Wednesday 12 March 2014

Sebab Running Man Awesome!!

Sebab Running Man Awesome!!
Why Running Man so famous? How different about it than other variety show? This first reason is the character of the member. All of them show their funny side without any shy? You can look by click here



1.Betrayel Club
Ahli-ahlinya terdiri daripada Lee Kwang Soo, Haha dan Suk Jin. Mereka sentiasa bekerjasama untuk menumpaskan lawan mereka dengan menghantar pembelot antara mereka ke kumpulan lain. Melihat pembelotan yang mereka buat begitu mencuit hati kerana kebanyakannya berlaku dalam pelbagai cara yang kita tidak duga terutamannya Lee Kwang Soo.
            
            
Lee Kwang Soo,Haha dan Suk Jin juga seorang yang sangat penakut. Biasanya mereka akan membelot Kim Jong Kook secara senyap-senyap. Malah Betrayel Club ini juga mendapat sokongan padu dari peminat dan mempunyai logo sendiri.
                                                                               
 
[We'll show you the true meaning of betrayal!]


Yang paling lucu sekali apabila hampir ke garis penamat,akhirnya masing-masing membelot ahli sendiri iaitu ahli dalam member Betrayel Club. Kepercayaan mereka hanya akan berkekalan seminit sahaja.







2.Funny Character member
Setiap ahli mempunyai karakter masing-masing. Karakter yang ditonjolkan sudah cukup sinonim dengan member sehingga masing-masing mempunyai gelaran yang diberikan.
[Song Ji Hyo- Blur/Blank]

[Kim Jong Kook- Tiger /Muscle Boy/Kkookie]

[Lee Kwang Soo-Giraffe/Over acting]

[Haha-Penguin/Playboy]

[Jae Suk-Dance machine/Grasshopper/King Djajik]

[Suk Jin-Sunflower /Impala/Big-Nose Brother]

[Kang Gary-Monkey/Top boyfriend]



3. Hungry Tiger vs Cute Kitten
Dalam acara ini juga kita boleh melihat pelbagai reaksi yang tidak dijangka daripada Kim Jong Kook. Reaksinya malu-malu kucing sangat digemari oleh peminat wanita. Bagaimana seekor harimau kelaparan seperti Kim Jong Kook boleh menjadi kucing yang manja?
      Hungry Tiger                      Cute Kitten
     




                                                                                  
               


[Cute Dancing kitten]



4.Hot Dance
Dalam misi yang dijalankan, pasti tidak lekang dengan tarian dan nyayian untuk menghiburkan penonton. Walaupun ramai oarang muda yang meminati tarian bertenaga dari kumpulan idol mereka, Running Man menawarkan tarian yang di luar jangkaan. Tarian yang paling unik dicipta oleh Jae Suk dan Lee Kwang Soo.
 [Jae Suk-Dance Machine]
[Crap dancing?]


Ada juga antara mereka yang pandai-pandai mereka dance seperti dance berpasangan yang dilakukan oleh Jae Suk dan Gary tanpa rasa segan silu.
                                                     

[Kangaroo Dance/ Zombie Dance?]




5.Love Lines
Love Lines sangat digemari oleh penonton. Selalunya love lines ini banyak terjadi kepada Kim Jong Kook dan Lee Kwang Soo kerana masing masing single. Kim Jong Kook yang pada asalnya tegas pasti bersikap malu-malu kucing apabila dipasangkan dengan tetamu wanita.
Kim Jong Kook + Moon Geun Yong
                
[Sweet Couple]

Kim Jong Kook Juga dikaitkan dengan Goo Ara,Shin Bong Sun,Yoon Eun Hye,Seohyun,Lee Hyo-ri dan ramai lagi.
[Goo Ara]

[Shin Bong Sun]

Selain daripada Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo juga sering dikaitkan dengan tetamu wanita kerana usianya yang paling muda dan single. Sama seperti Kkuk, dia juga agak malu bila berhadapan dengan wanita. Paling sweet sekali detik bersama Uee.



6.Monday Couple
Monday Couple boleh dikatakan setaraf dengan couple-couple dari WGM walaupun bukan lahir dari rancangan yang sama. Gary dengan sikapnya yang terus memikat Song Ji Hyo manakala Song Ji Hyo seorang yang agak agresif. Ramai yang mencadangkan mereka untuk bercinta terus memandangkan banyak insiden yang mengkaitkan antara mereka.

Ada satu situasi di mata Gary dalam dilema untuk melepaskan Song Ji Hyo yang merupakan lawannya. Song Ji Hyo merayu untuk dilepaskan, atas nama cinta, Gary melepaskan Song Ji Hyo dengan syarat tidak memberitahu Kim Jong Kook.
Pada awalnya, Gary yang banyak membuat langkah mendekati Song Ji Hyo seperti menyuap makanan, menjaganya,mengintainya secara senyap-senyap...                                                                      




7.Overeacting
Over acting untuk menjayakan wataknya. Sikap banyak didominasikan oleh Lee Kwang Soo. Daripada watak seorang doktor, professor, Idol, police,semuanya dijayakan dengan baik sekali. Riak wajahnya akan cuba diseriuskan seboleh yang mungkin.
              
                        [Angry]                                                          [Top Group Idol]

   














8.Relationship Between Member
Guraun antara member. Selalunya mereka bergurau selamba sahaja seperti menumbuk muka member,tarik seluar mereka, menganggu misi mereka..
                                                             [Pembulian untuk menang]


                                                                  [Bermanja-manja]


[Tepukan manja]



9.Stupid Couple
Walaupun Monday Couple mendapat permintaan ramai daripada peminat,namun ada juga sesetengah couple ini memberi keseronokan kepada peminat. Apatah ada kalanya couple ini terdiri daripada musuh ketat seperti Lee Kwang Soo dan Kim Jong Kook:


[Prey+Predator=Die!]



[Titanic Couple]



[Betrayel Coule=Nothing reminder]


[Cute Couple]



10.Games
Running Man menyediakan pelbagai games di luar jangkaan dan menghiburkan penonton. Seperti kerusi terbang,love stick dan pelbagai-bagai lagi. Semuanya terjadi tanpa skrip ataupun lakonan. Gelagat member pasti akan membuat anda tidak kering gusi.
Ada satu ketika member perlu makan stick biskut bersama pasangan sekurang-kurangnya menjadi 1.5 cm walaupun mereka berlainan jantina. Lucu apabila melihat betapa kekok dan malunya mereka untuk menjayakan misi tersebut.

[Oh..baby]


Wajah hodoh gary terserlah apabila ditiup angin yang kuat kerana salah menjawab soalan. Riak wajahnya tanpa dicontrol mencuit hati penonton.
[Most handsome boy in the world]


Scene ini diambil apabila Song Ji Hyo terpaksa menulis nama orang yang disukainya menggunakan punggungnya. Manakala scene disebelah terjadi apabila Lee Kwang Soo memberi makanan kepada adiknya dengan meletakkan roti pada mulutnya. Ciuman pertama!                  
     [I Love You!!]                [My First Kiss]



11.Unexpectable
Penonton sentiasa menantikan berlaku kesalahan ataupun perkara yang diluar jangkaan semasa pertempuran antara member seperti tertanggal seluar yang dialami oleh Jae Suk:



Ini pun scene yang berjaya dicatat oleh Giraffe,Lee Kwang Soo yang berjaya mengenakan Tiger,Kim Jong Kook secara tidak sengaja. Wajah ketakutan Lee Kwang Soo yang cuba melarikan diri daripada wajah garang Kim Jang Kook sangat melucukan. Bukan main bersungguh dia memohon maaf.



Lee Kwang Soo sentiasa dilabel sebagai member paling malang. Perkara malang sentiasa berlaku kepadanya di luar jangkaan seperti terjatuh,terkena tamparan,terpilih untuk disingkirkan. Ada satu ketika,Lee Kwang Soo terpilih telur yang belum direbus 2 kali berturut-turut sehingga mengundang wajah terkejut setiap member. Siapa lagi yang mempunyai nasib yang malang seperti Lee Kwang Soo? [Why it's always must be me?] 
                            [Unlucky Girl]


Scene yang dibawah menunjukkan scene-scene di luaar jangkaan yang berlaku dalam member Running Man tanpa sedikit pun lakonan atau script. Bila lagi semua ini akan terjadi dalam dunia realiti kan?


Pada awalnya Lee Kwang Soo cuba untuk melompat untuk memegang tiang tersebut,entah mana silapnya,dia terus terjatuh tanpa menjalankan misinya. Akhirnya Kim Jong Kook menang tanpa bertanding.



Lee Kwang melempar tuala basah kepada Haha. Disebabkan basah, berat tuala itu bertambah sehingga mampu menumbangkan Haha yang berdiri tegak.



Percaya atau tidak,tanpa menggunakan apa-apa taktik,rama-rama yang terbang mendarat tiba-tiba di atas hidung Lee Kwang Soo. Sebagai pembalasan,Tiger,Kim Jong Kook terus mengambil pelung itu utnuk menumbuk muka Lee Kwang Soo.



Scene dimana Lee Jong Kook disiram hebat oleh Song Ji Hyo untuk menjayakan misi. Lee Kwang menggunakan peluang itu utnk mengenakan Kim Jong Kook.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...