[8]
Noisy
Sound From Heart
Mia memegang
lama telefon bimbitnya yang kemas berada dalam genggamannya. Dia melihat
sekeliling. Entah mengpa tiba-tiba dia berasa begitu asing berada di situ
sedangkan itulah tempat yang paling kerap dilawati sejak aakhir-akhir ini.
Semuanya gara-gara satu insiden yang telah mengheret dia ke dalam keadaan itu.
Matanya dilirik kepada seorang lelaki
yang sedari tadi cuba mendail nombor-nombor yang tentera dalam telefon
bimbitnya. Hampir setengah jam dia melakukan perkara yang sama. Apabila keluhan
keluar dari mulutnya,nombor lain pula dihubunginya.
“1 minggu
lagi?”
Mia
memandang tajam ke arah lelaki itu apabila pernyataan itu meniti pada bibinya.
Satu minggu lagi?
“Okey,saya
faham. Terima kasih”
“Mia.....”
“Syah memang
suka bagi masalah kan?”pedas ayat yang dituturkan oleh Mia sambil memandaqng
Syah yang telah ketakutan. Suara lelaki itu hampir hilang apabila melihat
renungan mata milik Mia, cukup menakutkan.
“Syah tak
ada ramai sangat kenalan kat Malaysia nie. Cuma dua orang yang Syah kenal. Tapi
masing-masing tak boleh. Ni pun Syah ambil nombor dari kawan
Syah.Syah....”belum habis Syah menerangkan keadaan sebenar,Mia terlebih dahulu
memotong, “Mia cakap kat Syah jangan gerak kan?”
Syah
terdiam. Lama-lama dia tersengih “Sorry,Mia tinggallah kat sini dulu selama
seminggu. Tak pun Mia boleh telefon orang lain. Maybe kenalan Mia ke? Atau ada
tak kawan-kawan Mia yang ada kenalan lain?” Mia terdiam apabila Syah memberi
cadangan tersebut. Telefon bimbitnya dipandang lama. Telefon bimbit yang
mempunyai 9 orang kenalan nie? Abangnya,rumah anak yatim yang pernah dia diami
, bossnya ,ibu Syah, kenalan bossnya, pengurus flatnya, nombor telefon pengawal
flatnya, Arisyah dan Syah? Tak mungkin rasanya mereka akan meminta tolong dari
situ? Dia tidak mempunyai kenalan. Macam mana dia mahu meminta tolong? Takkan
dia tidak mahu memberitahu Syah tentang itu? Lelaki yang mempunyai kenalan
hampir mencecah 1000 orang tu?
“Tak
apalah,memandang Syah dah telefon, Mia ikut jelah”
“Ha? Sungguh
nie Mia?”soal Syah sambil memandang Mia tidak percaya. Gadis itu hanya
mengangguk mengiakan jawapannya sebentar tadi. Tidak sangka gadis itu bersetuju
mentah-mentah,sedangkan seminggu bukannya jangka masa yang sekejap. Tetapi
lama!
“Boleh Mia
pinjam dulu baju Syah?”
“Ha?
Kejap-kejap, biar Syah pergi ambil”soal Syah
lalu beredar ke dalam biliknya. Tidak lama selepas itu, Syah muncul
dengan baju T-Shirt lengan pendek berwarna putih dengan gambar Doraemon di
tengahnya. Mia bangun dari pembaringannya lalu mengambil baju yang berada pada
genggaman Syah.
“Ingat Mia
nie budak kecik ke apa”Mia membebel sambil kakinya dihayunkan menuju ke bilik
air. Syah mengangkat tanganya,mahu sahaja dia ingin mencubit mulut Mia yang
lancar sahaja membebel itu,sedanngkan bukan main dia mencari baju itu pada
Mia,balik-balik gadis itu membebel pula. Namun itu semua hanya mampu dilakukan
di belakang Mia,apabila gadis itu berpaling ke arahnya,laju sekali tangan yang
diangkat tadi,digantikan dengan lambaian tangan dengan wajah yang mesra sekali.
“Mandi
elok-elok Mia”
Mia hanya
memandnag lama wajah Syah sebelum pintu bilik air itu ditutup. Barulah wajah
sebenar Syah muncul semula,mulutnya tidak habis-habis membebel mengingati sikap
Mia yang dirasakan agak dingin kepadanya. Remote televisyen dibuka,lalu
rancangan Naruto muncul pada skrin televisyen.
“Syah, ada
nampak telefon Mia tak?” Mia muncul dengan kain tuala pada kepalanya. Tangannya
masih rancak mengesat kepalanya dengan kain tuala yang dijumpainya dalam bilik
air Syah.
“Em...Syah
letak atas meja nie”jawab Syah,namun matanya masih lekap pada skrin
televisyen,sedikit pun tidak melihat ke arah Mia. Kusyuk sekali dia menonton
cerita Naruto yang disiarkan. Mia mengambil tempat di sisi Syah sambil
tangannya masih rancak mengesat rambutnya yang masih basah. Syah bagaikan dapat
menghidu sesuatu yang agak berbau apabila Mia berada pada sisinya. Akhirnya,
dia berpaling ke arah Mia disisinya, matanya jatuh pada rambut Mia kemudian
kepada kain tuala yang sedang digunakan oleh Mia. Itukan...
“Mia ambil
kat mana nie?”
“Bilik air”
Sesudah
sahaja perkataan itu dituturkan selamba oleh Mia, laju sahaja tuala yang
khusyuk digunakan oleh Mia itu dirampas oleh Syah. Bulat mata Syah lalu
menghidu kain tuala miliknya. Hidungnya dapat mengesan bau yang kurang
menyenangkan,laju sahaja wajah Mia yang kehiranan melihatnya ditatap.
“Bila kali
terakhir Mia syampu rambut Mia?”
“Minggu
lepas,Mia kena berjimat-cermat.....”
“Berjimat-cermat
apanya,rambut Mia berbau macam tong sampah. Mia pernah tak sikat rambut
Mia?”soal Syah lagi bagaikan tidak percaya dengan alasan yang diberikan Mia.
Minggu lepas? Berjimat-cermat?
“Mia beli
sikat bulan lepas, tapi esok harinya,sikat tu hilang. Mia dah cari...”
“Jadi selama
sebulan nie Mia tidak pernah sikat rambut?”potong Syah sebelum sempat Mia
menghabiskan ceritanya. Bagaikan tahu apa yang bermain di kepala Syah,
lambat-lambat Mia mengangguk sambil tertunduk. Sebelum ini dia tidak pernah
kisah dengan masalah itu, memandnag dia tidak keluar untuk berjumpa sesiapa
pun. Tapi kali ini, Syah tanpa segan silunya, meberi komen tentang dirinya.
“Em...Mia
tak payah guna sikat pun tak apa. Kadang-kadang Mia guna tangan je nak
sikat....”
“Mia tahu
tak Mia tu perempuan? Kalau Mia tidak menghiraukan kecantikan, Syah faham. Tapi
takkanlah kebersihan diri pun tak pandai nak jaga. Mia tengok bilik Mia tu, dah
macam tempat pembuangan sampah. Buku sana-sini. Ni kain tuala nie, dah
macam-macam bau yanga ada”Syah menghulurkan kain tualanya untuk dihidu oleh
Mia. Pantas sahaja Mia menepisnya, dengan muka yang mencuka ,Mia bangun lalu
beredar ke arah bilik air. Terpengal-pinggal Syah dibuatnya.
Mia
mengambil Syampu Gardier for Men lalu memicitnya sehingga mengeluarkan cecair
hitam dengan kuantiti yang agak banyak. Syah yang mengekori Mia agak
terkejut,lantas sahaja lengan Mia disambar sebelum gadis itu meletakkan cecair
itu pada kulit kepalanya.
“Apa Mia
buat nie?”
“Syampu
rambut. Syah sendiri yang cakap yang.....”belum sempat Mia menghabiskan kata-katanya,
Syah terlebih dahulu memotong ayatnya.
“Mia sedar
tak ni syampu apa?”soal Syah seakan tidak percaya dengan sikap selamba Mia yang
mengambil mudah dalam hal ini. Dia yang lelaki pun tahu bezakan antara syampu
untuk lelaki dengan syampu untuk perempuan. Gadis itu selamba je mengadukkan
semuanya?
“Syampu
jelah”jawab Mia selamba bagaikan tidak mengerti maksud dari soalan Syah. Syah
memandang Mia tidak percaya kemudian dia melepaskan ketawa bagaikan ingin
menyindir pemikiran Mia yang dirasakan kolat itu.
“Maybe Mia
tak reti nak baca. Nie tengok sini, For Men. Mia tak boleh mengadukkan syampu
antara lelaki dengan perempuan. Mia kena bezakan. Rambut untuk perem.....”
“Mia pernah
guna syampu nie dulu. Tak pernah jadi apa-apa pun pada rambut Mia”jawab Mia
selamba yang merasakan sikap prihatin Syah terhadap ‘isu-isu kecil’ begini pun
dihebohkan.
“Mia...Mia..pakai?
habis syampu perempuan punya, Mia tak pernah pakai?”soal Syah bagaikan tidak
percaya dengan pernyataan yang dibuat oleh Mia. Nie perempuan ke apa?
“Mia pernah
juga pakai Clean and Clear, Sunsilk,Paintin...bergantung dengan diskaun yang
ditawarkan. Selalunya, Mia tukar-tukar jelah...”
“Mia tahu
tak rambut kita nie sensitif. Kita kena ibaratkan rambut nie macam kulit kita.
Bukan semua benda boleh kita campur macam ni..Ni...”Syah mula memegang rambut
Mia yang basah. Walaupun agak geli untuk memegangnya, Syah memegangnya juga
untuk menunjukkan Mia situasi sebenar mengenai rambutnya.
“Memang tak
peliklah,kenapa rambut Mia macam nie!”Mia memegang rambutnya apabila Syah
melepaskan rambutnya. Laju lelaki itu mengesat tangannya pada bajunya sesudah
memegang rambut Mia. Rambut yang hampir seminggu tidak disyampu. Mia menyisir
rambutnya perlahan-lahan lalu mengerling ke arah lain. Mulutnya berkumat-kamit
menyumpah Syah yang tidak habis-habis membebelnya. Overlah mamat nie.
Syah
mengeleng kepalanya apabila melihat Mia yang mula memabsuh tanganya yang
bersisa cecair dari Syampu. Matanya tiba-tiba terhenti kepada berus giginya
yang dilihat agak berbeza. Tadi berus giginya, diletak di sebelah kanan mulut
gelas,sekarang macam mana boleh beralih ke sebelah kiri? Tanganya laju
mengambil berus gigi lalu memegang berus giginya dari hujung hingga ke atas.
Matanya ligat mengesan perubahan kecil pada berus giginya. Jejemarinya terhenti
pada berus gigi tersebut yang dirasakan basah. Basah? Mengeletar tangannya
memegang berus giginya sambil matanya dilirik kepada Mia yang dilihat hanya
selamba melihatnya sambil menagngakt kening.
“Mia...Mia
guna ke?”soal Syah sambil mengangkat berus giginya itu. Ada getaran pada
suaranya itu. Nak tutur soalan itu pun rasa susah baginya, inikan pula
mendengar jawapan dari Mia. Takkanlahkan? Syampu rambut maybelah. Takkan berus
gigi aku pun dia nak kongsi jugak kan? Tukan pengetahuan umum.
“Ha’ah..Mia
rasa tak selesa, jadi Mia....”
“Ini berus
gigi Syah!!”potong Syah laju sambil merenung tajam ke arah Mia yang selamba
sahaja menggunakannya. Ya Allah, perempuan nie memang tak kisah apa-apa kan?
Semua dilihat berguna pada matanya. Macam manalah pada zaman yang cukup moden
ini,gadis sebegini masih wujud. Agak-agaklah, berus giginya yang diguna saban
hari akhirnya diguna oleh Mia tanpa berfikir panjang? Berus gigi mana boleh
dikongsi!!!
Mia
memandang Syah yang tidak berkelip melihatnya. Bagaikan tidak percaya dengan
tingkah lakunya. Akhirnya Mia menunduk sambil mengaru kepalanya yang tidak
gatal. Adui...mampus!
“Macam
manalah Mia boleh terfikir nak guna berus gigi Syah? Mia agak-agaklah, benda
yang Syah juga setiap hari untuk berus gigi Syah. Berus gigi! Bukan benda lain
tapi gigi!! Mia boleh terfikir nak guna benda tu? Mia tahu tak berus gigi ni
tak ada pun orang akan berkongsi. Mereka lagi sanggup berus gigi pakai tangan
daripada berkongsi berus gigi yang sama? Mia tahu tak?”bebel Syah tidak
henti-henti sejak peristiwa tadi sambil memegang berus giginya ke hulur ke
hilir dengan niat untuk memberi pengajaran kepada Mia.
Mia yang
tegun duduk di atas sofa memegang kepalanya. Hampir setengah jam sejak
peristiwa tadi, Syah terus membebel perkara yang sama kepadanya. Ya Allah
lambat lagi ke nak habis ni?
“Mia tahu
tak kuman tak semestinya 100% hilang apabila kita membasih berus gigi nie
dengan air. Boleh jadi juga, kuman tersebut terselit di sebalik berus gigi nie.
Dan Mia secara tidak langsung telah memindahkan berus gigi ini ke badan
Mia. Apa yang akan terjadi? Bukan sahaja
berus gigi itu akan menjangkiti bahagian dalam rongga mulut Mia tetapi juga
seluruh badan Mia. Diibaratkan memasukkan berus gigi nie ke rongga mulut Mia
bagaikan memasukkan tong sampah ke dalam mulut Mia. Bayangkan tong
sampah...masukk.....”Syah terus menerus mengeluarkan hujahnya dengan yakin
sekali. Siap dengan gaya sekali dilakukan oleh lelaki nitu. Cukup terperinci
maklumat yang disampaikan. Kalah cikgu dan pensyarah jawabnya. Penjual barangan
kosmetik pun boleh kalah apabila berhujah dengannya.
Mia membulat
matanya. Ibarat memasukkan tong sampah ke dalam mulut? Amboi-amboi,
agak-agaklah nak bagi perumpaan pun. Takkan lah sampai tong sampah pun kau nak
kaut sekali? Rengus hati kecil Mia. Sumpah,dia benar-benar bosan. Tambah-tambah
pula lelaki itu memang secara semulajadinya banyak mulut. Memang aummm terus
lah dia dibebel. Hampir pecah telinganya mendengar bebelan Syah. Rasa macam
telinga dah imum dengan suara lelaki itu.
“Mia faham.
Mia faham. Lain kali Mia tak buat dah”potong Mia dengan hajat lelaki itu akan
menghabiskan bebelannya. Sumpah dia dah faham 100%. Dia tak akan guna lagi
berus gigi lelaki itu. Memang dia tak akan guna dah!
“Nie..Mia
baca nie”kali ini Syah menunjukkan telefon bimbitnya pula. Paparan mengenai
berus gigi terpamer pada skrin telefon lelaki itu. Kesan berus gigi yang
dikongsi? Mia membaca baris tajuk yang dihighlight oleh Syah itu. Mamat nie
siap cari maklumat dalam Internet?
“Mia
betul-betul dah faham! Syah dahlah membebel kat Mia. Bukan Syah yang tanggung
sakit! Mia! Mia yang guna berus gigi tu. Yang dijangkiti kuman badan Mia, bukan
Syah! Syah tak payah nak over sangat lah. Kalau Syah risau sangat dengan duit
Syah yang beli berus gigi tu,esok Mia cari berus gigi lain. Berus gigi yang
paling mahal sekali. Puas hati?!” Mia akhirnya terus meledakkan marahnya
apabila Syah terus-terusan mengesa dirinya untuk melihat artikel yang
dipaparkan. Terkejut beruk Syah apabila ditengkin begitu. Mia merengus perlahan
lalu berbaring bertentangkan dengan Syah sambil memeluk bantal yang terdapat
pada sofa merah milik Syah. Berpura-pura mahu tidur.
“Mia..Syah
nak nasihat kan Mia sebab Mia”bergetar suara Syah ingin menjelaskan keadaan
sebenar tetapi Mia lebih laju memotongnya “Mia nak tidur”pendek sahaja
pernyataan daripada Mia,tetapi cukup untuk membuat Syah mengangguk ketakutan
lalu beredar daripada situ.
Mia membuka
matanya perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekeliling. Dia menarik nafas
lega apabila kelibat Syah sudah tidak kelihatan.
“Mamat tu
memang bercita-cita nak jadi datuk ke apa”rungut Mia perlahan.
“Eishh,makcik
pengotor tu,aku pulak kena marah. Dahlah pengotor,orang nak bagi nasihat tak
nak dengar”Syah membuang berus giginya ke dalam tong sampah berhampiran dengan
mejanya. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah Mia. Bagaikan menyambung kembali
hujahnya sebentar tadi.
“Nanti dulu,
kenapa aku pulak kena marah? Memang sah-sah nie salah dia guna berus gigi aku,duduk
rumah aku. Dia boleh marah kat aku? Aku?”Syah menyoal dirinya bagaikan tidak
percaya dengan tindakan Mia sambil tangannya menepuk-nepuk dadanya menahan
marah.
“Aku yang
risaukan keselamatan dan kesihatan dia, boleh dia marah aku balik? Ingat senang
ke aku nak cari maklumat tu semua?”Syah menyambung bebelannya sambil memegang
telefon bimbitnya pada gengamannya.
“Huh..minah
tu memang bukan perempuan. Memang aku tak payah risau sangat dengan perjanjian
kami tu. Memang sah-sah tak ada benda nya aku nak langgar”Syah sudah memulakan
sesi bercakap seorang diri dalam biliknya apabila hujahnya tidak mahu didengari
oleh Mia. Selagi hujahnya tidak disampaikan,selagi tu dia tidak berpuas hati.
Biarpun tiada yang dengar,asalkan benda itu terlepas dalam mulutnya.
“Jangan
jatuh cinta? Hahaha...jangan buat aku ketawalah. Makcik bukan perempuan pun.
Belum tentu perempuan, aku nak jatu cinta macam mana”Syah terus terusan
menyambung hujahnya seakan masih tidak berpuas hati dengan perangai Mia.
Manakala pada ruang tamu, mulut Mia berkumat-kamit menyumpah Syah sambil
memeluk batal tersebut. Masih segar matanya apabila mulutnya masih lancar
menyumpah Syah tanpa berhenti. Semua peristiwa lampau diungkit balik,untuk
memuaskan mulut masing-masing menyumpah.
******************************************************************************************************************
Syah mengelap wajahnya yang segar selepas
selesai mandi sebentar tadi. Selepas selesai menyelesaikan solat subuh,dia
perasaan gadis itu juga sedang khusyuk mengerjakan solat subuh dengan memakai
pakaian berlengan panjang miliknya,skrit labuhnya dan stokin untuk mengerjakan
solat subuh. Baru sedar,gadis itu tidak mempunyai kain sembahyang. Syah
meletakkan kain tuala kecilnya pada penyidai berhampiran sinki tersebut. Baru
sahaja tangannya ingin mencapai berus gigi pada gelas kebiasaannya,baru
tersedar berus gigi tersebut tiada. Baru terlintas, dia telah membuang berus
gigi itu semalam. Aduii..Makcik tu lagi!
Syah
mengering rambutnya dengan pengering rambut tanpa mengosok giginya. Sungguh dia
rasa tidak selesa jika tidak berus giginya. Akhirnya dia membuat keputusan
untuk membeli sendiri berus gigi tersebut. Nak tunggu Mia? Berjanggut lah
jawapnya.
Syah memakai
kasut sambil matanya dilirik kepada Mia yang masih dibuai mimpi walaupun jam
telah menunjukkan pukul 8 pagi. Memang dah makcik tua aku tengok. Syah membuka
pintu perlahan-lahan agar tidak didengar oleh Mia lalu keluar untuk membeli
berus giginya.
******************************************************************************************************************************************
Deretan
berus gigi itu dipegang oleh Syah perlahan-lahan. Satu jenis berus gigi
diambil,selepas membaca maklumat yang tentera pada berus gigi tersebut,akhirnya
Syah meletak kebali. Tidak berpuas hati dengan kelebihan yang ditawarkan. Berus
gigi jenama lain pula dicapai. Pekerja yang berada di situ melihat Syah tidak
berkelip. Mana tidaknya, wajah Syah memang kacak dan comel. Tambahan pula
hampir 30 minit lelaki itu berada di situ,memang dijadikan bahan tatapan lah.
“Erm..yang
ni paling bagus”Syah akhirnya berpuas hati dan akhirnya meletakkan berus gigi
tersebut ke dala troley sebagai barang yang pertama dibeli selepas hampir
setengah jam memilih berus gigi. Syah menolak troley perlahan-lahan untuk
menuju ke arah kain tuala pula. Baru sahaja beberapa langkah, Syah mengundur
semula sambil menarik troleynya. Deretan berus gigi itu dilihat kembali.
Berus gigi
yang berwarna pink diambil lalu dibelek perlahan-lahan. Jenis yang sama
dengannya,Cuma warna sahaja yang berbeza. Tiba-tiba sahaja wajah Mia terbayang
di wajahnya.
“Em..aku
ambil nie sebab nak elak makcik tu guna berus gigi aku. Bukannya nak tolong dia
ke apa. Untuk kepentingan diri aku juga” Syah mula berkira-kira ingin membeli
berus gigi tersebut. Akhirnya berus gigi tersebut juga dicampak ke dalam troley.
Terbayang wajah Mia yang mengucapkan terima kasih kepadanya. Tidak
semena-mena,ada senyuman nakal terukir pada wajahnya.
Syah
mengambil dua tuala berwarna berbeza, satu berwarna merah jambu dan satu lagi
berwarna merah muda melambangkan jantina lelaki dan perempuan.
“Betul tu,
baik aku yang beli kat dia. Kalau minah tu yang beli semua nak dibahamnya. Tak
pandai nak pilih betul. Memandangkan aku yang ada pengetahuan yang mendalam
dari dia nie, biar aku jelah yang beli” Syah meletakkan tuala tersebut ke dalam
troley sambil tersengih-sengih menuju ke pembersih muka pula. Walaupun pemberih
mukanya telah lama habis, dia sudah berkira-kira ingin membeli pembersih muka
dan syampu untuk Mia memandangkan itu keperluan asas yang seseorang wanita
perlu ada. Gadis itu perlu bermula untuk menjaga dirinya sendiri. Tanpa sedar
ada senyuman yang terukir,menandakan tanpa edar dia seronok melakukan kerja
itu. Kerja yang dilakukan untuk Mia.
Syah
mengeluarkan wang dari dompetnya suntuk dibayar. Penjaga kaunter wanita itu
sedari tadi memandangnya tidak berkelip. Bagaikan mengenali wajah dihadapannya
itu.
“Berapa?”soal
Syah mematikan lamunan gadis itu yang ralit memandangnya. Setelah disoal
barulah gadis itu tergesa-gesa mengimbas harga yang diambil oleh Syah. Syah
memandang gadis itu dengan pelik. “Kenapa?”
“Erm..wajah
encik macam pernah dilihat. Mungkin saya silap orang. Maaf”jawab gadis itu
tergagap-gagap. Syah memandang wajah penjaga kaunter itu lama. Bagaikan ada
sesuatu yang difikirkan.
“Kat sini,
ada jual kain solat untuk wanita tak?”
*********************************************************************************************************************
Mia
memandang biliknya dari balkoni Syah. Udara segar menampar pipinya menyebabkan
matanya lebih segar daripada biasa. Lama beranda biliknya dilihat. Seminggu
sahaja lagi. Seminggu je. Bukannya lama. Syah sudah lama beredar sejurus dia
bangun dari tidurnya. Akibat kebosanan,dia menghabiskan masa untuk melihat
beranda bilinya.
Telefon
bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Abangnya? Sejak akhir-akhir
ini,abangnya kerap menghubungi. Hari ini sahaja berapa banyak missed call yang
diterima. Panggilan pertama dibiarkan sepi. Apabila masuk panggilan
kedua,lambat-lambat Mia menghayunkan kakinya untuk menjawab panggilan tersebut.
Punat berwarna hijau ditekan.
“Apasal aku
telefon kau tak angkat? Aku pergi rumah kau semalam kau tak bukak ? kau memang
nak kena dengan aku ke apa?” tanpa salam,tanpa bertanya khabar, tiba-tiba Mia
ditengking begitu. Berdesing telinga Mia mendengar suara amarah abangnya. Sedab
itu dia malas untuk menjawab panggilan abangnya,hanya maki hamun yang
diperolehinya. Tiada benda lain.
“Abang nak
apa?”soal Mia cepat-cepat. Sebolehnya dia mahu terus menamatkan perbualan
tersebut daripada terus berpanjangan. Dia sudh malas mendengar suara tersebut.
Suara yang terus berterusan menegkinnya.
“Aku nak
jumpa dengan kau sekarang juga! Aku tak kira kau sibuk ke,apa ke, aku nak kau
turun juga”Mia menjauhkan telefon bimbit dari telinganya apabila dirasakan
suara abangnya semakin kuat mengetuk gendang telinganya. “Abang nak jumpa kat
mana?” Mia akhirnya memberi kata putus untuk mengelak masalh ini berleluasa.
Lagi terk jika abangnya melibatkan keluarga Syah dalam hal ini,memandnagkan dia
dan Syah hanyalah hubungan yang bersifat sementara.
***********************************************************************************************************
Syah membuka
pintu sambil membimbit beg plastik yang berisi barang yang dibeli itu dengan
wajah yang ceria sekali. Nama Mia terus-terusan dipanggil untuk menunjukkan
barang yang dibelinya kepada Mia. Namun tiada satu punsahutan yang didengari
setiap penjuru rumah itu dilihat,namun kelibat Mia masih tidak kelihatan.
Akhirnya Syah mengatur langkah ke dapur untuk menyusun barang-barang yang
dibelinya ke dalam peti sejuk ada sejebis nota ditulis pada nota tersebut.
‘Mia keluar sebentar sebab ada urusan. Mia
sekarang tak ada kredit. Kalau ada apa-apa telefon Mia’
“Kalau ada
apa-apa telefon Mia?”Syah membaca ayat terakhir yang ditulis oleh Mia. Satu
ketawa yang dibuat-buat tercetus dari mulutnya. “Dia ingat aku akan risaukan
dia ke? Macam tak de kerja aku nie”Syah mengumpal kertas tersebut lalu
membuangnya ke lantai. Entah kenapa tiba-tiba dia beras marah apabila
mengetahui Mia tiada di rumah sedangkan dia ingin menunjukkan barang yang
dibelinya kepada gadis tersebut. Balik-balik gadis itu hanya meninggalkan nota.
Siap suruh telefon dia lagi kalau ada apa-apa? Melampau betullah!
Syah
menghempas badannya badan sofa sambil matanya terpejam rapat. Bunyi jam
menganggu fikirannya. Lambat-lambat mata dibuka lalu dilirik kepada beg plastik
yang belum dibukanya. Beg plastik yang berisi barang mandian Mia dan diirnya.
Lama dia merenung beg plastik tersebut.
“Aduii..kenapalah
tiada cerita best hari nie”Syah mengambil beg plastik tersebut lalu menyusun
barang mandian satu persatu dalam bilik air. Berus giginya dan Mia diletakkan
bersama dalam gelasnya. Tuala berwarna merah jambu dan biru diletakkan pada
penyidai kain tuala. Pembersih muka dan syampu disusun kemas pada sinki
biliknya. Sekejap dia mengalih kedudukan tersebut,sekejap dia kembalikan pada
kedudukan asal. Bagaikan mengambil serius dengan kedudukan tersebut.
Syah
terus-terusan menyusun peralatan mandian tersebut tanpa sedar ada senyuman yang
terukir di wjahnya. Senyuman yang cukup ceria sekali.
*******************************************************************************************************************************
“Abang nak
apa?”
Adam
memandang geram wajah Mia yang masih bersikap tenang di hadapannya. Wajah
tenang Mia menyakitkan hatinya. Sedangkan dia kusut melayan berita yang
tersebar pada dirinya, Mia masih boleh bersikap tenang begitu? Kurang ajar!
“Seronoklah
sekarang. Kahwin dengan orang kaya. Kahwin free pulak tu”sindir Adam sinis
sambil bergerak bertentangan ke arah Mia. Adam melihat sungai yang terbentang
luas di hadapannya. Tanpa tidak sedikit pun tenang melihat semua ini mengingati
peristiwa sebelum ini. Selama seminggu dia datang ke pejabat,dia terpaksa
menadah telinga menahan berita yang mengatakan adiknya telah berkahwin atas
tuduhan zina. Sejak kes itu jugalah, tertedah terus identitinya sebagai anak
angkat keluarganya. Kini dia dituduh pula menumpang kasih dan harta keluarga
angkatnya. Mana dia nak letak mukanya?
“Yang abang
nak marah Mia sangat kenapa?”soal Mia tidak berpuas hati. Dia yang tertuduh
zina,bukannya abangnya. Bukannya lelaki itu yang terpaksa menahan kesusahan dia
sekarang. Bukan lelaki itu yang terpaksa menandatanagi kontrak perjanjian.
Bukan lelaki itu yang perlu berhadapan dengan keluarga Syah. Dia yang buat
semuanya. Apa hak lelaki itu nak marah padnya?
“Sebab kau
berzinalah aku yang dapat malu. Sebab kau berzinalah,sekarang semua orang cakap
aku ni tak layak pegang jawatan yang aku ada sekarang. Sebab kau, aku terpaksa
menjawap soalan dari isteri aku...”suara Adam mula teresak-esak meluahkan
perasaannya. Terdiam Mia seketika apabila adair jernih betakung dalam mata
abangnya. Air yang telah bertahun-tahun lamanya tidak dilihat.
“Sebab kau
berzina,jawatan aku sekarang dipersoalkan. Biarpun aku telah bersusah payah
membangunkan syarikat itu,usaha aku dipersoalkan seolah-olah apa yang aku dapat
tu hadiah. Aku berusaha keras ketika itu. Hanya itu sahaja pilihan aku ada.
Berusaha. Aku tak tidur,tak makan untuk capai semua tu. Kini aku dipersoalkan.
Kau rasa macam mana?”sergah Adam dengan penuh emosi. Air mata yang ditahan
sedari tadi menitis jua. Adam menutup wajahnya daripada dilihat oleh Mia.
Sungguh dia tidak sangka keadaa tersebut akan terjadi. Sayu hatinya melihat
rintihan abangnya.
“Abang....”
“Kau tau tak
sekarang isteri aku pun tak percayakan aku? Dia mempersoalkan asal-usul aku.
Dia siap hantar orang kat rumah anak yatim tu nak siasat pasal aku. Takut aku
ni anak luar nikah..hahhaha”ada gelakan pada hujung ayatnya. Ketawa yang
dibuat-buat. Mia mula diserang rasa bersalah. Perlahan-lahan bahu abangnya dipegang,namun
abangnya laju menepisnya.
“Apsal kau
muncul dalam hidup aku? Apasal kau yang jadi adik aku?”
“Abang,Mia
minta maaf. Mia tak minta jadi semua nie...benda tu jadi dengan sendiri”belum
sempat Mia menghabiskan ayatnya,Adam terlebih dahulu memotong “Jadi semua nie
salah abang?”
“Bukan tu
maksud Mia”Mia mula berlembut apabila abangnya agak beremosi. Mia mula
mendekati abangnya tetapi lelaki itu masih menjauhkan diri.
“Siapa yang
nak bertanggungjawab sekarang dengan hidup Aku? Aku dah cakap kau jangan kacau
hidup aku,kau kacau jugak. Sebab kau, abah tak ada,sekrang kau nak rampas hidup
aku pulak. Sebab tu lah ramai yang cakap kat umi supaya gugurkan kau. Kau tu
tak sepatutnya ada dalam dunia nie”sergah Adam marah. Mia tahu Adam
beremosi,namun tipulah kalau memberitahu dia tidak sedikit pun tersentuh dengan
tuduhan itu. Gugurkan kandungan? Aku tak payah wujud?
“Baik abang
tarik balik apa yang abang cakap. Bukan salah Mia abah tak ada!”jawab Mia pula
tenang. Misinya pda awalnya mahu menenagkan hati abangnya berbalik untuk
menenagkan hatinya pula. Dia tahu bunyinya agak pentingkan diri sendiri,tetapi
dia juga ada hati. Dia juga sayang akan ayahnya.
“Habis salah
siapa? Sebab Mia yang merengek nak
sangat pergi pantai,abah accident! Sebab sikap pentingkan diri Mia nak menunjuk
pada raka-rakan Mia, umi dan abah tak ada!
Mia yang bunuh mereka! Mia yang jadikan abang ank yatim piatu dulu.
Sekarang Mia nak jadikan abang bankrup? Duda?”Mia terdiam apabila abangnya
mengungkit kembali peristiwa dahulu. Peristiwa yang cuba dia lupakan.
Terbongkar segalanya. Akhirnya terbongkar siapa pembunuh ayah dan ibunya. Dia
sendiri.
“Mia tak
bermaksud nak buat macam tu. Mia sayangkan mereka....”Air mata Mia telah
menitis laju. Sumpah dia menyesal. Menyesal dengan tindakannya dahulu. Menyesal
kerana merengek kerana mahukan pantai. “Habis kenapa Mia bunuh mereka?”pantas
sahaja Adam menyampuk.
“Selama nie,aku sahaja dilihat sebagai watak yang
jahat. Sebab aku yang bersuara kasar. Tapi mereka tak pernah tahu perkara sebenar.
Oarang yang diam macam kau yang paling jahat sebenarnya!!” Mia sudah tidak
peduli. Air matanya menitis lebih laju dari biasa. Bunyi hon kereta yang
panjang. Bunyi tangisan uminya. Bunyi jeritan ayahnya. Dan akhirnya semuanya
kabur apabila dia dapat rasakan pelukan ayahnya disisinya.
“Mia
sayangkan mereka ...Mia sayangkan abang jugak”Mia mula memeluk lengan abangnya.
Bagaikan dipeluk oleh anjing,Adam serta-merta menolak tubuh tersebut sehingga
tercampak ke atas lantai. Teresak-esak wajah Mia menahan tangisan.
“Aku tak ada
adik macam kau. Kau tak habis-habis buat sial kat aku. Apasal kau muncul dalam
hidup nie?”
“kehadiran
Mia dalam hidup abang satu kesalahan ke? Bukan Mia yang minta
dilahirkan....”belum habis Mia menyudahkan kata-katanya, Syah memotong
kata-katanya.”Bila Mia tahu kehadiran Mia nie satu kesalahan,apasal Mia tak
kembali je?”
“Apa maksud
abang?”
“Pergi mati!
Sepatutnya Mia yang mati ketika tu,bukan
umi dan abah!!” Mia terdiam. Lama dia terdiam memikirkan sesuatu. Ya Allah sampai begitu sekali dia bencikan
aku. Sampai mahukan aku mati?
Deringan
telefon bimbit menyebabkan tumpuan Adam kembali Mia terganggu. Terus sahaja
telefon bimbit yang dikeluarkan oleh Mia dirampas oleh Adam. Nama Syah tentera
pada skrin telefon tersebut. Satu senyuman sinis terukir. Laju sahaja tangan
Adam mencampak telefon bimbit Mia ke dalam sungai yang terbentang luas di
hadapan mereka.
“Apa yang
abang buat nie? Kenapa campak telefon.....”
“Kau rasa
sedih dengan kehilangan telefon yang berharga 20ringgit tu? Habis kau rasa aku
macam mana? Aku hilang benda yang tinggi nilainya dalam hidup aku,umi dan abah.
Jawatan aku dipersoalkan. Balik rumah,aku bergaduh dengan isteri aku”sergah
Adam kembali. Dia meletakkan tangannya pada dadanya,ditumbuk dadanya beberapa
kali bersama air mata yang berlinang.
“Mia pun
anak mereka...”Adam sudah hilang sabar. Sekali lagi ayat Mia dipotong” macam
mana kau boleh jadi anak mereka sedangkan kau bukan adik aku?” Mia sebak
sekali,seluruh tubuhnya terasa lemah. Matanya kabur dengan air mata, rambutnya
kusut setelah ditolak oleh Adam. Laju dia merangkak lalu memeluk erat kaki
Adam.
“Mia minta
maaf. Mia minta maaf. Apa yang perlu Mia buat untuk membetulkan semuanya?”soal
Mia sambil matanya dilirik kepada Adam yang sudah dilirik ke arah lain. Ada
titisan jernih pada hujung mata Adam apabila adiknya memeluk erat kakinya.
Pelukan yang telah lama dilupakan.
“Lenyap”
Hanya
sepatah kata itu diucapkan oleh Adam sebelum berlalu meninggalkan Mia yang yang
terpinggal-pinggal seorang diri. Teresak-esak mengenagkan itulah kali terakhir
dia akan melihat abangnya.
“Anggaplah
abang dah mati bersama umi dan abah yang Mia bunuh. Kalau apa-apa terjadi pada
abang,jangan sesekali pun Mia datang. Sebab Mia berzina,kita berjumpa kembali. Perjumpaan
itu hanya satu kesilapan. Jangan ulangi lagi. Baik kita kembali pada hidup
masing-masing. Hidup sebelum kes berzina Mia tu” Adam meninggalkan Mia. Kereta
berwarna silver itu meninggalkan Mia yang teresak-esak menangis. Asap hitam
dari kereta tersebut menjadi peneman Mia yang teresak menangis. Itulah kali
pertama dia menangis sekuat itu sejak kematian ibu bapanya. Teriakan itu
kembali menghuni suasana setelah dia ‘kehilangan’ abangnya pula.
*****************************************************************************************************
Mia membuka
pintu rumah Syah. Baru sahaja seinci pintu itu dibuka, Syah terlebih laju
membukanya untuk Mia. Wajah Syah dilihat sangat pucat memandang Mia dari atas
hingga bawah. Nafsnya dapat didengar dengan jelas oleh Mia.
“Apasal Syah
telefon Mia tak angkat?”
“Mia silent”
Bagaikan
malas mahu bergaduh dengan Syah, Mia sudah bergerak ke arah sofa melintasi Syah
yang terpinggal-pinggal sendirian. Lantas sahaja lengan Mia disambar oleh Syah.
Mia yang pada awalnya telah beremosi,semakin beremosi jadinya. Lengannya cuba
ditarik,namun Syah lebih kuat memegangnya.
“Mia tahu
tak berapa kali Syah telefon Mia? Tolonglah jangan buat perangai macam
nie!”nasihat Syah lembut dengan wajah
risau. Mia semakin rimas. Rimas dengan semua masalah yang ada. Nie, Syah
kembali membebel kepadanya.
“Mia letih
sekarang. Kita bincang lain kalilah”belum selangkah Mia menapak menuju ke sofa.
Satu ayat daripada Syah telah mematikan langkahnya.
“Abang Mia
accident”
Bagaikan
mahu gugur jantung Mia mendengar berita itu. Tak mungkin. Baru sahaja 2 jam
yang lalu dia berjumpa dengan abangnya. Apa maksud lelaki itu abangnya
accident?
“Habis salah
siapa? Sebab Mia yang merengek nak
sangat pergi pantai,abah accident! Sebab sikap pentingkan diri Mia nak menunjuk
pada raka-rakan Mia, umi dan abah tak ada!
Mia yang bunuh mereka! Mia yang jadikan abang ank yatim piatu dulu.
Sekarang Mia nak jadikan abang bankrup? Duda?”
“Kau rasa
sedih dengan kehilangan telefon yang berharga 20ringgit tu? Habis kau rasa aku
macam mana? Aku hilang benda yang tinggi nilainya dalam hidup aku,umi dan abah.
Jawatan aku dipersoalkan. Balik rumah,aku bergaduh dengan isteri aku”
” macam mana
kau boleh jadi anak mereka sedangkan kau bukan adik aku?”
“Lenyap”
“Anggaplah
abang dah mati bersama umi dan abah yang Mia bunuh. Kalau apa-apa terjadi pada
abang,jangan sesekali pun Mia datang. Sebab Mia berzina,kita berjumpa kembali.
Perjumpaan itu hanya satu kesilapan. Jangan ulangi lagi. Baik kita kembali pada
hidup masing-masing. Hidup sebelum kes berzina Mia tu”
Ya
Allah,kenapa semua ini akan terjadi selepas berjumpanya dengan aku? Adakah
benar aku membawa sial? Adakah benar aku tak sepatutnya wujud dalam dunia nie?
“Jom kita
jumpa abang Mia kat hospital. Syah dah panggil teksi” Syah sudah menarik lengan
Mia untuk mengikutnya tetapi Mia terlebih dahulu menarik kembali tangannya.
Terkejut Syah dengan tindakan Mia.
“Mia tak ada
abang. Syah salah orang” Mia kembali bergerak ke arah televiseyn. Remote
kawalan dicapai. Bukan main terkejut Syah apabila melihat Mia masih mampu
menonton televisyen seperti biasa walaupun abangnya telah terlantar di
hospital. Memang tak ada perasaan betul! Hati batu!
“Mari!”
“Mia dah
cakap Mia tak ada abang! Mia sorang-sorang je dalam dunia nie” marah Mia
apabila Syah masih bertegas dengan pendiriannya. Wajah Mia ditatap lama,memang
tiada sedikit pun air mata yang mengalir. Matanya tidak sedikit pun berkaca.
Tetap tenang seperti biasa bahgaikan tiada perasaan. Mana sifat perikemanusian
kau Mia?
“Walaupun hubungan
Mia dan Adam tidak berapa baik, itu tidak bermakna dia bukan abang Mia!”
Lengan Mia
akhirnya diheret walaupun gadis itu masih berkeras tidak mahu mengikutnya.
Sepanjang perjalanan, Mia hanya memaperkan wajah tenang tanpa sedikit pun rasa
risau. Syah pula yang lebih-lebih berdoa akan kesejahteraan abang iparnya itu.
Sedangkan Mia adik kandungnya,tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
*****************************************************************************************************************
“Abang,
Aisyah minta maaf. Aisyah tak sepatutnya buat macam tu pada abang”suara
tangisan seorang wanita mmenyebabkan langkah Mia untuk memasuki kamar tersebut
tertunda. Hanya tangisan yang kuat didengari bersama-sama raungan yang kuat.
“Abang dah
lama maafkan Aisyah. Kalau abang berada di tempat Aisyah pun, abang akan buat
begitu” walaupun tangannya berbalut kemas oleh doktor, namun tangan isterinya masih
dicapai lalu diramas perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Tidak disangka
kemalangannya telah membuka mata isterinya untuk menerimanya kembali. Keluarga
angkatnya tidak putus-putus memberi kata0kata semangat agar terus
memperjuangkan jawatan yang dipegang kini.
“Abang tak
boleh maafkan Aisyah macam tu sahaja. Aisyah tak banyak buat salah dengan
abang. Malah Aisyah sendiri panggil abang....”Aisyah tidak mampu meneruskan
kata-katanya. Balutan pada dahi Adam yang masih bersisa dengan darah menghancurkan
segenap hatinya.Ya Allah, aku mahukan syurga. Namun aku telah menzalimi suami
sendiri Ya Allah. Aku telah berlaku kasar kepadanya.
“Dahlah
Aisyah. Kami faham. Kami juga minta maaf kerana merahsiakan latar belakang Adam
daripada kamu. Adam sendiri yang meminta kami berbuat demikian. Dia takut kamu
akan malu dengan latar belakangnya yang berasal dari keluarga yang miskin”luah
ibu angkat Adam, Marissa tennag sambil mengusap-ngusap kepala menantunya itu.
Mujurlah kecederaan yang dialami Adam tidak serius memandangkan kereta Adam
hanya terlanggar pokok d bahu jalan kerana ingin mengelak daripada lori.
Mujurlah lelaki itu hanya mengalami kecederaan ringan.
“Aisyah
cintakan Adam ibu, Aisyah tak pernah pandang semua tu Aisyah Cuma terkilan
kerana Adam merahsiakan perkara sebenar dari Aisyah. Kemudian ada pUla rumor
yang mengatakan Adam anak luar nikah. Aisyah minta maaf sebab tuduh macam tu.
Aisyah tak tahu keluarga Adam dah....”Adam meletakkan jari telunjukkan pada
bibir isterinya yang mungil itu. Dengan senyuman tawar,air mata isterinya
dikesat perlahan-lahan dengan hujung jarinya. Syukurlah semuanya telah selesai.
Kejadian kemalangannya telah membuka mata staf-staf pekerja dan isterinya untuk
menerima dirinya. Kini Cuma satu masalah sahaja belum selesai. Masalah yang dia
timbulkan sendiri.
“Aisyah
terima kasih sebab sanggup terima abang dalam Aisyah. Sebenarnya abang lagi
buat kesalahn besar. Lebih besar dari kesalahan Aisyah. Abang......”belum
sempat Adam meluahkan kkata-katanya,terdengar berlaku tolakan disebalik pintu
bilik kamarnya.
“Masuklah
Mia. Apasal tercengat kat sini? Betullah nombor bilik nie”Syah mengheret tangan
Mia sambil membuka pintu kamar tersebut. Dia baru sahaja selesai membeli
sedikit buah tangan, balik-balik dia melihat Mia tercegat di hadapan kamar
tersebut. Apa lagi,heretlah masuk. “Syah, Mia...”belum sempat Mia menarik
tanagnnya,pintu kamar itu dibuka,terserlah wajah keluarga angkat Syah,Aisyah
dan Adam yang terkejut dengan keberadaannya dan Syah.
“Mia?”tergeta-getar
suara Adam memanggil nama Mia. Mia bagaikan mahu menangis mellihat keadaan
abangnya. Namun....
“Anggaplah
abang dah mati bersama umi dan abah yang Mia bunuh. Kalau apa-apa terjadi pada
abang,jangan sesekali pun Mia datang. Sebab Mia berzina,kita berjumpa kembali.
Perjumpaan itu hanya satu kesilapan. Jangan ulangi lagi. Baik kita kembali pada
hidup masing-masing. Hidup sebelum kes berzina Mia tu”
Syah menolak
tubuh Mia agar mendekati Adam yang
terlantar memandang sayu kepada Mia. Namun Mia mengeraskan badannya. Semakin
kuat Syah menolak badannya,semakin kuat dia mengeraskan diri.
“Mia...jom
kita salam”ajak Syah sambil memberi isyarat kepada Mia yang dilihat tenang
sahaja di hhadapannya. Tangan Mia dipegang,namun gadis itu lebih laju
menepisnya.
“Tu bukan abang
Mia”
Perlahan
sahaja suara Mia namun cukup untuk didengari oleh seluruh isi bilik itu
termasuk Adam. Adam menelan air liurnya kesat. Kejadian tengah hari tadi
terbayang kembbali di ruang matanya. Hanya dia dan Mia tahu perkara tersebut.
Kemalangan yang menimpa dirinya telah membuka matanya,membuka matanya betapa
jahilnya dia terhadap Mia selama ini.
“Apa Mia
cakap nie? Haha...Mia memang suka buat lawak”Syah ketawa buat-buat untuk
menceriakan suasana. Wajah Mia ditepinya dikerling,minah nie memang hati batu.
Keluarga accident pun tak rasa sedih? Darah daging sendiri?
“Mia tak
buat lawak. Memang nie bukan abang Mia. Mia tak ada abang. Maafkan saya kerana
menganggu keluarga kamu sekalian. Maaf” seseudah sahaja Mia menghabiskan
kata-katanya,dia bergegas keluar daripada situ tanpa sedikit pun mengerling ke
belakang. Laju mengatur geraknya meninggalkan Syah yang terpinggal-pinggal.
Syah yang tidak sempat menahan Mia akhirnya mula bergerak menangkap Mia.
“Maafkan
kami. Maaf..Mia tak ada niat nak buat macam tu” Syah memohon maaf sebelum
berlalu meninggalkan keluarga angkat Adam. Pintu bilik hospital ditutp rapat.
Aisyah mengerling lembut ke arah Adam dengan wajah kehairanan. “Siapa tu
abang?”
“Kalau abang
beitahu Aisyah,Aisyah janji akan percayakan abang kali ini?”Aisyah mengangguk
penuh yakin. Matanya bersinar menunggu jawapan langjut dari Adam. Adam menghela
nafas sedalam-dalamnya.
“Itu adik
abang,Mia yang dituduh berzina.Adik yang abang sembunyikan dari Mia. Adik yang
abang minta dia lenyap dalam hidup abang. Dialah orang yang abang melaukan
kesalahan sepertima Aisyah melakukan kesalahan pada abang”
***************************************************************************************************************
Mia menyeka
air mata yang berlinang pada wajahnya. Sungai yang berada di belakang hospital
itu ditatap sepenuh hati. Cuma untuk mencari ketenangan jiwa setenang air
sungai tersebut. Pinjam,ppinjamkan sebentar ketenangan kamu,aku betul-betul
perlukannya. Mentari yang jampir tenggelam dapat dilihat dari situ. Warna
sekitar mula berubah keorenan. Wajahnya telah basah dibasahi air mata. Sedih melihat
keadaan abangnya yang terlantar,berbeza dengan keadaan sebelum lelaki itu
berjumpanya. Kaki yang dipeluk 2 jam lalu,kini telah berbalut kemas oleh doktor
akibat luka. Ya Allah,apa yang aku buat?
“Mia....”
Mia menyeka
air matanya yang masih bersisa, dia cuba bersikap tenang daripada diketahui
oleh pemilik suara tersebut. Suara yang membebel padanya semalam. Suara yang
kini telah bergelar isterinya.
“Mia memang
tak ada perasaan ke? Dia darah daging Mia”nasihat Syah apabila Mia masih
membatukan dirinya. Sedikit pun tidak berpaling ke arahnya.
“Mia tak ada
masa nnak layan semua ni”
Berdesing
telinganya Syah mendengarnya. Melayan semua nie? Abang Mia tu benda ke bagi
Mia? Dia tahu Mia seorang yang berhati dingin,namun tidak pula disangka sehingga
sanggup melupakan darah daging sendiri.
“Mia sedar
tak apa Mia cakap nie? Mia nak tunggu abang Mia mati dulu ke baru Mia rasa ada
masa?”soal Syah agak beremosi. Gadis itu telah melampau. Bukannya bercakap tentang orang lain, abangnya
sendiri. Bagaimana gadis seperti itu boleh bergelar isterinya? Persisi seperti
ahli sihir.
“Kalau dia
mati bukannya masalah Mia” Mia dilihat mula berjalan beredar dalam tempat
tersebut. Selamba sahaja bunyinya. Bagaikan mati itu tidak memberi apa-apa
makna baginya. Syah bagaikan hilang sabar dengan perangai Mia,lantas sahaja
pergelangan tangan Mia dipegang. Mia masih tidak mahu berpandangan
dengannya,walaupundia sengaja memegang erat lengan gadis itu.
“Lepaslah”
Mia menepis lalu menyambung langkahnya. Syah masih mengejar dari belakang. Dia
mula rimas dengan perangai mengada-ngada Mia itu. Lengan Mia dipegang untuk
kali kedua sekaligus memberhentikan langkah Mia“Syah nak Mia minta maaf
sekarang”
“Mia cakap
lepas! Lepaslah!!”Mia menarik kembali langkahnya lalu kembali mengorak langkah.
Kali ini kesabaran Syah telah mencapai tahap maksimun,lengan Mia dicappai untuk
kkali ketiga.
“Dia abang
Mia. Sejahat-jahat dia,dia tetap abang Mia. Mia tak layak buat dia macam ni.
Walaupun hubungan Mia dengan diia macam tu,Mia tak boleh layan dia macam tu.
Dalam keadaan beginipula, dia accident Mia. Dia sakit. Apa yang ada dalam otak
Mia?”marah Syah. Syah sudah tidak peduli dengan wajah doktor-doktor,pesakit,pelawat,tau
apa sekali pun yang melihat mereka. Tindakan Mia semakin melampau. Gadis itu
benar-benar berhati busuk!
“Mati! Dia
dah mati dalam hidup Mia. Lepaskan tangan Mia. Mia ada kerja nak buat. Mia kena
hantar kerja Mia esok”Mia memberi alasan tanpa sedikit pun menoleh ke arah
Syah. Llengan cuba ditarik namun masih kkemas di genggaman Syah. Syah ketawa
sini “Nak balik sambung kerja?”bagaikan mahu sahaja dia menampar mulut Mia itu,
dalam keadaan begini,kau nak balik sambung kerja? Aku memang dah silap besar
tentang kau. Silap yang hati kau nie tak seperti yang dipaparkan. Rupanya sama
sahaja!
Syah
melepaskan tangan Mia pada saat Mia menarik tangannya. Tindakan
tersebut,menyebabkan badan Mia jatuh tersembur ke lantai. Badan gadis itu kaku
tanpa sedikit pun bergerak apabila terjatuh. Bersila seperti biasa di atas
lantai tanpa sedikit rengetan atau bersuara.
“Mia nak
balik buat kerja? Baliklah! Syah dah tak akan halang Mia. Mia buatlah apa Mia
suka” Syah sudah mengatur langkah meninggalkan Mia yang keseorangan yang
bersila di atas lantai. Cukup tiga langkah,kakinya berhenti,lambat-lambat dia
berpaling ke arah Mia yang masih bersila. Mengaru kepalanya apabila Mia masih
tiidak bangun dari pembaringannya. Syah menyambuung 6 langkah lagi,masih tidak
bangun dari pembaringannya. Apahal minah nie? Selepas melepaskan keluhan,akhirnya
Syah bergerak juga mendapatkan Mia.
Syah menepuk
bahu Mia yang masih menunduk melihat lantai. “Bangunlah,Syah tak ada masa nak
buat semua nie”pujuk Syah berhati-hati. Agaknya gadis itu kecil hati dengan
sergahannya.
“Tinggalkan
Mia”
“Bangun
jelah. Jangan nak mengada-ngada”
“Tinggalkan
Mia”
Syah mula
hilang sabar. Kalau bukan kerana gadis itu pernah menenangkan hatinya dulu,dia
pun tak hinggin berbuat demikian. Selepas beberapa kali memegang bahu gadis
itu, gadis itu masih mengulangi perkataan yang sama . “Tinggalkan Mia” . Syah
mula hilang sabar. Akhirnya Syah bergerak duduk bersila di hadapannya,tepat
bertentangan dengan muka Mia. Alangkah terkejutnya dia apabila matanya menatap
wajah Mia ketika itu...dia menangis?
“Mia...?”
“Hu..hurmm..tolong
tinggalkan Mia”teresak-esak Mia menuturkan kata-katanya sehingga kata-kata itu
sudah tidak jelas diengari oleh Syah. Syah terkedu deribu bahasa. Bagaimana dia
memarahi gadis itu,bagaimana dia menyebabkan gadis itu terjatuh tersungkur
lantai. Jadi selama dia memarahi gadis ini,gadis ini dari awaltelah menangis.
Ya Allah,apa yang aku buat?
Mia menutup
wajahnya dengan kedua belah tangannya,masih teresak-esak menangis. Sudah tidak
mempedulikan kehadiran Syah disisinya. Sudah hilang semangat untuk mengusir
kehadiran Syah. Dia terus menangis. “Pergilah, Mia tak nak Syah tengok Mia
sekarang. Mia betul..betul-betul benci bunyi tangisan Mia sendiri” Mia
menyambung ucapannya perllahan-lahan. Syah tersenyum. Lucu pun ada.
Headphone
pada lehernya diletakkan berhati-hati di telinganya Mia. Lagu pada telefon
bimbitnya dipasang. Terpingga-pingga Mia dibuatnya. Malah topi yang dipakainya
juga dipakaikan kepada Mia. Mia masih
ralit melihat perilaku Syah kepadanya. Akhir sekali lelaki itu meletakkan pula
sweaternya di atas kepala Mia. Usapan yang lembut dihadiahkan di atas kepala
Mia sekaligus senyuman yang tidak lekang pada bibirnya. Dia tahu, dalam keadaan
begini, sepatutnya seorang suami menghadiahkan pelukan untuk melegakan tangisan
seorang isteri. Tapi dalam hubungan mereka? Sukar. Setelah memahami tindakan
Syah, barulah Mia faham. Lelaki itu ingin melindungi wajahnya dan tangisan yang
paling benci dia dengari. Dia...dia akhhirnya menyambung tangisannya. Lagi kuat
daripada biasa. Air matanya mengalir lebih laju daripada biasa.
Syah masih
duduk bersila di hadapan gadis yang kuat menangsi itu. Dia mendongkak tangannya
sambil tersenyum melihat Mia. Baggaikan menonton televisywn pun ada. Siapa
sangka,gadis yang berhati batu sebelum ini telah menangis persis budak kecil di
hadapannya. Menteri mewarnai suasana berwarna oren. Rambut Mia yang kusut
melindungi wajahnya. Air mata jernih mengalir membasahi pipinya. Pipi dan
hidungnya sudah bertukar kepada warna merah. Ya Allah, aku tahu aku tidak
sepatutnya memikirkan hal ini sewaktu gadis ini menangsi, tapi bagaimanakah gadis
yang bernangis ini boleh kelihatan begitu cantik sekali, Ya Allah? Aku ralit
dengan ciptaan-Mu ini Ya Allah. Desis hati kecil Syah
**************************************************************************************************************
Mia tidak
senang hati apabila Syah yang berada pada sofa sebelahnya tidak habis-habis
tersenyum melihatnya. Bagaikan senyuman mengejek padanya. Mengejek kerana
menangis teresak-esak di belakang hospital persis anak kecil yang kehilangan anak patung. Dia
mengaku tindakannya tadi menangis tanpa henti agak memalukan. Tidak perlulah
nak mengejeknya kan? Tahulah dia tidak pernah menunjuk apa-apa emosi, tapi
janganlah ejek macam tu.
“Syah tak
pernah tengok orang menangis ke?”soal Mia sedikit keras apabila Syah masih
tersenyum melihatnya.Syah mengangkat keningnya bagaikan tidak dapat menangkap
maksud kata-kata Mia.
“Apa maksud
Mia? Syah Cuma rasa seronok je”jawab Syah tenang. Matanya masih ralit melihat
wajah Mia di sisinya. Sejak balik daripada hospital gadis itu hanya memilih
untuk membisu diri. Tidak sedikit pun dia mengadu apa yang berlaku. Dia tahu
gadis itu masih tidak selesa dengannya. Gadis itu mampu menangis di hadapannya
sudah menjadi perubahan besar dalam hidupnya. Wajah cantik gadis itu yang
menangis...
Mia mengetap
bibirnya. Rasa seperti jawapan lelaki itu menyindindirnya. Seronok melihat aku
menangis. Aku menangis dia boleh rasa seronok? Ya Allah,macam manalah aku boleh
terbabas menangis di depan dia tadi? Malunya!
“Syah rasa
seronok tengok Mia menangis? Syah nak sindir Mia ke sekarang?”Mia meluahkan
ketidakpuas hatinya apabila Syah berterusan tersenyum melihatnya. Macam tak ada
kerja lain ke mamat nie?
“Bukan tu
maksud Syah, Syah memang tersenyum mengingati wajah Mia yang menangis tu,tapi
bukan untuk menyindir”jelas Syah berhati-hati apabila melihat Mia agak beremosi
apabila disenyum begitu. Mia mengangkat keningnya mendengar penjelasan Syah.
Penjelasan yang didengar seperti alasan.
“Habis Syah
tersenyum sebab apa?”soal Mia ingin tahu. Kali ini baru Syah tersedar akan
kesilapannya. Mula mencari jaawapan disebalik senyumannya. A’ahhlah,aku senyum
sebab apa? Sebab dia cantik?
Lama Syah
sepi tanpa jawapan membiarkan Mia tertunggu-tunggu sendirian.Mia jelas
merasakan dirinya dipermainkan oleh Syah. Sangkaannya tadi lelaki itu cuba
melindunginya,balik-balik rupanya ingin menyindirnya. Kurang asam! Bantal yang
dipeluk erat oleh Mia dilempar tepat ke wajah Syah yang masih
terpinggal-pinggal mencari jawapan.
“Syah ingin
seronok sangat ke mempermainkan Mia? Mia menangis sebab Mia betul-betul sedih tau
tak? Syah rasa lucu sangat ke?”luah Mia tidak senang. Mia sudah bangun untuk
bergerak menjauhi Syah. Terpinggal-pinggal Syah dibuatnya apabila Mia mula
beremosi. Walaupun kaum perempuan nie nampak cantik semasa menangis, tetapi
diorang memang cepat beremosi kan?
Langkah kaki
Syah yang mengekori Mia untuk menjelaskan keadaan sebenar terbantut apabila Mia
memasuki bilik air. Ketukan pada pintu hanya dibiarkan sepi oleh Mia. Begitu
juga kata maaf daripada Syah. Mia menyandar pada pintu bilik air dengan wajah
mencebik. Marah dengan sikap Syah yang menyindirnya. Langkah kaki Mia terhenti
apabila matanya tertangkap sesuatu pada sinki. Berus gigi? Tuala? Pembersih
muka? Ni semua barang perempuan kan?
Syah yang
sedari tadi ralit mengetuk pintu terkejut apabila pintu tiba-tiba dibuka
sendiri oleh Mia. Laju Mia memegang hujung lengan bajunya lalu mengheret Syah
ke dalam bilik air bersama dengannya. Pucat Syah dibuatnya.
“Apa semua
nie?”soal Mia sambil menunjuk ke arah alatan mandi yang dibeli oleh Syah sebentar
tadi. Syah mengaru kepalanya yang tidak gatal. Malu untuk mengaku semuanya
dibeli olehnya. “Syah beli untuk Mia?”
“Jangan nak
salah faham pulak. Syah beli sebab Mia nie busuk sangat. Lepas tu boleh pulak
pakai yang Syah punya,sebab tu Syah...”belum habis Syah memberi perjelasan
walaupun dalam keadaan tergagap-gagap, Mia terus memotong sambil menarik lengan
baju Syah persis seperti kanak-kanak. “Terima kasih Syah”
Syah
terdiam. Wajahnya tiba-tiba menjadi merah. Memang betul kata-kata itu yang didambakan
ketika membeli barang-barang untuk Mia,namun apabila kata-kata tersebut meniti
pada bibir Mia, dia terus menjadi kelu. Wajah Mia yang menangis petang tadi
kembali menerjah fikirannya. Rambut yang selalunya diikat dibiarkan terlepas
mengenai cahaya mentari. Cantik....eh,apa aku mengarut nie?
“Apasal
cuping telinga Syah merah nie?” Mia mengangkat tanagnnya untuk memegang cuping
telinga Syah yang tiba-tiba merah dari kebiasaannya. Dahlah lelaki itu putih
bersih,memang nampak sangatlah. Syah terus menempis sebelum tangan Mia
menyentuh cuping telinganya. Pelih mula memercik dahinya.
Mia
memandang wajah Syah aneh. Aneh dengan perubahan mood yang dialami Syah.
“Kenapa? Syah tak suka ke?”
“Suka?”
entah kenapa Syah semakin berdebar-debar apabila perkataan suka meniti di bibir
Mia. Matanya tidak berkelip melihat Mia.
“Syah geli
ke dengan Mia?”soal Mia spotan. Sungguh dia tidak terasa hati pun kalau Syah
geli dengannya. Lelaki itu memang pentingkan kebersihan.
“Mia jangan
nak mengarut boleh tak, Mia mandilah dulu. Syah nak goreng buger” ujar Syah
perlahan lalu bergerak meniggalkan Mia. Mia hanya melihat kelibat Syah yang
pergi sambil tersenyum. Matanya dilirik kepada barangan yang disusun rapi di
atas sinki itu. Sekurang-kurangnya lelaki itu berusaha untuk memberi kemudahan
kepadanya.
Syah
meletakkan daging burger perlahan-lahan untuk dibakar. Minah nie suka burger
tak? Dari satu daging bunger, Syah mengambil daging burger yang lain pula untuk
dibakar. “Terima Kasih Syah” Syah tersenyum sendirian sambil menetap daging
burger yang digorengnya dengan stapula. Wajah Mia yang sedang teresak-esak
menangis singgah kembali ke ke ingatannya. Cukup dengan wajah menangis itu
pasti ada senyuman terukir pada wajahnya. “Rupanya minah tu ada perasaan jugak”
“Syah tengah
buat apa tu?” Rasanya hampir melayang daging burgernya apabila ada suatu suara
mendengurnya begitu dari belakang. Hampir gugur wajahnya bagaikan dia telah
ditangkap mencuri sesuatu. Semakin gugup apabila memerhati pemilik suara
tersebut.
“Syah goreng
burger ke?”soal Arisyah lembut sambil menutup pintu rumah Syah. Syah mula kalut
bergerak mendekati Arisyah. Mana tidaknya,
Mia sedang mandi dalam rumahnya, apa yang akan difikirkan Arisyah nanti?
Sudah tentu rahsia mereka akan terbongkar!
“Kenapa Ary
datang tiba-tiba nie?”soal Syah tidak senang duduk. Tidak boleh dia bayangkan
kalau tiba-tiba Mia keluar dengan keadaan bertuala. Pasti dia akan dituduh yang
bukan-bukan memandangkan perkahwinan mereka tidak diketahui oleh Arisyah.
Kemudian pasti perkahwinan mereka terbongkar.
“Kenapa? Ary
tak boleh datang ke?”soal Ary lembut sambil tersenyum. Tangannya mula membuka
kasut yang dipakainya, namun tindakannya sedikit terganggu apabila melihat ada
sepasang selipar di hadapan pintu Syah. Seingat dia lelaki itu tidak pernah
mempunyai selipar tambahan.
“Selipar
siapa nie?”soal Arisyah lagi walaupun soalannya pertamanya masih belum dijawab.
Mata Syah terus melirik kepada selipar yang dimaksudkan oleh Arisyah. Selipar
Mia! Selepas diamati betul-betul, selipar milik Mia memang tiada bezanya dengan
selipar yang dipakai oleh kaum Adam. Maka, satu penipuan telah dicipta oleh
Syah dengan penuh yakin.
“Selipar
Syah,senang sikit Syah nak guna untuk beli barangan dapur sekitar sini. Tak
payah sarung yang susah-susah kan Ary?”jawab Syah seceria yang boleh untuk
menutup kegugupan yang dialami. Matanya beralih kepada pintu bilik air yang
masih tertutup rapat tanpa sebarang suara itu. Tolonglah Mia, buatlah macam
biasa. Seperti kebiasaan kau lakukan. Senyap.
“Haha...Syah
nie memang ambil budak je. Kalau ada orang yang tau bahawa pembuat permainan
video nie berpenampilan macam nie, memang sah-sah tak percaya. Ary datang sebab
nak hantar kek nie. Kebetulan Ary habis kerja, Ary singgah kejap rumah
Syah”Ujar Arisyah perlahan sambil menghulurkan kotak kecil yang berisi kotak
tersebut. Laju sahaja Syah mengambil huluran kotak tersebut sambil tersenyum
kepada Arisyah. Selepas mengambil huluran kotak yang berisi kek tersebut, Syah
hanya memandang lama wajah Arisyah. Bagaikan menantikan sesuatu yang akan
keluar dari mulut gadis itu. ‘Saya minta diri dulu. Jaga diri’. Cakaplah,
Ary..cakaplah begitu.
Arisyah
mengangkat keningnya apabila Syah hanya memandang wajahnya sambil tersenyum
tanpa sedikit pun tidak mempelawanya masuk. “Syah tak nak ajak Ary masuk dulu
ke?”soal Arisyah sambil mengangkat keningnya tanda tanya. Syah mula mengelabah
apabila Arisyah berniat ingin memasuki rumahnya. “Ary nak masuk ke?”
Arisyah
tersenyum dengan soalan Syah. Cukup dengun baginya,cukup sesuai dengan reaksi
yang dipaparkan. Dah macam chipmunk pun ada. Tanpa dipelawa, akhirnya Mia
memasuki rumah Syah lalu beredar terus ke dapur. Syah hanya mengekori dari
belakang, dengan mulut yang tidak habis-habis menyumpah kebodohan diri
sendiri.Syah mula bermain-main dengan tangannya untuk mengelak daripada dikesan
oleh Arisyah bahawa tangannya mengeletar.
“Syah masak
dua burger?”soal Arisyah ceria sambil mengerling ke arah Syah dilihat tidak
keruan itu. Bagaikan terjaga dari mimpi, Syah memandang wajah Arisyah, cuba
menangkap kata-kata Arisyah. Setelah agak lama difikir, barulah dia dapat
menjawab soalan tersebut.
“Syah lapar
sangat. Sebab tu goreng dua terus”jawab Syah lalu tersenyum seakan kerang
busuk. Arisyah tersenyum lalu mengambil spatula yang ada di situ. Kerja memasak
kini beralih tempat kepada Arisyah pula. Aduii..minah nie. Nak memasak pulak?
“Ary tolong
masakkan. Jadi satu burger nie, Syah
bagi kat Ary boleh tak?”Syah menelan air liur apabila Arisyah sudah
berkira-kira mahu makan bersama-samanya. Semakin lama Arisyah disitu, semakin
banyak keberangkalian, rahsia mereka akan terbongkar.
“Tak apa ke?
Ary tu kan anak gadis, nie dah malam. Tak eloklah nanti orang lain
tengok”nasihat Syah sekaligus berniat ingin menghalau Arisyah daripada situ.
“Ary
bukannya duduk rumah lelaki sebarangan. Rumah sepupu Ary jugak. Lagipun,
takkanlah Syah berani nak buat apa-apa kat Ary kan?”jawan Arisyah penuh yakin.
Lelaki yang tidak pernah melihatnya sebagai seorang wanita itu,tidak mungkin
akan melakukan sesuatu yang tidak elok kepadanya. Dia tidak takut kepada Syah.
Tapi dia takut dengan dirinya sendiri. Takut dia yang mengambil tindakan. Dia
sudah berazam untuk mencuri hati lelaki itu sebelum lelaki itu beredar kembali
ke Jepun. Dia sudah berazam!
“Tapi..Ary,nanti
apa pulak kata orang lain?”
“Ary tak
kisah. Sebab Ary tak ada buat apa-apa yang salah pun”Arisyah mebalikkan daging
burger yang digoreng tersebut. Bau burger tersebut membuatkan dia lapar.
Selalunya dia jarang makan nasi. Dia lebih memilih untuk makan sesuatu yang
ringan untuk menjaga badannnya. Kini, dia benar-benar lapar.
“Ary......”belum
sempat Syah menghabiskan kata-katanya. Arisyah terus mengerling menghadap Syah
yang dilihat agak kurang senang dengan keberadaannya. “Ary lapar Syah. Tak
boleh ke Syah bagi peluang kat Ary? Kali nie je Syah. Lepas makan, Ary janji
akan terus balik”terang Arisyah dengan nada sedih. Syah menjadi serba salah
apabila sepasang mata cantik milik Arisyah dilihat sedih menatap wajahnya.
“Yelah,
lepas makan, Ary terus balik tau. Ary kena balik awal-awal. Bahaya balik
sorang-sorang dalam keadaan gelap nanti”nasihat Syah sambil tersenyum lalu
bergerak mendekati Arisyah. Kepala Arisyah diusap lembut lalu tangannya
mengambil pisau untuk menghiris tomato. Mahu tidak mahu, burger tersbeut
terpaksa diberikan kepada Arisyah untuk menyembunyikan rahsia mereka.
Arisyah
menyentuh kepalanya yang diusap oleh Syah sebentar tadi. Dilihat Syah sedang
sibuh membasuh tomato dan kubis di sinki. Arisyah mengetap bibirnya perlahan.
Tolonglah Syah, jangan layan Ary macam nie. Ary tak suka!desisi hati kecil
Arisyah.
********************************************************************************************************************************************
Syah memejam
matanya menghirup udara segar malam. Segar sekali udara,berbeza dengan udara
pada waktu tengah hari yang panas dan tengik. Burger di tangannya, dimakan,sesekali
dia mengerling ke arah sekitar apartmentnya. Sunyi sekali.
“Syah tengok
apa?”Syah mengerling ke sisinya, di mana suara itu berada. Wajah Arisyah
menjelma di hadapannya. Gadis itu sedang enak makan burger yang masih bersisa
di tangannya. Cepat sungguh gadis itu makan. Lapar sangat agaknya.
“Saja
tengok-tengok. Syah nak rakamkan semua permandangan kat Malaysia nie dalam
ingatan Syah sebelum berlalu ke Jepun nanti”jawab Syah riang mengingati
rancangannya yang ingin pulang ke Jepun tidak lama lagi. Tidak sebar untuk
mengahrungi hari-harinya kembali. Betapa gembiranya dia di sana bersama
mengerjakan sesuatu yang digemari sejak kecil.
Jawapan Syah
menyebabkan Arisyah terdiam. Keinginannya untuk makan sedikit terganggu.
Menyesal pun ada menyoal soalan tersebut. Adakah segala yang Syah lakukan hanya
memikirkan pasal Jepun? Arisyah hanya terdiam seribu bahasa. Kebisuan melanda
mereka menyebabkan telinga Arisyah menangkap bunyi air mengalir daripada bilik
air. Laju sahaja dia berdiri tegak daripada menyandar pada balkoni milik Syah.
Dahinya berkerut-kerut seakan cuba mengesan bunyi tersebut.
“Kenapa
Ary?”soal Syah apabila melihat Arisyah tercar-cari sesuatu. “Syah dengar tak?
Bunyi air mengalir.Syah lupa tutup air ke?”soal Arisyah apabila berjaya mengamati
bunyi tersebut. Terkejut beruk Syah dibuatnya. Tidakdisangka telinga Arisyah
mampu mendengar sekuat itu. Sedagkan dia sendiri tidak mendengar apa-apa.
“Biar Ary
pergi tutup. Lagipun, Ary nak basuh tangan jugak” Arisyah sudah bergerak laju
ke arah bilik airnya. Pucat wajah Syah dibuatnya memikirkan Mia yang masih
berada dalam bilik air tersebut. Bagaimana kalau Mia dikesan oleh Arisyah
nanti? Syah terus mengekori Mia dari belakang.
“Biar Syah
jelah yang tutup. Ary basuh tangan kat sink”cadang Syah laju. Wajahnya semakin
berpeluh apabila melihat Arisyah yang berdiri betul-betul di hadapan pintu
bilik airnya. Tempat Mia mandi.
“Apa Syah
merepek nie? Ary dah ada kat depan nie. Takkanlah nak berpatah balik
pulak?”Arisyah ketawa geli hati apabila wajah Syah tiba-tiba berubah serius.
Serius untuk menyuruhnya basuh tangan di sinki. Sedangkan jika dia basuh tangan
di situ, dia dapat menyelesaikan dua benda dalam satu masa.
Mata Syah
bagaikan mahu terkeluar apabila tangan Arisyah sudah mencapai tombol pintu
bilik air tersebut. Semakin membulat apabila mendapati tombol pintu yang
dipulas oleh Arisyah itu dibuka walaupun hanya seinci. Cepat-cepat tangan Syah
mencapai tombol pintu yang dipegang oleh Arisyah itu lalu menutup pintu
tersebut.
Sentuhan
tangan Syah pada tangannya menyebabkan Arisyah kaku seketika. Dia mengerling ke
arah wajah Syah yang serius memandangnya. Barulah dia sedar kedududkan mereka
agak rapat sehingga deru nafas lelaki itu juga dapat didengari.
Mia berhenti
mengosok gigi apabila pintubilik air itu tiba-tiba dibuka kemudian ditutup
kembali secara tiba-tiba. Dia hanya membiarkan berus gigi yang belum habis
digunakan itu,di dalam mulutnya lalu bergerak ke arah pintu bilik air.
Telinganya bagaikan dapat menangkap suara Syah. Perlahan-lahan telinganya
dilekapkan pada pintu bilik air tersebut. Bagaikan dapat cuba menangkap
sesuatu.
“Kenapa
dengan Syah nie? Ary dah ada kat depan nie? Takkan lah Arynak berpatah balik
pergi kat sinki nak basuh tangan? Jangan nak berperangai budak-budak boleh tak
Syah”Arisyah memberi amaran lalu cuba membuka tombol pintu. Cukup seinci, Syah
menariknya kembali. Mia yang ralit meletakkan telingannya pada dinding pintu
mengosok dahinya perlahan-lahan apabila pintu bilik air tiba-tiba dibuka tepat
mengena kepalanya.
“Jangan
bukak”tanpa memberi apa-apa alasan, Syah tetap memberi amaran keras kepada
Arisyah. “Jangan bukak” Syah terus terusan memberi amaran yang sama sambil
memandang serius wajah Arisyah. Kelakuan Syah menyebabkan Arisyah mengerut
dahinya. Mula memikirkan sesuatu. Syah mula mengelabah apabila Arisyah
tertumpu pada dirinya. Ototnya masih
ligat mencari jawapan yang akan didengari logik, namun gagal. Kosong.
Arisyah cuba
mencari makna di sebalik kata-kata Syah. Jelas sekali lelaki itu cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Ada
sesuatu dalam bilik air itu yang disembunyikan oleh Syah tanpa
pengetahuannya.tetapi apa? Untuk kali itu, Arisyah cuba membuka kembali tombol
pintu itu, namun seperti biasa Syah menariknya dan terus mengulangi perkataan
yang sama. “Jangan bukak” jelas, lelaki
itu menyembunyikan sesuatu daripadanya.
“Syah,
sembunyikan apa dari Ary sebenarnya?” kali ini Arisyah terus mengajukan soalan
yang menyebabkan wajah Syah berubah. Perubahan pada wajah Syah menyebabkan rasa
ingin tahu Arisyah semakin membuak-buak. Lama dia memandang wajah Syah untuk
memberi jawapan. Namun lelaki itu hanya menunduk dengan tangan yang masih erat
memegang tombol pintu.
“Jangan
bukak” sekali lagi Syah mengulangi perkataan yang sama. Wajah Syah menunduk untuk
melarikan anak matanya ditatap oleh Arisyah. Takut Arisyah dapat membaca
ketakutan yang dialaminya. Bagaikan rahsia yang dipegang olehnya dan Mia kini
hanya berada di hujung tanduk. Satu silap langkah, semuanya akan hancur.
Cepatlah otot fikir, satu sahaja,satu sahaja alasan aku nak. Tolonglah!
Arisyah
sudah agak hilang sabar apabila Syah hanya mengulangi amaran yang sama. Tanpa
mempedulikan amaran Syah,pintu bilik itu dibuka lebih luas daripada biasa
dengan kelajuan yang tinggi. Bulat mata Syah dibuatnya. Mia yang masih berdiri
di belakang pintu, kali ini pintu tersebut secara kuatnya terkena dahi Mia
lebih kuat dari sebelumnya. Namun nasib baik gadis itu tidak mengerang
kesakitan, sebaliknya hanya memegang dahinya yang sakit lalu menyandar pada
dinding belakang pintu. Berus giginya telah terjtuh ke atas lantai.
Belum sempat
Arisyah membuka sepenuhnya, Syah tiba-tiba berdiri tegak di hadapan pintu itu
sambil menunduk melihat lantai. Terkejut beruk Arisyah dibuatnya apabila Syah
masih bersungguh untuk menghalangnya. Adakah perkara yang disembunyikan itu
sebegitu penting. Perasaan Arisyah semakin membuak-buak. Tanpa berfikir
panjang, Syah terus memberitahu perkara yang disembunyikan kepada Arisyah tanpa
berfikir panjang.
“Syah nak
basuh dulu tahi”
Arisyah
terkedu mendengar jawapan Syah. Syah sudah masuk ke dalam bilik air lalu
mengunci pintu bilik air tersebut. Arisyah masih kaku di hadapan pintu bilik
air Syah. Bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang diberikan oleh Syah.
Rahsia yang disembunyikan oleh Syah,tahi?
Syah menutup
wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan dengan kaki yang tidak habis-habis
menghentak pada lantai persis seperti kanak-kanak. Tidak lama selepas itu, dia
mengaru pula kepalanya, kemudian menutup kembali wajahnya. Kali ini telinganya
Syah menjadi lebih merah dari sebelumnya. Bodohnya aku!tahi? tu jawapan terbaik
kau boleh fikir Syah? Tahi?Ya Allah, malunya aku!!
Mia yang ralit mengosok dahinya terkejut
dengan kedatangan Syah tiba-tiba ke dalam bilik air itu. Apa lelaki itu nak
buat kepadanya? Dalam bilik air nie? Berdua-duan begini?
“Apa Syah
bu......”suara Mia yang agak kuat terus sahaja menyebabkan Syah terkejut. Laju
tangannya menutup mulut Mia laju menyebabkan badan Mia tersandar kuat pada
dinding bilik air. Syah melepaskan keluhan kuat. Deru nafas Syah begitu kuat
sehingga dapat didengari oleh Mia. Mia memandang wajah lelaki itu yang ralit
melihat di bawah pintu. Ada bayang-bayang di sebalik pintu itu menandakan ada
orang di situ. Adakah sebab itu lelaki itu cemas?
“Em.. Syah,
rasanya baik Ary balik dulu. Maaf sebab menganggu”
Mia
mengangkat keningnya apabila mendengar ada suara seorang gadis kemudian diikuti
dengan bunyi tapak kaki menandakan gadis itu sudah beredar. Syah dilihat
melepaskan keluhan lega, Mia hanya ralit melihat reaksi Syah tanpa sedkit pun
tidak berlawan walaupun kedudukan mereka ketika itu agak rapat.
Syah mula
beralih pandanganya dari bawah pintu kemudian beralih kepada wajah Mia.
Alangkan terkejutnya dia apabila mengetahui betapa rapatnya wajahnya dengan
wajah Mia,namun gadis itu dilihat begitu tenang. Dia yang memegang mulut Mia
pula menjadi gelabah. Namun tidak pula dia menjatuhkan tangannya yang menutup
mulut Mia,matanya masih ralit memandnag wajah Mia. Degupan jantungnya menjadi
lebih cepat, lebih cepat semasa ketakutan tadi.
Dup..dap...dup...dap...dup...dap...dup.....dap..Bunyi itu menghantuinya lagi.
Kenapa bunyi dari permainan video gamesnya kembali berbunyi lagi? Adakah dia
membuka permainan tersebut lagi?
“Syah,Ary
datang ke?”soalan Mia bagaikan membawa Syah kembali ke alam nyata. Laju dia
menjatuhkan tangannya lalu bergerak menjauhkan diri daripada Mia. Syah
mengaru-garu teliganya yang menjadi semakin merah. Pergerakan Syah diperhatikan
oleh Mia,jelas telinga lelaki itu semakin merah. Namun, lelaki itu masih asyik
mengosok telinagnya dengan kasar sehingga menjadi semakin merah.
“Kenapa
dengan telinga Syah”Mia cuba memegang telinga Syah namun lelaki itu lebih laju
berundur setapak dengan wajah yang pucat melihat Mia. Mia mengerut dahinya lalu
melangkah setapak mendekati Syah, Syah terus berundur setapak. Mia melangkah setapak
lagi, Syah tetap berundur setapak.
Mia
memberhentikan langkahnya apabila perasaan lelaki itu cuba menjauhkan diri
dripadanya. Syah hanya menunduk apabila Mia memandnag wajahnya. Kesal pun ada
dengan tindakannya terhadap Mia sebentar tadi. Kini bunyi permainan video games
itu masih kuat didengari. Kenapa? Syah menyambung mengaru telinga kiri dengan
agak kasar.
Mia mengetap
bibirnya apabila melihat Syah terus mengaru kasar telinganya. Bagaikan mahu
mencederakan diri sendiri. Laju lengan baju panjang Syah dipegang oleh jejemari
Mia menyebakan pergerakan lelaki itu terbatas. Telinganya sudah tidak digaru
lagi. Terasa ada kejutan elektrik mengalir apabila Mia memegang lengan bajunya.
“Janganlah garu lagi. Merah sangat telinga” Mia memberi nasihat.
“Jangan
sentuh Syah” Syah menepis lalu berundur selangkah. Tadi dia terpaksa berhadapan
dengan Arisyah,kini Mia mula. Apasallah ketakutan tidak boleh meninggalkan dia?
“Syah nie
kenapa?”Mia bergerak setapak,Syah berundur setapak. “Jangan datang dekat”jerit
Syah agak kuat dengan wajah ketakutan bagaikan melihat hantu. Mia mula berasa
aneh. Dia menoleh ke belakang, tiada apa-apa pun. Macam nampak hantu je mamat
nie.
“Mia
cuma....”belum sempat Mia menerangkan, Syah terus memotong. “Syah kata jangan
dekat”satu hembasan pintu yang kuat berlaku di hadapan muka Mia. Kelibat Syah
sudah tidak dilihat lagi. Lelaki itu sudah hilang dari pandangannya. “Apahal
mamat nie, tengok aku macam tengok hantu”rungut Mia perlahan sambil mengutip
berus giginya yang terjatuh sebelum membasuhya ke sinki.
********************************************************************************************************
Syah memeluk
bantal yang berbentuk doremon sehingga menutup separuh dari wajahnya. Dia sudah
melabuhkan punggungnya di sofa itu hampir 10minit namun bagaikan tiada
berubahan. Arisyah juga telah pulang menandakan rahsianya belum terbongkar.
Degupan jantungnya semakin kuat. Syah menepuk-nepuk dadanya dengan harapan
bunyi itu akan hilang. Bunyi deru nafas Mia bagaikan terus menggigit di cuping
teliganya. Bagaikan kuat didengari walupun kejadian itu telah berlalu. Kenapa
dengan aku nie? Kenapa?
“Syah okey
tak?”ada satu suara berada disisnya tiba-tiba menyebabkan dia hampir melompat
ke arah sisi lain. Jantungnya bagaikan mahu melompat keluar apabila ditegur
begitu. Wajah Mia yang hairan melihatnya tegak berada di sisinya.
“Apa Mia
buat kat sini. Mia tak nampak ke Syah tengah duduk nie?”bukan menjawab soalan
Mia, sebaliknya mengajukan soalan lain kepada Mia. Mia bergerak mendekati Syah
seinci. Sseperti biasa lelaki itu berundur seinci.
“Syah nampak
hantu ke apa nie? Yang pucat sangat. Apasal dahi Syah berpeluh nie?”soal Mia
sambil tanganna diangkat untuk diletak pada dahi lelaki it. Lelaki itu deman
ke?
“Jangan
sentuh”Syah memberi amaran lalu menepis tanagn Mia yang berniat menyentuhnya.
Ya Allah, bunyi permainan video tu datang lagi!
“Mia Cuma
bimbangkan...”belum habis Mia memberitahu, Syah terus menyampuk, “Jangan
bimbang!”amaran Syah kali ini jelas tidak masuk akal. Mia mengerut dahinya
melihat perubahan diri Mia.
“Syah dah
kenapa? Apasal takut sangat Mia duduk sini? Mia bukannya pegang pisau ke,kapak
ke, parang ke, nak bunuh Syah”jawab Mia tenang.wajah Syah sudah beralih ke arah
lain tanpa memandang wajah Mia.
“Mia jangan
duduk sini”sekali lagi Syah memberi amaran tanpa alasan yang kukuh. Mia
mengenap bibirnya. Rasanya bagaikan lelaki itu sengaja cari pasal dengannya.
Tak habis dengan perangai budak-budak.
“ Tapi Mia
tidur kat sini.Mia kena duduk sini!”tegas jawapan Mia apabila Syah
mengarahkannya untuk berlalu dari situ. Mana mungkin dia mahu berlalu sedangkan
sofa itu diibaratkan katilnya kini. Lelaki itu yang sepatutnya beredar.
“Nie sofa
Syah, Syah yang beli”jawab Syah kedenganran agak selamba di telingan Mia
walaupun wajah lelaki itu masih tidak menghadapnya.
“Habis Mia
nak tidur mana? Jangan lupa kalau rumah Mia terkunci sebab salah Syah
jugak”balas Mia geram apabila dilihat Syah cuba ingin membesar-besarkan barang
yang dimilikinya. Lupakah lelaki itu sebab apa dia tidur di situ? Salah siapa?
“Ooooo..sekarang
Mia nak mengungkit lah?” Syah yang pada awalnya ketakutan terus hilang apabila
Mia mula mengungkit kesalahannya. Dahlah aku bagi tidur sini, boleh pulak minah
nie nak ungkit balik.
“Dah tu
salah siapa? Kalau bukan sebab salah Syah yang berperangai macam budak-budak
benda macam nie tak akan jadi. Matanglah sikit” Syah bangun dari tempat
duduknya lalu menghempas bantal doreman pada tangannya. Tidak suka dipanggil
budak-budak.
“ Habis budak
yang menangis macam nak isi balik air dalam sungai petang tadi matang sangat
la?”sindir Syah sebelum berlalu meninggalkan Mia yang telah merah padam. Mia
menghentak kaki pada sofa Syah agak kasar. Malu apabila Syah mengungkit kembali
peristiwa petang tadi. Tidak habis dia menyumpah dirinya kerana boleh terlepas
menangis si hadapan Syah. Dahlah lelaki itu tak matang fikirannya. Apasal aku
bodoh sangat menangis?!
**************************************************************************************************************
Syah
menghempas badannya di atas katil. Mulutnya berkumat-kamit menyumpah Mia yang
memanggilnya tidak matang.
“Habis dia
matang sangatlah? Menangis macam nak lawan air dalam sungai Nil pun ada aku
tengok”rungus hati Syah geram. Sejak gadis itu datang, rasanya hampir setiap
malam dia akan menyumpah gadis itu sebelum melelapkan matanya. Orang lain
membaca ayat al-quran,dia sebaliknya.
. “Pergilah,
Mia tak nak Syah tengok Mia sekarang. Mia betul..betul-betul benci bunyi
tangisan Mia sendiri”
Syah membuka
matanya apabila dia dapat menangkap bunyi tangisan Mia yang berlaku petang
tadi. Wajah cantik Mia yang yang sedang teresak-esak menangis memnuhi ruang
wajahnya. Apasal dengan aku nie?!
Syah mengaru
kepalanya perlahan-lahan lalu menuju ke ruang tamu. Mulutnya masih tidak
henti-henti menguap. Langkahnya terhenti apabila matanya tertacap pada wajah
Mia yang lena dibuai mimpi sambil memeluk bantal doremonnya. Syah duduk di atas meja kacanya yang bertentangan
dengan Mia sambil mendonggak dagunya melihat gadis itu. Ralit dia memerhatikan
gadis itu dari mata,hidung, bibir dan rambutnya.
“Minah nie
nampak okey sikit bila tidur. Tak adalah marah-marah”Syah memberi komen apabila
mengamati wajah Mia yang tenang itu. Matanya tertacap pada kain sembahyang yang
disidai pada sofanya menandakan gadis itu selesai mengerjakan solat subuh dan
menyambung tidurnya. Sesekali gadis itu mengerut keningnya lalu mengosok
bahunya tanda sejuk namun matany masih rapat terpenjam.
Syah
tersenyum sambil mengeleng-geleng. Terasa lucu dengan kelakuan Mia yang persisi
seperti anak kucing. Sweaternya dibuka lalu diletakkan perlahan-lahan menutup
tubuh Mia. Baru sahaja seinci sweaternya ingin ditutp, mata Mia telah terbuka
melihat Syah kehairannya. Terkejut beruk Syah dibuatnya.
Syah laju
melarikan sweaternya lalu berpura-pura mengibas-ngibas sweaternya di hadapan
Mia. Miayang baru sahaja bangun dari tidurnya mengosok-gosok matanya sambil
memandnag wajah Syah yang kalut dalm keadaan sedar tidak sedar sahaja.
“Apa Syah
buat kat sini? Tak ada tempat lain ke
nak kibas baju tu?”soal Mia selamba. Dia masih belum mennagkap tindakan Syah
sebelumnya memandnagkan diirnya sendiri baru bangun tidur. Macam separuh sedar
sahaja.
“Takk...tak
boleh ke? Nie sofa Syah. Suka hati Syah lah nak buat apa pun”Syah terus-terusan
mengibas sweaternya dengan penuh bangga apabila Mia masih belum menangkap
tindakan sebelumnya. Lega.
Mia
memandang sweater Syah yang dengan bersungguhnya lelaki itu mengibas. Senyuman
tidak lekang di wajah lelaki itu sambil mengibas –ngbas bajunya tepat pada
wajah Mia. Rimas Mia dibuatnya sedangkan dia baru bangun tidur.
“Sweater tu
Syah beli atas bulan ke?”
Soalan Mia
menghentikan tindakan Syah. Laju sahaja memakai sweater tersebut sambil
memandang Mia kehairanan. Tidak dapat menangkap maksud kata-kata Mia. “Apa
maksud Mia?”
“Yelah, yang
kibas sweater tu macam kibas kipas tangan pun ada. Bukannya tu satu-satunya sweater yang ada
dalam dunia nie. Apasal pelik sangat fesyen Syah nie”komen Mia selamba sambil
merenung wajah Syah. Merah padam wajah Syah apabila dikomen begitu. Dia sindir
fesyen aku?
“ Macam fesyen
budak sekolah je”komen Mia lagi apabila Syah masih tidak memberi respon. Syah
membetulkan sweaternya penuh bangga tanpa mempedulikan komen yang dibuat oleh
Mia.
“Mia, Mia
tahu tak fesyen nie sangat feymes.
Lagipun ramai orang perempuan yang suka lelaki yang comel macam Syah nie”jawab
Syah penuh bangga. Tentulah jawapannya itu penuh yakin berdasarkan
pengalamannya sebelum ini. Ramai yang menyukainya. Lagipun dia sudah terbiasa
berfesyen begitu sejak di Jepun lagi.
“Ni
Malaysia, bukan Jepun. Negara kita khatulistiwa, bukannya sejuk macam Jepun.
Jangan kebudakan boleh tak?”Mia menjawab selamba. Entah kenapa Syah tiba-tiba
jadi sensitif apabila dirinya dikomen tidak matang. Lebih-lebih lagi komen itu
diberi oleh Mia.
“Budak menangis
mengalahkan yang terjun tak layak nak komen Syah begitu. Dahlah menangis
kuat,lepas tu meraung pulak. Macam budak tak bagi nasi nie!”sindir Syah lalu
berlalu dengan sweaternya yang disindir oleh Mia. Memang itulah senjata yang
digunakan setiap kali gadis itumenyindirnya. Seperti yang dijangka, pasti gadis
itu kehilangan kata-kata setiap kali disindir begitu.
“Syah!”jerit
Mia geram namun lelaki itu telah hilang daripada pandangannya. Lelaki itu telah
keluar daripada rumah tanpa sedikit pun berpaling kepada Mia. Mia menghentak
kakinya geram. Dia mengaru rambutnya kasar untuk melepas kemarahannnya. Itulah
kali pertama dia menangis di hadapan lelaki, pada usia dewasa begitu pulak.
Kali pertama dia menangis, secara balsannya dia dapat sindiran dari Syah.
Kenapalah banyak-banyak orang atas dunia nie, dia orang pertama yang melihat?
Kenapa?!!
***************************************************************************************************
Syah
melabuhkan punggung di atas kerusi restoran yang berhampiran dengan aparmentnya. Selepas
selesai membuat order dia hanya menunggu di meja makan yang disediakan. Otoknya
masih ligat memikirkan sebab dia bertindak begitu. Mengapa dia berpeluh? Kenapa
jantungnya jadi begitu? Mengapa tangisan gadis itu sering kali menerjah
pendengarannya? Di mana-mana?
“Syah
kan?”satu tepukan pada bahunya menyebbakna lamunannya terhenti. Wajah Zaid yang
tersengih sambil membawa kopi menyapa pandangannya. Lelaki itu mengambil tempat
di hadapannya apabila Syah membalasnya dengan anggukan sambil tersenyum riang.
“Zaid kan,
jiran Mia? Lama kita tak jumpa”sapa Syah riang memulakan perbualannya. Zaid
tersenyum riang sambil melilau keadaan sekeliling.
“Mia tak
datang?”soal Zaid ingin tahu. Bukannya apa, dia agak rimas apabila Aiman
terus-terusan menanyakan keberadaan Mia seperti gadis itu menghilang hampir
sebulan. Sedangkan baru 2 hari gadis itu tiada di rumah. Risau jugak dia
melihat Aiman macam kucing kehilangan anak yang mundar-mandir di hadapan pintu
bilik Mia.
“Tak adalah.
Lama dah juga Syah tak nampak Mia”bohong Syah sambil tersenyum. Takkanlah dia
nak kata, ooo..cari Mia ke? Dia tidur kat bilik Syah sekarang. Gila ke apa?
Dahlah semua orang tak tahu hubungan mereka.
“Oooo..yeke”balas
Zaid agak lemah apabila Syah juga memberi jawapan yang sama. Kesian pula pada
Aiman yang dah kalut. Itulah, orang bagi nasihat taknak dengar. Kalau nak tahu
sangat keberadaan gadis itu, bercintalah dengan dia!
“Dia balik
kampung agaknya”Syah memberi segala kemungkinan. Mahu tidak mahu, Zaid hanya
mengangguk lalu tersenyum tawar. Kalau dia beritahu lagi, apa agaknya akan
difikirkan oleh Syah nanti?
Zaid melihat
penampilan Syah dari atas hingga bawah. Ssebijik macam budak remaja lagi. Namun
diakui bahawa ppenampilan yang dibuat oelhnya bersesuai dengan wajah ala
babyface yang dimiliki. Pasti lelaki itu terpengaruh dengan fesyen di Jepun
sehinggakan di Malaysia pun masih berfesyen yang sama. Renungan mata Zaid
berhenti apabila melihat wajah Syah yang tajam merenungnya sambil mengangkat
keningnya. Alamak, kontai ke?
“Kenapa
Zaid? Zaid rasa pelik ke dengan penampilan Syah?”soal Syah jujur. Itulah yang
bermain di benaknya. Tidak pernah ada seorang gadis punyang menghina
penampilannya sebaliknya memuji. Nie, alih-alih, Mia dengan selambanya kata
fesyen macam budak-budak? Kurang asam betul. Takde taste!
“Em..bagi
Zaid penampilan Syah memang sesuai dengan muka Syah. Mungkin sebab tu ramai
yang suka Syah”komen Zaid jujur apabila perbuatannya ditangkap hidup-hidup oleh
Syah. Walaupun abru mengenali Syah, dia senang berbual dengan lelaki itu
memandangkan lelaki itu sangat ceria melayannya. Merasakan kehadirannya cukup
dihargai.
“Kan? Memang
orang yang buta fesyen je yang kata tak hensem” Syah mengulas dengan penuh
bangga. Zaid hanya tersenyum tawar mendengar ulasan Syah. Kan dah perasaan!
Syah
memandang Zaid yang sedang menum air kopinya. Tangannya digemgam erat sambil
memandang wajah Zaid lama. Namun tiada suara yang terkeluar. Zaid adalah orang
yang sesuai untuk membincangkan hal tersebut, namun dia takut. Dia jadi takut
untuk mengetahui perasaan sendiri.
Zaid yang
perasaan dengan tindak-tanduk Syah,meletakkan cawan kopi yang diminumnya.
Matanya beralih kepada Syah yang seperti ingin bertanya sesuatu kepadanya.
“Kalau, Syah ada apa-apa nak tanya, tanyalah. Mungkin Syah belum terbiasa
dengan kehidupan kat Malaysia nie” cadang Zaid ikhlas apabila melihat Syah yang
agak resah untuk bertanya kepadanya.
Syah menelan
air liurnya. Kalau satu otok tidak mampu menyelesaikan masalah yang dialaminya,
dia perlukan dua otok untuk menyelesaikannya. Syah merenung lama wajah Zaid
yang tidak sabar mendengar luahan hatinya. Mahu tidak mahu, akhirnya dia
melepaskan soalan pertama.
“Dah berapa
lama Zaid kenal Mia”Zaid mengerut dahinya. Sekali lagi soalan tentang Mia
menerjah telinganya. Sejak dia berjiran dengan Mia, itulah soalan yang acap
kalididengari. Mengapa lelaki itu
bertanya kepadanya,sedangkan Syah adalah sepupu Mia. Mestilah lelaki
itulebih tahu daripadanya.
“3tahun,
lagipun kenapa tanya Zaid. Syah kan sepupu Mia?”
“Tapi Syah
dah lama tak jumpa Mia. Sebab tu Syah nak tahu”Syah memberi alasan. Alasan Syah berjaya
membohongi Zaid yang mengangguk persis orang dungun. Sedikit pun tidak mengesan
apa-apa.
“Jadi Zaid
kenallah Mia?”soal Syah teruja dengan sengihan yang memanjang. Diharapkan Zaid
dapat menyelesaikan soalan yang bermain di benaknya itu.
“Bolehlah
dikatakan begitu. Sebab ramai yang tanya pasal Mia kat Zaid. Nak harapkan
Aiman, cakap dengan perempuan tergagap-gapa”Zaid membawa lawak. Lawak tersebut
disambut ketawa oleh Syah. Masing-masing dilihat serasi untuk meluahkan
pendapat. Bagaikan rakan lama.
“Mereka
tanya pasal apa?”soal Syah lagi ingin tau. Dia benar-benar teruja. Dia telah
bertanya mengenai Mia pada orang yang tepat!
“Merka kata
mereka mengalami beberapa tanda ganjil setiap kali berada dengan Mia”jawab Zaid
seakan-akan berbisik sambil melihat ke kiri dan kanan. Takut ada yang
mendengarnya. Syah bagaikan terpancing dengan penyataan yang dikemukan oleh
Syah. Tanda ganjil? Adakah sama yang dialaminya?
“Tanda yang
macam mana?”soal Syah semakin teruja . matanya sudah membulat melihat Ziad.
Zaid melihat ke kiri dan kanan. Dia mengarahkan Syah untuk lebih dekat padanya.
Syah hanya mengikuti langkah Zaid.
“Merka
cakap..setiap kali Mia datang pasti bulu roma mereka naik secara tiba-tiba.
Dengupan jantung mereka berdegup kencang bagaikan mahu keluar. Peluh memercik pada
dahi mereka dan tangan mereka sentiasa mengeletar”Zaid memneritahu dengan
bersungguhnya dengan suara yang cukup halus. Syah terkejut dengan tanda yang
diberitahu oleh Zaid. Sungguh! Betul-betul sebijik dengan tanda-tanda yang
dialaminya.
“Syah juga mengalami
benda yang sama. Jantung Syah bagaikan nak terkeluar setiap kali tengok muka
Mia, dahi Syah berpeluh, tangan Syah mengeletar...”belum sempat Syah memberi
penerangan, Zaid terus menyampuk dengan wajah yang membulat persis seperti ahli
bomoh dibuatnya.
“Syah pun rasa begitu?” anggukan daripada Syah
melegakan Zaid. Terbuktilah Syah juga normal seperti orang lain. Hanya Zaid
sahaja yang abnormal yang boleh mengatakan wajah seperti mayat hidup itu
bagaikan bidadari. Gila ke apa?
“ Lepas tu
Syah selalu dengar tangisan seorang perempuan setiap kali Syah sendirian. Syah
terbayang wajah Mia yang menangis beberapa kali”ulas Syah lagi dengan
bersungguh apabila setiap ciri yang dikemukan berseseuain dengan dirinya. Zaid
mampu menjawab soalannya.
“Suara gadis
menangis?”soal Zaid agak ketakuatan. Anggukan dari Syah disambut dengan pantas
oleh Zaid sambil memegang tangan Syah di atas meja. Syah semakin tidak sabar
mendengar cerita Syah seterusnya.
“Syah...Syah
jangan cerita pada Mia. Nie cerita yang Zaid dengar oleh orang ramai”beitahu
Zaid berhati-hati lalu menoleh ke kiri dan ke kanan. Takut kelibat Mia
menjelma. Syah mengangguk penuh yakin untuk menyimpan rahsia itu.
“Syah
tahukan Mia tu novelist tetapi cita-citanya tak kesampaian”soal Zaid berhati-hati.
Syah mengangguk lagi. Masih tidak sabar mendengar cerita seterusnya. Zaid
menghela nafs sedalam-dalamnya, kasihan kau Syah, kau sepupunya pun kena
‘kacau’.
“Ada orang
cakap,sejak novelnya ditolak berulang kali, dia dah tak ada semangat untuk
merebut cita-citanya. Dia sering mengurung diri dalam biliknya. Ditambahkan
pula dengan kos hidup yang tinggi di sini, hidup dia terbeban. Ada yang cakap,
dia menjadi gila sebab tidak mampu menapung tekanan hidup”Zaid menyambung
ceritanya dengan nada berbisik. Rasanya kini bulu roma Zaid pun naik.
“Pada suatu
hari ada seorang lelaki datang ke rumahnya. Mereka bergaduh besar. Ada yang
cakap mereka mendengar suara tangisan perempuan. Namun, tiada siapa yang nampak
lelaki itu berlalu dari rumah Mia. Ada yang cakap..lelaki itu telah dibunuh
oleh Mia..da....dan darah lelaki itu.....” Zaid tidak mampu meneruskan
ceritanya. Ada getaran pada percakapanya. Sungguh dia takut untuk mengyampaikan
cerita tersebut. Takut Mia akan memburunya pula.
Syah
memegang tangan Zaid yang mengeletar ketakutan. “Aku ada” Syah memberi semangat
untuk Zaid meneruskan ceritanya . Zaid menelan air liur untuk menyambung
ceritanya.
“Mia guna
darah lelaki itu sebagai dakwat untuk menulis novel terhebat baginya”
Syah semakin
terkejut. Tidak menyangka itulah cerita yang didengari mengenai Mia. Jadi maksudnya,
aku berkahwin dengan pembunuh? Dengupan jantung Syah menjadi laju. Peluh
memercik pada dahinya. Pucat wajahnya.
“Maksudnya.......”Syah
memanjangkan ayatnya dengan harapan akan disambung oleh Zaid. Dia tidak sanggup
menyambungnya berdasarkan apa yang difikirkan. Tak mungkin! Zaid mengangkat
wajahnya. Satu ayat lagi Zaid, satu lagi. Kemudian semuanya akan selesai.