari badan mereka.
“Mia, Syah rasa….”
“Apa korang buat nie?” kedudukan Syah
dan Mia serta merta menjarak sekaligus menjatuhkan sweater merah yang menutupi
mereka berdua apabila terdengar suara menegur mereka. Baik Syah mahupun Mia,
masing-masing berpaling ke belakang. Ternampak kelibat Arisyah yang membawa beg
di tangan kirinya diikuti dengan Aril dan Aiman di belakang.
Serentak Mia dan Syah berdiri,
terkejut dengan wajah yang tidak disangka-sangka muncul itu. Arisyah memandang
lama wajah Mia menunduk, entah kenapa terasa mahu sahaja dia merobek wajah itu.
Matanya sedikit berair kerana menahan marah dan sedih namun tidak dapat
ditangkap oleh Syah dan Mia kerana keadaan yang gelap.
“Apa korang buat tadi?”soal Arisyah
kembali sambil memandang tajam wajah Syah yang mula mendekati mereka. Syah cuba
bergurau untuk melarikan diri dari soalan itu, “Eh, budak kecil nie buat apa
kat sini?”Syah cuba menyentuh kepala Arisyah seperti selalu dibuatnya, namun
Arisyah tiba-tiba menepis laju. Terkedu Syah tiba-tiba melihat Arisyah yang
beremosi itu.
“Ary tanya kan apa yang Syah dan Mia
buat? Kenapa abang Syah tak nak jawab?”suara Arisyah sedikit meninggi dan
kedengaran seperti seorang kanak-kanak yang mula ingin menangis. Dia
benar-benar benci, benci dengan keadaan sebentar tadi yang dilihatnya. Tambahan
lagi, lelaki itu masih ingin melayannya seperti kanak-kanak. Dia sudah besar!
Berhenti layannya begitu dan lihatlah sebagaimana dia melihat Syah.
Aril dan Aiman mula mendekati apabila
mengesan ada perubahan pada suara Arisyah. Mia mengangkat wajahnya setelah
Berjaya bertenang, “Syah nak pinjamkan sweater kat Mia sebab Mia ada
tanda-tanda deman. Tak ada apa-apa pun”
Arisyah yang ralit menunggu jawapan
daripada Syah, laju memandang Mia mendengar jawapan itu. Ada senyuman kelegaan
terukir di wajahnya ketika itu. “Betul ke Mia? Syah?”kali itu Arisyah kembali
memandang Syah. Lambat-lambat lelaki itu mengangguk lalu mengaru kepalanya yang
tidak gatal.
Arisyah tersenyum manis apabila
mendengar jawapan itu sambil memeluk beg di tangan kirinya. “Ary ingatkan
apa”suara Arisyah agak perlahan namun jelas dapat ditangkap oleh Mia. Mia
menelan air liur, dia dapa tlihat betapa obsesnya gadis itu terhadap Syah.
Selembut mana pun seorang gadis, pasti ada sesuatu yang dapat mengeluarkan
sifat raksasa dalam dirinya.
“Mia lapar tak? Aiman ada boleh nasi
goring sikit, terkejut dapat berita yang Mia tersesat kat sini”Aiman datang
sambil menghulurkan mangkuk tingkap kepada Mia. Mia tidak berhenti mengamati
wajah dihadapannya, bagaimana lelaki itu boleh terlibat sama nie?
“Apa yang korang buat kat sini? Mama
mana?”soal Syah sambil mencari kelibat mamanya. Apabila matanya tertacap pada
Aiman, kerutan dahinya semakin bertambah, “Apa Aiman buat kat sini?”
“Arisyah dapat berita nie dari mama,
Aril teman Ary ke rumah Syah untuk ambil
baju, tapi bertembung dengan Aiman. Yang tulah mamat nie sesat sekali nie”jelas
Aril namun nada suaranya sedikit berubah apabila nama Aiman meniti di bibir.
“Ambil baju? Buat apa ambil baju,
Syah nak balik malam nie jugaklah”Syah agak tidak berpuas hati dengan tindakan
sepupunya itu seperti ingin mereka bermalam lagi di situ. Arisyah mula
mendekati Syah sambil menghulur baju tersebut, “Kita tinggal semalam lagilah,
Aril letih dan sepanjang perjalanan taka da lampu jalan. Bahaya kalau kita
teruskan. Lagipun, Mia kan tinggal kat kampong dia sekarang. Lagi jauh kita nak
hantar. Kan Mia?”kali ini soalan itu ditujukan kepada Mia. Bulat matanya
memandang Arisyah, tinggal kat kampung?
Mia menoleh pandangan kepada Aiman
yang melambai tangannya tiba-tiba. Kemudian lelaki itu memberi telunjuk kea rah
dirinya sendiri. Barulah Mia teringat akan penipuan yang diberitahu kepada
Aiman tempoh hari.
“Er….”suara Mia tersekat-sekat ingin
mengiakan pertanyaan Arisyah sekaligus bersetuju dengan cadangan mereka untuk
bermalam satu malam lagi. Tolonglah, jangan seksa dia dan Syah untuk semalaman
lagi.
“Kampung Mia kan jauh, kalau Mia nak
balik dengan teksi, bahaya malam-malam macam nie. Betul tak Syah yang Mia
tinggal kat kampung?”sekarang Aril cuba menyerang Syah pula. Terkedu Syah
dibuatnya apabila Aril cuba mengugat dirinya pula padahal lelaki itu tahu
jawapan sebenarnya. Pandangan Syah jatuh kepada Arisyah dan Aiman, dua manusia
yang masih tidak mengetahui.
“Satu malam je Syah”Arisyah cuba
memujuk lagi sambil menghulurkan beg itu lebih rapat dengan Syah. Syah semakin
rimas, kemahuan hendak pulang dan keinginan untuk menjaga rahsia mereka mula
menjadi pilihan. Syah memandnag Mia, memohon gadis itu memberi keputusan.
“Jomlah, kita bermalam kat sini”
Keputusan Mia yang mengejut itu
menyebabkan kepala Syah berpusing 180 darjah. “Ha?” hampir ternganga Syah
mendengar keputusan Mia. Biar betul minah nie?
Aril mula tersenyum nakal apabila
rancangannya berjaya mengumpan Mia. Aiman ketawa keriangan apabila Berjaya
mencari peluang untuk bersama gadis kesukaannya buat kali pertama biarpun hanya
aktiviti berkumpulan yang biasa. Syah memberi isyarat tanda tidak percaya
dengan keputusan yang dibuat oleh Mia. Mia hanya menunduk kepalanya. Apalah
yang bodoh sangat nie?
Mia mengaru kepalanya yang tidak
gatal apabila merasakan ada seseorang yang ralit memandangnya penuh dendam.
Apabila mata mereka bertemu, laju Mia menunduk wajahnya. Sorry, Syah…nie je
caranya.
“Syah nak cuba makan
mushmallow?”Arisyah menghulurkan mashmallow yang dibuatnya kepada Syah yang
masih memandnag geram dengan keputusan Mia itu. Arisyah kelihatan begitu
seronoh dengan aktiviti perkhemahan yang berlaku tanpa dirancang itu. Itu
semuanya ideanya apabila mengetahui Syah dan Mia trsekat di pulau itu, laju
sahaja dia menyuruh abangnya untuk membawa satu khemah lebihan. Siapa sangka,
abangnya juga bersependapat ingin menolongnya. Mereka semua sibuk membakar
mushmallow dan abangnya sibuk bermain gitar di tangan menceriakan keadaan.
“Terima kasih” Syah menyahut huluran
Arisyah itu lambat-lambat. Perutnya rasanya bagaikan mahu penuh kerana telah
makan nasi goring dan ais-krim tengah hari tadi.
“Mia, makanlah banyak sikit. Dahlah
Mia lama tak makan nasi, mesti lapar kan?”Aiman menolak nasi yang berada dalam
ribaan Mia menyebabkan Mia tersenyum pahit. Baru sahaja dia bercadang ingin
berhenti makan, namun mangkuk bertingkat itu kembali dihulurkan kepadanya.
Seksanya, dia ingin habiskan.
Mia tersenyum pahit sebelum
memasukkan suapan yang seterusnya ke dalam mulutnya, terasa perutnya bagaikan
menunggu sahaja masa untuk pecah. Pelbagai jenis makanan yang dibawa oleh
mereka, dan pelbagai jenis jugalah yang masuk ke dalam mulutnya. Terasa loya
tiba-tiba.
“Sedap tak Mia?”soal Aiman ramah. Mia
mengangguk dalam keadaan terpaksa. Dia tahu lelaki itu risaukannya, namun dia
benar-benar dah kenyang.
“Mia, makan mushmallow nie pula”kali
ini Aril pula menyuap mushmallow yang siap dibakar ke dalam mulut Mia. Belum
sempat Mia ingin menolaknya,mushmallow itu telah memasuki mulutnya.
Syah yang melihat aksi itu membulat
matanya, “Macam tak ada tangan je”
“Sedap tak Mia?”soal Aril manja
menyebabkan Aiman dan Syah rasa bagaikan ingin meluat. Aiman kembali menolak
mangkuk tingkap kepada Mia. “Makan yang nie Mia, lagi berkhasiat. Takut Mia
sakit pula”gesa Aiman tidak berpuas hati.
“Mia rasa kenyang dah nie, apa kata
Aiman makan pulak?”Mia cuba mempelawa Aiman untuk melarikan dirinya daripada
makan lebih banyak. Sumpah, perutnya rasa bagaikan mahu meletup sahaja. “Mia
tak kisah ke Aiman makan?”soal Aiman tidak percaya apabila Mia ingin berkongsi
makanan dengannya. Mia hanya mengagguk laju.
Aiman tersenyum kecil sambil
mengangkat suapan pertama ke dalam mulutnya. Terasa enak tiba-tiba. Suapan
kedua cuba diambil namun, tiba-tiba mangkuk tingkat itu dirampas oleh Syah.
“Kita kongsi ye Aiman, Syah pun lama
jugak nie”Syah memberi senyuman palsu sambil mulutnya cuba digagahi untuk
menerima suapan dirinya sendiri. Terasa perutnya bagaikan mahu pecah pada
ketika itu. Aiman cuba tersenyum, namun jelas senyuman yang dilemparkan itu
sekadar ingin menutup rasa marahnya.
“Oooo..Syah makan, lepas tu Aiman
pula makan ye”Aiman mengambil sudu di tangan Syah dan membuat suapan untuk
dirinya pula. Begitulah tingkah dua manusia itu , bergilir makanan. Sedang
semua manusia itu bergelak ketawa melihat tingkah Syah dan Aiman, Mia
mengangkat punggungnya dan bergerak di pinggir pantai.
Mia menyeka rambutnya apabila angin
malam menutup matanya, membiarkan dirinya tenggelam dalam dunianya sendiri jauh
dari mereka. Air pantai sesekali menyentuh kakinya yang tidak berselipar itu. Tapak kakinya yang menyentuh pasir pantai
pada ketika itu berasa sangat menyegarkan. Entah kenapa, malam itu air pantai
kelihatan lebih bersinar dan cantik dari sebelumnya. Cahaya bulan yang jatuh
pada permukaan air menyebabkan air laut itu kelihatan bercahaya seakan-akan ada
emas dan perak di dalamnya.
Mia memandang bayang-bayangnya di
atas pasir pantai. Bayang-bayang yang sendirian dan jauh dari orang ramai
seperti yang dia idamkan. Tiba-tiba ada satu bayang-bayang bergerak mendekati
bayang-bayang. Mia mengerut dahi. Tangan bayang-bayang itu cuba menyentuhnya
dan..
“Apa Aril buat kat sini?”Mia laju mencari
empunya bayang itu. Bayang mereka kelihatan begitu dekat namun pada keadaan
sebenar jarak Aril agak jauh dari dirinya.
Aril tersenyum apabila Mia mula
menyedari kehadirannya. Sebenarnya dia telah lama mengekori gadis itu, namun
baru sekarang gadis itu tersedar. “Aril saja je nak jalan-jalan, lagipun bahaya
nak biar Mia jalan sekarang”
“Mia rasa lagi bahaya kalau Aril ada
kat sini”ujar Mia pantas dengan penuh yakin menyebabkan Aril ketawa kecil
sambil mengangkat tangannya untuk menutup mulutnya.
Mia mengurut dahinya. Ada sesuatu di
tangan Aril menarik perhatian untuk memerhati ke arah situ. Adakah dia tersilap? Tak mungkin
ianya yang sama bukan?
“Kenapa Aril masih belum buang. Dalam
sangat ke luka Aril?”soalan Mia menyebabkan Aril mati ketawanya sebentar. Aril
mengangkat tangannya meneliti maksud Mia. Band-Aid yang diletak oleh Mia masih
kemas berada dipergelangan tangannya. Senyuman pada band-aids itu masih ada
Cuma agak pudar dari aslinya.
“Sebab Aril perlukan band-aids nie
untuk ubati Aril”luah Aril perlahan sambil memandang gadis kesukaannya. “Apa
lagi yang Aril nak ubati, luka Aril tak dalam pun”
“Jantung Aril”
Mia terkedu seketika mendengar
pernyataan lelaki itu. Apa lelaki itu mahu lakukan. Kenapa tiba-tiba
berkelakuan begitu kepada dirinya. Mana sikap benci lelaki itu kepadanya?
Adakah lelaki itu ingin bermain dengan dirinya pula seperti wanita lain dengan
sedikit kata-kata manis? Namun kenapa cuba sasarkan kepada dirinya.
“Mia taka da masa dengan benda
mengarut macam nie”Mia mula mengatur langkahnya kembali, membuat keputusan
untuk tidak melayan sikap playboy lelalki itu. Aril dapat merasakan hatinya
pecah berderai, apabila luahan jujurnya langsung tidak diambil peduli oleh Mia.
Selama inii dia memang banyak berpura-pura, namun kata-kata itu mudah sahaja
mendapatkan wanita yang dia ingini. Namun kenapa pada saat dia benar-benar
ikhlas, Mia tidak boleh Nampak semua tu.
“Pada kali pertama, Aril dapat
rasakan degupan jantung ini memanggil seseorang”
Langkah Mia terhenti apabila
mendengar ungakapan lembut daripada Aril. Apabila dia berpaling, wajah lelaki
itu benar-benar berubah, bagaikan menagih kepercayaannya. Adakah lelaki itu masih
berlakon?
“Aril rasa degupan jantung Aril
bagaikan mahu berhenti apabila tangan Mia diletakkan tepat pada dada Aril hari
tu. Lepas tu, Aril selalu anggap band-aids ini sesuatu yang istimewa yang
menghubungkan Aril dan Mia. Mia memang tak secantik perempuan yang Aril pernah
jumpa sebelum nie, tapi ada sesuatu pasal Mia yang buat Aril tertarik”ujar Aril
ikhlas tanpa mempeduli angina pantai yang mula menutupi dahinya. Mia menelan
air liurnya, tidak senang dengan apa yang didengarinya. Pandangan Aril bagaikan
semakin mengaburi fikirannya, memaksa dia untuk percaya. Sedarlah Mia, lelaki
itu memasang perangkap untuk kamu!
“Mia tak tahu apa yang Aril merepek
dari tadi, apa yang Aril rasa taka da kena mengena dengan Mia, Aril patut
berhenti bermain permainan macam nie.Aril memang bijak dalam permainan macam
nie, tapi Aril pun perlu fikir, setiap permainan pasti ada batasnya”nasihat Mia
selamba dengan wajah yang tenang. Aril melepaskan keluhan berat, mula menagkap
pandangan Mia terhadap dirinya.
“Ini bukan permainan Mia, ini
benar-benar apa yang Aril mahukan. Walaupun ini permainan, Mia dan Aril sahaja
satu-satu pemainnya, bukan orang lain”Mia mengurut dahinya sekali lagi. Apa
maksudnya?
“Apa yang Aril nak maksudkan?”
“Mia dan Aril, takkan ada lagi
perempuan lain”
Mia dapat merasakan darahnya bagaikan
menyerbu naik dengan penerangan singkat dan padat dari lelaki itu. Wajah serius
lelaki itu bagaikan bonus dalam lakonan itu.
“Aril berharap Mia akan percaya
dengan kata-kata Aril?”soal Mia ingin melihat sejauh mana lelaki itu masih
ingin bermain kata dengannya. Aril tersenyum kecil “Sekurang-kurangnya Aril dah
percayakan kata-kata Mia dan Syah”
“Apa yang Aril percaya?”
“Perkahwinan kontrak kan?”perkataan
itu menyebabkan degupan jantung Mia semakin bertambah kencang. Senyuman lelaki
itu bagaikan mengejek kekalahannya. Rupanya sebab itu lelaki itu tidak takut
dengan ugatannya lagi. Sebab kenapa lelaki itu mula mendekatinya. Adakah lelaki
itu ingin menunggu kejatuhannya. Itulah permainan yang dimaksudkan nya?
Mia menelan air liur, cuba bersikap
tenang. Tidak mahu lelaki itu mengesan perubahan besar pada wajahnya. Kini
rahsianya terbongkar di tangan orang yang paling tidak boleh dipercayai. Tangan
orang yang mempunyai misi yang cukup menyakinkan untuk membongkar rahsia
mereka. Lelaki yang bersuka ria untuk tanpa mempedulikan kesusahan orang lain.
Bagai dapat rasakan nasibnya kini di tanagn Aril jika tidak dijaga dengan
betul.
“Jadi, apa yang Aril dan buat sekarang. Aril dan
bongkarkan?”soal Mia cuba bertenang. Namun setenag manapun, masih ada getaran
dalam ucapannya. Dia benar-benar terasa lemah untuk berdepan dengan Aril ketika
itu.
Aril tersenyum melihat Mia. Bukan
senang mabu melihat ekspresi selain tenang di wajah yang polo situ. “Tak, Aril
pun nak jadi pemain dalam perkahwinan kontrak itu”
Mia mengangkat wajahnya mendengar
kata-kata Aril. Aril tersenyum melihat wajah Mia yang jelas terkejut kerana
belum sempat dikawal itu. Apabila manusia lain memberi reaksi, itu tidak
penting baginya. Namun kalau wanita itu, semuanya kelihatan istimewa sekali.
Terasa jantungnya ketika itu ringan sekali, terlalu ringan.
Hanya pandangann bertukar pandangan
antara mereka. Tanpa sedar bayang-bayanng mereka begitu dekat antara satu sama
lain.
“Apa Mia buat kat sini nie?”Syah datang
entah dari mana lalu meletakkan tangannya di atas bahu Mia menyebabkan Mia
rimas kerana tidak mampu menampung berat tangan Syah. Laju gadis itu melarikan
bahunya. Bukan dia tidak tahu lelaki itu sengaja ingin berlagak mesra di
hadapan Aril. Aril ketawa kecil mengejek dengan sikap tidak matang Syah.
“Tak payah”tegas Mia. Syah masih
cubameletakkan tangannya buat kali kedua, Mia melarikan lagi. “Marilah Mia,
kita kena berlakon”
“Tak payahlah”marah Mia lagi. Syah
cuba mengukir senyuman yang sengaja dibuat-buat, “Aril tengok tu”
“Dia dah tahu!”marah Mia lagi dengan
sikap Syah. Mendengar kata-kata Mia, menyebabkan Syah sedikit terkedu.
“Mia dah tahu?”soal Syah tidak
percaya. Mia hanya menjeling tajam melihat Syah. Kali ini Syah memandang Aril
pula “Aril dah beritahu Mia?” Aril tersenyum mengejek.
Mendengar soalan Syah menyebabkan Mia
mengangkat kepalanya laju memandnag Syah di sisinya. Lelaki itu tahu perkara
nie? Tahu yang Aril dah tahu? Kenapa tidak beritahunya?
“Syah tahu perkara nie, kenapa Syah
tak beritahu Mia?”Wajah Syah terus berubah ketakutan apabila dijerkah oleh Mia
itu. Bagaikan singa kelaparan lagaknya. Aril mengamati lama wajah Mia itu.
“Tak sangka Mia ada reaksi lain
selain tenang. Perkahwinan kontrak dah menyebabkan Mia berlakon banyak reaksi
kan?” Sindiran Aril menyebabkan Mia berpaling tajam pula kepada Aril. Entah
kenapa teras dirinya diperbodohkan di mata dua lelaki itu sekarang. Rupanya
hanya dirinya yang tidak ketahui apa-apa. Adakah dirinya ini satu permainan?
“Mia…”Syah cuba memujuk Mia namun
gadis itu lebih pantas berpaling ke arahnya. “Jangan cakap dengan Mia sekarang,
Mia tak nak dengar apa-apa lagi”Mia mula mengatur kaki untuk meninggalkan
tempat itu, makin lama dia di situ, makin bodoh rasanya. Sebanyak mana lagi
rahsia yang dikongsi oleh dua lelaki itu yang dia tidak tahu.
“Mia, janganlah macam nie. Syah memang
nak cakap pasal nie tapi…”
“Kenyataannya Syah tak cakap jugak
kan? Sampai sekarang, bukan Syah jugak yang cakap bukan?”bidas Mia laju menutup
terus mulut Syah. Mia mengeleng kepalanya, kecewa sekali “Mia ingatkan Mia
boleh percayakan Syah” Syah terkedu mendengar tutur kata Mia, jelas ada bunyi
kekecewaan. Syah cuba menerengkan lebih langjut, namun hanya bibirnya sahaja
bergetar. Wajah kecewa Mia bagaikan meranap hatinya.
“Mia nampaknya begitu kecewa dengan
Syah”ujar Aril perlahan, cuba menyemarahkan api Syah setelah pemergian Mia itu.
“Apasal Aril buat semua tu, Aril tak
boleh tunggu Syah cakap ke?”marah Syah kepada Aril semakin membuak.
“Rasanya Aril ada kata yang Aril
sayangkan dia kan?”
Kedua-dua lelaki itu membisu. Angin
pantai menemani mereka. Ombak-ombak kecil menampar lembut kaki mereka.
Pandangan mereka sudah cukup menceritakan segala-galanya.
“Wow, segarnya angin kat sini”jerit
Aiman sambil mendepakan tangannya. Arisyah ketawa kecil, lalu melakukan perkara
yang sama di sisi Aiman. “Memang segar sangat”jerit Arisyah mula riang. Seronok
dengan keadaannya kini dan berpuas hati kerana misinya untuk mendekati Syah
Berjaya. Arisyah berpaling melihat Mia yang baru tiba di khemah mereka, laju
dia berlari mendapatkan Mia.
“Mia, jomlah buat dengan Ary”ajak
Arisyah riang sambil merangkul lengan Mia. Mia hanya tersenyum pahit lalu
mengeleng. “Alaa..jomlah Mia, Ary taka da kawan lain selain Mia. Takkan Mia pun
tak suka Ary?”suara Arisyah kedengaran seperti seorang anak-anak yang ingin
mengajuk.
“Bukan macam tu Ary, Mia tak
bia….”belum sempat Mia menjelaskan, Arisyah terlebih dahulu berlari ke belakang
lalu mengangkat kedua-dua belah tangannya, terkedu Mia dibuatnya.
“Segarkan Mia?”Tanya Arisyah ceria
jelas di gendang telinganya. Mia dapat merasakan bajunya bagaikan ditampar
lembut oleh angina pantai, segar sekali. “Em…seronok”walaupun bunyinya agak
hambar, namun cukup mengambirakan Arisyah. Bukan senang mahu wanita itu
berkata-kata.
Arisyah memeluk pinggang Mia kemas
menyebabkan Mia terkedu. Aiman hanya tersenyum melihat tingkah itu. Dia
benar-benar berharap Mia juga dapat mengharungi hidup normal seperti orang lain
juga. Mia mula tidak senang, perlahan-lahan dia cuba berpaling ke belakang.
Dilihat kepala gadis itu kemas di belakangnya. “Ary…”belum sempat Mia ingin
melarang gadis itu, satu ungkapan menarik perhatiannya namun agak perlahan
sekali seperti berbisik sendiri.
“Tolong Ary dapatkan Syah”
Mia terkedu. Niatnya untuk menghalang
Arisyah terbantut apabila telingannya menangkap ayat tersebut. Adakah dia salah
dengar?
“Apa yang Ary buat nie? Peluk-peluk
perempuan pulak tu. Lesbian ke apa?”Aril yang muncul dari mana meleraikan
pelukan belakang yang dilakukan oleh Arisyah. Arisyah membuat mulut itiknya
apabila pelukannya dileraikan. “Apa yang abang Aril buat nie?”marah Arisyah.
“Taklah, abang tengok Arisyah dan Mia
berpelukan naik bulu roma abang, dahlah muka Mia nie dah macam hantu dah”gurau
Aril sambil menunjuk kea rah Mia. Mia hanya bersikap tenang. Di sisi Aril dia
dapat melihat kelihat Syah yang baru sahaja tiba. Wajah lelaki itu kelihat seba
salah memandangnya.
“Mulut abang nie memang taka da
insurans lah!”Arisyah menepuk bahu abangnya apabila abangnya bergurau begitu.
Takut akan menyebabkan Mia terluka.
“Kalau semua dah ada, bolehlah masuk
tidur semua kan? Dah nak dekat pukul 1 nie”Aiman memberi cadangan dan diterima
baik oleh semua orang. Arisyah mula bergerak ke khemah yang baru dipasang oleh
Aiman dan Aril sebentar tadi. Manakala Syah bergerak kea rah yang bertentangan
dengan Mia. Aiman dan Aril bergerak untuk memadamkan unggun api.
Syah memasuki khemahnya lalu duduk
untuk mencabut selipar. Di ruang di sisi Syah, Mia juga melakukan perkara yang
sama mencabut selipar. Lama tingkah laku kedua manusia itu ditonton oleh Aiman,
Aril dan Arisyah tanpa berkelip.
“Apa Mia buat kat situ?”soal Aiman
menyebabkan Mia mengangkat wajahnya yang sedari tadi ralit membuka seliparnya.
Barulah dia perasaan semua wajah memandnag ke arahnya? Tapi kenapa? Syah juga
seperti orang bodoh, memandnag kea rah Mia kemudian dengan selambanya
menganggat kepalanya memandang orang ramai.
“Kenapa pula?”soal Syah selamba
menyebabkan Aiman, Aril dan Arisyah terkejut besar. Mereka tahu yang Syah
memang tidak mempunyai minat kepada perempuan begitu juga Mia, namun itu
bukannya untuknya alas an untuk mereka tidur bersama.
“Apa kata Mia tidur dengan
Ary?”cadang Arisyah mesra, cuba menarik minat Mia. Aiman dan Aril mengangguk
serentak. Mia mengurut dahinya tidak memahami, maksud sebenar mereka.
“Tapi, Mia okey je kalau kat
sini”jawab Mia selamba sambil memandang manusia di sekelilignya. Nyata
wajah-wajah itu semakin terkejut. Aiman membulat matanya tidak percaya, adakah
semalaman bersama lelaki itu telah mengubah hatimu Mia. Apa dah terjadi kepada
gadis polos yang aku puja itu!!
“Tukan khemah lelaki Mia”Aiman
menyambung kembali menyebabkan Mia sedikit terkejut. Laju Mia memandang Syah
begitu juga Syah. Mula menyedari situasi sebenar. Terasa darah menyerbu laju ke
wajahnya ketika itu.
“Er…sebenarnya Mia saja je nak duduk
sini. Bukannya apa…bukan tu maksud Mia”tergagap-gagap Mia menuturkan
penjelasannya sambil memberi isyarat. Syah juga sama kalut memberi penjelasan
walaupun tidak dipinta, “Mia, Mia mengigau nie kan? Dia memang cakap sebarangan
sikit”jelas Syah lagi.
Aril memandang lama manusia
dihadapannya itu sambil mengangkat kening, “Korang tidur sekali ke dalam khemah
sebelum nie?”
Soalan Aril menyebabkan Mia dan Syah
serentak berpaling. “Mana ada!!”
Best Casino and Resort Hotels in Las Vegas, NV
ReplyDeleteThe 안동 출장안마 top casino 통영 출장마사지 hotel in Las Vegas is one of the oldest hotels 김천 출장안마 in the region and has a history of 김천 출장안마 being one of the most beautiful places to stay 평택 출장마사지 in a