Friday 28 December 2012

Faktor Mpop Tidak Diterima Di Malaysia



Faktor Mpop Tidak Diterima Di Malaysia

Band Mpop di Malaysia akan pupus? Kalau keadaan cam sekarang berlaku, memang akan pupus lah jawapnya. Tak bolehlah kita buat post pasal diorang lagi.Hu….Ambillah iktibar daripada negara2 jiran. Kalau membuat music video memang negara Malaysia mempunyai banyak kelemahan. Memang kalau kita tengok sejarah dalam industri lagu kita pun tahu.Lagu kita memang tidak feymes di Indonesia. Memang sukar nak memasuki pasaran di negara diorang. Walaupun ada yang berjaya hanyalah segelintir. Sedih atau tidak,memang lagu Indonesia diterima baik di Malaysia baik yang solo ataupun group.

Kita faham ada sesetengah rakyat kita tak boleh terima sebab anggap cara nie tidak melambangkan identiti sendiri..main copypaste je dari kpop. Tapi Indonesia telah maju kehadapan dengan membawa kump SMASH ke Malaysia. Kini SMASH dah ada fanzpage sendiri di Malaysia. Lepas2 kat mana pulak? Filipina? Singapura? Brunei? Ataupun Korea sendiri? Agak2 lama-lama diorang boleh jadi sefeymes SUJU. Erm..dan untuk pengetahuan umum,MAX5 telah buat showcase di Hongkong,,


Masa2 dimana tahap Malaysia? Sokong band2? Buat sepanduk khas untuk diorang? Plez laa,Wake Up!! Kita semua tahu lagu kita saja takde sefeymes lagu Indonesia. Lagu Indonesia dah banyak memecah masuk kepasaran kita. Lagu kita? Klu ada pun,tak banyak. Masa nie nak kata lagi identiti sendiri? Klu identiti sendiri nape sokong band yang bawak trend kpop cam2? Tak semestinya bila tengok dance cam2 tiru kpop.Takkan semua dance pun milik kpop? Klu orang kita reka dance2 tiru kpop jugak ke? Walaupun gerak dance dia tak sama?Huu…Plez laa..Minta tolong banyak2..

Emm...antara kelemahan mpop di Malaysia yang akhirnya menjadi faktor kenapa tak diterima adalah seperti berikut:(wah! Ayat BM asli nampak!)



Music Video
Setelah menganalisa video diorang memang kurang kualiti.Tengok pulak music video band P-POP,T-POP, dan I-POP sendiri,memang mantap laa. Sebenarnya dance sudah cukup baik cuma video yang dibuat macam low badget sikit. Klu nak buat video mpop, sekurangnya kena ada 4 kamera sewaktu diorang dance. Satu didepan(sebolehnya ambil dari bawah agar kaki diorang nampak),di kiri,di kanan dan satu lagi  kamera untuk rakam ahli yang menyannyi untuk part dia. Klu tak boleh fikir sangat, ambil je pengarah@penerbit dari Korea.
 




Latar@Tempat
Kalau tengok pada tempat yang diorang shoot macam kurang sikit. Kadang2 kalau guna computer untuk gambar latar memang nampak tak jadi je..Entahlaa, mungkin Malaysia masih tidak boleh menandingi Korea kalau nak buat latar untuk video. Latar untuk Korea yang dipenuhi dengan lampu, kesan khas ,latar memang tak boleh dinafikan hebat. Malah nampak lebih maju berbanding negara2 lain. Takpun,diorang buat set pentas. Agak sukar untuk Malaysia nak buat sebenarnya. Sebab2 kita buat jelah shoot di practice room, bumbung bangunan, parking kereta, di gelangan bola jaring ke ,park yang penuh dengan lampu ataupun di terowong kereta. Klu nak shoot sekurangnya kena shoot 3 tempat baru bagus!
                                                        Excite-Try Again mv
                                                      



Modal
Mungkin sebab nie agaknya video diorang kurang. Klu kita bagi cadangan itu ini tapi modal kurang camner? Yang nie no comment laa.Tapi nak bagi nasihat sikit,selagi modal takde jangan buat. Cukup2 la daripada kena kutuk buat video cam low badget.
money2.I love money!





Rupa member band
Huhu..kejamnya ayat. Bukan nak hina muka orang Malaysia tapi bila baca komen orang ramai, mungkin salah satu faktor jugak kot. Kadang2 ada sesetengah lagu korea yang bunyinya terlalu bising,entah apa2 yang diorang cakap, kita like jugak video2.Nape? Komen pula penuh dengan…>Oppa Siwon!....Cutenya Min Ho! So cute….. Damm!Baro you so handsome!!....Tifanny!! Tifanny!!.... Yoona! You so sexy!! Tak gitu ke?

Orang kita mungkin tak secute orang Korea, tak sejambu orang Indonesia, tak sekacak orang Filipina dan tak semacho orang Thailand. Tapi masih ada sesetengah member mpop jambu muka dia. Contohnya Benn dari P.O.P…(Kita minat kat dye,sebab2 promosi muka dia..) Lepas nie kalau nak tubuh group, cari yang cukup pakej ya..? Huhu macam2 dunia sekarang.
Benn from P.O.P
Korang asyik je kata band mpop kat Malaysia nie macam mat rempit.Berlagak macho dan ada yang suruh buat plastic surgery lagi. Bersyukur la dengan kurniaan tuhan. Orang yang buat plastik surgery nie nampak sangat menghina kurniaan tuhan. Tuhan bagi cam2 terima jela. Korang hina diorang maksudnya korang hina ciptaan Allah. Tahu tak? Manusia adalah ciptaan ALLAH paling agung? Sekurangnya muka band kita nie original. Islam ke tak islam ke..kita belajar kan bila akhirat nanti kita semua berkumpul kat mana? Padang Mahsyar jugak.Nie perbezaan artis korea sebelum debut. Pakai Plastic surgery ? Hanya Allah yang mengetahui. Taknak tuduh2...( Sumber:http://tips4ugirls.blogspot.com)







Nak tengok lagi? Try This One!



Bilangan member
Kumpulan P.O.P bilangan member okey. Kump V.I.P pun okey gak! Kump B.A.D Boyz pun okey jugak!! Mane satu kurang okey? Max 24 7 laa..Bilangan diorang banyak sangat. Semakin ramai ahli, tarian akan nampak tidak kemas..Bilangan 7 orang member sudah cukup okey sebenarnya. Kalau ramai sangat member susah nak shoot jugak. Tapi ada jugak band yang banyak member tarian diorang kemas.Video pun simple je…Tapi menarik!! Sila CLICK HERE kalau nak tengok…


Okey,Malaysia tolong ambil iktibar dari negara jiran ye. Perbaiki apa yang patut. Bukan nak menghina tapi semua orang pasti nak industri muzik di Malaysia maju. Entah laa apa pandangan negara jiran bila tengok music video di negara kita. Sampai ada yang cuba membandingkan music video kita dengan negara diorang~

>>> Ini pandangan seorang rakyat Indonesia kepada kita..(Capture)

Huuu.....

Bukan nak bandingkan orang kita dengan Indo tapi sudah tiba masanya kita bangkit dari terus dianggap lemah . Bukan nak kata orang Indo nie jahat,mereka baik sebenarnya. Ayah kita pernah ke sana. Kat sana memang dah banyak kemajuan. Orang diorang pun sopan dan baik dengan ayah kita . Macam kat Malaysia jugak,ada yang jahat ada yang baik.

 

Capture nie bukan nak memperlagakan orang Indonesia dengan orang Melayu biar saling membenci tapi agar negara kita ambil iktibar. Tak payah lah kita saling membenci,diorang2 saudara kita jugak. Masing2 mesti nak sokong negara masing2. Apa diorang kata2 logik jugak sebenarnya. Buktinya kita sendiri memang suka lagu diorang. Kita sendiri sokong diorang apabila band diorang membuat persembahan kat sini kan?

 

My Edit...Try sofware edit photo

MAX 24 7 MPOP

Want to check mpop band list ? Please CLICK HERE!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...