[9]
A Ghost Beside You
Syah menekan
lif perlahan-lahan. Punat lif berwarna
menandakan punat telah ditekan, anak panah menunjukkan ke atas menandakan lif
sedang bergerak ke atas. Syah tremenung panjang,bulu romanya bagaikan bahu naik
apabila mengenangkan perbualannya dengan Zaid pagi tadi. Beg plastik yang
berisi dua bungkus nasi goreng cina digenggam erat. Jelas dia dapat merasakan
tangannya berpeluh kuat.
“Mia adalah
pembunuh ataupun hantu”
“Ap....apa
yang Zaid merepek nie?”tergagap-gagap Syah dibuatnya apabila penyataan itu
dikeluarkan oleh Zaid. Syah menelan air liur. Terasa kesat sekali. Jika bbenar,
kini aku sebumbung dengan seorang pembunuh ataupun hantu, yang kini isteri aku?
“Cuba Syah
fikir betul-betul, lelaki itu tak pernah balik rumah selepas datang ke rumah
Mia. Ada bunyi pergaduhan kemudian tiba-tiba berhenti apabila terdengar
teriakan seorang gadis. Apa maknanya itu? Mia masih ada,tapi lelaki itu tiada.
Salah seorang mereka sahaja yang terselamat. Cara paling cepat untuk mendiamkan
seseorang adalah dengan membunuhnya”
Syah menelan
air liur panjanng. Bulu romanya mula naik mendengar cerita seperti itu. Dia
menoleh ke kiri dan kanan. Agenda Mia memegang pisau lalu menikam seorang
lelaki bertubi-tubi bermain dalam
fikirannya. Adakah sebab itu gadis itu banyak mendiamkan diri? Mengurung diri?
“Syah rasa
berdebar kan? Bulu roma Syah naik kan? Lepas tu dengar tangisan seorang gadis
sedangkan tiada sesiapa pun kan?”Syah mengangguk apabila Zaid menyoalnya
bertubi-tubi. Ralit Syah memandang Zaid untuk mendengar penjelasan langjut
mengenai simpton yang dialami.
“Bukan ke
semua tu hanya terjadi jika seorang itu bergelar hantu? Mendengar tangisan
perempuan. Melihat ilusi gadis mennagis. Syah tak pernah tengok cerita hantu
ke? Itu bermakna selepas bunuh lelaki itu, dia telah membunuh dirinya sendiri”
“Adik okey?”
Satu
sentakan lembut pada bahunya membuatkan Syah menempik bak orang gila. Dia laju
bergerak jauh sehingga menyandar kasar pada dinding lif tersebut. Wajahnya
pucat, nafasnya kedengaran jelas. Seorang wanita berusia 30-an yang berpakaian
alegan memandang pelik ke arahnyasambil
mengurut dadanya akibat terkejut dengan jeritan Syah. Syah tidak berkelip
memandangg wanita itu. Cuba mengamati wajahnya. Bukan Mia. Lega.
“Adik nak
turun tingkap kan? Dah sampai dah pun”jelas wanita itu sambil menunjukkan pintu
lif yang sedang terbuka. Syah menoleh sedikit. Setelah mengamati dia berada di
tempat yang betul, Syah menunduk kepalanya sebagai tanda terima kasih lalu
beredar dari lif tersebut.
Syah
berjalan pada kaki koridar menuju ke biliknya. Pada waktu itu jugalah, lampu
pada koridar itu berkelip-kelip sepanjang perjalanannya. Syah memeluk tubhunya
sambil memercepatkan perjalanan. Dia mula berasa tidak sedap hati apabila
mengetahui cerita tersebut. Bagaikan kini, Mia cuba ‘memburu’nya pula. Syah
hanya mampu mempercaepatkan langkah menuju ke aparmentya. Dia merasakan ada
orang yang mengekorinya dari belakang.
Syah menelan
air liurnya apabila dia berdiri bertentangan dengan pintu biliknya. Lama dia
melihat pada sistem pengesahan yang berada di tepi pintu billiknya. Akhirnya
password tersebut dimasukkan iaitu H.A.N.T.U. Password yang diberitahukan oleh
Arisyah dahulu.
Kali ini
otak Syah mula berfikir, sebab password
itu digunakan. Adakah itu satu amaran kepadanya. Adakah dirinya dulu telah
mengetahui Mia adalah hantu. Adakah dulu Mia cuba membunuhnya tetapi tidak
berhasil? Sebab itulah dia hilang ingatan? Kalau tidak kenapa dia guna password
begitu? Syah menelan air liurnya.
“Mia
benar-benar hantu”desis hati Syah perlahan. Segala kemungkinan yang terjadi
dilihat sangat logik dan berkait rapat dengan semua kejadian. Belum sempat
tombol pintu ditolak untuk dibuka, tombol pintu itu terlebih dahulu ditarik dari dalam. Terpacul wajah Mia dengan
rambut kusutnya merenung tajam ke arah Syah dengan matanya yang lebam.
Syah
melampat sedikit sambil mengurut-ngurut dadanya. Mana tidaknya wajah Mia
persisi seperti hantu apalagi semua yang berlaku berkait rapat dengan dirinya.
Jantung Syah bagaikan mahu gugur apabila kelibat Mia menjelma tepat pada
wajahna. Naik teus bulu romanya.
“Kenapa
dengan Syah nie? Syah pergi mana?”soal Mia bertalu-talu apabila melihat reaksi
Syah yang tiba-tiba pucat melihatnya. Syah menunduk wajahnya apabila disoalMia
begitu. Tidak berani melihat ke dalam mata Mia. Laju tangan Syah mneghulur
plastik tersebut, lalu masuk secara mendadak ke dalam rumah apabila Mia
menyambut hulurannya.
Terkejut
beruk Mia dibuatnya apabila Syah tiba-tiba masuk beitu tanpa menoleh ke arahnya
pun. Mia terus mengekori Syah dari belakang bersama-sama dengan plastik yang
berisi makanan tersebut. “Syah beli makanan ke? Syah beli kat mana?”soal Mia
cuba untuk berbual dengan Syah yang dirasakan agak pelik dari hari ke hari.
Belum sempat dia bertanya lebih lanjut,pintu bilik Syah terus ditutp. Bunyi,
‘klick’ menandakan pintu tersebut dikunci.
Mia mengaru
kepalanya hairan. Jelas lelaki itu cuba menjauhkan diir daripadanya ataupun dia
sahaja yang berasa begitu. Mia mengetuk
pintu bilik tersebut, namun tiada sahutan.
“Syah, Mia
letak nasi nie dalam pinggang. Kalau Syah lapar Syah keluar lah” Mia
memberitahu lembut, namun seperti biasa tiada sahutan. Mia akhirnya berlalu
daripada situ lalu beredar ke dapur.
Syah
mengigit jarinya sambil duduk atas katil ketakutan. Apabila , bunyi tapak kaki
Mia mula sayut-sayut kedengaran, Syah mengambil nafas lega.
“Kalau aku
keluar, nanti kau makan aku pulak”rungut Syah perlahan-lahan lalu merebahkan
dirinya di atas katil. Otaknya mula berfikir segala kemungkinan yang ada.
Tangisan seorang wanita. Ilusi Mia yang menangis. Bulu roma nai. Peluh memercik
pada dahi. Denyutan jantung yang kuat. Password H.A.N.T.U sebagai amaran.
Kejadian dia hilang ingatan kerana terjatuh ke dalam laut. Semuanya jelas merujuk
kepada Mia sebagai .....
Syah tidak
mampu meneruskan penyataannya. Dia menagru kepalanya kkasar. Mana tidaknya dia
telah memerangkap dirinya dalam kehidupan seseorang yang telah mati dan kini
bergelar isterinya. Dah tu tinggal bersamanya kini. Selalunya kalau semua ini
berlaku, pasti jalan ceritanya akan ada yang mati. Selalunya watak yang
ketakutan pasti akan mati dahulu. Jadi maksudnya, aku?
Syah bangun
daripada pembaringannya. Laju laci meja lampu berhampiran katilnya diselongkar
kasar. Surah yasin dikeluarkan lalu diletakkan di tepi bantalnya. Tidak cukup
dengan itu, dia mencari pula surah yasin menggunakan aplikasi telefonnya, lalu
memasangnya pada volume yang cukup kuat. Mulutnya telah berkumat-kemit membaca
doa. Takut.
“Apa aku nak
buat nie? Dahlah aku dah buat dia marah. Sindir dia. Apasal aku bodoh sangat
nie?” Syah mengarukepalanya. Cuba mencari jalan namun semuanya gagal. Otaknya
sudah dapat berfungsi lagi.
“Apasal lah
aku tertolak kunci rumah dia?”
“Apasallah
aku sindir dia budak yang kuat menangis?”
“Apasallah
aku bagi dia tidur dalam rumah aku?”
“Apasallah...apasallah”
Syah
merebahkan badannya lalu menarik selimutnya menutup tubuhnya. Dia sudah berniat
untuk tidur. Matanya dipejam rapat-rapat mengharapkan masa akan terus berlalu.
Mengharapkan waktu malam tidak akan pernah menjelma. Alunan bacaan yasin dari
telefon bimbitnya hanya dibiarkan terpasang.
Mia
meletakkan sudu yang dipegangnya apabila telinganya jelas menangkap bunyi
bacaan yasin yang datang daripada bilik Syah. Dia merungut dahinya tiba-tiba.
Pelik dengan perubahan sikap Syah.
“Memang
rutin mamat nie baca yasin hari nie?”soal Mia tanpa sedar. Pinggangnya telah
licin lalu dibawa ke sinki untuk dibasuh. Tangannya laju mengutip pinggang
mangkuk yang bersisa atas meja lalu membasuhnya. Selepas
membasuh pinggang mangkuk tersebut, Mia mengelapnya pula lalu
menyusunnya di tempat yang disediakan. Mia melihat sekeliling bagaikan berpuas
hati dengan kerja yang dilakukan pada dapur milik Syah itu. Ada senyuman penuh
bangga meniti pada bibirnya. Senyuman itu mati apabila tertatacap pada pinggang
berisi nasi goreng yang belum disentuh oleh Syah. Satu keluhan dilepaskan.
“Adakah aku
terlalu kasar dengannya?”
****************************************************************************
Mia menarik
selimut menutupi separuh badannya sambil duduk di atas sofa tempat tidurnya
itu. Cerita Naruto dipasang kuat dengan harapan dapat menarik perhatian lelaki
itu. Namun telah hampir setengah jam rancangan itu disiaran, masih tidak dapat
apa-apa respon daripada Syah. Mia menoleh ke pintu bilik Syah yang masih
tertutup rapat. Sudah seharian lelaki itu mengurung diri dalam biliknya. Rasa
tidak senang duduk Mia dibuatnya apabila tidak mendengar edikit pun suara
lelaki itu hari inin.
“Mamat nie
memang kecil hati dengan aku ke? Sebab aku cakap camtu pasal fesyen dia?”soal
Mia perlahan. Hatinya sudah tidak tertarik untuk menonton rancangan Narto itu
memandang rancangan itu juga tidak menarik Syah keluar. Jam sudah menunjukkan
ke angka 9 malam, namun sejak Syah kembali dari rumah pagi tadi untuk membeli
makanan, tidak edikit pun lelaki itu keluar dari biliknya. Itu semua membuatkan
Mia tidak senang duduk.
Akhirnya, Mia bergerak ke arah dapur apabila
merasakan perutnya telah berbunyi tanda lapar. Dia hanya makan nasi goreng cina
pagi tadi sahaja. Kalau diigatkan, lelaki itu pasti lebih lapar daripadanya
kerana masih belum menjamah apa-apa makanan. Mata Mia tertacap pada nasi goreng
cina Syah pagi tadi. Masih belum dijamah. Satu keluhan dilepaskan. Mia
mengambil nafas sedalamnya sebelum bergerak ke bilik Syah.
Pintu bilik
Syah diketuk, namun seperti biasa tiada sahutan. Mia mengetuk lagi. Kali ini
lebih kuat.
“Syah
bukaklah. Syah memang taknak makan ke?”soal Mia sedikit geram apabila sikap
prihatinnya tidak diendahkan oleh Syah. Bukan senang dia mahu membuat keputusan
untuk menanyakan khabar lelaki itu. Tapi segala sikap prihatinnya bagaikan
tidak dihargai oleh Syah. Kalau, buka kerana lelaki itu banyak berjasa padanya,
memang jangan haraplah!
“Syah
marahkan Mia ke?”
Tiada
sahutan.
“Mia tak ada
niat nak hina fesyen Syah. Sebenarnya, bagi Mia, fesyen Syha tu co....”
Mia tidak
dapat meneruskan kata-katanya untuk mengakui betapa tampannya Syah berpakainya
begitu. Mia mengetuk kembali pintu bilik Syah namun tetap tiada sahutan.
“Mia minta
maaf” Tiada sahutan.
“Syah dengar
tak nie? Mia dah minta maaf. Syah tetap tak nak maafkan Mia ke?” masih tiada
sahutan. Mia mengetap bibirnya geram sambil memejam matanya menahan marah.
“Suka hati
Syahlah nak buat apa pun. Malas Mia nak layan” Mia menghentak kakinya kuat lalu
beredar ke ruang tamu. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah Syah. Hilang terus
rasa simpatinya pada Syah.
“Suka hati
mamat tulah, perut dia, bukannya perut aku pun!”rungus hati Mia sebelum beredar
ke dapur untuk mencari makanan. Cukup beberapa langkah, tiba-tiba lampu dalam
apartemnt Syah semuanya terpadam diikuti dengan bunyi guruh yang kuat dan
cahaya kilat. Mia menghentikan langkahnya, lalu melihat keadaan sekeliling yang
agak gelap. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Bunyi kilat itu datang
lagi, pantas Mia menutup telinganya. Jantungnya berdegup kencang dengan peluh
memercik pada dahinya. Dia cuba melihat keadaan sekeliling, namun hanya
bayangan sahaja dia dapat melihat untuk mengagak keberadaannya.
Insiden dia
ditinggalkan di rumah ketika berusia 5 tahun bermain dalam mindanya bagaikan
pita. Satu kisah yang dia ingin lupakan. Pada ketika itu ibu bapanya keluar
untuk membeli barangan dapur meninggalkannya seorang. Abangnya telah mengambil
insitif untuk tidur ke rumah kawan meninggalkan dirinya seorang. Sejak kecil
lagi dia memang takut dengan bunyi guruh. Pada ketika itu dia ingin minum air
di atsa meja. Namun disebabkan bunyi guruh, dia secar tidak sengaja melepaskan
gelas kaca di tanagnnya untuk menutup telinagnya. Akibat tindakan itu, gelas
kaca itu pecah berderai di atas lantai.
Tiada
sesiapa yang membantunya ketika itu. Tiada sahutan walaupun berkali-kali dia
memohon pertolongan. Memanggil nama ibu dan ayahnya berkali kali. Esakan demi
esakan dikeluarkan. Semakin kuat apabila bunyi guruh itu bagaikan hampir
dengannya. Tanpa mempedulikan kaca yang berkecaian dia ats lantai, dia bergarak
ke bawah meja makan untuk bersembunyi. Akibatnya kakinya terkena kaca yang
dipecahnya. Tanpa mempedulikan kesakitan dan darah yang keluar membuak-buak
pada tapak kakinya, nama ayah dan ibunya terus dipanggil. Kemudian diganti
denagn abangnya pula.
Apabila
bunyi kilat datang, matanya ditutup rapat dengan tangan rapat menutup kedua-dua
belah telinganya. Takut melihat bunyi dan cahaya kilat tersebut. Dia hanya
budak berusia 5 tahun pada ketika itu, dia hanya bersembunyi di bawah meja
sambil memeluk kakinya yang sudah berlumuran dengan darah. Dia takut untuk
bergerak ke mana-mana. Baginya tempat itu paling selamat.
“Umi
mana...abah mana”
Mia tersedar
dari lamunannya apabila bunyi kilat itu datang laagi. Dia mula ketakutan. Kalau
dalam rumahnya, pasti dia akan memasang heaphone lalu menarik selimutnya.
Namun, kini dia di rumah Syah. Tiada apa yang boleh dilakukan, memandang
elektrik juga terpadam.
Mia menutup
telinganya dengan tangan yang bergetar-getar menahan ketakutan. “Jangan risau,
Syah akan jaga Mia”janji Syah meniti pada telinganya. Laju Mia bergerak ke
bilik Syah sementara bunyi guruh itu masih belum kedengaran. Hampir seinci
tangannya mahu mengetuk pintu bilik Syah, niatnya tergantung. Teringat akan
pertenngkaran yang berlaku sebentar tadi. Dia mula rasa serba salah. Dia sudah
kehilangan idea untuk mencari seseorang menemaninya ketika ini.
Dengan
keluhan yang berat, Mia memberanikan diri menuju ke dapur sementara bunyi guruh
masih belum kedengaran. Dia perlu mencari sesuatu untuk dimakan. Pintu sejuk
itu dibuka untuk mecari makanan,satu cawan besar ais-krim menarik perhatiannya.
Laju secawan ais-krim itu diambil untuk membukanya. Bergetar-getar tangannya
cuba membukanya, dengan harapan dia sempat sebelum bunyi kilat datang kembali,
namun gagal.
Matanya
melilau mencari sesuatu yang lain dalam keadaan gelap. Akhirnya matanya
tertacap pada pisau yang tergantung di tepi sinki. Tanpa berfikir panjang,
pisau itu diambil untuk membuka penutup ais-krim tersebut. Belum sempat dia
membukanya, bunyi guruh datang kembali. Satu tempikan perlahan terkeluar dari
mulu Mia kerana terlalu terkejut. Kini wajahnya mula pucat kembali. Dia sudah
tidak boleh berfikiran rasional. Pengalaman zaman kanak-kanaknya telah
meninggalkan trauma yang mendalam pada dirinya. Wajah umi,abah dan abangnya
hinggap dalam ingatanngya. Dia takut.
Bunyi kilat
itu kedengaran lagi. Lebih kuat dari biasa. Kali ini berterusan bunyinya. Tanpa
berfikir panjang, Mia menyorak di bawah meja makan Syah dengan pisau yang masih
erat digemgamnya. Sama seperti ketika berusia 5 tahun lepas, dia kini melakukan
perkara yang sama. Dia memeluk kakinya sambil menutup erat telinganya dengan
lengannya yang masih memegang pisau. Matanya terpejam rapat. Badannya
mengeletar ketakutan. Hatinya tidak putuus-putus berdoa agar malam itu berlalu
cepat. Dia ketakutan. Sumpah dia takut. Tolonglah, sesiapa pun. Tolong
selamatkan dia!!
Syah membuka
lampu kecemasan dalam biliknya untuk melihat jam meja pada meja kecil
bersebelahan katilnya. Telah menunjukkan jam 10.30 malam. Perutnya telah
berbunyi menahan lapar. Syah memegang perutnya. Mana tidaknya, dia tidak
menjamah sedikit pun makanan akibat ketakutan kepada Mia.
Syah melihat
seketitar. Dia sedar elektrik terputus akibat guruh yang agak kuat. Syah
memberanikan diri untuk keluar mencari makanan bagi mengisi perutnya. Pintu
biliknya dibuka perlahan-lahan agar tidak didengari oleh Mia. Syah bergerak
perlahan-lahan apabila melintasi ruang tamu. Dia tidak dapat melihat dengan
jelas, namun rasanya seperti melihat tubuh Mai yang dibaluti selimut pada sofa
biliknya. Yes! Minah nie dah tidur. Dengan penuh yakin dia bergerak ke dapur
untuk mencari makanan.
Bunyi guruh
masih kuat kedengaran dan berterusan, tidak pula menghentikan niat Syah untuk
mencari makanan. Peti sejuk dibuka lalu air tin pepsi dikeluarkan. Dia meminum
air pepsi itu dengan rakus sehingga tinggal separuh sahaja. Syah berasa lega.
Rasa selamat memandangkan Mia juga telah tidur. Dia terasa bebas itu berada di
dapur itu. Syah meminum air yang terakhir sehingga habis. Akibat kerana malas,
dia mencampak tin minuman itu dengan harapan akan memasuki tong sampah
berhampiran dengan sinki tersbut.
Namun tin itu tidak menepati sasarannya, lalu
terjatuh di atas lantai bersama bunyi guruh yang kuat. Syah mula pucat, takut
bunyi tersebut dapat menyedarkan Mia. Dia menoleh ke arah ruang tamu tersebut.
Tiada pergerakan dari Mia. Syah menarik nafas lega sebelum mengutip tin kosong
tersebut. Syah mengutip tin kosong tersbut perlahan-lahan. Entah kenapa dia
dapat merasakan sesuatu memerhatikannya daripada bawah meja berhampiran dengan
tin itu terjatuh. Syah dengan beraninya, mengerling ke arah kiri untuk memastikan
sangkaannya salah.
Tubuh
seorang gadis yang memeluk kakinya sambil bergerak-gerak seakan-akan mendodoi
sesuatu. Rambut gadis itu kusut masai dengan tangannya erat memagang pisau.
Baju gadis tersebut juga tidak terurus. Persis seperti hantu yang sedang
mendodoi anaknya. Tanpa berfikir panjang, satu jeritan dilepaskan oleh Syah.
Tin yang dikutipnya telah terlepas dari genggaman. Disertakan pula dengan bunyi
guruh, Syah benar-benar ketakutan sehingga terduduk di atas lantai menghadap
‘hantu’ tersebut.
“Arghhhhhhh!!!
Hantu!!”Syah menempik kuat lalu cuba berundur ke belakang dengan tergesa-gesa.
Tetapi pergerakannya dihalang oleh kabinet
belankang. Dia pucat. Cerita yang diberitahu oleh Zaid telah bbermain
dalam fikirannya. Hanya perkataan mati bermain dalam ketikanya kini. Dia
benar-benar rasa terjerat. Dengupan jantungnya bagaikan mahu terhenti. Dia
benar-benar pucat. Keadaannya tiak ubah seperti orang tidak siuman. Habislah
kau Syah!
Tempikan
Syah perlahan-lahan terhenti apabila merasakan tiada apa-apa perlakuan
dilakukan kepadanya. Hanya bunyi guruh yang masih bersisa. Syah membuka matanya
perlahan-lahan. Imej gadis itu masih berada dalam di bawah meja itu memenuhi
pandangannya. Dahinya mula berkerut apabila gadis itu masih kaku tanpa
melakukan apa-apa kepadanya. Takkan hantu kan? Apasal hantu nie tak buat
apa-apa pun kat aku?
Syah
memberanikan diri mengangkak di bawah meja itu juga. Gadis itu masih erat
memeluk kakinya tanpa menoleh sedkit pun pada Syah walaupun Syah telah menempik
bagaikan orang tidak siuman. Syah menelan air liurnya lalu menghentikan
langkahnya apabila kedudukan mereka telah rapat. Dapat melihta tubuh gadis itu
mengeletar ketakutan. Wajah yang ditutupi oleh rambut yang berserabut itu,
ditatap lama oleh Syah.
“Kenapa nie
Mia?”
**********************************************************************************
Syah
meletakkan air kosong di atas meja kecil yang diletakkan dalam biliknya.
Bilknya juga mempunyai set sofa dan meja yang sama dengan ruang tamunya.
Matanya jatuh kepada tubuh Mia yang masih mengeletar ketakutan. Setiap kali
bunyi guruh, tubuh itu makin kuat mengeletar. Lampu kecemasn dalam biliknya
membantu dirinya melihat wajah sebenar Mia. Jelas ketakutan.
Syah mula
diserang rasa bersalah. Bersalah kerana tidak keluar lebih awal membantu gadis
itu walaupun gadis itu telah mengetuk pintunya beberapa kali. Bersalah memandangkan dia juga pernah
berjanji menjaga gadia itu. Bersalah kerana mengulangi kesilapan yang sama di
cafe itu. Bersalah kerana menyangka Mia adalah hantu.
“Habis sebab
Mia yang banyak mengurung diri. Mana taknya orang lain ingat Mia tu hantu”luah
Sayh,cuba menutupi rasa bersalahnya melihat keadaan Mia pada ketika itu.
“Memang
hantu boleh dengar pun ayat al-quran, solat macam manusia kan?”sindir Mia geram
yang masih marah apabila Syah menceritakan hal sebenar kepadanya. Sebab mengapa
dia menjauhkan diri daripada Mia. Memang tak masuk akal betullah!
Syah mengaru
kepalanya. Setelah difikirkan, memang betul juga cakap Mia. Mia masih
mengerjakan solat seperti manusia biasa telah membuktikan dia itu bukan hantu.
Kenapalah dia tidak pernah terfikir semua itu? Aduh, malunya!
“Jadi Mia
nie pembunuh lah?”soal Syah selamba dengan niat ingin tahu. Kali ini dia mahu
jawapan sebenar dari Mia. Mia mengetap bibirnya geram. Pada ketika dia
ketakutan, soalan itu masih penting ke bagi Syah daripada keadaan diirnya?
“Jangan
sampai Mia jadi pembunuh betul dengan melakukannya dengan Syah”Syah menelan air
liur apabila mendengar Mia mengugut begitu. Memang sah-sah dari reaksi gadis
itu membuktikan dia juga bukan pembunuh. Itu semua hanyalah cerita
makcik-makcik yang tidak menyukai Mia memandnagkan penampilan Mia yang persisi
seperti hantu. Tampahan pula gadis itu banyak membisu membolehkan orang ramai
menganggapnya sombong.
“Apasal Mia
pegang pisau?”Syah terus –terusan menanyakan soalan. Walaupun agak geram dengan
peragai Syah, Mia cuba juga menjawap. Namun tindakannya terhenti apabila bunyi
kilat muncul kembali. Sekali lagi dia menutup telinganya ketakutan tanpa
menghiraukan Syah yang melihat keadaannya. Dia sudah tidak peduli kalau lelkai
itu akan menyindirnya kerana takut kepada kilat, hakikatnya dia benar-benar
takut.
Syah
bergerak mengahmpiri Mia yang telah menutup telinganya. Bahu Mia digerakkan
perlahan-lahan. Namun gadis itu tetap tidak memberi respon.
“Mia okey
tak nie?”
“Mia?”
Syah mula
risau melihat tubuh Mia yang mengeletar. Laju Syah bergerak ke meja belajarnya
mengambil headphone dan telefon bimbitnya. Matanya melilau mencari sapu
tangannya ynag diletakkan dlam laci. Apabila segala yang dicari telah berada
dalam genggaman dia bergerak ke arah Arisyah yang masih erat menutup
telinganya.
Syah
memegang lengan tangan Mia yang erat menutupnya. Apabila tangannya dijatuhkan,
Mia agak geram. Ini bukan masanya untuk bermain-main, dia sekarang benar-benar
takut. Jika lelaki itu mahu mempermainkannya, lakukan lah dengan cara lain.
Bukan cara nie.
“Bukak
telingan Mia”Arah Syah tegas apabila Mia masih bertegas mahu menutup
telinganya. Mia merasakan dirinya sengaja dipermainkan oleh Syah, apabila
tangannya ditarik kasar oleh Syah untuk membuka telinganya “Janganlah main-main
Syah. Kalau Syah masih.....”rungutan Mia terhenti apabila telinganya dapat
menangkap bunyi lagu yang agak deras. Matanya beralih kepada Syah yang ralit
memetulkan headphone pada kepalanya. Perkara sama yang dilakukan jika
menghadapi guruh.
Syah
mengambil pula sapu tangan yang diambilnya lalu dililit menutupi mata Mia.
Kini, Mia terus kaku apabila dilakukan begitu tanpa sedikit pun membantah.
“Apa..apa
Syah nak buat nie”soal Mia tergagap-gagap apabila penglihatannya mula ditutup
oleh Syah. Dapat dirasakan Syah sedang mematikan ikatan itu pada kepalanya.
“Duduk
diam-diam lah Mia. Lagipun Syah ada baca yang cuaca begini akan berterusan
hingga pagi. Syah buat nie sebab taknak Mia ganggu tidur Syah pulak”ujar Syah
perlahan untuk menutupi rasa bersalah Mia. Syah mengambil di atas meja lalu
melihat wajah Mia yang masih menoleh ke kiri dan kanan untuk membiakan diri.
Keadaan gadis itu semakin tennag apabila dilakukan begitu. Tiada lagi getaran
pada tubuhnya. Syah telah boleh menarik nafs lega.
“Terima
kasih Syah”
Ujar Mia
perlahan-lahan sambil tersenyum dengan balutan yang masih ada pada matanya. Syah
hanya tersenyum lalu menepuk perlahan bahu Mia sambil berkata “Okeylah, Syah
masuk tidur dulu”belum sempat Syah mengalihkan tangannya dari bahu Mia, lengan
tangannya lebih laju ditangkap oleh Mia.
Mia juga
mengagak keadaan tangan Syah dengan mata yang tertutup. Perlahan-lahan dari
lengan Syah, tangan Mia bergerak pada jari......Syah lalu memegang erat jari
tersebut. Terkejut Syah apabila Mia memegang erat jarinya itu.
“Mia tahu
kalau permintaan Mia nie melampau sedangkan Syah dah banyak tolong Mia. Tapi
boleh tak Mia pegang jari Syah sampai Mia tidur?”soal Mia agak tergagap-gagp.
Syah tersenyum lembut lalu mengusap rambut Mia. Mia dapat merasakan usapan
lembut Syah pada kepalanya. Adakah itu mmeberi jawapan ya?
Usapan pada
kepala Mia digantikan tiba-tiba dengan tolakan oleh Syah, sehingga menyebabkan
badan Mia terjatuh terbaring di atas sofa. Hilang terus rasa tersentuh dengan
tindakan Syah apabila dilayan begitu.
“Apa Syah
buat nie?”
“Mia tu
cepat-cepatlah tidur. Ingat Syah nie banyak kerja sangat ke nak jaga Mia dan
mengorbankan masa tidur Syah”ujar Syah pula.walaupun tidak melihat bagaimana
reaksi Syah pada ketika itu, Mia hanya berkumat-kamit menyumpah apabila
senang-sennag sahaja kepalanya ditolak begitu. Matanya dipejam rapat untuk
tidur dengan jari-jemarinya masih erat memagang jari...Syah.
Syah menolak
meja berhadapan sofa yang ditidur oleh Mia lalu duduk bersila pula di atas
lantai. Dilihat gadis itu telah tenggelam di alam mimpi namun masih erat
memegang jarinya. Satu senyuman terukir pada wajahnya melihat betapa tenangnya
wajah Mia yang sedang tidur.
Syah
mendonggak dagunya sambil ralit melihat wajah Mia. Walaupun Mia telah tidur,
dia tetap tidak melepaskan jari-jermari Mia yang memegangnya. Masih erat
dibiarkan begitu. Syah terssenyum mengingati peristiwa Mia yang memeluk kakinya
keseoranagn dalam gelap di bawah meja. Wlaupun gadis itu ketakutan, tidak
sedkit pun gadis itu menangis ataupun memanggil namanya meminta tolong. Masih
cuba menghadapi sendiri.
“Bodoh
betullah minah nie”
Mia membuka
matanya perlahan-lahan apabila telinganya menangkap bunyi azan yang jelas.
Namun penglihatannya masih gelap,terlintas akan balutan pada matanya. Tangan
kanannya membuka balutan itu dan membuang headphone yang ada pada telinganya.
Apabila dibuang,serta-merta bunyi azan itu hilang menandakan bunyi azan itu
datangnya dari aplikasi telefon bimbit Mia. Dia dapat merasakan tangan kirinya
dipegang oleh seseorang dari bawah.
Apabila Mia
memandag ke bawah sofa, alangkah terkejutnya dirinya apabila melihat Syah yang
lena tidur di bawah sofa berhampirannyya beralaskan permaidani dengan jari Syah
dan jarinya masih berpaut. Wajah tenang lelaki itu yang sedang tidur menarik
perhatiannya. Bukan sahaja jari Syah, jarinya juga masih erat memegang jari
Syah. Adakah lelaki itu tidak pernah
lepaskan genggaman mereka?
Mia cuba
menarik jarinya dari genggaman jari Syah perlahan-lahan, namun tidak berjaya.
Kali ini dia memegang pula pergelangan tangan Syahdengan tangan kananya,lalu
menarik jarinya perlahan-lahan. Hampir terlepas dan.....
Syah membuka
matanya apabila merasakan ada pergerakan pada tangannya, dapat dilihat mata Mia
melihat kepadanya pada ketika itu. Matanya yang separuh terbuka,secara
drastiknya terbuka lebih luas lalu bangun dan berundur ke belakang sehingga
melepaskan genggaman jari mereka. Pucat wajah Syah. Terasa jantungnya bagaikan
bahu gugur apabila mengecam wajah Mia orang pertama selepas bangun dari
tidurnya.
Mia
memandang wajah Syah yang mengurut dadanya beberapa kali akibat terkejut. Mata
Mia terjatuh pula kepada jarinya yag erat dipegang oleh jari Syah sebentar
tadi. Adakah lelaki itu sanggup tidur di bawah lantai kerana mahu menjaganya?
Kerana rasa bersalah?
“Kenapa Syah
tak lepaskan jari Mia? Kenapa Syah tidur kat bawah?”soal Mia tenang sambil
memandang Syah yang duduk bersila di atas lantai di penjuru sofanya. Syah
dilihat agak kalut untuk menjawab soalannya itu.
“Jangan nak
salah faham pulak, bukan Syah tak nak lepas. Tapi jari Mia tu kuat sangat
pegang,sampaikan Syah terpaksa tidur kat sini”jawab Syah agak tergagap-gagap
namun jawapan itu menyebabkan wajah Mia merah padam. Aku pegang jari dia? Takut
sangat ke aku semalam?
“Tapi Syah
kan lelaki...Mia pegang guna jari je, bukan tangan”bangkah Mia tidak berpuas
hati. takkanlah aku yang pegang dia sampaitak nak lepas? Jika dingatkan pagi
tadi, memang jarinya masih berpaut pada Syah. Jadi salah dia ke?
“Habis jari
Mia yang mengeletar pegang jari Syah macam ada gempa bumi,macam mana Syah nak
lepas. Nak gunting jari kita berdua? Macam budak kecik je”Syah cuba menyalahkan
Mia untuk menyembunyikan kesalahan dirinya sendiri yang menyambut genggaman jari
Mia lalu mengeratkan jarinya juga sehingga dia tertidur di bawah lantai. Malu
akan disindir oleh Mia jika memberitahu keadaan sebenar. Tanpa membuang masa,
Syah terus beredar ke bilik air di dalam biliknya meninggalkan Mia yang
terkebil-kebil seorang diri untuk mengelak dari diserang soalan berbisa
daripada Mia.
Mia hanya
membiarkan Syah berlalu dari penglihatannya. Wajahnya merah padam apabila
disindir begitu oleh Syah. Sama seperti kejadian menangis di hospital hari itu,
kali ini Syah juga dapat melihat satu emosi baru dalam dirinya. Mana nak letak
wajahnya itu? Arghhh!
Mia membuka
telekungnya lalu dilipat berlahan-lahan dan diletakkan di atas sofa ruang tamu
Syah. Kejadian semalam bermain kembali ke dalam ruang benaknya sehingga
menganggu keinginannya untuk menyambung tidur selepas solat subuh. Malu untuk
berhadapan dengan Syah yang telah meliha pelbagai reaks dalam dirinya yang
dilihat tenang dan tidak berperasaan. Siapa sangka dia menangis dan mengeletar
ketakutan di hadapan lelaki yang kini bergelar suaminya? Dahlah lelaki itu suka
menyindir dirinya.
Mia mengeleng
kepalanya laju,cuba menyedarkan dirinya ke alam nyata. Dia masih tidak berani
untuk menatap wajah lelaki itu. Dia berasa sangat malu kerana lemah dengan
perasaan sendiri. Mia akhirnya bergerak ke halaman pintu utama bilik Syah lalu
memakai seliparya. Perlahan-lahan pintu rumah Syah itu ditutup rapat oleh Mia.
Cuba mencari ketenangan dengan keluar sebentar dari rumah Syah.
Pada ketika
itu jugalah Syah keluar dengan tuala kecil pada bahunya dengan rambutnya yang
agak basah. Syah memandang pada sofa,tempat tidur Mia yang disidai dengan kain
solat wanita. Pasti minah tu dah solat,desis hati Syah. Syah beralih pula
melihat sekeliling rumahnya. Masih tidak dapat melihat kelibat Mia di
mana-mana. Matanya terhenti pada pintu utama apartmentnya. Ada sesuatu yang
membritahunya untuk memeriksa di situ.
Syah
bergerak ke pintu utama apartmentnya, dan dapat mengesan selipar Mia tiada di
situ menandakan gadis itu keluar. Syah mengangguk perlahan-lahan tanda faham
lalu bergerak tenang untuk ke dapur. Baru beberapa langkah Syah bergerak, dia
berpaling semula melihat pintu rumahnya kemudian beralih kepada jam dindingnya.
“Minah nie
keluar rumah pukul 5.45 pagi?”soal Syah pada dirinya seakan tidak percaya. Ada
rasa bimbang merayap dalam hatinya memandangkan lorong diantara apartmentnya
dan flat Mia sangat gelap kerana tiada lampu jalan disediakan. Dahlah lorong
itu selalu didatangi dengan samseng jalanan dan anjing liar.
“Makcik nie
tak ada kerja ke keluar pagi-pagi buta macam nie. Dahlah gelap! Kalau kena
tangkap apa-apa ke? Berjumpa dengan hantu ke? Dah boleh jadi nie”Syah sudah
berkira-kira mahu mengambil gadis itu. Laju langkahnya bergerak ke arah pintu
rumahnya. Hampir seinci tangannya ingin mencecah tombol pintunya, bagaikan ada
sesuatu berbisik melarangnya berbuat demikian. Mengingati larangan Mia, kontrak
perjanjian mereka, hati Syah mula terbelah dua. Syah mengeleng kepalanya lalu
bergerak memasuki semula rumahnya.
“Suka hati
makcik tulah, badan dia bukan badan aku pun. Sakit dia”Syah cuba menyakinkan diri sendiri lalu bergerak ke
ruang tamu dengan penuh yakin. Hatinya agak bercampur aduk. Cukup beberapa
langkah, dia berpaling kembali ke arah pintu aparmentnya yang ditutuprapat.
“Tapi aku
dah berjanji nak jaga dia”lirik suara Syah,cuba menjadikan janjinya pula
sebagai alasan. Tapi dia ambil kisah ke dengan janji aku tu? Nanti dia ingat
aku syok kat dia pulak.
“ala...bukannya
janji tu ada dalam kontrak pun” Syah cuba menyakinkan diirnya lalu bergerak ke
ruang tamu. Cukup beberapa langkah, hati kecilnya melarang dirnya lagi. Satu
peperangan bagaikan terjadi dalam dirinya. Syah mengenggam erat tangannya,cuba
mencari keyakinan. Akhirnya dia bergerak ke sofa lalu mencapai remote kawalan
mencari siaran televisyen.
“Pandai-pandailah
makcik tu jaga diri”putus Syah akhirnya walaupun hatinya kini berbelah dua.
Memikirkan kontrak mereka, dia tiada sebab untuk menjaga gadis itu. Tambahan
pula mereka hanya pasangan suami isteri sementara. Tidak pernah sekali pun
hubungan mereka seperti suami isteri. Jadi buat apa dia risaukan gadis itu?
Mengulangi kejadian semalam? Jangan rajIn-rajin buat kerja yang tak ada
kerjalah Syah!
Mia berjalan
perlahan-lahan di lorong belakang aparmentnya. Tempat biasa dia memberi makanan
kepada kucing-kucing terbiar di kawasan setinggannya itu. Pasti kucing-kucing
itu kelaparannya,memandangkan dia sendiri tidak mampu memberi makan
kucing-kucing tersebut. Sangkaannya melesap apabila dia melihat ada satu kelibat
manusia yang mengosok kucing-kucing tersebut di tempat dia memberi kucing
tersebut makana.
Lelaki itu
mengenakan jaket menyukarkan Mia untuk mengecamnya. Lelaki itu sedang ralit
menuangkan sebotol susu pada pinggang plastik yang disediakan. Jadi mamat nielah
yang bagi susu kat kucing selama nie? Desus hati kecil Mia.
“Dah berapa
lama awak buat semua nie?”soal Mia berani. Soalan dari Mia menyebabkan tindak
tanduk lelaki itu terhenti tiba-tiba. Bagaikan dapat mengecam suara Mia, lelaki
itu tidak sedikit pun beralih melihat Mia. Masih kaku tanpa menjawab sedikit
pun soalan Mia.
“Jadi
awaklah yang memberi minuman kat kucing selama ini?”soal Mia lagi apabila
lelaki itu masih tidak memberi respon. Tanpa menjawab soalan Mia, lelaki itu
tiba-tiba bangun lalu berlari meninggalkan Mia yang terpinggal-pinggal seorang
diri. Baru sahaja Mia berniat untuk mengejar lelaki itu untuk mengetahui
identiti lelaki itu, kakinya tersandung pada kotak yang diisi dengan makanan
kucing sehingga menyebabkan makanan kucing itu terjetuh semuanya.
“Alamak,
macam mana nie”Mia mula gelisah apabila makanan kucing itu bertaburan di atas
lantai menyebabkan kucing-kucing yang terbiar makan makanan yang bertaburan di
atas lantai itu. Dahlah lelaki itu susah-susah memberinya,dia pulak tak pasal-pasal
menyepaknya sehinggakan kucing-kucing itu terpaksa makan makanan di atas
lantai.
Mia terus
sahaja duduk bersila di atas lantai sambil mengutip makanan kucing yang
bertaburan dengan tergesa-gesa. Rambutnya yang terurai menutupi wajahnya kerana
tidak dikepit dengan baik dibiarkan sahaja. Tangannya masih lincah mengutip
makanan kucing tersebut. Semuanya gara-gara keinginannya yang melampau untuk
mengetahui identiti lelaki itu sehinggakan makanan kucing itu menjadi mangsa.
Kucing-kucing yang terbiar itu bagaikan kucing kelaparan makan makanan di atas
lantai itu menyebabkan Mia diserang rasa bersalah.
“Minta maaf.
Apa yang aku buat nie”mulut Mia tidak henti-henti minta maaf. Kucing-kucing
yang terbiar itu mula memenuhi Mia yang mengutip makanan kucing bagaikan
pengemis mengutip duit syiling di atas jalanan. Keadaan bagaikan tidak terurus
persis seperti kucing jalanan itu.
Tangan Mia
yang lincah mengutip sisa-sisa makanan tersebut tiba-tiba terhenti apabila
melihat ada tangan lelaki yang kasar turut mengutip makanan tersebut. Lengan
lelaki itu ditutupi dengan jaket kulit yang dipakai oleh lelaki yang sebenar
tadi lelaki itu berpatah balik?
“Ai..Aiman?”
Berketar-ketar
suara Mia apabila matanya mengecam wajah yang hanya tersenyum tawar lalu mengangguk
perlahan-lahan. Aiman mengaru kepalanya yang tidak gatal. Pada awalnya dia mahu
melarikan diri dari Mia. Takut jika identitinya terdedah, wanita itu semakin
menjauhkan diri daripadanya. Namun, hati lelakinya tidak mampu untuk meluhat
gadis kesayangannya mengutip makanan kucing seorang diri persis seperti
pengemis di jalanan.
“Maaf sebab
buat Mia macam tadi. Sorry”ujar Aiman perlahan-lahan sambil mengutip makanan
kucing tersebut. Masih tidak berani untuk menatap wajah Mia yang merenung tajam
ke arahnya. Habislah, mesti minah nie akan jauhkan diri daripadanya,desis hati
Aiman.
Akhirnya
kedua-duanya menyambung mengutip makanan kucing tersebut selepas tiada lagi
perbualan antara mereka. Menganggap peristiwa Aiman melarikan diri daripadanya
tidak pernah berlaku dan dengan tenang mengutip makanan itu bersama Syah.
Selepas mereka mengutip makanan itu, akhirnya mereka sama-sama bergerak menuju
ke bilik masing-masing.
Kesunyian
menghantui mereka di dalam lif tersebut. Hanya mereka berdua berada dalam lif
tersebut memandang waktu itu masih lagi waktu subuh. Malah, keadaan sekitar
juga masih gelap.
Aiman
mengetap bibirnya mengakui kebodohon sendiri kerana meninggalkan Mia macam
orang bodoh tadi. Adakah gadis itu marah kepadanya? Kenapalah lamabat sangat lif
pada ketika itu? Rungut hati Aiman. Perbualan antara dirinya dan Zaid menerjah
ke dalam ingatannya. Aiman mengenggam tangannya erat. Cuba mencari kekuatan
untuk meluahkan tujuannya kepada Mia. Dia perlu mengorak langkah!
“Aiman minta
maaf sebab tinggalkan Mia macam tu. Aiman tiada niat nak buat macam tu
sebenarnya”Ujar Aiman perlahan-lahan. Mia menegrling ke arah Aiman yang tidak
menoleh ke arahnya walaupn sedikit pun. Jelas lelaki itu agak takut untuk
berhadapan dengannya.
“Kenapa
Aiman buat semua tu tak beritahu Mia?”soal Mia ingin tahu apabila dilihat Aiman
bagaikan sudah bersedia untuk memberitahu segala-galanya kepadanya. Sungguh,
hatinya tercuit dengan sikap Aiman yang sanggup membantu haiwan tanpa
mengharapkan pengetahuan daripada sesiapa pun.
“Sebab Aiman
nak tiru Mia”jawab Aiman jujur lalu menoleh ke arah Mia. Seperti yang dijangka
Mia agak terkejut dengan jawapan jujur Aiman itu. Jadi selama ini lelaki itu
tahu bahawa dia yang memberi makanan kepada kucing itu?
“Mia tak
pernah cakap kat sesiapa pun. Sebab tu Aiman pun nak tiru apa yang Mia
buat”jawab Aiman tenang lalu beralih ke arah lain. Dia tahu gadis itu pasti
tidak senang untuk melihat wajahnya kini memandangkan rahsianya elah
terbongkar.
“Dah berapa
lama Aiman tahu?”soal Mia tergagap-gagap. Pada awlnya Aiman yang takut
memberitahu hal sebenar, setelah hal sebenar diberitahu,dia pula takut
menghadapinya.
“Dah hampir
3tahun”Jawapan Aiman mengejutkan Mia sekali lagi. Tidak sangka segala tingkah
lakunya telah diperhatikan oleh Aiman selama 3 tahun,barulah lelaki itu
memberitahu segalanya kini? Mia mula rasa tidak selesa berada dalam lif itu
berdua-duan bersama Aiman. Mengharapkan pintu lif itu cepat-cepat terbuka.
Aiman
mengerling ke arah Mia yang dilihat tidak selesa itu. Seperti yang dijangka,
jawapan jujurnya tidak mendatangkan rasa gembira di hati Mia. Gadis itu semakin
menjauhkan diri daripadanya. Aiman tiba-tiba menekan punat lif tingkat 3
memandangkan itulah tingkat seterusnya lif itu akan berhenti. Keberadaannya
hanya menimbulkan rasa kurang selesa dalam diri gadis kesayangannya.
“Mia mesti
rasa tak selesa dengan Aiman sekarang kan? Sebab tu, Aiman taknak beritahu Mia
“ujar Aiman perlahan namun cukup jelas pada pendengaran telinga Mia. Sungguh,
Mia akan tersentuh dengan sikap Aiman yang cuba menjaga hatinya. Adakah aku
terlalu kejam kepadanya? Dia telah memberi makanan kepada kucing-kucing itu
namun tidak sedkit pun dia berterima kasih namun manjauhkan diri. Apa yang aku
buat nie?
Pintu lif tiba-tiba
terbuka, seperti yang dirancang, Aiman keluar dari lif tersebut kerana tidak
mahu lagi keberadaannya membebankan Mia walaupun bukan itu tingkap yang ingin
dia pergi. Mia yang ralit memikirkan sesuatu terganggu apabila Aiman tiba-tiba
keluar. Dia melihat pada nombor tingkat yang tentera pada lif, ini bukan
tingkat rumah Aiman,desis hatI Mia. Adakah lelaki itu tidak mahu menyusahkan
aku?
Mia
menghembus nafas sedalam-dalamnya. Pintu lif yang hampir ditutup dihalang
olehnya cepat-cepat sebelum ditutup sepenuhnya. Laju dia melangkah keluar dari
lif,cuba mengejar kelibat Syah, dia dapat melihat kelibat Aiman yang sedang
memegang tombol pintu kecemasan untuk mendaki tangga ke tingkat seterusnya.
Pasti lelaki itu tidak mahu membebankannya.
“Aiman!”
Aiman tidak
jadi untuk memulas tombol pintu. Dia beralih kepada suaramemanggilnya. Bagaikan
mahu terkeluar biji matanya melihat Mia yang kelihatan cemas memandangnya.
Gadis itu tidak pernah menjerit ataupun memanggil seseorang dari jarak jauh
sebaliknya berfikir untuk berputus asa sahaja. Namun lain pula yang dilihat
sekarang, gadis itu memanggil namanya dengan kuat sekali. Itulah kali pertama
dia mendengarnya dan kali pertama gadis itu mencarinya. Benarkah?
Mia menarik
nafas panjang. Dia berjalan 5 tapak ke hadapan untuk memudahkan Aiman
memandangnya. Dapat dilihat wajah terkejut Aiman memandangnya tidak percaya.
Mia tersenyum melihat Aiman yang sedikit pun tidak mengalihkan pandangan
kepadanya.
“Mia?” Aiman
yang semacam tidak percaya tanpa ssedar bertanya begitu. Sungguh, bukan senang
untuk melihat gadis itu bersungguh begitu. Selalunya hanya reaksi tenang tanpa
tiada perasaan. Biarlah berapa banyak pun kebaikan ataupun kesalahan orang
ramai kepadanya, dia tidak akan sesekali mencarinya.
“Lain kali
nak tak kita bagi makan sama-sama?”ujar Mia sambil tersenyum. Wajah Aiman
semakin terkejut,ternganga mulutnya tanpa sedar. Apatah lagi itu kali pertama
dia melihat Mia tersenyum padanya. Mahu terkeluar jantungnya melihat wajah Mia
yang cantik apabila tersenyum. Apatah lagi ditawarkan untuk memberi makanan
kucing. Bersama-sama? Mimpi ke nie?
“Apa maksud
Mia?”Antara dia yang salah faham,salah dengar atau memang itu yang ditawarkan
Mia, otaknya benar-benar tidak boleh hadam. Soalan matematik tambahan yang
ditanya oleh anak muridnya tiada satu pun tidak boleh dijawab olehnya, namun
satu tawaran mudah yang dibuat oleh Mia buat otaknya gagal berfungsi.
Mia tergelak
kecil mendengar soalan Aiman. Dia menutup mulutnya untuk mengelak didengari
oleh Aiman,risau lelaki itu berkecil hati. Mana taknya ,wajah Aiman seakan
patung cendana dengan mulut ternganga cukup mencuit hatinya. Sedangkan ramai
yang memberitahu lelaki itu cukup tegas. Aiman menelan air liur. Dia tergelak?
Biar betul?
“Harap Aiman
sudi terima Mia jadi kawan”
Aiman yang
sedari tadi ternganga akhirnya tersenyum seorang diri. Dia mengerak-gerak
kepalanya untuk melarikan wajahnya daripada ditatap oleh Mia. Betapa gembiranya
dia pada ketika itu. Dia hanya tersengih seorang diri, sesekali menoleh ke arah
Mia yang tersengih melihat gelagatnya.
“Mia tinggal
kat kampung ke sekarang?”soal Aiman tiba-tiba dalam perjalanan ke bilik
masing-masing. Selepas mereka secara rasmi menjadi kawan, lelaki itu petah
menanyakan soalan tentang dirinya. Kadang kala lelaki itu menceritakan perkara
yang terjadi di sekolah. Bagaikan satu cerita yang disimpan lama, dan mahu
dilepaskan semuanya hari itu juga.
Aiman sedaya
upaya bercerita selagi Mia berada disisinya. Tidak habis dia bercerita
sepanjang dalam lif tadi. Berbeza dengan keadaan sebelumnya yang hanya sunyi.
Dia tidak mahu gadis itu menganggap dia lelaki yang agak membosankan.
“Kenapa?”soal
Mia mula rasa tidak sedap hati. Adakah hubungannya dengan Syah dapat dihidu?
Ataupun lelaki itu ada melihatnya di aparment Syah memadangkan bilik lelaki itu
hanya bersebelahan biliknya sekaligus juga hampir bertentangan dengan aparment
Syah.
“Syah cakap
Mia balik kampung. Dia kan sepupu Mia”jawab Aiman sambil tersenyum, langsung
tidak mensyak apa-apa. Mia hanya mengangguk perlahan. Aiman terus terusan
berbual apabila Mia memberi respon walaupun bukan dari segi butir bicara, namun
wajahnya Mia yang kini mampu tersenyum bersamanya cukup membahagiakannya. Ada
hikamah juga di sebalik pertolongannya kepada kucing-kucing yang terbiar.
Akhirnya
mereka tiba di hadapan pintu rumah masing-masing. Mia serba salah apabila Aiman
tidak memasuki rumahnya, sebaliknya menunggu diirnya. Bagaimana dia mahu
memberitahu lelaki itu kalau rumahnya terkunci dari dalam? Dia baru sahaja
berkawan dengan lelaki itu. Nanti apa pula yang difikirkan? Macam dia cuba
mendekati lelaki itu untuk memohon pertolongan. Dia juga tidak mahu meminta
tolong dari Aiman kerana mereka berdua bukannya rapat sangat.
“Aiman
masuklah dulu”ujar Mia perlahan namun hanya dibals dengan senyuman dan gelengan
perlahan oleh Aiman. “Mia masuklah dulu, Aiman nak pastikan Mia ok”
Alamak, Mia
merengus dalam hati. Dia mula memandang sekeliling. Matanya tertacap pada
sampul berwarna coklat cair di depan pintu biliknya. Untuk melengahkan masa,
mahu tidakmahu dia berpura-pura untuk membaca sampul tersebut dengan harapan
Aiman akan bosan menunggunya. Namun rancangannya melesap apabila melihat ada
kertas kerja yang tebal dalam sampul itu.
Bulat mata
Mia apabila melihat kertas kerja itu yang hanya dikeluarkan sebanyak separuh.
Laju tangannya mengelurkan sepenuhnya,. Ya Allah, aku ada kerja yang perlu
diselesaikan? Bukankah aku dah hantar minggu lepas? Kenapa ada lagi? Kenapa
mereka tidak hubungi aku? Sekurang-kurangnya....
Bebelan
dalam hati Mia terhenti mengingati telefon bimbitnya yang dibuang oleh abangnya
dalam laut. Mia melihat tarikh akhir kertas kerjanya perlu dihantar, esok?
Setebal nie?
“Mia kenapa
nie?” soal Aiman agak risau apabila menatap perubahan wajah Mia yang ketara
itu. Mia memandang wajah Aiman dihadapannya. Walaupun cuba dikawal,jelas
perubahan wajahnya dapat dikecam oleh Aiman. Mia juga tidak berfikir [anjang
ketika itu, walaupun tidak jelas, dia hanya menunjukkan kertas kerjanya pada
Aiman. Aiman membelek kertas kerja yang belum disentuh itu kemudian melihat
tarikh akhir kertas itu perlu dihantar,Barulah dia memahami masalah Mia.
“Mia nak
pergi telefon kejap. Maaf”Mia mengambil kertas kerjanya dari tangan Aiman
kemudian berlalu laju ke arah lif. Aiman yang tidak senang duduk melihatwajah
resah Mia, terus mengekori Mia dari belakang. Kasihan melihat gadis itu.
“Bukan saya
sengaja tidak angkat. Tapi ada sesuatu yang berlaku dan saya baru tahu hal ini
hari ini”jelas Mia kepada bossnya perlahan-lahan. Dia memegang erat telefon
awam itu cuba mencari kekuatan jika ditengking oleh majikannya. Dia tahu itu
salahnya kerana tidak mengetahui awal-awal, namun dia juga tidak mungkin dapat
menyiapkan kertas kerja sebanyak itu hari itu.
“Habis awak
nak salahkan saya?” Mia melarikan gagang telefon itu apabila terdengar suara
majikannya menegkin ke arahnya. Mia mmengambil nafs sedalamnya, cuba
berkrompomi dengan majikannya. “Bukan macam tu, boleh tak puan bagi saya lebih
masa sedikit, mungkin dua hari lagi ke. Sebab kertas kerja nie agak banyak.
Lagipun bukan minggu saya ber...”belum sempat Mia menghabiskan ayatnya,
majikannya terlebih dahulu membalas dengan kasar.
“Kalau awak
rasa benda tu banyak sangat, tak payah buat. Nie terus ungkit-ungkit pasal
jadual bertugas pula. Kalau awak rasa saya nie mengongkong awak, letak kerja.
Banyak lagi orang saya boleh ambil”gagng telefon diletakkan. Mia melepaskan
keluhan berat lalu meletakkan gagang telefon itu dengan hati yang berat. Dengan
wajah yang mencuka dia menunduk lalu menolak pintu telefon awam itu. Dia sudah
hilang idea untuk menyelessaikan masalahnya. Cuma satu sahaja cara iaitu
menyiapkan tugasan itu sebelum lusa.
“Mia
okey?”suara Aiman yang menegurnya untuk mengetahui perkembangannya, hanya
dipandang sekilas oleh Mia sebelum menunduk melihat lantai. Malu dan bersalah
kepada Aiman yang setia menemaninya sedari tadi di luar pondok telefon awam itu
tanpa sedikit pun merungut. Lebih memalukan, usaha baik Aiman itu tetap
mendatangkan berita buruk daripada Mia.
Aiman
melepaskan keluahn berat apabila Mia hanya membisu tanpa memandang wajahnya.
Melihat reaksi gadis itu, dia sudah mengetahui jawapannya. Itulah bahayanya
jika bekerja menjadi kuli orang. Kita tidak dibenarkan mengadu dan hanya perlu
menurut kemahuan mereka sahaja. Melihat mata lebam milik Mia, lagilah menyeksa
jiwanya. Betapa gadis itu berusaha untuk menyiapkan kerjanya.
***************************************************************************
Syah
mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 9.30 pagi. Gadis itu
masih tidak pulang ke rumah. Syah mula tidak sedap hati. Dahlah gadis itu keluar
pagi-pagi buta dalam keadaan yang masih gelap, sekarang masih belum pulang?
Syah
mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon Mia dicari, baru sahaja jarinya ingin
menekan skrin telefon untuk mendail nombor Mia, akhirnya dia melempar telefon
bimbitnya ke sofa lalu merengus kasar.
“Kalau aku
telefon nanti makcik tu cakap aku
tergedik-gedik pula cari dia”
Syah
mengigit ibu jarinya. Perasaannya bercampur aduk antara mahu menunggu Mia
menelefonnya ataupun dia yang telefon memandnagkan Mia tiadk pernah sekalipun
menellefonnya. Hanya dia yang kerap menelefon Mia. Syah mmengambil kembali
telefon yang dilempar sebentar tadi. Sekejap dia unlock telefonnya,kemudian dia
lock kembali.
“Makcik tu
dah besar, pandailah dia jaga diri”rumus Syah sendirian cuba menyakinkan diri
dengan perlahan-lahan cuba meletakkan telefon bimbitnya. Tak sampai seinci
mencecah meja kacanya, dia mengambil semula.
“Tapi makcik
tu dahlah jenis suka menangis. Kalau ada orang jahat ke..anjing liar ke kat
mana-mana macam mana? Dahlah aku suami dia. Lepas nie kalau jadi apa-apa polis
cari aku jugak. Baik aku telefon dia” rumus Syah dengan cara lain pula.
Kemudian dia merungus perlahan bagaikan tidak berpuas hati dengan caranya.
“Tak nampak
over sangat ke? Aku mesej jelah”Syah akhirnya tersenyum apabila mendapat idea
untuk menghantar mesaj sahaja kepada Mia. Sekurang-kurangnya dengan cara itu,
dia dapat mengetahui keadaan Mia juga. Mesej pertama dihantar.
Oiii makcik,
duduk kat mana? Nak minta tolong beli gula nie. Gula dah habis.
Mesej
pertama dihantar dengan jayanya. Syah tersenyum seorang diri. Berjaya satu
langkah. Namun senyumannya hilang selepas 10 minit mesej itu dibiarkan sepi
tanpa balasan. Makcik nie apasal tak balas? Buat silent ke? Ke ada apa-apa
terjadi kat makcik nie? Syah mula resah. Mesej kedua dihantar.
Boleh tak
balas cepat? Syah lapar nie. Nak kacau air tak boleh sebab gula habis.
Balaslah, kalau tak Syah boleh beli sendiri.
Syah
mengigit jarinya tidak sabar untuk menunggu balasan daripada Mia. Masih tiada
balasan walaupun 7 mini telah berlalu.
Syah semakin resah. Makcik nie kena culik ke? Accident ke? Pengsang ke? Jatuh
ke? Kena romapak ke? Semua andaian dengan wajah Mia sebagai pelakonnya bermain
dalam benaknya. Semakin difikir,semakin resah dibuatnya. “Apasal makcik nie tak
balas”rungut Syah tidak berpuas hati. Jar0jemarinya laju menekan pada huruf
yang tertacap pada skrin telefonnya. Mesej ketiga dihantar.
Mia sibuk
sangat ke nak balas mesej Syah nie? Kalau Mia rasa serabut dengan mesej Syah,
tak payah buat macam nie.
Syah
bagaikan berpatah hati dengan sikap Mia yang masih belum membalasnya. Kali ini
dia tidak menunggu lama, hampir 5 minit dia tetap tidak mendapat balasan.
Adakah gadis itu?
Ada apa-apa
terjadi ke? Mia kat mana sebenarnya? Apa terjadi?
Syah
menghantar punat hantar. Kali ini tidak sampai 1minit, dia bangun tiba-tiba lalu menghempas telefon bimbitnya
geram. Geram melihat perbualannya dengan Mia masih tidak mendapat balasan.
Dugaannya semakin cerah dihadapan matanya.
“Makcik nie
dah cakap jangan keluar gelap-gelap, keluar jugak!” bebel Syah lalu mengambil
telefon bimbitnya, lalu melangkah keluar dengan laju dari rumahnya untuk
mencari Mia. Dia berasa tidak sedap hati. Dahlah gadis itu meraung melihat
abangnya terlantar di hodpital. Boleh jadi juga gadis itu melakukan perbuatan
bodoh untuk lari dari tuduhan zina mereka.
***************************************************************************
Aiman
meletakkan secawan jus oren di atas meja bagi pihak Mia lalu mengambil tempat
di hadapan Mia yang sedari tadi hanya membisu. Cawan kopinya dihirup
perlahan-lahan sambil melihat reaksi. Reaksi yang cuba berlagak tennag meskipun
dalam hati resah. Aiman mengerling ke
arah sampul berwarna coklat cair yang diletakkan di atas paha Mia.sampul ini
digengam kemas oleh kedua-dua belah tangan Mia menandakan betapa cemasnyanya gadis
itu. Aiman melepaskan keluhan berat.
“Mia okey
tak? Minum lah air. Nanti kita fikirkan cara lain”pujuk Aiman lembut lalu
menolak jus oren lebih dekat ke arah
Mia. Mia mula rasa serba salah kerana mengheret Aiman dalam masalahnya.
Sepatutnya dia tidak membuka sampul itu dihadapan Aiman. Sepatutnya juga dia
dapat mengawal perasaannya di hadapan Aiman.
“Maaf, Mia
dah susahkan Aiman”
Aiman
melepaskan keluhan berat kerana perkataan itu juga yang keluar dari mulut Mia.
Dia paling benci setiap kali gadis itu memohon maaf walaupun jelas apa yang dia
lakukan atas kehendak dirinya sendiri, bukan disuruh oleh Mia.
“Kalau Mia
nak telefon sekali lagi, Mia boleh pinjam telefon Aiman. Boleh bincang lama
sikit”tawar Aiman. Sejak Mia keluar dari pondak telefon bimbit itu, itulah yang
ditawarkan sejak tadi olleh Aiman. Kasihan melihat gadis itu tidak putus-puts
menukar wang kertas kepada wang syiling untuk menelefon.
“Tak
payahlah. Lagipun Mia dah cuba banyak kali tadi. Rasanya hasilnya tetap sama”
itulah secara jujur dia rasakan. Lagipun dia tidak mahu lelaki itu bersusah
payah pulang ke flat semata-mata ingin menagmbil telefon bimbit kepadanya.
“Mia hilang
telefon bimbit ke?”soal Aiman apabila menyedari gadis itu bersusah payah
menggunakan kemudahan telefon bimbit awam. Mia hanya tersenyum lalu mengeleng.
Aiman
mengaru kepalanya. Kalau tak hilang, kenapa gadis itu bersusah payah turun ke
bawah sedangkan biliknya pada ketika itu
sudah ada di hadapan mata. Boleh saja gadis itu membuka kunci untuk mrngambil telefonnya
di dalam daripada berlari ke bawah mendapatkan telefon bimbit.
“Kalau macam
tu, boleh Mia bagi nombor telefon Mia sekarang?”duga Aiman dengan berhati-hati.
Wajah Mia agak berubah walapun cuba disembunyikan. Mia dilihat lama berfikir
untuk mencari alasan.
“Bila lagi
telefon Mia hilang?”soal Aiman jujur tanpa menunggu alasan daripada Mia. Mia
akhirnya menunduk kepala tanpa menjawab soalan Aiman. “Apa kata kita minum
dulu?”cadang Mia tiba-tiba apabila otaknya sudah kering mencari alasan, dia
cuba mengubah topik pula. Memikirkan keadaan Mia yang sudah bermasalah, Aiman
memutuskan tidak menyoal lagi topik tersebut.
“Sedap
sangat air nie”puji Mia sambil tersenyum lalu meletakkan jus oren yang baru
diminumnya di atas meja tersebut. Aiman senang hati apabila dapat melihat
senyuman terukir kembali di wajah gadis itu.
“Memandangkan
kita dah berkawan, lain kali apa kata Mia pula belanja Aiman?”gurau Aiman untuk
menghilangkan keresahan hati Mia. Gurauan Aiman membuat Mia agak kalut mencari
alasan. Ternganga dia untuk membalas janji yanng dikemukan oleh Aiman tadi.
“Erm....nanti
Mia fikir balik”ujar Mia perlahan-lahan agar tidak melukai hati Aiman yang
telah banyak menolongnya.
“Apa nak
difikirkan sangat, Aiman Cuma ajak Mia minum je. Bukannya Mia nie isteri orang
ke apa kan?”gurau Aiman lalu meletuskan ketawa. Mia yang baru menangkap jenaka
Aiman, berpura-pura tersenyum juga untuk mengelak dikesan oleh Aiman tentang
perubahan wajahnya apabila perkataan isteri disebut.
Sedang asyik
kedua-dua mereka ketawa dan tersenyum sesama sendiri, tiba-tiba Syah masuk lalu
menghentak meja makan tersebut menyebabkan ketawa mereka mati tiba-tiba. Mia
yang asyik tersenyum terus mati apabila melihat wajah Syah di hadapannya. Tidak
berkelip dia melihat Syah. Wajah lelaki itu pucat dengan nafas turun naik.
Peluk memercik pada dahinya. Bagaimana lelaki itu tahu bahawa dia di situ?
Kenapa lelaki itu mencarinya? Ada sesuatu berlaku ke? Abangnya?
“Apasal Syah
datang? Ada apa-apa terjadi ke?”soal Mia spotan agak terkejut. Lelaki itu tidak
mengetahui keberadaannya tetapi boleh berjumpa dengannya di situ berhampiran
flatnya. Tambahan lagi wajahnya kelihatan pucat dengan peluh memercik di dahi
menandakan lelaki itu berlari dari tempat yang jauh. Sesuatu berlaku kepada abangnya
ke?
“Apasal Mia
tak balas mesej?”soal Syah dengan nafas turun naik lalu mengeluarkan telefon
bimbitnya untuk dibuktikan kepada Mia. Percakapannya kedengaran bercampur
dengan nafasnya yang jelas kedengaran turun naik.
“Kenapa? Ada
sesuatu terjadi ke?”soal Mia lagi bagaikan tidak berpuas hati. Melihat wajah
Syah yang cemas itu bagaikan satu petanda buruk yang terjadi. Aiman hanya
menjadi penonton di antara Mia dan Syah. Cuba memahami situasi yang terjadi dan
menanti berita yang akan disampaikan oleh Syah.
“Ada sesuatu
terjadi ke? Memang banyak yang terjadi! Mia tahu tak berapa banyak mesej Syah
hantar? Berapa banyak panggilan Syah buat? Susah sangat ke Mia nak balas?”luah
Syah jujur tanpa berselindung perasaan bimbangnya. Dia bukan main bimbang macam
orang gila, gadis itu boleh pula ketawa dengan Aiman sambil minum air oren? Dia
ingat aku nie apa? Desis hati Syah.
“Yelah, ada
benda terjadi ke sampai Syah telefon macam tu?”soal Mia masih tidak berpuas
hati. Dia tidak mahu mendengar kesusahan lelaki itu menelefonnnya, kerana dia
juga tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan telefonnya sudah terdampar ke
dasar laut. Apa kisah di sebalik panggilan dan mesej yang banyak itu?
“Adalah! Mia
tak balas mesej Syah. Apa yang akan Syah fikirkan? Mia pengsang ke? Kena culik ke? Bunuh diri
ke? Kena rompak ke? Mana boleh Mia tak balas mesej Syah macam tu? Kalau apa-apa
terjadi macam mana? Dengan telefon tulah Mia boleh memberitahu Syah
segala-galanya”bebel Syah tidak berhenti membuat Mia ternganga dan Aiman meletuskan ketawa kecil. Alasan
yang tidak logik. Mia memandangkan Syah dengan wajah tidak percaya. Takkanlah
lelaki ini datang sini bersusah payah kerana nak membebel hal.....
“Jadi maksudnya
Syah datang sini susah-susah sebab Mia tak balas mesej Syah?”soal Mia tidak
percaya. Melihat wajah Mia pada ketika itu menyedarkan Syah ke alam nyata.
Hilang terus bebelannya. Baru dia tersedar dengan sikap dirinya yang agak
melampau. Betullah, aku datang sini sebab aku risaukan dia ke?
“Ermm...bukan
macam tu. Gula kat rumah dah habis. Jadi Syah nak suruh...”belum sempat Syah
memberi alasan sambil mengaru telinganya yang mulai merah, Mia lebih laju
memotong.
“Jadi Syah
datang sini sebab nak suruh Mia beli gula? Sebab gula Syah membebel macam nie
kat Mia depan restoran nie?”soal Mia semakin tidak percaya dan bercampur geram.
Lelaki itu membebel macam datuk semata-mata dia tidak membalas mesej untuk
membeli gula? Kerana gula dia kena maki hamun macam tu?
“Mia banyak
lagi kerja nak buat daripada beli gula untuk Syah. Syah ingat Mia nie
apa?”marah Mia tidak berpuas hati dengan sikap kebudak-budakan Syah. Syah mula
kalutmencari jawapan logik.
“Mia tahu
tak gula itu penting. Gula boleh menjadi sumber tenaga untuk kita. Syah nak
buat air pun kena guna gula. Malah badan kita pun bersusah payah membuat
glucosa, inikah pula kita...” kali ini Syah cuba memmpertahankan pendapatnya
agak tidak kelihatan terlalu remeh di depan mata Mia dengan mengaitkan segala
ilmu yang dia ketahui untuk kelihatan penting.
“Gula..gula..Gula
je yang ada dalam fikiran Syah?”rungus Mia tidak berpuas hati dengan jawapan
yang diberikan oleh Syah. Jawpan yang tidak kukuh yang cuba diperkukuhkan
dengan menyelit ilmu biologi. Kurang asam betul!
Aiman
meletuskan ketawanya kali ini. Lucu dengan penjelasn daripada Syah itu. “Jangan
risaulah, nanti Aiman akan teman Mia beli gula”Aiman sudah menawarkan diri
untuk menolong Mia. Mia hanya tersenyum , Aiman pula membalas senyuman itu.
Sesi berbalas senyuman itu menyakitkan hati Syah.
“Tak payah,
biar Syah je yang teman Mia. Lagipun dia sepupu Syah. Sepupu Syah nie tak biasa
sangat dengan orang asing”ujar Syah dengan bangga. Dia yakin dialah manusia
paling rapat dengan Mia memandnagkan dia yang banyak bersama gadis itu. Gadis
itu juga bukan mudah bergaul dengan sesiapa pun.
“Jangan
risau, Aiman dan Mia dah jadi kawan. Kan Mia?”kali ini Aiman pula membalas
dengan mendapatkan persetujuan dari Mia. Syah bagaikan mahu terjugil biji
matanya apabila Aiman cuba menolak perllawaannya. Makin sakit apabila penyataan
Aiman mendapat anggukan dari Mia.
“Dahlah,
lagipun gula yang Syah nak bukannya jenis yang semua orang ada. Baik Syah je
yang pergi dengan Mia. Lagi senang nak pilih”ujar Syah lalu menarik lengan
tangan Mia menyebabkan Mia terpaksa mengikut gerak langkah Syah. Mia memegang
sampul coklatnya lalu mengucapkan terima ksih kepada Aiman yang sudi
menemaninya itu.
“Terima
kasih Aiman. Maaf,sebab terpaksa beredar macam nie”ujar Mia perlahan sebelum
diheret lebih jauh oleh Syah. Aiman hanya tersenyum paksa apabila dia kalah
dengan Syah, “Tak apa,, lain kali kita boleh berbual lagi”
Syah yang
mendengar janji yang dibuat oleh mereka berdua secara rambang itu meletusakan
ketawa kecil untuk mengejik. Kita boleh berbual lagi lain kali? Siapa mamat tu
berbual dengan Mia? Kurang asam betul!
“Syah, boleh
tak lepas?”soal Mia lalu menarik lengannya dari genggaman tanagn Syah apabila
mereka sudah berada agak jauh dari restoran tersebut. Syah membiarkan lengan
Mia ditarik dari genggamannya lalu mencekak pinggang melihat Mia yang
memandangnya pelik.
“Apa Mia
buat dengan Aiman?”soal Syah tidak berpuas hati. Wajahnya yang tegas sedikit
mencuitkan hati Mia sedangkan lelaki itu sentiasa ceria dengan wajah
kebudak-budakan.
“Kitaorang
berbual je....”belum sempat Mia menerangkan, Syah terus memintas, “Berbual je?
Sejak bila Mia tahu cara berbual? Ingatkan selama nie Mia pandai senyap je.
Dengan Aiman Mia tahu pulak cara nak berbual? Siap jual senyuman murah Mia
tu?”bebel Aiman tidak berhenti tanpa memberi peluang utnuk Mia mencelah. Mia
bagaikan ternganga mendengar tuduhan Syah.
“Menjual
senyuman? Bila masa pula Mia jual senyuman?”soal Mia spotan apabila dirinya
dilabel begitu. Lelaki itu ingat dia perempuan jenis apa?
“Habis
dengan Aiman, Mia boleh pulak senyum dan berbual macam tu. Dengan Syah, asyik
cari gaduh je”Syah mula mengungkit lalu membandingkan dirinya dengan Aiman.
Kalau nak dikutkan rupa paras, dia jauh lebih kacak, malah pekerjaannya jauh
lebih baik dari Aiman. Kenapa gadis itu tidak pernah melayannya dengan baik?
Mia ketawa
bagaikan tidak percaya dengan penjelasan yang diberikan jelas tidak masuk akal.
“Syah tu macam budak-budak, Aiman tu macam lelaki sebenar. Kalaulah Syah ada
separuh dari sikap Aiman kan bagus, tak adalah berperangai mentah macam ni”luah
Mia agak keras menyebabkan lidah Syah kelu seketika dengan perbandingan yang
dibuat oleh Mia. Apa? Dia cakap aku nie apa? Soal Syah tidak percaya dalam
hati.
Mia yang
melihat Syah tergagap-gagap untuk membalas penyataannya terus meninggalkan Syah
yang terpinggal-pinggal sendirian. Walaupun fikiran lelaki itu macam
budak-budak, tapi mulut tak ubah macam datuk. Dia sudah malas untuk bertengkar
dengan Syah di tengah-tengah perjalanan
orang ramai itu, baik dia mengambil langkah untuk beredar.
Syah yang
melihat Mia sudah beredar jauh, tergagap-gagap membalas balik penyataan yang
dibuat oleh Mia dengan nada perlahan agak tidak didengari oleh Mia kerana tidak
mahu dilihat agak kalah.
“Macamlah
makcik tu matang sangat”ujar Syah perlahan sebelum mengekori langkah Mia dari
belakang menuju ke apartment mereka.
Mia membuka
kabinet dapur perlahan-lahan, tangannya laju membelek-belek setiap barangan
yang disimpan dalam kabinet itu dengan bersungguh-sungguh. Apabila tanganya
memegang sesuatu yang biasa dirasai, tanganya laju mengeluarkan bahan tersebut
lalu diteliti oleh matanya. Satu keluhan dilepaskan.
“Nie bukan
gula?”soal Mia geram sambil mengangkat gula itu agar dapat diperhatikan dengan
jelas oleh Syah yang berada di ruang tamu,berpura-pura menonton televiseyn.
“Eh,
betullah. Tak perasaan pulak tadi”mahu tidak mahu, Syah terpaksa mengakui
kewujudan gula dalam rumahnya apabila berjaya dicari oleh Mia. Syah cuba
mengukirkan senyuman bagi menjayakan lakonannya namun hanya dibalas dengan wajah
masam daripada Mia. Mati senyuman Syah tiba-tiba.
“Memang nie
rumah Syah kan? Rumah sendiri pun tak tau ke?”rungut Mia geram dan jelas
didengari oleh Syah. Syah hanya membuat muka selamba walaupun dalam hatinya
bukan main malu akibat disindir begitu. Semuanya gara-gara tidak mahu
menampakkan perasaan bimbangnya sebnatar tadi, dia terpaksa bersabat dengan
alasan membeli gula.
“Lagipun nie
jenama gula yang kebanyakan orang pakai kat sini. Apa yang istemewa sangat
dengan jenama nie?”rungut Mia lagi sambil tangannya lincah menyimpan gula
tersebut. Syah hanya mampu mengigit bibirnya mendengar bebelan Mia tanpa
sedikit pun tidak membantah. Takkan dia mahu menjerit, aku risaukan kaulah
bodoh!
“Syah kalau
tak buat kecoh satu hari memang tak sah. Memang buat kecoh satu-satunya perkara
yang Syah boleh buat?”sindir Mia geram sebelum berlalu ke tandas. Syah yang
pada awalnya ingin membalas sindirin Mia hanya mampu terdiam apabila tidak
mampu mengeluarkan apa-apa penyataan untuk membalasnya. Geram pun ada. Dia benar-benar
risaukan gadis itu. Dahlah gadis itu suka memendam rasa, takut kejadian seperti
semalam akan berulang lagi. Balik-balik, dia pula kena sindir.
Syah menukar
siaran televisyen,masih tiada apa-apa yang menarik perhatian. Akhirnya Syah
membuka pula laptop miliknya, cuba mencari cerita anime yang menarik secara
online. Maklumlah, Malaysia bukan terdedah secara meluas berbanding dengan
Jepun, jadi terpaksalah dia mencari cerita anime secara online pula. Apabila
berjumpa dengan cerita yang digemari, laju sahaja tajuk anime itu diklik untuk
ditonton. Pada masa yang sama juga Mia keluar dengan sampul coklat di tangannya
lalu duduk berhati-hati di tepi Syah.
Syah
bagaikan tidak mempedulikan kehadirannya. Malas bertengkar dengan gadis itu
sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya dengan cerita yang dipaparkan. Mia
memandang Syah yang ralit melihat paparan cerita anime itu. Setelah bosan
menunggu Syah menegurnya, Mia mengambil jalan alternatif untuk menegur Syah
dahulu.
“Syah....”ujar
Mia lembut tanpa Syah hanya menjawab dengan mengangkat keningnya. Mia mengetap
bibirnya, cuba bermuka tebal di hadapan Syah walaupun baru sahaja membebel
kepada Syah sebentar tadi.
“Mia nak
pinjam laptop boleh tak?”soal Mia perlahan membuatkan tumpuan Syah terhadap
anime yang dipaparkan sedikit terganggu. Syah beralih ke arah Mia yang mmebuat
muka kasihan kemudian beralih kembali ke skrin laptopnya tanpa menghiraukan
permintaan Mia.
“Mia ada
kerja sikit nak buat. Bagi Mia pinjam sampai esok. Esok je. Boleh tak Syah”soal
Mia lagi dengan merapatkan diri kepada Syah. Apabila Mia semakin rapat, Syah
mengambil bantal dari sofanya lalu diletakkan dianatara dirinya dengan Mia
sebagai penghalang. Mia mencebik melihat sikap Syah yang cuba tidak
mempedulikannya. Nak merajuklah tu.
“Kalau Syah
bagi Mia pinjam, Mia janji akan buat apa saja yang Syah suruh”kali ini Mia
menawarkan perkhidmatan pula kepada Syah. Syah masih lagi membisu seribu bahasa
tanpa beralih kepada Mia. Mia membuang bantal yang diletakkan oleh Syah
sebentar. Dia benar-benar memerlukan laptop Syahuntuk menyiapkan kerjanya.
Dahlah dia terpaksa menghantar kerjanya esok!
Mia
memandang wajah Syah yang masih degil untuk melihatnya. Lelaki itu sengaja
tidak mempedulikannya untuk membalas dendam. Dia perlu bertindak cepat. Satu
cubitan kecil hinggap di paha Syah menyebabkan Syah sedikit terperangjat. Syah
dapat rasakan ada kejutan elektrik hinggap di pahanya apabila Mia mencubit
walaupun hanya sesaat. Mengelabah wajahnya memandang wajah Mia yang begitu
hampir dengannya.
“Bolehlah
bagi Mia pinjam. Mia janji akan buat apa sahaja”Mia masih menawarkan
permintaannya. Syah mula rasa tidak selesa. Selama ini mana pernah gadis itu
menggunakan suara yang lembut,namun disebabkan gadis itu mahukan
pertolongannya, terus sahaja berubah. Apa sahaja?
Syah
memandang mata bulat milik Mia. Kemudian jatuh pula pada hidung dan akhirnya
bibir Mia. Ada sesuatu tidak kena di situ. Sesuatu yang menyebabkan jantungnya
tiba-tiba berdegup kencang.
“Boleh tak
Syah?”soal Mia lagi lalu merapatkan lagi wajahnya pada wajah Syah untuk
mendapat kepastian. Kali ini, Syah benar-benar tidak tahan, bantal yang dibaung
oleh Mia diambil balik. Lalu dilekatkan dimuka Mia yang begitu hampir dengannya
lalu bangun dari situ.
“Ambillah
Mia nak sangat, guna elok-elok tau?”Syah sudah menaglah apabila pergerakan Mia
yang biasa itu sudah cukup menyeksakannya. Mia akhirnya tersenyum lalu melompat
pada tempat yang ditinggalkan Syah. Sampul berwarna coklat diletakkan ddengan
senyuman yang tidak leakng di wajahnya kerana berjaya memujuk Syah. Lama Syah
memerhatikan tindak tanduk Mia itu, satu senyuman terukir pada wajahnya tanpa
sedar. Comelnya.
“Gambar
siapa nie?”soalan daripada Mia membuat senyuman Syah mati.Syah mengangkat
keningnya bagaikan tidak memahami soalan Mia, Mia pula hanya menunjukkan pada
skrin laptop. Akhirnya Syah bergerak ke sisi Mia untk mengetahui gambar yang
dimaksudkan.
Gambar artis
Jepun yang sedang memakai gaun cotton berwarana merah sedang duduk bersila di
atas rumput menghijau menjadi wallpaper laptop milik Syah. Apabila gambar itu
memenuhi pandangan Syah,satu senyuman terukir membuat Mia mencebik.
“Cantik kan
dia”puji Syah sambil menyapu skrin laptopnya di hadapan Mia. Mia memandang
kembali wajah artis yang dipaparkan itu. Memang cantik orangnya,cukup untuk
mencairkan hati ramai lelaki. Akhirnya Mia mengangguk mengakui kecantikan gadis
itu.
“Orang
perempuan kenalah tiru macam dia. Cantik, lembut,manis, bukan macam Mia”tekan
Syah apabila nama Mia meniti di bibirnya menyebbakan tumpuan Mia kepada gadis
yang dipaparkan itu sedikit terjejas. Dengan gelakan yang kuat, Syah
meninggalkan Mia yang mencuka apabila disindir begitu. Kalau ikutkan hati Mia,
mahu sahaja dia membalas, namun memikirkan laptop yang digunakannya, Mia
akhirnya hanya mengalah membiarkan ketawa Syah memenuhi ruang tamu itu.
Jam telah
menujukkan pukul 4petang. Mata Mia masih segar menatap skrin laptop dengan
tangan yang tidak henti-henti menekan papan kekunci. Syah yang asyik bermain
permainan video yang disambung kepada televisyen akhirnnya terbaring di atas
lantai sambil mengerak-gerak kakinya di atas lantai. Syah menukar baringannya
untuk ,melihat keadaan Mia di belakangnya. Syah mendongak kepalanya menatap
wajah Mia. Satu keluhan dilepaskan.
“Mia...jomlah
kita makan”ujar Syah panjang dengan
berniat untuk menarik minat Mia yang masih tekun berkerja. Sejak laptop berada
di tangannya, tidak sedikitpun laptop itu dilepaskan kecuali untuk solat zohor.
Sejak pagi lagi, gadis itu tidak sedikit menjamah makanan ataupun minuman.
Gadis itu bekrja tidak ubah seperti robat tanpa berhenti.
Tiada
sahutan daripada Mia. Masih lagi gigih menai setiap perkataan yang adatanpa
sedikit pun berhenti. Syah melepaskan keluhan berat melihat Mia. Kasihan pun
ada dengan kerja gadis itu. Syah mengambil tempat di sisi Mia, sesekalidia
memandang ke skrin laptop kemudian beralih kembali kepada Mia.
“Mia, jomlah
kita makan”ajak Syah lagi sambil menarik lembut baju Mia di bahagian bahu. Mia
dapat merasakan ada sesuatu menganggu kerjanya tapi jari-jemarinya masih ligat
menekan kekunci laptop. “Mia tak lapar”
Syah tidak
berpus hati dengan jawapan pendek yang diberikan oleh Mia tanps menoleh sedikit
pun kepadanya. Dia pula merasakan kebosanan sama seprti sebelum Mia hadir dalam
rumahnya. Selalunya mereka pasti bertengkar, namun hari ini berbeza. Gadis itu
begitu ralit menyiapkan tugasnya.
“ Jangan
mintak yang Syah pulak”ujar Syah agak tidak berpuas hati. Syah berlalu keruang
dapur. Kemudian dia kembali dengan bekas ais-krim bersaiz mangkuk lalu
mengambil tepat di sisi Mia. Bukan main rancak dengan mulut yang tidak
henti-henti memuji kesedapan ais-krim yang dimakannya. Masih juga tidak
dihiraukan oleh Mia.
Syah tidak
berpuas hati. Kali ini dia mengambil telefonnya lalu bermain permainan dengan
volume agak kuat untuk menraik minat Mia agar beralih kepadanya pula. Semua
jenis bermain dicubanya sehingga mendapat high score, namun masih tiada reaksi
ataupun tengkingan dari Mia. Syah membuka pula televisyen untuk menonton siaran
bola sepak. Bersungguh dia melaung dan
membebel dengan teknik permainan bola sepak yang dipaparkan. Entah pasukan mana
yang disokong, setiap kali gol yang dimasukkan, pasti dia akan bersorak
sekuat-kuatnya.
Mia mengetap
bibir dan memejam matanya. Cuba mendapatkan ketenangan dan kesabaran dengan
perangai Syah yang tidak habis-habis bising sedari tadi. Akhirnya jari-jemari
Mia yang ligat menekan kekunci laptop terhenti seketika. Wajah Syah yang masih
rancak bersorak dipandang lama olehnya.
“Boleh tak
Syah diam kejap?”
Syah
berhenti bersorak apabila mendengar suara Mia menegurnya. Bagaikansegala
rancangan terjadi walaupun dia telah melakukan hampir 2jam lamanya,barulah
mendapat respon dari Mia. Tidak berkelip matanya memandnag wajah Mia di
sisinya.
“Mia, Syah
bosan. Jomlah kita tengok cerita nie sama-sama”luah Syah jujur untuk meraih
simpati Mia. Mia memandang Syah tidak percaya. Dia kacau aku selama nie sebab
bosan?bosan?
“Syah tak
nampak ke Mia ada kerja nie? Syah tau tak Mia kena hantar kerja nie esok?”soal
Mia tenang dengan harapan Syah dapat mempertimbangan keadaan dirinya pula.
Bukan dia mahu terjerat dengan situasi itu, tetapi masalahnya dia hanya kuli.
Sudah tentu dia terpaksa berusaha lebih.
“Tapi Mia
tak berhenti menaip dari pagi lagi. Sekarang dah masuk pukul 6 petang. Lagipun
logik ke benda setebal nie kena hantar esok? Memang susah nak disiapkan. Nanti
kita cuba berbincang dengan majikan Mia”pujuk Syah lagi sekaligus menawarkan
cadangan. Mia hanya mengeleng menolak cadangan Syah. Bukan dia tidak mencuba,
dia telah beberapa kali mencuba namun jawapannya tetap sama. Semuanya gara-gara
personalitinya yang banyak berdiam diri menyebabkan kepalanya mudah sahaja
dipijak-pijak.
“Tak
payahlah. Mia dah cuba”ujar Mia perlahan lalu beralih kembali ke skrin
laptopnya untuk menyambung kerjanya. Syah tidak berpuas hati, dia tahu majikan
Mia sengaja menyerahkan tugas sebulat ini kepada Mia kerana Mia bukannya jenis
yang akan bersungguh untuk menolak. Dengan personaliti gadis itu yang banyak
berdiam diri, mudah sahaja dipijak.
“Biar Syah
yang bercakap dengan dia. Apa nombor telefon dia?”cadang Syah lalu mengeluarkan
telefon bimbitnya. Mia yang mendengar kesungguhan Syah untuk menolongnya
memberhentikan kerjanya. Dia tahu apa yang Syah fikirkan, pasti lelaki itu
memikirkan personaliti dirinya yang menyebabkan dia didera begitu. Kelakuan
Syah tiada bezanya mengakui dirinya juga bersikap begitu. Dia terasa sedikit
tercabar.
“Kan Mia dah
cakap Mia dah cuba”jawab Mia tidak senang hati dengan sikap ambil berat Syah.
“Biarlah Syah pula yang cuba bercakap dengan dia, mana tahu berjaya”ujar Syah
lagi sambil menantikan jawapan Mia.
“Tak
payahlah, Mia kenal sangat dengan ....”belum sempat Mia menerangkan situasinya
Syah terlebih dahulu menyampuk.
“Bukan Mia
kenal dia, tapi dia kenal Mia. Mia jenis orang yang mudah mengalah sebab tidak mahu
bercakap banyak, tidak mahu berjumpa banyak kali. Mia tahu tak sekarang Mia
kena pijak?”ujar Syah menjelaskan situasi sebenar menyebabkan Mia sedikit
mendidih apabila personalitinya dijadikan sebab dia terpaksa mengharungi semua
itu.
“Jadi Syah
rasa nie semua salah Mia ke?”soal Mia agar Syah menjelaskan dengan terperinci.
Dia benar-benar tidak suka apabila personaliti dirinya diperkatakan begitu.
Buka dia sengaja bersikap begitu, tetapi pengalaman lampau telah mengajar dia
untuk bersiakp begitu. Give and take. Dia tidak mahu berhubung dengan sesiapa
hanya Syah sahaja secara tidaksengaja berjaya memasuki kehidupannya. Itupun dia
telah berjanji untuk melupakan kehadiran Syah setelah mereka terpisah.
“Mia kena
lebih tegas dengan dia. Mia kena lebih bersungguh mengutarakan....”belum sempat
Syah menghabiskan hujahnya, Mia lebih laju memotong.
“Jadi maksud
Syah Mia tak bersungguh langsung?”soal Mia agak tenang sambil memandang wajah
Syah yang terdiam apabila disoal begitu. Walaupun nada suara Mia kedengara
bersahaja, dia tahu gadis itu agak terasa hati dengan hujahnya. Syah diburu
rasa bersalah.
“Bukan tu
maksud Syah”luah Syah perlahan. Mia mengenggam tangannya kuat sebelum
meneruskan kata-katanya untuk mencari kekuatan.
“Syah nak
cakap Mia tak pernah bersungguh menolak, dan biarkan semua ini terjadi tanpa
sedikit pun usaha?”soal Mia lagi apabila Syah agak lama untuk meneruskan
penjelasannya. Syah mengaru kepalanya. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk
dijelaskan kepada Mia.
“Mia,
Syah...”Syah cuba memberi penjelasan namun semua itu tidak dihiraukan lagi oleh
Mia. Mia kembali menatap skrin laptop. Jari-jemarinya kemabli berkerja tanpa
menghiraukan Syah disisi.
“Mia ada
kerja. Sekurang-kurangnya nie satu-satunya yang Mia boleh usahakan” Syah terdiam
mendengar tutur kata Mia. Walaupun reaksi Mia tetap tenang, dia tahu gadis itu
berkecil hati. Tidak mahu membebankan Mia, akhirnya Syah memasuki kamarnya dan
membiarkan Mia menyambung kerjanya.
Jam telah
menunjukkan pukul 2pagi, Mia masih setia menghadap skrin laptopn tanpa henti.
Syah yang lalu secara kebetulan untuk mengambil air mengeluh melihat Mia yang
tekun memandang skrin laptop dalam keadaan gelap. Hanya cahaya dari laptop
memnuhi ruang tamu itu. Keadaan itu agak membahaya untuk mata Mia, namun
sedikit pun Mia tidak bergerak untuk memasang lampu tersebut.
Jari-jemari
Mia terhenti seketika apabila merasakan lampu di ruang tamu itu terbuka secara
tiba-tiba. Matanya terhenti pada kelibat Syah yang membawa secawan air milo dan
air tin sejuk yang dikeluarkan dari peti sejuk. Secawan air milo yang masih
berasap-asap itu diletakkan di tepi skrin laptop. Tidak berkelip Mia memandang
Syah dihadapannya menyebabkan Syah agak tidak selesa.
“Minumlah,
bukannya ada racun pun”ujar Syah tergagap-gagap apabila Mia masih tekun
memandangnya tidak percaya. Lambat-lambat Syah terus beredar ke biliknya
apabila Mia tetap tidak bersuara sebaliknya memandang tenang ke arahnya.
Mia
mengerling ke arah bilik Syah sambil tersenyum, apabila melihat Syah yang kalut
membuka pintu biliknya. Secawan air milo itu diambil lalu dihirup
perlahan-lahan. Itulah air pertama yang diminumnnya pada hari itu sejak pulang
dari restoran. Perutnya yang sedari tadi berbunyi dibiarkan kerana tidak mahu
membuang masanya dengan makan. Siapa sangka, Syah sanggup membuat air milo
untuknya.
“Terima
kasih Syah”ujar Mia sendirian lalu meneguk air milo itu untuk kali kedua. Dia
diburu rasa bersalah kerana menolak cadangan Syah petang tadi. Dia tahu lelaki
itu hanya membimbangkannya, entah kenapa dia begitu sensitif perihal
personalitinya walaupun Syah tidaklah secara terang menyatakannya.
Syah mengeliat
perlahan sambil meraut wajahnya kasar. Jam berbentuk katak di meja lampunya
diambil. Angka 8 ditunjukkan oleh jarum pendek jam itu menunjukkan sekarang
pukul 8 pagi. Syah turun dari katilnya lalu berlahan-lahan menuju ke pintu
biliknya.
Syah
berjalan perlahan-lahan menuju ke ruang dapur. Langkahnya terhenti apabila
memadang Mia yang tidur di atas meja berhampiran dengan laptopnya. Perlahan-lahan
Syah menuju berhampiran Mia dan mengambil tempat di sebelahnya. Gadis itu masih
tekun membuat kerjanya sewaktu dia mengerjakan solat subuh pagi tadi pada
pukul6 pagi menunjukkan gadis itu berjaga sepanjang malam. Pasti gadis itu baru
sahaja terlelap. Syah tidak mahu menyebabkan gadis itu terjaga, cawan air milo
yang telah kosong diambil untuk dibasuh.
Sejurus
sahaja Syah bangun, mata Mia mula bergerak-gerak apabila merasakan ada satu
pergerakan di hadapan. Apabila matanya terbuka separuh, perkara pertama yang
diingat adalah kertas kerjanya, laju sahaja dia bangun sehingga mengejutkan
Syah di hadapannya. Kelam-kabut wajahnya menyusun dokumen di hadapannya di dalm
sampul berwarna coklat itu.
Syah tidak
jadi untuk ke dapur, laju dia bergarak kembali di hadapan Mia. “Kenapa?”soal
Syah prihatin. Dahlah gadis itu tidak tidur semalam, bangun sahaja dari tidur,
perkara pertama dia buat adalah kertas kerjanya.
“Syah,
sekarang pukul berapa?”soal Mia agak kalut dengan dokumen di tangannya.
Rambutnya yang serabai kerana longgar ikatannya dibiarkan tanpa dibetulkan.
Matanya lebih lebam dari sebelumnya kerana berjaga malam. Wajahnya jelas
keletihan kerana tidak cukup tidur.
“Pukul
8”jawab Syah tenang namun cukup membuat wajah Mia pucat. Mengingati dokumennya
yang perlu dihantar tepat jam 7.30 pagi, dia terlelap sehingga jam 8 pagi
sekarang? Apa yang perlu dia buat? Dahlah kertas kerjanya baru sahaja 2/3 siap.
Masih ada yang belum siap. Bangun lewat lagi. Apa yang perlu dia buat?
Mia
menyimpan dokumen yang ditaipnya semalam ke dalam pendrive dengan cepat. Tanpa
meng‘eject’ pendrive itu terlebih dahulu, Mia terus mencabut pendrive tersebut
lalu mengambil dokumen yang disimpannya. Belum sempat Mia berlalu, Syah
terlebih dahulu memegang pergelangan tangan Mia.
“Nak ke mana
nie?”soal Syah tidak senang hati melihat sikap kalut Mia. Mia cuba menarik
tangannya namun pautan Syah agak kuat. “Mia nak hantar kertas kerja nie,
sepatutnya Mia hantar...”belum sempat Mia menerangkan, Syah terlebih dahulu
menawarkan diri untuk membantu.
“Biar Syah
hantar, lagipun susah nak dapatkan teksi masa nie. Kebanyakan waktu ke kerja
telah tamat”ujar Syah perlahan sekaligus menerangkan situasi sebenar. Mia mula
berkira-kira untuk menerima perlawaan suaminya ataupun tidak memandangkan apa
yang disebut oleh Syah itu ada benarnya juga.
“Tapi....”Mia
masih berkira-kira, Syah hanya tersenyum lalu menarik tangan Mia ke tombol
pintu bersama-sama dirinya. Mia hanya mengikuti langkah Syah tanpa membantah
“Jangan risau, Syah takkan masuk campur”ujar Syah perlahan, cuba menenagkan
hati Mia yang resah dengan pelbagai andaian. Mahu tidak mahu, Mia hanya mampu
mengikuti langkah Syah, memandangkan dia sendiri sangat terdesak pada ketika
itu.
“Ini je
kerja yang kau buat?”
Satu
tempikan memenuhi pejabat itu menyebabkan mata-mata kakitangan itu memadang ke
arah Mia dan majikannya. Mia hanya terdiam sambil memegang erat kedua-dua belah
tapak tangannya mengharapkan kekuatan untuk menghadapi situasi itu. Telinganya
bagaikan mahu bernanah mendengar bisikan-bisikan orang ramai di sekitar itu.
Syah yang sedari tadi mengambil tempat di ruang menunggu yang dikhaskan bangun
tiba-tiba apabila isterinya disergah begitu.
“Aku bagi
kau kerja nie, tiga hari lepas, banyak nie je kau siapkan? Dahlah hantar lewat.
Kau ingat aku nie apa?”marah majikannya sambil menghempas dokumen yang dibawa
oleh Mia ke mejanya. Berdesing sekali bunyinya. Mia menutup matanya, cuba mencari kekuatan
sebelum bersuara.
“Mia minta
maaf, ada sesuatu yang tak dapat dielakkan terjadi”ujar Mia perlahan tanpa
memandang wajah majikannya bak harimau betina yang kelaparan itu. Masih tekun
memandang lantai.
“Ada sesuatu
yang tak dapat dielakkan? Tu je alasan kau?” majikan bersuara semakin kuat. Dia
mula bercekak pinggang memandang wajah Mia yang masih menunduk. Apinya
dirasakan semkin membara apabila wajah Mia tetap tenang walaupun disergah
begitu. Kalau diikutkan, memang bukan kerja Mia sebenarnya. Namun Mia mangsa
yang paling strategik kerana gadis itu jarang membantah apabila diberi tugasan.
Kerana itu kerja itu diberi bulat-bulat kepada Mia.
“Mia
betul-betul dah berusaha untuk menyiapkan” Mia berkata lembut walaupun disegah
begitu. Penjelasan Mia hanyalah disambut dengan ketawa oleh majikannya seperti
menyindir usaha yang dilakukan oleh Mia.
“Aku bagi
kau masa 3hari lepas lagi. Ini kau cakap betul-betul berusaha? Aku dah telefon kau banyak kali, ada kau angkat?
Kau nak cakap nie semua salah aku ke?” Mia mengeleng apabila disoal begitu.
“Salah Mia sebab tak angkat telefon”ujar Mia perlahan dengan tenang. Majikannya
semakin hilang sabar melihat wajah tenang Mia yang sedikit pun tidak gentar
berhadapan dengannya, dokumen yang berisi kertas yang tebal itu dilempar tepat
ke muka Mia menyebabkan kertas-kertas itu bertaburan di atas lantai. Namun
seperti biasa, wajah Mia tetap tenang tanpa sedikit pun menangis ataupun
mengeluh.
Syah yang
tegun berdiri akhirnya bergerak ke kawasan perbualan mereka apabila melihat Mia
dieprlakukan seperti bintanang itu. Hilang terus sabarnya dan amaran Mia yang
memberitahu supaya tidak masuk campur.
“Kau kutip
semua kertas tu sekarang. Pergi sambung balik kerja kau. Esok hantar”putus
majikannya lalu mengambil tempat di atas kerusi megah di hadapan Mia. Mia hanya
mengangguk lalu duduk mengutip kertas-kertas yang bertaburan di atas lanta. Dia
tidak menghiraukan mata-mata yang melihatnya dan ketawa-ketawa kecil yang
mengejek keadaan dirinya yang persis pengemis itu. Masih tekun mengutip
kertas-kertas itu dengan wajah yang tenang.
“Apa Mia
buat nie?”soal Syah tidak senang melihat Mia yang masih tekun mengutip
kertas-kertas kerja itu. Mengingati betapa susahnya gadis itu berkerja malam
semalam, sehingga dilayan seperti binatang pada hari itu.
“Kutip
kertas”jawab Mia selamba tanpa menoleh ke arah Syah yang berdiri di sisinya.
Cuba berlagak tenang dan selamaba, walaupun hatinya bagaikan mahu menjerit
apabila diperlakukan begitu.
Berdesing
telinga Syah mendengar jawapan selamba dari Mia. Bukan dia tidak mengenali
gadis itu, setelah berminggu-minggu, dia mula mengenali gadis itu. Betapa
kuatnya gadis itu memendam rasa, betapa sukarnya wajah tenang dipaparkan. Dia
tahu segalanya. Walaupun dia hilang ingatan, itu tidak menghalangnya untuk
mengenali sikap sebenar Mia.
“Puan nie
kan...”belum sempat Syah ingin memaki hamun majikan Mia, Mia terlebih dahulu
memegang pergelangan tangan Syah lalu mengeleng laju menghalang tindakan Syah.
Syah hanya mampu berdiam diri sehinggalah Mia bangun selepas selesai mengutip
kertas tersebut. Mia sudah mula bergerak untuk beredar bersama-sama dengan
sampul berwarna coklat tersebut, namun Syah terlebih dahulu menangkap
pergelangan tangan Mia.
“Mia biarkan
dia buat macam tu je pada Mia?”soal Syah tidak percaya memandang wajah Mia yang
tenang di hadapannya. Mia tersenyum tawar. “Apa Mia boleh buat? Syah rasanya
kenal Mia, jadi kenapa Syah tanya lagi?”ujar Mia perlahan-lahan lalu melepaskan
genggaman tangan Syah pada pergelangan tangannya sebelum beredar perlahan-lahan
tanapa menunggu Syah.
“Cis, budak
tu menyusahkan aku je. Ingatkan boleh siap hari nie. Boleh dia datang dengan
kerja macam tu”majikan Mia masih menyambung bebelannya walaupun Mia beredar.
Berdesing telinga Syah mendengarnya. Tanpa menghiraukan amaran Mia, Syah
bergerak ke meja majikan Mia lalu menghentak kuat permukaan meja tersebut
membuat majikan Mia sedikit terkejut.
“Kau nie
pulak siapa?”sergah majikan Mia namun agak perlahan dengan nada yang agak
bergetar-getar. Syah menarik nafas sedalam-dalamnya memandang majikan Mia atas
dan bawah. Melihat pemakaian majikan Mia, jelas melambangkan wanita yang belum
berkahwin tetapi berusia 30-an.
“Puan tau
tak betapa susahnya Mia berusaha sampai tak tidur malam menyiapkan tugasan nie.
Puan hidup senanglah goyang kaki sana-sini, suami pun tak ada untuk dijaga,
tanggungjawab kurang. Siapa Puan nak mempersoalkan usaha Mia?!”sergah Syah agak
lancar namun tidakllah dengan nada marah, lebih kepada nasihat.
Majikan Mia
agak terasa hati apabila perkataan suami meniti di bibir lelaki itu. Tidak
disangkal, wajah lelaki dihadapannya itu begitu kacak dan bersih sekali. Adik
Mia ke? Takkanlah dia ada adik sekacak nie?
“Apa...apa
awak cakap?”soal majikan Mia tidak percaya apabila disegah begitu oleh Syah.
Majikan Mia melihat kiri dan kanan, banyak mata-mata melihat ke arahnya
menyebabkan dia malu. Malu kerana pada usia begitu masih tidak mempunyai suami.
Bagaimana lelaki itu boleh tau?
“Dahlah
pemalas, suka tengking orang pulak tu. Makcik ingat dengan perangai macam nie
boleh dapat suami ke?”sindir Syah geram menyebabkan majikan Mia membuntungkan
biji matanya apabila dikomen begitu daripada seorang lelaki.
“Kurang ajar
betul le....”majikan Mia tidak jadi meneruskan amarahnya apabila wajah Syah
tiba-tiba begitu hampir dengan wajahnya menyebabkan jantungnya terus berdegup
laju. Selama ini hidupnya hanya dipenuhi dengan kerja, apabila seorang lelaki
kacak seperti Syah berlaku emikian, hatinya tiba-tiba berdebar-debar. Kelu
lidahnya untuk berkata-kata.
“Apa kau
buat nie?”soal majikan Mia dalam keadaan tergagap-gagap. Syah mengangkat keningnya
sambil tangannya laju mencabut pendrive milik Mia yang belum sempat diambil.
Syah menunjukkan pendrive Mia pada majikan Mia yang dilihat tiba-tiba pucat
itu.
“Ambil
pendrive”jawab Syah selamba sebelum berlalu dengan pendrive di tangannya
meninggalkan majikan Mia yang terpinggal-pinggal seorang diri. Apabila kelibat
Syah hilang dari pandangan, barulah majikan Mia tersedar dengan mulutnya tidak
henti-henti menyumpah Mia dan Syah.
“Kurang ajar
punya lelaki. Dia ingat dia siapa nak cakap macam tu dengan aku?”marah majikan
Mia agar tidak menampakkan dia kalah dengan hujah Syah sebenar tadi. Tiba-tiba
salah seorang pekerja perempuan dengan dalam lingkuangan 20-an menepuk bahunya
menghentikan bebelannya.
“Puan tidak
sepatutnya cakap macam tu dengan lelaki tadi. Puan tahu tak siapa dia?”beritahu
setiausaha rancak dengan mata membualat memandang majikannya. Majikan Mia
mengerut dahi apabila ditegur begitu. “Siapa dia?”
“Dia ialah
juruanimasi termuda yang terkenal dari Jepun tetapi berasal dari Malaysia. Dia
sangat terkenal dan berpengaruh di Malaysia dan Jepun”ujar setiausahanya dengan
bersungguh sambil menunjukkan artikel tentang Syah menggunakan telefon
pintarnya. Hampir terjugil biji mata majikannya melihat gambar Syah di situ.
“Ha?”
Syah membuka
pintu keretanya apabila melihat Mia tegun di dalamnya tanpa sedikit pun
bersuara. Syah akhirnya mengambil tempat duduknya namun tidak pula menghidupkan
enjin kereta dan membiarkan kesunyian menemani mereja berdua. Syah tidak mahu
mengatakan apa-apa yang boleh menyakiti hati Mia. Dia tahu gadis itu agak malu
berhadapan dengannya.
“Mia
betul-betul malu dengan Syah sekarang”ujar Mia tiba-tiba. Syah tidak menjawab
penyataan Mia itu dengan mengakui ataupun menidakkan agar perasaan Mia
terjaga.Syah tidak sedikit pun beralih kepada Mia disisinya begitu juga dengan
Mia.
Mia
melepaskan keluahan perlahan. Masih cuba bersikap tenang di hadapan Syah yang
kini bergelar suaminya. Cuba menahan segala rasa di hatinya.
“Apa yang
Syah cakap semalam betul. Memang betul Mia tak pernah bersungguh untuk
menolaknya sebab Mia tidak tahu bagaimana mahu menolaknya. Bagaimana nak cakap
yang Mia tak boleh. Mia tak boleh buat semua tu. Mungkin sebab tu agaknya
perkahwinan kita juga boleh terjadi”luah Mia perlahan. Syah menutup matanya,
cuba mengawal perasaan amarahnya mendengar penjelasan Mia. Stereng kereta
digengam kemas untuk meluahkan amarahnya.
“Hentikan”
Syah memberi amaran perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Mia.
“Sebab
personaliti Mia yang banyak berdiam diri, Mia memang senang dipijak. Mia terima
apa sahaja orang buat kerana dengan cara tu Mia boleh hidup atas dunia ini
tanpa perlu berhubung dengan sesiapa pun. Sebenarnya apa yang Syah cakap
semalam, semuanya betul. Cuma Mia takut mengakui hakikat itu dan marah Syah
balik untuk menyembunyikan hakikat perkara itu. Mia sengaja mencari salah Syah
agar kelemahan personaliti Mia yang Mia sangjung selama ini memang ada
kelemahan yang banyak”sambung Mia lagi tanpa mempedulikan larangan Syah. Dia
cuba bersikap setenang yang boleh meluahkan hakikat itu. Hakikat yang dia
sembunyikan dari Syah.
“Syah cakap
berhenti” Syah meraup wajahnya lalu menoleh wajah Mia yang masih memandang
hadapan tanpa memandang wajahnya. Geram apabila Mia meluahkan semua itu
kepadanya. Lebih geram apabila Mia meluahkannya tapi pada masa yang sama
menyembunyikan reaksi wajahnya. Pasti amat menyakitkan.
“Secara
jujur jugak, kadang-kadang Mia cemburu
dengan kehidupan Syah. Macam mana Syah boleh ketawa, macam mana Syah boleh
berfikir positif. Kali ini di hadapan Syah, Mia mesti tidak ubah macam
pengemis. Biarlah beberapa ramai orang menyepak bekas duit syiling Mia, Mia
pasti tidak akan berhenti mengutipnya. Mia akan tetap....”belum sempat Mia
meneruskan kata-katanya, tiba-tiba bahunya dipegang oleh Syah menyebabkan
pandangannya jatuh pada mata Syah. Mata yang sengaja dielak kerana mata itulah
yang boleh membaca perasaannya kini.
“Syah cakap
berhenti kan? Perlu ke Syah dengar semua nie?”luah Syah tidak berpuas hati
sambil memandang ke dalam mata Mia. Mia mengetap bibirnya apabila diperlakukan
begitu oleh Syah. Sungguh dia malu melihat wajah itu. Wajah yang telah belihat
banyak perkara yang dia cuba sembunyikan. Wajah yang kini bergelar suaminya
sendiri.
“Mia
betul-betul malu dengan Syah. Dah berapa banyak Syah lihat hidup Mia sekarang?
Dah berapa banyak Syah lihat betapa terdesaknya Mia dalam hidup ni, betapa
banyak Mia menangis...”belum sempat Mia menghabiskan, Syah terlebih dahulu
memotong. Berdesing telinga Syha mendengar pendapat Mia mengenai diri sendiri
itu.
“Adakah
menangis itu salah satu benda yang memalukan? Adakah reaksi yang selama ini Mia
simpan sesuatu yang memalukan? Apa yang Mia perlu malu bukan semua itu, tapi
diri Mia yang sekarang. Yang cuba berlagak tenang yang perlu Mia malu”ujar Syah
geram menyebabkan lidah Mia kelu tiba-tiba. Terdiam mendengar pendapat Syah
tentang dirinya.
“Syah....”Tidak
berkelip Mia memandnag Syah yang begitu serius menuturkan kata-katanya. Wajah
serius yang jarang sekali dilihat dari wajah kebudak-budakannya.
“Mia kena
belajar cara melepaskan perasaan, barulah hidup Mia tidak lagi memalukan, tau
tak?” Mia menelan air liurnya melihat sikap prihatin Syah. Jantungnya berdegup
kencang apabila mata Syah memandang ke dalam matanya. Jarang sekali lelaki itu
bersikap seperti lelaki sebenar.
“Syah,
Mia....”
“Mia, Mia
janji akan menunaikan permintaan Syah kan?”ungkit Syah tiba-tiba. Mia yang
pada awalnya terpinggal-pinggal akhirnya
menagngguk mengenangkan janji yang dibuatnya semalam.
“Syah nak
Mia menjadi manusia, bukanlah lagi robot macam sekarang”
Permintaan
Syah membuat Mia membuka mata seluas-luasnya memadandang wajah tenang Syah.
Tidak percaya Syah sanggup membuat permintaan tersebut semata-mata untuk
mengubah personaliti dirinya.
“Apa Syah mengarut
nie? Mia tak ada masa nak buat..”
“Mia sendiri
cakap yang Mia cemburu dengan kehidupan Syah kan? Salah satu sebab Mia terasa macam tu, kerana
Mia tidak pandai meluahkan perasaaan Mia”potong Syah laju sambil meliaht ke
dalam wajah Mia. Mia dilihat tidak senang duduk apabila dia membuat permintaan
begitu.
“Mia taknak.
Lagippun Mia taknak menaruh harapan dengan semua itu. Mia taknak sakit
hati....”
“Jadi apa
bezanya dengan sakit hati sekarang? Mia tidak pernah mencuba, tetapi Mia selalu
mencari alasan untuk mengelak. Mia tak rasa ke kehidupan yang Mia lalui
sekarang berpunca dari salah Mia sendiri? Apa salah Mia mencuba? Walaupun Syah
tidak mengenali siapa Mia apabila Syah membuka mata, Syah mencuba berani
melakukan alam perkahwinan bersama Mia. Walaupun Syah telah kehilangan ingatan
selam 3 tahun tapi Syah percayakan Mia untuk mencari kembali semua itu.
Walaupun tiada jaminan yang jelas, Syah meletakkan kepercayaan Syah pada Mia.
Mia tak boleh ke lakukan perkara yang sama?” Mia terdiam mendengar ulasan Syah.
Sedikit sebanyak kata-kata Syah itu tersemat dalam mindanya.
Mia memandang
wajah Syah disisinya. Akhirnya satu senyuman bersama anggukan dihadiahkan
kepada Syah. Syah tersenyum keriangan apabila Mia menerima cadangannya. Umi..Abah,
hari ini Mia akan mencuba sekali lagi. Kalau semuanya tidak berjalan lancar,
Mia akan kembali pada diri Mia yang dulu. Mia tertarik dengan kata-kata Syah
dan berpegang kepada ayat itu untuk berubah menjadi seseorang yang benar dengan
perasaannya.
“Mia mahu
cuba”